2024-06-28

Aku sangat serius kalau bercinta.


Sebab ada yang tanya, kenalah aku jawab. Soalan yang ditanya pulak memang favourite question, dengan gembiranya aku jawab ni.

Post IG aku pagi tadi bila aku tulis "Masa Darjah 6 aku dah start bercouple dengan Leslie"

Asa yang tanya "Sampai sekarang minat Leslie lagi ke?"

OF COURSE! Aku pernah cakap dengan En Wan, kalaulah Leslie tu nak kat aku, aku tinggalkan En Wan. Lantaklah orang nak cakap apa pun, aku tinggalkan jugak. Kahkahkah.

Aku bercinta dengan En Wan tak keluar modal besar. Habis kuat pun surat dengan setem je. Jarang aku call Jepun sebab dia tak kasi aku bazir duit. Dia je yang call aku. Tapi dengan Leslie modal aku besar, ya. Pengorbanan simpan duit belanja sekolah nak beli kaset dengah Galaxy. Poster Leslie aku beli dengan pengorbanan. Dahlah berkorban RM10, sekali poster kena siat pulak. Perasaan turut terkorban sekali. Tu belum lagi berkorban masa sanggup ketepikan study demi nak menghafal lagu Leslie. Kau agak-agak pengorbanan ni suka-suka mengisi masa lapang ke? Tak, ya. Aku sangat serius kalau bercinta. Mbhahahahaha.

Tahun 2009 kitorang ke Hong Kong. Tempat pertama yang aku aim adalah Madamme Tussauds, semata-mata nak tengok Leslie. Masuk-masuk je wax museum tu mata aku melilau cari patung Leslie. Percaya tak, dari pintu masuk museum mata aku dah start bergenang. Aku jalan menonong tinggalkan En Wan and Redza kat belakang. Nak sampai ke patung Leslie tu kena lalu dulu beberapa patung lain. Aku stop kejap je untuk certain-certain patung nak melayan En Wan bergambar.

Leslie ada ruangan khas yang besar. Nak menuju ke ruangan tu sayup-sayup aku dah dengar lagu dia. Aku jalan laju-laju ikut bunyi lagu. Dan kemudian....tadaaaaaaa!

Berlari aku peluk patung. Menangis kau! En Wan yang follow dari belakang kelam-kabut keluarkan kamera nak candid aku tengah mengongoi nangis peluk boifren lama. Mak Aji menjeling je tengok aku. I is don't care, Mak Aji. You think you siat my poster my feeling go die? NEVERRRRR.

Aku sendiri tak sangka cinta sejak umur 12 tahun berkekalan sampai dah 46 tahun. Playlist dalam semua kereta adalah playlist yang sama, iaitu playlist Diana's Listening. Masuk mana-mana kereta, kau akan dengar lagu Leslie. Tak cukup kat kereta, dalam bilik kalau nak buat kerja, playlist yang sama aku pasang dalam laptop. Tetap ada lagu Leslie.

Aku cakap kat En Wan, "Di dah biasa dengan long-distance relation ship sejak kecil, tu pasal tak kisah abang study Jepun dulu". Gitu eksyennya aku. Tapi untungnya aku sebab En Wan melayan apa yang aku suka. Dialah yang bawa aku ke Hong Kong. Memang dia nak jumpakan aku dengan Leslie. Masa kat Hong Kong dia juga yang gigih cari route ke Mandarin Oriental sebab aku teringin nak bergambar depan hotel tempat Leslie bunuh diri. Mak Aji membebel "Kau ni Wan, jangan dilayan sangat bini kau ni. Dia ni bukannya betul kadang-kadang". Eleh jeles.

Mak Aji kata orang lain takut nak pergi hotel tu karang hantu Leslie ikut balik. Aku jangankan takut, siap nak pergi kubur Leslie. Nak pegi kubur Wong Ka Kui bagai. En Wan bukan main lagi study macamana nak pegi, nak naik bas nombor berapa. Punyalah nak penuhi impian bini visit kubur Leslie. Tapi tu lah, mak aku ada sekali. Tak lepas kalau dia ada. Karang aku yang terkubur kat sana.


2024-06-27

Nak masak maggi 2 minit tu pun paling tak kena usaha cari maggi dulu.


Semalam lalu ini kat IG:

RM40K tu banyak. Kalau dalam ASB ada RM500K sekalipun, nak keluarkan selepuk RM40K mak aiii berat rasanya. Sebab nak kumpul RM500K tu pun makan tahun. Dalam statistik KWSP tunjuk 3-5 tahun selepas pencen, kebanyakan orang dah habis duit KWSP. Itu bukti bahawa membelanjakan duit adalah lebih laju dari menabung. Itu hakikatnya. Duit kalau keluar memang takde yang sikit-sikit. Nah! Selepuk RM40K. Terduduk.

Kalau ada medical card, at least bab perubatan ada orang lain tanggung. Walaupun katanya "Tiap-tiap bulan kena bayar RM350 medical card", itu lebih baik dari selepuk bayar RM40K. Tengok Azlee Senario ni. Terpaksa discaj walaupun masih perlukan rawatan, sebab bil dah melambung. Terpaksa stop treatment setakat RM40K.

Dalam post Azlee ni ada 2-3 orang ahli syurga komen "Letakkan kebergantungan pada Allah". Mak aiii, dia punya nasihat. Tak menonggeng agama tak sah. Tu nak cakap kalau ada insurans pun tak guna bila Allah tak mahu sembuhkan. Kalau ada depan aku, nak je aku sound balik "Abis buat apa kau bekerja? Tunggu je lah duit jatuh dari langit!"

Orang-orang macam ni sebenarnya takde medical card, tu pasal dia saikokan orang lain supaya bergantung Allah saja. Padahal dia takut dia sorang je takde medical card. Kalau ramai-ramai takde barulah tak rasa loser sangat. Halah, paham sangat aku perangai gini.

Anak-anak muda, yang baru dapat kerja tu acik nasihatkan, dapat je gaji pertama, medical card buat dulu. Aku dulu kira lambat jugalah sebab kerja tahun 2000, tapi 2002 baru start buat. Sebab tahun 2000 aku belum kawen. Lingkungan aku takde yang pakai insurans jadi aku tak terdedah lansung. Dah kawen dengan En Wan baru tahu apa itu insurans. Tahun 2002 kerja dengan Prudential barulah awareness tu sampai. Oh by the way, masa aku jadi underwriter, proposal Sharifah Aini and Ning Baizura dapat kat aku tau. Hahahaha. Tapi aku buat first screening je lah sebab arwahnya ada history of penumonia. Bos aku settlekan proposal tu.

Anaka-anak yang baru start kerja, regardless company provide medical coverage atau tak, please buat personal medical card. Sebab awak muda lagi. Orang muda jarang stay kat satu tempat kerja dari awal sampai akhir. Karang lagi 4 tahun awak jump company lain, sekali tempat baru tak provide medical card. Dah rugi 4 tahun. Kena tahu ya, lambat satu tahun apply medical card akan menaikkan caruman. Sebab bila umur bertambah, risiko kematian juga bertambah. That's how medical underwriter calculate caruman.

Sebelum beli kereta atau rumah, pastikan medical card dah ada. Sebab bila dah ada komitmen bulanan bayar kereta, hati tu mula rasa berat nak buat medical card. Gaji baru RM2,500 pulak tu. Bayar Honda dah RM1,000. Balance RM1,500. Nak makan, nak petrol, nak holiday dnegan member, nak enjoy -- mulalah terasa duit tak cukup for medical card. Jadi, sebelum ada komitmen yang besar, start with small komitmen dulu iaitu medical card. Buat auto-deduct terus. Jangan bayar online transfer. Chances are, kau akan lapse caruman.

Zaman mak-mak kita dulu, awareness pasal insurans takde. Mak pak kita harap kat pencen. Yang ada kesedaran sikit, pandai menabung kat Tabung Haji and ASB. Kalau takde kesedaran, takdelah. Now merancang kewangan dah banyak. Campak sikit duit kat medical card. Ini untuk perubatan. Pastu campak sikit kat hibah. Ini untuk waris. Untuk hari tua ada KWSP. Takyah campak dah. Pastu campak sikit kat investment. Unit trust ada, ASB ada, fixed deposit pun ada. Pilih jelah satu. Force saving pun boleh. Tolak siap-siap dari gaji. Bila semua dah tolak gaji, yang tinggal tu je la dibelanjakan. Barulah lega.

Bukan tak bergantung pada Allah, tetapi inilah namanya usaha. Takkan nak bertawakal tanpa usaha. Dah usaha barulah berserah. Semoga apa yang dirancang memberi kebaikan. Ini barulah betul. Bukannya pasrah berserah tak tahu hujung pangkal. Takde planning tapi berharap yang datang pada kau semuanya hal yang baik-baik. Dik, nak masak maggi 2 minit tu pun paling tak kena usaha cari maggi dulu baru dapat makan. Kalau berserah gitu je, kau telan angin je lah.


2024-06-26

Bila dah tua demand queen treatment dari anak-anak.


Hari tu aku tulis pasal mak mertua vs menantu perempuan. Dalam ramai-ramai yang respon, ada yang meluahkan masalah dengan mak sendiri. Dengan mak mertua takde masalah katanya.

Mak demand nak makan tempat best-best setiap kali bawa keluar.
Mak demand nak hadiah yang best on her birthday.
Mak demand nak bercuti di tempat best dan ditanggung.
Mak demand nak open house pakai 3-4 khemah.

Kalau kita bukan dari environment macam ni, terasa macam "Eh betul ke budak ni punya cerita? Macam exagerrate je". Tapi aku percaya, ada. Memang ada mak yang masa dia membesarkan anak-anak dulu, takde pun dia provide yang best-best kat anak-anak. Bawak holiday pun tak. Makan best-best pun tak. Even dia sendiri tak celebrate birthday mak bapak dia (hahaha), tapi bila dah tua demand queen treatment dari anak-anak. 

Tu pasal orang kata, anak-anak ikut apa yang parents TUNJUK, bukan apa yang parents cakap. Kalau kita as mak bapak tak pernah tunjuk satu kebiasaan yang baik, please don't expect anak-anak buat kebiasaan tu bila dorang besar nanti.

Walaupun keluarga En Wab lebih dari mampu nak buat birthday party, dorang tak biasa celebrate birthday. En Wan kata jarang ada kek birthday dalam rumah tu. Mok and arwah ayah pun tak ingat birthday sendiri, maka kebiasaan tu tak pernah dibuat. Bila En Wan masuk dalam family aku, dia terkejut birthday Pak Aji, kitorang balik Bangi. Birthday Mak Aji, kitorang balik Bangi. Hari Ibu, Hari Ayah, wedding anniversary Pak Aji & Mak Aji mesti ada celebration. 

Walaupun masa kecil dulu kitorang tak biasa ada birthday party, at least ada kek on everyone's birthday. Kek kecil pun tak apa. Birthday Pak Aji, mak aku belikan kek. Birthday Mak Aji, Pak Aji belikan kek. Kadang-kadang tak beli kek tapi beli satey. Melahar macamanapun Mak Aji, birthday kitorang adik-beradik mesti dibelikan kek. That's why kebiasaan tu berlanjutan sampai sekarang. Kebiasaan itu juga anak-anak aku tengok bila aku and En Wan masih celebrate birthday mak bapak masing-masing. 

Bukan nak harap anak-anak aku buat benda yang sama bila kitorang tua esok, cuma bila ada parents demand anak beli hadiah on birthday sedangkan dorang sendiri tak pernah biasakan perkara tu sewaktu muda dulu, macamana kebiasaan tu nak develop dalam diri anak-anak? Some parents, dah tua-tua ni banyak mengadap FB, tengok member-member berjalan sana sini, makan tempat best-best, berkumpul dengan anak-anak buat family day -- dia pun nak juga. Tu yang demand anak-anak buat benda yang sama sebab dia pun nak share kat FB. Dia tak tahu anak-anak orang tu dah biasa dari kecil buat gitu.

Yang bercerita kat aku ni cakap, dorang adik-beradik jarang bawa mak bapak bercuti sebab pernah bawa mak berjalan duduk homestay. Maknya merungut cakap anak-anak kedekut nak spend untuk mak bapak duduk dan makan kat hotel. Staart dari situ, anak-anak dah tawar hati nak bawa bercuti. Masing-masing bercuti senyap-senyap.

Memang ada mak bapak pesen ni. Dibawa bercuti salah, tak bawa pun salah. Demand yang tak patut-patut. Padahal belanja bercuti ni besar. Bilik hotel bukan boleh sumbat 6-7 orang sebilik. Kurang-kurang nak 3-4 bilik. Demand pula tu nak pulak hotel yang best, lagilah makan modal. Itu baru hal bilik. Belum makan. Belum sightseeing. Itu belum kira kemampuan anak-anak lain. Dari 5 orang anak, bukan semua sanggup keluarkan modal yang sama banyak. 

Teringat masa family En Wan buat family day kat Janda Baik. Kalau ikut En Wan, dia pun tak berkenan dengan resort yang dipilih sebab teruk nau keadaan biliknya. Tapi sebab mengambil kira kemampuan orang lain, tak fair pula ambil resort yang mahal. Lagipun bila buat family day, misi utama adalah berkumpul dan berseronok sama-sama. Selalunya tempat tido bukan keutamaan. Yang jadi pilihan adalah tempat untuk beraktiviti. Jadi, En Wan terpaksalah korbankan bini sendiri. Bini tak join sebab I is kenot tempat tido yang lebih buruk dari bilik aku. Aku cakap kat En Wan, kalau kita terselat dalam jem dan perlu bermalam di mana-mana, I am ok tido di mana-mana. Tapi kalau MERANCANG bawa aku keluar berjalan, please plan yang senonoh. Kalau bilik tido aku lagi best dari tempat tido yang kau nak bawa aku ni, please jangan ajak aku berjalan.

Pernah dengar mak demand anak-anak bagi sekian-sekian jumlah duit setiap bulan? 
Pernah dengar mak demand nak hadiah branded for birthday? 
Pernah nampak mak muncung bila anak-anak bawa makan kat warung saja?

Percayalah. ADA.

Kadang-kadang yang jadi punca anak-anak tak berapa seronok nak bawa mak bapak bercuti, atau keluar makan, atau membelikan hadiah -- sebab inilah. Perangai. Ujung-ujung kena komplen. Sibuk membandingkan dengan anak-anak kawan-kawan dia, anak-anak jiran dia, anak-anak sepupu dia. Apa je yang boleh dibuat sebagai anak? Nak menjawab karang kena sambar petir. Nak dipendam sakit hati. Maka jalan terbaik, jangan start apa-apa pun. Kalau takut tak dapat puaskan hati dorang, takyahlah kau bagi apa-apa. Bagi duit bulan je.


2024-06-25

Orang-orang kita asal sebut "expert" je mesti nak kena ada PhD dulu.


Semalam kecoh sekejapan kat FB pasal perlantikan Dato Siti. Hari ni senyap. Kahkahkah. Senyaplah kan, sebab baru sedar masing-masing ignorant, tak tahu apa beza academic expert dengan industrial expert. 

Dey, sekarang, dah banyak IPTA ada private wing yang keluarkan program berkonsepkan pembelajaran berterusan (life-long learning). Kebanyakan yang ambil private wing adalah golongan yang dah bekerja. Pengalaman kerja dorang dah 5-10 tahun, jauh lebih layak untuk further study dengan menggunakan pengalaman bekerja sahaja, tak perlu degree. Lagipun dorang bukan further study untuk jadi pensyarah, tetapi nak upgrade skill supaya jadi lebih expert dalam industri mereka.

Hah kau. Siapa lagi yang lebih layak jadi pakar untuk course ni agak-agak? 

Inilah namanya continuous learning and personal development beyond formal education. Inilah sebabnya kenapa dia dilantik menjadi pakar di UMCCed. Bukannya, UM. Tak rilek lansung nak pertikaian perlantikan orang. Ujung-ujung sendiri terciduk.

Banyak IPTA sekarang dah conduct life-long learning centre. UMP, UniMAP, UPSI, UTM, UKM - eh banyak! Kau je yang tak tahu sebab masih merasa ijazah formal tu adalah satu-satunya kelayakan yang paling power. Pastu masuk industri nak sembang pasal teori. Sorry dik, dalam industri kita nak cepat. Setakat ijazah IPTA saja, orang lain pun ada. That's why executives yang nak jump company, they enroll in certified short courses. Private wing IPTA ada keluarkan course-course ni. Program yang aku buat tu pun for private wing IPTA.

Industry prefer tengok additional certicate yang relevant semasa interview. Contohnya kalau nak apply kerja Food Technologist, kalau bersandarkan dengan ijazah Bachelor semata-mata, berapa ribu graduate dalam Malaysia ada ijazah yang sama? Tersangat ramai. Tetapi kalau ada tambahan sijil like Food Handler certificate, HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points) certificate, ISO 22000 (Food Safety Management Systems), ISO 9001 (Quality Management Systems), or GMP (Good Manufacturing Practices), is highly valued. Konfem kau dapat tawaran kerja tu berbanding those yang ada sekeping ijazah with good CGPA.

Program Diploma Food Safety and Halal yang aku run, yang enrolled adalah dari kalangan those yang dah bekerja bertahun-tahun dalam bidang yang sama. Ada sorang tu chef di hotel. Dia ambil the diploma sebab nak tambah skill. Kalau ada peluang jump ke hotel lain, boleh demand lebih dari sekadar pengalaman kerja. Dia bukan saja ada pengalaman tapi ada certified skills.

Ada kata belajar tinggi tak apa. Kalau dah kerja lama pun boleh naik pangkat. Ya, betul. Tapi naik pangkat di tempat yang sama je lah. Kalau nak jump pi tempat lain, tetap sijil juga orang tengok. Pengalaman kau 10 tahun atau 20 tahun tetap perlu dibuktikan. Nak bukti dengan apa? Dengan sijil lah!

Siti Nurhaliza, berapa banyak achievement dalam dan luar negara dia dah capai? Itulah yang menjadikan beliau INDUSTRY EXPERT. Orang-orang kita asal sebut "expert" je mesti nak kena ada PhD dulu. Takde PhD tak expert. Tu pasal melalak semalam bila baca Dato Siti dilantik jadi pakar.

Hello? Academic expert is lain. Industry expert is lain. Subject matter expert is lain.

Academic expert fokus pada penyelidikan, pengajaran, dan pengembangan ilmu pengetahuan. They are usually experts in theories, concepts, and knowledge related to their academic field.

Industry expert ada pengalaman kerja yang kuat dan latar belakang praktikal dalam industri tertentu. They have worked industry untuk tempoh yang lama and have a deep understanding of the practical application of knowledge in that field. Orang-orang industri expert tak semestinya ada academic degree dalam bidang tu. Kebolehan mereka terletak dalam menerapkan pengetahuan teori ke dalam konteks industri yang boleh menyelesaikan masalah praktikal. Inilah yang Dato Siti bakal buat.

Subject matter expert is someone yang ada both latar belakang akademik atau industri yang sama. Contoh, graduate in engineering. At the same time dia ada Ir certificate, dan pelbagai certificate tambahan dari bidang yang sama. Kepakaran dorang dalam teori and praktikal di bidang yang sama membuatkan dorang can provide technical advice, or contribute to the development of products or solutions.

Dalam dunia ni banyak expert, ya. Bawak-bawaklah keluar dari gua.


2024-06-24

Sebagai menantu yang duduk di rumah mertua, kau adalah tetamu jangka panjang.


Hari tu masa aku share video Kak Tam basuh kaw-kaw mertua yang sentiasa cari salah menantu, macam biasalah, mesti ada respond dari menantu-menantu yang ada pengalaman serupa. Kesian aku baca cerita sorang-sorang. Maka, beruntunglah kalau mak mertua layan kita baik. Kalau dia tak layan kita sama rata macam menantu lain pun masih ok, asalkan tak menyakitkan hati.

Tahun ni 14 tahun aku and mok tinggal serumah. Semuanya tanpa dirancang. Takde sesiapa plan mok akan tinggal dengan kitorang. It all started masa Rayyan lahir, tahun 2010. Disebabkan lahir tak cukup bulan, mok tak berani nak kitorang letakkan Rayyan di tangan orang lain. Masa ni kitorang belum dapat new bibik. Asalnya En Wan plan minta Mak Aji jagakan. Masa ni Mak Aji dah pencen. Aku yang tak bagi. Mak Aji tak berapa pandai jaga baby. Dia takleh stress. Nanti darah naik.

Aku and En Wan tak pernah petik nama mok untuk jagakan Rayyan. Lepas discaj, Mak Aji duduk rumah aku untuk jaga berpantang. Selepas sebulan, Rayyan pula discaj. Mok datang nak tengok cucu. Disebabkan Rayyan kecil sangat, Mak Aji tak berani nak jaga. Mok pula dah biasa uruskan baby. Kebanyakan cucu memang dia yang jaga. Jadi, mok stay lama di rumah untuk uruskan Rayyan. Dalam tempoh tu kitorang aktif mencari new bibik sebab taknak bagi mok berlama-lama di sini. Bukan tak suka, tapi kesian rumah kampung takde siapa tengok. Bila new bibik sampai, mok bertahan lagi sebulan untuk peratikan bibik buat kerja. Masalahnya, mok tak lepaskan Rayyan. Bibik uruskan rumah, Rayyan tetap mok yang uruskan.

Dari sebulan ke sebulan, dari merangkak, berdiri, berjalan, berlari...eh tau-tau dah Form 2. Mok masih di sini 😄. Bila Rayyan dah start berjalan, kitorang belikan new katil and almari baju untuk bilik mok. Kitorang tak pernah tanya "Mok nak tinggal sini dengan kitorang tak?". Taknak tanya. Nanti dia serba-salah dan segan. Jadi, kitorang terus je belikan new bedroom set supaya mok boleh simpan baju-baju. Selama berbulan-bulan tu dia masih simpan baju dalam beg. Lepas beli bedroom set, mok officially tinggal bersama-sama.

Situasi aku dengan mok, berbeza dengan situasi menantu yang tinggal dengan mertua. Most of cerita-cerita mertua yang cari pasal ni adalah bila menantu tinggal rumah dia. In my case, mertua tinggal rumah aku. Ada beza.

Bila rumah kepunyaan mertua, ditambah dengan usia dorang yang jauh lebih tua, dengan status sebagai mak pula tu -- sikap TUAN tu lebih menebal. Tak kira siapa pun. Bila ada semua kelebihan, dah tentulah jadi lebih bossy. Rumah dia, dialah bos. 

Apa yang Kak Tam cakap tu betul. Mertua jangan anggap menantu adalah bibik. Itu betul. Tetapi, as menantu yang duduk di rumah mertua, janganlah pula tak sedar diri. Bukan tak ada menantu yang tak sedar diri. Ada. 

Adab bila duduk rumah orang, kena tahu bawa diri. Tahulah kau balik kerja penat. Tapi adab duduk rumah orang, respectlah orang tua. Dah dibagi duduk rumah dia, takkanlah makan kau pun nak disiapkan, anak-anak kau nak diuruskan, baju kau nak dibasuhkan. Berapa sen sangat kau campak kat mertua kau setiap bulan? RM1,500 sebulan ada? Nijam maid pun dah RM1,500. Kalau boleh bagi the same, mungkin mertua boleh pejamkan mata dengan perangai pemalas kau. Kalau tak, janganlah berangin bila mertua melahar. Memang patut sangat pun kena sembur.

Aku kalau nak ikutkan, balik kerja nak membongkang. Malas betul nak memasak. Lagipun rumah aku kot. Sukatilah aku nak rajin masak ke, nak tido sampai pagi besok ke kan. Tapi pikirkan mok, gagahkanlah juga memasak. Mok makan sayur-sayur je. Nak tak nak, aku kena masak. Dah alang-alang masak sayur, masak je lah lauk lain sekali. Aku bukan apa. Aku consider mok basuhkan baju, sidaikan baju, lipatkan baju, gosokkan baju. Biarlah memasak aku buat. Penat macamana pun, masak. Itu aku. Yang kau duduk rumah mertua, nak jadi mem pulak. Nak orang uruskan keluarga kau dari A to Z. Kalau takde yang urus, kau merempan cakap takde siapa membantu. Bantu tu untuk SEKALI-SEKALI. Kalau hari-hari nak dibantu, campaklah duit. Barulah orang sedap nak menolong.

Adik ipar aku, CT. 8 tahun dah duduk dengan Mak Aji. Aku & Ima cukup risau sebenarnya bila dorang duduk serumah. Aku and Ima sendiri tak nak berlama-lama duduk dengan Mak Aji 😝. Ibal and CT dah beli rumah lain pun tetap tak dapat keluar dari situ. Modalnya -- "Rumah sekarang bakal jadi rumah Ibal. Buat apa nak pindah?"

Aku cakap, "Tak kasi dorang keluar, takpe. Tapi jangan pula nanti komplen menantu macam-macam. Menantu tu bekerja. Dia ada bos. Kalau bos dia tak kasi balik awal, dia tak boleh balik. Jadi, mama kena tolong uruskan anak-anak dia. Jangan nanti mengeluh pulak".

Benda ni memang kena cakap. Adik-beradik memainkan peranan. Aku tak suka serabut di kemudian hari. Jadi Mak Aji kena faham perkara tu. Jangan nak jadi geng-geng mertua yang melahar tak tentu hala. Kena faham posisi menantu yang bekerja. Kak Long En Wan pun sama. Dia banyak mainkan peranan. Everytime jumpa aku dia akan cakap "Diana tima kasih banyak-banyak jaga mok. Mok tu tua dah. 87 dah umur dia. Kak Long paham kadang dia buat lain, cakap lain".

Kadang kesian tengok CT. Balik kerja naik mandi and solat kejap, pastu laju-laju turun bawah tengok apa-apa yang patut. Kalau Mak Aji dah masak, nanti dia kemas-kemas dapur dulu baru makan. Anak-anak dia dah makan nenek suapkan, tapi nampak je muka mak, yang sorang nak roti canai, yang sorang nak nugget. Kadang pukul 10 malam baru dia makan.

Posisi CT tu, dia tahu duduk dengan mertua, jadi tak berehat sesuka hati. Sebab dia tahu itu rumah orang. Aku beruntung sebab duduk dengan mertua di rumah aku sendiri. Jadi, tak kalut balik kerja nak kelam-kelibut urus rumah pula. Macam CT lain. Dia duduk rumah orang. Jadi ada budi bahasa yang dia kena tunjuk. To me, CT punya common sense tinggi. Aku cakap kat Ibal, kalau terjadi CT hilang keluar dari rumah, kau yang aku pelangkong dulu.

Walaupun apa Kak Tam cakap tu betul, jangan pandang enteng menantu yang tak sedor diri. Jenis ni pun ramai juga. Jenis yang ambil kesempatan di atas keselesaan. Mentang-mentang duduk rumah mertua, ada bilik sendiri, makan disiapkan, baju dibasuhkan, anak dijaga - kemain dia naik tocang. Memanglah itu rumah keluarga suami kau. Tapi agak-agaklah. Jangan nak acah-acah terpaling famili. Family yang benar pun masih masuk dapur tolong memasak. Kau yang menantu pulak terpaling family sampai tak jumpa jalan ke dapur. Kau nampak pemukul lalat ni? Kalau aku libas karang melekat kat kulit.

Weekdays boleh la guna alasan penat. Weekend cubalah ambik alih tugas mertua. Bagi mertua healing dan rest dari memasak. Kau pula take over dapur and segala house chores. Jangan pikir kau punya healing je. Nak bersenang-lenang macam mem, gi pindah rumah sewa sendiri. Pastu tengok macamana tunggang-terbalik rumah kau. Masa tu baru kau nampak berapa banyak kerja mertua kau selama ni menguruskan rumah.  

Sebagai menantu yang duduk di rumah mertua, kau adalah tetamu jangka panjang. Walaupun keluarga mertua mesra dan anggap kau macam anak sendiri, tetap ada batas-batas yang sepatutnya dijaga. Bukan apa, takut terlebih sudu dari kuah tanpa sedar. Orang takkan tunjuk depan kita dia tak suka, tapi dia sama dia mungkin ada group whatsapp lain. Hahahaha.

Mertua yang baik mungkin akan sediakan segala keperluan menantu tanpa banyak soal. Tapi tak bermakna dia buat sebab dia sayang kita. Boleh jadi dia buat sebab sayangkan anak lelakinya dan cucu-cucunya. Jadi, elakkan ambil kesempatan atas kebaikan ini secara berlebihan. Lambat laun boleh menimbulkan rasa tidak senang. 

Appreciate every bit of help given dan cubalah untuk balas dengan kebaikan lain. Jangan bangga canang kat kawan "Mertua aku ok je kalau aku balik lambat". No! Kalau ada peluang balik awal, baliklah awal. Mentang-mentang mertua ok, kau melencong mengopi dengan kawan nak healing lepas balik kerja. Kerja tak seberapa, healing lebih. Weekend kalau tak kerja, usahakan bawak anak-anak tu keluar berjalan. Kasi chan mertua berehat. Ni tak. Dah lah weekdays orang tua tu menjaga anak-anak kau, weekend pun nak mintak tolong dorang juga? 


2024-06-22

Type yang sangat pentingkan insurans.



Type yang sangat pentingkan insurans ni aku kenal sangat. Sebab dulu aku kerja kat Prudential. Most of the medical underwriters kat department tu adalah type ni. Ada satu colleague aku, dia dah ada sorang anak masa tu. Dalam age 5-6 years old. Dalam sembang-sembang sorang kawan tanya tak nak dapat baby lagi ke, anak dah besar. This colleague cakap "My salary can't afford second child"

Kita yang type berbeza ni dah dipasal dalam minda "Setiap anak ada rezekinya". Jadi bila dengar type dia sampai takut nak beranak lagi disebabkan gaji tak cukup, kita dengar pun macam "Ntah hape-hape kau ni. Beranak je la dulu, nanti ada tu duitnya". Betul tak?

Statement "setiap anak ada rezekinya" tu tak salah. Yang salah adalah pemahaman dan perlaksanaan. Orang Melayu kuat berpegang pada pepatah, termasuklah pepatah "setiap anak ada rezekinya." Kita percaya setiap anak yang dilahirkan membawa rezeki kepada keluarga. Tapi KEBANYAKAN orang melayu suka percaya buta-buta. Membayangkan rezeki anak tu jatuh selepuk depan mata dalam bentuk duit, dalam bentuk jongkong emas, dalam bentuk beras berkampit-kampit jatuh dari langit. Sebab itulah ada keluarga hidup susah, tapi anak bukan main ramai. Anak kalau berderet tapi teratur takpelah juga. Ini bertempiaran entah sekolah ke tak, entah makan ke tak, tempat tinggal tak serupa rumah, tido berlonggok, situlah tempat tido, situlah tempat masak, situlah tempat salin baju.

Walaupun kepercayaan pada pepatah "setiap anak ada rezekinya" semacam bagi semangat dan harapan, kita tidak boleh ignore the reality bahawa membesarkan anak perlukan persediaan rapi, terutamanya dari segi kewangan, masa depan anak-anak, dan keperluan harian dorang. Ustaz Kazem dalam salah satu bukunya ada mention, di zaman sekarang, perubatan pun dah termasuk dalam nafkah yang mesti disediakan. Sebab zaman sekarang nak berubat pun pakai duit.

Masa collague aku cakap her salary can't afford secind child, that was year 2003. Waktu tu currency kita gagah lagi. Punnnn masih ada yang tak sanggup nak beranak ramai. Bukan takut miskin, tapi takut menganiaya anak-anak sendiri. Nak besarkan anak requires strong financial resources. Kos pendidikan, kos kesihatan, pakaian, makanan, dan aktiviti harian semuanya perlu consistent and significant spending. Toksah katalah "Spend ala kadar je sudahlah". Ala kadar yang macamana? Kalau duduk kawasan bandar, ala kadar apa yang kau expect? Keliling kau semuanya kena berduit. Nak hantar anak ke sekolah, duit. Nak beli keperluan sekolah, duit. Anak-anak join aktiviti di sekolah, duit. PIBG, duit. Kelas tambahan, duit. Belanja sekolah, duit. Kalau anak kau bawak bekal pi skolah pun, ceritanya tetap duit.

Budak-budak tu kat sekolah berkawan-kawan. Karang anak orang lain ada buku latihan, anak orang lain join aktiviti berbayar, anak orang lain join sukan sana sini -- takkan anak kau menung tengok je? Ini bukan zaman kita sekolah dulu. Zaman kita dulu betul-betul fokus kat akademik je. Sukan and aktiviti koku ni semua sampingan. Tak datang habis kuat kena denda 50 sen setiap sesi. Now lain. Semua tu diambil kira dalam merit. Nak tak nak, anak-anak kena aktif join program sana sini. Itu semua kena duit. Karang bila anak orang lain menyerlah, kau merempan cakap pilih kasih. Yang benaunya kau takde planning untuk anak. Semuanya nak disponsor sekolah. Mengote pandai.

Without good financial planning, parents akan face financial stress. Ujung-ujung, anak jadi mangsa. Gasak kau lah nak belajar ke tak, makan ke tak, janji hidup katanya. Susah-susah sangat benti je skolah, cari kerja. Jadi influencer. Mak bapak gini memang cukup bangga kalau anak bagi duit. Biarlah tak balik rumah pun, janji bagi duit. Sebab itulah bergantung semata-mata kepada percaya bahawa rezeki akan datang dengan sendirinya without concrete effort is an inappropriate form of gambling! Perjudikan nasib anak-anak.

Setiap anak perlukan perancangan masa depan yang jelas. This includes educational planning, social development, and career opportunities. Education adalah foundation untuk masa depan yang cerah. Without proper planning, anak-anak mungkin akan left behind in terms of education and opportunities. Karang bila anak tak mencapai standard, kau salahkan T20 ambik hak kau pulak.

Amanah yang kita dapat ni berat sebenarnya. Sama ada kita dah berikan yang terbaik untuk anak-anak, itu lain cerita. Tapi kalau takde planning lansung, berserah buta-buta pada takdir, kau rasa semudah itu Allah bagi kita uruskan amanah ni? Rezeki memang Allah yang bagi, tapi kena ada usaha. Mesti ada rancangan yang solid untuk besarkan anak-anak. Menjadi atau tak, kerja Tuhan. But effort is our duty.

Aku kadang bila datang rumah some people, tengok keadaan dalam rumah yang macam tongkang pecah, dengan sampah menambun, dengan dapur berselipat, sink penuh, anak bersepah -- alahaiii. Padahal mak bapaknya bukan orang susah pun. Dapur masak tu berkerak-kerak. Aku nak cedok lauk pun kembang tekak. Jenis yang tak kisah rumah macam nak terbalik, janji ada rumah. Nak bersepah ke, nak berkerak ke, dalam rumah sendiri katanya. 

Please jangan argue dengan aku bab ini, ya. Sebab aku pun bukan orang senang. Tapi rumah aku (rumah mak aji) jangankan berkerak, kalau dia balik kerja kesat-kesat kaki kat lantai berasa berhabuk, satu rumah kena bantai. So aku tak boleh terima kalau rumah orang bersepah dan anak-anak berselipat, dikatanya "kita tak tahu apa masalah dorang". Pundek. Menyampah aku baca komen macam ni. Tambah anak takde masalah, but without ensuring that basic needs are met, itu yang salah.

Another aspect in financial planning, macam video tadi cakap - is medical card. Orang kebanyakan macam kita-kita ni lagilah wajib ada medical card. Kalau gaji kau below RM50K sebulan, kau adalah orang-orang yang mesti ada medical card. Sebab kos perubatan sekarang sangat tinggi. Bolehlah nak yang murah, tapi silakan menunggu lama dan jangan demand nak first class service. Anak sedara En Wan pernah masuk hospital kerajaan di suatu daerah, menangis keluar dan masuk hospital lain. Sebab wad tu hanya ada kipas. Tak tahan panas. That's why perubatan dah jatuh nafkah wajib sediakan. Dah bukan kehendak, tetapi keperluan.

Marhaen macam kebanyakan kita, kerana kita tak kayalah maka perlu ada medical card untuk bantu tanggung kos kos hospital, kos pembedahan, kos rawatan kecemasan, dan treatment selepas discaj. Anak-anak kita ni kena ada medical card. Tanggung sehingga mereka dah bekerja. Once dah kerja, suruh dorang sambung bayar. Biar sebelum kawen dah dibiasakan dengan komitment medical card. Kalau lepas kawen baru nak harap dorang buat medical card, jawabnya memang takkan buat lah. Sebab once dah kawen, komitment dah tinggi. Masa ni sibuk nak membayar hutang sampaikan tak nampak kepentingan medical card. Dah sakit esok baru menggelabah. Jadi, kena biasakan semasa bujang lagi dah ada komitment bayar caruman, jadi dorang akan jadi lebih berhemah dalam berbelanja.


2024-06-20

Ramai merasa pressure yang kuat untuk memenuhi standard yang ditetapkan oleh orang lain.



Video atas ni telah menjentik emosi aku untuk merempan.

Caption dia "Kepada founder yang beli Lambo CASH, jangan lupa bayar duit RM2 juta hutang) sebelum saya sebut nama awak".

Tak faham apesal setahun dua kebelakangan ni banyak betul cerita-cerita founder and influencer yang kaya-raya di media sosial akhirnya kantoi. Kantoi berhutang dengan supplier. Kantoi sewa banglo untuk berlagak. Kantoi sewa private plane. Kantoi kelepet duit sumbangan. Dah kenapa beria sangat nak jadi kaya sekelip mata ni? Nak dapat approval siapa? Kalau tak dapat approval orang ramai diri kau tu takde nilai ke camana?

Ok, ini sekadar pandangan aku. Tak setuju tak apa. Sebab I write not to get likes. I write what I like.

Melampau sangat tak kalau aku cakap "penyakit" dorang ni adalah disebabkan oleh mental stress akibat dari social pressure nak dapat penerimaan ramai orang? Bukan "orang ramai" tau, tetapi "ramai orang". Terlalu nak dapatkan perhatian ramai oranglah buatkan penyakit ni makin parah.

Dalam era media sosial sekarang, we are more connected online. Ramai merasa pressure yang kuat untuk memenuhi standard yang ditetapkan oleh orang lain. Orang-orang sekarang gunakan media sosial untuk highlite momen-momen terbaik dalam hidup. Contohnya, personal achievements, luxury vacations, and glamorous lifestyles. Gambar-gambar dan cerita-cerita yang di-upload rarely show life's difficulties or challenges.

Of course lah kita takkan tunjuk the dark side of our lives. Kita mestilah tunjuk yang cantik-cantik saja. THAT'S NORMAL. Yang tak normalnya bila kau menipu konon hidup kau mewah, berjaya, menang award segala, padahal??? Berhutang. Beli award pastu acah-acah success. Ada yang teruk pegi buat loan bank sebab nak travel sana-sini. Punyalah nak tunjukkan kat ramai orang kejap-kejap dia ber-vacation. Ini bukan aku buat cerita, ya. Ini berlaku di kalangan orang yang aku kenal, pastu terkantoi.

So kita nak salahkan siapa? Nak salahkan media sosial? Nak salahkan gadjet? Tak. Salahkan OTAK kau sebab sempit sangat. 

Pagi-pagi kau bangun dengan misi nak buat ramai orang impress dengan life kau. Yang impress tu berapa sangat sebenarnya? Percayalah cakap aku, kalau followers media sosial kita 1 juta, separuh dari tu adalah orang yang tak kisah pun. Dorang takkan kelebet cerita kau everyday. Kalau lalu, tengok. Tak lalu, dorang tak cari pun. Dia follow sekadar nak cuti mata. Hanya 50% saja yang benar-benar like you. Itupun they like kerana apa yang dorang nampak. Once kau terkantoi, yang 50% ni tinggal 25% je agaknya. Berbaloi ke berhabis duit dan berhutang untuk impress yang 25% ni? Itupun kalau kau tersungkur esok, yang 25% ni teruskan hidup dorang macam biasa. Takde de dia nak offer bayar hutang kau.

By the way, teruk sangat ke dunia realiti kau sampai terpaksa berhabis duit demi buat content di online perkara/benda yang kau sebenarnya tak ada? Ajegila berhutang semata-mata nak tunjuk kat ramai orang yang kau berduit. Hey, who cares? Yang feel pressured to show that they too live by the same standards of luxury and success, adalah orang-orang yang sama-sama tak mampu macam kau juga. Orang yang mampu they don't care if you are rich, or you own this and that, or you win this and that. You know why? Sebab orang yang mampu ada dua sebab untuk tak kisah:

1. Dia tak minat apa yang kau ada, atau
2. Dia dah ada apa yang kau ada

Media sosial ni sebenarnya sangat bagus. Dulu orang guna iklan TV and news paper. Pastu orang guna billboard. Semuanya untuk tujuan marketing. Now dah ada media sosial. Malangnya orang sekarang gunakan kemudahan media sosial dengan tak betul. Now media sosial tempat untuk bermegah, untuk kumpul pengikut tak tentu arah, kumpul likes, kumpul komen. Dan semua ni dianggap sebagai social acceptance and influence. Lavish lifestyle and success lebih mendapat banyak perhatian dan pujian. Fungsi sebenar media sosial tu dah lari. Billboard pun orang dah tak guna untuk iklan produk, tapi lebih kepada tayang muka founder. Kau imagine muka founder lagi besar dari produk. Apa motifnya?

Sorrylah, aku maybe old-skool bab-bab ni. Sebab aku memang orang sains and marketing. I started both from the offline days. So my focus remains on advertising the product, not myself or my face.

Takde yang salah nak promote diri sendiri. Buatlah kalau kau rasa diri kau lebih menonjol dari produk kau. Tak apa. But don't fake it. Don't pretend you're successful and rich, have all the luxuries padahal kau berhutang sana sini. Bila hutang dah menambun, ujung-ujung jadi scammer untuk tampung beban hutang tu. Sebab tu ada peribahasa "Menipu lama-lama jadi pencuri". Zaman sekarang banyak nau menipu, end up jadi scammer.

Kau ingat takde orang tertanya-tanya ke kau berbisnes apa? Nama produk pun tak pernah dengar. Dalam kalangan kawan-kawan mereka sendiri takde yang pernah dengar atau guna produk kau. Tup-tup kau beli Lambo. Tup-tup menang the best entrepreneur of the year. Seriously kau berbangga dengan "pencapaian" ni? Kesian.

Media sosial yang diguna dengan cara yang salah, kesannya ramai merasa perlu untuk mempamerkan kemewahan dan kejayaan untuk dapatkan lebih banyak pengikut, which in turn increases their social status in the online world. Inilah yang buatkan orang-orang ni tend to make unwise choices like berhutang untuk pretend to have something they don't really have.

Hari tu aku nampak kat FB satu video budak perempuan tengah bawa Audi, dengan caption "Income RM25K". Lepas tu dia buat pecahan dari RM25K tu berapa dia bagi parents, berapa dia spend untuk food, untuk rumah, untuk vacation. Dia spend lavishly lah. Yang kesian tu, bawa Audi seat driver tarik sampai nak cecah stereng. Pegang stereng 2 tangan macam baru dapat lesen P. Pastu pakai tudung bawal benang carik. Kau rasa??

Tolong masuk kelas lakonan ya, dik. Kasik polish biar meyakinkan sikit.


2024-06-19

How much you love yourself is by the partner you’ve chosen



Video atas ni keluar randomly selepas aku terbaca post pendedahan siapa parents Zayn Rayyan semalam. Korang ada terbaca tak post tu? Yang pendedahan kisah mak Zayn tu dibawa kawen kat Siam dan tak pernah-pernah jumpa lagi dengan keluarga sejak itu sampailah anaknya mati, barulah keluarga tau keberadaan maknya.

Entahlah, nak cakap lebih-lebih pun malas. Tapi aku nak cakap pasal video yang aku tepek tadi. Video tu cakap, "I can tell how much you love yourself by the partner you’ve chosen. Would that be a compliment or an insult?".

Lelaki kalau tersalah pilih isteri, dorang masih ada pilihan sama ada cerai atau kawen lagi satu. Tapi perempuan kalau tersalah pilih suami, apa pilihan yang dia ada? Talak bukan ditangan dia. Nak kawen lagi satu pun tak boleh. Nak lari dari rumah menghilangkan diri pun bukannya kau boleh kawen baru selagi talak tak jatuh. Nak tuntut fasakh pun tak semudah tu dilepaskan.

Maka statement video tu ada lojiknya.

"How much you love yourself is by the partner you’ve chosen".

Kadang tu kita cuba berlebih kurang dengan pilihan sendiri sebab menganggap kita tak perfect mana. Jadi apa salahnya menerima kekurangan pasangan.

Ya, hat tu betul. Tapi, kalau dah nampak red flags, tak payahlah consider apa-apa lagi. Hal-hal yang melibatkan attitude ni, tak payahlah kita nak "Insyallah dah kawen nanti berubahlah dia". Dah kenapa nak gamble menikah dulu kendian baru usaha untuk berubah? Kan ke lebih baik settlekan masalah attitude sebelum kawen?

Kalau sebut pasal attitude, semua orang ada attitude yang tak selari dengan kebiasaan kita. Things like prefers spending time alone tak suka bergaul dengan ramai orang, atau perfectionist/OCD, atau tak pandai buat keputusan, atau suka aktiviti lasak. Ini semua menjurus kepada personaliti. Tak kacau kau punya mental health.

Attitude adalah berbeza. Apetah lagi red flags attitude macam control issues. Kalau lelaki try to control where you go, who you see, or what you do -- ini adalah mukadimah kepada masalah yang lebih besar akan datang. 

Tapi selalunya perempuan anggap ini adalah tanda lelaki tu care dan sayang. Hahaha. Feelingnya kau! Kalau ke mana-mana dia suruh kau on live location, that is not as a gesture of care sayangggg. Itu namanya dia tak percayakan kau. Asas pada sebuah perhubungan is TRUST. Kalau ini tak lepas, mimpilah nak marriage yang smooth. Kalau marriage tu bertahan pun adalah kerana YOU are the one yang surviving the marriage.

Nak-nak lagi dapat pasangan yang mengatur dengan siapa kau bercakap, berkawan, berjumpa, etc. Soon, kau akan terasing dari kawan dan keluarga kau sendiri. Dia halang kau dari meeting certain friends or family members, dan menuduh orang-orang tu semua bagi bad influence. Padahal dia yang saiko. Kau janganlah feeling lelaki macam ni taking care of you, ya. He is manipulating your feelings, using guilt, fear, or other emotions to control your behavior sebenarnya.

Lelaki yang ada manipulative behaviour adalah terpalingggg red flags antara semua red flags di dunia. Ini perangai narsistik. 

Narsistik ni, dia yang buat salah, dia akan jadikan kau merasa bersalah. 

Kalau kau lebih berjaya dari dia, nanti dia akan salahkan kau sebab kononnya kerana kau busy membina kejayaan akhirnya dia kesepian dan murung dan tak boleh jadi orang yang berjaya. 

Ceritanya, apa-apa pun, yang salah tetap kau. Kalau boifren kau gini, toksah lah kau nak merasa bangga konon kau tersangatlah penting dalam hidup dia sampai dia hilang fokus. Muntah aku! Itu semua manipulative behaviour supaya dia boleh control kau.

Nak-nak lagi dapat laki yang "Takyahlah kerja teruk-teruk. Pangkat tinggi-tinggi nak ke mana".

Takde masalah kalau nak cakap gini. Tapi pastikan keperluan rumah semua tip top. Perbelanjaan rumah tak sangkut. Pakaian anak bini terjaga. Kalau life isteri jauh lebih baik sebelum kawen dari selepas kawen, maka kau takde hak nak question isteri kau yang nak berkerja keras. Disebabkan kau selesa hidup seadanya, that's why bini kau willing to kerja all out. So sebelum buat isteri serba-salah dengan pertanyaan yang bodoh tu, pastikan diri kau tu upgrade dulu. Kalau kau mampu provide keselesaan pada isteri, bolehlah nak perli-perli gitu. Kalau tak, mohon diam. 

Lelaki yang lack of support gitu adalah red flags juga. Jenis yang dahlah taknak usaha lebih, pastu tak support bila bini nak buat lebih. Paksa bini ikut gaya hidup dia yang serba tak kisah dan serba tak cukup tu. Hey, kau kalau malas, jangan marah bila orang lain nak jadi rajin. 

Ciri-ciri ni kau boleh nampak dari sebelum kawen lagi. Nak-nak lagi time keluar berdating. Asyiklah nak makan kat mamak atau warung-warung. Tapi, gadjet dia kemain lagi upgrade. Kasut nak Nike je. Jeans nak Levis. Kereta kemain jaga berkilat. Tapi everytime kau ajak makan sedap, dia "nasihat" toksah membazir. Ladies, please RUN! Ini ciri-ciri mementingkan diri sendiri. 

Anger issues is another red flag. Kalau sepanjang bercinta kerap bertekak, angkat je lah kaki. Rimas aku dengan orang gini. Cara-cara tak duduk serumah pun kerap bergaduh, lagikan esok bila dah tido sebilik. Bergaduh dalam rumahtangga itu normal. Kita adik-beradik yang keluar dari mak yang sama pun rajin bergaduh, apetah lagi dengan orang yang kita baru kenal. Selagi belum kawen, eloklah pikir sama ada boleh carry tak anger issues tu bila dah hidup bersama nanti. Selalunya, orang yang pemarah dari zaman bujang, sampai ke tua masih bawa perangai pemarah ni. Tak berubah pun. Nak-nak lagi dapat bini lembik dan bodoh yang jenis taat tak pakai otak. Memang takkan berubah.

Aku pula takleh dengan lelaki yang lack of ambition. Ini red flags utama. Bukan apa, as lelaki yang akan menjadi suami, dia kena bijak dan berusaha. Lelaki tak boleh selesa dengan satu-satu perkara terlalu lama. Dia kena someone yang lead the progress. As a wife, kita menjadi pendorong dan work with husband as a teammate. Tapi the husband kena tahu apa yang perlu dibuat. Dia nakhoda kapal. Jadi, dia mesti orang yang ada vision and ambition. Letih weh dapat lelaki yang takde hala tuju dan visi. Sikit-sikit "Awak decidelah, saya ikut je. Awak pikirkanlah, saya ikut je". Adeh. Sesekali oklah. Kalau balik-balik aku je kena pikir, selamat jalan romeolah jawabnya. Permisi.


2024-06-13

Orang yang membesar dengan kepayahan, hidupnya tertumpu untuk capai dan miliki apa yang dia tak pernah rasa.


Semalam aku nampak satu quote ni:

"Orang yg dibesarkan dengan perhatian dan kasih sayang akan membesar dengan objektif untuk hidup dengan cara yang sama. Dia beri kasih sayang dan perhatian yang sama dia dapat semasa kecil, kepada pasangannya.

Manakala orang yang membesar dengan kepayahan, dia membesar dengan survival mode. Hidupnya tertumpu berusaha untuk capai dan miliki apa yang dia tak pernah rasa. Dia hidup dengan consistent struggling".


Aku sangat bersetuju. Sangat. Sebab aku nampak perbezaan aku dengan En Wan.

En Wan tak pernah lalui masa susah, kecuali masa kat Jepun. Itupun dia yang cari susah. Ada duit biasiswa, ada duit poket from family, tapi saja suka-suka nak kerja sawah padi dan jadi storekeeper kat kilang Coke. Hidup dia serba-serbi cukup. Mak bapak orang have-have, makan minum terjaga, maid sampai 3 orang, pergi skolah driver hantar. Kerja dia hanya study. Kasih sayang dan perhatian yang cukup buatkan dia terbiasa dengan environment yang macam tu. Orang yang environmentnya dipenuhi dengan kasih sayang, perhatian and care tend to develop a positive outlook on life and relationships.

Orang-orang macam ni dia dah miliki apa yang orang macam aku tak dapat, dari kecil lagi. Jadi, dia takde apa sangat nak kejar sebab banyak benda dah merasa. Dia membesar dalam keadaan bertenang-tenang. People like this grow up with a strong sense of self-worth and confidence, takde istilah insecure. Background yang nurturing gini buatkan dorang lebih mengutamakan emotional connection, which they naturally extend to their partners and relationships.

On the other hand, aku dibiasakan dengan bersyarat. Kena usaha dulu baru dapat. Nak ini, kau kena capai X dulu. Nak itu, kau kena buktikan dapat Y dulu. Semuanya mesti ada reason. Takde yang buta-buta boleh dapat. Nak makan sate, kena dapat nombor 1. Nombor 1 ya, nombor 2 and 3 tak dapat apa-apa. Aku nak Monopoli yang kecil tu pun, syaratnya UPSR straight As. Padahal Monopoli tu bukanlah beratus harganya. Tapi nilai Monopoli aku adalah result UPSR. Nilai basikal mountain bike aku, adalah result SRP. Nilai hi-fi Aiwa adalah result SPM aku.

Kalau cerita kat orang, kena gelak. Kejadahnya nak basikal baru kena dapat good result SRP? Bukannya basikal mahal mana pun yang aku dapat tu. Dari Form 4 aku kumpul CD Leslie, hanya selepas SPM baru dapat pasang sebab rumah aku hanya ada radio biasa. Takde CD player. Dapat hadiah hi-fi, barulah dapat dengar lagu-lagu dalam CD.

Disebabkan apa yang aku nak semuanya perlu syarat, maka banyak benda yang aku ketepikan. Aim hanya yang betul-betul penting saja. Kesannya boleh nampak sekarang. Aku tak minat barang kemas, tak minat kumpul branded items, tak pernah bercita-cita nak berjalan-jalan macam orang lain. Boleh dikatakan aku seorang yang tak kisah tak memiliki banyak benda. Bukan sebab tak minat, tetapi dah terbiasa pilih yang lebih penting. So that explains, kenapa aku pi Europe pakaian sempoi. Itupun salah satunya kesannya. Kerana pakaian vogue ke overseas tak penting. Yang penting, makan 😝.

Masa couple dengan si anu, walaupun dia menggila, aku still boleh fokus pada study sebab dah terbiasa dengan environment yang harsh. I don't care if kau nak menggila ke apa, kau gilalah sorang-sorang. Aku ada misi nak convert loan ke scholarship, and I nailed it.

Masa En Wan laju-laju nak bertunang sebab nak selamatkan aku dari si anu, terpikir juga dia ni tak kesah ke bertunang time belajar? Mak bapak dia tak marah ke? Dia tak pikir study ke? Kalau aku jangan haraplah nak bertunang time belajar. Mampus kena hempok dengan Mak Aji. Kalau tak kerana kes si anu tu, Mak Aji takkan setuju aku bertunang time belajar.

Aku surprised bila mok and arwah ayah dengan tenang terima bila En Wan call dari Jepun minta family merisik cepat-cepat and nak bertunang 2 bulan selepas tu. Mok cerita, satu family terkejut dia minta merisik. Sebab takde angin takde ribut. Last time dia balik, takde nampak macam orang ada girlfren pun katanya. Tahu-tahu suruh merisik cepat-cepat.

Membesar dalam keluarga yang penuh dengan perhatian, En Wan jadi terbuka nak bercakap pasal kawen walaupun sedang belajar. Family En Wan pula takde tanya "Habis belajar macamana? Kalau fail exam macamana? Macamana nak tanggung anak orang kawen awal sangat?" Takde. And family dia macam cool-cool je dengar dia nak bertunang. Kalau Mak Aji, mampus membebel 2 minggu. Kau ni dah kenapa nak bertunang sangat? Dah gatal bijik? Bingit oi. Konfem.

Apa yang aku nampak, when a person has been consistently shown love and attention dari kecil, they strive to replicate this environment in their own adult lives. They are likely to be affectionate, attentive, and understanding partners, sebab dorang dah dibiasakan dengan kualiti-kualiti tu. Jadi their goal is to build a life yang membina kehidupan yang mencerminkan kemesraan dan kestabilan.

Awal-awal kawen dulu, aku struggle nak match dengan cara En Wan. Ketika tu aku masih ber-mindset-kan sentiasa nak overcome obstacles. Waktu tu aku sambung belajar, jadi takde income. Everytime kalau keluar berjalan En Wan tanya "Nak beli apa-apa tak?". Sebenarnya ada. But my life experiences taught me that success and stability are not given but must be earned. Walau dengan suami sendiri, aku tak berani nak minta apa-apa. Kalau terpaksa, aku minta yang sangat murah. Aku tak rasa layak untuk minta lebih. Sebab tu sampai sekarang, banyak benda aku beli sendiri. Baju, skin care, kosmetik, food. Bukan tak berani nak minta suami, tapi like I said - aku dibesarkan dengan cara kau nak ini, you must give something dulu. Tak boleh senang-senang mintak, dapat.

2-3 tahun pertama kawen En Wan pernah kecil hati bila aku macam tak jealous bila dia keluar main futsal malam-malam, tak pernah check wallet dia, tak pernah tanya password email. Dia tahu aku kawen sebab nak selamatkan diri. Tapi takkan dah bertahun kawen takde lansung jealous suami keluar malam kata dia. Dia terasa macam aku tak kisah kalau dia ada atau takde. Sampai dia cakap "Awak trauma dengan life ke sampai jadi kering hati macam ni?"

Environment aku membesar jauh beza dari dia. Kesannya, aku jadi independent and resilient. Actually aku tak proud lansung menjadi independent and resilient. Sebab itu adalah ciri-ciri mengharungi situasi sukar. Hanya orang yang membesar dengan difficult environment saja tahu being independent and resilient tidak semestinya you kuat. It is just an effect akibat selalu berdepan dengan challenging situations. Secara tak lansung menjadikan aku "You-think-I-care?" person. This survival mode mentality buatkan aku tak mudah nak bergantung pada orang as I have learned to depend primarily on myself. This translate to difficulty in relying on him (En Wan) for support.

Slowly En Wan tame-kan aku dengan ajar aku jadi dependant. Semua benda dia buatkan. Tu yang dulu aku sampai lupa cara nak cucuk duit kat ATM. Now ke mana-mana dia yang bawa kereta dan hantarkan. Nak ke rumah Mak Aji pun kena tunggu dia. Nak beli roti pun tunggu dia. Aku dah terkial-kial nak bawak kereta sekarang. Aku pun rasa aku dah banyak berubah now. Dulu aku kering hati sekering-keringnya. Selamba je tido dalam kereta jap kat Shell bila penat drive. Kadang tu kalau tersampai awal hotel tak leh check-in, aku tido jap kat basement car park gelap-gelap tu. Balik kerja 10-11 malam jalan sorang-sorang kat basement. Check out hotel pukul 3 pagi drive sorang-sorang dari Penang ke Subang Jaya. Sekarang bila pikir balik, aku yang seram dengan perangai aku dulu. Nasib baik tak jadi apa-apa. Sekarang, tido sorang dalam bilik sendiri pun takut. Mana En Wan pegi aku ikut. Mengada-ngada pulak haihhh.

Apa yang aku belajar dari relationship aku dengan En Wan, the way we are raised shapes our approach to life and relationships. Our upbringing menentukan macamana kita menikmati hidup bila besar nanti. Aku cuba untuk taknak bagi anak-anak experience apa yang aku lalui masa kecil. Things yang aku boleh provide tanpa perlu syarat, aku provide. Tak perlu segalanya kena bersyarat. Because anak-anak aku lelaki. Aku tak nak kesannya nanti akan dirasa oleh isteri and anak-anak dorang.


2024-06-11

Kadang suami tu bukannya tak romantik, tapi tak sempat nak tunjuk perhatian.


10 tahun dulu, sorang kawan lelaki aku cakap — “Perempuan yang khayal dan leka melayan drama cerita atau novel cinta, adalah perempuan yang sunyi dengan cinta”.

Aku rasa apa yang dia cakap tu ada betulnya. Maybe tak semua, tapi 90%, TRUE. Sebab aku boleh relate.

Masa single dulu, aku obses bagai nak rak dengan Leslie. Dari umur 12 tahun kot angau dengan Leslie, sampailah ke matrik masih angau dengan Leslie. Time sekolah dulu, asal balik kampung, angkut kaset Leslie memenuhkan bag baju. Tak sampai hati nak tinggalkan Leslie kat rumah sorang-sorang kekdahnya. Agaknya dulu kalau rumah Mak Aji terbakar, kaset Leslie yang aku selamatkan dulu.

Masuk matrik pun angkut kaset Leslie. Padahal aku takde radio pun nak pasang kaset. But isokay. Bawak je kaset dulu. Leslieku harus berada di mana jua aku berada. Kawan-kawan aku kat sana pelik kenapa perempuan ni layan lagu cina. Tapi lama-lama dorang pun terlayan sekali.

Bila aku bercouple dengan si anu, slowly dah tak dengar kaset Cina dah. Pegang kaset Leslie pun tak. Lama juga aku stop dengar Leslie. Jadi, benarlah statement kawan aku tu. Perempuan kalau sunyi dari cinta dan kasih-sayang, habuannya mesti novel cinta. In my case, Leslie. Angau dengan artis.

Eh aku punya angau bukan calang-calang, ya. Dulu tahun 90-an mana ada internet. Apa ajelah sumber aku nak ambil tahu pasal perkembangan Leslie. Dua je sumbernya - Jade Solid Gold dengan Galaxy. Tapi tahun 90-an Leslie bersara dari menyanyi sekejap. Dia tumpu pada acting saja. Dah tentu-tentu tak keluar Jade Solid Gold punya. Maka Galaxy-lah satu-satunya sumber. Gigih aku beli. Walaupun sekecil-kecil muka Leslie dalam tu, aku potong dan simpan. Kawan aku beli bra Triumph dapat poster Leslie, aku beli tau poster tu dari dia. Sanggup tak makan time rehat demi nak kumpul duit beli poster. Nasib baik jugalah dari tahun 1990-1994 Leslie tak menyanyi. Kalau tak, kopak juga aku nak membeli kaset Leslie dengan Beyond serentak.

Masa praktikal (latihan industri), aku dah couple dengan En Wan. Tapi kitorang long distance relationship. Nak jumpa setahun sekali payah, jadi aku kurang kasih-sayang waktu ni. Aku praktikal kat SIRIM. Depan tu Kompleks PKNS Shah Alam. Asal lunch break je, pi kompleks belek-belek novel. Tersangkut dengan Ahadiat Akasyah. Novel cinta semua. Terus hilang kesunyian aku. Dah tak berapa nak kisah sangat kalau En Wan tak call. Sebab seronok melayan percikan kimia dengan novel cinta. Maka dengan ini aku mengesahkan statement kawan aku sangat betul.

Kadang-kadang, bila perati akak-akak yang dah kawen tapi obses dengan drama cinta — it shows that deep down, they are actually longing for the love they have been dreaming of. Disebabkan kasih sayang cinta tu dorang tak dapat dari suami, sebab itu keobsesan tu beralih. Tu yang bergegar ovari tengok drama Korea, padahal laki kat sebelah 😝.

Tak. Kau tak payah nak argue dengan aku bab ni. Aku faham sangat. Kita sama kita tahu benda ni sebenarnya betul. Dia memang macam tu lah. Nak-nak lagi dah masuk tahun ke-20 kawen, takde maknanya nak bergetar ovari lagi dah. Percikan kimia pun dah tak memancor. Meleleh je. Kahkahkah.

Bukan tak sayang. Tapi, this is reality. Apa yang kita jalani dengan pasangan setelah berbelas tahun kawen, dah bukan lagi kerana cinta, tetapi tanggungjawab. We stay kerana ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Dah takde dah nak bersayang-sayang bagai nak rak macam zaman belum kawen dulu. Yang ada now is saling menjaga dan saling menjalankan tanggungjawab. Now dah jadi team work. You do your part, I do my part.

That’s why kita (aku) faham bila ada perempuan umur dah masuk 40-an masih suka layan drama cinta dan novel cinta. Bukan suaminya dah tak best, tapi sekadar nak melayan perasaan. Nak kembali merasa percikan kimia zaman bercinta dulu.

Hari tu masa aku up post kat Iseltwald, Swiss, tempat scene Crash Landing On You, ramai betul cakap En Wan romantik. Nak-nak lagi peminat cerita Korea. Ramai rupanya tengok drama tu. Kat IG aku ada 3-4 orang luahan hati. Suaminya tak romantik katanya.

Aku tanya “Berapa tahun dah kawen?”

5 tahun. 9 tahun.

Hmm..biasa la tu. Ini fasa biasa.

Dia macam ni. Kadang suami tu bukannya tak romantik, tapi tak sempat nak tunjuk perhatian. Bila keluarga dah besar, komitmen dah tinggi, ada banyak benda yang dorang nak pikirkan. Kawan aku yang sama cakap "Nak jaga lelaki senang. Jaga 3 benda - makan kena cukup, tido kena cukup, seks kena cukup". Cuddle, candle lite dinner, roses, honeymoon -- ini semua tak penting dalam senarai mereka, ya. Ini kalau kau nak, kau arrange. Tapi bukanlah semua lelaki macam tu, ada je yang built-in romantik, tapi tak ramailah.

Maka, kau jangan perati yang tak ramai tu. Perati je yang ramai. Kalau suami kita tak romantik macam Zachary Benedict dan Matthew Farrell (siapa baca Judith Mc Naught kenal karakter ni), bermakna suami kita normal. Sebab kebanyakan lelaki memang romantik sebelum kawen je. Maka, tak perlu risau.

Zaman Redza masih kecil, ke mana-mana pegi mesti angkut anak. Bila Redza 6 tahun, keluar sorang hero lagi. Sambunggggg lagi mendokong anak ke mana-mana. Now, anak-anak dah tak nak ikut mak bapak berjalan lagi, barulah mak bapaknya boleh layan late night movie sama-sama, makan berdua, holiday berdua. So, you please sabar, ya. Semua fasa tu kita akan lalui. Buat sementara ni kau layanlah drama Korea dulu.

p/s: Kesan dari angau dengan karakter Matthew Farrell telah diterjemahkan ke dalam bentuk Redza Farrel 🤣.


2024-06-10

Janganlah terpaling religious sangat segala benda kau nak spin ke arah agama


Semalam aku share video Leona kat IGS. IGS aku tu sync dengan FB Story. Memandangkan FB aku public, jadi story aku pun public. Maka selalu aku dapat PM yang "pelik-pelik". Contohnya video Leona semalam. 

Aku bagi pandangan yang aku suka cara Leone menyampaikan perspective dia. Nampak bijak, nampak berpendidikan tinggi dan dia tahu apa dia jawab. Tak meleret, tak spin, dan tepat menjawab soalan. Kita boleh nampak kenapa dia good at studying. Salah satunya, dia memberi jawapan mengikut kehendak soalan.

Ini respond aku pada video Leona:


Ada yang tak puas hati dengan aku. Katanya "Kalau dia bijak, dia mesti tahu hukum mendedahkan aurat"

Ok. Hat ni yang aku malas nak dengar sebenarnya. Orang-orang macam ni aku pastikan tidak akan ada dalam lingkungan aku. Aku sendiri akan jauhkan diri. Sebab yang pertama -- KURANG BIJAK.

Apa benda yang kau nak sangkut-pautkan antara bijak dengan menutup aurat ni? 

Menyampah betul dengan puak-puak yang segala benda nak kaitkan dengan aurat. Pandangan aku dalam post LinkedIn tu merujuk kepada bagaimana education dan environment boleh membentuk cara berfikir dan bercakap. That's my point. Aku membahaskan isu itu. EDUCATION vs MINDSET. Apa benda yang kau melencong jauh sangat? Ni konfem BM karangan dapat C dulu. Lain yang disuruh bincangkan, lain kau jawab.

Janganlah terpaling religious sangat segala benda kau nak spin ke arah agama. 

Ni mesti jenis yang datang rumah orang buat macam rumah sendiri. Sebab?
Sebab, tetamu harus dimuliakan katanya.

Ini juga pasti puak-puak yang marah bila kita tak share resepi. Sebab?
Sebab, ilmu resepi tu milik Allah katanya. Jadi kena kongsi dengan dia.

Dan pasti inilah juga puak-puak yang berhutang member tak bayar balik sebab?
Sebab, dalam rezeki kita ada hak orang lain katanya.

Hey, read my lips, TENGKORAK KAU!

Kahkahkah. Tergelak aku. Slay betul jawapan dia.
Tak, aku bukan menyokong dia pakai sexy, but I like her answer.

Apa yang Leona pakai tu, aku pun pakai masa muda dulu. Aku pernah cerita kalau di ofis, tak keluar buat sales, aku bukak jaket dan hanya pakai tube buat kerja. Tube yang macam Leona pakai dalam gambar tu lah. Reader otai biasa dah nampak aku tepek gambar aku pakai tube dalam blog. Bukan saja-saja nak letak. 

Some people bergambar baju. Tahu tak bergambar baju tu macamana? Dia sebenarnya tak dressup macam tu pun on daily basis, tapi sebab nak bergambar, dia pakai. Pastu post kat media sosial. Itu namanya bergambar baju. But aku dulu, tube tu pakaian pergi kerja. Sebab tu aku tak nampak kat mana salahnya letak gambar pakai tube di blog because di tempat kerja colleague aku dah biasa tengok aku berpakaian macam tu.

Just like Leona. Dia pakai bukan nak tunjuk kat semua orang badan dia. Dia pakai sebab memang itu pakaian hari-harinya. Di rumah dan di luar. Kita yang tak biasa ni yang pelik tengok. The scenario sebijik macam aku dulu. Sebelum ada blog, aku pi kerja pakai skirt pendek atas lutus, pakai baju see-thru, pakai baju low V-neck nampak cleavage, pakai tube -- everyday. Takde siapa kisah. Because semua nampak itu adalah pakaian harian aku. But the moment aku share gambar-gambar di blog, chaos! Aku jadi pelik, kenapa orang hencap penampilan aku? Bila aku share gambar aku pakai baju mandi di Feringgi, lagi teruk aku kena. Aku makin konfius. Apa benda yang salah? Betul la tu, pergi beach pakai swimming suit. Takkan mandi pakai baju kurung kot.

Aku bukan nak kata aku betul. Tapi nak bagi faham, some people dia tak jahat dengan orang. Dia jahat sendiri-sendiri. Contohnya, Leona. Orang nampak dia jahat sebab pakai sexy. To me, no dia tak jahat. Dia jahil. Bukan jahat. Jahat tu macam orang yang menonggeng agama. Serban tak tinggal, janggut lebat, tapi cabul budak sekolah. Pakai tudung labuh sampai perut, bercakap bersulamkan zikir, tapi scam orang sana sini atas nama infaq! Bladihel.

Dulu right after aku bertudung, 4 tahun aku join kelas agama. Aku yang enrolled diri aku dalam kelas feqah untuk kurangkan risiko terkehel. Tahu je lah kan, orang yang always dressing daring ni, kecederungan nak istiqomah bertudung tu payah di awal-awalnya. Jadi aku humbankan diri aku dalam kelas agama supaya faham the foundation. Salah seorang ustaz cakap "Jahat macamana pun kita, SOLAT JANGAN TINGGAL. Kalau solat itu benar, solat itu yang akan bawa kita kepada hijrah". Aku pegang cakap ustaz tu. Aku percaya selagi orang tu masih jaga solat, one day dia akan berubah.

Girls like Leona ni, she speaks her mind. Orang yang speaks her mind tends to think clearly and logically. She articulate her thoughts effectively and she can convey her message in a straightforward manner. Cara berfikir semasa zaman jahil dulu macam ni lah. Ikut lojik. 

Kenapa nak marah aku pakai one-piece di swimming pool? Bukan ke mandi pool mesti pakai swimming suit? 

Kenapa nak marah aku pakai skirt pendek, bukan ke itu office attire? 

You cannot marah me wearing tube in the office, because ketika aku berjumpa customer, aku akan sarungkan jaket. 

You know, things like that. Aku berfikir ikut lojik.

So, orang yang speaks her mind, you cannot trick dia dengan statment like "Takkan dah mati esok baru nak tutup aurat?"

Or, "Kesian bapak dia tanggung dosa anak"

Or, "Kaya tapi pakai baju tak cukup kain"

No, orang yang berfikir ikut lojik you cannot influence dia dengan cara tu. Because dia tak nampak lojik tu kat mana. Kalau kau kecam dia pun, tak jalan. You know why? 

Because orang yang speaks her mind are resilient. Dia boleh handle negative feedback without letting it undermine her self-confidence or deter her from expressing her views in the future. Sebab tu orang macam ni kau cakap apa pun, dia takkan reply. Dia berdiam dan jalan terus. Tapi one day dia bercakap, kau akan terdiam. Because this person engages in critical thinking. They analyzes situations, considers different perspectives, and forms her opinions based on evidence and logical reasoning. Dia bukan jenis yang asal kena kecam je, dia balas. Kau kecam, dia balas. Kau kecam, dia balas. Tak, itu bodoh namanya.

So, macamana nak handle orang yang expresses her thoughts and feelings openly and directly like her? 

Orang macam ni belajar dari experience. 

Aku pernah cerita ada seorang blog reader (now jadi kawan) yang terima aku seadaanya. Sedangkan dia pakai tudung bulat sampai perut. Labuh. First time dia jumpa aku di USM. Happy naulah dia bila aku join her minum-minum kat cafe dalam USM tu. Padahal aku pakai skirt pendek masa tu. But dia macam tak kisah sedangkan dia bertudung labuh. Sembang macam-macam, pasal projek, pasal blog -- macam-macamlah. Lansung dia tak sembang pasal hal-hal agama padahal dia boleh gunakan peluang tu.

Setiap kali ada kerja di sana, kitorang lepak sama-sama. Kecoh boleh tahan juga orangnya. Cuma dia gelak tak mengilai macam aku. Sampailah ke hari aku bertudung, takde lansung kata-kata nasihat berbaur agama dari dia untuk aku. Tapi, dia beri aku experience. Her attutide towards me adalah experience yang aku dapat dari dia. 

Aku pernah tanya dia "Kau pakai tudung berasa panas tak?"

Tau dia jawab apa?

"Tudung ni tak melekap, Di. Angin keluar masuk"

Simple je ayat dia. Lansung dia tak cakap "Kau trylah pakai tudung. Tak panas"

Takde, ya.

Tapi aku digest ayat dia, "Tudung ni tak melekap"

Aku pakai baju melekat kat badan. Walaupun singkat dan pendek, berasa panas.

Orang yang berfikir secara lojik, kau takleh bantai dia dengan kecaman. Orang begini berfikir lebih kritis dari kau yang hanya tahu menghencap memekak macam tin kosong. Makin kau bantai, makin dia boleh terus berjalan. Tak lut. Berhentilah membantai. Give them experience. Show them your good attitude. Sebab orang macam ni berfikir ikut logik. Kalau kau bertudung litup tapi memaki dia luar dalam, kat mana lojiknya menutup aurat akan menjadikan dia lebih baik? Baik dia kekal daring. Faham?


2024-06-07

Tempoh berkenal-kenal, bercinta dan bertunang adalah tempoh yang cukup lama untuk kenal manusia narsistik.


Tadi pagi ada orang bagi aku link luahan hati seorang lelaki yang dapat tunang narsistik. This guy contemplating sama ada nak teruskan atau tak. Kalau tanya aku, sorry aku memang takde husnuzon dah dengan narsisistik. Mintak hampun, ya. My answer is always NO. Jenis ni, takde de "Mana tahu esok dah kawen, dia jadi ok". Sorry, gais. Narcissist adalah pesakit mental. Dorang punya sakit mental tu nampak macam tak heavy sebab penampilan like normal people just like us, however mainan jiwa dorang tu ada masalah.

Tempoh berkenal-kenal, bercinta dan bertunang adalah tempoh yang cukup lama untuk kenal manusia narsistik. Narcissist takkan boleh simpan their true karakter lama-lama. Dalam setahun dah boleh nampak perangai sebenar. Aku dulu, 6 bulan pertama dah nak angkat kaki sebenarnya. Tapi aku memberi masa pada diri aku. Bukan pada dia. Pada aku. Sebab aku kan ada crush time skolah dulu. Even dah kat Uni kitorang masih berbalas-balas surat. Jadi aku ingatkan maybe aku yang tercenderung comparekan si anu dengan si crush. Maka aku bagi peluang pada diri sendiri untuk benar-benar kenal and terima si anu seadanya. Lepas sebulan, sebulan aku bagi peluang kat diri sendiri. Penyudahnya, aku yang kena hentak.
 


Macam video tadi cakap, kalau nak tahu if someone tu bagus untuk kita, we will definitely becoming a better person ketika bersama dia. Menjadi a BETTER PERSON tak bermaksud menjadi success semata-mata. BETTER PERSON means kau happier dan lebih tenang menjalani kehidupan berbanding sebelum kau jumpa dia.

Contohnya, sebelum kawen kau bekerjaya. Selepas kawen, kau benti kerja, stay at home mom. But your life is happier, kau enjoy menjadi stay at home mom, malah kau tak insecure dengan life orang lain yang berkerjaya dan bergaji tetap. Kau tak merasa kekurangan sikit pun. To me, ini adalah satu contoh you becoming a better person setelah kenal dia. Petanda he/she completes you.

Sebaliknya, when you becoming a successful person di mata semua orang, kerjaya yang bagus, position yang mantap, pendapatan yang banyak -- but deep down you are struggling inside. Your life revolves around work work and work. Selalu merasa you need to push your limit. Selalu merasa you must achieve more. Dah dapat more masih lagi tercari-cari jalan untuk get more. Tuan badan sendiri sajalah yang tahu sama ada itu telah menjadikan dia a BETTER PERSON atau tak.

Aku ada kawan who spends excessive time at work because she doesn't feel content being at home with her family. Pagi kerja, malam kerja, weekend pun kerja! Sometimes dia bagitau dia confuse apa yang dia nak. If this is the case, definitely you are not becoming a better person walaupun nampak macam successful. The reality is, you are internally struggling.

Lojik dia macam ni tau. When someone immerses themselves in work to avoid being at home, itu petanda ada masalah. Because true growth merangkumi kehidupan yang seimbang dan kesejahteraan emosi. Spending excessive time at work adalah cara untuk someone escape from unresolved conflicts dan lack of connection at home.

Pengalaman aku bersama dengan orang yang tak sesuai dengan aku, aku menjadi someone yang immerse myself to kesibukan. Sibuk study, sibuk involve dalam projek, sibuk volunteering. Kadang-kadang aku sibuk-sibuk masuk kelas yang takde kena-mengena just so that aku boleh penuhkan masa. Biar nampak macam busy gila, macam ada progress padahal aku berlari to no where. Sekadar nak penuhkan masa supaya takde masa terluang. Biar jadual penuh so aku ada reason yang valid untuk mengelak dari ada contact dengan si anu. At the end aku letih. Badan penat, kepala berat, emosi rabak. Walaupun result exam ok, nampak macam wowwww I am still doing good. Yang benaunya, mental health koyak. Itu baru 2 tahun. Kalau forever?

Masa kat Swiss aku ada buat blogpost yang aku tulis pasal En Wan tanya if aku sangka tak dapat husband yang suka travel macam dia. Pastu aku tulis "Nak je aku reply saya pilih awak sebab nak larikan diri dari ex-bf, tak sempat nak bersangka-sangka". Ada kan? So ada sorang ni minta aku ajar cara nak terima je sesiapa jadi pasangan tanpa ada rasa cinta.

Jawapan aku - JANGAN BUAT PASAL!

Kalau mampu untuk berkenal-kenalan, jatuh cinta, kenapa nak gamble kawen dengan sebarang-sebarang orang? Nak feeling bercinta selepas kawen macam orang zaman dulu? Kau mampu ke nak lalui semua tu nanti? Jangan samakan dengan kisah aku. Aku dulu takde pilihan. Nak move cepat. Jadi aku pilih je sesiapa yang ready ajak aku kawen. Kalau ada pilihan, comfirm aku pilih untuk berkenal-kenal dulu. Lebih baik berkenal-kenal, biar tahu true colors. Jangan gamble terima je siapa-siapa jadi jodoh. Dibuatnya dapat saiko atau narsistik, your are done!

Nak figure out if someone yang datang dalam hidup kita boleh bagi good influence, is a bit tricky. Tapi kita boleh buat assessment. Yang pertama, KONSISTENSI. Pay attention to whether their actions match their words. Ini paling senang nak tengok, tapi perlu masa. Orang yang takde konsistensi, berjanji lain, buat lain -- tinggalkan. Jenis yang manjang je I Miss You, I Love You tapi habis kat situ je. Dia ingat setakat cakap I Miss You tu boleh pakai forever gamaknya. Please ya, ini red flag. Jenis yang dah kawen esok, berjanji je kerja dia. Janji nak bawak gi makan luar. Janji nak pi jalan hujung minggu. Janji nak balik awal. Janji minggu depan nak balik kampung. Ujung-ujung takde. Letih nak pujuk hati sendiri nanti.

Yang kedua, assess how you feel after spending time with them. Kalau kau happy, content, menjadi diri sendiri, freedom -- chances are ini orangnya yang sesuai. Kalau kau tak selesa, tak dapat menjadi diri sendiri, penat nak kontrol ayu dan selepas with them kau rasa drain -- BLAH CEPAT. Energy takkan menipu, ya. Kalau awal-awal dia punya vibe negative, silakan cari jalan keluar.