2024-07-31

Tak ada menantu yang nak duduk serumah dengan mertua, apetah lagi duduk di rumah kepunyaan mertua.


Last week Pak Aji kena denggi. Masa kena tu, weekdays. Schedule aku terlalu padat. En Wan pula masih di Beijing masa tu. Tak dapat nak balik jenguk, jadi segalanya diupdate through whatsapp family. Everyday tanya result darah Pak Aji. Bagi suggestion apa yang perlu Ibal cari - daun betik, ketam, 100 Plus, etc. Aku whatsapp makcik untuk carikan daun betik. Alhamdulillah, selepas 4 hari, doktor kata tak perlu check darah dah, semua bacaan dah ok. Sabtu lepas balik Bangi, Pak Aji dah makin sihat. Dah ada selera makan, cuma masih lemah sikit-sikit. Belum kuat betul.

Itu screenshot CT update dalam group dia tengah buatkan sup ketam untuk Pak Aji.

Inilah yang pernah aku cakap dulu. Dalam apa juga keadaan, aku and Ima akan backing CT. Kalau Mak Aji bising-bising, aku and Ima akan sedaya-upaya sebelahkan CT. Bukan tak ambil kira komplen mak sendiri, tapi aku kenal mak aku. Just like aku pernah tulis berkali-kali, adik ipar kita tu adik lelaki kita yang ambil bawa masuk dalam family kita. Pasti ada cara dia yang keluarga kita tak serasi. Tapi kalau dia berusaha untuk buat yang terbaik dengan cara dia, kita belajarlah untuk terima.

Bapak aku sakit, aku and Ima sendiri tak balik jenguk hari-hari. Tapi CT, seorang menantu willing jaga and masakkan untuk bapak aku. Mak bapak dia kat kampung pun dia tak jaga tau, tapi dia jagakan bapak mertua. For that, aku bersyukur. Tu yang kadang-kadang kalau Mak Aji cakap "CT sekarang asyik balik kerja lambat". Aku terus slash "Kalau mama tak larat nak jagakan anak-anak dia, suruh Ibal balik awal uruskan anak".

Setiap tulisan aku tentang isu mertua-menantu always nampak macam aku sebelahkan menantu. Bukan kerana aku adalah menantu yang menjaga mertua, tetapi kerana aku realize ada menantu macam CT yang berkorban banyak. 

Look here. Mana ada menantu nak tinggal serumah dengan mertua. TAK ADA! Tak ada menantu yang nak duduk serumah dengan mertua, apetah lagi duduk di rumah kepunyaan mertua. Tak ada privacy satu hal, berasa menumpang harta orang lain satu hal lagi. Lepas tu kena sentiasa menjaga hati orang tua. Nak melepak-lepak karang dikata menantu tak boleh diharap pulak. Serba salah jadinya.

Ipar-duai pun ada yang takde otak. Mentang-mentang adik ipar kau duduk rumah mak bapak, kau serah bulat-bulat untuk dia jaga mak bapak kau. Kau ingat dia babu? Berapa kau campak duit sebulan untuk dia tengok-tengokkan mak bapak kau? Jangan kata nak hulur duit, brooch sebijik pun takde kau beli untuk adik ipar tu. Kadang bila dengar cerita si polan kata kakak ipar dari neraka, atau menantu dari neraka, benda yang perlu ditanya dulu adalah, apa benda yang kau dah buat sampai kakak ipar berperangai macam tu? 

Secara lojiknya, kakak ipar adalah orang luar. JARANG orang luar yang masuk dalam keluarga kita nak buat perangai, melainkan kita dah push her limits. Contoh paling mudah nak tengok, kalau kau adalah group 1st intake di SBP. Selepas 3 bulan, masuk another 3 new student. Yang 2nd intake ni takkan buat perangai punya. Sebab dorang tahu dorang adalah minoriti. Same goes tu ipar yang baru masuk dalam keluarga kita. Dorang takkan buat perangai neraka bagai dikata melainkan keluarga kau yang neraka.

Masa awal-awal kawen dulu, aku macam masuk dalam dunia yang berbeza. Walaupun aku orang Selangor, aku biasa makan laksa Johor. Aku biasa makan soto. Mak Aji biasa masak Laksa Penang. Tapi bila kawen dengan En Wan, aku baru kenal nasi dagang, nasi minyak, ketupat palas, singgang, dan seangkatan dengannya. Everything was new to me, especially the dialect. Setiap kali bersembang dengan keluarga dia, aku pastikan En Wan kat sebelah. Supaya aku tak terbangang-bangang bila tak faham. 

Masakan sana lansung aku tak pandai nak buat. Cara mok goreng ikan pun lain. Aku lumur garam and kunyit saja. Tapi mak perah asam and lumur cili blend sekali. Goreng ikan pun berbeza, apetah lagi masakan lain. Jadi, untuk minimizekan kebodohan aku, aku ambil part lain seperti belanja KFC, A&W, belikan snek-snek, dan belanja makan kat luar. Mujurlah mok and Kak Long faham. Kalau dapat mertua lain, entah-entah mampus aku dah dinerakakan.

Selang beberapa tahun, giliran aku pula dapat adik ipar pantai timur. Seolah-olah perkahwinan aku to someone from the east coast was a way for me to understand what it’s like when someone from the east coast joins my family. Sure CT pun rasa terasing awal-awal dulu. Apetah lagi bila dia kena duduk dengan mertua. Aku boleh faham apa yang dia rasa. Sebab itu aku and Ima cuba buat CT tak merasa left out. Nasib baik CT tu jenis cepat blend dengan semua orang. Cousin-cousin aku semua rapat dengan CT. Dalam banyak keadaan, Ibal yang selalu kena bash dengan aku and Ima berbanding CT. Apa-apa hal aku salahkan Ibal dulu.

Mak-mak kita ni kena "disound-soundkan" juga. Kadang mak kita ni bias. Kalau menantu laki layan anak perempuan dia baik-baik, bukan main lagi seronok. Tapi kalau anak lelaki dia memanjakan bini, ada je yang dia tak puas hati. Mak Aji tak terkecuali. Kalau Ibal keluar berdua dengan CT, kejap-kejap dia bising "Ni mana budak-budak berdua ni pergi tak balik-balik?". Cuba kalau aku up whatsapp status gambar staycation berdua dengan En Wan. Sikit dia tak tanya "Anak kau siapa jaga?" Sebab dia tahu konfem mok yang jaga. Tu yang kadang aku cakap "Biarlah Ibal nak dating dengan bini dia. Bukannya hari-hari. Wedding anniversary setahun sekali. Bila lagi nenek nak bonding berjaga malam dengan cucu. Nilah masanya" 😆

Akiu berharap aku boleh jadi mertua yang baik. Tapi syarat aku tetap sama, iaitu dah kawen sila pindah duduk rumah lain dan aku tak nak jaga cucu. Anak sendiri, sendiri jaga. Kerana aku adalah nenek yang umur 70 masih nak staycation dengan atok. Gitu. 


2024-07-30

K-Drama, J-Drama and C-Drama


Dari observation tengok K-Drama, J-Drama and C-Drama, drama-drama dorang ada jalan cerita yang menarik. Aku tak banyak tengok K-Drama. Aku kan bias. Dari umur 12 tahun melayan cerita cina. Now masih prefer cerita cina. Tapi takpe, akan diusahakan tengok lebih banyak K-Drama nanti. So far romance genre untuk K-Drama, J-Drama and C-Drama semuanya best-best. Kisah cinta dorang tu sampai. Senyum sorang-sorang tengok. Sakit mulut aku nak habiskan 25 episod tersenyum-senyum macam pompuan gila.

Cerita melayu susah nak dapat yang sweet-sweet macam ni sebab culture dan agama kita tak mengizinkan. Sebab tu payah nak feel bila melayu buat cerita cinta. Tak real. Sebab tak dapat nak realisasikan jalan cinta sebenar. Tu pasal melayu kalau buat cerita cinta mesti banyak konflik. Sebab kita tak boleh nak penuhkan dengan elemen-elemen yang sweet.

Macam C-J-K-Drama, lain. Dorang boleh tunjuk kissing scene, cuddling scene, hugging scene. Real love like this sangat dekat dengan kisah cinta realiti. That's why drama series dorang boleh pergi jauh, walaupun language berbeza. Takde barrier lansung. Because love stories have no boundaries. Selagi kisah tu sweet and real, konfem mendonia.

Lagi satu yang aku perasan kalau puak-puak dorang buat romance drama, tenanggggg je jalan ceritanya. Most jalan ceritanya adalah berkisarkan tentang kisah cinta dorang - how they develop their feelings, how they navigate their love life, and how they fill their moments together with cooperation and mutual understanding. Tenang tau tak, tenang. Takde pun konflik macam nak rak. Kalau kisah cerita kita ni kemain lagi ributnya. Orang ketigalah, mak bapak bangkanglah, kena racun, kena aniaya, kena simbah asid, ujung-ujung hilang ingatan pulak. Eh penat tau tak! Bila anak dara kita kawen dengan Bangla, kau kecam. Dah tu kalau ditunjukkan jalan cerita cinta orang melayu macam nak kiamat, camana?

Tapi tak katalah. Dah kalau adegan sweet-sweet takleh bubuh banyak sangat, terpaksalah bubuh adegan neraka dunia. Tu yang aku mengelak tengok drama melayu. Dari episod 1 sampai last episod asyik menaikkan darah aku je. Tu belum lagi dapat heroin atau hero yang lembik. Kena aniaya, pasrah. Kena aniaya, berserah. Eh kau. Toksah jadi oranglah kalau nak berserah manjang. Jadi meja catering je sudah.

Lagi satu aku tengok cerita-cerita dorang ni kalau kisah pasal hospital atau doktor, banyak scene-scene yang relatable dengan hospital. Ada scene surgery, kecemasan, konflik dalam rawatan, etc. We the audience learn new things from scene-scene ni. Kalau cerita pasal business, banyak scene pasal urusniaga. Ada satu K-Drama tu aku lupa tajuknya. Sebenarnya kisah cinta, tapi cinta seofis. Company dorang produce kosmetik. Walaupun sebenarnya itu romance drama, banyak scene on how they create product, how they arrange for marketing, how they buat launching, how they buat product testing, how they berurusan dengan feedback dari customer. Aku yang tengok jadi seronok sebab relatable. I learn something from them walaupun hakikatnya itu drama cinta. Takdelah kejap-kejap tunjuk scene bersembang depan receptionist dengan logo MEGAH HOLDINGS sebesar-besar alam. Skrip pulak kalau tak sebut juta-juta tak sah, tapi habis kat situ je. Ke hulu-hilir dengan fail. Boring.

Another point yang aku perasan, dorang punya actors often have great chemistry. So bila buat romance drama, cerita tu jadi believable and enjoyable to watch. This is another factor kenapa orang suka layan drama C-J-K-Drama. Again, yang ini kita takkan boleh buat. Because culture and agama tak mengizinkan. Jadi, bolehlah disimpulkan, kita dah boleh stop buat cerita cintalah. Sebab kita punya style cerita cinta susah nak pegi jauh. Payah nak jual kat luar.

Tapi, kalau tak buat lansung macam rugi pulak. Sebab cerita cintalah paling laris. Dalam ingatan aku, cerita cinta yang sweet is Istanbul Aku Datang dan I am Not Single. Ini dua je yang melekat kat hati aku dan aku boleh tengok berulang-ulang. In fact, aku rekod dalam Astro. Cerita ni walau takde kissing scene, jalan cerita dia smooth dan takde konflik yang heavy. Sangat light. Kita tengok pun tenang dan happy. Boleh tak Malaysia produce banyak drama series macam Istanbul Aku Datang dan kurangkan drama yang serabut dengan konflik macam nak kiamat tu? Lemas aku tengok.
 
Tapi, pastikan hero and heroin ada chemistry, tak kejung dan tak bodoh. Rimas aku dengan main lead yang takde strong karakter. Lembik, kuat merajuk, senang nak kena aniaya, senang nak kena tipu. Come one lah. Kau tak penat ke 40 episod jadi lembik?


2024-07-29

"Rank" dan "Score" tak sama.


Setelah 2 minggu aku join whatsapp group parents Kolej MARA Banting yang anak-anaknya dapat Sheffield, hari ini aku keluar group. Sebab Redza akhirnya terima offer dari pilihan pertamanya, Univiersity of Birmingham. Alhamdulillah. Seronok betul Redza.

Redza mohon pilihan pertama Birmingham, pilihan kedua Sheffield and pilihan ketiga Warwick. Tiga-tiga ni dia dapat unconditional offer sebelum exam IB start. Tapi Warwick dia tolak lebih awal sebab course yang dia dapat is Data Sains, kurang berminat. Malam yang result keluar tu, offer dari Sheffield terus masuk. Birmingham masih belum hantar sebarang offer tapi nama Redza masih dalam list. After 1 week, masih belum dapat official letter, kitorang proceed dengan deposit accomodation di Sheffield dulu. Takut tak dapat bilik yang selesa. Nampaknya kena let go the room.

Now Redza berharap sangat kawan baik dia di Langkawi yang tengah tunggu result A-Level (Kolej MARA Seremban) dapat Birmingham juga. Geng-geng Langkawi ramai minta Sheffield and Birmingham katanya. Ntah hape dorang nak buat kat sana agaknya. Bukak perkampungan batch Xanthron agaknya. Persiapan Redza setakat ni hanya medical checkup yang dah settle. Nak buat Visa kena tunggu dokumen dari Birmingham dulu. Buat masa ni, keadaan masih tenang. Tunggu bulan depan baru start kalut.

Yang bertanya aku hantar ke tak. TAK. Tak pergi. Bagi budak-budak ni berlepas dulu. Dah settle semua kat sana, baru aku menyusul insyallah. But not this yearlah. Tahun ni En Wan dah pergi 4 negara. Tak larat dia kata. Kasi bertenang dulu.

By the way, post aku minggu lepas tentang "Apa beza anak duduk di rumah until 13 tahun dengan until 17 tahun". Sorang mak ni tanya macamana aku monitor performance Rayyan. Sebab Rayyan skolah harian.

Aku ni mak yang tak berapa nak tengok ranking anak. So far tak pernah lagi aku monitor ranking anak-anak, baik Redza mahupun Rayyan. Sama ada dorang naik pentas hujung tahun atau tak, tak kisah. Yang penting adalah score. "Rank" and "Score" are two different things. Score is based on performance. Rank is position. 

Yang buatkan kita stress adalah bila kita fokus pada rank. Masa kat TKC, aku sempat ambil beberapa monthly test. Dalam satu test maths, score aku 43/50. Separuh dari kelas dapat markah 49/50. Kalau kat sekolah harian, rank aku tinggi dah tu. Tapi kat TKC, rank aku maybe yang ke 100 kalau dengan marks gitu. Kahkahkah.

Zaman aku dulu, yang scorer dah masuk SBP awal-awal. Nak berlumba ranking dalam kelas lebih senang berbanding berlumba ranking di TKC. Ini aku cakap pasal aku ya, bukan pasal orang lain. Ada dormmate aku dulu nama dia Wahyu. Dia quit lebih awal dari aku. Kau tahu dia quit sebab apa? Sebab dia rasa performance dia teruk. Padahal dia scorer kot. Tapi dia kata rangking dia jatuh. Dia stress. Kitorang syak budak ni mesti Darjah 1 sampai Darjah 6 tapau nombor 1. Bila masuk TKC dapat nombor 3 dah stress. Aku agak gitulah.

Masa aku sekolah rendah, nombor paling tinggi aku dapat adalah tempat ketiga. Selain dari tu adalah hadiah mata pelajaran terbaik. Nombor 2 pun tak pernah lekat, let alone nombor 1. That's why bila aku dapat TKC, ramai kawan sekelas pelik. Dorang terkejut macamana aku boleh dapat. Sebab aku bukan budak yang always naik pentas hujung tahun. Tapi aku tahu subjek UPSR (BM, English and Maths) memang aku pegang. Subjek lain macam Seni, Agama, Muzik, Alam & Manusia tak berapa score sangat. Itu yang buatkan rank aku tak tinggi dalam kelas.

Kita mesti tahu apa kita nak. Kalau kau kejar rank, kau memang kena tapau semua subjek. Letihlah gini. Aku memang taklah nak letih-letih gini. Dari Darjah 5 aku dah set nak straight As UPSR. Dari Darjah 5 dah pulun prektis 3 subjek tu saja. Everyday buat latihan 3 subjek tu. Sampai lunyai buku teks balik-balik benda yang sama aku buat. Subjek lain tu studylah juga, tapi idoklah beria macam subjek UPSR. Alhamdulillah, straight As. Tapi keluar TKC. Sebab? Sebab masuk boarding tak pernah ada dalam aim aku. Aku aim nak dapat straight As saja.

Anak-anak pun prektikkan cara yang sama. Ranking is no problem. Masa sekolah rendah dulu, Redza bukannya setiap tahun naik pentas. Dia hanya kekalkan kedudukan dalam kelas pertama saja. Ranking boleh pelbagai. Takde hal. Tapi scoring kena betul. As long subjek UPSR A, I am ok. Sebab itu misinya pun. Malangnya masa tahun dia UPSR, kerajaan perkenalkan KBAT. Redza dapat 3A 3B saja untuk UPSR. But he was lucky, disebabkan tahun tu keputusan UPSR seluruh negara teruk akibat KBAT, syarat apply ke SBP/MRSM hanya perlukan 3A. Rezeki dia, selepas interview di MRSM Langkawi, dia dapat. The rest is history.

Masa dia di Langkawi, aku nasihatkan yang sam, iaitu, aim yang penting sahaja. Ranking tak penting. Toksah buat gila nak kejar ranking aku cakap. Dalam maktab semua cream student. Kalau nak kejar tempat pertama setiap tahun, mau kemurungan kau nanti. Aim yang penting aja sudah. Jadi, dia aim untuk dapat Pengiktirafan Pengetua setiap semester. Itu dah memadai. Sebijik macam perangai mak dia. Mak dia masa blaja dulu aim nak convert loan ke scholar sahaja. Siapa nak CGPA 4.0 silakan. Siapa nak Dekan setiap semester silakan. Aku cuma nak capai CGPA 3.5, asal boleh convert loan ke scholar. Itu misinya. Alhamdulillah berjaya dapat belajar free.

Rayyan pun gitu. Dia naik pentas sepanjang di sekolah rendah hanya 3 kali. Bukannya setiap tahun. Bila dapat STAR, cikgu kelas tak terkejut pun because his score dalam setiap exam tak jahanam sangat. Cuma ranking dia tak power. 

Result BM Rayyan masa mid term di STAR, failed. Result BM exam tahun lepas di sekolah harian, lulus. LULUS ya. Belum score tau. Sekadar lulus. Aku punyalah seronok. Kahkahkah. Exam dia yang baru-baru ni BM dapat 58/100. Ada improvement. Bagus. Bagus aku cakap dia. Aku hadiahkan dia buku Murakami. En Wan kata "Papa tak mintak banyak, exam hujung tahun adik dapat 65 Bahasa Malaysia, papa beli 10 novel terus". 65 tau. Bukan 95. Ni kalau cikgu BM dengar mahu menangis. Redza bersorak dengar result BM Rayyan 58. "Fuiyoooo! Terer adik!" Orang mesti kata "Keluarga ni gila. 58 pun bersorak" 😆.

Korang kan kalau nak tanya pasal tips-tips motivate anak atau achievement anak, jangan tanya aku tau. Aku orang yang kurang tepat untuk ditanya. Kau kena tanya parents yang follow rapat anak-anak punya performance. Parents macam tu bagus kalau nak mintak tips. 


2024-07-28

Huang Jingyu without traffic



Ramai orang menge-share klip interview ni semalam. Interview penuh belum keluar lagi. Tak sabar nak tengok, sebab tengok yang sedut-sedut ni pun macam dah boleh agak apa soalan-soalannya. Aku suka dengar semua interview dia, sebab nampak bijak bila bercakap. Nanti ada masa aku share interview dia dengan magazine Korea. Even press Korea pun puji cara dia bercakap, bijak.

Antara yang dorang bincangkan kat Weibo semalam adalah soalan interviewer kepada Johnny how dia managed to kekalkan his populariti dalam industri tanpa traffic. Kat China, ukuran populariti diukur based on heat index (traffic). Traffic ni adalah semua - drama, movie, singing, sports, endoserment, adverts, TV shows, fanclubs - everything. Johnny satu-satunya artis TANPA TRAFFIC, tapi manage to kekal relevan. Tanpa traffic bermakna, dia takde fanclub, takde mass fandom, dia takde TV shows. Dia hidup atas drama, movie and endorsement saja.

That's why artis China (termasuk dari zaman Leslie dulu), kebanyakan dorang boleh berlakon dan menyanyi sekali. Kalau siapa perasan, most pelakon di China, akan jadi penyanyi juga. Sebab itu cara dorang calculate traffic. Now, dah diverse. Jadi pelakon + penyanyi. Jadi pelakon + musician. Jadi pelakon + pengacara. Jadi pelakon + sportsman. Itu semua untuk hit traffic supaya kekal relevan. Johnny takde traffic. Dia hanya fokus berlakon saja. Kalau gi Weibo, nama dia tersangat jarang masuk Hot Search, sebab dia takde fanclub. His company tak mahu register fanclub. Dia taknak create unnneccesary drama. Segala news akan keluar dari HJY Studio sendiri.

TV Shows paling last dia buat adalah promo drama Love Designer tahun 2019. Tahun 2024 baru dia start balik join variety program and game show. Walaupun takde TV show, offer berlakon masih non-stop. So one of the question dalam interview ni is how he manage to kekal relevan walau tanpa traffic. Tapi yang ramai dok bercakap semalam, dalam interview ni macam Johnny hint he is still single. Bermakna ALICE boleh senyaplah, ya. Kau punya 88 (Dilreba) and our Captain tak bercinta pun. Gelupur masing-masing.

Actually fans Johnny tak kisah lansung dengan siapa dia nak bercinta atau kawen. Itu lebih baik dari dia terus-terus dicop gay dari 2016 sampai sekarang, modal netizen asyiklah couplekan dia dengan semua co-star lelaki. So bila rumours kata dia bercinta dengan 88, fans Johnny tak cakap apa pun. Kisah yang buatkan ALICE gelabah beruk ni sebenarnya gini. Masa shooting Love Designer, ada satu behind the scene kissing between 88 and Johnny. Dalam scene tu, CLEARLY nampak 88 sengaja geselkan dada dia kat Johnny berkali-kali, dalam dalam scene yang sama Johnny berundur sikit everytime dada 88 bersentuhan dengan dia. Tak tahulah siapa yang viralkan that BTS clip. It went viral.

Bila dah viral, start rumors kata maybe Johnny and Dilreba memang bercinta. Pastu ada video Johnny tunggu Dilreba kat lokasi walaupun scene dia takde that day. Hat tu tak kisahlah. Yang jadi halnya, bila clip gesel tetek tu tersebar, ALICE malu. Jadi dia paksa 88 buat statement tentang relation dengan Johnny. Tapi both Johnny and 88 tak pernah buat statement apa-apa. Bila takde statement, start dari tu lah ALICE sampai sekarang dok ungkit kisah Johnny pukul ex-wife. Padahal kes ni terbukti Johnny tak bersalah. Pastu ALICE la yang paling beria sekali meng-gay-kan Johnny.

Johnny punyalah seram dengan ALICE, tahun 2024 anniversary ke-8 dia dalam industri. Dia post kat kat Weibo "Happy 2016-2024 Anniversary". Dia avoid tulis 8th Anniversary sebab taknak trigger ALICE. Ko imagine saiko-nya fanclub 88 sampaikan Johnny nak tulis "8" pun tak berani. Gila kan? Tak, masalahnya, klip bergesel tetek tu, si 88 yang gesel. Kenapa Johnny pulak yang kau hentam? Malu lettewwwww.

Last year punya anugerah Weibo 2024, Johnny and Dilreba sama-sama agreed to attend to award night. Dorang berdua ni selalu tak attend award night sebab busy dengan schedule. Tup-tup dua-dua datang. Memang jadi sorotanlah.
 


Tapi until now, masih takde statement from them. Actually, Johnny tak perlu bagi statement pun sebab dia takde fanclub, takde siapa paksa dia untuk buat statement. Yang si 88 ni, fanclub kau besar kot. Gila tak gilanya ALICE dari 2019 dorang tuntut 88 untuk clarify siap dengan cop merah management and mesti di-post di akaun Weibo. Dorang bantah rumor 88 couple dengan Johnny. Tapi sampai sekarang 88 senyap. 

Yang peliknya, rumours bercouple dengan Yang Yang helok pulak dia buat statement say no. Disebabkan permintaan ALICE tu belum dipenuhi oleh 88, tu yang sampai sekarang dorang tak puas hati dengan Johnny. Nasib baik Johnny CEO of his own management sendiri, jadi dia tak perlu melayan because career dia tetap berjalan.



Kepada yang angau dengan Johnny tu, yang malam tadi tanya "Kak, takde update Johnny ke?". Nanti aku story lagi, ya. Ada cerita best semalam kat Weibo.


2024-07-27

Don't marry potential



Video sebelah ni nasihat yang sangat berguna. Jangan abaikan apa saja RED FLAG yang kau tak boleh tolerate, semata-mata kerana kau rasa kau pun tak perfect maka apa salahnya menerima kekurangan bakal pasangan hidup. Jangan! Red Flags tak semetinya perkara-perkara yang besar. Apa saja yang kau tak berkenan, dan tak rasa boleh tolerate, jangan teruskan.

Contoh, merokok. Kalau kau memang tak boleh tahan dengan bau rokok, dan boifren kau merokok, jangan membayangkan "Takpelah, everytime dia nak merokok nanti aku suruh dia merokok kat luar". Kau ingat orang merokok ni sebulan sekali ke? Kalau sebulan sekali, bolehlah nak tolerate. Macam En Wan makan durian, 3 bulan sekali. Tahanlah aku nak tolerate, itupun masih kena makan kat luar. Kalau merokok takde de sebulan sekali. Mau 3 batang sehari dia sebat. Jadi, kalau kau takler tolerate dengan bau rokok, jangan teruskan. Benda ni kendian akan jadi punca kau bertekak hari-hari. Karang lama-lama dia fedap, dia cucuhkan batang rokok tu kat kau.

Red Flags are early signs of a big problem, walaupun red flag-nya kencing tak flush. Nampak macam small matter, kan? Tapi kalau dari awal kau takleh terima sikap ni, dan kau tak rasa sanggup nak melayan tolong flush hari-hari, stop sampai situ saja. Cari orang lain. Because behaviors that seem "small" at the beginning of a relationship can develop into big problems later on. Macam tak pernah dengar cerita laki-bini bertekak pasal picit ubat gigi kat tengah, kan? Kita dengar macam kelakar. Tapi itu adalah something yang dia takleh terima, nak buat camana. Tapi sebab dulu tak tahu perangainya gitu, terpaksalah bertahan hadap bertahun-tahun.

Apetah lagi kalau red flags yang besar macam panas-baran. Toksahlah kata "Dia memang panas-baran, tapi sebenarnya dia baik". Ha'ah, ya. Sebab belum dapat. Memanglah dia terpaksa cover baran dia dengan buat baik. Esok dah dapat, tak kuasa dia nak cover-cover dah. Lepas dia hentak kau, kering kau menangis sorang-sorang, takde makna dia nak pujuk. So, ingat ya. Apa saja yang kau rasa memang tak boleh accept, jangan teruskan. Jangan serabutkan kepala kendian hari.


2024-07-26

Takde isu lansung sebenarnya bila anak-anak masuk SBP/MRSM seawal umur 13 tahun.

Isu kononnya anak-anak yang masuk sekolah berasrama awal sangat pada umur 13 tahun, to me ini isu lapuk yang MUNGKIN dibangkitkan oleh orang-orang yang kecewa anaknya tak dapat masuk boarding school. My opinion will always be like that, it won't change. Sebab apa? Sebab trend anak-anak ke SBP ni bukan sekarang. Dari sebelum zaman aku masuk SBP lagi dah ramai ke SBP seawal 13 tahun. Kak Ngah En Wan produk MRSM Kuantan, pun dari Tingkatan 1. Lepas SPM, terus fly ke Wisconsin USA pula. Helok molek-molek ada je bonding dengan mak bapak sampai sekarang rapat. Adik aku, Ima. Dari Form 1 masuk SMSAH Jitra sampai Form 5. Helok je pun kitorang rapat sekeluarga sampai sekarang. Anak aku sendiri, Redza 5 tahun tercampak kat Langkawi. Alhamdulillah, rapat je.

Takde isu lansung sebenarnya bila anak-anak masuk SBP/MRSM seawal umur 13 tahun. Tak ada. Sebab ini bukan benda baru. Lama dah sistem ni dipraktikkan. That's why aku cakap orang yang beria-ia melaungkan "anak yang duduk asrama umur 13 tahun akan renggang dengan mak bapak" adalah kelompok yang kecewa anaknya tak dapat masuk, atau kecewa anaknya quit dari boarding school. Jadi nak sedapkan hati sendiri, dia come out with alasan yang bukan-bukan. Alah, bukan baru sekarang aku dengar pendapat-pendapat macam ni. Ada je dari kenalan aku sendiri yang bila anaknya tak dapat MRSM, wahhh bukan main lagi cakap lebih baik anak bersekolah dekat dengan rumah. Senang nak jaga. Senang nak pantau. Katanyaaaaa. Ah konon. Yang kau mohon MRSM awal-awal hari tu kenapa? Kalau ya anak kau lebih elok sekolah harian, awal-awal hari tu takyah apply lansung. Ni tak. Bila tak dapat banyak pulak buah fikiran kau. Terus nampak tak bijak.

Yang follow FB and blog mesti perasan aku always update sepanjang Redza kat Langkawi. The phone calls. Birthday surpises. Food delivery. Visit maktab. It's not about kids being in a boarding school, but the connections we make while they're there. Meluangkan masa dengan anak-anak tak bermakna duduk serumah, atau berada dengan dorang lebih lama. If you are not able to express love and give attention pada anak-anak, you are BEING PRESENT BUT ABSENT. Apa guna duduk serumah but you are not approachable sebab masing-masing busy dengan kerja? Apa guna 'banyak' masa dengan anak-anak kalau masing-masing habiskan masa dengan tengok tv, layan internet, anak buat hal dia, kita buat hal kita? Memanglah nampak macam melekat dengan anak, hakikatnya masing-masing tetap banyak buat hal sendiri-sendiri.

Apa beza anak duduk di rumah until 13 tahun dengan until 17 tahun? You tell me. Umur 13-17 tahun adalah proses menjadi remaja. Fasa ini, anak lebih banyak berkongsi dan selesa bersama kawan-kawan walaupun duduk serumah dengan mak bapak. Maka, tercampak kat mana-mana pun, be it skolah berasrama atau kekal di rumah, kalau ENVIRONMENT salah, anak tetap membesar menjadi tak matang, tak berdikari, tak berdaya tahan, tak berdisiplin dan tak berakhlak. Yang membentuk anak-anak adalah persekitaran. If you want your kids to stay at home with you until they're 17, go for it. If you think that's best, keep at it. Tapi jangan pukul rata sending your kids to boarding school at 13 years old means they will lose their bond with you. Maybe kalau anak kau yang ke boarding school akan jadi gitu kot. Anak orang lain tak.

Zaman sekarang, most budak-budak boleh bawa henfon ke boarding school. Bila-bila masa mak bapak boleh contact anak. Rayyan dulu walau skolah dia tak benarkan pakai henfon, dia boleh pakai iPad. We always telegram setiap hari. Aku siap semakkan homework dia thru Telegram. Weekend, hantarkan Grab Food. Takde masalah pun. Kita yang create bonding tu. Antara nak buat dengan taknak je. Takde isu lansung anak-anak masuk asrama umur 13 akan lose bonding dengan parents. Malah, tak relevan lansung nak pakai isu ni di zaman sekarang. That's why aku cakap, yang melaung-laungkan isu ni adalah parents yang kecewa anak dia tak dapat offer. Itu je. Biasalah tu, takkan dia nak admit anak dia tak layak, kan.

Isu buli. Buli ni kat mana-mana pun ada. Tak kat sekolah, kat Uni nanti. Tak kat Uni, kat tempat kerja nanti. Ada je. Tapi, berapa banyak kes bully yang heavy-heavy berlaku setiap tahun di sekolah berasrama? Lebih banyak takde kes dari ada kes, betul tak? Contoh MRSM Langkawi. Sepanjang 5 tahun Redza di sana, takde lansung kes bully. Kena angkatkan baju senior kat ampaian, aku tak boleh panggil itu bully. Ini ragging. Bully and ragging are similar but not exactly the same. Bully tu intentional harm. Tapi kalau ragging, lebih kepada "welcoming" new students. Takde kecederaan berlaku. Kalau mencederakan, yes ini bully. But kes bully macam ni rare. Bukan aku ajak ambil mudah isu bully, tapi jangan overthinking sangat sampai kita menafikan hak anak ke boarding school. Insyallah, anak-anak ok di sana.

Yang ni pun betul juga. Parents yang anaknya bersekolah di sekolah harian agak sensitif bila orang highlite anak-anak di SBP/MRSM bijak-bijak. Tapi nak buat macamana. Statistik memang tunjuk result akademik pelajar SBP/MRSM lebih bagus dari sekolah harian. Tiap-tiap tahun sekolah-sekolah yang sama je perform. Kita nak argue apa. But that's ok. Rayyan pun sekolah harian. Sekolah tak jadi yang the best pun takpe, asal anak bagi result yang best. Itu lebih penting.

Program IB yang Redza ambil, masa hari pendafataran 2 tahun lepas, 353 pelajar accepted. Dari SBP ada 133 pelajar. MRSM ada 115 pelajar. Selebihnya dari sekolah kebangsaan dan others (others = KYS, Permata Pintar, private, dan sekolah agama). "Selebihnya" tu berapa orang? 105 orang, ya! Bukan sikit tau. Bermakna dari sekolah harian pun ada yang bagus. Maybe jumlahnya tak ramai, tapi ada. So kenapa nak terbakor sangat. Aku punya prinsip simple - results will speak for themselves. Gasaklah siapa yang lebih best pun, janji aku punya result fit my goal.

Tentang anaknya lebih cemerlang selepas quit MRSM, good lah. Maybe anaknya yang tak boleh adapt dengan sistem MRSM. Macam aku dululah. Aku quit TKC bukan sebab homesick. Lebih kepada stress sebab tak suka sistem berasrama. I kenot follow bangun pukul 4 pagi cop shower, kena prepare table untuk breakfast, basuh baju sekian-sekian waktu, tido sekian-sekian waktu, belajar sekian-sekian waktu, pukul 5 kena turun bersukan. That is not me. Aku jenis santai dan takde disiplin punya worang 😆. Jadual waktu sekolah pun tak pernah salin, inikan follow jadual sistem SBP? Memang menggelupurlah aku. I cannot follow this sistem. Jadi, aku quit. Tapi adakah aku keluar sebab TKC tak bagus? Ia kekal bagus sampai sekarang.

Cemerlang tak cemerlang tu tengok environment juga. Tahun yang aku quit TKC, aku patah balik ke sekolah harian hanya beberapa minggu sebelum final exam. Dahlah kat TKC banyak tuang kelas. Asyik lepak sickbay manjang. Buku tak berapa rajin nak bukak sebab tengah memberontak. Tahun tu di sekolah harian aku dapat nombor 4. Tak sempat nak study semua topik. Bangga dak-dak dalam kelas dapat kalahkan ex-TKC 😂. Form 2, aku dapat nombor 1 dalam kelas. Form 3, masuk kelas khas dan SRP 10 agg. 

Kalau ikut sekolah harian punya statistik, result aku dikira cemerlang untuk someone yang bersekolah harian. Tapi aku tetap rasa kalau stay di TKC, result aku akan jauh lebih baik sebab sistem belajar dia kemas. Kat rumah, disiplin belajar aku ke laut dalam. Walau sistem SBP aku tak boleh carry, aku percaya sistem itulah yang buatkan student-student SBP cemerlang. When it comes to bonding pula, my stance is clear - kalau bagi attention to our kids, walau duduk SBP/MRSM, the bond between parents and kids will stay strong.

Mak bapak yang anak-anaknya di boarding school, tak perlu rasa korang mak bapak yang tak bonding dengan anak. Pekakkan telinga. Jalan terus. Your kids dah ada di laluan yang betul. Untuk anak-anak yang bersekolah harian like anak aku, honestly, laluan anak kita tak mudah. Cabaran bersekolah harian berbeza. Tapi, peluang nak jadi cemerlang masih ada.

2024-07-25

Potensi dia ada pada management.


Semalam and today aku follow En Wan ke kerja. Dia ada bagi talk di dua agensi. Jarang aku follow dia bagi talk. Tapi kalau dia ajak, aku ikut. Memang tak tolak. Peluang nak mengepaw. Bak kata Amy Mastura, "Tak mahal sangatlah bang, ngah je!" Aku punya bawah lagi dari 'ngah' tu. Habis kuat pun JM Bariyani. Tapi tadi aku paw Mahbub.

Aku nak cerita kekaguman aku dengan En Wan. Sumpah aku tak sangka dia punya talk, BEST! Macamana dia boleh pandai bercakap pun aku tak tahulah. Padahal dialah manusia yang paling mengelak untuk dapat perhatian, let alone bercakap di depan audience yang ramai. Dulu hidup dia bercakap dengan mesin je. Pemalu semalu-malu umat! Kalau balik Tganu, orang ingatkan aku yang anak, dia menantu. Sebab aku bercakap lebih banyak dari dia. But now, looking at how konfiden dia bercakap, dan energy dia membagi talk, aku jadi semakin percaya, di belakang setiaplelaki hebat, ada wanita yang hebat. KAHKAHKAHKAHKAH. Tiberrrr nak kaitkan dengan aku pulekkkk.

Tak. Tak. Aku jadi percaya, semua orang ada potensi. Cuma belum berpeluang untuk dikembangkan. Dah sampai waktunya, zapppp dia bagi. Soemtimes, potensi seseorang tersembunyi di sebalik kelemahan. With the right encouragement, learning, and experience, this potential can grow. Just like En Wan. Kalau aku tak follow dia 2 hari ni aku pun tak tahu dia berkebolehan untuk bercakap and bagi energy pada orang lain.

Semalam, masa dia bagi talk kat depan, sorang audience ke belakang. Dia greet aku. Dia kata dah pernah attend talk En Wan sebelum ni, "Energy dia power betul. Nak capai energy dia ni susah. Ni saya datang lagi sebab nak ambik energy dia". Aku macam, wow ambil energy? Apesal aku rasa dia macam takde energy je kat rumah? Nakl bersembang dengan aku pun sepatah sepatah sepatah je keluar. Ke energy aku lagi tinggi benaunya?

Semalam, aku tutup buku (bawa buku sebab nak baca, sebab selalunya talk-talk macam ni mengantuk. Kahkahkah) untuk dengar betul-betul apa yang En Wan sampaikan. Rupanya slide dia best. And cara dia sampaikan tu pun not badlah. Untuk someone yang dah hidup 23 tahun bersama, yang kenal dia dari zaman pemalu dulu, perubahan dia sangat besar sekarang. Now baru aku can relate macamana dia handle operation company aku dulu. Potensi dia ada pada management. Menjadi seorang engineer adakah cita-cita. Tapi potensi sebenar dia kat sini, di kerjaya sekarang. Ketelitian dia as an engineer, dia transformkan dalam kerjaya now. Looking at his slides, aku agak surprised, bila masa dia dapat idea untuk buat semua ni. Memanglah slide tu prepared by his PA, tapi the idea, cara dia relatekan satu slide dengan slide yang lain, sangat menarik.

Tadi ada audience bagi soalan, "En Wan kalau approch prospect, guna kaedah call atau whatsapp?"

Dia cakap "Saya suka whatsapp berbanding call. Sebab saya cakap laju. Saya takut orang tak faham. Dahlah dengan sleng Tganu saya yang pekat ni. Karang prospek tu tak konfiden. Guane pulok bunyi Tganu ning? Ah jem!" Aku gelak sekuat-kuat ada. Lagi kuat suara aku dari audience. Pandai buat lawak rupanya kau, ya.


2024-07-24

Jangan ada relationship dengan TAKERS. Sayang macamana pun, JANGAN.



Yesserrr. Betul! Jangan ada relationship dengan TAKERS. Sayang macamana pun, JANGAN.

Tapi takleh nak katalah, dulu aku pun gini juga. Sebab tu sekarang aku bagi amaran, JANGAN! Padahal dalam pada aku asyik memberi dulu, terdetik juga dalam hati eh kau ni asyik-asyik aku belanja. Terdetik, bukan tak terdetik. Tapi lepas tu aku juga yang memujuk diri.

"Walaupun dia tak tong-tong duit, tapi dia teman kau gi outing beli barang"

"Walaupun dia tak bayar duit makan, tapi dia teman kau gi makan. Kalau tak, kau nak makan dengan siapa?"

"Walaupun balik-balik kau yang bayar burger, at least dia tolong orderkan"


Bongok betul aku menjustifikasi segala benda untuk menghalalkan perangai TAKERS dia. Masa tu aku rasa kalau aku berkira macam ni, maknanya aku tak mengenang budi. Padahal budi aku lagi banyak kat dia. Orang macam aku ni payah nak keluar dari relationship. Sebab aku always mengenang budi orang. Bukan nak cakap aku baik tau. Tapi ini memang kelemahan aku. Orang yang ejek aku berkali-kali time skolah dulu, aku masih boleh berkawan dengan dia. Sebab aku dok mencari sekecil-kecil budi baik dia untuk aku kenang. Walaupun budi dia ciputttt sangat. Sebab tu dulu aku terperangkap dengan orang narsistik.

Kebanyakan yang tersekat dengan orang narsistik tak jumpa jalan keluar adalah sebab asyik mengenang budi baik si narsistik. Padahal jahat dia lagi banyak dari budi baik. Dalam mana-mana relationship, kalau kau noticed asyik kau je memberi, asyik kau je bertolak-ansur, asyik kau je memaafkan, asyik kau je yang rajin whatsapp, asyik kau je yang rajin call, asyik kau je yang excited to meet - dahlah. Berhenti. Selalunya jenis TAKERS ni, once kau stop GIVING, dia akan stop mencari. From there kau akan sedar sebenarnya selama ni relationship korang bertahan bukan sebab dia, tapi sebab kau beria. Kau punya effort tu yang membuatkan relationship tu bertahan.

Tapi kena faham, relationship yang sekadar bertahan, takde gunanya. Baik tinggalkan terus.


2024-07-23

Kau buatlah baik macamana pun, ujung-ujung tergantung pada dia juga, sama ada nak kau atau tak.



Setuju 100% dengan video atas ni. Setuju yakmat!

Sungguh. Kau buatlah baik macamana pun, kau care about him sebagus mana pun, ujung-ujung tergantung pada dia juga sama ada nak kau atau tak. Buat baik, boleh. Tapi itu bukan syarat untuk disayangi. Manusia ni, tak kiralah lelaki atau perempuan, walau orang tu sayang dia sangat-sangat, jaga dia sangat-sangat, berikan apa sahaja, kalau dia nak pilih yang hauk, yang hauk tu jugalah yang dapat kat dia.

Contohnya, kau tengok si Rahul dengan Anjali. Padahal Rahul tu tak pandang pun Anjali. Dia anggap kawan je. Padahal apa je yang Anjali tak buat untuk Rahul. Teman kat padang, siap bawakkan "Juice! Rahul, juice!". Last-last si Tina yang dia baru kenal tu yang dia kejarkan. Yang si Anjali punyalah Aman tu sayangkan dia, ujung-ujung dia pilih Rahul yang hauk tu juga. Pakkal Rahul tu Shah Rukh Khan je. Kalau pelakon lain, mau kena bakor lama dah panggung tu.

Secara generalnya, setiap orang tahu apa yang dia nak. Kadang kita pelik apesal dalam banyak-banyak orang yang minat kau, yang hauk tu yang kau pilih. Padahal yang bersusun-susun ni semua baik-baik belaka. Yang hazab tu jugak kau accept. Abis tu kau nak cakap apa kalau itu yang dia nak. So, kau buatlah baik bukan sebab kau nak dia. Tapi sebab kau memang baik. Cukup. Because soal hati dan perasaan ni payah nak cakap. Takde apa yang menjamin kalau kau buat ni, kau dapat dia. Kalau kau buat tu, kau dapat dia. Takde. Maybe ada something yang buatkan dia suka pada orang tu, walau orang tu pernah melukakan hati dia.

Siapa dah tengok Love Song in Winter tahulah. Lu Yan minta putus tanpa sebab. After 8 years berjumpa balik. Walau Lu Yan takde penjelasan kenapa dia tinggalkan Jiang Chengyi 8 tahun lepas, tapi Jiang Chengyi tetap sayangkan Lu Yan. 8 tahun masih sayangkan orang yang lukakan hati dia. Yang si Lu Yan pulak, selama 8 tahun tu ramai orang minat dia - yang nama Leo, yang rock climber, dan senior semasa di Uni pun masih gigih mengorat selama 8 tahun ni. Tapi ujung-ujung semua dapat angin je. Akhirnya Lu Yan kembalipada Jiang Chengyi. Yang minat Lu Yan, bila bengang direject, terus bertukar jadi saiko. Bila kau buat baik bersebab, itulah reason susah nak move on. Cuba kau jangan berharap, mesti senang nak move on.

Bukan tak boleh nak mencuba. Boleh je kalau nak berbuat baik kat dia. Always there bila dia perlukan kau. Always help bila dia perlu bantuan. Dia tengah susah hati, kau layan dia bersembang sampai 2 pagi. Boleh. Takde masalah. Tapi, at the same time kena observe how dia layan kau pulak. Sebab EFFORT adalah hint. Nak tengok sama ada kau juga penting pada dia, tengok pada effort. Mana-mana orang pun sama. Kalau dia serious nakkan sesuatu/someone, dia akan usaha. Tapi kalau effort takde, call jarang, whatsapp jarang, berjumpa jarang - takkan tak cukup lagi hint ni? Takkan nak stay juga?

Ini aku cakap untuk yang belum kawenlah. Yang dah kawen tu, timbang-timbanglah mana yang lebih baik. Dalam keadaan macam ni, berpisah pun merana, terus bersama pun merana. Maka pilihlah yang bagi less damage.


2024-07-22

Anak perempuan sulung


Post aku pasal jadi anak perempuan sulung hari tu rupanya ramai yang meluahkan rasa. Surprisingly ramai yang bercerita hal kakak masing-masing. Post aku katanya buat dorang realize memang kakak banyak berkorban.

"Kalau kakak buat salah, kitorang tak pernah kena marah. Tapi kalau adik-adik buat salah, kakak pun kena marah sekali"

I cried 😭.

Tapi percayalah cakap aku, anak sulung perempuan tak kecil hati menanggung salah adik-beradik. Mengalah untuk adik-adik pun tak apa. Nature menjadi anak sulung memang macam tu. Ada kekuatan built-in siap-siap dalam badan.

Masa umur 6 tahun, setiap kali balik dari sekolah (sekolah aku kat Kajang, perjalanan balik 30 minit dengan bas sekolah), aku always nak cepat-cepat sampai. Tak sampai hati biar Ima duduk nursery tanpa aku. Padahal umur aku baru 6 tahun. Umur yang sepatutnya seronok bermain tak pikir masalah. Tapi at that age aku dah start pikir nak balik cepat so that Ima aku tak alone dan orang tak mempergunakan dia. Padahal kalau kau ada, bukannya adik aku dapat special treatment pun. Kitorang tetap kena makan atas lantai bentang surat khabar. Tetap tido kat hall alas kain batik. Takde pun dapat makan atas meja and tido dalam bilik macam anak orang lain. Tapi takpe, at least Ima not alone. Aku ada. Gitu pikir aku.

Umur 6 tahun aku dah pandai sabarkan Ima bila dia teringin nak makan buah anggur yang budak-budak lain makan. Aku pujuk Ima, jangan mintak-mintak. Itu mak dorang yang bawa. Tapi Ima, being anak nombor 2 kan degil sikit.

"Tapi Ima dengar mak dia kata makan sama-sama dengan yang lain"

Masa Darjah 3, Ima Darjah 1. Registration day adalah pada hari pertama sekolah. Pak Aji masih jadi cikgu masa ni. Hari pertama sekolah Pak Aji kena berada di sekolah dia juga. Maka akulah yang dipertanggungjawabkan uruskan Ima masuk kelas yang betul, dapat tempat duduk yang bagus and settlekan hal-hal pendaftaran. Darjah 3, ya! Tinggi betul tawakkal mak bapak aku biarkan anak umur 9 tahun uruskan pendaftaran adik. 

Time rehat, Ima tunggu tepi kelas. Bagitau duit hilang. Tercicir. Aku pun bagi duit belanja aku yang tak sampai 50 sen tu. Biar adik makan, aku tak makan takpe. Kadang-kadang aku simpan duit belanja, tak habiskan masa recess sebab nanti balik dari sekolah kadang-kadang Ima nak aiskrim pakcik moto pulak. Ya ampunn, memang gini ke tanggungjawab anak sulung? 😭

MENGALAH adalah benda paling basic anak sulung kena ada. Dalam apa juga keadaan kau kena mengalah. Mengalah dulu, explain kebenaran kemudian. Walaupun kena bantai dengan mak bapak, takpe. Itu memang basic requirement menjadi anak sulung. Mak kau tengah marah, kau explain apa pun tak lut. Jadi, biarkan dia bantai dulu, nanti kendian kau explain. 

Ada satu hal yang aku terkenang-kenang. Nak kata aku kecil hati, I don't know. Benda pun dah lama berlalu. Berlaku masa Ima Form 3. Aku Form 5. Masa ni Ima kat SMSAH (Jitra). Selalunya kalau beli baju raya kitorang semua pergi sama-sama. Maknanya, kena tunggu Ima balik baru start beli baju raya. Tahun tu, baju raya aku dibeli dulu. Macam biasalah, beli kat mall di Sungai Wang tu. Kat bahagian baju longgok-longgok.

One day, Pak Aji and Mak Aji keluar dengan Ima and Ibal. Bila dorang balik, aku turun. Nampak Ima tengah test baju raya and kasut raya depan Mak Aji kat hall. Aku tengok je baju raya and kasut tu. Dalam hati aku, ini bukan baju beli kat longgok-longgok ni. Kasut pun bukan BATA. Cantik baju tu. Seluar, shirt and jacket. Warna khakis. Kasut dia macam ni:

Macam nilah pesennya. Tali ikat-ikat kat betis. Tapi bukan sandal. Yang Ima beli macam sneakers. Masa tu rare la kasut pesen ni. Macam orang have-have. Aku just pandang je Ima try baju complete dengan kasut. Tak cakap apa-apa pun. Tapi Mak Aji tiba-tiba bersuara "Adik tu ada majlis raya kat skolah nanti. Bagilah dia cantik sikit". 

Aku diam. Maybe terdetik kecil hati sikit masa tu sebab masa aku pilih baju raya, Mak Aji pesan siap-siap "Jangan beli yang mahal-mahal. Kalau beli yang mahal, nanti tak adil adik-adik pun nak juga". 

Bila nampak Mak Aji belikan Ima baju yang dari butik, terasalah juga. Bukan apa, aku pernah diejek pakai baju raya buruk di open house kawan. Nak biar adik dengan adik-adik sampai baju aku pun kena ejek. 

Masa melawat Ima di Jitra, Mak Aji belikan kasut sport shoe untuk Ima. Aku ni sampai kena ejek Ronald McDonald sebab pakai kasut sukan Pak Aji untuk datang aktiviti skolah. Sumbat tisu nak bagi ketat. Tak berani minta mak bapak belikan kasut sukan sebab nanti tak adil untuk adik-adi. 

Again, Mak Aji ada rasa bersalah. Sebab tanpa aku perlu cakap apa-apa dia kata "Adik tu masuk sukan. Kenalah ada kasut skolah"

Dalam hati aku cakap "Aku bukan tak nak masuk sukan, tapi terpaksa pilih untuk tak masuk sukan sebab nanti kena beli kasut". 

Tapi tu lah. Agaknya sebab yang dapat kelebihan ni semua adik-adik sendiri, jadi aku tak merajuk lama-lama. Bukannya orang lain, adik-adik sendiri juga. Kejap je berasa hati, pastu oklah.

Aku rasa cara mak aku tunjukkan bahawa aku adalah orang penting adalah dengan meminta memahami. 

Mama takde duit lebih nak beli untuk kau, jadi kau kena faham. 

Mama takde duit nak hantar kau tusyen, sebab belanja adik kau kat asrama pun dah besar, jadi kau kena faham. 

Ibal tu lelaki, lasak. Kasut kena 2 pasang. Kau kena faham.  

Mama kerja. Balik petang dah penat. Kau kena faham, Jadi kau kena kemas rumah.

Hujung minggu ni saja mama nak berehat. Kau kena faham. Jadi, lepas kemas rumah, kau kena siang ikan-ikan ni semua.

Aku orang penting. Cuma dia tak pandai nak sampaikan betapa pentingnya aku dalam rumah tu. Maybe sebab Mak Aji membesar dengan neneknya di kampung. Dah biasa balik dari sekolah kena cari kayu api, kena kemas rumah, kena masak. Jadi dia merasa it is normal kalau aku kena buat benda yang sama. 

Now, nak beli langsir baru tanya pandangan aku. Nak ganti sarung sofa, tanya pandangan aku. Nak masak raya bincang dengan aku. Nak buat birthday party Widad pun discuss dengan aku. Kadang nak pergi holiday pun tanya aku. Nak duduk hotel minta aku book-kan. Padahal anak jantan dia ada kat rumah tu. Ibal kadang fedap nak ajak mak bapak aku berjalan. Tak maunya dorang. Tapi kalau aku yang offer "Mama nak ikut Diana gi Penang? Nak ikut Diana balik Tganu?" Berdesuppp. Hilang gout-gout dia semua dapat berjalan.

Kalau makcik-makcik aku dari Singapore nak datang, Mak Aji akan call "Ni makcik-makcik kau nak datang Bangi ni. Kita nak bagi makan apa eh?"

"Makcik kau". Supaya nampak macam aku yang kena bertanggungjawab, kan? Licik beliau. 

Pastu dia pakai "kita" pulak. Aku macam eh "KITA???" Aku kat Subang Jaya tau. Yang dalam rumah tu ada Ibal sikitttt dia tak ajak bincang. Aku yang jauh ni yang dia suruh balik. 

"Esok kalau mama papa dah takde, jangan biarkan adik-adik. Kau jaga adik-adik kau". 
Aku jawab "Ye lah, Ma. Memang kerja Diana dari kecil sampai ke tua menengokkan adik-adik".


2024-07-21

Kita sebenarnya tidak ada ramai kawan, yang kita ada hanyalah network



Aku suka statement dia "Kita sebenarnya tidak ada ramai kawan, yang kita ada hanyalah network"

Wow! Sangat betul. Walaupun kawan sekolah ramai, tapi yang betul-betul aku berkongsi rahsia dan masalah cuma seorang, Nurul. Dalam ramai-ramai Dusty Pink, yang aku berkongsi masalah hanya 1-2 sahaja. Dan dalam ramai-ramai kawan yang aku kenal semasa bekerja sehingga sekarang, yang betul-betul rapat, 2-3 orang saja. Yang ramainya adalah NETWORK. Kawan ofis selalunya bukan kawan rapat, apetah lagi kawan yang kita kenal selepas belajar. Jarang yang benar-benar jadi kawan baik. Close, yes. Tapi kalau ada kesusahan atau masalah, kita ada kawan yang lebih rapat. Dan selalunya kawan yang sangat rapat ni jarang kita tonjolkan. Perasan tak?

His statement that we don't actually have more than 5 friends, but only many networks, adalah satu pandangan menarik. Kawan is someone yang ada deep emotional connection dan saling memberi sokongan. Dorang ni adalah orang yang kita percaya, kita kongsi rahsia, dan kita boleh bergantung masa susah atau senang. These relationships usually require emotional and time commitment. Masa di uni, aku banyak habiskan masa dengan kawan-kawan kat sana. Jarang contact Nurul sebab masa ni dia dah di UK. 

Tapi aku realized we are still close, bila Nurul kawan pertama yang aku jumpakan dengan En Wan. Dusty Pink pun tak jumpa En Wan lagi masa ni. Nurul punyalah excited bila aku cakap aku dah ada boifren (kahkahkah). Sebab time skolah dulu, dia je ada boifren, aku tak pernah ada. Dia siap nak kenen-kenenkan aku dengan kawan kepada boifren dia so that kitorang boleh dating berjemaah. Bila dah balik rumah lepas jumpa En Wan, Nurul call "Diana, aku approved!"

Network bukan kawan. Network is rangkaian orang-orang yang kita kenal dan berinteraksi dengan rutin, but the relationship is not necessarily deep. Hat ni maybe dari kalangan kawan ofis, kenalan profesional, atau followers media sosial. Rajin bersembang, atau selalu jumpa tapi habis kat situ je. Tak sampai ke hati.

Pernah dengar Dunbar's Number? Ini teori had bilangan orang yang kita boleh berkawan untuk kekalkan hubungan sosial yang stabil. Teori Dunbar's Number kata kita hanya mampu kekalkan hubungan (kawan) dengan around 150 orang saja. Daripada jumlah itu, hanya 5 orang saja yang benar-benar kawan. Kebanyakan yang lain dalam 150 tu berada di lapisan luar. Kawan, tapi santai-santai dan kurang close. Dalam zaman sekarang, especially zaman media sosial, kita maybe ada jutaan followers. Tapi ni semuanya adalah network saja. Some of them takde kawan yang close pun. Paling close pun pasangan sendiri. Bak kata speaker dalam video tadi kata "Semakin besar network, semakin kurang masa you untuk ada kawan".

So, mana-mana yang ada masih ada kawan (bukan kenalan), cherish this relationship. Luang masa untuk jumpa, kopi-kopi, vacation sama-sama. Because we are aging. One day, kita sama-sama dah tak larat nak keluar bersama, maybe masa tu hanya keep in touch melalui whatsapp and phone calls. Kalau dari sekarang kita tak bina KAWAN, ujung-ujung nanti kita lonely sebab takde siapa yang benar-benar kenal kita. Pasangan bukan kawan, ya. Pasangan tu team work you dalam marriage. You need FRIENDS!


2024-07-20

Isteri tak boleh mencari lelaki lain hanya kerana suaminya sedang dalam kesusahan (financially).



Aku setuju dengan ustaz tadi kata tentang isteri tak boleh mencari lelaki lain hanya kerana suaminya sedang dalam kesusahan (financially). Sebab jalan hidup kita semua ada naik dan turun. Sangat betul. Suami perlukan sokongan semasa tengah down. Dan sokongan terbaik adalah isterinya. Setuju, aku takde bantahan.

TETAPI, isteri kena faham had-nya di mana. Suami yang sedang dalam down dalam keadaan dia terus berusaha memperbaiki keadaan, itu kita kena support. Jangan tinggalkan. Tapi, kalau jenis telo berat, mengangkang 24 jam, kerja malas, kederat berkira, mentekedarah laju - yang ni kau angkat kaki, keluar rumah. Aku tahu ada orang tak setuju dengan cara ni sebab apa-apa pun suami kena taat. Ya sungguh. Taat pada suami. At the same time nasihatkan. Tak makan nasihat kau, mintak parents nasihatkan. Tak makan nasihat parents, pegi kaunseling rumah tangga. Kalau segala usaha dah buat tapi tak jalan, kau yang kena jalan. Itu je makan dia.

Entahlah, aku tak reti nak taat bodo-bodo, dan pasrah berserah. Kepala otak aku ni perlu rangsangan positive. Kalau otak aku penuh dengan rangsangan negative, silap-silap aku terbunuh orang nanti.

Once upon a time, aku and En Wan ada krisis. Ni cerita lama sangat dah, lebih 10 tahun lepas. Ada krisis dalam keluarga yang bukan berpunca dari kitorang. Tapi tempiasnya dapat kat kitorang. Aku jadi benganglah bila dah terpalit dengan aku pulak. So aku bagi kata dua kat En Wan. Sama ada kau tegur orang yang cari pasal tu, atau aku keluar dari rumah. Dia teragak-agak nak buat. Ok fine. Depan-depan mata dia aku kemas baju, start enjin and zasss keluar. Sebelum keluar aku cakap "Jangan keluarkan apa-apa statement, sebab saya akan langgar. Jangan ingat saya takut". Aku ingat lagi En Wan senyap je, tapi dia tetap hantar aku ke kereta sambil dokong Rayyan. Maybe dia tahu aku sakit hati dengan situasi yang berlaku and dia nak biarkan aku cool down.

Aku balik Bangi. Masa tu Ibal belum kawen lagi. Ibal nampak aku balik sorang di hari minggu. Aku masuk rumah Mak Aji dengan bawak beg baju. Semua senyap. Tak berani tanya. Masa tengah minum, aku bagitau apa sebab aku keluar rumah. Aku cakap aku tak bergaduh dengan En Wan, tapi aku nak bagi pengajaran kat orang yang menjadi punca.

Kalaulah aku berada di situasi isteri yang suami pemalas kedaung, memang lagilah aku tak tunggu lama. Kesah apa aku taat tak taat. Duduk serumah kalau menyakitkan hati pun menambahkan dosa aku. Sebab beahaviour aku takkan boleh dibendung bila aku tak suka sesuatu. Sama ada aku tunjuk dengan attitude atau dengan muka. Kau takkan tahan tengok muka aku kalau aku dah menyampah. Jadi, lebih baik aku angkat kaki. Tapi aku setuju dengan ustaz tadi. Kalau suami tengah down, jangan tinggalkan. Tapi kalau suami tak boleh diharap, sometimes isteri kena ajar sikit. Selagi dia tak diajar, dia tak sedar.


2024-07-19

Apa masalah dengan some of these gene Z?



Rupanya ini bukan masalah Malaysia, tapi global. Tapi aku percaya tak semua Gen Z gini. Sebab staff aku pun Gen Z. Yang ok tu ok je. Yang tak ok, memang hauk kedaung. "Cream" betul dia punya hauk. Jenis yang aku bagi kerja extra sikit hari ni, esok MC. Stok Gloei masuk berkotak-kotak, mintak tolong angkat, esok mengadu kerja dia bukan angkat kotak. Padahal bukan hari-hari stok masuk. Kau angkat pun berapa kotak je. Bukan kau sorang angkat. Ramai. Tapi dia punya mengeluh macamkan kena pikul satu lori!

Bukan nak kata lah. Aku pun pernah makan gaji. Jadi orang sales ni, jangankan kata angkut barang. Tertonggeng-tonggeng mempacking barang dalam stor. Kalau stock sampai, berduyun SEMUA staff kena kerah turun. Yang sales, yang engineer, yang IT, yang akaun - SEMUA! Bukannya selalu. Barang banyak kot. Kalau nak harap staff operation bawak turun barang dari lori, jawabnya seharian la takde orang handle operation dalam stor sebab semua operation sibuk memunggah barang. Budak-bukan sekarang (not all), kemain berkira kalau buat kerja. Entitled sungguh perasaan diri tu. Aku kerja IT, aku hanya mengadap PC. Aku kerja akaun, aku hanya duduk di meja aku kelebet akaun. Aku grafik, aku hanya buat grafik.

Memanglah angkat stok bukan dalam job scope, tapi ni aku cerita SESEKALI. Time stok sampai semua dikerah tolong angkat stok, itupun berkira! Jangan ceritalah bab mengemas pantry. Yang guna padahal dia, tapi tak reti nak kemas. Jenis ni aku jamin dapur rumah dia esok mesti berkerak. Tu baru cara-cara kerja kat company SME, kalau dapat kerja kat company international, tak tahulah besar mana dia punya berlagak. Hidung tu cecah langit agaknya.

Ni tadi aku nampak respond ramai orang dengan budak-budak sekarang punya perangai kat tempat kerja. Attitude MALAS kerja. Nak kerja senang. Nak kerja yang tak pressure. Nak kerja yang tak penat. Nak kerja yang takde target. Dia nak datang kerja santai-santai, buat kerja sikit lebih kurang pastu memekak pasal work-life balance. Sikit-sikit work-life balance. Padahal tak paham pun apa benda work-life balance tu. Dia ingat work-life balance tu "kerja jangan sampai stresskan diri".

Dik, work-life balance tu maksudnya gunakan masa dan tenaga WISELY so that work doesn’t take over your life. Dari 9 sampai 5 petang, manage your time WISELY so that kerja siap, rest pun dapat. Company bagi 1 jam lunch break. Guna untuk rest. Pukul 10.30 am pi pantry buat kopi kejap. Pukul 3.30 pm, pi pantry makan biskut buat teh. Taking short breaks at work to recharge. Bukannya buat kerja sambil lewa, tak fokus, tak meet expectation dan tak meet deadline sebab terlampau banyak rest melangok tengok internet and main henfon! Pastu nak preach pasal work-life balance. Kalau aku tepuk dahi tu karang, terus hilang balance kau.


2024-07-18

Johnny Huang and Dilreba broke up? Nak broke up amendenya kalau relationship pun tak pernah ada!



Kepada fans Johnny Huang, pekabar semua?

Bersedia nak dengar news baru?
Actually tak barulah, tapi masih diperkatakan di Weibo dan Douyin.
Rumusannya dalam video sebelah tadi.

Now kat Weibo fans Dilreba tengah merentan dengan blogger tu. Fans Johnny duduk dendiam makan popcorn. Kita tenang-tenang saja peratikan dorang bertekak.

Dak-dak ALICE panas hati bila dikatakan Dilreba dah takde masa yang panjang untuk terus carry genre romance, now dorang desak management Dilreba keluarkan plan untuk Dilreba supaya Dilreba dapat peluang berlakon genre lain selain cerita cinta. Pelik sungguh aku dengan entertainment industry kat sana. Fanclub lagi berkuasa dari management?? Fanclub boleh keluarkan arahan pada management untuk bentangkan plan untuk idola dorang. Fuh, power betul kuasa fanclub kat sana. Fanclub kat Malaysia habis kuat pun oraganize birthday party je. Kahkahkah.

Yang benaunya ALICE tu nak pertahankan fitnah dorang sendiri. Selama ni dorang yang beria sebarkan fitnah konon Johnny gay. Pastu dorang yang beria ungkit-ungkit kes Johnny pukul ex-wife. Padahal dah lamaaaa terbukti tak bersalah. Jadi, bila Dilreba dikatakan bercinta dengan Johnny, dorang takut Dilreba kena nasib yang sama. Masalahnya, kalau betul Dilreba kena bantai dek Johnny, dah lama keluar news. Sebab Dilreba ni artis popular, bukannya suam-suam kuku. Dilreba ada fanclub. Senang sangat nak tersebar cerita kalau betul kena abuse.

Kalau ikut lojik akal, kalau betul bercinta dari 2020 sampai sekarang. Takkanlah 5 tahun ni sorang pun tak pernah dapat tangkap gambar bukti dorang keluar dating ke, makan sama ke, pegang tangan ke. Setakat pakai pendant necklace yang sama? Itu nak bagi panas drama Love Designer je. Dah korang suka meng-couple-couplekan artis. Dorang pun bakorlah line pakai rantai yang sama. Padahal takde relationship pun. 

Ce tengok Hyun Bin dengan bini dia. Sorok macamana pun relation, tetap akan tertangkap 1-2 gambar yang dorang pernah keluar bersama. Johnny and Dilreba LANSUNG tak pernah ada bukti bergambar bersama-sama. Benda macam tu pun kau takleh pikir ke? Nak jadi fans, tapi bangang.

Johhnny buat keputusan yang betul taknak register fanclub. Dapat fanclub gila macam ALICE, punah hidup.


2024-07-17

Marriage takde jalan pintas.



Zaman sekarang ni, statement "Kawen dulu, nanti rezekinya akan datang kemudian" dah tak boleh dipakai sewenang-wenangnya. Dapat kat orang yang boleh pikir, takpe. Dapat kat pengote, yang kawen sebab nak menghalalkan kote semata-mata, teruk masa depan anak orang jadinya. Kita bukan hidup zaman Seri Mersing, hidup sekadar untuk survive hari demi hari. Apa yang dapat hari ni, makan hari ni. Esok lain cerita. Tak, sekarang dah berubah. Hiduplah di atas zaman masing-masing.

Zaman sekarang semua belanja mahal. Jadi, bila nak kawen, jangan menikah hanya kerana ada perasaan cinta atau impian untuk hidup bersama. Mesti faham perkahwinan datang dengan tanggungjawab yang besar. Yang dah berkahwin saja tahu kawen ni lagi banyak tak sedap dari sedap. Apetah lagi kalau kawen sekadar nak menghalalkan hubungan. Percayalah cakap aku kau punya sedap tu kejap je. Kalau takde usaha dan planning, besar harapan yang sedap tu pun dah jadi tak sedap.

Bila nak kawen jangan hanya merancang majlis. Kena consider banyak aspek, bukan dari segi kewangan je, tapi kesediaan mental dan fizikal. Especially yang lelaki. Belajar tak pandai takpe. Janji rajin. Nak tengok orang tu rajin ke tak, tengok sekolah dia datang tak. Exam datang tak. Homework buat tak. Excellent in academic is another part. Tapi rajin is SIKAP. Kalau se-simple buat kerja sekolah pun tidak, apa lagi yang boleh diharapkan?

Aku bukan tak encourage lelaki yang belum financially stabil untuk jangan berkahwin. Tapi selalunya yang kewangan belum stabil ni akan mengundang banyak masalah bila dah kawen esok. Yang stabil pun hanyut, lagikan yang tak stabil. Karang anak dah 5, masih lagi bergantung pada parents untuk financial support. 

Client En Wan yang juga blog reader aku, pangkat kakak, dah ada menantu and cucu. Dia ambilkan medical card untuk cucu. Dia ada pencen, jadi dia bayarkan untuk cucu. Dia kata menantu (lelaki) takde kerja tetap. Dari awal kawen sampai anak dah besar, masih lagi duduk dengan mertua. Kalau bukan kerana anak akak ni perempuan, dia dah hambat semua keluar rumah. Tapi mikirkan anaknya perempuan, dia rela dorang duduk bersama. Sebab risaukan cucu, dia ambil medical card untuk cucu.

Sumpah, perkahwinan is not easy. Kalau dah ada anak, lagilah. Membesarkan anak zaman sekarang ni, MAHAL! Masa kerja Prudential dulu, ada sorang chinese colleague ni anaknya dah umur 5-6 tahun gitu. Bila orang tanya bila nak beranak lagi, dia kata "My salary can't afford second child". Orang kita (Islam) pantang dengar gini. Laju-laju nanti dia jawab "Anak itu bawa rezeki". Lalu dia pun beranak tiap-tiap tahun.

Betul, anak itu datang bersekali dengan rezeki, tapi rezeki tu tak datang selepuk depan muka dalam bentuk cash, ya! Kena usaha cari, baru rezekinya datang. Too bad kebanyakannya ingat beranak dulu, kendian rezeki sampai. Dah beranak, masih hidup susah. Takpe, beranak lagi sambil mengharap kot-kot kali ni rezeki sampai. Pun tak sampai-sampai. Pastu beranak lagi. Penyudahnya anak kau berselerak, dengan makan pakai belajar semua takde arah.

Kawen tak salah. Beranak tiap-tiap tahun pun tak salah. Asalkan ada planning. Sebelum kawen kena ada plan, lepas kawen nak duduk mana, nak kerja mana, macamana nak handle expenses rumah tangga, etc. PLAN. Bukan kawen dulu, pikir kendian! Pastu menyusahkan mak bapak. Bergantung kepada orang luar untuk uruskan segala masalah kewangan kau. 

Ini bukan nak menakut-nakutkan sesiapa, tapi lebih kepada mengingatkan supaya persiapan tu biar matang. Anak-anak punya keperluan asas sekarang tak murah. Kena ada perancangan kewangan yang baik agar so that dapat bagi kehidupan dan masa depan yang stabil. Dan sebagai pasangan yang merancang untuk hidup bersama, bila berdepan dengan financial crisis, penting untuk usaha bersama-sama, jangan bergantung pada orang lain, especially mak bapak. Letakkan usaha kita pada diri and pasangan. This is your life together, so sama-sama usaha, sama-sama pikir.

Kewangan yang kukuh adalah salah satu daripada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan before buat keputusan besar like, berkahwin. Berkahwin bukan hanya tentang create new family, tapi memastikan your new family boleh hidup dengan selesa dan peluang yang baik. Jangan sepanjang hayat kau nak "ala kadar". 

Hari tu lalu satu video kat IG. This guy baru habis beli groceris. Pastu dia tunjuk resit belanja barang kering, around RM500. Pastu dia kata "Kalau orang lelaki bujang nak motivasi, hah ini motiovasinya. Tengok belanja sekarang berapa banyak. Gini je dah RM500. Belum barang basah lagi". Ramai yang kecam dia. Tapi aku setuju dengan dia.

Aku setuju inilah sebenarnya yang kita kena pikir sebelum kawen. Jangan dibawak belanja kau masa bujang ke dalam perkahwinan. Time bujang, nak mentekedarah maggi siang malam sampai sebulan pun takde hal, tekak kau sorang. Dah ada bini esok, takkan kau nak heret bini kau makan benda yang sama? Konon susah-senang bersama? Kot ye ada senang kendian hari. Kot tak jumpa senang? Selamanya lah anak orang tu hidup susah dengan kau. 

Dalam hal ini aku suka ceramah UAI. Dia kata MINIMUM suami kena provide isterinya sama seperti apa yang parents dia provide semasa belum berkahwin dulu. Kalau dia makan ayam har-hari, minimum itulah yang kau kena sediakan. Itu baru bab makan. Belum baju, skincare, pocket money segala. Aku malas nak sentuh bab ni.

Bukan tak boleh ajak pasangan susah senang bersama. Tapi kena ada planning ke arah menyenangkan. Bukan 10 tahun hidup takde improvement! Maka adalah lebih baik pastikan diri ada kestabilan kewangan sebelum ajak anak orang kawen. Stabil tak bermaksud segalanya mesti perfect. Tak. But at least basic necessities tu dah lepas. Ada plan untuk cari tempat tinggal, makan cukup, pakai cukup. Slowly grow. Jangan terjebak dalam impian perkahwinan yang hanya berlandaskan cinta semata, tanpa preparation. Marriage takde jalan pintas.


2024-07-16

Kecewa bila cinta ditolak, tapi perlu ke sampai membunuh?


Sejujurnya aku tak tahu menahu kes budak perempuan graduate UPSI yang hilang until berita dia dibunuh viral di FB semalam. Semalam pun aku hanya tengok gambar saja, tak baca keseluruhan cerita. Hari ni terbaca orang ulas kes tu. Setakat yang aku tahu, dia dibunuh oleh lelaki yang pernah minat kat dia. Tak pasti sama ada pernah bercinta atau tak. Yang pasti lelaki tu is someone yang dia kenal. Dan dia dibunuh bila cinta ditolak (from what I understand dari FB).

Aku takleh nak baca sangat kisah-kisah macam ni. Selalunya, bila kes-kes macam ni berlaku dan kalau aku terlampau follow the kes, malam nanti aku mimpi ngeri. Somehow trigger kisah aku dengan si anu. Ya, aku faham kau kecewa bila cinta kau ditolak, tapi perlu ke sampai membunuh? Ada yang kata arwahnya bercinta dengan suami orang. Maybe arwahnya ugut nak bagitau his wife tentang hubungan dorang. Hat tu aku taknak campur. Sebab masih terlalu awal nak assume apa-apa. But kalaulah betul pun, perlu sampai membunuh?? Kau berani start the game, pastu tak berani nak hadap the consequences. Pilihan akhir adalah membunuh? Otak mana otak??

Aku cakap kat En Wan, aku tahu sangat rasanya berada dalam situasi genting bila tangan aku diacu pisau. Betul-betul bilah pisau tu ada kat nadi tangan kiri aku. Dipaksa untuk mengaku untuk tinggalkan En Wan dan kembali pada dia. Belakang dia ada 3 orang kawan lelaki tengah pujuk dia untuk letak the pisau. Kat tepi aku ada kawan-kawan setetek yang cuba sabarkan dia. Ni bilah pisau ada kat tangan aku dah ni. Kalau dia tertoreh, aku sadaqallah kat situ.

GILA!! Memang perangai gila babi. Masa aku break dengan dia, elok je takde apa pun. Bila dia tahu aku start berkawan dengan En Wan, terus sawan babi. Tiba-tiba nak menggila. Orang macam ni dia bukan tak tahu kalau dia dapat pun the perempuan, perempuan tu tak menerima dia dengan ikhlas. Tapi they don't care. Janji dia dapat. Narcissist. Tak boleh kalah. Walaupun deep down dia tahu sebenarnya dia dah kalah, tapi gasaklah. Janji on the surface dia nampak macam menang.

Malam dia menggila tu, kawan aku senyap-senyap call En Wan di Jepun bagitau aku kena attack. Malam tu jugak En Wan minta aku tunggu dia. Lagi 2 minggu dia balik. Dan malam tu juga dia call Mak Aji untuk minta permission bertunang. Mak Aji pun dah menggelabah masa ni sebab kawan aku call bagitau aku kena attack. Gamaknya dia pun mati akal tak tahu nak buat apa, dia setuju je bila En Wan nak bertunang. Padahal masa ni dia belum boleh accept En Wan sepenuhnya. Baru satu kali je jumpa En Wan. Yang dia buat kejung masa En Wan kat hall tu. Itulah pertama kali. Lepas tu En Wan balik Jepun. Dia terpaksa merestui jugalah demi nak selamatkan anak dia. Kali kedua jumpa adalah pada hari bertunang.

Almost 30 tahun kisah ni, rasanya sampai mati aku tak boleh lupa kejadian that night. Everytime ada kes membunuh bila cinta ditolak, boleh ketar badan aku. Trauma. Malu. Geram. Semua ada. Memang tak boleh lupa dia pecah masuk rumah sewa Dusty Pink Tits, semata-mata nak tunggu aku balik. Dia cari aku kat kolej, bilik aku bergelap. Dia syak aku balik rumah sewa Dusty Pink. Padahal hari tu kitorang semua macam happy-happy je masak-masak at home. Lepak-lepak. Lewat petang, boifren kawan aku call minta bawa aku lari sebab si anu on the way dengan bawa pisau. Melompat satu rumah bersiap. Kawan aku sorang ada moto. Dengan baju tido dia melompat atas moto pecut bawa aku keluar dari rumah. Yang lain masuk kereta dan keluar. Masing-masing takde hala tuju nak bawa diri ke mana, asal boleh lari sebelum terserempak dengan si anu.

Kawan aku bawa aku sampai ke airport. Situ je maybe dia takkan sangka aku ada. Kau bayangkan lepak airport dengan baju tido? Lepas tu kitorang ke rumah sewa kawan lelaki. Lepak situ kejap bagi cool sikit. Tengah-tengah lepak, budak-budak lelaki dalam rumah tu cakap si anu dah pecahkan rumah sewa Dusty Pink. Dorang advise kitorang balik, dan aku ikut sekali. Tapi dorang escort. Sampai je kat rumah sewa, another group of kawan lelaki ada di sana tengah memujuk si anu untuk keluar dari rumah. Masa ni aku dah lembik-selembik lembiknya. Aku dah penat nak melayan perangai gila dia. Because this time dia melibatkan ramai orang. Sampai pecah masuk rumah orang. Sumpah gila! Aku malu.

Mula-mula aku lepak kat luar. Aku berkeras taknak masuk. Tak lama lepas tu kawan Dusty pujuk aku masuk. Dua cakap takpe, kitorang ada. Apa-apa hal kitorang semua ada. Si anu tunggu aku kat dapur, dengan tangan pegang pisau. Perangai narcissist memang ginilah. Pegang pisau. Bawak pisau. Mengugut dengan pisau. Dia tarik aku duduk atas lantai pastu terus letak pisau kat tangan dan suruh aku cakap kuat-kuat yang aku akan tinggalkan Wan and pegi kat dia balik. Kawan-kawan lelaki kat tepi-tepi tak henti-henti pujuk dia untuk jatuhkan pisau sebab dorang nampak dia tekan bilah pisau tu kat nadi aku.

Takde pilihan lain. Aku terpaksa cakap aku setuju patah balik kat dia. Aku cakap setuju tu sambil meleleh airmata. Bukan sedih, tapi sangat marah. Aku tak sedih kena tinggalkan En Wan sebab baru jumpa 1 kali. Tapi aku marah dan geram sebab aku tak dapat buat apa-apa selain dari cakap kuat-kuat yang aku akan pergi kat dia balik. Yang si setan ni, lepas aku cakap setuju, dia usap rambut aku, peluk aku, pastu kiss dahi aku cakap "Ok, dah dah. Rest". Dia dah acu pisau kat aku pastu suruh aku rest?? Dalam hati aku menyumpah BABI BABI BABI BABI BABI!

Aku tak pasti sama ada perempuan-perempuan yang kena bunuh bila cinta ditolak lalui tak jalan cerita yang sama macam aku. Dia takkan kena bunuh awal-awal gitu. Pasti ada kronologi. Mula-mula mesti ada ugut-mengugut. Aku bernasib baik sebab kawan-kawan aku tahu kisah dia menggila. Jadi aku tak keseorangan. Kawan-kawan aku sama naik buat planning bila aku bagitau aku nak balik bertunang. Semuanya mesti dirahsiakan. Setiap kali habis kelas, dorang akan bawak balik sikit-sikit baju aku ke rumah sewa dorang. Bila sampai waktunya aku fly ke KL, aku keluar dari kolej sehelai sepinggang naik moto. Biar tidak ada saksi nampak aku keluar dengan bawa beg baju. Dan dia kalau ternampak pun takkan syak apa-apa sebab aku naik moto dengan member macam nak pi beli burger je. Padahal ke airport. Beg baju dah standby kat sana.

Bertunang pun takde siapa tahu. Senyap sepi. Hanya BFF aku je teman aku balik just in case si anu terpacul depan rumah Mak Aji, dia ada untuk bawa aku lari tempat lain pulak. Maknanya, kawan aku tak biarkan aku bersendiri. Settle je majlis, lega. Esoknya terus balik Kuching. Balik ke sana dengan En Wan. Dia sengaja nak ikut so that kawan-kawan yang lain nampak dia datang as tunang Diana. Bila orang dah nampak En Wan datang hantar aku ke kelas, biasalah kan, gossip tersebar dengan pantas. Jadi, si anu dah checkmate. Dia takleh buat apa-apa sebab kalau dia buat, memang kena kecam satu kolej sebab mengganggu tunang orang.

Sesiapa yang masih single, atau anak-anak yang masih single. Kau nak berahsia dari mak bapak, isokay. Tapi jangan berahsia dengan semua orang. Jangan sampai orang tak tahu kau berkawan dengan siapa. Tak payah nak biarlah rahsia acah-acah wanita lindungan Kaabah konon tak berkawan dengan jantan padahal you are seeing someone. Just let your fren know dengan siapa kau bercouple. Kenalkan dengan kawan-kawan. Be it lelaki atau perempuan. Kalau kau dah start couple dengan someone, at least biar 1-2 kawan tahu. Apa-apa hal you are now alone. Kalau broken pun, ada tempat nak share.

Anak-anak aku tahu kisah aku dulu. Sebab aku pesan kat dorang kalau berkenan dengan mana-mana perempuan, tanya full name bapaknya dulu. Aku taknak ada sangkut-paut, ya. Pastu aku pesan, be like papa. Papa pernah heart broken gf minta putus sebab cannot stand long distance relationship. Papa let her go walaupun 8 bulan menangis patah hati. Jangan jatuhkan maruah buat perangai gila. Nak bercinta kena tanggung the consequences. Tak semestinya cinta ada happy ending. Tapi kalau buat perangai gila, endingnya tak pernah berbaloi. Tak pernah. Itu pasti.

p/s: Tapi jangan annoying sangat macam papa kau lah. 




2024-07-15

Konon-konon terserempak



Sabtu lepas aku post kat IGS video di atas. Sedutan drama Korea (tak pasti apa tajuknya, aku cuma share the clip sahaja).

"If you have a crush or are interested in someone, make sure you make yourself noticeable".

Bukan muncul bodoh-bodoh gitu ya, tapi kemunculan yang KONONNYA tak disengajakan. Contoh, kebetulan berselisih. Kebetulan terserempak di tangga. Kebetulan parking sebelah-menyebelah. Yang penting, kau seperti terserempak dengan dia tapi buat-buat macam kau tak notice dia ada berhampiran. Caranya gini. Kau berjalan ke arah dia. Dah nak dekat, kau pusing ke tempat lain. Tapi kalau crush kau adalah Rain, jangan pusing tempat lain tau. Itu bangang namanya. Kalau Rain, teruskan saja ke depan. Kalau boleh, biar sampai berlaga bahu. 

Siapa pernah buat effort macam ni? Hangkat tangan!

Tu pasal orang yang bercinta 5-6 tahun tiba-tiba break, dia punya pedih lain macam. Sebab EFFORT yang terbuang tu dah buatkan hati jadi broken sangat. Kau ingat nak bercinta ni tak pakai effort ke? Nak buat-buat terserempak, nak buat-buat berselisih -- ini semua perlukan effort yang bukan calang-calang, ya. Penat tau. Alih-alih putus. Mau tak bengkak hati?

Aku tahulah dia punya pedih camana sebab aku pun ada crush juga dulu. Nak menten muka macam takde perasaan masa berselisih dengan crush sedangkan jantung macam nak terkeluar, memerlukan skill ya. Tu cara-cara berselisih yang dirancang. Belum lagi berselisih yang tak dirancang. Macam kena elektrik shock, tapi muka menten cool. Ini semua perlukan skill. Takpelah kalau crush memperkotak-katikkan kau sebagai tukang sampaikan salam kat awek kelas sebelah, atau tolong hantarkan surat kat awek yang dia minat. Takpe, janji ada peluang nak jumpa crush walaupun bengkak je nengokkan perangai. Ramai-ramai pompuan dalam sekolah tu, aku yang dia jadikan posmen? Bladihel.

Tapi takpe. Aku memang skillful bab ni. Sebab dah terbiasa jadi fangirl. Minat Leslie sejak umur 12 tahun kot. Nak jadi fangirl ni kita takleh mengharapkan balasan. Kita sekadar meminati dari jauh. Perasaan yang dah diasah sejak umur 12 tahun ni sangat membantu aku buat muka kejung everytime bertentang-mata dengan crush. Sampai crush tak tahu aku crushkan dia bertahun-tahun padahal balik sekolah kadang jalan kaki sama-sama. Mantap betul skill Diana.

Penat oi nak buat diri kita noticeable depan crush. Berjaya menawan hati crush tu tak pernah ada dalam plan. Plan aku dulu cuma nak ada peluang terserempak saja. Cukup. Itupun memerlukan effort, ya. Kena study dia sampai sekolah around what time. Masuk ikut pintu mana. Dia keluar rehat pukul berapa. Hari ni dia bertugas kat mana. Dia kena jaga detention kelas hari apa. Mana nak pikir study lagi, nak pikir strategi berselisih dengan crush lagi. Mbhahahahaha.

Pastu ada orang DM. "Kak Di pernah nak cerita pasal crush akak kat En Wan?"

Pernahhhhhh. Apa pulak tak pernah. Exboifren pun aku ceritakan, takkan crush aku tak cerita. Lagilah kena cerita. Supaya dia tahu dia bukan satu-satunya yang pernah bertakhta di hati. Kahkahkah.

En Wan pun taknak kalah. Love story dia yang dulu pun dia cerita. Tapi kitorang share love history masing-masing bukan semasa bercouple. Sebelum tu lagi. Sebab dulu kitorang berkawan takde expectation. Sekadar nak buat kawan baru. Macam-macam bendalah yang dishare. Share kisah hidup dari zaman kecik, sampai sekolah, sampai lari dari sekolah, sampai jumpa si anu - lengkap satu pusingan hidup. Lagu apa aku nyanyi masa kena ragging kat TKC dulu pun aku cerita. Tu pasal dulu En Wan panggil aku LANUN. Sebab dia dah tahu kisah hidup aku dari awal. Dia kata aku perangai macam gengster.

Dalam surat-surat aku kepada En Wan, aku letak signature di belakang envelope -- LANUN. So that dia tahu itu surat dari aku. Just in case dia dapat banyak surat. Untuk differentiatekan surat aku dari surat orang lain aku letak signature LANUN. Rupanya aku je yang hantar surat kat dia.

Dalam tempoh berkawan melalui surat tu kitorang dah share banyak story including kisah cinta masing-masing. En Wan pernah pos surat beserta gambar ex-gf dia kat aku. Sama-sama belajar nak ke Jepun tapi ex dia sangkut. Tak lepas exam, jadi sambung di local Uni saja. Bila dah berjauhan gitu, awek pun tersangkut dengan orang lain. Cantik orangnya. Sexy.

Aku dengan En Wan tak berapa minat nak mengungkit kisah cinta lama masing-masing. Maybe sebab kitorang long distance relationship. Dah lah jarang berjumpa. Tak berbaloi pulak nak bertekak pasal hal yang berlaku sebelum kitorang berjumpa. Baik create new memories. Aku rasa ini pun salah satu kebaikan long distance relationship. Selalunya bila kerap berjumpa, risiko nak cari pasal tentang hal yang mengarut adalah lebih tinggi. Bila berjauhan, kurang sikit nak cari pasal kisah cinta lama. Melainkan kau sengaja nak cari hal lah.


2024-07-14

Menipulah kalau kata berbini ramai ni benar-benar bahagia



Teringat arwah ayah mertua aku cakap. Masa ni dia bersembang berdua dengan aku kat dapur. Dia kata "Ayah kawen dua. Tapi kalau anak-anak ayah nak kawen dua, ayah tak setuju. Sebab ayah tahu kawen dua ni susoh!"

Ya, aku tahu susah. Menipulah kalau kata berbini ramai ni benar-benar bahagia. Kebanyakkannya hanya sekadar menjaga hati dan mengawal situasi. Contohnya, arwah ayah. Hari ni tido rumah mok, esok tido rumah mok nombor dua. Hari ni breakfast rumah mok, esok turn breakfast sana pula. Hari ni balik makan tengahari, esok tak balik sebab makan sana pula. Kau rasa tak letih ke? Letih sebenarnya, cuma dorang lagi letih kalau isteri buat hal, jadi lebih baik letih badan dari letih emosi. Maka, dorang layankan je kejap turn sana, kejap turn sini. Nak buat macamana, sendiri punya pilihan.

Dan berdasarkan pengalaman arwah ayah, aku setuju polygamous men are very lonely men. Dorang mungkin ada lebih dari sorang isteri. Dari pandangan mata kasar, nampak macam bahagia. Orang kata, kalau yang pertama merajuk, boleh lari ke yang nombor dua. Setakat larikan diri je bolehlah, but what about emosi? Tenang? That's why aku setuju bila dia kata polygamous men are very lonely men, sebab ramai isteri doesn't necessarily mean the man is emotionally fulfilled. 

Juggling multiple relationships ni jauh lebih letih badan dan emosi. Ujung-ujung none of his woman ada deep emotional connections dengan dia sebab dia sendiri susah nak truly bond with any one bila attention tu terpaksa dibagi-bagi. Sekadar hadir tapi sebenarnya not really present. Faham tak maksud aku?

Kau ingat nak maintain more than one relationship ni tak letih ke. Kena bahagi masa, effort kena lebih, energy kena tip top. Tu belum cerita bab keadilan dari segi nafkah. Kalau minggu ni kau bawak nombor 1 pegi holiday, kau rasa yang nombor 2 tak mintak benda yang sama? Silap-silap kau kena pergi holiday di tempat yang sama, stay di hotel yang sama, makan benda yang sama 2 kali. Bukan nak bagi adil, tapi nak bagi takde sesiapa sentap. 

Constantly having to meet the needs and expectations of multiple partners ni penat tau. Tu pasal ayah aku pesan "Jangan kawen dua!". Sebab akhirnya kau sekadar menjaga hati, tapi takde siapa yang benar-benar menjaga hati kau. Sebab bila berpoligami, isteri lebih fokus nak menjaga hati sendiri. Jangan kata oranglah, aku pun agaknya buat gitu. Tak kuasa aku nak jaga hati kau. Masa aku satu-satunya isteri, puas dah aku jaga hati kau. Now kau dah ada 2 dan 3 bini, baik aku jaga hati aku sendiri. So, bila aku kata aku pun nak apa yang kau bagi kat nombor 2 dan 3, aku akan pastikan aku dapat. Macamana cara kau nak provide, aku taknak pikir. Yang aku tahu aku dapat. Aaa gitu.

Tu yang aku cakap, ujung-ujung lelaki ni akan sedar his own personal needs pun terabai sebab banyak masanya habis untuk memenuhi expectation isteri-isterinya. Tu belum lagi expectation masyarakat. Mana-mana lelaki yang polygamous akan face societal judgment, especially in cultures where monogamy is the norm macam culture kita. Poligami tu ramai. Tapi yang monogami jauh lebih ramai, sebab tu lelaki yang mengamalkan poligami kena keraskan kulit muka sikit. Because walaupun orang keliling macam sporting, tak kisah kau nak kawen berapa pun, but trust me, dorang tetap bercakap kat belakang. Dan kau pun tahu sebenarnya orang bercakap pasal kau, kan? That's why deep down inside kau struggle to find acceptance among your peers or community.


2024-07-12

Even if your qualifications are good enough, if your interview doesn't go well, you won't get the scholarship.

Again. Issue yang memang takkan pernah habis, tak kira berapa banyak pencerahan dibagi. Jenis ni, dia nak ikut pemahaman dia je. Padahal jelas berfakta macamana pemilihan pelajar ke program tajaan dipilih.

"My results were qualified enough to get scholarship"

Salah, dik. Salah. Result bagus BUKAN syarat kelayakan dapat scholarship, tetapi syarat untuk MEMOHON scholarship sahaja. Contohnya nak MEMOHON tajaan JPA atau MARA, minimum kena 7A. Kalau cukup syarat ni barulah layak MEMOHON. Bila dah layak memohon, barulah mereka jemput untuk hadir interview. Dalam sesi interview tu nanti baru tahu you layak atau tak.

Yang straight As sahaja dah 10,000 orang. Belum yang 8A1B atau 7A2B. Jadi, kelayakan MEMOHON tu sangat besar. Sebab itu akan ada satu lagi tapisan iaitu semasa interview. Semasa interview tu nanti you akan nampak sama ada you benar-benar layak atau tak sebab yang datang tu semua scorer. Bukan you sorang. Di sana nanti, result SPM you dah tak dipandang lagi. Dah jadi kenangan. Di sana nanti dorang nak tengok how you berkomunikasi dan melontarkan pendapat.

So, even if your qualifications are good enough, if your interview doesn't go well, you won't get the scholarship. It has nothing to do with whether you're rich or not. Bila sampai ke tahap ni, dah takde kuota B40, M20, T20 lagi dah. Itu kuota kemasukan sekolah berasrama je. Untuk tajaan luar negara dorang tak guna kuota lagi dah. Toksahlah sikit-sikit nak salahkan orang kaya, atau orang ada kabel. Ingat senang-senang ke guna kabel boleh lepas? Kelayakan untuk masuk ke universiti luar negara masih perlu ikut syarat universiti di sana. Besar nau kabel family sampai boleh tembus syarat universiti? Kalau kabel kuat gitu, baik takyah guna tajaan. Pakai duit sendiri sudey.

"We have to better than them with different starting point" -- yes, ini aku setuju. Tapi tak bermakna kau kena jadi kaya. Ntah apa kaitannya bila kaya maka dapat scholarship? Tak bersambung lansung! Kalau kaya, patutnya tak perlu kisah bila tak dapat scholarship. Your fren yang kaya tu dapat bukan sebab dia kaya, tetapi dia lebih berkarisma semasa interview.

Aku rasa budak ni tahu dia tak layak. Mesti dia dah lalui interview dan sedar dia tak up to standard. Tapi biasalah, mana nak kalah. Sebab ada mindset "result aku best". Orang yang stuck dengan "result aku best" memang takkan ke mana. Aku dah bekerja sejak tahun 2000, macam-macam perangai orang dah tengok. Jenis yang dah kerja 5 tahun, masih lagi stuck dengan result CGPA dia yang 3.8 tu. Bila kerja tak up to standard, "CGPA aku 3.8 tau". Kau ingat aku kesah? Kau nak sambung Masters bolehlah junjung CGPA kau tu masa apply. Dalam industri, CGPA ni kita tengok sekali lalu je. Skill lebih penting. Silakan telan kau punya CGPA.

Dari sudut pandang seorang majikan, these kind of minset akan selalu buat teruk masa kerja nanti. Sebab dia always rasa diri paling best. Having an entitled attitude macam ni la yang buatkan environment ofis jadi toksik. Jenis ni, kalau jump into sales, dia akan cakap bos pakai Ferrari hasil dia kerja teruk buat sales. Padahal sales hit setakat 80K je sebulan. But always rasa dia dah buat banyakkkkkk sangat. Kesian. Jenis ni bila jadi parents esok, anak orang lain berjaya, dia yang bitter lebih-lebih.

I tell you. Orang yang bitter dengan orang lain, dia takkan berpeluang merasa apa yang dia bitterkan tu. TRUST ME. Hukum law of attractions adalah begitu. Benda yang u tak suka, takkan datang pada you. Badan dan otak kita tak tahu beza apa yang kita suka atau tak suka. Badan dan otak akan bertindak melalui apa yang kita katakan. Bila kau kata "Takpelah tak kaya, asalkan bahagia". Memang itulah kau akan dapat. Kau yang cakap takpe tak kaya. Jadi jangan bitter bila orang lain kaya.

Bila kau bitter anak orang lain berjaya, percayalah, kau takkan merasa benda yang sama sebab kau tak suka, kan? Apa yang kita cakap adalah satu doa. Acah-acah konon "Tak berminatlah dengan cerita anak-anak score exam. I lebih suka cerita anak-anak yang bantu mak bapak cari rezeki". Ah burit kaulah. Yang benaunya kau jealous. That's why ada pepatah cakap "Until it's my turn, I will keep clapping for others happily". Cuba dulu kaedah ni, you'll see the difference it makes in your life.