Penyakit terbaru...
1. Tak boleh tengok Blackberry, terus muntah.
2. Takleh mengadap blog lama-lama, terus mabuk. (ni aku tak tipu, sebab tu takde update semalam)
3. Tak boleh bau nasik, muntah.
4. Tak boleh bau minyak panas, muntah.
5. Sedang menikmati mangga muda yang ke-dua bijik pagi ni. Oh Lazat tak terperi!
Semoga alahan yang mengada-ngada ni sampai setakat tu saje. Jangan la pulak tetiba aku datang penyakit takleh tengok muka En Wan pulak. Memang naya laki aku.
2010-05-31
Ringkas tapi padat.
2010-05-28
Orang mengandung kau pun nak mengandungggg
Stop jap cerita pasal Gold Coast eh? Aku takde mood nak tulis panjang-panjang.
Mood aku sekarang adelah muntah belahak.
Semua benda buat tak kena.
Tido pun dengan keadaan tangan pegang Strepsil sebab loya all the time. Tengah-tengah tido pun boleh terbangun sebab nak muntah. Aku rasa this time lagi teruk dari time mengandung Redza dulu. Dulu at least pagi je aku muntah belahak, skang ni tak kira masa. Dia rasa nak keluar, dia keluar je. Takde warning-warning pun.
Like 2 hari lepas, aku bangun kul 6am.
Terasa taknak tido dah, so turun bawah breakfast ngan bibik, makan roti siap buat teh tarik lagi.
Lepas makan, terasa nak mandi terus, the moment aku masuk bathroom, terus muntah atas lantai tu jugak, tak sempat aku nak carik toilet bowl. (ada sesaper tengah makan masa baca ni? sorryyyyyyy).
There goes my roti 3 keping and teh tarik se-mug.
Sebab tu aku malas nak makan benda yang mahal-mahal, rugi okk kalau muntah. Tu yang kengkadang aku belasah maggi tomyam je. Ko nak muntah sangat kan? Ha, muntah. Sila.
Kali ni aku tak morning sickness sangat, dia buat malam pulak.
Dah 3 malam dah aku isyak kul 3-5 pagi ni. Kul 6.30pm ke atas je, dia buat dah pening-pening mabuk brendi ni segala. Lansung takleh angkat kepala. Time nak solat Maghrib tu paling hazab aku rasa. Time sujud tu takleh lama-lama, kalau lama sikitttt je, konfem aku muntah atas sejadah. Camne eh nak solat sambil baring? Melampau sangat tak kalau aku nak solat baring?
En Wan memang takde chan le nak beramas-mesra ngan aku malam-malam sebab lepas Maghrib je aku dah tido sampai kul 3-4pagi macam tu baru tersedar. Kalau aku tak tido, mesti aku muntah. So, baik aku tido. Pandai-pandai kau la bang nak jaga diri. Geledah la balik DVD-DVD blue mana yang ada buat sementara waktu ni ye.
Kalau sendawa tu dah macam bela badak je gayanya. Kejap-kejap berdeghakkkkkkkkkk.
Sehari ada la 30 kali aku sendawa. Gila banyak angin sejak mengandung ni.
Tapi nasib baik aku still boleh buat keje opis lagi, cuma tak selaju dulu la. Kalau dulu, dalam sehari aku leh drive ke Melaka, masuk opis, pi Sungai Buloh pulak, pastu patah balik ke Bangi. Sekarang ni no wayyyy ok. Pi hantar Redza tekwando saje pun aku dah mengah. Tu cara-cara bawak auto. Kalau manual, mau tertanggal kepala lutut aku.
Cuma yang best, dari mengandungkan Redza sampai yang kedua ni, aku takde mood nak marah. Takde mood nak merajuk, takde mood nak carik pasal. Kalau ko carik pasal ngan aku pun sukati la, hati aku macam kering sket time mengandung-mengandung ni. Best eh?
Craving..hmmmmm...rasanya macam belum lagi. Apa ada semua aku bedal. Cuma lately ni aku asik nak makan something yang berkuah like sup fishball, sup daging, mi sup, errr....mi udang? Kategori mengidam ke ni?
Mujur la aku mengidam yang murah-murah kan?
Tapi yang best about mengandung ni tetek menjadi semakin besar. Oh, best.
Hari-hari aku measure ukurlilit tetek aku. Semakin hari, ia menunjukkan nilai yang memberansangkan. Time kat GC, hajat di hati nak pakai bikini jalan-jalan kat beach. Saje la kan nak show off tetek dah besar sikit. Lalu pegi la usha kedai bikini, alahaiiiiii saiz bikini dia halus-halus, muat-muat nak tutup nipple aku je. Apa barangggggggg.
En Wan kata itu lah fungsinya pakai bikini, memang sengaja nak kasik tetek tersentil-sentil keluar. Ok la, fine.
Tapi, masalahnya kalau kecik sangat saiz bikini tu, baik aku telanjang je terus.
2010-05-27
Gold Coast Part 3
Masa ni dah lepas dolphin show, konon nak gi naik apa-apa water ride yang kurang merbahaya la. Lalu tepi volocano ni. Ni je la kot chance ko nak rasa jalan berlenggang tepi volcano. Tak sure pulak boleh masuk ke tak dalam gunung ni. Kalau boleh masuk pun masa ni aku dah tak larat, muka pun sememeh dah. Time ni aku lapar sebenarnya. Oh yes, kat Sea World ni takde halal food, macam Disneyland HK la, takde benda yang kau boleh makan. Aku ada je bawak biskut tapi apa barang nak makan biskut okkk. Tengahari-tengahari ni aku nak makan nasik. Tapi takde. So aku berlapar la.
Masa ni perut and kepala aku belum buat hal sangat. Siang-siang dia ok, selalu dia mabuk malam-malam kang. Alhamdulillah la kan, at least aku boleh berjalan kat sana. Before pegi GC aku dah terbayang dah, mesti aku melepek je 6 hari kat sana kalau morning sickness, rupanya tak. Dia night sickness je. Asal kul 6.30pm kang mula la ku mabuk sampai ke malam. So malam memang aku tido awal la. Takde chan la En Wan nak tayang kote kat aku sebab belum kul 8pm aku dah padam.
Tapi kat GC, ayam Nando's memang betul-betul ho liaooooooo! Kitorang order Fiesta Set - one whole chicken and one large side yang kitorang pilih nasik. (jawa okkk, jawa. Mesti kena makan nasik). Pastu order large chips and juices. Gila kenyang sampai tak abis.
Oh yes, mesti korang pelik, apesal dari gamba Sea World terus jump ke dinner. Memang itulah turutan gambanya pun. Sebab balik je dari Sea World semua dah tak larat nak mengunyah let alone nak menapak carik makanan. Seb baik bawak maggi. So masing-masing mentekedarah maggi. Tapi aku tidak. Aku adelah prefer membuta, Ibu-ibu mengandung harus tido dengan cukup. Jadi, sampai je hotel, aku tak lepaskan peluang. Terus cuci muka dan tido.
Bangun-bangun je dah gelap.
Gold Coast Part 2
Malam day 1 kat GC tu, lepas dinner kat Maharani, kitorang jalan-jalan lagi. Maklomlah, kalau duit masih ada kat poket, dia punya gatal nak bershopping tu memang lain macam sket. Selagi tak habiskan, tak sah. Dah habis sok, pandailah masing-masing masak maggi.
CPM mintak aku belikan UGG Boots, tapi pastu tak jadik pulak. Disebabkan kau tak jadik suruh aku belikan, maka aku sudah sambar satu boot untuk diri sendiri, tapi bukan UGG la. Ntah cap ayam mana ntah, tapi boleh tahan gak harga dia. Telan air liur jugak la En Wan. Dah tu aku mintak kebenaran, sape suruh benarkan? Dah ko benarkan, sorrylah aku nak tolak. No wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.
Mak Aji pulak sibuk nak carik selipar. Seju-sejuk beku macam ni orang lain carik boot, dia sibuk carik selipar. Apehal ntah. Tapi takpela, duit dia. Bukan duit aku. Wakakaka.
Boleh dikatakan semua kedai la kitorang stop. Stop je la dulu, beli kendian-kendian. Masa ni En Wan dah berkenan ngan satu boomerang and aborigin painting. Dia ni memang suka menyemakkan rumah dengan menatang-menatang macam ni. Over ok nak menghias rumah. Tapi bak kata Mak Aji, 'Dah baguslah dia nak habiskan duit untuk rumah kau. Kalau dia simpan duit beli rumah untuk bini baru, camne? Kau tu bukannya cantik sangat pun, kemek je aku tengok'.
Kemek tak kemek belakang cerita. Wanita tidak dilihat pada rupa parasnya ye, bonda. Wanita dilihat pada teteknya!! Muka ko kalau A-list tapi tetek level jemput-jemput ubi, kem salam.
Having breakfast bersama klorga. Ok jugak makanan dia, kira semua boleh makan cuma sosej je. Yang lain semua ok. Siap ada nasik putih bagai. Maybe dia dah study kot siapa guest kat hotel untuk hari tu, so the chef dah readykan makanan yang semua orang boleh makan. Takdela macam kat HK tu hari, aku nak makan telur goreng dia pun was-was.
Tapi Pak Aji masih kekal dengan taknak sentuh apa-apa pun yang dimasak. Maka, beliau hanya memakan cornflakes, tambah sampai 3 kali.
Budak masam ni tetiba je nak breakfast stroberi. Ngada-ngada. Aku tampa kangg. Terpaksa la pulak bapak dia pilih-pilih storberi ni antara buah-buah yang lain.
The coffee house.
Mak Aji dan baju AUS$119-nya.
Ni pinggan En Wan. Bukan aku punya, Sebab aku pantang makan baked beans. Nanti aku bertukar jadik Shrek.
Pagi tu we all ke Sea World dulu. Van jemput macam biasa, sampai Sea World pandai-pandai korang la bawak diri. Sampai masa kang, dia jemput. So, kita tak terikat sangat dengan program dorang. Sebab van jemput pun 3 masa - 1pm, 3.30pm and 4.30pm. Agak-agak kau terlepas van, sila la balik sendiri.
Time ni, kitorang baru sampai. So try-try topi dulu. Tapi try je la, belinya tak. Try untuk bergamba je.
Posing dengan boot baru, scarf baru and baju baru yang dibeli kat Harbour Town. Jangan tanya berapa aku habis untuk 3 barang ni, sebab bukan aku yang bayar.
Kat Sea World ni ada pilihan untuk ko naik heli. Bayar AS$59/person. Aku tak tau untuk berapa lama dia terbang. Maybe pusing-pusing tengok town GC. Kira ok la kan. Tapi kalau dibgai free pun aku takkan naik. Alangkan katerbang yang bapak besar tu pun aku Parkinson 8 jam kat atas, inikan naik heli yang melayang-melayang je. Dibuatnya time aku naik tu la kipas dia nak jam, innalillah.
Pak Aji sibuk nak naik, tapi takde orang nak naik sekali dengan dia. Semua takut. Hahaha. Last-last naik je la heli ni temankan Redza. Ni konfem tak tercabut kipas.
Kat dalam Sesame Street Beach ni memang zon Redza la. Makpak tumpang je. So kejenya jump dari satu mainan ke satu mainan. Lepas heli, naik bendalah ni pulak..tapi aku lupa apa tajuk dia.