2013-04-29

Jawa



Asal yang darat-darat je mesti Jawa jugak yang salah.
Balik-balik Jawa jugak.

Aku tak tau apesal kalau orang tu guna kaler-kaler terang untuk baju-baju dia, mesti orang labelkan dia as Jawa. Tapi memang betul pun, orang Jawa ni tend tu pilih kaler-kaler yang orang tak gamak nak pakai. Contoh macam langsir. Orang Jawa je berani guna kaler fuschia, kuning, hijau green apple sebagai langsir. Actually cantik je kaler-kaler ni tapi maybe la sebab faktor murah, jadi kualiti pun tak seberapa. Tapi, rumah dorang bukan macam rumah kita. Rumah orang kampung ni tingkap sampai 33 bijik. Buasir kau kang nak penuhkan semua 33 bijik tingkap tu guna langsir Home Deco.


Gambar ni aku ambik kat FB Fleur by Mrs Him sebab tu ada kain biru belah kanan ni.

Masa aku pilih kain untuk buat peplum kurung aku ni, En wan kata aku darat, even tailor aku pun buat muka pelik. Mak Aji kata kaler Jawa.

Oklah, aku mengaku.
Kaler peplum aku ni ada tempias-tempias Jawa.
Baju merah, kain biru.
Tapi cantik kan?
Mih mih mih mih.

 
 Kaler Jawa.
Ngeri nak pakai pi opis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi sebab yang pakai ni artis, jelita pulak tu, terus orang kata "Wow! Color block"

Cuba kalau yang pakai baju maternity tu aku.
Sahih terserlah kejawaannya.


Dulu masa kecik seboleh-boleh aku taknak mengaku aku orang Jawa. Sebab orang macam labelkan orang Jawa ni ulu sangat. Bila tadi member-member aku labelkan 'pakai langsir murah kaler bright' sebagai pilihan orang Jawa, aku macam "La, sampai skarang pun orang masih labelkan orang Jawa ni darat ke?". Tapi very funny la kan, kau ye ye kutuk Jawa, yang tengah driving kat sebelah kau ni terang-terang Jawa tapi sorang tak tau. Seb baik aku not in the mood nak bash orang hari ni. Kalau tak, konfem dah kenyang side mirror dah dua-dua ni tadi.

Tapi kalau dorang tak perasan aku ada darah Jawa pun memang patut.
Sebab orang Jawa ni sopan-santun. Cakap pun lemah gemalai antara dengar tak dengar je.baik laki, baik perempuan, sama je sopannya.
Aku?
Kalau aku bercakap, silap-silap yang boleh dengar terus jadi tak boleh dengar.

Tapi, tu cuma mukadimahnya saje.
Belum panaskan enjin, memang la lembut je.
Sekali dia dah mesra, ha kauuuuuu.
KRONG KRENG KRONG KRENG KRONG KRENG bersembang.
Macam bergaduh pun ada gak aku dengar.
Takut aku.

Orang Jawa ni kalau bab layan tetamu memang nombor satu.
Selagi ada makanan dalam rumah semua dia nak keluarkan.
Ok yang ni aku ada sikit.
Rumah aku memang aku akan pastikan sentiasa ada stok makanan.
Cumanya takde sape datang rumah aku so ujung-ujung aku jugak mentekedarah sorang.

Orang Jawa ni tak sah kalau tetamu balik tak bawak bekal.
Seboleh-boleh dorang nak bekalkan something, paling tak pun, tempeyek (rempeyek pun boleh).
Boleh kunyah-kunyah dalam keta katanya.
Risau betul kalau tetamu dia mati kebulur.

Lagi satu, perangai orang Jawa yang aku boleh spot (tak tau la kalau-kalau suku-sakat Pak Aji je yang buat gini), dorang suka cakap terbalik. Sampai aku konfius ni memang bahasa Jawa ke or dorang bergurau? Tapi macam sekampung pun buat benda yang sama. Takde la selalu, but memang ada la. Contohnya Pak Aji suka cakap "semikin" (miskin), "dah telabik" (dah terbalik), "markoni" (makaroni). Dulu kan kalau orang sibuk nak sambut Krismas tetiba je aku dengar Pak Aji nyanyi "Jin Bogel Jin Bogel..." (Jingle Bell, Jingle Bell). Aku rasa samada Pak Aji memang suka cakap terbalik atau ini memang kepakaran orang-orang Jawa.

Orang Jawa ni putih-putih.
Mata dorang pun kebanyakkannya mata sepet ala-ala Suliza Salam tu.

Aku rasa macam aku takde je ciri-ciri Jawa.

Aku itam.
Mata besor.
Sopan memang tak la.
Lembut lagi harammmm.

Tang mana jawanya pun dah tak nampak.
Seb baik fridge sentiasa penuh tempe.
Tu je la bukti yang ada bahawa aku tekak Jawa.






Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-04-28

Fleur by Mrs Him : Kegilaan terbaru


Aku memang dah gila dengan Paisley. Semua benda aku nak buat ada tempias Paisley.
Reader yang request "Kak Di, bila nak bawak masuk shawl two tone lagi?"

Adaaa.
Anda hanya perlu bersabor je.
Aku sedang sehabis baik men-juggle time ni.
Now peplum kurung tinggal 8 helai je lagi nak dihabiskan.
Lepas tu aku terus proceed kepada untuk release satu new design peplum.
Then blouse pulak, also bercirikan paisley.
Jadi, yang request two tone shawl tunggu ya. Shawlnya dah ada cuma aku takleh nak keluarkan semua serentak. Sebab aku kena balance-kan dengan entry-entry lain.

Ok, ni new shawl :


Corak Paisley tapi two tone, with plain color.
Design O-RED
Yang bahagian bercorak tu material polyester.
Yang plain tu aku pun tak pasti, it's not cotton, tapi material dia memeri and sangat soft dan sejuk and senang dibentuk. Kiranya shawl design ni ada 2 material berlainan.



Material : Polyster (bercorak) + soft material jersey-like (plain)
Size : 204 x 90cm
Price : RM55.00

SOLD OUT


SOLD OUT

SOLD OUT



Yang ni pulak re-stock kali kedua.
Material : Polyester
Size : 170 x 70cm
Price : RM30.00

SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT


SOLD OUT



Name:
Email Address:
I would like to purchase 12101604 Beige, RM55.00
12101604 Hot Red, RM55.00
12101604 O Red, RM55.00
12032007 Blue, RM30.00
12032007 Black, RM30.00
12032007 M Blue, RM30.00
12032007 Lilac, RM30.00
12032007 Green, RM30.00
12032007 Coffee, RM30.00
Quantity
Address
Contact Number
Remarks

2013-04-27

Kannnnnnn....sawan merasuk badan


 

Godek-godek internet sekali jumpa ini!!!!!
Panjang 9 harakat pekikkan aku tadi.
Ini lah diaaaaaaa.
Inilah!!!!
Inilah antara poster yang disiat-siat oleh Mak Aji dulu. Gila sedih kauuuu.
Aku tampal poster ni dalam lemari semata-mata nak mengekalkan imej bilik seorang anak dara yang kekal kesantunannya.
Harammmmm.

Mak Aji kan suka buat spotcheck segala.
Aku lagi risau kena spotcheck ngan Mak Aji dari kena spotcheck ngan Cikgu Norehan (HEM skolah menengah).

Dalam lemari aku dulu ada a few posters, antaranya Leslie (ni wajib ada), pastu ada 2 poster Beyond and tak salah aku ada satu poster Leon Lai. Aku tak minat Leon Lai sebenarnya. Takat boleh la layan lagu-lagu dia. Ada satu lagu dia tu buat aku terkesima lantas pegi Kajang beli kaset dia. Nak membeli kaset Cina ni memang kalau nak ikutkan aku tak pandai sebab aku tak pandai baca pinyin. Tapi bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih tu kan, aku berjaya dapatkan every kaset cina yang aku nak.


 Cover kaset Leon Lai yang aku beli dan dapat poster yang akhirnya disiat-siat oleh Mak Aji.
Poster dia kaler pink. Cantik :)


Contoh macam Leon Lai ni la. Aku bukannya minat.
Nama pun aku tak tau masa ni.
Tapi sebab lagu tu sedap gila sampai aku humming siang malam, aku cakap okeh ni takleh jadik ni. Boleh jadi sawan Lai Meng aku ni kang. Jadi, aku gi carik kaset ni. Nak bagitau nama penyanyi, nama penyanyi pun tak tau. Nak sebut tajuk lagu lagi lah haram. So, aku humming depan salesgirl tu. Seb baik aku humming tak lari track. Siap pejam-pejam mata lagi humming punyalah taknak bagi lari track. Mesti akak tu cakap kesian budak itam ni. Kulit malap ada hati nak nyanyi lagu cina. Tapi memang camtu lah kekdah aku buat everytime nak beli kaset cina. Walaupun Leslie tu aku tau nama, tapi tajuk lagu aku tak tau. So nak pastikan lagu yang aku nak ada dalam kaset yang betul maka aku terpaksa humming. Sardin je muka aku humming dalam kedai kaset tu. Sekali dua memang sales kat situ macam gelak-gelak la jugak. Masuk kali tiga ompek limo dah tak larat nak gelak dah kot. Nampak je aku masuk kedai dorang the same sales sapa aku dah "Lagu apa hari ni dik?". Dulu memang takde rasa malu ke apa. Nak kaset punya pasal, pi mampus la orang kata aku gila ke apa. Janji kaset aku dapat.



 
Ni la clip Leon Lai yang buatkan aku tak nyenyak tido. Lepas dengar lagu ni aku humming lagu ni siang malam. Sampai skarang aku tetap tak paham apa jalan cerita video ni.


Jadi, aku sangat paham kegilaan budak-budak terhadap KPop sebab aku pun dulu gila CantoPop cuma dulu kegilaannya kurang. Kegilaanya cuma banyak kat drama cuna pukul 6pm (TV2) and 7pm (TV3). Yang terlebih gila macam aku layan semua benda yang ada sangkut-paut dengan cina kecuali berita cina. Jade Solid Gold yang tak ber-subtittle tu pun aku boleh hadap sampa melopong mulut macamkan paham, apetah lagi yang ada subtittle kan. Masa raya cina tahun 1995, masa ni tengah cuti tunggu result SPM. Aku sanggup tak balik Tampin ikut Mak Aji ngan Pak Aji semata-mata nak rekod Jade Solid Gold and semua cerita cina yang keluar time tu supaya boleh tengok ulang-ulang kali. Masa tu pulak Ima blaja kat SMSAH, so kira aku kakak yang baik hati rekodkan untuk adik balik cuti nanti boleh tengok sebab dia pun gila cina jugak. Padahal aku ni penakut tido sorang tapi cerita cina punya pasal, sanggupppppp. 

Now aku dah ada rasa macam nak print gamba Beyond tu atas baju. Sape tau kat mana boleh buat? Or ada sesape buat bisnes printing baju boleh printkan aku baju Beyond ni?
Pastu aku nak lalu-lalang depan Mak Aji pakai baju ni. Kita test temperature dia.



Ni pakej Ephyra yang dipos today.
Sorry, aku tak email-email lagi tracking number untuk pakej yang dipos today. Yang semalam punya semua dah settle, ada yang dah dapat kot today.
Yang semalam ada yang dapat Hello Kitty (2 orang je) and the rest termasuk hari ni dapat 3rd batch gift. Yang bakal dipos Senin depan also batch ketiga. Gift batch keempat on the way oready. Rahsiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
dan ini adelah news yang aku buat dek je everytime orang mesej
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebab aku tunggu green lite tokey dia
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


MAK AJI'S COOKIES IS BACK

Actually production untuk raya belum officially mula. Lambat lagi kot. Ganti puasa dulu la ya.
Tapi memandangkan Mak Aji tengah siapkan bulk order untuk acara-acara tertentu, jadi kalau ada sesiapa berhampiran dengan Bangi yang nak ambik sendiri, silakan datang ambik. Email aku aveo757@yahoo.com bagitau nak ambik berapa balang and bila nak collect. Kat Bangi je ya. Ni dibuka untuk those yang kata teringin sangat nak makan now. Jadi, boleh la ambik kat sana. Harga macam dulu jugak RM41/100pcs.

Untuk raya, sesiapa nak jadi agen untuk tahun ni, please email me.
Agen-agen tahun lepas yang dah kata nak continue this year, memandangkan korang dah penah jual and dah tau crowd and demand, aku nasihatkan ambik terus 100 balang. At least kitorang boleh ketepikan siap-siap sebab taknak jadi macam tahun lepas, setiap agen order 50 balang je. Bila dah hujung-hujung nak repeat dah tak dapat sebab production ada limit. So kalau korang rasa boleh ambik 100 balang terus, please ambik 100 balang terus ya. Email aku untuk jadi agen.

Ok, nak tengok tv.






Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-04-25

Benang Hijau


Psttt.

Entry ini mengundang padah kalau ditenung dan dibaca berulang kali.

Tapi aku pedulik apa.
Dan aku tau korang nak baca jugak kan? Hahah.

Macam ni la senang citer.
Kita ni orang-orang perempuan yang bekerjaya selalunya busy. Tup tup pejam celik pejam celik ehhh dah bulan puasa? Kalau korang aku tak tau la. Tapi kalau aku, bilakata dah cecah bulan puasa tu maknanya nafsu shopping dah tertutup. Apetah lagi mengenangkan matahari terik, pastu bawak pulak rakyat-rakyat yang kejap haus, kejap melepek, kejap taknak pakai selipar, kejap nak susu. Kang dengan aku aku sekali togok botol susu tu.

Sekarang ni mudah je kalau nak shopping.
Taknak shppping dulu pun takpe, takat window-window shopping baju raya boleh je.
Ni dah nak masuk bulan May ni memang sedang nice la kalau nak window-window. Takyah gi jauh-jauh. Kau duduk je depan laptop ni, let me do the talking. Eceh speaking.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tanjat tak??

It's PAISLEY U'OLLSSSSSSSSSSS.

Ya ampunnnn.
Aku memang tahun ni gila dengan paisley.
Cantik-cantik jugak paisley kat kedai ni.

Kedai ni offer cotton. 
Jadi kalau sesape yang minat cotton, boleh la terjah kedai ni.


 Taknak Paisley, bunga-bungaan pun adaaaaaaaaaaaaa.
Kalau minat english-english style pun kedai ni ada offer cotton yang bunga-bunga rose.
Yang pink/white gamba first sekali tu suwit je kan kaler dia? Tapi kalau cara-cara kulit aku ni memang lebam la kot kalau sarung. Kalau yang putih-putih ni lawalah. Cantik betul kain tu. Kalau En Wan tu tak cerewet, nak je aku sarungkan kain ni buat baju melayu raya dia tahun ni.

 

Yang nak carik baju budak, takyah susahhhh.
Sini pun ada baju kurung budak-budak.
baju kurung budak ni baik beli siap je. Sebab aku pernah tanya tailor tempat lain apesal ramai yang taknak ambik upah baju kurung budak. Tailor tu cakap, bukan taknak ambik. Tapi baju budak and baju orang tua namanya tetap baju kurung. Jahitnya tetap sama. Designnya tetap sama. Penatnya tetap sama. So harga pun kena sama macam harga baju kurung orang dewasa.

Baru lah aku tauuuuuuu.
Patut la ramai yang suka beli siap. Sebab ramai tailor taknak ambik tempahan budak.

So, this kedai, nama dia BENANG HIJAU ada offer kain cotton dan baju kurung siap cotton dewasa dan kanak-kanak. Dua minggu lagi akan jual blouse muslimah yang diperbuat dari cotton pulak. Selain dari dijual KAT SINI (click) dan juga KAT SINI (click), dorang juga ada bukak fizikal shop di beberapa tempat :


Lokasi 1. 
G39, Ground Floor, Umall Taman Pulai Utama, 81330 Skudai, Johor.

Lokasi 2.
25-1, Jalan LP2A/1, Taman Lestari Perdana, Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Lokasi 3. 
15G, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Lokasi 4. 
Lot 5, Bazaar Blinksouk, 15 Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.


Every 2 weeks Benang Hijau akan release-kan new design. So kalau kau terlambat 2 minggu pertama tu kira gone la ya. Sebab dorang akan replenish stock dengan design yang baru.

Price untuk kain cotton (kain pasang) - RM80-90 including postage.
Kalau baju kurung cotton - RM100 - RM150 

Ada special offer untuk readers Green Apple :




Selamat bershopping!


Memang anak aku


Semalam aku upload satu gamba aku ngan Rayyan kat FB.
Oh yes, seblom aku lupa. Akaun kedua FB aku yang aku create dulu tu aku dah tak masuk-masuk sekian lama sebab aku lupa apa email aku pakai and apa password dia. Aku nak tag status aku ke sana pun no point sebab aku buat aprroval. So kira akaun tu burn la ya. Tapi akaun pertama skarang aku open for subscribers, so boleh je kalau nak follow. Ni la bahananya kalau buat sesuatu asal buat je, ujung-ujung terbiar je. Sebab tu aku malas buat benda yang aku tak minat, sebab mesti pastu aku buat dek. Jadi, kepada nama-nama yang aku dah add kat akaun kedua, aku mintak maaf, silala unfollow. Follow je la akaun pertama ya. Akaun pertama sebenarnya ada je space lagi 100+ setelah aku buat aktiviti gotong-royong. Tapi aku lom ada kesempatan nak approve. Insyallah ya.



Ni gamba tahe latest aku and Rayyan.
Masa ni kat AEON IOI. Aku nak carik buku. Rayyan pulak asik nak berdokong je skarang. Takut benar kena tinggal. So kena marah ngan bapak dia, tu pasal muka bengkak kejap. Tapi mak dia tak kira. Nangis ke, tak ke, tetapppppppppp aku ambik gamba.

Masa kat sana, sementara nak tunggu turn aku kat customer service, ada la sorang akak ni. Orang melayu kan peramah. Dia tegur aku "Anak ke?"

Kannn???

Saya tau la saya itam kak. Takyah la tanya soklan yang menguji temperature saya.
Tapi takpe, saya tau jauh di sudut hati akak, akak kagum dengan kebolehan saya melahirkan anak seputih ini. Mih mih mih mih.


 
  

Lalu aku pun meng-up-kan status FB akak tu tegur aku.
Memang toksah kata baru ni je, dah ramai dah yang nampak Rayyan kat luar pun tanya mana dapat rambut kaler perang. Kalau kebetulan En Wan ada kat tepi aku konfem orang takkan tanya la ni anak aku ke tak sebab sah-sah semua nampak darjah kecerahan En Wan kan. Tapi bila En Wan tak ada ia akan menimbulkan fitnah. Hahah.

Actually rambut perang tu dapat dari En Wan.
Rambut En Wan sebenarnya perang kalau kau tengok dekat-dekat. Selalunya dalam gamba tak nampak sangat. Masa mula-mula aku jumpa En Wan kat komuter Bangi 14-15 tahun lepas, kerana rambut dia tu la Mak Aji cam cuak je nak terima sebagai menantu sebab ingatkan dia kalerkan rambut. Maklum la kan, budak study Jepun. Kot terpesong gaya Jepun mana nak tau kan. Tapi memang satu benda yang rare la masa tu bila tengok budak laki rambut perang. Dah la melayu. Aku pun mula-mula ingat dia kalerkan rambut. Tapi memang perang adelah kaler rambut En Wan. Tak caya cuba tengok betul-betul kepala dia nanti kalau jumpa dia depan-depan. Tapi HEPPPPPPP! Tengok betul-betul saja. Bukan tengok dekat-dekat ya. Jangan bran-bran dekat! (eceh macam laki kau hensem sangattttttt)

Nanti kalau ada masa aku carik balik gamba-gamba lama En Wan. Memang aku perasan ada a few gamba dia dulu yang rambut memang perang gila.


 
 Ni gamba sebelum aku ada anak lagi. Yang En Wan dokong tu anak sedara dia (anak kak long).
Macam muka Rayyan kan?
Jadi sahih lah di sini, Rayyan memang banyak ikut muka belah-belah En Wan.
Jadi, insyallah besar sok muka dia jadi cam En Wan jugak kot.


 
  Tapi kalau tengok muka Redza, aku rasa macam ada jugak tempias muka En Wan bila dah meningkat remaja. Cuba tengok gamba bawah :


 Gamba En Wan masa sekolah rendah (baju merah).
Macam Redza kan?
Maybe sebab Redza banyak ambik tang mata En Wan.


Bila aku tengok gamba ni, aku rasa macam eh, macam ada tempias muka Rayyan pulak atok Syeikh aku ni (yang sebelah tu nenek aku). Maybe sebab masa mengandung Rayyan dulu aku terpandangkan gamba ni so macam tekesima lalu terkenan. Boleh?

Lepas belek-belek gamba sekali terjumpa gamba ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gamba wedding Mak Aji!!
Hahahahha.
Mesti Mak Aji kalau baca blog aku konfem bertempik.
Tak pun sat lagi masuk la call dia.
Nasib lahhhhhh.

Aku syak Mak Aji pun selalu dapat soklan yang sama dulu. Mesti makcik-makcik kat Tampin dulu nampak dia dokong aku tanya "Anak ekau ko nih?"

Tapi ada sambungan dia..

"...apo koladak bona?"

Puiiiiiii.



Ok stop citer pasal warna kulit, kita jump ke cerita Ephyra.
Aku semalam busy gila sampai takaleh nak update kat blog kes delivery Ephyra kelmarin.
Tapi memandangkan takde orang pun email aku tanya status delivery jadi aku anggap semua dapat.

Gift untuk batch yang kedua adelah Hello Kitty Tissue Box Cover.
Cute kan?
Yang ni aku tengok kat polyvore orang jual RM30.00. Kat mudah.com and lelong.com pun orang jual RM25.00.
Aku kasik PREE je untuk customer Ephyra yang beli Best Buy Deal hari tu.

Disebabkab tunggu gift ni sampai la maka pending delivery Ephyra.
Tapi semua yang aku email cakap nak tunggu jugak gift. Tima kasih kerana bersabar. Semua aku dah pos Senin lepas. Tapi Selasa pagi (semalam) pos laju call cakap ada masalah dengan sistem jadi dorang takleh nak pos Isnin tu. Semalam baru dorang pos. Sepatutnya semalam korang dah dapat. Tapi rasanya semua akan terima hari ni kot.

Punyalah berzaman gift ni nak sampai, by the time dia sampai kat tangan aku, semua terus dipos keluar sebab full 35 set. Jadi, 3rd batch gift akan mula diposkan esok :) Apekah giftnya?
Biarlah rahsia.





Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-04-20

ESP


Dalam FB list aku ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dealer Shaklee. kejap-kejap ada je yang tag aku macam-macam info produk Shaklee tapi aku tak pernah publish. Hahah.
Sorry ya anak-anak. Aku memang tak suka di-tag. Tapi korang boleh je tag aku cuma nantinya samada aku nak ngan taknak je publish tu. Bukan apa, aku tak suka timeline aku semak. Tu je.

Aku ni manusia yang cukup malas nak makan supplement. Vitamin rajin beli, makan tak. Dulu tahun 2001-2002, before ada Redza, pernah la try Elken. Tu pun setelah dipaksa oleh colleague aku. Aku layankan je. Makan tapi aku tak tau apa penyudahnya. Habis sebotol, done. Aku tak tau apa yang patut aku expect dari makan spirulina tu. Kesihatan dalaman la kot.

Agak-agak kulit kering, aku beli vitamin C.
Makan 3-4 kali, stop.

Agak-agak kurang tenaga, beli B kompleks.
Lepas makan 3-4 akali, stop.

Aku ni tak berapa nak rajin makan health produk.
Satu-satunya health produk yang aku ambik secara konsisten now adelah Jamu Mak Dara and Ephyra. Now, aku blaja-blaja makan minyak zaitun pulak.

Baru-baru ni ada reader approach aku untuk try Shaklee - ESP.
Selalu jugak la aku nampak nama ESP ni kat newsfeed tapi tak pernah nak ambik tau.
So this reader kasik aku try.

Malangnya, aku tak dapat minum. Bukan sebab tak serasi tapi tekak aku ni mengada-ngada takleh nak terima flavour dia. Padahal ESP ni susu soya tapi tak tau apesal payah pulak nak masuk. Jadi to be fair to reader tu, aku kasik bibik Lenny try. Now, bibik Lenny dah try untuk 2 minggu.

Aku memang taknak ambik tau lansung info ESP ni sebab taknak bias.
Jadi, aku biarkan Lenny try ESP, later baru aku tanya apa yang dia rasa lepas beberapa hari ambik ESP.

Mengikut kata Lenny, ada 3 point yang dia rasa :

1. Badan cepat berpeluh.
2. Lambat rasa lapar.
3. Kerap kencing.

Lenny ni selalunya pukul 7am dia kena makan something, kalau tak nanti dia menggigil kelaporang. Selalunya dia akan ambik roti 2 keping + air teh.
Lepas ambik ESP every morning, dia punya rasa lapar tu lambat sampai. Pukul 9am baru terasa lapar. Not sure if rasa kenyang tu akibat dari susu soya atau sememangnya ESP ni bagi kita rasa kenyang. Sebab kadang-kadang kita rasa kenyang disebabkan oleh susu tu tadi.

Tapi mengikut information Shaklee, ESP ni memang antaranya de-designed untuk menguruskan badan. Mungkin bila kita minum waktu pagi, kita akan rasa kenyang sikit, jadi ini akan mengelakkan kita dari ambik nasik lomak. Terselamatlah perut kau dari mendigest nasik pagi-pagi. Jadi formula matematiknya adelah :


MINUM ESP = RASA KENYANG = KURUS


Kerap kencing dan badan berpeluh tu menunjukkan ada berlaku aktiviti detox.
ESP ni membantu mengaktifkan proses detox (kencing lawas, perpeluhan).

Kalau nak ikutkan jugak berdasarkan produk info, orang yang ada masalah kulit boleh juga ambik ESP. Tapi bibik Lenny kata takde apa perubahan pada jerawat dia. Tapi mengikut kata dealer Shaklee ni, actually proses pembaikan sel ni ambik masa lebih kurang 90 hari, so ko kena constant and disiplin ambik ESP at least 3 months then baru boleh nampak kesan yang benar-benar pada badan. Nak lebih cepat kalu, minum air 3L sehari (ok yang ni mana-mana produk pun akan nasihatkan benda yang sama, so kira ni memang rule of thumb).

Oh yes, kalau yang diabetic, boleh ambil tapi jangan kerap sangat sebab ESP ni protein drink. Kang kalau banyak sangat minum ESP, elok-elok glomerulus ko bocor terus jadi barai. Seperti biasa, mana-mana health product yang ada unsur enzim dan protein, sila jangan bancuh dengan air panas. Nak sedap, boleh bancuh dengan air-air buah.

Kalau nak tau produk info, sila baca kat website Shaklee. Aku takkan ulang kat sini. Kat sini cuma produk review saje. Jadi, sape nak tau more info boleh baca produk info kat website Shaklee. Agak-agak malas nak baca, boleh contact chantekanggun@gmail.com (Ms Aisah Salim)

2013-04-19

Duit


Adelah satu benda yang normal apabila kita berkehendakkan sesuatu.
Nak designer bags penuh satu almari.
Nak designer shoes penuh empat rak.
Nak pakai kereta mewah.
Nak pakai hanya baju designer.

It is normal to desire something better.
Dan kebanyakkan kita bekerja untuk memenuhi 'desire' tersebut.
We desire money for the joy we think it can buy.

We demand for high raise.
Marah boss kalau gaji naik hanya 5%.
Tipu mileage claim untuk nak dapat extra duit hujung bulan.
Apabila merasakan diri tak dapat reward yang sepatutnya, mula salahkan syarikat, salahkan bos, salahkan rakan sekerja, salahkan sistem.
Semuanya salah.
Kita sorang saja yang betul.

Bos yang berpengalaman mengendalikan perniagaan selama 20 tahun salah.
Kita yang fresh graduate, resume cuma setakat pembantu am di convenience store, betul.

Colleague yang dah 10 tahun bekerja dengan syarikat dapat imbuhan, salah.
Kita yang baru bekerja dengan syarikat selama 10 bulan, betul.

Sistem syarikat yang dah digunapakai selama 30 tahun, salah.
Rules kita yang keje setahun jagung, betul.

Tanpa kita sedar, duit telah mempengaruhi attitude kita.

Masih ramai yang tak nampak happiness that money brings adalah bersifat sementara. Apabila kita meletakkan duit sebagai punca kegembiraan, kita takkan dapat berhenti dari terus mencari duit dan duit dan duit untuk memastikan kegembiraan itu kekal.
Tapi sebenarnya more money will not solve your problems.
Kerana kepada kebanyakkan orang, semakin diberi banyak duit, only get them into more debt.

Manusia ghairah cari duit kerana nak jadi kaya.
Bila dah jadi kaya, masih ghairah mencari duit kerana takut jadi miskin.
Dan akhirnya semakin manusia banyak duit, semakin mereka hidup dalam ketakutan.

Takut sekiranya satu hari nanti rumah tergadai.
Takut sekiranya satu hari nanti dah tak mampu nak maintain kereta mewah.
Takut sekiranya satu hari nanti tak dapat makan di tempat yang mewah.
Takut sekiranya satu hari nanti tak dapat berbelanja barangan mewah.
Takut apa pulak kawan-kawan kita kata bila satu hari nanti teserempak kita berbelanja di tempat yang dulunya kita kata 'mall biasa-biasa saja'.
Takut apa pulak sedara-mara kata tiba-tiba jatuh miskin.

So, dimana happiness-nya?

Dulu pakai Honda City dah rasa mewah.
Bila dah pakai Camry otomatik rasa segan bawak City.
Bila dah pakai Scirocco rasa segan nak naik Camry.
Bila dah pakai Benz, malu nak bawak Scirocco pulak.

Sampai bila pun tak abis.


2013-04-17

Update

The whole day di luar ofis. Tak sempat nak update. Shawl cotton semalam semua SOLD OUT. Sorry again, tak dapat nak update.

Cc : FB





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2013-04-16

Free gift tu adelah misteri


Ni aku nak bagitau kat pengguna Ephyra yang beli Best Buy Deal RM390 + Free Gift baru-baru ni.
Korang punya aku tak pos lagi tau, aku pos semua yang beli sekotak.
Puncanya sebab free gift-nya tak sampai lagi, insyallah sampai Khamis. Actually boleh je kalau korang nak aku pos tapi takde la free gift-nya. Free gift tu aku sesaja nak bagi so bagi ke tak bagi ke sama je harganya tapi aku saje nak bagi. Hadiah of cos la misteri. Hahah. Sangatttttttt.

Yang 1st batch hari tu semua yang beli Best Buy Deal aku bagi bag organizer. Cenggini rupa dia :



Ada 9 color semuanya so tak semua orang dapat color yang sama.
Aku haruslah rembat siap-siap satu kan. Of cos rembat kaler PINK. Aku letak dalam Burberry aku. Burberry tu kan gabak. Susah benar aku nak carik barang. Asik nak memunggah je keje aku. So ada beg organizer ni maka semenggah la sikit dalam beg tu.

Free gift 2nd batch yang bakal sampai ni adelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
...ada laaaaa.

Kalau yang beli Best Buy Deal baru-baru ni taknak tunggu Free Gift, email aku ya, nanti aku pos.



 Wearing shawl Patchwork Flower 001.

First attempt memakai shawl cotton. Not bad shawl cotton ni. Selalunya aku belasah silk and chiffon je. Tapi cotton selesa rupanya. Patut la budak-budak ramai yang pakai shawl cotton. Sejuk and selesa.

Interested kalu, boleh isi form di bawah.
Kalau yang nak abeli pakai paypal/credit card, boleh ke www.fleurcloset.com



 Patchwork Paisley 001
SOLD OUT

 
 
 Patchwork Paisley 002
SOLD OUT 


 
 Patchwork Paisley 003
 SOLD OUT



 Patchwork Butterfly 001
 SOLD OUT

 
 Patchwork Butterfly 002
 SOLD OUT


 Patchwork Butterfly 003
SOLD OUT 

 
 Patchwork Flower 001
SOLD OUT 


 Patchwork Flower 002
SOLD OUT 


Patchwork Flower 003
SOLD OUT 




Name:
Email Address:
I would like to purchase Patchwork Paisley 001, RM43.00
Patchwork Paisley 002, RM43.00
Patchwork Paisley 003, RM43.00
Patchwork Butterfly 001, RM43.00
Patchwork Butterfly 002, RM43.00
Patchwork Butterfly 003, RM43.00
Patchwork Flower 001, RM43.00
Patchwork Flower 002, RM43.00
Patchwork Flower 003, RM43.00
Quantity
Address
Contact Number
Remarks






Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-04-15

Aku menghanjing??



 

Semalam petang ada sorang lady mesej aku kat FB tanya pasal baju peplum kurung dia tak dapat-dapat. Dia kata dia tak beli direct kat aku sebab beli dengan agen aku.

Duhh!

Tak tau la berapa juta kali aku nak mention aku tak ada agen untuk peplum. Peplum ni bukan macam cardigan and skinny jeans yang boleh ditempah di kilang. Peplum ni kalau nak cantik kena tailor-made jugak. Baru teliti jahitan dia. Sebab tu aku takde agen untuk peplum sebab aku tak buat banyak. 2nd batch hari tu 25pcs. Batch akan datang ni 30pcs. So takde sebab untuk aku pakai agen.

Lady tu kata dia beli dengan 'agen' tu quite lama jugak, tapi 'agen'tu kata SUPPLIER dia (aku) yang tak hantar-hantar lagi stok peplum kat dia. Gila cibs kan??? Until semalam la kot agaknya that lady bukak FB 'agen' tu dah takde. So this lady memang tau yang 'agen' tu pernah cakap baju peplum tu dari Fleur by Mrs Him Page (gamaknya dia pakai gamba yang ada watermark baju aku). Sebab tu lady tu carik aku. Eh sorry la aku nak bertonggengjawab. Bukan masuk kat akaun aku pun. Yang mana deal direct dengan aku takde pun masalah macam ni. So aku suggest dia pi buat report sebab sah-sah dia ada bank details orang tu semua. So, settle masalah aku kat situ.

Yang masalahnya now camana aku nak buat dengan gamba-gamba peplum aku yang dorang ambik ni??? Ya Ampunnnnnnnnnnnnnn. Aku tak paham apesal yang buat tebiat macam ni mesti di kalangan orang kita jugak. Yang aku pelik, masing-masing mengaku designer. Oh, confession taknak kalah. Designer je. Tapi apesal yang ko guna gamba orang lain? Designer kalau dengar pengakuan ko pun rasa nak bagi pelempang. Menjatuhkan martabat designer. Designer takde de heran tiru bulat-bulat design orang lain apetah lagi nak pakia gamba orang! Dah la gamba yang diambil secara tak profesional. Gamba aku ambik kat beranda belakang rumah aku je. Hello, kalau betul designer dia tak ambil la gamba kat beranda rumah. Kurang-kurang ber-background-kan dinding. Akai ada ka??

Aku tak paham apesal kau nak menjual nak berbisnes tapi masing-masing tak confident dengan barang sendiri. Kalau kau sendiri tak konfiden dengan produk kau, camana customer nak confident? Maka convince-lah customer dengan gamba orang lain. Bagus kan perangai sekor-sekor?

Dah sah-sah kau cakap produk kau ada saiz 36, 36, 45, 78, 114....kau letak la sample baju kau. Yang kau HADAP sangat gamba baju aku yang kat beranda balakang rumah tu nape?

Ada budak bagitau aku, baju orang lain sama dengan baju aku tapi baju aku kaler nampak terang and nice. Dik, meh sini akak nak bagitau.

Ada sebab kenapa satu-satu baju tu nampak nice. Dan ada sebab kenapa yang nice tu harganya lebih mahal. Sebab kain yang nice memang mahal dik. Tapi sebab aku bukan designer bertauliah macam yang dok men-claim diri sendiri designer tu, jadi aku tak dapat lah nak letak harga tinggi kat baju-baju aku sebab aku designer tak bersijil. Aku main lukis-lukis baju, kaler-kaler sikit and nah, bagi kat tailor. Jahit. Tapi aku sangat percaya baju yang cantik perlu ada design yang cantik, kualiti jahitan yang kemas and material yang bagus. Sebab tu 'designer-designer' ni walaupunnnnnnnnnnnnnnn designer, tetap kena pakai gambar baju designer amatur ni sebab???? Sebabnya sendiri pikir lah.

Peplum tu aku produce sempena nak pakai besday Redza tahun lepas. Mula-mula aku tak letak watermark pun sebab aku kan blur. Aku ni bodoh. Selalu anggap takde orang nak buat keje cilok-mencilok. And aku tak rasa ada orang berkenan pun dengan peplum aku tu. Until reader suggest aku letak watermark. Rupanya masa tu dah bersepah orang cilok that gamba and masing-masing claim dia punya. Ok fine, aku masa ni cuba untuk tak kisah sangat. Tapi bila dulu ada orang mintak aku refund duit dia sebab dah bayar kat agen, masa tu aku rasa ok benda ni dah pergi jauh sangat.

Actually dah ramai dah kedai-kedai online yang aku dapat tau pakai gamba aku tu dengan jayanya. Ada yang aku tegur, ada yang aku buat dek sebab bila dah terlampau ramai sangat aku naik menyampah nak tegur. Tapi reader-reader aku ni sangat concern, from time to time mesti ada yang bagi report so sikit sebanyak aku dapat tau jugak saper yang guna gamba tu. Antaranya budak ni :



Yang ni pun aku tau semalam, reader jugak yang bagi link. So aku mesej dia, aku cakap baik-baik untuk dia remove gamba tu. Sila baca mesej aku baik-baik. Kalau perlu, sila ulang baca 10 kali.




Pagi ni aku dapat mesej ni dari reader.
Budak yang aku tegur tu pi letak status macam tu.

Aku MENGHANJING katanya.

Ni la manusia kan.

Mula-mula dia pakai gamba aku. Dia kata dia letak kat description, gamba tu bukan hak dia, gamba tu hanya sebagai contoh. Well, what's your point?? Kau kata kau designer. Apesal mesti nak letak gamba orang lain. Busy sangat dengan tempahan sampai tak sempat nak ambik gamba produk sendiri??  Whatever your reason pun, now the PEMILIK GAMBAR mintak secara baik untuk kau remove the gamba sebab gamba tu adelah gamba aku. Ada aku mention JANGAN CIPLAK BAJU SAYA!'. Ada? Takde kan?

Aku cuma mintak jangan guna gamba aku.
Kau nak tiru design sukati kau. Guna gamba kau. Jangan guna gamba aku. Simple kan permintaan aku tu? Sikit aku tak kacau periuk nasik kau. Kau nak bisnes silakan. Tapi bawak turun gamba aku.

Tang mana yang aku menghanjing ni agak-agak?
Nak sangat tengok aku menhanjing? Aku dah lama tak buat perangai ni.

Dah la tu....cukup-cukuplah tipu customer dengan gamba baju orang lain.
Jangan disambung penipuan tu dengan letakkan status yang akan mengundang simpati customer seolah-olah kau dianiaya. Kesian customer kena tipu tak habis-habis. Kalau dah buat salah, then sila sedar diri.

Kepada "designer-designer" di luar sana.
Don't worry, aku ada kerja hakiki yang lain. Design baju bukan kepakaran aku. Aku buat pun sebab tiba-tiba je aku ada maid yang pandai menjahit. Aku ada keje lain yang aku kena utamakan. Aku tak hadap sangat mendesign baju ni. So jangan berlagak sangat dengan tittle "designer" kalau masing-masing takde etika sebagai seorang designer.


   

Semalam aku terima satu lagi email. Ni kira dah pengaduan ketiga. Tapi budak ni tak hentam aku. Dia tau dia kena tipu dengan orang lain. Ni lah antara punca kenapa aku risau sangat dengan gamba peplum aku tu. Dah ramai sangat orang guna and dah ada orang kena tipu. Ni yang aku tau. Yang aku tak tau?

Apa-apa pun....glemernya beranda blakang rumah aku.
...dan glemer katil aku.

Kat sini aku nak say thank you pada reader-reader yang sangat concern yang bagitau aku setiap kali dorang jumpa gamba aku tu kat page orang lain. Terima kasih. Meh tolong aku pikir camana nak buat dengan gamba-gamba tu.






p/s : BTW, yang tanya if lambat lagi ke boleh dapat Ephyra. NO, Ephyra ada stok. Sape beli 1 kotak aku boleh pos anytime. Yang beli Best Buy Deal je kena tunggu kejap sbb gift nya tak sampai-sampai lagi.

Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-04-14

Genie B.

Tajuk entry sekali pandang macam nama penyanyi 60an kan? Tak payah gugel ya. Tak jumpa punya. Genie B yang aku nak cerita ni is GENIE BRA. Tadi keluar iklan SMART SHOP (tak sangka ada lagi iklan Smart Shop. Ingatkan dah berkubur). Ok, sape penah beli Genie Bra ni? Macam best pulak aku tengok sebab bra dia ikut tetek kau. Takyah susah kita nak check size bra. Ni one for all konsepnya. Tak kira ko saiz A mahupun DD, boleh masuk punya. Sebab dia kata Genie Bra ni guna bahan elastik yang akan meregang dan menguncup dengan sendiri ikut besar kecik dada kau.

Hmm....interesting.
Sebab aku pun dah malas nak belek-belek size bra. Kadang-kadang pakai 34C sedap. Kadang-kadang rasa macam longgar. Kang kalau beli 34B tak bernapas pulak tetek aku. Sengkak semacam. Macam tak sama je saiz bra skarang. Eh ke sebab aku pakai Scarlet?

Kalau ikut kata iklan tu, Genie Bra ni takyah jaga sangat. Takyah cuci pakai tangan. Sumbat je dalam mesin basuh. Dia la kata. Aku tak kata. Tapi kalau betul bagai dikata nak la jugak mencuba kan. Sebab aku ni manusia yang paling malas jaga bra. Bra-bra aku semua aku campakkan dalam mesin. Tunggang langgang dawai bra aku. Yang terbengkok, yang terlipat, yang bersepai pun ada. Tapi bagus gak. Kalau tak rosak takde chan nak beli baru. Jadi, silakanlah rosak.

Cewah kemain lagi cita-cita aku nak beli bra Genie. Sekali tengok harga si Genie Bra ni mak aiiiiiiiiiiiiiiii. RM199 selai okeh?? Terus layut kejap tetek aku 2 saat.

Yang biasa pakai coli Mark and Spenser, Wacoal, Triumph, memang la rasa harga tu biasa-biasa je. Untuk pembeli tegar coli RM10 selai cam aku ni bila tengok harga RM199 tu ohmagadddddd. Aku boleh beli 20 helai bra Scarlet dengan harga banyak tu. Silap-silap dapat free gift spender 3 helai sebab beli banyak. Kalau boleh beli selai takpe la jugak. Tapi takkan nak beli takat selai kan. Kurang-kurang mau nak 10 helai. Takde la basuh hari ni, esok pakai. Basuh hari ni, esok pakai.

Tapi macam nak beli gak selai but nak kena tanya feedback sesape yang penah beli. Rasa macam Genie Bra ni takde wire. Maybe sebab material dia jenis yang grip, jadi tak perlu wire. Betul ke? Aku kalau tak berwire ni ada sikit liat nak pakai. Dah tak reti pulak pakai yang tak berwire. Macam terbuai-buai je rasa. Rasa macam anytime dia boleh tersentil keluar. Ngeri dowh.

Sape penah beli bagitau ya. Aku nak try beli gak. Agak-agak best boleh consider beli lagi. Agak-agak tak best aku jual balik la balik kat blog. Boleh? Pre-loved item katanya. Hahahha.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mieeeeeeeeeeeee




Ni 'kepandaian' Rayyan yang paling latest - mengajuk bibik Filipina belakang rumah aku.
Actually bukan mengajuk bibiknya tapi mengajuk cara majikan dia panggil bibiknya.
Majikan dia kalau panggil maid dia suara nyaring, sama macam aku ajuk kat video tu "Mieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"

So si Rayyan ni dah terbiasa dengar jadi everytime dia panggil maid Filipina tu dia akan panggil style tu. Oh yes, Rayyan ni kawan-kawan dia semua terdiri dari kalangan bibik-bibik. Maid Filipina tu tak erti cakap melayu, yang bibik aku tak reti cakap omputih so dorang berdua kalau bersembang guna bahasa isyarat. Habis keluar segala kaki tangan naik kalau bersembang. Nak dijadikan cerita satu hari tu aku nampak Rayyan ni panggil maid tu "Mieeeeeeeeeeeeeee". Maid tu jawab "Yes Rayyannnnnn"
Lepas tu si Rayyan terus angkat kaki tangan dia segala ikut macam bibik Lenny buat kalau bersembang dengan Filipinos tu. Yang si maid tu iyakan aje apa si Rayyan buat. Ntah apa la yang dia sembang berdua.

Rayyan sampai now tak berapa jelas sangat apa bijik butir dia cakap tapi kalau bising memang suara dia je. Suara dia je yang paling banyak dengar kat rumah ni. Abang dia pun dah surender nak buat bising sebab takleh celen adik dia punya bising. Now bila dah pandai cakap 'Nanak' (taknak), asal aku tanya je, belum sempat aku abiskan soklan dia dah "Nanak!". 
Aku lempang karangggggggg.

Sejak mak mertua aku balik kampung ni, aku ada chan tido dengan Rayyan. And now Rayyan dah tak boleh kalau bangun tido tak nampak aku. Bapak dia pun tak laku. Dia nak aku jugak. Oh bahagianya sayaaaa!

Tapi yang tak berapa nak bahagia adelah En Wan la. Dah 3 minggu member tido bawah sebab aku ngan Rayyan tido atas katil. Sayunya lah pandangan En Wan everytime nak tido, "Di, abang tido mana malam ni...lama dah tak tido dengan Di..."

"BAWAH!!"

Terus senyap.


Rayyan ni takleh sempit-sempit kalau tido sebab dia akan bersilat sepanjang waktu tido. Kelmarin tetiba berlepukkkkkk. Rupanya jatuh katil. Seb baik jatuh atas kepala bapak dia. Omak dia memang tido mampuih. Tau-tau dah melalak je aku dengar. Jadi semalam aku dah start tido bawah pulak. Eh tetiba pagi ni aku tengok apak dia elok je bergulung dalam selimut kat tepi aku. Redza sorang-sorang atas katil. Aku rasa ada harapan malam ni sehingga bulan depan nak tunggukan mak mertua aku balik semula ke sini, kami anak-beranak jemaah atas lantai je. Petanda bahawa sangat serasi, sejiwa dan bahagia, bukankah begitu?




p/s : Yang order Ephyra Best Buy Deal, aku pos lewat sikit ya, maybe Khamis sebab free gift yang 1st batch dah habis, tengah tunggu new one sampai. Kalau yang dah dapat free gift yang lepas, kali ni you all akan dapat lain punya :)


Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form

2013-04-13

Does it ring a bell to you?




Bila tengok video ni rasa proud sangat aku hidup di zaman tu. Zaman sekolah rendah tahun 1984-1989.

1. Assembly.
Sememangnya takde manusia yang lagi pendek dari aku waktu sekolah rendah. Memang dari Darjah 1 Putih sampai ke 6 Putih aku je la yang duduk depan sekali. So aku memang tak merasa la tang 'angkat..jatuh...angkat..jatuh' tu. Aku just melanguk je kat depan. Tapi yang tak bestnya duduk depan sekali ni adelah kau takleh main-main. Terpaksa la aku berdiri tegak sepanjang waktu assembly. At least yang kat blakang-blakang tu boleh la kejap mencangkung ke apa ke. Kalau tak kerana Cikgu Nasir ngan Cikgu Khalid ada berdiri kat depan, memang dah lama aku bersila atas tanah. Tapi yang bestnya duduk depan ni boleh nampak apa yang berlaku, takyah terjenguk-jenguk. Nak pulak time Abang Iwan Adi Putra jadi Ketua Pengawas, pehhhh, puas aku tenung dia. Kahhhhhhh!

2. Bekal
Masa Darjah 1 aku gi sekolah bawak bekal. Setahun aku bawak bekal roti butter gi skolah. Dengar pun rasa nak muntah kan? Apetah lagi tekak aku yang mentekedarah roti sampai setahun. Hazab. tapi agak kagum jugak la camana aku leh hadap roti ngan butter je setahun. Tapi tu je la pun pilihan yang ada. Belanja sekolah tahun 1984 hanya 20sen. Dapat la beli nasik lemak kejung berlaukkan timun layu 2 hiris. Tapi aku tak belanja pun. Adelah lebih baik aku makan bekal aku and buat 20sen tu beli eskrim balik skolah nanti. Come to think of it dulu belanja sekolah 20sen pun bangga siallll. Janji dapat duit belanja. Walaupun 20sen. Cis. Apa punya cipan la belanja sekolah 20sen. Puii. Dulu semua bekal kena letak kat meja belakang darjah kan. Jadi manjang je la aku terlupa bawak balik bekal. Maka merempan lah naga di rumah sehingga mengeluarkan api dari mulutnya.

3. Buku autograf
Masa aku darjah 4, tahun 1987 budak-budak dah sibuk ngangkut buku autograf ke hulu-hilir. Budak-budak pompuan ni kreatif-kreatif. Ada yang tulis pakai magic pen kaler-kalerful, ada yang bakar tepi-tepi kertas nak nampak classic, ada yang taknak ikut turutan pages, nak tulis kat belakang sekali, tulis kat tengah-tengah, ada yang terlebih rajin sampai ambik 2 pages untuk tulis, ada yang lipat hujung kertas tulis caption "SECRET". Bila bukak lipatan tu "FRENS FOREVER!". Puiiiii. Secretlah sangattt. Selalunya yang di'invite' untuk tulis kat buku autograf tu adelah clan-clan dia jugak. Contoh kalau budak pandai, yang tulis dalam buku dia semua set-set yang pandai je. Mana anak orang kaya, yang tulis dalam buku dia pun set-set anak orang kaya je.
Kau kategori mana agak-agak, Diana??
Kau belanja sekolah pun masa ni baru 40 sen ada hati nak beli buku autograf.
Lempang mau??
Aku memang tak pernah ada buku autograf khas yang jenis kulit keras tu. Tapi aku pun taknakla kalah. Nak la jugak ada buku autograf. Lalu aku pegi lah ke ko-op beli buku latihan yang ada separuh garis merah biru lagi separuh blank. Selalu kita guna buku tu untuk prektis tulis abjad. Maka itulah buku autograf aku. Sukatila ko nak lipat hujung ke, ko nak bakor ke, ko nak tulis berjela ke, ko nak siat ke. Besar kan? Puas tulis kan? Kau nak tulis sangat kan. Ha, tulis!

4. Biodata
Walaupunnnnnnnn kebarangkalian orang nak mintak biodata kat aku adelah hampir takde, tapi aku tetap buat okehhh. 2-3 copy lagik. Simpan dalam poket beg sekolah. Standby kot ada budak-budak laki mintak nak berkenalan. Hahahha. Dasar keluar pi skolah tak pandang cermin macam ni la tebiat dia. Sampai naik lunyai la kertas biodata tu aku simpan sampai ke sudah nan adooooo.

5. Game
Permainan zaman dulu-dulu murah je. Takyah guna duit. Semua pakai apa yang sempat.
Agak-agak nak menguji IQ kita koyak buku latihan kita main game Nama Negara Buah Binatang Benda. Agak-agak nak main bom-bom tanpa mengeluarkan sebarang bom, kita main bom tekap. Pernah main ni? Yang pakai buku latihan matermatik tu. Ko bajet kat mana askar lawan ko pastu ko buat titik besar hitamkan kaw-kaw titik tu pastu ko tekapkan pada 'askar' kawan ko tadi. Kena ke tak. kalau kena maknanya ko terer. Agak-agak terasa nak jadi monyet kita main sep tiang. Agak-agak nak main seremban, kutip je batu kat tepi longkang banyak. Agak-agak pastu nak bergaduh, hayun je batu seremban tu kat kepala member kau.

6. Denda
Baru-baru ni aku tanya Pak Aji kenapa murid-murid skarang cikgu tak dibenarkan denda kalau dorang buat salah. Pak Aji kata dalam undang-undang sejak dari dulu pun murid-murid tak dibenarkan didenda macam berdiri luar kelas, berdiri atas kerusi, ketuk ketampi, etc. Tapi Pak Aji kata bezanya murid dulu dan sekarang adelah murid dulu dia sedar dia dah buat salah dan dia terima apabila dihukum. Murid-murid sekarang lain. Tak tau la apesal. Dulu bukan tak takut kena denda. Kita takut. Tapi kita lagi takut nak mengadu kat mak bapak. Sebab tu aku lagi tahan kena denda ngan cikgu dari kena balun ngan Mak Aji. Mak Aji kalau bantai tak agak-agak ok. Apa yang dapat dia sauk. Tapi kita pun, takat kena berdiri atas kerusi pun nak balik ngadu kat makbapak ke. Apelah sangat. Baru berdiri atas kerusi, belum atas meja. Baru kena berdiri luar kelas, belum kena berdiri depan perhimpunan. Eh tapi malu wehh kena berdiri kat perhimpunan. Rasa macam nak menyorok dalam spender pengetua.

7. Alat tulis
Zaman kita dulu pakai pensil biasa 2B. Budak-budak sekarang kalau ajak beli pensil, tunjuk pensil tekan-tekan je. Time nak asah pensil pegi ke bakul sampah belakang kelas. Mencangkung ramai-ramai asah pensil masing-masing. Ada pakai sharpener, ada pakai pisau lipat. Budak sekarang sharpener taknak yang biasa, malas nak sharp. Nak pakai yang masukkan pensil terus benda tu autosharp sendiri. Gila pemalas.  Dulu kalau dapat pakai pensil kaler 24 batang tu kira dah habis anak orang kaya dah. Sekarang kita offer pensil kaler 24 batang tak pandang dah. Nak beli terus yang set kaler macam briefcase tu. Siap ada magic color, crayon, watercolor, marker, ntah apa menatang lagi ntah semua lengkap satu bag. Dulu kalau kena time jadual waktu padat, tak cukup beg sekolah, ikat pulak buku teks guna tali ikat buku. Kendonglah buku tu dengan tangan. Budak skarang kalau beg berat terus taknak pi skolah. Taknak sandang beg. Tak larat. Dah satu hal pulak aku kena beli beg tarik. Haihhh.

8. Kantin
Kantin sekolah rendah aku dulu takde pilihan sangat. Balik-balik nasik lemak kejung dengan mee goreng kejung. Tapi gila selera budak-budak ni makan. Makan pun tak main la kat meja kantin. Makan kat tepi longkang gak best. Tak pun bawah pokok duduk ramai-ramai. Masa tu sikit tak kisah kot rumput tu ada telur cacing ke, semut api ke, tak kesah bontot baju kotor ke apa ke. Aim cuma nak makan ngan kawan-kawan. Minuman pun sama, tak banyak choice. Sirap tu aku syak dah jadi minuman mesti ada dalam setiap kantin skolah kat Malaysia ni. Tak tau la kantin skolah anak aku skarang ada sirap ke tak. Maybe dia up sikit jadi sirap bandung with soda. Tak pun sirap laici. Tapi yang paling aku kagum adelah tahap konfiden brader yang buat sirap kat kantin aku dulu. Gila selamba tapir dia tadah air paip dalam jug sirap pastu depan-depan kitorang dia tuang air tu dalam gelas. Yang si bangang-bangang ni sanggup pulak pi minum. Aku la tu.

2013-04-12

Supplier dia katanya...



 

Semalam ada reader bagi link. Link cilok gamba baju la kan, apa lagi.
Dulu ada gak 2-3 kali reader hantar link tapi aku tengok and dah naik malas nak layan tapi kali ni aku suka nak melayan sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbb dah la dia pi mosaic-kan watermark aku pastu gamba baju-baju yang disnap atas katil aku, di bilik aku pun dia rembat sekali.

Aku just bagitau dia tolong jangan ambik gamba aku.
Ko nak tiru design baju tu ko punya pasal. Aku pun tak kisah. Tapi pleaseeeeeeeeeeeeeeee gunalah gamba sendiri. Yang best tu kan, memang la design dia macam design peplum kurung aku tu tapi pandai siott. Tang baju aku dia tunjuk full, siap 2-3 gamba lagi. Tapi tang baju dia, dia tunjuk tang riben je. Dah kalau kau ada produk-nya di tangan, kejadah apa kau gi guna gamba aku lagi? Akai ada ka? Dah sah-sah baju ko siap, kau snap la gamba penuh produk kau. Eh ke aku yang tak mengikuti trend meniaga zaman skarang? Kena guna gamba orang lain jugak eh?


 

Bagus eh, gamba baju dia, dia tunjuk tang riben je. 
Ekslusif la kot eh?
PANGGG sekali nak?
Padam watermark yang aku tak tahan tu.
Dik, ko nak tiru pun tiru lah, takde aku kesah pun. Tapi cubalah letak gamba baju ko. Baju ko dah siap dah pun kan. Apa yang susahnya nak letak gamba sendiri?

Aku rasa budak ni ada bukak 2 page, punyalah nak expand the market kan.
Bukak sampai 2 page tapi gamba aku yang dia guna balik-balik kat dua-dua page ni.
Page yang lagi satu aku rasa dia baru create, aku pun tak tahu-menahu, reader jugak yang hantarkan link. Bagus reader aku ni, rajin page hopping. Hahah.

So jap tadi aku pun masuk kat link yang baru tu. Aku bajet ni memang orang yang sama. Sebab baju tang dia snap kat riben tu sepesen je. Siap dengan gamba baju aku sekali dia tepek. Aku pun me-nyound.




Wahhh menjawab okkkk.
KAMI MEMANG AMBIL BAJU NI DARI SUPPLIER.
Katanya la.

Padahal aku tak kata dia curik baju aku.
Yang aku sound dia curik gamba baju aku.
Tapi katanya baju-baju tu dari supplier.
Agaknya katil dalam gamba tu katil supplier dia jugak kot.

Bila aku bagitau katil tu katil aku, rumah aku, baju aku, terussssss ..........................

  

Sukati ko la....
Kalau customer carik sok pandai-pandai la jawab ya.

Tak tau la dia block aku ke atau apa.
Tapi ni aku nak bagitau la ya, aku takde agen. Aku tengah usaha nak siapkan re-stock baju-baju ni. Kalau korang ada beli baju-baju peplum yang pakai gamba aku di tempat lain, itu bukan agen aku. Aku belum nak jadi supplier lagi.




Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form