2015-02-23

Esok la entry panjang sikit. Dah 3-4 hari aku tulis entry panjang. Kali ni biar entry sikit tapi tajuk je panjang. Kah Kah Kah.



Tak sempat nak update new entry.
Semalam sampai dari Tganu, hari ni cuma ada sehari untuk clearkan keje-keje sebelum esok aku kembali outstation.
Utara, until Thursday.

Tadi aku update new pakej untuk Ephyra.
Today officially DI-scount Deal aku tarik keluar.
Tapi yang masih belum guna DI-scount Number jangan risau, boleh je guna.

Gi tengok sendiri apa yang aku sediakan untuk pakej terbaru Ephyra ya.
Jangan sentap-sentap tak dapat gift.
Ni aku dah bagi sehabis baik punya gift ni.
Semua pakej ada gift. Takde yang tak dapat hadiah tak best, semua best.
Yang beli sekotak pun aku datangkan balik gift extra 5 sachet. Ingat tak best ke hadiah extra 5 sachet tu? Best okeh. Jimat 5 hari punya minum.

Klik sini untuk view pakej terbaru Ephyra

Aku dah save apa aku nak tulis new entry. Esok-esok la kot kat hotel.
Hari ni tak sompek.
Bye all, take care. Doakan aku selamat pegi and balik.
Dan berjaya makan pasemboq and laksa Kak Su.



2015-02-22

Magisnya persekitaran


Ada orang cakap beraninya aku pergi umrah awal-awal. 
Aku cakap pergi awal lah bagus sebab Mekah sebenarnya bukan untuk orang tua-tua tapi orang muda sebab tenaga yang diperlukan kat sana bukan calang-calang tenaga. Mana dengan tawafnya, dengan saie-nya, dengan berjalan jauh ulang-alik ke Haram (kalau dapat hotel jauh), tu belum lagi ibadah Haji. Lagi memerlukan tenaga yang banyak. 
Istilah 'pegi Mekah bila dah tua' sebenarnya salah. 
Masa muda badan tengah kuatlah kita buat ibadat umrah/haji. 
Tapi kita kena akur juga dengan jemputan Allah.
Kalau jemputan belum sampai, maka tak dapat juga kita ke sana.
Cuma, jangan beranggapan nak ke Mekah kena tunggu dah tua. 

Aku faham apa sebenarnya yang orang tu maksudkan bila dia tanya aku tak risau ke pegi umrah muda-muda. 
Sebab kalau pegi waktu muda, nanti balik dah susah nak buat keje jahat katanya.
Bukan jahat apa, maklumlah kalau dah pegi Mekah tu orang selalunya akan expect bila kita balik nanti kita lebih baik dari sebelum kita pergi. 
Betul, sepatutnya macam tu lah. 
Tapi, kebanyakan orang selalu rasa bila seseorang tu dah balik dari Mekah, dia patutnya jadi maksum terus.
Kalau macam tu la kekdahnya, betapa beruntungnya la yang belum sampai ke Mekah sebab buat salah pun orang tak berapa nak mengata, "Aku jahil lagi, belum dijemput ke Mekah. Takpelah kalau buat salah pun". 
Benda-benda macam ni la yang buatkan some people hatinya berbelah bagi nak ke Mekah. 

Ada yang takut nak pegi sekarang sebab kalau balik Malaysia nanti belum bersedia nak pakai tudung.
Apa pulak orang kata, Mekah dah sampai tapi kepala tak tutup-tutup jugak.

Nasihat aku, jangan peduli apa orang kata tentang bagaimana kita selepas balik dari Mekah nanti.
Itu urusan Allah. Kita dulukan urusan DIA, DIA akan uruskan yang lain-lain untuk kita.
Takyah nak pikir sangat apa orang bakal kata sebab kita pun tak tau kita sempat balik ke tanahair ke tak. 
Entah-entah mati kat sana. 
Tak sempat pun nak dengar orang mengata. 
Jadi, yang hatinya tergerak nak pergi ke sana, pergilah! Jangan berdolak-dalik. Kalau Tuhan dah hadirkan keinginan nak kesana, tu maknanya DIA menjemput la tu. Ada pelajaran yang DIA nak sampaikan kat kita di sana nanti.

Tapi, nak berubah jadi baik, tak payah tunggu ke Mekah dik. 
Sekarang pun boleh. 
Cuma di Mekah proses kita nak mengubah diri menjadi lebih baik tu lebih mudah kerana keajaiban persekitarannya. 
Salah satu faktornya adalah suasana sekeliling kita.
Di sana, semua orang bertudung. 
Hampir 99% wanitanya berjubah. 
1% je yang pakai seluar (Turki kebanyakkannya). 
Bila kita berada di kelompok orang yang begini, mustahil kita nak pakai seksi kan?
Jangan kata nak pakai seksi, tak pakai stokin keluar bilik pun rasa bersalah ya amat!
Sama la jugak situasinya kalau kita pi kelab malam. Payah nak jumpa wanita berpurdah kat dalam tu. 

Sebab tu orang kata di Mekah kita mudah sangat jadi baik, susah nak marah, hati pun sentiasa tenang. 
Salah satu sebabnya adalah faktor Tanah Haram itu sendiri. 
Itu kan rumah Allah. 
Yang di sana tu semua tetamuNya. 
Pasti DIA hadirkan keajaiban dalam hati tetamuNya untuk sentiasa rasa tenang dan bersangka baik. 

Tapi faktor lain juga adalah kerana di sana kita dikelilingi dengan perkara-perkara yang positif. 
Semua orang menutup aurat. 
Alunan bacaan Quran tak kira masa. 
Orang bersolat 24 jam.
Kalau bersedekah ni dah macam makan nasi. Kiri kanan orang bersedekah walaupun sebijik kurma. 
Aura positif terlampau banyak! 
Dalam agama islam pun kita percaya yang malaikat akan hadir di setiap majlis zikir dan majlis ilmu membawa rahmat Allah.
Apetah lagi di Baitullah! 
Para malaikat datang membawa barakah dalam bentuk rahmat dan maghfirah Tuhan. 
Itulah faktor energy luar biasa yang ada di sana. 

Sebab tu pakar motivasi cakap kalau bercampur dengan orang positif, maka kita pun jadi positif.
Bila bercampur dengan orang negatif, lama-lama kita pun jadi negatif.

Di Mekah, aura positif memang kuat. 
Setakat nak tahajud 12 rakaat tu sap sap soi. Tido sejam je pastu mata terbukak sendiri punya la semangat nak tahajud.
Lepas 3 bulan balik dari Mekah, kena letupkan mercun Cina sepapan baru terjaga.
Tu pun kadang-kadang terbabas. 
Aku la tu. Bukan orang lain. 

Faktor persekitaran memang mainkan peranan kerana manusia secara semulajadi akan menyesuaikan diri dengan persekitarannya. 
Kalau kau duduk dengan orang yang tengah bergosip, mula-mula kau dengar je, lama-lama kau join sekaki. 
Kadang-kadang kita kata "Takpelah aku dengar je. Aku tak campur pun". 
Itu kata kita. 
Tapi kita lupa kita ada hati. 
Hati dalam bahasa Arab adalah Qolbu yang maknanya 'bertukar-tukar'. 
Hati kita bukannya kuat mana pun, sifatnya berbolak-balik. 
Dan ia berupaya untuk serap apa juga input tak kira positif atau negatif tanpa kita sedari. 
Sebab tu kita ada mood swing. 
Pagi ok, tengahari kang sentap, petang merempan pulak. 
Kerana itu, penting untuk kita pilih persekitaran yang baik supaya hati kita sentiasa terlindung dari pencemaran. 

Contoh lain, kalau di rumah, selalunya kita tak berapa nak rajin solat sunat sebelum fardu.
Tapi kalau kita ke masjid, bila orang lain start solat sunat, kita pun sama solat sunat. 
Asalnya kita taknak buat sebab kita tak berapa rajin pun buat kat rumah. 
Tapi disebabkan energy dari persekitaran tu akhirnya membuatkan kita pun solat sunat sama. 

Ini lah manusia. 
Manusia fitrahnya memang membuat keputusan berdasarkan nilai tertentu dan ia dibentuk oleh pemerhatiannya terhadap contoh dari luar. 
Sebab tu ramai parents percaya kalau anak-anak dapat bersekolah di sekolah berasrama penuh, insyallah keputusan peperiksaan lebih cemerlang dari bersekolah di sekolah biasa. 
Kerana persekitaran sekolah berasrama tu sebenarnya yang mempengaruhi. 
Tak pun cuba tengok sebuah keluarga yang abangnya success dalam pelajaran.
Insyallah, adik-adiknya pun ikut success.
Sebab persekitaran mempengaruhi. Kebiasaannya macam tu lah. 

Jangan salah faham. 
Bukan bermaksud kita kena putuskan silaturahim dengan kawan-kawan kita sekarang (sekiranya kawan-kawan sekarang banyak sebarkan aura negatif). 
Jangan putuskan silaturahim. Kawan tetap kawan. Borak macam biasa. 
Kita tetap perlukan satu sama lain sebagai check and balance. 
Memutuskan silaturahim boleh menyekat rezeki. 
Cuma kita perlu buat pilihan yang boleh mendatangkan faedah pada kita. 
Contohnya, kalau kita berbisnes, cuba bincang hal bisnes pada orang yang sama-sama berbisnes. Jangan bercerita pasal bisnes pada orang yang tak minat berbisnes. 
Selalunya orang macam ni takkan bagi pandangan yang positif. 
"Alah, makan gaji pun boleh kaya jugak". 
Terus down dengar.
Tapi kadang-kadang member yang sama-sama berbisnes pun takleh pakai gak. 
"Kau kena suap sikit baru la dapat projek tu". 
Ni pun hampeh jugak. 
Pandai-pandai la pilih ya. 
Pilih member yang positif. 

Kalau kita rasa energy kita tak kuat, maka kita perlu berusaha berada dalam kelompok yang menyebarkan aura positif supaya energy dalaman kita juga positif.
Energy yang baik takkan datang kalau kita tak cari. Kena usaha cari sebab persekitaran mampu mencorakkan dalaman.
Apa yang masuk di kepala, itu lah yang akan keluar membentuk personaliti diri. 


{Diana@mobile}





2015-02-21

Barkat


Gatal pulak jari-jemari aku nak blog about this.
Ni isu yang baru je aku update kat FB tadi.
Dalam pada takde internet tu kan, masa ni la pulak idea aku mencurah-curah. 

Ni isu barkat dan kiriman orang ke kenduri kawen. 

Biasa kita tengok orang datang kenduri kawen bagi salam kaut (hulur duit). Ni biasa. 

Dan biasa jugak kita tengok orang gantikan salam kaut dengan hadiah untuk pengantin. Ni pun biasa. 

Dan tak kurang jugak yang datang sebagai memenuhi undangan, tak bawak apa-apa. Ni pun biasa. 

Yang tak berapa biasa (at least tak biasa di mata aku) adalah apabila orang yang bagi salam kaut tu MINTAK balasan dari tuan rumah. Selalunya MINTAK door gift. 
Kenapa aku cakap dia MINTAK? 
Sebab memang dia gi mintak. 
Dia tanya tuan rumah sendiri "Saya tak dapat door gift lagi". 
Lagi worst, bila yang tak hadir tapi kirimkan duit pun mengharapkan tuan rumah bekalkan barkat/door gift untuk dia. 

Sorry, aku tak berkenan dengan jenis manusia macam ni. 
Yang belum pernah buat kenduri atau majlis makan mungkin susah nak bayangkan situasi ni tapi meh aku bagi kisah pengalaman sendiri. 

Alhamdulillah aku banyak kali jugak buat majlis makan-makan di rumah. 
Open house, birthday party, akikah and majlis makan-makan lain. 
Kadang-kadang kita tuan rumah jadi serba-salah bila nak buat majlis open house bajetnya dah macam buat majlis kawen kan anak. 
Sebab apa?
Sebab nak penuhi expectation tetamu kerana memang ada jenis tetamu yang datang sambil buat audit.
"Patutnya pakailah bekas pemanas, barulah sedap tetamu datang makan". 
"Patutnya sediakan la candy untuk budak-budak. Ni budak-budak datang tak tau nak makan apa". 
"Patutnya sediakanlah party pack lebih sikit dah tau buat birthday party". 

Sepatutnya orang macam ni takyah diajak. 
Tu yang sepatutnya. 

Mana-mana tuan rumah pun kalau buat majlis mengharapkan majlis tu diraikan oleh ramai tetamu and kalau boleh dorang nak buat sehabis baik. 
Makanan biar cukup, makanan biar pelbagai, door gift cukup, khemah selesa, etc. 
Sebab niat kita nak menjamu orang makan. 
Takde tuan rumah yang nak majlisnya ala kadar. Semua kalau boleh nak buat yang terbaik. 
Tapi, tak semestinya yang terbaik tu adalah yang provide door gift bekas kristal berisi Ferrero Roche. 
Tak semestinya nak majlis best perlu ada bekal mangkuk tingkat. 
Salahnya manusia yang bernama tetamu ni adalah kerana kita membanding-bandingkan majlis orang lain.
Disebabkan kita dah biasa pergi majlis kawen yang disediakan door gift/barkat, maka kita anggap semua majlis pun kena sediakan benda yang sama. 

Considerlah sikit kemampuan tuan rumah. 
Tak semua orang ada bajet untuk siapkan barkat for tetamu. 
Tak semua orang boleh sediakan door gift. 
Dia jemput kau datang makan dah besar rahmat kau takyah masak tengahari kat rumah. Lagi nak komplen apesal tuan rumah tak bagi barkat. Aku lempang kang sia-sia je. 

Pernah terjadi di kenduri secara-mara. 
Sedara aku tu bagi doorgift keychain. 
Orang kampung yang tak dapat datang berkirim salam kaut. Bila nak balik, yang bawakkan kiriman tadi bertanya "Eh takkan saya nak pass keychain je kat orang kampung. Dorang kirim duit. Bagi la nasik ngan lauk sejenis". 
Ewahhh, macam tu pulak? 

Bukan menyombong. 
Tapi yang berkirim salam kaut pun kena identify kenapa kau kirim duit.
Adakah duit tu pengganti diri sebab tak dapat datang atau duit tu kau harapkan balasan dari tuan rumah? 
Yes, seeloknya tuan rumah kirimkan sesuatu kembali pada yang berkirim duit. Eloknya macam tu lah. 
Tapi macam yang aku cakap tadi, tak semua orang ada bajet yang besar nak sediakan semua benda. 
Kadang-kadang tetamu yang datang terlalu ramai, tuan rumah jadi serba-salah.
Kang nak dikirim kat orang kampung, apa cerita pulak dengan tetamu yang datang.
Lagi jatuh airmuka tuan rumah kalau tetamu yang datang ke majlis tak dapat door gift.
Takkan nak salam sengih-sengih je kan. 

Yang berkirim duit pun, takyah la jadikan orang lain serba-salah. 
Ni ada yang bertanya balik kat orang yang bawak kiriman tu "Dia tak kirim aku nasik-nasik ke?" 
Oiiiiiiii cantik muka?? 
Kau dah la tak datang, pastu kau expect  pulak tuan rumah kirimkan mangkuk tingkat bagai. 

Budaya ni sebenarnya menuntut kefahaman semua orang. 
Tuan rumah kalau ada bajet, memang dia nak bagi semua. 
Tapi yang tetamu pulak jangan lah terlampau mengharap apa-apa.
Yang datang, janganlah terlampau mengharap dapat bunga telur. 
Yang berkirim duit pulak janganlah terlampau harap dapat ayam masak merah seplastik. 
Tuan rumah sendiri tak menetapkan yang datang ke majlis dia harus bawak duit/hadiah.
Bawak tak bawak semua dapat makan. 
Yang kita dah dapat makan ni boleh tak ada rasa malu sikit nak mintak bunga telur? 

Tu satu hal. 
Lagi satu hal lagi bab barkat.
Rasanya kebanyakan kenduri memang ada disiapkan barkat tapi bukan untuk semua orang.
Selalunya barkat ni untuk sedara-mara and penanggah atau 'orang dapur'.
Tak semua barkat ni dikhaskan untuk orang yang berkirim duit.
Nak pulak kalau yang mengirim tu bukan kategori sedara-mara.
Memang lambat sikit la kau punya queue. 

Kadang-kadang bukan tuan rumah taknak bagi tapi terlupa bagi.
Jangankan majlis kawen, aku buat open house dengan tetamu yang tak sampai 300 orang pun dah menggagau aku nak handle.
Kadang-kadang esoknya tu aku PM sorang-sorang tanya anak kau dapat duit raya ke tak? 
Majlis besar macam kenduri kawen lagi la tuan rumah kalut.
Bukan muka kau sorang je dia nak hadap. Ramai lagi.
Tu belum lagi orang sana panggil bergambar, orang belakang panggil, orang kampung nak jumpa. Hoih, serabut. 
Kita as tetamu ni tolonglah bantu ringankan keserabutan dia.
Salam, ucap tahniah, makan. Dah.

Aku kan kalau buat majlis benda yang aku paling risau adalah orang masuk dapur untuk cedok sendiri barkat. 
Gila mendidih oiiii. 
Tapi nak buat camana, family katanya. 
Bukan tak boleh. Boleh. 
Aku pun suka kalau lauk-pauk aku licin tapi tunggulah sampai majlis habis. 
Yang dijamu adalah tetamu yang datang, bukan orang yang tak dapat datang. 

Atas sebab ni lah maka bajet untuk buat open house raya kadang-kadang sama banyak dengan bajet orang menikah anak sebab semua benda kita kena sediakan supaya orang tak berkata-kata dan hati kita pun tak menggelegak. 
Sometimes, benda macam ni boleh pecahkan ikhlas. 
Kita ni mulanya ikhlas nak bagi orang makan, ujung-ujung dah jadi lebih kepada takut nanti apa orang lain kata kalau itu takde ini takde. 

Pernah dulu jiran rumah lama aku panggil makan-makan.
Dia panggil tak ramai, dalam 5 buah rumah je.
Dia hidang mihun goreng with keropok and kuih-muih raya.
Ada la pulak Hamba Allah ni bisik kat aku "Kata buat open house. Takkan mi je?" 

Aku nak buat open house terus terbantut sebab spesis-spesis macam ni la.
Suka sangat audit majlis orang.
Dah dapat makan mi goreng pun nak komplen. Bagi makan mi kering baru tau. 

Consider la sikit tuan rumah. 
Dia dah banyak keluar belanja untuk jamu tetamu makan.
Jangan la harap lebih dari tu.
Kalau dapat, alhamdulillah rezeki kita.
Kalau tak dapat, janganlah sentap. Kita dijemput pun dah kira bertuah.


{Diana Ishak @ mobile}




2015-02-20

The Power of Malas Layan


Ya Allah bercintanya aku nak dapat internet connection kat sini.
Sebab tu aku malas bawak balik laptop, no point.
Kang ujung-ujung jadi pemberat kereta je. Satu keje tak jalan. 

Sebenarnya aku nak letak gamba printscreen dari status FB aku hari ni, nak relatekan dengan entry hari ni. Tapi sebab takleh masuk blog, jadi aku blog thru email je la. Takyah letak gamba. 

Status FB aku tu sebenarnya kebetulan je.
Aku up kan status tu barulah punca kepada entry hari ni masuk, iaitu email. 
Aku dapat satu email pagi tadi. Berkat Jumaat agaknya kan. 

Antara point hadis Rasulullah saw yang aku up kat status pagi ni adalah "Sekiranya kita bersabar dengan kezaliman yang dilemparkan orang kepada kita, dan kita tak membalasnya, Allah akan membalas kesabaran itu dengan kemuliaan". 

Aku tak tau dalam bentuk apa kemuliaan ni datang.
Samada diri orang yang bersabar tu dipandang mulia atau sesuatu yang mulia akan datang kepada orang yang bersabar.
Apa pun yang pastinya dua-dua tu adalah hadiah dari Allah yang sangat baik. 

Tadi pagi aku terima satu email. 
Panjang berjela sampai aku terpaksa melompat-lompat baca just nak ambil isi penting je. 
This email datang dari someone yang pernah benci aku (dia yang cakap macam ni). 
Malas pulak aku nak cerita detail sebab ceritanya berkait-kait dengan orang tu, orang ni, cerita 4 tahun lepas, cerita 3 bulan lepas.... sampai aku pun pening.
Kesimpulannya, pengemail ni cuma nak mintak maaf dari aku. 

Aku tak rasa dia buat salah apa-apa.
Biasalah, "aku dengar orang ni cakap, aku dengar orang tu cakap", lama-lama terpercaya juga.
Takde hal.
Cuma aku puji sangat pengemail ni.
Tak kisah la dia tak mengaku depan-depan pun, orang dah minta maaf, kita wajib maafkan.
Bukan mudah seseorang nak jatuhkan ego untuk minta maaf dari orang lain.
Itu pun entah berapa lama dia bina kekuatan, buat apa kita nak tambahkan susah dia lagi kan.
Dia minta maaf, kita maafkan je la. 

Sebenarnya, aku pernah dapat email macam ni jugak dari sorang staff/pelajar UIA.
Beria dia minta maaf kat aku. Aku pun tak tau la kenapa. Tapi aku maafkan je la walaupun aku blur kau ni salah apa sebenarnya? 

Cuma bila aku hayati hadis Rasulullah saw tu, aku semakin percaya dengan keajaiban SABAR. Sebenarnya aku pun bukannya yang jenis sabar sangat.
Tapi aku 'kaya' dengan perangai "malas layan".
Perangai 'malas layan' aku ni banyak bawak kebaikan kat diri sendiri sebenarnya especially bila melibatkan isu-isu negatif.
Sebenarnya ni lah punca kenapa aku malas bersembang or bergathering.
Sebab nanti bila sorang dah start mengumpat, takkan aku nak dengar je kan. Kang orang kata poyo lak bajet suci. Terpaksa la jugak layan. Eh lama-lama kan naik syok pulak. Jadi biarlah aku dicop ignorant dan sombong daripada aku angkut cas-cas negatif ni balik rumah. 

Dalam kes aku, aku rasa kemuliaan yang Allah beri atas sikap 'malas layan' ni bukanlah kepada diri aku. Orang macam aku belum layak terima.
Tapi kemuliaan tu datang dari orang lain.
DIA datangkan kemuliaan tu pada hati pengemail ni untuk berterus-terang.
Mulia betul hati dorang ni sanggup ke depan untuk minta maaf yang aku pun sendiri tak tau apa dosanya.
Cuma, aku nasihatkan kalau nak minta maaf tu tak payah la cerita pasal orang tu cakap apa, orang ni cakap apa. Seriesly aku taknak tau sebab kalau aku tau pun ia takkan merubah apa-apa sebab aku jenis malas layan. 

Dulu pun aku pernah kena attack macam-macam. Masa tu ramai pulak yang printscreen apa yang hamba Allah tu tulis and pass kat aku. 'Murni' sungguh la korang. Time kasih.
Tapi sebenarnya aku tak baca pun. Hahaha.
Tapi alhamdulillah orang tu sendiri yang datang minta maaf kat aku.
Aku pun minta maaf sama kat dia kalau aku menjadi punca kepada perkara yang dia buat kat aku. Tetiba esoknya ramai gila email aku 'Kak Di maafkan ke budak tu? Apesal senang-senang nak maafkan? '.
Aku tanya balik 'Budak mana?'. 
Padahal aku tau dah apa maksud dorang. Cuma aku malas layan. 
Pelik camne reader-reader ni boleh tau. 
Ohh rupanya budak tu sendiri pegi buat entry khas yang dia lega kerana telah dimaafkan oleh seseorang (aku). Aduiiiii yang kenapa la kau pegi buat entry dik oiiii. 

Ada sorang makhluk ni aku tak ingat sape nama tapi ada 3 kali jugak la dia email aku untuk update gosip terkini. Tapi sekali pun aku tak pernah reply.
Bukan aku tak baca, tapi aku malas layan.
Tak payah nak update aku dengan apa-apa gosip, seriesly aku tak layan benda-benda ni semua sebab aku taknak benda-benda ni slowkan speed aku untuk lebih success. 

Kefahamannya begini, kalau kereta kau penuh dengan bebanan, speed kereta laju ke tak?
Konfem tak kan. 
Macam tu la jugak dengan kita manusia. 
Dosa dan kesalahan adalah bebanan yang akan memberatkan kita.
Bila dosa banyak, apa yang kita sedang usahakan akan jadi slow.
Cukuplah dosa yang sedia ada. Jangan sampaikan apa-apa cerita pada aku dengan harapan aku akan bertindak balas.
Kalau cerita tu negatif, sorry. Takde tempat aku nak selit kepala otak aku ni. 

Dan salah satu cara paling cepat untuk kurangkan bebanan (dosa) yang sedia ada adalah dengan bersabar.
Sebab Allah dah janji yang keampunan akan ditawarkan kepada mereka yang bersabar.
Ni special offer dari Allah ni.
Cuma nak sabar tu memang sakit la especially bila kita difitnah itu ini.
Tapi insyallah, Allah tak pernah bagi janji kosong.

-dari porch rumah mak mertua sebab dalam rumah tak dapat line-


{Diana Ishak @ mobile}




2015-02-19

Al Fatihah



Asalamu'alaikum Warohmatullah,

Antara keistimewaan agama ini ialah sifat "mutawatir" yakni terpelihara dan bersambung amalan yang bersabit dari perbuatan Nabi SAW, Pesuruh Allah.

Ada 2 perkara yang Nabi SAW tinggalkan, yang menjauhkan kita daripada kesesatan, itulah Al Quran dan As Sunnahnya.

Al Quran dijamin Allah akan sifat mutawatirnya, terpelihara dari tambahan dan tokokkan yang membawa sesat. Ia datang begitu dan akan kekal begitu hingga Qiamat.

Salah satu cara Allah memelihara Al Quran ialah dengan menghidupkan para penghafaz. penokokkan atau pertambahan ayat Al Quran boleh dikesan dengan mudah oleh mereka.

As Sunnah juga pada zaman ini sudah jelas dikupas dan dihidang oleh Ulama silam, Hadith Sohih Bukhari dan Sohih Muslim antara yang siap untuk kita ambil sahaja pengajaran daripada guru-guru yang mengajar.

Jika 2 benda ini disebatikan ‎dalam hidup kita, kita pasti akan menjadi Muslim yang baik dan menyenangkan kepada sekeliling, tidak tolak juga mungkin kita akan dimusuhi, itulah fitrah Nabi juga. Tapi keyakinan bulat kita kepada 2 sumber ini akan menguatkan kita. Biarpun dimusuhi.

Hari ni bagi sesiapa yang belum mendengar bacaan Al Fatihah dengan bersanad, yakni bersambung terus kaedah bacaan sabit dengan kaedah yang tepat, ini peluang untuk kita memperbaiki fatihah kita.

Saya kongsikan video ini, untuk kita perbaiki.

Yang istimewanya ada ijazah di dalamnya, semoga Allah menerima fatihah kita.

Sekian wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.




2015-02-18

Terengganu sudahh...


Entry ringkas saja.

Aku dah kat Tganu. Hari ni guwe keje kat UMT.

Kat rumah mak mertua aku ni line tak bagus sangat. GPRS je dapat, tu pun nasib baik la. Selalunya out terus.
Aku nak baca email pun lembab nak download apetah lagi nak reply.
Ni dah banyak email aku respond, tapi semua failed. Sakit jiwa.
Nasib baik enquiry sekarang melalui website, kalau tak, mesti aku dah makin stress nak respond email tak dapat.

Aku tak dapat nak reply email sorang-sorang kot.
Ni sekali jalan la aku respond kat sini ya.

First nak cakap pasal Contest OOTD #JubahAqeela.
Ada yang nak join tapi nak email je gamba kat aku.
Kalau nak email gamba untuk tunjuk kat aku, boleh. Takde masalah.
Tapi kalau nak join contest tapi taknak letak kat IG, mintak maaf sangat. Yang tu tak dapat aku terima. Tak fair pada yang ikut semua syarat-syarat.
Cubalah ya, usahakan untuk letak kat IG. Ikut semua syarat yang kita dah tetapkan - tag 3 kawan, tag Fleur by Mrs Him and letak hashtag.

Yang kedua, pasal Ephyra Victoria Secret.
Aku tau ada tempat yang belum dapat gaji lagi.
Takpe, kalau nak tunggu gaji ke, nak installment ke, aku takde masalah. Aku faham bendalah tu kena beli 2, tak semua orang boleh bayar selepuk RM394.
Nak bayar installment boleh, cuma masa order tu letak kat remark yang ko nak bayar secara installment TAPI mesti letak deposit RM30 okeh?
Yang the rest kendian bayar ikut suka nak bayar berapa-berapa pun, yang penting dah full payment baru aku deliver barang ya.

Last,tak salah aku, Fleur by Mrs Him dah mulakan email blasting.
Jadi, sesape yang ada history of purchase tu, insyallah akan dapat news latest promo from us.
Kalau nak respond to that email also can sebab email tu akan masuk ke folder aku jugak, so aku boleh baca. Kalau ada masa aku pasti reply :)

Selamat bercuti frens!





Eh kata nak raya kan. Haruslah layan konsert Leslie, barulah raya namanya.



2015-02-17

Udang geragau....finally!


Khamis lepas aku tanya kat FB if udang geragau masih ada lagi ke tak kat Melaka sebab tekak dah takleh tolerate lagi dah ni. Nak sangat-sangat dah ni. Feedback cakap udang geragau masih ada lagi. Ok, bersemangat ni nak pergi besoknya. Plan tu nak singgah UniKL-MICET sekali jumpa customer, pastu ingat nak bawak Mak Aji sekali boleh balik kampung jap singgah kubur atuk and Pak Unggal. Tapi esoknya pagi-pagi before En Wan gi keje dia dah kasik red light "Jangan pegi. Nanti-nanti pegi ngan abang".

NANTI-NANTI.

Kalau aku punya 'nanti-nanti' selalunya tak lama. Besok lusa je.
Tapi kalau En Wan punya 'nanti-nanti', paling cepat pun empat tahun.
Sentap jugak lah aku kan.
Pastu aku cakap kat dia "Kalau dibuatnya kejap lagi Di mati, mesti abang jadi gila hari-hari sebut geragau..geragau..geragau...".

Terus tak jadi gi UNiKL-MICET.
Aku takut kang dah sampai sana tetiba perasaan nak carik udang geragau tu membuak-buak, terus aku pegi jugak. Tak pasal je balik rumah eksiden. Derhaka punya pasal. Tak jadi lah, terus kensel appointment.

Esoknya, Sabtu.
Tayar kereta aku dah botak, jadi aku mintak En Wan tukarkan tayar.
Pastu dia call cakap tak sempat nak balik untuk hantar Redza pi tusyen. Dia mintak aku hantarkan.
Aku masuk-masuk je kereta dia...



Alahai minyak.

En Wan ni jenis yang suka sangat tunggu sampai fuel warning baru menggagau carik stesen. patutnya dah tinggal satu cekak tu kau pegi la isi. Dah sah-sah hari-hari pegi keje bawak kereta, apa salahnya pi isi. Eh tak! Nama dia nak singgah stesen takde. Biarpun on the way nak balik rumah tu lalu sepluh stesen minyak sekalipun. Selagi fuel light tu tak blink, dia takkan isi.

Ni camne agak-agak aku nak hantar Redza pi tusyen dengan minyak tembet macam ni?
Aku call dia, dia cakap "Jangan risau...sampai...sampai.."
Dah rapat gila macam ni dia boleh kata sampai?
Sampai mana agak-agak. Sampai depan simpang je kot. Pastu aku tolak bertiga ngan anak aku sampai depan tusyen. Balik dari hantar Redza nanti aku berdua ngan Rayyan usung kereta ni balik rumah. Gitu.
Dah la dari rumah aku nak ke tusyen tu kena lalu 3-4 traffic lite. Kang ada jugak mati kat traffic lite. Buat kemarahan orang je.

Tak sedap ati, aku singgah Shell dulu.
Terus isikan minyak full. Tapi RON95 je la.
Balik rumah, aku diamkan aje. Malas nak bagitau aku dah isikan minyak kereta dia.
Malam tu aku tanya apesal dia taknak isi minyak kereta. Dia jawab "Abang nak isi Isnin nanti".
Ohhhhh pandaiiii.
Dia nak isi minyak kereta dia Isnin. Abis tu hujung minggu melenjan kereta aku.
Pastu dia jawab "Eh, bini kita kaya. Apa sangat minyak kereta". Pastu gelak-gelak. Ingat klaka sangat la tu.

Esoknya Ahad, dia kena gi keje.
Aku intai je dari atas, dia nak naik kereta aku ke, kereta dia.
Ok rupanya kereta dia. Takpe. biarkan.
Petang, dia balik around 3pm.
Masa tu aku kat bilik. Dia masuk-masuk bilik je "Jom, pi Melaka. Kata nak cari udang geragau"

BINGO!

Strategi aku menjadi.
Inilah yang dikatakan "cost and worth are 2 different things"! Mesti dia rasa bersalah sebab tengok bini dah isikan minyak full. Hahahaha.
Walaupun kita spend duit untuk belikan minyak kereta dia, tapi nilai tu tak setanding dengan dapat keizinan dia gi Melaka, dapat beli udang geragau pelepas kempunan and yang best sekali aku takyah drive sebab dia jadi driver.
Tak ke syurga namanya tu?




Aku gi Pantai Klebang, sebab memang ni je la port geragau yang selalu kitorang beli kat Melaka.
Udang ni bermusim, bukan macam udang biasa yang hari-hari boleh jumpa. Sebab tu aku asik dapat udang geragau kering je. Tak sedap sangat. Lagipun kau kena pilih-pilih sebab bila dah kering, kulit dia jadi keras and tajam-tajam. Nak kena tumbuk dulu before buat bergedil. Bau pun dah semacam sikit. Udang geragau basah best, lembut and lagi sedap. Tak berbau.

Sebelum sampai kat gerai abang ni, kitorang singgah kat satu pasar tepi jalan tu untuk tanya kat mana ada jual geragau. Makcik pasar tu cakap "Ni bukan musim dia". Eceh makcik ni nak kencing aku pulak. Budak-budak FB semua cakap now musim dia, bersepah jual kat Klebang, tetiba kata bukan musim pulak. Tau la kau jual udang gak makcik. Rilek la.

Jalan ke depan sikit, nampak brader ni.
Menggelupur aku keluar dari kereta. Dah tak sabar sangat nak makan geragau basah.
Sepiring dia jual RM5. Aku tak tau la berapa sepiring tu. Aku beli RM30.
Drive jauh-jauh belinya RM30 je kan. Jadiklah.
Yang tu takpe lagi.
Yang bestnya bila aku bersembang ngan brader ni dia cakap "Kat sini takde udang ni kak. Ni supplier Selangor yang hantar. Dari Sungai Besar"

Macam PANGGGGGGGG sekali kat dahi.
Gila beratus kilometer aku drive dari Putra Heights, rupanya udang ni naik kat Sungai Besar??
Kong hajarrrrrr.
En Wan senyum je pandang aku. Aku rasa dia dah paham sangat perangai kegelupuran bini dia. Seb baik dia tak mengungkit.
Lepas beli udang takkan nak balik kan. Dah sampai Melaka kot.
Nak masuk town malas, kitorang lepak kat pantai Klebang je. Lagipun nampak macam meriah je pantai Klebang ni. Tapi sebelum tu singgah coconut shake Klebang.





Aku tak sure if ini coconut shake yang glemer kat Klebang tu.
Tapi dari jauh lagi berjujuk kereta beratur tepi jalan, pastu panjang gila orang beratur, so aku rasa betul la kot ni gerai dia. Nak cakap sedap sangat tu ntah la. Sebab aku bukan peminat air kelapa pun. Tapi boleh je la lalu kat tekak aku ni. Habis jugak secawan aku bedal. Tapi, yang pasti sedap adelah kepok lekornya. Yang ni sedap. Pastu dia potong nipis-nipis, jadi kepok tu garing gila. En Wan pulak beli sebungkus je. Eiiii..ni lagi satu pe'el yang aku tak paham.

Aku ni jenis yang suka beli sekali banyak. Konsep dia biar berlebih, jangan tak cukup.
Sebab kalau berlebih, akan ada orang yang bagi perabiskan. Tapi kalau tak cukup, macam terpisat-pisat je masing-masing. Hari tu memang terpisat-pisat aku makan kepok lekor sebungkus bahagi 4. Nangis mak aku kalau tengok anak dia diperlakukan begitu.



Tak puas hati punya pasal, aku ajak dia makan char kuey tiaw kat pantai.
Boleh tahan. Nak kata sedap macam char kuey tiaw Penang memang tak la. Tapi kerang dia banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila. Puas aku makan. Ujung-ujung aku ratah kerang je, Kuey tiaw dah abis, kerang banyak lagi.

Tetiba menguatkan lagi penyebab mengapa aku harus naik Penang next week.
Macam nak kena cari char kuey tiaw Penang gak ni. Boleh pekena pasemboq sekali. Klaau rajin, laksa sampai Perlis, boleh tapau Laksa Kak Su. Oii heavennya duduk utara!




Rupanya kat pantai Klebang ni port BUSTEL.
Selalu nampak kat sokabar je. Tak tau rupanya sini tempatnya. Just nice la kan, aku pun kebetulan ada situ maka dapatlah tengok jap apa rupanya Bustel ni.
Bustel ni memang mengundang memori la.
Aku biasa naik bas Salira and bas Tai Lye. Gila lama bas Tai Lye ni. Dulu kalau nak pi Tampin ngan arwah nenek, mesti naik bas Tai Lye. Bila dah ada Salira, memilih pulak aku. Kalau bas Tai Lye yang lalu, biarkan. Jangan berdiri, nanti dia benti. Hahaha. Kalau bas Salira lalu rasa nak berdiri atas pokok punya la nak suruh dia benti. Padahal bas Salira ni biasa je cuma time tu Salira ni cantik sikit la dari Tai Lye.

Tapi aku berani jamin kat Tampin - Alor Gajah tu takkan ada sesape boleh celen kehebatan arwah Pak Unggal. Arwah Pak Unggal dengan bas memang satu team. Nampak Pak Unggal kau terbayang bas. Nampak bas, terbayang Pak Unggal. Orang lain nak naik bas kena tahan bas dulu baru bas benti. Pak Unggal takyah. Dia takyah berdiri pun. Dia tercongok duduk kat bus stop tu pun bas akan benti sebab satu stesen bas Alor Gajah and Tampin kenal dia.
Pernah satu masa dulu aku teman arwah nenek gi Tampin naik bas.
Masa kat Tampin time nak balik, terserempak ngan Pak Unggal. Pak Unggal aku ni arwah nenek gelarkan Gabenor Tampin. Tampin tu takkan bukak kalau dia takde. Maunya tak, kul 6.30 pagi dah tunggu bas nak pi Tampin okeh. Pak Unggal aku ni pakkal dia tak senormal kita. Kalau dia normal, ada bisnes sendiri, konfem dah jutawan. Kul 6.30 pagi dah bukak kedai.

Ok sambung balik.
Masa aku ngan arwah nenek jalan ke stesen bas Tampin nak balik ke rumah, nampak Pak Unggal. Dia tanya "Kau nak balik ko?"

"Haah"

"Ikut aku"

Cewahhh.
Macamkan aku tak tau jalan nak pi stesen je cara dia.

Rupanya dia gi cakap kat driver bas tu "Bang, ni mak aku. Dia naik bas ni"

Driver tu cakap ok ok ok.

Sekali bas tu stop betul-betul depan pintu gate nenek aku!
Gila ahhh penangan Pak Unggal.
Takyah kitorang patah balik menapak dari bus stop ke rumah.
Menjak dari hari tu aku rasa semua driver bas Tampin kenal nenek aku.

Hari tu masa nampak bas Salira kat sini bergenang airmata.
Terbayang-bayang arwah nenek and Pak Unggal.
Sape yang tak kenal Pak Unggal boleh baca SINI (klik).



Ni la masalah besar kalau aku bawak Panglima ni.
Dia punya ufti tu aku kena bayar sama banyak dengan harga 3 pinggan kuey tiaw.
Padahal sepuluh kali dah beli benda yang sama.
Tapi memandangkan aku nak makan dengan tenang sambil melayan perasaan, jadi aku belikan je la. Janji kau diam. 



First time aku nampak Aiskrim Pasu.
Rupanya harga eskrim pasu ni mengikut size pasu.
Yang aku beli ni harga dia RM7 kot. Size kecik sikit RM4.
Kreatif, malangnya Rayyan taknak makan. Dua sudu je pastu taknak. Dia cakap "Ma, kotor".
Hahahahah.
Sebab ada habuk Oreo tu dia ingatkan pasir.
Aku sendiri pun tak lalu. En Wan pun. Last-last tinggal macam tu je.

Idea aiskrim pasu ni bagus, cuma akan ada satu efek pada kepala otak manusia bila pandang eskrim pasu ni. Camne aku nak explain eh..
Dia camni.
Sama macam kau makan makanan yang berwarna biru.
Masa aku blaja dulu, lecturer aku ada tanya kenapa tak banyak makanan yang berwarna biru?
Bila semua melopong tak tau nak jawab, dia cakap sebab otak kita memang payah nak terima biru sebagai sesuatu yang boleh dimakan. Kek warna biru, air warna biru. Boleh makan memang boleh tapi daya tarikan dia slow sikit berbanding makanan yang berwana coklat umpamanya.
Macam spageti ke apa ntah, ke laksa yang orang buat kaler-kaler. Bila bab biru tu memang aku terbantut sikit. Not sure if ini ada kait rapat dengan kebiasaan atau memang secara saintifiknya kita lembab nak menerima warna biru sebagai makanan.

Same goes tu eskrim pasu.
At least, pada aku sefamili, kitorang agak lembab nak terima eskrim yang dimakan dalam pasu, with all the oreo bertaburan yang sebijik sebijan macam tanah gambut. Tapi tang kreativiti tu, dia win.



Hadiah menanti.
Dua jenis Elizabeth Arden miniature set. 
Satu tu besar sikit tapi ada 4 ketul. satu lagi kecik tapi 6 ketul.




2015-02-16

SECRET


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN PROMOSI EPHYRA THE LATEST


Yang email aku nak beli Ephyra Sabtu lepas, semua aku mintak hold dulu sampai hari ni sebab aku dah plan akan naikkan new flyer untuk promo terbaru Ephyra.
Macam biasa, promo ni valid untuk pembelian di blog ni saja.

Aku kan buat gift free 5 sachet or free skin bar untuk pembelian sekotak kan?
Tak sangka pulak ada yang beli sampai 3 kotak semata-mata nak dapatkan free extra 15 sachet.
Padahal aku ada bagi option harga yang lebih ekonomi RM540 untuk 3 kotak.
Bagus, itulah yang sebaiknya sebab hari ni gift 5 sachet aku tutup.
Cukup la kot sebulan aku buat promo free 5 sachet kan.
Insyallah, nanti aku buat lagi.

Jadi, buat masa ni, yang beli sekotak, akan dapat free skin bar.
Inilah peluang kepada pembeli-pembeli DI-scount Deal untuk guna DI-scount Number untuk dapatkan harga RM160/kotak. Ada yang dah habis guna, aku tau. Ada yang belum guna lagi sebab DI-scount Deal ni belum sampai 3 bulan lagi aku lancarkan jadi aku faham Ephyra korang belum abis lagi. Heheh. Takpe, sebab tu la aku buat DI-scount Number tu no-time limit. Jadi, boleh guna bila-bila.

But hari ni, aku ada new gift.
Setiap pembelian 2 kotak Ephyra pada harga RM197/kotak, akan dapat Victoria Secret product.
Ada 3 pilihan yang korang BOLEH PILIH SENDIRI, samada nak Body wash, Body Lotion or Body Mist.
Kuantiti terhad, ada 30 ketul je ni. Jadi siapa cepat dia dapat, pilih sendiri nak gift mana satu.
Tapi ingat! Kena beli 2 kotak terus, 2 x RM197 atau 2 x RM207.
Ada option di website, don't worry.

Memandangkan hari ni dan esok aku ada appointment, esok malam pulak aku dah balik Tganu sebab Rabu aku keje kat UMT, jadi semua yang order Ephyra and Fleur by Mrs Him, aku akan pos Isnin depan, ok?

Jangan lupa, SECRET Deal ni hanya untuk 30 set je. Maknanya 30 orang yang cepat dan pantas je dapat.



Jawapan dia senang - NO.

Ephyra tak menggangu birth control pills.
Yang menyebabkan period cycle tu bercelaru sikit adalah sebab Ephyra tu sendiri. Kalau tak ambik birth control pun, pengguna Ephyra yang pertama kali minum Ephyra akan dapat kesan period celaru ni. Aku pun kalau stop Ephyra dalam sebulan pastu minum balik, mesti bulan tu punya period datang 2 kali. Dah ramai dah yang berpengalaman macam ni. Tapi tak lama, selalunya the most sampai 3 kali period, the cycle tu huru-hara sikit. Lepas tu dah ok. Kebanyakkannya sekali period je huru-hara, pastu next month dah ok balik. Sesiapa yang ambik birth control pills, jangan risau. Korang boleh je ambik Ephyra and birth control.

Tapi birth control memang akan bagi side effect pada kulit. Kulit tend tu keluarkan pigmentation and nampak kusam. Proses pemulihan kulit tu mungkin akan ambik masa sebab at the same time birth control masih lagi diambil. Don't worry, macam reader ni cakap 'pelan-pelan kayuh' :).

Memandangkan hadiah 5 sachet extra dah takde, jadi bermula today, semua yang hantar testimoni kat aku, aku akan bagi extra 5 sachet dalam next purchase. Masa korang place order nanti, just bagi Testi Gift Code. Testi Gift Code ni aku akan emailkan pada customer yang testimoninya tersiar di blog.




2015-02-15

GERGAJI FOR KELANTAN and advert@xzizbiotech.com : Iklan 15 Feb 2015


Iklan 1




Dulu aku ada iklan kat blog sesape yang nak menyumbang untuk Cooking for Homeless.
This group yang diinspirasikan oleh Reni Diana (nama dia memang Reni Diana, bukan gabungan nama aku and nama dia) aim untuk cook and distribute makanan kepada gelandangan, pastu sebab sumbangan and sokongan pun overwhelming, projek ni dipelbagaikan kepada bantu orang-orang tua, OKU, and now banjir di Kelantan.

Boleh baca apa yang Cooking for Homeless dah buat untuk Kelantan dalam campaign 1 and 2.
Now, dorang nak lancarkan campaign ketiga - menyediakan tool set untuk orang-orang di sana baiki rumah sementara nak tunggu bantuan sampai.

Macam Pak Aji pergi baru-baru ni pun memang orang sana dah pesan, makanan dah terlampau banyak. Kalau boleh bagi lah dorang peralatan nak baiki rumah and barang-barang nak berniaga/bekerja. Sebab makanan memang ada, tapi takkan nak hidup dengan makan tido je kan. Dorang pun nak jugak kembali bekerja, nak jugak ada duit kat tangan. Jadi, kalau kita bantu mereka dengan peralatan berniaga/bekerja sebenarnya pun bagus juga.

Sampai bila nak tido dalam khemah.
2-3 minggu tahan lagi. Abis kalau dah makan bulan, sakit jugak menanggungnya especially yang ada anak kecik and orang-orang perempuan. Jadi, Cooking for Homeless nak hantar tool set ke sana. Kalau tak salah aku, tool set dorang nak sediakan ni anggaran harga RM130/set. Kalau mampu, sumbanglah RM130 sorang. Kalau tak mampu, berapa-berapa pun boleh. Janji, kita sedekah. Jangan malu nak sedekah walaupun RM1 (online transfer boleh accept minimum RM1). Masa klik CONFIRM tu niatkan dalam hati agar dengan sedekah ni Tuhan angkat kesempitan hidup kita.

"Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata "Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang bersedekah. Sedangkan malaikat yang lainnya berkata "Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan hartanya" (Bukhari dan Muslim)

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun : Qayyum Iskandar Sulaiman, CIMB, 7004551220.


Iklan 2



Iklan 3



Iklan 4



Iklan 5



Iklan 6



Iklan 7



Iklan 8



Iklan 9



Iklan 10



Iklan 11



Iklan Tuan Tanah



2015-02-14

GEMUK, HODOH and HITAM



Hodoh.
Gemuk.
Hitam.

Dari aku kecik sampai ke besor, belum ada lagi aku nampak secara majoritinya orang iktiraf GEMUK, HODOH and HITAM ni sebagai sesuatu yang cantik dipandang.
Sentiasa kurus dan putih tu dipandang cantik.
Muka cantik tu memang dah terang-terang lah cantik kan.

Dulu ada reader email aku, dia cerita pasal jodoh.
Tapi aku tak share pun email tu sebab dia tak mintak pandangan pun, dia cuma nak bercerita je. Dan aku pun tak reply-reply.
Dia cakap dulu dia ingatkan dia takkan kawen. Atau paling tak pun, dia akan kawen paling lambat sekali dalam family sampaikan mak bapak dia kalau bercakap pasal jodoh je mesti lebih risaukan dia dari kakak-kakak yang lain. Sebab dia kata berat badan dia time anak dara nak cecah 100kg. Belum pernah lagi orang tak kata dia ni mak orang. Semua ingat dia dah kawen dah ada anak sebab badan dia takde gaya-gaya badan anak dara. Kalau lepas solat kat surau ofis, dia segan nak beria-ia mekap sebab dia terasa macam orang pandang and cakap "Takyah mekap sangat la, kau tu gemuk takde sape pun nak pandang". Walaupun takde orang yang kata macam tu direct kat muka dia, tapi dari gerak mata orang, dia faham apa sebenarnya orang tu nak cakap.

Aku rasa pompuan ni dah cukup bernasib baik sebab persekitaran dia semua orang yang dah boleh guna akal, bukan budak-budak skolah. Kalau time skolah berat 100kg, konfem dah kena bahan. Tau je la kan perangai budak skolah. Aku pun selalu kena bahan dulu. Pantang je dalam buku teks ada gamba buah manggis, semua nak kaitkan dengan aku. Tu belum lagi cuti Deepavali, cuti Thaipusam. Semua pakat wish aku. Pastu lusa datang skolah dorang tanya "Kau tak angkat kavadi ke semalam?". Cam kimek. Aku angkat kaki nak? Pastu hayun kat muka kau.

Dalam beg skolah aku sentiasa ada topi.
Biasa la, topi free banyak kat rumah. Yang cop Nestle, yang cop Milo, yang cop UKM pun ada, jadi aku simpan satu dalam beg skolah. Kot-kot panas balik skolah nanti boleh pakai. Sebab aku malas bawak payung. Bila aku pakai topi nanti ada je mangkak yang tegur "Apesal kau pakai topi? Ko tak payah pakai la, kau dah hitam".
Gila kan perangai sekor-sekor macam mencibang.
Sebab aku itam la maka aku pakai topi ngangggg. Supaya tak makin itam.

Ok balik pada cerita reader tadi, akhirnya dia yang kawen dulu dalam adik-beradik dia yang lain.
Dan dia dapat suami yang tak gemuk pun.
Tapi pastu timbul cerita lain.
Orang kata suami dia dah kena ubat guna-guna.
Biasa la kan, mulut orang.
Apa yang tak berkenan kat mata, seboleh daya dia akan carik alasan untuk convincekan yang there must be something wrong somewhere.
Tapi orang-orang macam ni sebenarnya dia struggle untuk convincekan diri sendiri. Sebab yang tak boleh terima hakikat bukan orang lain, tapi dia je sorang.

Dipendekkan cerita, dia happy dengan family dia now, dah ada anak kalau tak salah aku.
And badan dia kurus sikit dah, agaknya penat jaga anak jaga suami jaga rumah.
Kesimpulannya kat sini, menjadi seorang yang gemuk mungkin tak segojes orang yang slim.
Tapi yang slim pun mungkin hanya dapat cantiknya saja, belum tentu dapat bahagia.
Sama la macam yang selalu dikata-katakan hodoh, hitam.
Di mata orang, cantik tu memang kita takde, tapi ada kelebihan lain yang Allah dah pakejkan sekali. Carilah, mesti jumpa.
Allah pun takkan bagi semua.
Kalau Dia bagi semua, nanti kita rasa kita perfect sangat.
Eloklah kalau kekurangan sikit sini sana, barulah nanti kita berpijak di bumi yang nyata.

Masa aku kecik, skolah rendah, tekanan dikeji ni lagi kuat.
Sebab kau tau je la kepala otak budak-budak.
Mengejek je la abis kuat dia boleh buat pun.
Dan kita yang diejek ni pun sama kecik jugak, apa sangat la kekuatan dalaman yang kita ada.
Paling kuat pun kita ejek balik.
Tapi aku tak berpeluang nak ejek balik orang yang ejek aku.
Aku rendah diri.
Sangat-sangat rendah diri.
Sebab dari kecik lagi aku dah biasa rasa diri aku kurang banding orang lain.
Masa skolah tadika, aku dihantar duduk rumah orang.
Disebabkan mak bapak aku bukan orang kaya, jadi aku dapat layanan berbeza dari anak-anak jagaan lain yang mak bapaknya bertitle Dr, bertitle Prof.
Aku rasa diri aku kurang. Aku rendah diri.

Masa aku skolah rendah, ada satu hari tu Pak Aji ambik aku kat skolah.
Kereta kitorang masa tu jenis station wagon je. Takde aircond lak tu.
Masa tu ramai budak-budak depan pintu gate skolah, semua nak balik rumah.
Aku ajak kawan aku naik sekali sebab rumah dia on the way nak ke rumah aku je.
Dia tak nak.
Rela dia jalan kaki sebab ramai budak tengok, kereta aku buruk katanya. Malu.

Kadang-kadang kalau balik kampung, nenek aku bawak balik baju-baju yang cousin-cousin aku kat Singapore dah taknak pakai.
Nenek aku simpankan untuk aku and Ima sebab kitorang je yang layan baju second-hand. Cousin-cousin aku kat Malaysia yang lain-lain tu kecik-kecik lagi. Tak muat pun nak pakai baju tu.
Seronok dapat baju 'baru' yang cantik-cantik. Tapi at the same time aku rasa kurang kat diri sendiri.
Ye la kan, pakai baju-baju orang dah taknak pakai lagi.
Terasa rendah diri.

Masuk skolah menengah rasa rendah diri tu kurang sikit.
Sebab aku dah immune, and aku dah tak ambik peduli orang nak cakap apa.
Aku buat je keje aku.
Penghujung Form 1 aku patah balik ke sekolah harian sebab quit dari asrama.
Masa hari pertama aku masuk balik ke sekolah tu (sebab aku penah quit Maahad sebelum tu), cikgu kelas aku nama Cikgu Che Yah bawak aku masuk bilik guru. Masa aku masuk bilik guru, cikgu-cikgu yang duduk berhampiran meja Cikgu Che Yah tegur, "Oh, ni ke yang keluar TKC tu?"
Wah glemer sekejapan. Terus rasa yakin diri tak semena-mena.
Siap ada cikgu cakap "Bagusla sekolah kat sini, kalau semua yang pandai keluar, apa aje yang tinggal kat skolah kita ni".
Hahahaha.
Jangan berangan ya cikgu, plis.
Saya ni bukan budak genius. Saya berjaya sebab saya rajin je.
Tapi dalam kebanyakkan masa saya pemalas. Jadi, jangan bergantung harap sangat lah ya.

Disebabkan aku dah immune kaw-kaw, di saat abang pengawas ejek aku MILO (sebab kulit aku Latino sangat agaknya), aku tak de hal dah. Sukati kau lah bang. Padahal aku pekat sikit je dari dia. Kira aku ni milo pekat la. Kaw. Dia Milo cair. Tak best. Mbahahahahahha.

Alhamdulillah, bila kita pandang sesuatu tu dari sisi cahaya, kita akan nampak benda positif.
Lama rupanya Allah 'train' aku.
Dari kecik aku dah 'ditorture' dengan kutukan, ejekan, rasa rendah diri, sebenarnya Dia nak aku belajar bertahan supaya di waktu aku benar-benar perlukan kekuatan dalaman, ketika tu aku dah bersedia.
Kau nak ejek aku itam now? Sukati.
Nak ejek aku gemuk berkerak? Sukati kau lah.

Sebab tak ada pencuri yang jadi kaya dengan hasil curiannya.
Dan tak ada orang yang jiwanya tenang dengan menyakiti hati orang lain.

Masa kecik-kecik dulu tergerak jugak nak ejek balik budak-budak yang ejek aku.
Tapi tak tau la apesal, memang habis kat hati je. Tak terluah pulak dengan perbuatan.
Bila dah terbiasa dengan "Biarlah...sukatilah...takpelah...", lama-lama rasa best pulak.
Sebab seriesly, yang menyebabkan hati kita sakit adalah kerana kita sendiri yang membenarkan perkara yang menyakitkan tu bersarang dalam hati.
Analogi dia mudah.
Kalau kau ada kat sebuah tempat yang tiba-tiba mengeluarkan bau busuk, kau nak stay ke kau nak blah?
Pilihan ada kat tangan kau.
Kalau kau nak stay kau hadaplah bau tu. Tapi pastu kalau kau mabuk pitam nak muntah, jangan memekak salahkan bau tu pulak. Dah kau yang nak sedut.
Kan lebih baik kau blah tadi.
Tapi kalau kau nak sedut jugak, tak salah. Cuma jangan merungut.

Siapa pun orang yang kita kenal, yang ada di sekitar kita, samada memuji atau mencemuh, semua tu ada peranan dalam hidup kita.
Yang sayangkan kita. Yang benci kita. Yang talam dua muka. Yang tak bertegur sapa. Yang ambil kesempatan.
Semua ni harus kita handle secara bijaksana.
Kalau diam tu lebih baik, maka kita diam.
Harus tau macamana nak tukar dosa mereka menjadi pahala untuk kita.
Sebab mereka ni semua adalah asbab untuk Allah menilai iman kita di mana.



Tuan tanah punya Iklan.

JUBAH AQEELA OOTD CONTEST


2015-02-13

OOTD #JubahAqeela



Kelmarin aku ada up kat IG tentang OOTD Contest by @fleurbymrshim.
Ini khas untuk customer Fleur by Mrs Him yang beli Jubah Aqeela.Tak kisah la Jubah Aqeela Vol 1 atau Vol 2, asalkan nama dia Jubah Aqeela, korang dialu-alukan untuk join this contest.

Tak sangka Jubah Aqeela ni akhirnya aku kena buat 2 kali.
Kali pertama dulu, dalam masa tak sampai 3 hari, sold out semua.
Terkejut gila guwe.
Disebabkan ramai yang mintak aku re-stock, maka aku buat lagi.
Tapi kali kedua aku buat kaler lain.

Jubah Aqeela Vol 2 aku buat extra sebab aku dah plan takkan buat lagi Jubah Aqeela dalam masa terdekat. Alhamdulillah, respond masih baik. Maybe sebab ada warna-warna baru. Jubah Aqeela betul-betul ingatkan aku dengan 'fenomena' peplum ribbon yang aku buat dulu.
Itu lagi 'huru-hara', merata-rata orang dok jaja gamba baju yang aku ambik kat beranda belakang rumah. Tak pasal-pasal glemer beranda aku.

Jadi, disebabkan aku nak 'berehat' dari produce Jubah Aqeela, aku buat this contest.
'Contest OOTD Sukati Aku' namanya.
Syarat senang gila, baca sendiri.



Senang sangat weh contest ni.
Ambik je kamera, pusing ala-ala Princess Elsa, pastu upload kat IG. Settle.
Apa sangat la yang payahnya kan.

2 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi set miniature empat-empat jenis perfume dalam gamba. Bukan seketul ya, tapi keompek-ompek sekali kau bawak balik. And aku sediakan 2 set.
Sebenarnya semalam aku buat tarikd tutup contest 15 Feb, tapi sebab ada yang baru bayar jubah semalam, kalau aku pos hari ni pun belum tentu sampai esok, jadi aku tukar tarikh tutup ke 23 Feb.
Lepas CNY la senang cerita.

Sape yang blom ada Jubah Aqeela tapi nak join, boleh la ke SINI (KLIK). Jubah ada lagi 25 helai. Tapi size aku tak jamin la ada ke tak yang korang nak. Kena check kat website ya.

Ok stop cerita pasal OOTD.

Sape ingat lagi dulu aku penah tulis pasal cara aku tido?



Style aku tido menurun kat panglima rupanya. Cuma aku lagi seksi la. Mbahahahahaha.




2015-02-12

Cukup syarat


Bulan lepas, waktu Subuh around 5.54am.
Now Subuh 6.10am.

Sejak seminggu dua ni aku selalu terfikirkan sesuatu bila aku Subuh.
Sebab bila masuk je waktu, aku nampak dari tingkap bilik aku, some jiran-jiran aku yang Melayu ada yang dah pun keluar dari rumah nak pi keje (gila kepoh nak perati orang kan).
Terdetik jugak dalam hati, cepat gila kau solat. Azan tak abis lagi ni.
Tapi, aku assume dorang akan singgah mana-mana masjid tepi jalan untuk Subuh.
Ataupun solat kat opis.
Ataupun dorang akan solat je dalam kereta.

Sebenarnya aku teringatkan diri sendiri.
Dulu, tahun 2003, aku dapat keje kat Prudential Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur (HQ).
Aku sebagai Medical Underwriter.
Waktu tu aku belum ada lesen walaupun dah ada kereta Kancil Mak Aji belikan.
Jadi aku takde pilihan melainkan naik komuter untuk pegi keje.
Ofis start pukul 8.30am kalau tak salah.
Kalau dari Subang Jaya keluar pukul 6.30am naik kereta pun aku tak rasa kau boleh sampai kat Jalan Sultan Ismail tu dalam masa sejam. Inikan naik komuter.
Kalau aku naik komuter pukul 6.30am, agak-agak pukul berapa aku kena keluar dari rumah? Padahal Subuh 6.10am. Rumah aku bukan belakang stesen komuter ya. Dari rumah sewa aku dulu (USJ21) nak ke stesen komuter Subang Jaya tu kena lalu berapa bijik traffic lite, campur dengan kereta semua dah keluar nak pi keje lagi. Selalunya aku akan keluar paling lambat 6.00am. Tu pun berlari-lari sebab tren ni kadang-kadang musibat pulak datang awal 10 minit. Dah la kena naik jejantas sebab hala nak ke KL kat seberang sana. Watson Nyambek pun kalah kalau berlari ngan aku time ni. By the time masuk dalam komuter, ketiak aku dah lecak.

Sepanjang aku keje kat KL, aku banyak qada' Subuh and Maghrib.
Jangan tak caya, dulu aku siap ada buku untuk aku buat carta solat supaya aku ingat solat mana yang aku belum qada.
Lebih kurang dalam tu aku tulis camni :

Isnin : Subuh tak solat.
Selasa : Maghrib tak solat.
Rabu : Dah qada' Subuh Isnin.
Khamis : Subuh tak solat.
Jumaat : Dah qada' Maghrib hari Selasa.
Sabtu : Dah qada' Subuh hari Khamis.

....and the list goes on.

Keje aku asik la mengqada' solat.
Kadang-kadang terbabas minggu depan baru qada' Subuh minggu ni. Gitulah.
Lepas 9 bulan, aku resign. Aku tak rasa ini life yang aku nak lalui. Aku tak pernah imagine diri aku live in KL. Jadi aku taknak sepanjang hayat aku kena berulang dari Subang Jaya ke KL. Nehi. Jadi, aku quit.

Benti dari Prudential, aku dapat keje kat USJ7.
Gila 10 minit je dari rumah aku.
Masuk kul 8.30am, keluar dari rumah rilek je kul 8.10am siap boleh benti kejap tapau mee goreng.
Masa ni aku dah ada lesen.
Ofis dah la dekat, takyah lalu tol, pakai Kancil minyak pun save. Syurga betul rasanya dapat keje dekat dengan rumah.
Keje Sales and Marketing.
Tapi keje kat Chinese company. Surau tak disediakan. Nak solat, solat dalam store.
Tapi disebabkan aku banyak habiskan masa kat luar ofis, jadi solat tak jadi masalah sebab boleh singgah mana-mana surau time appointment nanti. Selalunya, aku tumpang je surau kat Universiti. Tak pun kalau ada keje kat Bangi, aku balik jap rumah Mak Aji.

Tapi, kali ni ujiannya berbeza.
Walaupun masa untuk solat tu ada, tapi aku terkejar-kejar.
Tau je lah kan, kalau dah jumpa customer tu bukan boleh fixkan masa. Kena pulak time customer ajak bersembang sampai 2 jam, ke laut lagi solat aku jawabnya.
Lepas habis customer A, rush pi customer B.
Kadang-kadang ada masa cuma setengah jam je. Mana nak solat, mana nak bersiap semula, mana nak bawak keta lagi berkejar ke next customer, mana nak melilau carik parking lagi.
Time ni kalau solat pun sekadar solat buat cukup syarat supaya aku tak payah qada'.

Alhamdulillah, tahun 2005 kot aku naik jadi Sales Manager untuk division aku.
Masa ni anak-anak buah pulak yang lebih banyak buat sales. Legalah sikit aku.
Company pun dah berpindah ke tempat yang lagi besar, and dia sediakan surau.

Tahun 2007, aku jump pi company lain.
Dalam company ni aku sorang je Melayu. Islam.
Lagi sekali aku terpaksa lalui situasi 'solat cukup syarat'.
Terkejar-kejar nak solat. Kadang-kadang terbabas, balik rumah qada sampai 3 waktu!
Dengan keje yang tak tentu masa. Sometimes 11pm baru nak balik. Pastu sambung buat keje kat rumah lagi sampai 2 pagi.
Walaupun gaji lebat, and disebabkan aku easily can hit total sales 700K-1M every month, komisyen aku sedap.
Tapi deep down aku tak tenang. Macam incomplete.
Mungkin sebab aku pun dulu jahil nau dengan baju tersiat sana sini. Ditambah lagi dengan kejenya asik mengqada solat sepanjang tahun, jadi aku mudah rasa lost.

Aku tak pernah mintak untuk ada bisnes sendiri, setup company sendiri. Never in my life aku imagine macam tu. Aku cuma always imagine one day aku akan jadi bos. Bos kat mana aku tak kisah, janji bos.

Tapi perancangan Tuhan tu tak terjangkau oleh pemikiran kita.
And Dia lebih mengetahui apa yang terbaik.
Tup tup, dia hadirkan semula ex-bos aku selepas hampir setahun kitorang tak berhubung.
Lepas 2-3 kali jumpa and talk about future, aku nekad resign.
Kitorang setup company sendiri.

Perjalanan dia tak easy. Up and down.
Tapi alhamdulillah dari tahun 2008 sehingga now, I am still here, doing good.
Tahun pertama tu sakit sikit la sebab dah biasa gaji sedap tetiba kena ambik RM1500 je sebulan sebab nak cut cost kat banyak benda. Tahun kedua dah selesa banyak.
Bila tahun 2010 aku pindahkan ofis ke Putra Heights, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiiii selesa banyak.
Dari opis dah nampak bumbung rumah aku.
Pulak tu aku ada pilihan nak masuk opis pukul berapa, nak balik pukul berapa, nak masuk opis ke tak, nak solat kat surau or dalam bilik sendiri, nak solat kat opis atau balik rumah kejap.

Mula-mula aku rasa ini adalah nikmat.
Lama-lama aku realized ini sebenarnya ujian.
Dan betullah, ujian kesenangan tu lebih susah sebab seringkali kita rasakan itu adalah nikmat.
Mungkin selama ni Dia tau aku tak suka hidup dalam keadaan terkejar-kejar.
Jadi Dia bagi aku nikmat ada bisnes sendiri, ada company sendiri, dekat dengan rumah pulak tu, Dia sebenarnya sedang test aku apa agaknya yang aku akan buat dengan semua keselesaaan ni.
One day tetiba macam zappppppppp masuk ke otak, aku terasa Dia cakap "Ok now aku bagi kau opis dekat, bisnes sendiri, takde masalah masa. Aku nak tengok apa lagi alasan kau".

Takde alasan untuk tak solat awal waktu.
Takde alasan untuk tak berzikir lepas solat.
Takde alasan untuk tak baca Quran lepas solat.
Takde alasan untuk tak buat solat sunat lepas solat fardu.

Memang takde alasan dah.
Nak pulak kalau hari tu aku rasa nak work from home.
Lagilah takde alasan.

Bila every morning aku nampak ada antara jiran-jiran aku yang Melayu yang dah terpaksa keluar pi keje walaupun azan Subuh masih lagi berkumandang, aku rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku ada now.
Kesian dorang, mungkin terkejar-kejar nak solat Subuh di tengah jalan nanti.

Orang yang makan gaji mungkin berat sikit nak bangun pukul 4.00 pagi untuk buat ibadat sunat. Bukan tak boleh. Boleh. Tapi aku pun pernah keje makan gaji. Memang berat nak bangun awal sebab takut kat opis nanti ngantuk tak dapat nak nap kejap.
Takpe, Tuhan Maha Penyayang dan Maha Memahami kemampuan setiap hambaNya.
Dia faham masalah mereka-mereka ni.

Tapi kalau aku yang tak payah terkejar-kejar nak keluar rumah pukul 6.30am masih lagi nak bangun pukul 5.45am, maka takde beza lah kot aku keje makan gaji dengan keje sendiri.
Right?
Orang yang berharta akan disoal di akhirat kelak apa yang dia buat dengan hartanya.
Orang yang berilmu pula akan disoal apa yang dibuat dengan ilmunya.
Jadi, aku rasa takde beza kot kalau yang ada kelapangan masa nanti juga disoal tentang apa yang dibuat dengan kelapangan masa yang diberi.
Jadi aku harap aku dah pun menjawab soalan 2-3 orang reader yang tanya kenapa aku bangun pagi awal sangat.

Aku syukur Dia sedarkan aku untuk realize semua ni.

Mungkin nilah yang dikatakan 'rezeki setiap orang tak sama'.
Jangan hanya menilai rezeki tu pada wang ringgit semata-mata.
Rezeki tu datang dalam perbagai bentuk, dengan pelbagai cara.
Aku anggap kelebihan yang Dia anugerahkan pada aku ni adalah rezeki yang sangat besar dan tak ternilai yang aku perlu gunakan peluang ni sebaiknya.

Aku doakan kalau ada sesiapa yang berada dalam situasi aku dulu 'solat cukup syarat', mudah-mudahan Allah angkat kesempitan tu dan beri kemudahan dalam setiap urusan akhirat.
Insyallah, bila kita dulukan urusan Allah, Dia akan uruskan yang lain-lain untuk kita.




2015-02-10

Rutin


HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAIIIIIII!!!!

Bajet sangat siap nak hai hai, macam la reader blog kau ramai sangat kan.

But seriesly, bila dah lama tinggalkan blogging (tak lama mana, baru Khamis lepas), now nak start balik rasa lemau. Padahal blogging je pun. Bukan suruh tulis artikel ilmiah ke hape kan. Merepek seperenggan dua jadiklah, betul tak?
Tapi tetap rasa lemau.
Ni lah yang dikatakan, kalau kita stop buat sesuatu, bila nak start balik rasa slow. Dan malas.
Ujung-ujung, tinggalkan terus.
Jadi, kalau nak momentum tu meningkat, kena buat sesuatu secara konsisten. Walaupun hanya berblogging. Because how you do anything is how you do everything.
Wahhhh gitu motivasi untuk diri sendiri namanya.

Beberapa hari tak pegang keje, alih-alih semalam baru nak check semua email, ternyata telah membengkakkan lengan kanan aku skarang. Siap pakai Salonpas. Gila over siap nak tampal koyok bagai. Tapi memang sakit ni. Punca tak berapa pasti, tapi aku syak menulis dan menaip secara pukal sejak semalam dan hari ni, TANPA HENTI.
Ni semua sebab Ephyra Happy Hour.
Dan keduanya sebab akaun universiti dah bukak, jadi banyak quote request dah start masuk.
Penat, gelabah tapi seronok.

Mula-mula aku nak mintak maaflah kepada customer Ephyra yang terutamanya sebab 'meninggalkan' korang tercangak-bangak selama beberapa hari. Mesti korang rasa tak tentu arah sebab aku tak respond email bila nak hantar barang. Mesti ada yang rasa aku tipu dia. Lebih-lebih lagi yang first time beli dengan aku.

Minta maaf banyak-banyak.
Sememangnya aku tak dapat nak menjengah ke internet lansung. Henfon pun takde internet coverage, nak call pun harap miracle 1 bar je. Betul-betul macam outcast. Ntah nombor mana naik kejap 04, kejap 09, kejap 06, semua aku pandang sepi je. Agaknya semua tu customer aku kot - USM, UMT, UNIKLMIcet. Aku tawakal ajelah. Kalau termiss peluang bisnes, redha. Kalau ada rezeki, ada lah nanti kendian-kendian.

Aku nampak email-email korang masuk, tapi toksahkan nak reply, nak baca pun loading gila bapak punya lama. Aku cuma boleh doa supaya korang sabar je sampai aku balik opis Isnin (semalam). Tu pun nasib baik aku sempat naikkan entry ACHTUNG. Rasanya semua yang buat payment dah dapat tracking number, maybe ada yang dah dapat pakej. Cuma ada 1-2 orang yang payment ada problem, aku pun tak tau kenapa. Dorang kata dah buat payment tapi kat bank statement aku tak appear apa-apa. Mudah-mudahan boleh settle cepat.

Ok, mula-mula nak bagitau pasal EPHYRA NEW OFFER.



Kalau korang masuk balik website, aku dah tukar option Ephyra.
Now, pembelian 1 kotak Ephyra hanya dapat Ephyra 30 sachets and shaker.
Tapi, korang boleh pilih gift, samada nak gift Skin Bar ATAU gift Extra 5 Sachet Ephyra.
Puncanya adalah kerana Skin Bar kita dah stop bagi free. Ni pun aku baru dapat tau dari HQ. Padahal rupanya dari 31 January lagi semorang dah last dapat skin bar. Patut la kejap-kejap masuk email "Kak, saya nak beli skin bar boleh?".
Aku cam pelik jugak apehal budak-budak ni nak beli skin bar, kan ke aku bagi free. Yang kau nak beli tu dah kenapa.
Rupanya now memang dah takde free skin bar.
Tapi disebabkan aku terer (mbahahahahahhaha), jadi aku tukar offer aku kepada pilihan gift.
Sesiapa yang beli Ephyra bermula pukul 10 pagi semalam, semuanya dah pakai option pilihan gift ni.
Tapi hanya untuk yang beli sekotak je ya. Korang boleh choose nak sabun or nak extra Ephyra.
Yag beli DI-scount Card Pakej, tak dapat apa-apa free gift sebab korang dah entittled dapat diskaun for future purchase.

Ok stop pasal Ephyra.

Pasal entry saiko tu aku dapat banyak email.
Rasanya ni mesti new reader.
Sebab dorang tanya apesal sikit sangat kes saiko tu buat kat aku.

Sebenarnya banyak ya.
Aku pernah tulis 3 entry pasal dia sorang aje.
Ada dalam blog ni, pandai-pandai la korek.
Malas pulak aku nak cerita panjang-panjang pasal dia.
Kang tak pasal-pasal mood aku lari. Dah la mood aku tengah baik ni.



Thank you reader.
Penah ada sorang lagi email aku tanya pasal ni tapi aku lupa terus, ujung-ujung email tu pun aku tak tau nak retrieve camana. So sebelum aku lupa lagi, ni aku jawab sikit.

Sebenarnya kan, kalau nak ikutkan penat, aku rasa semua orang pun balik keje mesti penat punya.
Lebih-lebih lagi yang takde maid.
Aku penah rasa gap 3-4 bulan takde maid, memang menguji ketahanan betul la. Kena torture time BTN dulu pun tak sehebat jadi working mum aku rasa. Balik je keje, campak beg, terus capai penyapu. Aku pulak jenis yang once aku dah start pegang penyapu, aku akan pegang mop jugak pastu. Pastu bila nak bilas mop tu kat toilet, terus aku park bontot aku dalam toilet tu cuci toilet pulak. Ujung-ujung aku gila exhausted. Tu yang kadang-kadang En Wan nampak aku masak sambil nangis tu. Sebab kepenatan sangat. Padahal boleh je sapu rumah takyah mop. Ujung minggu barulah mop and basuh bilik air sekali. Tapi aku tak reti nak tunggu. Rasa macam keje separuh jalan pulak kalau tak mengemop lepas menyapu.

Tapi walaupun aku ada bibik, memasak aku buat.
Bilik aku, aku kemas. Bilik air aku, aku basuh.
Bibik buatlah keje-keje lain like sapu laman, basuh posrch (tu pun seminggu 2 kali je), menyapu, mengemop. Bilik air rumah aku walaupun ada 6, tapi bibik cuma basuh 2 bilik air je. Sebab lagi 2 tu kalau ada tetamu datang je baru guna. Same goes to bilik tido, walaupun ada 6, tapi bibik cuma kemas bilik dia and bilik mak je sebab anak-anak aku semua tido bilik mak. Lagi 2 bilik cuma guna kalau ada tetamu. Lepas tetamu balik baru dia kemas. Aku rasa senang gila kot keje bibik. Kalau rutin pun cuma menyapu and menggosok. Yang lain semuanya seminggu 2 or 3 kali. Aku rasa aku yang lagi penat kot dari bibik.

Rutin aku simple je, macam working mum yang lain. Takde beza.

1. Pagi bangun 430am.

2. Kul 8am beli nasik lemak (kalau malas buat breakfast). Redza and En Wan tak boleh makan pagi-pagi, jadi dah selamat dah aku satu perkara.

3. 9am keje. Bergantung pada schedule hari tu. Kalau takde appointment, aku duduk rumah je buat keje from home. Tapi, waktu keje aku tetap akan habis pukul 7pm walaupun buat keje dari rumah. Kalau ada appointment baru jadual berubah. Kadang-kadang balik awal, kadang balik malam.

4. Kalau balik awal, atau aku keje kat rumah, aku akan memasak. Dan selalunya memang aku akan balik awal. Jarang aku balik lambat, maybe sebulan dalam 4-5 kali je. Kecuali outstation. Kalau extra rajin, masak lah best-best sikit. Kalau badan rasa lemau, lauk pun cincai je la.

4. Kalau kebulur, kul 630pm aku dah dinner. Kalau tak, selalunya lepas Isyak baru aku makan sebab aku malas nak bangkit dari sejadah. Kang dah start bangun macam-macam hal aku nak buat. This is the moment yang best la. Sebab in between Maghrib and Isyak ni lah time aku membaca. Tak kisahla baca apa pun janji membaca. Selalunya waktu-waktu ni Redza and Rayyan ada je dalam bilik kitorang sekali. Redza kadang-kadang study ngan bapak dia, kadang-kadang layan iPAD. Rayyan pulak main.

5. Lepas makan selalunya santai. Samada lepas tu tengok TV, atau aku main ngan Rayyan, layan Redza merepek, or kalau terlalu banyak keje nak settlekan, aku akan sambung buat keje.

6. 11pm, lepas perambat Redza and Rayyan masuk tido, barulah aku tido. Kadang-kadang baca buku or sambung tengok tv.

Biasa je rutin ni.
Takde spesel apa pun. Sama je macam orang lain.
Sebab tu bila ada reader yang tanya camana aku manage life, uruskan bisnes, aku pun tak tau nak cakap apa. Sebab rutin yang normal je, takde special pun. Kalau special pun maybe sebab aku ada pilihan untuk buat keje kat rumah. Kalau keje luar pun, aku ada pilihan untuk balik awal. Kat situ ada bonus sikit lah yang Tuhan bagi jadi kurang la sikit letih kot, takde sangkut ngan jem, takde tunggu train. Tapi jangan ingat aku tak pernah rasa semua tu. Pernah sangat-sangatnya.
Pernah rasa tunggu komuter sejam.
Pastu berimpit pulak sampai penyek tetek.
Pernah rasa kul 630pagi dah ada dalam komuter.
Pernah rasa kena stayback sampai 11malam pastu jalan kaki ke stesen Dang Wangi sorang-sorang naik LRT balik rumah.
Masa keje kat Shah Alam and Kelana Jaya, sangkut dalam jem adalah biasa. Tu pun pernah lalui.
Alhamdulillah, sekarang selesa lah sikit. Nanti aku cerita kat entry lain pasal ni. Ada benda yang aku nak share.

Later.


2015-02-06

Achtung!


Morning All.

Ni just pengumuman untuk customer Ephyra and Fleur by Mrs Him.

Sesiapa yang buat payment start Rabu petang ataupun payment released dalam akaun aku pada hari Rabu petang, semalam dan hari ni,  order korang akan dihantar Isnin depan. Aku dah inform earlier dalam entry sebelum-sebelum ni tapi ni aku ingatkan balik kot-kot ada yang terlepas pandang.

Next Monday baru pos ya.

Yang dah hantar prove of payment, aku akan cuba respond the soonest. Sini Internet connection gila bahabs lembab.

Today LAST DAY Promo Happy Hour Ephyra.
Klik link di ruangan HIGHLIGHTS untuk maklumat lanjut ok?

Bye.

2015-02-04

Lelaki saiko


Boifren saiko.

Again, semalam tak memasal aku mimpi nak kena bunuh lagi dek exbf.
Ni semua penangan baca berita kes budak UiTM kena kelar ngan kawan lelaki dia tu. Hish, selisih.

Memang lepas baca berita tu, aku jadi tak sedap hati je.
Tiba-tiba terkenang-kenang kes aku dulu.
Nak pulak budak yang kelar ni guna pisau lipat. Dem!
Kes aku dulu pun pakai pisau jenis lipat gak.
Memang saiko-saiko ni semua trademark dia bawak pisau lipat kot.
Oh lagi satu, exbf aku dulu selain bawak pisau lipat, dia juga suka bawak satu set nail clipper.
Pastu dia suka main-main pisau nail clipper tu.
Masa zaman bercinta macam nak rak dulu aku terasa safe la jugak bila boifren sentiasa ada 'weapon' di tangan. Rupanya saiko.

Sedih jugak kalau budak lelaki tu tak dapat didakwa atas alasan dia sakit mental.
Kesian mak bapak arwah budak perempuan tu.
Nak ambik tindakan undang-undang pun tak dapat kan.



Semalam aku up-kan status kes budak kena kelar tu, kat FB.
And hasilnya, kawan-kawan aku yang terlibat secara lansung and tak lansung dalam kes aku dulu bagi komen.
Aku malas nak carik balik entry aku pasal exbf ni. Yang penah baca tu tau lah. Yang belum penah baca, pandai-pandai kau lah carik sendiri. Dah berkali-kali jugak aku blog about this issue. Aku rasa aku masih lagi troma kot. Aku penah cerita dengan detail pasal kes exbf aku ni sampai 3 entry. Pandai-pandai la cari kat archive.

Yang tak pernah ada pengalaman berdepan dengan boifren saiko, janganlah mudah nak tuduh arwah tu sembarangan. Aku baca ada yang mengata arwah "Kalau anggap kawan biasa, kenapa melayan? Kenapa nak berdua-duaan?"

Kalau takde pengalaman, jangan banyak bunyik.
Hanya yang pernah berdepan dengan lelaki saiko je yang tau kenapa lelaki tu harus dilayan sebegitu. Spesis saiko ni ada satu macam kepelikan yang tak boleh dilayan macam orang biasa walaupun dorang kelihatan normal. Yang takde pengalaman akan senang cakap "Apesal tak buat dek je? Apesal tak report polis? Apesal tak lari?"

Aku adalah mangsa exbf saiko.
Alhamdulillah, aku masih hidup, dan insyallah, sikit sebanyak pengalaman aku, boleh la aku share-share ngan korang.

Macam kes budak perempuan tu, dia sangat cantik.
Dan kita semua boleh agak kenapa lelaki tu saiko semacam.
Macam kes aku, cantik tu memang konfem aku takde.
Mungkin exbf aku saiko sebab aku ada apa yang dia idamkan selama ni.
Aku syak dia perlukan aku sebagai sumber kewangan dan kemewahan.
Aku tak kaya. Tapi kalau nak bandingkan dengan keadaan dia, dia akan nampak aku ni macam kaya gila. Padahal tak pun.
Aku memang suka bagi gift. Dari kecik aku suka bagi something kat orang lain walaupun cuma origami beg duit dari kertas. Masa bercouple dengan dia, aku selalu belikan dia baju and seluar sebab aku rimas tengok dia balik-balik pakai baju tu. Balik-balik pakai seluar tu.
Aku tengok dia ni macam tak berduit je, jadi aku pun hadiahkan la baju and seluar.
Aku nak ubah penampilan dia biar nampak lagi semenggah di mata aku.
Eh lama-lama dia naik lemak.
Asal pegi outing je dia pulak mintak aku belikan dia baju.
Makan pun dah nak yang sedap-sedap je. Padahal masa memula aku ajak dia makan KFC pun terpisat-pisat. Ujung-ujung dia pulak tarik aku masuk KFC, tapi aku manjang bayor.

Niat aku cuma nak bagi dia seronok. Sebab aku paham dia bukan orang senang.
Walaupun hakikatnya, aku sendiri tak gamak beli barang branded untuk pakai sendiri, tapi untuk orang yang aku sayang, aku tak kisah spent ratus-ratus.
Baju pertama aku hadiahkan kat dia T Shirt MAUI.
Dulu kan trend pakai brand Maui. Aku belikan dia. Walhal aku sendiri sehelai pun takde brand ni.
Pastu aku belikan sweater BUM, T Shirt BUM, seluar slack and kemeja Pierre Cardin, Pierre Balmain.
Rupanya barang-barang branded ni menjadikan dia tambah berlagak (time blaja tahun 1995 ni kira dah mahal habis).
Aku yang keluarkan duit belikan dia barang tu pun rilek je. Dia lak eksyen lebih-lebih. Tak paham apesal kau nak kerek.

Sebenarnya, semua manusia ada ciri-ciri saiko.
Antara obvious ngan tak je.
Zaman kita bercinta, kalau bab merajuk, bergaduh purak-purak sentap ngan boifren - ni pun namanya saiko. Cuma saiko yang suwit gitu.
Tak semestinya lelaki. Pompuan pun ada yang saiko.
Tapi sebab aku berpengalaman dengan exbf yang saiko, maka aku cerita pasal lelaki lah.

Tak mudah sebenarnya nak melayan karenah boifren saiko ni.
Aku boleh imagine apa yang arwah budak perempuan tu lalui. Emosi kita sangat diganggu. Bukan hanya dari si saiko tapi dari orang sekeliling yang kurang faham situasi.
Sebab aku pun pernah gak jadi bahan umpatan dulu.
Orang dok bercakap-cakap "Kata dah ada balak kat Jepun, tapi kat sini masih lagi naik moto berdua dengan exbf! Kuar makan berdua!"

Kau ingat aku hadap sangat naik moto berdua dengan dia?
Kalau aku tak ikutkan kehendak dia, ntah-ntah aku pun dah arwah.
Orang saiko ni tak boleh terima rejection.
Dia tak boleh tolerate kekalahan.

Kawan-kawan aku pun mula-mula dulu tak paham.
Dorang sound aku apesal aku melayan kerenah exbf aku tu.
Kalau dia belikan aku kek, aku kena makan.
Kalau dia belikan aku nasik, aku kena makan.
Kalau dia datang ajak aku gi outing, aku kena ikut.
Bukan aku nak, tapi aku terpaksa.
Sebab kau takkan tau apa akan berlaku kalau aku rejek dia.

Orang macam ni takde rasa segan and malu.
Dia kisah apa kalau dia perlu bertempik marahkan aku kat public.
Orang saiko ni kuat berdrama.
Dia mampu yakinkan orang lain yang hidupnya teraniaya.
Macam kes aku, kebanyakkan kawan-kawan di UNIMAS ingatkan memang aku la punca kepada 'penyakit' dia ni.
Seolah-olah aku yang buat dia jadi separuh gila.
Padahal dia memang gila sejak azali.
Dia akan buat orang ramai percaya yang dia berada di pihak yang benar.
Sebab tu kalau kau tengok cerita kat filem-filem saiko, selalunya ujung-ujung baru orang sedar dia sebenarnya saiko. Dan mampus dia cincang 24 orang, barulah masyarakat sedar yang dia sebenarnya saiko.
Dan disebabkan tu lah aku terpaksa layankan aje karenah dia.
Sebab aku taknak dia menggila.
Orang macam ni kalau dah start menggila, dia tak dapat kau, kawan-kawan kau pun jadik.
Aku taknak kerana aku, orang lain dapat tempias. Sebab tu aku terpaksa bertindak secara halus tapi tindakan aku tu selalu disalahertikan oleh kawan-kawan yang tak paham. 

Aku ingat lagi, kawan-kawan serumah (3 orang) zip mulut taknak bercerita apa-apa bila exbf aku tanya ke mana aku pergi. Dorang sendiri sebenarnya dalam ketakutan sebab exbf aku asik tanya-tanya desak-desak mintak bagitau mana aku menghilang. Sebenarnya masa tu aku dah balik Semenanjung, untuk bertunang. Selagi aku tak bertunang, kawan-kawan aku taknak bagitau sebab jangan main-main dengan orang saiko. Dorang ni spesis yang boleh buat and sanggup buat apa saja. Kalau dia tau aku balik untuk bertunang, he can right away pi airport, beli tiket, balik Semenanjung sehelai sepinggang semata-mata nak rosakkan majlis.

Nasib baik kawan-kawan serumah aku dulu boifren-boifren dorang pun budak UNIMAS jugak. Walau dalam ketakutan sepanjang seminggu aku balik bercuti tu, at least dorang ada la jugak lelaki yang boleh bantu dorang kalau apa-apa hal.

Masa aku nak balik bertunang, aku susun plan aku baik-baik supaya exbf aku tak dapat kesan apa-apa. Baju-baju aku, kawan-kawan aku dah tolong bawakkan sikit-sikit, simpan kat rumah sewa kawan aku yang lain (ada kawan yang menyewa kat luar kolej). On the day aku nak balik Semenanjung, member aku datang ambik aku dengan moto dari kolej ke rumah sewa kawan aku.
Dia nampak aku naik moto. Dia tanya nak gi mana.
Aku cakap aku nak tido rumah geng-geng perempuan aku.
Dia tak suspek apa-apa sebab nampak aku naik moto sehelai sepinggang padahal kat sana budak-budak ni dah readykan bag baju aku.
Sampai je rumah kawan, dorang dah standby masukkan beg aku dalam kereta, terus zasssssssssssss pi airport.
Kawan-kawan aku tunggu sampai aku dah masuk kat dalam, dah konfem selamat, baru dorang balik. Apa yang jadi kat dorang pastu aku tak tau. Tapi aku tau dorang ketakutan sebab exbf aku dok mengacau dorang tanya aku pegi mana sebab dia dok mencari aku.

Mesti ada yang rasa pelik, apesal dah nak bertunang pun masih nak sorok-sorok, masih nak takut dengan exbf?
Sebab tu aku kata, yang tak berpengalaman dengan lelaki saiko takkan paham.
Orang saiko ni kisah apa kau bini orang sekalipun.
Bagi dia, kalau dia nak kau, dia kena dapat.
Kalau dia tak dapat, orang lain pun jangan dapat.

Kawan baik aku, Apeng, sanggup keluar duit sendiri beli tiket balik Semenanjung, semata-mata nak teman aku sehingga majlis bertunang aku selesai.
Bila majlis dah selesai, Apeng call member aku kat UNIMAS "Ok, dah settle. Diana dah bertunang".
Dah macam kes hape je.
Nasib baik balik ke Kuching semula lepas bertunang tu, En Wan teman.
Tapi cara-cara dia teman pun, tetap jadik hal.

Kitorang sampai Kuching Airport, malam.
Kawan aku nama Mazlan fetch aku, En Wan and Apeng dari airport, bawak balik tido rumah dia.
Esoknya tu, dorang tak kasik aku gi class. Dorang kata takut keadaan jadi huru-hara. Dorang suruh aku menyorok je kat rumah sewa. Maka, tinggallah aku ngan En Wan berdua kat dalam rumah sementara yang lain-lain gi class.

Mazlan ni coursemate exbf aku.
Pagi tu, kat kolej, Yan (gf Mazlan) tanya "Ali (bukan nama sebenar) datang class tak?"
Mazlan cakap "Tak".
Pastu dorang ter-paused kejap.

.....and terus pecut kereta balik rumah sewa.
Dorang suspek exbf aku tak datang kelas sebab nak pecah masuk rumah Mazlan nak carik aku.
Rupanya exbf aku tau aku ada kat rumah Mazlan.
Jangan tanya camana dia boleh tau.
Orang saiko memang tau semua benda.

Memang betul pun.
Tengah aku ngan En Wan lepak-lepak, aku terdengar macam bunyik moto yang dimatikan enjin masuk dalam kawasan rumah.
Exbf aku ni ada satu penyakit suka matikan enjin moto awal-awal sebelum sampai ke destinasi. Nanti tau-tau je dia dah ada depan pintu rumah kau.
Pernah dulu dia nak spot check aku, dia matikan enjin moto awal-awal pastu sorong moto sampai depan pintu. Dari luar tingkap dia berdiri tengok kitorang semua terkangkang tersiat kat dalam rumah. Dah la kawan-kawan aku pakai tudung. Kat rumah memang semua free hair dengan baju tido segala. Tau-tau je kawan aku menjerit dia ingat nampak hantu kat luar tingkap. Rupanya exbf aku berdiri kat luar tu. Ntah berapa lama dia ada kat porch dok perati kitorang pun aku tak tau. Bila masa dia bukak gate takde sorang dengar.
Macam penyangak kan?
Aku cukup menyampah tebiat dia yang satu ni. Menyampah gila sampai rasa geli pulak lelaki macam ni wujud.

Disebabkan aku dah biasa dengan dia punya tektik matikan enjin moto ni, aku boleh terasa yang dia dah sampai kat kawasan rumah. Aku panggil En Wan masuk bilik, kunci.
Pastu aku dengar dia berjalan ke pintu belakang.
Pelik gila kan perangai?
Kau datang rumah orang taknak ikut pintu depan, tapi kau masuk ikut pintu belakang. Motifnya apa?
Aku dengar dia try umpil tombol pintu.
Ya Allah, aku cuak gila. Nak nangis dah. Nasib baik En Wan ada.
En Wan tanya "Apesal nak takut? Dia touch tunang Abang, dia tau la nasib".

Aku cakap jangan buat pasal.
Kau tak kenal orang saiko macamana, kau jangan nak buat apa-apa. Kang dengan kau-kau sekali kena hentak sebab aku tau exbf aku bawak pisau lipat kemana-mana.
Dalam pada aku gelabah-gelabah pikir apa nak buat, tau-tau dia dah masuk dalam rumah.
Aku terus bukak pintu bilik and buat-buat terperanjat "Eh, bila sampai?"
Se-cool yang boleh aku cuba berinteraksi padahal jantung aku ni kalau boleh keluar dari badan, dah melompat sampai ke gate depan agaknya.

En Wan keluar bilik.
Aku kenalkan kat dia "Ni Wan".

Dia sebenarnya tau aku bercinta dengan En Wan, tapi ntah la apesal, dia tetap buat aku macam awek dia.
Dia angguk and salam Wan.
Terus dia duduk kat depan komputer Mazlan. Senyap.

Alhamdulillah Mazlan and Yan sempat sampai rumah just on time.
Aku tak tau la berapa pecut si Mazlan bawak kereta.
Mazlan masuk rumah nampak exbf aku dalam rumah dia, dia pun buat-buat tanya "Eh, kau ada sini? Patut la aku carik kau kat kelas takde. Kau datang carik apa?"

Pastu dia sembang apa aku tak tau.
Apeng ngan Yan terus meluru kat aku, tarik aku masuk bilik.
Kesian budak-budak ni, hari tu dorang ponteng kelas sebab nak teman aku.
Tapi dorang memang suka ponteng pun. Mbahahaha.

En Wan tau aku terpaksa melayan exbf aku.
Kesian En Wan.
Kawan-kawan dia kat Jepun kutuk dia cakap dia dayus la apa la sebab bagi tunang keluar berdua dengan exbf.
Tapi tu la kan. Orang luar boleh cakap apa aje.
Tapi hanya aku and En Wan and kawan-kawan aku je yang tau kenapa aku buat macam tu.

Kalau ada yang rasa berstatuskan tunangan orang, isteri orang, menjadikan kau selamat dari gangguan lelaki lain - jawapannya tidak bagi lelaki saiko.

Exbf aku pedulik apa. Padahal dia tau aku ni tunang orang tapi selamba je tiap-tiap lepas Maghrib dia datang kat rumah kitorang (kolej) nak bawak aku gi makan malam.

Orang macam ni ada mental blocked.
Kalau kau dah break sekalipun dengan dia, dia tetap akan layan kau macam awek dia. Dia rasa break tu tak wujud.
Bukan aku tak penah reject pelawaan dia.
Tapi bila aku reject, dia akan meroyan.
Bawak moto laju-laju biar mati eksiden la konon.
Pastu kejap-kejap ugut nak bunuh diri, ugut nak terjun jambatan, ugut nak kelar diri sendiri.
Macam sial perangai.

Tapi masa tu aku takleh buat apa-apa.
Kalau ikut hati, nak je aku cakap "Eh, pegi mampus la kau nak gantung diri pun. Kisah la pulak aku???!!"
But it never happened.
Aku tak boleh nak maki dia macam tu.
Sebab dia SAIKO!
Kau jangan berani-berani maki orang saiko.
Dia akan buat hidup kau tak tenang.

Bila dia tengok aku tak makan dek ugutan, dia ugut mak bapak aku pulak.
Sebab tu bila bapak arwah budak perempuan tu cakap dorang pun pernah diganggu, aku sangat percaya.
Memang itulah karakter orang saiko.
Itu bukan karakter penagih dadah.
Itu karakter saiko.
Sebab exbf aku macam tu lah jugak dulu.
Dia tak dapat aku, dia ancam mak bapak aku pulak.

Selamba je call mak aku pukul 1 pagi.
Orang tua tu dah tido terpaksa melayan dia besembang.
Bukan sembang apa yang penting pun.
Dia nak bercerita kesedihan dia yang aku dah tak perlukan dia lagi.
Bacol Gila perangai.
Pegi la mengadu kat mak bapak kau. Yang mengadu kat mak bapak apehal. Kau ni berangan jadi laki aku ke apa sebenarnya ni?

Ada satu kali tu, aku balik bercuti.
Masa tu aku belum bertunang lagi, tapi kitorang (aku & exbf) memang dah lama break.
Masa tu aku dah ada kat Bangi, kawan lelaki aku call dari Kuching "Diana, nak bagi tau Ali (again bukan nama sebenar) baru je naik flight pi KL. Tapi dia takde duit tau. Duit dia lepas untuk beli tiket je. Nanti kau jemput dia ok?"

Aku macam, hoiii, apekejadah aku nak kena fetch dia pulak ni?
Kau dah tau takde duit yang kau balik KL buat apa?
Yang lagi pelik tu, abang dia tinggal kat Subang Jaya, apesal dia taknak tinggal rumah abang dia?
Apesal taknak suruh abang dia fetch?
Aku rasa abang dia pun tau adik dia ni gila.

Rupanya, dia sengaja balik KL walau tak berduit, semata-mata nak monitor aku!
Dia nak pastikan aku balik bercuti bukan kerana nak jumpa Wan.
Saiko.

Mak Aji kata takpelah, biar dorang jemput bawak balik rumah.
Aku bengang gila sebab mak bapak aku nak menjemput dia bawak balik rumah jugak.
Aku sakit ati kenapa mak aku nak tolong binawe ni.
Mak aku cakap "Diana, dia tu bukan macam kita. Kita kena hati-hati"
Kalau ikut hati aku, biarlah dia mereput kat airport tu. Yang nak bawak balik ke rumah nak buat apa?

Kau boleh imagine tak jenis lelaki apa macam ni yang menyusahkan hidup orang luar yang takde sangkut-paut dengan hidup dia?
Aku ni gf kau pun bukan. Tapi kau nak tido baring kat rumah mak bapak aku, pehal kau?

Mak bapak aku jemput dia dari airport, bawak balik ke rumah.
Seblom keluar mak aku pesan tinggalkan sikit lauk untuk dia makan jap lagi.
Sorry! Aku buang semua belen lauk malam tu. Aku taknak kasik dia makan.
Tapi mak aku masuk dapur "Diana, gorengkan telur. Dia belum makan"
Ya Allah!!! Jam tu aku rasa nak simbah je minyak panas kat diri sendiri baik aku mati ajelah gini.
Aku tak paham apesal semua nak kena baik hati sangat ngan ex aku tu.

Dan besoknya dia menggila.
Aku kena hentak dengan dia, dalam rumah aku sendiri!
Time tu aku berdua je kat rumah. Mak bapak aku keje.
Tak tau la apa punya kurang ajar manusia ni.
Kau datang tak dijemput, tapi kau buat aku macam hamba kau.
Dia tolak aku ke katil, tekup muka aku dengan bantal pastu hentak aku ke dinding.
Puncanya, dia jumpa surat-surat cinta aku ngan En Wan.
Dah kau yang masuk bilik aku menggeledah laci aku, bukak diary aku, memang la kau akan jumpa macam-macam. Cuba kau duduk bersimpuh kat bawah diam-diam, mesti kau tak gila.
Ntah hape masalah dia ntah.
Dah sah-sah aku tengah bercinta dengan En Wan, memang lah ada surat cinta.
Bukan aku tayang surat-surat tu semua kat kau.
Kau yang carik sape suruh. Sendiri carik penyakit.

Orang saiko macam ni, kalau kau nak reject pun, perlu guna kaedah yang sangat sangat sangat sangat halus.
Aku percaya arwah budak perempuan tu keluar berdua dengan lelaki tu sebab taknak buatkan kedaan jadi bertambah buruk. Dia taknak lelaki tu akan bertindak ganas pada keluarga and kawan-kawan dia. Dia malu.
Aku tau. Sebab itulah jugak yang aku buat dulu. Aku taknak kawan-kawan aku, mak bapak aku diganggu kalau aku tak ikut rentak si saiko ni.

Tapi nak reject orang macam ni pun takleh deras-deras sangat. Ni keje halus. Perlu ambik masa.
Dorang ni sebenarnya terlampau fragile.
Jenis tak boleh terima tekanan.
Macam exbf aku ni pun aku tak tau apa masalahnya.
Dia pernah bercerita kat aku bapak dia garang, selalu marah and pukul mak dia.
Pastu bila mak dia stress, mak dia akan marah-marah dia pulak.
Ntah la, aku nak percaya pun malas.
Sebab orang saiko ni suka berdrama.
Aku tak tau cerita mana satu yang betul.

Bertahun aku cuba loloskan diri aku dari dia.
Aku terpaksa buat perlahan-lahan sebab tu lah proses ni makan tahun.
Sampai aku dah kawen pun dia masih lagi menggangu famili aku.
And mak bapak aku tak mampu nak rejek dia jugak sebab takut dia naik hantu.
Bayangkan, sebulan lepas aku kawen, dia datang rumah mak aku selamba tido kat rumah 2-3 hari.
Dia sebenarnya nak tunjuk kat En Wan yang dia lagi hebat. Dia tak perlu kawen dengan aku pun dia masih diterima sebagai keluarga. Macam tu la motif dia.

Orang saiko ni terlampau desperate nak dipandang hebat.
Apa perkara yang boleh menampakkan dia dipandang hebat, dia akan cuba dapatkan.
Kalau dengan adanya gf yang cantik, membuatkan dia dipuji kawan-kawan, dipandang hebat sebab boleh tackle awek cun, maka dia akan cuba dapatkan.
Kalau dia rasa dengan kekayaan dia boleh dipandang hebat, dia akan usaha mati-matian untuk dapatkan kekayaan tu dari orang lain. Bukan dari titik peluh sendiri.

Macam kes aku, aku rasa dia selesa berada dalam keluarga aku.
Sebab dia tengok pagi aku call mintak mak aku masukkan duit, petang tu je duit dah masuk.
Aku nak balik Semenanjung sebulan 2 kali, mak aku belikan tiket.
Pastu aku rajin belikan dia hadiah, belanja makan.
Jadi dia dah selesa dengan keadaan ni. Dia taknak patah balik ke dunia lama dia.
Pernah dia nak balik tapi takde duit, selamba call mak aku mintak belikan tiket flight. Geli tak?
Mak bapak kau hidup lagi. Kakak abang kau bekerja. Kau taknak mintak dorang apa-apa, tapi kau mintak kat mak aku yang takde pertalian darah pun dengan kau.

Pisau lipat.

Aku troma dengan pisau lipat.
Sebab dia selalu ugut aku dengan pisau ni.
Kawan-kawan aku jadi saksi how dia letakkan pisau kat wrist aku, and suruh aku mengaku yang sayangkan dia.
Pisau ada kat tangan aku dah.
Kau nak rejek ke?
Kalau aku rejek, aku rasa aku arwah dah skarang.

Aku terpaksa cakap "Ye, aku sayang kau".
Lepas tu dia terus peluk aku and cakap "Dah..dah jangan nangis. Thank you ya"

Gila kan?
Yes, GILA!

Kawan-kawan aku suruh aku report polis je.
Tapi aku taknak.
Sebab aku kesiankan dia. Masa tu dah final year. Kalau aku report polis, sia-sia dia spent 5 tahun kat UNIMAS, balik bawak telo je.
Aku cuma pikir kesian kat dia je. Sebab dia bukan orang senang.
Aku taknak nanti mak bapak and kakak abang dia salahkan mak bapak aku bila adik dia kena buang U.

Rupanya kakak dia pun tau 'sakit' adik dia ni.
Mak aku cakap, awal-awal kakak dia tau kitorang bercouple, kakak dia pernah call mak aku.
Dia cakap "Saya risau makcik. Makcik tak kenal dia tu macamana"
Masa tu mak aku pelik jugak, apa maksudnya.
Rupanya itulah dia. Saiko.

Bila ada orang yang salahkan keluarga lelaki yang kelar budak perempuan tu - katanya kalau dah tau anak kau mental apesal biarkan dia hidup macam orang biasa.

Aku rasa keluarga budak lelaki tu bukan taknak asingkan dia dari dunia kita, tapi dorang masih menaruh harapan satu hari nanti anak dia akan pulih. Sama la dengan kakak kepada exbf aku ni. Aku rasa dorang semua tau keadaan adik dia, tapi dorang membayangkan yang adik dia akan pulih kalau bercampur dengan masyarakat.
Malangnya, tak.

Aku anggap ni pengalaman and pelajaran yang besar Tuhan anugerahkan untuk aku.
Tak semua orang ada pengalaman macam ni.
Yang ada pengalaman memang tau la how sengsaranya berdepan dengan lelaki saiko.
Separuh nyawa dia torture emosi aku.
Ada reader blog ni pernah cerita kakak dia kena bunuh dengan teman lelaki, pun sebab saiko (pernah keluar kat berita satu masa dulu, kes budak UKM kena bunuh).
Syukur, aku masih di sini. Walaupun masa pisau lipat ditekan kat nadi, aku dah berserah sepenuhnya.

Semoga arwah budak perempuan tu dicucuri rahmat.



Nak? Isi form di bawah atau klik sini untuk whatsapp



Name
Email Address
Option : SM : Basic Value Pack, RM149 (free pos)
SS : Basic Value Pack, RM154
Quantity per set :
Address
Phone
Remarks (if any) :