Hari tu ustazah sekolah KAFA Rayyan mesej “Puan, Rayyan Akmal ada kecacatan apa-apa tak?”
Terkejut juga aku.
Terpikir macam-macam dah ni.
Kot la Rayyan buat perangai ke apa ke kan.
Aku jawab “Cacat fizikal takde”.
Ustazah sambung “Sebab nak isi borang maklumat pelajar untuk UPKK”.
Ohhh...urut dada kejap. Lega.
Aku cakap “Tapi Rayyan Akmal ada minor disleksia pada titik. Dia nampak titik bergerak-gerak. That’s why dia slow sikit membaca Jawi”.
Ustazah reply “Ohh patutla dia macam takut-takut je kalau menjawab soalan atau bila saya suruh membaca”.
Actually aku dah inform dari awal lagi pasal masalah Rayyan ni.
Maybe yang bertanya ni cikgu lain.
Mustahil ustazah boleh terlupa sebab di skolah ni lah ustazah bimbing dia sampai khatam.
Rayyan diajar sorang, one-to-one.
“Ustazah, memandangkan Rayyan ni ada masalah membaca Jawi, boleh ke dibenarkan cikgu pengiring duduk sebelah dia dalam exam hall untuk bantu baca soalan?”
Saja je lah tanya sebab masa awal-awal aku buat assessment disleksia dulu, dorang kata budak-budak macam ni boleh mohon cikgu pengiring dengan syarat ada surat pengesahan dari doktor.
Actually Rayyan boleh membaca Jawi and Quran tapi slow sebab masalah titik bergerak tu.
Takut habis masa kat membaca soalan je nanti.
Kalau boleh bawa cikgu pengiring better.
Tapi kalau tak dapek, no prob. Tanya je.
Bila aku cerita conversation aku dengan ustazah kat En Wan, dia sedih.
Aku tanya apesal nak sedih?
Rayyan hanya ada masalah minor saja.
Bukannya dia takleh membaca.
Elok je pun kat sekolah kebangsaan beberapa kali dapat anugerah cemerlang hujung tahun.
Cuma kalau bab melibatkan titik-titik macam Jawi and Quran, dia agak slow sebab dia nampak titik bergerak-gerak.
Tapi aku faham kesedihan En Wan.
Actually dia bukan sedih. Maybe kecewa.
Eh, bukan kecewa. Maybe rasa masa depan Rayyan dalam akademik tak sama level dengan Redza.
Aku cakap kat En Wan, Redza dah set satu standard yang tersendiri untuk diri dia untuk dijadikan benchmark pada anak-anaknya, bukan benchmark untuk Rayyan.
Rayyan ada standard dia sendiri.
Tak boleh nak samakan standard Redza dengan Rayyan.
Aku selalu cakap kat En Wan, Rayyan ni kita jangan letakkan aim yang tinggi sangat. Tak adil untuk dia.
Kalau Allah nak bagi dia lebih baik dari abang dia, that’s bonus.
Apa yang boleh kita usahakan sama-sama adalah pastikan Rayyan habiskan sekolah sampai menengah.
Selepas tamat sekolah, untuk urusan kolej itu kita arrange lain.
Redza sekarang dia aim nak dapat scholarship.
Takpelah, sebab kemampuan dia tak terbatas macam Rayyan.
Rayyan ni ada limitations jadi kita kena letak aim step by step.
Tak boleh letak tinggi-tinggi sangat nanti dia stress.
Bukan tak nak letakkan harapan, tapi patut-padanlah kan.
Alangkan kita yang normal ni pun keupayaan akademik berbeza, lagikan dia yang sah-sah dah di-diagnose dengan dislexia.
Pada yang belum tahu, disleksia ni masalah pembelajaran yang khusus.
Ada masalah membaca, menulis dan mengeja.
Lain-lain yang tak melibatkan learning, the kids are fine.
Macam Rayyan, dia punya limitations pada certain huruf dan titik.
Kalau huruf Jawi tu dia struggle sikit sebab banyak melibatkan titik kan, jadi dia tak boleh nak pastikan itu huruf "ta" atau "tsa" sebab titiknya bergerak-gerak.
Sometimes "dal" and "zal" pun dia pause lama, maybe dia nak memastikan huruf ni ada titik ke tak.
These kids are struggling sebenarnya, bukan dia tak pandai tapi ada kekangan yang menjadikan dorang seakan-akan slow.
That's why aku paling bangkang bila kerajaan buang sistem pengkelasan kelas.
Tapi bila aku cakap gitu orang kata aku belagak sebab anak aku kelas pertama sepanjang sekolah rendah (Redza).
Yang sebenarnya aku mikirkan Rayyan, bukan Redza.
Rayyan ni disebabkan dia very mild dislexia, jadi dia tak dapat masuk kelas khas.
Dia tetap kena masuk aliran perdana.
Aku dah buat assessment untuk dia aku tahulah.
That's why kalau ada streaming class, better untuk Rayyan.
I got no problem kalau anak aku kena duduk kelas belakang.
Yang penting bila dia belajar at a pace that’s just right for him, dia lebih mudah control dia punya learning progress.
At the same time, meningkatkan keyakinan diri dia.
Tapi dah sebab kau nak sangat anak-anak disamaratakan tak pandai dengan pandai sekelas (sorry bahasa kasar), takpelah, aku ikhtiar cara aku.
Banyak juga aku enroll Rayyan - kelas tusyen di rumah orang, Kumon, private tutor, online class.
Bukan nak jadikan dia pandai sangat tapi nak improve fokus dia, disiplin dia dan interaksi serta kefahaman dia dengan guru dan teknik pembelajaran yang pelbagai.
Alhamdulullah, banyak improvement.
Rayyan ni kira oklah lagi sebab very mild, maybe sebab tu cepat improvementnya.
Kalau yang heavy dislexia tu huruf-hurufnya semua kelihatan menari hip hop.
Ini tulisan Rayyan sekarang, dah takde turun naik, alhamdulillah bulat-bulat semua tulisannya:
Tak sangka tulisan dia kemas dah.

Kalau dulu, hazab.
Turun naik, sampai aku pelik dia ni tak nampak garisan ke.
Rupanya dia nampak garisan tu bergerak ke atas ke bawah, patutlah tulisan bengkang-bengkok.
Latihan menulis and membaca ni masih diteruskan sampai sekarang.
Alhamdulillah aku masih hidup untuk guide emosi Rayyan.
Bukan apa, kalaulah hari tu masa bersalin aku mati, tak tau lah macamana Rayyan nak hadapi tekanan dari bapak dia.
En Wan is very strict bab belajar.
Tanyalah Redza, dia sampai mintak kat aku tolong bagitau papa tahun ni taknak sebarang kelas tambahan untuk SPM.

Dia nak blaja sendiri.
Stress gamaknya bapak dia asyik belikan buku rujukan, buku latihan and nak enroll dia dalam seminar-seminar.
Jangankan Redza, aku yang tengok ni pun stress dengan Wan Mohd Ridzuan.
Tahap stress tu sampai aku rela work from home dari sepejabat dengan dia. Hahahah.
Tapi Redza bagus, dia boleh buatkan bapak dia "senyap" bila dia buktikan IGCSE dia straight As tanpa sentuh sebijik buku pun yang bapak dia beli.
En Wan berhabis ribuan ringgit kot untuk order imported IGCSE books dengan harapan anak dia guna. Takde maknanya.
Anak dia study sendiri guna latihan yang cikgu bagi je.
Tahun ni nampaknya En Wan relax sikit tak gelabah nak cari buku rujukan Redza segala sebab anak dia dah buktikan sesuatu.
Tahun ni nampaknya En Wan relax sikit tak gelabah nak cari buku rujukan Redza segala sebab anak dia dah buktikan sesuatu.
Kalau tak, aku rasa dia tak habis shopping buku lagi ni dari awal tahun hari tu.
Tapi aku pesan gak kat Redza, kau baik-baik.
Tapi aku pesan gak kat Redza, kau baik-baik.
Kalau kau tak prove kat papa kau excellent, siap lah.
Lepas ni dia susunnnnnnn segala aktiviti kau, silap-silap dengan sape kau kawen pun dia tentukan 😂😂.
Aku lah yang selalu jadi kaunselor untuk anak-anak supaya dorang tak stress.
Aku cakap "Redza tak boleh salahkan papa. Mana-mana mak bapak mesti nak anak lebih berjaya dari dia. Cuma Redza kebetulan dapat bapak yang dah set standard yang agak tinggi untuk dirinya. Dia cream student, fly after SPM, dapat scholarship, belajar dengan bahasa ketiga pun masih boleh lulus cemerlang, after grad terus lapor diri jadi engineer, etc. Jadi bila papa boleh buat itu semua, dah tentu dia expect Redza paling tidak pun dapat buat yang sama".
Selalu aku cakap gitulah and Redza angguk faham.
Tapi dengan Rayyan tak boleh buat gini.
Aku selalu backing Rayyan kalau nampak En Wan push the limit.
Berani dia nak push-push anak aku. Tak nampak aku idup lagi ni? Karangggg haa.
Dulu orang lain dah aim anak pandai buat calculation, aku masih lagi letak aim untuk Rayyan boleh membaca.
Rayyan membaca lambat, dah halfway umur 6 tahun baru boleh membaca.
Masa tu kitorang belum tahu dia disleksia.
Patutlah slow benau rupanya anak aku nampak huruf bergerak-gerak.
Kesian juga dia masa tu sebab aku selalu marah dia kenapa dia takleh membaca lancar.
Bila orang lain aim anak-anak naik Quran sebelum masuk Darjah 1, aku hanya aim Rayyan kenal huruf dan boleh lepas Iqra’ 2 pun jadiklah.
Yang penting kenal huruf.
Aku latih dia menghafal surah supaya boleh solat.
Dapat hafal 10 surah jadiklah. Itu aim aku waktu tu.
Alhamdulillah Rayyan boleh naik Quran.
Boleh mengaji dengan lancar.
Tapi kadang-kadang tersangkut bila titik-titik mula mengganas.
Benda ni on-off sebenarnya. Takleh nak jangka.
Sejujurnya dari lubuk hati paling dalam, aku takde rasa kecewa, jauh sekali malu dengan keadaan Rayyan.
Because dia ok cuma limitation kat masalah pembelajaran saja.
Dia nampak huruf bergerak-gerak.
Disebabkan itu dia agak slow.
Bukan kerana dia tak boleh buat atau tak faham tapi kerana dia payah nak membaca bila huruf asyik bergerak.
To some kids, ini akan menjadikan dorang bosan dengan pelajaran.
Ye lah, kalau membaca pun payah bila huruf asik menari-nari, kalau kau tak stress?
That’s why budak-budak macam ni malas membaca, termasuklah Rayyan. Cukup malas.
Tapi kalau kau bagi dia video, dia boleh faham dan ingat.
Contohnya dulu aku upload video dia bercakap pasal iPhone.
Just imagine dia boleh petah bercerita tentang specs pelbagai model iPhone.
Aku baca specs iPhone pun hujung-hujung yang aku ingat cuma warna phone je.
Rayyan tengok video explanation tentang iPhone terus lekat kat kepala dah boleh jadi salesman iPhone terus.
Aku cakap kat En Wan, jangan expect Rayyan dapat 8A in UPKK macam Redza.
Rayyan hanya perlu habiskan persekolahan.
Kita tumpu mana yang dia mampu buat.
Tapi kalau tetiba dia dapat straight As aku rasa mau En Wan buat kenduri potong lembu kat masjid 😆.
English + maths + science Rayyan aku boleh consider good.
Cikgu tusyen dia pun kata he’s quite good at these subjects.
Yang lain tu agak ke laut especially BM, ya ampunnnn. Macam baru balik dari Zimbabwe!
Rayyan ni berani sikit banding abang dia.
Redza a bit shy.
Rayyan jenis redah - public speaking masuk, storytelling masuk, hoki masuk, keyboard join, competition apa-apa pun dia rajin join.
Maybe kelebihan dia kat situlah.
Kelebihan-kelebihan macam ni belum laku lagi di alam persekolahan.
Sistem kita masih exam-oriented.
Maybe dah habis skolah esok dia boleh gunakan kelebihan tu.
Kalau nak ikutkan, masa skolah dulu aku lagi menyerlah kat aktiviti skolah dari akademik.
Akademik aku so and so je sebab aku banyak main dan berkhayal.
Macam En Wan memang cream student. Dapat scholarship JPA ke luar negara.
Aku pulak belajar dengan loan MARA, cuma aku berjaya convert loan ke scholarship.
Walaupun nampak macam “well, kita sama-sama dapat scholarship”, hakikatnya En Wan lagi power sebab JPA yakin dia cemerlang that’s why sebelum fly dah ditaja.
Aku pulak MARA tak konfiden aku cemerlang, sebab tu dia bagi loan dulu.
Konsepnya "Kalau hang terer hang convertla kendian". Gitewww 😆😆.
Kelebihan aku dalam macam-macam aktiviti di skolah dulu - bersyair, berpantun, berpidato, debate, melukis, menyanyi - semua ni tak laku kat skolah, ya.
Maksudnya, ia tak membantu dari sudut akademik.
Kena akur apa-apa pun akademik yang dilihat dulu.
That’s why penting untuk excel dalam akademik.
Maybe inilah kebimbangan dan kesedihan En Wan bila mikirkan Rayyan.
Tapi like I said, Rayyan ni takde apa yang kurang. Itu bagi aku lah.
Aku tak nampak apa yang kurang.
Cuma dia ada limitations.
Huruf-huruf yang bergerak tu jadi limitations untuk dia.
Tapi takpe, habiskan skolah dulu.
Esok ada rezeki masuk kolej ambik course yang betul-betul menyerlahkan sisi kelebihan dia.
Insyallah. Aku percaya jalan takdir Allah.
Mak bapak yang ada anak-anak yang perlukan perhatian yang berbeza macam ni, jangan rasa rendah diri.
Tugas kita buat sehabis baik.
Jangan expect anak yang special ni jadi sehebat anak-anak yang normal dalam akademik.
Kita yang normal ni pun apa penyudahnya sekarang. Jadi angkasawan ke? Tak pun kan.
Allah nilai usaha kita. Hasilnya serah pada Dia.
Tak mungkin Allah silap jadikan anak kita macam ni.
Mesti ada sebab.
Hanya kita saja yang tak melihat dengan mata hati.