2009-09-24

Short



Selamat Hari Raya All!!

Ok first thing first.
Aku dah pindah rumah officially semalam.
Jadi, rumah adelah dalam condition tonggeng langgang.
Streamyx pun lom ada, jadi update adelah tiada hingga ke minggu depan (kott).

Kitchen cabinet aku baru nak pasang next week (kott).
Tapi aku dah pindah rumah. Bila dah habis makan nasik baru terfikir kat mana nak basuh pinggan mangkuk segala. Terasa diri sangat bodoh bulan ini.
Jadi boleh bayangkan tak betapa tongkangpecahnya dapur aku skarang?
So konfem takde open house raya kali ni (fuhhh! Lega)

Ikan En Wan dari 50 ekor tinggal 9 ekor je, akibat bertukar kolam.
Dari semalam dia tak bercakap-cakap.
Aku nak tegur pun takut.
Sedih betul En Wan tengok anak-anak ikan dia terapung je lam kolam.
Dah la sambil tengok ikan mati sambil dengan lagu raya, terasa syahdu je lam hati.

Semalam first nite tido kat rumah baru.
Dah la tido atas katil baru.
Pehh, memang terasa betul macam first nite.

Ok, gua nak buat keje.

2009-09-15

Selamat Hari Raya, Aku balik kampung esok.



Ni adelah gamba kaki saya pada hari ni.
Pada yang saje je click kat gamba tu semata-mata nak check if kaki aku cantik ke tak, meh sini aku bagitau aku memang tak kuasa nak jaga kaki. Shave pun tak penah, apa lagi la nak letak mopiko kat bintat-bintat. Sebab aku amat yakin warna kulit aku nescaya mampu menenggelamkan apa jua parut dan bekas chicken pox. Kalau nampak sikit-sikit tu biasa la kan...kata gengster.

Ni kira ok sket dari Sabtu lepas.
Sabtu hari tu lagiiiiii biru okkkk.
Puncanya, aku pitam kat tangga.
Kebetulan masa tu mak aji and co datang rumah berbuka, so ramai lah saksi kejadian yang semuanya tergamam tengok aku slowly condong ke depan lalu gedepekkkkk atas tangga. Seb baik tak terhentak kat kepala, kalau tak orang lain gi semayang raya pakai telekung, aku sama naik ngan Pak Imam pakai serban.

Punca pitam macam biasa la..low blood.
Orang lain kalau dah period tu makan aje la kan. Aku tak. Period, tapi puasa cam biasa, cuma takde niat.
Ni semua sebab hari tu timbang berat aku 44.8kg.
So macam poyo sket konon nak look good balik kampung sok, ntah saper nak toleh kat aku ntah, tapi the feeling of mendapati berat badan kembali jejak ke nombor 44 adelah sangat menakjubkan, so aku tahan diri dari makan. Walaupun perut aku lapar and kepala pening macam nak mati tahan period pain, aku tetapppppp taknak makan. Dah hasilnya tumbang kat tangga.

Ala, kejap je ni. Raya kedua sok, konfem naik 5 kilo. Dah paham sangat.



Aku dah bajet kalau hari tu bengkak kat kepala, memang ini la last resort aku. Vogue eh? Kulit dah sama dah.


Skang still berdenyut-denyut lagi tapi jalan tetappppp jalan.
Ni pun dah plan nak berjalan raya segala. Antara larat ngan tak larat nak sarung high heels je. Tapi pakai selipar pun bolehhhhh. Belasah aje. Takde saper nak kelebet kaki aku.

And, insyallah aku pindah rumah next week.
Ni pun 50% barang aku dah angkut ke rumah baru.
Tapi, open housenya tak sempat lah kot. To Mizzy yang mencadangkan agar aku buat open house the soonest possible sebab Lady Kupu-Kupu nak balik Australia dah, (wahh kemain lagi korang punya planning ye??), mintak maaf banyak-banyak. Memang tahun ni takde open house. Kalau kenduri sok insyallah aku jemput tapi tak semua la. Mana-mana yang mempunyai susuk tubuh gagah perkosa dan layak untuk basuh periuk kat blakang umah, itulah yang aku bagi priority.

Esok aku dah start cuti. Malam esok gerak balik Trengganu.
Gila sakan laki aku ni nak beraya kat kampung dia.
Cuba suruh balik kampung aku, kalau boleh lagi setengah jam before semayang raya baru dia nak gerak balik Bangi.
Tapi takpe. Sebab tetiap minggu pun boleh balik rumah mak aji.
Lagipun Hari Raya, Raya Cina, Raya Hindu semua kat Bangi.

Tapi cam tak best pulak bila hujung-hujung nak raya ni aku takleh puasa.
Masa ni la best kalau puasa, eh?
Terawikh pun macam syahdu je.
Pastu malam-malam buat Qiamullail.
Tapi macam la aku buattttt.

Dulu masa kat Uni aku penah layan Qiamullail. Masa first year. Masa tu iman masih kukuh lagi. So aku cam budak baik jugak la. Roommate pun alim. Beria-ia member suruh aku tido siang, tak kasik aku bertenet siap kena pakej tarbiyah sekali sebab siang-siang pun aku still nak jumpa boifren padahal aku berselisih je ngan bf aku kat tengah jalan. Punya nak suruh aku rest sebab malam kang nak Qiamulail.
Ok la, aku join.

Sekaliiii yang si tukang ajak ni jugak la sujud terus tak bangun-bangun. Aku jentik bontot dia sikit terussss kona ke tepi. Elokkk je dia tido atas sejadah.
Banyakkkkk ko punya Qiamulail.

Tapi takpe, at least niat dia baik nak ajak aku buat pahala.
Tapi aku tak pasti aku lagi banyak buat pahala ke dosa malam tu, sebab on the way balik bilik, aku tarbiyahkan dia cukup-cukup pulak.

Ok geng, blog ni akan bercuti raya sehingga raya ketiga sok, insyallah.


Aku minta maaf kat semua yang baca blog aku kalau korang lagi banyak buat dosa dari pahala sebab baca tulisan aku ni. And aku minta maaf kalau kata-kata aku ada yang mengguris hati. Have a safe journey guys.

Selamat Hari Raya!
 

Budazah kata...



Ija : Ma, budazah kata kalau kita temayang (sembahyang), kita jadi strong, nanti bilis semua takut dengan kita.








Agak mengambik masa dalam 2-3 minit jugak la untuk aku pikir menatang apekah bilis???

Iblis rupanya.

2009-09-12

Kan aku dah deleteeeee



Hari ni aku terpaksa delete laki aku dari FB frenlist.
Sebab aku dah naik menyampah ngan bini kepada kawan dia yang sibuk nak tunjuk kat aku tentang kredibiliti dia sebagai seorang isteri mithali.

Bila ramai lelaki yang komen kat FB aku dia tanya apesal aku ramai kawan lelaki??
Apesal ek kalau aku ramai kawan lelaki? Aku simpan gigolo ke?
Setakat bagi komen pun dah kira aku ada affair ngan jantan lain.
Eh, mazhab mana la ko pakai.

Siap bagi nasihat sepatutnya aku kena lebihkan suami and anak-anak.

Perlu ke aku bagitau apa aku buat ngan laki aku kat semorang semata-mata nak tunjuk yang aku memang isteri yang baik?

Perlu ke aku tunjuk yang aku sangat mesra ngan laki aku dan tidak melebih-lebihkan orang lain?

Aku ngan laki aku hari-hari bergentel kat rumah okkk. Bukan macam kau, laki balik 3 bulan sekali sebab tu la asal laki ko balik je ko tulis status-status loving gila babi. Aku punya loving hari-hari ko taknak tanya??

Kang kau tulis 'Today dapat Coach ngan LV. Thanks to my hubby'
Kejap kang 'Now dinner ngan hubby kat Japanese Restaurant'
Pastu 'Syukur kerana dikurniakan suami yang penyayang. Alhamdulillah'.

Cuba time laki kau tak jadi balik bercuti hari tu.
Wahh, macam statement perempuan neraka je aku baca.

'Susah kalau dapat laki yang kaki putar beli dan tak menepati janji'.

Hambikkkk. Mithali lah sangatttt. Ni apa kejadah la bangkai??

Bila aku tanya apesal? Direct okkk bagitau dia bengang ngan laki dia sebab tak dapat balik cuti. Ehhhh, kata isteri mithaliiii. Kenalah memahami laki kau bekerja ngan orang. Kalau dah cuti kena freeze tu kau banyak-banyak la bersabarrrrrr. Kena lah redhoooooo.

Bila laki kau balik, kasih-sayang tengah bersemi gila, mula la kau bagi guideline menjadi isteri solehah 'Eh, tak baik tau sebut nama laki lain selain nama suami'

Yang aku sebut-sebut tu skandal aku ke?
Apa yang ko gelupur sangat nih?

Ni la nama dia, nak bagi nasihat tapi tak tau hujung pangkal main bohhh je.
Kalau takat bercakap aku pun boleh.
Tapi nak bercakap tu pikir-pikir la dulu.
Selidik dulu apa sebab aku sebut nama lelaki tu.
Siapa pulak laki tu dengan aku.
Suami aku kenal ke tak kawan aku tu.
Ini takkk, asal ada laki lain yang nampak cam mesra ngan aku je kira konfem dah ni skandal aku. Nak jadik pendakwah bebas pun biarla gunakan otak. Otak tu pastikan cerdik.
By the way, perlu ke aku bagitau semorang dengan siapa aku berkawan?

Jangan disebabkan kau takde kawan lelaki, maka aku pun tak boleh berkawan dengan semua lelaki.

At least, aku kawan ngan laki, En Wan tau password FB aku, anytime dia boleh check, so aku takde hal. And rasanya semua laki yang komen kat blog aku pun tak hingin nak ada skandal ngan aku.

Payah betul bila ada orang cetek akal yang buat assumption bila seseorang yang bergelar isteri asik facebooking maknanya dia mencari kebahagian rumahtangga di luar or dia ada masalah rumahtangga or suaminya tak pandai mendidik isteri. WTF la lancauu.

Tapi, yang aku pelik tu, orang yang suka menasihatkan aku ni yang konon menjaga tatasusila seorang isteri (lah sangattttt), at the same time ada abang angkat yang 'diangkat' setelah berkahwin. Boleh???

Kalau abang angkat kau tu ko kenal before kawen tu lain cerita. Ini tak. Dah kawen, pastu berkenan ngan satu jantan lain, tak boleh jadi laki, ko jadikan abang angkat. Dah la abang angkat tu kawan sekolej laki dia. Mana la laki kau tak berbulu, boleh pulak masak-masak and hantar lauk rumah abang angkat yang juga kawan sekelas suani. Kalau aku la, kat situ jugak laki aku simbah aku ngan lauk tu.

Bila abang angkat buat dek, eh tetiba nak sentap-menyentap.
Bila abang angkat kau tak bagitau dia balik Mesia, boleh pulak nak merajuk-rajuk. Yang aku pelik, nak ajak abang angkat datang rumah mintak izin parents. Laki kau mana???

Padahal kau tak tau abang angkat kau asik la dok bagitau aku ngan En Wan yang dia heran apesal kau beria-ia sangat ngan dia. Aku pulak yang malu bila abang angkat dia komen macam tu. Macam birah okkk.

And aku paling pantang orang yang nak cemolot-cemolot ngan aku tapi tak guna otak.

Bila aku buat status kat FB nak bom kampung En Wan sebab taknak balik raya kat Trengganu, wahhhh kemain lagi kau nasihatkan aku 'Eh tak baik tau, kita kena bertolak ansur. Mak dia walaupun hanya mak mertua tapi dalam Islam hukumnya tetap mak'

Series takde sense of humour lansung pompuan ni.
Patut la orang pun menyampah nak berkawan ngan kau.
Bodoh sangat sampai tak tau menilai lojiknya sesuatu statement tu. Apa kau ingat aku macam kau ke nak tulis status FB mengeji laki sendiri??

Kalau ikut hempedu aku ni, memang aku tak ajak dia datang rumah aku every year. Tapi disebabkan laki dia kawan baik laki aku, so aku pejamkan mata and pekakkan telinga je la. Walaupun laki aku tau aku tahan marah je everytime dia komen pasal rumah aku, masakan aku. Siap bagi nasihat 'Sepatutnya you yang kena masak untuk suami, bukan maid. Air tangan isteri tu lain'

Boleh la cakapppp. Kau memang duduk rumah. Aku ni bekerja, sometimes outstation. Kalau kau nak laki ko sediakan maid ko cakap je la.

Bila aku outstation, boleh pulak 'You pegi Bangkok? La, abis siapa masakkan untuk Wan?'

Padahal dia tau aku ada maid tapi saje je nak perli-perli aku konon dia jaga makan pakai laki, aku ni takkkk. Aku ni pentingkan kerjaya. Aku ni tak jaga lakiiii. Tapi dia lupa, aku ada laki yang sangat penyayangggggg, tak kasik bini susah-susah masak kalau penat bekerjaaaaaa. Itu bezanya kehidupan aku ngan kehidupan kau!

Dapat tau aku beli rumah lain 'Abang, diorang beli rumah lagi laaaa. ***K tauuu'.
Apa motif???

Tengok video aku beranakkan Redza 'Elehhh. Aku dah beranak dua kali pun tak ambik video, ko baru sorang lebih-lebih'
Apa kaitan??
Apsal, kau nak pinjam handycam aku?

Datang rumah aku bawak kereta baru, 'Husband I belikan kereta ni untuk I'
Tapi hari-hari laki kau bawak keta tu pi keje. Kau??? Naik LRT.

Motif?
Oh, mungkin laki kau sayang kat kau, takut eksiden kalau bawak keta, so kau naik LRT, biar dia yang bawak keta tu.

Eh, bentilah tunjuk bagus.
Kalau betul bagus takpe gak.


2009-09-11

Ajaran sesat



Tadi, on the way to ofis pukul 12.30pm, laksamana aku call.



Ija : Ma, kalau kuasa kita tak boleh minum ke, kita tak boleh makan?

Aku : Kenapa? Ija nak mana satu?
(baguskan mak dia bagi ajaran, siap leh pilih-pilih ko nak puasa yang macamana)

Ija : Mama cakap la.

Aku : Kalau puasa, kita boleh minum aje, takleh makan.

Ija : Haaaaa!! Isfahan dah salah. Tadi Isfahan cakap kalau kita kuasa kita tak boleh minum dengan makan. Ija dah cakap dah kat iye(dia) kalau kuasa boleh minum aje.



Gluppp!!

Tersedak kejap aku dengar.

Purpose aku cakap puasa boleh minum sebab ingatkan dia tak tahan.
So, aku cakap la tak boleh makan, tapi minum boleh.

Pagi ni tetiba dia cakap 'Ma, Ija nak kuasa. (dari dulu ko cakap benda yang sama, buatnya tak jugak). Ija minum aje'.

Aku pun ye kan je la.

Tadi bibik call cakap Ija taknak makan sebab puasa.
Uishhh, biar benarrrrrrr.

Aku sendiri puasa umur 7 tahun, tu pun 7 hari je dalam keadaan yang sangat nazak. Pukul 5 petang je aku dah tak boleh berjalan, duduk je kat kerusi. By the time azan Maghrib, Pak Aji kena dukung bawak aku kat meja maka, punya lah tenatnya berpuasa.

Rasa serba salah pulak bagi ajaran sesat kat anak aku.
Gigih rupanya anak aku nak berpuasa.
So tadi aku puas pikir apa benda aku nak cakap so that dia boleh puasa penuh.

Lalu mendapat idea.



Aku : Ija, kalau Ija nak puasa dapat A, Ija tak boleh makan dengan minum. Baru dapat A, dapat dua star lagi.

Ija : Tapi kalau Ija makan loti ngan cheese satuuuuuuuuu aje boleh tak, Ma?



Aku dah agak.


2009-09-09

Torture



Setelah 9 tahun kawen ngan orang Tganu, baru 29 Ogos lepas buat pertama kalinya aku makan nasi kerabu. Selama ni memang payah betul tekak aku nak terima nasik kaler biru. Rupanya sedap gila nasik kerabu cuma banyak benar sampah ngan habuknya. And since 29 Ogos tu aku dah pekena nasi kerabu, straight sampai 4 September tetiap hari aku berbuka ngan nasi kerabu sampai En Wan kata aku lelebih lak ngalahkan orang Tganu. Biasa la kan benda baru memang la jakun sket.

Kira berjaya la misi En wan menterengganukan aku walaupun ambik masa 9 tahun.
Tapi tu belum trengganu lagi, sebab aku makan nasik kerabu tak campur budu.
Not until En Wan pandai makan lontong.
Apa dia ingat dia sorang je ada misi nak mentrengganukan aku?
Aku pun ada misi nak menjawakan dia.
Setakat ni cuma tempe ngan tempeyek je yang tekak dia boleh terima.
Selagi lontong dia tak makan, sorry la aku nak blaja makan budu.
Botol budu pun aku taknak pegang.
Eh, kenegerian pulak.

Tadi, lagi sekali aku pekena nasik kerabu.
Dan skarang, sudah 4 kali aku kuar masuk toilet. Bangkai.
Panas je bontot aku ni, entah dah terkoyak ke apa kulit bontot. Kang nak suruh En Wan tengokkan. Eh?
Ni pun ada rasa macam nak kena pegi lagi tapi kasik aku habiskan entry ni dulu.
Mungkin inilah penamatnya gian aku kat nasi kerabu.

Aku memang macam ni, kalau dah suka satu benda tu memang tak pandang benda lain la.
Selagi tak bosan memang itu lah aku hadap hari-hari. Nak kena ada sumthing terjadi baru la aku benti. Ni pun belum tentu aku insaf, sok lalu depan nasik kerabu konfem aku beli lagi.

Aku ni spesis yang payah sket nak serik.

Contoh, dulu aku mentekedarah soyabean hari-hari sampai 3 kotak, kalau boleh nak mandi ngan soya sekali. Now dah slow, rasa loya je tekak bila bau soyabean.
Tapi aku benti kejap je, dalam seminggu pastu aku try minum balik. Walaupun rasa loya, aku sedut slow-slow.

Coklat.

Aku ignore coklat ada la 10-11 tahun gak kot. Kira dalam tempoh ni, setiap kali Valentines Day En wan jimat takyah beli coklat. Dengan bangganya 'Seb baik Di tak makan coklat kan? Takyah abang belikan hadiah'.

Cuba kalau aku makan coklat dan-dan 'Tak baik celebrate Valentines day ni'.

Tapi takpe, memang tak celebrate pun.

Bau coklat pun tak boleh. Let alone coklat masuk ke perut. Memang diharamkan!
Kalau gi rumah sedara-mara yang buat milo kat tetamu, memang azab aku nak abiskan air tu. Berbuih makcik aku pelawa 'Minum la air tu', 'Cawan kotor ke?'.
Bukan aku geli nak minum sebab cawan ko kotor makcik, tapi sebelum aku muntah lam cawan kau baik ko takyah buat air pun takpe. Kang aku tak muntah, kau pulak yang muntah tengok aku. Agak-agak nak pelawa aku minum tu tanya dulu aku nak air ke tak. Selalunya aku takkan mintak air sebab aku malas nak tolong basuh cawan kau. Haha.

But sejak tahun lepas aku dah start balik makan coklat. Memula Ferrero Roche, setakat ni memang coklat ni je yang aku leh telan. Godiva aku takleh. So jangan ingat aku makan coklat best-best je eh. Alien Big Apple aku boleh makan tapi takleh banyak. Pastu baru-baru ni aku blaja-blaja makan American Bronies. So far, tiga benda ni aku leh makan tanpa memudaratkan diri cuma muka menahan muntah tu ada la jugak, kejap-kejap bibir aku tercebik-cebik tahan loya. Tapi makan tetappppp makan.

Kawan aku cakap aku jenis yang suka torture diri sendiri.
Tapi aku rasa aku lebih kepada pushing the limit.
Aku jenis yang suka 'padankan muka' sendiri.

Masa kecik dulu aku suka makan sambil bercakap.
So satu hari tu aku tergigit bibir sebab kecoh sangat time mengunyah tu la sibuk nak ngumpat kawan sekelas. Gigi dah la jongang, memang senang sangat la nak tergigit bibir. Ha, ambik kau, sampai berdarah bibir aku.
Bila aku tengok bibir aku berdarah lagi aku gigitttttt dalam-dalam.
Macam 'kau nak berdarah sangat kan, meh aku gigit lagi'.

Bulan lepas wisdom tooth aku baru nak tumbuh, bengkak takyah cakap la.
Tapi aku 'padankan muka' aku dengan mengunyah kat area wisdom tooth tu jugak.
Memang sakit macam nak mati tapi hati puassss sebab aku dapatkan kenakan dia balik. Ko nak tumbuh sangat kan, meh aku lanyak puas-puas biar kau lagi sakit.
Pastu tengah malam demam sebab bentan, menyusahkan laki aku je nak turun bawah ambik ubat.

Maybe sebab tu apa orang cakap pasal aku, paling aku sentap pun sehari je la pastu aku dah ok. Sebab aku cam tak kuasa la nak ambik port lelebih. Ada baiknya jugak sifat suka torture diri ni. Menjadikkan aku lebih strong. Tapi harus diingat, aku bukanlah superman aku juga bisa nangis. Cuma takde la melolong. Bukannya aku mati laki ke apa. Takat orang ngata-ngata tu biasa la kan. Lagipun, aku perlukan pahala free.

Jadi, sila..sila lah.

Haha.








2009-09-08

Cikgu sains lah cikgu paling bizi!



Tadi aku ngan En Wan ambik half day off pm, gi buat settlement kat kitchen designer.
Masa kitorang sampai tu ada la sorang makcik ni (akak la kot), tengah sembang-sembang ngan one of the interior designer kat situ. Sembang memang tak boleh bla okk. Tapi yang aku pedih telinga tu bila berlagak nak cakap omputih. Tak kisah la kalau ko jenis cakap rojak. Aku pun rojak gak. Tapi dia ni jenis yang tergagap-gagap dan berterabur pastu siap ada pause-pause nak pikir apa benda eh perkataan ni lam omputih?? Lagi banyak 'aahhhh','errrr','ahhhhh' eh aku lempang jugak kang. Lembab nau nak bercakap. Ko belasah je la cakap melayu, apa susahnya. Dah terang-terang designer tu cakap melayu. Wadepak!

Tapi masa tu aku ngan En Wan purak-purak belek magazine je la. Sebab aku tau dia memang nak show offngan kitorang la kan. Saje cakap merepek-repek yang takde kena-mengena ngan topik design pun nak cakap jugak. Maklom le, orang berani mintak quotation kat designer, ni budak dua ekor ni entah-entah baru nak tanya-tanya harga kott.

Hak puiii.

Tapi itu tak berapa kisah sangat. Itu benda yang biasa kitorang lalui. Yang tak boleh bla sesangat-sangat bila dia kerek gilaaa. Sampai designer tu terpaksa potong cakap dia sebab aku rasa designer tu pun menahan darah je dari kuar kat telinga hidung segala.



Part 1

She : Budget I 100K. I nak you buat kitchen cabinet, wardrobe, hall, pagar.

Kepala hotak kau nak buat semua tu ngan budget 100K??
Dah la ko jumpa interior designer, apa kau ingat upah design tu RM100 hinggit??
3D drawing je dah berapa.

Idham, tolong calculate sket!!



Part 2

Designer : I memang boleh buat, cuma lepas ada baby, I limitkan kepada wardrobe dengan kitchen je.

She : Kalau you tak boleh buat, boleh tak you suggest kat I sesiapa yang boleh buat? Tapi frankly, walaupun I malay, tapi i tak suka keje malay. Diorang keje tak bagus la. Lagipun I suka moden.

Yeahh, look who's talking. Pakai baju kurung kain cotton ngan tudung kasa bawal lilit-lilit kat tengkuk and handbag tali panjang.

Moden lah sangatttttttttttt.

Aku bukan n ak kutuk orang bertudung or berbaju kurung ye, aku pun pakai baju kurung gak. Tudung je belum. Tunggu penampar Pak Aji sampai baru aku beli kot. Cuma yang aku nak hilite kat sini, kot ye pun nak kutuk orang moden ke tak moden, ko cermin la diri ko tu dulu.



Part 3

She : Eh, I taknak design macam ni. Yang ni semua tak payah, (conteng-conteng quotation). I nak you design yang simple-simple tapi biar nampak mahal and ekslusif.

Cakap je la ko nak yang murahhhhhhh.
Jangan la berlagak sangat weh.

Oh, maybe handbag dia yang tali panjang sangkut kat bahu tu mahalllll, tapi tak moden la kak. And baju cotton tu mungkin mahal tapi nampak tak eksklusif la okk?

Kannnnnn. Tak pepasal aku dah jadi shallow.


Part 4

She : You biasa ke buat rumah macam ni? Rumah I besar tau. 24 x 75.

Konfem!!

Konfem baru first time beli rumah.
24 x 75 pun dah pukul canang rumah dia besar gila.
Yang ko bercakap tu ngan interior designer okkk. Tak agak-agak. Ntah-ntah orang tu duk banglo. Ada hati nak berlagak.

Tapi yang best bila designer tu reply 'Rumah teres kita dah biasa buat'.

Adehhh, kalau aku la, terus aku salam designer tu and balik rumah kunci pintu jangan kuar sampai raya haji.



Part 5

She : Nanti you bagi quotation kat I, I kena decide. My husband suruh I decide. Dia memang bizi, semua dia suruh I buatkan. Dia pharmacist. I pun busy jugak. I am a teacher. Petang I ada buat tuition.

Eh, nak promote kelas tusyen ke kat sini?
Takpe ye, tima kasih. Takde saper nak hantar anak kat kau kalau cenggini rupanya.
Sumpah anak orang takde moral besar sok.



Part 6

Tapi statement paling bestttttt.

She : I memang busy. I cikgu sains tau, bukan cikgu pendidikan jasmani ke, pendidikan seni ke..


Ada cikgu PJ kat sini???





p/s : cikgu PJ aku dulu adelah cikgu sains okk. Tak kecoh pun bizi macam kau????

2009-09-07

Blog ini pun cuti



Hari ini cuti.

Saya mahu tido.

Tiada update yang bagus-bagus.

Jadi, semua orang boleh pegi buat keje.

Sekian.

2009-09-05

Hari mendidih



Balik dari opis petang tadi this marketing girl from **** bank called offer life insurans. So, aku layan je la. Balik-balik dengar mp3 pun muak. Meh kita dengar orang bercakap pulak.

Aku tak kisah la ko nak promote produk kau.
Yang aku bengang tu bila dia dah explain-explain pastu nak suruh aku sign up dan-dan tu gak. Pehalllll?


She : Puan Diana berminat dengan plan ni? Dah ramai dah yang ambik polisi ni and mereka kagum sebab tak kira lah if u sign up polisi ni today and next month u di-diagnose cancer, you terus boleh dapat duit.
(tang 'dah ramai' tu yang mahal tu. Bunyik pun tak mengagumkan lansung.)

Me : Looks interesting tapi I don't have the final say. Sebab anything yang melibatkan big decision especially yang involve money, I have to discuss dengan my husband.

She : Ye, saya faham tu. Tapi, Puan Diana berminat tak? Kami cuma perlu tau if Puan Diana berminat sebab offer ni untuk pemegang kad kredit ^*&^%%%%^ yang terpilih sahaja.

Me : Look. You explain produk you pun dalam phone aje. And I am driving now. I can't really concentrate dengan apa yang you cakap tadi and now you nak I sign up terus? You kena bagi I masa.

She : Takpe, saya boleh explain lagi sekali untuk Puan Diana.
(sangat persistent which is ciri yang bagus untuk menjadi seorang sales tapi sangat tak peka dengan situasi dan juga bodoh dalam membaca maksud tersirat)

Me : Macam ni la, actually walaupun saya pemegang kad kredit ni, tapi yang tukang bayar is my husband. Berapa kredit limit I pun I tak penah tau. And I pun dah ada 2 insurans. Itupun I tak bayar, semua my husband uruskan.

She : So, Puan Diana tak sure apa yang dicover dalam insurans tu la?

Me : Saya tau apa yang dicover sebab saya yang sign the polisi, so saya dah baca semua dalam tu
(bodoh punya sales tanya soklan macam ni)

She : Puan Diana pasti ke polisi Puan Diana tu masih aktif?

Me : Yes. Every month I dapat surat untuk bayar premium.

She : No, I mean Puan Diana pasti ke husband Puan Diana pilihkan polisi yang terbaik untuk Puan Diana?

Me : Excuse me..?? Is this how your supervisor ajar on how to close a deal? Making assumptions? Macam ni la, like I said, I tak boleh nak bagi you answer. Kalau you desperate sangat nak close the deal, call back tomorrow, I will discuss with my husband malam nanti. If dia kata NO, I'm sorry. Or you can call dia now and explain kat dia.


Tapi laki aku cakap takde pulak budak ni call.
Tau pulak ko takut nak cakap ngan laki aku.

Yang aku kagum tu boleh dia berani buat assumption pasal laki aku ni.
Bahabi bangkaiii.

Ok lah niat dia murni nak bagi aku wake up call untuk jangan percaya 100% kat husband. Tima kasih banyak-banyak. Aku rasa aku takde masa nak pikir yang bukan-bukan pasal laki aku, nak check betul ke dia bayarkan insurans, betul ke dia pegi keje, betul ke dia dinner ngan supplier ke ngan janda anak 3 yang ngorat dia tu...eh plis la, benda-benda macam ni menyemakkan otak.

Tapi aku rasa setakat ni bank belum kejar aku lagi tak bayar kad kredit which means kad aku berbayar. And tang insurans tu sampai 2 dia ambikkan and bayarkan, so apa hak aku nak persoalkan if polisi tu yang terbaik or not??? Nak terbaik sangat gi bayar sendiri la.
Orang dah bayarkan dah cukup baik. Kang soal dia banyak-banyak dia bayar ngan penampar kang, ada yang makan ketupat kat spital.


Pastu sepatutnya ada delivery barang-barang ke rumah baru sebab aku ada order some perabot.

Mula-mula dia kata 5 August.
Tapi tak jadik sebab dia kata kerusi yang aku tempah kat warehouse ada kaler lain. Kalau kaler yang macam aku nak kena tunggu shipment sampai sini on 29 August.
Ok takpe. Aku tunggu.

28 August aku call nak confirmkan delivery (ada ke patut aku yang kena call ingatkan dia pasal delivery???), dia kata ETA document dari manufacturer cakap shipment sampai kat Port Klang on the 1st of Sept. So dia cakap delivery is on 2nd.

Ok takpe.
Lagipun aku nak pi JB time tu.

So, aku ngan En Wan dah bajet masing-masing ambilk half day off petang Rabu sebab nak monitor diorang hantar barang. Kul 1pm aku call nak confirmkan pukul berapa dia sampai, sales dia kata tak boleh hantar today sebab masih memunggah barang kat kontena.

Eh, cilanat.


She : Oh I forgot to inform you, today we can't deliver. They are still unloading the goods.

Me : But yesterday you said that you gonna deliver them today? I've taken half day off just to monitor you guys.

She : Oh really uh? So sorry la then. Tomorrow can uh?

Me : You guys keep on delaying the delivery. I have been waiting for my goods since early of August, now it's September. Stilllll, you are moving it from one date to another. And you don't have the effort to call me and inform that the delivery has been postponed. What if I didn't call you?
(masa ni pahala puasa aku tinggal separuh dah)

She : Sorry ah Ms, I forgot to call you.

Me : Please be certain of what you are doing before you make appointment with customer. I am also working and I have rules to adhere to. So please show some respect.



The moment aku letak tepon, aku bajet hari tu aku puasa dapat lapar ngan dahaga je la. Tapi kira ok la kan, aku lom mencarut lagi kat dorang ni semua. Cuma lepas aku letak tepon je aku jerit 'FUCK!'.

Terus call En Wan.

Me : Abang, dorang tak jadi hantar today. Postpon lagi. Esok.

En Wan : Ye ke? Takpela, nanti abang beli nasik kerabu.



Sampai skang aku cuba kaitkan apa kena-mengena delivery tadi ngan nasik kerabu?

2009-09-03

nak meraba bini di bulan puasa tapi malu nak google



Bukan aku yang beromen di siang hari di bulan puasa.
Aku nak abiskan sehari puasa pun nazak, inikan dua bulan??
Boleh mati hidup balik empatblas kali okkkkk.

Saje je tanya soklan tu, mana la tau kot-kot tak batal.
Eh, jahilnya.
Haha. Takpe, tak tau kita bertanya kan.

Ni kes 31 Ogos la ni.
Aku dah kata, aku ngan En Wan kalau cuti memang tak boleh dok umah, memang kena keluar. Kalau dok rumah, aku ngadap kau, kau ngadap aku. Panjang cerita dia kanggg.
Takkan nak mengadap-ngadap je. Dah la boring takleh makan.

Maka satu perbincangan telah diadakan di atas katil pada pukul 3 petang.


En Wan : Kalau kiss boleh tak Di?

Aku : Boleh. Tapi touch lips aje, takleh over-over.

En Wan : Baik takyah. Hmmm...kalau raba-raba?

Aku : Boleh. Tapi jangan sampai stim.

En Wan : Hmmm...kalau stim?

Aku : Entah...batal kot. Yang seboleh-boleh nak bagi stim tu kenapa?

En Wan : Cuba check internet. Batal ke tak kalau stim.



Bangang gila okkk aku boleh google-google under words "stim di bulan puasa".
Tu la kan, dulu elok-elok dapat Maahad kau quit. Kan dah bodoh skarang.
Ni kalau Pak Aji tau aku bodoh macam ni, skarang gak dia hantar aku masuk skolah pondok.

Hasil google..


SATU HARI DI BULAN PUASA... - Alhamdulillah, berlalunya hari pertama puasa di bumi Saudi ini. ... Patin Stim 3 Rasa - Resipi asal adalah Ikan Siakap Stim 3 ...
salam2benua.blogspot.com/2009/08/lepas-sahur-tadi-pergi-m... - 314k - Cached



Ni kang elok-elok aku nak batalkan puasa dengan stim, ada yang terus aku gi masak nasik kat dapur.

En Wan tak puas hati.


En Wan : Tukar ayat la. Search word lain pulak.

Aku : Abang buat la.

En Wan : Ala, Di la typekan. Abang malu.

(pastu gelak-gelak)



Motif nak malu??????


Last-last google je lebih tau -tau dah pukul 5pm.
Takyah la bang, jom kita gi pasar ramadhan je la.

Alhamdulilah, selamat puasa aku.

2009-09-02

Soal jawab agama





Kalau beromen waktu siang di bulan pose, yang lelaki kena ganti puasa 2 bulan straight kan?

2009-09-01

JB


Jumaat lepas, we all tetiba buat plan gila. Sejam before buka puasa 'Eh, gi JB jumpa Ima nak?'

En Wan pun 'Jom'.

Maka 10.30pm, gerak from Subang gi Bangi ambik Ibal, then zassssss pi Gelang Patah.
Tapi belum sampai Bangi, En Wan dah mamai. So aku cakap kita gerak esok je la, malam ni lepak Bangi.
Oh, taknak okkk...
Alasan dia, kalau gerak esok tak best sebab takleh makan, drive jauh-jauh nanti lapar.
Ok la kalau camtu, kita gerak malam ni gak.

Taknak. Sebab dah malam sangat, ngantuk.

Look!
Aku suruh balik esok siang, ko cakap takleh drive sebab takleh makan.
Aku suruh gerak malam ni ko cakap ngantuk. Oviously kalau kau tido, means that kau tak makan jugak kan?
So, apesal nak salahkan drive siang takleh makan?
Kan ke senang cakap direct nak suruh aku drive bangggggg????

Sudahnya memang aku yang drive dari Bangi tapi sampai Machap je, dengan hanya sejam setengah. Dasyat tak aku drive??? Dasyat tak dasyat, kita tunggu saje berapa keping saman dapat hujung bulan depan. Haha.
Yang si Ibal ye ye je...'Eh Diana, kalau ko tak larat drive, aku ganti pun takpe'.
Belum cecah Seremban, semua terkangkang kat belakang. Banyak la kau punya ganti.
Takut gak kalau dapat saman ni. Panjang azan En Wan kang. Tapi, aku rasa, aku dah mengambil kira faktor-faktor keselamatan di mana, asal nak dekat sampai bridge je aku mesti slowkan ke 110 sebab selalunya dorang letak kamera kat brige kan? Ah, mampos la pedulik apa aku.

Actually mak aji ngan pak aji dan semua yang ada kat JB tu tak tau menahu kitorang nak datang. Aku nak buat surprise kat mak aji sebenarnya. Hari-hari dok call aku 'Diana, tolong tengok-tengokkan adik', kang jap lagi call 'Diana, nanti tanya adik berbuka makan apa', tak sampai sejam 'Diana, jangan lupa kejutkan adik sahur'.

ADIKKKK????

Tak pernah hayat aku panggil Ibal adik okkkk.
Plissssssssss ahh.

Yang si adik pun bukannya suka nau aku jejap-kejap call. Nak main kote pun sangkut akak asik spot check je. Asal aku call je 'Ni apehal ko kejap-kejap call aku ni??'

Kannnnn.
Adik aku pun tau rimas.
Mak aji ni bukan apa sebenarnya.
Just because Ibal tu anak bongsu, so dia ingat Ibal tu still ADIK lagi.
25 tahun dah pun budak tu, Ma. Bulu pelir pun dah berselirat. Jangan la risau sangat. Ni cara-cara Ibal tak jadi gi Coventry, kalau jadik hari tu, konfem kejap-kejap dia gi UK.
Kesian pak aji, rindu rupanya ngan anak-anak dia di perantauan.
Dia kata, patutla kejap tadi dia tertido and mimpi jumpa we all, rupanya betul we all nak datang. Mak aji ngan pak aji dah lebih kurang sebulan gak la lepak JB since adik ipar aku yang tersayang, Azrul admitted to hospital sebab buang bisul. Cam tak lojik je buang bisul sampai sebulan kena jaga kan? Tapi series, dia punya bisul rupanya jenis yang merebak kat dalam badan bukan kat luar. So kena toreh la sket bawah lengan dia nak korek bisul-bisul ni keluar. Dan hasilnya, bawah lengan dia berlubang sikit. So, sebab nak tampal lubang tu, dokter korek pulak kulit kat peha tampal kat bawah lengan. Awal-awal tu memang tenat gak la. Tapi now dah ok, cuma takleh drive, jadi pak amertua jadi driver. Seb baik la mak mertua sudi nak jaga walaupun aku bajet konfem mati kutu member kena ngadap mak metua hari-hari. Nasib kau la..

So malam kitorang sampai tu sebab cam happy gila, keadaan rumah jadi riuh macamkan esok nak raya dah. Kul 3 pagi kecoh-kecoh kat dapur goreng ayam, buat nasi beriyani, siap buat salad bagai. Tinggal takde daging je kat peti ais. Kalau tak, konfem mak aji dah kacau rendang malam tu gak.

Esoknya masing-masing belasah tido sampai kul 10.30pg.
Elok sangatttttt lah.
Mengucap pak mertua tengok menantu-menantu bergelimpang terkangkang tido tak bangun-bangun.





Mak buyung bersama abang ipar yang hensem
 

Kul 1pm cam tu, zasssss gi JJ Bukit Indah.
Masing-masing buat sessi bertukar-tukar hadiah yang sampai skang pun aku tak tau untuk event apa. Aku tetiba je dapat Green Tea Body Wash from Ibal. Redza tetiba je dapat Crocs punnnn dari Ibal. Pastu mak aji seboleh-boleh suruh aku beli satu barang, dia nak bayarkan.

Eishhhh..jangannnnnn.

Aku ni kejap-kejap je tawaf depan kaunter perfume. Tapi tak jadik beli la pulak sebab masing-masing tetiba teringat 3 September ni birthday Redza so tetiba semorang ngan haluan masing-masing carik hadiah Redza. Gila excited nak buat surprise party utk Redza siap ada command 'Ok, kita semua berpecah!!'
Ntah apa-apa.



Ima buat-buat try Crocs dengan harapan Ibal belikan untuk dia jugak. Eh, mak aji pun sibuk nak tryyy..



Pak aji ngan mak aji tengah kau tim ngan tokey kedai game kot-kot boleh dapat murah.



Keceriaan jelas terpampang di muka bapaknya terselamat dari kena bayar game Redza. Haha


Memang Redza la manusia paling girang sekali sebab dapat game yang dia nak.
Tapi aku dah warned, kau nak main, kau main sorang. Kalau kau mintak aku ajarkan, aku hempok ko ngan game tu.



Tekun main game sampai menyenget badan


 
Wahh, feeling-feeling kat Hong Kong la pulak, kat mall pun nak snap gamba


Actually birthday mak aji pun belum celebrate lagi - 27 August.
So alang-alang dah kumpul ni, sekali harung je la.

Masa birthday aku hari tu, mak aji telah membuat surprise dengan datang rumah aku bawak American Brownies setongkol besar. So, Redza ingatkan tu kek dia. Kan dia memang pantang nampak kek. Asal ada kek je konfem tu birthday dia. Sekali bukak kotak nampak ...




Aku ni ye ye je 'Ha'ah laaa...ni kek Ija!'
Konon nak bagi dia gembira la.

Sekali member reply 'Bukan! Ni bukan kek Ija. Kek Ija ada tulis R.E.D.Z.A'

Ow-ohhhh.

Sumpah aku lupa anak aku dah pandai mengeja.
Memang gagal la tektik aku petang tu.
Dia punya sentap sampai tetido. Kesian pulak.

So, hari tu aku beli kek Blurberry Cheese kat SR (haruslah mengikut selera tekak aku), and aku mintak budak tu tulis besar-besar word REDZA.

Wahhhh..tersengih-sengih member baca nama dia atas kek.




Bersama nenek yang sekali pandang dah macam ustazah baru lepas ngajar budak mengaji.

 


Dah macam kena belasah ngan Ahlong pulak aku tengok dak Azrul ni..


 

Kenyang lepas berbuka