2008-07-30

Budak marketing tolong YM aku plisssss


Aku rasa bulan puasa sok makin tak berupdate jawabnya blog ni.
Sejak aku puasa, otak cam lembebbbb. Nak update blog malas, nak buat keje malam-malam malas, nak gi keje siang lagi la...tak puasa pun aku memang dah malas.

Semalam aku gi discuss future plan dengan former boss.
Best gila jumpa ex-bos aku. Memang se-geng tak kira dari topik bisnes, topik klorga, apetah lagi topik mengumpat kompeni lama, memang aku la batu apinya.

Actually ex-bos aku dah ambik satu budak lab. Budak ni akan join lepas raya. And this budak is currently my customer. Patutla hari tu aku jumpa nak discuss pasal projek sequencing dia kata dia tak lama kat sini, lagi 3 bulan blah. Ko blah pun ko jumpa aku balik. Seb baik dia tak kerek dengan aku. Kalau tak, aku tak sign payslip kau. Wah, berlagak siallll.

Rupanya nak run bisnes ni bukan senang.
Ex-bos aku cakap, bulan Januari lepas dia takde income lansung sampai kena pinjam 10K kat orang nak rolling duit buat beli itu ini. Itu cara-cara dia dah letak a few thousands. Pun kena berhutang lagi. Alhamdulillah skang dah stabil and that's why dia benarkan aku join dia.

Masalah sekarang pulak asal dapat order from customer je ex-bos aku dah takut. Kang customer order banyak-banyak mana nak cekau duit buat beli barang?

Takde order pun susah, ada order pun susah.

Kesian pulak dengar cerita ex-bos aku macamana dia nak sustain the business awal-awal dulu. If only aku ada sekali masa tu, boleh aku sama-sama susah dengan dia. Ini la namanya kacang lupakan kulit.


PICTURE REMOVED

Memulakan, aku bukak publisher, pastu cut and paste gamba sendiri. Pastu tak tau nak letak kat blog sbb dia bukan jpeg file. Pastu bangang-bangang tak tau nak letak jugak, print pastu scan, save ke jpeg baru boleh letak kat blog. Lepas tu kannnnnn, ada seorang mamat Jepun yang yang tetiap malam horny, mengYM aku.

ejey.m (7/31/2008 1:26:22 AM): pasal pic ko tu

green apple (7/31/2008 1:26:27 AM): pic apa?

ejey.m (7/31/2008 1:26:29 AM): xyah print n scan balik

green apple (7/31/2008 1:26:34 AM): ohh..ahh..ajar2

ejey.m (7/31/2008 1:26:36 AM): ko guna PrtSc je

ejey.m (7/31/2008 1:26:45 AM): gini bebeh

green apple (7/31/2008 1:26:46 AM): ohh..print scren ekk

ejey.m (7/31/2008 1:26:54 AM): yapp

ejey.m (7/31/2008 1:27:07 AM): apa saja yg kuar kat screen ko leh save jd JPG

green apple (7/31/2008 1:27:16 AM): jap aku try

ejey.m (7/31/2008 1:27:57 AM): ko print screen, then kalu ko ada Photoshop ke ape ke ade?kalu ada guna photoshop then start New File -->Paste

ejey.m (7/31/2008 1:28:14 AM): kalu xde gak, guna PAINT je, bukak New File-->Paste

ejey.m (7/31/2008 1:28:20 AM): pastu save as JPQ

ejey.m (7/31/2008 1:28:23 AM): JPG

ejey.m (7/31/2008 1:28:33 AM): masa sblm save tu edit la mana patut

THANX!!

Ni yang aku suka kawan ngan suami-suami orang nih. Bukan sahaja manjang horny, tapi juga sangat berilmu dan baik hati. Untung bini korang. Bagus. Pilihan yang tepat.
Eh, laki aku pun golongan berilmu dan sangat baik hati tau. Tapi sebab malam ni aku kena siapkan keje, so dia self service.

Berbalik pada citer bisnes, skang aku tengah berhempas-pulas sepenuh daya dengan penuh kesengsaraan bersarang di dada taknak guna credit card sampai hujung tahun. Taknak shopping tetiap minggu. Pegi mampos ngan SALE.

Tak hingin!
Tak hinginnnn!!!
Tak hinginnnnnnnnnnnn!!!!

(bangun pagi-pagi kena sebut motto ni dulu, kasik semangat untuk diri sendiri)

Motif taknak shopping and taknak guna kad kredit?

Sebab mana nak tau kot-kot sesak sok nak run bisnes, nak bawak stock masuk ke, aku leh kuarkan kad kredit aku yang limit tak sampai 3K tu. Ada sesape yang berbesar hati nak offer aku kad limit 40K? Sila ke depan.

Aku sebenarnya ada keje nak kena buat ni. Aku kena buat flyers guna publisher. keje tak jalan, aku test letak gamba aku dulu. Ngeheh..alasan.

Selama ni haram aku nak buat benda camni. Ni semua budak marketing punya keje. Gi supermarket aku tau la.


Oh yes, hari ni punya cerita. Mamat tingkat 7 tu kan hari ni belikan aku Big Apple.
6 bijik.
Semua donut bercoklat.
Pastu dia call.

'I tau you tak makan coklat, tu I belikan untuk ofismate you'.

BABI.

2008-07-28

Update....


Hari ni aku puasa. So, aku takde mood nak update blog kang aku tercarut kang, percuma je berlapar.

Hari ni betul-betul Monday blues. Tetiba je rasa nak print resignation letter. Padahal takde apa-apa pun, saje layan emo sensorang. Tak tau pesal, hari ni aku rasa takde mood sangat-sangat. Rasa layu dan kuyu sepanjang hari, lepas meeting baru rasa segar. Maybe sebab meeting. Selagi meeting ni lom start selagi tu kepala aku macam-macam pikir.

Weekend lepas takde apa sangat, cuma balik Bangi.
Sekian.

Esok aku ada lunch date ngan former bos.
Last year sebelom aku resign dengan previous company, aku memang dah plan ngan ex-bos aku nak set up own business tapi masa tu company skang dah offer. Since company ni memang aku berangan nak join sejak dulu lagi, aku pun jump, boleh gak carik pengalaman rasa camne bestnya keje ngan US company. Tak le best sangat pun, puaka lagi ada.

So esok aku jumpa ex-bos sebab nak further discuss on business plan. Kali ni aku rasa aku dah cukup bersedia nak run my own business. Actually pengalaman aku kat trading business ni tak le lama mana pun, 5 yrs je, but ex-bos aku dah 10yrs so ada strong point kat situ. And since both of us mmg orang biotech, and the business yang nak di'run' ni pun biotech related, kira layan je la.

Before meeting tadi aku dah text bos aku (bos skarang) yang aku nak jumpa dia in private lepas meeting. Hajat di hati tu nak bagitau in advance aku nak resign. At least takde la kejung makcik ni tetiba sok aku hulur surat resign. And dia boleh start kuarkan advertisement carik pengganti aku. Harap-harap tak jumpa la kau, biar gelupur.

Tapi meeting habis 6.30pm, aku dah la puasa today. Kang kalau aku start mukadimah mau kol 9 aku bukak puasa.

Tak jadik. Balik dulu.

So, Ah Beng, aku rasa aku dah jawab sms ko ni kan?
And soalan aku pulak...dah beli SENOKOT?

Banyak betul respond kat entry ex-GF laki aku.
Cenggini la...aku ni bukannya nak berbaik-baik ngan gf tu pun sebab aku kenal dia pun tak.
So jangan la kata aku ni berhati mulia nak kenal-kenal ngan ex-gf dia, kalau buleh tak hingin nak kenal pun. Ngahahahaha.

Tapi bila pikir-pikir balik, asik aku je yang memperkenalkan ex-bf kat En Wan, sesekali nak gak rasa ke'bentan'an bila kita pulak jumpa ex-gf dia.

Boleh tak alasan macam tu?

En Wan terperanjat bila tengok aku tergamak scan gamba chenta hati dia dan diabadikan lam blog.

Elehhh, buat-buat muka tak percaya pulak.
Tampa kanggg.

Tu baru aku jumpa satu gambar, entah-entah ada lagi saturatus gamba aku lom jumpa.
Asal balik kampung tak penah nak bawak aku jumpa kengkawan skolah dia. Alasan, 'Abang dulu pendiam, tak banyak kawan'

Tapi kejap-kejap aku dengar mak metua aku cakap 'Anak Cikgu Seman tu ada keje kat Putrajaya. Sape nama dia adik?'
(laki aku ni panggilan dia kat rumah 'adik'. Aku je yang panggil dia 'abang')

'Suzana'

'Ada hari tu anak Tok Man datang sini, dia tanya adik kat mana skang. Saper ntah nama dia, mok lupa dah'

'Haniza'

Kenal pulakkkkkkkkkkkk.
Kata pendiammmmmmm.
Tak banyak kawannnnnnnnnnnnnnnn.

Ni yang susah aku nak percaya orang pendiam a.k.a pemalu ni.
Gatalnya lebih dari yang obvious gedik cam aku.



Tak baik tau u ollss kata I jahat, see my face..very the kampung-kampung one.
Muka macam ni kuat mencarut ke? Never okehhh.




2008-07-20

Am in Tganu


Aku kat cyber cafe ni, kat town of Tganu.

Apa raaaa, tolong la buat Starbuck ke, Coffee Bean satu kat sini, payah nak carik wifi access restaurant. So, skang ni aku kat ccafe, sambil guna PC and laptop sendiri. Berlagak tak??? POYO okkk. Ni semua bos aku punya pasal, report tak bleh miss lansung, harus hantar walau di mana jua anda berada.

Aku telah berjaya men-race-kan keta En Wan Jumaat malam lepas. Dia sesedap je tido kat sebelah, and since jalan pun macam ala-ala manja je traffic, so aku pun melenjan keta dia, nasib kau la kalau sok dapat saman. Maafkan dinda.

Kepada sesaper yang pesan kepok lekor tu, tak janji ok.
Sebab hari ni Tganu still bercuti walaupun sepatutnya dorang kena keje sebab today pertabalan Sultan Tganu. Eh, ke pertabalan Tengku Mahkota, aku pun malas nak tanya laki aku. Buang masa okk tanya orang tua ni, dia ni Tganu murtad.

Actually aku balik Tganu ni bukan sebab nak bercuti tapi sebab ada benda nak kena settle, so malam ni En Wan bertindak sebagai orang penting sebab yang lain tu macam TOOTTTTTTTTTTTTTTT. Aku tak tau la apa kesudahannya malam ni, wait and see.

Semalam En Wan buat statement kasik gegar punya. Kali ni depan-depan klorga siap ada ipar duai ngan anak-anak sedara sekali.

Aku tengah pangku Redza sambil tengok tv, anak buah En Wan umur 7 tahun tanya, 'Bila Redza nak benti ngisap (botol) ni?'

Aku : Dia baby lagi, nanti dia benti la. Pok Ayie (En Wan) awak lagi la, umur 11 tahun pun hisap botol lagi.

Anak sedara : Ye ke? Bakpe Pok ngisap lama sangat?

En Wan : Sukati Pok la. Ada lagi puting Pok simpan kat atas (bilik). Nak tengok?

Anak sedara : Mana?

En Wan : Bukak Di..(sambil mata pandang tetek aku).


BOLEH???
Kot ye nak bergurau senda yang melibatkan tetek aku yang mahal ni, boleh tak bawak topik perbincangan tu kat tempat yang secluded sket? Kang aku sumbat kat mulut ko depan-depan semorang kanggg.

2008-07-18

Fuck you!


PART I

Husin Ali (7/18/2008 10:03:12 AM): salam

green apple (7/18/2008 10:03:20 AM): salam..

Husin Ali (7/18/2008 10:03:42 AM): bole kenal?

green apple (7/18/2008 10:04:02 AM): hmm...u are from UPM?

Husin Ali (7/18/2008 10:05:14 AM): no

green apple (7/18/2008 10:05:32 AM): hmm...then why ur email gmp_upm?

Husin Ali (7/18/2008 10:53:38 AM): sape nama?

green apple (7/18/2008 10:53:43 AM): diana

Husin Ali (7/18/2008 10:53:50 AM): owh

Husin Ali (7/18/2008 10:53:55 AM): cantik nama itu

Husin Ali (7/18/2008 10:54:06 AM): dah ada bf?

green apple (7/18/2008 10:54:21 AM): amboi...directnya soklan...

Husin Ali (7/18/2008 10:54:33 AM): x suka ke????

Husin Ali (7/18/2008 10:54:38 AM): sori....

green apple (7/18/2008 10:55:08 AM): bukan...

green apple (7/18/2008 10:55:22 AM): kenapa nama u ada dlm list i ye? i rasa u penah jg customer i la

Husin Ali (7/18/2008 10:55:42 AM): ntah la

Husin Ali (7/18/2008 10:56:46 AM): diana,

green apple (7/18/2008 10:56:51 AM): yup

Husin Ali (7/18/2008 10:57:02 AM): study or dh keje?

green apple (7/18/2008 10:57:44 AM): dah keje...i am 31

Husin Ali (7/18/2008 10:57:53 AM): owh

Husin Ali (7/18/2008 10:58:01 AM): u da kawin la ek?

green apple (7/18/2008 10:59:21 AM): dah ada anak dah pun

Husin Ali (7/18/2008 10:59:38 AM): owh

Husin Ali (7/18/2008 10:59:46 AM): nk tanya bole?

Husin Ali (7/18/2008 10:59:58 AM): i pun da ada wife..

green apple (7/18/2008 11:00:17 AM): apadia

Husin Ali (7/18/2008 11:01:13 AM): my wife sgt lemah tentang seks..

Husin Ali (7/18/2008 11:01:18 AM): bole u bantu?

green apple (7/18/2008 11:01:29 AM): hmmm..sorry...bukan bidang i

Husin Ali (7/18/2008 11:01:52 AM): why? plz help me..

Husin Ali (7/18/2008 11:06:32 AM): u cantik dan seksi..

green apple (7/18/2008 11:06:36 AM): tq

Husin Ali (7/18/2008 11:06:56 AM): mesti layanan seks terhadap husband u powerful

Husin Ali (7/18/2008 11:07:31 AM): bole bg sedikit pengalaman u dalam sekk?

Husin Ali (7/18/2008 11:07:34 AM): seks?

Husin Ali (7/18/2008 11:07:43 AM): i nak anak..plz..

Husin Ali (7/18/2008 11:20:44 AM): TLG LA DIANA..

Husin Ali (7/18/2008 11:20:54 AM): I SUKA BUAH DADA U..

Husin Ali (7/18/2008 11:21:10 AM): MENGANCAM..


PART II

Husin Ali (7/18/2008 4:12:03 PM): diana..

green apple (7/18/2008 4:12:21 PM): yup

Husin Ali (7/18/2008 4:12:33 PM): tlg la i..

green apple (7/18/2008 4:12:53 PM): i dont do such thing

Husin Ali (7/18/2008 4:13:01 PM): plz..

Husin Ali (7/18/2008 4:13:12 PM): u not know me

Husin Ali (7/18/2008 4:13:21 PM): and i also not know u

green apple (7/18/2008 4:14:11 PM): i am not into such discussion, sorry

Husin Ali (7/18/2008 4:14:51 PM): plz..

Husin Ali (7/18/2008 4:15:11 PM): u cantik dan seksi event sudah kawin

Husin Ali (7/18/2008 4:15:18 PM): even get married

green apple (7/18/2008 4:16:07 PM): mana u tau i cantik and seksi?

Husin Ali (7/18/2008 4:16:23 PM): i tau..

Husin Ali (7/18/2008 4:16:32 PM): i tgk friendster..

green apple (7/18/2008 4:19:05 PM): ha?

green apple (7/18/2008 4:19:10 PM): mana u jumpa frenster i?

Husin Ali (7/18/2008 4:19:27 PM): i jumpa la..

Husin Ali (7/18/2008 4:19:40 PM): i terjumpa masa search..

Husin Ali (7/18/2008 4:20:02 PM): gmbr u x pakai baju tu

Husin Ali (7/18/2008 4:20:12 PM): sblh u tu husband ye?

green apple (7/18/2008 4:20:13 PM): hmmm...??? ye ke..maknanya u kenal i b4 ni?

Husin Ali (7/18/2008 4:20:47 PM): ye..tgk friendster

Husin Ali (7/18/2008 4:20:55 PM): pastu,sy cari email..

green apple (7/18/2008 4:21:26 PM): yupp itu my hubby...but actually frenster tu tak aktif la..malas nak masuk, i prefer facebook instead

Husin Ali (7/18/2008 4:21:47 PM): owh..

Husin Ali (7/18/2008 4:22:31 PM): nadia, citer la sikit psl seks..

Husin Ali (7/18/2008 4:24:03 PM): plz nadia..

green apple (7/18/2008 4:24:08 PM): apa ni? i tak suka la cerita mcm tu

green apple (7/18/2008 4:24:18 PM): btw, my name is diana, bukan nadia

Husin Ali (7/18/2008 4:24:19 PM): plz..la..

green apple (7/18/2008 4:24:24 PM): u ni pesal?

Husin Ali (7/18/2008 4:24:36 PM): plz diana..

Husin Ali (7/18/2008 4:24:48 PM): i ada masalah wth my wife...

Husin Ali (7/18/2008 4:25:00 PM): i malu nak citer kat doktor

Husin Ali (7/18/2008 4:25:15 PM): i x tau nak citer masalah ni pada sape?

green apple (7/18/2008 4:26:42 PM): u ada prob dgn wife yg u nak citer kat doktor pehal? u discuss la ngan wife u

Husin Ali (7/18/2008 4:27:11 PM): i dah discuss..dia pun x tau pasal seks

green apple (7/18/2008 4:27:29 PM): la, itu tanggunjawab u la nak educate dia..

Husin Ali (7/18/2008 4:27:31 PM): kami juz kiss and peluk je..

Husin Ali (7/18/2008 4:27:42 PM): i pun tak tau..

Husin Ali (7/18/2008 4:27:53 PM): bila peluk, kami takut..

Husin Ali (7/18/2008 4:28:06 PM): jantung laju berdebar-debar

green apple (7/18/2008 4:28:49 PM): absurd!!! apa la, kalau dgn wife pun u takut, masalahnya bukan pada ur wife, it's u yg ada problem

Husin Ali (7/18/2008 4:29:10 PM): i ada problem apa?

green apple (7/18/2008 4:29:16 PM): entah, u gay kot..

Husin Ali (7/18/2008 4:29:37 PM): x lah..

green apple (7/18/2008 4:30:20 PM): dah tu?? u la yg problematic, dgn pompuan pun takut, dah la tu isteri sendiri..apa la

Husin Ali (7/18/2008 4:31:24 PM): so, macam mana nak atasi?

Husin Ali (7/18/2008 4:31:37 PM): tapi alat sulit saya tegang

Husin Ali (7/18/2008 4:32:03 PM): bila saya nak masuk, wife saya lari..

green apple (7/18/2008 4:32:39 PM): hello.....benda2 mcm ni, u tak boeh discuss dgn org lain...u ada problem dengan wife, u settle dgn wife. this is sumthing personal, tak pyh nak share dgn org lain. u memalukan wife u ok?

Husin Ali (7/18/2008 4:33:08 PM): i x malukan dia

Husin Ali (7/18/2008 4:33:31 PM): u x kenal wife i

Husin Ali (7/18/2008 4:33:48 PM): plz..

green apple (7/18/2008 4:33:58 PM): no, i cant help you, you help urself

Husin Ali (7/18/2008 4:34:19 PM): bg tau cara u buat seks wth your husband?

Husin Ali (7/18/2008 4:34:24 PM): plz..

Husin Ali (7/18/2008 4:34:39 PM): i promise x bg tau sesape..

Husin Ali (7/18/2008 4:35:01 PM): plz diana...

green apple (7/18/2008 4:35:04 PM): sorry, apa yg i buat dgn my hubby is personal, none of ur business, ok?

Husin Ali (7/18/2008 4:35:08 PM): plz........................

Husin Ali (7/18/2008 4:35:23 PM): ok, tlg bg cadangan

Husin Ali (7/18/2008 4:35:48 PM): u cantik diana...

Husin Ali (7/18/2008 4:36:15 PM): even u get married u still menarik..

Husin Ali (7/18/2008 4:36:20 PM): plz....

green apple (7/18/2008 4:36:24 PM): sorry

Husin Ali (7/18/2008 4:36:48 PM): tubuh u sgt menggiurkan lelaki

Husin Ali (7/18/2008 4:37:03 PM): mata u sangat mengghairahkan..

Husin Ali (7/18/2008 4:37:19 PM): payudara u sangat kencang...

Husin Ali (7/18/2008 4:39:24 PM): plz.

Husin Ali (7/18/2008 4:39:41 PM): orait, u xnk bg tau

Husin Ali (7/18/2008 4:39:58 PM): tp i ada satu rahsia about your husband

green apple (7/18/2008 4:40:10 PM): o really?

Husin Ali (7/18/2008 4:40:18 PM): yup

green apple (7/18/2008 4:40:29 PM): tell me la..i dont mind

Husin Ali (7/18/2008 4:40:46 PM): your husband ada gf di luar

green apple (7/18/2008 4:41:00 PM): really? u kenal ke siapa nama my hubby? 

Husin Ali (7/18/2008 4:41:19 PM): not important to me

Husin Ali (7/18/2008 4:41:41 PM): but your husband ada ke bkt bintang

green apple (7/18/2008 4:41:54 PM): well, dia mmg selalu gi low yatt pun

Husin Ali (7/18/2008 4:42:04 PM): suatu hari nanti i akan tunjukkan gmbr pada u

Husin Ali (7/18/2008 4:42:11 PM): ok, tq

green apple (7/18/2008 4:42:16 PM): tunjuk la skang

Husin Ali (7/18/2008 4:42:30 PM): sorry

Husin Ali (7/18/2008 4:42:45 PM): i x minat discuss this wth u

green apple (7/18/2008 4:43:01 PM): me too


L.O.S.E.R.

Aku rasa aku cukup kenal saper En Wan, so tak yah susah-susah nak buktikan yang dia ada pompuan lain kat luar. Kalau ada pun, pastikan pompuan tu bukan bini kau.

Sekian.


2008-07-16

Probs


Banyak problemSSSSS today.

Pertamanya, bangun je pagi problem aku TAKNAK GI KEJE.
Ni sebenarnya penyakit lama yang misteri yang makbapak aku cukup menyampah.
Penyakit ni mula di-discover masa aku masuk boarding skool.
Memula tak sabar-menyabar nak pegi, after a while, terpeleot sket, terus nak quit.
Aku ni jenis kalau aku dah kata taknak, rentikan la segala bentuk nasihat atau pujuk rayu, jawapan dia tetap NO jugak.

So problem awal pagi adelah taknak gi keje.

Sampai opis semua malaun ni mana ntah hilang, mentang-mentang bos kat Brunei masing-masing melenyapkan diri. Tetiba dorang text aku 'Please make urself available for the video conf with Aust at 11am'.

Pebenda dowhhhh??? Ko nak suruh aku masuk meeting tu material semua takde kat aku, tau-tau nak attend. Pebenda aku nak merepek depan mat saleh nih?

Seb baik meeting tu sejam, elok je meeting habis dorang pun balik. Cam gampang okkk, masing-masing wat muka cam terkejar-kejar nak masuk meeting. Pirahhh, aku ludah sorang-sorang kang.

Sebenarnya aku tak tau pun bos aku takde. So bila diorang cakap bos gi Brunei, lepas je meeting aku terus pack barang, call En Wan ajak lunch, lepas lunch balik umah. Tak ke sihat sejahtera tu? Takde keje aku nak dok opis. Bos ada pun aku leh ponteng inikan takde.

In between tu, satu problem lagi aku terpaksa layan.

Mamat tingkat 7.
Kronik gila.
Sangat kronik.

Dalam lift, pagi masa nak masuk opis.
Kebetulan aku parking keta sebelah keta dia and aku tak perasan dia still ada lam keta, smoking.
Bila aku nak ambik laptop baru nampak muka dia lam tu.
So we all naik lift sesama.
Lift ramai la pulak orang. Kejap-kejap benti so kitorang yang awal masuk ni asik la terkebelakang.

Dalam pada tengah bersesak-sesak tu, mamat ni boleh pegang tangan aku!!!!
Gampang ke tak?
Aku terkujat sampai takde suara keluar, aku pandang muka dia, dia leh buat seolah-olah dia dah biasa pegang tangan aku. What the fuck la babi?

Aku tepis and berdoa cepat la sampai tingkat 7 biar ko brambos.
Lift benti kat tingkat 7 dia leh taknak keluar!!
Bila orang yang turun tingkat 8 keluar, tinggal aku ngan dia je berdua lam tu. Aku dah cuak gila. Series cerita aku cam cerita tamil aku tengok empat tahun lepas, minah tu terkunci dalam bilik air ngan satu mamat stranger tapi mamat ni hensem, takpela kalau kena raba pun. Mamat tingkat 7 ni pun agak hensem tapi berbulu dan aku tak kosser la nak layan kote dia.

Aku tanya pesal tak turun?

'Takpela, I teman u sampai atas'

Alahai cairnya aku dengar, sampai rasa nak ludah kat muka kau.
Sampai je tingkat 10, aku tak tunggu terus keluar tak toleh dah.
Agaknya dia tau aku bengang dia meraba aku lam lift tadi, bertalu-talu call masuk. Walahweiiii aku geli sial benda macam ni. Ko tu dah kawen, aku pun dah kawen dan aku sangat tak cintakan kau, so boleh tolong pegi mati?

Sampai saat aku type entry ni pepek aku geli ok ingat balik tangan dia yang berbulu tu pegang tangan aku. Saper kat blakang umah ada tanah lebih, bak sini aku nak samak, tapi aku taknak tujuh jenis. Aku nak tujuhblas jenis tanah.

Kasim patalon punya jantan keberet.
Geli aku nak pegi opis. Geli!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Memang kuang ajar la kan main raba-raba lak.
Aku upah orang liwat ko kat basement kang.

Aku tak berani nak bagitau En Wan lagi. Kalau dia baca blog ni before aku sempat bagitau, aku boleh bayangkan dia mengamuk macamana. Aku rasa pagi-pagi esok aku kena bagitau. Sekali dia kata 'Di, benti keje'.

Fuhhh!!!!
Konfem aku benti, tak tolak beb.

Tadi aku lunch ngan En Wan dengan selambanya dia cakap :

En Wan : Abang ingat nak beli la bangunan ni, nak bukak bisnes.
(amboi chanteknya muka kau, duit keta dah abis bayar?)


Aku : Abang nak bisnes apa?

En Wan : Bisnes awak tu la. Biotek.

Aku : Baik abang bukak bisnes yang ada kaitan ngan keje abang. Buatla servicing kompeni ke.

Abang : Abang mana reti. Abang tau service awak je.
(pastu senyum-senyum)

Aku dah spot perangai laki aku.
Kalau out of nowhere tetiba dia kuarkan statement cam kes lala tu, pastu kes service ni pulak, mesti malam tu aku SELESAI.

2008-07-15

Sama ke tak



En Wan zaman dolu-dolu...and Redza


Abang, ingat tak masa kita sesama merenyam dulu, Di ada bagitau abang kalau ada rezeki kita kawen sok, Di nak sangat anak laki kita muka sebijik cam abang. Sebab, kalau ditakdirkan abang takde dah, Di still boleh tengok muka abang sampai bila-bila. And kalau anak pompuan biar dia sebijik macam Di, hitam pun hitam lah janji muka sama.

Tapi, kalau Di yang takde dulu, abang nak tengok muka Di camne?
Kita still takde baby girl lagi.

Oh, no way!!!!
Aku takkan benarkan ko tengok muka pompuan lain, aku nak bagi ko sengsara takleh kawen ngan saper-saper dah sebab asik nampak 'muka' aku depan mata.
Cepat, tanggalkan sluar anda sekarang, kita teruskan perjuangan yang belum selesai!!!!!

p/s : muka Redza sama tak cam papa dia? Kalau tak sama cakap, aku akan panjangkan perjuangan aku nak bagi kluar yang sebijik sama.

Tenet



En Wan dalam misi nompang populariti aku. Hahahahhaha.

Tengok itu jam kol berapa...
And dengan saper aku bertenet pagi-pagi buta.
Ini suami-suami orang memang kegersangan okkkkk menagih kasih isteri orang. Eh.


2008-07-14

COLD


Happy Birthday to Rozie yang ke....2008-1977 = kira sendiri.
Macam last year jugak, aku wish ko kat blog.
Eh, tapi pagi tadi aku ada text ko kan?
Hadiah ko ada kat rumah aku. Seblom anak aku claim itu hadiah dia, cepat datang ambik.

Semalam En Wan dah start demam, selsema and batuk.
Tu la, aku dah kata jangan buat keje nak kiss aku tengah-tengah malam, ko nak jugak kan. Hambikkkkkk. Pagi semalam dah flat. Malam semalam dah menggigil-gigil balik. Mula la menghimpit aku suruh peluk dia. Kosser aku, aku bangun tutup aircond. Laki aku ni bukan bleh kalau aku tersilap peluk, nanti setan merasuk diri.

Actually hari ni aku pegi opis dengan langkah yang cool, hati yang cold, dan muka takde perasaan. Sejak 2-3 hari lepas aku dah macam takde mood dengan keje skang. Bukan boring dengan keje, tapi bosan dengan environment tempat keje ni.

Nak kata stress, semua keje memang stress cuma stress kat sini sangat lain.

Stress sebab sentiasa ada keje nak kena buat kat rumah.
Stress sebab terkejar-kejar for appointment sebab aku sorang je technical person untuk product ni.
Stress sebab boss terlalu tough, semua benda nak urgent and expect ko balik rumah terus on laptop and sambung buat keje.
Stress sebab kat sini takde tempat yang proper untuk aku solat selain dalam stor. Walaupun stor dia bersih, bercarpet and air-conditioned tapi budak2 ni kuar masuk dengan pakai kasut. Tawakal kat sejadah je la. Kengkadang skip sebab bos panggil tak kira masa. Cam kejap lagi meeting dari 2pm sampai 9mlm.
Stress sebab masa aku untuk En Wan sangat sikit.
Stress sebab En Wan pulak yang ambik alih tugas aku tengah-tengah malam bangun buat susu and salin pampers Redza.
Stress sebab En Wan yang banyak ambik alih tugas check homework Redza, study dengan Redza sebab kesiankan aku kena habiskan keje ofis.

Cepat la hujung tahunnnnnn!!!!
Aku dah tak sabar nak berenti.
Aku dah tak sabar nak start my own business dengan ex-bos.

Memang kena buat istiharah.
HELP!!!!

2008-07-11

My Friday


Dah jadik tempat bergaduh pulak dah blog aku ni.
Dah senyap semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kang sorang-sorang aku boh penampa.

Dah, cukup sessi nasihat-menasihati, maki-memaki dan kutuk-mengutuk.
Kalau aku ada salah aku mintak maaf.
Kalau sesaper yang buat taik ngan aku, aku maafkan. Aku tak kosser tunggu ko lama-lama kat akhirat esok, kang lambat aku masuk syorga. (pehhh, cam konfem)

Tadi aku skettttt lagi nak accident kat Jalan Pahang.

Dah la waktu peak, semua keluar nak solat Jumaat, jalan of course la sesak.
Ko boleh reti sabar tak? Semua nak pegi sembayang, semua nak gi makan, semua nak gi SOGO, man-man la. Kot ye pun nak rebut saf depan, jangan sampai kena sagat ngan keta, brader.

Ada la satu mat rempit ni nak gi sembayang kot (bersangka baik la walaupun aku tengok awek dok kat blakang baik punya peluk, siap tonggeng nampak alur bontot, nak gi sembayang ke tu?. Takpe, kita bersangka baik). Dah la ko bawak awek, gi cilok-cilok, kang tersangkut seluar awek ko kat side mirror aku tak ke tiger show jadiknya di petang Jumaat???

Dah tau sempit ko nak lalu jugak. Ko pegi la carik tempat yang luas sket kot ye nak mencilok pun. Kenapa kat tepi keta aku jugak yang ko nak tunjuk skill?

Mat rempit ni nak lalu kat tepi, padahal aku tau mesti tak lepas melainkan motor dia tetiba keluar sayap terbang atas keta aku. Aku diam je lam keta sambil mata tak lepas pandang side mirror. Ni sure kena ni...kena nih..

BUPPPPP!!
Handle kiri dia kena side mirror kanan aku.
Aku dah la demam, kepala tengah bengang lagi ni. Macam ada bunyi ngoonggggggggg lam telinga.

Bila mamat ni hempuk side mirror, aku cam blur-blur kejap walaupun tadinya memang aku dah bajet memang kena. Dengan muka blur aku pun turunkan tingkap. Mamat ni kira budi bahasa jugak la, dia bentikan motor and bukak wiser 'Sorry ye, calar ke?'

Sorry tu kalau tak sengaja, ini ko dah nampak jalan sempit ko belasah jugak pastu 'sorry ye?'. Meh sini aku hempas helmet ko pastu 'sorry ye?', boleh?

Tapi sebab dia berbudi bahasa dan agak sweet orangnya, calar pun takde, aku angkat tangan 'takpe'.

Si awek kat blakang ni pulak hangin tetiba.
Boleh pulak dia cakap kuat-kuat 'Eh, panasla, cepatla jalan.'

Hok olohhhh tino nate bewok!!
Yang dari tadi ko betenggek kat blakang tu ko ingat moto tu ada awning?
Tau pulak panas. Pastu tepuk-tepuk blakang balak dia 'Jalan la...jalannnnnn.'

'Ha, dah, jalan!' aku cakap.
Bengang la pulak ngan perangai betina ni. Gedik tak bertempat.

Agaknya dia tau aku perli, dia bukak wiser dia and tunjuk middle finger kat aku!!!

Kemaqqqqqqqqqq!!!!

Tapi aku tak cakap la, maki lam hati je.
Lagipun aku pakai baju kurung, so rasa nak maki tu kurang sket.
Memang tak bleh tahan bila ingat balik muka senget betina tu dengan bibir separuh cebik angkat mid finger kat tengah-tengah jalan sesak. Pebenda dowhhh???
Ko tau hormat kat orang lain tak, kot ada budak kecik lam keta tengok ke. Kot ada pak aji on the way nak gi masjid ke. Dah la pakai seksi hari Jumaat. Cewah, aku pulak nasihatkan orang.

Kira pompuan tu nasib dia baik hari ni sebab suara aku tengah sengau. Kalau tak, aku dah turunkan tingkap 'PANTEKKKKKKKKKKKKK!!!' (sambil tapak tangan kanan dihempaskan ke tangan kiri yang dibuat bentuk fist)

2008-07-09

Salah ke aku jadi diri sendiri?


Hari ni aku demam. Dr nak bagi MC aku leh kata 'Bagi saya time off je la'.
Pastu menyesal.
Dr bagi ubat tapi sampai skang aku tak makan dengan harapan esok aku bertambah demam so boleh MC. Kalau misi aku berjaya esok, aku nak belasah tido sampai tengahari.

Boleh tak aku nak tanya sumthing?

Aku sebenarnya konfius.

Kalau husband kita belikan kita sumthing contohnya baju and baju tu takde la considered as obscene pun, cuma sah la tak menutup aurat. Short sleeves blouse with short A line skirt bawah lutut. Ok la fine, as Muslim, memang la baju tu tak senonoh sebab ko menampakkan benda yang tak sepatutnya ditayang. Tapi, kalau husband kita yang pilihkan baju tu and kata baju tu sesuai untuk kita pakai gi keje, camne ha?

Sebab tadi kan aku dibasuh oleh seseorang.
Budak ni aku tak berapa kenal pun, nama penuh dia pun aku tak penah tanya, apetah lagi nama makbapak dia. Tapi kalau dia ada abang konfem nama abang dia yang aku ingat.

Aku tengah jalan luar bilik dia and dia stopkan aku.

'Diana, saya nak tanya. Cara pemakaian Diana mempengaruhi sales Diana ke?'

Opssss! Mula-mula sekali dah salah. Wa tak buat SALES, wa provide technical support.
Apa ingat aku ni hooker ke nak pi keje pun nak pakai seksi-seksi? Hooker perut flat okkkk, tak buncit cam aku.

Memula memang aku tak paham soklan dia sebab sedia maklum kepala aku tengah berdengung ngan selsema srot sret srot sret. Bila dia tengok kebangangan yang jelas terpancar, dia sambung,
'Macam ni, saya rasa Diana pun blaja masa skolah dulu kan. Aurat kita hanya muka dan telapak tangan. Apa kata Diana mulakan berubah dengan pakai pakaian yang labuh?'

Errrrr.....tetiba aku bisu.
Eh, bukan aku bisu, aku sengaja membisukan diri. Sebab aku tau kalau aku buat peramah, takut berbaldi budak ni kena maki. And sebab fizikal appearance dia pun memang alim, tudung labuh, pakai baju labuh tak ketat and all, and cara dia approach aku pun penuh dengan kesopanan, so aku redha.

Tapi baju aku tadi tak mengghairahkan sesaper!!!!
Tolonggggg la.
Aku pakai skirt yang ketat kat peha pastu kembang sampai aras bawah lutut and blouse 3-quarter sleeves.

Ye. Aku tau ia tetap mendedahkan aurat. TAPI, yang aku nak stresskan baju aku pakai tadi baju untuk pi keje. Takde saper yang gila pi keje pakai baju dedah-dedah. 'PRETTY WOMAN' je pi keje macam tu.
Aku tak prettyyyyyyyyyy.

Benda ni happened a few times jugak. Ada satu time, aku ngan dua kawan aku lepak, yang sorang tu memang all out jenis pakai nak pi "ke bintang" (nak tunjuk jugak orang lain lagi teruk dari aku, hahahhah). Tengah-tengah aku melepak tu ada satu kakak approached and pegang tangan aku cakap benda yang sama.

Bila aku bagitau En Wan, dia senyum, 'Abang yang pilih baju-baju Di kan?'

Aku tau dia nak sedapkan hati aku. Dia willing nak tanggung tohmahan orang so that aku akan rasa 'Well, laki aku yang suruh aku pakai. Bukan aku yang nak. So salah dia la.'

Entah la, susah nak puaskan hati semorang. And aku hidup bukan nak please orang pun. Kalau tak, takkan la hari-hari ada barua bagi hatred comments kat blog aku, cuma aku tak kosser la nak layan. Blog aku untuk manusia terpilih je.

Tapi aku tau yang kakak-kakak tu semua sebenarnya sayang kat aku kan?
Sebab tu dia nasihat kan?
**smile**


kak...just nak gtau...its me yg click on i like it kat stumble tuh....tp...x plak sy ltak as pornography...kin panas tol..x pasal2 sy lak kene...sorry yer,,,,cuz xder niat nak burukkan blog akak...i like ur blog...honestly...

huhhu...plek2....cmner leh dlm ketegori porn plak nih....x phm3

Takpela dik oi. Tak kisah siapa yang click, cuma saper yang letak tu je akak nak tau. Nak kenal-kenal..:)


Bak kata skandal aku ni :

green apple: ada org hantar komen kat aku lagi..biasa la anonymous

wong ah beng: mm? nih dia komen blog kau eh? apa dia cakap beb?

green apple : (cut and paste komen)

wong ah beng: ko cakap lucah apa dlm blog ko?

green apple: aku cakap babi la, kote, pantat ko la...tu je..pebenda? apa ingat aku cerita aku beromen ngan laki aku ke?

wong ah beng: hahahah..itu bukan melucah..itu mencarut





2008-07-08

Porno ke site aku? Aku baru nak scan gamba bogel


Aku bukannya nak delete pun blog ni. Ni kan life jurnal aku, tempat aku memaki, memporno dan juga menggedik.

Cuma semalam emo sket. Benda ni bukan baru sekali jadik kat aku.
Dulu penah url aku ditempek kat forum gossip2 artis. Ada sakai mana ntah pi letak link ke blog aku. Berjujuk-jujuk masuk. Pastu aku kena komen 'Mana gossip pasal Abby-Norman? Poyo la kau!'

Aku jugakkkkk yang dapat poyo.

Dulu, berduyun-duyun datang blog aku semata-mata nak tengok bagaimanakah rupanya perampas boifren orang ini. Dah masuk blog aku takkan nak tengok blog je kan, nak la jugak letak sekomen dua. Komen pun kena la yang pedih-pedih sket.

'Dah la hitam, ada hati nak rampas boifren orang'

Memang aku hitam. Takde saper pun kata aku putih. Mungkin sebab ko putih sangat kot tu yang kena tinggal.
Beb, kita kalau nak pastikan boifren lekat, mulut jangan longkang, hati mau baik, lucah takpe. Eh.
Seb baik aku hitam tau. Kalau putih?? Makan atiiii la ko.

Dahuluuuuuuuuuuuu...suatu waktu dahulu.

Betina birah mana ntah hantar aku email.
Cakap aku gedik dah ada laki still gatal nak bercinta ngan boifren orang.
Eh, ko pulak susah?
Bukan aku gatal ngan laki ko pun. Masalahnya, yang ko tuduh aku rampas boifren orang ni, si boifren tu kacak kah? Kalau tak kacak, tolong jangan babitkan aku dalam isu murahan ni.

Wellllll....susah jadi manusia hitam tapi CUN ni. Apa lagi yang boleh kita buat selain dari merampas kekasih orang kan?
Wakakakakakakkka.

Itu aku tak kisah, tapi this betina siap cakap 'Entah-entah anak kau tu pun anak dengan laki lain'.

Lebih tak??????
Boleh saya tampar dia?
Ok, sila tampar.

PANGGGGGGGGGGGGGGG!!!!

Aku konfius pehal minah ni yang lelebih. Padahal dia takde kena-mengena pun dalam kes ni. Awek kepada balak yang 'aku rampas' tu pun tak bising, pantat dia lak yang panas. Oh, mungkin juga dia baru lepas kena dump. Tu la ko, saper suruh tak gorgoeus, kan dah jadik loser.

Aku taknak tuduh sesaper, sebab benda ni kicik punya hal. Kang salah tuduh banyak lak dosa aku. Dosa skang pun aku tak tau camne nak buang.

Kita berbaik sangka je la okk.

Aku rasa orang yang pedajal aku ni dia cuma nak beramas-mesra kot. Nak gurau-gurau, geli-geli. Mungkin juga dia tak tahan menanggung seksa menahan kotenya dari mengganas bila baca entry-entry aku. Aku memang tak boleh dengar kes-kes macam ni, cepat simpati. Ko carikla bontot sesaper, pandai-pandai la settle. Nama nak tadah bontot aku kem salam la.

Kalau yang nak bergurau ngan aku ni adelah seorang fomfuan, takde apa yang aku nak nasihatkan, cuma kalau laki aku pi oversea sok, aku kirimkan Dildo untuk ko, ok? Saiz apa nak?

2008-07-07

**YAWNNNNNNNN**






See?? Aku dah agak, ada yang bengang dengan aku...AGAIN.

Satu je aku nak tanya, ada aku buat sesaper sakit hati ke?
Kalau rasa benanah sangat mata telinga baca blog aku, aku takde hal nak stop writing. And aku takde masalah lansung nak delete blog ni terus.

2008-07-06

Hari Sukan Redza


En Wan sudah kembali ke pangkuan ku.
Sangat gumbira adinda di sini.

Jumaat malam parents aku tido sini, saje buat spotcheck kot-kot anak pompuan dia bawak masuk jantan kat rumah masa laki takde. Har Har Har. Baru I plan nak buat parti liar tauuu.

So malam tu aku haramkan diri ini dari membuat sebarang keje opis. Layan parents ngan adik laki aku sembang. Kol 11pm aku tengok mak bapak aku cam bateri cap X je, so aku suruh dorang tido, adik laki aku mulakan misi DVD marathon, aku pun masuk bilik on laptop cam biasa.

Esok pagi kol 6.30am aku dah bangun siapkan breakfast. Jangan harap la aku nak bangun buat breakfast pagi Sabtu. Memang tak penah dibuat. En Wan mana reti nak bfast selagi tak jejak 10am. Seblom kena tazkirah ngan Pak Aji pagi-pagi, baik aku buat nasik goreng.

Dalam kol 12.30pm aku ngan Ibal (adik) gi Stadium Putra Bukit Jalil sebab Redza ada sukan - R.E.A.L Olympiad. Kecik-kecik dah masuk olimpik sialll. Aku dulu sukaneka pun tak lepas. Ini kira sukan untuk semua branch R.E.A.L Child Enforcement Centre (skolah Redza) untuk negeri Selangor. Quite happening jugak la event dia untuk budak-budak kecik punya level. At least nampak la mana duit aku pegi..ngahahaha.



Standard prosedur, seblom gi stadium, ambik gamba dulu. PH means 'Putra Heights'



Takkan gamba dia je kan. Mesti la aku enterframe gak...

Tapi yang tak best En Wan takde, kol 2pm baru touch down kat KLIA. Event started at 2. Dah la aku tak jumpa mana bateri handycam, harap kat digicam je la. Hamlau betul la bapak dia ni. Aku dah kata put aside bendaklah ni, dia wat dekkk je. Nak harap kat henpon mahal aku ni memang haram la jawabnya.


Pebanda mak aku sikit-sikit nak ambik gambar. Dia lak tu yang posing lebih..

Nak carik parking memang berpeluh. Nak carik seat satu hal. Baru aku tau punya ramai mak bapak yang hantar anak kat CEC ni. Aku dok kat seating area untuk parents from Putra Heights, sorang pun aku tak kenal. Nampak nau kera sumbangnya. Betul kan peribahasa ni. Ke salah? Belasah.

Masa ni la baru nak 'Hai, you dok seksyen berapa?'.
'Hubby I tak datang, dia gi Bangkok', '
Eh, hubby I pun gi obersea, tapi jauh sket, Congo'.



Tengah carik sepanduk Putra Heights. Tukang pegang sepanduk pendek sangat, aku tak nampak. (nak jugak salahkan orang lain pendek)





Masa ni aku dah lepaskan Redza kat tangan cikgu, snap gamba tang jauh je. Elok pulak anak aku, sopan je ngan cikgu. Kat umah taknak pulak ko sopan camni.

Mula-mula parade.
Siap bawak sepanduk dari branch masing-masing. Brass band skolah mana ntah tapi skolah anak orang-orang kaya la yang iring cinonet-cinonet ni semua. Yang paling 'kasik gegar' bila group Ampang keluar. Maybe sebab CEC Ampang besar, so parents yang datang pun ramai. Mak bapak ni pulak yang over excited, nampak je anak-anak melintas, siap berdiri tepuk tangan hiruk-pikuk siap bawak banner. Sporting gila. Turn Putra Heights keluar, mak bapak berdiri tapi senyap je. Masing-masing kontrol. Skemaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Aku nak jerit pun segan.
Tau pulak segan.
Tapi sangat heran la, yang dok kat seating area aku semua mak bapak muda-muda. Pesal aku nampak orang tua je kat area rumah aku?







Wan wahhhhhhh. Baik punya pegang nampakkk.

Petang tu aku emo tak bertempat. Tetiba je masa nampak anak aku berarak, aku sebak terus nangis. Terasa kejapnya Redza besar. Baru tadi je aku tahan sakit 15 jam nak keluarkan dia. Now dah besar, dah skolah and aku skang tengah bagi support kat hari sukan dia.




Yang made us the parents from Putra Heights proud sebab children from CEC P.H. yang baca sport pledge. Berterabur pun terabur lah. Agaknya Pre-School 1 semua those yang age 3-4 so dia kasik jalan dulu. Takde la penat aku tunggu turn dia. Redza main game ambik pebenda ntah lari lari lari gi cucuk ke sponge. Yang best tu anak aku first runner. Seperti yang diduga, dia memang lari laju walaupun start lambat. Patut la teacher dia kata dia ni tak reti jalan, asik lari je. Kat rumah pun menggeletis, nak pi toilet pun lari, nak gi dapur pun lari. Kengkadang kalau brek tak makan, tu yang pasu aku pun dia redahnya.
Pastu raksaksa pun datangggggg.
Anak aku ni kuat melanguk cam mak dia jugak. Orang dah kata 'READYYYYY' dia leh meleseh-leseh lagi. Agaknya terkejut tengok ramai nau orang datang.

Dapat no. 2.
Jadikla.
Takat nak bagi dia expose kat sukan. Biar dia blaja usaha kalau nak dapat good result. Tapi anak aku paham ke objektif sukan ni?






Memandangkan saya pelari pertama yang semangnya harus terdiri dari mereka-mereka yang kuat lari, saya jugak adelah yang terpendek dalam kelas. Sebab itu saya kena dok depan. Sila salahkan makbapak saya.

Elok je Redza habis game, En Wan pun sampai. Sian laki aku. Sampai je from Bangkok terus ambik cab pi stadium dengan harapan dapat tengok anak jantan dia sukan. Tapi takpe kanda, adinda adelah isteri yang bijaksana. Adinda telah memaksa Ibal ambik video guna HP dia sambil sebelah tangan lagi pegang digicam.
Siapa suruh ikut, kan dah jadik macai aku. Itu pun satu, jenis tak tau undang-undang, nak ambik angle baik, VVIP seating area pun dia masuk. Alasan 'Takpe, muka aku muka anak orang kaya, guard tak halau'.

Cibai.

Branch Ampang ramai so diorang wat gimnastik, pastu lawan-lawan apa benda ntah tomoi kot, siap pakai tali kat kepala, glove bagai. But so cute. Ada aerobik lagi. Bagus, kecik-kecik dah jadi Jane Fonda.





CEC Ampang

Actually sebelum En Wan nampak aku, dia nampak Redza dulu.
Aku boleh tak dengar announcement suruh ambik anak-anak Pre School 1 kat lounge depan. Aku dok lagi kat dalam stadium tengok anak-anak orang main. Mujur En Wan masuk-masuk je lounge stadium nampak group budak-budak yang dah habis main, nampak anak dia.

Tak guna punya mak. Syok sendiri kat dalam.





Lagi sekali aku sebak and meleleh air mata bila Redza ambik medal. Ntah hapa-hapa emo tak pepasal. Ni baru sukan tadika, lom anak aku konvo lagi. Mau nangis tepuk-tepuk lantai sok.

Betul kata orang, lom jadik mak, tak tau apa rasanya bila hadir kat event-event macam ni. Rasa syahdu je. Terbayang-bayang kat kepala tetiap malam berjaga masa dia demam, dengan berulang-alik jaga dia kat hospital, how menggelabah aku laki bini bila Redza 2 kali berjahit kat kepala, berondoh-randah shopping kat Giant beli susu, pampers, pilih-pilih baju, huru-hara kejar dia kat SOGO nak beli baju raya and all. Bila dia dah makin besar, dah pandai dengar kata, benda-benda ni mungkin aku takkan rasa lagi. Kalau Tuhan tentukan rezeki aku cuma ada anak sorang sampai bila-bila aku takkan rasa moments macam tu lagi. Sedihnya rasa.

So aku cakap kat En Wan, aku akan pastikan aku takkan miss event-event macam ni. Biar pun bos cakap aku kena keje, boleh blahhhhh.





Aku suka gambar ni, sebab En Wan senyum. Boleh kira dengan jari berapa kali dia senyum kalau bergambar. Dan saya juga amat sukakan gamba ini sebab saya memakai baju yang kedut-kedut kat depan nampak aku gemuk macam dugong.


Yang aku tak paham apesal gamba budak-budak Korea ni ada lam digicam aku.
Ni adik laki aku punya keje la ni. Lain yang aku suruh ambik, lain yang dia snap. Macam la budak-budak ni dapat kat ko pun. Ni semua anak-anak orang kaya okkkk, kalau takde RM20K, main telo je la ko sampai tua.




On the way nak keluar stadium, gi habiskan kupon dulu. Sempena dapat no. 2, bapak dia belikan OTROMEN. Dan seperti biasa, belum sampai rumah kepala otromen dah tanggal. Tu namanya bakal engineer okkkkkkk. Apa dapat kat tangan semua dia pulas. Takde yang senonoh aku tengok toys dia. Semua jenis separuh nyawa.





Otromen dan botol jika dipisahkan pincanglah ia...


Sebelom sampai parking, beli ekskrim dulu. Lama tak makan eskrim kon yang dulu 30sen skang dah singgit. Makan la anak beranak kat tepi keta. Sampai rumah lepak jap seblom gerak balik Bangi. Dalam bilik En Wan keluarkan sumthing.

TADAAAAAAAAAAAAAA!!!


Sangat menaikkan nafsu syahwat okkkk baju yang coklat tu. Serupa tak pakai baju je aku rasa. Jarang nak mampus, net semata-mata. Tapi embroidery dia sangat sangat sangat cantik and halus. Pandai pulak tu pilih, terletak je kat badan aku.



Ni sape tadi yang chat ngan aku tanya aku masak apa???
Today's lunch - ikan siakap bakar, daging salai cecah kuah asam ngan buncis and carrot goreng. Ikan bapakkkkk besar, kena cut half. Masak yang senang-senang okk, report lom siap lagi. Aku nak cepat. Daun pisang sengaja tak dibuang bagi menambahkan kesan eksotik. Boleh?

2008-07-03

Big Apple again


Hari tu aku kata nak makan Big Apple lagi kan? Sangat ketagih kan?
Tadaaaaaaa...!!!!




The Alien 3 bijik belah kanan sekali

Siap masuk website tengok kat mana outlet dia. Tak perasan kat Subang Parade ada, aku gi menapak ke Jusco Bukit Tinggi semata-mata nak beli donut. Gila panjang queue semua jakun tak penah makan donut. Panjang pun panjang la aku tak kira, cacing dalam perut aku ni yang nak makan, aku bukan nak makan sangat.

Kali ni beli sekali 12. Donut yang aku suka tu tajuk dia 'The Alien'. Masa turn aku sampai The Alien ni dah habis, aku dah nak nangis. Nangis sebab donut habis, boleh?? Ah, tak kiraaaaaaaaaaaaaaa. Ko masak skarang jugak aku nak makan. Masa The Alien dah masak ramai la pulak yang terpekik-pekik booking. En Wan antara nak senyum ngan tak senyum pandang muka aku terjengket-jengket kaki nak tengok ada orang ambik The Alien aku tak. Aku pendek okk. Ada satu minah bukit ni, masa orang lain tengah sibuk pilih donut, turn dia lom sampai lagi ni, tapi tangan dua-dua belah nak menjulur ke sana sini ngan hiruk pikuknya suara mintak brader tu copkan untuk dia. Lapar benar gamaknya. Last-last terlebih julur, tertolak box of 12 customer sebelah. Terus cas sopan lepas tu.

Peej, ko dah jumpa lom donut ni?



 

Ni gambar semalam, melepak ngan Yuzz9071. Ni yang aku tak suka bergamba ngan orang kulit putih ni, aku nampak cam Miss Nigeria. Nak jugakkkkk tempias-tempias Miss World.

Semalam gi pasar malam ngan En Wan, lalu depan gerai ikan.

Aku : Kata nak beli kupang. Carik la.

En Wan : Takyah. Dah kenyang.



2008-07-02

En Wan gi Bangkok, mari berpoya dengan aku.


Malam ni aku dah pasang niat :

"Sahaja aku tak pegi opis esok dan hanya nak bersantai-santai di rumah kerana aku sangat penat"

Muktamad.

Petang tadi on the way back home around 5pm, sketttttt je lagi nak terbabas kat exit NKVE sebab aku terlampau letih. Tetiba je aku nampak junction tu ada tiga. Seb baik bas honk, kalau tak sure keta aku kuar Buletin Utama malam tadi menonggeng lam gaung dengan tuannya sekali.

Tak bleh tahan punya mengantuk. Kaki aku toksah cakap la dia punya letih, aku rasa tetiap hari aku drive distance dia sama je dari KL-Kuantan. Tu lom buat lawatan ke tapak beramah-mesra ngan rakyat. Jumpa rakyat yang terlebih peramah, sangkut 2 jam kat situ.

Dah la kena ambik En Wan kat kilang today (berkira okkk nak fetch laki sendiri, laki orang takpe. Ngahahaha), member tak bawak keta sebab bateri kong. Baru je aku plan nak lenjan keta dia sok. Lepas ambik En Wan terus gi pasar malam. Since dia nak tinggalkan aku 3 hari so sila pastikan fridge aku penuh ngan makanan.

Balik je rumah, aku bantai tido sampai kol 10pm. Dari kol 3 lagi aku dah tersangap-sangap. Sakit mulut aku macam nak rabak menguap. Customer tengah cakap topik serius pun aku leh selamba menguap. Bukan aku tak dengar apa dia cakap, cuma kandungan oksigen kurenggggg sket today. Sure customer tu ingat aku belagak, cam takde hal lah masalah yang dia cerita tadi.

Aku tersedar tadi pun sebab En Wan tarik nighty aku yang terselak sebab bibik nak masuk bilik hantar susu Redza kang nampak lak jubur aku ni. Aku kalau tido memang baju semua terangkat ke atas, tu pasal kalau tido tak pakai baju. Selain rimas ngan kain terselak-selak, ia juga bagi memudahkan sparing partner aku menjalankan aktiviti senggangnya.

Bangun je tido tanya En Wan 'Abang, Di taknak gi keje esok boleh tak?'

'Penat sangat ke..'

'Letih la bang, Di tak cukup rest lately'

'Cuti ada lagi tak?'

'Ada' (padahal aku belasah je)

'Ok, esok takyah gi keje, dok umah tapi Di jangan pulak tak buat keje opis lansung, ok? Buat sikit-sikit'


See??
See???????
Senang okkk nak mintak cuti. Mintak kat laki sendiri.
Aku pedulik apa bos aku tak luluskan leave, restu laki tu kan pentinggggggggg. Eh.

So esok pagi-pagi hantar En Wan, flight dia kol 1pm tapi dia nak gi ngan bos-bos Jepun so pegi la kau sendiri ngan teksi, aku send off kat kilang je. En Wan nak gi Bangkok sok. Belum pegi lagi dah rindu. Sape nak bising-bising kat telinga aku,

"Di, towel Di"
Aku selalu bawak lari dua-dua towel kalau dia tengah mandi. Seronok dengar dia terpekik panggil aku mintak towel. Time dia bukak pintu mintak towel aku buat sistem barter 'nak towel meh sini nak picit telur sket'.

"Di, tutup suis heater"
Memang aku selalu lupa tutup menatang ni. Pakai pandai tutup tak reti. And selalunya kalau dia found out suis tu on, dia membebel pastu buat muka cencorot. Aku tampa kang.

"Di, masak tak?"
Soklan paling last aku nak dengar dari dia. Kalau boleh aku nak jawab 'taknak masak sampai bila-bila boleh?'. Sometimes aku menangis sambil masak sebab penat sangat but still kena masak. Tapi bila time dia takde macam ni, aku rindu nak dengar arahan tak berperikemanusiaan dia tu.

"Mana handphone awak?"
Esok sampai sabtu takde saper nak buat spotcheck HP aku. Siapa sms aku, siapa call aku.

And yang paling aku rindu...takde siapa nak check purse and handbag aku. Selalunya malam-malam En Wan akan ambik handbag aku and kuarkan sampah-sarap lam tu, cam tissue, parking ticket, kertas gula-gula, pembalut biskut bla bla bla. Pastu dia check purse. Selalunya every Monday dia akan letak RM100 (dulu lagi la, RM50 hengget je). So everyday dia akan check berapa duit aku tinggal. Kalau banyak sangat aku guna, menjawab la kan.
Aku gi mana?
Makan kat mana?
Ngan saper?


Tapi selalunya sampai Jumaat duit aku ada lagi RM50 lam tu.
Macam budak skolah okkkk. Adik aku Form 2 pun mak aku bagi belanja RM5 sehari, aku yang dah umur 31 ni ko suruh belanja seploh hengget je? Tak lojikkkkkk. Tapi aku dah terbiasa ngan belanja amount banyak tu. Kengkadang bengang gak, pehal ko nak simpan duit aku kan. Cuma baru-baru ni je aku sedar kenapa. Aku ambik masa 7 tahun nak sedar kenapa dia buat macam tu. Malas citer sini.

Pssttttt...tapi kan aku ada tabung ajaib.
Yang disimpan di #%#@#$%. Skang ni dah ada RM%&*%.
Ni duit untuk berpeleseran di kabaret.

Hwarghhhhh Hwarghhhhhh Hwarghhhhhh.

2008-07-01

Entry ini sangat serius. Read at your own risk


Masa drive gi keje tadi aku terpikir something.

Kenapa lelaki yang sekepala ngan aku, taste sama, minat sama, tak jadi soul partner tapi lelaki yang totally berbeza cam langit ngan bumi boeh jadi husband aku and alhamdulillah kekal sampai hari ni?

Dulu aku ada kawan laki yang sangattttt baik.
Close sampai kitorang leh lepak-lepak kat tepi padang sambil dia baring atas riba aku siap boleh lena sebab letih main bola. Aku lak akan sentiasa ada kat padang everytime dia ada game walaupun aku benci bola. Aku akan duduk kat port yang sama. Tengah-tengah main kang dia toleh kat port, kalau nampak aku ada, boleh la pulak member gelecek bola sambil tangan lambai-lambai kat aku. Kengkadang siap buat signal (buat camni : dua-dua belah tapak tangan letak depan muka, dihadapkan antara satu sama lain, buat huruf C letak betul-betul depan mulut ko) makan burger, maksudnya aku tunggu dia main, habis kang dia belanja aku makan burger sempena aku jadik macai angkut beg dia hari tu.

Penah satu time kitorang naik bas lompat-lompat. Penuh. Ada satu seat je. Dia duduk atas seat tu sebab sebelah tu jantan, so aku duduk atas riba dia. Time tu makcik-makcik lam bas pandang kitorang ngan muka paling bangsat. Kira memang jahil la kitorang time tu.

Tu belum kat tengah-tengah town aku ber'peggy back' ngan dia. Memang meluat warga tua kalau tengok. Macam menggelenyar pun ada. Dulu aku rasa macam kitorang adik-beradik. Apa yang kitorang buat takde kaitan lansung ngan lust atau perasaan dalaman. Sangat-sangat close. Kalau dia datang rumah parents aku pun, selamba je terus masuk dapur bancuh air sendiri.

Apa yang aku pikir sama ngan dia pikir.
Sama-sama suka nyanyi.
Sama-sama suka Vanilla Shake McD.
Sama-sama suka teh ais.
Sama-sama suka nasik ayam.
Sama-sama tak makan coklat.
Sama-sama suka ponteng class.
Sama-sama menjejak mimpi....sama-sama turun ke lembah sepi...suka duka bersama dirasai...(sila nyanyi ngan style FREEDOM, bukak langkah ke kiri ke kanan sambil pegang gitar).

En Wan.
Laki aku ni satu-satunya kes misteri yang tak terungkai sampai sekarang. Dia pun selalu tanya soklan yang sama 'Kenapa Di ngan Abang jauh sangat beza?'

Aku suka minuman bersusu, dia tak minum susu lansung.

Aku suka menyanyi, dia harammmmm. Kalau nyanyi pun tak sedap.

Aku tak suka baca sokabar or tengok berita, dia tak boleh takde dua benda ni dalam hidup. Tak cukup Berita Harian, dia beli Utusan ngan STAR sekali. Kalau buleh Tamil Nesan pun dia nak baca.

Aku suka oldies, dia suka lagu-lagu yang memecahkan tingkap bujur dan tulang osikel.

Aku sangat peramah dah girang sepanjang hari, dia pendiam.

Aku penyabar (ecehhhh), dia pemarah.

Aku berkulit american latin, dia putih-putih kusam yang tak menarik dipandang (ngehehehe).

Aku tak brand conscious, dia bertaste posh.

Aku so and so part study dulu, dia sangat-sangat bijak

Aku suka menambah network (hari-hari ada kawan baru), dia balik-balik kawan kat kilang or budak Jepun. Boringgggggg.

Yang paling ketara perbezaan dia TAK KACAK tapi aku ..........uhuk..uhuk.. (sila pilih kata lawan yang sesuai di bawah) :

1. bagaikan puteri
2. chantik
3. si gadis ayu
4. semua jawapan di atas.

Tapi kan dalam pada aku sekepala ngan best fren aku tu, masing-masing tau kenapa we both tak boleh nak ada feeling antara satu sama lain.

Alasan dia : Dia mati-mati takkan suka kat pompuan kulit gelap.
Alasan aku : Aku mampos hidup balik takkan suka kat laki yang ada bulu dada.


Sorry la, aku takleh bayangkan hari-hari aku kena mengadap laki dada berbulu menjalar sampai ke kote. Let alone nak bayangkan aku beromen dengan dia siap bulu-bulu dada dia masuk lam mulut aku semua. Aku lagi rela kunyah feather duster dari imagine bulu dada dia bergesel ngan tetek aku. Selisihhhhhhhh!

Dada En Wan bersihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Sampai boleh nampak tulang rangka


Ngan En Wan, terlampau banyak benda yang tak sama, kalau nak ikut memang tak serasi.
Tapi dalam banyak-banyak benda yang tak serasi tu, ada sesuatu yang maybe buatkan marriage ni still bertahan.

Kerana saiz anakondanya.

Eh.

Takde la, bukan tu.
Rahsia.
Apa-apa pun, Tuhan lebih tahu kenapa kita dijodohkan dengan orang yang kita tak suka and kenapa kita tak dijodohkan dengan orang yang kita suka. Realiti itu sangat pedih, tapi percayalah ada hikmah yang kita tak tau.

Guys, doakan aku bahagia ngan En Wan ye. Thanx.


My hubby. MINE.