2024-11-06
Dilreba Dilmurat masih Islam ke tak?
Video atas ni is Dilreba Dilmurat, actress China dari etnik Uyghur from Ürümqi. Walaupun katanya kat sana ektik ni tak diterima, sebenarnya ramai je pelakon dari etnik ni. Walaupun minoriti, dalam 10 orang je etnik ni berada dalam entertainment industry kat sana. Tapi yang palong famous dan berjaya is Dilreba. Dia ni cantik memang cantik ya ampun. Body hourglass. Pandai berlakon. Dan actress yang paling banyak pegang advert endorsement and brand ambassador. Rasanya drama yang paling close yang menggambarkan how popularnya dia kat sana adalah drama You are My Glory. Watak dia sebagai celebriti popular dalam drama tu. Dia berlakon dengan pelakon paling kayu dalam dunia, iaitu Yang Yang. Mbhahahaha.
Dilreba ni sexy, dan dia banyak berlakon kissing scene. Fans around the world especially Muslim tertanya-tanya dia ni masih Islam ke tak. Dalam video tadi tunjuk dia Islam. Aku tak nak elaborate pasal Dilreba, tapi nak explain kenapa aku tak berapa minat nak melabel orang berdasarkan penampilan. Especially orang macam Dilreba yang tinggal di negara yang komuniti terbesarnya bukan Islam. Bukan nak kata oh sebab kau duduk negara bukan Islam maka kau dapat kelonggaran tak payah jadi Muslim yang taat. No, bukan macam tu.
Kena tengok dia di mana. Dia seorang artis. Artis ni kita tahu tuntutan kerjayanya perlu apa. Environmentnya sendiri dah cukup payah untuk dia carry tanggungjawab as a good Muslim. Kat sana, kissing scene tu biasa. Satu drama kadang ada 14 kissing scene. Belum lagi dengan pegang tangan, peluk-peluk. Pakaian satu hal lagi. Bukan mudah menjadi dia. Sebab itu kalau Dilreba ada kissing scene, walaupun hati ni berkata-kata juga, at the same time aku faham situasi dia. Nak melabel dia lebih-lebih pun aku tak pasti kalau aku bertukar tempat dengan dia, adakah aku boleh carry tanggungjawab tu dengan baik? Entah-entah aku hanyut dulu.
One of the challenges dari etnik minoriti di sana adalah stigma dan diskriminasi. Walaupun ada a few more artis dari etnik Uyghur, Dilraba is the most famous and successful. Dia punya fan based mostly are non-Muslim. Even artis cina yang bukan Islam pun takde fan base sebesar dia. Maknanya, kalaulah one day dia dapat practice good Islam, tak mustahil dia boleh tarik ramai masuk Islam.
Nak jadi celebriti, senang. Tapi nak breakthrough perlu luck and effort yang bukan calang-calang, especially kat China. Kau Islam di dalam industri entertainment, di tengah-tengah lautan non-Muslim. Kalau tak willing accept hugging scenes, payah nak pi jauh sebab genre drama and movie kat sana mostly romance. Jadi international brand ambassador pun bukan sekadar muka kena cantik, badan pun kena tayang cantik juga. That's why celebriti kita takde yang jadi international brand ambassador. Ada tak? Brand ambassador tau, bukan model. Rasa macam takde.
Again, aku bukan nak ambil mudah pasal agama atau nak menjustifikasi apa yang Dilreba buat, cuma aku cuba untuk letakkan aku di posisi dia. Orang luar macam kita mudah nak bersangka buruk. Ada yang tanya sama ada dia amalkan ajaran Islam atau tak, dia puasa ke tak, dia solat ke tak. Kau rasa kalau dia solat and puasa, dia nak tunjuk ke? Kalau aku ada di tempat dia, aku takkan tunjuk. Kau kaum minoriti, pastu kau beria nak tunjuk kau practice agama kau. Sedangkan kau celebriti. Benda-benda macam ni akan stir macam-macam isu.
"Carilah kerja lain!"
"Kerja mana-mana pun ok asalkan halal"
Aku memang menyampah stok-stok yang cakap macam ni. Bunyi macam senang, tetapi hakikatnya, kau kurang empati. Menyuruh orang simply find another job or accept any job without really understanding the challenges they face is unfair and NAIVE! Aku sokong Dilreba terus berada dalam entertaintment industri. Sebab dia ada rupa, ada bakat and ada personaliti yang baik. Orang kalau ada rupa and bakat, eloklah jangan buat kerja opis. Gunakan kelebihan tu di tempat yang selayaknya. Yang takde rupa and berlakon macam kayu, eloklah kembali ke kerja pejabat. Kau jangan feeling boleh pergi jauh.
Kadang-kadang aku rasa we the Muslim are too harsh pada saudara seagama. Tapi dengan agama lain, bukan main berlembut kita. Semoga orang tu terbukak hati masuk Islam katanya. Belum tentu lagi! Patutnya yang dah sedia Islam ni kita berlembut. Aku pun dulu hauk juga. Rasanya takde lagi orang berani post gambar pakai one-piece swimming suit kat media sosial. Aku je kot. Nasib masa tu zaman blog and My Space je. Kalau skarang, insyallah viral aku dengan jayanya. Siap ada orang publish gambar aku kat adulfriendfinder.com. Dari 2006 sampai 2011 aku masih free hair (2006 tu aku started blogging). Sepanjang tempoh tu, apa aku pakai konfem dikecam. Pakai baju kurung pun kena kecam. Sebab baju kurung aku see through katanya.
Sebab tu aku cakap, untuk orang yang dah biasa berpakaian begitu, dia nak berubah sangat mengambil masa. Kalau dia pakai baju kurung yang see through, jangan dikecam. Kalau dia baru belajar pakai turban, jangan dikecam. Kalau dia dah bertudung tapi tak cover dada, jangan dikecam. Ni tak. Orang tu free hair kau kecam. Orang tu dah bertudung kau kecam. Orang tu bertudung pakai jean ketat kau kecam. Lama-lama orang tu fedap, dia free hair semula. Pastu kau cakap "Biasala tu artis". Tak, bukan sebab dia artis. Tapi sebab dia dikelilingi setan macam kau. Kau tu yang setan. Bak kata ustaz aku, setan ni, kalau tak boleh ajak kita buat jahat, dia akan ajak kita susah nak buat baik. Sebijik macam kaulah tu. Orang tu nak buat baik, kau kondem macam-macam. Kau lah setannya!
Semua orang ada prosesnya. Kita celebrate the process. One step at a time. Labeling someone based on appearance, seperti cara berpakaian, hanya akan menambah stigma and prejudice yang sedia ada. Setiap orang ada cerita dan life journey yang tak selalu dapat dilihat dari luar. Dalam kes Dilraba, dia mungkin terpaksa undergo some compromises to achieve success in the entertainment industry, tetapi tak bermakna dia dah abaikan nilai-nilai yang penting pada dirinya sebagai seorang Muslim. What is more important is the effort and desire to stick to the principles and values she believes in like tak minum alkohol, tak makan babi and always try to get halal food di mana-mana dia pergi. Kita tak tahu apa perjuangan dia dan realiti kehidupan as a Muslim di China.
Susah jadi Dilreba. Umur dah 32, masih belum kawen. Abis tu nak kawen dengan siapa? Chinese Muslim kat sana nak mendekat pun takut sebab Dilreba dah level tinggi dan sangat kaya. Boleh ke keluarga terima seorang pelakon as menantu? Setahu aku Islam kat sana, walau minoriti tapi they practice good Islam. Even mak bapak Dilreba ni pun bertudung berkopiah. Yang non-Muslim pula, berani ke revert to Islam kerana Dilreba?
Dalam banyak-banyak gossip, be it with Yang Yang sekalipun, her management publicly denied. Tapi gossip dengan Johnny Huang dua-dua management tak pernah denied. Dah 4 tahun, sorang tak pernah buka mulut. Maybe isu sensitif. Orang akan question bab agama. Boleh bergegar China kalau Johnny Huang revert to Islam. Aku harap, kalaulah betul Dilreba dah kawen senyap-senyap dengan Johnny, kau adjustlah macamana pun I don't care as long as kau jangan murtad! Paling last, peganglah itu. Insyallah Allah akan bantu. Just tengok macamana Jamal Mirdad dengan Lydia Kandou. Tak pernah sangka, endingnya di usia emas, bercerai. Berpuluh tahun kawen, masing-masing dengan agama masing-masing. Dah tua, dah bercucu akhirnya bercerai. Walaupun orang mengata macam-macam, to me as long as Jamal masih practice Islam selama dia berkahwin dulu, dan tak pernah tinggalkan Islam, alhamdulillah. Selebihnya biar Allah kira.