2017-08-30

Memekak


2-3 hari n kat newsfeed aku bersepah orang share gambar terkini Dr Amalina (yang best student 17As).
Cantik budaknya sekarang, dah macam penyanyi kulit hitam sekali pandang.
Tapi macam biasa la, some orang melayu yang katanya Islam, mana suka tengok wanita Islam melayu berjaya yang daring macam tu.
Viral news macam ni aku malas nak baca komen sebab dah boleh bajet komen jenis apa yang banyak sekali.
Tapi bila tengok ada di kalangan frenlist aku yang share the artikel dengan status yang bajet mulia padahal kaki merempan tetiap hari kat FB, terus dengan senang hatinya aku klik UNFOLLOW.
Unfriend tu macam childish sikit la kan, so kita unfollow je.

Semalam, ada sorang follower PM aku tanya pendapat aku tentang pompuan-pompuan daring macam Dr Amalina.
Dia kata aku pernah lalui zaman daring macam tu so dia tanya apa pendapat aku tentang tu.
At the same time, dia ada bagi a few gambar pompuan melayu yang lain, yang agak daring. Aku tak kenal siapa, cuma sorang aku kenal. Yang aku kenal tu kerabat raja, and satu masa dulu pernah gambar dia diviralkan sebab suka tayang tetek katanya.

Kalau dari sudut wanita Muslim, of cos semua orang tau macamana seharusnya kita berpakaian.
Dah terang-terang apa yang dorang pakai tu salah.
Tapi yang jadi kepelikkan tu, yang komen-komen bajet bagus ni pun aku tengok dia sendiri pakai sendat-mendat ketat nak tunjuk body kurus.
Bezanya dia bertudung dan baju dia pakai tu tak dedahkan kulit badan, tapi dah macam nangka bungkus aku tengok dengan bontot tonggek berbalut jeans ketat. Gigih nak tunjuk badan kurus kekdahnya.

Apa bezanya??

Bezanya cuma tak nampak kulit badan je, tapi tetap kau belanja bontot and peha kau kat orang.
Hanya sebab kau rasa kau lebih baik "at least I pakai tudung and hand socks" tak menjadikan kau lebih baik pun.
Nak ukur sejauh mana betul cara kita berpakaian bukan ukur dengan orang yang seksi daring, tapi ukur dengan orang yang bertutup litup tu, faham?

Ada satu kepelikkan aku tengok kat some orang melayu Islam kat Malaysia ni bila berdepan dengan isu pakaian.
Kalau orang tu pakai lebih teruk dari dia, katanya orang tu jahat.
Kalau orang tu pakai lebih baik dari dia, belum tentu orang tu baik katanya.
So yang baik memang kau sorang je lah, kan?

Masa gambar kerabat tu diviralkan, ramai gak la yang komen – istidraj.
Sebab pompuan tu cantik, kaya, anak-anak semua bijak, suami kaya, tapi dia dedahkan aurat and minum arak katanya.
Yang aku nampak masa gambar tu viral satu je – badan dia cantik.
Tak terpikir pulak aku nak question apesal orang macam ni hidup senang walaupun dia dedah aurat selamba.
Yang aku dok question, cemana dia jaga body dia macam anak dara walaupun anak berderet. Hat tu aku berbulu sangat.

Bukan nak cakap yang kita kena ambik mudah benda-benda melibatkan hukum.
Hukum yang dah ditetapkan Allah tak menjadikan kita sewenang-wenangnya jatuhkan hukum.
Masalahnya, kita ni suka menghukum.
Nampak orang tu kaler rambut, orang tu bukak tudung, orang tu pakai seksi – terus nak label macam-macam.

Aku pernah cerita dulu zaman aku daring.
Kenapa aku daring macam tu.
Sebab laki aku suka.
Aku try tu ikut apa yang laki aku suka.
Tapi dalam masa yang sama dalam setiap solat aku doa tolong bagi aku and laki aku hidayah sebab aku tak kuat nak ubah diri aku.

Aku yakin dorang yang daring-daring ni pun bukan jahil macam yang kita sangka.
Dorang masih bersolat. Dorang masih berdoa.
Cuma kekuatan untuk berubah tu belum datang lagi.
Sama macam kita-kita yang suka menghukum ni juga.
Kita cuma ada kekuatan untuk jaga aurat je tapi belum ada kekuatan nak jaga mulut and hati.
Takde beza kita and dorang.
Jahat dorang nampak kat penampilan.
Jahat kita kat hati.
Cuma ye la, hati kan, mana orang nampak.
So boleh la bajet-bajet sikit, ye tak?

Perkara yang paling susah nak buat bukanlah cari duit, tapi nak handle own attitude.
Apa yang kita fikir dan rasa akan dizahirkan melalui attitude.
So kalau nak ubah attitude, please take responsibility of your own thoughts.
Persekitaran hanya akan jadi lebih baik kalau kita yang ubah cara kita berfikir.
Kalau kita nak ubah semua orang baru kita nak berfikir positif, it would require ramai manusia untuk behave perfectly all the time.
Kalau camtu gayanya, memang sampai kiamat la jawabnya kita hidup dalam negativity.
Your attitude must dictated from within!
Attitude kita yang akan ubah persekitaran kita.
Semakin banyak benda yang kau kondem tentang orang lain, kau akan attract lebih banyak benda-benda macam ni dalam hidup kau.
Sebab kau yang attract perkara macam tu.
Perasan tak orang yang always ada benda nak kondem orang lain ni, balik-balik dia akan kondem orang je keje.
Sebab apa?
Sebab, bila dia start kondem one person, dia akan attract orang yang sekelompok dengan fikiran low class dia.
Orang low class kan always discuss about other people.
Jadi, dia akan dapat cerita-cerita lain yang lebih kurang yang sama macam tu lagi dan lagi dan lagi.
Secara tak sedar, dia attract benda-benda macam ni datang pada dia.
Dan hidup dia diselubungi oleh negativity sampai bila-bila, sehinggalah dia ubah attitude diri sendiri.

Orang-orang seksi-meksi macam ni, dia perlukan doa dari kita. Bukan kutukan.
Kalau betul nak ubah dia jadi baik, doakan dia.
Sebab bila kita doakan dia, malaikat akan doakan benda yang sama pada kita.

Bila kau kutuk dia, dalam ertikata lain, kau mendoakan dia.
Dan doa yang sama patah balik kat kau.
Sebab tu Allah kata, manusia itu tak akan mati selagi dia tak diuji dengan perkara yang sama yang pernah dia kutuk tentang orang lain.

Jaga-jaga.
Kau kutuk dia seksi, dia tayang tetek, dia kaler rambut, dia bla bla bla bla.
Perati-peratikan diri sendiri.
Kita ada anak, kita ada adik, kita ada saudara-mara.
Kalau tak kena kat kita, akan kena kat anak cucu, sedara mara, adik beradik.
Masa tu nanti jilat ludah sendiri okeh?

Doa.
Doa.
Doa.

Esok puasa Arafah, elok berdoa banyak-banyak.
Kalau betul rasa dorang ni semua tersasar, tolong doakan sekali.
Tu baru betul.

Banyak benda baik yang boleh nampak kalau kita nak cari.
Masalahnya hati tu keji sangat asik nak cari buruk orang.
Sebab kalau tak cari buruk orang nanti tak nampak pulak baik kita kat mana kan?
Mujurlah orang tu ada benda buruk, kalau tak, sampai ke sudah orang tak perasan kita ada kualiti baik, kan?
Alahaiiii syukurrrrrrr. Kahkahkah.

Tengok Dr Amalina tu success, jadikan kejayaan dia tu sebagai contoh.
Bukan rambut dia yang kau kondem.

Tengok kerabat seksi tu cantik and sexy walau umur dah nak cecah 50 tahun, jadikan cara dia jaga badan tu sebagai contoh.
Bukan tetek orang tu yang kau kutuk.

Tengok Hanis Zalikha bercuti mewah, jadikan kebijaksanaan dia cari duit tu sebagai contoh.
Bukan tolong kira berapa banyak dia bazirkan untuk duduk hotel mewah.

Apa ke gila tolong kira berapa banyak duit orang tu dah bazirkan.
Kira duit sendiri la vangangggg.

Klaka gila pertikaikan apesal orang tu nak bazir duit.
Duit dia banyak gila kot, lantak dia la nak bercuti mewah ke, nak beli pulau ke. 
Bukan macam kau nak kumpul 10K sebulan pun semput. 
Kisah pulak kau kan.

Asal orang tayang percutian mewah je kena cop berlagak.
Hoi, ini tahun 2017 la.
Zaman skarang orang tak simpan gamba dalam album, orang simpan gamba kat IG.
Orang dah bagi kau tengok ‘album’ tu tengok je la. Sibuk nak kondem pekejadah. Kesian.

Nah ambik ni pi beli jajan. *campak 50 sen*

Memekak.

Champion


Ni entry ringkas je sebab aku ada kat Tganu dah ni.
Line sini teruk sikit.
So entry panjang petang sikit aku publish.

Champion undian pengguna 2 hari lepas is GC Plus.
Jadi selama 24 JAM HARI NI GC Plus akan kita bagi harga RM78/RM88 sebotol.
Sampai 11.59' malam ni je.

Silakan whatsapp 012-7728976 now.
Kat website takde harga ni so takyah masuk website.
Whatsapp only.


2017-08-28

Pengotor





Aku nampak orang share gambar-gambar ni semalam.
Katanya kejadian kat salah satu rumah sewa kat Malaysia yang penyewanya adalah anak-anak dara.

Seriously, aku tak pernah nampak lagi rumah sekotor ni!
Hey kamon la, jamban nenek aku yang kat luar rumah tu pun tak haruk macam ni.
Itu cara-cara jamban tau.
Ini tempat tido baring berselipat macam ni, eh tak naik kurap ke badan dorang duduk dalam rumah macam ni?

Aku pernah menyewa.
Orang kata kalau menyewa ni malas sikit nak berhias sebab bukan rumah sendiri.
Ye lah, aku faham tu. Buat apa nak berhias berhabis duit untuk rumah yang bukan kita punya, kan?
Baik simpan untuk renovate rumah sendiri.
Masalahnya, kalau ye pun bukan rumah sendiri apa ke berlendir sangat kau kejekan rumah orang ni?
Takkan la kau boleh selesa duduk dalam rumah yang penuh sampah.
Kot ye pun taknak berhias, at least berkemas la sikit.
Bak kata Mak Aji dulu masa kitorang kecik-kecik "Kalau malas kemas, jangan menyepahkan. Kalau malas cuci pinggan, jangan makan. Kalau malas kemas katil, tido atas lantai".

Aku sampai tak reti macamana dorang tido dalam rumah bersampuk-haruk dengan sampah?
Ini jin aprit kalau masuk pun gostan balik tau. Rumah macam ni setan memang tak berani masuk.
Sebab dia punya pengotor sampai setan pun respek taknak kacau.

Tu gambar yang kat atas katil tu, apa ke jenis manusia boleh tido atas katil berselerak ngan sampah?
Ke dorang ni semua tido berdiri?
Aku tengok gambar ni pun dah boleh terbau-bau dia punya masam.
Kalau cara-cara bilik tido pun macam ni gayanya, aku boleh imagine dia punya jamban macamana punya berkeladak.

Aku kalau masuk rumah orang, kalau perlu tumpang ke bilik air, aku akan tengok bilik air dia.
Kalau bilik air bersih, lantai and dinding tak berlendir, tu maknanya rumah dia kategori bersih.
Tak cantik tak apa, janji bersih.
Aku lebih rela masuk jamban luar rumah yang hanya ada jamban cangkung and getah paip sebijik tapi bersih, daripada bilik air yang bermozek tapi berlendir.

Aku pernah je kenal dengan sorang pompuan ni yang masuk restoran, sembur perfume kiri kanan.
Biar bau sedap katanya, baru selesa nak makan ada bau wangi-wangi.
Handbag nak letak kat kerusi sebelah pun lapik dulu dengan sapu tangan.
Punyalah segan aku masa tu sebab dia nampak sangat teliti.
No wonder la cantik aku cakap dalam hati.

Masa nak pi outstation sama-sama, singgah rumah dia kejap sebab nak ambik barang, hah kauuuu.
Botol kicap, botol sos, botol air semua bersusun depan coffee table depan TV.
Siap ada kesan air milo tumpah atas lantai sampai air milo tu kering sendiri punyalah giveup air milo tunggu takde orang lap.
Bawah kerusi ada piring bersemut.
Bila aku tarik keluar piring tu tunjuk ke dia, dia cakap "Eiii, you angkat piring tu? You tak geli ke?"
Pastu aku tanya "You tinggal dengan sape dalam rumah ni?"
Dia cakap dia ngan adik dia, tapi adik dia dah 3 hari outstation. Piring tu adik dia yang punya.
Aku macam "So...?????"
Kau nak tunggu adik kau balik baru piring ni nak berbasuh?

Ceh, rupanya takde la bersih mana pompuan ni. Cuma cantik je.
Memang istilah 'bersih' tu berbeza-beza ikut kefahaman masing-masing.
Tapi kalau dah nama piring penuh semut masih gak nak kata bersih, yang tu tak tau la nak komen apa dah.
Apetah lagi kalau macam gambar kat atas.
Kalau macam tu nak kata bersih, aku takleh imagine dia punya seluar dalam ngan coli macamana punya berkerak.
Orang macam ni selalunya apa yang orang lain boleh nampak je dia akan jaga.
Yang orang tak nampak dia takkan jaga.
Selalunya dia jaga muka and gaya je.
Cuba check coli dia, mesti bertaik lalat.
Entah-entah bulu dia pun sampai 3 kali lilit kat jari.

Ada satu kejadian masa kat toilet satu mall ni. Ni zaman aku keje kat KL dulu.
Masuk toilet, ramai jugak la orang beratur.
Ada 1 toilet yang takde orang masuk, rupanya toilet tu ada taik tak berflush.
Aku try flush, kot la jamban rosak je kan.
Eh boleh pulak, elok je taik tu jalan.
Pastu aku jirus lebih kurang tepi-tepi dinding, then aku tutup pintu.
Bila aku keluar, ada sorang Chinese yang tengah beratur tu tanya "Toilet ok ka?"
Aku cakap "Ok je".

Dalam hati aku "Tahan korang beratur panjang macam ni taknak try flush dulu toilet sebelah?"

Aku rasa situasi gambar kat atas tu  boleh jadi dorang bukan tak nampak ada sampah, tapi dorang rasa itu bukan sampah dorang, jadi saper punya sampah, sendiri buang.
Dorang bukan tak nampak pinggan tak berbasuh, tapi dorang rasa itu bukan pinggan dorang.
Manusia macam ni selalunya memang jenis yang cantik-cantik dan bergaya.
Tapi cuba tengok rumah dorang, selalunya hazab.
Eh takyah gi rumah lah, tengok je workstation dorang. Konfem berselerak.

Jadi orang pompuan ni bukan setakat kena jaga muka and pasang badan je.
Tak selamanya kau boleh hidup bermodalkan muka and badan.
Esok dah kawen, ada banyak lagi benda kau nak kena buat.
Jangan sampai taik anak kau kering kat bontot sebab maknya lupa nak basuh asik busy membelek muka.
Melainkan kau kaya boleh hire bibik untuk buat semua kerja, yang tu lain cerita.
Itu pun silap-silap bibik lari tak sanggup nak hadap kau punya pengotor.
Asik kelebet muka je kejenya, rumah macam lori sampah terbalik tak sedar.
Lubang sink dah macam lubang jamban.
Ya ampunnnn. Selisih!


2017-08-25

#bendabolehbincang



Macam dah banyak kali jugak aku buat entry pasal tinggal serumah dengan mak mertua and beraya dengan keluarga mertua. Tapi ada lagi orang tanya. Ok takpe, belum pernah baca enttu tu agaknya. Nevermind, aku sangat berbesar hati untuk tulis lagi :).

Selalunya aku dapat soalan-soalan ringkas macam ni.
Jadi bila soalannya ringkas, jawapannya pun mungkin too general.
Not sure if menjawab soalan, tapi aku cuba jawab.

Pertama sekali, bila kita duduk rumah mertua, kena pacakkan dalam kepala yang kita duduk rumah orang. Jadi, harus ikut undang-undang tuan rumah. Yang ni selalunya takde masalah sebab bila kita sedar kita menumpang rumah orang, kita ada rasa segan sikit nak bangun lewat and nak bermalas-malas.

Kedua, kalau mak mertua yang tinggal dalam rumah kita, kena pacakkan dalam kepala itu adalah emak. Jadi apa pun kita buat kena bagitau dia. Dan apa yang dia arah, kita kena ikut.

Yang pertama tu takde masalah kot, rasanya semua pun tau kalau dah nama duduk rumah orang maka kena ikut rentak tuan rumah.

Tapi selalunya yang jadi masalah bila kita adalah yang kedua tadi.
Mak mertua duduk rumah kita, tapi segala benda kita kena ikut cakap dia.
Hat ni yang susah. Sebab kita jadi rimas bila terpaksa 'menumpang' di rumah sendiri.
Selalunya bila kita dah ada rumah sendiri (especially perempuan), mesti nak kemas rumah cara sendiri, nak hias rumah cara sendiri, nak masak cara sendiri, serba-serbi nak sendiri (and suami) handle bersama-sama. Nak hidup sendiri pendek kata. Ada yang maid pun taknak ambik sebab taknak ada orang lain tinggal sama-sama dalam rumah tu.

Dulu, masa mula-mula aku pindah rumah (rumah sewa), aku punya undang-undang pun taknak kalah gak, bajet macam duduk penthouse, padahal duduk apartment tingkat 7 je.
Cadangnya, pinggan mangkuk lepas makan kena terus lap, simpan dalam kabinet.
Sofa tak boleh senget. Lepas duduk kena betulkan terus sofa tu.
Sidai baju guna hanger sama warna, sidai pun satu arah yang sama. Kalau satu condong ke barat, semua pun ke barat.
Lepas masak, mop lantai terus. Dinding dapur lap ngan Cif.
Kayu mop and penyapu letaknya kat satu ceruk. Cara susunan pun ada style jugak, tak boleh main letak je.

Sekali bila mak mertua aku datang, semua jadi huru-hara.
Rumah memang bersih dia tolong kemaskan, tapi penyapu dengan mop aku bersimpang-siur susunannya.
Susunan kerusi herot-berot. Takde la senget sangat tapi tak straight macam yang aku atur sebelum ni.
Paling sakit mata bila pinggan mangkuk and gelas dia dah atur siap-siap atas kabinet, jangan disimpan-simpan lagi, "Benda nak guna selalu buat apa simpan-simpan? Letak je atas kabinet ni". Pedih je mata aku nengokkan.

Mula la aku nak lepaskan marah kat En Wan. Nak marah mak mertua takleh kan.
Kejap-kejap aku mogok taknak makan. Tanda protes.

Tapi lama-lama aku blaja untuk biarkan je lah dia nak buat apa pun.
Letih pulak rasanya nak membentak-bentak, nak mogok, nak bermasam-muka ngan laki tanda protes.
Dah kalau dia nak buat, aku biarkan je dia buat. Boleh aku rest. Mbhahahahaha.

Actually, apa yang mak mertua aku buat tu takde la teruk sangat.
Memang cara kemas dia tak sama macam aku kemas. Cara sidai baju dia tak sama macam aku sidai.
Eh, lama-lama aku lantakkan je. Janji rumah aku tak berkuap, tak berlendir, tak bersepah, cukup.
Sekurang-kurangnya ada orang tolong.
Bila aku belajar untuk 'lepaskan', things become better rupanya.
Hati aku pun tenang, dia pun seronok bila takde orang ganggu kerja dia and En Wan pun happy takyah nak layan aku punya mogok lagi.
Bila start ambik bibik, baru lah aku dapat 'campur tangan' dalam urusan rumah.
Kalau mengarah bibik ni lain sikit. Kita majikan.
Kalau nak arah mak mertua tak sampai hati pulak kan.

Dulu aku nak rumah sentiasa kemas, supaya laki aku suka duduk rumah.
Supaya laki aku seronok tengok rumah sentiasa cantik.
Bila dah lama kawen, aku noticed laki aku sebenarnya jauh lebih seronok kalau mak dia ada sekali. Dia landung tak kisah pun pasal sofa senget ke tak, sidai baju guna hanger warna-warni, pokok bunga bersimpang-siur, laman dah jadi kebun sayur - dia tak kisah pun.
Dia happy isteri, anak-anak and mak duduk sekali.
Dia duduk ngan mak dari kecik kot. So, kalau rumah aku sekarang dah jadi macam style rumah mak dia kat kampung tu pun takde masalah sebab dia dah biasa dengan keadaan 'kemas' yang macam tu.
Jadi, aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada skill interior design sendiri.
Biarlah mak nak handle rumah ni dengan cara dia.

Now, tempat yang aku betul-betul kemas sendiri adalah bilik tido aku.
Lain tempat memang aku leave it to cara mak mertua aku.
Every Friday bibik akan tolong kemas. Cukup. Malas nak bising-bising.

Banyak dah isi dalam rumah aku yang mak aku ubah.
Dulu aku pakai sabun basuh Fab serbuk. Now takyah. Mak aku beli pencuci baju dari Tganu. Cap ayam je. Tapi sebab dia kata sabun tu lagi wangi, jadi kitorang biarkan dia nak pakai.

Sabun pencuci tangan dia kata takyah beli, pakai je sabun basuh baju yang sama. Dia masukkan sabun basuh baju tu dalam bekas botol hand gel. Hahahah. Takpe, aku pakai je.

Kalau nak tau, sabun dalam toilet bilik bawah pun dia ambik dari sabun basuh baju.
Memang sape guna sabun tu untuk basuh bontot memang konfem menghapuskan 99.9% bakteria. Kahkahkah.

Minyak masak aku dulu cap lain, now dah pakai cap lain.
Dia nak ikut minyak masak yang dia biasa pakai kat kampung.

Sama macam teh.
Dulu aku pakai lipton. Now dah pakai teh wangi dari Tganu.

Biarkan je lah.
Tak luak mana pun.
Ujung-ujung aku mencekik gak teh wangi tu.

Biasala kan, mak.
Mana-mana mak pun sama je.
Mak aku pun kalau duduk rumah aku, ada je yang dia tak berkenan.
Kuali aku kecik sangat.
Sudip aku pendek sangat.
Kain lap pinggan aku panjang sangat.
Hanger aku tak cukup.
Eh banyak nau komplennya.

So, aku rasa ini bukan perangai mak mertua. Tapi perangai manusia biasa.
Kadang kita rasa "Apesal ntah buat rumah kita macam rumah dia".
Tapi perangai macam ni, kalau takde kat mak-mak pun, kita tetap akan jumpa kat orang lain.
Ramai je yang jenis suka buat rumah orang macam rumah sendiri dengan alasan itu rumah adik/abang/kakak/pakcik/makcik/nenek dia.

Now, aku kecikkan skop aku.
Hanya bilik aku je orang luar takleh masuk.
Yang lain, ahli keluarga nak bersimpang-siur pun, buatlah.
Kalau rasa-rasa ada makanan dalam esbok yang aku taknak kongsi dengan orang lain, aku bawak je naik bilik aku. Daripada aku sentap-sentap makanan aku habis orang lain makan, baik aku tapau siap-siap simpan dalam bilik.

#bendabolehbincang



Ni aku demo cuci muka yang bermekap tebal pulak.
Selama ni aku mekap lite-lite je kan, kali ni aku mekal untuk event jadi segala macam MUA tepek kat muka but still boleh clear dalam masa 1 minit dengan Makeup Remover GreenAard.

Tujuan aku up video ni sebab nak bagitau HARI NI DAH START MERDEKA SPECIAL.

Ok baca betul-betul.

MERDEKA SPECIAL dari 25-8 September.

Tak ada sebarang diskaun pada produk GreenAard sebab kita baru je habis buat Birthday Sale.
Cuma, pembelian Makeup Remover 50g akan dapat harga RM31 saja (asal RM39).
Dan harga RM31 ini valid untuk pembelian kedua.
Maknanya untuk dapatkan harga ni, korang kena beli sebarang produk GreenAard yang lain sebagai pembelian pertama.

Contoh, beli GC Plus (item 1), Makeup Remover 50g (item 2).
GC Plus tetap harga RM90. Tapi Makeup Remover dapat RM31.

Atau, beli Makeup Remover 50g (item 1 ), dan produk yang sama (item 2).
Makeup Remover yang pertama harga RM39. Makeup Remover kedua dapat RM31.

MERDEKA SPECIAL kali ni hanya untuk Makeup Remover 50g saja.
Sebab masa Birthday Sale hari tu Makeup Remover paling ramai orang beli, jadi kita bukak semula offer ni dengan harga special.

Untuk MERDEKA SPECIAL ni kalau nak beli, refresh page ini and isi form.


2017-08-24

Jadi diri sendiri.


"Kak Di, ajar saya macamana nak jadi macam Kak Di. Selalu konfiden dengan apa yang akak buat".

Statement tu salah.

Ini bukan soal konfiden.
Tapi menjadi diri sendiri.

Zaman sekarang ni zaman open society.
Almost anyone can place judgement on another person.
Lagi lah pulak media sosial dah jadi medan yang sangat powerful, membuatkan lebih senang nak judge orang lain. Takyah kenal-kenal pun takpe. Tengok gambar sekeping pun dah boleh judge macam-macam.

Kalau aku, aku memang buat dek je.
Because I know myself better than anyone else.
Aku tau apa accomplishments aku, and positive qualities I have dan yang penting orang yang rapat dengan kita kenal siapa kita and they love us.
Yang kecam-kecam ni sebenarnya lalu-lalang kat tepi je.
Analoginya macam kau pegi zoo, kau akan lalu tepi kandang beruk, kandang rimau, kandang gajah, pastu kat kolam bangau, sarang ular....macam-macam.
Kalau kandang yang kau singgah tu menakutkan atau busuk pelantong, buat apa kau nak tadah muka kau kat situ. Blah je lah.
Kau takkan boleh suruh kandang tu bergerak pi tempat lain. Yang kena gerak adalah kau.

Zaman ni adalah zaman di mana, orang akan judge tak kira samada kau berada di kelompok majoriti ataupun minoriti.
Maksudnya, kau buat benda yang lain dari orang lain sah-sah kau kena kondem.
Kau buat benda yang sama macam orang lain buat pun belum tentu kau tak kena kondem.
Kalau masanya dah tiba untuk kau kena kondem, kau tadah lah telinga kejap, pastu muhasabah diri.
Kalau apa dorang cakap tu betul, maka perbaiki.
Kalau apa dorang cakap tu tak betul, explain biar dorang faham.
Tapi kalau nampak macam cara dorang payah nak faham, biarkan.
Tak guna berdebat. Sebab tahap kebodohan manusia tak sama.

Regardless of what other people think, jangan takut untuk jadi diri sendiri.
Bila kita jadi diri sendiri, kita akan attract circle of frens yang kita enjoy to be with.
Kalau kita berlakon jadi someone yang bukan diri hanya kerana the society sukakan karakter sebegitu, lambat-laun orang akan perasan ada konflik pada karakter yang kita tonjolkan.

Kebanyakkan reader yang baca blog aku, yang masih fren dengan aku dari dulu sampai sekarang semuanya dari kelompok yang boleh terima aku dulu dan sekarang.
Sebab aku rasa dorang nilai aku dari karakter aku, bukan penampilan. And I truly appreciate that.

"Maknanya kalau jadi diri sendiri tu boleh buat sesuka hati lah kan?"

Salah!

Menjadi diri sendiri bukan bermakna boleh buat sesuka hati.
Yang tu namanya selfish.

Contoh, kalau kita suka layan live band, don’t be afraid to go to concerts. Melalak lah kau kat concert tu sampai terkeluar anak tekak. Sekurang-kurangnya kau terpekik-terlolong di tempat yang betul. Bukan karaoke tengah-tengah malam pukul 1 pagi memekak sampai jiran takleh tido. Kadang aku tak paham spesis ni. Taknak pi karaoke, tempat setan katanya. Tapi yang kau memekak pagi-pagi buta macam setan ni takpe pulak?
Jenis yang tak consider others macam ni namanya selfish.

Sama juga kalau kita selesa dengan apa yang kita pakai, jangan ubah semata-mata kita tak fit the stereotype yang people expect dari kita.
Macam Che Ta and Neelofa pi umrah dulu. Jubah-jubah dorang cantik-cantik, punnnnnn ada orang kondem.

"Nak pi beribadat ke nak pi shooting ni?"

Eh, kau pulak yang susah. Salah ke pakai jubah warna merah menyala kat Mekah?
Tak salah kot, cuma tak ramai yang buat.

Sama lah macam aku pakai jubah hitam pi bercuti.

"Bercuti pun pakai jubah hitam?"

Abis kau ingat jubah hitam ni uniform ofis aku?

This applies to any and every area of our life.
Check and tanya balik diri kita.

Kenapa stay kat tempat kerja yang sama kalau dah tau kerja tu membosankan? Sebab gajinya besar?

Kita bergaya/berfesyen untuk orang lain atau untuk diri sendiri?

Kita baca berita politik sebab kita benar-benar peduli atau sebab kita nak dilihat seperti orang yang mengambil tahu hal dunia politik?

Kita diet sebab trend orang berdiet atau sebab memang kita nak kuruskan badan?

Tanya diri.
Itu caranya untuk jadi diri sendiri.
Ask yourself.
Kalau kita jujur dengan diri sendiri, kita jadi unaffected dengan kondem-kondem.

Kalau ada something yang kita rasa really tak beri manfaat lansung pada diri, cut it out.
Ada banyak lagi benda best dalam dunia ni yang boleh kita buat.
Everytime rasa macam letih and bosan, figure out apa yang buatkan kita rasa bosan and letih, kemudian ubah.
Apa benda yang kita terasa penat, muak, bosan - semuanya takde kena-mengena dengan orang lain pun tapi our reaction to it. Sebab tu aku always cakap, jangan ubah orang. Ubah diri sendiri. Jadi diri sendiri.
The best part is, bila kita jadi diri sendiri, we naturally encourage others to be too.



From XL to M
Masa XL pun masih konfiden macam S :)

Orang tanya berat aku sekarang berapa?
51kg. Cukuplah sampai ke situ saja. Zaman aku 47kg dah berlalu.
Sometimes, kita kena be realistik.
Jangan kerana orang lain badan kecut, kita pun nak kecut macam tu.
Kurus tak bermakna kecut. Kurus is when berat badan dalam range ideal weight.
Asalkan tak overweight, cukup.

Dan tak perlu juga pakai sendat melekat semata-mata nak buktikan badan dah susut.
No need.


2017-08-23

Flight


3 hari lepas aku layan movie United 93 - a true story tentang salah satu plane yang di-hijacked masa 9/11 dulu. Out of 5 planes, United 93 satu-satunya plane yang tak berjaya sampai ke sasaran sebab penumpang-penumpang berjaya halang pilot dari hentam US Capitol, Washington. However, the plane tetap crash jugak, no one survived. Cuma tak kena kat US Capitol je.

"Kalau semua orang pun mati, camana dorang tau apa yang terjadi kat atas tu?"

The movie tu dibuat berdasarkan cerita yang diceritakan semula oleh family penumpang-penumpang flight tu. Sebab masa keadaan kecoh kat atas, ramai penumpang berjaya buat call ke family masing-masing. Memang sedih tengok keadaan masa tu. Yang terkesan sangat bila one of the stewardess call suami dia and cakap "If I survive this, I'll quit tomorrow. I promise, I'll quit tomorrow".

Sampai ke hari ni ayat tu dok main-main lagi dalam kepala. Memang aku terkesan sangat.
Menunjukkan betapa manusia ni sebenarnya boleh je tinggallkan kerjaya, harta, duit atau apa-apa je yang bersifat duniawi, untuk fokus pada perkara yang non-material like kasih sayang, ibadah dan keluarga. Tapi selalunya pilihan tu senang dibuat hanya bila kita cuma ada pilihan, samada hidup atau mati.

Aku pun selalu macam tu.
Everytime nak naik flight (belum naik pun lagi), tapi dah teringat anak-anak, mak bapak.
Jarang aku ingat kerja aku walaupun naik flight tu pun atas urusan kerja sebenarnya.
Aku belum reti lagi atas flight nak siapkan kerja, bukak laptop segala.
Salute lah kat orang yang padam je lampu isyarat tali pinggang tu, terus bukak laptop and sambung buat kerja. Siap mintak tambah air kopi, punyalah fokus buat kerja.
Aku nak membuta pun tak lepas okeh?
Maybe Tuhan sengaja tak bagi aku membuta supaya aku isi masa dengan zikir. Agaknya lah.

Selalunya, kalau kat depan hanya ada pilihan MATI, dah sah-sah waktu ni segala yang berbentuk keduniaan kita dah tak pandang lagi. Dalam kepala mesti teringat, amalan yang sikit, mak ayah di rumah, anak-anak yang masih kecil. Waktu ni pi matilah dengan kerja ofis yang tak siap lagi, lantaklah dengan sales target, semua pi jahanam. Yang kita tau, kita mahukan satu lagi peluang supaya dapat beramal sedikit lagi di samping buat kebajikan pada orang tua.

"Ya Allah, kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku dapat beramal terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan." (Al Mukminun 99-100)

Dulu, kesempatan tu ada depan mata, tapi tak dimanfaatkan dengan sesungguhnya. Bila dah mati, kita sanggup tebus kesempatan tu walau berapa pun harganya. Nauzubillah. Moga kita bukan dalam golongan ni.

Kadang-kadang aku bersyukur dijadikan Allah sebagai seorang 'penakut'.
Takut naik bot and takut naik kapal terbang.
Sekurang-kurangnya pada waktu takut-takut macam ni, aku ingat Tuhan sikit.
Mungkin itulah hikmahnya jadi 'penakut'.
Makin aku takut naik flight, makin kerap pulak aku kena naik flight.
Sampaikan kadang-kadang aku rasa Allah suka 'sakat' aku.
DIA tau, hanya dalam flight je DIA boleh dengar aku zikir and sebut nama DIA lama-lama, jadi kejap-kejap DIA 'hantar' aku naik flight.

Selalunya macam tu lah, bila pilihan yang kita ada cuma hidup dan mati, kita akan pilih untuk hidup seadanya. Takde henbeg pun takpelah, takde kereta besar pun takpelah. Semua benda takpe. Sebab masa tu harapan kita hanyalah untuk terus hidup. Dapat hidup sederhana pun takpelah. Janji hidup.
Dalam kepala, kalau aku selamat, aku nak solat taubat banyak-banyak, nak khatam Quran tetiap bulan, nak sedekah tetiap hari, nak zikir sentiasa. Jarang orang nak pilih "Kalau aku selamat, aku nak kerja lebih keras lagi, nak kumpul duit lebih banyak". Jarang.
Tapi elok je cecah flight dengan selamat, habis luput semua benda. Terus "Ok pasni nak shopping kat mana dulu?".

Naik kapal terbang adalah antara cara paling senang untuk aku ingat mati.
Bergegar sikit je, terus aku mengucap 47 kali.

Maksudnya kat sini, fitrah kita ni tahu mana satu yang lebih utama.
Fitrah kita tahu apa tujuan sebenar kita hidup dan mana satu yang lebih harus dikejar.
Tapi kita selalu sangat ditakut-takutkan oleh setan dengan perkara lain sampaikan kita lupa tujuan kita hidup untuk apa.

9 jam 15 minit, adalah flight paling lama pernah aku naik. Flight ke Mekah.
Dan rasanya inilah tasmid, tahmid, tahlil, selawat dan bacaan Quran paling lama aku pernah buat. Berhenti untuk pi toilet je. Tengah makan pun tahlil dalam hati. Punyalah beriman nau waktu ni.
Nak lagi beriman, cuba suruh kapal tu langgar awan kejap. Memang akulah yang paling beriman kat atas tu. Zikir sampai menangis okeh!

Itu salah satu hikmah yang aku nampak bila aku takut naik kapal terbang.
Kalau inilah caranya Tuhan 'panggil' aku untuk berzikir, aku redha takut naik flight sampai bila-bila.

"Banyak berzikir sebab takut mati ke?"

Berzikir ni bukan sebab takut mati. Tapi sebab kita ingat mati.
Bila kita kata atas tu, dalam keadaan bukan kita yang mengawal kapal terbang, dah tentu kita terpaksa letakkan je kepercayaan pada kebijaksanaan pilot dan tawakkal pada Allah.
Jadi, berzikir bukan sebab takut mati tapi sebab ingat mati.
Apa pilihan kita pun bila ada kat atas tu, kan? Pilihan yang ada adalah mengingati mati.

Jangan salah faham pulak entry aku ni.
Karang ada orang yang terus takde mood nak kerja, terus nak beribadah 24 jam kejenya. Karang tak pasal bini kau serang aku "Kau la punya pasal ni, laki aku sekarang dah taknak keje lansung, nak berzikir je kejenya".

Mengingati mati bukan something yang pasif pun. Malah, sepatutnya bila kita ingat mati, kita lebih terdorong nak buat segala-galanya terbaik sebab kita tau masa kita tak banyak dah tinggal.
It's not about mati sebenarnya, tapi lebih kepada bekalan untuk kita lalui keadaan selepas mati tu.
Bersedia untuk "hidup selepas mati".
Jadi, untuk itu haruslah berkalan tu dibuat masa tengah hidup ni, kan?


2017-08-22

Wedding Rafael & Hayat


Akhirnya the long-awaited day has arrived.
Hari kawen cousin aku. Nikah kat Singapore tapi resepsi belah lelaki buat kat JB.
Yang kat Singapore cuma makcik and pakcik je datang. Cousins memang tak ikut ke majlis nikah sebab buat kat rumah pompuan kan, so aunty aku cakap takyah datang. Datang masa resepsi je.

Jumaat lepas, 18hb the Singaporeans semua dah turun JB.
Kitorang yang sah-sah kat Malaysia ni je yang gerak hari Sabtu.
Tapi semua gerak pagi. Wakil Malaysia yang sampai dulu kat Hotel Thistle dah tentu-tentu lah Ima sebab dia memang duduk JB. Walaupun patutnya tak payah duduk hotel, tapi mana boleh kan. Bab mengecohkan hotel ni haruslah ada kerjasama dari semua pihak. Jadi, walaupun duduk kat JB, tetapppppp check in jugak.

Aku gerak dari rumah terus ke Bangi ambik Mak Aji, Pak Aji and Siti. Sekali pool satu ketera aku. Ibal je naik flight sebab pagi tu tetiba dia kena keje. Kitorang bawak barang dia siap-siap. Pukul 5pm flight dia dari KLIA terus ke JB. Sempatlah sebab majlis start 8 malam. Aunty-aunty and cousins aku yang lain semua gerak pagi juga tapi tak berkonvoi but masing-masing berwhatsapp-whatsapp semua dah ada kat hiway yang sama. Seronok nau rasa. Excited sebab inilah masanya nak jumpa semua sedara-mara. Kalau hari raya, belum tentu dapat kumpul semua. Tapi kalau wedding, selalunya masa ni la semua muka nampak.




Ini gambar time nikah a week earlier, kat Singapore. Mak Aji semua ada kat sini time ni.
Kitorang the cousins je yang dapat tengok nikah melalui Live FB sebab tak datang.
Tima kasih lah FB sebab bukak option Live. Boleh la tengok nikah live.

Barang-barang hantaran digubah oleh one of aunty aku (kakak Mak Aji) di Singapore.
And gambar serba merah ni immediate famili members pengantin lelaki (cousin aku).
Aunty aku (mak pengantin) yang nombor 2 dari kiri. Ini adik Mak Aji.
Uncle aku belah kanan sekali.
Untuk perhatian Coco, this is mix Serani. Tapi takde sleng teruk pun. Elok je omputihnya.

Uncle aku, nama dia Zul. Tapi he still carries his surname Theseira. Clifford Thesera.
Jadi anak-anak ada surname yang sama termasuk lah cousin aku yang kawen ni Mohamad Rafael Theseira.

Uncle Zul dah ada anak previous marriage sebelum kawen dengan aunty aku. Anak-anak masih dengan kepercayaan masing-masing but the beauty is, semua duduk dalam rumah yang sama masa belum kawen dulu. Aunty aku yang jaga anak-anak ni.
Masa aku kecik-kecik dulu, kalau datang rumah Aunty aku ni, aku suka lepak bilik Kak Luanne (yang pakai baju cream). Masa tu Kak Luanne tengah couple dengan Abang Sean (pakai kurta putih). Kat book shelf bilik dia ada banyak artwork kulit telur yang Abang Sean buatkan. Comel je. Masa tu aku rasa Ya Allah indahnya ada boifren. Kahkahkah.

Sebelah Kak Luanne is Ima punya 'musuh ketat' time kecik - Morinho. Dia musician, pernah kerja 4 tahun dengan Luncai Emas (M Nasir) before balik ke Singapore semula.

Sebelah Morinho is Abang Kevin.

Yang belah kiri sekali tu Farhan, anak aunty aku with Uncle Zul (adik Rafael).




Kitorang sampai hotel around 12 noon.
Ada dalam 30 bilik yang kesemuanya dari suku-sakat kitorang.
Aku je terasing sikit dari bilik orang lain sebab En Wan book Suite, sebab bawak mak sekali. Biar mak selesa. Tapi gambar aku ni tak cantik la, gambar cantik yang bawah. Cilok dari website Thistle.




Bilik-bilik suite ni selalunya ada keistimewaan boleh lepak exec lounge, boleh lah minum-minum berlagak cam orang kaya. Aku ni dah berangan la nak ajak mak mertua aku melepak kat lounge atas tu tengah-tengah malam menikmati view JB street, rupanya budak takleh masuk. Pastu baru aku teringat, patut la dulu aku lepak exec lounge kat Hilton Bandung and Vietnam takde budak kecik, rupanya memang budak kecik takleh masuk. Tak best la pulak nak tinggalkan si jendul tu dalam bilik di kala aku santai-santai melepak kat lounge kan. Jadi, tak payah la lepak sini, kita lepak je la coffee house kat bawah.

Lepas settle letak barang semua, kitorang turun balik ke lobby untuk keluar mencekik kat restoran feveret - Sedap Corner. Dah beberapa kali gak aku pi restoran ni. Kat lobby nampak beberapa group laki family yang dah sampai. Lepas salam-salam semua, terus kitorang ke Sedap Corner.



Kecoh gila depan kedai pun nak bergambar.

Tapi sebenarnya perlu bergambar. Sebab kedai ni dah renovate rupanya. 
Lagi cantik dari dulu. Tu yang aku jakun sikit tu.



Punca aku nak pi sini sebenarnya memang ni je - nak makan kuih melayu.
Sebab kat sini je aku enjoy makan kuih melayu dengan tenang.
Banyakkkkkkkkkkkkk pilihan!
Sampai-sampai je kedai, aku terus capai onde-onde sebekas dulu dan terus berlalu cari tempat duduk.
Yang lain apa nak jadik, jadiklah. Aku dah dapat onde-onde aku.






Tak sempat aku nak snap gambar makanan orang lain menjak si Rayyan conquer henfon aku.
Lagipun makanan aku sampai dulu, so bismillah...

Dah sampai Johor haruslah makan lontong kan.
Makan lontong di Johor baru betul masuk Johor.
Tapi aku pelik apesal lontong dia takde tempe?



Dah nak balik pun bergambar lagi depan kedai.
Obses betul nampaknya dengan restoran ni.



Lepas makan aku ngan En Wan pi Anggerik Mall untuk cari baju melayu Rayyan.
Dia ni cepat nau membesar. Banyak berak macam ni la jadiknya. Cepat membesar mak mertua aku cakap.

Nak cari baju warna silver biar sama ngan bapak dia. Kebetulan pulak jumpa. Kejap je kitorang kat sana. Setengah jam, terus balik. Just nice lah jumpa mall yang betul, kedai yang betul, warna and size baju pulak ada. 

Balik semula ke hotel, lepak jap lebih kurang pastu siap-siap untuk masuk ballroom.
Aku tak ambik sangat gambar majlis. Memang selalunya gini la, bila dah jumpa ngan sedara-mara, pengantin selalunya pandai-pandai lah bawak diri sebab yang lain-lain ni semua sibuk nak cari sedara-mara. Jemputan hari tu memang 80% family saja, so just imagine la dia punya 'busy' camana. Alih-alih kitorang nampak pengantin tengah bergambar berdua atas pelamin, yang lain-lain semua bersembang macam nak rak ngan sedara-mara.



Sempat ambik 2 video je sebab lepas tu aku dah sibuk mencekik. 


Cousins.
Sauk je la mana yang sempat. Susah nau nak kumpulkan semua.



Oh, ada rupanya gamba dengan pengantin kat bawah stage.
Jadiklah walau gambar selfie.



Mak Aji with kakak and adik-adik beliau.



Gamba ni jugak legend.
Ima and Morinho (anak Uncle Zul) after 30 years bergambar bersama.
Bergaduh je keje dorang masa kecik dulu.
Terjerit-jerit kitorang masa dorang ambik gamba sama-sama.
Jenuh masing-masing godek henfon carik balik gambar masa kecik yang pernah aku share kat whatsapp grup dulu.



First time terpaksa asingkan cousins dari makcik pakcik bergambar sebab kali ni memang betul-betul punya tak muat.
Ini namanya multiracial cousins. Semua bangsa ada dalam ni.




Lepas giliran cousins bergamba dengan fotographer, aku pun pekik la kat atas tu "Tunggu!!! Kita selfie!".
Budak-budak ni pantang je kamera tersuluh, menggelupur semuaorang kecikkan diri.
Sampai tersepit-sepit anak masing-masing punyalah mak bapak nak masukkan muka dalam kamera. Eh of cos la muka aku paling lebar, dah sah-sah henfon aku. Ini pun ramai yang dah turun stage sebab sah-sah tak kan dapat selit punya dalam gambar. Takpe, kita repeat November ni kat another cousin's wedding, kali ni kat Singapore. Kali ni standby monopod sorang satu.



Aunty aku letakkan brooch kat setiap kerusi. Sape yang nak balik boleh ambik brooch ni terus. Tapi agak ramai yang tak tau brooch ni boleh di ambik. Jadi, aku sebat 45 bijik. Tu pun aunty aku suruh ambik lagi. Cukuplah 45. Buat agih-agih kan ke orang kampung.




Dua gambar di atas ni adalah set-set generasi seterusnya.
Mesti dipastikan setiap kali acara sedara-mara, dorang ni semua berkumpul sama-sama macamana kitorang dulu dikumpulkan oleh mak masing-masing. Biar sampai ke tua rapat.
Walaupun tinggal kat berbeza negara, tapi bila berkumpul, dia punya ikatan macam masing-masing duduk kat belakang rumah je.

Aku aim je nak bawak balik rose biru ni, sekali bila majlis habis aku tengok semua rose biru ni dah takde, rupanya si kenit-kenit ni semua dah tapau awal-awal.



Yang tudung biru ngan free hair tu available.




Laki aku siap beli sampin baru kat Anggerik Mall.
Entah sape la yang nak kawen sebenarnya ni.



Jadiklah, ada gak gambar ngan laki sendiri, walaupun ambik dari atas.



Masa ni majlis dah habis tapi the sedara-mara tengah tunggu kopi hotel hidangkan.
Maka, bertenggek la masing-masing kat meja ni gossipping.
Masa ni Rayyan ngan mak mertua aku dah naik bilik.
Mesti mak mertua aku pening dengan hiruk-pikuk family mak aku.



Pukul 12 malam, semua naik bilik untuk salin baju and turun ballroom semula untuk kerja-kerja pembersihan.
Sebab semua bunga dan ranting-ranting berlampu tu semua aunty aku beli sendiri, jadi takkan nak hotel buang kan.
Jadi, marilah kerahan tenaga sikit malam-malam buta.
Pakkal kereta aku penuh tau, kalau tak, dengan karpet-karpet sekali aku angkut bawak balik.
Yang kat tangan En Wan tu telah selamatnya berada kat rumah aku sekarang. Itupun aunty aku paksa ambik lagi, tapi tak muat.
Karang, pokok semua dalam kereta, orang duduk atas bumbung.
Takleh imagine mak bapak aku duduk atas bumbung kereta dari JB sampai Bangi. Kahkahkah.

Lepas habis kemas, tak setel lagi rupanya program hari tu.
Sambung pulak sembang kat mamak seberang hotel.
Cousins semeja, mak bapak meja lain.
Sampai pukul 2 pagi baru balik. Berbaloi la duit minyak duit tol pegi Sabtu balik Ahad camni.
Sampai tak cukup tido bersembang.



Ni aktiviti esoknya.
Menemankan anak-anak main kolam.
Masa ni sedara-mara Singapore ramai yang dah balik sebab takut jem kat checkpoint sana.
Kitorang yang dari Malaysia ni, lepak-lepak dulu. Pukul 12 baru balik rumah masing-masing.

Can't wait another wedding November ni di Singapore.
Kali ni 3 hari stay kat sana, yehuuuuuuuuuuuu!!
Aku tengah berkira-kira nak buat surat pelepasan untuk Redza boleh tak agak-agak. Hmmm.
Dalam kepala masing-masing aku tau dah semua dah terpikir metabak Zam Zam, pastu nak repeat USS, pastu nak pi Zoo Night, Helix Bridge, bla bla bla bla.

Yang penting SGD1=RM3.
Yang ni yang penting sekali. *nangis*


2017-08-18

Susah nak celen ni.


Entry semalam, ada orang tanya pasal zuhud.

"Kak, kalau kita selesa dengan barang-barang yang sederhana sedangkan kita mampu beli lebih dari tu, itu dikira zuhud ke?"

Bukan.
Zuhud ni bukannya bersederhana tapi bila seseorang tu yakin rezeki ada pada Allah lebih daripada apa yang ada di tangannya. Kalau setakat bersederhana tu rasanya bukan zuhud. Tu qanaah.

"Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan dia tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya) - Ibnu Majah (no. 4105)

Aku suka baca perkataan yang aku bold-kan tu.

Pepatah ada cakap "Usaha tangga kejayaan".

Atau "Kalau kita buat, kita dapat. Tak buat, tak dapat".

Pepatah tu betul.
Tapi pepatah tu tak bagitau sejauh mana usaha kita tu berbaloi dengan hasil yang akan kita dapat.
Dapat tu memang dapat tapi sepadan ke tak dengan usaha kita tadi?
And it all goes back to hadis tadi - "...padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya."

Pernah tak korang bersungguh-sungguh buat presentation, planning kemain cun, rehearsel semua bagai, kalau ikutkan dengan kesungguhan dah seharusnya prsentation tu menjadi. Tup tup, hari presentation, projektor and mic tak berfungsi. Dan korang kena terpekik-pekik nak bagi crowd dengar apa yang korang nak sampaikan dalam keadaan satu dewan takde handouts, (projektor pula jem), dan half way of the presentation people started to bersembang sama sendiri. Points yang korang nak present tu semua superb tapi disebabkan ada masalah teknikal maka apa yang dicakap tu tak dapat disampaikan dengan baik. Gone macam tu je.

Pernah jadi macam ni?

Aku tak pernah.
Tapi pernah tengok grup yang berdepan dengan situasi ni. Memang kesian.
Boleh imagine dia punya hampa.
Boleh jadi ada yang sampai tak tido malam nak bagi semua perfect.
Memang kalau ikut slide nampak perfect tapi nak buat macamana kalau Allah tak izinkan.

Hadis tu nak bagitau, macamana kita usaha sekalipun, kita hanya akan dapat apa yang DIA dah tetapkan je.
Kau buatlah strategi apa pun, pergilah masuk seminar bisnes 100 kali setahun pun, kalau DIA kata kau hanya dapat banyak tu, memang banyak tu je lah.
Bukan maksudnya takyah usaha lansung tapi keyakinan itu harus diletakkan pada DIA, bukan pada usaha kita.
Dalam keadaan ni, di mana segala benda kita dah usaha buat, segala teknik kita dah follow, kalau keadaannya masih beku, maka stoplah kejap. Mungkin DIA sengaja tahan sebab kita dah start lupa DIA.

Hadis tu cakap lagi "barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama) maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup.."

Baiknya, kan?
Jadikan akhirat TUJUAN UTAMA, yang the rest leave it to Him.
Allah dah kata urusan rezeki tu DIA handle.
Kau usaha, memang kau dapat.
Tapi banyak mana kau akan dapat hanya DIA yang tentukan.

Eh tapi kita mana nak.
Kita jugak yang nak buat sendiri.
Kita paling pandai.
Kan kita dah blaja semua strategi, buku pun dah banyak baca, of cos kita tau, ye dok?

*PANGGGG! Lempang muka sendiri*

Dalam hadis tu Allah dah JANJI, those yang bersungguh dalam urusan akhirat, nanti DIA handle urusan dunia kita tanpa kita perlu bersusah payah.
Berbeza dengan orang yang terlalu mengejar dunia sampai ambil mudah urusan akhirat, orang tu tetap akan dapat rezeki tapi dengan cara yang susah payah zahir dan batin.
Aku ada terbaca satu quote something like this "Barangsiapa yang mencintai dunia (secara berlebihan) maka hendaklah dia mempersiapkan dirinya untuk menanggung pelbagai musibah".

Pernah tak nampak orang yang hidupnya nampak macam tak kaya macam orang lain.
Tapi semua cukup. Orang ada kereta, dia pun ada kereta,
Orang ada rumah, dia pun ada rumah.
Orang mampu bagi duit raya, dia pun mampu bagi duit raya.
Semua cukup. Mungkin apa yang dia ada tu tak semewah kita, tapi dia dapat semua tu dengan rileks-rileks. Yang kita ni berhempas-pulas nak bagi cukup semua benda. Punnnnnnnnnnn kadang-kadang rasa sesak.

Urusan dunia ni, kita akan dapat sebanyak yang dah ditentukan saja, tak lebih, tak kurang. Walaupun kita kerja keras dari pagi sampai malam, sambung sampai ke pagi lagi dengan korbankan kewajipan beribadah, korbankan hak pasangan, anak-anak, orang tua, etc.

Orang yang cintakan  dunia secara berlebihan takkan terlepas dari otak yang serabut perut, kepayahan yang non-stop dan asik regret manjang.
Sikit-sikit "menyesal tak buat macam ni", "menyesal tak buat yang tu".
Acually bukan menyesal sebab apa yang dia buat tu salah. Apa yang dia buat tu betul dah cuma dia menyesal sebab apa yang dia buat tu tak bagi hasil yang banyak macam dia harapkan a.k.a tak bersyukur.

That's why bila kadang-kadang aku baca buku-buku motivasi kekayaan ni aku jadi celaru otak dengan apa yang aku baca dalam buku agama. Macam tak tally je.
Contohnya macam ayat "Bekerjalah kamu seperti kamu hidup selama-lamanya, beribadatlah seperti kamu akan mati esok hari".
Bertahun-tahun aku ingat ayat ni suruh kita berkerja macam nak mati.
Rupanya salah.
Bila aku join ceramah-ceramah and baca buku agama baru aku tau ayat tu bermaksud "Kalau kerja tak abis hari ni, boleh sambung esok (sebab "hidup selamanya") tapi ibadat kena buat mati-matian (sebab "esok mati").

Semalam aku layan video Dr Zaker Naik kat Jepun.
Dia bagi talk kat sana and macam biasa, ramai yang revert ke Islam.
Tengok dorang yang mualaf ni buatkan aku rasa gila ramainya competitor aku kat akhirat esok.
Jauh lebih ramai dari bisnes competitor!
Tapi yang sikit tu la yang kita risaukan sedangkan kita ada competitor yang lebih ramai lagi kat akhirat esok. Dan mereka ni semua semakin berlumba mencari akhirat, yang aku..???

Kalau korang tengok video-video orang Islam di negara-negara luar especially di tempat yang majoritinya non-Muslim di mana orang Muslimnya lebih qanaah, aku terasa list queue aku nak masuk syurga makin lama makin panjang dan aku makin lama makin terkebelakang. Macam tak boleh nek celen dorang ni. Dia punya qanaah, dia punya istiqomah, dia punya tawadhu' kalau letak sebelah aku memang aku punya 1/9 dari sebutir debu kot. Buatkan aku terfikir, antara aku ngan dorang ni semua siapa yang akan masuk syurga dulu?
Siapa yang akan masuk tanpa dihisab?
Sape yang akan lalui hisab yang berat?
Sape yang akan kena bakor dulu baru masuk syurga?

Kalaulah itu satu soalan objektif, mesti aku ambik masa yang panjang nak pilih jawapan. Nak guna dadu pun takut.

2017-08-17

Dilema anak sulung


Nah baca ni dulu :





Sebenarnya email budak ni panjang lagi tau, tapi aku tak sampai hati nak bagi korang baca panjang-panjang. Hahaha. Yang selebihnya tu takde apa sangat, lebih kepada luahan hati saja. Intipati cerita ada kat email yang aku attach kat atas.

Dilema anak sulung perempuan.

Macam aku je ni..? Hahaha.
Sebab aku pun anak sulung perempuan jugak.

Aku pun ada hasrat yang sama macam budak ni.
Itu rasanya hasrat yang normal untuk mana-mana anak, tak kira anak sulung atau anak bongsu.
Cuma selalunya anak sulung ni macam anak harapan.
Orang tua-tua kata, kalau anak sulung 'menjadi', insyallah anak-anak yang lain menjadi jugak. Katanya lah.

Aku pun ada impian macam tu.
Masa mula-mula kerja memang kalau boleh semua benda aku nak bagi.
Aku nak bagi mak bapak aku duit bulan, walaupun dorang tak pernah mintak. Masa tu pun dorang masih kerja lagi so money s not a problem. Bak kata Mak Aji, kau kalau dah kerja, tak bagi mama duit takpe, tapi jangan nak menyusahkan mak bapak lagi. Haaa gitu setepek dia bagi.

Tapi masa aku mula kerja dengan gaji kasar RM1400, aku tak dapat nak hulur pun kat mak bapak aku. Sebab aku ada tempoh setahun je nak kawen. Duit tu la nak guna untuk pi keje hari-hari, duit tu la nak buat makan kat keje, duit la tu jugak nak beli barang-barang nak kawen. Cuma, aku bagi RM50 tetiap bulan kat Ibal. Masa tu Ibal skolah menengah, aku bagi dia allowance. Sebab aku pernah rasa pi tusyen petang takde duit tambahan. Apa yang mak aku bagi waktu pagi, itulah jugak aku guna untuk tusyen. Kalau ada duit, ada. Kalau takde, melopong. Mak aku dulu memang bagi duit tambang bas pi tusyen je. Kalau member ajak lepak kat mana-mana sementara tunggu waktu tusyen, memang aku serba-salah sebab aku memang takde duit untuk minum, apetah lagi untuk makan. Jadi, sebab aku faham situasi tu, aku bagi allowance kat Ibal. RM50 jadilah. Ima takyah, Ima masa ni kat asrama.

Aku tak sure if  'penyakit' reader ni sama macam 'penyakit' aku ke tak.
Aku punya 'penyakit' ni bukan setakat nak tolong mak bapak, tapi suami and orang lain jugak.
Mula-mula aku pun macam reader ni jugak, rasa tertekan bila duit tak cukup sebab aku nak buat banyak benda.
Aku nak bagi kat mak bapak.
Aku nak belanja dorang makan.
Aku nak belikan dorang baju raya.
Aku nak bagi duit raya yang banyak.
Aku nak support kenduri raya.
Aku nak belanja adik-adik aku.
Aku nak bagi duit kat nenek.
Aku nak bagi duit kat orang kampung mak aji and pak aji.
SEMUA benda aku nak buat.

Nasihat aku, jangan tertekan atau merasa tertekan.
Semua benda yang kita nak buat ni, takde orang paksa pun.
Tapi kita yang nak buat.
Jadi kenapa mesti harapkan bantuan orang lain?

Kita tak boleh nak paksa orang berubah untuk merealisasikan impian kita.
Dia taknak buat, kita takde hak nak rasa tertekan.
Kita boleh nasihat atau tegur mana yang kita rasa perlu tegur.
Takkan kita nak paksa adik-beradik tong-tong jugak duit untuk renovate rumah mak bapak dah kalau memang dia tak mampu?
Rezeki kita tak sama. Kalau kita ada lebih, kita buat, apa salahnya.

Sometimes, kita rasa tertekan sebab kita punya expectation tinggi sangat.
Kalau boleh nak yang best terus.
Alasan, mak bapak dah tua takut nanti tak sempat merasa.
Entah-entah kita yang mati dulu, sape tau kan?

Aku and adik-adik aku kalau nak buat something untuk mak bapak, memang kitorang bincang.
Sometimes ada yang tak dapat contribute. Takpe. Takde hal.
Tak berbaloi la nak bergaduh adik-beradik hanya untuk penuhi impian kita.
Impian kita grand pulak tu.
Kita kena ada timbang-rasa jugak.
Tak kisah lah adik kita tu taknak contribute atau tak boleh contribute dari segi kewangan, kalau kita nak buat, kita yang kena sediakan lebih. Sebab yang nak buat tu kita.

Sometimes, kita nak ubah orang bukan dengan cara paksaan atau pujukan tapi dengan cara perbuatan
Kalau nak belanja mak bapak makan, belanja saja.
Kalau nak belikan mak bapak hadiah, belikan je.
Tak payah tong-tong pun takpe.
Cuma lebih manis bagitau adik-adik "Bulan ni nak belikan mak hadiah besday, korang nak chip in tak?".
Kalau dorang taknak, takpe. Kita buat.
Manusia ni ada rasa malu tau.
Lambat laun, adik-adik akan terasa nak buat benda yang sama juga.
Mungkin kesedaran tu lambat sampai, tapi tak bermakna dorang takde ikhtiar untuk ubah nasib.
Ada jenis orang yang kesedaran tu datang dari tauladan.
Bila dia nampak orang lain buat, lama-lama dia pun nak buat jugak.

Sebab tu aku always cakap, sebenarnya kita ni tertekan bukan sebab orang lain tapi sebab diri sendiri.
Kita yang letakkan macam-macam syarat untuk diri sedangkan kita tak mampu pikul.
Buat satu-satu. One at a time.
Jangan nak pikul semua benda last-last satu pun tak jadi, yang dapatnya stress.

Mak bapak sebenarnya tak harap pun duit kita.
Tapi dia berbangga bila ada anak-anak dia hulur especially kalau anak tu anak sulung.
Dulu aku pun tak nampak benda ni, tapi bila aku ada anak, baru aku tau kenapa.
Anak sulung ni macam orang harapan tau.
Mak bapak terasa 'lega' kalau anak sulung boleh diharap.
Mak bapak ni, walaupun anak-anak yang lain dah berbulu atas bawah, dia tetap rasa anak-anak dia masih perlukan banyak perhatian.
Jadi kalau anak sulung tu boleh diharap, dia rasa 'lega' kalau mati esok, tak risau sebab ada anak sulung yang boleh take care anak-anak dia yang lain.

Even Mak Aji, kalau bulan puasa nak balik kampung dia akan call aku "Mama nak balik kampung ni. Kau ada nak kirim apa-apa kat orang kampung?"

Aku yakin sangat mak aku hanya tanya aku sorang je.
Bukan sebab dia rasa aku mampu tapi sebab kita anak sulung.
Mesti anak-anak sulung yang lain ada pengalaman macam ni jugak.

Mak mertua aku pun macam tu.
Apa-apa hal, dia akan call Kak Long aku dulu. Padahal dia tinggal serumah ngan anak bongsu dia ni. Tapi apa-apa benda nak buat, kitorang akan dapat tau dari Kak Long.
Kalau korang nak tau, mak mertua aku nak beli berus gigi, shampoo, sabun, dia bagitau Kak Long tau.
Padahal anak dia ada kat rumah ni, selang 3 hari pi Giant. Tapi sikit dia tak bagitau apa dia nak.
En Wan kadang-kadang stress "Apesal mak tak cakap nak apa, adik boleh beli".
Asal aku tanya mak sabun ada lagi? Ubat gigi ada lagi? Semua dia kata "Ada lagi. Banyak".
Banyak pulak tu dia jawab! Padahal takde.
Tapi Kak Long memang bagitau aku "Diana toksah kecik ati tau. Mak memang gitu".
So aku assume, ini memang perangai mak-mak dengan anak sulung masing-masing.

Jadi, jangan lah rasa diri terbeban bila mak asik harapkan kita je.
Jangan rasa kecik ati kalau nampak macam balik-balik kita je yang kena hulur lebih.
Rezeki kita semua tak sama.
Kalau ditakdirkan rezeki kita ada lebih, kita bagi lebih.
Kalau sikit bagi sikit.

Dulu aku pernah terfikir gak, apesal aku ni asal ada duit je mesti aku belanja mak bapak aku makan, belikan barang, belikan hadiah untuk En Wan, belanja mak mertua tiket kapal terbang balik Tganu - macam duit tu tak lekat kat aku.
Tapi sebenarnya aku rasa lega bila duit tu semua 'berjaya' sampai pada orang yang aku nak bagi.
Dan aku berpuas hati walau beraya dengan baju raya lama with kasut pengawas.
Bila aku pikir-pikir balik, maybe rezeki aku cuma 'pegangkan' duit orang.

Baru-baru ni aku bertambah faham.
Apa benda yang aku belikan untuk En Wan be it perfume, baju, kasut, jam - semua bertahan.
Tapi benda yang sama aku belikan untuk diri aku, tak bertahan lama.

Contoh, sebelum pi umrah tahun 2015, aku beli baju banyak gila kat Dorothy Perkins, sampai tag pun belum bukak. Alih-alih balik dari umrah tu, aku pakai jubah hitam terus. Baju tu tak bersentuh, ada yang aku dah bagi kat anak-anak sedara En Wan.
6 bulan lepas aku shopping lagi 7-8 helai baju kat Dorothy. Ingat nak pakai la kan. Last-last aku pakai sekali dua pastu aku peram dalam almari. Dah macam mood tak sampai je bila pakai baju-baju tu. Now, kalau aku tak solat baru aku pakai, kalau boleh solat, aku pakai jubah je lah. Ape adehalll.

Kasut.
Aku bukan takde kasut Chanel, Ferragamo - ada.
Tapi tak tau apesal, kaki ni selesa nau ngan kasut pengawas yang RM49 tu.
Baru-baru ni kasut-kasut tu semua aku bagi kat anak sedara En Wan.

Perfume.
Yang ni dah berapa kali ntah aku beli aku jual aku beli aku jual.
Memang agaknya rezeki aku cuma beli je, tapi takde rezeki pakai.

Jam.
Aku belikan En Wan Tissot 2 tahun lepas - kekal pakai sampai sekarang.
Aku beli jam Swarovski untuk diri sendiri, tak sampai 6 bulan - hilang. Lupa mana aku letak.

So aku anggap, aku ni cuma rezeki pegang duit je.
Dan beli yang murah-murah je untuk diri sendiri.
Duit yang aku ada ni sebenarnya orang punya agaknya.

Tapi takpelah.
Lama-lama aku seronok and tenang.
Kadang-kadang kita terasa apesal balik-balik kita je kena hulur?
Tapi sebenarnya memang yang kita hulur tu hak orang.
Allah pilih kita sebagai pemegang amanah saja.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ada reader request aku buat demo makeup remover guna FB live.
Insyallah, kalau aku betul-betul free nanti aku cuba buat Live FB demo.
Sekarang takleh sebab memang ada benda nak kena buat.
Tapi pagi tadi aku sempat buat video sikit.

Memandangkan cuaca mendung, aku takleh guna bilik air aku sebab bilik air aku ada partition. Sink memang terlindung sikit dari cahaya luar, tak berapa cantik sangat video kalau guna bilik air aku. So aku guna bilik air Redza la apa lagi. Bilik Redza ni memang cun betul pencahayaan dia. Video ni duration dia 2.58 minit saja. Aku set time 1 minit untuk demo cuci muka. Jangan terperanjat tengok muka keliwon. Memang sengaja mekap macam tu. Kalau mekap lite-lite nanti tak nampak pulak dia punya magic.



Ada 2 hari je lagi untuk korang beli Makeup Remover ni dengan harga Birthday Sale.
Camna cara nak beli?
Refresh page ni and isi form kat pop-up window. Nanti kitorang reply.


2017-08-16

Class


Semalam aku terbaca artikel tentang an Indian lady (somebody, bukan calang-calang punya orang) yang dipandang rendah oleh mat saleh hanya kerana dia nampak macam tak layak untuk berada di ruangan menunggu bisnes class travellers. Indian lady tu pakai sari je time tu. Last-last tercengang bila one of the stewardess greet that Indian lady "Hi, we meet again". Omputih tu tak tau that lady tu frequent traveller pakai bisnes class. Kahkahkah. Kesian.

Rupanya dari zaman Victoria lagi orang kaitkan "having class" dengan penampilan and kekayaan, tak sudah-sudah sampailah sekarang.
No wonder la sampai sekarang, benda-benda ni jugak la yang dijaja sana sini.
Sebab pemikiran manusia masih lagi anggap "class" tu adalah bila ada banyak duit, ada banyak barang berjenama, pakai kereta jenis apa, pergi travel ke mana, bla bla bla.
Jadi, kalau nak salahkan si polan kenapa dia asik tayang barang-barang mewah kat media sosial, tak boleh nak salahkan dia 100%. Sebab dia tau, manusia masih kuat memegang prinsip kalau kau kaya, "class" kau tinggi sikit. Ia dah macam satu jalan pintas untuk earn respect dari sekeliling.
Kalau kau tak blaja tinggi pun takpe, asalkan kau kaya, kau akan lebih disegani - something like that.

But, kalau betul "class" ada kaitan dengan kekayaan and kemewahan, apesal Paris Hilton tu nampak low class? (guna omputih la, guna orang malaysia senang dapat kecaman).
While Lady Di yang also kaya tapi lebih nampak ada "class".

The answer is easy.
Sebab perangai Lady Di ni parallel dengan majoriti manusia yang dianggap boleh terima secara sosial. Perangai Lady Di ni dianggap ada kualiti oleh kebanyakan orang. While Paris Hilton, walaupun kaya, tapi dia femes dengan suka berparti-parti, dengan sex tape lah apa lah, kes bantai orang lagi. Kat sini dah boleh nampak, "class" tak ditentukan oleh duit semata-mata, melainkan dengan kombinasi karakter seseorang.

Helen Mirren and Julie Andrews adalah antara orang yang kaya dan ada "class".
Pierce Brosnan pun ada "class". How masa isteri dia sakit cancer dia bercuti dari berlakon semata-mata nak jaga wife dia. Takde pun berhuhahuha dengan GRO.
Kalau versi Malaysia, Edika Yusof ada "class".

Macam cerita Indian lady tadi.
Hanya kerana dia nampak macam 'very traditional' so orang anggap dia salah masuk group. Kesian.
Kesian kat omputih tu. Mesti malu gila dia kat atas flight tu. Nak pulak kalau dapat seat sebelah ngan that lady. Sure letih kena buat-buat tido sampai ke sudah. Mbhahaha.

Kat Malaysia ni pun ramai macam ni.
Kalau masuk car showroom.
Kalau masuk designer boutique.
Kalau nak beli rumah.
Tempat-tempat ni paling senang nak dapat layanan macam sampah kalau kau tak nampak macam orang ada ada-ada.
Aku dah penah rasa dah semua ni.
On the way balik dari pasar tani singgah jap pi tengok showhouse.
Pegi pasar kot, of cos lah aku laki bini pakai selipar je.
Masa tu free hair lagi, pegi pasar pakai seluar 3 quarter lusuh.
Masuk showroom takde orang layan.
Takpelah, kita go tengok-tengok je dulu.
Alih-alih terbekenan pulak dengan rumah tu (rumah sekarang).
Tanya kat sales tu berapa deposit.

Sales : Rumah type apa?

En Wan : Yang ni *tunjuk*

Sales : Oh yang ni. Ok kalau type F harga dia ****, kalau type S harga dia *****.

En Wan : Saya nak yang ni. *tunjuk type lain*

Sales : Wah, ini ka? Ini end lot tau.


Aku kat tepi macam.....kau dah kenapa nak cakap macam tu?
Biar la end lot ke, start lot ke, front lot, back lot, dah customer tanya, kau jawab lah.
Tak kisah lah customer tu layak ke tak, kan dia bertanya, tak boleh ke kau jawab je.
Instead kau nak menakut-nakutkan customer rumah tu harganya mungkin tak mampu dibeli.
Tak mampu belakang cerita, yang penting soalan tu jawab dulu. Simple.
Kalau tak mampu, duit kau tak keluar. Tapi kalau dia mampu beli, kau dapat komisyen, kan?

Tak pasal laki aku geram, terus dia balik ambik cash untuk booking.
Petang tu jugak apply loan.

Aku pun orang sales jugak.
Sebagai seorang sales, penampilan kau yang memainkan peranan, bukan penampilan customer.
Sebab yang nak menjual adalah kau, jadi penampilan kau penting supaya customer konfiden dan seronok nak dekat.
Ini tak, kau pulak yang judge customer melalui penampilan. Agak-agak nampak macam tak mampu, malas layan.
Hoi, yang takde duit tu kau, bukan dia ok?

Sometimes sedih jugak dengan mentaliti sesetengah masyarakat.
Dari penampilan pun dia boleh judge macam-macam.
Sebab tu lah senang kena tipu.
Asal orang tu pakai glemer sikit - kaya. Terus layan macam VIP. Segan-segan nak tegur bila orang tu buat salah. Yang pakai alar kadar (bukan selekeh) always dapat second class treatment.

Disebabkan penampilan selalu sangat dikaitakan dengan "class", tu yang orang macam si Coco tu muncul. Sebab memang ada orang yang menilai "class" through someone's accent.
Cakap omputih sleng Jawa, kampung katanya.
Cakap omputih sleng Kelantan, pekat budu katanya.
Last-last satu Malaysia kena troll dengan Coco. Nak sangat accent, hambik. Kahkahkah.

Your PERSONALITY defines your class. Takde kena mengena lansung dengan berapa banyak harta kau ada, berapa banyak kasut jenama kau ada, berapa banyak kereta mewah kau ada.
Material tu semua hanya tunjuk berapa banyak duit kau ada, bukan "class".
Kalau kau banyak duit tapi cara dapatkan duit tu pun salah, maka kau adalah sejenis rich jerk. Bukan rich with class.
Duit adalah alat untuk kita beli sesuatu. "Class" tak boleh beli dengan duit. Classroom boleh beli.

.
.
.
.
.
.


Yang tanya shawl Fleur takde sale ke sempena birthday.
Ok yang ni memang aku lupa nak buat.
Since dah ada yang tanya, silakan KLIK SINI.
Bukak link tu dulu, check mana satu korang nak, ada harga sekali kat situ.
Kalau beli 3 helai ada further diskaun lagi. Ajak member-member join beli sekali so that boleh dapat harga lagi special.
Kat page tu ada link terus ke whatsapp admin Fleur (kalau nak guna whatsapp lah).