2009-07-30

Training DONE!



Training selesaiii!!!!!

Aku dah sampai rumah ni, sila jeles.

Aku lah orang yang paling berdada lapang hari ini.
Tak leh nak ungkapkan betapa leganya aku training 3 hari dah settle, the feeling tu macam baru lepas ambik paper Add Maths okkkk.
Fuhhhhh!!!

Boleh la melayan DVD yang beli sejak 2 minggu lepas tak sempat-sempat nak tengok.

Semalam, aku lunch kat this middle east restaurant kat Bukit Jalil.
Biasa la kan, kalau dah nama makanan pak arab ni dia punya portion macam nak bagi makan 3 hari. Konfem la tak abis walaupun pagi tu aku tak breakfast. Sudu dah la gedabak, macam nak rabak mulut aku menganga. Tapi aku lupa la nama kedaai, apa ntah ada Al-Al kat depan. Al-Diafah ke, Al-Daibah ke camtu la, pandai-pandai la google.


Macam muzium kesenian Islam kan? Tinggal takde pedang ngan the mummy returns je lagi.


Collegue aku ambik salad as starter. Nama aku nak makan sayur mentah ni jangan harapla.


Macam biasa..air mesti apple juice.


Collegue aku mintak teh arab letak mint. Punnnn aku belasah jugakkkk. Saper suruh offer kan.


Ni aku punya. Mendy Rice with BBQ Chicken. Jangan terpedaya okkk dengan gamba ni. Nampak je kecik padahal gila bapak punya besar ayam dia.


Tak caya ko tengok fries collegue aku, dah macam jari big foot dah aku tengok.



En Wan sedang melalui satu fasa penting dalam hidup dia iaitu EXAM.
Nak gelak depan dia time tengah study kang makan penampar lak aku.
So aku gelak je la kat sini.

Huahhuahhuahuahuahuah.

Kesian okk aku tengok dia mentelaah buku-buku kimia dia.
Aku nak tolong pun, al-maklum la aku pun bangang.
Jadik aku leh tolong teman dia je sambil-sambil bersedia jika dipanggil sekiranya khidmat untuk menghilang stress diperlukan.


Membaca buku bertajuk SILICONE.

Apa yang ada kat aku ni tak cukup besar lagi ke bangg???

Macam baju ketua pengawas skolah rendah aku je..



Takleh cerita banyak-banyak skang, kena tunggu dia balik tengok apa cerita.
Tadi dia call cakap "Wish me luck".

Berapa kali nak wish la??
Yang pagi-pagi tadi aku cakap "Buat betul-betul tau, baca ayat Qursi and penerang hati. Good luck" depan-depan muka dia, apa ingat aku tengah baca sajak??

Tapi aku layankan je la, orang tengah gelabah nak exam kan.

Sebelum letak phone dia pesan

"Kalau abang balik nanti muka masam, Di jangan bising-bising ok?"

"Ok."

"Kalau abang balik senyum-senyum, get ready tau"

"Makan luar ke..??" (suara gila happy)

"Tak...get ready untuk di-spank malam nanti..hahah"



Ada potensi aku dirogol malam ni tak agak-agak.???





Oh, abaikan soalan itu, aku pose hari ni, perut lapar, tu pasal kepala wengg.

2009-07-29

Random



1. Tadi aku pakai baju kurung pi training. Rambut ikat ponytail. Disebabkan kena ngangkut training notes yang berkilo tu, aku pakai slipper dulu sebab kena ulang-alik ke carpark dua kali. Training notes tu aku masukkan dalam paper bag. So aku bawak 3 paperbag sekali trip.

Masuk trip kedua, pakcik cleaner kat ground floor tu tegur "Selamat pagi, nak saya tolong ke?"

"Takpe pakcik, larat lagi ni"

"Dah mula jual kuih raya ye skang ni.."



Apa kau ingat dalam beg plastik ni sample batang buruk?



2. Ada orang bagitau, aku adelah celebriti blogger which kurang tepat gelaran itu. Sekali lagi aku tekankan di sini bahawa aku bukan celebirit (whatever ejaan dia pun) blogger tetapi aku adelah PORN STAR sebab aku kan rajin tayang cleavage (lah katakannnnn).


3. En Wan dengan beraninya mengungkapkan kata-kata :

En Wan : Jari bergerak-gerak pun nak tulis kat blog. Lemak perut tu bergegar-gegar taknak tulis pulak.

Aku : Sebab lemak yang bergegar ni la buat abang nyenyak tido malam tau. Dok peluk lemak ni tak lepas-lepas.

En Wan : Eh, ye ke? Abang ingatkan abang pegang tetek awak.



Cipetlah.
Perut aku besar sangat ke???

Aku tak tau nak gelak ke nak nangis.

Ye, gelaklah kalau rasa nak gelak.






2009-07-28

Kenapa la kau sangat berterus terang, Boleh tak tunggu aku mati dulu??



Hari ni (27 July), aku memerap kat ofis sepanjang hari sampai kul 7pm sambil dok bersila atas karpet dok me-readykan handout untuk training today sampai Khamis kat *M*.

Akibatnya, aku sakit belakang and now aku rasa macam tulang belakang aku senget sebab bahu kiri aku macam terjongkit ke atas. Keje lebih masa sket je dah cacat.

And now aku tengah pikir macamana gayanya aku nak mengangkut folder yang each adelah seberat 1kg, sebanyak 25pcs, nak hayak dari parking lot ke main building yang jalan kaki pun seploh minit??

Seploh minit jalan kaki dengan bawak beban 25 kilo adelah penderitaan okkkkk. Dengan konfem aku akan pakai high heel siap bawak handbag. Jangan la patah heel aku. Mana ngan bawak handbag, mana nak mengangkut bendalah berkilo-kilo ni, mana nak mengusung tetek aku yang oh, ok tukar topik.

Sebenarnya aku sangat-sangat penat, badan dah rasa lemau gila sebab dari last week kepala otak aku sangat stress pikir pasal training yang aku akan conduct 3 hari ni. Sepatutnya aku dah kena tido tapi bila baring, rasa tulang invertebrata aku ni macam tegang semacam je, dah cam kejang pulak atas katil. Sumpah sakit gila!!
Tapi kalau En Wan ajak beromen, aku ok jeeeeeeee.

Adehh, memang sakit la.
Sangat-sangat sakit.

Eh, aku baru sedar sejak semalam kan jari kaki aku sebelah ibu jari kaki kiri kadang-kadang bergerak-gerak.

Dalam kepala aku ingat dua benda je.

Satu, aku nak kena parkinson.
SELISIH!!!

Second, aku nak mati.
Sebab lagi 100 hari nak mati ada certain anggota badan kita gerak-gerak kan?

Hmmmmmmm.


Aku : Abang, Di rasa Di nak mati la. Jari kaki Di sometimes berdenyut-denyut.

En Wan : Ape kaitan berdenyut ngan nak mati pulak? (sambil baca paper)

Aku : Ye la, memula dia denyut kat bawah dulu, pastu naik, naik naik sampai tekak.

En Wan : Orang kalau nak mati, dia tak tau dia nak mati la.

Aku : Ehhhh, kalau orang tu beriman, dia boleh tau dia nak mati okkkkkkkkk

En Wan : Hmm..kalau camtu, dah boleh la abang start-start ni.

Aku : Start apa?

En Wan : Start la usha-usha sesaper....


Aku ni cuba taknak menderhaka okkkkk.
Aku cuba dah ni.

Ya Allah, jauhilah aku dari menjadi pembunuh!!

2009-07-27

Nasik daun pisang



Semalam tak sihat sebenarnya tapi aku berjaga sampai kul 3 pagi. Entah apa aku buat pun aku tak tau.

Today, still tak sihat sangat, by tengahari aku dah start migrain.
Telan sebijik ubat migrain dan aku sudah boleh melayan cerita Tamil.

Hari ni tak banyak sangat aktiviti aku ngan En Wan.
Nak beli barang dah takde benda dah nak dibeli, so skang tunggu barang sampai je.

Hari ni aku bangun pagi, En Wan dah takde kat sebelah.
Tak penah-penah hari cuti dia bangun lagi awal dari aku.
Rupa-rupanya dia dah pi siram pokok kat rumah baru.
Memang la orang tua ni, semangat tek bertempat padahal malam tadi hujan, nak jugakkkk siram.
Siap boleh terus gi breakfast kat mamak sorang-sorang tu.
Ehh, ini sudah lain macammmmmmmm.
Tapi takpe, kita kena yakin dengan ilmu nasik kangkang kita.

Rumah aku still belum ada rupa rumah orang.


Lampu belum pasang


Porch belum siap


Dinding lom cat sepenuhnya, begitu juga kolam ikan and wakaf lom siap. Anjung nak tutup kolam ikan je yang dah separuh siap.


Wrought iron pagar lom sampai. Lampu pagar pun yilekkkk.


Taman masih dalam posisi padang jarak padang tekukur


Memang aku sangat-sangat tak yakin boleh masuk before puasa.
Ni En Wan la ni.
Kejap-kejap kang dia suruh orang tu pecah sana pulak, pastu kang dia balik rumah belek-belek Home ID, esok kang dia suruh orang tu pecah sini pulak.
Camne nak siap?
Padahal plan asal just nak extend dapur je.
Sudahnya satu rumah dia pecahkan.
Tinggal keta dia je yang aku lom pecahkan lagi.


Lepas penat menemankan En Wan siram pokok, dia ajak aku pi lunch.
Macam biasa, taraf-taraf aku ni layak kat mamak je. Tapi hari ni mamak lain lak.
Kat Puchong.

Layan nasik daun pisang.

Memula tu masa dia ajak makan nasik daun pisang aku macam 'La, bukan pagi tadi makan nasik lemak pun atas daun pisang ke?'

Tapi series yang ni memang lain gila.
Betul-betul nasik ko atas daun pisang takde alas pinggan punya.

Pastu takyah order apa-apa.
Ko duduk kat situ dia terus bentang daun, time tu jugak dia letak nasik.
Pastu from time to time pekerja dia akan lalu kat sebelah kau bawak ikan goreng la, kari, ayam rempah, sotong rempah, bla bla bla. So kalau ko nak ko tahan la diorang.
Semua lauk panas-panas.

Cuma tempat dia memang takde la kaw mana pun, standard restoran mamak.


Memula kitorang tahan orang sayur.


Pastu orang nasik..then aku tahan orang bergedil. Tapi begedil dia terlebih jintan, tak sedap.


Pastu tahan orang ayam, orang papadom, dan orang kari. Masa ni orang sotong lom sampai.


Nak kata sedap sangat tu tak la.
Tapi elok la kalau makanan tu tak sedap, ada alasan untuk makan sikit.
Kerana perut aku macam dah membusung balik.
Sebab last week aku melantak nachos, pizza, macaroni and cheese.......cuba kira berapa lemak tersimpan aku??????

2009-07-26

To my backbone...Thank you.

Pewittttttttttttttttttt!!

Yes, aku tetap akan blogging setelah berhari-hari di-torture oleh malaun-malaun yang asal aku on YM je dah takde topik lain nak tanya "Asal tutup blog??", "Bukak balik blog", "Update blog".

Memula memang aku malas dah nak blogging balik ni.
Bukan sebab sentap. Dont worry aku takkan sentap punya takat orang komen-komen ni.
Sukati la ko nak komen apa, bukan aku kenal ko pun.
Yang bagi nasihat-nasihat berguna tu thank you, tu je aku boleh reply.

Yang bagi komen macam lancau, aku tak tau nak bagi apa komen yang selayaknya untuk kau, cuma aku faham situasi kau yang tertekan dengan ketidaksempurnaan diri. Tapi kalau dah tau diri tu tak sempurna but masih lagi tak berganjak dari ketaksempurnaan itu dengan mengacau kebahagiaan orang, aku rasa sampai mati pun cop LOSER tu ada kat dahi kau. Tapi kalau kau rasa dengan memaki orang kat blog sudah cukup bahagia, well, aku rasa aku dapat memahami betapa kau sangat kecewa dengan kehidupan kau sebab cara kau mencari 'kebahagiaan' pun sangat la cheap, takat belasah orang kat blog guna anonymous?? Erghh, plissss.
Tapi takpe, teruskan. Good luck..:)

Cuma takyah la hantar komen, ko boleh email je aku terus sebab komen ko takkan dipublish dah sebab kalau aku publish konfem ada tukang maki ko balik. Jadi untuk mengelakkan blog aku ni jadik medan perang, from now on sebarang komen yang menjurus ke arah low IQ, aku takkan publish.

Cuma aku nak bagitau la, kalau takat nak bagi komen like "ada aku kesah ko nak tutup blog?" baik takyah la. Sebab dengan cara ko komen tu pun sebenarnya aku tau ko sangat kesahhhh aku tutup blog sebab tu ko masukkkkkk gak blog aku nak tengok aku camne kan? Tima kasih la kerana mengagumi aku dari kejauhan. Aku sangat terharu.

Disebabkan aku tau ko sangat ingin mengetahui perkembangan life aku, jadik aku takkan block blog ni, dan juga takkan delete. Ko baca la puas-puas dan jangan berhenti mengagumi aku, aku berdoa semoga satu hari nanti ko akan menjadi sehebat aku.

Muahahahahhaha.

Adehhh, aku pulak yang macam nak kena stroke baca ayat sendiri.

Thanks to those yang memberi semangat untuk berblogging.
Actually aku memang lom terfikir nak berhenti pun.
Aku block blog tu sebab aku yakin, manusia yang konon taknak baca blog aku konfem akan tinggalkan komen bila aku bukak balik blog aku. It happened before and ia terjadik lagi tadi.

Pandai la anon-anon ni buat kelakar.
Kelakar yang menjadik lak tu.
Dah la aku sakit perut ni, ada yang gelak sampai terkencet ni kang.

Cukup-cukup la tu dengki ngan orang.
Yang aku tak paham tu sangat la persistent berdengki ngan aku.
Ntah apa yang aku buat sampai dia tak puas hati sangat ntah.
Tapi bak kata En Wan, biarkan je la. Ada sesetengah manusia dapat kegembiraan dengan cara menyakiti orang lain dan dia hanya akan berhenti menyakiti orang bila dia dah dapat apa yang dia nak.

Kalau betul itu satu-satu caranya ko nak bergembira, takpela, aku halalkan.
Elok jugak ko hantar komen-komen macam tu kat aku, setidak-tidaknya aku tau yang ko masih lagi belum achieve apa yang ko impikan, so that aku akan lebih insaf dengan kekurangan orang lain dan bersyukur dengan apa yang aku dah ada.

Ehh, stroke lagi.

Walauwehhh, aku ngantuk sebenarnya ni.
Tapi tengah syok melayan Ustaz Aagim (Ustaz Betterrr Bettterrrr..haha).
Memang jatuh chenta aku ngan Ustaz ni.
Kelakar lak tu.
Oh ok, taknak start cerita pasal ustaz, ustazah, ceramah agama, bla bla bla, kang tak pasal ada orang bukak cerita hukum hudud lak kat sini.

Petang tadi bergotong-royong melihat orang landscape datang tanam pokok. Letih sialllll. Baru tolong tengok, lom tolong tanam lagi. Kalau aku angkat pokok, konfem pokok tu elok je atas tanah, aku yang dalam tanah.

Eh serius, mata takleh bukak.

Nite.

2009-07-22

Thank you readers

Anonymous has left a new comment on your post "Camwhore":

- "sbg isteri akak wajib jaga air muka suami, akak cuba bygkan kalau ada lelaki yg ghairah melihat gmbr akak tu? adakah encik wan xkisah?"

- "tgjwb juga sbg seorang islam saling tegur menegur. pd sy, kalau cantik..xperlu dedah2 pon org akan tgk kita cantik :) xperlulah tarik perhatian dgn menggunakan apa yg tak sepatutnya."

- "harap kak D tak ambil ht, klo ambil ht sy mohon maaf bnyk2"

Astaghfirullahal azim...mengucap panjang dengan post ni..juga komen2 dari ummat ISLAM yang lain, tak agak2..lainlah kalau yang komen tu KAPIR, marah bila orang tegur pasal MARUAH seorang WANITA & ISTERI. pertahankan yang batil demi nak bagitau pembaca lain yang dia ni fan U..sokong U..nanti follower ramai..

Diana, U ambik hati jugak ke? tak salah menegur kan? mebi U akan cakap, 'ikut suka aku la..ini blog aku! hak aku'..So why U persendakan teguran MUSLIM bernama Leyna itu? kita kan sesama Islam. kalau ianya salah, tanggungjawab kita untuk menegur..Orang Melayu (and ISLAM) selalu kata: 'Kubur sendiri sendiri..sukahati aku laa..laki aku pun tak tegur, ko pedulik hapa???'

YES, memang sukahati kau..bila sampai waktunya, laki kau takleh nak tolong dah..tukang komen pun takleh nak tolong dah..memang aku pedulik sebab ko ISLAM..saudara seISLAM dah tegur tapi kau PERSENDAKAN balik.. > Senang kan cakap macam tu???

Memang this is ur blog but everybodi read it..see it..see your aurat..see the comment from other MUSLIM! so itu tanggungjawab siapa untuk menegur?

sorry, i rather become an anon. Saya mahu selamatkan MARUAH SAUDARA SEISLAM SAYA YANG LAIN..demi agama mereka juga..demi tudung yang mereka pakai..DEMI MARUAH ISLAM! kalau hentam juga, istighfar dan mengucap balik..

pada insan yang bernama leyna, terima kasih di atas teguran itu..teguran tersebut beserta post ini menunjukkan sejauh mana kita dalam agama Islam ini..YAHUDI dan NASRANI pasti berpesta bila ummat ISLAM sebegini..again, terima kasih leyna..

to tuan empunya blog, kalau U nak buat entry khas untuk menghentam mengenai TUNTUTAN ISLAM terhadap perkara ini, silakan...kita tengok pendapat ummat ISLAM yang lain..saya tekankan, UMMAT ISLAM.

Terima kasih. semoga Allah membuka pintu hati anda.

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.




Boleh tolong sesaper bagitau aku TANG MANA AKU PERSENDAKAN KOMEN LEYNA TU?? TANG MANA AKU PERSENDAKAN KOMEN2 SAUDARA SE-ISLAM YANG LAIN?

ADA?


Seriously, aku cuba menjadik diri aku sendiri selama ni.
Tapi ternyata aku mungkin PELIK so that ramai yang tak boleh menerima cara aku.
So, sebelum aku menjadi hipokrit aku rasa sampai sini je la blog aku.
Bukan sebab aku bengang dengan tanggapan orang, tapi aku rasa manusia sometimes pamdai bagi pendapat dan tak pandai hormat pendapat orang.

So, to sesiapa yang selalu kuar masuk blog ni thank you so much.
Aku respect semua komen, teguran and in fact segala caci maki yang selama ni aku terima.
Aku rasa menjadi manusia yang tak dikenali adelah lagi baik.

Wassalam.

Senaman tangga



Memula sekali thank you to Nomee sebab bagi award "amazing blog".
Amazed sungguh camne aku leh dapat award ni.
Thanks, eh?

Pastu nak say sorry tu Yuzz sebab aku buat-buat lupa ajak **** jumpa ko semalam.
Hahahahaha.
Tapi aku dah bagitau dia sepatutnya kitorang jumpa ko semalam.
Series sorry ah beb, **** balik hari je.
Next time la, ok?

Oh ye, sesaper yang ada anak-anak nak ambik PMR ngan SPM this year, kalau nak dapatkan teknik score A for English subject sila pi ke blog **** and tanya apa-apa tips. Sebab semalam aku macam tercengang dengar dia bagitau tips-tips nak score English macamkan aku yang nak ambik peksa hujung tahun.
Sumpah, patutla English aku bodoh, ye ye je aku tulis essay sampai 3 helai.
Rupanya teknik nak score tu lies kat certain-certain keywords je.

Pastu siapa eh hari tu Geeryder kot bagi aku tag tapi aku lom siapkan lagi sebab aku tengah busy nak siapkan bendalah nak training next week.

Semalam buat kesekian kalinya aku makan Nachos, this time kat Chilis.
Pehhhhhhhhh..sesal okkkkk, sesalllllll!!!!
Walaupun skang aku lapar, tapi aku dah niat nak berpose sampai ke malam walaupun sebenarnya cipet berdarah sebab aku nak biar lemak-lemak Nachos semalam dikikis habis-habisan.
Biasa la kan, time makan tak ingat lemak selulit segala.
Dah sendawa empat kali baru nak tobat nasuha.
Standard la.

Hari ni aku semangat satu macam. Bukan bersemangat ye. Tapi semangat.
Sebab aku rasa badan aku macam bloated gila.
So tadi aku berlari setempat kat ofis dan juga naik tangga turun tangga kat depan ni.
Tangga depan ni bukan ofis aku sorang je guna, but laluan untuk orang lain naik ke tingkat atas jugak.

So tengah-tengah aku push up, dengan keadaan badan aku condong sebab kaki kat step no 4 and tangan kat step ke 8, so masa tengah elok menonggeng tu kepala aku tunduk ke bawah sket nak tengok tetek aku terkeluar ke tak sebab aku pakai low cut neck lantassssssss aku ternampak brader IT tingkat atas ni ngan 2 orang lagi kawan dia ada kat depan tangga bawah tengah jemaah pandang aku buat aksi lucah.

Aku tak tau berapa lama dia bersenang diri kat bawah tu sambil hadap aku tengah work out (or mungkin dia kata aku tebiat nak mampos).

Yang pastinya, aku sangattttttttt kejung dan sangat terasa nak minum Ajax Fabuloso biar pengsan so that ada orang usung aku keluar dari opis ni tanpa aku sedar sebab aku taknak terserempak ngan mamat 3 ekor tu bila aku kuar dari opis ni petang kang.

Tolongggggggggg!!!!

2009-07-20

Camwhore

Ada orang cakap saya ini adelah seorang camwhore.

Boleh saya tanya apekah masalahnya menjadi camwhore di blog dan FB sendiri?



Ini saya kat bilik tido


Ini saya kat bilik tidojugak


Ini saya on the way nak mandi


Ini saya kat opis


Ini saya kat opis lagi. Eh, opis lagi?? Ye la, of cos la kat opis. Sebab saya carrier woman. Kau ada?
*wah belagak*



Ini saya kat bilik tido. Eh, bilik tido lagi??


Ini saya dah standby atas katil


Ini middle finger

.......bukan tangan saya sebab tangan saya kaler itam.

2009-07-17

Sorry kerana mata anda telah sakit


PEACE!

Don't worry, aku tak marah pun kat sesaper yang nak bagi komen pasal gamba aku yang nampak separuh tetek tu, series aku tak marah pun. Cuma aku nak bagitau yang korang nampak tu tak sampai separuh pun. Jangan memperkotak-katikkan kebesaran payudara aku okkkk.

Semua orang dialu-alukan bagi apa jua bentuk komen.
Agak-agak kalau komen tu macam cilaka sangat sampai yang takde sangkut-paut ngan entry pun ko nak komen jugak saje nak carik pasal, itu memang tak layak untuk aku layan.

Thanks LEYNA for your comment.
Aprreciate it, seriously.
No hard feeling.

Memang this blog ada comment moderation tapi passwordnya bukan aku sorang je yang tau. Maknanya selain aku, ada orang lain yang boleh baca all comments tak kira aku publish ke tak.
Siapa orangnya biarlah rahsia, yang pasti orang tu bukan Datuk K.
So kalau sok aku mati and blog ni tetiba berhapdet maknanya bukan hantu raya belaan aku yang tulis the entry but a friend of mine.

En Wan pun baca blog ni kadang-kadang.
Kalau ada yang perasan, some of the gamba-gamba yang pernah aku letak kat dalam blog ni aku dah removed. Itu maknanya En Wan bising la tu.
So mana yang tak remove tu maknanya bukan En Wan tak kisah, cuma dia rasa gamba tu masih tak membutakan mata dia.
Well, masing-masing ada pandangan tersendiri. Maybe ada yang cakap certain gamba kat blog ni menjolok mata, certain words yang aku tulis kat sini tak sesuai dibaca, and apa-apa je la lagi.
Terpulangla ok.

Mungkin jugak aku salah sebab terlampau banyak meletak muka aku kat blog sampaikan bila aku letak gamba yang 'agak seksi' (???) ramai yang bagi nasihat. Tapi bila orang nasihat kat kita maknanya orang tu sayang kita kan?
So, aku hanya berpegang pada kata-kata tu.

Just like macam artis-artis kat Malaysia ni la. (wahhh...artiskah kauuu?? Panggggggggggggg!!!)
Disebabkan dia tu dah dikenali, apa yang dia buat semua diperhatikan walaupun dulu dia pakai tube ngan skirt nampak lurah bontot masuk club tapi takde orang kisah pun. Sekarang pakai sleeveless and short dalam rumah pun ada orang pertikaikan.

Aku takde la kata aku macam artis.
Tapi bahananya bila kita memampangkan realiti hidup kita untuk tatapan umum (pehh, bahasa kalah Majalah Tiga okkk), kita akan rasa apa yang kita buat macam ada je salah padahal dulu aku pun buat camni gak tapi takde orang kesah punnnn.

Dulu aku keluar pi Sunway Piramid pun pakai short je. Sejak ada reader tegur aku 'Eh, ni Kak Epal kannnn????' terus short yang aku baru pakai 2 kali tu jadik suar tido.

But frankly, aku bukan sengaja nak tayang tetek, tapi memang itu adelah aku.
Buat apa aku nak tayang tetek dengan sengaja? Ada ke orang nak stim tengok tetek mak orang umur 32 ni?
Mungkin jugak gamba tu aku snap dari atas so nampak macam tetek aku tu membuak-buak.
Padahal buah dada ku besar mangkuk cupcake aje.
Takpe la..jap lagi aku edit gamba tu ok?



2009-07-14

Siapa yang malu??? Engkau dan engkau jugak.


Tengahari tadi aku gi Tabung Haji, cawangan kat Bangi.
Terasa macam aku la paling keji lagi hina semorang pakai tudung aku sorang je togel.
Walaupun memula aku rasa macam dah habis sopan sebab aku pakai seluar panjang.
Tapi aku buat muka toye lantak la korang nak pandang-pandang aku.
Semoga dengan pandangan-pandangan itu satu hari nanti aku insaf lalu membeli abaya.

Tapi bukan itu yang aku nak fokuskan.

On the way nak ke car park yang suram di basement yang busuk bau burger basi, aku ternampak sumone yang aku agak menyampah nak tengok, lagi menyampah dari aku menyampah kat exbf aku.

Apesal dia ni ada kat sini?
Ko pun nak pegi haji jugak ke?
Baik ko mintak maaf kat aku dulu seblom pi haji okkk.

Ok, statement aku keji.

Tapi inilah satu-satunya lelaki yang paling konfiden bagi nasihat kat aku "buat la sembayang istiharah" sebab dia rasa aku konfius nak pilih antara En Wan atau dia hanya disebabkan aku penah keluar ngan dia pegang tangan. Takat ko pimpin tangan aku nak lintas jalan adekah bermakna aku cintakan kau???

Aku taknak bincangkan pasal fizikal look dia, sebab kalaupun dia hensem macam nak mati pun, kalau dah bukan taste aku tu tetap la aku tak berkenan. So jangan tanya dia hensem ke tak sebab aku akan jadi manusia paling kejam nanti.

Masa dia belum kena nasik kangkang aku, apa yang dia buat kat aku, pada pandangan mata kasar nampak cam takde apa sangat. Takat perli-perli, calling me names dan memalukan aku di depan wanita-wanita jelita saje.

Apelah sangat takat ejek-ejek kan?
Ejek pun takat panggil hitam (dah biasa), gemuk (dah biasa) dan jugak Ronald McDonald (sebab aku pakai kasut sukan bapak aku sebab aku takde kasut sukan. Jangan tanya apa yang aku sumbat dalam tu semata-mata nak kasik kaki aku fit ngan kasut Pak Aji)



Tapi kalau kau adelah begini









 




dan di make fun kan didepan perempuan begini



apa kau rasa?


Padahal dia takde la hensem sangat pun kalau nak bandingkan ngan laki aku (sory, aku takde pilihan lain. Kang aku bandingkan ngan laki korang kang ada yang cakap aku gatal bijik ngan laki orang pulak). Dan dia juga adelah golongan laki berlagak macho tapi sia-sia. Gi party rumah member berlagak bawak keta padahal keta tu keta orang lain. Tuan punya keta pun tak berlagak, dia lak lelebih, siap kunci keta member tu dia pegang punya la nak tunjuk kat wanita-wanita beauty without brain yang dia tu ada keta seawal umur 19 tahun.

Seb baik aku with brain walaupun tak beauty sangat, at least takde la orang kata aku dah la muka cam tempe, bangang lak tu.

Kalau berdua ngan aku elokkkk je perangai, cakap pun bertapis-tapis. Takde de ko nak tengok dia keji-keji aku. Aku pun sebagai seorang yang tak pernah ada dalam list mana-mana laki walaupun budak-budak laki kelas peralihan, bila dia cakap lemah lembik aku adelah cair lantas jatuh cinta jugak. Malam-malam layan Pilihan BersamaMu Radio 2 tunggu lagu Kasih - Hetty Koes Endang. Memang aku ntah apa-apa, lagu keroncong pun jadik.

Tapi bila dia ada depan member-member dia, lansunggggggggggggg dia tak tegur aku.
Tak tegur tu dah la, gi sama naik perli-perli aku tengah sorong basikal.
Basikal aku bukan basikal baru, ambik dari kampung zaman adik mak aji yang paling bongsu punya, so boleh bayangkan betapa tak gorjesnya basikal aku dengan handle yang lebar terkangkang, bakul pun berkarat, siap ada seat nak carry orang kat blakang. Entah nak carry saper pun aku tak tau la. Kaler pun dah tukar kelabu.




Basikal macam ni la aku pakai. Cuma takde menatang kat tengah yang macam peluru berpandu tu. Tapi elok gak kalau aku letak peluru berpandu kat situ, leh aku tembak dia kasik mandul.

Dia leh jerit dari jauh "Berapa tahun tak basuh basikal oiiiii????"
Pastu gelak-gelak siap tepuk-tepuk lantai dah macam anak lotong aku tengok.

At least aku ada gak basikal, dari kau menapak jalan kaki.
Mengutuk tak agak-agak macamkan ko bawak Ducati.

Memang aku balik rumah dengan meleleh airmata.
Aku bukan sedih kena kutuk, tapi aku sedih apesal ada manusia yang sanggup malukan orang depan khalayak?
Kat mana hati and perasaan diorang?
Dia tak terfikir ke, zaman tu masing-masing still skolah, dah tentu-tentu basikal tu bukan aku yang beli tapi parents aku.
Kalau kau mengutuk basikal aku, secara tak lansung ko mengutuk mak bapak aku.
Walaupun benda tu buruk, bukannya boleh dapat free.
Guna duit jugak.
Tak tau la kalau ada yang beli barang guna air kencing.
Meh aku bekalkan sebotol.

Aku tak tau camne kisahnya tapi masa aku matrik, dia tetiba busy mengayat aku.
At the same time ada sorang lagi budak yang segrup ngan dia pun sibuk nak mengayat sama. Tapi biasalah laki yang macho sia-sia ni apelah sangat kalau buat ayat.
Takat "Balik cuti nanti kita gi makan ABC, eh?"

Nak pulak aku dah dok jauh, and tengah main cinta ngan budak Perak yang boleh tahan muka dan juga gilanya. So aku memang tak berapa nak pandang la member aku ni.

Asal balik semester break je, terus carik aku kat rumah. Kononnnn.
Biasa la ayat standard playboy.

Tiap-tiap malam call aku.
Esok pagi aku tengok dia dah tertonggok depan gate.
Pastu petang kang muka dia lagi.
Siap boleh temankan adik aku balik rumah semata-mata nak buat baik and nak korek pasal aku. Apa-apa aje la.

Until oneday bila dia tau aku dah break ngan budak Perak andnow aku ada En Wan.
And knowing the fact that dia macam dah kalah, dia bagitau aku "Sebenarnya I betting je ngan **** tengok sape menang tekel you".

Ohhh.
Pertandingan la ni?



Kalau kau bertanding berebut pompuan macam ni masuk akal la jugak.

(sebenarnya boleh je aku nak letak gamba lain, tapi takpela, kasik can korang carik alasan nak baca blog aku padahal nak stim-stim tengok minah mat saleh ni)




Tapi bertanding tekel pompuan macam ni???
.....errrrrr



Saper yang sedang menutup kemaluan sebenarnya???



2009-07-13

Soklan subjektif




The Adorable Blog Award

Thanks to diyanashukor for the award.
Terima kasih juga diucapkan kepada suami tersayang yang sentiasa memberi kata-kata yang menusuk terus ke hempedu 'Tak blogging ke hari ni? Abang tak kisah makan maggi'.

Juga terima kasih kepada readers yang tak jemu-jemu masuk blog ni walaupun saya tak update seminggu, apa benda yang korang carik pun aku tak tau la.

Tidak lupa, terima kasih yang tak terhingga kepada adik lelaki tersayang Ibal, yang sentiasa memberikan kata-kata konfiden 'Okehhh, nanti aku oter layout blog kau' sejak dua tahun lepas.



Ni aku nak bagi soklan subjektif ni, tapi sukati nak pilih soklan mana, yang penting sila jawab :


Soklan 1

Exgf : Kita takde jodoh, kita jadik kawan je ok?
Exbf : Ok.

After a week....

Exgf : Eh, apesal you tak contact i dah?



Soklan 2

Exgf : Dulu tu, u betul-betul sayang i ke, u nak body i je?
Exbf : Hmm...why?
Exgf : Eh, I tanya, jawab la.
Exbf : I guess i sayang you.
Exgf : You guess????????????
Exbf : Yes, I sayang you.
Exgf : Tipu!
Exbf : What do you want me to say then??


Soklan 3

Man : Eh, kau ni perasan nak mampus la.
Lady : Apehal lak ni?
Man : Ko ingat ko posing-posing maut kat blog tu seksi ke?
Lady : Ada aku cakap aku tengah pose seksi? Kau je yang perasan aku tengah pose seksi. Aku memang dah seksi la bangkaiiii.


Soklan 4

She : Eh, berapa harga rumah kau?
Her : 900K
She : Oooo....aku pun nak beli ni, around 970K.

She : Kat mana kau buat curtain?
Her : Beverly
She : Ooo....aku pun memang dah plan nak buat kat sana.

She : Ko pakai cleanser apa eh?
Her : Clinique
She : Oooo...ye la, aku nampak Clinique buat sale gila-gila hari tu. Murah gila cleanser dia.


Soklan 5

She : Where have you been?
He : I am so busy lately.
She : You tak reply my sms pun.
He : I takde credit.
She : You didnt reply my email.
He : I busy, takde masa.
She : You didnt pick up my call.
He : I memang tengah busy.
She : Hmm..kita lunch sama?
He : Ok, u belanja.

WTF.


Memang takde soklan.
Tapi sila la bagi pendapat sebab aku macam dah numb takleh pikir apa.
Today puasa.
Otak adelah lembab.



p/s : apesal tulisan aku jadik besar dan font jugak sudah lain???


2009-07-12

Tengok PS I LOVE YOU malam ni ok?


Barang siapa rasa komen dia untuk previous entry takde walaupun dah berhari-hari, mintak mahap la, aku ter-delete 12 komen terakhir baru sat sat ni tadi.

Baru bangun tido punya pasal.
PUBLISH ngan REJECT pun takleh beza.
Sory la.

Jap tadi aku mimpi Michael Jackson woooooo.
Tido petang punya pasal.
Tido sambil peluk PASSION 2 - A Tribute to Michael Jackson 2nd Edition.

Ntah bila masa tetiba ada 2nd edition, tak tau menahu pun ada 1st edition.
Tak kisah la, janji aku ada something untuk disimpan.
Baca mags ni pun buat aku meleleh airmata.
Ni cara-cara tak fanatik cam Leslie.
So boleh bayangkan la camne huru-haranya aku masa Leslie mati.

Macam-macam cerita aku baca pasal MJ ni. Yang nak mengutuk tu pun tak agak-agak. Michael ni tak memperjuangkan Islam la, apa la.
Yang kau kisahkan MJ tak juangkan Islam apesal.
Apa ko tak tanya je Shahrukh Khan tu perjuangkan Islam ke tak?

Bagi pendapat pun bias.

Aku pun bukannya peminat MJ pun, tapi nak bercakap tu ikut la lojik akal sket.
Suara MJ tu tak seberapa la, banyak menjerit la.
Kalau MJ tu semuanya kau tak berkenan, tapi kalau kau menyokong gila babi kat budak-budak AF yang harap muka je ok, suara cam langsuir sembelit takpe pulakkkkkk.

Tapi bak kata kau "Saya cuma bagi pendapat aje"
Ye, aku pun bagi pendapat aje.




Macam biasa weekend haruslah jangan dok rumah, sengkak peparu aku dok rumah cuti-cuti ni. Sooooooo, pagi-pagi lagi agenda adelah pegi KL teman En Wan ada appointment. Pastu balik tapi singgah kedai jual-jual sink, paip ni semua, memula nak "tengok ajeeee", pastu sat lagi aku tengok dia usung keluar sink sambil senyum angkat-angkat kening ngan aku.

Aku dah agak.
Dia ni mana ada istilah window shopping.

Petang, gi Sungai Buloh check kot-kot ada pokok tambahan.
Aku dah pesan dari sebelum kuar rumah lagi, hari tu dah order 9 pokok, tolonggggggggggggggg jangan tambah lagi.
Elok je sampai nursery, jin aprit dia dah masuk badan.
Aku memang tak keluar dari kereta kalau nama gi nursery pukul 3 petang ni, gagal misi aku nak putihkan kulit kang.

After sejam, dia ketuk cermin keta.

"Abang beli lagi 3 pokok. Ok tak?".
Sambil pegang-pegang lengan aku.
Apa nak bagi aku stim panas-panas buta ni pegang-pegang????
Gagal!

Sukati la banggggggggggggggg.
Kalau esok ko tak reti nak sapu ni daun-daun kering semua, aku goreng semua ikan koi kau.

Lepas tu singgah tempat kolam ikan pulak.
Saje nak usha-usha.

Amoi ni kerek gila babi.
En Wan tanya "Berapa you charge kalau kolam 9 x 7 kaki, with water curtain, water sprout bla bla bla bla"

Dia jawab "Kalau you takde standby 40K, tak payah buat la"

Aku pandang je muka nyonya ni.
Kesian siallll.
Apa ko ingat 40K tu mahal sangat keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee???????















Memang mahal pun.

Tapi apa motif kau cakap macam tu?

Adekah sebab muka aku tak macam muka orang yang takde sen?
Adekah sebab aku pakai baju Sipadan Island yang dah berkepam?
Adekah sebab anak aku pakai baju singlet Tom N Jerry kaler biru yang dibeli kat TESCO, dengan seluar lusuh kaler oren? (sumpah macam anak mama kotai baju biru suar oren)
Adekah sebab laki aku pakai selipar Bata?

Kesian dowhhhh.
Kesian!!!

Baru ada kedai sebijik berlagak cam ada megamall.
Dah la tergaru-garu lengan.
Lengan tah ada telur kutu apa.

Ko belum tau kehebatan aku kat mana.
Aku takyah bukak-bukak kedai okkk.
Aku lambakkan bulu aku je berderetttttttttt orang datang beli.
Tapi not now la.
Tunggu bulan depan, baru mahal sket.

Malam ni StarWorld, 10pm ada P.S I Love You.

Mari merahkan mata.

2009-07-09

Penat la okkk.

Too much on my plate.
Sebab tu aku adelah malas nak update blog.
Tapi tak malas pulak ngadap YouTube sampai pagi archive video MJ.
Memang sangat sesuatu aku ni.

Lately ni memang aku penat and sangat-sangat stress dengan keje.
Next week to Perak again, series letih jalan jauh.
Mula la aku mintak yang bukan-bukan kalau tengah stress, time ni la aku nak carik drebar segala.

Apesal la hari-hari kena keje?

Hari ni dengan semangatnya aku nak masuk opis sebab semalam tak masuk dek sebab letih ngadap MJ Memorial santak kul 4 pagi, so hari ni aku berkobar nak masuk opis.
Dah siap-siap semua masuk keta gabra carik purse.
Baru teringat purse dalam dashboard keta En Wan.
And En Wan ada meeting takleh kuar walaupun ke car park. Sumpah meluat aku ngan statement kebizian tahap dewa dia ni.

So aku salin baju, dan.....


...membuat teh O sambil buat keje tapi kalau ko close up gamba ni nampak la aku tengah layan FB sebenarnya.



...sambil ngadap Ellen yang sudahnya aku tak tau apa cerita si Ellen ni. Kata bizi buat keje kan.


Rumah aku skang dah macam tongkang Indon pecah lapan.

Sejak aku let go meja makan ruang rumah jadik lagi luas dan lagi banyak la En Wan park kan barang-barang untuk rumah baru. Sementara nak tunggu bulan depan aku rasa kena alihkan pulak meja makan dapur tu sebab konfem semak ngan barang. Kali ni aku ngan En Wan buat keje gila, asal nampak barang terus order pastu barang sampai tak tau mana nak letak sebab rumah aku ada lagi sebulan kot baru siap.
Tak kisah la, janji malam nak bersahur tu aku dah ada kat rumah baru.


..meja sudah hilang.
Ingatkan boleh la aku main galah panjang kat sini, tapi misi gagal. En Wan dah kumpulkan kipas-kipas ngan lampu kat tengah-tengah hall.
Sumpah dah macam warehouse.
Skang aku tengah berkira-kira nak suruh kedai-kedai ni hold dulu barang yang aku order sebab aku tak larat nak tengok Redza buat terjun tiruk dari atas kotak.


Semalam En Wan hayak aku gi "tengok-tengok barang".
Tapi aku paham sangat dia nyer "tengok-tengok barang".
Konfem barang yang dia tengok tu ada lam boot keta pastu.


dia ni memang fussy gila. Nak pilih mentol untuk jamban pun makan 2 jam.


aku suka mamat tukang buat curtain aku ni.
Kalau aku jalan ngan dia, konfem orang kata aku tomboi walaupun aku pakai kebaya.


Percaya atau tak, curtain pun En Wan yang decide okkkkk.
Aku tak tau apa motif aku ikut.


Nak sangat tengok Redza kan? Ambik nihhhhh.
Ni la keje dia, asal bapak dia balik keje, bukak baju je dia ambik peluang sarung kat dia pulak.
Pastu menari hip hop.

Oh ye.
Gamba pandangan belakang aje.
Sebab anak aku tetiba jadik ekslusif ala-ala anak Michael Jackson.
Muka takleh tunjuk.

Semalam tengah-tengah layan berita sambil bacaarticle apa ntah, article tu kata semakin kita tua, ada perubahan pada badan.

Badan lagi tambah kembang, perut lagi buncit, kulit akan jadik makin gelap.

Makin gelappppppppppppp???
Oh nooo!!

"Bang, camne ni? Article ni cakap lagi kita tua, kulit kita jadik lagi gelap. Di dah sedia gelap ni, esok tua lagi gelap. Takpe ke bang?"

En Wan tengah baca paper masa tu.
Dia toleh kat aku, then senyum..

Hati aku dah rasa mesti dia tak kisah kan. Sayang punya pasal.

Tapi dia reply "Maikel Jeksen dah tua makin putih??"





Apa kau ingat kelakar sangat ke statement kau nih?
Tau tak aku tengah berkabung.
Aku stalait kanggggg.













Sejak bila pulak aku macam Fasha Sandha niiiii.



Best eh jadik celebriti?
Ada je orang comparekan muka dia ngan rakyat kebanyakkan cam kita-kita ni.
Eh, muka awak macam Jennifer Garner la.
Eh, muka you sumpah macam Kajol.


Ada tak orang cakap kat Kajol 'Eh, muka you macam Green Apple la'.

Ada???


Berangan.

2009-07-06

Pagi yang macam kepunden!!



Ye, memang aku dilanda penyakit kemalasan nak update blog juga FB.
Series malas nak mati.
Mungkin hati masih dalam mood berkabung untuk Michael Jackson.
Sebab aku dah addicted dengan channel E!, MTV ngan V.
Tak penah-penah aku melayan channel ni sejak-menjak Michael dah takde ni, sampai tertido depan tv dok menunggu E!News.

Weekend berlalu dengan suasana yang amat best jugak sebab aku balik Bangi.
So terhindar dari perasaan bosan dok rumah.
Dan juga nak mengelakkan diri dari bershopping lagi.
Aku ngan En Wan pantang weekend tersadai kat rumah, mula la nak merayap masuk mall.
Memang sengaja this week aku taknak pegang laptop.
Rasa semak dan sesak mata aku balik-balik buat keje siang malam.
Stress sepanjang masa.
Kang ada aku hempas laptop ni tak pasal-pasal.

Sabtu lepas, aku sudah jual meja makan yang aku advertised a few weeks lepas.
Thanks to F**.
Sebenarnya aku sangat la segan sebab benda bukan benda baru trapi disebabkan aku malas nak mengangkut meja, jadi silakan lah membeli.

Today.
Pagi-pagi lagi aku dah berasap.
Aku ni kuar pagi-pagi nak pegi keje.
Ada malaun mana ntah bawak keta puna la slow.
Nak kata keta baru, plat no lama.
Mungkin kaki dia cecah tak cecah je pedal tu yang lemb semacam je bawak.
Nak slow pun lantak la tapi boleh tak ko ke tepi sket.
Bawak taknak kalah, dok kat fast lane tapi speed 70.
Apa kau ingat aku nak makan angin pagi-pagi buta ni??
Kang aku sodok bontot keta kau kang aku jugak yang kena bayar.
Tapi tu la dia, orang macam ni yang sepatutnya kena saman.
Si polis-polis ni sibukla nak menyaman yang bawak laju, yang bawak slow ni elok ko saman je sekali. Buat jalan jam je.
Seb baik aku tak layak jadi polis trafik.
Kalau tak, aku tahan kau, kuarkan pistol, tembak.
Senang.

Petang, melepak ngan ****.
I likeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! Hahahaha.

Ok.
Takleh cerita banyak-banyak.
Boleh mengundang spekulasi dan kontroversi.

Eh, esok Maikel Jeksen ni kebumi ada siaran lansung ke tak???
Kalau ada, aku taknak masuk opisssssssssssssss.






p/s : kan aku dah cakap, kalau aku takde mood tu jangan la mintak2 update, memang macam anjing la entry jawabnya.

2009-07-03

Ada sesaper simpan nombor henfon sendiri dalam henfon sendiri???

Seorang suami tertinggal henfon kat restoran.
On the way back kat opis, dia baru sedar henfon dia takde.
So dia patah balik.
Patah balik dalam masa tak sampai 3 minit.

Sampai kat restoran, suami ini ternampak the waiter lelaki tengah cantekkk menggode-gode henfon dia. Lama dia peratikan mamat ni.

So dia pun tegur dengan lembuttt dari belakang 'Awak nak buat apa ngan henfon saya ni agak-agak?'

'Takde bang, saya tengah carik nombor abang ni, nak call abang balik'.


Agak-agak camne dia nak carik nombor tu???

Aku sangat muskil.

Ada sesape leh bagitau aku yang bengap ni?????




Bukan ke senang ko telefon je henfon ko guna henfon suami ni untuk dapatkan nombor??
Yang ko nak gode-gode tu naper la?

2009-07-01

Apabila suamiku moody



Stress.

Memang stress.

Sangat stress bila suami sedang moody.

Suami, tolong jangan stress sangat.

Bila suami stress dia akan menfire-fire isi rumah.

Nanti rumah terbakar.

Oh rumah tak boleh terbakar sebab dah jual, ini orang punya, tolong ingat sikit.

Tolonglah jangan stress sangat.

Kerana isteri pun tau jugak stress.

Kalau isteri stress dia akan pegi shopping.

Memakai kad kredit yang telah dicuri dari wallet suami pukul 2.30 pagi tadi.

Nanti suami jugak yang balik-balik stress.

Mana lagi stress?

Stress di opis kah atau stress bayar kad kredit?

Jadi, suami tolong jangan stress lebih-lebih.

Isteri sudah dari pagi asik memandang kad kredit nak guna ke taknak nak guna ke taknak.

Series malas nak keje bila suami tengah moody.

Kensel dok opis sampai petang.

Mau menge-pack barang.

Balik.

Dan tido.

Atau bolehkan kita singgah IOI Mall kejap?







p/s : Ok tak poem aku?