2008-01-01

Apa ada dalam beg aku?


Aku tak dapat bayangkan besok punya jam sure gila babi.
Kalau tak esok pun, full effect dia konfem Isnin depan sebab budak-budak semua dah start skolah. Mula la masing-masing tunjuk bagus atas jalan. Merempit, menghimpit, menghonk, mencilaka.

Hari ni aku bangun pagi ramainya orang kat rumah aku. Yang dalam rumah ni dah tentu-tentu la ramai. Kak Ngah En Wan pulak pagi-pagi dah sampai sebab semua nak pi airport hantar anak sedara dia gi oversea. Aku sorry la nak bersempit-sempit kat airport. Ini la masanya aku nak melepak. Aku gunakan alasan nak train bibik baru. Tapi dari tadi aku dok depan laptop lagi. Seb baik bibik ni pandai bawak diri, tau-tau je penyapu ada bawah kaki aku "Maap kak, saya sapu bawah meja ya".
Ye, sila sila.

Mood nak buat report and forecast for year 2008 belum mari. So jangan buang masa. No more procrastinate in year 2008. Benda pertama yang perlu dibuat - siapkan tag Yours truly...xoxo. Mueheheheh.
Sorry beb, aku baru ada time nak buat.



Semalam aku bawak beg ni sebab nak matchkan ngan suit kaler coklat. Ini beg kedua paling besar dalam collection aku. Yang super besar is Bonia. Nak masukkan Redza pun boleh lam beg tu. Bonia tu aku dah tak pakai sebab outdated.



Ni pandangan harta karun dari atas. Semak. En Wan selalu bising apesal handbag aku berat. Bukannya aku nak jinjit beg ni sepanjang masa pun. Most of the time beg ni dok dalam keta, selalunya kalau aku ada appointment ngan customer aku tak bawak keluar handbag. So takde de aku nak komplen beg aku ni berat. Aku ambik purse ngan HP masuk lam beg laptop aku. Kadang-kadang aku pun tak tau apa fungsi aku bawak handbag. Ikut trend kot. Nak pulak skang ada Redza, kengkadang aku simpan purse ngan HP lam beg susu dia. Klip rambut tu memang aku sangkut kat luar beg. Ada masanya aku bertukar jadik sundal bolong kalau tengah stress, so klip ini perlu untuk mengembalikan struktur rambut ke bentuk asal.

Antara barang-barang lam beg :



Lip gloss, HP, perfume. Perfume pun dapat free sebab beli Issey Miyaki En Wan hari tu. Tu pun aku tak pakai-pakai. Before kuar rumah aku dah sembur Paris Hilton, perfume lam beg ni Versace. Kang kalau aku selet Versace ni mau huru-hara bau aku. So aku pun tak tau apa fungsi Versace ni. Tapi aku tetap simpan gak lam beg. Sebab tu En Wan kata aku 'the garbage collector'. Apa nampak sumbat lam beg.



Ini pulak bluetooth HP, bluetooth laptop, pendrive and pil migrain. Pil migrain ni paling penting. Most of the time aku akan ada kat luar opis. Aku jenis yang takleh kena panas (tapi tetap hitam), konfem migrain. Pil ni menakjubkan, makan jap lam 15 minit, lega. Takyah tido pun.



Ni pulak alatan mencantikkan wajah. Dulu masa kat opis lama aku tak bawak segala benda ni. Sebab dulu aku setkan appointment aku pagi, so aku jumpa customer morning from home. Lepas zohor aku malas pakai makeup dah sebab aku akan stay opis. Dah nama dok opis malas nak pakai makeup, takde saper nak tengok muka mak orang. Tapi ngan keje baru ni, kengkadang petang pun aku ada appointment, so lepas Zohor kena makeup balik. Tak ke dua kali keje. Tapi selalunya lepas solat, makeup aku bertukar kaler sebab aku cuma bawak 4 in 1 makeup pallet lam beg. Kaler yang dia offer lam tu semua warna summer. So more to natural look. Malas la nak bawak segala pallet kat rumah.



Kunci opis, swipe card, namecard holder, kipas tangan kot-kot terstuck lam lift takde la aku kejang kepanasan, tisu and something untuk dibaca agak-agak nak lepak lama lam surau (read = mengular)



Purse and sunglass. Dalam purse takyah tengok la apa benda. Benda-benda biasa cam kad hutang, kad kawen, MyKid Redza, IC aku, gambar aku ngan En Wan, surat pertama yang En Wan kirim pun aku simpan lam purse and of course duit.



Ini memang mesti kena ada. Pad, pantyliner and of course panties. Mana nak tau kot-kot bocor kan. Nama je mak orang, tapi taste tetap cam budak-budak. Paradise Girl. GIRL okkkkkk.

Beg yang memboringkan. Biasala beg mak orang, mana ada benda-benda yang gempak.

Tuan punya panties mengucapkan Happy New Year!!