2017-07-05

Cara nak berurusan dengan orang saiko.


Hari ni aku nak tulis pasal PSIKO.
Atau aku selalu eja macam ni - SAIKO.

Saiko ni adalah satu penyakit yang tak boleh sembuh. Kurangkan boleh, tapi jarang yang sembuh.

Orang saiko boleh diumpakan macam predator yang menjelma jadi manusia.
Nak kata kejam, tapi dia nampak macam baik.
Tapi sebenarnya dalam baik tu dia kejam.
Sebab tu lebih baik jumpa hantu dari jumpa orang saiko.
Hantu tu dah terang-terang nampak setannya. Tapi orang saiko tak nampak macam setan tapi dialah sebenarnya paling setan.

Orang saiko boleh dikatakan macam orang gila jugak lah, tapi gila yang tak nampak dek mata.
Sebab tu dorang ni sangat bahaya.
Dia punya gila pun kita tak nampak, dia punya setan pun kita tak perasan. Seram kan?

Apesal dia boleh jadi saiko?

Some adalah faktor keturunan, some due to trauma semasa kecil.
Maybe mak bapak kuat membantai dia time kecik, atau perpecahan keluarga.
Selalunya keluarga saiko ni tak berapa menjadi.
Nampak macam ok tapi bila kau dah tau cerita sebenar nanti kau akan nampak the hura-hara dalam family.

Yang paling penting, jangan melayan orang saiko, nanti lama-lama kau yang tersaiko.
Cut story short, jangan layan lansung.
Orang saiko ni sejenis yang banyak idea tapi idea dia semua yang kau senang nak kantoikan balik.
Tu pun kalau ko jenis observe lah.
Dorang ni sejenis yang banyak akal.
Kalau kau ignore Plan A, dia akan approach kau dengan Plan B, C, D, E, F, U, C, K.
Bukan sejenis kegigihan tau. Gigih tu lain. Tapi orang saiko ni lebih kepada memaksa. Dan kau boleh rasa nanti yang itu adalah satu paksaan, bukan kegigihan.

Kalau ko dah sedar yang orang tu sejenis saiko, please, dia email ke, dia sms ke, dia whatsapp ke, atau dia poked kat FB pun - JANGAN BALAS.
Kau buat dekkk je. Jangan memandai-mandai nak respond.
Orang saiko memang jenis tak paham bahasa. Kalau kau cakap "Sorry, I tak boleh. Bapak I marah" - sia-sia je lah. Kau rasa dia takut ngan bapak kau? Dia akan tetap cari jalan untuk ganggu kau dengan macam-macam cara. So, just ignore. Lama-lama nanti dia senyap sendiri.

Tapi jangan memandai nak ugut-ugut dorang.
Jangan sesekali kau cakap "I report polis!". NEVER.
Sebab orang saiko ni orang separa gila.
Dorang ni jenis takde hati perut sangat. Jadi, segala tindakan dorang tak guna otak, tapi guna perasaan.

Nak kenal orang saiko sebenarnya tak susah.
Apetah lagi kalau ko dah ada pengalaman dengan spesies ni, lebih mudah untuk kau kenalpasti. Tapi, selalunya susah nak detect kesaikoan dorang di awal-awal jumpa. Tapi, kalau kau jenis observe, 2-3 kali jumpa kau boleh nampak dah.


1.  Takde hubungan sosial atau kekeluargaan.

Dorang ni jarang nak bercerita tentang keluarga dan tak selesa nak tunjuk siapa keluarganya.
Sebab keluarga dia tau yang dia tu sebenarnya saiko sebab tu dia tak suka cerita pasal keluarga. Dia takut nanti kita contact family dia dan dapat tau yang dia tu tak betul. Dan dia juga tak berapa ramai kawan. Ko boleh check mana-mana orang saiko kalau tak percaya. Dorang jenis tak ramai kawan masa lampau. Kawan dia semuanya yang terkini je sebab kawan-kawan sekarang belum sedar lagi yang dia tu saiko. Contoh, kalau now dia dah tahap kolej, cuba mintak dia ceritakan pasal kawan-kawan skolah dia. Konfem tak banyak cerita. Kalau katakan dia ada cerita, cuba kau tanya sape nama kawan-kawan, kau cakap la kau macam kenal ke apa ke. Konfem kantoi. Tapi selalunya dorang ni takkan cerita punyalah sebab dia takut nanti kawan-kawan skolah dia bagitau kau yang dia tu saiko.

Lagi satu, kau boleh tengok jenis saiko ni, bila orang lain balik bercuti semua jumpa member tapi dia macam takde member lansung. Siapa yang ada boifren boleh tengok point ni. Kalau boifren kau balik cuti semester 3 bulan masih lagi nak mengendeng kat kau, jangan perasan dia setia sangat eh. Lelaki jenis hape kalau bercuti tak reti nak jumpa kawan-kawan lama asik nak mengendeng celah ketiak awek je? Kawan-kawan kau adalah kawan-kawan dia. Tapi kawan dia bukan kawan kau, dan dia tak pernah nak kenalkan pun sape kawan dia. Tak rasa pelik ke?


2. Lebih cenderung pada kebendaan.

Orang saiko selalunya lebih fokus kepada benda/barang. Apa yang dia cerita kebanyakkannya tentang benda-benda. Jarang dia bercerita tentang manusia - like kawan skolah, kawan uni, sedara-mara, family, adik, abang - hampir takde cerita tentang ni. Dia akan tarik perhatian manusia dengan bercerita tentang benda. Boring sikit la bersembang ngan orang jenis ni sebab dia takde input tentang manusia (atau setidak-tidaknya ceritalah pasal binatang kot). Yang dia tau asik benda je. Boleh nampak la hidup macam orang terbuang.


3. Parasit.

Suka ambil kesempatan dengan kebaikan dan kelebihan orang lain secara konsisten. Dia tau kau tak free, tapi dia akan tunjuk kat kau yang dia sangat-sangat desperate dan maha super busy dari kau membuatkan kau rasa macam kau bersalah tak tolong dia. Kalau bab duit pulak, dia tau kau pun bukan ada duit sangat tapi dia akan tunjukkan yang dia jauh lebih daif kedana. Contoh kalau kau kata kau hanya dapat makan maggi, dia akan cakap dia hanya dapat hirup kuah maggi, tu pun semalam punya. Woiii jenuh nak handle orang saiko. Kalau tak cukup tabah, dengan kau kau sekali tersaiko. Orang macam ni kurang empati, jadi dia pedulik apa kau susah ke melarat, janji kehendak dia dipenuhi.

Kalau korang sama jantina, tetiba kenal dengan someone dan that someone macam nak rapat-rapat ngan kau tak tentu pasal - hati-hatilah. Itu ciri-ciri saiko. Kalau kau bangang, mesti kau ingat dia nak jadi BFF kau. BFF waklu! Dia sebenarnya nak gunakan kau je. Orang saiko ni ciri-ciri dia too possesive. Dia kan parasit. Jadi, dia nak pastikan kau tu hak dia sorang. So dia akan cari jalan untuk jadi rapat dengan kau walau hakikatnya baru kenal semalam. Aku ada dapat email reader bagitau dia ada kawan baik yang semua benda dia control. Sampai reader aku tu takde boifren sebab asal ada laki nak kawan je BFF dia akan scan dulu that guy. Scan kejadahnya? Padahal dia tak kasik kau ada boifren supaya dia boleh gunakan kau sampai bila-bila. Penyudahnya reader tu cakap duit gaji dia pun BFF dia pegang. Tu BFF ke? Tu saiko lahhhhh. Lari wei, lari!


4. Takde rasa malu buat salah.

Ni bukan salah yang sikit-sikit tau. Salah yang kantoi big time pun dia takde rasa ralat. Malah, dia akan twist the cerita as if kau yang salah. Contoh, seorang pompuan saiko yang nak ambik laki orang. Kalau nak tau pompuan tu ikhlas atau saiko, salah satu ayat dia bila dah terkantoi "Kau yang tak pandai jaga laki, sebab tu laki kau datang kat aku!" Ni ayat biasa seorang pensaiko perembat laki orang. Wanita yang ikhlas, dia akan sedar dia salah dan dia akan minta maaf. Kalau jodoh tu tetap tak boleh nak dielakkan, dia akan jumpa sendiri isteri pertama untuk minta restu. Tapi kalau bangsa yang guna ayat "kau tak pandai jaga laki", ok yang ni memang saiko. Kau nak ambik hak orang buatlah cara baik, janganlah buat perangai gatal puki sangat. Orang saiko selalunya takkan mengaku salah. Dia akan twist the plot seolah-olah kau yang salah sebab tak pandai jaga laki. Kalau kau melayan jenis ni, lama-lama kau konfius. Elok-elok patut dia yang gila, lama-lama kau yang jadi gila. Jadi, apa yang perlu dibuat? Buat bodoh je.

Tapi takkan nak buat bodoh je kalau dia nak ambik laki kita, ye tak?

Bolehhhhhh.
Selalunya orang saiko perembat laki orang ni bangsa yang menggelupur sikit. Dia always nak tunjuk yang dia lagi best sebab tu laki orang nak kat dia. Sekarang kan zaman media sosial. Jenis ni nanti kejap-kejap up kat IG/FB 'kebahagiaan' dia dengan laki orang. Macam takde benda lain nak cerita. Balik-balik up pasal kisah cinta dengan laki orang tanpa rasa bersalah. Kalau kau perati, jenis ni kat media sosial ni takde lansung cerita pasal keluarga ke, kawan ke, sedara-mara ke - TAKDE. Ingat tak aku tulis point nombor 1 tadi? Haaaaa.....sebab tu la dia asik cerita benda yang sama je, sebab jenis ni takde kawan sebenarnya. Sedara-mara and family pun tak kuasa nak ambik tau hal dia. Ye lah kan, dah gila sape nak layan.

Aku always ajar reader aku kalau jumpa jenis pompuan saiko macam ni, kau takkan boleh menang dengan respond pada segala attack dia pada kau. Jangan buang masa membalas. Tapi kau boleh menang mudah dengan reverse saiko. Kau tunjuk kat dia yang kau lebih saiko dari dia. Tapi saiko kau adalah saiko terhormat. Orang saiko akan skodeng FB/IG kau setiap masa punya. Jadi, kau up pulak gambar-gambar kau. Tapi jangan up dengan gambar suami all the time. Kau penuhkan wall kau dengan gambar kau have fun dengan family, dengan frens, gambar hang out kat luar makan-makan eskrim, makan kek. Kau ambik gambar dengan adik-adik kau makan durian dengan caption "Have fun with family. Orang ada family hang out lah dengan family, ye tak? Orang takde family, terpaksalah hang out dengan laki orang. Wakhwakhwakhwakh". Aku berani kerat jari dia mesti mendidih-didih.


5. Mengugut

Selalunya kalau mengugut, akan terus yang extreme punya ugutan - nak bunuh diri, nak telan 4 papan panadol, nak minum cuka getah, nak terjun lombong, bla bla bla. Yang extreme-extreme aje. Padahal spesies telo kecut. Ce suruh dia masuk Fear Factor, mati hidup balik taknak. Kau kalau dengar orang cakap "I nak bunuh diri!". Kau biarkan je. Orang kalau nak bunuh diri selalunya dia akan mati senyap-senyap. Ce tengok Leslie Cheung, nak bunuh diri senyap-senyap je. Sorang tak tau. Tau-tau je dah mati. Tapi, kalau yang sikit-sikit cakap nak bunuh diri, sikit-sikit menggelepar nak bunuh diri - kau biarkan je. Nak mati sangat kan? Ha, pegilah mati. Kurang sikit babi dalam dunia ni. Eh.


6. Mesra terlajak

Lagi satu, orang saiko selalunya nampak trying too hard untuk impress and mengambil hati orang lain. Sometime bukan kita yang melihat ni rasa pelik, orang yang diambil hati tu pun rasa pelik juga like tetiba je si saiko ni ambik berat sangat macamkan dah mesra nau. Kita tengok naik segan like apehal kau beria sangat ni? Contoh, kau kenalkan kan si saiko ni pada nenek kau. Then sejak hari tu si saiko ni akan call nenek kau bertanya khabar secara rutin tanpa pengetahuan kau. Dan dia juga akan cuba mengimpress orang-orang yang baik dengan kau seperti mak bapak kau, adik-beradik, sedara-mara dan kawan baik. Kesungguhan dia buat baik tu nampak poyo sangat dan menggeli-gelemankan tekak. Apa perlunya dia menjadi terlalu baik dan mesra dengan orang-orang yang rapat dengan kau tanpa pengetahuan kau? Haaaaa, ce teka apesal dia buat macam tu?

Sebab, satu hari nanti bila kau dah tersedar yang dia sebenarnya saiko, orang lain semua tak percaya cakap kau. Kau terperangkap! Selama ni dia dah 'invest' kaw kaw punya sampai mak hapak atuk nenek kau semua makan budi dia, time tu kau cerita apa pun pasal si saiko ni sorang tak percaya kau. Jadi, hati-hatilah kalau nampak tindak-tanduk mesra lain macam ni. Like pelik sangat kot kau yang cucu pun 2 minggu tak sekali call nenek, dia yang baru jumpa sekali boleh 3 hari sekali call nenek kau. Jangan main-main. Benda penah jadi. Kalau tak jadi aku tak cakap.

Cukuplah 6 point aku bagi. Bagi banyak-banyak karang korang terus jadi suspicious kat semua orang pulak.
Yang penting, kena observe. Bukan nak suruh jadi paranoid, tapi nak suruh alert.
Sebab once kau dah terjebak, tromanya berpanjangan tau.




Kalau nak, please refresh page untuk isi form.