2007-12-16

Dia sudah besar


Tuesday ni aku ada exam. Tak boleh terima kenyataan sunggoh dah nak masuk umur 31 still nak kena sit untuk exam. Ughhh, sengal. Macam tak percaya aku lepak hall sensorang sampai kol 1am sambil mentelaah. Kalau stay up sebab nak surf internet aku tak penah berkira tapi kalau bab nak studi, buku pelajaran pulak tu, sangat la tolonggggggggggggggggggggggg.

Jumaat lepas balik keje, nampak satu parcel atas meja.
From Hong Kong!!!!

Yesserrr.
DVD and VCD Leslie yang aku order from HK dah sampai. Gila maraton Jumaat lepas, sampai kol 3 pagi aku abiskan semua cerita. Dan seperti yang dijangka, aku senyum sensorang sepanjang cerita. Ada satu movie tu Leslie pakai singlet Pagoda. And malam tu En Wan tido pakai singlet yang sama. Jangan cerita la aku punya berangan peluk Leslie. Satu macam punya melekat aku kat En Wan.

Tebiat.




Jap lagi aku nak masuk sensasian.com and order lagi 4 DVD. Tapi kena pikir dulu apa nak ayat En Wan.

Semalam gi JJ kat area Taman Botani (ye ke nama ni?). Nak masuk KL takut kena sembelih ngan Hindraf, so lepak Klang je. Gila bapak besar JJ kat sini.

Bermula lah sessi shopping.

Aku nampak satu kedai ni, yang aku memang berangan nak masuk. Tapi cam segan sebab yang masuk semuanya cam tiang letrik, nampak sangat aku perasan kurus kalau aku masuk kedai tu. Tapi mampos la kan. Aku nak masuk je, lom tentu aku beli.

Ternyata, semua baju yang aku try semua saiz 4. Kira kalau kat Mesia saiz L la kot. Setau aku model-model US semua saiz 2. Pedulik la.





Dua-dua baju ni akhirnya aku beli. Tengah gila kat baju yang ada tali-tali kat pinggang. Kerek gila minah sales kat fitting room tu. Muka tak pas hati tengok aku nak try baju. Ye la, aku kan plump, kat situ semua badan ala-ala model (read = keding dan kecut takde tetek). Siap belek saiz baju aku lagi masa nak ambik hanger. Gelak lam hati la tu semua baju aku size L.
Taik la kau. Bukan aku mintak ko bayarkan pun.

Asal aku ambik saiz M, tetek mesti tak lepas, pinggang ok. Saiz S lagi la takyah citer. Zaman saiz S dah berlalu. Lepas bersalin ni tetek aku dapat lebih zat, mengalami tumbesaran berganda. L pun L la, macam la label L tu ada kat luar baju.

Lantak ko la nak kembang kuncup tang mana pun. Aku dah tak kosser nak ambik tau. Tapi saya berbangga tetek saya besar.