Showing posts with label personal views. Show all posts
Showing posts with label personal views. Show all posts

2026-10-17

Every business kena stop jadi people pleaser.

Kepada yang menekan-nekan staff GreenAard, "Nak beli 2 GC Plus! Saya nak beli 2 takkan tak boleh?"

Aku ingatkan Coffee Bean je ada masalah bila buat promo. Rupanya ini masalah setiap kali ada diskaun dan promosi di mana juga anda berada.

Yang staff aku pulak hati tisu "Camana ni, kak. Ada orang nak beli 2"

Baranlah aku, khennn.

"Dah jelas kan TnC tulis pembelian satu kali saja untuk setiap produk. Kat mana yang tak fahamnya?"

Haaa kan. Mulalah pagi-pagi aku dah naik pitching.

Aku mintak check history of purchase. Ternyataaaaaaaa....yang menekan-nekan ni yang last purchase was tahun 2025. Kau rasa??

Aku dah boleh agak dah, yang menekan-nekan ni usually beli masa promo je. Mintak mahap aku cakap. Sepanjang aku dalam bisnes, baik jual barang-barang biotech, baju, shawl atau GreenAard, pattern customer ni sama je. Yang menekan-nekan dan demanding bukanlah regular customer. Sometimes, itu je la sekali dia beli, tapi dia punya demand macamkan VIP customer.

Aku tahu promosi Buy 1 Free 1 ni sangat berbaloi dan menguntungkan customer. Maknanya kau jimat RM90 beli GC Plus. Bayar untuk sebotol, tapi dapat 2 botol. Siapa je yang tak nak. Tapi, kita pun ada TnC juga. Kita tahu kalau takde syarat, konfem orang beli sampai 5 botol, boleh dapat terus 10. Tu pasal kita buat syarat 1 kali pembelian saja untuk setiap produk. Itu pun sebenarnya dah sangat menguntungkan customer. Maka, peluang yang ada ni gunakan sebaiknya.

Kita buat Buy 1 Free 1 ni ada target benaunya, bukan saja-saja.

Yang pertama, kita nak collect customer data dari Shopee. Shopee kan sorok identiti pembeli. Tapi caj kat kita cekik darah. Macamkan platform dia jualkan produk aku. Padahal yang beli direct lebih ramai. Kat Shopee aku sengaja naikkan semua harga barang RM15-20 lebih mahal dari beli direct dengan kita. Sebab Shopee suka-suka bagi promosi pastu fee merepek-repek. 

Maka, aku nak tarik customer beli direct. Aku perlukan maklumat dorang so that senang kalau ada future promotion kita boleh blast to them. Dapat harga yang lebih murah and pakej yang lebih bagus. Itru tujuan pertama buat promo Buy 1 Free 1 ni.

Yang kedua, kita nak collect feedback lagi 2 bulan. GC Plus, Maaltyd and Gloei bukan produk yang kau pakai kejap-kejap untuk dapatkan hasilnya. Perlu konsisten. Jadi, beli 1 GC Plus dapat another bottle free. Maknanya tempoh penggunaan 2 bulan. Cukup untuk dapatkan perubahan pada ukuran pinggang. Paling tak pun 2 botol ni pinggang kau akan mengecil 2 inci. 

Maaltyd ada 15 sachet setiap pek. Kalau beli 1 dapat free lagi satu. Maknanya total penggunaan dapat sebulan. Sebulan cukup untuk ubah rutin pengambilan makanan korang. Kalau setiap hari korang skip 1 meal dan gantikan that meal dengan Maaltyd, dalam masa 30 hari you will see difference in weight loss.

Gloei paling berbaloi. Tapi sebab promo Gloei dah ditarik balik, maka aku taknak cerita pasal ni.

Ceritanya, asal ada promo, memang akan jumpa customer pelik-pelik. Zaman buat biotech dulu gini jugak. Belinya jarang, sikit pulak tu. Tapi demand nak free gift, nak payment 120 hari, nak latest expiry date. Pastu hujung tahun mintak sponsor. Beli barang tak sampai RM10K, mintak sponsor RM5K. Logo syarikat akan diletakkan pada banner katanya. 

Tak payah!

Bila aku cakap pasal CHEAP CUSTOMER, ada yang terasa hati. Tapi apa yang berlaku kat promo Coffee Bean semalam, mak-mak merentan anak tak dapat free cake and drinks sebab promo distop awal, ditambah pulak dengan ada customer GreenAard menekan-nekan nak beli lebih dari syarat, buatkan aku takde rasa bersalah lansung menulis pasal cheap customer hari tu.

Kes Coffee Bean tu sangatlah kelakar. Yang merentan-rentan tu, nampak nau kalau takde promo, kau takkan masuk pun cafe tu, kan?

Ya, aku tahu semorang suka dapat value for money. Yang jadi masalah now bila someone OBSES nak dapat lebih, sampai rasa diri tu entitled! Dia punya bingit macamkan anak tu dapat straight As SPM! UPKK je padahal tapi dia punya menggelupur tak dapat free cake sumpah pelahap! Haaa, kan geram aku.

Yang nak meratib cakap Coffee Bean zalim tu kau dah kenapa? Yang dapat A-nya sorang anak je. Tapi yang merempan, sekeluarga. Benaunya mak bapak yang nak makan kek tu, kan? Padahal kalau ikut logik, kalau promo distop-kan awal, setakat 1 anak punya mulut, kau belikan je lah. Anak kau, kan. Kau as mak bapaklah yang patut bagi reward.

Nak berjimat itu hak. Tapi memaksa orang bagi lebih daripada apa yang dioffer, itu BUKAN hak customer. Every promotion ada terms. Kalau tak setuju, tak perlu beli. As simple as that. 

Please jangan confuse between bargain hunting dengan entitlement. Bargain hunter tu bila kau cari the best offer. Tapi entitled customer akan always rasa semua offer kena ikut kehendak dia. Bila tak dapat, merentan.

Apperciatelah kemurahan hati business owner yang willing to korbankan sedikit keuntungan untuk give back to you. Business people pun ada kos nak jaga. Walaupun kita buat promo, ia tetap bisnes. Bukan charity.

Jangan salah faham maksud aku. Cheap customer bukan semestinya orang yang tak mampu beli kalau takde promosi. Tapi cheap customer is orang yang merasa diri layak untuk dapat lebih dari sepatutnya.

Dalam kes Coffee Bean, aku rasa the business kena stop jadi people pleaser, la. Kau tak payah nak buat promo yang tidak-tidak gini. Sebab kau akan invite the wrong customer. Not every customer is worth keeping. Sometimes, hilang sorang customer yang banyak cengkadak lebih menguntungkan daripada kekalkan customer yang tak pernah rasa cukup.

LAST DAY TODAY:



2026-10-15

Jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau.

Tadi pagi baca DM ada someone tunjuk kat aku video influencer yang pernah free hair kemudian bertudung pastu now free hair balik. Selepas free hair, dia jadi lebih ranggi.

So this someone cakap “padahal Kak D lebih dasyat dulu, tapi boleh je istiqomah bertudung sampai sekarang..”

Takde, dik. Takde siapa yang lebih baik. Akak kau ni cuma bertudung je, tapi ketawa aku tetap mengilai macam dulu. Takde apa yang berubah pun.

Penampilan kita ni, anytime boleh berubah-ubah. Tapi HATI kita jauh lebih penting. Sometimes, orang-orang yang free hair-bertudung-free hair ni, dia cuma takleh istiqomah dengan penampilan saja tapi hatinya sama baik dari dulu sampai sekarang.

Idoklah makna kata takyah bertudung janji hati baik. Bukan gitu maksud aku. Maksud aku, jangan cepat menghukum orang hanya berdasarkan penampilan. Sebab penampilan boleh berubah ikut perjalanan hidup, tahap kefahaman dan kekuatan diri masing-masing.

Ada orang belum bertudung, tapi dia tak buat jahat kat orang. Hati dia baik. Apa dia buat, ikhlas.

Ada jugak penampilan kemain sempurna, tapi apa yang ada dalam hati, Tuhan je tahu macamana jahatnya dia.

Ini aku nak cerita pengalaman sendiri. Aku tak kata aku baik, tapi aku tahu aku takkan cakap yang bukan-bukan kat orang, apetah lagi nak fitnah. Melainkan aku ada bukti, aku akan cakap depan-depan terus. 

Dulu zaman daring, kat internet orang hukum aku masuk neraka everyday. Everyday, ya. Hanya kerana dorang nampak gambar-gambar aku yang nampak cleavage segala. Kat opis pulak, everytime close big deals orang kata aku gunakan keseksian aku untuk jual barang. Everytime kat exhibition bila ramai customer lelaki kenal and approach aku, sembang-sembang, orang kata aku jenis melayan lelaki.

Yang bercakap tu semua penampilannya memang solehah betul, tapi hati kemain busuk! Penampilan baik, tapi hati jahat dengan orang lain.

Everytime aku dapat pujian from bosses sebab berjaya close big deals, kau tuduh aku istidraj. Konon orang macam aku memang Allah mudahkan hidup kat dunia sebab esok kat akhirat terus masuk neraka.

Padahal kau tak check hati sendiri. Kurang-kurang aku tak jahat dengan orang. Aku takde buruk sangka dengan orang. Lagi orang tu berjaya, lagi aku mendekat sebab aku pegang kata-kata “If you can’t beat them, join them”. Sebab tu aku berjaya.

Tapi kau? Makin aku berjaya, makin kau fitnah and buruk sangka. Makin kau burukkan aku kat orang lain. Adakah kau semakin improve lepas fitnah aku? Tak pun. Gitu jugak sampai ke sudah. Pastu pelik apesal solat tak tinggal, mengaji tak tinggal, tutup aurat sempurna tapi masih susah nak close deal. Hello? Apa yang kau buat tu BASIC je. Bukan kau sorang solat tak tinggal. Aku pun solat. Aku pun mengaji. Aku pun bayar zakat. Cuma bezanya, aku tak busuk hati.

Again, aku tak kata aku baik. Tapi aku kenal diri aku. Kalau aku tak suka someone, aku blah. Aku tak ambik tahu pasal dia. Supaya aku takde benda nak bercerita pasal dia. But some people, makin dia tak suka, makin dia follow rapat. Siap boleh purak-purak berkawan baik. Padahal kat belakang dia gunakan peluang rapat dengan kau tu untuk memburukkan kau. Apa jenis setanlah manusia gini.

Betul, tutup aurat tu tuntutan agama. Cuma, jangan sampai kita jadikan penampilan untuk menilai sejauh mana orang tu baik. Istiqomah tu sangat susah. Jangan senang-senang hukum orang yang bergelut nak kekal konsisten dalam hijrah. Especially kalau kau bukan starting dengan free hair. 

Kalau kau dari kecik atau dari zaman sekolah dah bertudung, chances are, lingkungan kau adalah orang-orang bertudung juga. Jadi kau lebih mudah mempertahankan tudung sebab bertudung adalah something yang biasa untuk kau. But someone yang baru nak bertudung, environment dorang berbeza. Strugglenya pun berbeza. Dorang dah biasa dengan rambut lepas, baju ketat, kain singkat. Bila nak berubah ke pemakaian yang betutup-litup, sangat susah. Aku pernah ada kat tempat tu. Ada hari tu rasa kuat, ada hari rasa nak givap.

Aku percaya walaupun orang-orang ni failed to pertahankan tudung, ada benda lain yang dia masih usaha pertahankan. Maybe dia usaha jaga solat 5 waktu. Maybe dia usaha mengaji. Maybe dia usaha buat baik dengan manusia. 

Bab mengaji ni aku nak sentuh. Hari tu nampak kat Thread orang tanya “Korang yang sempat mengaji hari-hari ni macamana korang buat eh?”

Aku baca post tu terfikir rupanya ada orang yang jarang mengaji.

Why aku terdetik gitu?

Because KEBIASAAN. Someone yang biasa mengaji everyday akan rasa pertanyaan tu pelik. Macam tu la jugak dengan bertudung. Someone yang dah biasa dengan bertudung, konfem rasa “Apa yang susahnya kau nak istiqomah bertudung? Kau free hair bukannya cantik pun!”

No. Ini bukan masalah cantik atau tak. Tapi kebiasaan tu takde. Nak membiasakan diri tu yang susah. Especially bila environment tak menyokong. Dia jadi struggle sorang-sorang. Tu pasal orang yang free hair mudah nak lepaskan tudung semula sebab environmentnya tak berubah.

Tahun 2012 aku dapat job iklan Olay. Shooting tu dibuat di rumah aku. Dari petang sampai ke malam, SORANG crew pun tak berhenti solat. Padahal dalam rumah aku tu. Boleh je nak tumpang solat. Tapi takde. Sorang pun tak. Aku pulak yang segan sebab rumah aku ada bibik, mok and En Wan. Dorang mesti tertanya apesal takde yang stop solat? 

En Wan beria mintak bibik kosongkan bilik so that orang-orang ni boleh solat kat dalam. Bukan nak kata kitorang ni terpaling jaga solat tapi kalau kau tak culas bab ni, benda pertama yang kau pikir mesti “Nak solat kat mana”, betul tak?

Tapi bila tengok dorang macam tak nak stop shoot, aku pulak jadi segan nak bagitau “Siapa nak solat masuk bilik ni, ya”

Aku takut dorang yang segan dengan aku. Tapi yang bagusnya masa tengah azan, dorang semua senyap and stop kerja. Mungkin ini satu benda yang at least dorang pertahankan. Itulah kebiasaaan environment tu agaknya. Solat boleh qada. Janji job jangan drag. Gitulah agaknya. Hanya yang kuat saja boleh harungi environment gini.

Makna kata, semua orang ada benda yang dorang tengah perjuangkan yang kita tak nampak. Team crew yang shooting tu, sebelum alihkan barang-barang rumah aku (sebab nak setup prop), dorang ambil gambar dulu. So that lepas shoot dorang dapat susun balik barang seperti asal.

Maknanya apa? Maknanya dorang ni tak menyakitkan hati tuan rumah. Orang yang tak buat jahat dengan manusia, ada kebaikan yang Allah akan bagi kemudian. Mungkin kebaikan tu dalam bentuk hidayah.

So jangan macam-macam sangat bila nampak orang sexy atau kembali free hair. Dia bukan buat jahat dengan kau. Itu jahat dia dengan Allah, anytime Allah boleh ampunkan, boleh bagi hidayah, boleh bolak-balikkan hati. Tapi jahat dengan manusia, kau tunggulah nasib kau. Kalau kau rasa dah ikut perintah Allah tapi masih struggle dengan life, tengok balik apa kau dah buat kat orang.


2026-10-13

Bukan semua benda yang kita ada, kita dapat, kita beli, kita capai atau kita banggakan orang seronok nak tahu.

Sebab tu aku cakap kita ni macamana best pun, macamana baik pun, macamana ramai followers pun — tetap ada orang tak suka. Bukan semua benda yang kita ada, kita dapat, kita beli, kita capai atau kita banggakan orang seronok nak tahu.

Contohnya macam lady yang buat post atas ni. Tak tahulah apa yang dia bitterkan. Takde kaitan dengan hidup dia pun.

Just komen banyak-banyak kat post yang kau suka nanti lama-lama algorithm kau berubah. Kau akan nampak post yang kau suka je pastu. Yang tak kau tak suka takkan lalu dah. Aku dah lama praktikkan "kalau tak suka, jangan ambil tahu". 

Umpama tengok TV, tiba-tiba keluar pelakon yang kau menyampah. Kau terus tengok or tukau channel? Kalau waras, kau akan tukar channel. Tapi kalau kau mental aku tak tahulah, kan.

This is the reason juga kenapa aku kurang berminat nak bercerita apa aku beli atau apa aku dapat. Banyak kali dah orang tanya "Kak Di shopping apa kat sana?". Selalunya aku jawab "Ada la sikit-sikit". 

Walaupun orang tu tanya privately, tetap aku malas nak bagitau. Sebab dalam ramai-ramai yang bertanya, sebenarnya ada orang yang tak suka. Orang-orang ni dalam mode standby. Ada je peluang nanti, dorang ni akan ke depan.

Tu pasal kalau kau tengok, bila ada bad things happen kat mana-mana influencer, kena cerai ke, bisnes lingkup ke — tetiba ramai haters muncul. Selama ni ingatkan influencer tu hanya ada penyokong je. Rupanya lagi ramai haters. Cuma dulu haters ni semua senyap sebab takde peluang nak strike.

Dulu masa aku tengah dalam prime time blogging, one day aku share beli henbeg Coach. Aku beli 3 biji sekaligus. Sebenarnya aku nak share bisnes kawan aku, dia PS henbeg from US. Aku beli dari dia. Bila beg sampai, aku share kat blog jenis-jenis beg tu, sekali harung nak tunjuk free gift yang aku dapat dari kawan aku kalau sesiapa beli dari dia. 

Tak sangka rupanya ada blogger sakit hati dan CREATE CERITA aku beli pakai installment. Kau rasa??

Sampai tahap tu ya kalau orang tak suka. Dia boleh create story dengan konfiden sekali. Memandangkan dia pun ada followers, dah tentulah ada orang percaya cakap dia. Padahal henbeg tu aku beli dari kawan aku sendiri. Member Dusty Pink Tits. Beli dengan member takkan pakai installment. Aku bayar full terus sebab support bisnes member. Aku bayar full amount pakai cheque sebab amountnya besar. 

Maka, terpaksalah aku publish bukti bank statement. Tapi bila aku publish bukti dikatanya aku berlagak nak tunjuk duit dalam bank. Pulekkkk. Halah halahhhhh.

Bagi aku, kalau benda yang aku tak suka tu berlaku dalam media sosial, lebih senang nak manage. Just like aku cakap tadi, ignore. Scroll laju-laju. Jangan follow. Kan simple tu? 

Tak faham jenis yang bitter dengan orang lain kat media sosial. Benda mudah kot. Tak suka, jangan tengok. Ni tak. Kau tak suka, tapi hari-hari kau tadah diri baca post aku.

Benda yang lebih susah sebenarnya adalah share story di luar medium media sosial. Ini kena read the room.

Tak salah pun nak share apa saja good news. Kalau kau beli kereta baru, kenapa pulak tak boleh share the news? Kalau anak kau dapat anugerah kat sekolah, kenapa pulak kena rasa bersalah nak share the news, kan? Tapi to some people, certain things bawa maksud yang berbeza.

Contoh, kau beli new henbeg. To you, itu sekadar henbeg. Memang kau suka kumpul henbeg. But untuk orang yang duit sentiasa tak cukup, dia payah nak berdamai dengan post kau tu. Rasa bitternya membuak-buak. Padahal kau takde salah apa pun, cuma kesempitan hidup dia buatkan something yang biasa-biasa pada kau jadi benda yang menyakitkan hati dia.

So, adakah tak perlu cerita apa-apa ke?

Bukan macam tu, cuma tengok dengan siapa kau tengah bercakap and dalam situasi apa kau share cerita tu.

Contohnya, bab pencapaian anak-anak.

Kawan-kawan kau tengah sembang hal anak-anak. Anak-anak dorang biasa-biasa saja keputusannya, sedangkan anak kau luar biasa hebat. Of course kau bangga. But JANGAN share pasal achievement anak-anak kau SELAGI TAK DITANYA. 

Layankan saja kawan-kawan kau bersembang hal anak-anak dorang. Bukan apa, bila kau share achievement anak kau yang tak terjangkau dek akal tu, percayalah cakap aku, cerita kau akan nampak sangat sombong dari perspektif dorang.

Kau kena ingat. Dalam ramai-ramai tu, anak kau je paling hebat. Anak-anak dorang semua lebih kurang je levelnya antara satu sama lain, sedangkan anak kau bertingkek-tingkek level atasnya. Tiba-tiba kau bercerita anak kau 24A SPM. The vibe of the room konfem berubah. Cerita kau akan nampak angkuh.

Tak salah nak cerita pasal anak kau Add Maths A+ atau Dekan sepanjang tahun. Cuma sekarang ni anak kau lahir di zaman yang berbeza. 

Zaman sekarang ni, kalau anak kau sangat pandai, lebih baik DIAM. 

Kalau achievement kau di tempat kerja sangat outstanding, lebih baik DIAM. 

Kalau bisnes kau hit juta-juta, lebih baik DIAM. 

Sebab zaman sekarang tak sama macam dulu. Dulu, semakin kita miskin, kita diam. Semakin kita bodoh, kita diam. Semakin kita tak berjaya, kita diam. Maksud "diam" kat sini adalah sedar diri.

Tapi zaman sekarang lain. Zaman sekarang tak ramai boleh terima ada orang lebih dari dia. Yang lebih hebat selalunya kena kecam. Yang biasa-biasa ni biarkan mendonia sebab selalunya dorang ni lebih ramai. Nanti kau kena attack berjemaah. 

Aku pernah lalui ni masa makan gaji dulu. That month, buat pertama kalinya aku hit lebih dari 1 juta sales. Masa meeting, CEO mintak aku ke depan share cara aku buat sales. Beza achievement aku dengan sales exec lain macam langit dengan bumi. Yang bawah dari aku rata-rata RM200-300K production saja. Not bad jugaklah achievement dorang, cuma aku tersangat outstanding bulan tu.

Bila CEO mintak share, aku pun sharelah. Ikhlas memang nak share. Dalam pikiran aku, kalau ramai buat juta-juta sales, bonus konfem sedap hujung tahun. Aku pun bagilah tips begitu begini. Rupanya-rupanya, tips aku takde siapa kisah. Aku akhirnya jadi bahan umpatan. Ada yang kata aku senang close sales sebab aku gunakan keseksian aku. Kau rasa?

From there aku belajar untuk read the room. Kalau dalam group tu aku sorang je yang paling outstanding, aku takkan share apa-apa. Kalau aku terpaksa share pun, aku akan share yang general-general saja. Bukan kedekut ilmu, tapi takde orang suka dengar cerita from someone lagi hebat dari dia. 

Selalunya aku diam and tunggu orang tanya baru aku cerita part aku. Selagi tak tanya, aku layankan je cerita orang lain. Walaupun ada orang tak kisah pun kalau aku share betul-betul, cukuplah sekali terkena. Aku prefer diamkan saja dulu.

Beli barang pun sama. Kadang apa yang kita beli tu bukan apa sangat pun, tapi entahlah. Zaman media sosial ni, cara orang tengok post dan gambar bukan sekali lalu. Dorang zoom in zoom out. Seram, ya. 

Kalau dia perasan aku pakai new henbeg, biarlah. Kalau dia perasan aku beli gelang baru, biarlah. Kiranya kalau kau nampak, nampaklah. Tapi aku takkan bercerita. Melainkan barang yang aku beli tu sebenarnya ada konteks. Contohnya hari tu kat Istanbul aku tunjuk pakai kasut baru. Bukan nak tunjuk kasut tu benaunya. Aku nak bagitau aku berjaya menjejaki foot print Johnny Huang di store ECCO Istanbul.

Dengan En Wan aku pesan benda yang sama. Aku cakap client memang suka agen yang ada outstanding achievement. Sebab semakin banyak agen tu ada achievement, bermakna that agen serius nak stay lama dalam bidang ni. Takdelah potensi kena terminate. 

Tetapi, belum tentu kawan-kawan seangkatan seronok dengan achievement kau. Jadi, jangan share beria sangat. Reward macam percutian ke, hadiah ke, takyahlah cerita. Kalau AWARD takpe, sebab award ni untuk menyakinkan client and new prospek.

Aku cukup takut everytime En Wan dijemput untuk bagi sharing. Sebab pengalaman aku sharing tips buatkan aku tak nak benda yang sama jadi kat sesiapa especially En Wan. Because I tell you, takde orang suka sebenarnya kalau kau terlampau sukses. One day kau akan create haters tanpa sedar. Dan haters ni selalunya bukan orang luar tapi dalam lingkungan kau sendiri. Yang bertepuk-tampar dengan kau tu belum tentu genuinely happy for you.

Janganlah naif sangat anggap semua orang dalam ofis tu kawan yang always support kau. Ada yang profesional. Ada yang bersaing secara sihat. Tapi ramai yang tengok your successful as threat. Sebab tu be careful. Share je lah benda-benda bodoh.


2026-10-11

Jangan letakkan orang tua di satu rumah. Buat giliran. Barulah masing-masing datang akai!

Percaya tak kalau aku cakap, semakin bertambah umur, semakin kau faham banyak benda yang dulunya kau anggap simple, sebenarnya tak se-simple mana.

Contoh, zaman kecik dulu kau selalu questioned apesal mak bapak takleh provide kau kesenangan macam anak-anak orang lain dapat dari parents masing-masing. Now, bila dah ada keluarga sendiri, baru kau realized mencari duit tu SUSAH. Duit tak boleh dikecai-kecai macam tu saja sesuka hati. Kena ada planning yang betul.

Dulu kau questioned apesal mak bapak tak pakai skin care, tak pakai perfume, tak berganti baju baru. Now bila dah ada anak, baru kau realized, bukan parents kau dulu tak nak, tapi dorang korbankan banyak keinginan sendiri demi provide yang benar-benar perlu and penting untuk kau and adik-adik.

Masa zaman makan gaji, semua benda kau salahkan boss and company. Ada je benda kau komplen, until kau ada company sendiri barulah kau realized, running a business tak se-simple "patutnya buatlah macam ni" "patutnya buatlah macam tu" "patutnya bagilah bonus 7 bulan".

Dulu baca kisah anak-anak letak mak bapak kat rumah orang tua-tua, terasa kejamnya. Menempah laluan ke neraka! Until mak bapak kau dah tua, dan kau nampak sendiri perangai dorang berubah, barulah kau sedar kenapa ada anak-anak letak mak bapak di rumah orang tua. Bukan buang mak bapak, tapi tak sanggup melayan karenah yang tidak-tidak.

At my age now, satu-satu aku dah nampak. 

Bujang dah rasa. Berkahwin dah rasa. 
Makan gaji dah rasa. Jadi majikan dah rasa. 
Duduk asing dari orang tua dah rasa. Duduk serumah dengan orang tua pun dah rasa. 

Bukanlah nak kata aku lebih tahu dari orang lain, tapi kalau kau tak rasa lagi semua ni, maka aku punya perspektif lebih valid.

Aku ambil contoh menjaga orang tua. 

Aku duduk dengan mertua 15 tahun. Dari pandangan mata kasar orang luar, aku BARU 15 TAHUN duduk serumah dengan mertua. Anak-anaknya sendiri jauh lebih lama tinggal dengan mak dorang.

Betul. 

Tapi aku nak cakap, duduk dengan orang tua semasa dorang umur 50-60an dengan duduk with them semasa umur dorang 80-90, TAK SAMA. Tak sama, ya! 

Orang tua ni, makin lama makin ada perangainya. Hanya yang tinggal serumah saja tahu apa perangai dorang. Selalunya anak-anak yang tak duduk sekali senang nak kata macam-macam. Sedangkan kau datang jenguk mak bapak sebulan sekali. Setakat ziarah 1-2 jam tu janganlah ingat kau dah faham apa yang berlaku dalam rumah tu. Nope. Kau tak nampak the real situation lagi. 

Contoh paling senang, mak mertua aku sendiri.

Everytime sakit, pening kepala ke, atau demam ke, PASTI aku and En Wan ajak dia ke klinik. Tapi selalunya mok tak nak. Dia cukup takut ke klinik. Takut nanti kena masuk wad. 

Tapi nanti bila anak-anak lain call tanya khabar, dia mengadu hal macam-macam. Sakit situ sakit sini.

Kalau kau anak yang cerdik, rasa logik tak aku and En Wan lepas tangan tak ambil berat hal mak? Tak logik, kan? Especially mak tu dalam rumah seorang retis yang dikenali seluruh dunia. Mustahil retis nak buat mak mertua melepek sakit. Kalau paparazzi dapat tahu retis itu menganiaya mak mertua, nescaya terancam reputasi retis tersebut. Aaaa gitu.

Itu kalau kau cerdiklah. Tapi kalau kurang cerdik, nescaya kau akan menggelupur membayangkan mak bapak kau teraniaya dan dibuli. Ditambah pulak dengar orang tua tu mengadu sakit, takleh bangun, takleh makan, takleh itu, takleh ini. 

Kita ni kalau ada COMMON SENSE, benda pertama yang kita buat bukan buta-buta percaya aduan mak bapak tadi, tapi tanya dulu orang-orang dalam rumah tu betul ke mak bapak kita ni sakit dan tak dibawak ke klinik?

Everytime mok sakit, dipujuk berkali-kali ke klinik, dia mesti tak nak. Mati-mati tak nak pergi. Dan-dan sihat. Pernah dulu, zaman En Wan masih jadi engineer. En Wan pagi-pagi dah keluar ke opis. Aku selalunya lambat sikitlah, dan my habit setiap kali sebelum keluar, aku cari mok dulu. Sebab aku akan bagitau aku nak keluar dah ni.

Pagi tu aku tengok bilik mok bertutup. Maknanya mok ada kat dalam. Which is peliklah sebab waktu-waktu aku nak pi kerja, mok selalunya dah ada kat bawah. Aku bukak pintu bilik tengok mok terbaring. Dia kata mabuk, pening kepala. Aku cakap meh kita pi klinik.

Tak nak. Takpe katanya. Dia cuma nak baring kejap, nanti hilang pening. Aku cakap ok takpelah, opis aku pun dekat. Kalau apa-apa call. Pastu aku pun pi kerja.

Tak lama pastu En Wan call bagitau dia bergaduh dengan ahli keluarga yang lain sebab ada yang tuduh En Wan tak bawak mok ke klinik. Padahal En Wan tak tahu yang mok tu sakit. Dia dah pi kerja awal. Aku bagitau mok pening kepala, dah ajak ke klinik tapi mok yang tak nak. Aku pun laju-laju balik rumah sebab En Wan takleh tinggalkan kilang. Balik tengok dah ada orang datang tengok mok. Mok tengah duduk.

Aku tanya "Mak pening lagi ke?"

Dia cakap "Kurang sikit dah. Dah baring tadi"

KAU RASA???

Yang anak laki dia ni dah bergaduh dengan family members lain dek kerana mok mengadu kat semua orang kata dia sakit tak boleh bangun. 

Aku punyalah bengang, tapi sebab mak mertua kan. Kalau aku tengking karang, konfemlah aku yang jahat. Aku terus pack baju, start enjin, balik Bangi. Aku bagitau En Wan aku nak tido Bangi sebab kalau aku duduk rumah tu aku akan melahar kat mak kau.

I tell you, orang tua ni bila dah tua, dia cenderung untuk create story, menambah tokok cerita, berlebih-lebihan dalam bercerita supaya orang lain bagi attention, especially anak-anak lain. Dia nak anak-anak lain datang tengok dia. Itu INTENTION-nya. Walhal dia takde masalah pun sebenarnya dengan anak-anak dalam rumah tu, tapi dek kerana kelaku dia tu dah membuatkan orang luar salah faham. Tu pasal ada mak bapak jadi punca anak-anak bergaduh. Sebab inilah. Sebab perangai.

Yang anak pulak bangang-bangang belaka, terus percaya apa orang tua tu mengadu tanpa bertanya dulu dengan anak yang menjaga. 

Aku ni everytime Mak Aji bagitau tak sihat atau Pak Aji tak sihat, aku call Ibal dulu tanya. Nak tau apa kisah sebenanya. Dan selalunya Ibal bagitau "Aku dah ajak, kak. Mama tu yang tak nak". Aku percaya Ibal. Sebab aku menjaga orang tua, jadi aku faham.

Yang menggelupur ni selalunya yang tak menjaga, tapi acah-acah ambik berat. Datang ziarah pun sebulan tak sekali, tapi berlagak macam tau semua benda. Bab kena jaga orang tua masing-masing bertolak-tolak. Kau tolak dia, dia tolak kau. Tapi bab acah-acah terpaling care, memang kau menang.

Aku percaya mana-mana anak yang duduk dengan orang tua, akan alami senario ni sekiranya dapat adik-beradik IQ 78.

Jaga orang tua umur 80 ke atas ni lain, ya. Kau jangan kata "Mak aku tu ok je..."

Mak kau ok tu zaman bila? Zaman umur dia 50? 60? 70? Now mak kau dah 80-90 tau. Lain.

Duduk serumah dengan orang tua 80-90 tahun tak sama dengan datang ziarah kejap-kejap. Sebab orang tua ni pun tak bodoh. Dia tahu kau datang habis kuat pun 1-2 jam je. Hanya 1-2 jam saja peluang yang dia ada untuk "melobi" kau kaw-kaw supaya dia dapat attention yang dia nak. Dia akan mengulang cerita kononnya dia sakit yang teramat sakit supaya kau risau. Motif dia bukan nak bagitau yang dia dibuli. Dia mengulang cerita hoping that esok, lusa, tulat, kau datang lagi tengok dia. Faham ke tak, bangang?

Orang tua nakkan perhatian. Dan perhatian paling mudah dapat adalah dengan mengadu dan buat cerita yang dia sakit tenat. Supaya anak-anak ramai datang jenguk. Because dia boring takde orang datang tengok dia. Malangnya anak-anak ber-IQ 48, assume orang tua tu dibuli, dianiaya, dan sengaja dibiarkan sakit. Alah bodohnya!

Tanyalah anak-anak yang menjaga orang tua, betul tak perangai orang tua gini?

Aku ni duduk dengan mertua 15 tahun, dah faham sangat. Bila diajak ke klinik, tak nak. Tapi bila anak-anak lain ajak pi klinik, laju mengangguk nak pegi. Penyudahnya orang nampak kita pulak yang jahat. 

Anak-anak lain pulak, bila orang tua tu nampak macam selesa duduk di rumah si A, masing-masing lepas tangan. Datang ziarah pun jarang. Tu pasal orang tua ni bertahan dari pergi klinik. Dia tak nak sihat. Dia nak terus sakit supaya ada modal nak buat anak-anak lain datang jenguk. Tu motif sebenarnya.

Dia senang cerita macam ni la. Jangan letakkan orang tua di satu rumah. Buat macam arwah nenek aku dulu. Rotate. Bulan ni rumah Mak Aji. Bulan depan rumah makcik aku kat Singapore. Bulan lagi satu balik ke rumah mak cik aku kat Ampang. Biar semua merasa jaga orang tua. Barulah masing-masing datang akai!


2026-09-28

Semua lelaki tak perlu jadi macam SS


Bila SS defend Bella secara live, aku rasa benda yang interesting bukan cara dia respond kepada orang-orang yang kritik isteri dia. Yang more interesting is how his actions dah buat ramai perempuan terfikir balik apa sebenarnya yang dorang patut cari dalam memilih suami.

Selama ini, bila orang cakap pasal bakal suami, benda pertama yang terfikir lelaki tu mestilah "provider". Cari lelaki kaya, yang boleh mewahkan isteri. Lelaki yang ada kerja bagus, gaji besar. Kalau dah ada rumah and kereta lagi bagus.

Tak salah pun nak semua tu. Siapa je yang tak nak hidup selesa, kan? Tapi selama ni our (perempuan) aim terlalu fokus pada apa yang lelaki mampu bagi dari segi material. Ramai tak teringat nak cari lelaki yang akan layan isteri lebih dari segalanya selepas kahwin.

Dia macam ni tau.

Kau boleh dapat lelaki yang gaji besar, tapi everytime ada masalah kau kena selesaikan sendiri.

Kau boleh dapat lelaki yang belikan semua benda, tapi bila orang merendahkan kau, dia diam sebab tak nak masuk campur.

Kau boleh dapat lelaki yang nampak hebat di mata semorang, tapi dalam rumah, kau langsung tak dibagi ruang untuk bersuara. Kena menurut 24/7.

Walaupun some people kata cara SS mempertahankan Bella kat majlis sanding agak over sebab dah jadi macam debat Piala Perdana Menteri and kill the vibe, eh why not?? Itu saja ruang yang dia ada untuk bercakap pasal isu personal. Takkan dia nak angkat issue ni kat parlimen. 

Dan takkanlah selepas ni, dia kena buat video demi video nak pertahankan wife dia. Macam tak kena dengan jawatan dia as YB. So, kat majlis tulah tempat paling sesuai untuk dia cakap pasal ni. To me, that's totally fine sebab itu majlis dia. Dia bukan hack majlis orang untuk bercakap pasal keluarga dia.

SS’s actions remind us that being a husband is more than just providing for the family. Dia tunjuk pada kita semua suami sepatutnya buatkan isteri tak perlu hadap semua sorang diri.

Kebanyakan perempuan sebenarnya tak mintak banyak. Cuma nak husband yang mendengar, memahami and ambil berat. A husband yang tak buatkan isteri rasa bersalah bila menceritakan masalah. A husband yang tak anggap emosi isteri as perkara remeh. And most importantly, a husband who never makes isteri feel alone selepas kahwin.

Sebab ada je perempuan yang hidupnya look absolutely perfect from the outside. Ada suami, rumah ada, anak-anak ada, duit belanja cukup. Tapi bila ada masalah, dia tak tahu nak cakap dengan siapa. Bila dia mengadu, suami kata dia terlampau sensitif. Bila mengeluh penat, suami kata semorang pun penat. Bila try to explain apa dia rasa, suami assume isteri nak cari gaduh. Eventually, she might stop talking because she no longer sees the point of explaining herself.

Perkahwinan macam tu takde makna. Kalau kawen setakat hidup atas duit lelaki, tapi takde life as husband and wife, tak payahla kawen. Tak kawen pun aku boleh enjoy dengan duit aku sendiri. Apa guna tinggal serumah dengan someone, tapi kau tak rasa husband ada involvement dalam hidup kau. Ada sekadar ada. Sekadar nak membuktikan you are not alone, padahal semua benda kau hadap sorang.

Contohnya ni. Luahan isteri yang kepenatan buat segalanya sendiri. Aku percaya dia takde tempat nak meluah sebab suaminya tak ambil port luahan dia. Maka, penatlah kau fizikal dan emosi.

That’s why a husband yang stand up for his wife’s feelings can mean so much more than people realise. Menunjukkan suami ambil serius things that affects his wife. And I think women should start paying attention to things like this when choosing a future husband. Jangan hanya tengok samada lelaki tu belanja kau makan everytime dating. Atau dia bawak kau dating kat restoran high class. Atau apa yang dia belikan kau sepanjang bercinta. Jangan semata-mata itu.

Tengok jugak macamana dia layan kau bila dia tak agree dengan kau. Macamana dia bercakap pasal kau depan kawan-kawan. Macamana dia respond bila family kritik kau. And how he treats you when you are not at your best. 

Sebab masa bercinta, semorang boleh jadi romantik. Semorang boleh cakap sayang. Semorang boleh janji nak sehidup semati. Tapi lepas kahwin, kau akan nampak karakter sebenar someone thru small-small things yang dia buat every day.

Dia bangga tak kau lebih berjaya daripada dia?
Dia support tak bila kau nak start new job?
Dia allow tak kau menjadi diri sendiri?
Or dia cuma suka kau sebab kau tak banyak meminta, tak banyak cakap and ikut je apa dia nak?

To me, a good man doesn’t feel threatened when she gets smarter, more successful or more well-known. 

SS terang-terangan puji Bella umur 5 tahun dah berani masuk pertandingan, cari duit, bawak family pindah ke KL. Some people akan rasa Bella's achievement biasa-biasa. Lainlah kalau belajar pandai, kerja bagus, ada good network like SS. Tapi SS inrepret kejayaan isterinya dari perspective berbeza. 

He sees the effort behind everything she has achieved. Dia tahu Bella started young, took risks, kerja keras and berkorban banyak to get to where she is today. Instead of comparing her achievements to his own or making her feel like they are not enough, he genuinely celebrates them.

I tell you, seorang isteri yang dapat support macam ni di rumah, TAK AKAN bitter dengan orang lain. Those yang bitter and always jealous dengan orang lain adalah isteri yang kat rumah tak dapat perhatian yang diharapkan dari suami sendiri. I said what I said. Bila perempuan disayangi, dihargai dan disupport oleh suaminya, she doesn’t have to constantly seek validation from the outside world. She can celebrate another woman’s achievements without comparing them to her own.

Bukan semua lelaki kena buat live speech untuk defend isteri. Tapi bila seorang lelaki shows that dia ambil serius maruah isterinya, people can see that things like this actually matter. Buatkan kita fikir balik standard yang selama ni kita guna untuk menilai lelaki. 

Kalau tengok, SS takde tunjuk dia mewahkan Bella atau spend itu ini untuk Bella. Apa yang dia share selama ni cuma experience. Run together. Riadah together. Gi majlis bersama-sama. Attend sports day anak bersama. Seingat aku hampir takdelah dia tunjuk dia beli itu ini.

And I think this is what we should teach women to look for. Bukan semata-mata cari lelaki yang boleh memewahkan. Find a man who is not broke and not stingy with his support. Sebab ada je lelaki yang sanggup keluarkan duit untuk isteri, tapi susah nak keluarkan satu ayat that shows he is proud of his wife. 

Kita kena mula nampak beza antara lelaki yang mampu bagi kemewahan dengan lelaki yang tahu appreciate isteri. Belum mampu memewahkan takpe, asal tak menjadikan kekurangan duit alasan untuk abaikan responsibilities.

Aku rasa kita kena berhenti jugak judging couples based on who seems more impressive. Bella tak sepadan dengan SS lah. Upbringing macam langit dengan bumilah. Tak sekufu dari segi pendidikanlah. SS terlalu perfect untuk Bella lah.

Yes, sekufu memang penting. Tapi kau ingat Bella tu sengkek sangat ke? Kau ingat Bella tu kategori tak bijak ke sampai tak sepadan dengan academic achievement SS?

Hello? We don’t know what’s really going on in their relationship. Kita tak tahu siapa yang sokong siapa. Kita tak tahu siapa yang lebih banyak berkorban. Kita tak tahu siapa sebenarnya yang bergantung kepada siapa. 

Banyak dah kejadian yang kita nampakm sekarang, si suami nampak macam gah, macam achievment tinggi melangit, macam berjaya sangat. Bila dah bercerai baru tahu selama ni suaminya berjaya sebab bini banyak tolong, bini yang banyak naikkan nama suami, bini yang banyak support dari belakang. Hampeh. 

Look. Semua lelaki tak perlu jadi macam SS. Aku cuma rasa his actions remind us that a husband can show his love through the way he treats his wife. Bagi aku that is the standard yang patut kita mula letakkan. Bukan lelaki paling kaya. Or lelaki paling terkenal. Tetapi lelaki yang tahu isterinya bukan semata-mata orang yang dia perlu tanggung, tapi yang dia pilih untuk hidup. 

At the end, kita bukan nak kahwin dengan lelaki yang nampak hebat kat mata orang lain. Kita nak kahwin dengan lelaki who makes us feel like choosing him was the right decision.


2026-09-14

“Can I know eh why orang miskin beranak ramai?”

Post semalam yang aku basuh jantan pelir kontot tuduh Mahathir punca keluarga dia hidup susah, lantassss ramai bersetuju.

Terima kasih.

Dan ramai juga minta aku bagi pandangan kenapa orang miskin selalu beranak ramai.

Ok, setakat bagi pandangan no hal. Tapi aku nak tekankan, ini pandangan peribadi aku saja.

Soalan ni sebenarnya ramai orang fikir and tertanya-tanya cuma ramai takut nak bertanya and berdiskusi sebab bunyinya macam judgmental. Tapi kalau tengok dari sudut sosial and realiti hidup, benda ni lebih daripada sekadar tak pandai merancang keluarga.

Kalau kita tengok dalam banyak negara, termasuk Malaysia, makin tinggi pendapatan, makin kurang anak keluarga tu ada ada. Selalunya gitu. Dan, makin susah sesuatu keluarga, makin ramai anak dorang ada. Bukan semua. Tapi pattern tu ada. Ramai. And the answer actually taklah se-simple “orang miskin suka beranak”. Ada banyak reason dorang ni ramai anak.

Yang pertama sekali, education. Tak banyak pendedahan pada family planning. Survival mindset pun ya. Cara dorang melihat masa depan pun satu hal juga. Kalau kita tengok orang have-have, dorang usually pikir panjang sebelum tambah anak. Dorang berkira sikit bab ni.

Mampu ke nak bagi sekolah terbaik?
Boleh ke maintain lifestyle?
Nak fokus career dulu
Nak travel
Nak ada personal space
Taknak mental burnout

Bukan takut beranak ramai, cuma dorang nampak anak ni as komitmen yang perlukan masa, duit, emosi, attention and long term planning. Nak menjaga manusia bukan boleh ala kadar. Nak-nak lagi zaman sekarang semuanya mahal. Sebab tu ramai middle and upper class sekarang makin takut nak ada anak ramai.

Bukan tak suka budak. Tapi sebab sedar kos membesarkan anak gila mahal. Taska sekarang bukan main mahal. Register saja dah ribu. Zaman Rayyan dulu sebulan RM400-500 tak lari. Tu baru tadikanya. Belum susu lagi. Susu mahal. Sekolah mahal. Rumah mahal. Minyak mahal. Takde yang murah. Semakin educated dan exposed someone, dia akan nampak ini bukan tanggungjawab ringan. Sebab itu ramai orang kaya or professional ada 1-2 anak je. Kadang-kadang langsung tak nak anak.

Tapi orang miskin yang tak educated, cara pikir dorang beza. Ramai di kalangan dorang membesar dalam survival mode. Bila hidup susah terlampau lama, mindset jangka panjang susah nak dibentuk. Sebab otak dorang dah terbiasa fikir nak survive hari ni dulu.

Orang yang hidup stabil akan fikir 10 tahun lagi macam mana? Tapi orang yang hidup struggle all the time, dorang punya pikir setakat kat “Minggu depan makan apa?”

Tu pasal orang yang miskin ni bila anak nak masuk sekolah baru dia pikir mana nak cari duit. Anak nak masuk asrama baru tanya kat mana nak mohon sumbangan. Anak nak masuk uni baru tanya kenapa yuran mahal. Sebab dorang tak berkemampuan pikir jauh. Masa buat anak dulu dorang tak pikir semua ni sebab kebiasaan berpikir long term tu takde.

Bila otak sentiasa dalam mode survival, life decision dorang selalunya lebih emosional and immediate. Jam tu nak pakai duit, jam tu baru cari. Pastu bila dah menggagau, salahkan semua orang. Salahkan takde bantuan. Salahkan adik-beradik and keluarga tak bantu. Salahkan sekolah takde dana khas. Senang hidup kau, kan?

Sebab tu kemiskinan bukan semata-mata tak cukup duit, tapi mempengaruhi cara otak buat keputusan. Miskin ni kalau tak menyusahkan orang lain takpe. Ni jenis dah miskin tu satu hal, menyusahkan orang lain pulak tu. Orang miskin sekarang kau jangan main-main. Dorang punya entitlement tinggi, ya. Miskin zaman aku kecil dulu, kalau miskin seboleh mungkin tak nak menyusahkan orang. Mindset orang miskin zaman dulu — miskin jangan sampai jadi kebencian orang. Kalau dah tau tak mampu, pakai apa yang ada.

Zaman aku kat TKC, time rehat, aku kategori yang rehat masuk dining hall ambik makanan free. Selalunya milo and roti. Yang berduit pi kantin. Takde pulak aku nak mintak dikasihani...

“Weh, belanjalah aku makan”

“Tak baiklah korang makan sedap depan kitorang”.


Apa benda siallll.

Orang miskin sekarang, anak takde laptop pun dihogahnya universiti kenapa tak bagi bantuan laptop. Bingai. Memantat pandai. Dah tau anak tu apply masuk uni, patutnya masa anak apply tu dah ikhtiar apa yang patut.

Sama macam anak-anak yang dapat SBP/MRSM. Every year kalau tengok group FB SBP/MRSM akan ada komen yang sama.

“Takde bantuan ke untuk persiapan anak-anak?”


Apa bangangnya kau ni? Kau suruh anak apply sekolah asrama, tapi kau takde plan untuk anak tu. Patutnya bila kau apply, masa tu dah start kumpul belanja sikit-sikit. Itulah namanya planning. Ni tak. Orang apply kau pun apply. Tapi apply air liur. Pastu menadah mintak bantuan sana-sini. Tak dapat esok mulalah salahkan kuota T20, kuota Alumni, kuota Pengetua lah.

Lagi satu faktor besar is pendidikan seks and family planning. Ramai orang underestimate benda ni. Ada orang literally tak pernah diajar macam mana pregnancy berlaku. Ada yang tak faham cycle period. Ada yang malu nak beli protection. Ada yang terbiasa dengan kepercayaan “anak tu rezeki”.

Bab ni aku faham jugalah. Sebab sometimes orang miskin ni akses to contraceptive pun susah. Orang kaya macam korang-korang ni mengandung je terus jumpa doktor, buat planning. Atau awal-awal gi jumpa doktor ambil prevention. Orang miskin nak pergi klinik pun fikir tambang. Hidup dorang terlampau sempit sampai benda tu jadi bukan priority.

TAPIIIII… orang miskin sekarang MOST of them smartfon kat tangan. Boleh je nak ambil tahu pasal semua ni. Tapi tu la aku cakap miskin + bangang kau takleh buat apa. Dorang jenis taknak ambil tahu benda-benda ni semua. Buat apa ambik tahu. Bantuan kerajaan kan banyak. Orang Malaysia pulak baik-baik. Buat je la cerita sedih, tepek QR, komfem bertabur hantar duit.

Selain itu, dalam banyak budaya Asia termasuk Melayu, anak dilihat sebagai rezeki. Ramai keluarga susah survive sebab anak-anak eventually tolong keluarga.

Dalam komuniti miskin, keluarga besar selalunya jadi support system. Tu pasal anak dorang pun kadang sekolah tak tinggi sebab dah didoktrin esok habis sekolah kena cepat-cepat tanggung keluarga. Ambik alih tanggungjawab ayah. Kiranya orang-orang ni kerjanya memantat sampai bersusun anak untuk kemudahan dorang di masa depan. Responsibility pada anak-anak takde. Haa kauuu. Geram aku.

Most of them anggap anak penyambung hidup and sumber harapan. Ini mindset yang dah wujud beratus tahun dulu sebenarnya. Tapi, dulu ye lah, anak ramai sebab orang miskin dulu kebanyakannya berkebun, bersawah. Lagi ramai anak, lagi ramai boleh berkerja. Boleh tolong kebun, boleh jaga adik, boleh tolong masak masa mak bapak gi berkebun.

Masalahnya, mindset tu terbawa-bawak sampai sekarang walaupun dunia dah berubah. Dulu kebanyakan orang memang tak bersekolah. Tau membaca dah memadai. Now semua bersekolah. Maknanya kau sekarang takde pilihan melainkan kena PLAN DENGAN BAIK kehidupan anak-anak. The moment anak lahir dah kena plan and atur budget untuk anak tu. Patutnya gitulah.

One more, part yang ramai tak nak cakap tapi real. Iaitu hiburan and escapism. Bunyinya macam lucah, tapi betul.

Aku ingat lagi adik ipar aku Azrul. Adik-beradik dia 12 orang. Ima cakap dia pernah tanya kenapa ramai sangat adik-beradik. Azrul dengan selamba jawab “Biasalah mak bapak saya menoreh. Time hujan takleh noreh boring-boring tak buat apa, baik beromen”

Kuang hasam Azrul.

Tapi that’s true. Bila hidup stres, sempit, penat dan tak banyak peluang hiburan or self-development, seks is comfort paling senang dapat. Orang kaya bila stress gi holiday, travel the world go places, gi gym, gi therapy, shopping, hiking, staycation, gaming, spa, layan concert.

Orang miskin? Hiburan paling accessible is pasangan dia sendirilah. Tambah pulak jenis yang kesedaran diri dan tanggungjawab takde, pregnancy lebih senang berlaku. Sebab dorang takde ilmu tentang family planning. Benda ni bukan pasal moral. Ini reality hidup. Jenis yang miskin tapi berpandangan jauh macam family Azrul tu rare di zaman sekarang. Anak 12 orang semua ke uni. Anak pertama (abang Azrul) fly ke USA.

Imagine tahun 90an dah fly. Bijaklah. Sebab zaman 90an dulu yang dapat tajaan overseas bukan pakai kuota sosio-ekonomi. Pakai result akademik semata-mata. Kalau pakai kuota pendapatan, orang pertama tak layak fly dah pastilah Mr Annoying my roommate 😆.

Aku pernah tulis dulu, JANGAN MISKIN. Bukan suruh kaya-raya, asal jangan miskin. Sebab tak semua orang berjaya keluar dari trauma kemiskinan. Contohnya, lelaki yang tuduh Mahathir punca keluarga dia miskin tu. Tulah trauma. Mak bapak dia tak tau tu anaknya trauma sampai ke tua dek kemiskinan yang dorang cipta.

Sebab realitinya, anak yang lahir dalam keluarga yang terlalu struggle selalunya akan face mental health issue and social mobility. Mindset dia akan buatkan cycle kemiskinan tu berulang. Bila parents terlalu penat survive, anak-anak kurang guidance. Bila education kurang, peluang kerja rendah. Bila income rendah, pressure hidup tinggi. Then cycle repeat lagi.

Ini bukan menghina orang miskin yang beranak ramai. Beranak ramai tak pernah salah. Tapi kena ada planning. Kau nak beranak sampai rabak puki takde siapa marah. Tapi jangan impak kau beranak ramai tu sampai menyusahkan kerajaan and orang ramai nak membela kesusahan kau. Anak kau akan membesar dengan starting point yang lebih susah daripada orang lain. Faham?


2026-09-11

Perempuan lepas bercerai makin cantik

Aku baca sorang lelaki tulis "Dah kena cerai pandai pulak bersiap. Masa ada suami kenapa tak secantik sekarang?"

Perempuan lepas bercerai selalunya makin cantik. Makin pandai bergaya. Bukan sebab nak cari laki baru, bang. Tapi sebab dah terlepas satu beban hidup. Of coslah happy.

Sama macam kau dapat lab report. Urine cantik. Kolesterol cantik. Renal test cantik. Liver cantik. HbA1c cantik. Mau tak happy? Terus gi mamak celebrate. 

So, kalau masa bersuami perempuan tu nampak selekeh and serabut dan bila dah kembali single nampak gojes, boleh jadi rumahtangga-nya dulu neraka dunia.

Asal janda bercantik-cantik je kau assume dia cari jantan. Belum tentu, bang. Belum tentu. Sometimes dia nak menikmati apa yang dia pernah hilang dulu.

Same thing applies to mak-mak yang umur dah 40-an baru nak layan konsert KRU Westlife Ella M.Nasir segala. Sebab kami nak menikmati apa yang kami dah korbankan masa muda. Masa muda dulu, anak masih kecil. Zaman tu kitorang baru nak bina kehidupan, bina career. Duit masih belum berlebih nak berhoya-hoya. Now anak-anak dah besar boleh uruskan diri, kewangan dah stabil, masa pun lebih banyak, waktu nilah kitorang melayan konsert.

Korang asal tengok orang tu berubah, kau nampak apa yang zahir je. 

Kulit orang tu makin cantik. 
Badan makin slim. 
Makin bergaya. 
Makin bersolek. 
Manjang senyum. 

Tapi kau tak nampak apa yang berlaku sebelum semua perubahan tu. Ada yang bertahun-tahun hidup tertekan. Everyday menguruskan suami biar suami nampak presentable sampaikan diri sendiri terabai. Ada yang dah lama hilang keyakinan diri, sampai tak ingat bila last time dorang betul-betul menikmati hidup.

Tup-tup bila Hamba Allah tu dah bercerai, mulalah orang buat teori.

"Dah ada boyfriend baru agaknya"

"Dulu masa berlaki tak macam ni pun"

"Patutlah nak cerai, rupanya nak bebas"


Masing-masing mulut macam pantat babi.
Kau kalau nak bini sentiasa sedap mata memandang, JANGAN BAGI DIA PENAT. 
Tu je syaratnya.

Bukan maksudnya bini tak payah buat kerja rumah lansung. Bukan. Cuma jangan dilambakkan semua urusan rumah atas bahu bini sorang. Kalau semua benda dia nak uruskan, bila masanya dia nak bercantik untuk kau? Tak sempat, bang. 

Kau pulak cacat, jenis semua benda nak dihulur depan mata. Makan nak dicedokkan. Air minum nak diambikkan. Baju nak pegi kerja pun kena atur atas katil. Patut padanlah sikit. Tahulah kau tu suami tapi yang kat rumah tu isteri, bukan kuli batak.

Perempuan bila dah penat menguruskan rumah, menjaga dirinya sendiri dah bukan priority. Bukan dia tak nak bercantik-cantik, tapi dah terlampau penat. Jangankan nak bersiap, nak bercakap pun pikir banyak kali. Baik tido.

Sometimes bila dah penat, nak fikir pasal skincare, pasal baju cantik, pergi salon pun dah takde mood. Jangankan kata yang tak berkerja, aku yang berkerja ni pun lepas Zohor dah malas nak mekap lagi. Bare face je sudey. Malas. Karang lagi 2 jam nak Asar pulak. Itu cara-cara aku yang kerja opis depan laptop. Pun malas nak bercantik all the time. What do you expect dengan bini kau yang duduk rumah non-stop mengemas? Lagilah tak rasa ada keperluan nak bercantik-cantik all the time.

Belum cerita tidur tak cukup, stress, tak sempat makan, etc. Ni semua bagi kesan kat penampilan. Kalau nak bini tu gojes sexy, carikan maid. Jadi wife tu ada masa nak bersiap, berwangi, jaga badan. Kalau taknak hire maid, kau kena berlebih-kuranglah dengan urusan rumah tangga. 

Penat masak? Ok, makan luar.
Penat laundry? Ok, dobi.
Penat mengemas? Ok, cleaning lady.

Bila bercerai, banyak tugasan dapat dilepaskan. Jadi, tekanan tu kurang. Maka tak mustahil si perempuan nampak lagi fresh, gojes and bergaya. Sebab now masa dia hanya untuk diri sendiri. Bangun tido takyah rush, boleh ambik masa mandi berlama-lama, bersiap cantik, eat good food. Ada energy untuk mula jaga diri. Logiklah bila dah bercerai semakin cantik. Bukannya dia bercantik sebab nak menggatal.

Satu lagi benda yang aku rasa ramai terlepas pandang is kebebasan buat keputusan sendiri.

Yang ni aku cerita kisah kawan aku. Dia ex-colleague 2 tahun lebih tua. 

Dulu kat opis, akulah agak daring. Penampilan dia pulak jenis yang baik-baik. Suami dia sangat jaga penampilan isterinya. Pakai macam ni tak boleh. Macam tu tak boleh. Kiranya kena ada approval si suami. Tapi everytime nampak aku, kemain lagi mata melirik. Aku pernah caught him tenung aku dari side mirror kereta. Dengan kawan bini kau pun kau nak try. 

Aku pun pakai ikut approval En Wan, cuma En Wan suka isterinya pakai skirt pendek. Macam kawan aku ni, suami tak bagi dia bergaya berlebih-lebih. Oklah fine, takde halangan pun. Yang jadi issue, suami dia ada ofis wife! Ofis wife bukan main lagi daringnya. Lebih kurang pesen aku je outfit. Maksudnya, kau suka type macam tu tapi kau tak allow wife kau berpakaian macam tu. Wadepak?!

Some lelaki memang macam ni. Yang bininya kemain lagi diatur tak boleh gini, tak boleh gitu. Nak tunjuk kat orang konon dia pandai pilih bini. Sebab perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, kan. So dia perasan dia baiklah. 

Konon dia pandai didik bini jadi solehah. Tapi dia kemain lagi mengayat perempuan yang daring-daring. Bini kau, kau sekat kebebasan buat pilihan. Yang kau boleh pulak banyak pilihan eh? Cibai.

Kau, kalau suka pompuan sexy dari awal, carilah yang sexy. Takyah acah-acah baik nak bini yang sopan-sopan padahal kaulah bapak setannya. After 4-5 years kawen kau mengote dengan perempuan yang sememangnya taste kau. Bini yang kau solehah-kan tu kau kongkong supaya dapat cover perangai setan kau. Ujung-ujung kau kata bini tak pandai bergaya, tak pandai menggoda. Eh babilah.

Tu pasal perempuan-perempuan macam ni lepas berpisah je nampak macam "lepas geram". Pandai bercantik-cantik, pandai jaga badan. Sebab dulu lakinya tak bagi dia buat semua tu. Bukannya dia tak nak buat. Now, nak beli baju, beli. Nak beli kasut, beli. Nak travel, pergi. Bila emosi dia in a good state, glow tu terpancar kat muka.

Kalau pun dorang bercantik-cantik sebab nak cari pasangan, salah ke? Puas dah dia jadi selekeh masa berstatus isteri. Now dah free, apa salahnya dia nak bercantik. 

Tapi, tak semua yang lepas menjanda berhias sebab nak cari boifren. Ada je yang cuma nak rasa cantik untuk diri sendiri. Nak tengok cermin suka dengan apa yang dia nampak. Jangan kata dia, aku pun macam tu. Kau ingat perempuan bercantik sebab nak tarik perhatian lelaki ke? Tak sayang, kitorang suka bercantik-cantik sebab nak ambik gambar banyak-banyak feeling model. Habis kau ingat dulu Ratu Camwhore ni bergambar dulu sebab apa? Nak ngorat kau? Hak tuihh.


2026-08-29

Sometimes semua ni kita hanya realized lepas kita hilang that peluang.

Pagi ni bukak PM (Facebook). Lama aku tak bukak "other box". Selalunya yang bukan fren kalau hantar PM, akan masuk ke folder ni. Folder ni memang tersorok, jarang aku bukak. 

Pagi ni free pulak aku nak kelebet folder FB. Nampak ada mesej panjang dari sorang mak. Meluah masalah anak perempuan. Anak perempuan grad 2 tahun lepas terus kahwin. Lepas kawen berhenti kerja. Maknya kecewa.

Panjang luahan dia. 2 bulan lepas lagi dia hantar PM ni, yang aku baru bukak. Aduilahh. Sorry ya, Kak. 

Dulu lepas grad, aku terus dapat kerja. Lepas 1 tahun 7 bulan, aku resign sebab nak sambung belajar. Selepas 1 tahun belajar, aku kerja balik. Sebelum dapat kerja, sempatlah menganggur 1 bulan. Mak Aji asyik call tanya dah dapat kerja ke belum. Bertambah-tambah stress aku. 

Pada aku, aku dah kawen kot. Aku ada laki. Gitu aku pikir. Masa tu aku rasa safe sebab ada suami. Takde kerja pun takpe, sebab aku boleh je hidup seadanya. Suami dah sedia tempat tinggal. Takde duit pun takpelah, janji hidup selesa. Lagipun aku tak kisah takde duit sangat. Janji makan pakai cukup. 

Now, as a mother, aku faham kenapa mak tu kecewa. Pada aku, rasa kecewa kakak tu bukan bermakna si mak pandang kerja seorang suri rumah. Bukan.

Sometimes, frustrations comes from something much deeper. It comes from a feeling of… “Aku susah payah ikat perut nak hantar kau belajar so that kau ada pilihan dalam hidup. Tapi bila kau dah grad, kau pilih untuk tak gunakan apa yang kau dah build?”

Aku faham perasaan tu. Because education is an investment. Ini bukan someone yang terpaksa berhenti sebab jaga anak sakit or because life circumstances made it impossible to continue. This is about someone who had the opportunity to continue, but chose not to.

Bila kita bercakap pasal anak pilih untuk jadi suri rumah, jangan ingat si mak tak faham wanita, atau merendahkan kerjaya surirumah, atau materialistik. Takde kena-mengena. 

Ada beza antara merendahkan kerjaya suri rumah dengan KECEWA bila si mak nampak potensi anak tapi anaknya tak guna that potensi. Aku tak nak ambil contoh kisah akak tu. Aku ambik contoh diri sendiri.

Mak Aji and Pak Aji bukan orang kaya. Dorang sendiri bukan lulusan uni. Tapi bergolok bergadai nak membesarkan anak-anak sampai ke uni. Dalam keadaan tak mewah, dorang usaha sediakan basic necessities untuk anak-anak supaya masa depan anak-anak berubah. Entah apa yang dorang dah korbankan aku tak tahu. 

Imagine bertahun-tahun dorang kerja dengan gaji yang tak besar, dalam kepala dorang hanya nak anak-anak menikmati hidup yang lebih baik dari apa yang dorang mampu sediakan. Tup-tup aku tak nak kerja, decide nak duduk rumah. Kau rasa apa perasaan Mak Aji and Pak Aji?

KECEWA.

Inilah yang mak bapak rasa. Bukan sebab suri rumah tu kerja yang hina. Tapi dalam perspektif seorang mak, anaknya dah tutup satu peluang yang sangat besar. And as a mother, I think that’s a very human emotion.

Maybe anak akan cakap, “Saya jadi suri rumah yang terpelajar. Saya boleh guna kepandaian saya untuk didik anak-anak”

Girl, I think you are missing the point.

There is absolutely nothing wrong with choosing to be suri rumah. And being a well-educated mother can certainly benefit the children. But that was never the point of education in the first place. 

Kau kena faham VALUE pendidikan yang kau ada. Sebab kita tak pernah tahu apa nasib kita. Maybe life kita akan berubah dalam 10, 20 atau 30 tahun ke depan. As a mother, aku lebih rela anak aku ada banyak pilihan, daripada pilihan terhad.

Contohnya, tengok situasi selepas SPM. Time nak apply ke uni, yang banyak pilihan adalah siapa?

Yang straight A.
Yang merit tinggi.
Yang banyak oustanding achievements at school.
Yang ada duit.

Orang yang ada banyak pilihan, nak apply mana-mana pun boleh. Dapat tak dapat belakang cerita. Sekarang kita bercakap tentang PILIHAN. Bila ada pilihan, kita boleh memilih. Berbanding dengan result yang tak begitu bagus, dah tentu pilihan pun terhad. Boleh faham tak analogi ni?

Yang pilih untuk jadi suri rumah dengan sedar and ada perancangan, takpe. Yang si mak tu persoalkan adalah anaknya buat big life decision without really understanding the implications of that decision.

Ramai kat Thread buat post "Nak kawenlah, penat kerja. Nak berhenti kerja duduk rumah"

Aku baca pun macam...pendeknya akal kau ni, dik.

Jadi suri rumah ni bukan sebab penat kerja. Bukan sebab suami boleh tanggung. It’s a life decision that can have long-term consequences. Kalau alasannya, suami mampu tanggung and both of you selesa dengan keputusan tu, and you understand the risiko yang akan datang bersama-sama keputusan tu, go ahead.

Tapi aku tetap tak salahkan seorang mak yang berharap anaknya berkerja dulu. Build something first. 

Mak tu bukan nak anaknya kejar duit. Dia nak anaknya build something of her own. Duit memang suami boleh bagi, tapi pengalaman bekerja, career, networking, confidence, belajar buat keputusan, belajar manage financial sendiri, expose to professional world, learn how to survive without depending on others - ini semua pun penting. Sometimes semua ni kita hanya realized lepas kita hilang that peluang.

Aku kadang bila pikir mindset aku masa mula-mula kawen dulu, aku bersyukur aku terus berkerja. Biasalah awal-awal kawen, perasaan nak jadi isteri solehan tu ada. Nak jaga suami, nak berbakti kepada suami. Nak kejar syurgalah katanya. 

Dulu cinta masih menebal. Imagine after 5 years, komitmen bertambah, tengok orang lain pi vacation, tengok anak orang lain sekolah best, rumah besar - masa tu baru kau terasa ada competition. Masa tulah datang insecurities and jealousy. Awal-awal kawen memang kau tak rasa benda ni. 

"Belajar tinggi-tinggi bukan bermaksud kena bekerja!"

Ya, betul. Memang belajar tinggi-tinggi tak mewajibkan kita bekerja. Tapi education is made to produce something in return. Tak semestinya duit. Tapi confidence, skill, experience, critical thinking.

Banyak kali aku nampak kat media sosial suri rumah buat post "Ok ke dress up macam ni ambil report kad anak? Kita ni suri rumah"

Tahu tak sebab apa ada post macam tu?

Because the issue is not the dress. It’s the confidence. Kau tak nak nampak diri kau macam suri rumah. Kau nak orang pandang kau seolah-olah kau ada kerjaya juga.

Bila someone mula rasa dia perlu justify apa dia pakai, macamana dia nampak dengan apa dia pakai, atau macamana dia carry herself hanya kerana dia seorang suri rumah, that tells you something. Maybe dalam diri dia dah mula rasa “aku cuma suri rumah”.

Where did that insecurity come from?

Because somewhere along the way, she started feeling that she had given up something. Her career, her identity, her financial independence, her exposure to the outside world. Dia dah ada rasa terkilan. 

Aku tak kata semua suri rumah macam ni. Not at all. Ramai je yang very confident, articulate, knowledgeable and secure with who they are. But that is precisely my point. 

Aku ambil contoh adik aku, Ima. Dia pi ambil report kad anak atau perjumpaan ibu bapa pakai biasa-biasa je. Takde dia kisah nampak macam suri rumah or not. Because dia tahu apa yang dia dah bina. She was an engineer. Dah puas kerja. Dia berhenti sebab anaknya autism perlukan perhatian. Jadi dia tak kisah kalau tak nampak macam orang berkerjaya because she knows what she can contribute. 

Aku proud sebab dengan title suri rumah dia pernah dipilih jadi YDP sekolah. Bermakna, orang tak nampak dia as orang yang "takde kerjaya". Orang nampak potensi dia. 

Education should build that CONFIDENCE. Samada kau guna education to build career, to run a business, or become a suri rumah, that's your choice. Yang penting, you made that choice CONSCIOUSLY, knowing what you were gaining, what you were giving up, and what the long-term implications might be.

Jadi suri rumah is not an issue. Making a life-changing decision without fully understanding what that decision may cost you in the long run, that's what concerns si mak tadi.

Jadi kalau seorang mak berharap anak yang dia hantar belajar bertahun-tahun use that qualification to build a professional life, aku tak nampak itu as something yang salah. Mak mana yang tak menyimpan harapan. 

Bayangkan anak kita sekarang, yang kita berhabis hantar ke sekolah, letakkan ke tadika yang the best, provide dengan segala keperluan, top up dengan tusyen, kelas piano, swimming dan segala tok nenek. Tup tup anaknya dah kawen, tak nak kerja. Kalau berhenti after 10 years bekerja, takdelah kecewa sangat mak tu. Ini baru kerja 2 tahun, takde sebab musabab yang kuat, tau-tau berhenti. Alasan, tak nak kerja. 

Dik, acik cakap jangan kecil hati, ya.

Suami memang boleh tanggung. But if tanggung means cukup-cukup makan, cukup untuk bayar bil, cukup untuk keperluan asas and even RM1000 nafkah pun tak cukup untuk cover your personal needs, then honestly, go to work, dik. Build something first.

Kebanyakan acik-acik yang kau tengok jadi suri rumah sekarang, they have actually worked for years. 10 years. 15 years. Some even longer. They have savings. They have experience. They have skills. They have a career history. They have something they built for themselves. So when they eventually decide to become a full-time homemaker, they are not starting from zero.

Kau kerja baru 1-2 tahun, dah letakkan kebergantungan pada suami sepenuhnya. Pastu insecure bila mak mertua tanya "Bila nak kerja? Tak nak kerja ke?"

Cuba kalau kau kerja dulu, let your in laws kenal kau siapa, tahu apa yang kau contribute, sure dorang tak perlekehkan kau bila kau berhenti nanti. Cuba ambil masa build your own identity and track record outside of being someone's wife. Pastu nanti bila kau berhenti sebab nak duduk rumah, the narrative is different. Because they know what you have done before.

One day kalau dorang tanya, or sesiapa tanya “Tak kerja ke?”, you can simply say “I have built my career. For now, this is the life I choose”

That's a very different kind of confidence. Ini yang aku cakap tadi bila aku kata education is an investment.

Ini tak. Bila kau sendiri takde confidence dalam diri, rasa insecure, tu pasal kejap-kejap "Hina ke jadi suri rumah?"

Itu bukti kau insecure. Takde siapa hina, kau yang terasa. Kau rasa rendah diri dengan pilihan yang kau buat sendiri. Kalau kau content dengan apa yang kau pilih, kau takkan rasa rendah diri. 

Inilah yang si mak tadi tak nak anaknya lalui. Mak tu marah sebab sayang. Dia takut. Takut anaknya terlampau bergantung kat orang lain. Sebab dia tahu perjalanan marriage ni tak semuanya indah. Kalau suami berubah macamana. Kalau ekonomi berubah macamana. Bukan mendoakan rumahtangga gagal, but life never comes with guarantees.


2026-08-28

Kereta and rumah bos bukan bukti margin business besar.

"Sales RM150K sebulan. Gaji dengan modal baru RM50K. Untung RM100K. Patutnya gaji kita tinggi lagi"

Pernah tak dengar versi-versi ayat macam ni?

Company sales ratus ribu sebulan. Customer ramai. Order masuk tak putus. Bos beli kereta baru. Bos pergi travel. Bos renovate rumah. Tapi tak mampu bayar gaji staff tinggi. 

Ok, mari anak-anak, duduk kat acik. 
Bawak calculator masing-masing. 
Acik nak ajar benda basic dalam dunia bisnes. 

Acik ni bukanlah graduate in business. Sekadar berpengalaman running a company 18 years. Cuma acik nak cakap…

SALES BUKAN UNTUNG.

I repeat.

Sales bukan untung.

Duit yang masuk dalam akaun syarikat bukan bermaksud duit tu milik bos. Kalau sales RM150K sebulan, maksudnya bulan tu company berjaya jual produk atau servis bernilai RM150K. Bukan bos yang terima RM150K. Ini benda pertama kena faham.

Yang kedua, RM150K tu, SEBAHAGIAN BESAR dah ada tuan punya. 

Ada yang pergi kepada supplier. Ada yang pergi kepada staff. Ada yang pergi kepada landlord. Ke government. Ke marketing platform. Ke maintenance and repair. Ke apps and software. Ke company secretary and audit/accountant. Ke bank. Ke utilities. 

Dan ada juga yang sekadar park kat tepi as working capital supaya business boleh bernafas bulan depan.

Meh acik bagi satu contoh simple.

Katakan company buat sales RM1 juta setahun. Bunyinya besar, kan? 1 juta ringgit. Usually kalau dengar “company ni buat RM1 juta setahun”, otomatik otak kita membayangkan owner tengah berenang dalam duit.

Takpe, takpe. Meh kita kita pecahkan dulu.

SALES RM1 JUTA.

Pertama sekali, kita ada kos barang. 
Katakan kos barang around 28%. 
So, RM1,000,000 × 28% = RM280,000. 

Maksudnya daripada RM1 juta sales tadi, RM280K digunakan untuk dapatkan barang yang dijual kepada customer. So kat sini tinggal RM720,000. Ni balance duit untuk setahun. 

Nampak?

Ni belum bayar gaji lagi. Belum bayar marketing. Belum sewa. Belum bayar system. Belum tax. Belum apa-apa lagi.

Ok now kita masuk gaji staff.

Katakan kos gaji 30% daripada sales. 
RM1,000,000 × 30% = RM300,000.
RM300K setahun. Sebulan RM25K hanya untuk gaji.

Katakan ada 4  pekerja yang semuanya gaji kasar RM3K. Kat situ kos gaji sebulan dah RM12K. Boss pulak kita anggaplah ambil RM10K. Dah RM22K sebulan. Ada balance lebihan gaji RM3K sebulan. 

However in real business, kos tenaga kerja is gaji + statutory contribution + overtime + allowance + benefits dan segala kos tok nenek berkaitan pekerja. Maknanya kos bayar pekerja bukanlah RM12K sebulan. Lebih. Bermakna, bos mungkin terpaksa ambik gaji kurang dari RM10K sebulan.

Lepas tolak kos barang dengan tenaga kerja, tinggal RM420K. 

Nampak tak macam mana RM1 juta sales tadi semakin mengecil? Ni kita belum selesai lagi.

Ok, kita masuk marketing pulak. 

Katakan company allocate 10% untuk marketing. 

RM1,000,000 × 10% = RM100,000. 
RM100K setahun. 

Marketing bukan sekadar post kat Facebook. Ada advertising. Ada content. Ada design. Ada campaign. Platform fees. Influencer atau KOL. Printing. Promotional materials. SMS blasting. Customer acquisition cost. Semua ni KOS untuk pastikan orang tahu business kita wujud.

So lepas tolak kos marketing, tinggal RM320K. 

Then sewa dan utilities. 
Katakan 7%. RM1,000,000 × 7% = RM70,000.

Inilah sewa, inilah letrik, inilah air, internet, telefon. Kalau company ada 3 admin, maknanya 3 bil mobile fon kena bayar. Tolak kos ni, balance tinggal RM250K. 

Kita masuk bab admin (secretary company), system and accounting. 
Katakan 3%. RM1,000,000 × 3% = RM30,000.

Inilah kos untuk software. Accounting. Payroll system. POS. Cloud storage. Subscription. Professional fees. Administrative expenses. Balance tinggal RM220K.

Repair, tools, warranty dan miscellaneous, katakan lagi 4%. 
RM1,000,000 × 4% = RM40,000.
RM40K ni jarang staff nampak. 
Ini untuk apa?

Inilah untuk printer rosak. Aircond rosak. Service aircond. Plumber. Wiring issue. Laptop rosak. Mesin rosak. Tools kena replace. Stock rosak. Packaging. Unexpected expenses. And macam-macam benda yang berlaku bila kita run business.

Balance tinggal berapa dari RM1 JUTA SALES tadi?

Tinggallah RM180K, BEFORE tax. 

Itu baru sebelum tax. Kalau based on this contoh, tax around RM27,600. Maka baki bersih adalah RM152,400 setahun. Lebih kurang tinggal 15.24% daripada sales. 

Nampak tak? RM1 juta bunyinya saja macam banyak. Macam wowwwww. Sales sejutaaaaaa. Ujung-ujung balance RM152,400. Around 15% je. Itu pun belum tentu owner boleh keluarkan sesuka hati. 

Tu pasal aku cakap RM1 juta tu SALES. Bukan profit. Tapi itulah masalahnya bila ramai orang ingat whem a customer bayar RM1000 bermakna ompany dapat RM1000. No.

Customer bayar RM1000. Tapi company mungkin jual barang yang kosnya RM300. Jadi RM700 pun belum tentu untung. 

Daripada RM700 tu kena bayar gaji dan segala tok nenek kos tadi. Tu pasal aku pelik bila orang bisnes fight harga. Orang sana jual murah, dia pun jual murah. Orang sana turunkan harga, dia turunkan harga jugak. Hello, kau buat charity ke apa? Semata-mata nak sales tinggi sanggup turunkan harga. 

Sales besar memang bagus. Tapi sales besar without good margin, bisnes kau cuma akan jadi bisnes yang busy. And busy tak semestinya profitable. Revenue tinggi tak semestinya cash flow kuat. Profit accounting tak semestinya petunjuk cash tersedia dalam bank. 

Aku heran kenapa pekerja selalu nampak macam bos makan semua. 

You all tau tak, jual makanan TAKKAN buat owner kaya. 

Jual suplement TAKKAN buat owner kaya. 

Setakat jual tudung TAKKAN buat owner kaya. 

Dorang kaya bukan kerana bisnes yang dia run everyday tu. Bisnes yang dia run everyday tu untuk keep the bisnes running and untuk bayar gaji pekerja sahaja. Untuk wujudkan peluang pekerjaan. Untuk create something for customer. 

Owner kaya hasil dari INVESTMENT.

Katakan balance akhir duit company tadi RM152,400. Dari amount ini maybe akauntan kata shareholders boleh ambil RM10K sorang. RM10K inilah owner laburkan semula. 

Yang duit hari-hari dia guna tu adalah dari gaji bulanan. Profit dia tak sentuh. Dia laburkan. Itu kalau dia hanya can take RM10K. Kalau dia dibenarkan ambil RM50K? Pastu dia invest, kau rasa??

Tu pasal toksah pelik bila owner pegi holiday atau renovate rumah hujung tahun. Dia tak pakai duit company. Dia tak ambil hak pekerja pun. Itu duit yang dia invest. Itu duit yang dia laburkan semasa awal buat company dulu, dan bila ada untung sikit, dia dibenarkan untuk ambil certain amount. Itu memang hak dia. 

Tapi aku tak kata owner sentiasa betul. Staff memang berhak mintak gaji yang competitive. Staff berhak negotiate increment. Kalau company memang sangat profitable and mampu bayar lebih, then yes, company patut consider a better compensation. Kalau staff bagi value tinggi, patut diappreciate. 

Tapi the argument mestilah berdasarkan real numbers and contribution, bukan semata-mata sales. Kalau sales bulanan pun sengkak, kau nak demand apa kat company? Just resign and cari kerja lain. 

Tu pasal aku pelik bila orang yang pegang jawatan sales tak hungry cari sales. Dia tak tahu ke jawatan sales tu LUBUK DUIT?

Aku dulu tak pernah question company bagi duit raya ke tak, bonus raya ke tak, bonus hujung tahun ke tak. Sebab setiap bulan aku ada komisyen. Yang aku kejar cuma sales target. Hujung tahun orang lain tunggu surat increment, aku tunggu sales target baru. Kalau tahun depan sales target aku setiap 100K dapat 1% komisyen, kau rasa aku tak hungry nak kejar? Konfem aku pulun. 

Berbalik pada balance RM152,400 tadi, in realitinya, sebenarnya baki banyak ni owner tak dapat bawak keluar profit pun. Sebab RM152,400 tu kira-kira RM12,700 sebulan saja. Selalunya akauntan tak luluskan owner ambil. Sebab business needs cash reserve. 

Katakan bulan depan sales jatuh. Atau supplier mintak payment awal. Atau ada emergency. Kalau owner dah keluarkan semua profit pastu business tak ada cash, siapa nak cover? Owner jugak. That's why business owner kadang-kadang sangat protective dengan cash. Bukan kedekut, tapi cash is penting untuk keep the business alive. 

“Tapi bos pakai kereta mahal”

So?

Kereta and rumah bos bukan bukti margin business besar. Dia pi berjalan overseas pun bukan bukti cash flow company mantap. Itu duit pelaburan dia yang dia dah buat seawal dia setup bisnes. Masa tu kau takde pun dalam company tu lagi. Kau ingat owner beli kereta baru pakai duit gaji yang dia dapat bulan-bulan tu ke? 

Kebanyakan owner yang aku kenal, dorang ni enjoy duit investment, bukan enjoy duit gaji. Duit gaji dia buat bayar medical card, beli barang pasar, bayar bil, bayar minyak kereta. Dorang pi holiday 4 kali setahun tu pakai duit yang di-invest, bukan duit company sayangggg. Dorang reinvest semua profit. 

Duit company untuk bayar keperluan company seperti gaji. Bukan untuk enjoy. Matilanakkk kalau enjoy duit company time audit esok nak declare apaaaaaa 😭.

Sebab itu owner pakai duit profit/investment. Bos aku dulu pernah profit dia setahun RM190K. Tapi aku tak dengki pun. Sebab komisyen aku paling cikai pun RM7K sebulan. Aku dapat apa yang aku sow setiap bulan. Dia dapat apa dia sow pada hujung tahun. Fair apa? 

Takkan dia nak guna duit sendiri untuk bagi kau bonus? Duit bonus kena datang dari keuntungan company. Maknanya kau as pekerja kena buat kerja betul-betul supaya sales mantap. Keuntungan yang besar akan dapat kat kau balik. 

2026-08-24

Makin banyak manusia yang kita kenal, makin susah kita percaya cuma ada satu cara je untuk jadi "Islam yang normal”.



Suka aku tengok video atas ni.

Moralnya, kita jangan ingat apa yang kita practice tu saja cara paling betul.   

Dulu, aku kagum bila tahu ada orang Cina kat China beragama Islam. Tak tahulah kenapa, everytime dengar cerita pasal China Muslim, rasa interesting. Same goes to orang India di India yang beragama Islam. Bukan kagum pelik. Lebih kepada rasa fascinated. Sebab dari kecik, kita membesar dengan satu association iaitu Melayu = Islam.

Dalam konteks Malaysia, Melayu sinonim dengan Islam. Melayu + Islam is very close sampaikan kita tak sedar betapa kuatnya association itu. Bila duduk dalam environment macam ni, Islam feels so closely tied to our ethnic identity.

Contoh, nama orang Melayu banyak guna nama Arab. Sampaikan kalau nama anak tu takde Muhammad, terasa pelik. Kalau nama anak tu hawa-hawa orang putih, lagilah. Silap-silap kena kutuk. Sebab budaya kita ada elemen Islam.

Even majlis kawen ada doa and baca-baca.

Baby lahir, diazankan.

Someone meninggal dunia, ada tahlil 7 hari, 44 hari, 100 hari.

Hari Raya pun dah jadi a big part of everyday life and culture.

Makanan, pakaian, education, masjid, surau, sekolah agama — semuanya has become part of the everyday of Melayu + Islam life. Lahir as Melayu + Islam terasa macam dua ni wajib dalam satu pakej. Kalau kau Melayu, wajib Islam. Kalau kau Cina, maybe kau boleh Kristian, boleh Buddha. Kalau India, maybe kau Hindu atau Kristian. Tapi kalau melayu, konfem Islam. Itu kefahaman aku masa kecik dulu.

That's why bila Cina di China beragama Islam, aku kagum. The combination itself was something I rarely encountered growing up.

Apesal kombinasi tu menarik? Apesal tak rasa kagum bila tengok Melayu Islam?

Sebab Melayu + Islam dah biasa nampak. Maybe orang Arab pun kagum bila jumpa orang Melayu. Mesti dorang macam aku, tak sangka ada orang Islam selain di Saudi.

Makin lama, semakin besar, makin aku faham yang Islam bukan budaya Arab, walaupun sejarahnya bermula di sana. Melayu + Islam kat Malaysia tak semestinya kena sama macam Arab + Islam. Chinese Muslim kat China tak semestinya kena nampak sama macam Melayu Islam. Indian Muslim kat India tak semestinya kena sama macam Indonesia Islam. Tapi pelik, kat negara kita, kalau orang tu berjubah bertutup litup, kita kata dia Islamik.

Aku ada 3 orang kawan kat Weibo yang sama-sama fans Johnny, yang beragama Islam. Sorang bertudung, 2 lagi tak. Macam kita-kita jugaklah. 

Yang bertudung tu, pakaian dia macam kita-kita juga. Tudung + blouse + jeans. Bila dia tengok gambar aku, dia cakap “Oh, so this is what Muslim Malay looks like”. Lebih kurang dia juga dia kata. 

Aku cakap tak semua macam aku, ada je yang "too Islamic". Pakai jubah, pakai all black, pakai serban, pakai niqab - just like the Arabs. Cuma culture Melayu + Islam tak macam tu sebenarnya, kitorang pakai baju kurung.

Ethnicity and religion are two different things. Islam is our religion and being Malay is our ethnicity and cultural identity. Dua benda tu overlap dalam banyak aspek kehidupan kita, tapi they are not the same thing. 

Kita orang Melayu ada budaya dan pakaian kita sendiri. Baju kurung, kain batik. Semua ni wujud alongside being Muslim. Macam aku explain kat kawan Weibo aku tu, being Muslim doesn't automatically make you Arab. We don't have to erase our culture to be Muslim.

Kawan cakap, kat sana, dorang still celebrate Chinese New Year, selain 1 Syawal. On Chinese New Year, dorang beraya ke rumah sedara-mara, bagi angpow (red packets), buat makan-makan. The difference is, they follow Islamic dietary rules. So makan-makan tu takde babi and alkohol. Yang kita kat sini kemain lagi banyak pantang-larangnya, konon takleh join celebrate raya cina. Pelik, kan?

Aku tanya ada yee sang tak?

Dia cakap "We don't really do yee sang", sebab itu budaya saja. Siapa nak buat, buatlah. Tak buat pun takpe. Macam family dia tak buat, tapi kalau celebrate dengan kawan-kawan untuk seronok-seronok tu buat juga.

Lagi satu dia cakap kat sana baby yang dilahirkan tak semestinya kena azan. Ada yang buat, ada yang tak. Bila aku check balik, ye betullah. Sunnah je rupanya. Tapi identity melayu kita kuat dengan adat, lama-lama benda sunnah jadi wajib buat. 

One thing aku suka tentang China Muslim people, dorang punya masjid masih kekalkan identiti chinese. The curved roofs, courtyards, Chinese-style gates and calligraphy. Masuk masjid dorang macam masuk Chinese historical building.

Kawan aku tu nama dia kekal cina. Takde nama Arab pun. Nama family dia Zhang. Dia kata kat sana kebanyakan Islam surnamenya Ma, Zhang, Wang, and Li. Silap-silap Zhang Linghe dengan Wang Yibo tu ada susur galur Islam. Tapi “Ma” is paling common sebab ada historical associations dengan nama Muhammad. Aku terpikir errr...Jack Ma?? 

Zhang tanya if aku solat. Aku cakap yelah, mestilah solat. Kau ingat aku fans Johnny aku tak solat ke. Hahaha.

Dia tanya orang Islam kat negara aku semua solat 5 kali sehari ke? Aku cakap benda tu takyah tanyalah, of cos orang Islam kena solat 5 kali. Tapi nak buat ke tak, itu urusan kau dengan Allah. Macam Dilreba, kan Islam. Babi tak makan, tapi berlakon kissing-kissing segala. Pastu dia cakap "Dui, dui, dui" (betul, betul, betul). Tak memasal aku libas Dilreba sekali. 

And maybe that’s why travelling and jumpa orang from different cultures can really change the way we see the world. Makin banyak manusia yang kita kenal, makin susah kita percaya cuma ada satu cara je untuk jadi "Islam yang normal”. We start to realise that a Muslim can look very different from the Muslims we are used to knowing.

Tapi bila kita melayu, dalam konteks Malaysia, perkataan Islam tu bukan additional description. 

Islam memang termasuk dalam definisi undang-undang “Melayu”. That's why kalau orang Melayu keluar Islam, the issue jadi besar. Sebab from perspektif undang-undang Malaysia, status “Melayu” ada kaitan dengan agama Islam. Kat sini ada beza antara Melayu + Islam, dengan Cina + Islam atau India + Islam.

Chinese identity tak perlukan satu agama. Indian identity pun tak perlukan satu agama. Tapi Malay identity kat Malaysia has been shaped by Islam as one of its defining elements. Benda ni kau kena baca balik sejarah kenapa Melayu wajib Islam. Aku malas nak tulis bab ni, korang cari sendirilah.


2026-08-23

Apesal ada orang lebih sudu dari kuah?


Apesal ada orang lebih sudu dari kuah? 

Masalah orang lain, tapi dia terlebih emosi. Orang lain yang ada masalah rumah tangga, dia yang paling marah. 

Orang yang kena tinggal tu dah move on. Dah tenang-tenang buat hal sendiri. Tapi yang mendengar cerita, yang tak duduk serumah ni pulak yang macam kena tinggal. Macam dia pulak yang kena curang. Lebih sudu daripada kuah. Siap dia pulak berdendam untuk orang lain. Dah kenapa kau?

Aku bukan kata kita tak boleh bersimpati dengan orang yang ada masalah. Of course boleh. Kalau kawan kita kena cerai, mestilah ada empati. Kalau dia menangis, kita dengar. Kalau dia need help, kita tolong. Kalau kawan tu dalam situasi yang abusive, kita jangan diam. 

But there comes a point when sympathy turns into getting wayyyyyy too emotionally involved. Ramai orang tak sedar dorang dah sampai ke tahap tu.

Sometimes aku rasa yang melebih-lebih ni bukannya marahkan orang tu (yang terlibat), tapi marah kat diri sendiri. Masalah orang lain trigger kisah dia sendiri. Maybe dia pernah dikhianati. Pernah dipermainkan. Pernah diperlekehkan. Pernah ada dalam relationship yang teruk. Atau sedang melalui marriage yang toksik. 

Nak marah kat laki sendiri, tak berani agaknya. Nak keluar dari marriage sendiri, tak kuat. Maka masalah orang lain jadi tempat untuk dia luahkan rasa marah. Disebabkan dia masih tak berdamai dengan masalah sendiri, tu pasal hal orang lain dia melebih-lebih. Lebih senang marah orang lain daripada berdepan dengan masalah sendiri, kan?

Orang yang terlampau passionate benci ex orang lain, their intensity tells you something. 

Dia macam ni. Kalau kau berterusan cakap pasal ex orang lain macamkan itu ex kau, kau follow life orang tu walaupun tak suka, kau masih stalk ex orang tu, kemudian kau mencari-cari sekecil-kecil kesalahan dan keburukan orang tu, aku nak tanya...why are you this invested?

Kau bukannya partner dia. Keluarga pun bukan. Kau bukan mangsa dalam relationship tu. Dah kenapa life orang yang takde kaitan dengan kau, tapi kau nak invest masa and energy sebesar tu dalam kepala?

Is it because other people’s drama gives you something your life doesn’t?

Hidup kau terlalu kosong ke sampai masalah cinta orang lain jadi your source of emotional stimulation?

Sibuk pulak dia nak tahu siapa gaduh dengan siapa. Siapa cerai dengan siapa. Siapa curang. Siapa block siapa. Siapa unfollow siapa. Siapa datang wedding siapa. Siapa tak dijemput. Siapa tengok story siapa. Pastu semua benda tu kau analisis.

“Dia post lagu ni mesti pasal ex dia”

“Dia tak wish birthday mesti dah gaduh”

“Dia pergi tempat tu mesti dengan girlfriend baru”


Dey, go drink water.

Aku bukan apa, honestly bila someone terlampau obsessed dengan konflik orang lain, aku tertanya-tanya what is actually missing in your own life that makes someone else’s life this interesting to you?

Sebab orang yang genuinely busy dengan hidup sendiri, usually takde emotional bandwidth untuk jadi detective dalam rumah tangga orang lain. Setakat dengar, yes. Simpati, yes. Bagi nasihat, yes. Then she goes back to her own life. That’s it.

Orang yang acah-acah jadi saviour sebenarnya suka rasa diperlukan.

Ada beza antara orang yang tolong sebab care, dengan menolong sebab dia nak mainkan peranan as hero. Yang latter ni yang akan jadi punca masalah. 

Masalahnya datang bila? 

Bila orang yang dia “selamatkan” tu dah ok. Dah mula sembuh. Dah tenang. Dah mula nak forgive. Tiba-tiba si penyelamat ni pulak yang merentan beria-ia. Dia pulak yang tak puas hati. Tak habis-habis nak merentan.

Hello, dey?

It’s her life. Bukan life kau. Kau boleh advise. Boleh warning. Boleh disagree. Tapi keputusan tetap dia punya. Kalau itu kau tak reti nak respect, maknanya kau bukan support dia tapi KAWAL hidup dia.

Aku paling pelik bila orang luar lebih benci daripada orang yang diceraikan. Sumpah aku tak faham. Dia pulak yang over tak nak memaafkan. 

Kau siapa yang taknak memaafkan dia? Dia buat salah kat kau ke? Tak. Tapi kau yang terpaling berdendam. Orang yang over gini sebenarnya sedang menayangkan krisis dalaman dia sendiri. Ada benda yang berlaku dalam hidup dia yang tak settle lagi. Ada takdir yang dia belum berdamai. Jadi dia punya bitter tu dia halakan ke masalah orang lain. Padahal masalah dia sebenarnya yang belum selesai.

Kalaupun kita kenal baik dengan orang yang kita support tu, her trauma doesn’t give you ownership over their story. Dia share cerita tu kat kita sebab dia trust. Kita dengar, kemudian bagi pandangan. Tak payahlah kau pulak yang nak stalk ex dia, kelebet if her ex is doing well. Tak payah. 

And jangan kata kau sebenarnya tengah defend kawan kau. Tak. Kau bukan defend kawan. Kau cuma nak rasa kau betul.

Orang yang over react ni selalunya lebih attached kepada anger daripada orang yang dia bela. Kadang-kadang orang yang jadi mangsa dah penat nak marah. Dia nak move on. Yang kau masih lagi nak keep the aura negatif. Patutnya kalau kau betul-betul nak membela, kau supportlah kawan kau. Yang kau pi kelebet ex dia buat apa?

Tu pasal aku cakap orang yang melebih-lebih ni sebenarnya tak bahagia. Toksah denylah. Ada benda yang tak settle dalam hidup kau ni. Maybe insecurities. Maybe loneliness. Maybe rasa perlu untuk diperlukan. Maybe life kau boring.

Orang yang genuinely content dengan hidup takde keperluan nak involve jauh sangat dalam hidup orang lain. Dia takde bangun pagi fikir pasal ex orang. Simpan dendam untuk orang yang takde kaitan dengan dia. Follow every update semata-mata nak cari bahan baru untuk dibenci. Halah halahhhh. Banyak pulak free time kau.

Dengar sini, dik.

IT'S ABOUT YOU.

Cerita orang tu touched a wound you never dealt with. Kau nampak diri kau dalam cerita dia. Maybe kau pernah berada di tempat yang sama dan belum betul-betul heal. Maybe ada something dalam hidup kau yang kau tak boleh ubah. Or maybe, kau memang perlukan satu villain dalam hidup untuk channel semua frustration yang kau tak tahu nak letak kat mana.

Aku sangat percaya ada correlation antara emotional over-involvement dengan frustration pada hidup sendiri. Bila masalah orang lain ambil terlampau banyak ruang dalam kepala kau, bila kau terlebih invested dalam marriage, divorce, betrayal dan relationship orang lain daripada life sendiri… girl, something is off.

Maybe bukan orang yang kau benci tu yang kau kena analyse. It's you. It's the part of you that needs somewhere to put all that anger.


2026-08-20

Adakah solat yang kita buat tu berjaya menjaga kita dari bersangka-sangka dengan orang lain?

Ada satu benda yang aku rasa kita semua kena belajar iaitu, we don’t have to understand someone else’s life to respect it.

Hari tu aku nampak somone post.

“Aku selalu wonder macamana married couples yang tak solat survive their marriage. Aku tak boleh imagine hidup tanpa Allah. Yang tak solat ni korang ok ke?”

Aku baca post ni, menung kejap. Like..why do you need to wonder?

Kita boleh percaya solat penting dalam kehidupan dan marriage kita.
Kita boleh rasa yang kita tak mampu hidup tanpa Allah.
Itu pegangan kita. Bagus, alhamdulillah.

Tapi kenapa life orang lain kita kena jadikan something yang kita “wonder” macamana dorang survive? People survive marriages in different ways.

I can understand where that question is coming from. Kalau kau jadikan solat as sebahagian besar daripada kehidupan dan cara menghadapi masalah, it’s natural for you to wonder, “Kalau aku tak solat, macamana agaknya aku nak handle semua benda dalam rumah tangga?”

And kalau kau kata kau tak boleh imagine hidup tanpa Allah. Kalau both you and husband tak solat, maybe life korang huru-hara. Ok, that’s actually a form of self-reflection.

Yang aku tak faham now, kenapa nak kena pergi jauh mempersoalkan life married couple yang lain?

“Yang tak solat ni korang ok ke?”

What is thattt?? That’s where it gets a little weird.

Aku tak kata solat tu tak menjamin bahagia. Tapi cara kau question tu macam solat somehow jadi KPI untuk determine whether or not marriage tu akan survive. Sedangkan solat is between someone and Allah. 

Of course, solat boleh membentuk seseorang. Membentuk cara fikir, cara handle masalah, cara sabar, cara treat pasangan, cara deal dengan ujian. Tapi solat tak remove ego, sombong, ujub and unhealthy behaviour, ya. Ingat tu. 

Kalau kau rasa, “Aku tak boleh imagine macamana aku nak survive marriage without solat,” ok, that’s a valid self-reflection. Sebab kau tahu apa yang selama ni jadi tempat untuk berpaut bila terasa berat dengan masalah hidup. But turning that personal reflection into, “Yang tak solat ni korang ok ke?” is a different thing altogether. Because now kau punya statement tu dah bergerak dari “Aku tak boleh imagine hidup without solat” kepada “Aku tak faham macam mana hidup korang yang tak solat ni”

Nampak tak beza dia?

Yang pertama is self-awareness.
Yang kedua dah jadi judgement.

Look. We only see what people choose to show us. Ramai je husband and wife yang nampak religious, jaga solat katanya, tapi balik rumah masing-masing macam strangers. Ada yang nampak sangat Islamic on the surface, tapi bini sendiri makan hati menangis sorang-sorang dalam bilik. Ada yang rajin post pasal agama, tapi cara bercakap dengan pasangan macam barua.

And there are also people who may not look religious enough by OUR standards, but they treat their spouse with kindness, respect, loyalty and dignity.

Does that mean solat tak penting?

No.

Solat is important. Sangat penting. But please don't confuse the importance of prayer with our ability to measure someone else's entire marriage through their prayer life. Tak payahlah kita jadikan issue solat tak solat ni tools untuk labelkan samada marriage tu bagus atau tak.

SOLAT WAJIB BUAT. Ini basic hubungan seorang Muslim dengan Allah. Bukan syarat atau teknik nak pastikan rumahtangga aman. Jangan gunakan solat untuk menilai, menyindir dan assume life and marriage orang lain.

Kita percaya solat menjadikan kita pasangan yang lebih baik, bagus.
 
Kita yakin tanpa Allah kita takkan mampu berdepan dengan masalah dalam rumahtangga. Bagus.

Kita boleh rasa everytime rumahtangga diuji, kita perlu Allah untuk kembali tenang. Alhamdulillah. Pegang tu kuat-kuat.

Tapi tak perlu sampai “Aku tak tahu macamana orang yang tak solat boleh survive”

Manusia ada ability untuk function dalam pelbagai keadaan. Kita survive dengan cara yang berbeza. Through rutin, kerja, family, tanggungjawab, support system and macam-macam lagi. Tak semua benda yang buatkan someone else survive kita nak ukur dengan standard hidup kita. Faith should make us more humble, not more obsessed with measuring other people's lives.

Aku rasa kita kena knock some sense dengan kecenderungan untuk assume “Aku nampak dia too social, mesti dia tak solat".

Kita tak nampak dorang solat, maka kita assume pegangan agama tak kuat.
Kita nampak dorang sexy, maka kita assume dorang takde close connection dengan Allah.

Itulah manusia. Dia assume dengan apa yang dia nampak saja. Tu pasal bila nampak someone yang tak look religious enough by OUR standards, kita pelik "Macam mana dorang bahagia? Macamana life sorang smooth je? Macamana dorang boleh kaya?".

Sebab kita gunakan pengalaman hidup sendiri as standard measurement untuk semua orang. Setiap kali kau ada masalah, kau solat, masalah kau selesai. Maka kau ingat kalau someone tak solat, sure hidup dorang tak ok.

Itu hidup dia, dik. Maybe dia handle masalah dengan cara yang berbeza. Cara tu maybe baik, maybe tak. Itu antara dia dengan Allah. And we don’t need to have all the answers. 

Menegur kerana sayang tak sama dengan sibuk mencari-cari kekurangan orang untuk dijadikan bahan bersembang. Kadang-kadang kita rasa macam perlu tahu kenapa dia tak solat, kenapa dia tak pakai tudung, kenapa dia buat itu, kenapa dia buat ini. Padahal, we are not entitled to every answer about someone else's relationship with Allah.

Dalam Islam, nasihat tu ada tempatnya. Concern is different from curiosity. Dakwah is different from gossip. Kalau kita betul-betul risau, kita boleh nasihat dengan cara yang baik. Kalau dia tak nak terima, kita just stop. 

Kita semua ada benda yang kita tengah perbaiki, slowly, without having to announce it to the whole world. Jangan terlalu yakin bila tak nampak someone solat, kita tahu iman dia. And don’t get too comfortable just because we see ourselves as someone who prays and practices our faith, then assume we are somehow in a safer place. Because sometimes, the most Islamic thing we can do is knowing when to mind our own business.

Senang untuk kita berbangga dengan “aku solat”. But adakah solat yang kita buat tu berjaya menjaga kita dari bersangka-sangka dengan orang lain? 

That.s the harder question.