2007-10-28

Mari makan di rumah orang










Otw nak ke Bukit Belacan untuk mengisi perut.



Semalam adelah sessi membeli-belah di Sungai Buloh.
Biasa la beli ikan koi lagi, pastu memandangkan rumah aku tak cukup hijau, so kita tambah sepokok dua. Berangkut 3 pasu pokok lam keta sampai aku kena injak seat aku paling depan sekali, ngan meriba Redza. Kalau ada orang sodok keta ni, aku dulu yang menjunam ke depan.

Oh, lupa nak cerita. Last week keta En Wan kena hentam kat blakang. Tempat kejadian di Putra Heights. Laki aku pantang kalau orang bawak pelan tapi bangga dok kat fast lane, so dia push-push nye orang tu. Yang si bahalul kat depan ni tak semena-mena brek ntah apa kena, ulat gonggok melintas gamaknya. So En Wan sempat brek, keta blakang pun sempat brek. Tapi satu jip kat blakang sekali hentam keta kancil blakang keta aku, maka gedegangggggg. Terkebil-kebil jugak la mata En Wan tengok bontot keta dia kena sodok.

Tapi keta depan aku slamat. Pastu dengan pelannya (sepelan dia bawak memula tadi) dia bergerak. Hangin gila aku kat dalam tu. Aku dah sound En Wan awal-awal jangan follow dedekat, jangan push dia. Oh, taknak dengar niiiiii. Pastu sentap. Akuuuuu jugak kena tengking sebab bising sangat. Nasib baik aku bising okkkk, so En Wan takdela dekatkan sangat keta dia ngan keta depan. Kalau aku tak bising lansung tadi mau depan blakang kemik.

So, since keta kitorang tak menyodok sesaper, so keta blakang la kena bayar keta En Wan. Yang keta kancil blakang aku tu lagi kesian, masa tengah kecoh-kecoh tepi jalan tu dia boleh tak teringat nak ambik no plat jip yang hentam dia. Dia pi ambik HP number uncle tu je. Pastu bila kat balai polis dia call uncle ni, uncle ni dah bagi satu no plat tipu. Apa ntah number, tapi bila mekanik check, nombor tu nombor pendaftaran van, bukan jip.

Kiranya last week, seminggu En Wan pakai keta workshop, keta kancil kaler ijo. Terang gila kaler dia. Dah la manual, pastu payah nak start, asap macam nak sembur aedes, bunyik boleh tahan gong gong gong gonggggg. Boleh bangun orang sebelah.

***********************************************************************************

Semalam ngan today open house dan open house lagi.
Malas okkk aku nak gi makan-makan umah orang dengan bawak Redza yang makin aku jegilkan mata makin tak makan saman. Tapi sebab aku kenangkan makan itu adelah free, dan aku pun malas masak, dengan tak pegi pasarnya so fridge kosong, pegi la jugak open house. Semalam ke Rawang, rumah opis mate En Wan. Today rumah aunty dia kat Bukit Belacan. Heavennya dapat jumpa laksa johor. Tak nampak laki dah.

rozie (10/26/2007 10:28:57 AM): bila nak panggil aku dtg mkn2 ni..

green apple (10/26/2007 10:29:50 AM): aku nak pi makan umah ko pun belum tentu dapat, ko nak aku host open house pulak. ko nak masakkan ke?

rozie (10/26/2007 10:31:06 AM): alaa..x yah wat open house laa...wat mkn utk aku anak beranak je..

rozie (10/26/2007 10:31:11 AM): aku x penah g umah ko..
green apple (10/26/2007 10:33:44 AM): ala. boleh...takat makan utk ko ngan ijad tu aku order kat mamak bistro je

green apple (10/26/2007 10:34:09 AM): tapi this week takleh, aku balik bangi

green apple (10/26/2007 10:34:15 AM): next week la, ahad ke

rozie (10/26/2007 10:34:29 AM): this wk pun aku x leh..sbb sedara mara nak dtg umah

rozie (10/26/2007 10:34:38 AM): ahad next wk..?hmm..ok gak..

green apple (10/26/2007 10:35:07 AM): ko masak la lebih...lebih2 kat umah ko sabtu tu aku tapau wat balik...esoknya aku panaskan je

rozie (10/26/2007 10:35:52 AM): canteekkk nyeee..

green apple (10/26/2007 10:36:46 AM): yesserrrrrrrrrrr

Tapi idea aku tu kira boleh pakai jugak la kan?



PERHATIAN EX-UNIMAS + BUDAK BANGI :

AKU TAK SURE LAGI NAK WAT OPEN HOUSE KE TAK. RASA-RASA NAK DATANG TU CALL AKU DULU. KALAU TAK CALL, AKU BAWAK GI BERAYA KAT MAMAK JE, RUMAH AKU TAKDE KUIH. SILA MAKLUM.


2007-10-26

Berita terkini


Laki aku cakap, mak metua aku ada citer bawak dari kampung.
Citer mende lagi, dak janda ngan Abang la.

Mak metua aku cakap skang ni Abang dah tak balik rumah, sebab itu janda birah sudah terlepas dari kampung dia and datang KT. Ok, now aku dah habis perkataan nak carut. Ada sesaper nak bagi aku idea camne nak carutkan betina ni? (lagipun aku pose)

Dah la datang KT, takde tempat nak tinggal, pi la tinggal kat hotel hendaknya. Oooo, takkkk.
Dia pi tumpang rumah pekerja kak long En Wan. Mak metua aku dapat tau pekerja ni subahat sorokkan janda ni kat rumah dia, kena bambu cukup-cukup. Aku tak penah pulak nampak mak metua aku laserkan orang, tapi aku dapat bayangkan la bisingnya mulut dia hambat orang tu. Nak pulak kalau mak tiri En Wan masuk team, pehhhhh. Ko boleh siap order teh tarik lagi tengok dua orang tua ni.

So, lepas kena bambu tu pekerja ni pun takut, dia halau janda ni keluar. Skang janda ni menyewa la rumah lain. Soalnya...saper yang tukang bayar sewa rumah tu? Janda itukah? Atau abang yang bodo ni kah? Sila pikir sendiri. Aku malas nak tulis.

En Wan memang bengang. Tapi bengang dia tak le se-over kalau aku yang bengang. Aku pulak yang lelebih membentak-bentak bila dengar. So, En Wan dah warning mak dia, kalau nampak Abang ni bawak masuk Ina ke rumah, immediately halau dua-dua keluar dari situ. Kalau tak, dia sendiri balik Tganu halau diorang. Mintak-mintak mak aku tak mampu nak halau dorang, so bolehla kitorang balik Tganu. Akan ku rakamkan peristiwa bersejarah tersebut. Wakakakakakka. Keji gilaaaa.

Aku : Bang, kenapa takde orang yang berani nak bahasakan si Abang tu? Biar dia tau sikit. Ingat dia besar sangat ke kat dalam rumah tu?

En Wan : Abis macamana Di. Dah kalau nasihat tak dengar-dengar, buat bodoh je la.

Aku : Takkan Kak Long tak cakap apa-apa kat anak dia?

En Wan : Susah la Di. Itu anak dia.

Aku : Heran betul. Takde orang yang berani nak marah dia. Tu yang dia ingat kita takut kat dia tu.

En Wan : Awak ni. Cuba awak bayangkan. Kalau awak dah gila sangat kat abang, mama marah macamana pun, awak akan teruskan jugak. Sampai satu tahap mama pun malas nak layan dah. Macam tu la jugak situasi dorang kat sana.
(dulu aku ada bagitau, En Wan kalau tinggi suara kat aku, mesti dia panggil aku 'awak')

Amende lak ni? Aku pulak kena.
Aku tanya je.

Memang la kalau dah gila bayang tu kita tend nak buat sesuatu yang melampaui level kewarasan otak. Tapi kes abang ngan janda ni bukan gila bayang namanya. Ni namanya gila babi.

Lagi satu, pesanan untuk En Wan.
Bila masa aku gila bayang kat ko?
Ko yang kejar aku.
Aku lepakkkkkk je.
(sambil jeling dan berkata dalam hati 'Aku tak masak malam ni. Pepandai la ko makan Mamee)

2007-10-23

Open office


Kekenyangan.Pembuncitan.
Mengantuk.


Itulah point-point yang tepat bagi menggambarkan keadaan aku skang ni.
Kekenyangan sebab budak-budak lab opis lama aku buat open office dalam lab. (makan dalam lab, boleh?) Dah dijemput, harus la datang. Nasik impit, kuah satey, rendang ayam (Nogori style), KFC, kuih raya, lomangbla bla bla. Pesta perut lagi diaktifkan lagi.

Pembuncitan berlaku selepas membelasah 8 bijik nasik impit, dengan 2 ketul rendang ayam, 4 keping lomang dan sekeping tempeyek.

Mengantuk adelah harus berlaku sebab makan lomang banyak sangat. Tak makan lomang pun aku dah tersangap sampai nak rabak mulut. Inikan pulak makan.
So, dah alang-alang sampai ke opis, apa kata aku ambik gamba bilik aku yang dah macam stor. Bila opis baru dah siap baru bleh angkut segala kotak-kotak ni.


Gila semak meja and bilik okkkk. Sesemak paler otak aku skang.


Kotak dan book shelf yang menanti untuk diangkut ke S.......

Nampak pintu tu? Itu tittle 'Manager' sudah ditanggalkan (tak sempat-menyempat!!), pastu siap tampal lak sticker-sticker yang aku tak paham apa dia tulis.
Banyak gak peminat drama bersiri 'Aku Seorang Abang Yang Gatal Kote' ni kan?
Sampai ada yang perli-memperli pasal orang pantai timur la, mek kelate la, haloooooo no offense ok. Aku bukannya nak mengutuk orang Kelantan or Mek Kelate, it happens to tak kira kat siapa dan dimana pun kita berasal, cuma tak tau kenapa telinga aku banyak dengar kes-kes cenggini berkait-rapat ngan Mek Kelate. Tapi bukanla maknanya semua yang dari Pantai Timur ni teruk, laki aku pun asal pantai timur gak, sepupu-sepapat mak aku ada gak asal Kelantan. Dah la, toksah perli-memperli okkk.

Baru-baru ni En Wan ada call kampung, mak metua aku cakap nak carik orang ubatkan Abang. Ada ke Abang ni mengamuk dia kata nak bunuh Intan? Gila haper samdol ni??? Intan balik umah parents dia. Elok la, tak pasal ada yang berkerat 18 kang. Nak je aku heret dak Abang ni jumpa Haron Din kasik rendam lam air Yasin baru tau.

Tapi aku macam dapat rasakan Abang ni sebenarnya tension sebab takde sorang pun membela dia ngan Ina. Semua suka kat Intan. Kalau ikut lojik akal la, apa ko susah, ko jatuhkan talak, pastu ko kawenla ngan janda tu kan. Tapi nampak sangat kitorang ni berjaya pressurekan dia sampai skang dia tak mampu nak lepaskan Intan. Sebab dia tau, kalau dia cerai Intan and kawen dengan Ina, dia akan hilang kemewahan hidup. Sah-sah mak aku halau dia dari rumah. Mana ko nak merempat???

Tapi kalau dah jodoh dia dengan Ina kuat, takleh kata apa la kan? Kawen la ko, tapi dipersilakan la angkut kain baju segala. Aku volunteer kemaskan beg baju ko.

2007-10-20

Cerita raya lagi



 Aku ngan adik laki aku, Ibal. Beraya rumah mak aku tahun ni aku ada penyakit baru. Penyakit malas pakai make up. Kasik can la aku nak perasan di blessed dengan natural beauty. huahhuahuahuah. Macam mayat kan muka aku?



Ima and Ibal. Dapat jugak kitorang adik beradik berkumpul.


Masa pagi raya tu, kitorang plan nak bawak Intan bertandang umah sedara-mara, pastu last sekali baru gi rumah dia untuk hantar dia balik beraya ngan parents. Mujurrrrrr sesangat la tak bawak Abang sekali.

Rupanya sejak kitorang sampai ke KT 2 hari before raya, Intan ni dah dok sms mak dia cerita la yang Pok Ayi dia ni baik, tolong carikkan Abang bawak balik rumah, hantar janda ni balik Kelantan and all. So before kita sampai ke rumah Intan, dia dah call mak dia cakap kitorang dah nak sampai dah ni. Kengkonon get ready la air ke kuih bagai.

Kebetulan Redza tido atas riba, so aku cakap aku takyah keluar la, kem salam je ngan orang kat dalam sebab Redza ni kalau terganggu tido dia, naik minyak sampai ke malam. So rombongan beraya ni masuk la umah Intan.

Laki aku cakap, masuk-masuk je, semua klorga dia dah duduk kat hall, tapi senyap je. Dah bersalam semua, tapi still senyap. Takde la saper nak bertegur. So, laki aku ni bukak la mukadimah 'Panas ye raya ni pakcik'. (ayat drama swasta. nampak benar takde modal)

Bapak dia diam.
Uiksss....

Lepas tu mak dia bukak mulut.
'Ni, Pok Ayi ye? Gini Pok Ayi, saya tengok Abang ni pukul2 Intan sampai lebam, berdarah bla bla bla bla.......'
Patutla laki aku cakap kuih dalam balang tak berisi, rupanya diorang dah standby machine gun nak sembur kitorang.

Mak dia sikit tak pandang besan dia or mak metua aku. Seolah-olah cuma laki aku je ada dalam rumah tu. Mula-mula tu cakap adaa rasional lagi la. Sekali datang abang si Intan ni, takde la tua mana, umur 25 tahun je. Terus dia makinya klorga laki aku. Siap cakap 'Hoi orang tua, ko diam. Kang aku penampar kang'.
Dia cakap kat mak metua aku okkkkkkk. Depan laki aku tuuuu. Seb baik la laki aku ni akai dia kat otak, so dia takde la tengking balik, dia cuba bersikap rasional. Sebab kitorang ni kiranya pihak yang memukul Intan la kan, sebab klorga Abang. So, taknak la berkeras sangat sebab tau Abang memang salah dalam hal ni. tapi si jantan pundek ni pun sedar-sedar la yang ko tu dah la muda gila, hormat la sikit kat orang tua. Mak bapak ko tak ajar ke?

Aku rasa memang mak bapak dia jenis yang mulut celupar gak. Sebab masa anak jantan dia dok mencibai depan kitorang bapak dia diam je. Mujur sangat la aku takde lam umah tu. Kalau tak, aku konfem tanya 'Makcik, suami makcik ni diam tak kata apa kenapa? Tercekik batu lembu ke?' Orang Tganu refer 'telor lembu' as 'batu'.

Siap si abang Intan ni kata yang kitorang dah bagi Intan minum Holy water???
Jinjang ok abang dia. Bangang sebangang-bangangnya! Cakap berdegar-degar. Ko tau tak kalau dah tertelan Holy water tu, ko takkan dengar azan? Aku tengok Intan ni rajin sembayang, dia tak dengar azan ke? Gereja mana yang ada kat bandar KT ni????

Siap boleh kata kitorang semua muka tak sembayang.
Macam sial okkkk. Betul la formual mengatakan bahwa klorga yang porak peranda, anak memang macam gampang sikit perangai dia. Kesian aku tengok Intan ni. Patutla dia ni ada history 'perempuan liar' sket. Tak salahkan dia la, tengok mak bapak dia macam tu, dengan adik beradik siap kuang ajar ngan orang tua, tak mustahil bila mak bapak dia tua sok, semua bakal dihumban kat rumah orang tua. Tengok la.

Masa abang dia menengking-nengking tu, semua dah keluar malas nak layan. Yang stay cuma laki aku and abang ipar aku. Laki aku still cuba nak kontrol keadaan, sampai satu tahap laki aku malas nak layan dah, dia cakap kat Intan 'Intan, mak Intan kata Intan kena sampuk dengan kami. Dia nak hantar Intan berubat. Intan tinggal sini ye.'

Intan ni siap menangis-nangis 'Intan nak balik. Intan taknak duduk sini.'
Pepatah kerajaan berkata, RUMAHKU SYURGAKU. Skang aku nak tanya, rumah siapa yang macam syurga, rumah mak metua aku ke, rumah mak bapak dia yang 'kuat sembayang' ni? Sampai anak sendiri pun tak hingin nak duduk bersama.

Seb baik aku takdeeeeeeeeee.
Kalau aku ada, boleh aku tambah 'Makcik, agaknya santau yang kitorang pakai ni terlebih kuat kot, sampai Intan taknak duduk sini dah.'

Patutla tak sampai 10 minit diorang masuk umah Intan, aku tengok adik tiri laki aku dah keluar. Takkan takde orang kat rumah?

Laki aku masuk je kereta, dia cakap 'Bergaduh kat dalam'.
Aku tengok airmata bergenang je kat mata En Wan.
Dia kata dia sedih orang cakap klorga dia, mak dia macam tu. Macam la klorga kita ni buruk sangat. Padahal orang Trengganu kenal siapa bapak metua aku. Sultan Mizan tu pun kenal siapa bapak mertua aku. Nak maki hamun orang pun pandai-pandai la. Ko nak sembur pun, ko sembur la mak Abang ni ke, yang ko pi korek segala isi perut klorga Wan Dagang ni buat apa??? Kalau betul takpe. Menfitnah pandai. Terlebih sembayang la kotttt. Dah cukup bagus kitorang nak terima anak ko jadik klorga.
So, akhirnya Intan ni ikut kitorang balik. Takpela, Intan dah pun jadik klorga, kalau dia nak balik umah mak bapak dia balik la, kalau dia nak datang umah kitorang, takde masalah, kita terima.

Balik je rumah, Abang ni kena sound kaw kaw ngan laki aku.
Biasala kalau bercakap ngan set-set bangang ni, diorang ingat kalau tak melawan bermakna kalah. Dan-dan tu dia nak jumpa Abang si Intan ni ajak gaduh. Tapi bak kata laki aku selalunya orang yang cakap besar ni, kote dia terselit celah bontot. Abang call HP abang Intan ni, taknak pulak angkat. So kitorang cakap takyah gaduh-gaduh sebab ko la puncanya pun. Pi bantai anak orang buat apa? Kalau tak suka buat la cara tak suka, selesai cara baik. Ini pi belasah teruk-teruk.

Si Abang ni aku rasa memang kena mandrem ngan janda ni.
That day masa aku tanya Abang, kenapa tak kawen je ngan Ina? Intan kan tak kisah bermadu?

Sepantas kilat si Ina (janda) ni pandang muka Abang. Kasik warning la tu. Dan-dan tu jugak Abang kat dia taknak dua, nak satu je.

Abang ni memang bodoh.
Dia ingat, lepas kawen, boleh bawak terus Ina ni balik umah mak metua aku. Makan tanggung, bil letrik air takyah bayar, takyah pikir sewa rumah, gaji ko boleh berpoya-poya sampai mati. Si janda ni pulak agaknya nak lari dari kesusahan, sanggup tinggalkan mak bapak and anak sebab nak join klorga kita. Terbayang la kat kepala, boleh hidup senang lenang????

Laki aku siap bagi warning kalau Abang kawen dengan Ina, and Ina tinggal dalam rumah tu, dia sendiri akan balik Tganu and halau dua-dua keluar. Jahat kan laki aku? Aku la yang merancangggggggggg (sila tiru gaya Raja Azura). Wakakakaka.

Gila ke aku nak meracun orang macam tu? Dah sedia banyak dosa aku, takyah nak menambah dosa lagi.
Memang mak metua aku pun taknak kasik Ina tu jejak kaki kat rumah dia. Ada ke, bulan pose lepas, mak metua aku nampak dia terjingkit-jingkit masuk rumah, terussss masuk bilik Abang. And mak metua aku cakap bukan sekali okkkk.

Masa aku tanya si janda ni betul ke hari tu ada masuk bilik Abang, lebih dari sekali?

'Mana ada, saya datang sekali je. Itupun mak Abang yang suruh saya masuk bilik sebab masa tu ada tetamu datang'.

Fukimak kauuuuuu!
Apa kejadahla Kak Long aku nak suruh ko masuk bilik bila tetamu datang? Ko tu saper? Ko tu pun tetamu ok, bukan ahli klorga pun.

Masa aku bagitau Kak Long pasal benda ni, Kak Long aku lagi la terperanjat. 'Bila masa Kak Long jumpa dia? Kak Long tak penah jumpa pun lagi'.

Amat sundal kan?

Dah la, aku cakap ngan laki aku, suruh je la diorang tu kawen, tapi pandai-pandai la nak idup kan, sebab sah-sah kitorang memang takkan terima Ina tu dalam klorga.



Redza and Acu dia kat rumah nenek aku @ Tampin.


Ibal and Ridwan (sepupu aku) yang gila brilliant budak ni. Tu bergambar ngan keta uncle aku. Poyo je.

Adik aku dengan Nadiah (adik kepada Ridwan). Porch nenek aku dan lawn nye memang tak muat untuk 13 bijik keta. So saper sampai cepat dapat la, saper lambat sila la parking kat luar. Tak kira la ko bawak balik Evo ke, Lancer ke, nasib la kan. Termasuk la yang tengah parking luar pagar tu.


Yang belah kanan tu abang kepada Ridwan, Anuar.




Yang berisi tu sepupu aku, Nazir. Singaporean. Dia ada production house. One of the artist is Maman Teacher's Pet. Yang pendek tu uncle aku, Portugese masuk Islam, US army. Gila penjajah kan menantu nenek aku? Wakakakakakaka. Tapi aku sayang uncle ni.


Raya @ Manir, Kuala Trengganu


Macam pengantin baru kan? Wakakakakak.
Time nak bergamba Redza buat hal, so gambar dia takyah masuk tahun ni. Tahun depan je. Ni kat rumah mak metua aku.
 

Ni semua kerana ko Equil, maka aku sanggup bersengkang mata walaupun dah nak masuk kol 3 pagi dah ni. Tu la, dok lagi jejauh, pastu menyusahkan aku nak menghapdet blog semata-mata nak bagi ko ilang boring. Aku lagi boring sebab tak dapat-dapat nak masuk blog ko. Apa kes???

Raya tahun ni gila 'HAPPENING'.
Mau taknya, jejak je kaki masuk lam umah mak metua, dia dah kabor segala penderitaan dia kat umah tu. Kali ni memang mak aku tersangat la deritanya. Derita tengok cucu menantu dok kena belasah ngan cucu dia hari-hari.

Cenggini, ada sorang anak sedara laki aku (aku panggil Abang) baru kawen ngan sorang budak pompuan area situ-situ jugak la. Comey budak pompuannya. Natural beauty. Nak dijadikannya cerita si lelaki ni sudah terpikat ngan satu minah JANDA ANAK SATU yang sama-sama keje ngan dia kat 7-11. Kira anak sedara En Wan yang sorang ni tak berapa menjadik sangat la, keje biasa-biasa je. Takpela, janji ada keje.

Yang buat semorang hot tu, bila dia kenal je ngan mak janda ni, terus cam kena sampuk ngan hantu jeruk purut. Macam angau tahap mencibang. Series punya sasau sampai bini kat rumah dah tak nampak yang cantik, segalanya buruk. Seminggu sebelum raya, mak metua aku ada call En Wan bagitau yang anak sedara dia ni dah plan nak lari ngan mak janda ni ke KL. Nak keje sini, nak hidup bersama, mati bersama.

En Wan pun takde la nak kata apa kan, sebab kak long dia (mak Si Abang) hidup lagi. Takkan dia nak lelebih pulak kan. Ok la, takat dengar je.

Sampai je kitorang kat Tganu hari tu, mak metua aku dah kaborkan yang Abang ni dah keluar dari rumah tak balik-balik dah 3 hari kot. Lari ngan janda tu. Mula la En Wan hangin. Apa taknya, dia sesedap lari ngan janda tu, yang bini dia kat umah ni saper nak tanggung? Mengandung pulak tu.

Dak Abang ni tak kenal lagi 'Pok' dia ni camne rupanya kalau naik hantu. The next day tu, laki aku redah bandar KT carik Abang. Jumpa. Terus call HP Abang cakap kitorang ada kat area flat dia menyorok ngan janda tu. So dia pun jumpa la Pok Ayi dia ni (gelaran laki aku la ni, ntah mana datang Ayi tu pun aku tak tau).

Memula laki aku tanya apesal pukul2 Intan (bini dia)? Sampai lebam-lebam, sampai berdarah. Dia boleh kata Intan pukul dia dulu????
Akai letak kat telur ke?
Pompuan pukul kuat mana sangat la kan? Kalau dia pukul pun mesti ada sebab. Gila ke tetiba nak pukul orang?

En Wan tanya lagi, nak kawen ngan janda?
Dia angguk.

Nak bela anak dia?
Angguk.

Ada duit nak bagi dia anak beranak makan?
Angguk.

Chenta gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
En Wan pun kata dia nak jumpa janda ni. En Wan suruh aku ikut sekali naik atas jumpa janda tu. Aku kan memang suka bergaduh ngan orang, apa lagi...zasssssss!!

Boleh dia duduk berdua berhari-hari kat umah tu dengan pintu rumah ngan pintu jiran just sedepa je jaraknya? Dah la kat Tganu. Kena cekup ngan Haji Hadi baru ko tau.


Janda ni orang Pasir Putih. Umur 25, anak umur 5 tahun.
Tapi dia tinggalkan anak kat mak bapak dia kat Pasir Putih, dia dok kat Tganu, bertenet ngan laki orang. Masa mak metua aku call bapak dia kata anak dia lari ngan Abang, bapak dia sanggup datang KT duduk berhari-hari redah satu KT carik anak dia. Masa bapak dia ketuk pintu umah sewa, dia boleh lari ikut pintu blakang???? Janda ni tak balik-balik ke Pasir Putih tengok anak dia. Masa kitorang jumpa, lusa nak raya.

Aku tanya, taknak balik raya ke?
Taknak.

Tak teringat nak tengok anak ke?
Diam.

Apesal yang boleh lari dengan Abang ni?
Diam.

Diam and buat muka ayu gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Macam sopan sangat la.

Bayangkan.
Intan kenal abang setahun lebih.
Janda ni kenal abang bulan 5 tahun ni.
Tapi awal bulan 9 hari tu Abang ni dah kawen ngan Intan.
Tak kirala ko kenal Abang before Abang kawen ke, before Intan ke, yang jelas skang ni Intan tu tittle dia isteri kepada Abang.
Ko tittle apa?

Yang si Abang ni pulak macam kena minyak senyonyong, boleh kata kat En Wan yang Intan tu gila sebab pi carik makbapak janda ni kat Pasir Putih.
Memang saje nak kena ngan laki aku la.
Bak kata laki aku, Intan tak salah kalau dia serang makbapak janda ni pun, dia ada hak. Dia isteri. Dia tuntut hak dia.

Bila aku cakap, lusa dah nak raya. So, malam ni kitorang nak bawak balik Abang. Engkau pulak kitorang hantar balik naik bas ke Pasir Putih. Dia kata 'Kalau saya balik, mesti saya tak dapat datang sini semula'.

Bahalul.
Ko ingat aku nak hantar ko balik beraya?
Memang aku hantar ko balik sebab nak bagi bapak ko kurung tak kasik ko kuar rumah dah. Memang patutla kawen setahun lebih kena tinggal dek laki. Perangai cam sundal.

Esoknya kitorang janji akan fetch dia pagi-pagi, nak hantar ke stesen bas.
Boleh dia tak bangun lagi masa kitorang sampai? Pastu kitorang kena tunggu sejam lebih nak bagi mak janda ni berhias.

Masuk je keta, dia tanya 'Abang tak ikut sekali?'
Ko ingat aku nak pi hantar rombongan meminang ko yang nak kena bawak Abang ni segala?

En Wan selamba je cakap 'Saya hantar awak sampai rumah'.
Menggelupur member.

'Takpela, hantar kat stesen je, saya balik sendiri'
Ingat aku bangang sangat la nak lepaskan ko sorang2 kat KT ni, pastu tup tup esok ko ada balik depan umah mak metua aku. Sorry!!

'Ala, kalau nak hantar saya sampai rumah pun, bawakla Abang sekali. Boleh jugak dia mintak maaf'.

Maaf apa nya? Bukan dia yang larikan ko. Ko yang gatal puki nak lari sesama. Kalau aku bawak Abang sekali, mampus kena pijak ngan bapak ko pulak. Memang la Abang tu salah, tapi biarla kitorang yang belasah dia, ko apa hal lak nak heret Abang sekali? Mampos ko la nak kena pijak ngan bapak ko ke, pedulik haper aku.

'Teruk la saya kena pukul dengan Abah saya ni. Saya boleh jadik gila macam ni'

Aduiiii pandainya bersyarah dengan aku.
Dah tau perangai bapak ko macam tu, yang pi menggelenyar lari ngan laki orang buat apa? Baru ko nak ingat bapak ko time ni? Masa bapak ko datang carik ko kat rumah, ko buleh pi lari ikut pintu blakang, masa tu ko tak terpikir kena bantai ngan dia?

So petang raya tu (Jumaat), panjang langkah aku, sampai ke Pasir Putih aku pergi. Laki aku drive, bawak sekali abang ipar aku, aku ngan janda ni dok seat blakang. Sepanjang perjalanan tu, dia dok tot tet tot tet balas sms ngan Abang. Mengadu la kena seksa ngan makcik pakcik ni. Ingat aku kesahhhhhhhh???? Siap hempas-hempas beg nak tunjuk protes la tu. Kalau berani bukak la pintu tu, biar bergolek ko jatuh, keje aku pun senang. Kalau ikutkan tangan aku, memang sampai setakat nak bagi backhand kat ko. Tapi respect la kan abang ipar aku kat depan. Kang aku pulak yang over meroyan kat blakang ni.

Actually pagi tu laki aku dah call siap2 bapak janda ni bagitau hal sebenar, say sorry bagi pihak Abang and cakap yang kita akan hantar janda ni sampai pintu umah dia.

So, masa dah sampai Pasir Putih, laki aku tanya 'Mana umahnya?'

Dia boleh kata umah dia dah lepas.
Laki aku pun call bapak dia tanya alamat rumah.
Lepas laki aku letak HP, dia tanya 'Tadi tu call abah ke?'
Ko ingat kitorang tak buat preparation? main redah je masuk Kelantan ni?
Pastu dengan muka tak malunya cakap 'Rumah saya depan lagi'.
Memang perangai pompuan sundal kan?

Belagak. Pi bagitau semorang bapak dia kontraktor. Anak orang kaya la ni.
Aku sampai depan umah dia terperanjat gila.
Dengan adik-beradik dia yang semuanya pakai baju lusuh, rumah dia aku cakap kalau lagi 10 orang naik, konfem roboh. Tak tipu punya. Muka bapak dia kesian okkkk. Aku tak paham macam mana pompuan ni boleh sanggup tinggalkan anak dia kasik mak bapak dia yang dah sedia susah ni membela, ko boleh bergaya sakan sampai tak ingat nak balik.

So, since aku tak pakai tudung, segan la pulak nak kuar keta. Laki aku suruh aku stay je dalam keta. Dia ngan abang ipar aku kuar jumpa bapak janda ni.

Laki aku cakap bapak dia ni cakap lembut. Dia bagitau yang hari-hari isteri dia nangis teringat kan anak dia yang gatal merenyam ni. Bapak dia dah la bawak prebet sapu je, bini tak keje, anak ramai, kena jaga cucu lagi, itupun bapak dia sanggup tinggal keje seminggu semata-mata nak duduk KT carik anak dia.

Laki aku tanya mana dia tau anak dia lari dengan Abang?

Dia cakap, Intan pi carik dia kat Pasir Putih.
Sebab?

Intan terjumpa borang permohonan nikah Abang dengan janda ni. So dari borang tu Intan dapat tau alamat pakcik ni tadi. Tujuan Intan pi sana sebab nak pujuk mak bapak janda ni terima Abang sebagai menantu. Intan tau yang makbapak janda ni taknak anak dia kawen ngan laki orang. So, Intan kata terima je la, sebab selagi Abang tak dapat kawen ngan janda ni, selagi itula Intan ni asik kena pukul je.

Nak dijadikan cerita, masa Intan pi jumpa bapak janda ni, mata dia lebam, tangan dia lebam kena bantak dek Abang. Lagi la bapak dia ni taknak bagi anak dia kawen ngan Abang. Tak pasal anak dia kena belasah esok. Tapi anak ko memang patut kalau kena bantai ngan laki pun.

So lepas bincang lebih kurang, laki aku mintak tolong kat pakcik tu kalau boleh jangan la lepaskan si janda ni ke KT lagi. Kalau boleh taknak jumpakan diorang lagi. Bapak dia ni pun setuju sangat la. Lepas tu kitorang balik. Aku bajet pompuan ni memang kena pelupuh ngan bapak dia cukup2 sebab orang kampung situ bagitau bapak dia ni memang bengis. Hahahha...mampos ko la kan.

Sampai kat rumah, laki aku suruh Abang kawen je la ngan Ina tu kalau nak sangat sebab Intan rela dimadu. Si Abang dengan penuh semangat kecintaan jawab 'Abang tak nak dua Pok, Abang nak satu je'.

Ohhhhh, pandai pulak nak satu. Ko dah dapat satu, pi gatal kote nak kenal ngan janda tu apa kes?

'Abang tak mampu nak tanggung dua orang. '

Oooo....tak mampu nak tanggung dua orangggggg.
Yang skang ni ko tanggung sangat ke???
Setau aku, Intan ni ko tak bagi nafkah zahir batin dah sejak sebulan lepas.
Dah taknak sangat la gamaknya ngan Intan ni.
Tapi ko suruh dia basuh baju ko, gosok baju ko, pi keluar malam-malam belikan ko rokok, belikan prepaid ko, tapi guna duit dia.
Nafkah taknak bagi, tapi kederat dia ko guna.
Apa jenis jantan bacul la???????

Itu baru cerita malam raya, cerita on the hari raya itself lagi gempak. Hari ini dalam sejarah, sampai En Wan aku menangis.

Lain kali la aku cerita, aku nak tido la.


Ada dua family tak ada dalam gambar. Sorang beraya rumah metua kat Kota Bharu, sorang lagi beraya umah mertua kat Besut. Dan ada cucu yang beraya kat oversea. Yang dua couple kat tengah tu la Abang ngan Intan. Kitorang paksa dia duduk sebelah-sebelah.

 


Barisan atas adelah mak dan nenek dara. Yang depan barisan anak dara. Yang anak dara bertudung tu anak sedara En Wan, seorang dokter. Yang anak dara baju maroon tu adik tiri En Wan seorang SA. Anak dara kat tengah tu paling masak ranum sekali, seorang model antarabangsa.

Those that cry a thousand tears shall be blessed by tomorrow. Aku percaya kuasaMu, Tuhan.




Mengapa ada perempuan yang dipertemukan dengan suami yang pembengis?
Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya).

Di sana ada seorang isteri yang mencintai suaminya sepenuh hati.
Tetapi suaminya sudah mula mencintai wanita lain.
Dan isteri ini masih mencintai suaminya walaupun diherdik, dipukul, disepak, dan ditumbuk hampir setiap hari.
Tetapi dia akan terus menyayanginya.

~K. Trengganu, 2007~

2007-10-10

This is for you.


Thanks to those yang baca blog ni and tinggalkan komen, tapi aku hamat busy lately so dua entry yang terakhir aku tak sempat nak reply. Tunggu lepas raya la ye. Aku sebenarnya tengah get ready nak balik Tganu dah ni. Lepas laki aku bebuka kang kitorang balik la. Memandangkan kat Tganu sangatla heavennya sampai hot spot pun payah nak jumpa, jadi aku membuang masa sket sementara nak tunggu Maghrib ni update blog jap.

Sebenarnya aku tengah jiwa kacau. Nak marah, nak gelak, nak ketuk kepala hangguk orang yang sangat bodoh dan juga nak rogol pompuan gila.

Darah aku yang dah lama suam-suam ni mendidih balik bila teringat satu kes 6-7 mths ago yang sangat membabi sekali.

Aku memang bengang dengan ko yang bodoh nak mampos. Kalau aku cakap tak nak dengar, macam la aku dengki dengan awek ko yang psiko tu. Sorry la bang, aku takde de nak dengki hianat ngan orang ni. Apa barang jeles ngan orang sakit otak??? Kalau aku jenis pendengki, lama dah aku stalk blog dia, pastu aku tinggalkan komen-komen keji, pakai ID anonymous, pastu at the same time aku buat-buat cas ayu lagi sopan depan semua orang and act like 'aku-lah-wanita-teraniaya-sila-simpati-dan-jadikan-aku-awek-kalian'

PUKIMAKKKKKKK!!!

Kalau ikut hati aku, nak aje aku gelakkan ko puas-puas. Tapi hati aku takde la macam sesetengah orang yang takde hati perut. Aku takde la nak keji sangat ngan 'KAWAN' kan? Paling cibai pun aku maki kat telinga ko. Tadi tu baru mukadimah je. Kalau aku depan ko tadi, mau kaki aku naik segala. Well, you know me kan.

Actually aku dah agak dah sumthing happened to you between you and her, the day u sms-ed me. Tapi sebab aku masa tu banyak keje, ditambah pulak ko yang gatal nak SACRIFICE, apa kes aku nak ambik tau hal ko kan? Macam ko penah kata dulu 'You tak kenal dia siapa' kan????

Well, mungkin aku tak kenal dia siapa. Tapi ko lagi malang, dah bertenet berbulan-bulan masih lagi buta tak nampak dia siapa. And ko nak marah aku pulak apesal aku tak bagitau ko siapa dia before that? Aku ke yang taknak bagitau? Or ko yang taknak dengar????

BABI la.

Aku dah bagitau ko macam-macam, tapi ko yang taknak dengar. Menggelupur ya hamat la, nak kawen sangat kan? Willing to sacrifice kan???? Sacrifice la, apa susah.

Please la okkk. Tolongla berenti jadim manusia menggelabah. Umur dah tua, cuba bertindak matang. Kang aku tampar saje je.

Dah .. aku dengan ko takleh mengamuk lelebih, kang ada yang kena TULAH kan????????????

2007-10-07

May God bless you today with a heart full of love



Happy Birthday to you!
Today, I love you more than on the day we married long ago


Ok, tamat sessi steamy bersama suami.

Tadi gi berbuka kat Pizza Hut. Lama dah aku ajak laki aku gi buka kat sini, tapi En Wan tu tau je la. Asal buka nak carik nasik. Tak dapat nasik kang menggigil la pulak.
Sempena menyambut besday dia today, dia belanja aku makan pizza.

Ajaib kan aku? Dia punya besday, aku yang dibelanja makan.
Masa tengah peak nak berbuka, Redza pulak buat hal 'Mama, Ija nak yak'.
Allahhhhhhh. Tercekik aku nak makan.
Tapi disebabkan aku amat ajaib, jadi laki aku yang offer diri bawak Redza gi toilet.
'Takpe, Di makan dulu' dia kata.
Tanpa dia menyedari (sengaja aku taknak bagitau, kalau bagitau plan nak makan pizza kensel) bahwa aku dah nampak anak bulan kol 5.30pm tadi. Wakakakka. Matiklah laki aku merembes sorang-sorang malam ni.

Ok la rakyat sekalian, memandangkan anak bulan aku dah nampak lebih awal, maka di sini saya mengistiharkan bahawasanya esok saya raya!

SELAMAT HARI RAYA GENG!!!


2007-10-04

'Baju awak bila dah siap saya call' - macam bunyik baju raya aku takkan siapkan?


Don't mention the past anymore.
There're already too many storms in life.
Memories couldn't be wiped away the love and hate are still in the heart
Really have to cut the past, and let tomorrow go on finely
So you should stop trying so hard to find out my whereabouts
Love is a difficult question, it makes one dizzy and mesmorized
Forgetting the pain is perhaps possible, but forgetting you - that's too hard
You haven't truly left, you have always been inside my heart
I still have loving feelings towards you,
I'm so helpless with myself
Because I still have dreams. I still place you inside my heart.
Always have to be so easily being moved by things in the past,
my heart always have to ache for you.
Don't wander around in the years of the past,
I unintentionally became all tenderly sentimental
Do not ask me if we are to meet again
do not question if I'm speaking my true feelings or not
Why don't you understand? Where there is love, there will be pain
Someday you'll realize that, life isn't so different without me after all
Life is already to rushy; I'm so afraid that it always has to be filled with tears
Forget me, then there will be no more pain
Leave the past in the wind.

~by Leslie Cheung in Farewell, My Concubine~



Best tak lirik lagu atas ni? Kawan aku tolong translatekan.
Ni belum dengar lagi bf aku nyanyi, leleh okkk.

Ok, tu iklan je sebenarnya.
Actually today aku nak allocate time aku dari pagi sampai petang untuk sign kad raya.
Ni just kotak yang aku larat nak bawak balik. Ada 2 kotak lagi kat opis lama. Sok-sok aku ambik.




Hari ni aku rasa cam nak demam balik. Bibir aku rasa panas, mata aku dah naik ketumbit, hidung aku biasala nasal problem yang tak penah putus sejak azali. Haruskah aku bebuka puasa demi untuk memakan ubat? Pastu boleh habiskan cheese raspberry cake yang aku beli semalam? Oh, keji okkk mempunyai niat sebegitu.

Semalam lepas berbuka kitorang gi IOI sebab nak carik frame stand and stand pinggang (sleng En Wan) mangkuk. En Wan kata kalau taknak pakai Noritake tu, biar lam display cabinet. Kalau taknak display, kena guna. Eiii..sayangnya aku nak guna. Bukan dapat hari-hari. Dah la aku ni rakus. Dibuatnya salah pegang, panggggggggg berkecai atas lantai. Time tu jugak aku kerah En Wan patah balik ke Jepun.






Aku carik dua benda ni la. Gi tanya kat sales. Hampeh. Belum carik dah bagitau 'Kita tak jual tu kat sini. Kita letak untuk display pinggan kita je'. Halo dik, ini JJ ok, apa benda yang takde kat JJ ni? Aku rasa setakat frame stand ni Kedai Kak Milah kat Bangi tu pun ada jual. Ko carik ngan hidung mana nak jumpa.

Lepas tu gi merayap carik birthday present En Wan. En Wan dah 31 Ahad ni, insyaallah. Punyala payah nak suruh orang tua ni pilih. Aku ni lagi la dah tak tau nak belikan apa. Setahun berapa banyak anniversarry, belum ngan birthday. Dah blur..last-last aku belikan perfume je. Alasan : Sebab ko busuk sangat. wakakakka. Derhaka..derhaka.




So, semalam aku tido lambat sebab nak lap cermin display cabinet yang En Wan belikan semata-mata nak letak pinggan mangkuk aku. Laki aku kan very the over kalau part hias rumah. Rumah ni kalau nama aku sorang je la yang tinggal, sorry la, aku beli yang yang murah-murah je, yang ala kadar (Ah Beng, macam siapa ek, cara aku cakap ni? Kejiiiiiii)

Ayat di atas adelah ayat memperli namanya.
Ayat yang betul adelah : Kalau aku dok sorang lam rumah ni, takde de aku nak terpikir beli barang ni semua. Kalau dah ada TV, takde aku nak beli TV lagi satu. Kalau dah ada meja makan, takde aku nak tambah lagi satu meja makan. Aa..camtu aa perangai aku.

Hidup biarlah bersederhana. Tapi kalau orang sebelah beli, marilah kita mengumpat dia. Sebab kita pun nak beli tapi takde duit. Eh.



Nampak sangat takde barang nak letak. Belah bawah tu kita saje biarkan kosong. Apabila En Wan lihat akan kekosongan di situ, maka mindanya akan mula berfikir apekah yang harus ditambah. Maka saksikanlah dan dan tu dia akan bukak majalah Anjung Seri and tengok kat kedai mana ada jual barang perhiasan. Over kan laki aku?

2007-10-01

Wanita ini sangat sibuk



Menu aku hari Jumaat lepas, Nasi Bukhari yang terBEST di dunia.



Pastu aku buat bubur kacang ijo. Tapi aku yang habiskan seperiuk. Ade la dalam 5 mangkuk aku makan.

Itu je la aku nak tulis hari ni.
Tak sempat nak tulis pepanjang.
Aku manusia bizi sejak Jumaat lepas.
Sila mahapkan saya.