2023-05-30

Kalau dah sampai menekan memaksa macam ni, memang naik suara aku nanti.



Cerita atas ni aku jumpa kat FB, orang share.
Tumpang baca, lantas mendidih sakit hati.
Mak-mak macam ni memang wujud, kan?
Dan anak-anak yang patuh macam tu pun masih wujud.
I is kenot. Sorrylah mintak ampun.
Kalau dah sampai menekan memaksa macam ni, memang naik suara aku nanti.
Sebelum suara aku naik, tolong jangan buat benda-benda pelik gini.

Entahlah, kadang-kadang bila baca kisah macam ni, aku terpikir.
Kenapa kisah-kisah mental abuse like this berlaku pada orang yang patuh?
Kisah isteri yang hidup dengan suami narcissist, contohnya.
Hidup berpuluh tahun dengan suami macam ni.
Sepanjang hayat memendam rasa. Sebab?
Sebab isteri terlampau baik.
Sebab isteri taat dan more prone to endure abusive behavior.
Sebab isteri rela pendam rasa demi keharmonian rumah tangga.
Sebab isteri terlalu dependant make it harder to recognize mereka sebenarnya sedang di-abuse.

Anak yang dapat mak bapak macam ni selalunya anak jenis baik-baik.
Jenis patuh je cakap mak bapak.
Aku mintak mahaplah. Aku tak boleh jadi sepatuh itu.
Sikit-sikit tu bolehlah aku patuh.
Contohnya kemas rumah, patuh.
Bawakkan ke sana sini, patuh.
Tapi kalau melibatkan urusan hidup aku, sorry.
Aku akan bercakap dan berterus-terang bagi semua faham kenapa aku kenot do apa yang dorang nak aku buat.
Bercakap tak bermakna tak taat.




Pak Aji nak sangat aku jadi cikgu.
Mak Aji pula nak aku jadi pensyarah kat UKM.
Lebih spesifik dia ni. UKM terus dia letak syarat.
Aku tak minat mengajar.
Ajar budak sekolah rendah tusyen pun aku cepat menyirap.
Tapi bila Pak Aji minta aku apply cikgu, aku apply.
Dapat offer interview, aku pegi.
Tapi aku tak buat yang terbaiklah sebab aku memang tak nak jadi cikgu.
Mak Aji nak aku sambung belajar, ok.
Tapi takat itu jelah. Aku tak janji nak kerja pensyarah. 

Beli rumah aku tak pernah bincang dengan mak bapak aku.
Aku just bagitau ada plan nak beli rumah. Itu saja.  
Ada anak-anak bawak mak bapak tengok rumah nak beli kat mana, ajak tengok kawasan rumah, etc. Kan? 
Aku tak. Sebab aku tak nak semakkan pikiran dengan pendapat yang terlalu banyak.
Ada perkara yang kita boleh minta pendapat orang, ada yang tak perlu.
Some parents always have something to say dengan apa juga yang anak dia nak buat.
Anak beli rumah apartment, dia kata "Esok kalau mati macamana nak bawa turun?"
Anak beli kereta kecil, dia kata "Adik-beradik nak menumpang pun tak muat".
Oh sorry. Sebelum aku bertekak laki bini dek kerana pandangan orang lain, better aku takyah cerita apa-apa.
Percayalah cakap aku, kadang-kadang bila orang tak tahu plan kita, hidup kita lebih tenang.

Hari yang kitorang nak pindah keluar dari rumah Mak Aji selepas kawen, on the same day baru aku bagitau Mak Aji and Pak Aji “Ma, kitorang pindah keluar hari ni tau. Kejap lagi lori sampai”.
Terperanjat mak aku.
Bukan taknak melibatkan dorang, tapi kalau aku bagitau plan tu lebih awal, dia mesti nak tengok rumah sewa kitorang.
Nanti kalau dia tak berkenan, aku jadi serba-salah dengan En Wan.
Nanti En Wan jadi akward pulak dengan mak bapak aku.
Jadi, lebih baik aku tak bagitau apa-apa.

Masa aku pindah keluar dari rumah sewa ke rumah pertama (rumah sendiri), pun tak bagitau Mak Aji and Pak Aji.
Tapi aku bagitahulah aku nak beli new house.
Pindah dan segala cerita pasal buat renovation semua tak pernah cerita.
Tau-tau je aku pindah and ajak datang masa buat house-warming.
Mujur aku tak bagitau bila aku pindah.
Kalau tak, konfem dia membebel seminggu.
Kan first house aku kena kelepet ek kontraktor cibai tu?
Kitorang pindah masuk dalam keadaan rumah takde dinding dapur.
Kalaulah mak aku datang masa hari aku pindah, mesti En Wan rasa serba-salah dudukkan anak perempuan dia kat rumah tak siap.

Time aku pindah second house (rumah sekarang) pun mak bapak aku tak tahu. 
Tau-tau je pindah.
Tapi dorang tahu aku nak beli rumah lain. Tapi takat tu je lah.  
Semua benda kitorang settlekan sendiri.
Upah lori, upah orang angkat barang, upah kemas rumah — malas nak melibatkan kaum keluarga.
Tau je lah perangai mak-mak.
Kalau bagitau awal-awal nanti ada je benda yang tak kena kat mata dorang.
Bila tau-tau je aku dah pindah, itu lebih senang.

Senang cakap, aku bukan anak contohlah.
Jangan contohi aku. Aku memang rebel.
Apa benda yang aku tak puas hati, aku tanya.
Apa benda yang aku rasa tak lojik, aku minta explanation.
Tapi for some people, yang mungkin tak biasa dengan culture "berbincang", they simpy jump into conclusion -- "ini adalah anak derhaka, yang tak taat pada orang tua".

Whateverrrrr! Some people memang lack of critical thinking.
Dia tak biasa berdiskusi, hanya tahu memberi arahan.
Tiba-tiba teringat kes aku pertikaikan kenapa pegawai boleh keluar minum pukul 10, tapi RA tak boleh.
Dijawabnya kat aku "You kena faham. Pegawai tu anak kandung. You RA, anak angkat".
Hahahaha. Bangang.
  
Setakat ni belum pernah aku berdepan dengan tekanan dari mak bapak beli rumah, beli kereta, beli harta — takde.
Even masa aku free hair dulu pun.
Ramai followers tanya “Masa Kak Di sexy dulu mak aji tak marah ke?”

Dia tak marah, tetapi dia tegur. Dia nasihat.
Mak bapak aku tahu sampai situ je dia boleh buat sebab anaknya perempuan yang dah ada suami.
Suami aku lebih berhak ke atas aku.
Jadi, mereka nasihat. Cuma aku je yang tak buat.

En Wan pun kenal perangai aku. 
Kalau aku tak nak, jangan paksa.
Sebab kalau aku dipaksa, kau akan nampak sisi aku yang sangat nasty.
Dalam kebanyakan hal aku tak kisah.
Tak kisah makan lauk perangat.
Tak kisah berbuka makan lauk ikan bilis dengan telor mata.
Tak kisah berkongsi duit.
Tak kisah berpenat-penat.
Tapiiiiii, kalau aku start kisah sesuatu perkara, aku akan fight.
  
Tahun 2018, keluarga En Wan buat family day kat Janda Baik.
En Wan tunjuk kat aku tempat yang keluarga dia nak pegi.
Aku punya concern cuma 2 — jamban and bilik tidur.
Nak bawak aku keluar dari rumah, 2 benda ni kena lebih baik atau setara dengan apa yang aku ada sekarang.
Kalau bawa aku keluar untuk duduk kat tempat penginapan yang hazab, what’s the point aku ikut?

Dia macam ni tau.
Contoh, hantar Rayyan balik Ipoh.
Hotel yang best-best penuh, yang ada cumalah hotel boutique.
Ok takpe, aku boleh tido hotel boutique sebab takde pilihan lain.
Tapi kalau kau plan nak bersantai-santai holiday, tapi pilih option yang hazab sedangkan ada yang lebih baik, better aku santai dalam rumah sendiri je.
Buat apa aku serah diri aku kat tempat yang bakal buat aku migrain?
You get it?

En Wan dah tau syarat-syarat bini dia ni, tapi dia takde pilihan sebab tempat yang family dia nak pergi tu mengambil kira kemampuan orang lain sama.
Actually ada je tempat lain kat Janda Baik yang lebih baik with reasonable price, tapi tak tahulah kenapa situ jugak dipilih.
Serious, bilik tido sangat tak convenient, dengan katil yang bertilam nipis.
Cadar pun nipis, dari dalam gambar boleh nampak cadar tu tak berbasuh. 
Tengok tilam and bantal pun aku dah membayangkan mesti ada pepijat ni, dan banyak nyamuk.
Bilik air pun hazab.

Aku minta En Wan sewa resort lain.
Aku cakap takpelah kalau kita tido tempat lain.
Nanti masa nak beraktiviti kita datanglah tempat dorang.
Tapi En Wan serba-salah. Dia bimbang orang akan bercakap.
Aku cakap, “Ok, I am not going. Awak nak pergi, pergi. Saya tak halang. Tapi jangan ajak saya”.
Kira aku dah bertolak-ansur dah ya untuk join sekali, cuma aku nak tido resort lain.
Aku tak nampak apa yang susahnya dengan request aku tu. 
Bukannya aku taknak involve lansung.
Tapi dah kau taknak accept, sorrylah aku nak follow.   

Itulah pertama kali En Wan berkumpul dengan family dia tanpa aku.
Aku boleh imagine terpisat-pisat dia nak menjawab bila adik-beradik bertanya “Kenapa Diana tak ikut?”. “Gaduh ke?”. Hahahah. Gasakkk.
Hari yang dia nak ke Janda Baik tu aku orderkan sekotak risolles and brownies as buah tangan pengganti diri.
Ye lah, aku bukannya tak pergi sebab bergaduh dengan family dia.
Aku tak pergi sebab aku tak nak duduk situ je.
Maka bagilah buah tangan sikit so that takdelah adik-beradik dia speku apa-apa.
Padahal memang aku bergaduh dengan dia beberapa hari from the day they decided untuk stay resort tu.
Bergaduh pasal jamban dengan tempat tidur 😆.

En Wan kata "Nanti orang cakap awak mengada-ngada taknak tido tempat macam tu. Padahal orang lain boleh je".

Tu nak kata dia family keturunan kaya pun boleh tido tempat berselipat, kenapa aku bukan keturunan kaya nak memilih.
Eh helo..?? Ada beza antara miskin dan pengotor.
Ada orang memang kaya, tapi hidup jenis tak kisah.
Rumah bersepah tak kisah.
Jamban berlendir tak kisah.
Katil berbau tak kisah.
Anak tak mandi tak kisah.
Aku memang bukan keturunan senang, tapi bukan pengotor, ya.
Lantai rumah Mak Aji berkilat, tak berkerak.
Bilik air tak pernah kuning.
Longkang depan rumah tak pernah hijau.   
Jadi aku ada reason kenapa aku tak boleh duduk dalam bilik resort berkerak.

Sejak dari tu, En Wan dah tahu dah bini dia punya teruk kalau buat perangai.
Kalau aku taknak, aku takkan buat.
Kalau paksa jugak, kau akan nampak sisi keji yang paling keji seorang Diana.
Sekarang ni aku sangat happy sebab setiap kali balik Tganu dia akan bawa kitorang duduk homestay.
Sejak kipas rumah mak rosak (sebab wiring dah lama), rumah tu makin tak selesa untuk tido.
Adik-beradik En Wan pun dah start tido homestay. Lega aku.
Sebab aku dah tak nampak pelik lagi 😆.
Dulu En Wan kata aku sorang je pelik takleh tido rumah mak.
Now semua dah bertukar jadi “pelik” macam aku. Hahaha.
Yang sebenarnya aku tak pelik.
Cuma aku tahu apa yang aku boleh terima dan apa yang aku tak boleh terima, lebih awal dari orang lain.

Bila baca kisah budak yang kena beli rumah tadi, aku rasa bukan semua manusia diberikan kekuatan untuk menegakkan haknya.
Ada situasi yang buatkan mereka tak kuat untuk membangkang.
Macam budak tadi, status sebagai anak tunggal buatkan dia tak dapat menolak kehendak mak.
Mujur bini dia baik. Diam je kat tepi tak berkutik.
Dapat bini macam aku, silap-silap mak dia kena sound dengan aku.
Aku bukan boleh bab-bab gini.
Dengan dia-dia sekali aku harukkan nanti.

Samalah macam isteri-isteri yang hidup memendam rasa bersuamikan narcissist.
Kita nampak macam "Eh, bodohnya kau stay lagi dengan laki macam tu?"
Tapi kekuatan tu takde pada dorang.
Mungkin tiada kekuatan, atau tak berpeluang menjadi kuat.
Nak melawan, dikatanya kita kurang ajar.
Padahal dia yang buta perut.

Kadang-kadang aku tanya En Wan “Di kurang ajar ke kat abang?”.
Sebab aku kalau tak puas hati, memang aku tabur.
En Wan cakap “Perspektif awak selalu lain dari orang. Orang yang tak biasa susah nak terima. Kena dengar dulu apa awak explain baru boleh faham”.

Ok good.
Yang penting perspektif aku tentang kenapa perlu duduk homestay setiap kali balik Tganu dah boleh diterima.
Satu perjuangan ya selama ni aku meyakinkan dia kenapa kita sekeluarga perlu duduk homestay.
Now point aku semua valid.
Takut nau dia orang mengata kenapa dia tak nak tido rumah mak.
Bini pulak jenis gasak kau nak kata apa. Janji aku tido selesa.
Like I said, aku dah lama tahu kenapa rumah mak tak sesuai untuk tido, cuma sudut pandang aku terlalu tinggi untuk difahami oleh orang biasa-biasa. Kahkahkah. 


2023-05-28

Menyimpan sampai komitmen terabai.


Seorang follower tanya aku, kenapa susah sangat dia nak menyimpan.
Simpan simpan simpan, nanti mesti ada hal yang buatkan duit tu kena keluar.
Aku tanya, “Duit yang simpan tu plan untuk apa?”
Dia jawab untuk hari tua. 
 
Aku tanya berapa umur?
34 
 
Ada anak?
2 orang.

Ada rumah?
Beli apartment.

Ada kereta? 
Ada. 

Ok. Izinkan aku cerita kisah aku.
Maybe boleh dapat sesuatu dari kisah ni.

Tahun 1988 adalah satu-satunya tahun kami adik-beradik tak ada baju raya. 
Bear in mind, satu-satunya peluang kitorang nak ada baju baru setiap tahun adalah semasa raya. 
Kalau tahun tu takde raya, kitorang adik-beradik takde baju baru.

Tahun tu kitorang eksiden.
Kereta Pak Aji banyak rosak.
Waktu tu aku Darjah 5.
Pak Aji umur 39 tahun, Mak Aji 37 tahun waktu ni. 
Masih muda. 

Umur muda, simpanan belum banyak sebab pangkat belum tinggi dan komitmen masih besar.
Anak-anak masih kecil, masih sekolah, hutang pun masih baru-baru semuanya.
Bila kereta rosak eksiden, mana nak cekau duit? 
Simpanan tak banyak.
Gaji belum tinggi.
Tapi kalau tak baiki kereta, macamana nak pergi kerja?
Maka terpaksalah korbankan apa yang kurang perlu dan dahulukan yang lebih penting.
Ketepikan persiapan raya.
Keluarkan simpanan yang tak banyak tu untuk baiki kereta.

Seingat aku, bulan puasa tahun tu paling suram.
Aku dah mula faham mak bapak aku ada masalah kewangan. 
Tahun tu aku dah mula perasan lauk berbuka ala kadar, kuih raya tak buat dan sehingga ke minggu akhir puasa takde shopping baju raya.
Petang raya kitorang masih kat rumah. 
Kalau tak, 2-3 hari sebelum balik Mak Aji dah ingatkan untuk kemas baju nak balik kampung. 
Kali ni senyap. Tak nampak ada gaya nak balik kampung. 

One day, dari luar bilik aku dengar Mak Aji cakap sok sek sok sek pasal “baju raya budak-budak”.
Tak lama lepas tu Pak Aji masuk bilik aku (and Ima). 

“Meh ikut papa cari kasut raya. Tapi kasut raya je tau. Tahun ni papa takde duit nak beli baju raya”.

Steady je Pak Aji berterus-terang dengan anak-anak. 
Tahun tu beli kasut raya kat Kajang je, bukan KL macam selalu. 
Kitorang tetap balik raya di kampung.
Budak-budak kan, kisah apa sangat takde baju raya.
Janji balik kampung jumpa sedara-mara, dapat main bunga api, dapat makan kuih makmur nenek. Done.
Bukan orang tahu pun kitorang tak beli baju raya.  

Alhamdulillah, walaupun takde baju raya tahun tu, kitorang masih dapat balik beraya.
Masih ada rumah nak duduk.
Masih ada kereta nak bergerak.
Masih bersekolah. 
Mak bapak aku masih ada kerja.
Masih makan walau seadanya. 
Masih dapat duit belanja ke sekolah, tak miss pun walaupun hanya 40 sen.
Dengan duit belanja tu masih boleh makan eskrim. 

Aku boleh faham kesusahan menyimpan yang follower aku cakap tadi.
Aku rasa mak bapak aku pun lalui benda yang sama.
Umur masih 30-an, banyak mana sangat yang boleh disimpan?
Masing-masing masih ada komitmen. 
Itupun mujur ada simpanan, dapat gak baiki kereta.
Itu entah lama mana menyimpan agaknya. 

Apa yang aku boleh cakap kat sini. 
Kita ni nak buat savings, jangan ikut-ikut orang. 
Zaman medsos, banyak sifu-sifu yang ajar kena simpan banyak ni, kena simpan banyak tu.
Ya, bagus menyimpan.
Tapi jangan sampai menyimpan pun terbeban.
Simpanan tu kan untuk emergency.
Bila kita fokus nau kat menyimpan sebanyak-banyak ada setiap bulan, tu pasal tiap-tiap bulan kita rasa always ada emergency. 
Asyik kena keluarkan simpanan katanya.
Yang benaunya, kita menyimpan sampaikan komitmen terabai.

That’s why awal-awal tadi aku tanya follower berapa umurnya.
Muda lagi, baru 34 tahun.
What do you expect umur 34 tahun punya savings?RM100k? 😁.
Katakanlah makan gaji at age 22.
Berapa starting gaji?
Kita ambil RM3k lah.
Berapa agak-agak boleh save dengan gaji ni? 
Beli rumah, beli kereta, belanja hari-hari, etc. 
Kalau dapat save RM150 sebulan pun bagus dah.
Sebab umur muda-muda ni masing banyak komitmen.
Belanja anak sekolah je dah berapa.
Nanti seiring dengan naik gaji, naikkan simpanan.

Masa En Wan mula-mula kerja, gaji dia RM2500.
Masa tu takde anak lagi padahal.
Tapi tetap tak boleh menyimpan banyak waktu ni.
Komitmen nak bayar hutang kereta kat mak aku saja RM980.
Setahun dia habiskan buat bayar hutang, then barulah ada duit nak menyimpan.
Itupun tak banyak mana.

Slow-slow buat savings. 
Jangan sampai sibuk nak menyimpan tapi tak dapat menikmati hidup dengan baik.
Tetiap bulan stress sebab tak cukup duit, padahal terlampau nak saving sebab nak merasa secure kononnya. Don’t!
Tapi janganlah pulak kau berjoli sampai takde simpanan lansung.
Tu pun takleh gak.

Kitorang adik-beradik dulu makan memang tak mewah mana, tapi tak pernah berlapar.
Dan yang paling penting, orang makan sotong, kitorang pun pernah makan sotong.
Orang makan ketam, kitorang pernah makan ketam.
Orang makan KFC, kitorang pernah makan KFC.
Orang makan satey, kitorang pun pernah makan satey.
Orang berbaju baru, kitorang pun ada baju baru.
Bezanya, maybe orang lain makan sedap-sedap hari-hari, kitorang sesekali.
Orang lain belo baju baru 2 bulan sekali, kitorang setahun sekali.

Benda ni semua takde masalah. That’s normal.
Yang tak normalnya, bila serabut nak menyimpan sampai hidup sendiri jadi membosankan.
Semua orang di waktu muda pernah melalui zaman-zaman sesak.
Aku tak terkecuali.
Jangan stress-stress.
Simpan sikit. Belanja sikit. Balance.
Tapi kalau nak simpanan menggunung, jangan ikut nasihat aku ni lah. 
Nasihat aku ni terpakai untuk aku saja agaknya.


2023-05-25

Geng founder


Katanya, post di bawah ni dah 3 kali kena delete kat FB (orang yang menulis ni cakap).
Jadi, apa kata aku tepek dalam blog, supaya tak hilang.
Aku dapat cerita ni dari kawan aku. Lama dah post ni. Cuma malas nak buat post sebab panjang nau kisahnya.
Tapi baguslah bila dia mendedahkan realiti yang ramai orang tak tahu.
Sebenarnya desas-desus kisah macam ni dah banyak dah orang sebarkan, tapi entahlah, makin ramai founder kosmetik tumbuh.
Maybe tarikan hidup mewah mengatasi segala-galanya.
Yang lain tolak tepi asalkan kaya.

Actually kita boleh pikir lojik.
Tak tahu hujung pangkal tau-tau kaya terlajak.
Umur muda-muda, tapi kayanya tak masuk akal.
Bila bercakap bek bek bek bek takde isi.
Aku selalu kata kat En Wan, semua orang boleh jadi agen, tapi kita boleh beza agen tu berpendidikan tinggi atau tidak.
Because kita boleh menilai dari segi isi yang keluar bila seseorang bercakap.
Sama ada percakapanya ada buah ilmu atau tak.

Sama juga dengan penampilan.
Semua orang boleh pakai branded stuff, bawa sport car, penampilan sarat dengan segala yang mewah.
Tetapi, bukan semua orang boleh carry class.
Kau balutlah satu badan dengan segala yang berjenama, orang akan tahu the moment kat bercakap.
Sama ada ada isi dan ilmu, atau kosong.

Aku punya pandangan berkenaan isu founder yang menipu macam kisah di atas adalah -- truly wealthy and influential people don't have to flaunt their wealth just to be admired or to gain influence.
Orang yang bijak dan berjaya tahu true power come from things like what they know, what they have learned, and how good they are at what they do.
Bukan kata orang-orang yang bijak ni tak kisah nak jadi famous. Tak.
Tapi dorang tahu pengaruh dan kepercayaan tu akan datang kemudian, bila produk yang mereka jual benar-benar help people.

Berbeza dengan set-set founder kisah tadi, dorang dahulukan pengaruh dan kepercayaan dulu.
Produk datang kendian.
Dorang lebih utamakan mencari kepercayaan orang dengan menipu lifestyle, supaya dapat pengaruh.
Bila orang terpengaruh dengan gaya hidup, barulah dia cerita pasal produk.
Itupun bukan cerita pasal nak help people with their product, tapi cerita pasal macamana nak jadi kaya dengan menjual produk dorang.
Geng-geng founder macam ni, they aim untuk kaya je.
They don't care pun to study about their own produk pun.
Misinya hanya untuk dapatkan admiration from their followers.

Tentang ambil produk dari kilang OEM (Malaysia) tu takde masalah, sebab kilang yang bertarap GMP, complete with HACCP dan ada ISO ni kilang yang sah.
Lagipun dorang ada chemist yang berkaliber yang come out with good formula.
Jadi kalau nak OEM dengan kilang-kilang ni no problem.
Yang jadi problem tu bila kau punya misi adalah nak jadi kaya, tu pasal kau jual pun main belasah semua boleh.
Takde inisiatif nak mendalami produk.
At least kau study ingredients yang OEM tu pakai for your product.
So from there kau boleh tahu siapa boleh, siapa tak boleh pakai.
Tapi tu la kan, bila misinya hanya "jual kasi habis", they don't care pun pasal knowledge ni semua.
Gasak kaulah apa jadi, janji stok aku habis katanya.

Tapi yang aku surprise bila pencerita menceritakan dengan detail macamana they spend for marketing.
Masa aku baca kisah ni, aku cakap kat En Wan "Betullah, saya ni sebenarnya tak pandai bisnes. Saya hanya pandai educate people je. Sebab selama ni saya buat marketing to explain the science of produk saya. Rupanya salah. Marketing sebenar adalah sewa Lambo, sewa rumah banglo, lepak2 hotel hi-tea and shopping branded stuffs" 🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄.

Gigih betul kau spend RM30K untuk marketing sewa kereta rumah segala, ya.
Bagi kat aku RM30K tu, nanti aku prepare marketing material and study produk kau sekali, berserta pakej listkan FAQ untuk staff kau jawab kalau customer tanya pasal produk.
Sebagai bonus, aku bagi training kat staff kau sekali 😆.

Tapi ye lah, orang-orang gini mana kisah pasal produk knowledge.
Kebanyakannya buat produk hit and run.
Buat satu produk, jual bagi perabis kat stokis, pastu buat produk lain.
Produk yang tadi padam.
Lepas tu repeat the process and again.
Memang misinya betul-betul hanya untuk menjadi kaya supaya boleh atur sport car depan rumah.

25 tahun dulu, sport car kat Malaysia ni ada 2 je golongan yang beli -- orang kaya dengan bisnes yang jelas, atau student Malaysia bawak balik kereta lepas habis belajar. 2 ni je.
Now, yang beria-ia tayang sport car sebagai lambang sukses adalah orang kaya yang bisnesnya tak jelas.
Entahlah, maybe cara pandang aku dan misi aku berbeza dengan founder-founder ini.
Mereka dengan misi untuk jadi kaya dengan cepat.
Aku, tak pandai business.
Aku cuma suka share knowledge, dan aku gunakan produk aku untuk kongsi ilmu. Itu saja.


2023-05-24

Bila kita masuk kerja dalam mana-mana company, yang penting, jangan letakkan high expectations.



Aku nampak video ni tadi kat TikTok.
Tak tahulah kenapa budak ni jadi macam ni.
Kalau ikutkan pada video ni nampak macam kena anxiety/depression disebabkan kerja.
Tak surelah kerja apa yang sampai boleh jadi anxiety sedangkan batru 7 bulan berkerja.

Sebagai majikan, dan dari sudut pandang seorang majikan, memang ada budak (baru bekerja) yang tidak boleh adapt dengan persekitaran baru.
Transition and adaptation kepada persekitaran baru perlukan seseorang berlapang dada.
Maksudnya, kita kena faham persekitaran dah berubah.
Life semasa bersekolah, lain.
Life semada di universiti, lain.
Life ketika bekerja, lain.
Esok dah kawen, life zaman anak dara dengan rumahtangga juga lain.

Starting a new job adalah satu peralihan hidup yang penting, especially for fresh graduates atau those yang ada limited pengalaman kerja sebelum ini.
Nak adjust expectations tu kadang-kadang payah.
Dah biasa dengan rutin yang selesa, tiba-tiba kena follow rutin yang agak 'keras', boleh buatkan seseorang stress dan mudah dapat anxiety.
Apetah lagi bila expectation tinggi.

Bukan apa, kadang-kadang post admin executive (contoh).
Dorang ingat post ni dari pagi sampai ke petang kerjanya duduk depan desktop tap tap tap tap tap, tak buat kerja lain.
Salah, ya dik.
The job scope untuk apa saja jawatan can vary depending on the organization and industry.
Administrative tasks ni banyak.
Maintain files and records pun ya, handle equiry pun ya, organize meetings and appointments pun ya, manage office supplies pun ya, and coordinate travel arrangements pun ya.
Bukan setakat data entry, and general office management je tau.
Walaupun katanya admin exec, kadang-kadang kau ada additional responsibilities beyond administrative duties.
Ada special project yang mana kau kena conduct market research, compile reports, dan event planning.

Dulu masa aku kat Kementerian Sains, jawatan bukan main lagi namanya Research Assistant.
Sebagai seorang graduan Biotek yang dah biasa dengan kerja-kerja lab, bila kau dapat kerja kat Kementerian Sains, dah tentulah happy.
"Sains" dan "Research Assistant" dan cukup buat aku terbayang aku bakal jadi saintis. Kahkahkah.
Rupanya aku hanya menyemak proposal-proposal biotek.
Takde bayang lab lansung kat situ.
Saintist korok mu, Diana!

Walaupun begitu, tugas aku tak hanya tertumpu pada menyemak dan membaca proposal penyelidik, tetapi kena buat administrative work.
Buat surat ke jabatan kerajaan yang lain, respond pada email-email penyelidik yang bertanya status permohonan geran penyelidikan, buat booking hotel for meeting, atur plan itinerary untuk meeting, booking makanan untuk meeting pun aku, ya.

Contoh lain, jawatan Online Sales & Marketing.
Ingat post ni kerjanya ambil order dari customer je ke?
Amboiii, senang buat duit?
Tak, ya.
Post tu merangkumi plan for marketing material untuk post kat media sosial, buat video demo, cari stokist, buat advertorial post, merangka strategi sales, menguruskan agen-agen, etc.
Eh, takkan masuk ofis hari-hari nak jawab request customer kat whatsapp je.
Itu bukan buat sales & marketing namanya. Itu namanya collect order.

Bila kita masuk kerja dalam mana-mana company, yang penting, jangan letakkan high expectations.
Ini sebenarnya punca utama kenapa ramai yang stress dan kerap berhenti.
Kerja sini kejap, quit. Kerja sana kejap, quit.
Adalah lumrah untuk kita berasa tak selesa pada awal-awalnya.
Belum ada kawan, belum faham flow kerja, belum serasi dengan rutin yang baru, belum mesra dengan boss.
Ini semua punca membuatkan kita rasa terasing yang boleh membawa kepada anxiety and depression.

Bukan nak kata kita yang salah, dan company betul, tetapi kena identify apa puncanya dulu.
Kalau kerana belum ada kawan, cubalah berkawan.
Kalau kerana belum faham cara kerja, ambil inisiatif untuk mintak tunjuk ajar collague dan supervisor.
Kalau kerana company rules, kena berlapang dada bahawa ini bukan company kita yang kita nak buat rules sendiri.
Selagi punca anxiety tu bukan kerana dibuli atau persekitaran yang toksik, cubalah untuk berlapang dada dengan new environment.

Kadang-kadang bukan apa.
Bila kita terlalu excited dan tinggi expectation pada satu-satu jawatan, kita membayangkan hanya yang best-best ala-ala Megah Holdings.
Bila realiti tak seperti yang diharapkan, mudah kecewa, stress dan jatuh sakit.

Yang jump ke company lain pun sama.
Jangan letak high expectation.
Usually orang jump company sebab nakkan gaji yang lebih tinggi.
Jangan ingat gaji tinggi datang tanpa workload yang besar.
Kena bersedia untuk new workload, new responsibilities dan yang paling penting new environment.
Jangan expect company baru sama macam company kita dulu.
Dapat company yang lebih besar dari company lama tak menjanjikan dapat semuanya yang best-best.
Ramai dah yang aku jumpa, jump pegi company lain ternyata hanya gaji je yang best, yang lain tak best.
Bos cerewet, colleague toksik, rules strict, nak cuti susah, nak claim susah.
Macam-macam.

Intinya, environment di tempat kerja takkan sama antara satu company dengan company lain.
Transition and adaptation tu penting.
Berlebih kuranglah dengan keadaan, selagi tak memudaratkan.

Kalau rules company strict, tanya diri semula.
Adakah rules yang strict, atau kita yang tak suka pada rules?

Kalau bos cerewet, tanya diri.
Adakah bos yang cerewet atau kita yang buat kerja sambil lewa?

Kalau colleagues tak membantu, tanya diri.
Adakah colleagues tak supportive atau kita yang slow learner dan always nak dibantu, sampai orang malas nak tolong dah?

Recognize the signs ini semua dapat membantu kita identify sama ada masalah tu datang dari kita atau orang lain.

Kerjaya pertama aku Kementerian Sains.
Banyak involve dengan event.
Event pulak dengan wakil-wakil luar negara.
Buat kat hotel besar-besar.
Dulu apa-apa program pun buat kat hotel.
Nak semak proposal pun buat 2 malam kat Langkawi.
Kadang-kadang meeting kat Awana Genting.
Motif sangat meeting kat Genting, khennnn.
Asal meeting je kena bincang bab accomodation and makan.
Makan dah tentu yang sedap.
Bilik tido RA pun cantik.
Kerajaan katakan, budget banyak.

Bila aku jump ke private company, tak jumpa dan luxury macam kat Kementerian.
Meeting? Dalam lab dengan bau HCL, bau alkohol, bau culture bacteria bersatu.
Makan-makan masa meeting? Apa tu? Tak wujud.
Pergi outstation, semua kau urus sendiri.
Company bagi budget saja.
Makan hanya RM50 sehari bleh claim.
Jangan berangan nak makan sedap-sedap sangat. Pakai duit sendiri.

Private dengan private pun ada beza.
Company A, ada orang buatkan maraketing flyer, ada orang buat packaging, ada orang arrange stok, ada orang orderkan stok, ada delivery guy.
Masuk Company B, kaulah buat sales, kaulah buat DO-Invoice, kaulah buat marketing material, kaulah buat packaging, kaulah deliver to customer, kaulah buat demo, kaulah jaga booth.
Takkan sama antara satu majikan dengan majikan yang lain.
Tapi Company A, environmentnya toksik.
Company B, tenang.
Ada lebih dan kurang.
Tak bolehlah semua-semua nak best.


2023-05-23

Kita hanya boleh educate people bagaimana nak memahami konsep menerima faraid, tapi at the same time kita kena ada plan B.



Sekarang rasanya ramai dah celik mata bab ni.
Sekarang bukan kata ustazah je yang bercakap soal faraid, ustaz pun sama.
Semua dah nampak betapa penyakit penerima faraid ni hampir sama, iaitu lepas dapat harta si mati, terus hilang meruyup.
Masa nak tuntut je kemain rajin nampak muka.
Kejap-kejap kelibat dia je nampak depan mata.
Dapat bahagian dia, terus sadaqallah.

Walaupun berbuih kita educate bab faraid pada masyarakat, bukan semua nak faham.
Dorang dengar, tapi nak melaksana tu jangan haraplah. Berat.
Sebab tu aku pernah cakap dulu, bab harta, bab duit, sealim-alim manusia pun boleh bergoyang.
Silap-silap, serban dengan jubah pun terbang.
Selagi boleh spin, dia akan spin.

Bukan nak katalah kan, benda ni pernah jadi dalam family kitorang.
Si bapak meninggal, yang lain bukan main menuntut.
Yang anak lelaki bukan main lagi bab inilah bijak agama, cerita pasal hak faraid anak lelaki lebih besar.
Berdegar-degar cakap anak lelaki dapat lebih sebab dia yang akan menjaga mak. Nan hadoooo!
Lepas dapat duit, buat senyap.

Dari pengalaman aku melalui beberapa peristiwa faraid ni, yang beria rebut harta faraid ni, takde makna dia nak menguruskan keluarga si mati.
Dapat duit, pi pebesar dapur (ni kalau terasa nasiblah, memang aku tuju kat kau pun).
Memang tak berkah.
Sampai sekarang hidup berkais-kais.
Pinjam sana, timbus sini. Korek sana, timbus sini.
Dapat duit faraid paling banyak pun tetap penyudahnya dia yang paling miskin.

Kita hanya boleh educate people bagaimana nak memahami konsep menerima faraid.
Tapi at the same time kita kena ada plan B, iaitu BUATLAH HIBAH.
Capital letter aku bagi tu.
Tolonglahhhh plan buat hibah.
Kalau suami taknak buat, kau yang isteri ni buat untuk diri sendiri.
Maknanya, kau apply hibah atas nama suami, tapi kau bayar tetiap bulan.
Esok kalau suami mati, duit tu dapat kat kau.

Plan this for diri sendiri.
Kalau jadi apa-apa, tak risau bab duit sebab ada back up.
Nak menunggu pembahagian faraid ni lama, ya.
Biar yang lain tu bergasak sesama sendiri menuntut faraid, kau jalani hidup kau dengan tenang.
Duit hibah tu settlekan apa-apa yang patut.
Uruskan diri dan anak-anak.
Dalam keadaan kita kehilangan, jangan berharap sangat orang lain membantu.
Orang boleh bantu menjadi tempat mendengar je.
Jangan menaruh harapan sangat bantuan kewangan dari orang lain.
Masing-masing ada bebanan yang dia tak cerita.
Yang pakai kereta besar menjalar depan porch 4 biji tu belum tentu ada duit nak tolong kita.
Jadi, kita plan siap-siap untuk diri sendiri.
Untuk kesihatan mental kita sendiri.

Kalau korang nak buat hibah, aku cadangkan 3 plan:

1. Plan Pertama
Buat hibah sekadar 20 tahun saja.
Katakan anak-anak korang now masih bersekolah, kau buatlah hibah untuk tempoh 20 tahun sebagai persediaan sekiranya kau mati ketika anak-anak masih bersekolah.
Selepas 20 tahun, anak-anak dah berkerjaya dan dah boleh mencari duit sendiri.
Waktu ni tempoh hibah pun habis. Takyah sambung bayar.
Sekiranya umur kau panjang selepas 20 tahun, hibah tu kira burnlah.
Takkan dapat balik. Sebab hibah ni perjanjiannya duit akan release selepas mati.
But at least dah ada persediaan sekiranya mati awal semasa anak-anak masih belajar.
Orang maybe kata ini adalah rugi.
To me, tak. Sebab pusing ikut mana pun, duit hibah takkan dapat kat kita sebab duit hibah hanya akan dapat pada waris.
Walaupun katakan selepas 20 tahun kita masih hidup, tetapi kita hanya bayar untuk 20 tahun sahaja.
Jadi, ada win-win di situ.

2. Plan Kedua
Buat hibah untuk backup hutang.
Contoh hutang rumah + hutang kereta + hutang miscellaneous ada lebih kurang 1 juta.
Maka kau beli hibah 1 juta.
Ditakdirkan mati, isteri akan dapat this 1 juta dan boleh settle hutang-hutang si mati yang masih tertunggak.
Maknanya kau buat hibah khas untuk bayar hutang saja.
Isteri maybe ada kerjaya, jadi ada pendapatan sendiri. Tak risau.

3. Plan Ketiga

Buat hibah untuk tinggalkan sesuatu kepada waris.
Yang ini yang selalu orang buat.
Dia buat hibah RM100K atau lebih, untuk diberi kepada isteri.
Ikut pandai isterilah nak buat apa dengan duit tu sementara nak tunggu faraid selesai.

Please gais, cubalah buat.
Hanya orang yang dah lalui keperitan hilang suami saja yang faham kepentingan hibah.
Kita belum lalui, jadi kita takkan faham sekarang.

Lagi satu, ni aku nak mencelah sikit pasal medical card.
En Wan bagitau Prudential bukan sahaja nak stop benefit medic booster tapi juga bakal stopkan Plan Anugerah Plus.
Medical card ni ada macam-macam plan, setiap plan ada benefitnya.
Antara plan yang korang boleh pilih untuk medical card adalah Anugerah Plus.
Plan Anugerah Plus ni paling ramai orang ambil sebab benefit dia bagus dan harga pun tak mahal sangat.
Salah satu polisi aku adalah Anugerah Plus with medic booster.

Kisahnya, Prudential nak naikkan harga plan.
Tapi dorang tak boleh naikkan harga premium kita yang dah ambil polisi ni sebab premium kan dah tetap.
Jadi, dorang nak stopkan plan Anugerah Plus untuk wujudkan new plan with new price.
Of course plan baru nanti lebih banyak benefitnya, tapi harga pun tinggi sikitlah.
So, kepada yang nak ambil medical card, sementara Anugerah Plus masih ada, grab now.
Offer ni hingga hujung bulan je, lepas tu obsolete.

2023-05-22

Parenting tips zaman sekarang.


Hari tu aku letak kat IGS video ni.
Sesungguhnya aku ulang video tu 2-3 kali nak bagi betul-betul dengar betul ke apa yang aku dengar ni?




"Buat satu ruang khas atau tembok khas untuk anak. Biar dia conteng situ. Lepas tu cat balik. Lepas tu conteng balik".

Seriouslah ada parenting tips gini?
Aku kan cukup menyampah orang yang kata "Anak-anak yang lasak, nakal, suka menconteng lantai dan dinding adalah anak yang bijak, anak yang mentalnya sihat".

Tak, sekarang buktinya mana?
Ke sekadar nak sedapkan hati sendiri yang menggelegak tengok anak sendiri tak reti duduk diam?
Ce tanya kejap mak-mak yang anaknya besar jadi bijak dan menjadi orang tu, betul ke anak dorang masa kecil dulu suka menconteng lantai and tembok?
Menyampah pulak aku dengan parenting tips zaman sekarang.
Anak belum 12 tahun dah bersyarah pasal parenting tips. 
Yang belum dapat dibuktikan pulak tu.
Like this one lah.
Dah satu kerja pulak aku nak kena mengecat tembok tu berulang-kali semata-mata nak memelihara kebijaksanaan anak.
Ingat aku takde kerja lain ke.

Kenapa mesti nak bagi anak teruskan menconteng tembok?
Kau tak boleh ke ajar anak tu conteng, melukis, dan menulis atas kertas?
Esok-esok anak dah masuk sekolah, jenis ni lah yang akan conteng dinding tandas sekolah.
Sebab dah terbiasa buat kat rumah, kan.
Ada pulak hamba abdi tolong catkan tembok. 
Bila nampak vandalisme di dinding bus stop, dinding public toilet, kita tuduh mat rempit buat.
Padahal punca-puncanya adalah bila mak bapak terlebih bertolak-ansur dengan anak masa dorang kecil.

Orang dulu-dulu kau tengok cara dia ajar anak.
Anak kecil merangkak ke pasu bunga, dia tepuk lantai.
Itu amaran jangan pergi dekat.
Kalau pergi dekat, bab sekali kat bontot.
Anak yang menconteng dinding, kena titik.
Itu amaran menconteng bukannya kat dinding, tapi atas kertas.
Yang kita nampak anak conteng lantai boleh gelak-gelak berbangga "anak aku bijak dan sihat".
Eh helo..?? Belum terbukti lagi anak kau bijak, ya.
Tapi nakal, yes. Dah terbukti jelas.

Pepatah dulu kata nak melentur buluh biarlah dari rebung.
Nak mendidik dan membentuk sikap anak, masa kecik ni lah buat.
Esok kepala dah jadi batu baru nak dibentuk dah payah. Dah keras.
Kadang aku rasa parenting tips zaman now, ada yang tak masuk akal.
Anak sepahkan rumah, biar.
Anak melompat-lompat atas sofa, biar.
Anak terjun tiruk atas timbunan baju yang belum dilipat, biar.
Semua biar.

Walaupun katanya "tu semua children's exploration and curiosity", biarlah ada sempadan.
Kena ada peraturan peraturan dalam perkembangan kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak.
Biarkan je apa anak-anak nak buat can lead to entitlement tau.
Esok besar budak tu jadi hilang rasa respect dengan sesiapa sahaja sebab dia hanya tahu nak penuhi keinginan sendiri je.
Jenis ni lah esok yang tak reti nak respect others' property.
Dia nak, dia ambil.
Tak dapat ambik, dia berguling menghentak-hentak.
Aku ni walaupun apa saja berkaitan dengan budak-budak mudah lembut hati dan senang menangis, tapi kalau dapat budak-budak jenis tak makan ajar ni, boleh naik suara aku.

Please consider the long-term effects bila membiarkan je anak-anak melasak tak tentu hala.
Some people maybe rasa "Takpelah, calar sikit je lantai tu. Dinding tu conteng nanti boleh cat balik. Pastu pecah boleh beli" -- in short term these scratches and messes may not seem significant.
Tapi kalau dibiarkan, impaknya luar biasa besar.
Akan jadi kebencian orang.
Bila orang taknak jemput kau datang ke rumah disebabkan perangai anak kau, kau marah orang.
Kau salahkah orang takde timbang rasa.
Kau kata orang takde hati perut.

Pernah dulu sorang public figure cakap, anak-anak dia minum air tumpah dalam Vellfire, makan bersepah dalam Vellfire, dia tak kisah.
Sebab budak-budak tak tahu apa katanya.
Sebagai mak, dia hanya senyum, bersihkan anak, kemudian bersihkan kereta.
Hantar kereta pergi cuci.
Aku yang dengar ni alahaiiii, toxic parenting tips betul.
Jenis ni la esok anak-anak buat hal dalam rumah orang, selet tangan bercoklat kat sofa orang, dia senyum tak buat apa-apa.
Taulah kau sayang anak.
Semua mak bapak sayang anak, tapi biarlah ada balance and clear boundaries.
Tak payahlah nak buktikan kita ni sangat berlembut dengan anak-anak.
Nak menegur anak, tak wajib menjerit.
Dalam pada berlembut pun boleh bagi warning kat anak.

Tak, yang menjadi kehairanan aku, sejak bila anak melasak dijadikan indicator bijak dan sihat?
Is it reasonable to view messes as indicators of intelligence?

Memang anak-anak kecil should be encouraged untuk mereka explore the world TETAPI is appropriate ways.
Bukan biorrrrr je dia nak melasak tak tentu hala.
Biar ada clear boundaries apa boleh apa tak boleh.
Supaya mereka tahu ohhh ini boleh buat, ini tak boleh buat.

Aku pernah tengok video one man show Sindhu kalau tak salah aku namanya.
Dia cakap pasal parenting.
She is an Indian, raised by an indian mom.
Asian mom kau tau la camana kan. Lebih kurang macam Mak Aji.
Jenis yang perkataan "mati" tu tepi bibir.
Sindhu kata mak-mak di negera India pun guna modal yang sama.

"Apesal kau letak gula banyak sangat, kau nak aku mati eh?"

"Apesal kau nak minum air tu? Kan baik kau minum darah aku je"


Mak-mak Asia ni kalau tak kasi kau buat something, dia akan bagi kau satu statement yang buatkan kau takkan terpikir nak ulang lagi.
Sekali dengar nampak macam ugutan.
Tapi itu adalah jalan paling cepat untuk bagi kau faham yang kau tak boleh buat apa yang kau nak buat tu.

Contoh Mak Aji.
Masa aku sekolah rendah, dia minta aku tolong cat dinding dalam rumah and pasang langsir.
Boleh je dia nak cakap "Baik-baik panjat tangga tu, nanti jatuh".
Tak, ya. Tak efektif berlembut gitu.

"Baik-baik guna tangga tu. Kalau jatuh, mati!"

The word "mati" itself dah bagi satu gambaran ngeri membuatkan kau berjaga-jaga.

Aku tak suka memukul. Tapi memetir, yes.
Dia punya konsep simple je.
Kalau kau taknak aku memetir, bila aku bagi warning, kau dengar.
Aku kalau warning mula-mula tu slow je.
Tapi sekali tu je la.
Masuk kali kedua dah bunyi petir.
Aku malas nak tunggu kali ketiga atau keempat.
Sekali je aku sound lembut.
Kau buat sekali lagi, siap. Bergegar.
Ni bukan apply kat anak saja. Dengan bapaknya sekali.


2023-05-17

Sekolah harian tak ok ke?


Ok ni menjawab soalan.

1. Kenapa Kak Di nak masukkan Rayyan ke STAR. Belajar kat sekolah harian apa bezanya?
2. Batch Redza di MRSM dulu semuanya anak orang berkemampuan ke?
3. Kenapa Kak Di tak masukkan Rayyan ke private school?

Yang soalan ke-2 tu aku dah jawab direct kepada penanya.
Tapi aku nak share juga di sini untuk bacaan semua.

Soalan pertama - belajar kat sekolah harian tak ok ke?

Ok aje nak belajar kat mana-mana pun.
Yang penting budaknya jenis yang nak belajar.
Kalau jenis taknak belajar, duduk boarding school pun result ke laut.

Aku and En Wan sebenarnya nak tengok kat mana level Redza and Rayyan.
That's the main reason kitorang apply for both SBP and MRSM.
Saja nak tengok budak-budak ni lepas ke tak.
Sebab Redza and Rayyan sama-sama bukan pelajar yang naik pentas setiap tahun macam anak orang lain.
Ranking sekolah kan based on exam keseluruhan.
Sedangkan pengambilan pelajar ke SBP and MRSM hanya fokus pada subject core saja.
Kitorang banyak prepare them for subjek core.
Kalau lepas, alhamdulillah.
Kalau tak, setidak-tidaknya kitorang dah boleh plan what to do to help them excel di peringkat seterusnya.

That's why dulu masa Redza homesick, aku dah ready nak bawa dia keluar.
Sebab dia dah membuktikan di sekolah harian (sekolah rendah) dia boleh belajar.
Insyallah kat sekolah mana-mana pun should be no problem for him.
Cuma, SBP and MRSM ni ada satu pendedahan yang selalunya tak ada di sekolah harian.
Exposure itu yang kita nak.

Contoh, masa Redza wakil maktab ke Science and Maths Olympiad.
Penyertaan pelajar kebanyakkannya dari sekolah berasrama.
Penyertaan dari sekolah harian sangat sikit, kalau ada pun dari sekolah cina. Why?
Because SBP and MRSM dah biasa involve dalam national and international competition.
Dorang sentiasa update the students tentang semua ini and encourage the student to participate.
Tak caya tengoklah mana-mana national and international competition, participation kebanyakannya dari sekolah yang macamana.

Wind orchestra contohnya.
Most yang ada orchestra adalah sekolah berasrama penuh.
Exposure ini yang kita nak anak-anak dapat.
Kalau sabit nak kejar akademik, hantar anak ke sekolah harian pun takpe.
Rasanya ramai mak bapak yang ingat kalau hantar anak ke boarding school nanti jadi pandai.
Takkkkkk. Tak semestinya.
Kawan-kawan seangkatan aku kat sekolah dulu ada 3-4 kerat yang ke MRSM tapi result SPM aku lagi better than them.
It is not always about sekolah, tetapi mahu belajar atau tidak.

Tapi tak dinafikan ada kelebihan anak-anak dari SBP/MRSM.
Kebanyakannya lebih pandai bawa diri, lebih berani berkomunikasi, lebih matang, lebih berani ke depan.
Dulu masa Redza nak SPM, kitorang selalu join MARA buat talk pasal hala tuju anak-anak selepas SPM.
Speaker from MARA cakap "Budak-budak IGCSE selalu takde masalah in interview. Mereka adalah yang paling rileks sebab dah biasa bercakap in english di sekolah".
This exposure yang kita mahu sebenarnya.
Kau rasa kat sekolah harian anak kau boleh dapat exposure macam ni?
Silap-silap kena pulau dek kawan-kawan dikatanya anak kau berlagak nak jadi mat saleh celup.

Di maktab dulu pun Redza selalu ada macam-macam mock interview.
The teachers dah prepare them dengan macam-macam jenis mock interview so that dapat mengurangkan rasa gemuruh, prepare them the right way to jawab soalan scholarship interview, membiasakan students dengan what do and don'ts.
Ingat lagi masa Redza kerja kejap kat company mak dia sementara tunggu result.
Aku bagi dia appointment letter.
Letter tu untuk rekod syarikat untuk audit esok.
Dia take it seriously dengan mereply email tu dengan proper sekali.
Siap tulis "Thank you for your email offering me the temporary position as Graphic Designer. I appreciate the opportunity and am excited to join the team".
Aku macam "Wah, beria anak aku".
Tapi aku happy because itu bermakna dia dah diexposed dengan etika menjawab tawaran kerja.
Berapa ramai student sekarang yang dah grad tapi takde etika mohon kerja?
Menjawab tawaran apetah lagi.
"Tq. Ofis hour kul berapa eh?"

So itulah dia.
Macam Rayyan kan, kalaulah dia tiba-tiba kata dia tak happy kat sana, aku ok je nak bawa balik because aku tahu dia boleh belajar walau di sekolah harian.
Cuma penat sikitlah kena follow rapat homework and waktu belajar dia.
Tapi kalau dia stay di sana rasanya lebih baik because exposure tu yang kita nak dia dapat.
Lebih-lebih lagi STAR is Apple Distinguished School.
Bukan semua sekolah ada ni.

Harapnya dengan penjelasan ni takde nak parents yang kata "Makpak yang lepaskan anak ke sekolah berasrama sebenarnya nak lepas tangan tanak jaga anak".
Sebab kita nak jaga merekalah, kita lepaskan dia ke sana, biar dapat exposure yang lebih baik.
Kalau nak bandingkan dengan keselesaan, of cos jauhhhhhhhh lebih selesa di rumah.
Bilik air ada heater, moden.
Tido dalam bilik sendiri, tak berkongsi, beraircond.
Makan lebih mewah macam-macam ada kat dapur tu.
Kalau tak mahu beriadah, boleh tido.
Berbanding di boarding school, kalau tak beriadah kau kena turun jugak takleh duduk dalam dorm.
Kita toksah cakap pasal selesalah.
Memang jauh selesa di rumah.
Tapi tujuan ke boarding school tu adalah exposure-nya yang mahal.
But, again, kalau anak aku tak happy, aku anytime je bawa balik.
Cuma tu la nak kena pekakkan telinga sikit kena bebel dengan laki aku.

Soalan kedua, batch Redza semuanya berkemampuan ke?
Ini susulan dari post aku pasal makanan pot luck tak habis dalam previous post.

Aku tak berapa kenal batch-batch lain.
Parents batch Redza pun aku tak kenal semua.
Jadi aku tak tahu nak bandingkan dengan siapa batch dia ni.
Yang aku tahu, setiap kali cikgu homeroom nak buat makan-makan, memang parents menyahut.
Kalau buka sumbangan pun laju je parents chip in.
Tak semualah, tapi mostly yang chip in extra tu yang berkemampuan.
Dan rasanya takde siapa pernah persoalkan kenapa kau tak bayar, atau kenapa kau tak menyumbang. Never.
Misinya always mencukupkan dana untuk setiap program for anak-anak.
As long as cukup, dah.
Siapa tak bagi tak pernah dibincangkan.

Dia sebenarnya, it is not about berkemampuan atau tak, tapi support dari parents.
Ada je sekolah yang penuh dengan parents have-have tapi berkira ya ampun.
Kadang-kadang terkilan bila netizen dok pertikaikan kenapa anak-anak yang berkemampuan boleh diterima masuk SBP/MRSM.
Sepatutnya tempat tu untuk orang susah katanya.
Ya, betul. Tak dinafikan memang untuk orang susah.
Sebab tu peratusan terbesar bukan anak-anak have-have, tapi B40.
Yang peliknya, those yang berada dalam sekolah tu tak pernah kisah siapa T20 siapa M40 siapa B40.
Yang kat luar ni yang riuh.
Asyiklah pertikaikan konon anak-anak orang kaya ni ambil hak anak dorang.
Konfiden je kuota 10% tu ada hak anak dorang.
Yang 60% punya besar kuota tu pun anak kau tak terpilih, nak question hak 10% pulak.

Duduk boarding school ni aktivitinya bukan calang-calang, ya.
Baju tu nak kena beli, baju ni nak kena beli.
Nak participate dalam macam-macam program pun sometimes perlukan dana dari parents juga.
Karang yang kecoh dalam whatsapp group "Kenapa nak kena minta sumbangan parents? Kenapa tak minta kat kerajaan?" -- set-set yang kecoh tu jugalah yang persoalan isu ni dalam group.
Semua benda dia ingat kerajaan bantu.
Sebab itulah kuota 10% tu perlu ada.
Yang 10% ni kadang bagi sumbangan lebih dari sepatutnya untuk top up mana yang kurang.
Tapi dorang ni tak bising walau bayar lebih sebab dorang tak kisah pasal duit.
Yang dorang mahukan program anak-anak dapat diteruskan sebab anak dia sebahagian dari yang participate dalam program tu.
Biarlah sumbang lebih asal program jalan katanya.

Soalan ketiga, kenapa aku tak masukkan Rayyan ke private school sebab lebih selesa.

Rasanya semua aku dah explain kat atas tadi.
Biasalah aku kalau menulis, semua benda aku explain panjang lebar sampai tak sedar jawapan untuk soalan ni dah tercover sekali.
Tapi takpela, aku jawab sikit.

Memang private school lebih selesa.
Kemudahan up-to-date.
Tapi kalau hanya sekadar selesa, rasanya lebih selesa belajar di sekolah yang dekat dengan rumah.
Dah tentu-tentu baik ke rumah sendiri lepas habis sekolah, which is selesa duduk kat rumah sendiri, betul tak?
Nak pulak kalau anak kau sorang.
Segala dalam rumah tu dia yang punya sorang.

To me, kalau the private school practice sistem SPM, rasanya kurang berbaloi untuk aku spend lebih hanya untuk belajar sistem SPM yang sama dengan sekolah harian.
Lainlah kalau sekolah tu sistem IGCSE, itu baru berbaloi bayar lebih sebab sekolah biasa tak menjalankan sistem IGCSE.
Maksudnya aku spend untuk anak aku belajar sistem pembelajaran yang berbeza - ini bagi aku berbaloi.
However, kalau sekolah berdekatan rumah rankingnya teruk, studentnya teruk, PIBG-nya hauk, sekolah takde program untuk pelajar - ini juga boleh dijadikan consideration untuk hantar ke private school.


2023-05-15

Anak-anak bawa balik makanan sendiri yang tak bersentuh.



Kesian tengok video ni.
Orang ni kata dia buat makan-makan, jemput dalam 30 orang, tapi yang datang 3 orang je.
Siapalah nak makan berlambak-lambak ni, kan.
Tapi takpe, kalau ada jiran, bungkus bagi kat jiran-jiran.
Takde rezeki nak menjamu kawan-kawan tapi ada rezeki sedekah kat jiran.
Menjamu juga namanya.
Cuma yelah, bengang.
Lebih-lebih lagi kalau yang dijemput dah janji nak datang tapi tak datang-datang.
Lebih bengang lagi dapat jenis yang beria-ia suruh kau buat open house, bila kau buat, tak datang.

Aku percaya tuan rumah dalam video ni takkan buat open house kalau takde yang gatal berjanji nak datang.
Dan pasti juga ada yang gatal mulut bertanya "Bila nak buat open house?".
Tak pun "Buatlah open house, kitorang nak datang".
Tiba hari kejadian, meruyup.
Kesian tuan rumah kena sidai.
Selalunya, yang paling beria suruh kau buat open house itulah yang terpaling tak nampak bayang di hari kejadian.

Hari tu ada isu pot luck di sekolah.
Kisahnya anak-anak bawa balik makanan sendiri yang tak bersentuh.
Takde orang makan.
Tahu tak, benda ni pernah terjadi kat Rayyan masa Darjah 1 dulu?
Aku tak pasti program apa.
Maybe sambutan raya.
Masing-masing bawa makanan.

Kisahnya, aku tak teringat lansung majlis ni.
Esok nak majlis, hari ni baru teringat.
Itupun En Wan yang teringat, bukan aku.
Aku jenis malas baca whatsapp group, memang patut sangatlah tak teringat.
En Wan pun laju-laju pegi Giant beli biskut gulung ala Julie's tu.
Yang sandwich role Love Letters tu.
Tapi En Wan bukan beli yang Julie's.
Dia beli versi ekonomi, yang Giant punya 😆.
Beli kemain lagi, 2 balang terus. Satu perisa cokelat, satu lagi stoberi.

Balik dari sekolah dari jauh nampak Rayyan menjenjet plastik yang sama.
"Pa, takde orang makan makanan adik".
En Wan jawab "Kawan-kawan adik tak biasa makan ni agaknya, sebab ni makanan orang putih".
Konfiden laki aku jawab. Aku menjeling je dari tepi.
Dari awal aku dah pesan, pegi beli kek kat Berry's.
Takkkk. Dia tau nak beli apa katanya.
Last-last takde orang makan.
Masalahnya bawak balik rumah, aku pun tak makan sebab tak sedap.
Makanan omputih konon.
Padahal budak-budak tu pun tahu brand Giant tak sedap.

Sejak dari tu, aku yang akan take over apa juga celebration kat kelas dia.
Bila cikgu announce je siapa nak bawa apa, aku akan pastikan makanan Rayyan yang pasti budak-budak makan.
Selalunya aku buat spageti aglio olio. Kadang-kadang kek.
Kek kena pastikan nampak sangat menarik.
Benda ni kita takleh deny.
Kita sendiri pun ambil makanan based on rupa.
Nampak kuih tu cantik, ambil.
Nampak packaging makanan tu cantik, ambil.
Budak-budak pun sama, cenderung ambil yang nampak menarik.
Melainkan kek tu kau letak sebelah McD, dah tentulah dorang capai McD dulu.

Ini bukan cadangan tau.
Sekadar bercerita pengalaman saja.
Karang ada pula yang kata "Semua orang nak bawa makanan sedap, tapi budget takde".
Tak, aku tak suruh sesiapa ikut.
Aku cuma cerita aku pun ada pengalaman yang sama.
Yang benarnya, pot luck masih valid untuk budak sekolah.
Cuma, cikgu kena listkan apa yang mesti dibawa.
Bukan apa, kalau mak bapak selalunya bekalkan anak dengan makanan yang sedap di tekak dorang, bukan di tekak anak-anak.
Contohnya kuih raya.
Budak-budak manalah beria makan kuih raya macam kita. Tak dipandangnya.

Kelas Rayyan dulu, cikgunya letak siap-siap:

1. Mee
-
-

2. Kek
-
-

3. Nugget
-
-

4. Air
-
-

5. Sudu/cawan/pinggan
-
-

6. Buah
-
-

Lebih kurang macam tulah.
Cikgu dah siapkan apa yang kelas mahu.
Setiap satu makanan, cikgu peruntukan 2 atau 3 pembawa.
Maknanya mak bapak kena cepat.
Kalau kau nak bawa spageti goreng, isi nama anak siap-siap kat ruangan "Mee".
Bila dah ada orang tulis "spageti aglio olio" (contoh), orang lain tak bawa dah.
Maybe dia akan bawa mihun goreng pula.

Kalau nak bawa kek, isi nama anak kat ruangan "Kek".
Kalau semua hidangan dah penuh orang book nak bawa, yang lain tak payah bawa dah.
Datang bawa diri je cukup.
Takde siapa kisah anak kau tak bawa apa-apa.
Tapi sekolah anak orang lain tak tahulah macamana pula, kan.
Selama 6 tahun Rayyan di SKPH2, takde mak bapak kisah pun kalau balik-balik nama tu je yang bawa makanan untuk anak-anak.
Janji budak-budak kenyang.
Bawakan makanan yang mereka nak makan.

Tapi so far, yang paling best adalah MRSM Langkawi, batch Redza.
Batch orang lain aku tak tahu. Boleh jadi best juga.
Tapi aku cerita batch Redza lah, ya.
Especially kalau makan-makan di kalangan Homeroom.
MRSM ada sistem Homeroom yang mana seorang cikgu akan menjaga 10-15 orang pelajar dari Form 1 hingga Form 5.
Cikgu inilah yang akan update segala hal tentang anak-anak homeroomnya.
Jadi, apa-apa hal parents refer pada cikgu homeroom.
Dan cikgu inilah yang jadi fotografer setiap kali "anak-anaknya" terlibat dengan apa-apa program di maktab.
Be it program raya, stage performance, graduation, makan-makan, birthday celebration, hal exam, hal study -- semuanya cikgu homeroom.

Sebab tu mak bapak kurang risau sebab kita boleh contact cikgu yang menjaga, dan cikgu ini akan update mak bapak anak-anak jagaannya.
hat's why Redza dulu setiap tahun dapat buat birthday celebration sebab kita boleh berurusan dengan cikgu homeroom.
Kalau cikgu nak buat makan-makan for anak-anak homeroom, dia akan bagitau kat group homeroom (parents only) apa yang dia plan nak buat.
Selalunya cikgu dah tanya anak-anak homeroom nak makan apa.
Budak-budak ni pantang kau tanya.
Kau tanya nak makan apa, segala yang sedap-sedap je keluar.
KFC lah, spageti lah, pizza la.
Takde yang minta sekut merry.

Alhamdulillah, mak bapak (mak je sebenarnya) homeroom Redza sangatttt tak berkira.
Macam-macam dorang volunteer nak sponsor ikut selera anak-anak.
Ada yang bagi duit saja.
Terpulanglah pada cikgu nak beli apa sebab cikgu homeroom lebih banyak habiskan masa dengan anak-anak ni, berbanding kitorang parents.
Dia tahu apa anak-anak ni nak.
Lagipun kalau aku tanya anak aku tu "Redza nak makan apa, mama nak hantar ke sana" -- kau rasa kau pun tahu jawapannya apa, kan?
Jadi untuk tidak membuang masa, serahkan saja pada cikgu homeroom.

Aku masih kekal dalam group Homeroom ni. Tak keluar.
Biarlah, kenangan untuk aku selak-selak balik.
Group ni diwujudkan sejak Redza form 1 sampai budak-budak ni habis belajar.
Rindu pulak zaman-zaman ni buat surprise hantar makanan kat anak-anak.
Tak terbalas jasa kami kat cikgu homeroom ni.
Those yang anaknya dah ada di MRSM Langkawi, jangan risau.
Anak-anak berada di dalam jagaan yang baik.
Yang penting, MRSM ada sistem homeroom.
Kau senang nak tahu update anak-anak dari cikgu yang menjaga anak-anak ni.

Aku pun pernah ada pengalaman makanan takde siapa sentuh.
Dulu sekolah tak banyak buat program-program makan.
Kalau ada pun, Hari Guru.
On Hari Guru ramailah bawa makanan ke kelas. Aku pun bawa.
Tapi tulah, aku tak berani nak minta parents aku belikan macam-macam.
Cuma bagitau ada sambutan hari guru, cikgu kata sorang budak bawa satu makanan.
Pak Aji belikan aku biskut coklat yang balut warna merah.

Ni ha cokelatnya. Ntah halal ke tak ntah. Hahahaha.
Setiap Hari Guru aku bawa bendalah ni tau.
Kawan kelas kita kan sama je dari Darjah 1 sampai Darjah 6.
Dorang dah boleh tahu aku bawa apa, sebab tiap-tiap tahun benda yang sama je aku bawak.
Seganlah juga bawa benda yang sama, murah pulak tu.
Makanan aku jarang habis.
Memang selalunya tak habis.
Tapi untungnya, makanan aku individual pek macam, jadi ujung-ujung ada la juga budak-budak yang bawa balik.
Tapi selalunya aku lah bawa balik makanan sendiri. Tak habis.

Aku dulu, hanya makan siapa yang makan makanan aku.
Kalau kawan tu makan biskut ni, aku makan makanan dia.
Bukan merajuk, tapi sedar diri.
Taknaklah orang kata "Makanan orang yang sedap kau makan, tapi kau tak bawa makanan sedap".
Kelas aku ramai anak orang kaya, anak-anak pensyarah UKM, UPM.
Makanan dorang bawa sedap-sedap.
Actually takdelah gempak sangat makanan yang dorang bawa.
Bila aku can provide anak-anak aku makanan macam tu sekarang, barulah aku sedar bukannya makanan dorang gempak, tapi dulu keluarga aku tak mampu nak sediakan makanan mahal.

Darjah 6, aku teringin nak bawa kek.
Teringin nak rasa apa perasaannya bila orang berebut nak makan kek yang aku bawa.
Tahun 1989, kedai kek kat Bandar Baru Bangi ada satu je, iaitu kat Fasa 1, bersebelahan Klinik Ng.
Aku kat Fasa 3.
Nak menapak tu satu kegigihan, ya, sebab aku kena melangkaui 2 fasa sebelum tiba kat Fasa 1.
Kedai kek dah tahu, tapi nak beli kek takde duit pulak.
Aku pinjam duit Ima RM20.
Tak pasti apesal Ima ada duit tapi aku takde.
Maybe duit raya dia simpan.
Aku kata bagilah pinjam, nanti aku bayar balik.

Lepas balik sekolah, aku jalan berdua dengan Ima, bawa payung.
Jalan kaki dari Fasa 3 ke Fasa 1 berbekalan RM20.
Sampai kat kedai kek, pilih kek yang harganya cun-cun RM20.
Tahun 1989, kek RM18 pun ada tau. Size besar, ya.
Lepas bayar, balik.
Tapi aku tak balik terus kat rumah.
Mampus aku nak simpan kek ni kat mana karang.
Aku singgah rumah makcik aku kat Fasa 2.
Makcik aku ni adik Mak Aji.
Aku cakap aku nak tumpang fridge sebab esok takyah berat sangat bawa kek dari rumah.
Rumah aku kan Fasa 3.
Agak lojik juga alasan aku, kan? Hahaha.

Puas hatilah dapat bawa kek ke Hari Guru tahun tu.
Impress kawan-kawan aku tengok aku bawa kek ke sekolah.
Ada 3 orang bawa kek hari tu.
Happy tengok cikgu potong kek aku.
Kek aku habis. Happyyyyyyyyy!

Balik rumah, Mak Aji dah tunggu aku depan grill.
Masakkk.
Rupanya Ima bagitau Mak Aji aku pinjam duit dia buat beli kek. Bladihel.
Kena sesah aku hari tu.
Mak Aji cuma taknak aku berhutang untuk beli benda yang tak sepatutnya.
Dah takde tu buat cara takde katanya.
Tapi aku bayar balik duit Ima.
Cuma lama lah nak dapat bayar balik tu.
Kena tunggu duit raya tahun depan. Hahaha.

Bila aku cerita kat En Wan pasal ni, mesti aku menangis.
Bukan sedih sebab kena pukul, tapi sedih sebab aku pernah tak mampu nak bawa makanan lain selain coklet pembalut merah tu.
Padahal kek zaman tu RM20 je. Kek RM18 pun ada.
Itupun aku tak mampu nak bawa.
Bukannya setahun sekali tau. 5 tahun sekali pun tak mampu.
Dapat bawa di tahun ke-6, tu pun berhutang.

Sedih bila baca budak-budak bawa balik makanan yang tak bersentuh.
Senyum-senyum kelat je aku baca.
Teringat kisah yang sama.
You are not alone, nak.
Acik pun pernah lalui.
Hang on there. This too shall pass.


2023-05-13

Hutang memang dah habis, tetapi bahagian si mati tetap kena difaraidkan.


Ni susulan post IG semalam, tentang En Wan dan open house untuk client-nya.
En Wan baru-baru ni terima award lagi.
Tak salah aku, every month nama dia naik setiap kali meeting townhall (ke apa ntah nama meeting ni).
Setiap bulan orang annouce nama dia dengan macam-mavam bunyi yang tak pernah aku dengar.
Apa susah sangat ke nak sebut nama Ridzuan ni? 😆



Alhamdulillah, En Wan nampak sangat happy and serious dengan kerjaya ni.
Lagi banyak mengadap iPad dari mengadap aku sekarang ni.
Ke sana sini tu jangan tanyalah.
Memang siang malam pagi petang, ada je jumpa client.
Dia start dengan Prudential dari Okt tahun lepas, sehingga May 2023 dah around 200 clients.
Ada orang tanya semalam, En Wan tak letih ke handle ratusan clients?
Tang penat tu, entahlah. Nampak macam tak penat-penat je dia tu 😆.

Mesti ramai ingat dia senang dapat client sebab most of them adalah blog reader aku, kan?
Yes, maybe dia dapat kelebihan tu, tapi percaya tak kalau aku cakap, most of client dia adalah client yang ada masalah?
Bukan client bermasalah tau, tetapi yang ada masalah.
Contohnya, client yang dah ada history of hospitalization dan ada penyakit, dan masalah berat badan.
Maknanya, walaupun ramai yang approach dia, tapi yang ramai-ramai tu bukan client yang macam aku, yang sign up terus lulus sebab takde medical history.
Client En Wan mostly yang perlu lalu loading (pending approval).

Kebanyakan (bukan semua, ya) agen refuse untuk ambil client yang ada masalah sebab hassle nak kena urus itu ini.
Ini bos En Wan sendiri cakap.
Most agents suka ambil client yang mudah lulus.
Aku pernah tanya En Wan kenapa dia ambil kes client-client yang ada masalah?
Dia jawab sebab dia nak orang yang bermasalah ni ada medical card.
Seronok bila client yang berpenyakit/ada masalah akhirnya berjaya dapat medical card.
Nak bagi client-client ni lulus sampai jadi banyak kerjanya, ya.
Selalu kena kejar medical underwriter untuk check kes, belum lagi ulang-alik hospital ambil medical report.
En Wan pernah berulang-alik ke Hospital Ara Damansara SETIAP MINGGU selama hampir 2 bulan untuk push doktor jawab questionnaire Prudential.
Kau tau je lah, doktor kan busy.
En Wan nak help his client untuk dapat medical card.
Tapi selagi doktor tak sahkah medical history client tu, selagi tu proposal takleh submit.
Maka terpaksalah dia follow up dengan hospital bagai nak rak.



I tell you, bukan semua orang nak buat kerja macam ni.
Kerja berulang-alik ke hospital setiap minggu, dengan duit minyak, duit parking, habis masa and tenaga menunggu kat hospital lagi.
Kalau proposal tu kena reject, free-free je kau buang masa, tenaga and kos. Tak dapat apa.
Tu pasal boss En Wan sendiri akui tak ramai nak accept client yang ada masalah.
Ramai takut penat hujung-hujung tak dapat apa.
Yang ni aku respect kat En Wan.
Dalam pada perangai dia annoying gila tu 🙄, dia tahu tujuan dia join takaful - to help people.

Kadang-kadang aku meneman dia pergi uruskan hal client.
Tempuh jem, berpusing cari parking semata-mata nak jumpa doktor je untuk collect medical report client.
Hari tu aku meneman dia ke hospital Klang.
Kau tau je lah hospital kerajaan punya padat macamana. Parking hazabedah.
Akulah yang tunggu dalam kereta sebab double park.
Kalau aku takde, dia cakap kena park jauhhhhhhh, lepas tu menapak ke hospital.
Aku cakap lepas ni, kalau kena gi hospital-hospita kerajaan, aku ikut.
Biar aku tunggu kereta.
Tapi lepas tu, JM Beriyani la. Apa ingat aku buat charity ke?


Hari tu aku nampak orang share ni.
Kemain siap dengan signature tau.
Dulu sebelum aku buat wasiat yang proper, aku pernah bercadang nak buat surat bertulis macam ni.
Rupanya, walaupun kau sign, atau kau buat video wasiat -- ianya tidak valid.
Pernah juga aku pesan, "Bang, kalau saya mati, keluarkan duit saya cepat-cepat dari bank sebelum kena freeze".
Rupanya tak boleh.

Sebab, masa kau bawa keluar duit, pemilik akaun dah meninggal.
Kalau ada waris lain buat report polis, kau dikira mencuri walaupun duit pasangan sendiri.
Sebab bila pemilik akaun mati, duit dalam bank bukan kepunyaan si mati lagi.
Ia dah jadi milik waris-waris lain juga.
Kalau kau nak keluarkan, kena inform waris lain. Gitu, ya.
Jangan ingat mudah nak keluar duit pasangan yang dah mati.
Sekarang ni masing-masing tengah hidup bolehlah cakap "Takkan dorang nak tanya, sebab itu duit arwah suami. Saya ada hak".
Jangan mimpi, ya. 
Benda boleh tuntut, buat apa nak bagi kau buta-buta je. 
Dia pun nak juga katanya.
 
KWSP pun sama.
Janganlah kita ingat duit KWSP suami tu jadi hak kita sepenuhnya bila suami mati.
Sebagai penama, kita hanyalah pentadbir saja.
As pentadbir, tugasnya adalah untuk membahagi-bahagikan duit KWSP tu kepada waris ikut faraid.
Tak payahlah nak persoalkan itu harta sepencarian ke apa ke.
Memang as penama kita tak valid nak bolot semua.
Nak tak nak kena share dengan waris yang layak.
Kalau penama ambil semua tanpa beri pada waris, itu dah dikira makan harta haram kerana mengambil hak orang lain.

Sedih, kan?
Memang sedih sebenarnya.
Our arguments selalunya "Kami hidup bersama selama berpuluh tahun. Dari takde apa, sampai menjadi senang, hanya kami berdua. Orang lain tak pernah bertanya susah kami. Bila mati, semua nak harta suami".
Yup, secara zahir our arguments kelihatan lojik.
Tapi dari hukum Islam tak semuanya boleh pakai lojik pikiran manusia.
Nak tak nak, kena follow hukum.

Hutang rumah pun sama.
Bila suami mati, hutang suami (loan rumah) terlangsai KALAU suami ambil insurans.
Bab ni selalunya orang rasa lega sebab suami ada ambil insurans rumah.
Tapi jangan lupa, loan maybe settle. Tapi faraid tak settle lagi, ya.
Rumah tu rumah suami, maka boleh difaraidkan.
Rumah takkan otomatik jadi hak isteri (kalau parents suami masih hidup).
Semua harta-harta si mati kena faraidkan sebab dah jadi hak waris yang lain sama.
Kereta pun. Motor kapcai pun. Jam tangan Tissot pun.

Selalunya kita fokus kat hutang je.

"Suami saya meninggal. Tapi rumah tu dah habis bayar"

Ya, hutang memang dah habis.
Tapi bahagian si mati tetap kena difaraidkan, melainkan waris lain nak lepaskan.
Kalau kau duduk rumah harga RM1 juta. Bahagian suami RM500K.
Kau rasa takde waris yang menggigil nakkan bahagian suami kau tu?
Pedih nak terima kenyataan ini, tapi itulah hakikat yang kita semua kena terima.
Walaupun kita kata nak guna duit suami untuk tujuan sedekah, masih perlu minta izin waris lain tau.

En Wan kata ramai yang masih belum nampak masalah ni.
Sebab tu penting korang buat hibah. Buatlah hibah.
Aku pujuk korang. Buatlah.
Bayar untuk diri sendiri pun boleh kalau suami taknak bayarkan.
Benda untuk diri sendiri kot. Buatlah.
Buat hibah paling sikit pun takpe, janji duit tu bulat-bulat dapat kat korang.
Terlampau banyak cerita-cerita waris tuntut itu ini selepas suami meninggal.
Mereka tak salah sebab mereka ada hak.
Cuma kita yang lupa kita sebenarnya ada option untuk ambil hibah, tapi tak buat.


2023-05-11

Aku berharap Rayyan slowly boleh adapt dengan new environment ni.


Banyak sebenarnya aku berhutang jawapan dari orang-orang yang bertanya soalan.
Aku akan jawab satu-satu today, insyallah.
Tapi kenapa soalan-soalan tu semua ditanyakan, yang ni aku kena bagi mukadimah dulu.

Ceritanya, hari tu kat IG aku letak list nama batch Rayyan di sekolah rendah (Sek Keb Putra Heights 2) yang berjaya ke SBP and MRSM.
Kisahnya, En Wan kan masih pegang jawatan YDP sebab belum tamat penggal.
Kelmarin dia ada meeting PIBG.
Ada Hamba Allah tu dengan lantang cakap sekolah ni tak bagus sebab takde pun student yang dapat ke boarding school.

Sebenarnya bukan tak ada, tapi sejak dari dulu sekolah SKPH2 pilih untuk tak announce pencapaian pelajar.
Aku pun tak faham kenapa taknak ceritakan achievement, especially academic.
Dulu kitorang tertanya-tanya juga, takkan sekolah ni lansung takde budak yang ke boarding school.
Asyik update aktiviti sekolah je, mana rekod pencapaian akademik pelajar?
Bukan apa, tujuan utama kita hantar anak ke sekolah adalah kerana akademik, maka academic achievement mesti diwar-warkan.

Benda-benda ni sebenarnya sekolah kena highlitekan.
Kena buat macam style SBP and MRSM.
Dorang berlumba-lumba tunjuk achievement and ranking academic.
Tu pasal berlumba-lumba orang mohon nak belajar kat situ.
Masa awal-awal SKPH2 ditubuhkan, orang dalam Putra Heights sendiri tak ramai nak hantar anak ke situ sebab sekolah baru.
Tak nampak potensi lagi katanya.
Ramai yang sanggup hantar anak jauh ke USJ.
Sebab itulah sekolah kena highlite academic achievement.
Fitrah mak bapak ni, mesti nak anak ke sekolah yang bagus.
Kerana SELALUNYA, sekolah yang bagus ada cikgu yang bagus, program sekolah yang bagus, support dari parents juga bukan calang-calang.
Environment ini yang mak bapak mahukan.

Maka YDP Wan Mohd Ridzuan 😁 minta sekolah senaraikan list pelajar-pelajar tahun lepas yang berjaya ke boarding school.
Hah, kau! Ramai rupanya.
Batch dia saja 22 orang ke SBP, MRSM dan sorang dapat Permata Pintar Negara.

SBP Premier
1. Iman Daniel - Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS)
2. Aqeela - Sek Seri Puteri Cyberjaya (SSP)
3. Rumaysa - Sek Seri Puteri Cyberjaya (SSP)
4. Wan Muhammad Rayyan Akmal - Sek Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)
5. Raqeeb - Sek Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)
6. Qaira Maritza - Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

SBP
1. Aina Humairah - SMAP Kajang
2. Nur Liyana Batrisyia - Sek Men Sains Muar
3. Putri Nur Qaisara Bahiah - SBPI Rawang
4. Misbah - SBPI Rawang
5. M.Harith Fahmi - Sek Men Sains Banting
6. Ainul Iman - Alor Setar (tak pasti sekolah mana)
7. Iman Khairy - Sek Sains Alam Shah (ASIS)

MRSM
1. Iman Syazwan bin Rosaidi - MRSM Gemencheh
2. Salahuddin Ayyub - MRSM Kuala Kubu
3. Jasmin - MRSM Alor Gajah
4. Umar - MRSM Tumpat
5. Haiman Tsaqeef - MRSM Johor Bahru
6. Syara Azzalea - MRSM Parit
7. Ahmad Naim - MRSM Pengkalan Hulu
8. Hazim Fadhlan - MRSM Langkawi

Lain-lain
1. Adam Harith - Permata Pintar Negara

Entahlah, maybe ada orang yang tak suka nama pelajar-pelajar ni dipublish.
Parents zaman sekarang yang tidak-tidak kepelikkannya.
Tak payah buat majlis kecemerlanganlah, tak paya highlite achievement pelajarlah, tak payah itu, tak payah ini.
Tak faham aku apa tujuan sekat announcement macam ni.
Zaman aku sekolah rendah dulu, tak cukup kat notice board, sekolah siap print dalam majalah sekolah nama-nama pelajar yang berjaya ke SBP.
Zaman aku dulu MRSM belum ada ambilan ke Tingkatan 1.
Jadi hanya yang dapat SBP saja namanya dipublish.

Itulah sebenarnya pendorong semangat pelajar.
Bila tengok nama-nama senior yang dorang kenal dapat boarding school, kita teruja and bersemangat nak belajar untuk dapat ke sekolah-sekolah tu juga.
Entah celah mana datangnya "Nanti kecil hati anak-anak yang tak berjaya". Seriously?
Seingat aku, kita dulu kalau kawan-kawan dapat naik pentas hujung tahun, kawan-kawan lain bertepuk tangan tengok dari bawah pentas.
Riuh bersorak bila nama kawan sekelas naik.
Aku tak rasa wujud dengki di kalangan anak-anak ni.
Because they know kawan yang naik pentas tu memang layak.
Yang bitter ni selalunya mak bapak.

Ada soalan bertanya tentang Rayyan, ok ke di sana.

Ok, yang ini aku menjawab dari sudut pandang aku, ya.
Minta berlapang dada bila membaca.

Dari segi sekolah, STAR adalah SBP Premier iaitu elite school.
Budaknya cream-cream. Pencapaiannya bagus. Cikgunya bagus.
Hari tu masa jumpa KPHEM En Wan tanya ramai ke cikgu STAR yang semak paper SPM. KPEM kata 20 orang.
Imagine 20 orang cikgu dari sekolah yang sama semak kertas SPM.
That shows the teachers are good.
Hat ni takyah sentuhlah sebab fakta dan sejarahnya jelas.

Tapi dari segi ok ke tak Rayyan di sana, tak boleh dikira dari sejauh mana bagusnya sekolah itu, but how well Rayyan can adapt dengan environment baru.
Kalau sekolah bagus, tapi kita takleh adapt, tak jalan juga.
Macam yours truly lah, sekolah kemain bagus tapi aku yang taknak.

Ok, dari penceritaan Rayyan, he loves the school so much.
Maksudnya the SCHOOL. Kelas. Guru. Pelajaran. Belajar.
Dia suka.
STAR guna iPad untuk belajar.
Setiap kelas ada Apple TV.
Budak-budak buat presentation dari iPad masing-masing, connected dengan Apple TV kat depan.
So students buat presentation dari tempat duduk masing-masing je.
Benda-benda macam ni memang Rayyan suka naulah.

Tapi kehidupan asrama, dia kureng sikit.
Maybe belum boleh blend sepenuhnya.
He is trying aku tahu.
Sekali pandang nampak macam Rayyan manja dan tak pandai nak blend dengan environment, tapi aku kena letakkan diri aku di posisi dia.

Ok, look.
Anak aku 2 orang je. Bukan 12 orang.
Sedangkan rumah aku ada 6 bilik.
Praktikal tak kalau aku letak Rayyan dan Redza tido sebilik semata-mata nak ajar dorang merasa untuk berkongsi bilik?
What is the point?
Lansung tak praktikal, ya.
Lainlah orang yang anaknya 6-7 orang, tapi bilik ada 3 kat rumah, lojiklah mereka nak berkongsi bilik.
Jadi, bila Rayyan sedari kecil ada bilik sendiri, ada katil sendiri, ada meja study sendiri, ada bilik air sendiri -- tup-tup masuk boarding school duduk dalam dorm 20-30 orang, tido bunk bed, berkongsi bilik air, tandas cangkung -- aku tak boleh salahkan dia kalau dia masih belum beradaptasi dengan perkitaran baru because I raised my children differently.

Jadi, bila Rayyan cakap "I hate staying in the dorm", aku tak boleh terus jump cakap "Kau ni cuba tengok orang lain boleh je?". Tak.
Walaupun mungkin ada orang lain yang jauh lebih mewah lifenya di rumah, itu masih belum boleh dijadikan perbandingan.
Sama macam Redza dulu.
Dia tak pernah basuh kasut sekolah pun.
Let alone gosok baju, lipat baju. Memang tak pernah.
Tup-tup kena duduk asrama.
Awal-awal dulu homesick, nangis nak balik juga tu.
Bukan sekolahnya yang dia tak suka tetapi hidup di asrama yang dia belum biasa.
Belum biasa buat semua kerja.
Dia belum pandai menguruskan masa.
Bagi dia, nak belajar + nak basuh baju + nak gosok baju + nak buat homework -- semua ni too much, sebab di rumah kerjanya dulu hanya study.
Siapkan jadual buku setiap hari pun bapaknya buatkan!
Mau tak haywire kejap life dia kat Langkawi dulu?

Rayyan tak homesick.
Dia tak pernah menangis atau minta nak balik.
Cuma dia selalu question "Kenapa tandas sekolah ni cangkung?", "Kenapa kita semua dah hidup moden tapi tandas duduk tak banyak?", "Kenapa dorm takde aircond?", "Kenapa pintu dorm boleh masuk satu je, lagi satu khas untuk prefect?" bla bla bla bla.
Bagi dia banyak benda yang tak relevan dengan zaman sekarang.
Aku dengar and try to explain sebaik mungkin.
Walaupun explanation aku sometimes ujung-ujungnya "Ni sekolah lama, dik. Kita kena respect apa yang dorang nak kekalkan".
Lepas tu aku terpikir sendiri "Nak kekalkan jamban cangkung for what, Diana?".
Sendiri explain pastu sendiri konfius. Hahahaha.

Yang benaunya kan, boarding school ni memang sesuai untuk mereka yang lebih memerlukan.
Memang untuk golongan itu.
Untuk orang-orang yang anak-anaknya di rumah dah dibiasakan dengan ada bilik sendiri, ada bilik air sendiri, bilik beraircond, shower ber-heater, almari baju 4 pintu, meja study sendiri, gadjet lengkap -- boarding school is not for them.
That's why peratusan terbesar boarding school masih pada golongan B40.
Hanya sebahagian kecil kuota diberi peluang untuk golongan M40 dan T20.
Which aku rasa kuota ini perlu kerana anak-anak B40, M40 dan T20 boleh belajar hidup bersama-sama.
Biar environment mereka tak tertumpu pada satu level yang serupa sahaja.

Masa aku kat TKC dulu, aku satu dorm dengan anak Tan Sri Rahim Tambychik tau.
Zetty Juyanti namanya.
Aku anak B40, dapat duduk satu dorm dengan anak T20 (zaman dulu takde pecahan ekonomi macam sekarang, tapi kita semua tahulah menteri memang level T20).
Ada beberapa anak T20 lain dalam tu.
Bawa mini kompo. Balik je dari class dorang pasang lagu Belinda Carlisle, Debbie Gibson.
Kalau tak kerana dorang ni, aku tak kenal mini kompo dan lagu omputih.
Memang foreverlah lagu Tika dan Saat ini berlegar dalam kepala aku 😆.

Dorang set-set T20 ni balik dari outing bawa 1 box KFC.
Aku balik dari pulang bermalam, Mak Aji bekalkan seketul ayam goreng drumstick (goreng sendiri kat rumah) letak dalam tipuware.
Makan sorok-sorok tepi locker.
Bukan malu, tapi sebab bendanya seketul.
Karang kalau aku ajak, tak cukup pulak aku nak makan.

Itupun yang T20 kekal sampai Form 5 di sana.
Yang B40 ni pulak quit. Mengada betul. Hahaha.

Tu yang aku cakap tadi, penerimaan individu pada environment boarding school bukan selalunya tentang "dah biasa hidup mewah". Tak.
It's more than that.
Kalau dia boleh adapt, dia boleh.
Kalau dia tak boleh, maka dia tak boleh.
In my case, aku bukan tak boleh tetapi tak mahu.
Rayyan, dia ada masalah dengan kehidupan di asrama.
Macam aku, takde masalah hidup di asrama sebab apa yang aku kena buat di sana aku dah biasa buat di rumah.
Membasuh, menggosok, mengemas, basuh bilik air, belajar sendiri -- semua aku biasa buat.
By right, aku sepatutnya takde masalah nak stay.
Tapi tu lah, the sistem hidup berjadual tu aku malas nak follow.

Dari pandangan aku, kalau anak korang sepesen dengan Rayyan, pegilah MRSM.
Dari segi infrastructure, MRSM lebih moden.
Mereka tak pakai sistem dorm, tetapi bilik.
Sebilik berkongsi 3-4 orang saja.
Katil macam di rumah, bukan bunk bed.
Setiap bilik ada meja study sendiri.
Bilik air pun moden, jamban duduk both di hostel dan sekolah.
Mungkin boleh kurangkan sikit culture shock tu.

Apa-apa pun, aku berharap Rayyan slowly boleh adapt dengan new environment ni.
Walaupun aku tahu susah, maybe lambat dia nak blend, aku berharap pada kekuatan sistem pembelajaran di STAR.
Rayyan sangat enjoy dan happy bila bercerita tentang cikgu-cikgu di sekolah.
Dia kata "The teachers are very good. They allow us to play games an eat in the classroom every time the school work is done".
Terima kasihlah cikgu.
Agaknya cikgu pun tahu budak-budak masih memerlukan masa untuk adapt dengan suasana baru jadi dorang taknak keras sangat.
Aku sangat-sangat berharap kekuatan sistem persekolahan di sana buatkan Rayyan kuat untuk terus stay.
Setakat ni dia takde kata nak quit pun. Call aku pun jarang.
Tak macam maknya dulu. Pantang nampak public fon.
Once aku dah pegang fon tu, yang lain boleh balik dorm cuci baju dulu, ya. Lambat lagi nak habis cakap ni 😆.


2023-05-06

Rayyan ok ke kat sana?


Ipoh, 6 May 2023, Sabtu.

5 hari lepas menghantar Rayyan ke STAR untuk officially masuk tinggal di sini.
Dan hari ini, aku and En Wan ke sini lagi. 
Sebab dah berjanji setiap Sabtu aku akan datang bawa dia outing.
Walaupun menyesal juga berjanji, takpe.
Akan aku gagahkan juga, sambil pujuk diri "Ipoh ni dekatttt. Tak jauh mana. Lebih dekat dari Langkawi".
Kamonnnn, Diana. Don't givap, Diana.

Lama aku tak update blog, kan? Hampir seminggu.
Puncanya, aku takde mood.
Sejujurnya, aku yang tak ok sejak Rayyan masuk STAR.
Banyak sebab untuk aku tak ok.

Yang pertama, dia belum fully recover dari patah kaki.
Walaupun dah boleh berjalan, dia masih terhencot-hencot.
Everytime berjalan jauh, dia start rasa sakit.
Bila dia dah rasa sakit, dak tentu dia jadi malas nak bergerak.
Sampaikan nak ke kantin dan cafe pun dia malas.
Rupanya Raby hari tu dia jatuh masa ambil wuduk.
Kaki dia kan belum kuat, ambil wuduk kena duduk.
Agaknya dia segan orang lain sap sap soi ambil wuduk berdiri, dia kena slow slow duduk bagai.
Jadi dia berusaha nak berdiri, sekali jatuh.
Nasib tak patah, tapi sakit balik bahagian pinggul.

Aku pernah retak kaki.
Aku buang simen sebelum kaki fully baik semata-mata taknak sambung MC sebab taknak burn 1 semester.
Nanti kena extend, grad lambat.
Jadi aku gagahkan kaki berjalan walau sakit-sakit.
Memang jadi malas bergerak bila kaki kita tak kuat.
Mujurlah in my case, retak kaki masa kat Uni.
Bukan sepanjang hari ada kelas.
Dan dari kampus ke kolej boleh naik bas, takyah jalan kaki.
Tetapi, everytime nak bergerak dari dewan kuliah, ke kelas tutorial, ke lab -- bercinta jugaklah.
Bila kaki kau sakit, kau jadi penat nak bergerak sebab bebanan badan tu terpaksa dialihkan pada sebelah kaki.
Sebelah kaki lagi pijak light-light je.
Hasilnya, aku berjalan terhencot-hencot.
Jadi, aku boleh rasai masalah yang Rayyan hadapi.

Sebenarnya kan, sejak Rayyan masuk sekolah 5 hari lepas, EVERYDAY aku menangis minta En Wan keluarkan sajalah Rayyan dari situ.
Sekolah je dekat-dekat rumah.
Aku tak sampai hati tinggalkan Rayyan dalam keadaan dia tak baik sepenuhnya, sorang-sorang menguruskan diri kat sini.
Dahlah first time berjauhan, of course lah dia akan rasa homesick sikit.
Ditambah lagi keadaan dia yang tak seperti kawan-kawan lain, menambahkan beban yang dia tanggung.
He is not only menanggung beban emosi, tetapi juga physically.

Dan jangan lupa, Rayyan ni walaupun dia bab belajar ok, tapi dia masih seorang penghidap mild disleksia.
Fitrah disleksia, dia tak boleh menerima banyak instruction dalam satu masa.
Dorang jadi blank.
Selama ni di rumah dia banyak dapat bantuan aku, nenek, dan En Wan.
At least arahan tu dia boleh digest slow-slow.
Di sini (skolah) segalanya kena buat sendiri.
Dan kau kena cepat sebab semua orang cepat.
Bila dia terpaksa absorb semua info dalam satu masa, contohnya, hari isnin pagi sebelum pi skool kena hantar baju kat laundry.
Balik dari prep kena collect baju yang dah habis di-dobi.
Jangan lupa ambil baju kat koop.
Pukul sekian-sekian kena be ready or this and that.

Kita memang nampak alahai simple-nya takkan itu takleh ingat, tapi budak-budak ni lain, ya.
Too much information akan buat them terbeban.
Ini lagilahhhh buat aku sedih.
Tido dalam tangisan aku tetiap malam mikirkan yang ini.
Aku menaip ni dalam keadaan berlinang air mata, ya.
Sebab baru lepas minta lagi kat En Wan "Bawalah Rayyan keluar, balik".
Aku tahu En Wan takkan benarkan, tapi entahlah.
Hari-hari aku minta benda yang sama.
Lama-lama karang, Rayyan tak keluar, aku pulak yang dikeluarkan dari rumah 😔.

Yang tanya Rayyan ok ke tak?

Nak kata dia homesick, aku rasa tak.
Kalau homesick ni lain.
Jenis homesick ni akan menangis setiap masa, call pun menangis.
Basically banyak nangis dan akan sebut nak quit, atau nak balik.
Macam Rayyan, tak.
Dia tak pernah nangis dan sebut nak balik.
Tetapi dia pernah cakap "I hate the system".

Aku dengar dia cakap gitu, terus terbayang aku dulu.
Aku rasa aku pernah cerita, aku quit dari TKC sebenarnya bukan sebab homesick, tetapi I cannot live dengan system boarding school.
Hidup berjadual cukup aku tak gemar.
Aku tahu bila aku kena study, bila aku nak main, bila aku nak rehat, bila aku nak tido.
Jangan dijadualkan semua tu untuk aku.

6 bulan di TKC aku masih bergelut dengan perasaan yang masih tak boleh terima sistem boarding school.
The school aku takde masalah.
Aku attend kelas, aku enjoy French class, aku enjoy lab, aku masih buat homework. No problem.
Tetapi bila waktu sekolah habis, dan kami semua kena balik ke dorm -- this is where I hate.

Masuk je dorm aku start menyampah.
Menyampah sebab kena cepat-cepat makan lepas tu mandi sebab pukul 2.30 pm karang kena gi prep.
Balik petang karang minum kat dining hall pastu naik dorm.
Pukul 5 pm wajib turun beriadah.
Tak main pun takpe, asalkan turun takleh duduk dalam dorm.
Lepas tu naik dorm cepat-cepat mandi sebab kena pi dining hall makan.
Pastu zup zap zup zap, pegi prep lagi.
Balik prep, setengah jap lepas tu kena lights off.
Stress gila aku hidup macam ni.
No, jangan salah faham.
Kehidupan itu ok, but not for me.
Aku tahu aku boleh buat apa, dan aku tahu tahap penerimaan aku pada apa dan sampai mana.

Bila Rayyan cakap "I hate the system", this is so Rayyan.
Rayyan ni dari kecil dia tahu apa dia nak.
Dia sejenis yang sanggup ikut kitorang ke mana-mana kalau dia tahu dia nak something.
Dia takkan pesan-pesan.
Dia akan ikut terus.
Walaupun cita-cita dia sentiasa berubah-ubah -- kejap nak jadi fashion designer, kejap nak jadi grafic designer, kejap nak jadi penyanyi pulak dah -- at least dia tahu apa dia nak.

Berbanding Redza, dia ni jenis menurut dan buat.
Apa kau campak kat dia, dia buat sampai jadi.
Dia tak pilih, dia tak kisah.
Kau bagilah apa pun, dia buat sampai jadi.
Dia ambik maths olympiad pun dia menang, dia ambik astromy olympiad pun dia menang, dia ambil bio olympiad pun dia menang.
Aku tak nampak dia ni menjurus ke mana sebab semua yang dia buat, jadi.
Sehingga dah masuk Form 5, Redza masih belum tahu apa dia nak ambil sebab dia macam boleh je kau nak suruh ambil course apa pun.

Rayyan berbeza.
Dia tahu apa dia nak.
Dan apa yang dia tak suka, dia takkan buat dan tak mahu ambil tahu.
Kat sini aku risau bila dia kata "I hate the system".
Aku risau dia jadi macam aku -- tolak semua benda bila dah tak suka.
Aku dulu berusaha juga stay. 6 bulan.
Kalau aku homesick, aku takkan bertahan 6 bulan ni wei.
Tapi aku cuba untuk sesuaikan dengan sistem hidup berjadual ni.
Cuba cuba cuba. I failed. I is kenot. I quit.

Tadi aku bawa dia outing, nampak dia ok.
Dia mahu bercakap. Dia mahu gelak.
Aku tanya pasal nak beli apa-apa tak untuk tambah-tambah like stationary ke, food ke, dia ok.
Dia mintak itu ini.
Dia ada la tanya aku dulu aku masa kat boarding school berapa kali aku balik ke rumah dalam sebulan.
Lepas tu dia tanya sekolah abang dulu ada tak this and that.
Then dia tanya dulu abang balik bercuti berapa kali.
Berapa kali pula kami ke Langkawi visit abang dia.
Aku rasa dia nak cuba meyakinkan diri dia sendiri yang keadaan dia tak seteruk abang dia dulu, so he should try a bit more to blend dengan sistem ni.
Aku rasalah.

Tadi hantar dia balik, dia nampak ok je.
Maybe sebab dia tahu esok aku datang lagi.
Aku harap dia semakin ok esok dan seterusnya.
Tapi, aku akan teruskan minta En Wan hari-hari untuk bawa Rayyan balik terus sekolah kat PH.
Tapi kalau Rayyan kekal stay di STAR, maknanya this school is really for him.
Dalam keadaan dia yang macam-macam kekangan (especially), aku hanya minta dia diberikan kemudahan menguruskan diri.
Dan jangan ada perkara-perkara yang menambahkan bebannya lagi.
Dalam keadaan aku yang 50-50 ni, aku cuma harap janganlah ada hal-hal yang berlaku kat Rayyan yang buatkan aku nekad bawa dia keluar.
Aku ni bukan boleh.
SATU je perkara yang buatkan Rayyan susah atau sakit, konfem aku naik Ipoh terus keluarkan dia.