2024-01-30

Trend konvo buat kat hotel


Semalam aku naikkan throw back post graduation Redza masa Form 5, tiba-tiba ramai pulak mengadu trend konvo buat di hotel.

Ok, sebelum aku menyembur, izinkan aku bertanya dulu.
Konvo tu sekolah wajibkan pergi atau tak?
Bukan apa, sebab aku ada anak-anak yang pernah lalui konvo.
Belum pernah lagi anak-anak aku dipaksa join program berbayar.
Selalunya program yang tak berbayar yang murid wajib pergi.
Jadi, aku agak tak berapa nak percaya desas-desus netizen mengadu sekolah wajibkan parents bayar sekian-sekian amount untuk majlis konvo.

Dia sebenarnya gini.
Kalau ikut pemahaman aku, yang jadi WAJIB bayar tu adalah bila kita nak join the program.
Nak join, kenalah bayar.
Kalau taknak join, tak payah bayar.

En Wan 3 tahun pegang jawatan YDP.
Sedikit-sebanyak aku faham macamana soal duit ni diuruskan.
En Wan kata, sekolah takde duit yang banyak untuk organized program-program gah di hotel melainkan inisiatif parents.
Dana sekolah datang dari KPM, itupun tak banyak.
Kau ingat dana nak baiki gate, nak tambah sinki kat kantin, nak buat tambah ruang menunggu berbumbung tu semua duit kerajaan ke? Nan hado!
Itu semua duit PIBG.
Duit PIBG datang dari mana?
Tu ha, dari RM50 setahun sekeluarga tu.
Tu pun ramai culas nak bayar.
Tapi kalau ada program makan-makan, muka-muka yang tak bayar ni yang memenuhkan ruang sekolah.
Dia ingat duit nak buat sukan, nak buat hari kanak-kanak, nak buat pertandingan itu ini tu datang dari langit agaknya.
Tu semua duit PIBG, ya.

Berbalik pada program konvo kat hotel, cuba check balik dengan YDP PIBG masing-masing.
Apa-apa program yang sekolah nak buat melibatkan penglibatan murid di luar compound sekolah, mesti ada perbincangan dengan PIBG.
Sekolah tak boleh sesuka hati lancarkan program tanpa berbincang dengan PIBG.
Aku tahulah sikit bab ni.
3 tahun En Wan jadi YDP, kejap-kejap meeting.
Sebab sekolah nak buat banyak program.
Setiap kali ada program, PIBG mesti mesting dulu.
Entah-entah PIBG skolah anak korang yang dah sepakat organized konvo kat hotel, kau yang tak tahu.
Kau pergi mesyuarat PIBG tak?

Sekolah rendah Rayyan dulu buat konvo juga, tapi di sekolah saja.
Aku syak YDP-nya yang tak bersetuju program konvo dibuat kat luar sekolah. Mbahahahha.
Tapi meriah, walaupun di sekolah.
Cuma mak bapak tak dibenarkan datang sebab masa tu sekolah masih nak menjaga penjarakan.
Untung Rayyan. Konvo apaknya sendiri serahkan sijil.
Special sikit, sebab YDP turun stage serahkan sijil.
Rayyan atas wheel chair masa tu 😁.

Bak kata En Wan, sekolah mana ada peruntukan nak buat program, melainkan dari duit PIBG.
In certain cases, jawatankuasa PIBG kena menyumbang lebih tau.
Kebanyakan program sekolah yang gah-gah ni adalah duit mak bapak.
DAN ATAS PERSETUJUAN PIBG.
Bermakna, PIBG dan sekolah dah berbincang.
Selalunya PIBG akan sumbang sikit duit dari tabung, selebihnya parents top up.

Tapi aku percaya ada tolak-ansur bab ni.
Maksudnya, tiada paksaan untuk hadir.
Kalau nak hadir, of coslah wajib bayar. Ini biasalah.
Macam buat pot luck juga.
Syaratnya, sorang kena bawa satu makanan. Barulah boleh join.
Ke ada yang biasa buat muka tak malu bawak perut je pegi pot luck tapi dia yang menapau lebih? Eh.

Pernah sekali majlis hari akademik Rayyan dibuat di luar compound sekolah.
Buat kat dewan tertutup.
Siapa nak attend bayar RM30.
Kalau kau nak tengok anak kau naik pentas, bayarlah RM30.
Kalau tak nak, nanti cikgu serahkan sijil and hadiah dalam kelas.
Pilih.

Jangan pula merempan kata kenapa hari akademik mak bapak kena bayar duit lagi?
Eh, bila masa kita bayar duit untuk hari akademik?
Yuran yang kita bayar awal-awal tahun tu tak termasuk program anugerah hari akademik program sukan, program motivasi, konvo serta program-program lain.
Sebab tulah yuran sekolah murah.
Itu pun ada yang merungut!

Segala tok nenek program kat sekolah perlu duit lain.
Sebab itulah duit PIBG jangan culas bayar.
Apa-apa nak buat, situlah duitnya.
Bila duit PIBG tak cukup, tapi banyak program nak dilaksanakan, tu pasal ujung-ujung mak bapak kena keluarkan duit lagi.
Lepas tu kau compare dengan sekolah cina sekolah india sekolah mat saleh.
Cuba tengok PIBG-nya punya collection berapa?
Tak mainlah RM50 setahun.

Ni yang nak masukkan anak ke SBP, jangan mimpi ya PIBG RM50 setahun.
Tak jumpa, dik. Tak jumpa.
Kat SBP lagi tinggi yuran PIBG-nya.
Sebab tu SBP boleh run good program untuk student-studentnya.
Boleh hantar student bertanding ke good competition bagai.
Semua tu duit mana nak cekau kalau bukan dari PIBG.

Benda ni kena cakap awal-awal.
Bukan apa. Karang geng-geng yang memperjuangkan kuota tu ingat semua benda dapat subsidi.
Dia tak tahu kat sana nanti banyakkkkkk benda kau kena provide.
Bukan hantar anak ke sana pastu lepas tangan mintak sekolah handle tau.

Masa En Wan YDP dulu, bukan nak pujilah.
Tapi cikgu-cikgu sendiri yang cerita.
En Wan pegang YDP, duit collection PIBG dari 50% naik ke 70% pada tahun pertama dia pegang jawatan.
Aku tak taulah sistem penjajahan Jepun agaknya dia bawak masuk.
Dia print semua nama student dalam sekolah tu and extract data yuran.
Aku tahulah sebab staff aku yang tukang extract.
Dia dah filter semua nama, lepas tu masa hari sukan sekolah kat depan pintu masuk gate tu dia bentang meja.
3-4 orang cikgu termasuk dia sekali duduk kat meja tu.
Kaunter registration.
Sebelum ke padang, register dulu untuk dapat kupon makan dan minum.
Tapi sebelum dapat kupon semak dulu duit PIBG dah bayar belum. Kahkahkah.
Kau rasa tak terkulat-kulat parents ambi kupon makan free tapi yuran PIBG tak bayar?
Kat situ jugak settle yuran, gaissss.
Kering betul hati seorang YDP 😆.

Benda-benda macam ni tak semua orang suka.
Tapi kalau tak bertegas tak jalan.
Bila bertegas, kena umpat.
Eh gasak bak kata En Wan. Janji dia buat kerja.

Masa sekolah minta duit tapi PIBG tak cukup dana nak bagi, En Wan panjat bangunan wakil rakyat minta sumbangan.
Ni ha saya yang menurut perintah kena teman YDP jaga kereta sebab takde parking.
Dia jumpa wakil rakyat, pastu jumpa PA Mat Sabu, minta sumbangan.
Semua dia minta.
Kat wakil rakyat pemerintah pun dia minta, kat wakil rakyat pembangkang pun dia minta.
Untuk sekolah kot, sapu je lah semua.
Bukannya untuk diri sendiri.

Sekolah kata selama En Wan yang the first buat gitu.
Alhamdulillah dapatlah sikit sebanyak sumbangan buat program.
Dapatlah dalam RM5K sorang. Jadiklah.
Habis tu mak bapak kedekut RM50 yuran PIBG pun berkira, nak buat macamana.

Jangan salahkan sekolah melulu.
Pergi tanya dulu PIBG korang.
Apa-apa hal, PIBG terlibat sama.
Ingat sekolah ada duit nak buat program besar?
That’s why nak lantik jawatankuasa PIBG, jangan lantik sebarang orang.
Lantik sebab ini member lama. Support member konon.
Kalau member kau reti buat kerja takpe.
Lantiklah yang ada duit, atau ada connection, atau ada title, dan boleh buat kerja.
Orang-orang ni penting because dorang akan cari dana.

Pernah beberapa kali sekolah buat program tapi PIBG shortage duit.
Ahli jawatankuasa PIBG top up sorang RM200.
Hat ni parents tak tahu, kan?
Ya, aku pun tak tahu.
Only selepas En Wan jadi YDP baru aku tahu situasi ini wujud.

Dapat sekolah yang mak bapak jenis liat bayar yuran PIBG, memang masaklah.
Tapi yang pelik tu, kalau sekolah buat pesta ke apa ke, rajin pulak datang.
En Wan suggest buat lucky draw.
Hadiah kena gempak-gempak, nak encourage parents datang.
Tapi syaratnya, nak join lucky draw kenalah bayar yuran PIBG. Kahkahkah.
Terpisat-pisatlah mereka nak dapat lucky draw tapi kena bayar yuran PIBG dulu.
Stok Fleur Men and Fleur by Mrs Him banyak jadi hadiah lucky draw si YDP ni.
Selamba je dia korek stok aku jadikan hadiah lucky draw sekolah anak dia.

Masa Redza Form 5, konvo buat kat dewan sekolah.
Tapi farewell dinner buat kat hotel.
Farewell dinner ni inisiatif parents.
Parents keluarkan duit.
Duit dari mana?
Tu ha dari sumbangan bulanan.
Duit PIBG lain tau. Duit sumbangan ni lain.
Duit sumbangan adalah inisiatif parents.
The parents (mak-mak) collect yuran bulanan untuk kegunaan student.
Kegunaan masa bila?

1. belikan makanan masa minggu exam so that anak dapat legakan tekanan dapat makanan best-best
2. beli air bila Langkawi water shortage. Tak salah aku seorang dapat 20L air.
3. buat program motivasi panggil penceramah luar, antaranya Ustaz Ebit Liew
4. but merchandize dan goodies bags untuk program-program macam solat hajat

..dan macam-macam lagi.
Itu semua bukan pakai duit sekolah atau PIBG, ya.
Itu duit sumbangan parents kerana parents nak organize macam-macam program untuk anak-anak.

Again, yang memperjuangkan kuota kat MRSM tu, jangan ingat semua benda free kat sana ok?
Sekolah takde duit tau nak buat program hebat-hebat untuk student kalau takde duit Muafakat (PIBG) and duit inisiatif parents.
Jangan kau ingat once anak kau masuk sana esok, semua benda kau harap subsidi sekolah.

However, duit inisiatif parents ni tak wajib.
Nama pun inisiatif.
Selalunya geng-geng T20 yang initiate.
Jadi, mereka tak paksa semua parents bayar.
Siapa nak bayar, dialu-alukan sekian-sekian amount setiap bulan.
Katakan dana untuk buat program tak cukup, bendahari announce dalam group “Kita shortage lagi RM5K”.
Berdesup T20 hulur. Settle sekejapan.
Benefitnya, SEMUA anak-anak merasa.

Contoh, masa jemput motivator.
Langkawi tu nak ke sana kena naik flight tau. Bukannya boleh balik hari.
Paling tak pun, stay satu malam.
Bukan motivator tu datang sorang, dia angkut team-nya sekali.
Itu semua duit.
Jadi bila parents initiate this program, duit semua datang dari parents.
Tak kacau duit skolah pun.
Bendahari akan announce, "Kita nak buat this and that program. Duit collection bulanan tak cukup, maybe we need RMXX more, per student".
Memang tak semua bayar, sebab tak semua parents ada dalam whatsapp group.
Tapi ALWAYS ada orang yang sumbang lebih. ALWAYS.
Lansung tak dibeza-bezakan anak-anak ni. Janji program jalan.

Masa konvo.
Parents hire kedai florist gubah bouquet untuk SEMUA student.
Taknak ada student yang left out bila mak bapak orang lain hantar bouquet, tapi mak bapak dia tak hantar.
Jadi dengan duit collection bulanan tu belikan bouquet for all.
Seronok anak-anak ni bila mereka tak sangka dapat flower bouquet.
Bukan kecik-kecik punya bouquet, ya. Cantik sangat!
Some student yang dapat more than 1 sebab parents bagi.
Tak kisahlah tu, janji semua student ada bouquet.
Redza dapat 4 bouquet. 
Aku hantar.
Rupanya nenek pun hantar.
Mak Ngah dia pun hantar.
Macamkan kau pulak yang best student dapat banyak bouquet.
Best student pun tak banyak dapat bouquet tau 😆.

Masa farewell dinner Redza, buat kat hotel.
Duit sekolah ke?

Tak.
Duit inisiatif parents.

Yang tak bayar, takpe. Boleh join juga.
Parents tak pernah tanya siapa bayar siapa tak.
Janji anak-anak semua enjoy.
Dorang tak perlu tahu pasal bayar-membayar ni semua.
Just come and enjoy your night.

That's why, jangan memperjuangkan membuta-tuli pasal kuota-kuota ni.
Kuota kau punya besar, kau sibukkan dengan kuota 10% tu.
Geng-geng T20 dapat tahu kuota dorang hanya 10%, sikit tak mengeluh.
Malah dorang pulun kaw-kaw untuk rebut yang 10%.
Yang kau, kuota sampai 60% tapi mengeluh hat yang 10%.
Pulunlah yang 60% tu.
Ni tak. Yang 60% pun tak lepas, kau rasa kalau tambah lagi 10% tu, boleh dapat? Heh!

Trend konvo Darjah 6 ni aku percaya takde paksaan.
Nak datang, kenalah bayar.
Taknak bayar, takyah datang.
Sewa je jubah dari sekolah cakap nak buat bergambar kejap.
Jubah of cos kena sewa.
Kita nak konvo Uni pun bayar RM300-400 untuk sewa and segala gedebak gedebuk kos. Itu biasa.
Yang penting, gi tanya PIBG korang.
Betul tak dorang yang luluskan program konvo buat kat hotel?
Next time masa mesyuarat datang ok?


2024-01-26

Just keep that stupid opinion for your own descendants



Hi Malaysia. Apa nak jadi lagi 10 tahun?

Hampir KESELURUHAN kelas dapat 0 markah?
Kalau fail, is another story.
Tapi this is ZERO markah. Kau ada masalah dengan cikgu ke yang sampai sepakat nau pulun 0 markah sekelas?

Beberapa tahun dulu, kawan aku seorang lecturer di IPTA cerita.
Bila time buat tugasan atau kuiz, student akan tanya "Berapa markah?"
Kalau 20-30 marks, dorang tak buat.
Tak kisah hilang setakat 20-30.
Sebab apa? Sebab target hanya nak lulus, bukan nak score A pun. 
Jadi takpelah burn 20 marks, takde plan nak dapat excellent results pun.
Pastu time kena bayar balik pinjaman esok, bergolek-golek atas jalan minta hapuskan pinjaman.
Masa belajar, ambil mudah. Tak nak score A.
Dah kena bayar balik, merentan.
Perangai dengan otak sama-sama bengap.

Takyah nak cakap "Eleh, cakap pandailah. Cuba buat tengok!"
Kau pegilah MARA check aku berjaya ke tak convert loan ke scholar masa belajar dulu.
Pastu datang sini balik kita sembang.

Berani eh budak-budak ni tak nak buat exam?
Kalau exam pun ambil mudah, lagikan homework.
Entah-entah buku tulis tak pernah ada.
Ni bukan perangai orang susah, tapi orang malas.
Entah hapa dia pikir ntah.
Kalau taknak belajar, tak payah buang duit mak bapak bayar yuran, bayar PIBG, beli baju skolah, beli buku, beli kasut. Tak payah.
Sekolah pun tak semak melayan perangai kau.

Kat mana agaknya silap?
Silap kat sistem pendidikan ke?
Adakah salah sikap?
Atau pengaruh persekitaran?
Atau mak bapak tak cakna?

Apa ada dalam pikiran budak-budak ni agaknya?
Takde rasa lansung nak belajar.
Hanya memenuhkan kedatangan ke kelas je.
Besar betul cabaran jadi cikgu zaman internet ni.
Pengaruh luar sangat kuat.
Ramai yang hilang minat belajar sebab KONONNYA tak belajar tinggi pun boleh hidup senang.

Ya, setakat nak hidup senang tu tak susah, nak.
Setakat nak makan pakai sendiri memang tak banyak pakai duit.
Aku dulu first gaji RM1400 je.
Duduk rumah mak bapak, bil tak yah bayar, makan free.
Baju kerja pun rembat Mak Aji punya.
Setakat nak lepaskan untuk diri sendiri, RM1400 pun dah senang.
The question is, kau nak senang dengan jalan apa?
Dengan follow trend?

Singkat sungguh pemikiran.
Hanya nampak life 1 tahun ke depan.
Misinya nak jadi kaya dah popular. Sebab apa?
Sebab lagi banyak hadap henfon dari hadap buku.
That's why lebih terpengaruh dengan kehidupan dunia internet, bukan realiti.
Sebagaimana trend blogging dulu pernah gah, trend TikTok juga akan habis one day.
Benda bersifat trend takkan kekal, nak.
Jadi influencer ni takkan relevan sampai bila-bila.
Malangnya, ramai tak nampak hakikat ni.

Now aku can relate statement “Aku lebih banyak makan garam”.
Seseorang itu perlu lalui sesuatu situasi untuk menjadikan dia relevan bercakap tentang hal tu.
Akak ni. Eh akak pulak. Makcik.
Makcik ni sangat layak bercakap pasal trend, ya.

Acik ni zaman 20-an macam korang dulu pun join trend juga. Trend blogging.
Zaman tu hampir semua orang ada blog.
Antara hidup dengan tak je blog tu. Sebab apa?
Sebab masing-masing nak join the trend.
Trend ada blog. Trend jadi blogger.
Waktu tu blogger paling senang buat duit.
Orang tak hire artis dah untuk promote brand. Orang hire blogger.
Kuasa blogger lebih tinggi dari menteri!
Tengah trend katakan.
Artis dengan menteri pun ada blog time ni.

10 tahun lebih kurang, trend tu pun surut.
Timbul pula trend lain. Instagram.
Blogger beralih ke instagram. Buat short video pulak.
Tapi tak lama. Tik Tok pulak naik. 

Zaman Tik Tok, acik-acik blogger dah tua.
Dah tak in nak masuk Tik Tok.
Jadi, ada yang terkubur aktiviti bloggingnya.
Ada sikit saja yang masih aktif.
Ada yang pilih untuk aktif kat FB saja.
Tik Tok penuh dengan influencer muda-muda.

Bezanya kat mana?
Bezanya acik kau ni habiskan belajar. Kat situ bezanya.
Jadi, acik tak hidup dengan trend semata-mata.
Ada kerja hakiki lain yang acik buat.
Blogging tu sampingan je sebab acik suka menulis.

Yang kau, belajar tak nak. Sambung belajar tak nak. SPM dikatanya tak penting.
Nak jadi apa kau ni?
Nak selamanya menceceh depan kamera buat content?

Aku bagi 10 tahun je lah.
Tengoklah lepas ni trend lain muncul.
Masa tu, kau dengan SPM hauk, tak sambung belajar, diploma pun takde, umur dah 30-an baru nak terkibai-kibai cari kerja sebab dah tak relevan sebagai influencer. How?
Kalau dalam 10 tahun ni boleh buat bisnes dan bisnes sustain, oklah. What if not?

Sekarang ni anak-anak muda berlumba-lumba nak jadi famous dan nak jadi kaya.
Akal hanya nampak duit adalah segala-galanya.
Ye lah, tengah muda. Muka tengah cantik untuk orang tengok.
Muka tengah laku untuk buat video hari-hari.
Badan masih kuat terkinja-kinja depan kamera.
Memang segalanya nampak duit. Ilmu dah jadi tak penting.
Yang penting duit, boleh beli rumah cantik, kereta mewah, travel sana sini.

Dulu acik kerja sales.
Badan tengah muda, laratlah nak berkejar sana sini.
Pagi kat Melaka, petang dah ada kat Penang. Esok dah ada kat KL balik.
Merayap dari hujung ke hujung buat sales.
Badan tengah kuat katakan.
Muka pun muda, orang masih seronok tengok kita.
Semakin tua, badan pun dah tak larat nak buat kerja yang sama hari-hari.
Nak travel melompat ke sana kejap, ke sini kejap, dah bukan aku dah.
Nak pakai skirt pendek belah depan pun dah bukan umur untuk bergaya macam dulu.
Orang pun taknak tengok muka-muka tua buat sales, nak tengok muka-muka fresh dan muda pulak.

Mujurlah ada kelayakan akademik sikit.
Dapatlah gunakan kelayakan tu untuk beralih bidang.
Buat formula untuk produce produk, buat learning notes, buat program dengan universiti, dan ada company hire untuk jadi product specialist dorang.
Alhamdulillah.

Acik bukan nak cerita acik hebat, ya.
Tapi nak tunjuk kelebihan bila ada kelayakan akademik.
Akan sampai satu masa, famous dan glamour bukan milik kita lagi.
Tak selamanya kita kekal di tempat itu.

Zaman aku blogging awal-awal dulu, ramai je yang famous.
Now, berapa kerat yang masih relevan?
Mostly pilih untuk kehidupan yang lebih low profile.
Ada yang dah sibuk dengan kerjaya lain.
Being famous bukan lagi priority.
Aku sendiri dah tak banyak menepek gambar kat blog.
Kita semua akan sampai ke satu tahap di mana kita dah tak kuasa nak menonjolkan diri lagi.
Masa tu, kalau ada ilmu dan ada credential, ini akan membantu.

Tapi kau, belajar tak nak.
Kalau tak boleh kuasai akademik, sambunglah dengan kemahiran. Biar ada sijil.
Kepakaran dan kemahiran kita perlu dibuktikan dengan sijil.
Bukan dengan bilangan followers and likes!
Sebab sijil ni mencerminkan pemahaman dan penguasaan terhadap pengetahuan.
Penganugerahan sijil melibatkan penilaian berdasarkan standard tertentu.
Jadi bila kau dianugerahkan sijil, bermakna kemahiran dan pengetahuan kau diperakui dan telah dapat dibuktikan, faham?

Contoh macam Diploma in Food Safety aku yang tengah running sekarang.
Nak dapatkan pengiktiran European Framework tu ada prosesnya.
Dia semak syllabus and module.
Dah lulus, baru diiktiraf.
Barulah sijil tu laku.
Bila sijil laku, boleh guna untuk career advancement.

Kalau nak jadi influencer, jadilah yang ada ilmu.
Pergi enroll short course in Digital Marketing ke Brand Awareness ke.
Ini tak, buat content bodoh. Pastu bangga bila video go viral 40 juta views.
Eh, yang view tu semua memaki kau dalam hati tau!

Pelik 300K lepasan SPM taknak sambung belajar. Kenapa ya?
Aku tak pasti yang 300K ni dari kelompok mana.
Kalau geng-geng Redza, takde lagi yang tak sambung belajar. Semua sambung.
Parents dorang pula bersungguh-sungguh share info-info peluang sambung belajar, peluang dapat tajaan, etc.
Masing-masing saling encourage and give support supaya anak-anak dapat kemudahan pendidikan yang baik.
Geng-geng aku pun anak-anaknya semua sambung belajar.
Tak kiralah Uni ke, Kolej ke, Politek ke, janji sambung.
So yang tak sambung ni, apa masalah dia sebenarnya?
Memang tak minat belajar ke. Atau masalah kewangan ke. Atau masalah peribadi ke.
Sebab 300K sangat tinggi, ya.

Ni bukan apa. 
Banyak sangat dengar pandangan orang-orang "bijak" bercakap “Ada degree susah dapat kerja”.
Eh helo? Yang tak dapat kerja tu kau! Orang lain elok je dapat.
Tak payah nak pukul rata hanya kerana kau tak berjaya dapat kerja.

Belajar kat Uni bukan wajib dapat kerja dalam bidang yang sama, ya nak.
Getting a degree tujuan utamanya untuk improve job prospects.
Ada perkara yang kita dapat di Uni, iaitu soft skills.
Our degree mengajar kemahiran insaniah yang kita perlu untuk thrive di tempat kerja.
Kemahiran insaniah namanya soft skills.
Soft skills ni membantu kita jalankan apa juga tugas sama ada keupayaan bekerja dengan baik dalam satu pasukan, atau menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran.
Degree yang kita dapat tu actually show we have gained more from university than just a degree.

Contohnya, communication skills.
Ada beza cara bercakap orang belajar tinggi dengan orang tak belajar tinggi.
Kita boleh spot perbezaan tu.
Suku-sakat datok kerek yang menyewa sebelah ofis aku dulu, tak tahulah staff-staff tu dia pungut kat ceruk mana.
Walaupun pakai kereta sport, dari cara bercakap dah tau stok-stok malas belajar.
Aku tak reti nak explain, tapi kalau kau tahu, kau tahulah.

Because as a student, you have probably had to write A LOT.
Di Uni kau involved dengan student journalism, tulis essay for your course, buat banyak bacaan untuk assignment, etc.
Even kalau course kau tak involve a lot of writing, kau masih kena correspond with tutors and supervisors via email.
Program Diploma Food Safety aku yang tengah run ni, time buat proposal dulu, kitorang banyak kali rombak syllabus, rombak kurikulum, attended lots of meetings and discussion.
Sampaikan big bos aku tengok dokumen pun boleh tahu siapa yang type that dokumen.
"Ini bukan pensyarah yang type ni, ini mesti kerani dia. Kalau pensyarah takkan type macam ni sebab PhD requires a lot of editing".
Kau nampak tak? 
Jangankan communication, dari cara menaip proposal boleh tahu orang tu siapa.


Ni lagi, entah siapa-siapa. Tau-tau je ramai memaki. Hahahaha.
Siapalah yang jemput dia ni untuk bercakap.
Yang media pun, boleh tak korang invite someone yang can influence Malaysia jadi lebih baik, untuk ditemuramah?
Media suka nau tonjolkan orang-orang macam ni demi nak rating. 
Tak belajar pandai takpe konon, janji kaya.
Tak kerja besar takpe, janji duit banyak.
Tak hensem takpe, janji kaya.

University bukan saja bantu you write, tapi bantu improve your ability to interact face-to-face with others.
Aku suka observe ni dalam setiap interview - communication skill.
Cara kita bercakap memperlihatkan ilmu kita.
The way we talk, what we talk, bagaimana kita express pandangan - membezakan antara orang berilmu dengan tak.
Orang berilmu walau sembang santai, santainya ada isi.
Beza dengan orang yang takde ilmu, sembang apa pun penuh dengan pendapat yang tak bijak.
Lagikan ajak sembang topik serius. Terus ke laut dalam.
Bercakap pun sekadar buat riuh, padahal sampah.

Everytime masuk whatsapp group mak-mak batch Redza, be it group KMB mahupun MRSM Langkawi, lega terasa.
Nampak Malaysia masih ada harapan bila mak-mak update result exam anak, program anak-anak, projek anak-anak.
Nampaklah masih ada anak-anak yang berminat nak belajar, dan parents yang cakna.
Kawan-kawan aku pun, takde sorang anaknya yang tak nak sambung belajar.
Macam dah jadi satu norm, lepas SPM, mesti sambung belajar.
Nak kerja apa lepas tu, sukati. Janji habiskan belajar.

Tapi bila aku masuk TikTok, sedih.
Lalu pulak video influencer yang kata “tak pandai takpe, tak belajar tinggi takpe, buat apa ada SPM, saya SPM fail tapi ada company besar” — bertambah MENYAMPAH!
Bukan dengki, ya. Menyampah.
Orang-orang macam ni pleaselah, kau cakap pasal kerjaya kau as influencer je dah lah.
Takyah bagi pandangan pasal sambung belajar.
Just keep that stupid opinion for your own descendants.

Toksahlah kata "Tak semua orang mampu sambung belajar"

Toksah cakaplah.
Kalau dah exam pun tak buat, homework tak pernah siap, ini namanya malas. Bukan miskin.
Budak miskin perangainya tak macam ni. Budak malas, yes.

Ni pun problem yang menjadi masalah, bak kata Amy Mat Piah.
Tak tahulah apa akan jadi bila tak ramai join aliran STEM.
Zaman aku dulu berebut nak masuk aliran sains.
Walaupun susah, stay juga sebab tahu peluang tu lebih besar.
Budak aliran sains, nak masuk aliran mana-mana lebih besar peluangnya.
Kat KMB tu, semua asal budak sains masa SPM.
Bila masuk KMB, ada yang ambil medic, enginering, finance, ekonomi.
Tak semestinya ambil pure sains.
Tapi masa nak masuk program ni kelayakannya kena ada Add Maths, Fizik, Kimia, and Bio.
Bermakna STEM itu membuka lebih banyak peluang untuk you memilih bidang.

Malaysia ni dah makin tenat.
Satu hari nanti negara akan kurang orang bijak pandai dan tenaga mahir dalam STEM sebab ramai nau yang encourage tak belajar tinggi takpe, pun boleh kaya. Waklu!
Dorang tak sedar, negara ni dulu membangun sebab ramai orang pandai, bukan kaya.
Bila pandai, investors datang buka company, buka kilang, kat sini sebab kita mahir dan pandai.
Esok, kalau semuanya bengap, SPM pun takde, sambung belajar pun tak, investor pun tak hingin nak bukak kilang kat sini.
Nak buat apa bukak kalau akhirnya kena import pekerja luar?
Baik bukak kilang kat negara lain yang ada pekerja pandai dan mahir.

We have to start somewhere.
Takpelah, 300K tu tak nak sambung belajar. Gasak kau.
Insyallah ada 3 juta lagi nak belajar. 
Yang 3 juta ni, buatlah STEM. 
Engineering. Sains Komputer. Medicine. Pharmacy. Food Science.
Kita kena ada backup bidang-bidang ni.
Dahlah sorang engineer resign join takaful 😆, kenalah ada pengganti khennn.


2024-01-23

Toksah cakaplah perempuan materialistik


Sebagai seorang perempuan, dah tentulah aku suka lelaki yang berduit.
However, berduit tak semestinya kaya.
Orang lain ada taste masing-masing.
As for me, aku suka lelaki yang ada FUTURE.
Future tu yang macamana?
Yang dari personaliti dan kerjayanya, nampak masa depan untuk hidup bersama.

Toksah cakaplah perempuan materialistik atau hanya suka lelaki yang ada financial stability.
Jap aku nak tanya.
Lelaki nak ke perempuan yang takde rupa?
Nak ke perempuan yang body berlipat 3?
Nak ke perempuan kulit gelap?
Dari kecil aku dah lalui diskriminasi bila kau miskin dan takde rupa.
Jadi aku tahu apa aku nak.
Nak cakap perempuan memandang rupa, gaya dan harta?
Kalau itu boleh buat kau puas hati, CAKAPLAH. Like I care?

Aku pernah lalui melayan karenah lelaki yang takde plan untuk future, tapi nak kita stay dengan dia.
Bila kita lari, dia tuduh macam-macam.
Materialistiklah, kejar hartalah, tak setia lah.

Hey, look here.

WHATEVERRRRRRRRRR.

Tadi aku tulis gemuk, hitam, takde rupa - bukan mengejek sesiapa.
Cuma nak cakap yang lelaki pun kalau boleh memilih, dia akan pilih yang the best juga!
Masalahnya, tak dapat.
Bila tak dapat, bitter pulak perempuan cari lelaki yang jauh lebih best.
Dah tu, kalau boleh memilih, why not?
Lelaki pun kalau boleh memilih, konfem nak cari yang the best.
Tengok je lah kebanyakan lelaki yang dulu takde apa-apa, reti pulak pilih yang biasa-biasa.
Bila dah ada segalanya, hah kau!
Yang cantik gojes saja dia pilih.
Sebab apa? Sebab now dah boleh memilih.

Takde orang yang nak cari pasangan setakat ala kadar.
Kalau boleh dapat Prince Mateen, why not?
Tapi tak dapat.
Jadi bila tak dapat tu, kita turunkan sikit specs.
Turunkan specs sampai dapat yang sepadan dan sekufu orang kata.

Mana-mana manusia pun ada kriteria pilihan masing-masing.
Ada yang pentingkan rupa. Ada yang pentingkan kerjaya.
Ada yang pentingkan duit. Ada yang pentingkan gaya.
Salah ke? Tak.

Sebagai perempuan, penting bakal suaminya ada kedudukan kewangan yang kukuh.
Tak semestinya lelaki tu kena kaya.
Yang penting, ada kerjaya.
Dan kerjaya tu boleh tanggung hidup berkeluarga.
Kerjaya yang ada future.
Yang bila kita tengok kerjayanya, kita boleh nampak keluarga boleh membangun dengan baik dan sihat.

Aku suka lelaki bijak.
Ini kriteria pertama.
Aku always ada perspektif orang yang bersungguh belajar selalunya gigih, disiplin dan ada goal dalam hidupnya.
Maybe tak semua begitu, tapi mostly gitu.
Usually orang yang sungguh-sungguh belajar ada plan untuk dapat kerjaya dan kehidupan yang bagus.
Dia dah ada perancangan in 5 years kena ada apa.
In 10 years kena ada apa. And so on.
Dah pass bab pertama ni, barulah aku tengok ciri lain macam rupa, hati, budi bahasa.

Kaya is a bonus. Tak perlu cari.
Kalau dia berkerja dan rajin, insyallah boleh hidup senang bersama.
Tapi kalau dapat yang kaya, jackpotlah namanya.
Bukan apa, stabiliti sangat penting dalam memilih pasangan.
Lelaki besar tanggungjawabnya.
Kalau boleh pilih lelaki yang berduit, why not?
Tak dapat yang berduit, carilah yang ada kerjaya bagus.
Tak dapat yang kerjaya bagus, at least lelaki itu ada kerja yang ada masa depan.

Bukan pandang lekeh pada food rider.
Tapi kita kena be realistik.
Menanggung keluarga adalah satu amanah dan tanggungjawab.
Perlu ada career advancement dalam hidup.
Jangan selamanya jadi rider. Mesti ada plan lain.

Aku dengan En Wan kawen pada bulan pertama dia start kerja.
Dia balik Malaysia bulan March 2001.
Start kerja bulan April. Kitorang kawen 4 May.
Gaji pertama dia pun tak masuk lagi masa tu.
Tapi aku berani kawen sebab dia balik Malaysia dah ada secure kerja yang menanti.
Hanya perlu lapor diri saja.
Dan masa kat Jepun, En Wan dah pulun kerja.
At least 2-3 bulan selepas kawen, tak sesak sangatlah.
Masa tu aku pun dah kerja.
Tak besar mana gaji aku, baru RM1400.
Tapi oklah untuk hidup berdua.
En Wan masa tu RM2500. Beranilah nak kawen.
Masa tu dia pun dah ada kereta.
Kiranya basic keperluan nak hidup bersama tu dah ada.
Tu yang berani tu.

Tak sampai RM5K pun gaji kitorang berdua masa tu.
Itu adalah bukti bukan semua perempuan kejar lelaki kaya.
Tapi kalau memilih lelaki yang ada future, yes betul.
Perempuan nak lelaki yang ada kerjaya bagus.
Ada gaji yang boleh tahan.
Ada skill yang buatkan si lelaki ada career advancement.
Dan lelaki itu rajin serta commit untuk capai future yang lebih baik.

Bukanlah nak kata kerjaya dan kaya menjamin rumahtangga yang kekal.
Takde apa yang menjamin.
Tapi setidak-tidaknya ada plan untuk kehidupan yang selesa.
Janganlah main ala kadar semua benda.
Some people terlalu selesa dengan hidup yang ala kadar.
“Takpelah, janji ada tempat tinggal”. “Takpelah, janji ada kerja”. “Takpelah, janji tak kebulur”.

Boleh. Bukan tak boleh.
Buat masa sekarang start small dulu, takpe.
Tapi janganlah jadikan “Takpelah” tu as kebiasaan.
Dah 3 tahun kawen masih dengan “Takpelah”, pastu bini kau minta cerai kau tuduh dia materialistik.
Dah tu, buat apa stay dengan life yang asyik “takpelah” kalau ada peluang yang lebih baik dia can kejar?

Dahlah. Jangan nak menuduh sangat perempuan materialistik.
Be realistik.
Zaman sekarang ni semua benda perlu duit.
Start enjin kereta pun nak duit.
Orang perempuan bukan nak lelaki kaya sangat pun.
Yang penting tanggungjawab settle. Nafkah tak culas. Perhatian tip top.
Kalau hensem, apa salahnya 😆.

Kalau tak boleh provide semua ni, jangan menuduh perempuan kejar lelaki kaya.
Hakikatnya kau yang belum mampu berbini.


2024-01-19

Berapa ramai yang aware faraid tu datang bersekali dengan tanggungjawab? Ada?


Kat ruangan komen page ni ada beberapa orang (yang semestinya lelaki) bermati-matian cakap FARAID TU HUKUM ALLAH, WAJIB DILAKSANAKAN.
Tapi bila orang mention yang faraid tu datang sekali dengan tanggungjawab, dia spin selagi boleh.
Aku harap spesis punai-punai kontot begini jangan membiakkan benih.
Risau kebengapan tu diwarisi hingga ke tujuh keturunan.

Look. Takde siapa yang menidakkan faraid.
Semua tahu faraid tu hukum Allah. Wajib dilaksanakan.
Tapi, berapa ramai yang aware faraid tu datang bersekali dengan tanggungjawab? Ada?
Tak ramai, kan?
Lebih ramai sangka duit faraid tu Allah bagi dia buat modal perbesaq dapur dan tambah spoiler tinggi kat kereta buat gantung tuala!

Halo? Itu harta si mati yang perlu dikembalikan pada keluarga si mati, ya.
Bukan untuk kau berjoli sakan.
Duit dan harta itulah untuk kau bela anak-anak dan balu si mati.
Belanja dapurnya, belanja anak-anaknya, selesaikan hutang-hutangnya. Semua duit tu tau.
Yang kau, beria-ia menuntut faraid nak buat pelepas tekak masing-masing.
Bila masuk bab tanggungjawab, meruyup.
Hutang si mati pun dia main pass balik kat balu untuk settlekan.

Nasib baiklah sebelum pembahagian faraid dibuat, ada perkara lain yang mesti didahulukan.

1. Hutang dengan Allah [haji, fidyah puasa, nazar]
2. Hutang dengan manusia
3. Faraid

Faraid letaknya di tempat ketiga, ya anak-anak.
Bukan yang pertama.
Malangnya ramai yang excited menguruskan faraid dulu, barulah yang lain-lain.
Tu pun kalau teringat.
Selalunya lepas dapat duit, hutang-hutang si mati dia buat bodo je.

Ada yang lepas dapat faraid, lansung tak teringat nak tunaikan haji bagi pihak si mati.
Ini hutang si mati dengan Allah. Patut settlekan.
Dah habis hutang dengan Allah, settlekan hutang dengan manusia pulak.
Ada belen, baru ke faraid.
Kalau faraid didahulukan sebelum hutang-hutang, maka faraid itu TIDAK SAH.
Waris yang tak melunaskan hutang si mati (1 dan 2), adalah berdosa, dan si mati tak lepas hutang di Padang Mahsyar.
Beria kau melalak tepi jenazah hari tu.
Helok je dapat faraid, kau pun transform jadi halimuman. Apo?

Tu satu.
Ada satu lagi bagi statement bodoh, “Patutnya isteri kena bersabar. Mak bapak (mertua) lebih berhak atas harta anak. Lagipun isteri baru hidup berapa tahun je dengan suami. Mak bapak lagi lama hidup dengan anak”.

Lah? Memang kena kira berapa tahun hidup bersama baru valid nak tuntut apa-apa ke?
Kalau dah namanya isteri, isteri lah.
Since when kena kira hari dulu baru valid dapat harta ke tak?

Kadang-kadang yang nampak macam bijak-bijak menulis komen ni, bukannya faham nau hukum.
Tapi jangankan tidak nak juga menampakkan bodoh masing-masing.
Esok kalau kena kat batang hidung sendiri, baru terpisat-pisat.
Yang aku pelik tu kan, selalunya yang menyibuk beria-ia ni, bukannya waris, tapi ADIK-BERADIK si mati.
Dia yang beria nak tuntut itu ini.
Rupanya selama ni, kakak ipar tu dianggap orang luar.
Dah mati lakinya barulah true colors adik-beradik keluar.
Kalau abang kau hidup balik, mampus dicekiknya korang semua sebab aniaya anak bini dia.

Tapi tu lah, walaupun berbuih educate bab faraid pada masyarakat, bukan semua nak faham.
Dorang dengar, tapi nak melaksana tu jangan haraplah. Berat.
Bab harta, bab duit, sealim-alim manusia pun boleh bergoyang.
Silap-silap, serban dengan jubah pun terbang.

Pernah berlaku pada kawan aku.
Suami mati, sekecil-kecil harta suami pun keluarga tuntut.
Pen harga RM900 pun dia tuntut!
Selagi boleh korek habis dikoreknya padahal si anak mati meninggalkan cucu.
Takde ke kau rasa kesian kat cucu?
Nasib baik mak bapak sendiri masih bekerja, dapatlah menumpang rumah mak bapak sambil-sambil bangkit bina hidup baru.
Mujur juga kawan aku ni bekerja, kalau tak?

Kadang-kadang suami kita baik, tapi keluarganya belum tentu lagi.
Bab-bab harta ni jangan main-main, sekejapan je manusia berubah.
Yang dulu nampak baik, rupanya tak.
Yang benaunya dulu tu bukannya dia suka sangat kat kau, tapi sebab abang dah jadikan isteri.
Terpaksalah buat baik.
Maka, sementara suami masih ada simpanlah duit nafkah tu sikit.
Bodek-bodeklah suami belikan rantai and gelang sesekali (sesekali je, jangan selalu!).
Ini sebagai investment.

Kalau suami ada duit lebih, mintak belikan kereta murah-murah letak nama kita.
Esok-esok itulah yang jadi 'kaki' kalau dia takde.
Nak harap ipar-duai, belum tentu.
Orang nak bersimpati pun takat 1-2 minggu je.
Lepas tu masing-masing balik pada rutin asal.
Yang nak kena hadap segala benda, kita juga.
Yang tak reti bawak kereta, sekarang minta suami hantarkan belajar memandu.
Benda-benda ni semua penting, kena equip siap-siap.
Bukan harap suami mati awal tetapi itu semua preparation.
Nak-nak lagi yang tak bekerja.
Dibuatnya keluarga mertua buat U-turn tak mengaku kita menantu lepas anak dia mati, camne?
Tercangak-bangak kau kat situ.

Jangan harap orang akan kesian dan simpati kat kita 24 jam.
Lumrah manusia, masa tengah senang ramai mengaku sedara.
Yang tak pernah datang rumah pun sibuk nak 'menziarah' time-time senang ni.
Cuba esok tengah susah, macam hape je dia buat kau.

Harta and duit ada 'kuasa' untuk mengubah karakter seseorang sekelip mata.
Nak tengok karakater yang alim-alim pendiam berubah jadi agresif, masa nilah.
Masa nilah nak tengok ramai rupanya yang 'concern' dengan arwah suami kau.
Time ni masing-masing nak bercerita penat lelah dia besarkan anak, membesar bersama-samalah, banyak keluar duit belanjalah - maka dia berhak merasa harta si mati.
Masa laki kau terlantar sakit, muka-muka yang nak rebut harta ni tak nampak bayang pun.
Takde pun kata nak hulur bantuan ke, sumbangan ke, belikan ubat ke, belikan barang-barang dapur ke, takde!

Paling selalu dengar, "Dia ada bini. Biar bini dia jaga. Apa guna ada bini kalau tak boleh jaga suami?"

Ha'ah memang ya.
Bini-bini ni memang tugasnya jaga orang sakit.
Adik-beradik cuma tolong tanya khabar je tu pun kalau teringat.
Bila suami dah takde, tugas bini agih-agihkan harta suami pulak kat keluarga masing-masing, kan?

Ladies, let's face realiti.
Berapa kerat keluarga mertua nak pikul tanggungjawab ambil alih tugas menjaga keluarga si mati?
Padahal itulah sebab kenapa harta si suami layak dapat kat keluarga dia.
Kerana bila suami meninggal, tanggungjawab menjaga anak si mati terletak pada bahu keluarga suami - datuk/pak sedara.
Itulah fungsinya kenapa dorang layak tuntut faraid.
Malangnya ramai yang lepas dapat duit/harta terus meruyup tak nampak muka.

Kalaulah keluarga si mati celik agama, nescaya tak ada kes balu-balu teraniaya dalam dunia ni.
Macam kawan aku tu, jangankan kata bapak mertua, adik-beradik lelaki arwah suami ada tiga orang.
Sorang pun tak nampak muka sampai sekarang.
Nampak muka time nak bincang pasal harta dulu.
Sekarang ni takaful pun boleh dibahagi-bahagi ikut faraid tau.
Baik-baik, ya. Sementara hidup lagi ni, pegi arrange apa-apa yang patut.

Aku kan kalau ingat-ingat balik cerita kawan aku, boleh terkeluar susuk aku ni karang.
Bayangkan bapak mertua kejap-kejap call tanya pasal KWSP, bukannya call nak tanya khabar menantu ngan cucu.
Si bapak mertua ni mintak kawan aku bagi bahagian kawan aku pada adik-beradik arwah suami.
Alasan, nak bagi adik-adik rasa duit arwah katanya.

Lah? Takde kaitan lansung!
Aku cakap kat kawan aku, "Kau suruh bapak mertua kau bagi faraid bahagian dia pada anak-anak yang lain. Tu pun harta arwah what?"
Tapi tu lah, kawan aku ni tak mewarisi darah pejuang aku.
Dia boleh bagi sikit duit tu kat mertua dia. Kau rasa???
Agaknya sebab tu la wanita-wanita yang baik-baik ni selalu kena kuntau dek keluarga mertua.
Sebab kau lembik nau. Ikuttttt je membabi-buta apa orang tu mintak.

Macam kawan aku la.
Dengan harapan bila dia bertolak-ansur, bolehlah menumpang kasih.
Tahiklah kasih. Takdenya!
Lepas dapat duit, meruyup.
Hari raya pun takde kirim duit raya kat cucu.
Tengoklah esok kot cucu tu esok jadi CEO ke, Menteri ke, puak-puak ni lah terpaling mengaku sedara.

The issue here is bukan duit semata-mata. Tapi perangai.
Kalau dapat duit at the same time kau ambil tanggungjawab takpe. Ni tak.
Serta-merta perangai bertukar jadi pelesit.
Kawan aku cakap, bab hutang-hutang suami, bila ada yang bertanya, keluarga mertua mintak jumpa dia (kawan aku) untuk settlekan.
Aku gelak je dengar.
Bab settlekan hutang, sorang tak nak mengaku keluarga.
Bila bab faraid, kemain lagi masing-masing mencanang penat lelah membesarkan anak.
Ni pakkal aku takde di tempat kejadian.
Kalau tak, mau rebeh bulu sorang-sorang aku tarbiyahkan.

Benda ni kalau kita cakap, orang kata perempuan gila harta.
Tapi biarlah, yang diminta tu pun harta suami, harta sepencarian.
Kalau mak bapak mertua takde anak lain, that's another story.
Ini anak bukan main ramai tapi harta anak yang mati ni jugak nak dikeruk sampai licin.
Habis anak lain yang ramai-ramai tu apa kerjanya? Pintal bulu kote?

Apa-apa jadi esok, orang cuma bersimpati dan bagi takziah 2-3 minggu je, lepas tu semua dah balik ke kehidupan asal.
Mereka ada life masing-masing.
Yang kita ni kena teruskan hidup.
Kalau satu sen duit takde kat tangan, harta pun takde, kau rasa ada yang nak hulur bantuan? Mimpilah!

Isteri-isteri yang berkerja, make sure simpan duit.
ASB simpan. Tabung Haji simpan (yang ni simpan takat cukup modal nak pi haji dah la).
Kalau ada duit lebih pi campak RM1000 kat fixed deposit.
Kereta busuk-busuk pun biar nama kita.
Rumah kalau dah habis bayar, hibahkan siap-siap.
Buatlah hibah RM350K. Cuma RM100+ je sebulan.
RM350K tu boleh lega banyak benda sementara nak tunggu semangat dan emosi pulih.

Again, perlu tahu, bila mati suami :

1. Settlekan hutang suami dulu (hutang dengan Alkah & manusia)
2. Tuntut harta sepencarian
3. Last baru faraid
4. Dan adik-beradik tidak ada hak ke atas harta si mati melainkan si mati tiada anak lelaki atau hanya ada anak perempuan.

2024-01-05

Ini bukan sekadar miskin harta, tapi miskin mindset



Ini bukan sekadar miskin harta, tapi miskin mindset.
Ibubapa yang miskin cara berfikir, akan mengheret anak-anaknya menjadi miskin juga.
Kesian anak yang dapat mak bapak macam ni.
Nak ditegur karang, kecik hati.
Nak dimarah, jatuh derhaka.
Maka anak memendam rasa.
One day bila anak dah hilang rasa hormat, masa tu orang keliling yang tak tahu hujung pangkal ni pulak menuduh anak tak kenang jasa.

Entahlah, aku kadang nak bercakap hal ni serba-salah.
Kalau hukum Allah tu takde, memang aku tabur je orang tua yang menyusahkan anak-anak gini.
Tapi aku yakin Allah tu adil.
Cara Allah menilai tak sama dengan manusia menilai.
Mana mungkin buta-buta mak bapak boleh buat sesuka hati pada anak-anak hanya kerana dia adalah mak bapak.
Mesti ada had kepada perbuatan mak bapak.
Dan pasti ada balasan pada mak bapak yang tak amanah dengan tanggungjawab ni.

Memang wujud mak bapak yang seronok anak-anak dapat sambung belajar.
Bukan apa, dia aimkan duit loan/biasiswa si anak untuk tanggung hidup dorang sekeluarga.
Patutnya seronok bila kos pelajaran anak ditanggung, walaupun pinjaman.
At least terlepas dari beban membiaya pakai duit sendiri.
Ini tak. Dia pulak nompang sekaki duit pinjaman pelajaran tu.

Anak tu nak belajar.
Mujurlah anak nak belajar.
Bagi dia peluang untuk ubah hidup.
Biar miskin tu habis kat kau saja.
Jangan diwariskan kemiskinan pada anak dengan mindset miskin kau tu.
Ada mak bapak call pejabat am minta sampaikan pesan suruh anak call balik.
Ingatkan emergency, rupanya nak tanya si anak duit bulan tu bila nak masukkan.
Anak tu baru 18 tahun.
Belum masanya ambil tanggungjawab menanggung keluarga.
Biarlah dia belajar dulu.
Jangan dikacau emosi dan pikiran dia dengan perangai miskin kau tu.

Perangai, ya. Perangai!
Mindset miskin ni jauh lebih teruk dari miskin harta.
Bak kata Prof UiTM tu "Aku memang tak boleh hidup dengan B40".
Kasar bunyinya. Tapi hakikatnya itulah.
Bukan miskin harta yang dimaksudkan, tapi MINDSET.
Mindset miskin ni can influence the way anak-anak diasuh.
Cara berpikir seseorang akan membentuk pandangan hidupnya dan menentukan cara berfikir generasi ssterusnya.



Bak kata video Dr MAZA atas ni.
Kebanyakkan yang miskin tu, PEMALAS!
Orang malas ada mindset yang sama - sambil lewa, ambil mudah semua perkara, harap dibantu, dan suka cari salah orang lain.
Sikit-sikit tanya apa yang orang boleh bagi dia.
Sikit-sikit harap bantuan.
Salahkan orang bila hidup dia miskin.
Salahkan orang sini tak bantu.
Salahkan orang sana tak bantu. Mentaliti subsidi.
Dah dibantu pun tak jalan.
Nak buat macamana, dasar pemalas.

Dulu pernah viral video seorang kakak yang cerita dia dicerai, masa tu anaknya 8 orang kecik-kecik lagi.
Apa aje kerja yang dia tak buat.
Sebelum Subuh dah keluar menoreh.
Lepas anak-anak ke sekolah, dia berendam 2 jam dalam parit pula mencari kangkung.
Lepas cari mengkuang untuk dijual.
Punyalah nak anak terus bersekolah, tebalkan muka pinjam moto orang nak hantar anak ke sekolah.
Akhirnya sekarang jadi usahawan berjaya ada ladang sendiri.
Pendapatan bersih RM50K sebulan.
Ini namanya miskin, tapi rajin.
Orang miskin belum tentu malas, tapi orang malas selalunya memang miskin.

Orang yang ada mindset miskin cenderung pandang kehidupan dengan keterbatasan dan ketidakmampuan.
Dia hanya nampak kekurangan.
Negative manjang.
Sebab dia lebih fokus pada kekurangan daripada peluang.
Yang ini kau boleh nampak dari cara dia didik anak-anak.
Contohnya, macam Dr MAZA kata si bapak cakap "Sekolah sampai habis pun bukan boleh jadi apa".
Kalau aku kat situ, aku jawab "Kurang-kurangnya anak tak jadi bodoh macam kau!"

Ada ke berhentikan anak sekolah sebab belajar tinggi pun bukan boleh jadi apa? Mindset apa ni?
Tu pasal aku cakap mindset miskin ni suka salahkan orang lain je kerjanya.
Dia taknak mengaku dia berhentikan anak sekolah sebab tak mampu bayar yuran.
Karang kalau mengaku orang tanya dia pulak "Apesal tak kerja?". Kantoilah diri tu pemalas.
Sebaliknya dia salahkan sekolah.
Sekolah sampai habis pun tak jadi apa katanya.
Hah eloklah. Maka turunkan kemiskinan tu pada anak pulak.

Sebab itu aku pernah tulis sebelum ni, jangan pertikaikan kenapa MRSM dan SBP ada kuota T20.
Kau jangan persoalkan kuota yang 10% tu.
Tumpukan saja pada kuota 60%. Rebut yang 60% ni.
Yang 10% tu kau kisahkan nak buat apa?
10% tu perlu ada dalam environment sekolah, supaya anak-anak ni bercampur-gaul.
Biar terbuka sikit minda anak-anak, especially anak yang membesar dengan mindset miskin mak bapak.
Biar dia nampak dunia ni tak berkisarkan tentang orang kampung dia saja.
Bila bercampur dengan orang luar, mindset dia pasti berubah.
Cara dia memandang kehidupan akan jadi lebih baik.
Anak-anak Megah Holdings pun dapat belajar banyak benda tentang kehidupan bila bercampur dengan anak-anak yang kurang berkemampuan.
Biar dorang bercampur dalam tu.

Aku pernah cerita kan, kisah salah sorang budak intern aku dulu.
Tak tahulah macamana dia handle hidup dia.
Masuk-masuk je intern kat opis aku, dah minta cuti.
Setiap minggu minta cuti.
Aku cakap "Awak tahu tak awak ni sedang belajar. Latihan Industri (LI) adalah sebahagian dari subjek yang kena lulus. Maknanya ini adalah kelas, bukannya kerja. Awak sijil pun takde lagi, nak kerja apanya. Tak boleh ponteng".

Esoknya dia jumpa aku cakap nak berhenti internship.
Aku tanya apesal nak berhenti?
Dia kata dia kena tolong mak.
Mak minta tolong ambil adik balik sekolah.
Mak minta tolong angkat barang untuk meniaga.
Mak minta tolong jaga adik-adik sebab abang ada interview kerja.
Aku tanya selama ni awak di kolej, siapa handle semua tu?
Siapa ambil adik? Siapa tolong mak meniaga? Siapa jaga rumah?
Dia cakap kadang-kadang dia kena ponteng balik rumah.

Can you imagine, dia sedang belajar di kolej, tapi mak minta balik untuk ambil adik dari sekolah?
Aku terpaksa allow budak ni habiskan internship dia FROM HOME.
Sebab aku taknak dia berhenti.
Kalau dia berhenti which is masa tu lagi sebulan nak habis, maknanya dia takkan grad tahun tu.
Dengan mindset maknya, aku tak jamin dia ada duit sambung biaya yuran next semester.
Silap-silap budak ni dia suruh cari kerja je.

Orang yang mindset miskin, dia punya pola pemikiran pelik sikit.
Padahal dia bukan orang senang. Orang susah.
Tapi dia tak mahu bersusah sikit sekarang untuk kesenangan hidup kemudian.
Takut risiko. Takut penat. Takut gagal.
Takut tak berhasil. Takut nak berubah. Takut direject.
Takut pegang tanggungjawab. Takut tak cukup bagus.
Ujung-ujung dia takut orang lain lebih dari dia.
Lepas tu bitter dengan semua orang.

Kesian aku baca luahan hati (screenshot tadi).
Patutnya dah habis belajar, dah kerja, dah boleh start buat harta.
Tapi akhirnya menanggung keluarga dan membayar balik hutang-hutang orang.
Semoga pengorbanan awak dibalas dengan dapat suami yang hensem, kaya, baik, bertanggungjawab dan sayangkan awak sorang sampai mati.


2024-01-04

Stay single sampai mati


Sejak Jumaat lepas aku menulis blog tau, tapi aku tepek kat IGS saja, lupa nak transfer ke blog.
Patutlah orang tanya apesal tak update blog.
Aku pelik juga, bukan hari-hari update ke?
Rupanya update kat IGS.
Nantilah free-free aku transfer ke blog post-post lama.

Ini ada orang share kat aku, selepas aku up post pasal lelaki yang tak faham tanggungjawab dia selepas berkahwin.
Yang dapat baca post aku di IGS maybe boleh relate post ni dengan post yang lepas.
Yang hanya baca di blog, kausabajap.
Nanti aku masukkan post lama.

Berbalik pada screenshot tadi, inilah punca kenapa aku cakap di sekolah kena ajar topik nikah-kahwin ni dengan lebih detail.
Masa aku sekolah dulu, Form 5 ada tajuk ni tapi ustazah tak detail sangat.
Seingat aku, dia explain surface-surface je.
Maybe ustazah anggap takde keperluan nak explain in detail.
Tajuk lain lebih banyak keluar dalam exam.

Pada aku, topik nikah kahwin kena explain sampai ke akar umbi.
Masa dak-dak ni tengah gatal merenyam bercouple dengan kawan sekelas, elok diajar topik ni.
Biar dorang tahu, kawen tu bukan setakat I love U, U love me.
Tu pasal dak-dak sekarang merenyam nak kawen lepas SPM.
Nak elakkan maksiat katanya.
Kalau kau bersedia mental fizikal financial, lain cerita.
Ni tak. Lepas kawen, taunya beromen, beranak. Beromen, beranak. Tak sudah-sudah.
Anak tu rezeki katanya.
Masalahnya, anak kau bersepah-sepah berselipat!
Buat anak nombor satu. Lain pada tu, terlopong, lopong.
Pastu jadiklah macam lelaki yang komen kat screenshot tadi.
Bila ustaz kata tanggungjawab suami WAJIB sediakan tempat tinggal, basic necessities di rumah, makan pakai, dan perubatan, dia kata "Baik stay single kalau macam tu".

Aku rasa ramai lelaki masih tak tahu kahwin tu datang dengan tanggungjawab.
Tapi kemain bangga melaung-laungkan ayat "syurga isteri di tapak kaki suami".
Tang mana syurganya kalau tanggungjawab pun bengap?
Allah bagi darjat tinggi kat suami ada sebabnya, ya.
Sebabnya adalah, tanggungjawab suami tu berat.
Nak menjaga anak orang, nak menjaga anak-anak sendiri, nak mencukupkan segala nafkah.
Bukan kerja main-main ni.
Sebab itu darjat suami sangat tinggi.
Tapi kalau jadi suami pun bengap, keperluan rumah tangga paksa isteri share, nafkah anak pun minta isteri settelkan, duit minyak kau nak pegi kerja pun minta isteri topup, toksah nak mengaku-ngaku syurga isteri ada pada kaulah. Jauh, ya. Jauhhhhhh.

That day aku tulis post pasal lelaki yang mengeluh isterinya ada kerja tapi taknak lansung contribute pada expenses rumah.
Barang dan keperluan anak semuanya dia (si suami) kena sediakan.
Maybe si suami ni tengok isteri kawan-kawannya share duit gaji, jadi dia beranggapan semua isteri buat benda yang sama.
Atau dia berharap isterinya share gaji juga.

Bang, berangan tak salah.
Tapi jangan keliru mana satu ihsan, mana satu kewajipan.
Tak dinafikan RAMAI isteri-isteri yang bekerja, berkongsi duit gaji.
Tetapi itu adalah IHSAN.
Bukan kerana kau bagi izin dia berkerja maka sebagai balasannya, kena share gaji. Bukan, ya.
Dia share gaji sebab dia mahu share. Bukan dia mesti share.

Kadang-kadang ada suami yang siap bahagi-bahagikan tanggungjawab.
Awak bayar bil, saya bayar rumah.
Awak bayar groceries, saya bayar duit pasar.
Awak bayar duit taska, saya bayar duit transport anak.

Suami-suami pesen nilah nanti merasa dia mampu kawen dua.
Duit gaji berlebih gitewww.
Maunya tak berlebih kalau kau haruk bini bayar itu ini yang sepatutnya jadi tanggungjawab kau?
Tu pasal kebanyakan kes cerai, bekas suami culas bayar nafkah.
Anak 3 orang nafkah RM300 je mampu bagi. Why?
Sebab masa kawen dulu dah terbiasa bini share expenses!
Dah bercerai baru rasa terbeban semua benda nak ditanggung. Padan muka.

Seronok sangat dibantu sampai terlupa itu bukan tanggungjawab isteri.
Kalaupun isteri bantu, jangan berharap bantuan tu berterusan.
Ini tak. Bulan lepas isteri bayarkan bil letrik, bulan ni tanya bini "Bil letrik bulan ni awak dah bayar?".
Eh, macam bini tu berhutang dengan kau pulak.

Kebanyakan isteri kongsi expenses kerana mahukan life yang lebih selesa.
Contoh, isteri nak makan lauk sedap-sedap.
Jadi isteri keluar duit beli barang basah yang dia nak.
Tapi tak bermakna tanggungjawab beli barang basah tu terletak kat bahu isteri sampai bila-bila.

Dalam keluarga aku, barang basah dan kering adalah duit En Wan.
Dia beli yang perlu dan basic.
Contohnya gula, garam, beras, teh, air kotak favourite Rayyan and Redza, mee, dan segala tok nenek yang basic.
Barang basah setiap 2 minggu memang tak lari -- tenggiri seekor, ikan merah seekor, udang 2 kg, sotong 2 kg, ayam 3 ekor, paru sekilo, sayur-sayur dan maybe ikan lagi 2-3 jenis.
Tapi kalau minggu tu aku teringin nak makan telur ikan tenggiri, atau ketam, atau kerang -- ini aku top up.
Kalau minggu tu berasa malasnya nak siang basuh-basuh ikan, aku order je online. Senang kerja aku.
Selalunya yang ni mahal sikit.
Jadi minggu tu barang basah is on me, tak claim dengan En Wan.

Teh selalunya En Wan beli brand A.
Kalau tekak aku berasa nak brand B yang lebih mahal, maka ini aku top up.
Beras pun sama. En Wan beli brand X.
Tapi kalau aku tetiba nak brand Y yang RM45/5kg, yang ini aku topup sebab dia takkan layan tekak mengada-ngada ni.

Nak cheese? Nak coklat? Ais krim? Frozen lamb? Gyoza? Drummet?
Ini keinginan tekak, bukan keperluan.
En Wan takkan beli benda-benda ni.
Kalau aku nak, aku kirim dia belikan.
Selalunya En Wan bayar dulu, kendian aku transfer jumlah yang kena top up.
Ini bukan soal berkira, tapi to me this is timbang-rasa.
Aku yang nak makan sedap dari kebiasaan, takkan orang lain kena bayar?
Abis duit aku buat apa? Peram bawak masuk kubur?

Lelaki yang dissapointed isterinya tak nak share expenses, again you must understand, itu bukan tanggungjawab isteri kau.
Isteri orang lain nak share gaji, itu pilihan dorang.
Tak boleh bandingkan isteri kau dengan isteri si anu yang bantu suaminya.
No, salah.
Maybe, kau boleh buat gini -- beli barang yang basic dan seadanya ikut kemampuan.
Nanti kalau isteri nak yang lain, dia dengan sendirinya share duit dia.

Tapi ada juga isteri yang perangai.
Bila ustaz kata "Suami tanggung makan-pakai", dia perah cukup-cukup Hamba Allah tu punya duit.
Demand nak beli groceries kat Village Grocer.
Beli yang organik saja pulak tu.
Orang beli yang organik, dia pun nak organik.
Tapi main hembus tak tengok poket suami.
Tak nak topup pulak tu. Macamana tak bengkok laki kau?

Peralatan shower, En Wan belikan brand C yang tak mahal dan tak murah.
Just nice untuk kegunaan sekeluarga.
Tapi aku suka bilik air extra wangi, jadi aku beli shower gel and shampoo brand D untuk sendiri guna.
Ubat gigi En Wan belikan brand E.
Aku mengada nak pakai brand G.
Jadi, beli pakai duit sendiri.

Makan minum pun gitu.
Disebabkan En Wan tak pernah gagal membelikan barang-barang pasar, maka aku juga tidak boleh gagal memasak.
Malangnya dulu aku tak berapa nak rajin.
Selalu ajak makan luar atau order Grab.
Maka duit makan luar dan Grab ni akulah yang kena bayor.

Pada pandangan aku, nafkah 100% atas suami sebab tugas mencari nafkah pun suami.
Tapi aku as isteri pun tidaklah mampu jadi seperti Fatimah yang buat roti from scratch.
Relaikan gandum sendiri, uli sendiri, bakor sendiri.
Aku tak mampu buat macam ni.
Atas sebab itu, aku pilih untuk share expenses.

Kepada isteri-isteri yang lain, kau tak contribute tak apa, asalkan jangan demand tak masuk akal.
Yang suami, kau jangan pulak mengadu merata "Bini aku tu teruklah. Belanja rumah semua aku tanggung".
Jangan tunjuk jahil tu kat orang, bang. Simpan sikit.