2018-10-31

Vaksin




Silakan baca dulu status FB di atas sebelum baca blogpost aku.
Yang status atas ni lalu kat newsfeed, orang share.

Ok, aku punya blogpost taknak kutuk anti-vaksin parents dalam screenshot tu.
Cuma aku berharap takde dalam ahli keluarga aku berfikiran macam ni.

Aku bukan tak baca isu-isu vaksin-antivaksin ni semua.
Anything yang berkaitan dengan sains, aku memang always teruja nak baca.
Tapi tu lah, ujung-ujung aku rasa aku jadi bangang pulak bila ramai yang menolak sains dan lebih percayakan mitos.

Kalau baca bahagian komen, memang banyak mitos yang membuatkan antivaks percaya ketidakperluan menvaksin anak, seperti mitos vaksin menyebabkan autisme, autoimun disease (macam eczema), kencing manis, baby mati secara tiba-tiba.
Kebetulan-kebetulan macam ni lah yang membuatkan antivaks salahkan vaksin.

Yang aku pelik tu bila kita kata anak dorang jadi autisme mungkin kebetulan saja dan takde kaitan dengan vaksin, oh mati-mati taknak terima.
Katanya itu bukan kebetulan, tapi sah berpunca dari vaksin!
Tapi bila anak dorang turn out to be healthier than those vaccinated kids, bila kita cakap itu hanya kebetulan, kemain marah lagi.
Dengan bangga bagitau anak dorang bijak and sihat sebab kecik-kecik dulu tak vaksin, bukan sebab kebetulan.

Oh, macam tu eh?

Ye lah.
Untuk sesetengah antivaks parents, mana cukup setakat menggambarkan anak-anak dorang sihat dan bahagia kan.
Of course kena gambarkan yang anak dorang LEBIH SIHAT, LEBIH BAHAGIA dan LEBIH BIJAK than all the other kids in their class.

Biasalah tu.
Basically, we human beings tend to be more likely to accept perkara-perkara yang fit dengan apa yang kita nak dengar, yang kita tak nak dengar walaupun ianya terbukti secara saintifik, akan tolak mentah-mentah dengan cara memberi macam-macam alasan berbentuk mitos.

Dalam kes-kes antivaks, kebanyakkan alasan yang selalu kita nampak adalah berbentuk comparison.
Kalau dalam family tu ada "mixed" (ada anak yang vaccinated and ada anak yang tak vaccinated), the stories are all the same.

"Anak saya yang pertama tu vaksin. Tapi lambat berjalan, lambat tumbuh gigi, kejap-kejap demam. Tapi adiknya saya tak vaksin, umur 6 bulan dah tumbuh gigi, dah pandai jalan, sampai umur 15 tahun tak pernah lansung sakit!"

Ceritanya dia compare anak yang vaccinated dengan tak vaccinated.
Balik-balik compare gitu je.
Takde bukti-bukti saintifik.

Aku rasa benda-benda macam ni menuntut level kefahaman yang tinggi.
Maybe itulah puncanya kenapa pendidikan kita sekarang paksa budak-budak lancar membaca seawal 6 tahun, pandai mengira seawal 7 tahun, umur 8 tahun dah hafal sifir sampai sifir 9, dah menjawab soklan bertaraf KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi).
Maybe torture yang anak-anak kita dapat sekarang berpunca kerana kita ni mak bapak yang payah nak diajar.
So kerajaan taknak anak-anak kita mewarisi 'kebodohan' yang sama jadi dia terapkan KBAT dari awal supaya anak-anak mampu berfikir di luar kotak.

Parents antivaks beranggapan kalau dah ambik vaksin, anak-anak akan sihat tak akan pernah sakit sampai bila-bila.
Macam orang yang ambik GC Plus lah.
Berharap bila makan sebotol, turun 10kg terus.
Kalau boleh makan hari ni, esok dah kurus, dah sampai bila-bila tak gemuk dah.
Antivaks punya anggapan pun macam tu gak.
Kalau dah vaksin mesti kena sihat sampai bila-bila ceritanya.

Ok aku guna contoh virus campak.

Ada yang question "Kat mana lojiknya nak prevent campak tapi guna virus campak?"

Ok cerita dia camni.

Memang vakcin tu adalah virus campak tu sendiri.
Tapi it is a live version of virus campak yang dah dilemahkan.
Virus tu sengaja dilemahkan untuk trigger antibodi dalam badan.
Sebab tu lah walaupun virus tu dicucuk dalam badan, badan tak kena campak kerana yang masuk tu virus yang lemah.
Fungsi kita cucuk dulu virus tu dalam badan untuk trigger penghasilan antibodi siap-siap supaya bila real virus campak masuk, antibodi dah get ready nak attack.

"Anak saya dah kena cucuk campak masih lagi kena campak"

Basically, anak-anak yang vaccinated against campak masih boleh terkena campak, but very unlikely, sebab badan dah ada antibody.
Tapi kalau ianya terjadi, boleh jadi badan tak hasilkan cukup antibodi, atau antibodi yang dihasilkan tak cukup spesifik untuk bunuh virus.
Yang ni tak boleh salahkan vaksin sebab bukan semua orang terkena campak lagi selepas divaksin, hanya certain people je.
Kalau semua yang divaksin terkena campak, ok yang tu boleh salahkan vaksin.
Masalahnya out of 1000 yang dah divaksin, maybe 1 je kena campak.
Ini ada kaitan dengan badan orang tu sendiri.

Sama macam weight loss.
Ada orang makan sebotol GC Plus boleh turun 2-3kg.
Ada yang tak turun lansung.
Bila check-check rupanya ada PCOS, rupanya ambik birth control, rupanya ada thyroid.
Vaksin pun macam tu.

Kita ambik vaksin untuk prevent campak jadi lebih teruk.
Ko ingat campak yang kita dapat sekarang ni takat gitu-gitu je ke?
Itu mujur dah ada vaksin tau.
Kalau tak, they will suffer more.
Boleh jadi kita akan dapat demam campak yang associated dengan encephalitis yang boleh menyebabkan kematian.
Jadi fungsi vaksin bukan setakat prevent the penyakit tapi prevent dari penyakit tu merebak jauh lebih buruk.

Takpe, aku up satu lagi contoh.

Katakanlah kita berada dalam kelompok 1000 orang.

90% dari 1000 orang ni dah divaksin (900 orang).

Dalam ramai-ramai tu ada sorang yang terkena campak, bergerak dalam kelompok dan menyebarkan virus campak.

Dari 100 orang yang tak divaksin tadi, kira-kira 90% dapat jangkitan (90 orang).

Kemudian, dari 900 orang yang divaksin, around 3-7% dijangkiti.

"Apesal dalam 900 orang yang dah divaksin ni masih boleh dijangkiti padahal dah vaksin?" 

Sebab, dorang tak dapat imuniti sepenuhnya kerana dalam kelompok tu ada ada 90 orang dah dijangkiti.

Boleh jadi 10 orang yang tak divaksin tu duduk dalam kelompok yang dah divaksin, that's why dorang terselamat.
Dan boleh jadi juga 3-7% yang dijangkiti (walau dah divaksin) duduk berdekatan kelompok yang 90 tu tadi.

Jadi fungsi vaksin kat sini bukanlah menyebabkan kita 100% bebas dari kena jangkitan.
Ia cuma mengurangkan potensi untuk korang terkena jangkitan.

Bayangkan kalau semua 1000 orang tadi tak divaksin, dah konfem semua kena jangkitan.
Tapi disebabkan 900 orang dah divaksin, hanya 63 orang (7%) mendapat jangkitan.
Yang 63 orang ni terkena jangkitan boleh jadi kerana antibodi yang badan hasilkan tak cukup kuat untuk melawan virus.
Just imagine bila kau terperangkap dalam ruang yang ada ramai orang kena demam campak.
Dah tentu antibodi badan struggle nak lawan balik.

Itu kalau 900 orang dari 1000 orang divaksin.

Kalaulah yang divaksin adalah 999 orang, 1 orang je tak divaksin.
Dah tentu peluang untuk terkena demam campak semakin rendah.

So boleh imagine tak kalau separuh penduduk dalam Malaysia tak divaksin.
Chances are at least 7% yang dah divaksin akan kena demam campak sebab virus merebak dengan banyak.
Our antibody takkan cukup kuat untuk bertahan melawan virus yang banyak.

What if one day 3/4 rakyat Malaysia tak divaksin?
Apa jadi dengan yang dah divaksin?
Rasa-rasa boleh bertahan tak bila jangkitan merebak?

Dia punya analogi macam campak kau tengah laut dengan segala kelengkapan berenang.
Tapi kalau ombak ganas, ditambah dengan ribut, hujan and keadaan yang gelap, potensi untuk kau drown adalah tinggi walaupun equipment kau canggih.
Sebab apa?
Sebab halangan kau sangat banyak.

So please tolonglah faham konsep vaksin.
Bukan bermakna kau takkan kena campak lansung.
Tapi untuk kita sama-sama kurangkan potensi terkena demam campak.
I tell you, demam campak yang real bukan macam yang kita nampak sekarang ni ya.
Setakat sapu-sapu lotion pink, minum air kepala bagai. Tak.
Campak yang real tanpa vaksin sangat teruk okeh.

"It takes a village to raise a child".

Selalu gak nampak quote ni dulu.
Masa tu terpikir gak apekejadah sekampung nak membela anak kau pulak?
Anak kau, kaulah bela.

Now dah faham dah maksudnya.
Salah satunya adalah vaksin ni lah.
Anak-anak kita jadi sihat bukan setakat kerana dijaga dengan baik oleh mak bapak tapi ada peranan masyarakat yang mesti dilibatkan bersama.


p/s : Thank you Prof Charlie @ Ghazali Ismail, who has taught me immunology. Worth learning rupanya.




Yang tanya bila boleh dapat diskaun kod untuk promosi Gloei, harap bersabar.
Kita akan email one shot bila promosi ni habis 2 Nov.
Ada yang tanya diskaun RM5 tu untuk setiap botol ke atau setiap pembelian?
Jawapannya : Setiap botol. Yang beli 3 botol akan dapat diskaun RM15 sekaligus.
Promosi tamat 2 Nov.
Klik atas tu kalau nak tanya apa-apa.

2018-10-30

Kalau takdir bermadu


Pasal SABAR.

Ada yang tanya aku "Kak, kalau akak ditakdirkan dimadukan atau suami akak nak kawen lain, akak buat apa?"

Yang pertama sekali kena faham, bila isteri willing suami kawen lain, itu kerana baginya, membenarkan suami kawen lagi adalah pilihan paling baik.

Jadi, untuk kita-kita yang sejenis tak berapa nak penyabar ni, kesabaran tu banyak bergantung pada situasi.

Ada isteri yang bergantung sepenuhnya pada suami dari segi financial.
Kalaulah dia ada pilihan lain, dah tentu dia takkan pilih untuk dimadukan.
Tapi memandangkan dia tak ada pilihan, jadi dia pilih untuk 'redha' dimadukan.

Ada juga isteri yang 'redha' suami kawen lain sebab mengenangkan anak-anak yang masih perlukan perhatian suami.
Kalaulah ada lelaki lain menunggu and willing nak jadi ayah kepada anak-anak tu, tentu isteri tak kisah untuk angkat kaki.

Ada juga isteri yang 'redha' kerana faktor kesihatan diri sendiri.
Kerana kesiankan suami, dia redha suami kawen lagi satu.

Ada juga isteri yang 'redha' dimadukan kerana faktor cinta.
Baginya, biarlah berkongsi asal jangan hilang terus.

Hakikatnya, tak ada isteri yang buta-buta redha bila suami kawen lain.
Yang ada cumalah 'terpaksa' redha kerana itulah pilihan yang terbaik buat masa tu.
Walaupun pilihan tu sangat menyakitkan, tapi itu adalah yang paling baik antara pilihan-pilihan lain, jadi dia terima.

Ada sorang reader blog ni yang pernah bagitau dia sendiri mintak laki dia kawen lain sebab tak tahan dengan perangai suami dia yang keras kepala.
Dia kata lagi bagus suami dia lepak rumah madu, kurang sikit dia sakit hati.
Aku tanya tak kisah ke madu dapat lebih waktu dari awak?
Dia cakap "saya sebenarnya lagi sakit hati kat suami dari sakit hati kat madu".

Nampak tak betapa situasi sangat mempengaruhi?

Jadi untuk soalan cepumas tu, jawapannya adalah bergantung pada pilihan yang ada.
Kalau masa tu, financial aku strong, ada pulak lelaki yang dah standby nak ambik aku jadi wife, lelaki tu pulak sayang aku lebih dari aku sayang dia, rasanya takde masalah [kahkahkah].
Tapi kalau dah namanya ada lelaki lain standby, takkan lah aku nak bermadu ye tak?
Ambik je la terus kalau nak sangat. I also have new one standby.

No, bukan aku sombong atau ambil kesempatan.
Tapi hakikatnya memang begitulah.
Kalau tak percaya tengok je contoh-contoh kes cerai-berai dalam masyarakat kita.
Selagi tak ada pengganti, selagi itulah dia sentiasa rasa sakit hati, merepek-repek merempan kat FB, sentiasa saling perli-memerli kat FB, pastu jadi stalker.
Elok je dah ada pengganti, terus bahagia jiwa.
Siap boleh berbaik-baik lagi selfie together-gether.

Itulah sebenarnya kita.
Ketika suami decide untuk kawen lain, respond kita sebenarnya banyak bergantung pada pilihan yang kita ada.
Sabar atau tak, banyak bergantung pada situasi semasa.
Mana-mana isteri yang tenang-tenang je bila suami kawen lain, yang ni aku salute.
Sebab aku tau tak ada perempuan yang nak berkongsi suami.
Jadi bila dia nampak tenang [cuba menenangkan diri agaknya], please hormat.
Jangan pulak kau yang lelebih gi provoke macam-macam soalan.

Lagi satu, please jangan ingat isteri yang sanggup minta cerai sedangkan suami masih sayangkan dia lagi, adalah isteri yang mementingkan diri sendiri.

No.

Dia bukan tak cinta, dia sangat cintakan suami dia.
Cuma dia ada pilihan yang lebih baik dari tu.
Bagi dia, kehidupan, kerjaya, dan kepentingan peribadi jauh lebih penting dari berkongsi suami.
Untuk itu dia pilih untuk berpisah.
Kerana bagi dia, dia lebih berani hidup sorang (tanpa suami) dari lihat suami dia hidup dengan perempuan lain, tido dengan perempuan lain, shopping dengan perempuan lain, etc.
Dia tak kuasa nak semakkan kepala dengan stress yang macam tu.
Lebih baik takde dari ada tetapi menyakitkan hati.

Nampak macam ego, kan?

Selalunya gitu lah.
Bila isteri minta cerai kerana tak boleh terima poligami, kena cop ego.
Sedangkan semua pun tahu, bila isteri allow suami kawen lain, bermakna isteri bukan saja kena bersedia kongsi suami, tapi juga berkongsi masa, berkongsi emosi, berkongsi cemburu.

Dah la ambik laki aku pastu aku kena kongsi banyak benda dengan kau pulak, wat the...??
Dah kasi kongsi laki pastu sibuk nak kongsi benda lain sama.
Aku merajuk, dia pun sibuk nak merajuk.
Aku jeles, dia pun sibuk nak jeles.
Hoh, tak kuasa!
Nak sangat laki aku? Hambik kau situ. Gi bela sampai tua.

Mana-mana wife yang not ready for psychological, child and social consequences, then you should choose a divorce lah.
Bukan menggalakkan penceraian, tapi kalau hidup berpoligami dalam keadaan psikologi tak stabil, bukan ke akhirnya memberi kesan juga pada diri dan anak-anak?

Apa kesannya pada diri sendiri kalau hari-hari kau berendam air mata dan merempan tak sudah?

Kalau kita sejenis yang boleh kontrol perasaan tak apa, ni karang dah la merosakkan jiwa sendiri pastu mempengaruhi sikap anak pulak.
Anak tu esok membesar jadi seorang pemarah dan pembenci.
Pastu bila anak kawen, dia lepaskan dendam and marah dengan sepak terajang maki hamun bini.
....and the cycle goes....

Bagi aku yang lemah iman ni, it is far better to end a marriage that is not healthy than to live in a downturn.
Tak guna kekalkan perkahwinan hanya kerana status sebab kesannya jauh lebih teruk nanti.

Entahlah, maybe hati aku keras kot.
Jiwa aku macam Roy.
"Hati kau keras, Roy!"
Hahahaha.

Ramai sebenarnya isteri yang terpaksa allow suami berpoligami walaupun dia tahu dia tak bersedia berdepan dengan macam-macam tekanan.
Antaranya macam aku cakap tadilah - faktor ekonomi.
Atau maybe faktor takut jadi bahan gosip orang.
Tu semua antara penyebab kenapa seorang perempuan sanggup bermadu walaupun keadaan tu sangat hurtful.

Oh, by the way, no such thing as payung emas, payung perak, payung tembaga.

Tak ada.

"Sesungguhnya barangsiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik" (Yusuf, 90).

Yang ada cuma pahala atas kebaikan kita je.
Maknanya kalau kita bertakwa (iaitu akur dengan hukum Allah yang membenarkan suami berpoligami), serta bersabar (dengan ujian serta cabaran hidup bermadu), maka dapat pahala.
Takde sebut pun dapat payung emas.

Kalau isteri terpaksa memilih untuk bermadu, apa yang aku boleh cakap is please increase your spiritual intelligence so you can accept reality more.
Dalam keadaan macam ni, jarang nasihat orang lut.
Jadi, banyakkanlah cari Allah.
Biar Allah yang jawab semua pertanyaan kita.
Inilah waktunya kita bercakap-cakap dengan Allah.
Dah bukan berdoa lagi dah, tapi bercakap.
Maksudnya, bangun malam, cari Dia. Cari Dia. Cakap. Luahkan.
Sumber kekuatan kita pada waktu ni adalah dari Dia.
Bukan apa, satu-satu cara untuk kita tak 'hancur' adalah dengan cara berdamai dengan takdir.

Aku tak nak menolak hukum.
Kalau ditakdirkan berpoligami, fine.
Let's be fair and considerate konsepnya.
You got what you want, I got what I want.
Jangan ingat kau sorang je boleh dapat apa yang kau nak.
Aku juga akan listkan apa benda yang aku nak.

Cuma aku nak cakap satu je.
Suami, tolong jangan cakap "Saya taknak kita bercerai sebab saya masih cintakan awak".

STOP!!!

Kau tau tak apa maksud cinta?

Cinta tu adalah bila pertama kali kau terpandang isteri kau waktu mula-mula kenal dulu.
Cinta tu adalah ketika kau nampak isteri kau dulu, hati kau terus tertutup untuk perempuan lain.
Siang malam kau hanya terkenang muka isteri kau je.
Even classmate kau nak bercakap dengan kau pun kau berdiri jauh-jauh sikit sebab nak jaga hati perempuan yang kau cinta.
Kawan-kawan perempuan kau nak join makan sama-sama pun kau beranjak duduk selang satu kerusi, punyalah taknak menimbulkan fitnah.

Itulah namanya cinta.
Ketika kau menjaga hati awek kau tanpa disuruh-suruh.
Ketika kau menjaga pergaulan kau tanpa dipaksa-paksa.
Ketika hati kau tertutup untuk orang lain tanpa diminta.

Tapi bila kau start jatuh cinta dengan perempuan lain semasa kau dah beristeri, please jangan cakap kau masih cintakan isteri.
Jangan nak temberang kata kau masih cinta isteri pertama.
Nonsense!

Sebenarnya cinta tu dah takde, yang tinggal cuma sayang.
Kau sayangkan kenangan yang kau dah lalui bersama dia.
At the same time kau sayang anak-anak.
Kau juga bersimpati pada isteri.
At the same time nak membalas budi baik isteri yang sanggup bersusah-payah dan membenarkan kau berpoligami.

Yang benarnya cinta memang dah takde dah.
Sebab cinta tu dah beralih kat the second one.
So tak perlulah bermati-matian cakap kau masih cinta.
Sebab itu sangat pedih untuk isteri terima.
Dah dibagi kawen tu dah, kawen je, diam.
Kau jatuh cinta dengan perempuan lain dah cukup menjelaskan how "cinta-nya" kau pada isteri yang sedia ada.





Lusa dah bulan Nov.
Sesiapa yang lahir bulan Nov sila update birthdate pada akaun GreenAard so that otomatik website akan tanbah 100 point dalam akaun.
At the same time korang boleh beli GreenAard dengan harga booth.
Please whatsapp kami kalau nak tanya apa-apa.



2018-10-29

Mencari hikmah



Hampir terlupa pasal ni.
Banyak sangat nak tulis sampai apa yang orang request kat IG aku dah lupa.
Ni nasib baik semalam scroll-scroll archive IG Story, terus teringat request ni.

Kadang-kadang kita dapat sesuatu (takdir) yang kita tak mahu.
Kita nak A, tapi dapat B, padahal kita tak nak B.
Lalu kita mengeluh, merentan dan menghempas-hempas.
Padahal, banyak kali kita nampak ayat ni ditepek :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Al Baqarah, 216).

Namanya pun sesuatu yang kita tak suka, dah tentu susah nak terima.
Tapi, keadaan akan jadi jauh lebih susah bila kita sedaya upaya menolak takdir tanpa mahu mencari hikmah di sebalik apa yang dah ditakdirkan.

Kadang-kadang berdamai dengan takdir Allah adalah jauh lebih baik dari menolaknya.
Dengan keterbatasan akal manusia, kita takkan mampu menjangkau apa yang Allah dah plan untuk kita.
Sebagai manusia dah tentu kita nak yang best-best je.
Tapi pada Allah sesuatu yang best tu kadang-kadang perlu datang dalam pakej yang menyakitkan.
Itupun terpulang bagaimana kita mentafsirkannya.

Setiap kali ujian datang kita tak lulus dengan ujian tu, maka ujian yang sama akan datang berkali-kali.
Dalam bahasa mudah, kalau kita ambik exam dan tak lulus, kita perlu repeat the same exam berkali-kali.

Sebagai contoh, satu hari kita sakit perut secara tiba-tiba.
Kita pun terus ambil ubat, makan.
Tak lama lepas tu, sakit perut lagi.
Kita sapu pulak bam gamat nak bagi lega.
Tapi masih sakit perut tak reda.

Orang macam ni tak bijak kerana dia tak cari hikmah.
Sepatutnya kali pertama dia sakit perut tadi, mula-mula sekali kena cari hikmah.
Check dulu apa yang dia dah makan.
Ask around kot-kot ada orang dalam rumah yang dapat sakit perut yang sama.
Kenalpasti dulu apa agaknya punca sakit perut tu.
Salah makan ke, makan terlampau banyak ke, makan banyak sambal ke, etc.
Kalau asal sakit perut je terus makan pil chi kit teik aun, chances are sakit perut tu takkan reda kerana dia bergantung pada ubat semata dan tak ambil tau punca.
Kalau nak sihat, sepatutnya cari punca dulu baru cari penyelesaiannya.

Hikmah bermaksud mencari lojik dan hakikat serta berfikir sedalam-dalamnya kerana di sebalik setiap perkara yang berlaku, mesti ada kebaikan.
Tak ada satu pun kejadian yang Allah takdirkan tanpa hikmah.
Bagi orang yang tak yakin pada Allah, dia akan berfikir setiap kejadian di dunia ini ak lebih dari sekadar hukum alam saja atau sekadar kebetulan.
Tapi untuk yang yakin pada Allah, pasti dia faham tak ada yang kebetulan, semua terjadi atas kehendak Allah dan di dalam rancangan serta kekuasaanNya.

Dah tentu saja kita always berharap dalam hidup kita ni sentiasa dipenuhi dengan kemudahan dan kebahagiaan but it turns out that happiness doesn't always come from things we like.

"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : "Inna lillaahi wa innaa ilaihi rooji'uun". (Al Baqarah 155-156).

Dalam ayat tu cakap yang ujian akan datang dalam hidup kita.
Bermakna, hidup ni tak always menyenangkan, sometimes akan muncul kejadian yang tak kita suka.
And life is not always exciting, sometimes kita kena lalui waktu-waktu sedih.

Tetapi.....

Nampak tak phrase yang aku bold and underline-kan tu?
Aku suka phrase tu.
Kat situ Allah dah cakap jelas tak ada yang buruk berlaku pada setiap orang yang sabar kecuali BERITA GEMBIRA.
Entah good news tu kita jumpa kat dunia atau akhirat, wallahualam, tapi yang PASTI, kita akan dapat good news setiap kali kita bersabar.

So, siapa dia orang yang sabar tu?

Dalam ayat tu jugak Allah dah explain, orang yang sabar adalah orang yang ketika ditimpa ujian/musibah, dia berkata "Inna lillaahi wa innaa ilaihi rooji'uun".

Apa maksud ayat tu?

"Sesungguhnya kami ini milik Allah, dan hanya kepada Allah kami akan kembali".

Cantik betul kalimat ni.
Kalimat ni menunjukkan bahawa ada dua kunci utama bagi orang yang bersabar dengan ujian.
Yang pertama, hilangnya rasa memiliki kerana kita dia yakin bahawa segala apa pun hak Allah.
Dah nama pun hak Allah, suka hati Allah nak bagi atau nak ambik balik, betul tak?

Yang kedua, bila hilang hak memiliki, kepada Allah kita kembali.
Bermakna, hanya Allah tempat kita serahkan segala urusan.
Malangnya, kita ni bila ditimpa ujian, bermati-matian nak settlekan sendiri.
Itu yang jadi punca serabut dan kecewa.

Actually, bila kita mencari hikmah (kebaikan) dalam setiap perkara, akan berkuranglah sifat "ingin memiliki" dalam diri kita.
Semakin kita tak merasa memiliki, kecuali apa yang kita miliki hanyalah ihsan Allah, maka akan semakin ringanlah kita menjalani hidup ni.
Semakin ringanlah juga kita menghadapi setiap musibah/ujian yang terjadi dalam hidup kita.
Sebaliknya, kalau semakin besar rasa memiliki dalam diri kita, maka akan semakin berat untuk kita belajar bersabar.

Macamana nak cari hikmah?

Mula-mula kena tahu bahawa setiap apa yang berlaku Allah hanya bagi yang baik untuk kita, mengikut kebijaksanaanNya.
Kita always menyangka kalau yang datang tu buat kita seronok, itu namanya rezeki, maka tak payah la cari hikmah.
Tapi kalau yang datang tu ujian/musibah, maka yang tu perlu dicari hikmah.

Sebenarnya bukan macam tu.

Nikmat atau ujian, terselit hikmah yang boleh kita jadikan pelajaran.

Contoh, dalam bisnes, bila order yang masuk banyak, kita kata itu rezeki.
Tetapi ia hanya akan jadi rezeki yang barokah bila order yang masuk tak menjadikan kita lalai dalam ibadah.

Sebaliknya, bila sales tak masuk, kita kata itu ujian.
Tetapi, kalau dengan ujian itu membuatkan kita berlama-lama bersujud pada Allah, itu pun namanya rezeki.
Kerana belum tentu dalam tengah seronok ambik order, kita nak berlama-lama "bercakap" dengan Allah.

Bila kita mencari hikmah di sebalik setiap perkara, be it nikmat atau musibah, insyallah ia mengajar kita untuk sedar diri bahawa kita ni bukan siapa-siapa tanpa Allah.
Takde yang hebatnya dengan usaha kita kalau Allah tak tolong.
Kita dipuji orang pun sebab Allah tutup buruk kita.
Kalau Dia nak bukak buruk kita bukan susah sangat bagiNya.
Jadi, bila dia dah tutup buruk kita, maka bersyukurlah bukan berbangga.

Aku sendiri banyak sejarah silam yang buruk.
Yang baca blog aku dari awal maybe tahu lah aku dulu macamana.
Bila aku berhijrah penampilan, aku usaha tarik balik semua gamba-gamba daring aku.
Mosaic mana yang perlu.
Tapi kalau takdir Allah kata satu hari nanti ada yang nak cari balik gamba-gamba lama aku and sebarkan, aku tak boleh buat apa.
Itu ujian untuk aku.
Kalaulah itu ujiannya, aku berharap ujian tu akan membuatkan aku lebih mendekat padaNya sebab aku tak ada kuasa nak menghalang.

Itulah juga punca aku tolak tawaran someone untuk aku appear dalam TV.
Nak interview kisah hijrah.
Aku cakap, aku bukan taknak.
Kalau boleh aku nak sedekah motivasi aku dengan cara tu.
Tapi memikirkan aku banyak kisah silam yang tak best, aku bagitau aku taknak Islam dipandang buruk kerana kisah silam aku.
Kita tak tau hati orang.
Ada je yang menunggu cari penyebab untuk aibkan kita.
Kalau dia tak suka, dia akan spin segala fakta hanya kerana aku pernah jadi Diana Ishak yang dulu.
Jadi aku cakap kat wartawan tu, carilah someone yang benar-benar 'bersih' untuk berdakwah and jadi public figure, supaya Islam itu dipandang hebat.

Wartawan tu cakap "Tapi berkongsi kisah hijrah kan jihad".

Aku jawab "Inilah jihad saya untuk agama. Supaya agama tak dipandang buruk kerana sejarah silam saya. Tak apa saya duduk dalam blog je, dah memadai".

"Aku tak memiliki apa-apa melainkan apa yang telah DIA berikan padaku"

Siapa follow FB aku, mesti perasan tagline ni kat cover profile.
Tapi profile yang lama, profile yang baru ni takde dah.

Selain dari ayat keramat korang sebut tiap-tiap pagi "I can do it!", "Saya kaya dan berjaya!", cuba tambah ayat tagline aku tu.
Insyallah, ayat tu membantu pasakkan kaki kita ke tanah, supaya jangan terawang-awang sangat.
Semakin kuat keyakinan kita bahawa hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya, maka kita akan lebih berdaya tahan untuk menghadapi setiap ujian, insyallah.





Buy 1 free 5 sachet offer ni masih valid hingga 2 Okt.
Siapa yang beli, SETIAP BOTOL akan dapat :

5 extra sachet 
278 point 
RM5 off untuk pembelian akan datang 


2018-10-26

Kolam





Lalu kat feed aku semalam.

Letih kan, balik-balik isu macam ni jadi.

No! Jangan cakap ini kerja budak-budak autism.
Anak sedara aku autism.
Aku tau anak-anak autism, dia takkan berada jauh dari pandangan mak bapak.
Mak bapak yang ada anak autism takkan berani tinggalkan anak sorang-sorang tak berjaga.

Kebanyakkan kes-kes menjahanamkan barang orang bukan anak-anak autism punya kerja, tapi anak-anak normal.
Bila kita marahkan kes-kes macam ni, mesti ada orang yang cakap "Kau tak rasa ada anak, dah anak nanti baru kau tau macamana"

Bila kita pun ada anak, dia cakap "Kau tak rasa ada anak hyperaktif, kalau dapat sorang esok tau la kau camana penatnya nak jaga"

Bila kita kata kita pun ada anak hyper, dia cakap "Lain kali, jangan lah buat kolam (Deepavali) tengah-tengah jalan!"

Jem terus kepala aku nak counter balik.

Kau takkan boleh lawan cakap dengan spesis macam ni.
Jenis ni takkan akui kesilapan, let alone nak memperbaiki kesilapan.
Dia nak semua orang faham dia, tapi dia taknak cuba faham keadaan orang lain pulak.

Yang kes kat atas ni, memang ada rupanya yang komen "Kenapa la pegi buat kolam tengah-tengah laluan orang berjalan? Buat la tempat tersorok sikit".

Ya ampunnnn makcik!
Dah namanya perhiasan, sape yang nampak kalau letak tempat tersorok?
Itulah tujuannya letak tengah-tengah jalan, nak bagi orang nampak kolam yang cantik tu.
Masalahnya, belum pernah lagi aku tengok kolam Deepavali ni tak dipagar.
Benda tu sah-sah dipagar.
Yang sebetulnya memang budak tu tak makan saman.

Aku ni sensitif sikit kalau budak-budak kena buli, budak-budak kena dera.
Tapi, kalau spesis tak makan saman macam ni, memang aku hangin.
Kadang tu maknya kat tepi je, dia dah nampak dah anak dia kuis-kuis kaki kat kolam (ni pengalaman sendiri), lagi dia cuit-cuit anak dia "Eh, kaki tu baik-baik".

Aku yang kat tepi tu macam nak cakap je "Eh heloooo.....kolam tu bukan kat tepi kaki anak kau. Kaki anak kau yang menjulur masuk dalam pagar kolam tu".

Last-last aku buat-buat marah Rayyan "Dah dah jom jom. Nanti adik tersepak benda ni, kena tangkap dengan pakcik guard tu."

Aku bukan apa, saje nak takutkan budak tu.
Lagipun aku takleh lama-lama kat situ, karang mulut aku ni terpekik pulak kat telinga budak tu.
Jadi sebelum aku terpekik, baik aku blah.

Kawan aku pernah cerita dia berbulu dengan jiran sebelah.
Jiran sebelah datang tengok dia baru lepas bersalin anak kedua.
Jiran datang menziarah bawak anak-anak sekali.
Nak tengok baby kan, apa salahnya bawak anak-anak.

Memang tak salah.
Yang salahnya, bila anak kau selsema srot sret srot sret ajak pi tengok baby baru lahir.
Ko rasa??

Yang kawan aku tu serba-salah.
Nak cakap salah, tak cakap salah.
Yang si mak pun dah tau anak ko selsema, dia sua-suakan pulak baby tu kat anak dia "Nak cium? Nak cium?"

Pastu dah sembang lebih kurang, tiba masa nak balik.
Anak jiran tu taknak balik sebab seronok tengok permainan dalam bilik tu banyak.
Yang si mak umpan "Kita balik dulu, kita makan ubat. Nanti kita datang balik".

Ok fine, dorang pun balik.
Eh tak lama pastu budak tu memang betul-betul datang balik.
Datang sorang je, nak sambung main.
Kawan aku cakap mak dia call dari rumah bagitau anak dia nak main kejap dengan baby, nanti petang dia panggil balik.

Jem terus kawan aku nak reply.

Sebab tu aku cakap, orang bijak tak semestinya ada common sense.
Takde ke terpikir kat otak yang anak kau tu tak sihat.
Memanglah tak demam, tapi dia tak sihat.
Ajarlah sikit anak tu biar lepas makan ubat, tido!

Kalaupun anak tu sihat, celah mana boleh kau terpikir nak lepaskan anak kau main dalam rumah orang?
Dah lah Hamba Allah tu tengah berpantang.
Orang berpantang ni kena banyak rehat.
Time baby tido, dia kena tido.
Sebab nanti time baby berjaga, dia kena berjaga.
Dah kalau anak kau main kat tepi, memekak, macamana Hamba Allah tu nak berehat?
Nak kata tak pernah berpantang, anak dah ada sorang.
Takkan benda-benda simple macam ni takleh pikir?

Ni semua punca-punca meroyan tau tak.
Orang kita ni, kalau dengar ada orang meroyan je, mula salahkan suami.
Padahal banyak faktor, antaranya tetamu yang takde common sense macam ni lah.
Nak dimarah karang sentap, kalau tak marah karang aku yang gila.

Entahlah.
Bila kes 'anak-anak membuas' makin menjadi-jadi kat rumah orang and kat tempat awam, aku jadi sakit hati pulak dengan golongan mak bapak yang mati-mati pertahankan perangai anak-anak padahal dah sah-sah salah.
Macamkan dia sorang je beranak, orang lain tak.

Aku pernah dengar ceramah sorang ustazah.
Dia kata masa anak umur 3-4 tahun kadang-kadang terlanggar meja atau kerusi, lalu menangis.
Kebanyakkan parents bila nak anak tu diam, dorang akan pukul kerusi atau meja, "Siapa yang jahat buat anak mama jatuh ni? Nanti mama pukul kerusi ni. Jahat dia buat anak mama".

Anak pun diam bila tengok mak pukul kerusi.

Ustazah kata, cara tu sebenarnya salah.
Kalau anak tu salah, kena bagitau dia salah tak kira anak tu umur berapa pun.
Bila kita pukul kerusi/meja tu, sebenarnya kita sedang ajar anak kita bahawa dorang tak pernah bersalah.
Yang salah adalah orang atau benda lain.
Pemikiran ini akan terus dibawak sampai ke tua.
Akibatnya, everytime ada kesilapan, maka yang salah always orang lain, dan dia selalu betul.

Aku teringat pesan orang tua-tua, kalau anak kita merangkak ke arah barang kaca, tepuk lantai tu as a signal "No! tak boleh pergi situ".
Ini tak, ada mak yang anak dia pegang pasu, dia mintak kita pulak alihkan pasu tu.
Ada yang lagi 'bijak', dia pegang pasu tu konon taknak bagi jatuh.
Patutnya anak kau tu yang kau angkat, bukan pasu tu yang kau pegang. Adeh.

Aku rasa mak bapak yang jenis tak nak kalah ni mungkin dibesarkan dengan cara dimanja-manjakan sangat.

Mak Aji kan, kalau aku terlanggar apa-apa dia akan cakap "Hah, langgarlah lagi! Langgar habis semua. Biar tercampak semua benda dalam rumah ni".

Samalah kalau aku batuk tak benti-benti, dia cakap "Batuk? Hah, baguslah. Minum lagi ais banyak-banyak. Selagi tak tertanggal pintu esbok tu tak reti-reti nak benti minum air sejuk. Kejap-kejap dia bukak, kejap-kejap dia bukak!"

Satu row rumah dengar aku kena sound okeh??

Pedih.

Seingat aku lah, dari zaman aku kecik, mak aku memang tak penah kasik chan.
Mungkin sebab tu lah umur 9 tahun aku dah ada job rutin menggosok baju-baju kerja mak bapak.
Kena gosok untuk seminggu punya baju pulak tu.
Menggigil-gigil aku angkat iron.
Iron zaman dulu kan berat.

Tapi mungkin itu cara paling berkesan sebenarnya.
Walaupun dah rupa macam mak tiri, tapi amaran tu kekal terpahat sampai ke tua.
Aku rasa sebab tu lah aku pun macam mak tiri dengan anak sendiri.
Like mother, like dotter.





Siapa ada masalah macam customer ni and nak cuba Gloei, silakan WHATSAPP SINI sekarang sementara ada promosi free extra sachet untuk setiap botol.
Gloei bukan produk kolagen yang biasa ya, ini extract plant.
Korang stimulate kolagen badan korang sendiri untuk cantikkan kulit sendiri.
Gloei cuma tolong stimulate kolagen korang je.


2018-10-25

Lama dah tak buat post cerita apa aku buat dalam sehari



Penceritaan hari ini dimulakan dengan cerita semalam.

Ni gambar semalam, kat opis.
Cadangnya lepas Zohor taknak ke mana-mana, lepak je kat opis siapkan kerja.
Selalunya pagi-pagi muka aku semenggah sikit sebab pagi, biasa la kan, at least berbedak la sikit muka tu.
Pakwe aku ni perangai dia, time muka aku senonoh tu dia taknak ajak aku pi mana-mana.
Elok aku habis solat, terus dia "Jom, ikut abang nak pi jumpa customer".
Aku pandanggggggg je muka.

Pastu sebab semalam aku puasa, dia pandai, umpan aku dengan Nasi Arab, "Kita pi cari nasik Arab yang Di suka tu sekali, nak?"

Aku pulak pantang dengar makanan, terus ON je.
Tak sedar muka berselipat.
Dengan konfidennya aku ikut dia pi jumpa customer dengan muka gini.
Toksah kata mekap lah, bedak pun takde dalam opis aku ni.
Nak pinjam bedak budak-budak ni dorang semua pi lunch.
Tawakal aje lah keluar dengan muka gitu dengan harapan customer ni tak kenal aku.

Dalam kereta aku tanya En Wan "Ok ke Di jumpa customer macam ni?"

Dia pandang aku pastu cakap "Ok, tapi apesal pakai tudung pesen ni? Macam hape je"

Dia cakap tudung bawal ni muka orang tertentu je sesuai.
Muka aku kalau pakai bawal macam makcik jual keropok kat Jalan TAR.
Kuang hasam.



Sekali yang aku pi jumpa ni AVID reader!
Pasrah ajelah aku keluar jumpa dengan muka macam ni.

Mula-mula masa En Wan keluar dari kereta, dia tak nampak aku lagi.
Elok je aku keluar tunjuk muka, terus dia ter-stop.
Samada dia terkejut nampak aku, atau dia terkejut tengok muka aku. Kahkahkah.

Maka....berpeluk-pelukkan kami berdua kat lorong belakang tu.
Guard yang mula-mula menjeling kat kitorang sebab park keta kat situ terus tak jadi nak suruh kitorang blah.
Mesti dia kata ini 15 tahun tak jumpa agaknya, kasik chan lah.

Aku pernah berbalas email dengan customer ni.
Kalau dia ada apa-apa pertanyaan, sometimes staff aku takleh nak respond, aku akan jawab.
Tak sangka ada rezeki jugak nak jumpa customer ni.
Dia ni pengguna Nutrijuice.
Seronok jumpa customer yang share thoughts and experience guna GreenAard.
Beli sekaligus 10 botol untuk kawan-kawan sekali.
Semoga lepas ni satu Cyberjaya guna Nutrijuice ðŸ¤£ðŸ¤£.

Then lepas tu jumpa another customer yang beli Nutrijuice juga.
This customer lagi best kisah dia.

Aku perasan ada beberapa nama yang kalau beli Nutrijuice akan beli sekali banyak 6-7 botol.
Tapi this one customer kalau beli, mesti beli paling kurang 15 botol untuk 2 bulan.
Risau aku, dia ni mandi Nutrijuice ke hape.
Mustahil kolesterol tak turun-turun, sebab ikut pemerhatian aku and pengalaman guna sendiri Nutrijuice ni, kalau reading kau 7.0, around 2-3 months pun dah boleh turun jadi normal.
So, satu hari tu aku try email tanya, apa reason dia beli banyak-banyak.
Kalau ada plan nak beli banyak-banyak macam ni lagi aku boleh offer harga agen terus.

Rupanya bukan untuk kolesterol, tapi untuk GOUT.
Dia kata lepas ambil Nutrijuice, dah tak perlu makan ubat tahan sakit and ubat darah tinggi lagi.
Dia beli untuk diri sendiri and ayah.

Bila dia mention gout and darah tinggi, baru aku teringat.
Yes, memang Nutrijuice ni aku ada highlite dia boleh membantu menstabilkan tekanan darah.
Tapi aku tak expect ada orang yang ambil ubat darah tinggi akan guna Nutrijuice ni.
Aku tak galakkan sebenarnya yang dah ambik ubat darah tinggi makan Nutrijuice.
Bukan apa, aku saje taknak kacau ubat dokter sebab bagi aku, kalau dah sampai kena ambik ubat dokter itu maknanya darah tu dah tinggi sangat.
So takyah la makan supplement, makan je ubat kau tu.

Tapi alhamdulillah dia kata now dia dah tak perlu makan ubat darah tinggi hari-hari macam dulu.
Gout pun lega dah tak macam dulu.
Lega jugak la aku dengar, aku cuak je takut kacau ubat darah tinggi dia.

Bila dia kata blood pressure dia dah semakin ok, aku dapat kaitkan dengan kenapa gout dia makin ok.

Actually kan, those yang ada gout, selalunya akan ada blood pressure sekali.
Yang buatkan gout lega bukan sebab gout tu dah baik tapi sebab blood pressure dah semakin baik.
Antara punca gout adalah high blood pressure.
Dan punca terbesar penyebab high blood pressure adalah kolesterol.
Jadi 3 benda ni [gout-blood pressure-kolesterol] saling berkait.
Cuma tak tau siapa yang start dulu.

Ada some ubat darah tinggi boleh menyebabkan gout, aku lupa nama ubat tu.
Boleh check dengan dokter.
Kalau korang ada gout and darah tinggi at the same time, kalau dokter nak bagi ubat darah tinggi, please bagitau dokter yang korang ada gout.
Nanti dokter akan bagi ubat lain.



CABARAN DISAHUT SAMBIL HEMBUS KUKU.

En Wan suka tau pedajal aku ambik gamba candid macam ni pastu bahankan aku.
Dia kata aku kalau bagi explanation pasal GreenAard beria-ia dah macam makcik jual ubat kuat tepi jalan.

Dia kata kalau berani up la gamba ni kat blog.
Helloooooo...??? This is Diana la. See the leg la.
Takat up gamba gini ape adehalll.
Muka aku masa skolah lagi hazab, ini kira taraf natural beauty dah ni.
Nah ambik ni aku up!
Mohon upah metabak Singapore petang karang.



Settle 'road tour' jumpa customer demi customer, aku collect upah dari En Wan.
Tak jadi nak beli nasi Arab sebab tetiba dia umpan aku dengan kambing bakor pulak.
Biasalah perut kalau lapar, tekak memang jadi besar dari perut.
Semua aku nak.

Maka semalam singgah kat gerai Kambing Bakar Dapur Abi.
Dia ni ada dalam frenlist FB, trapi sekian lama tak pernah la jumpa.
Rupanya dia ada bisnes kambing bakor.
Ni En Wan yang ajak gi beli sebab teringat dia pernah ajak En Wan rasa kambing bakor dia.

Weekdays, dia ada di Bandar Bukit Puchong, belakang Tesco.

Nampak tak no telefon dia kat bunting tu? Ok pi call sendiri.



Kalau nak buat akikah atau apa-apa function, dia boleh handle, mo mantaiii.



Sape puasa hari ni?
Hambik ni aku buat modal gelodak nafsu makan. 
Nak sedap, makan panas-panas.
Bagi aku, sos kambing bakor dia ni sedap.
Kambing pun lembut, hiris nipis-nipis just nice.



Pastu yang sup pun aku tapau gak.
Yang ni kena make sure sambal kicap tu kau ambik la.
Sambal kicap kalau power memang terangkat makan ni.
Aku tak tau la ini sup tulang ke sup daging sebab selama ni kalau beli kat pasar malam, betul-betul tulang aku dapat.

Tapi semalam ni tulang dia banyak gila daging! Puas makan.
Patut la masa En Wan kata "Bak 2 bekas, sebekas ni Diana sorang je perabiskan", dia kata takyah 2 bekas, yang ni pun cukup.
Rupanya betul pun, aku makan 2 ketul dah tersandar sebab daging dia banyak.




Pagi ni aku dah macam ustazah pilihan pegi opis.
Hari ni pakai tudung free, hadiah dari blog reader.
Dia bagi aku dua helai, satu aku dah pakai last week, gambar dah tepek kat IG.
Hari ni pakai yang kedua.

Brand EZZU FIRDA.
Yang aku pakai ni size L, labuh just nice tapi muka kena pakai brooch sebab besar sikit.
Maybe aku kena pakai M, tapi not sure pulak labuhnya takat mana nanti.
L dah ok dah rasanya ni.

Gambar atas aku pandang tepi tu bukan nak caras Che Ta bergamba tak pandang kamera ya, tapi nak tunjuk awning tu.
Awning ni lembut, bukan jenis kain Thai silk macam Ariani aku dulu.
Walaupun lembut tapi tak renyuk and duduk terletak je.
Yang penting takyah gosok.
Aku memang sesuai lah pakai yang senang-senang gini - tudung tak gosok, jubah tak gosok, kasut Bata 4 tahun lepas tak ganti.
Sesuai nau.

Nak tengok tudung sarung cantik-cantik macam ni, boleh ke IG @ezufirda_agent



Ada yang tunggu offer ni ke?

Ok, nampak tak apa yang korang bakal dapat?

Beli 1 botol dapat extra 5 sachet.
Beli 3 botol dapat extra 1 botol lagi (20 sachet)



2018-10-24

Menangis tanda tak sabar?



Bila sebut sabar, ramai yang anggap sabar adalah menjadi kuat.
Kuat, jangan mengeluh.
Kuat, jangan merempan.
Kuat, jangan menangis.
Kuat, jangan bercakap apa-apa.
Just diam dan redha.

Salah tu.

Kalau sabar dan diam, itu namanya pasrah.
Memang itu pun namanya sabar.
Tapi, sabar yang bagus adalah bila kita tenang-tenang je ketika ditimpa ujian, dalam masa yang sama berikhtiar untuk memperbaiki keadaan.

Sabar tak bermakna tak boleh menangis.
Yang tak boleh bukan menangis, tapi meratap.
Meratap tu maknanya menangis berlebih-lebihan.
Kalau setakat menangis, itu tak apa.
Rasulullah saw sendiri menasihatkan kita untuk menangis dalam doa.
Kalau tak boleh menangis, pura-puralah menangis sampai keluar air mata.

Sebab apa?

Kerana air mata akan menghalang kita dari neraka.
Kerana sewaktu kita menangis sambil mengadu padaNya, kita sebenarnya sedang mengakui bahawa kita adalah manusia yang sanagt-sangat lemah tanpa pertolongan Allah, kita sangat-sangat hina tanpa kemuliaan Allah, kita sangat-sangat rapuh tanpa kekuatan Allah dan kita bukanlah siapa-siapa tanpa redha Allah.

That's why Allah cakap "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" (Baqarah, 153).

Kat sini dah jelas cakap bila ada masalah, Allah cuma suruh kita untuk sabar dan solat.
Maksudnya......sabar dan bergerak ke tikar sejadah.
Dalam bahasa mudah, Dia suruh kita sabar dan usaha.
Solat adalah satu bentuk usaha.
Allah mintak kita kembalikan semua urusan kepadaNya.

Bila ada masalah, cari Dia.
Cari Dia dalam solat.
Menangislah sepuas-puasnya.
Bila kita menangis atas sejadah, kita sedang merendahkan diri kita dan akui betapa kita tak larat tanggung dah semua ni kalau Dia tak tolong.
Beza kalau kita melalak-lalak depan orang, itu sebenarnya kita sedang menyalahkan takdir dan nasib.
Bila dah mula menyalahkan takdir, mana mungkin kita sempat bermuhasabah dan mencari kesilapan sendiri, apetah lagi nak memperbaiki keadaan.

Dari segi saintifik, sabar dikaitkan dengan tenang.
Kerana bila kita dalam keadaan bertenang, fikiran kita lebih jernih.
Nak pikir solution pun senang.
That's why sabar yang bagus adalah ketika sabar dia bermuhasabah dan memperbaiki diri.
Maksudnya, sabar menuntut kita supaya menjadi tenang agar kita boleh berpikir dengan baik.

Samalah juga dengan marah.
Orang kata kalau marah tandanya kita tak sabar.
Ini pun pemahaman yang salah.

Marah, sedih, suka - ini semua tabiat manusia.
Tak salah.
Yang salah adalah berlebih-lebihan dan melampaui batas yang boleh diterima agama (Islam).
Selagi masih dalam batas yang dibenarkan, silakan menangis, silakan marah, silakan ketawa.

Cuba bayangkan situasi ni.

Majikan tak bayar gaji sampai 5 bulan.
Kita sabar dan terus bekerja walaupun duit dah sesak sampai kena meminjam.
Namanya sabar ke tu?
Dalam situasi ni, sabar adalah bila kita teruskan bekerja sambil-sambil tu cari kerja lain.
Kalau kita kekal di situ tanpa dibayar gaji......hmmm maybe job tu sebenarnya charity work.

Jangan telan bulat-bulat ujian tanpa ada ikhtiar untuk memperbaiki keadaan.
Kita takkan boleh ubah apa-apa hanya dengan diam and telan je apa yang datang.
Sabar tak akan menghasilkan apa-apa kalau tak disertakan dengan usaha dan doa untuk mengubah nasib.
Bila dah usaha and doa, baru kita serahkan semuanya pada Allah dalam bentuk kepasrahan yang diiringi kesabaran.

Kalau orang kutuk kita, adakah dengan berdiam bermakna kita sabar?
Sebagai manusia biasa, susah rasanya nak bersabar tanpa rasa sakit hati.
Sape-sape pun akan marah kalau kena kutuk.

Sabar tak bermakna kita tak boleh marah lansung.
Kita bukan sehebat Rasulullah saw.
Kadang dalam hati terdetik nak membalas balik apa yang orang dah buat kat kita biar dia rasa sakit pulak.
Tapi kat situlah sebenarnya terletak kesabaran.
Iaitu sejauh mana kita mampu menahan marah supaya tindakan kita tak menjadi tindakan yang menyakitkan hati.
Kita mampu marah, tapi kita memilih untuk buat tak tau.
Kita mampu marah, tapi kita memilih untuk keluar dari kelompok itu dan pindah pada kelompok lain.

"Kalau tak marah, kenapa tak bertegur sapa?"

Orang yang sabar tentu akan memaafkan, tapi tak bermakna dia mesti kembali mesra macam dulu.
Dia pergi bukan kerana marah, tapi untuk meredakan kemarahan dan tak nak kau sakitkan hati dia lagi.
Tak semua yang menyakitkan tu meninggalkan bekas yang sikit, ada yang tinggalkan bekas yang sangat dalam sehingga tak cukup 3-4 hari untuk melupakan.
"Berhijrah" keluar dari kelompok yang menyakitkan hati juga adalah salah satu bentuk sabar.
Itu menunjukkan bahawa kita sedang menahan marah, walaupun mungkin dengan cara yang tak menyenangkan hati.

Hidup memang tak mudah.
Yang buatkan hidup ni jadi selesa sikit bila kita tau macamana cara mengendalikannya.





Siapa nak tambahan 100 points, share gambar Gloei korang.
Then, WHATSAPP SINI untuk check samada dah masuk 100 point dalam akaun ke belum.


2018-10-23

Hantaran free



Hari tu nampak orang dok share-share artikel ni kat FB.
Macam-macam komen dapat.
Ada yang setuju, ada yang menempelak.
Ada yang emo sangat-sangat sampai kata "Ingat senang ke nak besarkan anak pompuan, dah besar tau-tau nak kawen free!"

Ya, aku tau perasaan makcik tu.
Aku takde anak perempuan, jadi mungkin kurang sikit rasanya.
Tapi aku ada anak, walau anak lelaki, namanya tetap anak.
Perasaan mak-mak tu tetap sama.
Kita besarkan anak kita dengan baik, sampai jadi orang, sampai ada lelaki teringin nak jadikan isteri, dah tentu kalau boleh kita taknak bagi anak kita free-free gitu je.
Ini bukan soal jual anak, tapi kita nak tengok kesungguhan pihak di sana untuk memperisterikan anak pompuan kita.

People value what they pay for.
Dalam banyak keadaan, itulah hakikatnya.
Bila kita perlu membayar, bila sesuatu tu kita dapatkan dengan bersusah-payah, kita akan lebih menghargai.

Tak percaya, cubalah bagilah apa-apa barang sebagai free item.
99% akan buang that barang.
That's why nak bagi benda free, bagilah "free with purchase".
Kalau bagi sesaje gitu tanpa perlu dorang memberi sesuatu, chances are, free item tu dorang buat lekeh je sebab dalam kepala tu dah set "murah je benda ni sebab tu dapat free".

Aku kawen pun free.
Mak bapak aku tak mintak se-sen pun hantaran dari keluarga En Wan.
Tapi memandangkan family En Wan rasa macam tak sedap hati berlenggang ambik anak orang tak bawak duit, jadi dorang mintak En Wan sediakan jugak duit.

En Wan decided bagi aku RM5520.01 - sempena tarikh bersanding 5 May 2001.
Kalau nak bagi ikut tarikh nikah pun boleh, kurang seribu, jimat.
Tapi aku demand.
Oh, cantik muka nak murah-murah?
Aku dah allow RM5K tu pun dah besar rahmat tau.

Malam nikah tu, En Wan tak tido rumah, dia kena hambat balik KL.
Esok malam tu baru dia tido rumah Mak Aji.
Malam tu Mak Aji panggil En Wan masuk bilik and serahkan balik hantaran.

Mak aku cakap "Ambik ni, mama taknak mintak apa-apa, cuma jaga anak mama baik-baik. Bini kau tu bukannya betul sangat".

Ya, mak aku selalu mensabotaj aku.

Pastu on the same night En Wan dah prepare RM3K+ untuk bagi Mak Aji.
Masa En Wan kat Jepun, En Wan ada pesan untuk aku cari new katil.
So bila dah beli aku bagitau harga around RM3K.
En Wan janji akan bayar balik semua tu.
Tapi Mak Aji taknak duit tu, dia suruh simpan untuk mulakan hidup baru.

Maka, dapatlah laki aku kawen free.
Duit kenduri tak keluar se-sen, hantaran dapat balik, duit katil baru pun tak payah bayar.
Bahagia betul seorang Wan Mohd Ridzuan, kan?

Tapi, hakikatnya, En Wan tidaklah dapatkan aku secara percuma.
Dia lalui jugak usaha untuk kumpul duit dan preparation untuk kawen.
Cuma, dia bernasib baik sebab keluarga aku pulangkan balik semua duit dia.

On top of that Mak Aji belikan set pinggan mangkuk and tea untuk 16 orang makan pulak.
Dia kata itu pesan arwah bapak dia (arwah atuk aku).
Kalau anak perempuan kawen, jangan bagi anak perempuan keluar rumah sehelai sepinggang.
Katil kena belikan, pinggan mangkuk kena belikan.



Inilah guest room aku, aku letak set katil yang Mak Aji belikan.
Katil, meja solek and lemari.
Aku pakai set ni dari mula kawen 2001 sampai 2008.

Orang kata adat hantaran perkahwinan ni tak ada dalam Islam, jadi tak perlu buat.
Memang betul, yang ada dalam Islam cumalah mahar (mas kawin).
Hantaran memang tak ada.
Tapi, kalau adat itu boleh disesuaikan dengan agama, why not?
Kalau memang tak boleh, maka harus ditinggalkan.

Hantaran ni bagi aku, mengajar kita supaya berusaha.
Ajar supaya hidup mesti ada plan.
Dah tau nak kawen kan, bermakna mesti kumpul duit.

Ada yang bercinta macam nak rak sampai 7-8 tahun, tapi tak start-start kumpul duit pun.
Bila awek tu tinggalkan kau pi kat laki lain, kau cakap awek tu mata duitan.
Dah tu buat apa tunggu kau yang tak reti-reti simpan duit untuk kawen?
Bila kita ajak kawen balik-balik alasannya duit belum cukup.
Masalahnya, pi merisik pun taknak, lagikan kawen.
Kolagen kat kulit aku ni makin susut tau tak, nak tunggu sampai umur 35 baru kau nak pinang?

Orang kalau serius nak kawen, mula-mula dia merisik dulu.
Merisik takyah bawak hantaran, bang.
Bawak sebakul buah-buah and cincin belah rotan je modalnya.

Lepas merisik, baru start plan untuk bertunang.
Bertunang pun tak bawak hantaran banyak, 3 pun cukup.
Buah, kek, cincin - settle.
Pastu kat situ baru kita cerita pasal hantaran segala.

Itulah the beauty of adat perkahwinan.
Mengajar kita jadi beradap sikit nak mintak anak orang.
At the same time ajar kita money management and proper planning.
Adat perkahwinan tu memberi kita ruang untuk kumpul duit, blaja ilmu rumah tangga, buat persiapan, etc.

Ini tak.
Merisik pun taknak, ada hati nak sakit hati bila awek kau pegi kat laki lain.
Dah kalau kau taknak bergerak, dia gerak dululah.

Yang best tu, kebanyakkan kita-kita ni, kalau bab nak senangkan diri sendiri, kemain rajin telek hukum hakam agama.
Oh hantaran tak perlu, kenduri tak perlu, ini tak perlu, itu tak perlu.
Bab nak menyenangkan diri sendiri pandai pulak masing-masing selak buku agama.
Boleh pulak main pilih-pilih hukum mana satu nak diikut, mana yang taknak ikut, buang.

Memang hantaran tak perlu.
Tapi dah kau nak kat anak orang, kena la ikut syarat orang.
Macam kau nak pinjam PTPTN jugak.
Nak dapat pinjam, kena ikut syarat-syaratnya.
Kalau setuju, sign. Kalau tak, jangan sign.
Boleh ke kau dapat PTPTN tu kalau kau sesuka hati alter syarat?
Nan ado!

Kawen pun gitulah, kan ada ruang untuk berbincang masa merisik/bertunang.
Kalau setuju, ambik. Kalau tak setuju, jangan ambik.
Dia pun tak paksa kau ambik anak dia.
Ini semua bergantung persetujuan dua-dua pihak.

Sekarang kita sedaplah cakap "Mak bapak tu macam menjual anak, letak sampai RM30K!"

Memang RM30K tu jumlah yang besar.
Makan tahun jugak nak kumpul.
Tapi, tunggulah esok kita ada anak perempuan.
Nak tak agak-agak kita lepaskan anak kita free-free macam tu je?
Paling tak RM10K jugak nak mintak.
Kalau boleh bagi free, alhamdulillah.
Bukan apa, takut nanti bila tiba giliran kita, kita pulak yang meroyan bila orang pertikaikan hantaran yang kita mintak.

Orang zaman sekarang ni katanya letak harga hantaran ikut kelayakan akademik anak-anak.
Kalau first degree around RM15K, masters RM20K.
Kalau anak Dato' tambah lagi RM10K.
Kalau cun tambah lagi RM5K.
Kalau pandai masak up lagi sikit RM5K kot.
So boleh lah bajet nak bakal isteri yang nacamana.
Guideline dah ada dah ni, tinggal nak pilih je.

Aku dulu RM5K je.
Tarap SRP.
Maklumlah muka tak berapa nak pergi, masak pun malas, blur pulak tu.
Layak la RM5K.







2018-10-22

KPI




Zaman makan gaji dulu, masa aku tau setiap staff ada KPI sendiri, aku risau juga.
Bukan apa, sebab kitorang semua sales team.
Sales team mesti work as a team.
Dah kalau semua nak tumpu pada KPI, mana datangnya team work, kan?

Rupanya KPI ni lebih kepada minimum requirements yang setiap staff perlu buat in order memastikan perjalanan syarikat lancar dan memenuhi minimum sales target supaya company boleh terus berjalan dengan baik.
Hakikatnya, kenaikan pangkat dan performance bonus bergantung pada apa yang kita buat as a whole.
Kalau kita buat sekadar apa yang dah listed dalam KPI, itu tandanya kita golongan average kerana kita hit KPI.
Untuk jadi outstanding, patut kena buat lebih lagi.

KPI aku di company terakhir, antaranya aku kena buat :

2 demo setiap bulan
1 workshop setiap 2 bulan
5 blanket order setahun
4 new freezer programme setahun
Sales target sekian-sekian amount setiap bulan.

*blanket order = customer keluarkan perjanjian untuk beli barang bernilai RM500K setahun (contoh), tapi barang akan dihantar batch by batch. Bila hantar barang, baru bayar. Yang penting, hujung tahun mesti complete RM500K. Kelebihannya, company boleh buat sales projection and kawtim dengan principal supaya dapat harga jauh lebih murah, jadi untung besarlah sikit. Kelebihan pada customer pulak, dapat harga lebih murah and tak perlu simpan stok banyak-banyak. Hanya bila nak pakai baru mintak kitorang hantar.

*freezer programme = letak satu freezer kat mana-mana makmal. Dalam freezer tu bubuh semua kit-kit yang biasa digunakan oleh makmal tu. Setiap minggu, aku replenish stock and rekod berapa banyak stok yang dah digunakan. Then aku keluarkan invoice based on kit yang dah diguna, setiap minggu. Kelebihan untuk customer, tak payah kejap-kejap mintak quotation. Terus je ambik barang dalam tu. Kelebihan untuk company pulak, less paper work and sentiasa ada reason untuk tunjuk muka dalam lab tu. Kalau dalam makmal tu ada sorang mamat hensem, ada lah alasan kejap-kejap aku datang situ, konon-konon check stok, padahallll. [kahkahkah].

Kalau betul-betul nak ikut KPI yang company aku setkan untuk aku, aku akan lebih banyak goyang kaki dari buat kerja sebab apa yang dorang set tu tak banyak pun.
KPI untuk aku tu entah-entah untuk cover expenses 3-4 orang punya gaji setahun je.
Maksudnya, supaya company terus berjalan, tak rugi.
Tapi kalau nak untung kena buat lebih.

Dulu pun aku ingat bila dah ada KPI, masing-masing akan buat hal sendiri.
Sebenarnya tak.

Contoh, dulu aku handle unit kits.
Kawan aku Hazel handle instruments.
So apa yang kitorang buat, kitorang masing-masing buat sales macam biasa, at the same time cari peluang untuk buat workshop atau demo.

Aku offer kat customer aku, kalau dorang beli kit berjumlah RM100K, aku akan bagi dorang guna instrument kitorang 2 minggu for free.
Selalunya memang berjayalah aku close deal tu.
Waktu ni la Hazel akan masuk the lab untuk letak instrument.
Dah letak instrument takkan tak demo, kan? Mesti nak kena demo.
So win-win situation kat sini.
Aku janji kat customer untuk close deal RM100K dengan free instrument untuk diguna selama 2 minggu, Hazel pulak dapat penuhi syarat KPI dia untuk buat demo.
So next round bila Hazel dapat jual instrument kat customer dia, dia akan tarik aku pulak untuk buat demo.
Time tu aku pulak demo-kan kit dengan menggunakan instrument yang Hazel jual.
Time aku dapat komisyen, aku belanjalah Hazel.
Time dia dapat komisyen, dia pulak belanja aku.
Gitu la cara kitorang berkerjasama.

Sebenarnya, kalau kita nak selfish, memang boleh je selfish.
Tapi kalau kita nak work as a team pun bukan susah sangat.
Antara nak dengan tak nak je.
Yang penting ada win-win, tu baru namanya work dalam team.

To be fair, memang kita mudah rasa tak adil bila kita kena buat kerja lebih dari job scope sedangkan ada orang tak nak lansung tolong-menolong. Nak tumpu kat kerja dia je.

The thing is, kenapa kita willing untuk terima kerja di luar scope kalau kita tak ikhlas?

Orang yang taknak tolong tu dah tentu make it clear cut - "aku taknak tolong buat kerja orang lain".
Kita ni pulak nak tolong-menolong tapi sakit hati bila orang lain tak nak share the burden.
Jadi kat sini yang salah is kita, bukan orang lain.
Kita kurang ikhlas dan banyak ungkit.

Kita ni kerja, kalau tujuannya hanya untuk gaji, untuk dapat pujian, untuk dapat kenaikan, maka yang kita akan dapat adalah semua tu tetapi tak dapat keikhlasan di depan Allah.

"Kalau ikhlas tak payah la ambik gaji terus!"

SALAH TU.

Ikhlas tu urusan kita dengan Allah.
Sedangkan upah adalah perjanjian kita dengan manusia.
Jangan salah faham.

Kalau kita buat lebih dari gaji, insyallah kita akan lebih dari nilai gaji.
Kerana rezeki tak datang dalam bentuk slip, tapi lebih lagi, malah nilainya tak terduga.
Kalau semua benda nak harap gaji, rasanya sampai sekarang kita tak mampu beli apa-apa.
Jadi, jangan berkira sangat dengan urusan kerja kat opis tu.
Buat saja semampunya, yang lebih kita serahkan kembali pada Dia untuk menilai.

2018-10-19

Kalau taknak maafkan macamana?



Untuk makluman, aku bukan ustazah ya.
Aku cuba jawab setakat ilmu yang aku tau saja.
Kalau rasa nak minta pendapat mereka yang lebih ahli, silakan, tak ada halangan.

Untuk soalan yang ini hukumnya dah jelas sebut dalam Quran and hadis.

"Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari 3 hari." (Bukhari 6237 dan Muslim 2560).

Hadis ni dah jelas cakap, kau boikot (tak tegur) kawan kau lebih dari 3 hari, hukumnya tak halal.
Tak halal tu apa maksudnya?
Maknanya HARAM lah.
Kalau kita buat jugak benda yang haram, akibatnya masing-masing pun tahu, kan?

However, bukan semua boikot masuk kategori haram.
Bergantung pada situasi.
Contohnya, bila berkawan dengan A, kita jadi leka dengan solat dan suka buat maksiat, maka ini wajib boikot.
Tapi sekiranya kita mampu untuk berdakwah dengan dia, teruskanlah berkawan supaya dia tak semakin jauh terpesong.

Kalau kita dah minta maaf tapi tak dimaafkan, tak apa.
Kita hanya dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita buat.
Kalau kita buat salah, kita sedar dengan kesalahan kita lalu kita bertaubat dan berusaha meminta maaf, tanggungjawab kita setakat tu je.
Soal dia nak maafkan ke tak, itu biar dia punya urusan dengan Allah.
Sebab nanti kat akhirat, kita akan ditanya kenapa kita tak minta maaf dan kenapa kita tak memaafkan.
So kalau kita dah bertaubat dan meminta maaf, itu dikira sebagai done deal already.

Kalau nak tau besar tak besarnya impak tak memaafkan orang yang dah berusaha untuk meminta maaf, ada hadis tentang ni :

"Semua amalan manusia diperlihatkan (kepada Allah) pada setiap Jumaat, setiap Isnin dan Khamis pintu syurga akan dibuka. Setiap hamba yang beriman diampuni (dosanya) kecuali hamba yang di antara dirinya dengan saudaranya ada permusuhan. Maka akan ditangguhkan (pengampunan) dua orang ini sehingga keduanya kembali berdamai" (Muslim, 1988).

Imagine kita buat tahajud hari-hari, puasa Isnin Khamis cukup rajin, sedekah tak tinggal, zikir 24 jam, tapi amalan kita Allah tak accept (ditangguhkan) sebab kita tak nak maafkan orang.
Tak rasa penat ke?

Sedangkan kita beramal dengan sungguh-sungguh untuk bekal kita di alam barzakh, tapi dek kerana kita tak willing nak maafkan orang, semua amalan kena hold.
Dibuatnya tiba-tiba hari tu kita ditakdirkan mati apa agaknya yang nak dibawak masuk kubur hari tu kalau tak sempat maafkan orang?

Lain ceritanya bila salah seorang dah berusaha memperbaiki hubungan dengan bersungguh-sungguh tapi tak dimaafkan, insyaallah dia tak termasuk dalam golongan yang ditangguhkan pengampunannya.

To be fair, perkataan MAAF tu sendiri susah nak dibuat.
Jangankan kata nak bagi, nak sebut pun payah.
Memang bukan senang kita nak maafkan someone apetah lagi kalau kesalahan tu sangat teruk dia buat.
Atau dia sejenis yang buat kesalahan yang sama berkali-kali.
Of cos kita rasa macam sampai bila nak maafkan dia je keje, betul tak?

Memang payah nak maafkan orang.
Tak semua orang boleh memaafkan.
Tapi sebenarnya bila kita memaafkan, itu bukan untuk dia tapi untuk kita.
Sometimes kita memaafkan bukan sebab dia layak dimaafkan tapi sebab kita lebih layak hidup tenang.
Selagi kita tak maafkan orang, hati kita takkan tenang.

Orang yang tak memaafkan orang lain, hidupnya cenderung mencari-cari keburukan orang tersebut untuk dijaja dan diapi-apikan sebab dia nak dendam dan sakit hati dalam dirinya kekal 'subur'.
Dia rasa macam "biar padan muka nanti kat akhirat merangkak cari aku".

Orang macam ni belum faham bahawa cara Allah menghukum tak sama dengan cara manusia menghukum.

Allah tu sifatnya adil.
Kalau sama-sama berkeras barulah sama-sama dapat balasan yang setimpal.
Tapi kalau salah sorang dah berusaha minta maaf manakala sorang lagi berkeras tak nak maafkan, mana mungkin Allah bagi hukuman yang sama rata.
Kerana Allah menilai dari usaha, bukan dari hasil.
Dalam hal memaafkan ni, Allah menilai usaha kita meminta maaf, bukan samada kita dimaafkan atau tak.

Orang yang dimaafkan jangan pulak demand lelebih.
Dah dimaafkan, pastu paksa pulak kita lupakan kesalahan dia.
Hello..? Hak kau cuma diberi maaf tapi kau takde hak untuk paksa orang lupakan apa yang kau dah buat.
Kalau orang tu nak ingat apa yang kau dah buat kat dia sampai ke mati, itu hak dia.
Kau dah dimaafkan, dah.
Kalau kesalahan kau dia nak terus ingat, itu kau kena terima.

Tak mahu melupakan bukan bermakna masih berdendam.
Adakalanya kita perlu ingat apa yang orang dah buat kat kita supaya jadi pedoman di masa depan.
Kita kena sedar bahawa dunia ni ada aturannya.
Tak semua yang berlaku atas dunia ni sesuai dengan kehendak kita.
Kita nak orang maafkan, ok dah dimaafkan.
Pastu nak suruh pulak orang lupa apa yang kita dah buat, oh lebih nampak?

Ya, aku faham, some people rasa takut bila kesalahan dia kita taknak lupakan sebab takut kendian hari kita ungkit-ungkit balik.

Look, kau kena faham yang kau dah buat salah.
Bila kita buat salah, ada consequences yang kita kena terima.
Orang yang dah memaafkan jarang nak ungkit-ungkit balik sebab dia tau sakitnya bila perlu memaafkan.
Nak memaafkan pun dah cukup susah, apetah lagi kalau dia ungkit-ungkit, dah tentu dia pulak yang kena minta maaf which itu jauh lebih susah nak dibuat.
So janganlah insecure sangat nak paksa-paksa orang lupakan pulak salah kau.
Kau ingat orang tu amnesia boleh suka-suka lupa macam tu je?

Pernah dengar pepatah "Buat baik berpada-pada"?

Tu maksudnya, setiap kebaikan yang kita buat mesti disertakan dengan kebijaksanaan.
Buat baik melulu namanya bodoh.
Jadi, bila kita maafkan, itu namanya kita buat baik.
Tapi bila bila kita maafkan dan lupakan, tu namanya bodoh.
Orang macam ni la yang selalunya akan terkena berkali-kali.
Jenis tak ambik iktibar.

So, adakah tak salah bila kita taknak lupakan?

Yes, TAK SALAH.

Sebab, maaf pun ada level-levelnya sendiri.

Yang pertama - I forgive but I do not forget.
Ini level maaf yang paling bawah sekali.
Dia memaafkan sebab dia mahu Allah redha but at the same time dia tak melupakan sebab dia taknak diperkotak-katikkan berkali-kali.

Yang kedua, dia forgive at the same time muhasabah.
Ini level yang tengah.
Dia memaafkan tapi at the same time dia kaji balik kenapa benda ni berlaku, apa hikmah yang Allah nak tunjuk, apa yang dia boleh perbaiki.
Maksudnya, dia memaafkan tapi dia tak benti setakat tu je.
Dia kaitkan pulak apa yang dah berlaku dengan ujian Allah untuk diri dia.

Level paling tinggi sekali, memaafkan dan melupakan.
Ini paling top sekali bila dia ikhlas dan pasrah.
Dia ikhlas memaafkan, dia ikhlas melupakan dan sekiranya benda yang sama jadi balik, dia pasrah.

Aku punya level, hat yang paling bawah sekali tu.
Jadi, kalau aku maafkan, jangan expect aku boleh ber-huhahuha dengan kau seperti dahulu.
Selalunya aku elak.
Kira macam habis kat situ je la.
Kalau selisih, angkat-angkat kening, tanya khabar dua tiga patah tu ok lagi.
Tapi nama nak berjimba-jimba like dulu, tak kot.

Dia perumpamaan nak bagi senang faham gini lah.

Kau baling batu kat tasik, tasik tu bergelora kejap, kan?
Batu tu melambangkan kesalahan yang kau buat.
Tasik tu aku lah.
Bila kau baling batu, air tasik bergelora seketika.
Tu menunjukkan awal-awal aku agak bengkek juga.
Tapi lama-lama gelora air tu reda.
Itu tandanya aku boleh terima, dan mula memaafkan.
Tapi batu tak naik balik kan?
Batu tetap tinggal kat dasar tasik.
Gitulah perumpamaannya forgive but do not forget.

So you please don't forget also lah.
Don't repeat repeat same mistake.
If you repeat repeat, I don't forget don't forget again.
When don't forget + don't forget + don't forget + don't forget many many times, sometimes my blood go upstairs.


2018-10-18

Sama rata



Konsep ADIL.

Kita selalu anggap adil adalah sama rata.
Sebenarnya salah.
Adil tak semestinya sama rata.

Katakan ada 1 biji kek.
Kita bahagikan sama rata kepada 2 orang anak yang berumur 17 dan 8 tahun.
Maknanya setiap anak dapat separuh kek.
Adil?

No, ini belum lagi namanya adil.
Adil bukanlah setakat bagi sama banyak tapi kemampuan kek tu dihabiskan.
Adil ke anak umur 8 tahun kena habiskan kek sama banyak dengan abangnya?

Jangan anggap bila kita men-samarata-kan sesuatu maka kita dah berlaku adil.

Contoh lain, balik beraya.
Standard, yang dah kawen akan buat sistem giliran balik beraya.
Tahun lepas balik kampung suami, tahun ni patut kampung isteri.
Nak dijadikan cerita, mak suami tiba-tiba sakit.
Suami nak balik tengok mak.
Takkan masa-masa macam ni isteri masih berkeras nak balik beraya kampung dia.
Zalim sangat namanya.
Sekiranya isteri setuju balik beraya lagi ke kampung suami tahun tersebut, maka itulah namanya adil.
Kerana adil adalah meletakkan sesuatu di tempatnya.
Maksudnya berpihak pada yang lebih layak.

Aku pernah baca caption Chef Wan dalam video di IG dia.
Dia kan jaga mak. Dia panggil mak dia Cik Ani kalau tak salah.
Aku tak tau apa yang menyebabkan dia tulis caption tu, maybe followers dia tanya kot kenapa dia sorang yang jaga mak, mana adik-beradik lain (agaknya la).
Then dia cakap dia tak kisah kalau kena jaga mak sebab dia pun faham antara adik-beradik lain, rezeki dia lebih sikit jadi dia taknak berkira.
Selagi dia boleh jaga, dia jaga.
Bagi aku, ini namanya adil.

Tapi ada orang tak boleh terima konsep adil macam ni.
Bagi dia, mak bapak tu kita sama-sama punya, jadi semua anak kena contribute sama banyak.

Kalaulah konsep adil tu macam ni, rasanya aku and En Wan la manusia paling hebat sekali dan adik-beradik dia semuanya tak adil.

Sebab apa?

Sebab mak duduk dengan kitorang.
Ke mana-mana kitorang berjalan, bawak mak sekali.
Nak bawak mak pi bercuti duduk hotel, pakai duit sendiri, tak mintak adik-beradik lain chip in.
Nak bawak mak pi umrah, pakai duit sendiri, tak paksa adik-beradik lain contribute.
Nak belikan mak hadiah harijadi, tak tunggu adik-beradik masukkan duit.

Tak, itu bukan statement nak tunjuk bagus.
Tapi nak bagitau kalau kita nak buat, dan apa yang kita nak buat tu benda baik, buat saja lah.
Jangan fikir adil atau tak adil bila adik-beradik lain tak contribute.
Kalau semua benda nak hitung kira sama rata, rasanya semua benda tak jalan.

Bayangkan kalau nak masak kenduri kena tunggu semua orang hulur duit baru nak beli barang.
Pastu kena tunggu pulak semua anak-anak berkumpul baru nak start rewang.
Then kena tunggu pulak semua bersiap cantik baru boleh start makan.
Hoih, jawabnya tak bergeraklah.

Kita nak bagi mak duit RM1000 sebulan, bagi je.
Tak payah tanya "Mak, adik-adik lain bagi mak berapa sebulan?"

Kita nak buat makan-makan kat rumah, buat je.
Tak perlu mintak adik-beradik bayar sama rata.

Kita nak bawak mak pergi bercuti, bawak je.
Tak perlu terasa "Balik-balik kita je bawak, orang lain tak pernah pun offer bawak mak pergi berjalan. Menonong je masing-masing pi holiday"

Kalau nak balik kampung jenguk mak bapak yang sakit, balik je.
Tak payah berkira "Asik aku je balik, adik-adik lain rilek je tak balik".

Nak buat benda baik takyah tunggu orang lah.
Benda yang baik bukan ke akan kembali pada diri kita.
Kita buat, kita dapat. Apa susahkan orang buat ke tak.

Tapi untuk kes follower aku yang hantar mesej tu tadi, kalau ada hajat nak hantar mak ke umrah, adalah lebih manis bincang dengan adik-beradik dulu.
Manalah tau kot-kot dorang nak contribute.
Takde la kata kita ni seolah-olah nak masuk syurga sorang-sorang.
Sometimes, dorang bukan taknak hantar mak, tapi tak terfikir.
Boleh jadi bila kita panjangkan hajat kita tu, dorang jadi terfikir.
Untung-untung contribute sama-sama.
Tapi kalau takde sambutan, tak apa, kita buat sajalah.
Tak berbaloilah kita nak buat benda baik tapi berkira-kira.

Perasan tak, kita ni selalu berkira bila sampai ke bab benda-benda yang menyusahkan kita.
Tapi kalau benda yang menyenangkan hidup tak pernah pulak kita terfikir adil ke tak untuk orang lain.

Contoh, kita pi kerja kena naik train.
Kena berebut, kena berdiri, kadang-kadang delay.
Kita mintak suami hantar and jemput pulak.
Bila suami hantar and jemput, kita seronok.
Tak terfikir pulak kita waktu tu betapa tak 'adilnya' bagi pihak suami terpaksa berkejar-kejar dari tempat kerja nak menjemput kita dengan meredah jem bagai, kan?
Tu belum lagi kena marah kalau lambat sampai.

Selalunya gitulah.
Bila rasa terbeban barulah kita persoalkan kenapa hidup ni tak adil, kenapa orang lain lepas tangan, etc.
Bila tengah senang, kita anggap itu berkat sebab kita dulu pernah buat baik.
Oh, perasannya!

Nak buat, buat.
Taknak buat, tak payah.
Kalau buat tapi lepas tu ungkit-ungkit, baik takyah buat.
Hati kita pun tak sakit, telinga orang yang mendengar pun tak bingit.


2018-10-17

Kenapa ada jahat


"Kalau Allah tak suka orang buat jahat, kenapa Allah izinkan kejahatan wujud?"

Ni soalan dari blog reader yang aku dapat bulan lepas.

Soalan ni tak salah, malah ada lojiknya.
Sebab Allah kan Maha Berkuasa.
Dengan kekuasaanNya yang tak terbatas, bukan susah sangat Allah nak hapuskan semua kejahatan yang ada kat dunia ini.

Tapi, sebelum kita tanya kerja Tuhan, apa kata kita tengok dulu kerja kita.

Allah dah bagi kita akal dan kebebasan untuk memilih.
Kita diberi kebebasan untuk memilih.

Contohnya soal jodoh.
Kita diberi kebebasan untuk pilih bakal suami/isteri.
Kita diberi kebebasan untuk tentukan siapa yang akan jadi partner hidup kita.
Nak yang alim?
Nak yang cantik?
Nak yang solehan?
Nak yang soleh?
Nak yang kaya?
Nak yang biasa-biasa?
Silakan pilih.

Contoh lain, agama.
Semua orang diberi pilihan pilih sendiri agama yang dia suka.
Kau percaya agama A, silakan pilih A.
Kau percaya agama B, silakan pilih B.
Pilih.

Kalau Allah nak, tak susah pun Dia nak seragamkan manusia untuk percaya kat satu agama je.
Tapi disebabkan Allah dah bagi akal, jadi manusia boleh memilih.
Pilihlah samada nak buat dosa atau pahala.
Pilihlah samada nak jadi baik atau jahat.

Jadi, adakah Allah yang cipta kejahatan?

Dah tentu TAK.

Kejahatan tu wujud sebab kita yang pilih untuk buat jahat.
Kalau takde sorang pun manusia yang pilih untuk buat jahat, dah tentu kejahatan takkan timbul.

Tapi isunya sekarang, kenapa Allah izinkan kejahatan berlaku?

Izin tak bermakna redha.
Allah sebenarnya konsisten dengan apa yang Dia ciptakan.
Dia dah bagi manusia kebebasan untuk memilih, maka secara lojiknya Dia takkan campur tangan dengan pilihan yang kita dah buat.
Kalau Dia campur tangan, nampak Dia tak konsisten pulak bila Dia bagi kita hak untuk memilih tapi lepas tu Dia nak hapuskan kejahatan.
Kan tak konsisten namanya tu.

Nak bagi senang faham ginilah.
Sebenarnya Allah tak really membenarkan manusia buat jahat, Dia hanya "menghormati" pilihan manusia saja.

Tapi kena ingat!
Walaupun Allah tak kacau pilihan manusia untuk buat jahat, Dia dah awal-awal keluarkan larangan dan perintah.
Kalau ikut perintahnya, dapat pahala.
Kalau buat larangannya, dapat dosa.

Bila ada pilihan antara pahala dan dosa, bermakna manusia tak diciptakan untuk buat dosa.
Manusia jadi berdosa bila manusia sendiri memilih untuk buat dosa.
Kalau manusia pilih untuk buat baik, dah tentu dia takkan sengaja pilih untuk dapat dosa.

Contohnya corruption.
Ramai yang terjebak dengan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.
Allah ke yang jadikan corruption?

Tak.

Sebab dalam agama, kita dah disuruh untuk amanah dan jujur.
Tapi disebabkan manusia yang memilih untuk jadi corruptor, then that's your choice.
Dan setiap pilihan ada risikonya dan risiko buat jahat adalah dosa dan neraka.
Maksudnya ada balasan buruk yang menanti.

Neraka pun jangan anggap neraka kat akhirat tu je.
Dunia pun ada "neraka"nya.

Pernah dengar orang yang kaya harta berlimpah duit makan tak abis tapi keluarga porak-peranda, hidup tak tenang, hati penuh dendam?
Bagi orang yang berada dalam situasi tu, itu pun namanya neraka.
Maksudnya, bila hidup penuh dengan dosa, balasannya adalah hati tak tenang, selalu gelisah, hidup kucar-kacir.

Lagi satu contoh paling mudah nak faham - mengutuk.
Kita tau mengutuk tu perbuatan jahat.
Tapi kadang-kadang dalam pada kita tau tu kita tetap buat jugak.
In fact dalam kebanyakkan waktu, kita buat jahat bukan sebab kita tak tau, tapi sebab kita nak buat jugak.
Maksudnya kat sini, kita yang pilih untuk buat, tapi kita memilih tanpa gunakan akal.

Jadi bolehlah kita simpulkan yang Allah tak cipta dan tak juga allow kejahatan.
Allah dah halang kita buat jahat melalui firman, melalui perintah, melalui larangan, melalui gambaran seksa kubur dan gambaran tentang neraka.
Cuma manusia je yang salah gunakan hak kebebasan memilih tu.
Jadi, kalau kejahatan berlaku, jangan question kenapa Allah izinkan, tapi tanya kenapa manusia pilih untuk buat jahat sedangkan dah dibagi akal untuk fikir mana baik mana buruk.