2026-08-16

JANGAN MISKIN


Ya, aku ni nama je duduk Bandar Baru Bangi. Duduk rumah batu. Mak bapak bukan kerja kampung. Tapi kitorang ni dulu kategori miskin bandar.

Rumah parents aku hanya basic saja. Sejak pindah rumah tu dari kecil sampai ke hari aku kawen, takde satu pembaharuan pun pada rumah. Masih kekal rumah basic yang sama. Takde renovate apa semua. Bilik tido aku kekal takde kipas siling sampai hari aku kawen. Sebab tu masa kawen bilik pengantin pakai bilik Mak Aji, sebab bilik tu je ada kipas siling. Itupun berpeluh masa bersiap.

Bila aku cakap orang tak percaya. Sebab nampak macam mak bapak aku kerja kerajaan, bukan kerja kampung.

Mak Aji and Pak Aji memang makan gaji, tapi dorang bukan lepasan ijazah. Pak Aji pegawai tanpa ijazah. Gajinya tak besar mana. Mak Aji kerani. Sijil HCE (SPM). Kau expect kitorang kaya macamana duduk bandar tu? Tu pasal nak tusyen pun sampai merayu. Nak buku latihan pun susah dapat. Baju baru pun setahun sekali je berganti. Lagi banyak pakai baju free. Bukan sebab taknak beli, tapi memang tak mampu.

Aku ni dulu orang panggil Maskot tau tak? Maskot Nestle. Maskot Milo. Maskot Jauhi Dadah. Maskot Seong Chong Mini Market pun ada! Sebab baju-baju aku semua yang dapat free.

Bila aku cerita aku pakai simis yang sama dari Darjah 4 sampai Darjah 6, orang rasa aku buat cerita. 

Bila aku cakap kena ejek sebab pakai basikal buruk, kereta bapak aku buruk, pergi open house pakai baju buruk, kau ingat aku buat cerita ke, nok? Takde masa aku nak mereka-reka cerita. 

Aku rasa budak yang duduk kampung pun tak pernah kena hina macam aku dek kerana tak berduit.

Ni aku cerita zaman 80-90an dulu, ya. 

Miskin bandar jauh lebih miskin dari miskin kampung. Orang kat bandar mungkin ada gaji tetap. Yang duduk kampung mostly kerja kampung.  Tapi, gaji tetap tu tak boleh dibandingkan secara kasar without looking apa yang dapat dibuat dengan jumlah gaji tu.

Kat bandar, dah tentu-tentu kena beli rumah. Bulan-bulan bayar loan rumah. Bil letrik and air lagi.

Pak Aji pakai kereta. Tol lagi, minyak lagi.

Belanja barang dapur, sekolah anak-anak, and segala tok nenek perbelanjaan lain. Nak bagi mak bapak kat kampung duit bulan lagi. Sebulan sekali kena balik kampung pulak tu. Semua pakai duit.

Masa Mak Aji pergi haji tahun 2001, aku dah kerja (tapi belum grad). Dia tinggalkan kad ATM untuk aku pegang in case emergency. Dah gaji dia mintak aku keluarkan certain amount. Aku pun cucuklah. Dalam tu tak sampai RM2500. Maknanya gaji mak aku around tu je. Padahal masa tu aku dah 23 tahun, ya. Maknanya gaji dia masa kitorang masih sekolah jauh lebih rendah.

Pak Aji pun gaji tak besar. Kalau besar, takdelah kitorang cuma berbaju baru setahun sekeli je. Tu pun beli kat bakul longgok-longgok. Tak merasa beli baju yang gantung-gantung tau. 

Kalau mak bapak aku gaji besar, paling tak, mesti kitorang merasa pegi bercuti ke mana-mana. Tapi tak. Sepanjang bersekolah tak pernah macam orang lain dapat pergi bercuti. Cuti kitorang hanya balik kampung. Dapat merasa pergi tengok tempat orang pun sebab tumpang Pak Aji outstation. Kalau dia dapat bilik sorang, berangkutlah kitorang pergi sekali. Kalau tak, duduk je rumah.

Jurang miskin bandar dengan kaya bandar sangat besar. Tahun 80an dulu, Bandar Baru Bangi ada 1 saja sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Bandar ni diapit oleh 2 uni - UKM and UPM. Kebanyakan lecturers berstatus Dr and Prof duduk Bandar Baru Bangi. Maka anak-anak dorang bersekolah di sekolah yang sama dengan aku yang miskin ni. So kau boleh imagine tak jurang kekayaan tu sangat besar. 

Berbanding miskin kampung, jurang kekayaan tak besar. Sebab orang kampung yang miskin maybe sama-sama hidup sederhana dengan jiran-jiran yang lain. Tak ramai miskin kampung yang kena hadap orang yang hidupnya 10 kali lebih senang daripada dorang. 

Tapi miskin bandar, kau miskin di tengah-tengah orang kaya. Everyday kau nampak apa yang kau tak mampu ada. Sebab itu jadi miskin bandar lebih perit. 

Setiap kali Pak Aji dapat gaji, kitorang gi KL. Padahal duduk Bangi, tapi nak pergi KL pun kena tunggu gaji. Tu pun bukannya shopping. Cuma bersiar-siar melenguhkan kaki round-round Kompleks Dayabumi, lalu depan CM tengok barang, lalu Jalan TAR. Hujung-hujung makan kat Campbell. 

Campbell tu food court warung-warung. Setiap kali dapat makan sana, aku akan order Nasi Ayam. Always nasi ayam. 

Why?

Sebab tak berani nak try menu lain. Takut tak sedap. Kalau tak sedap nanti rugi. Dahlah sebulan sekali dapat makan macam ni, terpilih yang tak sedap pulak, naya. Bila aku dah pernah rasa nasi ayam, terus aku order nasi ayam je. That's how aku maximizekan peluang yang ada. 

Sebab apa? 

Sebab miskin.

Kalau dapat peluang beli baju baru (time raya), nak memilih baju pun ambil masa lama. Padahal suruh beli sehelai je pun, tapi kena betul-betul pikir. Supaya tak rugi. Sebab nak merasa baju baru cuma sekali setahun. Jadi aku kena buat pilihan yang betul supaya dapat maximizekan penggunaan. Baju tu kena sesuai pakai raya, sesuai pakai jalan-jalan and boleh mix and match dengan baju lain. Itu cara aku maximizekan peluang. 

Sebab apa? 

Sebab miskin.

Kau pernah tak mak pesan "Jangan makan ikan banyak sangat, nanti perut ada cacing"

Pernah tak mak pesan "Kalau makan tak habis, nanti makanan tu menangis sambil sumpah kau"

Itulah cara orang miskin berjimat. Terpaksa tipu anak. Supaya anak tak makan banyak ikan. Supaya anak tak cedok banyak lauk. Boleh jimat lauk.

The thing is, dua ayat tu aku masih percaya sampailah dah kawen. Aku mati-mati ingat banyak makan ikan nanti perut ada cacing. 

Masa makan dengan ofismate, dia order banyak lauk. Aku cakap "Tak habis nanti macamana?"

Dia jawab "Kenapa nak kena habiskan? Makan je lah sampai rasa tak boleh nak makan lagi, stop"

Balik rumah tu aku teringat-ingat ayat dia. Aku realized banyak nasihat yang aku terima masa kecik sebenarnya bukan fakta. It was basically my parents’ survival strategy. Itu beza paling besar hidup dalam scarcity dan hidup dalam abundance.

Tahun 1989 (Darjah 6), 3 orang kawan sekelas aku buat persembahan atas pentas. Dorang main pianica (melodica). Ini alat muzik macam keyboard yang ada tube untuk kau tiup. Itu first time aku kenal that pianica. Masa tu aku terpikir, macamana dorang tahu main ni? Masa bila dorang belajar? Kenapa tak pernah nampak pun menatang ni dalam bilik muzik?

Aku pun masuk bilik muzik nak check. Takde. Rupanya itu dorang sendiri punya. Kawan-kawan aku ada pianica dan pandai main, jadi cikgu mintak dorang perform a group untuk main atas stage. Punyalah naifnya aku ingatkan pianica tu ada dalam bilik muzik. Kau ingat benda tu murah macam rekorder kau ke, Diana?

Itulah bezanya bila kau kaya. Ada duit. Kau berpeluang belajar kemahiran berbeza. Di saat orang lain hanya ada rekorder, kau ada pianica. Barulah wow.

Aku tak kecik hati bila cikgu buat performance pianica. Cuma aku terpikir kenapa buat performance guna alatan yang kita tak belajar kat sekolah? Kenapa tak buat satu pasukan main rekorder atas stage, bukan ke itu lebih praktikal sebab kita semua belajar rekorder at school. Tapi ye lah, itu kemahiran yang kawan-kawan aku ada, memang patut diraikan juga. 

Masa exam rekorder, orang lain main ikut lagu dalam buku teks. Aku main lagu The Green Green Grass of Home, okeh! Pak Aji banyak buku muzik, aku prektis pakai buku Pak Aji.

Kau rasa kenapa aku prektis lagu tu? Padahal lagu tu susah.

Sebab...aku perlukan something yang berbeza untuk cikgu kagum kat aku. 3 orang kawan aku tadi dah tentu-tentu cikgu favor. Aku tak katalah cikgu bias. Tak. Cuma bila kau ada kelebihan bermain alat muzik lain, kau dah ada "markah lebih" di hati cikgu. Cikgu tahu kau boleh bermain alat muzik. 

Aku on the other hand takde kemahiran yang kawan aku ada. Nak berdengki buat apa, kan. Jadi aku belajar lagu lain. Tak nak main lagu yang dalam buku teks. Main lagu lain so that waktu exam, cikgu akan nampak aku berbeza dari yang lain. And aku berjaya buktikan tu.

Ini namanya apa anak-anak Gen Z?

Ini namanya SLAYYYYYYYYY.

Kahkahkahkahkah. 

Lagi satu, beza miskin bandar and miskin kampung, orang miskin bandar terpaksa beli almost semua keperluan asas. Sayur. Ayam. Ikan. Beli.

Kat kampung, kalau sesak-sesak boleh gak beli beras 1 kg kat kedai runcit. Kat bandar paling minimum kena beli 5 kg terus.

Orang kampung Pak Aji (kat Muar), ayam ambil bawah rumah. Sembelih.
Telur ambik bawah rumah.
Sayur petik kat kebun.
Pisang and ubi nak minum-minum petang, ambil belakang rumah.
Arwah nenek aku kopi pun tanam sendiri, ya.

Orang miskin kampung, at least dorang ada aset semulajadi yang boleh kurangkan kos tunai. Kat bandar, semua kena beli.

Orang miskin kampung nampak je tinggal rumah kampung yang sederhana, tapi rumah tu milik sendiri. Dibuat atas tanah sendiri. Turun-temurun dari mak bapak. Orang miskin bandar, kerja macam nak rak everyday just untuk bayar hak untuk ada tempat tidur.

Kadang-kadang orang terlepas pandang. Nampak yang duduk bandar ni gah, kerja opis besar, pakai kereta. Realitinya, orang miskin bandar kena keluarkan duit hanya untuk pergi kerja.

Contoh, nak pi kerja paling-paling kena naik LRT. Kena bayar tambang.
 
Yang pakai motor and kereta, kena bayar ansuran, petrol, tol, parking, maintenance.

Tu semua duit.

Carpool pun pakai duit, ya. Mak Aji dulu tumpang kereta jiran yang kerja sama tempat. Takkan tumpang free. Kenalah bayar. 

Pak Aji duduk Bandar Baru Bangi, tapi kerja kat Shah Alam. Kau imagine dia punya belanja besar mana. Dengan jauhnya, dengan petrolnya, dengan penatnya lagi berulang everyday. 

Maksudnya, sebahagian daripada pendapatan digunakan untuk perbelanjaan mendapatkan pendapatan.

Tu pasal banyak benda yang dorang kena cut. Benda macam tusyen. Tak perlu. Belajar je sendiri.

Buku latihan and rujukan. Tak perlu. Guna je buku teks.

Aktiviti sukan. Tak payah libatkan diri. Sebab nanti kena beli sport shoes. Mahal.

Baju baru. Tak payah. Bukannya pergi berjalan macam orang lain nak bercantik-cantik. Pakai je baju-baju free.

Form 2 aku dapat offer jadi pengawas. Mak Aji tak kasi, sebab pengawas kena pakai baju and kasut lain. Banyak pakai duit. 

Form 3 lagi sekali aku dapat offer. Kali ni cikgu sekolah direct call Pak Aji (sebab cikgu tu kawan dia masa kat Maktab). Pak Aji terpaksa bersetuju. 

Selepas SPM, kawan-kawan aku naik Form 6, aku tak. Bukan sebab tak nak, tapi sebab takde baju nak pakai. Form 5 aku pengawas. Tak pakai baju kurung putih. Maknanya kalau nak masuk Form 6, semua kena beli baru dari baju sampai ke kasut. Mana ada duit. Dibuatnya dapat offer ke uni, mengamuk Mak Aji karang membazir beli baju sekolah. 

Jadi miskin bandar ni, semua benda buatkan aku terpaksa pikir panjang sebelum beli something. Apa yang aku beli, kena pastikan boleh maximizekan penggunaan. Sebab tu aku cakap jadi miskin ni penat. Benda yang tak perlu pikir, kau kena pikir panjang.

Jadi anak orang kaya macam En Wan senang. Nak beli baju? Beli je. Takyah pikir nak pakai waktu bila. Beli dulu, pakai kemudian.

Nak makan? Beli je. Takyah pikir sedap ke tak. Tak sedap, beli lain.

Nak beli mainan? Nak bungapi? Beli je. Tak habis, boleh main tahun depan.

Bayangkan dia boleh beli sport car at age 19. Apa dia pikir eh beli sport car selamba gitu? Aku umur 19, nak beli moisturiser Oil of Ulan pun pusing kedai 5 kali. Pegang, letak. Pegang, letak. Punyalah kena pikir masak-masak berbaloi tak beli. Ada chan tak kalau aku pakai ni esok jadi putih macam Lady Di? Gitu aku pikir. 

En Wan nama je duduk kampung, tapi kaya. Aku nama je duduk bandar, tapi miskin.

JANGAN MISKIN. 

Tak perlu kaya sangat, cuma jangan miskin. Miskin ni penat. Kau punya effort tu 10 kali ganda dari orang lain. Kau kena banyak guna tenaga sebab kau tak mampu keluarkan duit. Kena sentiasa bagi ruang pada orang lain. Sentiasa mengalah. Tapi nasib baik aku tak lembik. Even growing up with so little, I didn’t turn out soft. Tak tahulah mana datang stubborness ni. Aku syak aku ada keturunan Baahubali.

That's why aku baran bila ada isu tentang miskin, especially yang suka meminta-minta. Kau jangan ingat kau sorang je miskin. Aku pun pernah miskin. Aku pun pernah hidup serba kurang. Aku pun pernah kena hina, kena bully, kena ejek sebab mak bapak tak kaya. So kau jangan nak berdrama sangat. Especially yang meratib, "Ada tak sesiapa nak belanja saya makan ayam gepuk, saya suri rumah mengandung teringin, tapi suami belum gaji".

"Kesian anak, hari ni birthday dia. Ada tak sesiapa nak belanja kek?"

Kau jangan sampai aku terajang puki kau. Beralih ke lutut nanti.
Dahlah miskin, mindset dan perangai tu janganlah miskin sama!