2024-03-29

Adab tu sepatutnya by default dah install dalam diri. Ia bukan satu pilihan. It is a must.


Nak menghabiskan musim anak-anak masuk boarding school ni, selagi musim ni tak settle, selagi tu ada saja nampak post "SEKOLAH HARIAN PUN OK", "BUKAN SEMUA YANG MASUK SBP TU BERJAYA", "SAYA SEKOLAH KAMPUNG, BOLEH JUGA PERGI OVERSEAS".
Memang ini topik wajib bincang setiap tahun, selain topik Susu Ibu vs Susu Formula.

Dia macam ni tau.
Kalau pandangan tu bersifat fakta dan teknikal, tak apa.
Ini tak. Jenis yang komen:

“Saya sekolah harian je. Dapat je pergi overseas”

"Tak pandai sangat tak apa, yang penting beradab"


Ya. Bukan kau sorang sekolah harian dapat pi overseas.
Laki aku pun sekolah harian kat kampung. Lepas juga ke overseas.
But this is not about berjaya ke luar negara atau tak.
The topik now is mak bapak nak anak mereka masuk boarding school. Itu saja.
Dah kenapa kau melalut ke berjaya, ke adab, ke jaga solat, ke boleh menjaga orang tua. Gegirl keliru!

Kau bersekolah harian, atau kau nak anak kau bersekolah harian — itu adalah pilihan kau. Takde siapa kisah.
Mak bapak yang berharap anaknya dapat panggilan ke MRSM for 3rd and 4th intake, itu pilihan mereka untuk anak mereka.
Takde sebab nak bitter kat parents yang berharap anaknya dapat panggilan ke SBP/MRSM selepas raya nanti.
Tak kacau line anak kita pun.

Berbulu je aku dengan netizen yang cakap “tak pandai takpe, janji beradap”.
As if semua yang pandai tu belum tentu beradap, dan yang tak pandai pasti beradap. Gitu?

Pendapat berbeza, tak apa.
Tapi jangan menormalisasikan anak-anak tak payah bersungguh-sungguh belajar, hanya tumpu pada akhlak semata-mata.
Kau sorang tak pandai cukuplah.
Jangan pengaruh orang lain jadi macam kau.

Look. Ada orang percaya intelligence is the key to success.
Dan ada juga yang percaya adab play a more significant role.
That’s fine kalau itu yang kau percaya.
But to me, kenapa kena pilih-pilih?
Kenapa tak tapau dua-dua terus?

Pertama, tengok kepentingan kecerdasan (intelligence).
Hat ni tak payah disangkal.
Intelligence is essential. Why?
Kerana intelligence membantu selesaikan masalah, bantu buat keputusan, bantu kita berfikir secara kritis.

Someone yang ada IQ tinggi selalunya dilihat sebagai someone yang cekap, knowledgable, and capable of achieving success.
However, cerdas saja tak cukup sebab kita hidup secara berkumpulan.
Dalam kebanyakan hal, kita perlu bekerja sama dengan orang lain.
Maka komunikasi, kerjasama, kemahiran sosial dan ADAB adalah sama pentingnya.

Adab is something yang membantu orang berkelakuan wajar dan hormat pada orang lain.
Those yang possess good manners selalunya dilihat sebagai polite, berbudi bahasa, dan disenangi.
Tapi hidup di zaman sekarang, dalam environment yang pentingkan keputusan akademik yang bagus untuk melangkah ke Uni, keputusan yang bagus untuk dapat scholarship, keputusan yang bagus untuk dapat kerja yang baik — kita tak boleh nafikan kepandaian dan ilmu are the most important qualities yang perlu ada dalam setiap orang.

Tak boleh simply cakap "Tak pandai tak apa, janji beradap". No.
Sekarang bolehlah kita cakap gitu sebab kita dah berada di zon selesa.
Awal-awal nak cari kerja dulu cuba kau bawak adab semata-mata pergi interview tengok kerja apa kau dapat.

Cuba tanya orang yang dah kerja 10 tahun, tup tup junior masuk dengan gaji yang lebih besar dari dia.
Kau tanya dia apa dia rasa.
Orang-orang ini tahu kelebihan menjadi pandai dan berilmu because mereka nampak impak tu kat mana.


Komen di atas adalah buktinya.

Masa En Wan masuk kerja dulu, dia fresh grad. Takde pengalaman.
Tau-tau masuk as engineer and lead a group of people.
Kau agak, orang bawahan yang dah kerja 5 tahun tak rasa apa-apa ke kena duduk bawah budak berhingus?
Tapi itulah hakikat realiti.
Kelayakan akademik always menjadi jalan cepat untuk dapat post yang bagus.
Kalau ada kelayakan akademik DAN pengalaman, lagilah bagus.
Tambah pula dengan adab yang bagus, cepat kau naik.
Sebab tu ramai pekerja ambil short courses dan sambung belajar.
Sebab mereka faham sangat keperluan menambah sijil.
Pengalaman dan kepakaran perlu dibuktikan dalam bentuk sijil.

Isu sama ada manners are more important than being smart akan selalu dimainkan saban tahun.
Tapi pernah tak kita renungkan, apa pun perdebatannya, setiap tahun syarat kemasukan ke universiti semakin ketat, syarat nak shortlisted ke program biasiswa semakin tinggi, dan requirement untuk diambil bekerja semakin susah. Why?
Because macamana kuat kita berhujah adab lebih penting dari bijak, dunia tetap memilih bijak.

Adab bukanlah sebuah pilihan.
Tak kira bijak atau kurang bijak, kau kena beradab.
Tetapi menjadi bijak adalah BONUS.

Bukanlah makna kata kena jadi bijak sangat.
Cuma, janganlah sampai mempromote bahawa "bijak tu tak penting, yang penting adab". Ini salah. Sangat salah!

Adab is crucial dalam kehidupan seharian, malah lebih berharga dari menjadi bijak.
Sopan, ada rasa hormat, ada timbang rasa — these qualities are priceless.
Bila ada adab yang baik, it improves our relationships, our professional advancements, dan tingkah laku sosial keseluruhannya.
But like I said earlier, good manners alone are not enough in today's world.
Adab bukanlah pengganti kepada skill dan kualiti yang diperlukan untuk seseorang berkembang maju.

Kenapa adab saja tak cukup?
Because it is no longer a rare commodity.
Zaman dulu, memiliki adab bagus dan akhlak baik akan buatkan kau menonjol daripada orang lain.
Dulu, people yang posses good manners were highly valued. Dulu. DULU.
Now, memiliki adab dan akhlak yang baik semata-mata tak lagi dianggap luar biasa. Kenapa?
Sebab sekarang ni orang tengok banyak benda.

Dia macam ni tau.
Dulu, tahun 1989 nak masuk boarding school, tak perlu memohon.
KPM yang select dari keputusan UPSR.
Sebab dulu budak pandai belum ramai.
Yang bijak adalah species rare.
Seiring dengan zaman, budak-budak pandai semakin ramai.
Selection ke boarding school dah tak boleh dipilih dari score akademik semata-mata.
Dah tengok aktiviti koko, sukan, penglibatan luar sekolah, achievment lain.
Tak cukup dengan tu, dorang kena lalu interview pulak tu.

Tahun 1994, nak dapat scholarship ke overseas tak semestinya kena straight As.
Agregate 15 pun dapat.
Tapi sekarang, nak di-shorlisted untuk interview pun kena minimum 7As!
Itu hanya requirement untuk layak dipanggil interview saja tau, belum terpilih lagi.

Dua tahun lepas, program Young Talent Development Programme (YTP) yang memohon 14,000 orang.
Maknanya 14,000 ni semuanya minimum SPM 7A.
Kalau dah sampai 14,000 pemohon, camana nak pilih?
Maka budak-budak ni kena lalui asessement and interview session.

Itu adalah bukti bahawa seiring dengan zaman, kehendak dah berbeza.
Dah tak sama macam dulu.
Begitulah dengan bijak and adab. Tak boleh pilih-pilih.
Kalau boleh tapau dua-dua, tapaulah. Jangan beri pilihan.
Maksud aku, pasakkan dalam minda untuk usaha kejar dua-dua.
Tak bijak tak apa. Tapi jangan bagi pilihan “Takpelah tak bijak pun, janji solat jaga. Janji hormat orang tua. Janji ringan tulang tolong mak bapak”. WHAT IS THIS???

Again, aku emphasize.
ADAB BUKAN SATU PILIHAN. Adab adalah satu kemestian.
Tapi kita tambah dengan intelligence.
Bukannya pilih salah satu!

Di zaman sekarang, orang memilih kita bukan semata-mata tengok adab.
Nak anak orang pun bakal mertua tanya dulu “Kerja apa?”.
Dah tentu bakal mertua nak menantu yang baik. Yang beradab.
Hat tu tak payah tanya. Semua orang suka orang yang baik.
Tapi dah tentu seronok kalau menantunya belajar bagus, kerja bagus. Betul tak?

Maybe yang belum ada anak umur 20an tak nampak lagi benda ni.
Aku dah mula nampak.
Di kalangan kawan-kawan aku ada yang anak-anaknya dah bercinta. Dah kenal-kenal keluarga.
Aku as kawan so excited “Orang mana bakal menantu kau? Belajar sama ke? Kerja apa?”

Rupanya inilah perasaan mak-mak kita dulu masa kita kenalkan boifren.
Nak menantu yang baik tu dah tentu.
Kita as pasangan pun of cos nak bakal suami/isteri yang baik.
But on top of that kita pun tak sebat sebarang orang, betul tak?
Kalau ada qualities lain, why not?

Like I said, adab tu sepatutnya by default dah install dalam diri. Ia bukan satu pilihan. It is a must.
Jadi, bila orang cakap "Tak pandai pun takpe, janji ada adab", atau "Tak masuk asrama pun takpe, akak dulu pun sekolah biasa, now berjaya" -- Halo? Dia nak anaknya masuk boarding school sebab mahu anaknya berada dalam persekitaran yang dia percaya boleh membantu anaknya jadi lebih baik. Itu saja. Yang kau melalut tak ketahuan dah kenapa?

Ni contoh orang bitter.
Tengok video anak-anak orang sambung belajar ke overseas, dia panas hati.
Inilah contoh masa sekolah tak nak belajar, bila orang lain berjaya, dia dengki.

Set-set yang melaung-laung cakap "Tak belajar tinggi pun takpe, janji beradab" lebih kurang gini gak perangainya.
Bila anak orang lain diraikan, dia panas hati.
Padahal dia yang memperjuangkan "Tak pandai takpe". 
Patutnya bila kau perjuangkan apa yang kau percaya, just be contentlah dengan apa yang kau laungkan.
Just as they are happy with what they choose, you should be happy with what you choose. Don't be bitter.

By the way, program JPA tu ada je offer tak kira bangsa.
Kalau kau layak, kau dapat.
Bila kau tak dapat, jangan sakit hati orang lain dapat.
Rilekslah. Jangan bitter dengan anak orang.
Anak aku pun sekolah harian. Kita lalu lane kita dah.


2024-03-26

Orang yang dah biasa makan sedap, mereka akan terus berusaha untuk makan sedap


Screenshot atas tu, berkenaan dengan satu video orang have-have berbuka puasa dengan makanan best.
Anaknya makan makanan western.
Maka seorang marhaen pun telah bitter, lalu menyuruh di bapak ajar anaknya makan makanan orang susah.

HAHAHAHAHA. SERIOUSLY??

Tak, sekarang ni makanan orang susah tu macamana?
Macam kau anak-beranak makan kat rumah ke?

What is wrong with people?
Hamba Allah tu berbuka puasa makan sedap-sedap pun jadi masalah kat dia.
Lantaklah dia nak bagi anak-anaknya makan apa.
Kalau dia mampu bagi keluarganya makan sedap, kenapa mesti bagi makanan orang susah pula?
Entah-entah dalam crowd dia, yang dia makan tu adalah makanan orang susah. Mana kita tahu kan.

Secara lojiknya, kita semua as parents nak ke anak merasa susah?
Ada ke mak yang mampu bagi makan ayam goreng tapi sengaja bagi anak makan ikan masin tanpa sebab? Ada ke?
TAK ADA!

Tak ada parents yang mampu bagi anak makan spageti aglio olio with grilled salmon, tapi bagi anak makan nasi with telur mata bubuh kicap tak tahu hujung pangkal.
Aku as mak, everyday mikir apa nak masak untuk anak and suami.
Especially bulan puasa ni.
Mesti nak hidang yang sedap-sedap.
Kalau ada ayam, makan ayam.
Ada ketam, buat ketam.
Ada sotong, buat sotong.

Apetah lagi anak yang picky eater macam Rayyan.
Kalau dia berselera makan satu benda, aku cuba usahakan hari-hari bagi dia makan tu. Asalkan makan.
Yang kau, mampu bagi keluarga makan sedap, tapi sengaja bagi makanan orang susah. Akal kau ok ke tak?
Lainlah kalau Hamba Allah tu makan sedap tapi tak habis.
Lojiklah nak tegur, "Kesian dengan orang susah takde makanan".
Tapi ni Hamba Allah tu makan habis! What's wrong with that?

Sepanjang bulan puasa ni Rayyan lansung tak makan nasi putih.
Dia memang tak berapa makan nasi putih with lauk.
Kalau nak bagi makan nasi, mesti nasi yang bertumis macam nasi ayam, nasi goreng, nasi beriyani.
Tapi antara semua, dia paling suka nasi goreng.
Sama ada "nasi goreng mama", atau nasi goreng paprik.
Nasi goreng aku cuma nasi goreng bodoh je, hanya letak telur, tapi dia suka.
Jadi, everyday berbuka pun itu, bersahur pun itu.
Sesekali belikan nasi goreng paprik.

Ni sejak 2 hari lepas dia dah jumpa karipap yang dia suka.
Client En Wan hari tu bagi sebekas karipap frozen, ada 10 biji.
Sedap pula kat tekak Rayyan.
Hari ni aku order 4 bekas terus.
Kena bayar Grab sampai RM26.
I don't, janji anak aku ada benda nak berbuka hari ni.

Mak bapak normal akan bagi anak makan apa yang dia mampu.
Takde mak bapak yang mampu bagi makan sedap tapi hidangkan makanan "orang susah" kat anak (???). Gila.

Benci sebenci-bencinya aku dengan orang yang komen macam tu.
Jenis tak boleh tengok orang lain hidup selesa.
Ada je akal dia nak buat orang rasa bersalah.
Kalau aku dapat pengkomen gini, hari-hari aku up aku makan sedap.
Biar lebam kau hadap.
Pagi raya terus gila.

Orang yang dah biasa makan sedap, mereka akan terus berusaha untuk makan sedap.
Because they have accustomed dengan makanan begitu.
Kau jangan mimpilah nak tengok dorang makan makanan orang susah.
Kalau dorang makan ikan masin pun, ikan kurau masin masak lemak cili api letak telur, ya.
Bukan ikan kering buta-buta macam kita.

Jangan samakan susah kita dengan susah orang.
Semua orang ada susahnya, tinggal lagi dia tak tunjuk.
Kau tak payahlah bitter sangat tengok hidup orang kaya.
Dorang tu pun ada susahnya.
Tinggal lagi susah dorang maybe pada nak mencari modal besarkan bisnes, bukan pada makanan.


2024-03-25

Mencari yang terbaik is also closely related to pleasure and comfort.



Aku pernah buat blog pasal ni.
Aku cerita pasal En Wan.
Siapa ingat aku pernah cerita masa sebelum kawen, En Wan pernah lepak kat rumah aku (Mak Aji), then dia tanya "Kenapa TV rumah Di kecil?"

Terkejut aku.
Tak sentap, tapi terkejut.
Sebab dalam dunia aku ketika itu, having a television dah kaya enough.
Dah meletakkan aku setara dengan orang lain yang mampu ada TV, walaupunnnn TV size paling kecil 14 inci besar monitor komputer.

Tahun 1999. En Wan bawa kereta Pak Aji.
Dia tanya benda yang sama, "Kenapa stereng kereta ni berat?"

Kereta Proton Saga keluaran tahun 1987, nokkk.

Cara En Wan tanya tak menghina.
Soalan dia tu macam iklas nau nak tahu jawapannya.

Lepas tu aku jadi tahu.
Of cos dia rasa pelik.
Tengoklah family dia macamana. Orang gaji pun 3.
Tahun 80a lagi dah ada orang gaji sampai 3 orang, kau rasa?

Takyah ceritalah TV dia besar mana.
Setiap bilik ada TV sendiri!
Rumah aku ada sebiji TV pun besar rahmat dah.
Takyahlah imagine nak TV sendiri.

Kereta arwah ayah dan adik-beradiknya dulu semua nombor plat 4748 (nombor rumah).
Tahun 80an nombor plat dah beli, kau rasa?

Pakai Benz siap ada driver.
En Wan jauh beza dengan adik-beradik yang lain. Beza berbelas tahun.
Jadi masa dia kecil, abang kakak semua dah pakai kereta sport.
Sebab tu En Wan di Jepun cenderung pakai kereta sport.
Bukan sebab pengaruh Jepun, tapi dari kecil dia lihat keluarga pakai kereta sport.

Aku pulak tak pernah ada cita-cita nak beli kereta.
Sebab dalam keluarga aku, hanya Pak Aji sorang tahu bawa kereta.
Kereta pun ada sebiji.
Aku membesar dengan mindset, bukan cita-cita aku untuk ada kereta.
Itu cita-cita orang lelaki.

One day kat sekolah kawan-kawan bersembang pasal favourite car.
Sorang kawan aku cakap (perempuan), her favourite car is Pajero.
Bila besar nanti nak beli Pajero katanya.

Kecil-kecil lagi dia dah ada kereta impian.
Itulah impaknya when you're surrounded by a mindset that's all about being successful.
It pushes you to dream big.
Yang aku, itulah pertama kali aku dengan Pajero.

Bila tengok video tadi, aku sangat faham apa yang budak tu maksudkan.
Dia tak memaksudkan orang have-have memperlekehkan seseorang atau sesuatu.

Itulah pengalaman aku dengan En Wan.
Walaupun En Wan orang kampung, dia bukan orang susah.
Dia tak pernah kenal susah.
Dia pelik bila aku takde buku-buku latihan untuk buat latih tubi semasa sekolah dulu.
Dia on the other hand terlalu banyak buku latihan sampai tak habis buat.

Dia pelik dengar kesusahan aku.
Aku pula pelik tengok kemewahan dia.
Like, seriouslah ada orang kaya macam ni?
Even kat Bandar Baru Bangi, yang penduduknya ramai pensyarah berjawatan Prof, takde lagi aku nampak anak-anaknya pergi sekolah driver hantar.
Tapi En Wan, pergi skolah driver hantar.

Aku tak pernah ke luar negara sampailah dah kawen dengan En Wan.
Singapore tu tak acilah, itu kampung mak aku.
Fukuoka pun tak kira sebab itu pergi bukan untuk holiday, tapi dihantar untuk jadi duta kecil negara.
Tapi, mok mertua aku dah sampai Jepun, dah sampai Taj Mahal, dah sampai Mekah, dah keliling Malaysia, pada tahun 80an lagi.
Aku dapat piring Noritake mok beli tahun 80an masa dia ke Jepun.
Itu pun mok kata banyak set Noritake dia dah bagi orang.
Maka sebelum dia bagi orang lagi, baik aku ambik dulu. Kahkahkah.

Mok dengan arwah ayah pergi Mekah tahun 80an dengan rombongan Sultan Terengganu tau.
Kali kedua dia buat haji dengan rombongan geng-geng menteri pulak.
Tahun 70 dan 80an kalau mampu buat haji, memang dikira orang yang kaya.

Aku pernah cerita En Wan cakap baju raya dia stok untuk 1 minggu, kan?
Dia tak melawak, ya. Aku dah konfemkan dengan mok.
Memang betul.

Aku dengar macam, baju raya stok 1 minggu?
Kau beli baju ke, beli mall?
Aku ni setiap tahun baju baru cuma beli 2 kali - baju sekolah dengan baju raya.
Other than that, takde baju baru.
"Baju baru" aku adalah bila cousin-cousin Singapore buat spring clean.

Baju raya aku adik-beradik hanya 1 baju tradisional and satu baju moden.
Baju kurung takde pilihan. Tau-tau je dah siap.
Apa kain Mak Aji beli, itulah yang aku pakai.
Baju moden pula beli sepasang je, kat bakul longgok-longgok.
Itu pun dah seronok, selagi belum raya selagi tu aku mengetest hari-hari!

En Wan, sampai sekarang, at age 47, masih shopping baju raya - baju melayu and baju casual.
Some lelaki malas beli baju raya tiap-tiap tahun, kan?
Dia tak. Baju melayu sampai dah tak reti nak tempah warna apa.
Selama 24 tahun kawen, dah 24 warna baju melayu dah.
Dan baju-baju casual untuk raya tak boleh pakai selagi belum raya, ya.
Dia akan lipat and asingkan.
Beria aku gelakkan dia. Macam budak-budak!

Tapi itulah, dibesarkan dengan lingkungan yang serba ada ni berbeza.
Selain dari mindset berbeza, peluang, dan expectation dorang dalam kehidupan juga berbeza.
Bukan dorang mengada-ngada nak semua yang best-best sahaja.
Bila dibesarkan dalam persekitaran yang segalanya proper, of cos dorang only look for something better dari apa yang pernah dorang rasa.

Just like budak dalam video tu kata, dah biasa pergi scalling kat private, lain experiencenya bila scalling kat government.
Ini bukan memperlekehkan sesiapa, tapi suasana memainkan peranan.
Boleh buatkan kau trauma atau seronok.

Sama macam kau pergi holiday duduk kat good hotel with good food.
Otomatik lepas ni kau akan go for hotel yang offer at least the same accomodation.
Taknak yang bawah dari tu.

Dia kan umpama kau ada experience dengan exbf yang teruk, kau nak ke cari yang lebih kurang macam tu?
Konfem kau cari yang lebih baik dari banyak segi.
Bila mencari lebih baik, tak bermakna kau tak sedar diri.
Gitulah juga dalam aspek kehidupan yang lain.

Orang-orang kaya biasanya ada greater access to luxuries and advantages.
Ini termasuk exclusive services, high-quality products, dan pengalaman yang jarang boleh diakses oleh orang kebanyakan.
Sebab itulah dorang dah terbiasa dengan high standard of living and always seek the best in everything.
Jangan kecam dorang.
Selagi dia tak memperlekehkan kau, biarkan.

Lagi satu, bila ada keupayaan kewangan yang besar, allows them to choose the best and highest-quality options.
Jangan cakap orang have-have lah.
Kita yang marhaen ni sesekali dapat bonus, masa tu lah nak merasa beli tudung harga RM300.
Masa tu lah berani nak masuk designer boutique.
Masa tu lah sauk groceries tak tengok harga. Betul tak?
Itu kita yang marhaen.
What do you expect those yang dah accustomed to a high standard of living?
Dah tentu they opt for premium service saja.
Lagipun, mencari yang terbaik is also closely related to pleasure and comfort.
Mereka anggap best experiences or products bring them greater satisfaction.

2 hari lepas Siakap Keli (kalau tak silap) share post satu kejiranan pasang lampu lip-lap sepanjang jalan.
Lampu lip-lip pun bukan jenis yang halus.
Ni lampu gabak-gabak bulan dan ketupatnya. Meriah sangat.

Biasalah kat ruangan komen.
Ramai marhaen tersakiti.

"Membazir. Ramai orang yang tak berbaju raya tahun ni"

Look.
Orang-orang have-have ada kecenderungan untuk appreciate prestige.
Dorang memang suka benda-benda macam ni.
They feel satisfied dengan social image begini.
Sebab tu puak-puak ni tak berkira nak menyumbang demi mencantikkan tempat tinggal.

"Macamana pulak dengan bil letrik. Kongsi-kongsi ke?"

Halo? Kejiranan macam ni selalunya kau tak payah tanya.
Berebut masing-masing nak sponsor.

Bila aku baca komen-komen tersakiti ni, aku rasa orang yang berkemampuan lebih mesra, lebih tak kisah menyumbang, lebih tak banyak karenah.
Yang memekak ni selalunya dialah paling berkira.
Duit berkira. Tenaga berkira.
Tapi kalau sebut je benda free, dia yang paling awal sebat.


2024-03-21

Dah tak kuasa nak berketat-ketat lagi. Takde siapa nak tengok pun.


Halah halahhhhh. Asal aku buat video shaping brief je, mesti dapat soalan yang tak dijangka.
Hari tu orang tanya kenapa pakai shapewear tapi sarung baju besor.
Hari ni aku tunjuk pakai shapewear orang tanya "Macamana Kak Di boleh tahan diri dari pakai baju ketat?"

Entahlah, dik. Agaknya sebab dah tua.
Dah tak kuasa nak berketat-ketat lagi.
Takde siapa nak tengok pun.
Puas dah tunjuk segala benda time muda dulu.
Lagipun bila dah 40-an ni dah tak berapa cantik nak pakai too ketat.
Sebab, muka dah matang satu hal.
Kau slim macamana pun, kalau muka tu dah matang, takkan nampak secantik orang muda yang slim.
Lagi satu, kurus orang muda dengan kurus orang tua ni lain.
Kurus macamana pun kau di usia 40-an, badan tu dah jatuh, dik!
Tetek dah jatuh. Bontot dah jatuh. Allignment pun dah lari.

Salah satu penyebabnya, kepadatan tulang dah menurun.
Ini bagi efek pada postur badan kita.
Mana-mana orang sekali pun, be it model antarabangsa, walaupun dia masih nampak cantik di usia 40-50an, tetap takleh celen bentuk badan dia masa umur 20an. Ada beza.
Jangan ingat kurus takde lemak. Ada, ya!
Orang yang kurus umur 40-50an ni selalunya kurus sebab otot mengecut, bukan lemak yang berkurang.
Jadi walaupun dia kurus, kurusnya adalah kurus yang layu. Tidak solid.

Sebab itulah, kalau dah umur 40-50an, walaupun slim, walaupun pinggang 26 inci, toksahlah pakai ketat-ketat sangat.
Tak cantik mana pun.
Percayalah cakap aku.
Makin menonjolkan sisi badan yang dah jatuh lagi ada.
Elok-elok orang tak nampak tetek tu dah jatuh, bila kau pakai ketat, terus nampak tetek tu dah macam bentuk betik masak benyek tunggu masa nak menyembah bumi.

Tapi itu sekadar pandangan aku je tau.
Pandangan aku terpakai untuk diri aku saja.
Korang nak pakai apa pun terpulang.
Kalau beli Middellyf sebab nak nampak cantik bila menyarungkan baju kebaya atau dress, takde masalah.
Sebab salah satu tujuan pakai shapewear memang untuk bagi bentuk badan nampak lebih cantik.
Bila pakai Middellyf, at least babat-babat yang tersentil kat perut and pinggang tu jadi rata.
takdelah terbuai-buai bila berjalan.
Kita pun jadi konfiden.

Today aku open pre-order untuk size XL-XXL.
Size ni dah out of stok.
Memandangkan raya sale masih on, jadi aku allow pre-order.
Korang boleh beli dengan harga sale, tapi kita post lepas stok sampai nanti.


Yang tanya "Pinggang Kak Di 68 cm?"
Ya, dik. Gambar itu boktinya.

Pinggang akak setakat malam ni, 68 cm.
tahu lah kalau raya ketiga nanti dia jadi 78 cm.
68 cm bersamaan 26.7 inci.
Ini takde apa lagi. Masa umur 29 tahun dulu, pinggang aku 25 dik non.
Padahal dah ada Redza masa tu.
Menung aku mikir macamana aku boleh capai pinggang 25 inci dulu?

Tahun 2017, ukuran pinggang aku 34 inci!
Berat badan aku time tu 61.2 kg.
Mengandung Redza sampai cukup bulan bulan pun baru 58 kg.
Tahun 2017 tu aku RnD Gloei and Herba Rahsia Rimba serentak.
Tahu je lah bila kita jadi guinea pig, berat badan jadi haywire dengan perubahan diet.
Bila dah puas hati dengan tindakbalas produk, barulah aku kembali ke weight yang tak berat bahu memikul.

Dari tahun 2017 hingga 2024, inci pinggang dah berkurangan sebanyak lebih kurang 7 inci.
Nampak macam sikit, kan? 7 inci saja.
Tapi tahu tak 1 inci loss pada pinggang adalah bersamaan dengan 2 kg lemak?
Sebab tu aku cakap yang ambil GC Plus, please tumpu pada ukuran pinggang.
2 kg pada penimbang berat memang tak nampak banyak.
Tapi pada sehelai seluar jeans, pengurangan 1 inci sangat bermakna, ya!

Oh by the way, insyallah aku akan release trial pack our MEAL REPLACEMENT.
Seriously, ada 100 testimoni kitorang dah terima dari pengguna sample meal replacement.
Feedback yang positif.
Ada yang memang minta sangat meal replacement tu release bulan puasa ni.
Tak dapat sebab nak release new produk banyak mak nenek perkara kena buat.
Kita akan keluarkan trial pack dulu, ok? Insyallah sebelum raya.

Siapa yang dah try meal replacement hari tu?
Meh DM aku sat bagi feedback.


2024-03-20

Kita takkan jumpa tempat kerja yang ada semua benda best. TAK AKAN.


Maka hari itu pun lalulan post ni kat FB. Aku baca.

Maybe budak-budak muda payah nak grasp post ni.
Takpe. Aku nak cerita dari pengalaman sendiri.
Jangan risau, aku akan cerita pengalaman sendiri dari perspektif employee dan employer.

Kat mana-mana pun kita kerja, akan ada plus and minus.
Apa yang kau dapat kat tempat kerja A, mungkin takde kat tempat kerja B.
Dan boleh jadi juga semua hal buruk yang kau elakkan kat tempat kerja A, rupanya ada di tempat kerja B.

Kat tempat kerja A, budaya kerjanya yang sangat kooperatif dan fleksibel.
Team di sana fokus pada inovasi dan creative thinking, as well as ada career development.
Tapi, kelemahan kat tempat kerja A adalah high pressure untuk capai target dan tight schedules.

Kat tempat kerja B, struktur hierarki yang lebih jelas dan more organized procedures.
Kat sini they provide banyak training dan jaminan pekerja (ada medical card).
Tapi, the downside adalah kekangan untuk menjadi creative dan flexible serta organizational changes yang perlahan (lambatlah kau naik pangkat).

Dari pengalaman aku, TEMPAT KERJA BUKAN MASALAH.
Selalunya, kita dan kemahuan kita yang tak sesuai di situ.

Contoh, masa kat Prudential.
Prudential is company besar.
Nak masuk sana pun kena lalu 3 stage interview.
Apatah lagi post medical underwriter.
Inilah group terpenting dalam mana-mana takaful/insuranse bisnes.

Masa aku masuk, ada lebih kurang 15-20 underwriter.
Setiap 27 hingga hujung bulan, semua cuti dibekukan. Dan digalakkan stay back.
Medical underwriter lagilah payah nak cuti sebab kes masuk berlambak-lambak everyday.
Stress betul hari-hari menilai kes orang.
Dapat polisi yang ada sejarah 10 kali keluar masuk hospital, boleh muntah kau membaca report doktor.

Aku always nak balik on time, sebab rumah aku jauh.
Naik public transport pulak tu.
Cara-cara balik 6 pm pun sampai rumah dah nak pukul 8 malam.
Kalau stayback pukul berapa aku sampai rumah?
Dah lah masa tu En Wan yang pick up dari stesen komuter Subang Jaya.
Padahal dia habis kerja 5.30 pm.
Disebabkan nak tunggu aku, dia terpaksa stay back kat ofis everyday sampai 7.30 pm. Letih.

Kat Prudential, takde underwriter yang balik on time, selain aku 😆.
Bila asyik muka aku je balik on time, maka manager pun panggil.
Kelihatannya akulah yang paling tak komited sekali sebab always balik on time.
Aku argue. Aku cakap aku hanya balik on time, bukannya ambil half day.
Balik pun setelah task pagi dah siap.

Medical underwriter punya task dibagi 2 kali (paling kurang).
Waktu pagi, management send task (polisi) ke work folder masing-masing.
Semua underwriter ada kod masing-masing.
Kod aku WLADIR. Aku lupa WLA tu stands for what.
Yang DIR tu Diana Ishak Ridzuan.
Gitu kau chenta mati. Kod kerja pun nak letak nama laki.

Pagi-pagi bukak PC, dah nampak berderet kes masuk.
Management boleh semak in real time berapa banyak lagi kes yang belum siap.
Kalau pukul 2 pm kes aku tinggal 5, they transfer new case immediately.
Aku bagi priority kat kes yang aku dapat pagi.
Kalau pukul 3 pm kau transfer another 20 kes, jawabnya aku siap mana yang larat je.
Selebihnya carry esok. Janji kes pagi dah siap.

But, boss aku yang seorang andartu, tak suka cara kerja aku ni.
Sebab dia tak berlaki, jadi dia berumah bertangga kat opis.
So she expects aku pun berumahtangga di ofis juga.
Memang taklah.
Arguments aku always that task aku settle. Takde backlogs.
Cuma aku makin tak selesa sebab diperhatikan.
Nak balik on time pun menjeling. Jadi, aku resign.

Di Prudential, gaji ok, kerja ok, kawan-kawan ok, yang tak ok adalah bos.
Aku rasa kalau aku stay back sampai pukul 7 malam hari-hari mungkin dia ok dengan aku, just like with everybody else.

Masa dapat kerja kat company biotech 1, segala benda downgrade!
Bila kau keluar dari company besar masuk company kecik, of cos banyak benda yang aku dapat di Prudential, takde di new company.
Ofis kecik. Workstation kecik.
Surau takde. Pantry takde.
Gaji rendah. Kena make new frens.

Tapi ada yang best iaitu, tempat kerja dekat. 10 minit je dari rumah.
Itu point yang buatkan aku setuju kerja situ.
Biarlah gaji lebih rendah pun. Bukannya aku takde laki.
Aku nak tempat kerja yang dekat.
Tak kuasa main kejar-kejar dengan komuter pukul 6.20 pagi.
Pukul 5.30 pagi lagi dah bangun. Kejadahnya.

Semakin lama kerja di situ aku dah boleh berlebih kurang dengan segala kekurangan tadi.

Yang pertama, gaji kecil.
Walaupun kecik, ada sistem komisyen.
Maka, pulunlah buat sale.

Yang kedua, takde surau.
Tapi aku kerja sales.
Time keluar jumpa customer tu boleh solat kat mana-mana.

Yang ketiga, takde pantry besar dengan free beverages dan jajan.
Takpelah, hari-hari keluar jumpa customer aku melepak kat cafe dorang minum-minum lone ranger.

Yang keempat, kalau di Prudential ada in house doctor untuk medical underwriter berbincang.
Di opis baru ni ada LAB!
Boleh masuk buat small experiment. Yeayyy!

Tapi yang paling penting, kalau stayback sampai pukul 6 petang pun, 6.15 dah sampai rumah. Kehkehkeh.

Dari sini aku belajar untuk faham yang setiap tempat kerja ada work culture, proses, dan kelebihan yang berbeza.
Jangan fokus kurang.
Kau fokus kat kurang, hari-hari kau demotivated nak pi kerja.
Kau kena cari kat mana kelebihannya. Baru datang rasa seronok.

Aku punya seronok masa tu cuma pada tempat kerja yang dekat.
Padahal awalnya mati-mati tak nak kerja sales.
Yang buatkan aku give it a try adalah kerana opis dengan rumah dekat.
Bila itu buatkan aku happy, otomatik kerja pun seronok.
Dari tak nak buat sales, sampai sekarang aku melekat dengan sales.

Antara semuaaaaaaaaaaaaa kerja, aku paling suka company yang last.
Company Devil Wears Prada.

Tetap ada kuranganya. Kurangnya apa?

Yang pertama, surau takde.

Yang kedua, aku sorang melayu.
Tak. Kat sini takde racism.
Cuma banyak benda yang kita semua ambil masa untuk faham.

Contohnya meeting santak dari pagi sampai nak masuk Asar.
Everytime minta break kejap untuk Zohor terasa menyusahkan pula.
Dek kerana aku sorang, meeting terhenti.

Bulan puasa pula meeting starts at 6 sampai 10 malam.
Nak buka puasa lama-lama pun rasa bersalah.

Teringat betapa happynya colleague for the first time dorang dapat ke Ramadan Buffet under company sebab tahun tu ada sorang melayu dalam company.

Masa puasa, sorang keluarkan biskut, yang lain pekik dari workstation masing-masing "Wooooo Weeiiii Woiiiii Diana puasalah!".

Kalau stay back time puasa, masuk waktu berbuka, 2-3 orang diri kat tepi nak menyaksikan saat-saat aku minum air. Gila. 🤣🤣

Yang ketiga, ofis kat kawasan sesak, Kelana Jaya.
Dari mula keluar rumah dah jem kat Elite.
Keluar Elite masuk LDP sambung jem lagi.
Sampailah ke opis jem. Pergi balik tempuh jem.
Tu pasal kat situ aku selalu balik malam.
Daripada melekat kat jem, baik aku stay back buat kerja.
Balik pukul 8 malam karang.

Bos kat situ memang garang, tapi itu bukan masalah.
Sebab bos aku ni bukan macam bos lama aku kat Pridential dulu.
Bos Devil Wears Prada ni garang pada hal kerja saja.
Dia tak kecoh kau balik awal ke, kau masuk lambat ke.
Punch card pun takde kat opis tu.
Tapiiii, kalau hujung bulan kau tak capai target, nangis keluar air mata air hidunglah dengar dia melahar.

Aku kalau bos yang macam ni takde hal, sebab dia hanya menjalankan tugas untuk pastikan business is growing.
Dia berhak untuk tegas dalam bab kerja.
Selain dari tu dia tak kacau.
Kau nak bersembang kat pantry ke.
Kau nak makan nasi lemak kat workstation ke.
Kau nak keluar kejap ambil anak ke.
Kau nak masuk lambat puku 10 pagi ke. Takde hal.
Kau cuma perlu buktikan hujung bulan KPI kau marveles!

Kita takkan jumpa tempat kerja yang ada semua benda best. TAK AKAN.
Pilihlah yang tak men-stress-kan.
Sebab kita habiskan masa paling lama di tempat kerja.
Jadi tempat kerja mesti yang tak bagi mental torture.

Try untuk adapt dengan perubahan culture.
Some company allows open communication. Some tak.
Bos jalankan kuasa veto.

Some company allows flexible work arrangement. Some tak.

Some company practices recognition and appreciation. Some tak.

Some company provides training and continuous learning kepada staff. Some tak. Takde budget.

Ini semua culture yang kita kena belajar adapt.
Kalau tak boleh adapt, resign.
Jangan memekak.

It's rare to find a workplace that is perfect in every aspect.
Setiap satu ada strengths and weaknesses.
Tapi yang paling utama (bagi akulah), kena prioritize your mental well-being when choosing where to work.
Kalau kau cari yang gaji tinggi, bersedialah dengan work load yang banyak, deadlines yang tight dan boss yang cerewet.
Sebab they pay you tinggi. Dia takkan berlebih kurang sesenang itu.
Masalahnya, ramai yang nak gaji tinggi tapi nak kerja santai-santai. Apo??  


2024-03-19

Bila kita pakai Middellyf, perut tak terbuai-buai, paha dah tak selambak, bontot pun tak boyak ke tepi ke tengah lagi.



Halah halahhhh. Ada pulak yang komen kat video aku pakai Middellyf tadi.
Bukan tanya pasal Middellyf tapi tanya "Tak terasa nak pakai baju ketat ke bila pakai brief tu?"

🤣🤣🤣🤣

Dah kenapa nak pakai baju ketat pula, dikkkk.

Middellyf tu memang antara tujuannya untuk bagi badan cantik sikit, tetapi tak wajib untuk pakai baju ketat.
Nak pakai baju longgar macam aku pakai today pun, boleh.

Tujuan pakai Middellyf bukan hanya untuk bagi body nampak langsing semata.
Bagi aku, ia lebih kepada bagi kita sedap bawak badan.
Especially sesiapa yang berperut besar, atau buncit, atau bahagian pinggang berlipat-lipat, atau paha berselulit.
Orang yang perutnya buncit dan berlipat-lipat sangat tak selesa bila bergerak.
Satu badan bergegar.
Orang-orang macam ni sesuai pakai Middellyf.

Dia takkan bagi lemak kau terbakor.
Membongak kalau sesiapa kata siapa pakai shapewear dia boleh kurus.
Bulan-bulan puasa ni kurangkan membongak, ya. Takde maknanya!

Shapewear, tak kiralah korset, atau waist trainer, atau shaping brief macam aku pakai tadi are designed to provide a slimming effect sahaja.
Fabrik and cutting brief ni direka untuk compress and smooth out certain areas of your body.
Sebab itulah bila sarung je shaping brief ni otomatik pinggang kau mengecil beberapa inci.
Sebab dia meratakan dan menyembunyikan lemak. Bukan membakor lemak.

Tapi aku faham maksud pertanyaan tadi.
Bila dah slimmer, mestilah nak tunjuk.
Buat apa look slimmer tapi pakai baju besar, kan?
Kalau pakai shaping brief tapi masih sarung baju besar, baik tak payah pakai.
Baju besar pun boleh sorok lemak. Gitu.

SAYA BANGKANG YANG ARIF!

Maaf, pola pemikiran gitu kurang tepat.
Macam aku cakap tadi, Middellyf ni lebih kepada keselesaan kita yang membawa badan.
Bukan pada orang nak tengok kita.

Bila kita pakai Middellyf, perut tak terbuai-buai, paha dah tak selambak, bontot pun tak boyak ke tepi ke tengah lagi.
Barulah sedap sikit nak bergerak.
Nak duduk bangun duduk bangun ambik makanan pun rasa badan kemas je.

Tapi selalunya bila badan nampak slimmer, dah tentulah nak tunjuk kat orang, khennn.
Jadi, itu terpulang masing-masing.
Yang penting, kalau rasa nak beli Middellyf, belilah sekarang.
Sementara tengah sale raya.
Beli terus 2 helai senang nak ganti-ganti.
Takkan nak hadap sehelai tu je pakai sampai berkepam?


2024-03-18

Mereka-mereka ni dibayar untuk buat review?


Nasib ada yang mengingatkan, kalau tak hari ni aku dah buat post lain.

Semalam aku naikkan kat IGS pertanyaan follower minta pandangan aku trend di TikTok.
Katanya kat TikTok macam ada satu trend kalau sorang review barang A, nanti ramaiiiii review barang yang sama.
Dan semuanya review yang lebih kurang sama.
Dia tanya if dorang tu betul-betul beli barang tu atau dapat?

Maksud dia, sama ada mereka-mereka ni dibayar untuk buat review?

Wallahualam.
Tapi boleh jadi juga dorang ni tak beli pun barang tu, tetapi dibayar.
Entahlah. Tak reti nak cakap.
Aku masuk TikTok nak tengok Kak Tam je. Hahahah.
Habis kuat pun aku beli gajus.

Kalau nak aku suggest gajus sedap, jap lagi aku bagitau aku beli kat mana.
Aku dah 3 kali repeat.
Mula-mula beli 500 gram je. Kasi try dulu.
Si Diana nak try pun sampai 500 g.
Orang lain try ambil yang 250 g je. Dasarrr.

Sedap, beli 1 kg pulak.
Hari ni sampai yang 2 kg punya. Kahkahkah.
En Wan tanya "Mandi gajus ke apa?"

Eleh, bising.
Tapi asal aku makan, dia kaup segenggam.

Aku dah berazam, tahun ni rumah aku takde kuih raya.
Nak isi kekacang je dalam balang.
Gajus, kacang parang, kacang tanah, muruku, kerepek ubi and rempeyek. Done.
Selalunya kalau kerepek and kacang laju sikit habis.
Kalau beli kuih, sampai berderai jadi habuk pun tak habis lagi.

Ok berbalik pada isu TikTok tadi.
Entahlah, dik. Akak kau ni tak berapa rajin melepak TikTok.
Tapi setiap kali melepak memang perasan berjujuk-jujuk orang review benda yang sama.
Tak tahulah dorang ni review ikhlas ke, berbayar.
Melainkan kau trust orang yang review tu, bolehlah beli.

Aku pernah terkena dah. Beli blouse.
Bersepah-sepah review blouse tu best katanya.
Kain tak payah gosok, lembut, tak panas, bla bla bla.
Seorang Diana pun try beli. Beli terus 2 helai pulak tu.
Sekali sampai, kain nipis. Bahu kata 15, yang sampai 17.

Tak payah gosok korok dia.
Tak tahulah kalau pen-review tu biasa pakai baju renyuk.
Kalau senang nak gosok, yes betul. Sebab kain nipis.
Tapi kalau kata tak payah gosok, nak je aku lempar blouse tu kat muka dia.
Last-last aku tanya weekly bibik, "Bik nak tak baju ni?".
Dia nak. Ambiklah bik, buat baju raya.

TikTok ada sistem affiliate.
Dapat komisyen dari penjualan.
Maybe ramai yang jadi affiliate buat review lebih kurang sama kerana nak kejarkan komisyen tu. Maybe.

Inilah yang aku kurang berkenan sikit.
Jenis orang yang promote produk semata-mata sebab duit.
Tak jauh beza dengan agen-agen jual jamu yang overclaim.
Janji produk jalan, duit dapat.

Zaman Nuffnang dulu berbeza.
Nuffnang hire bloggers buat review tanpa ada komisyen dari setiap jualan.
Bloggers dibayar untuk buat brand/product awareness sahaja.
Brand tak harapkan kita menjual, but more to create awareness.
Sebarang sales tak masuk kat blogger.
Sales masuk direct kat brand.
Blogger hanya dapat one-time payment sahaja.

Hari tu nampak sorang TikToker kecam seller yang letakkan target jualan kat dia.
Benganglah member. Tugas dia cuma review.
Laku tak laku, bukan tanggungjawab dia katanya.
Which is betullah apa kata dia tu.

Secara lojiknya, pen-review tak terikat dengan sales.
You pay them because crowd dorang besar.
Bukan untuk jualkan barang you. Itu yang sepatutnya.
Aku syak most brand di TikTok terdiri dari founder-founder macam aku, bukan big brand macam Nestle, Dutch Lady, or Celcom.
Founder-founder ini mengharapkan sales datang dari crowd pen-review.
Itulah agaknya dorang letak target.
Tak betul tu.

Perkara macam ni dah lama berlaku zaman blogger dulu.
Founder nak guna crowd blogger untuk jana sales.
Tapi, letak target. Kalau hit certain amount baru dapat sekian-sekian bayaran.
Abis tu, blogger buat review siapa nak bayar?

Patutnya review caj lain.
Kalau ada sales datang melalui that blogger, dikira sebagai komisyen pula.
Barulah blogger tu beria promote bila ada komisyen.
Kau tau nak jimat part kau je. Kederat orang nak free ke?

By the way, aku beli gajus gred AAA dari Tiktok CADAR GEBU AINAS.
Aku tak sure dia ni jual cadar ke jual kacang.
Sebab nama lain, tapi jual lain. Hahaha.
Tak kisahlah, janji gajus dia aku dah repeat 3 kali.
Tekak aku kata sedap. Silakan kalau nak beli.


2024-03-16

Adakah life kita yang biasa-biasa ni buatkan kita lebih?


Aku selalu dengar ustaz-ustaz cakap "Ujian kesenangan lebih susah nak ditanggung berbanding ujian kesusahan".
Kerana semasa senang, selalunya payah nak ingat Tuhan.

Orang yang susah lebih selalu ingat Tuhan.
Sujud mereka lebih lama.
Doa mereka lebih panjang.
Zikir mereka lebih banyak.

Lain bila hati tengah senang.
Solat pun lambat, hujung waktu.
Doa nak cepat-cepat.
Istighfar kadang tak sempat.

Wallahualam sejauh mana kebenarannya. Boleh jadi betul.
Tapi ada je orang yang dah tahu hidup sudah, makin buat hal yang menambahkan susah.

Semalam aku nampak satu komen kat IG.
Dia komen video seorang artis.

"Kenapa artis-artis yang bulan-bulan puasa pun tak reti tutup aurat, tapi hidup senang?"

Pastu ada orang balas “Itu istidraj”.

Eh?? Suka-suka je label orang lain istidraj.

Menyampah gila everytime baca komen yang melabelkan orang lain as istidraj.
Bagi aku istidraj tu bukan untuk menghukum orang lain, tetapi lebih kepada reminder diri sendiri agar tak melepasi had itu.

Pelik betul dengan netizen.
Sikit-sikit istidraj.
Mana kau tahu itu istidraj?

Pernah tak terfikir, boleh jadi kesenangan yang dia dapat adalah kerana kebaikan dia yang kita tak nampak?

Contoh, ya. Ini sekadar contoh.
Aku suka tengok IG sorang artis ni.
Ya, dia sexy. Dia clubbing.
Apa yang dia buat, urusan dia dengan Allah.
Ada suami, suami handle.
Ada mak bapak, mak bapaknya handle.
Aku as orang luar, suka, tengok. Tak suka, blah.

Enjoy tengok life dia full of colors.
Gi holiday, bekerja, buat bisnes accessories, hang out dengan kawan, eat good food.
Dan aku suka everytime dia accessorizing her outfit.
Dari cara dia accessorizing her outfit boleh nampak dia ni orangnya make use apa yang ada.
Dia happy dan enjoy apa yang dia ada.
Dengan aku-aku sekali jadi seronok tengok.

Ada je orang komen "Pakai sexy-sexy tak takut mati ke?".

That is so harsh, girl.
Orang tu tak kacau kau pun.
Dia hanya share aktiviti kat IG saja.
Siapa nak tengok, tengok. Tak nak tengok, tak payah tengok.
 
Your uncouth comment reflects your rotten heart!
Kau rasa cara kau menegur tu boleh jadi asbab kebaikan ke? Lansung tak!
Menambahkan orang benci pada people yang bertudung bajet baik, padahal terpaling setan.

Ustaz aku cakap dalam surah An-Nas ada maksud ayat yang berbunyi:

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" (An Nas 5-6).

Maksudnya apa?

Maksudnya, dari kalangan manusia pun ada yang setan!
Macam kau lah. Yang konon nasihatkan orang.
Konon menegur untuk kebaikan. Tapi takde adab.
Perasan diri baik. Padahal setan. Heh!

Notice tak orang-orang yang nampak macam jahil ni, their circle of friends semua best-best? 
Kau perasan tak?
Yang jenis suka berparty, melepak kat high-class places, eat good food — lingkungan dorang adalah dari orang-orang positif vibes.

Bukan nak encourage that kind of life, tapi kau tau tak kenapa dorang ni lead a happy life?

Because circle-circle people like this, takde sakit hati kat orang lain, especially member sendiri.
Dorang saling menyokong each other.
They want their group to remain classy and continue enjoying life.
That's why they don't envy each other, instead, they support one another.
Hati dorang BERSIH. 
Aku anggap kerana itu life dorang nampak smooth.

Those yang rajin menerakakan orang ni, hati kau tu selalu berprasangka buruk.
Selalu merasa orang lain jahil dan jahat.
Kau rasa diri terpalinggggg bagus.
Tu pasal kau susah nak rasa bahagia.
Sebab perasan bagus.

Secara lojiknya, kalau dah bagus, takde apa yang perlu di-upgrade-kan lagi, ye tak?
Tu pasal life kau kekal gitu. 
Allah pun tak nak bagi improvement kat kau, sebab kau dah rasa diri kau lebih baik dari orang lain.

Maybe yes those public fugures jahil. Tapi belum tentu jahat.
Dorang cuma belum faham.
Dan kalaupun dorang jahat, bukan jahat kat manusia.
Jahat dorang adalah dengan diri sendiri.
Pakai sexy. Clubbing. Hu-ha-hu-ha. Tak kacau orang lain pun.
Orang-orang begini, once hidayah tu sampai, they transform habis!
Jauh lebih baik dari yang lain.
Sebab hati mereka bersih dari dulu!

Kita ni pun masih jahil (kita tu akulah, bukan orang lain).
Berasa diri macam dah tahu semua, tapi bila dengar ceramah-ceramah agama, la haiii baru tahu rupanya diri tu banyak yang tak betul dari betul.
Maka lebih baik aku diam dulu, sebelum hukum orang lain istidraj.

Sumpah tak faham kenapa always nak cari buruk orang?
Tak boleh ke kau tengok post orang diam-diam?
Suka, like. Tak suka, jangan tengok.
Ini tak. Tak suka, tapi tadah diri mengadap post-post orang tu every day.
Siap follow pulak tu.   
Pastu tulis komen macam sakit mental.
 
Life orang tu continue happening regardless apa pun kau cakap.
Life kau pulak apa khabar?
Berubah jadi lebih baik lepas menghentam orang?
Tak pun. Gitu jugak hauknya.
Anak bersepah. Laki biawak. Rumah tongkang pecah. Hutang berlonggok. Kan?

Bak kata ustaz "Ujian kesenangan lebih susah nak dijalani berbanding ujian kesusahan. Kerana semasa senang, selalunya payah nak ingat Tuhan"

SENANG tu tak bermaksud kaya-raya berlimpah harta.
Duduk dalam rumah yang selesa, pun senang.
Ada kerja gaji tetap, pun senang.
Sampai waktu makan ada benda nak dimakan, pun senang.
Nak memerut tak payah angkut air dari luar, paip meluncur laju air, pun senang.
Bilik tido beraircond dapat tido nyenyak, pun senang.

Tapi tanya diri sendiri, adakah kesenangan tu buatkan kita segar bangun solat malam?
Mengubah sujud kita jadi lebih lama?
Zikir lebih lama? 
Istighfar lebih bersungguh?
Mengaji lebih banyak?
Khatam Quran setiap 2-3 bulan?
Solat di awal waktu? 
Rajin jamu orang makan?
Banyak berbuat baik pada orang lain? 
Banyak muhasabah?

Kalau semua keselesaan tu tak mengubah diri jadi lebih baik, masih sama je macam dulu, toksah mengaku-ngaku diri tu lebih baik dari orang.
Entah-entah kita sebenarnya sedang diuji dengan istidraj.

2024-03-14

Sebenarnya, kita hanya rindukan kenangan itu.

Bulan-bulan puasa ni, everytime lalu gambar tido suasana kampung macam dulu-dulu, nanti ramai kata “Rindu nak macam ni”

Kalau aku, sorry, no thank you.

Rindu suasana kampung tu, betul. Memang rindu.
Tapi nak kembali bersesak-sesak tido selambak macam ni, taknak dah.
Tak tahulah orang lain. Kalau aku, taknak.

Hari tu lalu video Shah Rukh Khan.
Orang tanya dia, tak rimas ke sana sini dengan bodyguard yang ramai, paparazzi mengekor dan sentiasa dikerumuni peminat?
Dia jawab “Tak. Saya tak pernah rasa rimas kerana saya work so hard untuk dapat life begini”.

It just occurred to me apa yang SRK cakap tu valid.
Dia appreciate the perks of his success without letting the challenges get to him.
Dalam erti kata lain, he is enjoying apa yang dia dapat now.
Takde acah-acah rindu nak kembali ke kehidupan yang dulu.
Maybe dia pun tak pernah terbayang one day dia perlu diescort setiap masa.
Tapi dia ackowledge itulah yang perlu dilalui sekarang dan dia berdamai dengan keadaan tu.
Dia work hard hingga dapat ubah lifestyle.
So having 10 orang bodyguard adalah lifestyle yang match dengan kejayaan dia sekarang.

Some people, bila orang lain bertukar lifestyle, mulalah kena cop sombong. Lupa diri. Berlagak.
Macam-macam dia sumpahnya orang tu.
Padahal orang tu cuba ubah lifestyle, bukan sikap.

Contohnya, si anu biasa tapau makanan kat gerai.
Now, si anu prefer makan di restoran pula.
Si anu masih makan nasi putih gulai lemak dan ikan masin, cuma dia prefer makan lauk-pauk itu di restoran yang selesa.
Adakah itu salah?

Yang beria perli-perli ni sebenarnya acah-acah rindu nak kembali ke life dulu-dulu je.
Rindu tido berlambak kat hall katanya.
Rindu pagi-pagi berebut mandi katanya.
Rindu berhimpit-himpit dalam bas mini katanya.
Rindu kejar komuter pagi-pagi nak pergi kerja katanya.
Seriouslah rindu nak bersesak-sesak gitu?
Ceh! Ada benda mudah, sibuk nak menyusahkan diri.
Aku kalau kena repeat zaman pukul 6.20 pagi dah ada dalam komuter, kena berdiri pulak tu dari Subang jaya sampai KL Sentral, NO WAYYYYYYY.
Inikan pulak balik raya nak tido berlambak. No.

Nak mengenang memori, ya boleh.
Nak balik beraya di kampung, boleh.
Tapi nak repeat balik tido bergelimpang gini, tak kot.
Kalau boleh pagi raya nak siap bertenang-tenang.
Biar ada bilik air sendiri. Bilik air ada heater.
Ada bilik tido sendiri. Bilik tido ada aircond.
Ada wifi. Ada iron and board sendiri tak payah tunggu turn.

Alhamdulillah di Bangi and Tganu sama-sama dapat ketenangan ni.
Di Bangi, masing-masing masuk bilik sendiri.
Bilik air pun sendiri.
Kalau bersilat kat dapur dari 5-7 pagi pun, masih sempat nak mandi dengan tenang sebab bilik air aku takde siapa kacau.
Tak perlu queue.
Ni cerita tentang KALAU ADA PILIHAN.
Kalau takde pilihan tu lain cerita.

Dulu, zaman balik raya tido rumah mok, sebelum Subuh aku dah mandi.
Kalau tak, jem.
Bilik air 2 je. Rakyat bukan main ramai dalam rumah tu.
Terpaksa aku mandi awal.
Bila dah bersiap awal, berlendir pun awal la sebab panas.
By the time nak beraya rumah saudara-mara, muka aku dah berminyak.

Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.
Dah bertahun-tahun balik Tganu duduk homestay.
Pagi raya boleh bertenang-tenang siapkan diri.
Mandi pun dapat berlama-lama sikit, tak risau orang queue kat luar.
Dah bercantik-cantik baru gerak ke rumah mok untuk beraya.
Mok pun dah tak tinggal kampung, jadi dah takde agenda masak-memasak di hari raya.
Semuanya tempah. Betul-betul balik untuk makan je.

Di Bangi, masih masak-memasak.
Kat Bangi, raya pertama takde siapa nak ambil tempahan. Jadi aku kena masak.
Kalau kat Tganu lain. Pagi raya pertama order nasi dagang sebesen kat rumah.
Tapi di Bangi, tak perlu tido homestay.
Yang pertama, sebab rumah aku dekat.
Kalau nak bergerak pagi raya pun sempat lagi.
Tapi aku pilih untuk tido di Bangi sebab ada bilik tido dan bilik air sendiri. Selesa.

Katakanlah tahun tu masing-masing nak beraya di Tampin, nescaya aku tido hotel.
Padahal rumah arwah nenek tu tempat aku bermain-main masa kecil.
But like I said, itu dulu. Zaman rumah tu ada seri tuan rumahnya.
Now, rumah tu takde siapa.
Setakat nak feeling beraya di kampung, boleh je pagi raya bergerak dari hotel ke kampung.
Pastu berlonggok la sanak-saudara beramai-ramai.
Petang, balik hotel tido. Boleh je camtu kan?

Yang aku pelik, ada orang suka buat teruk.
Perli-memerli “Balik kampung tapi duduk hotel, duduk homestay”. Dah kenapa kau?
Kau yang nak suasana kampung tido selambak, silakanlah.
Kenapa nak paksa-paksa orang ikut cara kau?
Orang lain nakkan keselesaan.
Dan keselesaan kita berbeza-beza.

Aku suka mengenang zaman-zaman duduk kampung dengan arwah atok and nenek.
Tapi zaman tido berlonggok ni biarlah berlalu.
Biarlah jadi kenangan saja.
Berkumpul boleh. Nak tido, cari hotel.
Bukan lupa diri, tapi lifestyle boleh berubah, kan?

Tahun 80-90an dulu, di kampung arwah nenek Muar, jambannya kat luar.
Dulu, jamban kat luar adalah perkara biasa untuk aku.
Hampir semua rumah kat kampung tu ada jamban kat luar.
Nak tak nak, terpaksalah hadap sebab itu saja pilihan yang ada.
Tapi sekarang dah ada pilihan.
Rumah tu pun dah jauh beza now, lagi banyak batu dari kayu.
Bilik air and toilet pun dalam rumah dah.
Itu pun dah jadi bukti, seiring dengan masa, semua orang mahukan keselesaan dan kemudahan.
Kalau ada pilihan yang lebih selesa, why not.

Sebenarnya, kita hanya rindukan kenangan itu. Bukan suasana.
Membongak sangatlah kau sanggup berhimpit dalam bas mini walaupun dah ada Grab semata-mata kerana rindukan suasana dulu.
Takkan samanya suasana dulu dengan sekarang.
Sekarang bas mini kalau ada pun penuh dengan Bangla. Larat kau nak berhimpit?
Yang benaunya, kau rindukan memorinya saja.

Kadang aku pelik some people tak bagi kita berubah lifestyle.
Dia nak kita di takuk itu juga.
Padahal kita tak berubah. Yang berubah cuma lifestyle.
Bila kita pilih duduk hotel atau homestay yang lebih selesa dari rumah kampung, tak bermakna kita lupa asal usul.
Ah kononnya kita ni tak sedar diri lahir bukan sebagai orang senang, tapi sekarang berlagak nak lifestyle have-have.
Halo? Kalau rumah kampung tu satu-satunya pilihan yang ada, I don't mind.
Tapi kalau ada pilihan lain, bodoh sangatlah kalau tak ambil option lain.

Beberapa tahun lepas En Wan pernah buat family day keluarga Wan Dagang kat Janda Baik.
Chalet yang dorang duduk ya ampunnnn hazabedah!
Buta-buta katil dengan tilam nipis, bantal nipis, takde aircond, dan toilet yang menyeramkan.
Aku tak nak join.
Aku cakap, kalau nak bawa aku bercuti at least carilah bilik yang lebih selesa dari bilik aku.
Dahlah jauh kat Janda Baik.
Perjalanan 2 jam semata-mata nak melepak dalam bilik yang hauk tilam bantal berkepam, tak ke mengarut namanya?

Ada je chalet lain sebenarnya, tapi sebab itu family day, jadi dorang kena ambil kira bajet orang lain sama.
So they settled with chalet with affordable price untuk semua orang.
Terkelat-kelat muka En Wan datang family day tanpa aku.
Tapi aku kirimkan brownies and sandwich pengganti diri.
Pengganti diri pun makanan 🤣.

En Wan takde masalah dengan decision aku.
In fact dia setuju dengan argument aku waktu tu.
Dia pun faham keadaan bilik tu kurang selesa.
Dia plan kitorang sefamili dudul chalet lain.
Maknanya, malam kitorang tido tempat lain. Siang baru berkumpul sama-sama.
Tapi aku cakap takyahlah.
Lagilah buat orang berprasangka bukan-bukan nanti.
Dah tetiba kau sorang duduk chalet lain apa kes, kan.
Baik takyah pegi terus. Boleh gak aku balik Bangi.

Aku tak sure if mesej aku ni sampai ke tak.
Again, this is not about lupa diri but about personal growth.
Semakin bertambah umur, semakin banyak experiences and we learn from mistakes too.
Semua tu menyumbang pada growth.
Aku suka tengok orang yang lifestyle-nya berbeza dari 10 tahun dulu.

Look, takkan kau expect kita semua nak gathering kat McD sama macam Form 5, 30 tahun dulu.
Apalah salahnya berubah?
Ni tak. Bila ajak gathering, "Kita lepak McD nak? Macam dulu-dulu".
Takkan sama punya lepak McD umur 45 tahun dengan lepak McD masa umur 17 tahun. Kau ok ke tak ni?

Tapi tu lah, some tak boleh terima perubahan ni.
Dia anggap kita berlagak bila ajak lepak kat cafe.

Aku follow satu FB Page dari Indonesia. Namanya TUTI.
Dia buat content masak-masak.
Orangnya simple, duduk rumah kayu di kampung.
Content masak-masaknya masakan simple.
Air nak masak pun angkut dari luar.
After 2-3 years, dia dapat buat dapur dinding batu - ada sinki, air paip dan dapur memasak yang selesa.
Masak sambil berdiri macam kita.
Dulu dia masak mencangkung!
Kiranya dah ada kemajuan dalam gaya hidup.

Malangnya orang tak suka.
Ada yang lebih suka dia yang dulu.
Zaman dia masak dengan dapur kayu. Masak simple-simple. Makan ikan kecik-kecik.
Tak macam sekarang dah pandai makan ikan cencaru katanya.

Eh bingai! Kau dah kenapa tak suka orang tu berubah?
Kau tak tahu betapa dia dah muak dengan life yang dulu, maka dia berusaha untuk perbaiki hidup?
Dia usaha nak ubah keluarga.
Dan dia ada peningkatan sekarang.
Sampai bila kau nak semua orang hidup di takuk yang sama?
Hidup ala kadar dari lahir sampai ke tua?
Semua orang ada impian and they worked hard untuk capai apa yang mereka capai sekarang.
Tak boleh ke kau gembira dengan achievement orang lain?

Yang sebenarnya kau tak mahu orang lain berubah sebab kau sendiri tak pernah berubah!
Ni sepesen dengan puak-puak yang perli those balik kampung duduk hotel.
Jangan memanjakan sangat anak bini katanya.
Rajin-rajin dedahkan anak dengan hidup susah katanya.
Helo?? Orang lain berlumba-lumba upgrade diri supaya tak hidup susah, kau beria nak merasa hidup susah.
Orang yang hidup susah pun pelik dengan kau.
Asal nak didik anak hidup susah je bawa balik kampung.
Nampak nau kau duduk bandar menyenangkan diri sendiri je.
Rumah mak bapak kat kampung tak pernah berupgrade. Pirah!


2024-03-12

Jangan kerana kau bengang majikan tak naikkan gaji, maka kau balas dendam dengan ambil barang customer


Hari ni ofis aku cuti. Aku bagi cuti sempena 1 Ramadan.
Kasi masing-masing adjust dengan routine baru. Supaya tak terkejut sangat.
Tapi jangan risau, pembelian Ramadan Special melalui whatsapp berjalan seperti biasa.
Cuma, kita akan pos esok sebab hari ni takde siapa kat ofis.
Ada En Wan sorang je, dia nak buat quotation-quotation takaful dia.

Terima kasih yang bagi macam-macam respond pada post barang TikTok aku kena kelepet semalam.
Tak sempat nak reply semua. Terima kasih sebab perihatin.

Barang biasa, baju. RM64 je.
Aku bukan nak buat kecoh demi RM64 tu.
Aku cuma bengang sebab terang-terang kau kelepet barang tapi tak mengaku.
Aku minta bukti bergambar, dia buat kejung.
Terkilan sebab apa tau tak?
Sebab kau tu melayu dan perempuan!!
Mana amanah kau bekerja sebagai penghantar barang tapi barang tu kau tak hantar.
Dahlah tak hantar, menipu pulak tu cakap hantar.
Kalau rumah kau tak cukup baju, cakap.
Aku boleh bagi baju. Aku bagi free GC Plus lagi!
Haaa, mulalah aku nak bodyshaming ni.

Aku syak dia raba-raba pakej tu berasa kain, lepas tu dia koyakkan.
Nampak pulak ada baju, apa lagi, rembatlah.
Masalahnya, kau muat ke??

Terima kasih juga kepada penyiasat yang begitu ramai menawarkan khidmat pro-bono.
Gigih betul mereka cari FB akaun pengkelepet ni.
Search guna nombor henfon katanya.
Aku pun baru tahu boleh ya gitu?
Bertabahlah kau kalau kena serang dengan penyiasat ni.

Rupanya ramai share pengalaman yang sama, tapi dengan courier yang berbeza.
Ramai yang barang hilang tanpa jejak.
Takde kerjasama dari pihak courier.
Yang dapat refund, dapat. Yang tak dapat, habis gitu je.

Sejarah barang aku ada masalah dengan courier adalah dengan Pos Laju. Ada a few kes.
Yang pertama, barang kena peram.
Kat depan dah terang-terang letak stiker COLD ITEM.
Dia pegi letak kat room temperature!
Barang tu harga RM3K. Pastu dia cakap had refund maksimum RM300 (kalau tak salah).
Terus bertukar jadi Wolverine aku.
Sampai ke Kementerian aku tulis surat.
Nasib Kementerian respond.
Esoknya pegawai Pos Laju Puchong datang rumah jumpa untuk explain.
Dapat refund? Dapatlahhhh.

Yang kedua, zaman aku jual candy jeans.
Yang ni kantoi bodoh.
Terang-terang dalam sistem tulis dah sampai PPL Kuantan, pastu terstop sampai situ je.
Maknanya, hilang dalam PPL lah.
Ini kalau tak dapat refund, memang aku bakar satu Kuantan.
Amboi Diana nak membakor aje. Kahkahkah.
Nasib dapat.
Cuma benganglah sebab customer tak dapat seluar because size pun dah sold out.
Kesian dia. Entah-entah orangnya tengah baca post ni.

As a seller, benda ni sangat kita takutkan. Bila courier tak amanah.
Seller dah buat kerja. Post on time. Sekali courier kelepet.
Pastu taknak ambil tanggungjawab.
Dah tu siapa nak ganti duit customer? Seller?
Tengkorak kau.

Aku bukan nak merendah-rendahkan sesiapa.
Tapi, kalau kau rasa gaji yang kau terima tak cukup, BERHENTILAH.
Jangan kerana kau bengang majikan tak naikkan gaji, maka kau balas dendam dengan ambil barang customer.
Tak menjadikan kau kaya pun. Tak berkat lagi ada.

Kadang, orang-orang pendek akal gini dia tak pikir kesan dari perbuatan.
Contoh minah yang rembat barang aku tu.
Kau maybe menanglah dapat baju hasil mencuri.
Maybe kau jual balik baju tu sebab obvisouly you can't fit size aku tu.
Tapi kau pernah terpikir tak kesannya?
Kesannya tak dapat kat kau, dan mungkin tak nampak kesannya sekarang.
Tapi dapat kat keluarga kau.
Anak kau susah nak terima ilmu. Laki kau hilang kerja. Mak kau jatuh sakit. Duit kau hilang.
Ya, itu adalah takdir. Tapi boleh jadi juga akibat dari perbuatan kau.

Orang-orang macam ni, yang terang-terang buat salah, memang elok diviralkan.
Biar dia belajar sikit.
Selagi tak terkena, dia tak beringat.
Bagi dia beringat sekali.

Part aku selesai dah. TikTok dah refund duit.
Lega empat kali buat report.
En Wan kata aku kalau defend kes beria nau.

Tak, ni bukan masalah beria.
Masalahnya, bukti-bukti aku strong kot. Rugilah tak defend.
Like I aku cakap tadi, bukan kerana RM64 tu, tapi sebab aku percaya aku di pihak yang betul.
Macam aku defendkan kes client-client takaful dia.
Kalau kita ada fakta dan bukti yang boleh arguekan, why not kita try defend in a proper way.
Lulus tak lulus belakang cerita, janji cuba sehabis baik. Kan?

By the way, minta maaf kepada yang tanya "Kenapa harga kat Shopee tak berubah?"

Ni cerita Ramadan Special pulak.

Untuk pengetahuan, harga GreenAard kat Shopee dan website (www.greenaard.com) memang TAK PERNAH DIUBAH sejak dulu sampai sekarang.
Be it, GreenAard Anniversary, Y.E.S atau Ramadan Promotion, harga di website and Shopee gitulah.
Maintain harga normal.
Malah dalam dua-dua medium ni, TIDAK ADA harga pakej.
Harga promosi dan pakej semuanya melalui pembelian di whatsapp sahaja.

Ramadan Special kali ni ada pakej GC with FREE Middellyf.
Boleh pilih sama ada nak Brief atau Panty.

Ada yang bertanya "Middellyf tu apa".

Sejak 2019 lagi GreenAard carry Middellyf.
Ia adalah sejenis seluar dalam jenis shaping girdle.
Nak beli Middellyf sahaja pun boleh.
Tapi sempena Ramadan Special, kita bagi Middellyf ni PREE kalau beli 2 botol GC Plus.
Middellyf ni sangat-sangat hot jualannya setiap kali bulan puasa.
Sebab semua orang nak nampak body lebih solid di hari raya.

Bukanlah makna kata kau sarung Middellyf ni terus slim. Membongak sangat namanya.
Tujuan Middellyf ni untuk bagi lemak-lemak kau rata.
Takdelah terbuat-buai je lemak kat perut tu bila berjalan nanti.

Ni bukti bila pakai Middellyf inci pada pinggang berkurangan:



Sorrylah, aku takde model yang berani menayangkan bontot dan pinggang.
Itu saja cara kita nak buktikan yang bila sarung je Middellyf ni, lilitan pinggang mengecil sikit.
Bermakna, lemak-lemak kat perut diratakan serta-merta.

Middellyf takde harga promo Ramadan.
Maknanya, kalau nak beli Middellyf sahaja, kena beli pada harga normal.
Melainkan korang memang nak beli GC Plus, boleh dapat Middellyf free.

Ohh lagi satu.
Yang tanya "Kenapa takde harga untuk sebotol? Nak beli sebotol je"

Ada. Harga untuk sebotol ada, tapi tak ada diskaun.
Yang Ramadan Special ni semuanya harga pakej deal.

Ada point tak? Kalau ada point, boleh guna point untuk beli sebotol.
Harga dalam Ramadan Special semuanya sama ada dapat discounted price atau dapat free item.
Itulah kelebihan beli package deal. Always datang dengan diskaun.
On top of that dapat our Ramadan Gift.





2024-03-11

Buat kerja tu buat ikhlas.


Weekend kali ni dipenuhi dengan berbalas mesej dengan TikTok Customer Service.
Kisahnya gini..

Sabtu lepas, around 4 pm dapat notification pakej yang aku order dari TikTok dah delivered.
Aku jadi pelik.

Yang pertama, delivery address adalah ofis.
Pintu bawah bertutup Kau takkan boleh naik atas untuk deliver.
So kau deliver kat siapa?

Yang kedua, selama ni kalau barang dah delivered, sama ada carrier whatsapp bukti bergambar atau dalam TikTok sistem ada disertakan dengan bukti bergambar.
But this time, takde!
Itupun mujur kebetulan aku tengah tengok henfon. Nampak notification masuk.
Kalau tak? Sampai ke sudah tak tahu.

Aku terus call nombor carrier.
Tak berangkat.
Kat whatsapp profile tertulis "No call. Whatsapp only". Ok, aku pun whatsapp.
Dia kata dah deliver.
Aku minta satu je - mana bukti bergambar?
Dia reply "Dah update dalam sistem".
Tengkorak kau! Kau ingat sistem tu bodoh macam kau suka-suka tick DELIVERED tanpa bukti?
Aku mesej dia malam minta gambar bukti, terus tak bereply.

Dalam masa yang sama aku live chat dengan customer servis TikTok.
Dia check, memang takde bukti yang mengatakan pakej aku dah diterima oleh sesiapa (sebab takde bukti bergambar).
TikTok bagi aku diskaun kod RM19 as tanda sorry.
Dia filekan refund.

Seller taknak refund sebab barang dah dihantar.
Seller minta aku contact carrier.
Oklah fine. Memang bukan salah seller pun sebab terang-terang pakej tu dah on the way.
Cuma saja je lah aku nak inform kot-kot dia nak tolong reportkan ke apa.
Tapi dia minta aku berurusan dengan carrier. Ok, no problem.

Aku call courier, takde jawapan.
Hantar complain kat form aduan, sampai sekarang tak bereply.



Cokia tak cokianya sistem courier ni, macam tu report dia.
Signed by consignee. 
Kalau Pos Laju, siap ada nama penerima dan gambar pakej dihantar lagi.

Aku sebenarnya ok je kalau dah tertulis tak dapat barang tu balik.
Harga pun RM64 je.
Cuma aku nak berjuang habis-habisan dulu (read: kaki gaduh).

Semalam untuk kali ke-empatnya aku report kat TikTok.
Ini kali penghabisanlah, sebab dah malam.
Kalau ada, ada. Kalau takde, gasak kau.
Takkan kaya-nya kau dengan barang aku yang RM64 tu.
Nampak benar sengkek hidup. Barang RM64 pun nak rembat.

Ruangan report TikTok sikit nau. 300 character je.
Seorang Diana mana reti tulis sikit-sikit.
Lalu, aku type kat Note and print screen, dan tepek kat as attachment.

Aku punya argument simple je.
Kenapa delivery lain boleh ada bukti bergambar tapi delivery dari si hanat ni takde?



Ini contoh delivery report. Siap ada gambar.



Delivery barang aku yang meruyup tu, macam ni je dia punya report.
Recipent: Customer. 
Kau rasa sesenang ini ke kau nak kelepet tanpa jejak?


Alhamdulillah, after 4 kali report aku direject, kali ni LULUS!
Dorang tengah request for refund sebab bukti aku cukup dan valid. 
TikTok pun tak bodoh. Dia mesti dah letakkan syarat all deliveries kena ada bukti bergambar.
Takkan bodoh-bodoh kau boleh kata barang dah hantar. Thank you TikTok!




Dan kepada kau yang ^&%%^%$*$ (isikan carutan yang anda mahu), kau memintak, kan?
Ok aku bagi. Lain kali buat kerja biar ikhlas sikit. Dipersilakan famous. 







2024-03-10

Masak simple pun jadi masalah


Tiktok aku lalu video Mimi yang tinggal flat PPRT tu.
Kalau tengok pada komen bawah ni, video tu bulan lepas punya.

Kau rasa pelik tak bila ada orang komen macam ni?
Motifnya apa eh?
Seriously, aku tak faham kenapa some people dia punya kepoh tu mengarut sangat.

Kisahnya, dak Mimi tunjuk dia tengah memasak.
Lauk simple je - nasi putih, kobis goreng and telur dadar.
Then tiba orang ni komen macam tu.

Tak, sebenarnya kau nak cakap apa?
Nak cakap yang Mimi ni masak sikit sangat macam tak hidup bermasyarakat?
Mimi hidup pentingkan tembolok sendiri?
Atau Mimi berjimat makan simple-simple dan masak sikit-sikit sebab nak kumpul cantikkan dapur?

Inilah harga yang terpaksa dibayar bila kau berkongsi life di media sosial.

Sebenarnya berkongsi tu hak orang yang nak berkongsi.
Kau as audience berhak untuk tak ambil peduli.
Tapi kau pilih untuk FOLLOW dia walaupun meluat. Kan?
Sebab apa aku kata dia follow?
Sebab hanya orang yang follow saja tahu Mimi always masak sikit-sikit.
Kat situ je dah boleh nampak siapa yang mental.

Cakaplah apa pun. Justifylah apa pun.
Your actions depict the opposite.

Orang yang menjaki dengan life orang lain sebenarnya sedang menyerlahkan lifenya yang hambar, plain dan tak best.

Ok, look. Cuba kau tengok video ni dulu.



Aku tengok video Mimi ni hanya sekali lalu.
To me, takde apa yang special.
Dia cuma tunjuk tengah memasak.
Masak nasi dalam periuk. Tak pakai rice cooker.
Pastu dia blend bawang cili. Then goreng sayur.
Kemudian goreng telor dadar kosong.

Apa yang luar biasa? Benda simple kot.
Kita ni masak jauh lebih beria dari ni, betul tak?

Entahlah. Biasa je.
Tak nampak kat mana perlu dijakikan.
Cuma yang melintas kat kepala aku tadi — pandai dia ni masak nasi dalam periuk. Aku tak reti.
Aku reti guna rice cooker je.
Kalau rice cooker rosak, konfem aku beli nasi putih kat kedai 😆.

Aku nak jakikan apa kat Mimi ni? Dapur dia?
Dapur aku lagi besar.

Nak jakikan periuk Le Creuset dia?
Aku pun ada.

Nak jakikan hand blender dia?
Aku pun ada.

Nak jakikan telur dadar dia?
Telur dadar aku lagi meriah siap letak isi ayam lagi.

Tak. Bukan nak eksyen.
Tapi nak tunjuk BEZANYA bila kita ada apa yang orang lain ada, ATAU bila kita tidak berminat dengan apa yang orang lain ada.

Bila kita ada, atau tak berminat dengan apa yang orang lain miliki, kita menonton video tu dengan perasaan biasa-biasa saja.
Pandangan kita lebih cenderung pada melihat proses dalam video, bukan mencari salah.

Tak percaya kau ulang balik video tadi.
Cari apa yang luar biasa sangat?

Bila kita hate someone for no reason, kita akhirnya menzahirkan kekurangan sendiri.
Ingat tak aku pernah blog about someone yang burukkan aku pada orang lain for no reason.
Tup-tup orang tu contact aku inform aku telah dikutuk. Ingat?
Inilah jenis-jenis orang yang bitter bila kita success dari dia.
Dia takkan katalah kita lebih success. Mati hidup balik dia tak ngaku.
Tapi lojiknya, kalau kau lebih success, why care dengan orang tak success, ye tak?

Aku 100% yakin, yang jaki kat Mimi tu takde Le Creuset, takde hand blender dan takde dapur macam Mimi.
Maybe masak telor dadar pun bersepai.
Hanya orang yang terancam dengan apa yang Mimi ada saja yang terbakor dan tak suka video tu kerana apa yang Mimi ada, dia takde.
Dan apa yang Mimi ada, dia mahu.
That explains kenapa Mimi menjadi satu threat kepada dia. Faham?

Tu pasal orang-orang macam ni always mencari benda-benda yang mengarut supaya semua orang nampak buruk budak Mimi tu.

Dia macam ni tau.
Dia nak life orang tu. Tapi dia merasa mustahil untuk dapat that kind of life.
Jadi, dia cari sisi lain untuk yakinkan semua orang her (Mimi) life tak best mana.

Contoh, dalam komen tu dia tanya “Ada masak lebih bagi jiran?”

Like wadehel kau nak sibuk dia bagi jiran makanan ke tak?

Oh, but you know what?
I totally understand what you really mean.
Sebenarnya kau jaki dapur dia neat, clean dan cantik. Dapur kau bersepah dan berkerak. So to justify your messy and cluttered kitchen, you want everyone to believe that she only cooks enough for her own family and never shares food with her neighbors because she doesn't want a messy kitchen and prefers to save money on simple meals to buy branded kitchen items.

Hah! Senapas aku bagi.

Tapi betul, kan? Kau nak maksudkan itu sebenarnya, kan?

Kesian orang macam ni.
Dia nak tunjuk buruk orang tapi rupanya tertunjuk buruk sendiri.
Aku JAMIN orang macam ni lagiiiiii la jarang bersedekah makanan kat jiran.
Orang yang rajin hantar makanan kat jiran takkan question sama ada orang lain buat ke tak.
Yang selalu harap jiran bagi makanan je yang ada mindset gini.

Ni lagi sorang.
Ayat dia "tak habis-habis tunjuk rumah dia" tu pun dah jelas tunjuk KAU yang tak habis-habis skodeng life Mimi. Kahkahkah.
Dia yang stalk hari-hari pastu nak bitter orang tu share pasal rumah.
Orang tu memang contentnya pasal deko rumah.
Yang kau menyemak kat page dia dah kenapa?
Lagi kau komen lagi la rajin video tu lalu depan kau.
Cuba buat macam aku, tak komen apa-apa.
Ada, tengok. Takde, dah.
Lama-lama tak muncullah lagi video dia kat kau.

Zaman blogger dulu, ada sorang blogger yang blog about deko-deko.
Lupa dah apa namanya.
Siapa yang suka, memang follow her.
Yang tak suka, perangai sepesen macam beruk-beruk yang kondem Mimi.
Orang tu hari-hari buat pancake makan dengan honey and stoberi pun kena kecam.

"Memang hari-hari makan ni ke?"

"Tak masak lauk-pauk ke?"

"Laratnya anak-anak dia makan ni je"

"Patutlah dapur berkilat, masak ni je hari-hari"


Masalahnya, orang lain masak 3-4 jenis lauk hari-hari, dapurnya bersih.
Kau je yang ingat dapur wajib berkerak baru boleh dikatakan memasak. Heh!
Again, telah menyerlah keburukan diri sendiri.
Now you've just told the whole world that your kitchen is BERKERAK.




2024-03-08

Kerap ambil EL tanpa ada supporting dokumen


Kalau kat LinkedIn, almost every week mesti ada post pasal cuti.
Tapi kali ni berbeza sebab post ni lalu kat newsfeed FB aku.
Marilah kita menulis pasal ni.


Topik ni bukan topik yang employee suka.
Walau bagaiamanapun, employee kena tahu yang Cuti Tahunan (AL) adalah hak mereka (pekerja) seperti yang termaktub dalam Akta Kerja.
TETAPI, hak majikan adalah meluluskan atau tidak cuti yang dipohon oleh pekerja.

Dalam bahasa mudahnya, annual leave adalah KEMUDAHAN yang diberikan kepada pekerja.
Majikan ada hak untuk tak meluluskan cuti tu.

Interns, jangan menyampuk bab ni sebab intern lansung TIADA cuti melainkan cuti public holiday dan cuti yang diberikan oleh syarikat.
Selain dari itu, hari-hari WAJIB datang.
Ingat! Lecturer anda ketika internship adalah majikan tempat anda buat latihan industri.
Your score depends on his/her assessment.

Nak menggunakan cuti pun ada caranya.
Nak guna AL masa bila. Nak guna EL (Emergency Leave) masa bila.
Some pekerja semua benda dia bantai EL, as long as cuti tahunan (AL) masih ada, sukati dia nak ambil EL.

Bukan macam tu cara guna EL.

AL tu untuk intended planned time-off. Cuti yang dah dirancang.
Tak kisahlah untuk bercuti ke, saja-saja nak rehat atau or personal reasons.
As long as cuti tu di-apply awal.
Seelok-eloknya seminggu sebelum bercuti, apply-lah AL.
Supaya majikan ada masa untuk plan and manage work schedules effectively.

Sebab dalam company tu bukan kau bekerja sorang-sorang.
Kerja kau mungkin boleh effect the whole team punya planning.
Bila cuti di-apply awal, majikan boleh shift task yang lebih urgent/utama untuk disiapkan dulu.
At the same time, majikan boleh better manage staffing levels and workloads supaya ada kerja-kerja kau boleh ditanggung atau diambil-alih oleh staff lain.

EL, berbeza. EL tu cuti kecemasan.
Contoh, malam tadi relatives meninggal.
Terus mesej majikan bagitahu esok nak EL.
EL akan ditolak dari AL.

Walaupun ditolak dari AL, pekerja tak boleh suka-suka ambil EL kerana setiap EL perlu ada supporting documents.
Apa ingat asal ada AL, tak perlu bagi surat tunjuk sebab?
No, ya. Balik dari cuti kecemasan nanti kena submit dokumen yang berkaitan.
Perlu bukti yang kau memang ada kecemasan.
Kalau EL sebab kematian, perlu copy surat kematian tu.
Kalau EL sebab ahli keluarga masuk hospital, perlu surat akuan doktor.
Kalau eksiden, atau apa-apa kecelakaan yang memerlukan EL, mesti ada supporting dokumen.

Tahun 2003, balik dari kerja buka-buka pintu rumah tengok rumah aku banjir!
Padahal duduk tingkat atas sekali.
Rupanya bumbung bocor sebab ribut.
Masuk rumah sendiri sambil lipat kaki seluar.
Bergenang air sampai ke bilik.
Habis jahanam karpet-karpet aku.

Zaman tu aku belum ada henfon.
Nak call siapa pun tak tahu. Dah malam.
Mujur ada kamera digital.
Snap gambar rumah, esok pagi-pagi call ofis bagitau EL.
Lusa aku submit dokumen gambar-gambar keadaan rumah.
Begitu caranya, ya.
Perlu ada bukti kenapa ambil cuti kecemasan.

Kalau kerap ambil EL tanpa ada supporting dokumen, jangan buat-buat terperanjat pula kalau gaji tak naik, atau bonus ciput atau warning letter sampai.

"Eh boleh ke effect kenaikan gaji?"

Apesal pulak tak boleh? Performance evaluation kot.
Kerap sangat ambil sudden leave buatkan perjalanan syarikat terganggu.
Disebabkan kerja kau pending, the whole team punya plan dah delay.
Sekali dua oklah. Kalau kerap?
Tak submit dokumen sokongan pulak tu.
Ini dah dikira disiplin and trust issue.

Ramai pekerja ingat "Asalkan kerja saya siap, dah lah. Kenapa efek naikkan gaji saya?"

NOOOOO.
Kerja anda yang dah siap telah dibayar setiap hujung bulan melalui gaji.
Syarikat tak berhutang apa-apa pada anda.
Tetapi, kenaikan gaji dan bonus ada kaitan dengan performance anda.
Performance pekerja dinilai secara holistik.
Bermakna dinilai dari pelbagai aspek - kerja yang dilakukan, sikap, ketidakhadiran, dan kepatuhan terhadap prosedur syarikat.

Masa aku kerja makan gaji dulu, ada sorang colleague tahun ni mengandung, tahun depan mengandung lagi.
2 tahun berturut-turut mengandung buatkan dia banyak ambil MC dan cuti sebab tak sihat.
Pastu bersalin cuti 2 bulan pula.
Kita boleh agaklah macamana perasaan majikan, kan.

Tahun pertama tu, bonus dia tak tinggi dan kenaikan gaji pun tak banyak.
Tahun kedua pun sama.
Of course bukan saja majikan rasa tak best dan yang menanggung kerja dia pun bengang juga sebab berturut-turut kau mengandung.
Dalam 2 tahun performance dia tak meningkat sebab dia banyak kekangan.
Nak buat sale tak larat keluar.
Nak packing-packing barang pun tak larat kena minta tolong colleague lain.
Nak deliver barang ke customer lagilah tak harap.

Tapi member aku ni relaks je bila orang lain naik pangkat and terima bonus yang lebih.
Dia cakap "Takpelah, dorang banyak ambil alih kerja aku. Layaklah dapat. Aku tak kena buang kerja dah bagus".

Nasib baik dia ada common sense.
Dia sedar kenapa dia tak dapat kenaikan gaji macam orang lain.
Sebab dia tahu, kerja dia dah dibayar setiap bulan.
Tetapi kenaikan gaji adalah bergantung pada performance keseluruhan.

Some people melolong-lolong bila gaji naik sikit, tapi cuba tengok performance keseluruhan dia. Hauk ke tak.
Spesis macam ni dia ingat bila dah kerja 5 tahun, gaji wajib naik RM2K.
Kau hari-hari buat kerja rutin kot.
Dari hari pertama masuk sampai ke tahun kelima asyik nak buat kerja yang sama.
Dibagi job scope lain merempan.
Pastu expect gaji naik bertingkat-tingkat hanya kerana dah kerja 5 tahun.
Bila HR tanya apa argument you untuk dapat kenaikan gaji sampai RM2K?
Dia jawab "Saya dah kerja lama".

Look, kalau sekadar "kerja dah lama" tak menjamin gaji melompat naik dengan banyak.
Kalau macam tu, cleaner pun boleh argue kenapa kerja dia tak naik RM2K.
You know why? Sebab kerja mereka rutin buat benda yang sama.
Lainlah job scope berubah dari clerical, ke admin, ke marketing, ke sales, ke Head of Team.
Kalau tak naik-naik gak gaji, barulah sedap nak argue dengan HR.
Ini 5 tahun tot tet tot tek buat benda yang sama, bila staff yang baru kerja 2 tahun dah naik gaji sama macam dia, merentan.
Kau tengoklah pulak performance budak tu macamana.
Pastu nak argue dengan HR? Memang mendapatlah dengan HR.
 


Aku tergelak tengok video ni.
Because aku ada pengalaman dengan pekerja macam ni 😭😭😭.
Nangis weiii.
Serious, apa yang video ni cakap tentang ciri-ciri grafik designer begitu, MEMANG WUJUD!

Kisahnya, this girl mintak kerja kat company aku.
Dia belum grad lagi. Tapi dah habis belajar.
Sementara tunggu hari konvo, dia cari kerja.
Aku dengan baik hatinya bagi dia gaji fresh grad Bachelor, walaupun dia belum konfem lagi pemegang sijil Bachelor.
Dia juga tak menyertakan sebarang akademik transkrip.
Hanya bagi portfolio projek-projek yang dia pernah terlibat semasa belajar dulu.

Kalau tengok portfolio not badlah juga.
Walaupun tak power mana, aku mengambil kira kedudukan dia sebagai fresh grad, tanpa pengalaman kerja selain intership 3 bulan.
Biasalah, belum masuk industri.
Slowly pandailah nanti. Aku agak begitulah.
Maka aku pun ambik dia kerja.

Nasib baik dalam offer letter dah tulis siap-siap "The probation period is typically 3-5 months. However, if the company feels that the performance is below standard, the probation period can be shortened".

Memang sebulan je, gais.
Aku terpaksa berhetikan sebab selama sebulan, satu design GreenAard yang dia buat, aku takleh pakai.
Intern punya design lagi profesional.
Staff-staff aku yang lain pun argue design-design dari budak ni tak kena dengan kehendak.
Maunya takk, staff lain uruskan marketing & sales, dah tentulah dorang lebih tahu design macamana yang dorang nak.
Ya Allah pening kejap aku.

Kesian juga sebenarnya.
Budak ni kalau dari segi attitude, takdelah teruk.
Cuma dari segi kerja tu sangat tak membantu.
Design tak meet standard, nak siapkan 1 task ambil masa 2 hari, task tak pernah submit on time.
I cannot help-lah.
Kalau tak membantu syarikat, I cannot kesian-kesian sangat.
I am not doing charity here.
 
Bak kata video tadi, grafik designer mestilah someone yang ada kreativiti, not only tahu teknik.
Budak yang kerja dengan aku ni, bab teknikal no doubt.
Ye lah, dah kau belajo grafik design, lojiklah kena tahu operate software grafik.
Tapi takat situ je lah dia boleh.
Takat tahu menggunakan software.
Imaginasi and kreativiti pada grafik, tiada.

2-3 hari pertama tu, aku cuba menyabarkan diri everytime dia submit task.
Masa ni dah berkata-kata dah dalam hati, dia ni betul ke budak grafik?
Takpe, takpe. Kita try lagi.
Dah masuk minggu ke-2, aku start bagi tazkirah slow-slow.
Tiada high pitch, don't worry. Cuma pedas sikit.

Bukan apa, design dia memang hmmm.. entahlah.
Budak intern Giat MARA lagi power design, camana tu?
Bukan nak kata Giat MARA tu low class.
Cuma bila dibandingkan dengan someone yang grad dari universiti, secara lojiknya design dia mestilah menggambarkan sijil yang dia carry.
Ini tak.
Sampaikan aku terpaksa tanya "Macamana lecturer rate task grafik awak?"
Dah lecturer jugekkkk yang kena 🤣.

Selepas kejadian itu, aku minta staff yang uruskan hiring untuk bagi task dahulu kepada calon.
Sebelum dipanggil interview, dorang kena siapkan satu task GreenAard.
Design ok, baru kita panggil interview untuk dicuss pakej.
Dari situ boleh tengok if ada kreativiti ke tak.