2008-01-22

Subway


Hari ni ada orang ajar aku makan SUBWAY.
Ye, saya sangat kampung. Subway pun tak tau apa.
Masa first time dia ajak aku makan Subway 'Kita makan kat Subway Giant'
Aku cam 'Kat Giant ada subway??? Subway ke mana?'.
Tapi takde la aku bertanya, jangan la nampak sangat bangang tu kan. Simpan la sket untuk hari tua.

So this time, aku nak try Subway sandwich. Sedap sangat ke?
Aku tau ko agak malu la jugak makan ngan aku that day kan sebab kedesaan aku terserlah. Tapi pegi la mampos ngan kemaluan anda. Tapi terima kasih la sebab ajar aku camne nak makan menatang nih.

Setelah saya memakan sandwich Subway, saya merasakan bahawa saya sangat western sekali. Saya bukan anak kampung lagi. Saya sudah berjaya!!!!!





Roti ini telah membuatkan aku hampir terlentang kepeningan. Ni beef ke kambing?? Seb baik apek di opis pantas menyambut badan aku yang melayang.











Dan aku and En wan akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Akhirnya kitorang beli gak.



Our second house.


Padahal rumah aku skang baru 2 tahun duduk, tapi kegatalan kami sudah terserlah untuk membeli sebijik lagi. PUTRA AVENUE, still in Putra Heights compound. Sila salahkan Sime UEP sebab buat rumah lagi. And the best part is, rumah ni jarak dia 10 minit drive dari rumah aku skang. Apakah nikmatnya beli umah lam kawasan yang sama????

Hopefully this will be our last invest dalam property.
Tak sudah-sudah buat hutang.


The documents. 



Muka pikir camne nak bayar hutang. 


Still dengan gaya yang sempoi (read : selebet) time beli rumah. Saje nak tengok ada tak sales people yang nak approach kitorang dalam pakaian selekeh camni. Laki aku kan memang pandai wat muka selenga. Kalau aku cakap 'Cepat bang, buat muka selebet'. Memang dia jarang fail. Dia akan buat sehabis terdaya menyelengakan muka. See?