2010-12-30

Mee kaler



Memekak betul sorang-sorang mintak tengok gamba Rayyan close up.
Hambik nih!



Ni gamba Rayyan pagi tadi tengah breakfast.
Malam tadi dia ajak aku main sampai pukul 3.30 pagi.
Bila pagi je, dia tido.
Asal aku nak tido je, dia bangun.
Bila aku bangun kejap kang dia tido balik.
Bila aku nak tido balik, bapak dia pulak kejutkan aku bangun. Eh.

Now aku kat opis, tinggalkan Rayyan and Redza kat rumah dengan Mak Aji and Pak Aji.
Entah macamana punya bunga silat la orang tua tu bukak kat rumah kang kena menjaga dua cucu.
Aku nak bekerja dengan penuh ketenangan kat opis.


Hari tu aku pi breakfast kat mamak kat USJ, ngan En Wan.
Mamak ni bengong sikit.
Dulu, masa aku duduk USJ, memang ini la port aku ngan En Wan sampaikan masa mengandungkan Redza aku mengidam teh tarik and roti telur mamak ni hari-hari.
Tapi tiap kali aku order mee goreng, mesti payah nak dapat mee goreng yang memenuhi spesifikasi aku. Puas aku explain, still bangang jugak.

So, setelah hampir 2 tahun tak pi sana, tiba-tiba teringin.
Aku and En Wan order la mee goreng.

Macam biasa, aku akan cakap 'Mee goreng saya kurang pedas'.



Hasilnya ini.

Yang kiri tu aku punya. The color kusam pucat sebab lansung tak letak cili. Yang belah kanan tu En Wan punya. Ko bayangkan mee kuning tu digoeng dengan bawang je without cili? Macam pantek tak rasa dia?

Aku pun panggil dia.

'Dey, saya mintak kurang pedas. Bukan takde cili lansung. Kasik goreng balik. Letak cili sikit. Apa ni kaler mee pucat saje'.














Dia datang bawak mee tu balik tapi dia tabur cili padi, dengan selambanya cakap 'Bolehkah ini macam? Mee sudah ada kaler-kaler'.


KEPALA HOTAKKKKKKKK!!!

2010-12-29

Majlis Aqiqah Rayyan Akmal


Minggu lepas (Ahad) aku buat majlis aqiqah and cukur jambul untuk Rayyan. Memang dah plan sejak Rayyan lahir lagi. Padahal budak tu kena masuk NICU yang tak tau entah bila boleh keluar tapi makpaknya dah plan macam-macam. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau nak ikutkan aku bersalin 24 Disember (setelah Dr kata aku konfem kena bedah so 1 Jan tu hanya tinggal kenangan), tapi rupanya Rayyan nak keluar lebih awal. Bagus jugak, dapat aku attend orientasi Redza Jumaat ni. Semua yang terjadi tu ada hikmah kan? :)
Pencarian kambing telah dimulakan sejak minggu lepas lagi. Somewhere kat Klang. Disebabkan nak pi tengok kambing je, tak payahla nak mekap-mekap segala ok?


Nak pegi jumpa kambing muka mesti mau ceria. Barulah kambing pun merasa gembira untuk disembelih.



Brader jual kambing ni mintak kitorang datang awal untuk book sebab kambing yang tinggal kurus-kurus je. Tapi disebabkan busy (ntah apa yang busy sangat pun aku tak tau la, padahal anak kecik sorang je) kitorang terlupa nak book.
Tapiiiiiiiiiiiii brader ini telah menge-cop-kan kambing yang gemuk-gemuk 40kg sekor untuk kitorang. Kambing ni dari baka Ferel tak salah aku.
Seb baik aku tak pakai perfume okkk, sepanjang dalam keta dah bau kambing aje!



Masa ni gi tengok kambing untuk dibuat BBQ. Kambing buku putih tapi aku tak snap dekat sebab aku pun takut nak pi dekat.


Ini pulak kambing untuk buat lauk kuzi. Brader ni guna kekdah men-spray je untuk book-kan kambing aku.




Sesape nak book kambing, boleh la mintak no tepon brader ni kat aku. Tapi kan, aku macam kenal brader ni, kat mana eh nampak dia sebelum ni? (asal nama laki je mesti macam penah nampak). Tapi yang aku tau (sebab dia bagitau), dia adelah engineer kat Proton.

Masa En Wan tanya 'Memang buat full time ke berniaga kambing ni?'

Brader : Takla, ni part time je.

En Wan : Oh, ye ke? Keje mana?

Brader : Saya jurutera kat Proton.

Masa ni aku dah berdebar-debar dah.
Dalam hati aku kata, janganlaaaaaaaaaaaaaaa laki aku ni reply.

En Wan : Oh, Protonggggggg.

Dem!
Aku dah cakap jangan reply!!!!



Mak mertua aku a.k.a Tokey Nasi Dagang.


Mak mertua no. 2 bersama Kak Ngan En Wan berpadu tenaga hiris timun ngan carrot buat acar timun. Aku?? Aku adelah fotographer. Jadi, tak payah tolong. Sekian.





Rumah memang jangan cakap lah, hari Sabtu tu dah tunggang terbalik dah. Aku hanya mampu berserah je. Sebab kat dalam tu semua klorga En Wan, takde sorang kaum kerabat aku, so aku kena diam aje. Dah macam aku pulak tetamu kat dalam tu. Terasa diri bagai terdampar di sebuah kepulauan yang dinamakan Pulau Babi.
*Pulau Babi adelah nama kampung En Wan berpuluh tahun dulu sebelum ia akhirnya ditukar kepada nama Pulau Bahagia*

Suka-suka je orang zaman dulu letak nama tempat.
Asal nampak babi sekor melintas je, ohhh kita namakan tempat ini Pulau Babi.
Nampak kambing, terus jadi Pulau Kambing (memang ada jugak nama ni kat Tganu).
Yang aku heran tu tang mana nya PULAU??
Kampung En Wan tu toksah katakan laut, sungai pun takde. So aku tak paham celah mana datang pulau. Disebabkan nama kampunga dia ni la everytime aku ajak bercuti, En Wan akan cakap 'Okkkk, bulan depan kita bercuti kat pulau'.
Yeah, rite! Pulau Bahagia.
Sialpalis.


Ibal, fotographer pada malam kejadian dan juga esoknya.



Nata de Coco untuk kids.
Kalau ada di antara anak korang tak dapat bendalah ni jangan salahkan aku ok. Sebab bukan aku yang jaga bakul ni.




Fancy cookies yang disponsor oleh Ima. Sebab dia tak dapat datang, perut dah memboyot sangat, maka dia kirimkan cookies ni. Oleh kerana tema aku purple and kuning, maka sebab tu kaler biskut ni macam ni. Sesape yang tak jumpa cookies ni dalam goody bag, mintak maaf ye. Sebab bukan aku yang pack. Pagi ni aku jumpa ada lebih kurang 30 bungkus lagi dalam kabinet dapur. Entah makhluk mana la pi sorok kat situ. Maybe dorang nak bawak balik sekali terlupa. Dah satu keje pulak aku kena habiskan biskut ni esok.

Dalam goody bag sepatutnya ada bunga telur, pulut kuning with rendang Mak Aji dalam tupperware and fancy cookies. Kalau takde tu maknanya ada orang telah membuat onar pada majlis aku. Hehe.
Takde la, sebenarnya memang takkan dapat cukup pun sebab bunga telur aku tempah 60 je, khas untuk berzanji and surau group. Mana yang dapat tu, dapat la, ok?





Sesi kerahan tenaga.
Nak buat kenduri kawen kat rumah sendiri macam lama lagi, jadi kita feeling-feeling je la menerima menantu time sususn bunga telur ni. Bak kata mak mertua aku 'Entah sempat ke tak tengok Rayyan kawen, jadi feeling-feeling je la macam majlis kawen'. (of cos dialog ini telah dialih bahasa, sebab aku tak reti nak tulis dalam loghat Tganu).

Tapi tu la kan, yang tukang lilit bunga telur tu pun kaum-kaum veteran, so agak mengambil masa jugak la nak menggentel satu bunga telur. Masing-masing pegang bunga telur kejap-kejap bawak ke depan mata, pastu tolak balik ke depan, kang tarik balik ke depan mata. Sudahnya aku ngan Mek (adik En Wan) yang settlekan.



Redza bersama hadiah Krimasnya. Bapak dia pun sibuk nak masuk jugak.


Masa ni En Wan dah start busy untuk.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Memacak tanda arah.
Hehe...
Over kan? Macam nak kawenkan anak siap ada tanda arah je. Padahal takde sape pun perasan tanda ni sebab siang-siang aku dah hantar map.
Tapi aku kagum jugak la dengan kreativiti dia siap laminate ngan bubuh gamba baby lagi.



Malam tu jugak orang pelamin datang setup. So, bertambah-tambah semak la rumah aku. Aku ni bukan b0oleh semak-semak, tetiba kang migrain aku sampai. Bila dah migrain tu, jawabnya tido la. (alasan paling lojik untuk mengelakkan diri dari buat keje)
Tapi disebabkan aku mak pengantin, takkan la nak tido awal kan. So, aku pun sama-sama bersengkang mata kemas rumah. Gila penat!


Yang tengah menonggeng tu adelah aku.




Team pelamin tengah gubah fresh flowers. Memang aku request pelamin dihias dengan fresh flower. Saje nak bagi bau fresh kat rumah. (bau rumah macam bangkaikah sampai nak kena order fresh flower bagai???)

Team ni habis pukul 1 pagi. Tapi aku sangat puas hati dengan hasilnya. This is the same team yang handle kawen Aqasha pelakon tu (wahhhh, nak gak samakan diri dengan artis!). Sape berminat, pi terjah http://tepaksirehbridalbutique.blogspot.com

Ni pun En Wan yang googlekan. Bila aku cakap aku nak buat majlis berendoi je, dia terus google. Aku mana reti google-google benda macan ni. Porn tau la.


Dari pandangan atas.

Aku pun tak tau apa motif aku nak snap dari atas.

"Motif nak tunjuk kat orang rumah dia dua tingkat" kata Anonymous.


Testing...testing...

Ni belum siap sepenuhnya. Baru test lampu je.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini yang dah siap.
Masa nak decide kaler, ada la lebih kurang 4-5 kali aku tukar. Mula-mula nak pilih kaler yang biasa nampak like blue and white, maklom la baby boy. Pastu taknak. Tukar ke kaler green apple and silver. Tapi macam biasa buat jugak. Last-last aku gamble letak kaler purple and yellow. Si Emma (tukang hias) ni pun kata dia belum pernah buat kaler puple and yellow, so kira aku jadi guinea pig la ni. Last-last dia pun kata cantik sebab dia tak penah nampak orang guna combination ni.
Mak Aji kata kaler orang Jawa.
Dia memang suka carik gaduh ngan aku.



Suasana pagi majlis (Ahad).
Aku jemput orang datang pukul 12 tghri walaupun majlis berzanji start pukul 10am. Memang cukur jambul ni aku hadkan untuk relatives and jiran (mana yang nak datang).
But dissapointed a bit pasal khemah. Seban purple tu macam soft sangat, dari jauh aku nampak macam putih.


Jangan main-main...the tikar tu dipinjam dari surau Al-Sobah kat Bangi okkkk. Sebab surau Putra Heights takde tikar, boleh?
Dorang kata dorang main karpet je. Tak main tikar.
Time ni rumah aku lengang lagi sebab grup berzanji belum sampai.


Sementara muka belum berlengas lagi, marilah kita bergamba dulu.


Time ni grup HELWA dari Bukit Lanchong dah sampai. Lagi 20 minit nak pukul 10am, dapat call dari Ustazah Kasminah kot nama dia, cakap postpone ke pukul 1pm sebab dia lupa ada majlis apa ntah kat rumah anak yatim.
En Wan dah nak nangis. Dia ni memang cepat panik. Aku ambik telefon, terus call Ustazah tu. Aku cuma berharap Ustazah tu bagi alasan yang lebih lojik selain dari "terlupa" sebab dikhuatiri mulut aku akan mengeluarkan kata-kata nista di pagi hari.
Eh, tetiba dia cakap boleh pulak. Siap cakap dah on the way lagi.
Terselamat kau Ustazah...syukur alhamdulillah.




Masa team ni masuk, the ketua salam aku. Pastu dia salam Mak Aji and cakap 'Ni tuan rumah ye?'.
Apa muka aku tak macam tuan rumah ke?
Macam tuan khemah kot.



Nasib baik Rayyan tak buat hal. Dia ni memang siang je tido, so takde masalah sangat. Dia cuma bunyik bila nak susu je, itupun takat 'ngok ngek ngok ngek'.



Masa kitorang kat dalam kan, baru perasan Redza takada. Gelabah aku sms En Wan suruh carik Redza sebab sedara-mara dia semua dalam rumah, alih-alih dia takde. Abis, dia main ngan saper?
Bila tengok gamba ni baru tau rupanya dia lepak kat luar dengan Acu dia. (Acu yang ambik gamba)



Memang puas hati dengan grup berzanji ni. Siap nyanyi nasyid lagi. The nasyid sangatlah sedih, meleleh airmata dengar.



Mula-mula pusing 3 kali. Aku pun tak tau kenapa nak kena pusing 3 kali dulu. Buat aje laaaa...



Potong rambut je, buat syarat. Cukur-cukur taknak.

Lepas majlis berzanji habis pukul 11am, barulah group budak-budak tahfiz and ahli surau datang. Memang aku mintak nak bawak budak tahfiz datang, biar sedap sikit telinga aku dengar. Aku ni perlu dibaca-bacakan sikit. Lepas baca Yassin and doa selamat barulah imam buatkan tahnik. Aku tak tau apa yang imam tu baca kat telinga anak aku. Tapi lama.
Orang cakap tahnik tu elok imam yang buat, mudah-mudahan mulut anak kita jadi macam mulut imam tu, sedap baca Quran, azan semua.
Kalau aku yang tahnikkan, jawabnya fail la mulut anak aku sok.
Eh, aku dulu sape yang tahnikkan?




Kagum aku tengok budak-budak tahfiz ni. Kecik-kecik dah hafal Quran. Aku time kecik toksah kata nak hafal Quran, hafal Al-Fatihah pun nak kena dibagi penampar tujuh lapan kali baru tak gagap.


Menu utama - kambing BBQ.

Memang inilah yang habis dulu. Aku dapat rasa 5 keping je (keping yang kontot-kontot saje ok?)
Orang kata BBQ sos and coleslaw dia sedap, tapi aku tak dapat rasa.
Yang aku tau daging dia liat.



Ayah dan abang pengantin.

Redza punya berlengas la.....astaga!!!! Dah macam bau kambing!


Nenek sedara and family. Yang tengah riba Rayyan tu adik Mak Aji yang bongsu. Tepi-tepi tu anak dia. Single and available :)

Kaum klorga aku tak kira belah Mak Aji atau Pak Aji, memang baru Ahad lepas la dapat tengok Rayyan. Sebab aku memang tak kasi datang tengok dulu. Bukan nak feeling-feeling anak artis ye nak eksklusif-eksklusif tayang, cuma Rayyan tu premature baby, so taknak dedahkan sangat kat persekitaran. Itupun malam tu dia mengigau sekuat-kuat ada menjerit. Ye la, dah orang ni pegang, orang tu pegang. Tapi takpe, kejap je. Biar dia tak takut orang.


Yang belah kiri tu je yang taken, yang lain boleh lagi kot.


Anak sedara En Wan.
Semangat Piala Suzuki malam tu :)


Terima kasih kepada blogger / reader yang sudi datang ke majlis aqiqah Rayyan. Minta maaf banyak-banyak aku tak dapat jemput semua. Jemputan aku pun terhad pada 350 orang aje. Kalau aku kawenkan anak sok insyallah aku jemput. (entah tahun bila la...).

Kepada yang datang, sorry tak teringat pun nak ambik gamba sama-sama. Sebab aku busy gila jadi tuan rumah. Lagipun muka aku berlendir okk, sangat tak gojes gamba korang tu nanti.

Ini saje gamba yang kebetulan Ibal snap. Dia main snap je.

Sape punya gamba-gamba ni, sila mengaku.