2017-01-24

Nak maafkan memang tak senang



Aku memang dah plan nak elaborate pasal status yang aku buat ni tapi dari 10 Jan sampai 24 Jan, baru teringat nak buat. Tu pun sebab semalam ada reader yang PM aku tanya pasal soklan lebih kurang macam ni la jugak.

Bukan semua orang terdaya nak maafkan orang yang pernah buat salah kat dia.
Apetah lagi kalau jadi public figure, ramai kenal kau tapi kau tak kenal dorang tapi semua cakap-cakap orang sampai ke pengetahuan kau. Kau jadi lebih sakit hati sebab kau tak tau siapa yang mulakan. Jadi bila one day someone minta maaf kat kau tanpa bagitau apa kesalahannya, kau jadi berat nak maafkan.

Tapi bila pikir-pikir balik, nak berdendam kat perkara yang kita tak tau, nak buat apa?
Bukan senang untuk yang bergelar manusia nak minta maaf. Tak senang.
Dia nak sebut maaf tu pun kita tak tau entah berapa kali dia berperang dengan ego dia sendiri. Entah dia tak lalu makan minum, entah dia selalu dapat mimpi buruk, entah berapa kali dia prektis nak cakap maaf tu. Belum tentu kita boleh buat benda yang sama. So tak perlulah kot kita nak korek macam-macam dari dia. Kadang-kadang kita ni pelik juga. Bila orang  buat salah, kita demand dia minta maaf. Bila dia minta maaf, kita demand nak tau apa benda salah yang dia dah buat kat kita.

Apa-apa pun terpulanglah pada tuan badan. Ini cuma suggestion aku je.
Orang yang hebat akan meminta maaf tapi orang yang luar biasa hebat akan memaafkan.

Memberi maaf memang tak mengubah apa yang dah jadi tapi paling tak, bila kita maafkan, kita bantu ubah masa depan dia dan diri kita sendiri. Mungkin selama ni dia tak tenang pikirkan salah dia kat kita tapi bila kita maafkan, dia rasa tenang sangat. Dari tak khusyuk solat dia dah boleh khusyuk solat. Siapa tau asbab kemaafan kita tu buatkan dia bertaubat. Memang kita tak nampak dengan mata kasar apa kesannya pada diri kita bila kita maafkan orang. Nampak macam segala yang baik dapat kat orang tu je. Tapi calculation Allah bukan macam tu. Ada bahagian kita nanti. Tunggu je lah.



Jadi blogger pun tak terkecuali.
Aku banyak dapat email macam ni 2-3 tahun kebelakangan ni tapi yang ni aku pernah letak kat IG so ni je la yang tinggal, yang lain semua aku delete dah. Tak kuasa nak simpan.

Kalau aku nak korek apa benda yang dorang cakap pasal aku, boleh je.
Tapi nak buat apa.
Aku malas la nak toleh belakang, penat dah aku jalan jauh ni. Taknak patah balik. Letih.
Jadi, pilihan aku selalunya aku reply "Ok".
Email-email macam ni aku tak reply panjang selalunya, paling panjang pun kalau tak salah, aku akan reply "Ok, saya pun minta maaf kalau saya ada buat apa-apa". Done, move on.
Ye lah kan, aku nak panjang-panjangkan cerita pun bukan aku kenal pun dorang ni semua.
Maybe aku kenal, tapi sebab dia tak bagitau siapa dia, jadi aku tak kenal. Tapi tu bukan benda penting. Yang penting, settle kes.

Aku tau kalau korang kena macam ni, mesti nak jugak tau apa yang dia penah cakap pasal kau, kan?
Kalau boleh taknak maafkan, biar "kau merangkak cari aku kat akhirat" -- ayat biasa la ni.

Masalahnya, kau tau ke macamana keadaan hari akhirat esok?
Gambarannya pun dah cukup dasyat.
Alangkan dengar mercun papan jiran depan rumah sambut CNY pun dah rasa seram sebab kuat sangat bunyinya. Apetah lagi suasana akhirat esok - entah dengan suara orang meraung, orang menangis, orang terjerit pekik, suara orang minta tolong - ko rasa ko boleh hadap keadaan kacau-bilau ni? Masa tu tetiba kau terdengar suara orang yang buat salah kat kau tu meraung-raung minta ampun kat Tuhan. Bangga ke bila tengok ada orang lain diazab kerana kita tak maafkan dia?
Dah la, biar kita semua seronok pada hari penghakiman tu nanti. Kita tak payah tunggu lama nak selesaikan urusan yang tak selesai kat dunia.

Dulu aku ada tulis pasal aku bertawassul kat Mekah.
Aku tawassul dengan sedekah aku pada seseorang yang bergelar 'haters'.

Tau tak kita bukan saja boleh bertawassul dengan sedekah tapi dengan apa je perkara baik yang kita buat? In fact, kalau kita bersabar dengan kata-kata hinaan orang pun, kita boleh guna that untuk tawassul.

Manusia dengan Allah lain.
Manusia ni, kalau kita ungkit-ungkit benda baik yang kita buat, dia menyampah.
Tapi Allah tak, Dia suka kita ungkit benda baik yang kita buat untuk Dia.
Cuba baca terjemahan Al-Kahf, cerita macamana 3 lelaki tu bertawassul dengan kebaikkan yang dorang buat untuk Allah.
Maknanya tawassul tu boleh buat dengan apa je, dengan syarat ia benar-benar kerana Allah.

Meh aku bagitau sikit perangai 'buruk' aku.

Aku ada jadual untuk diri sendiri.
Tak boleh tak, aku mesti nak buat jugak.
Kadang-kadang aku terlampau letih. Bangun 4.30 pagi, pastu tido pukul 12.30am.
Then esoknya bangun balik 4.30 pagi.
Bila dah letih sangat, aku berdoa 'mengungkit', "Ya Allah, aku letih. Mengantuk sangat. Tapi aku bangun jugak, aku mandi pagi-pagi ni time orang lain tengah tidur sebab aku nak solat. Sebab aku pilih untuk jadi taat. Walaupun apa yang aku buat ni sikit sangat banding dengan orang-orang soleh, tapi aku nak cuba buat jugak sebagai tanda aku percaya Kau ada".

Buruk perangai aku. Mengungkit.
Tapi inilah namanya tawassul.
Kita ungkit kebaikkan yang kita buat kerana Allah sebab kita nakkan sesuatu dari dia.
Lepas ungkit tu, aku mintak lah apa aku nak mintak.

Kita boleh guna kes-kes dihina dicaci dianiya tu untuk tawassul juga provided kita buat kerana Allah.
Maknanya, bila orang cakap tak baik tentang kita, kita pilih untuk diam.
Dan bila kita perlukan sesuatu, cubalah guna itu untuk tawassul.
"Ya Allah, aku dihina, aku dikutuk sedangkan aku tak kenal mereka, aku tak buat salah dengan mereka. Aku sakit hati, aku sedih tapi aku sabar sebab Kau Ya Allah. Aku tak akan balas apa jugak yang mereka kata tentang aku sebab aku tau Kau sebaik-baik pembela".

Cubalah.
Masyallah, sangat ajaib.

Cubalah berkorban sesuatu untuk Allah.
Walaupun nampak macam pengorbanan kita takde apa, setakat sabar orang hina-hina, setakat bangun solat malam pun nak mengungkit - takpe. Mungkin itulah yang jadi asbab Allah sayang dan kesian kat kita lalu apa yang kita buat Dia mudahkan.

Being a blogger, penulisan aku pernah sangat kasar.
Hakikatnya aku main tulis je dari hati, tapi mungkin ada yang sakit hati bila baca, terasa macam aku tuju kat dia. Aku berdoa yang pernah sakit hati dengan aku, berdendam dengan aku, jadi lembut hatinya untuk maafkan aku. Dan pada yang pernah email aku say sorry tapi aku terlepas pandang tak reply (if any), aku dah maafkan semua. Sungguh, takde yang berdosa dengan aku.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

2017-01-22

Bezanya Rayyan and Redza belajar


Kalau siapa follow IG aku, mesti tau IG aku penuh dengan gambar makanan.
Sikit-sikit aku snap gambar makanan.
Itu je lah cara paling mudah nak update IG pun 😆.
Semalam, aku gi makan kat tempat feveret dan tempat paling dekat dengan rumah - Absolute Thai.
Lagipun ini je lah cara nak umpan mak mertua aku keluar berjalan.
Mak mertua aku dah tak berapa suka merayap ikut kitorang pi berjalan. Sanggup dia duduk rumah sorang-sorang. Dah semakin tua kan, penat agaknya.
Sebab tu lah kitorang pun dah jarang nak berjalan ke mana-mana sebab mak mertua aku tak berapa nak berjalan sekarang. Jadi, umpan paling mudah adalah bawak dia pi Absolute Thai. Dia suka makan kat sini.

Aku pun suka makan sini sebab tomyam dia.
Aku lom penah jumpa lagi tomyam sesedap Absolute Thai. Takleh celen sini.
Ayam pandan dia pun sedap.
Aku rasa aku dah semakin terer makan pedas. Dulu, kalau makan tomyam kat sini, semangkuk kecik tak abis. Gigil-gigil tahan pedas. Air kalau boleh 3 gelas order untuk aku sorang.
Tapi slowly, aku dah boleh tahan pedas.
Semalam makan tomyam tambah 2 kali, air segelas tak abis. Haaaa, terer tak aku?
Mak Aji pun agak kagum dengan aku. Aku boleh lanyak siakap tomyam yang dia masak + udang cili api + sambal bilis dia tanpa minum air.
Malam kelmarin kan aku makan tomyam Maggi dalam cup.
Selalunya, aku akan minum air berteguk-teguk, last-last maggi tak abis sebab kenyang air.
Hari tu aku selamba bedal tomyam siap hirup kuah sampai licin pastu naik bilik terus tido, tak minum air lansung.
Walaupun ada yang kata tomyam tu tak pedas, tapi dulu aku makan tomyam tu rasa pedih okeh.
Kira ada peningkatan lah ni.



Ceritanya, aku yang nak makan sini sangat.
Dari lepas opis semalam, aku cakap kat En Wan meh le kita lunch kat Absolute Thai.
Tapi En Wan kata seafood tak best kalau makan tengahari, makan waktu malam baru best.
Balik opis tanya mak "Mak nak makan apa tengahari ni?"
Mak cakap dia kenyang lagi makan roti telur pukul 11 pagi.
Ok set! Takyah masak.
Aku tengok esbok ada fries, ada sotong frozen, ada sosej - ok anak-anak, pandai-pandailah bawak diri ya. Mak kau nak sambung siapkan keje.
Sekali Mat Cool lalu.
Maka semua semalam lunch dengan eskrim Mat Cool. Pheww, settle!

Dengan semangatnya malam semalam pi Absolute Thai order segala tok nenek, sekali nasik mentah pulak.
En Wan yang mula-mula sekali makan, baru satu sudu dia cakap "Mentah lah".
Kebetulan meja sebelah pun baru sampai makanan dia, dia pun panggil waitress bagitau nasi mentah.
Nak tunggu nasi baru lagi 15 minit. Lauk dah sampai. Laki aku ni pulak tak boleh kalau makanan tu sejuk, nanti lagi dia terus taknak makan.
Jadinya, ratah je lah lauk.



Hanya Redza je bedal sepinggan nasi mentah. Bukan kira dia ni. Janji dia kenyang. 
Seb baik sejenis perut kental.



Ni pun sama, aku cakap nasi ni mentah dik, tunggu jap lagi nasik sampai.
Oh taknak tunggu. Dia kata nasik dia ok. Oklah gasakk.



Kembang benar muka Redza bila duduk sebelah bapak dia. 
Kalau ambik gambar dengan maknya barulah nampak setara. 😂


Semalam petang, En Wan keluar pi jumpa kawan, so aku take over ajar Rayyan.
Sambil melayan dia blaja tu aku sembang-sembang ngan Rayyan.
Aku letak video-video ni kat instastory semalam petang, berjujuk mesej masuk semua membahankan aku. Kemain suka sorang-sorang gelakkan aku, kan? Ni aku letak video ni kat sini sebagai memori di masa depan :











Takpelah nak.
Mak memang dah lama muhasabah diri bab kulit ni.
Bertahun pakai whitening tak jalan. Janji tak berkerak dah lah.
Seb baik lah dark a little bit tau. Kalau dark forever, aku pindah Angola.

Oneday I'll miss moments like this.
Takyah pikir jauh sangat lah, tengok Redza sekarang je pun dah rasa rindu zaman dia kecik dulu.
Seb baik aku banyak jugak ambik video Redza time kecik dulu.
Tapi Redza ni tak banyak cakap macam Rayyan.
Redza ni perangai banyak ikut En Wan - senyap dan suka buat hal sendiri, tapi fizikal banyak ikut aku.
Rayyan ni perangai banyak ikut aku - kuat bercakap dan kuat berangan tapi fizikal banyak ikut En Wan.

Bila tengok balik video Redza study masa umur 4 tahun dulu nampak nau beza ngan Rayyan.
Rayyan ni tengah study pun boleh ajak aku bersembang, tapi Redza kalau tengah blaja memang dia blaja je. Ni video Redza blaja study kat rumah masa umur dia 4 tahun. Mahap la, dulu pakai henfon murah je, video pun kabur :



Korang yang masih boleh beranak lagi, beranak la oii.
Aku ni pakkal tak boleh beranak lagi, kalau tak, dah 4 agaknya anak aku.
Seronok melayan budak-budak time umur-umur macam ni.
Esok dah panjang berbulu macam Redza ni dah lain pulak cara kau nak melayan dia.
Semalam pi Popular masa nak bayar tengok Redza beli buku Guiness World Record Gamers Edition dan Top 10 of Everything - tebalnya buku kau ni. Boleh habis ke.
Halahhhh, dulu kau nak sebut FAMILY pun berbuih aku ajar. Balik-balik dia sebut payneli payneli payneli. Dah besar ni pandai pulak baca buku tebal. Rindu aku nak dengar payneli tu.
.
.
.
.
.
.
.

New gift 😎 esok.
Pengguna GreenAard, pastikan esok pukul 10am bukak FB GreenAard, ok?





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

2017-01-20

Jangan mengeluh bila ramai orang tak suka.


Agak 'meriah' PM box aku disebabkan entry semalam.

"Kenapa Kak Di tutup XZIZ Biotech?"
"Kak Di dah benti keje ke?"
"Kak Di jual company ke?"
"Patut la Kak Di jarang update pasal bisnes kat blog, dah tutup rupanya"

Ya ampunnn
Tu cara-cara aku tulis tu.
Kalau aku sampaikan dengan mulut, dari mulut ke mulut agaknya lagi jauh benar tersasar jalan cerita. 😆

Aku respond PM kat sini je lah ya.
Sebab aku tau yang PM aku tu semua baca blog jadi sekali harung je lah jawab sini.

Bila masa pulak aku jual company.
Mana ada aku tutup XZIZ.
Aku cuma stop buat kerja jual biotech lab supplies je.
XZIZ Biotech masih bernyawa sebab GreenAard kan under XZIZ.
Ce baca balik entry lepas, baca 4 kali pun takpe.

Jarang update cerita pasal bisnes kat blog tak bermakna tutup bisnes.
Lagipun nak promote bisnes dah ada banyak medium - ada website GreenAard, ada FB GreenAard, ada buat FB adverts, jadi kalau kat blog and FB personal pun kejap-kejap nak cerita pasal bisnes, jangankan kata orang lain, aku pun jemu baca blog sendiri camni. Melainkan memang kau nak target jual produk kat follower/reader saja.
Kalau rajin masuklah FB GreenAard. Hari-hari ada new testimoni. Cuma aku malas tepek kat sini.

Ada reader tanya "Kak Di buat bisnes ada tak kawan-kawan dengki?"

Kalau ada yang dengki, tu namanya bukan kawan. Itu lawan.
Alhamdulillah, so far takde.
Samada memang tak ada, atau memang aku semakin kebal sampai tak perasan ada orang dengki.

Dengki dalam bisnes ni benda biasa sebenarnya.
Anak aku yang belum ada bisnes tu pun dah pandai berdengki ngan abang dia.

Dengki boleh datang dari competitor, atau boleh juga datang dari usahawan lain yang tak buat produk macam kita tapi dia tetap nak dengki sebab kita lebih berjaya dengan bisnes kita.
Atau dengki tu boleh datang dari orang yang tak berbisnes lansung tapi dia nak berdengki jugak tak tau lah kenapa.

Orang akan start dengki bila kita ada apa yang dia tak ada.

Ok, macamana dia boleh tau apa yang kita ada?

Sebab, kita sendiri yang menonjolkan apa yang kita ada.
Contohnya, bila kita selalu up pasal income bisnes kita, kejap-kejap bagitau orang tu restok produk, orang ni restok, "alhamdulillah berkat buat bisnes dapat pergi melancong" - kadang-kadang bukan orang dengki, tapi orang meluat.

Memang kita tak rasa perkara tu seperti menonjolkan sesuatu.
Sharing is caring kata orang.
Tapi, bila kita berani untuk menonjolkan apa yang kita ada, maka kita kena berani juga hadapi impaknya.
Jangan mengeluh bila ramai orang tak suka.
Itulah the price yang kita kena bayar akibat tindakan kita.

Ada 2 jalan penyelesaian kat sini.
Samada orang tu berhenti ambil peduli pasal kita.
Atau kita yang berhenti pedulikan ancaman dengki ni semua.

Kalau kita tabah maka buatlah pilihan untuk jangan pedulikan ancaman dengki.
Tapi kalau kita tak tabah, kita berhentilah buat apa yang akan trigger orang lain dengki kat kita.
Tabah bermaksud, kita diam.
Bukan kejap-kejap buat status FB "Saya nak buat spring clean unfollow semua kawan-kawan yang negatif!"
Status tu sendiri dah menunjukkan sebenarnya kita kisah dengan ancaman dengki tu.
Status tu membuatkan the other party akan lebih galak buat macam-macam nak sakitkan hati kau.

Analoginya sama macam kita whatsapp orang.
Kita whatsapp, dia reply - maka akan ada engagement/conversation.
Tapi kalau kita whatsapp banyak kali, dia hanya 'seen' je tapi tak jawab, agak-agak kau ada hati nak whatsapp lagi tak?
Tak  kan?

Jadi, kalau kita boleh bertabah dengan cakap-cakap orang, kita buat diam je lah.
Lama-lama nantu dia frust, dia benti.
Jadi, pilihlah option yang mana lebih sesuai.
Ketenangan hati itu jauh lebih mahal dari duit.

Satu lagi, cuba baca ayat ni :
Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturrahim" (HR Bukhari & Muslim).

Apa agaknya yang boleh kita faham kat statement tu?

Keyword dia "menyambung silaturrahim".

Dah tau kita berbisnes, dan nak rezeki kita dilancarkan, maka kita jagalah silaturrahim.
Dalam konteks menghadapi dengki ni, ternyata untuk menjaga silaturrahim tu, lebih baik kita ambil pendekatan diam dari kita membalas.
Kalau dah tak suka sangat, kau unfollow je dia senyap-senyap. Takyah canang kat status nak delete nak delete nak delete.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

2017-01-19

For with God, nothing shall be impossible.



Budak ni bukan blogger, tapi sebab dia blog reader jadi aku save nama dia under 'Blogger'. Aku kan blur. Jadi kalau orang tetiba whatsapp aku takde la aku ambik masa sampai setengah hari nak pikir kat mana aku kenal dia ni.

Perkataan "syok gila tengok business akak".
Nanti aku cerita syok ke tak syok.

😂😂😂

10 January 2017, dengan rasminya aku stop buat biotech supplies to universities.
Aku sengaja tak renew MOF and Bumi Cert.
Sebab aku rasa cukup lah kot aku buat benda ni. Dah tak terkejar dah dengan GreenAard. Kalut aku nak hadap 2 bidang berbeza dalam satu masa. Satu offline, satu online. Huh, semput.

Bukan satu keputusan yang mudah after 14 years aku dalam bidang tu.
Hari yang aku whatsapp and email semua customer buatkan aku bergenang airmata.
Walaupun ada customer yang dekat-dekat macam kat UPM and Nuklear Malaysia, aku tetap hantar email and whatsapp je. Kalau pergi jumpa karang, aku yang nangis.
Tapi ada gak customer yang call "Why Diana, why?"
Nak jawab pun dah sebak.

14 years dalam bidang biotek sales, cukuplah tu kot.
Bagi chan la pulak kat budak-budak muda blaja ketuk satu pintu makmal ke satu pintu makmal lain.
Tolong bagi yang cun-cun sikit buat keje tu, barulah ada selera orang nak layan 😆.
So, aku nak bukak offer ni.
Ada sesape yang buat bisnes Biotek kat sini?
Nak database customer biotek dan list barang yang dorang selalu guna tak?
Ok, bak sini RM500K aku bagi customer database. Hahahah.

Aku pernah simpan angan-angan, one day aku taknak dah buat sale cari customer.
Aku nak customer cari aku pulak.

NAH!
Allah bagi aku run GreenAard.

"Saya baru lepas operate appendiks, boleh tak saya ambil GC"
"Saya ada asthma, boleh tak saya ambik Nutrijuice"
"Kenapa taik saya tak cair macam orang lain?"
"Kenapa saya cepat berpeluh?"
"Kalau saya makan GC Plus boleh tak kalau saya nak minum air kopi?"
"Kalau saya buat atkins, tapi ambik GC Plus macamana caranya?"
"Berat badan saya 90kg, tinggi 160cm and saya ada PCOS. Boleh tak GC bantu saya?"

Everyday!
Dah macam kaunter pertanyaan. Nak sangat kan.
Kau dah taknak cari customer, kan?
Kau nak sangat bisnes yang customer carik kau kan? Hambik! 😆

Not easy sebenarnya.
Lebih susah dari aku buat sale ketuk pintu makmal.

Ramai usahawan opt for produk skin care, fashion, kosmetik and food.
Sedangkan competitor health brand tak seramai brand other product.
Tapi kenapa ramai usahawan opt for produk-produk tadi?

After setahun run GreenAard baru aku faham kenapa.
Itupun bila aku realize budak-budak aku constant terima enquiry tentang produk.
Rupanya sebab health produk ni technical product.
Setiap customer yang datang nak beli the produk akan datang dengan satu set soalan yang kau kena hadap dulu.
Banyak perkara yang perlu di-identify sebelum kau benarkan orang ambik health product ni.
Kalau tak kena caranya, kau akan stress sebab health product is very technical.
Enquiry yang datang bukan setakat "PM harga?"
Sebab tu lah aku rasa tak ramai usahawan yang nak ambik health product sebagai bahan bisnes.

Masa aku start GreenAard aku pikir camana cara aku nak hit sales target dengan GreenAard?

Biotech product nak buat 1 juta setahun very easy, melainkan kau pemalas.
Sebab product biotek ni mahal. 1 kit aku jual harga RM3K.  Tu belum jual instrument lagi.
So, kalau kau buat bisnes biotek tapi tak hit 1 juta setahun maknanya kau pemalas kedaung.
Masa aku keje ngan majikan lama, aku pernah buat 1 juta sebulan.
Penat, tapi seronok sebab kita buat keje yang kita minat.
Lebih-lebih lagi aku suka membagi explanation sampai orang faham.
Jadi bila aku buat presentation, demo, sampai berjaya close deal, rasa puas.
Bukan puas sebab orang beli, tapi puas sebab orang tu faham apa yang aku sampaikan sehinggakan dia berjaya beli.

Nak run health produk, insyallah boleh.
Tapi nak capai sales targer setahun tu aku dok pikir banyak kali. Boleh ke wei?
GC Plus ni RM90 je sebotol. Bukan RM900.
Kalau kata aku nak hit 1 juta sales setahun, maknanya aku kena jual lebih kurang 11 ribu botol GC Plus.
Adeh, selama ni aku jual 20 instrument je dah hit 1 juta.
Ni kali nak kena jual sampai 11 ribu? Masakkkk.

Ditambah lagi, health produk banyak cabarannya.
Bukan macam kau jual baju atau jual kosmetik.
Baju, kau pakai, dan-dan tu jugak kau boleh tengok cantik ke tak cantik.
Kosmetik pun sama. Kau mekap, dan dan tu jugak kau boleh nampak cantik ke tak cantik.
Tapi health produk, macamana kau nak tunjuk kat orang yang kau dah semakin sihat?
Ia bukan satu produk yang kesannya boleh nampak jam jam tu jugak. Ambil masa.
Nak pulak aku pilih produk pertama aku weight loss. Kau ingat kau makan hari ni, lusa dah slim?

Lama gak aku pikir ni, boleh ke tak aku hit sales target yang aku buat sendiri?
Aku taknak set high target sangat sebab baru tahun pertama.
Tapi, at the same time aku pun taknak set low sangat nanti aku cepat puas hati.

Dalam pada aku berpikir-pikir tu aku terbaca artikel pasal Fashion Valet berjaya buat sales 1 juta masa tahun pertama (or maybe tahun kedua) they in the market.
Masa tu aku terfikir, dia ni jual baju je.
Tak sampai ribu-ribu pun harga baju dia.
And competitor fashion jauh lebih ramai. Yang buat fashion ni melambak kot.
Tapi dia masih boleh capai 1M sales.
Maknanya takde yang mustahil.

Aku pun, oklah, masuk gear, tekan minyak. Jalan.

Perjalanan GreenAard tak se-rough perjalanan aku setup XZIZ Biotech.
Mungkin itulah perancangan DIA untuk aku.
Pengalaman setup XZIZ Biotech dengan zero produk in hand memang perit. Sangat perit. Awal-awal bulan, nak ambik gaji untuk diri sendiri pun tak sampai hati.

Tapi, God plan is always the best.
Kepayahan tu banyak bagi panduan macamana nak positionkan GreenArd in the market.
Maybe sebab tu lah DIA bagi aku rasa perjalanan sempit dulu, agaknya sebagai preparation untuk aku marketkan GreenAard.
Tapi tipu sangatlah kalau aku kata perjalanan GreenAard ni smooth. Tak smooth. Cuma tak se-rough XZIZ Biotech. At least takde la sampai aku terpaksa ambil gaji RM1500 balik semula.

Pengalaman 14 tahun sebenarnya banyak bantu aku belajar untuk buat bisnes cara sendiri.
Maknanya jangan ikut-ikut sangat cara orang.
Aku dah biasa sangat tengok competitor Biotech buat program gempak kat hotel, bagi hadiah kaw-kaw, sponsor puluh-puluh ribu, semua jenis perayaan dia hantar hamper - tapi last-last tak close deal pun.
Sebab tu lah agaknya aku tak tergugat sangat bila tengok orang lain kejap-kejap cerita dia dapat order banyak lah, up gambar pakej delivery melambak-lambak atas lantai lah, gambar whatsapp orang order barang lah. I have seen that style of marketing long before online bisnes bertapak kat Malaysia.
Biotech players dah lama buat style marketing macam tu.
Dan aku witness juga tak semua yang buat style marketing macam tu benar-benar seberjaya yang dorang gambarkan.

Tak semua cara orang buat sebenarnya bagus untuk kita.
Kadang-kadang untuk dia sendiri pun tak berapa bagus cuma dia taknak cerita.
Macam dalam artikel Fashion Valet, the owner kata dulu dorang tarik banyak brand overseas.
Dan waktu tu kita rasa "Wow! Terernya dorang sampai brand oversea pun masuk FV"
Then after beberapa tahun, baru kita tau rupanya dorang akui cara tu buatkan dorang rugi tahun tu.
Ni aku quote artikel dia "We tried replicating what our competitors were doing and spent a lot of the money on online marketing, getting more brands on board — brands we’ve never even heard of. We had lost our identity. In the end we actually lost sales".

Sebab tu aku always percaya kita buat keje kita je.
Yang penting kita tau apa yang kita buat dan kita tau hala tuju kita nak pergi.
Percaya dengan apa yang kita buat.
Bukan maksudnya cara orang lain tak bagus. Kita nak ikut tu boleh. Tapi selalunya bila kita decide nak ikut cara orang tu cara orang ni, sebenarnya kita tak betul-betul kaji dulu impaknya pada bisnes dan financial syarikat. Kita buat sebab nak glamour, nak nampak gah, nak nampak se-level dengan competitor. Sedangkan orang tu modalnya 100K, setakat berhabis 10K untuk marketing apelah sangat. Yang kita modal RM30K pun takde, tapi nak buat marketing sampai 10K.
Orang tu bernafas, kita semput.

DON'T!

Lagi satu ramai juga yang aku tengok suka sabotaj diri sendiri.
Baru buat sikit dah giveup.

Buat bisnes ke, nak kuruskan badan ke, berdoa ke, - semuanya guna konsep yang sama - consistency.

Kau rasa dalam kebanyakkan masa, bila kau doa hari ni, esok dah makbul ke?
Kau makan pil kurus hari ni berat kau dari 100kg boleh turun jadi 40kg in 2 weeks?

Macam tu juga dengan bisnes.
Sometimes, kita promote sebulan, baru dapat 2 sales - tak apa.
Buat lagi sampai jadi. Dalam masa yang sama improve.

Aku tak pandai, dan belum hebat, cuma aku suka share pengalaman dalam sales and marketing supaya mudah-mudahan dengan pengalaman aku ni, sikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kerugian untuk yang baru nak bermula bisnes. Mudah-mudahan ada manfaat.

Banyak kenangan aku buat lab supplies, ke sana sini buat demo, keluar masuk lab, halal analysis, etc.
Biotech supplies will be always in my heart.

Alhamdulillah, dengan izin Allah (bukan dengan berkat kerja kuat), 2016 we strike one more goal when GreenAard melepasi nilai RM1 juta sales dalam masa setahun.
This time, the feeling sangat berbeza.
Sebab kali ni aku jual produk harga RM90.
Dan aku bukan jual produk orang lagi.

Jangan pernah menyerah, kerana bagi Allah, tidak ada yang mustahil jika DIA menghendaki.



W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

2017-01-17

Group



Status semalam.

Perangai suka nak berteman ni perangai zaman kita skolah. Zaman blaja.
Dulu, risau kalau kat skolah takde kawan.
Dapat sorang pun jadiklah. At least rasa berani sikit kat skolah sebab ada kawan.
Lama-lama dah ada group.

Kalau kat skolah aku dulu ada group budak pandai, group budak cantik, group anak orang kaya, group gila-gila, group yang selalu jadi perhatian cikgu disiplin dan group perasan gempak tapi sebenarnya tak diperhatikan lansung. Hahaha.
Yang peliknya, perempuan je ada grup. Yang lelaki lansung takde grup. Tapi lelaki appreciate grup-grup perempuan ni. Sebab memudahkan dorang mencari 'adik angkat'. Heh, boleh blah.

Zaman skolah, zaman U, kalau kita ramai kawan, lebih cepat kita popular sebab ke mana-mana selalunya bergerak dalam kumpulan. Lebih noticeable and easily recognizable. Kalau gerak sorang-sorang student lelaki tak notice sangat kewujudan kita walaupun kita cantik. Tapi kalau in group, walau tak cantik pun tetap nampak menonjol sebab tumpuan manusia lebih kepada yang bergerak dalam kumpulan. Kadang-kadang tu ada grup yang try so hard untuk dilihat sampaikan plan hari esok semua pakai warna merah, lusa semua pakai tudung biru. Dah macam nasyid.

Disebabkan itulah perempuan excited kalau dapat berkawan dengan set-set yang ada group. Dapat makan kat sebelah group cantik pun dah happy. Padahal orang tu tak tegur kau pun, tapi aura tu dapatlah sikit. Jadilah.

Masa Form 2, kelas BI kena buat lakonan depan kelas.
Skrip in English.
Kebetulan cikgu tak tetapkan kumpulan, dia suruh pilih sendiri.
Memang senang sangat lah kalau pilih sendiri - konfem pilih geng-geng sendiri je.
Masa tu aku perasan ada sorang budak pompuan kelas aku dia cakap ngan kawan sebelah dia "Tak aci la, dorang semua geng pandai cakap english".

Masa hari perform tu, budak yang bercakap tadi nangis.
Rupanya dia malu.
Group dia semua tak pandai cakap english.
Macamana nak buat skrip?
Group-group lain semua skrip boleh tahan power la, jalan cerita pun menarik.
Tapi group dia buat cerita pasal dompet tercicir and pegi buat laporan polis.
Aku syak dia copy conversation (skrip) tu dari buku teks sekolah rendah sebab skrip nilai-nilai moral macam tu kan banyak dalam buku skolah rendah.

Pastu ada sorang budak laki dalam group aku gelak "Hek elehhh? Tu je? Macam budak skolah rendah".
Masa tu aku tersentap sangat.
Bengang gila aku ngan budak laki tu.
Padahal dia bukan pandai sangat pun cakap omputih, kebetulan tak cukup korum je sebab tu kitorang ambik dia.

Tetiba aku rasa kesian and bersalah kat group tu.
Macamana dia nak pandai kalau kita terus-terusan letakkan dia dalam group yang se-level dengan dia?
Sometimes dorang ni bukan bodoh cuma dia tak diberi peluang untuk jadi pandai.
Sebab tu aku sokong bila skolah buat sistem pengkelasan murid.
Murid yang bagus satu kelas, murid yang kurang bagus ditempatkan dalam kelas lain.
Sebab it happened already pada zaman aku skolah dulu, yang mana, walaupun semua budak-budak ni ditempatkan dalam satu kelas yang sama, set budak pandai tetap akan ber-group dengan budak pandai. Yang tak pandai akan terus terpinggir dan semakin tak pandai.
Bila dibuat sistem pengkelasan at least tumpuan dapat dibagi sama rata sebab semua berada pada level yang sama.

Dalam siapkan assignment or kerja berkumpulan, sometimes, bila kita berada pada level yang lebih baik dari orang lain, kita always nak pilih kawan-kawan yang sama level dengan kita.
Kita berpandangan bila ada those yang se-level dengan kita, hasil assignment tu lebih power. Sebab masing-masing boleh bagi point yang bernas.
Memang betul pun. Kita perlu contribution dari those yang bijak-bijak supaya assignment kita nampak bijak sikit.
Tapi aku perhatikan, selalunya yang bijak-bijak ni pemalas.
Dorang cuma rajin blaja je. Kalau kau suruh dorang buatkan presentation slide yang cun-cun ke, harammmmm.

Disebabkan kes budak Form 2 tu aku start serious berkawan dengan orang yang tak se-level dengan aku. Kalau dulu setakat hai hai hoi hoi je. Kali ni aku blaja lepak sama-sama.
Aku bukan pandai sangat pun, tapi apa yang aku perati, dorang yang kurang bijak ni bukannya bodoh sangat. Kecenderungan dorang berbeza saja.
Contohnya kan, masa aku Year 1 kat U, ada group presentation.
Masa lecturer bagi task, aku tak masuk kelas sebab aku high fever.
Tapi habis waktu kelas, ada orang datang kat bilik aku bagitau aku masuk group dorang.
Rasa macam bangga kan, walaupun kau tak datang kelas tapi dalam 200 orang dalam lecture hall tu ada yang ingat kau dan ambik kau masuk dalam group dia.
Sebenarnya bukan sebab aku pandai pun, tapi sebab aku boleh bercakap.
Dorang nak suruh aku yang present la ni.

Masa first perjumpaan kat library, baru aku kenal siapa team aku.
Ada yang ok, ada yang tak meyakinkan. 😆😆
Tapi dorang beria-ia cakap "Kau takyah buat apa-apa Diana, kau cuma baca buku pastu kau present je".
Oh baru aku tau, dorang pilih aku sebab nak suruh aku present and jawab soalan rupanya.
Ok takpe.

2 hari sebelum presentation, dorang bagi aku file powerpoint untuk aku biasakan dengan slide.
Wow! Terkesima aku.
Ternyata dorang ni ada kecenderungan lain.
Walaupun ada antaranya terang-terang bagitau dia tak paham apa yang dia baca, tapi dorang ada bakat lain.

Perasan tak zaman skolah dulu mesti ada pelajar yang bab-bab blaja dia tak pandai sangat, tapi bab mencantikkan dan menghias kelas dia beria dan sangat kreatif. Dia lah yang willing pi beli langsir, dia willing carikan kertas minyak nak tampal board kat belakang, dia willing buat origami nak gantung kat dinding. Ada, kan?

Orang-orang macam ni walaupun dia tak membantu banyak dari segi membagi point akademik, dorang ni la yang paling boleh diharap bab-bab buat slide. Kecenderungan dia arah tu.
Slide group aku memang cantik dengan segala tok nenek efek sampai aku tak reti nak tekan mana.
Aku adjust lebih kurang point-point dalam tu, and done.
Lusa terus present tajuk Neurotransmitters and Receptors.
Presentation went well, semua soalan boleh jawab. Pensyarah puji our group. Masing-masing happy. Kan dah settle tu?

Lepas tu aku semakin yakin yang kita kalau nak berkawan atau ber-group sebenarnya tak perlu semuanya hebat-hebat.
Yang penting masing-masing ada matlamat yang sama.
Sebab tu penting kita cari kelompok yang ada sama matlamat.
Kadang-kadang kawan memang ramai tapi matlamat berbeza. Sebab tu ada kes kawan jatuhkan kawan. Kerana matlamat tak sama. Kadang-kadang bukan dia sengaja nak jatuhkan kita tapi apa yang kita nak capai tu bukan kepentingan dia sebab tu dia perlekehkan usaha kita.

Bila dah kerja, disebabkan kerja aku banyak travel dan out of ofis selalu, jadi aku dah terbiasa ke mana-mana pun sorang.
Lama-lama aku dah jadi selesa alone dan mula rimas bila berteman.
Kalau aku pi mana-mana talk/seminar, aku lebih suka gi sorang.
Senang, nak duduk boleh duduk mana-mana aku suka, nak makan boleh duduk celah mana-mana, nak gerak pun lagi mudah.
Nak cari kawan baru pun lebih senang bila bergerak sorang. Kalau bergerak berkumpulan, kita tend to mengendeng kat kawan yang sama.

Ada ramai kawan tu bagus. Bukan tak bagus. Network besar.
Aku pun ramai kawan - kat blog, kat FB, kat IG.
Kadang tu aku bersembang macamkan aku kenal. Tapi sebenarnya aku tak kenal sangat.
Sometimes bila kita ada ramai kawan yang kenal kita, tapi kita tak berapa kenal dia, menakutkan.



W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

2017-01-13

Rindu nak patah balik zaman lama



Aku takde masalah nak layan lagu-lagu terkini.
Tapi kecenderungan aku masih lagi kat lagu-lagu lama.
Sebab aku suka melodi zaman-zaman tu. Lagu dorang semua menenangkan jiwa.
Kalau nak tau lagu tu tenang ke tak, cuba kau layan tengah-tengah malam.
Kalau rasa tenang je maknanya lagu tu memang kategori mendamaikan jiwa.
Tak banyak dah lagu-lagu macam tu sekarang.
Zaman dulu banyak la sampai tak tau nak dengar mana satu.

Playlist aku rasanya dalam 90% lagu-lagu lama.
The rest ada la lagu tahun 2000an. Saja je bubuh dalam tu karang kejung pulak yang menumpang kereta aku terpaksa dengar lagu-lagu lama manjang.

Dulu, ada sorang penah bagitau aku, orang yang suka dengar lagu-lama lama ni maknanya dia terkenangkan sesuatu yang dah berlaku pada waktu tu.
Tapi dalam kes aku yang terlampau stuck dengan zaman dulu, dia kata ini tandanya kehidupan aku dulu jauh lebih best dari kehidupan aku sekarang, membuatkan aku masih belum berjaya keluar dari zaman tu.

Wowwwwww!
Betapa beraninya dia cakap macam tu kat aku. Hahaha.

Tapi memang betul pun.
Kalau dibagi pilihan untuk patah balik ke waktu dulu, aku akan pilih zaman aku sekolah rendah.

Nak bandingkan zaman sekolah rendah dengan zaman sekarang, jauh beza.
Now lebih mewah dari zaman tu.
Zaman skolah rendah, takde lah susah mana pun, cuma tak mewah.
Tapi zaman tu jauh lebih seronok.

Hujung minggu kalau Pak Aji dan gaji, dapatlah jalan-jalan pi KL.
Tapi bukan shopping pun, memang betul-betul jalan je.
Menapak kat Jalan TAR. Cari apa pun aku tak tau. Asik-asik keluar masuk Semua House. Nak muntah aku masuk situ sebab memang takde apa pun dalam tu. Barang nak buat hantaran banyak lah.

Tak pun gi Muzium Negara.
Nasib baik Muzium Negara takde tiket masuk. Kalau ada tiket konfem aku adik-beradik hadap Jalan TAR je lah sampai ke sudah.
Aku sampai naik hafal selok-belok dalam muzium tu. Kalau nak letakkan aku jadi salah satu patung dalam muzium pun boleh. Letak tag - Manusia paling banyak masuk muzium.
Sumpah! Aku dah boleh jadi maskot Muzium Negara sebab tetiap bulan pergi muzium.

Tugu Negara and Lake Garden.
Padahal kat tugu negara tu takde benda pun, betul-betul sebijik tugu je kat tengah tu.
Tapi balik-balik situ Pak Aji bawak aku pegi.
Tugu tu kalau bernyawa pun risau dia balik-balik nampak muka aku kat situ.
Mujur Pak Aji takde kamera waktu tu. Kalau ada kamera, aku rasa dalam 14 album dah kot bergambar kat tugu negara je.

Kalau nak sembang pasal mewah, memang kehidupan dulu tak mewah.
Berjalan pi KL memang literally berjalan.
Bukan shopping, bukan tengok wayang. Memang berjalan.
Jalan je la depan-depan kedai tu, tengok pun dari luar kedai je. Masuk tak berani.
Sampai waktu makan, benti makan kat warung Campbell.
Tak pun beli burger kat stall.
Zaman tu McD ada dah, KFC ada, AnW pun ada. Tapi aku anggap itu bukan restoran untuk kitorang. Tu untuk orang kaya.
Anggap macam tu je dah. Settle. Teruskan hidup.
Cuma teringin tu memang lah ada.

Kat rumah, makanan always takde.
Bukanlah takde makanan lansung.
Maksud aku, makan hanya pada waktu makan.
Sebab mak bapak takde duit sangat nak beli kudap-kudapan.
Jadi, kalau lapar buat apa?
Ratah Milo.
Tu pun kena marah sebab elok-elok Milo tahan sebulan, dah kena beli lagi lepas 2 minggu.
Abis tu dah lapar nak wat camneeee.

Cuti sekolah, takde istilah vacation atau tidur hotel.
Luar negara?
Memang tak penah terfikir.
Paling jauh penah pegi pun Singapore, tu pun sebab Mak Aji asal sana jadi ramai lagi adik-beradik and sedara-mara kat sana, so Singapore dah memang tempat wajib pergi.
Kalau Mak Aji bukan asal Singapore, aku rasa paling jauh aku pergi takat Muar je.

Cuti sekolah maknanya balik kampung - Tampin.
Kalau sebulan cuti, maknanya sebulan lah aku ngan Ima duduk Tampin.
Itulah percutian aku.
Tiap kali bukak sekolah, cikgu mesti suruh buat karangan "Pengalaman semasa cuti sekolah".
Dan karangan aku dari Darjah 1 sampai Darjah 6 sama je tajuk dia - Balik Kampung.

Permainan? Takde.
Paling hebat pun Monopoli. Tu pun dah Darjah 6 baru dapat. Budak lain dah start main walkman, aku baru nak blaja main monopoli.
Zaman dulu TV baru ada 3 channel je. Tak banyak pilihan.
Tapi sikit pun aku tak sangap lepak kampung sebulan dalam keadaan takde heater, takde aircond, takde permainan, takde TV channel yang best.
Aku rasa memang aku suka life macam tu kot.
Life senyap, life tak tengok TV, life tak campur orang.

Start darjah 4, setiap kali balik kampung aku akan bawak rekorder.
Percaya tak, dulu aku ada koleksi lagu yang aku cipta sendiri. Series, aku tak tipu.
Hanya bermodalkan rekorder and buku tulis yang aku conteng tulis note lagu.
Haaa, ko jangan main-main. Kita semua blaja note muzik Darjah 6 kan. Tapi Darjah 4 aku dah tulis lagu.
Time tu aku tak tulis note lagu yang crochet, quaver, oktaf tu.
Aku just tulis guna huruf je G, F, E, etc.
Dalam buku tulis tu ada lagu-lagu yang aku suka yang aku cari note sendiri sebab nak main ngan rekorder. Ada lagu yang aku cipta sendiri gak.
Dasyat budak dulu-dulu ok, Buat lagu dengan rekoder je.
Cari ilham kat kampung. Sikit lagi nak jadi M. Nasir aku dulu.

Aku rasa memang betul kot life aku dulu jauh lebih best dari sekarang.

Zaman dulu, aku hidup seadanya.
Nak mintak lebih-lebih kat mak bapak karang takut dapat penampar.
Jadi, aku gunakan apa yang ada je.
Orang main, aku pun main.
Tapi orang main Barbie, aku main rekorder.
Tak sama, tapi serupa. Namanya tetap main.

Orang lain bercuti gi jalan, aku pun jalan gak.
Cuma aku jalan balik kampung.
Namanya tetap bercuti gak, sebab takyah gi skolah.

Beli baju raya walaupun kat longgok-longgok, namanya tetap baju baru.
Kalau dapat baju belen-belen makcik aku bagi sebab dia dah tak pakai lagi, pun dah seronok.
Sebab walau tak baru, at least aku ada baju ganti-ganti.

Aku rasa dulu memang betul-betul hidup dengan apa yang ada.
Make full use apa yang ada, and be creative guna apa yang ada untuk keperluan diri.

Now, umur 40 tahun dah.
Dalam tak sedar aku buktikan kat diri aku yang bahagia itu bukan pada duit, bukan pada harta, bukan pada populariti.
Duit, harta, nama, gelaran cuma habuan dunia digunakan untuk tujuan mudahkan hidup.
Bukan tujuan cari bahagia apetah lagi ambik kesempatan.

Zaman dulu, semua serba seadanya.
Bila berada dalam situasi seadanya, expectation dalam kehidupan tak tinggi.
Dan expectation orang pada aku pun tak tinggi.
Orang buat endah tak endah.
Kewujudan aku tak penting.
Sometimes, diambil kesempatan sebab aku bukan siapa-siapa.

Dulu aku sedih dengan keadaan tu.
Diam-diam aku simpan angan-angan one day aku nak keluar dari keadaan 'seadanya' ni.
Aku nak ada lebih.
Sebab itu saja jalan nak bagi orang respect aku.

Now, hidup dah berubah.
Happy sebab aku boleh keluar dari situasi tu.
Aku boleh provide anak-anak aku kehidupan yang aku tak pernah ada semasa umur dorang sekarang.
Tapi, aku realized sebenarnya keadaan 'seadanya' tu lah yang ajar aku untuk jadi orang yang sabar, belajar redha, belajar hidup sederhana, belajar rendah diri, belajar sedar diri, belajar diam daripada membalas.

Semalam, aku tengok gambar aku umur 6 tahun dengan baju graduation tadika.
Lama aku tenung gambar aku sendiri.
Rasa rindu dengan 'budak kecik' dalam gambar tu.
'Budak kecik' tu survive macam-macam perkara yang tak sepatutnya seorang budak lalui sewaktu umur sekolah rendah.
Dia survive duduk kat rumah orang walau dilayan double standard sebab mak bapak tak kaya.
Dia yang setahun baju berganti sekali je, tu pun sebab raya.
Dia yang masuk darjah 1 beg skolah baru pun takde.
Dia yang asyik ratah Milo sebab kat fridge takde benda nak makan.
Dia yang cuti sekolah hanya bercuti balik kampung.
Yang hanya ada satu seluar jeans dipakai dari darjah 4 sampai darjah 6.
Yang hanya ada 1 T Shirt cantik tulisan Langkawi yang aku pakai dari Darjah 5 sampai Tingkatan 2, yang lain semua T Shirt sponsor.
Yang pi latihan skolah petang-petang pakai seluar track Pak Aji lipat kat pinggang sampai 4 kali sebab takde seluar track.

Kalau lah aku diberi peluang jumpa 'budak kecik' tu semula, aku nak peluk dia.
Aku nak cakap 'I miss you'.
Aku rindu aku yang dulu.



Ni aku upload satu lagi lagu yang ada dalam playlist aku.
Aku main lagu ni guna rekorder, note gigih cari sendiri.
Main depan beranda kat kampung sambil teman arwah atuk cukur janggut.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

2017-01-09

Profile picture kemain Save Aleppo, tapi...


Beberapa hari lepas aku ada up status kat FB pasal ni :


General, tak sebut nama sesape kan?
Tapi sebab isu tengah hot jadi orang pun boleh agak aku refer kes apa.
Ternyata esok paginya aku terima email dari sorang reader/follower.
Dia tanya takkan aku takde perasaan sakit hati lansung kat si pompuan ni.

Yang aku nak sakit hati kat dia pasal apa.
Dia bukan ambik laki aku.
Kalau ambik laki aku lain cerita, lojik la nak merempan.
Masalahnya yang korang ramai-ramai sakit hati bagi kata-kata kesat kat dia tu korang semua berkongsi laki yang sama ke?

Ni lah masalahnya manusia (or maybe orang-orang kita).
Benda yang takde sangkut paut dengan kita, tapi kita yang panas gila.
Memang selalunya macam ni lah.
Regardless of any situasion and case, selalunya yang takde kena-mengena mesti panas bontot lebih.
Dah kenapa?

Isu kahwin ramai ni isu lama dah, sejak zaman berzaman lagi. Arwah bapak mertua aku pun kawen ramai gak. Arwah atuk aku (bapak Pak Aji) pun kawen lebih dari sorang.
Boleh dikatakan ini isu biasa.
Bersepah orang yang kawen ramai. Tinggal lagi hanya orang-orang "terpilih" je kesnya di-viralkan macam ni.
Nak dijadikan cerita pulak si pompuan ni seksi, tak pakai tudung. Penampilannya berbeza dari isteri pertama, menambahkan lagi orang nampak dia keji.
Selalunya macam tu lah.
Cuba kalau isteri pertama sexy and isteri kedua bertudung litup, mesti tohmahannya berbeza "Patut la pun laki kau kawen lain!".

Aku taknak sentuh pasal kes dia berkongsi suami sebab itu rumahtangga dia. Pandai-pandai la dorang 3 orang handle. Kita takyah nyibuk.
Yang aku concern bila kita suka sangat hakimi orang berdasarkan penampilan.
Agaknya macam tu la orang hakimi aku zaman aku rajin tayang cleavage dulu.
Nasib aku baik sikit zaman aku dulu IG belum ada, FB pun belum ada button share. Kalau tak, mungkin aku pun dah jadi instafamous skarang. 😂😂

Mujurlah dalam ramai-ramai yang mengeji, ada sorang Hamba Allah yang nak berkawan dengan aku tanpa syarat sedangkan dia wajar malu.
Dia sangat tertib, pakaian pun sopan, kalau bersembang pun mesti ada keluar nama Allah.
Kadang-kadang aku lepak dengan dia dengan pakai skirt pendek belah sampai peha, pakai sleevesless top. Dia wajar malu. Tapi tak.
Dia tak pernah secara direct nak merubah aku pun sebab dia tau aku ada suami. Dia serahkan tanggungjawab tu pada yang lebih berhak.
Tapi dia menyampaikan ilmu kepada aku secara indirectly. Memang takde paksaan lansung. Cara dia bercerita tentang hukum, tentang sejarah Rasulullah saw, lama-lama buatkan aku nampak jalan yang patut aku ikut.
Aku terfikir, kalaulah takde orang baik-baik yang nak berkawan dengan aku, agaknya sampai sekarang aku masih macam dulu.

Sekarang ni yang nak 'menasihati' tu ramai.
Tapi caranya totally salah.
Paling pelik bila dalam ramai-ramai yang mengejek tu antaranya yang profile picture Save Aleppo, Selamatkan Gaza, tak pun profile muka alim ulama yang diminati.
Tak kena la. Serious, tak kena.

Kalaulah baik buruk akhlak seseorang tu boleh diukur dari penampilan, cuba fikir lojik.
Alangkan yang pic profilenya gambar wanita solehah bertudung pun boleh keluarkan komen-komen kesat, apa akhlak yang boleh kita harapkan dari someone yang penampilannya seksi?
Alangkan kita yang bertudung pun mulut longkang, lagikan dia yang tak bertudung, kan? Mesti jauh lebih buruk.
Itu contoh je, kalau akhlak boleh diukur melalui penampilan lah.
Maksudnya, kalau kita sendiri takleh nak ubah diri sendiri, jangan haraplah kita nak ubah orang pulak.

Tugas kita hanya menyampaikan yang baik dengan berhikmah.
Bukan tugas kita mengubah manusia. Yang mengubah tu Allah.
Kita sampaikan saja dengan berhikmah dan jauhi debat yang takde kesudahan.
Nasihat secara terang-terangan yang menjatuhkan airmuka bukan satu teguran berhikmah.
Bila dah sampaikan, dah. Kalau cara kita betul, Allah akan bagi pentunjuk dan orang itu akan berubah. Cuba bayangkan betapa besarnya 'saham' kita bila orang tu berubah asbab dari kita?

Ikut pemerhatian aku, kebanyakkan yang senang nak berubah adalah orang-orang macam pompuan tu. Orang-orang macam tu, dia bukan jahat, tapi jahil.
Orang-orang yang jahil ni, dia 'jahat' kat diri sendiri - pakai sexy, merokok, melucah, mencarut, mabuk dan selalunya apa yang dia buat adalah berdasarkan lojik akalnya tanpa ambil kira hukum. Orang macam ni jarang yang aku jumpa suka bercerita pasal orang lain. Sebab dia berada dalam keseronokkan dunia jahilnya sendiri. Dalam dunia ni, takde sape nak nasihatkan sape. They live life to the fullest. Tapi, kalau dia dah start sedar dan nampak jalan yang betul, don't be surprise kalau dia jadi lebih baik dari kita.

Orang jahat tu yang macamana?
Orang jahat tu macam kita yang katanya dah tau hukum tapi masih langgar hukum.
Tau benda tu salah tapi buat jugak.
Tau menghina tu salah tapi tetap hina keji orang atas dasar menegakkan agama Allah.
Hukum mana ntah dia pakai.

Cubalah tunjuk yang kita ni ada kelas sikit.
Suka ejek-ejek, hina, main nama bapak, ni semua perangai orang takde kelas.
Biar kita kurang ilmu tapi jangan kurang adab.
Orang yang beradab pasti akan berilmu, tapi orang yang berilmu belum tentu ada adab.

Kita bukan kenal pun orang tu yang kita nak kata-kata dia macamkan kita pernah direct contact dengan dia.
Berselisih bahu pun belum tentu tapi mengata macamkan kita penah duduk serumah!

Sekarang ni ramai yang 'nasihat' sekadar nak lepaskan sakit hati. Bukan nak orang tu berubah pun.
Takde lansung rasa nak ambik peluang ni untuk rebut 'saham'.
Kalau apa yang kita nak sampaikan kat dia tu kita tak sanggup terima kalau orang kata kat kita, maka lebih baik kita diam. Itupun dah pahala. Pahala sebab berusaha menahan diri dari tak menyakitkan hati orang.

Imam Hasan Al Bashri penah berkata "Barangsiapa yang mencela saudaranya kerana dosa yang dikerjakannya, nescaya dia takkan meninggal kecuali setelah dia mengerjakan dosa yang serupa dengan yang dilakukan oleh saudaranya itu".

Tak takut ke kalau apa yang kita cakap tu dapat balik kat kita?
Mungkin nasib kita baik tak kena kat kita. Tapi kita ada anak perempuan, kita ada anak sedara perempuan, kita ada sepupu perempuan. Kalaulah situasi yang sama terkena kat keluarga kita, apa perasaan kita kalau kita yang tak terbabit secara direct pun terpaksa kena tempiasnya?
Pelik aku bila ada yang kata "Mak bapak dia tak ajar ke anak dia? Apesal anak dia sundal sangat?"

Mana ada mak bapak yang nak anak jadi sundal.
Anak tu sendiri yang salah arah. Bukan salah mak bapak.
Esok lusa kalau benda yang sama jadi kat anak kita, apa perasaan kita kalau orang cakap kita ni mak yang ajar anak menyundal?

Then reader tu tanya lagi "Cuba Kak Di bayangkan kalau suami Kak Di kawen lain? Tak sakit hati ke?"

Itulah masalahnya kita ni.
First suka melebih-lebih dalam urusan orang lain.
Second, suka imagine benda yang buruk.
Kenapa always nak bayangkan benda buruk yang belum pasti terjadi?
Kenapa terlampau nak berjaga-jaga dengan sesuatu yang belum pasti?
Daripada kita bersedia dan berjaga-jaga dengan perkara yang belum tentu jadi, lebih baik bersedia dengan perkara yang pasti jadi - MATI.
Dah sedia?



W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

2017-01-07

Frozen food


Tahun baru 2017 dimulakan dengan azam untuk kurangkan memasak.
Haaa, gitu. Kau ada azam macam ni?

2016 tahun yang meletihkan.
Tahun lepas kiranya tahun pertama aku kerja penuh setahun dengan En Wan.
Memang full swing keje dengan suku-sakat Jepun.
Kalau solat Isyak kat opis tu dah kira perkara biasa. Lepak opis sampai pukul 1am pun macam dah takde apa je.

Tahun lepas boleh dikatakan aku kurang memasak berbanding tahun 2015 sebab always balik lambat.
Kadang tu aku gagahkan jugak masak walaupun balik keje pukul 8 malam, sebab tekak dah boring sangat asik makan kat luar. Sampai dah tak tau nak order apa. Punyalah muaknya makan kat luar.
Tapi tu lah, by the time habis masak je, aku pun dah takde selera nak makan sebab kenyang ambik bau time memasak.

En Wan kesian kat aku sebenarnya.
Dia tau aku penat, tapi at the same time dia pun dah muak makan kat luar.
Kadang-kadang dia cakap "Goreng telur pun takpelah, Di. Abang ok je".
Tapi aku pulak kesian kat dia. Lagipun mak mertua aku ada oiii.
Karang apa lak kata dia aku masakkan telur mata je untuk anak dia.
Nak taknak, ke dapur la jugak kita.

Dari hujung tahun lepas lagi aku dah berkira-kira nak ambik tukang masak datang rumah untuk masak. Tapi tak sempat-sempat nak cari. Masalahnya ada ke?
Pastu last week aku tanya Mak Aji kot-kot dia kenal sesape boleh datang masak, ataupun sesape yang boleh masak sedap-sedap and deliverkan ke rumah aku.
Aku tau ada some mothers yang kejenya hujung minggu dari Subuh sampai ke petang masak siap-siap untuk seminggu. Frozenkan masakan tu. Labelkan. Nanti next week, balik keje keluarkan and reheat.

Jadi, konsepnya sekarang aku mencari yang macam tu.
Cuma bezanya aku malas nak masak sendiri.
Aku nak upah orang. Tak pun order je, ko hantarkan terus ke rumah aku supply untuk 5 hari. Takyah seminggu la, hujung minggu aku leh masak.

Tetiba Rabu lepas, Mak Aji datang opis dengan bawak ayam lemak cili api, paru dendeng, macaroni goreng, macaroni cheese bakar, puding jagung and sambal bilis kering.
Phew!! Terus tenang jiwa aku buat keje kat opis. Sebab takyah pikir pasal nak masak dah 😝.



Ayam lemak cili api.



Sambal bilis kering.
Ini menu wajib setiap kali aku nak balik ke UNIMAS semula.
Wajib ada. Sekali bawak 1kg terus.



Paru dendeng style



Macaroni goreng yang settle pada hari yang sama sebab Redza balun kaw-kaw.



Baked cheese macaroni



Puding jagung


Lengkap dengan dessert sekali Mak Aji supply.
Tapi aku perlu cari backup juga.
Baru lah best ada banyak pilihan.
Ada reader recommend aku tengok IG @frozenlauk.

Aku scroll IG dia tengok hmmm banyak gak pilihan lauk.
Terus aku Whatsapp and order 5 jenis dulu - rendang kerang, ayam bali, daging dendeng, ayam panggang lemon dan gulai kawah.



Ni lauk 2 hari lepas kot - paru dendeng and ayam cili api Mak Aji with rendang kerang.
Kombinasi pedih mulut tapi tak sampai ke tahap pedih bontot.
Memang sedap!
Lauk mak aku of cos sedap lah kan.
Rendang kerang @frozenlauk ni pun sedap gila!
Yang paling seronok bila En Wan makan bertambah. Walaupun bukan aku yang masak, at least aku usaha nak bagi laki aku makan. Hahahaha.
Seronok bila tengok laki puas makan, kenyang and happy.
Kesian dia always makan ala kadar je. Gila takde masa aku balik keje nak masak rendang bagai. Hoh.



Ayam bali.



Gulai kawah 



Ayam panggang masak lemon.



Daging dendeng.

Apa yang aku boleh katakan, semua aku puas hati!
Sedap, kena dengan selera tekak.
Dia ni memang pandai masak. Memang tepat sangat dia buat bisnes macam ni.
Sape nak order boleh ke IG @frozenlauk atau Whatsapp 012-6746116.
Tadi baru sampai stok lauk baru.
Aku order sambal pari, ikan bawal masak lengkuas, dendeng daging lagi 2 set, rendang kerang, seafood sambal and daging halia. Pastu sebab aku order banyak, dia bagi free ayam gajus and apa ntah satu lagi aku lupa nama lauk.

Aku dah plan esok bulan puasa aku nak order macam ni je.
Eh dah naik tak kuasa aku nak berpusing-pusing cari parking, bersesak-sesak berlaga tetek, beratur panjang semata-mata nak beli makanan kat Bazar Ramadhan.
Alhamdulillah bisnes-bisnes macam ni wujud untuk orang-orang macam aku.

Yang penting, laki aku suka.
En Wan kata dia tak kisah, janji time dia nak makan, makanan tu ada.
Kalau takyah keluar dari rumah untuk makan lagi bagus.
Tapi of course ada masa aku akan masak jugak lah, contohnya macam hari ni aku masak sebab sah-sah duduk rumah. Kalau tak masak jugak memang hardcore pemalas namanya.
Kiranya frozen food semua ni backup, supaya tak kelam-kelibut balik keje nak masak.
Sometimes benda memasak ni kadang-kadang kalau tak bijak kawal boleh mem-blow-kan mood sepanjang malam.
Jadi, mesti ada backup supaya mood kekal cantik gitu.



Ni esbok aku, bukan esbok kantin.
Walaupun kelihatan macam ada hari kantin.

Susu kurma ni payah gila nak dapat kan?
Tapi aku dah ada supplier.
Boleh deliver ke rumah terus.
Aku punya supplier area Subang Jaya nama dia Shahrul. Sape nak, ni nombor dia 017-2835679.
Kalau nak area-area lain, maybe boleh contact Shahrul ni. Mana tau dia boleh hantar atau dia ada sub-agent untuk area korang.

Minggu depan aku order sambal bilis kering dan lemak cili api telur ikan kat Mak Aji.
Sesape nak selit order yang sama, boleh Whatsapp terus Mak Aji sebab aku taknak ambik order.
Mak Aji : 019-2244646.



W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools