2010-04-27

Dia tak bersalah, kami yang bersalah.




Ini adelah bukti bahawa Redza pernah tido dalam bilik dia sendiri selama 3 jam.
Tu je la habis kuat pun. Sebabbbbb bapak dia yang takleh berenggang ngan anak. Padahal aku dah spent time dari siang sampai ke malam duduk dalam bilik Redza semata-mata nak umpan dia tido atas katil tu. Elok je aku baring atas katil, En Wan senyap-senyap bangun and angkat Redza bawak masuk bilik aku. Alasan, tak boleh tido without Redza.

Jadi di sini, saya ingin membangkang sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan anak saya menskodeng ibubapanya beromen.

Tidak!!

Dia tidak skodeng.
Mungkin dia terjaga akibat gegaran yang tidak terkawal.
Wakakkaakaka.
Ok, tak kelakar.

En Wan ni ada masalah tak boleh berpisah dengan anak (mungkin juga dengan bini).
Kalau permulaan nak tido tu, kepala dia ngan kepala Redza mestilah bersatu, baru boleh lena. Agak-agak dah tengah malam sket, barulah tangannya bersatu dengan dadaku pula.

Aku pun tak paham kenapa dia beli rumah yang ada enam bilik tapi last-last semua berkumpul dalam satu bilik??? Seb baik bibik aku pun tak diajaknya sekali berkampung dalam bilik ni.

Aku ni ingatkan beli king size bed dengan harapan bolehlah aku berlari-lari anak bersama suami di atas katil. Sudahnya, suami dengan anak yang berlari-lari di atas katil berdua-duaan meninggalkan aku terpinggir di tepi katil. Kadang-kadang aku jatuh katil. Mana aku tak hangin??
Sampai skarang aku tak sure bila agaknya En Wan nak benarkan Redza tido dalam bilik sendiri. Kang sok jadi macam double decker rumah lama dulu, jadik tempat Redza buat terjun tiruk je. Tidonya tak pernah. Mungkin Ferrari ni sok bakal aku humbankan lam tasik kat depan rumah ni, biar dia jadik tukun.


Gambar tak clear sangat sebab tangan aku menggigil masa snap ni. Lapar.




Ni Redza time tido petang tadi.
Dia sedang tido okkk, bukan sedang berangan jadik tuan besar.
Ini adelah salah satu bukti besar lagi nyata bahawa sememangnya Redza adelah anak aku sebab aku pun tido macam ni. En Wan pun heran camana aku boleh tengah-tengah tido tetiba angkat kaki macam silang panggung. Aku pun tak perasan benda ni jadik kat aku, sampailah Apeng yang noticed. Tapi tak lenguh pun, ok je terletak atas lutut tak jatuh-jatuh.

Mahu cuba?
Silakan.