2010-10-22

Ada sesape dokter kat sini?



Aku nak mintak pandangan pada sesape yang tau pasal masalah aku ni.

Cenggini....

Aku tanya dokter uric acid yang increasing tu datangkan masalah pada baby tak?
Dia jawab YES.

So aku tanya sekarang ni uric acid reading aku dah 374.
Dokter kata aku tak sepatutnya melebihi 350.

So, now aku dah melebihi.
Tadi dia kata kalau uric acid meningkat akan mudaratkan baby.
So apesal dia taknak do sumthing?

Balik-balik jawapan dia 'Nak monitor you'.
Aku tak tau apabenda yang dia nak monitor.
Dah jelas dah uric acid tu akan menyebabkan baby dalam keadaan bahaya, tapi lagiiiiiiiiii kau nak simpan dalam perut aku.

Well, memang la, selagi boleh, baby tu nak dikekalkan dalam perut ibu.
Tapi, kalau dalam perut ibu pun tak selamat, apa motif kau nak simpan? Baik kau letakkan je dalam ventilator.

Bila aku tanya apa yang perlu I buat untuk reducekan uric acid and albumin dalam urine?
Dia jawab nuthing. Sebab semuanya disebabkan uri.
Uri keluarkan some sort of racun yang menyebakan aku dapat HPT.
Disebabkan HPT tu la maka urine aku ada albumin.

Ok, fine.
Takat situ aku paham.
Yang aku tak pahamnya, kau dah tau uri adelah penyebabnya, maka lojik akal adelahhhhhh.....kalau uri tu dikeluarkan, semua masalah ni akan hilang kan?
Soooooooooooooo, keluarkan lah baby niiiiiiiii.

Hari tu kata nak tunggu baby at least 1.2kg.
Now baby dah cecah 1.2kg, dia kata selagi mak boleh bertahan, dia nak simpan baby dalam perut. Tunggu sampai 1.5kg pulak.
Ok..ok...ok.

Mak memang setakat ni boleh bertahan.
Tapi kalau keadaan mak dah boleh memudaratkan baby, kau nak tunggu sampai baby lemas baru nak keluarkan????

Sometimes aku tak paham apa masalah dorang ni.
Sepatutnya kalau pesakit tanya soklan tu, bagitau biar jelas la.
Nak pulak dapat pesakit yang bengap macam aku ni kan.
Aku memang payah sikit la nak terima jawapan like 'Kita nak monitor'.

Nak monitor apa???

Sampai bila nak monitor??

What's your plan now?

Semua takde jawapan yang memuaskan hati aku.

Paling hebat pun jawapan dia 'Kita kena tanya pakar'.

Well, kalau hanya pakar yang boleh decision, sila bawak pakar tu tengok aku.
Kalau kau takleh buat decision, tolong jangan menyemak kat katil aku tetiap pagi.

Hangin gila dah aku ni.
Esok genap 2 minggu aku melepak kat sini but all they did hanya monitor kencing aku hari-hari when they know kencing aku tu takkan clear sebab aku ada HPT.
And in my case HPT tu hanya datang masa pregnant.
Once baby dah keluar HPT hilang.
So..???????????????????????

Aku takut apa-apa jadik kat baby aku..

2010-10-21

Perlu make over



Petang ni aku takde visitor, so aku bersiar-siar kat dalam wad. Pi la jalan-jalan jengok bilik baby, bilik utiliti, bilik ultrasound, semua la aku geledah. Biasa la kan, kepoh.

Tengah aku buat rondaan tu, ternampak la satu makcik ni tengah tunduk-tunduk macam nak capai something bawah troli. Aku tegur..


Aku : Ada benda jatuh ke, Makcik?

Makcik : Ha'ah. Tutup botol ni ntah mana pulak menyoroknya. Raba-raba tangan tak sampai.

Aku : Meh saya try jap.

Aku dengan tak ingat tengah bawak perut, boleh lak menonggeng tengah-tengah koridor tu nak carikkan tutup botol si makcik ni. Ok, dapat.


Makcik : Tima kasih la nak. Tangan tak masuk habis, nak tunduk tak larat dah. Badan orang tua, camni laaaa.

Aku : Takpe...

Makcik : Carik sape kat sini?

Aku : Saje je jalan-jalan, bosan duduk atas katil tak gerak-gerak.

Makcik : Sakit apa?

Aku : Ada komplikasi dengan baby. Tu yang kena tahan ni.

Makcik : Laaaaa...dah kawen ke????


Ok, masa ni aku terdiam kejap.

Apekah makcik ni tak sadar yang dia berada dalam WAD BERSALIN?
Dan aku pemakai baju PINK?

Kot ye pun nak beramah-mesra dan mengambik hati saya makcikkkkkkk, janganlah buat-buat tak nampak perut saya yang ke depan ni.

Or mungkin makcik ni ingat aku adelah akak cleaner.



Last



Kepada yang bertanyakan khabar aku kat sini, terima kasih.

Tapi sebolehnya aku taknak update apa-apa dah pasal sakit aku ni.
Sebab tu entry-entry aku dah tak menjurus ke arah cerita sakit-sakit.

Ni kira update terakhir pasal sakit la ok?

Uric acid reading increasing, Doctor kata tak sepatutnya increase sampai macam tu sekali sebab akan bahayakan baby.

Urine pun still ada albumin walaupun macam-macam dah dibuat, kencing aku sampai dah jadi lagi clear dari mineral water punnnnn, still ada albumin. Pinggang aku dah start sakit ni. Tak tau la apa nak jadi pasni....:(

HPT so far sejak semalam tak tinggi dah, maybe sebab dah start makan pill.
Tapi tak tau la esok lusa, sebab Doctor kata semua ni disebabkan keracunan uri. So anytime dia boleh naik balik.

Dokter bagitau aku akan kekal duduk sini sampai bersalin cuma tak tau bersalin bila, tapi konfem bersalin awal, bergantung pada keadaan aku. Setakat ni Dokter kata dia tengok aku still boleh bertahan. Tak tau la apa maksudnya dengan 'bertahan' tu.

Isnin depan diorang akan buat satu lagi scan and ambik darah lagi. Pastu tengok if berat baby dah cecah 1.5kg. Kalau aku tak ok, maybe next week la dorang bedah.

Ok tu je, update LAST pasal kesihatan aku.

You don't like nevermind...buttttttttttttttt



From: Facebook
To: Diana Ishak
Sent: Thu, October 21, 2010 2:41:57 AM
Subject: Abulfaiz Faiz sent you a message on Facebook...

Abulfaiz sent you a message.

Subject: hi

"hi how r u. u can freindship with me just freimds only. if u agry then ok if ur not agry as u like. 00971552303911 my contect no if u dont like freidship with me u avoid me but i am working damas jewellery in dubai"

To reply to this message, follow the link below:




"IF U ANGRY THEN OK".
"IF U DON'T LIKE FREN WITH ME, U AVOID ME".


Butttttttttttttttttttt...I AM WORKING JEWELLERY OKKKKKKK.




KAU ADA????








Moral : Saiko ada di mana-mana..

2010-10-20

All in one.

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Ni je gamba yang ada dalam henfon aku.
Yang lain semua dalam kamera En Wan.
Konon henfon aku ambik tak cantik la, nak jugakkkk pakai kamera dia. Last-last begitu jugak gamba tu berkepap dalam kamera kau sebab aku dah tersadai kat sini sampai ......... (dokter, sila isikan tempat kosong).

Actually aku ada keje kat Penang Jumaat 9/10 lepas.
Memandangkan aku tak dibenarkan drive, En Wan willing ambik cuti untuk bawakkan aku ke Penang. Lagipun the next day wedding kawan dia kat Alor Star, so sekali harung la.

Stay kat Equatorial Hotel, supaya dekat dengan USM.

Pandangan lobi dari tingkat 5 (floor yang aku duduk).

Masa ni takde orang sangat. Kira kalau buat parti liar lam bilik atau beraksi liar, sumpah takde orang dengar.

Harga ok, sebab masa tu bukan peak season so, harga dari RM500+ jadi RM270 saje. Tapi without breakfast. Kalau nak breakfast situ, tambah lagi another RM52++ for adults. Memandangkan En Wan kata nak ronda-ronda Penang pagi tu, so takyah ambik breakfast.

Ingatkan dia nak bawak la aku pi makan mana-mana kan, walaupun aku muskil gak. Aku yang tetiap bulan naik Penang pun tak tau mana tempat makan yang best, pehal dia ni lak tetiba nak bawak aku ronda?

Last-last....makan kat Mamak Nasik Kandar.

Habis gempak la eh??????? Macam kat rumah kau takde mamak kan?

Kebetulan hari tu jugak la aku ni sibuk nak demam, batuk, selsema segala so pergerakan pun terbatas. Tapi sebab bawak Redza, and En Wan mana reti dok dalam bilik, dia mesti nak keluar punya. Tu yang petang tu aku sibuk tanya kat FB mana seafood best kat Penang sebab si tua ni sibuk nak makan seafood.

Orang demam tapi kuat makan.


Redza yang memang tak penah nak duduk sebelah aku, mesti ngan bapak dia jugak.


Last-last pi Teluk Tempoyak.
Tapiiiiiiiiiii, tak banyak choice pulak malam tu. Sotong takde, crab pun takde.
Yang ada cuma kerang, ikan siakap, and udang.
Jadi aku sapu semua.
Tambah ngan kailan and tomyam.
Dalam pada demam-demam tu, aku jugak yang prabiskan semua.

Kira aku ni spesial kes la.
Orang lain tunggu baik demam baru ada selera. Aku demam ke, tak demam ke, sama je imput dia. Konfem tiada pembaziran. Air kelapa sampai 2 bijik aku belasah sorang. Konon nak kasik panas demam keluar la.
Nan ado.

Di saat-saat berjauhan begini, dapat tengok badan laki aku separa bogel macam ni pun rasa besar rahmat dah!



Aku jakun okkk, padahal ada 4 lift lain. But 2 lift je yang berkaca. Punyala aku taknak naik lift lain, sanggup aku biarkan lift lain terkangkang. Aku nak jugakkkkkk tunggu lift ni walaupun aku dok betul-betul depan pintu lift tu je, tak berani dok tepi kaca. Konon terapi la...





Surat untuk dokter...

Dokter,

Kenapakah dokter menggeleng-gelengkan kepala bila baca HPT reading and urine test saya pagi tadi?

Saya dah minum air banyak dokter, cakap je la air apa.
Air masak, air panas, air bali suam, sampai air masak katil depan yang takde orang ni pun saya belasah ambik semata-mata nak bagi kencing saya clear dari albumin.
Punnnnnn tetap urin saya 3+ gak.
Abis nak buat camneeeeeeee.

Saya rasa kan Dokter sepatutnya bagi saya balik.
Bila saya balik, saya tak stress.
Bila takde hypertension maka urine saya konfem clear.
Tak caya, dokter bukak balik buku Biologi time matrik dulu.

Esok dah la nak kena ambik darah lagi.
Cuba dokter tanya junior dokter kat sini apekejadahnya ambik darah saya sambil menggoyang-goyangkan jarum yang sudah ada dalam tangan saya??
Menggigil ke apa?

Kau nampak ini LEBAMMMMM???


Hari tu dokter kata dokter nak bagi saya satu lagi injek Dexa kat bontot sebab injektion Ahad lepas terlalu awal.
Tengkorak dokter lahhhhhhhhhhhhhhhhh.

Dokter ingat Dexa tu injektion taraf-taraf BCG ke?
Kalau taraf BCG, dokter cucuk sekali 6 jarum pun takpe okkkk.
Ini gila babs punya sakit sampai terangkat bontot saya malam tu. Mak saya belasah saya ngan batang mop pun tak sakit macam ni.

Baiklah....
Saya ikut nasihat dokter.
Dokter nak simpan saya sampai berkepam kat spital ni pun takpe.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...tolong betulkan flush lam toilet tu.
Zaman jahiliah punya jamban pun tak hazab macam ni.
Flush sampai 4 kali pun belum tentu air keluar. Kalau keluar pun alahaiiii..laju lagi air kencing saya.





Inilah julung-julung kalinya aku check in kat spital siap bawak lotion tangan, lotion muka siap ngan perapi lurus rambut lagi. Ntah sape nak tengok aku ntah yang siap nak cantikkan rambut bagai.


Semalam En Wan hantar laptop siap dengan DVD sekali, punyala taknak bagi bini dia stress sebab bini dia kalau stress memang macam kena bipolar je gaya dia. Malam ni boleh lah aku start marathon. Agak-agak tak menghilangkan tensi, aku bukak porn kat YouTube. Eh.

Kalau kena tahan lagi minggu depan, aku surun En Wan bawak DVD player terossss.





Gamba belah kiri adelah gamba mangsa sebelum kejadian, iaitu 2 bulan lepas. Gamba belah kanan itu adelah gamba mangsa setelah dibelasah oleh majikannya..



Bibik aku lagi senonoh muka okkkkkkkkkkkkkkk.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!



2010-10-19

Mengapa ye??

Ni namanya gatalllll.
Dah ada laptop tapi nak update guna BB. Ni bukan apa ni..saje belagak nak orang tau dia ada Blackberry, orang lain ada Stroberi jeeeeeeee.

Aku dah nak tido ni, tapi nak jugak merepek kat sini.

Tadi kan, aku terpikir sesuatu.
Apsal aku leh tahan dok spital sampai 10 hari?? Dulu time skolah asrama, nak tunggu setengah hari pun hazab. Nak sampaikan ke hari yang ke-10 tu kuar masuk bilik warden jawabnya. Macam-macam pe'el aku buat supaya aku ditendang keluar. Yang tak lojik tak lojik aku buat like kuar outing tiru sign warden, lepak sick bay dengan cipta sendiri surat akuan dari cikgu disiplin (kau ada???), mengupah kawan aku call Mak Aji bagitau yang aku histeria (macamana la orang tua tu tak darah tinggi ngan aku) serta tak buat final exam (tapi aku attend exammmm, cuma paper tu aku biar kosong je).

Tapi kat spital ni nak pulak aku terlepak sampai 10 hari eh?
Ni cara-cara semua dokter pompuan, kalau ada dokter laki, aku sendiri yang cadangkan supaya aku ditahan lagi doploh tiga hari.

Nak kata hospital ni ada laki pembangkit selera, memang takde la. Nama pun wad bersalin, jaga pun pompuan ok?

Same goes to skolah aku dulu, semua pompuan, takde laki pun. Tapi aku menggelenyar nak balik rumah. Tetiap hari aku call makpak aku suruh kuarkan aku dari kem tahanan kanak-kanak ni. Sampai ugut bunuh diri la apa la...drama gila. Tu yang asal Mak Aji datang visit je, aku dapat pelempang dia.

Nak kata hospital ni ada TV, memang haram.

At least time skolah dulu walaupun takleh tengok tv (tv ada, cuma kakak senior conquer. Dah nak SPM pun sibuk nak tengok tv), boleh la jugak nak outing seminggu sekali. Kat sini jangan harap nak outing, nak keluar dari wad pun tak boleh.

But, alhamdulillah.
Aku masih boleh bertahan.
Pelik.

Maybe sebab dulu aku masuk asrama yang semuanya budak bijak-bijak, aku je yang bengap, so sangat stress. Semua budak kat situ bangsa pegi dining hall pun bawak buku. Aku?? Bawak majalah Gila-Gila.

Kat hospital ni walaupun takde pertandingan sape paling bijak, tapi aku paling seniorrrrrrr!! Jadi mungkin kekuatan aku kat situ.
(Nak jugak menang)

Aku harap senioriti aku ni tak lama la. Tadi dokter kata dia nak tahan aku sampai bersalin. Tapi maybe bersalin awal, aku tak tau la bila. Aku tadah je la perut aku ni...

Eh tapi kan, tadi masa dorang check jantung baby, ada la sorang dokter laki melayu lak tu join sekali. Adoiiiiii, sangat tak selesa la okkk. Dah la dia sama naik tengok perut aku yang sama besar ngan beras Faiza Herba Poni ni, pastu dokter yang meraba perut aku ni pi turunkan kain aku betul-betul atas sikittttt je dari Big Apple aku (wahhhh, ada perubahan. Dah tak mencarut sangat). Masa ni aku rasa macam nak pakai spek itam je. Tetiba aku segan gila.

Apesal aku tetiba nak segan eh?
Adekah ini simptom-simptom biasa bagi wanita yang lama berjauhan dari suami?

Ataukah dalam diam aku syok kat dokter tu?


PANGGGGGGGGG sedas!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Aku dan hospital...



Hi semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Lihat gamba di atas???
Itu gamba ambik dari webcam hokeyyyyyy.
Laptop sudah berada di tangan okkkkkkkkkkkkk.
Sangat gumbira di dalam hati!
Harap aku tak sangap lagi bengap duduk sini lama-lama.

Ok, update untuk hari ini.
Doctor kata aku akan berada di sini sampai bersalin. Tapi tak tau bila akan bersalin.
Rasanya awal.
Awal mana tak tau.
Malam semalam aku bercakap dengan doktor hati ke hati (ewahhh).
Sebab aku macam tak puas hyati apesal baby dah 1.2kg tapi kau taknak kuarkan. Hari tu kata boleh. Pastu tak boleh.
So this Dokter berterus terang, dia kata sebenarnya keadaan aku serius.
Cuma simptom tak keluar.
From the uric acid reading and BP menunjukkan aku ada potential untuk dapat sawan. Bila aku dapat sawan, baby boleh mati dalam perut. Worst case scenario, aku boleh koma or die on the table.

Ok.
Terdiam kejap.

Sebab tu dia kata selagi dia boleh monitor aku, dia nak kekalkan baby dalam perut sebab baby akan lebih ok dalam perut ibu. Tapi kalau keadaan aku kritikal, dorang takde choice melainkan keluarkan baby, masa tu 50-50 lah either baby selamat or aku yang tergolek 6 kaki bawah tanah.
Apa pun, aku redha dengan apa yang jadi, mungkin ini bahagian aku, aku terima.

Semalam, dokter dah start bagi aku HPT pills, see how it goes.
Ada umur panjang, dapatlah aku balik rumah.
Kalau tak, balik tempat lain la.

Tapi dokter kata, selagi simptom tu takde, keadaan aku masih boleh dikawal.
Insyallah...

Ok, skarang aku nak buat quotation.
Semua sila kembali ke task masing-masing. Jangan makan gaji buta baca blog yang takde ilmiah ini.

2010-10-18

Kekal menjadi maskot cemerlang, terbilang, gemilang!

Aku sekali lagi dipilih untuk menjadi maskot bagi minggu kedua. Masuk minggu ketiga kalau dia tahan aku kat sini, konfem dorang buat tugu muka aku kat depan pintu masuk spital ni.

9 hari okkkkk, 9 hari dok sini.
Macam cibai lahanat je aku rasa now. Nak tengok YouTube kat henfon pun macam sial kejap dapat kejap tak dapat. Nak tengok laptop lagi laaaaaa.

Ok, kul 11.30pg tadi Dr scan, baby dah naik 1.2kg (benchmark untuk lahirkan premature baby), alhamdulillah. Tapiiiiiiiiii, mak dia la pulak buat hal. HPT tu Dr kata tak merisaukan sangat la sebab takdela cecah 200 gitu. Cuma urine reading aku tak begitu baik and uric acid reading increasing tremendously sampai Dr kata tahap aku skarang membimbangkan. Aku ni as long as baby ok, takde apa dah yang aku nak bimbang. Janji baby ok.

Masa scan tadi pun the graf tak tunjukkan good result, at times memang uri tu macam nak tertutup.

Dr kata dia tak bagi aku dirawat as outpatient sebab dia perlu monitor aku very closely. Sekarang ni dia nak tengok if aku boleh bertahan, dia nak biar baby sampai ke 1.5kg, berat yang secure utk lahirkan premature baby. Butttttt, it all depends pada badan aku. Kalau tetiba dia tengok urine aku makin teruk, dia tak tunggu 1.5kg dah, terus tolak masuk OT. Tadi pun aku curik-curik dengar dia tanya nurse if Rabu ni ada ruang tak untuk masukkan aku ke OT. Ah belasah la...aku dah malas nak pikir. Ko buat je la apa yang patut. Yang aku tau skarang aku nak laptop sebab ada banyak keje aku nak buat.

En Wan lagi la macam nak mengamuk dengar bini dia kena tahan lagi. Gigih mencarik contact no Dr tu just nak tau apesal takleh treat aku as outpatient. Pastu nak tukarkan aku ke 1st class room so that dia leh teman aku tido. Tapi Dr tak benarkan sebab wad yang aku duduk ni close to...apa ntah aku pun tak tau.

Bengang la orang tua tu kan. Dan-dan survey hospital lain. Aku diamkan je la. Yang aku tau skang, aku nak LAPTOP!!!!! Ada laptop, ko nak tahan aku sampai lebam pun takpe.

Aku leh bayangkan la betapa balik keje kang akan terjadinya sessi kaunseling antara Pak Aji and Mak Aji dengan En Wan. Sure makpak aku cuba tenangkan laki aku tu. Sayang gila rupanya laki aku kat aku eh?

Hari ni kan, dah masuk kali kelima katil-katil ni bertukar orang, katil aku je kekal dengan bau aku. Mesti sok kalau aku keluar, katil ni sedih kan?

Orang depan aku ni dua-dua tunggu masa nak beranak, silap-silap malam ni bersalin, esok aku tinggal sorang lagi. Bahabi la...

Ok, skarang aku nak sambung tido.
Kalau aku berjaga nanti aku meroyan. Baik aku membuta.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Nervesssss




Pagi tadi subuh-subuh lagi dokter datang kejutkan aku nak ambik darah. Just in case kena operate kot, and dia nak tengok if ada organ badan aku yang dah damage ke apa ke. Gila seriau dengar statement jujur dokter tadi. Tapi seriau-seriau pun lepas dokter tu blah, aku sambung tido balik.

Kul 6.15am aku dah bersiap sedia, siap shave (kot la kena operate takde la satu OT terkesima dengan bulu belaan aku), siap shampoo (mana nak tau kang dibuatnya kena lepak lagi seminggu after bedah takde la berkerak kulit kepala aku tak berbasuh), now dah siap breakfast. Skang tengah lepak-lepak sambil menenangkan diri. Buat-buat je la tenang walaupun aku tau jap lagi ambik BP konfem mencanak-canak perginya.

Tu gambar-gamba semalam bersama si masam dan si tua. Dah lama tak landing sekatil, katil spital pun jadikkkkkk.

Harap-harap kalau tak operate today, aku dibenarkan balik. Tak tahan dowhhh dok sini dah naik bengap kepala gua. Dah la bilik air masam! Kat sini aku tak tau apekejadah basuh pad kat shower instead of kat toilet????

Aku rasa ada yang siap kencing dalam shower lagi sebab hancing pering aku masuk dalam tu. Dah la terpaksa aku tabur shampoo aku lebih-lebih nak kasik hilang bau. Kalau darah nifas ni laaa, adoyaiiii. Dah tau basuh pad dalam shower, clearkan la kasik bersih. Eventho dalam ni semuanya pompuan yang mungkin memahami keadaan kau, tapi aku tak berapa nak paham apesalla kau taknak hilangkan semua darah-darah ko dulu sebelum ko kuar dari shower???

Stress aku lama-lama dok sini.
Hari ni jiran-jiran aku semua balik. Aku je yang belum tentu boleh balik :(.

Taiklahhhhhh.
Aku tengah nerves gila ni okkkk.
Ok, aku harus baring dan tido.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-16

Day 7



Inilah sebenarnya ubat penghilang stress - LAPTOP. Sorok-sorok je aku mintak En Wan seludup menatang ni. Padahal takde wifi access pun, tapi aku nak buat quotation je. Lepas tu aku transferkan segalanya dalam BB then email from BB. Dari aku tak buat apa, baik aku buat keje opis kan? Orang kiri kanan aku ni semua sibuk menetek anak, aku nak menetekkan sape agak-agak? Kalau dapat duduk single room boleh gak la aku menetekkan laki aku tu, ni kena share ward, baik la aku alihkan perhatian kat laptop.
Dan seperti yang aku jangka, hilang stress aku!! Selama ni aku dok baca email-email customer dengan rasa serba-salah je sebab sorang pun tak tau aku dah tersadai kat sini. Tak kosser aku nak bagitau dorang aku dah admitted. Dah la duduk sini balik-balik aku membuta, dah naik lemau bontot aku parking atas katil ni. At least dapat buat keje opis sikit-sikit tenang sket jiwa aku.




Tadi aku teringin gilaaaaaa nak makan KFC, so aku call En Wan suruh beli. Dia boleh kata 'NO!!'.
Ohhhhhhh betapa beraninya dia menolak arahan aku skarang ye?? Ni bukan apa ni, ni mesti Mak Aji ada kat sebelah dia ni hasut jangan beli KFC untuk aku.
So aku cakap 'Fine!!! Tak beli KFC, jangan datang melawat Di!'.
Padahal cuak gak kalau dia tak melawat. Laki aku ni sumtimes lurus sikit. Aku cakap takyah kang betul-betul dia buat gila dia tak datang lansung, aku jugakkkkk yang terdampar kegersangan kat sini.
Aku kuar bilik air tengok-tengok ehhhhh, sekotak KFC sudah ada atas meja sambil dia angkat-angkat kening kat aku. Habis suspen la tu konon????
Rindu gila dapat tengok budak masam. Seminggu tak dapat tengok dia, memang aku gomol habis-habisan. Masa ni kalau bapak dia bogel pun aku konfem tak pandang. Jeling je la mungkin. Wakakaka.
Dan seperti dijangka, dia buat katil tu macam katil dia. Makan pun atas katil, siap pastu baring sambil layan Otromen kat YouTube. Dia ingat mak dia duduk sini bersantai agaknya. Bila aku tanya 'Ija datang tengok Mama ke?'.
'Ha'ah, Ija suka datang makan-makan kat sini'.
Adekah menjawab soklan??


Muka yang tembam itu janganlah ditenung lama-lama ye, kelak meracun diri...




Macamana anak tak ikut perangai kan??? Sebab bapak dia pun sama naik buat katil spital macam katil sendiri dengan alasan 'Abang tak biasa baca sokabar sambil duduk, mesti kena baring'.
Cakap je la kau memang pantang tengok katilllllll.
Dah lama tak tengok En Wan baring macam ni. Selalunya kalau dia landing baca sokabar, mesti aku duduk atas peha dia sambil kelebet berita kat page depan. Nak gak buat camtu tadi, kang tetiba ada orang terselak langsir nampak position aku duduk atas En Wan cam tu kangggggg, satu ward stim. So kita hold dulu.

Esok ada satu hari lagi untuk aku tengok Redza and bersantai-santai bersama En Wan, pastu Isnin aku tak pasti apa akan jadik kat aku. Samada aku dibenarkan balik, atau aku kena disembelih dulu baru boleh balik.
Harap-harap aku and baby masing-masing dapat bertahan sampai Isnin. Sekarang ni baby masih bergerak dengan banyak, alhamdulillah. Cuma dokter kata keadaan dalaman badan aku mungkin boleh buatkan segalanya huru-hara balik.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-15

Takde keje la pulak aku ni

Ni namanya dah tak jadi keje la pulak sampai kejap-kejap aku main game, kejap-kejap aku layan YouTube, tapi sms tidak dilayan ye :).

En Wan telah membenarkan aku blogging sebab aku perlu bercakap dan menghilangkan stress. So dia bagi kelonggaran untuk aku berblogging asalkan aku tak stress. Cehhhh!!! Blogging mana ada stress okkk. Inilah medium terbaik untuk menghilangkan tekanan. Selain dari kita boleh merepek, kita juga boleh bertukar-tukar pandangan malah kita juga boleh menyorokkan identiti kita dengan memaki hamun dan mengeji tanpa orang tau siapa kita (eh, apesal ayat aku dah jadi macam En Wan?).

Hari ni aku dah buat 2 lagi kawan baru. Hari-hari aku ada kawan okkk, dan hari-hari kawan-kawan aku tu balik, aku jugak yang tinggal tak balik-balik. Semua kat wad ni masuk 2 hari, lusa balik bawak anak. Aku je masuk dari Ahad lepas, Ahad ni belum tentu balik lagi. Tapi takpeeeeeeee. Dia suruh aku rehat, maka kita rehat. Kang esok dah sihat boleh la kita berkuntau balik.

Semalam aku sempat YM tapi secara invi. Budak tu tanya aku tak stress ke Anony maki-maki aku.

Adik-adikku sekalian....meh sini akak nak bagi petua.

Dulu masa adik-adik sekalian kecik-kecik, penah tak mak-mak korang nasihatkan 'Jangan ikut orang yang tak kenal naik keta!'. Or 'Jangan dengar cakap orang yang kita tak kenal!'.

Pernah??

Haaaaa, aku pegang kat situ je. Settle masalah.
Siapa pun boleh bercakap, tapi sukati la aku nak dengar ke tak kan? Fair tak agak-agak?

FAIRRRRRRRRRRRR. (Sendiri jawab).

Ala, rilek la.
Aku ni dah 33, at this age ko boleh bajet orang tu nasihatkan kau ke, or dia tarbiyahkan kau ke, or dia bajet alim ke, or dia ada personal interest ke, or dia sebenarnya nak puaskan hati sendiri je sebab dia tau selagi dia diam, dia sakit hati. So, kita bagi je la dia puaskan hati sendiri. Kira macam bagi chance dia syok sendiri la macam dia dah menang dapat maki kita tapi kita rilek je tak terjejas pun.

Aku ada terbaca satu komen dari sape ntah yang kata kenapa Anony tak berani nak letak nama sebenar siap email/IC/ no HP.

Of cos laaaaaaaaa.
Sebab dia pun tak berapa yakin dengan apa yang dia tulis. Kang takut terpalit kat diri sendiri pulak, malu hokeyyyy. So haruslah kita sorok identiti. Kalau kena batang idung sok takde orang tau apa....standard la.

Alah, dah. Dah. Jangan gaduh-gaduh. Benda ni small matter je. Takat orang mengata, apa sangat pun. Dia penat dia diam. Tak penat kalu, sila bercakap lagi. Tak turun pun gaji kau kalau dia mengata. Dia puji pun gaji kau tak naik. So....? *smile*

Ok lah, dokter aku dah datang.
Aku nak pi tanya berapa bulan lagi dia nak aku jadi maskot kat ward ni.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-14

Udah-udah la tu bang oiiii..



Macam gengster je anak aku kan? Padahal makan lolipop je, gaya macam hisap gudang garam okkkk. Ni gamba masa gi Penang Jumaat lepas, pekena seafood kat Teluk Tempoyak. Oh, yes. Thanks pada yang suggestkan tempat ni. Sangattttt la mudah nak mencari, sikitttttt lagi aku nak kena maki ngan En Wan. Member dah lapar, aku lak satu hal..dah orang bagi direction jalan terus, aku tetap jugak nak masuk kanan. Alih-alih jalan gelap je. Gila babi punya gelap, kalau kau letak En Wan tengah-tengah jalan pun konfem tak nampak, apetah lagi kalau aku yang berdiri tengah jalan tu. Series takut lalu jalan tu like awat gelap semacam???? Tapi aku yakin, walaupun gelap yang tahap ngeri pasti ada orang beromen kat situ. Sebab tempat sangatlah gelap, sunyi and konfem tak banyak orang lalu.
Tapi ditakdirkan malam tu maybe choices of ikan pun tak banyak, so hanya berpuas hati dengan ikan siakap masak 3 rasa, udang goreng tepung, kerang rebus, kailan goreng ikan masin and tomyam seafood. Sotong takde, soft shell crab pun takde. Eh, tapi aku ada makan satu lagi lauk la, lupa apa tajuk.

Dalam pada aku demam-demam tu, aku jugak yang habiskan semua makanan. Aku ni memang camni la, makin sakit, makin kuat makan. So kalau ko tengok aku makin gemuk tu maknanya baru lepas sakit la tu (ayat mukadimah pemberitahuan bahawasanya aku sedang mengalami kegemukan).
Kat spital ni, camana darah aku tak naik??? Nasik memang datang dengan macam-macam lauk. Tapi kaler je yang ada, rasa takde. Mujurlah Mak Aji tu memang HPT punya orang, so dari awal dia dah biasakan kitorang makan kurang garam. Tapiiiiiii yang aku punya ni, garam pun takde okkkkk. Pastu ko boleh tanya pulak 'Apesal akak time tido pun boleh naik bacaan eh?'.

Aku pun reply la dengan penuh santun 'Entah la dik, akak mimpi bukan-bukan ko jap tadi'. Kang kalau aku jawab 'Mana tak stress, makan dah la tak sedap, jamban takde sabun, duduk mengadap orang sakit hari-hari, pulak tu akak dah seminggu tak berjimak ni!. Haaaa, kang aku cakap macam tu kang, kau pulak yang darah tinggi.

Tapi aku rasa makin dok spital makin naik darah aku. Baik la ko hantar aku balik, at least aku leh kangkang-kangkang tengok tv, kangkang-kangkang dengan anak dan suami, bukankah itu aktiviti-aktiviti penghilang stress?

Don't worry guys, aku ni kalau tengok muka memang macam orang sakit, tapi aku macam ni jugak. Alhamdulillah, aku still rasa sihat, sampai kena sound la dengan nurse apesal aku asik berjalan sana sini. Eh, abis nak aku bertenggek atas katil cam topekong siam??
Mungkin selama ni aku busy sangat bekerja, sekali dia bagi sakit, hambik kau. Duduk terus dalam wad. Alhamdulillah, at least aku dapat berehat. Berehat dari makan yang merepek-repek seperti lasagna dan macaroni bakar MakAji (oh!! Rendhonyaaaaa), berehat dari mengadap laptop (tapi aku dah TER-INSTALL data-data keje aku lam BB, so still buat quotation hari-hari), at least aku dapat habiskan buku-buku dakwah yang aku beli dari abang-abang yang mintak derma dulu and baca Quran lebih sikit (whattttt???? Diana baca Quran??????).

Thanks again to all, aku percaya berkat doa semua anak aku bergerak balik macam biasa. Mak dia je yang macam apa dah ni aku pun tak tau nak cakap macamana sebab dokter pun pening apesal result menunjukkan aku tak sihat tapi fizikal aku macam sihat. Ala, apa-apa je la, janji anak aku ok sudeyyyy.

Tadi aku dapat baca blog yang diupdate oleh En Wan. Alahaiiii, bersantunnya laki aku mereply komen anonymous tu. Kalau aku la, aku baca pastu aku tak publish dan continue hidup macam biasa. Apa ade hallll dengan orang lain nak cakap apa. Tak matinya kena keji. Takat dua tiga orang mengeji (eh, bukan mengeji lah. MENASIHATI!), itu tandanya ada orang perihatin dengan kita sampai gigih follow hidup kita sejak bertahun lalu sampai sekarang demi memastikan kita semulia dia. Kalau kita rasa perihatin dengan dia, kita ikut NASIHAT dia. Tapi kalau rasa malas nak perihatin, delete je komen tu. Settle. Aku tetap teruskan aktiviti aku macam biasa. Kalau ko rasa-rasa nak teruskan aktiviti berdakwah silakan. Bukankah berdakwah itu memang akan melalui pelbagai ujian?

Dah ye, cukup-cukup komen kat entry En Wan tu.
Ok, aku nak tido.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on Fw: [walk on wings,tread in air] New comment on F....


Fahamlah saya rupanya Diana dibenci hanya kerana dia tidak bertudung, tidak menutup aurat. Jika itu kesalahannya, dan kerana itu dia dibenci, saya dengan rendah hatinya memohon maaf.

Tetapi saya tidak faham adekah dengan kesalahan saya tidak menyuruh isteri saya bertudung maka saya dianggap memalukan Engineer muslim? Apekah kaitannya?

Perlukah saya canangkan kepada semua setiap sedekah saya?

Adekah ada orang yang peduli jika kami mengatakan kami juga menunaikan solat?

Perlukah saya ceritakan kepada masyarakat harapan dan doa-doa saya setiap solat?

Dan perlukah Diana menyatakan hasrat dan impiannya untuk bertudung kepada semua?

Jika anda seorang Anonymous lelaki, terima kasih atas nasihat kepada saya. Insyallah permintaan anda akan dimakbulkan. Diana sememangnya sedang persiapkan diri ke arah itu, cuma bukan sikapnya mencanangkan sesuatu yang belum pasti.

Jika anda seorang Anonymous perempuan, saya berharap agar suami anda sedar akan kelekaannya mendidik isteri yang tidak tahu menghormati perasaan orang lain dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana isteri saya tidak bertudung.

Jangan hanya kita merasakan kita tidak melakukan kejahatan, maka kita adalah sebaik-baik manusia.

Saya akan berhenti meng-update tentang Diana sehingga Isnin hadapan. Namun, jika masih ada ingatan terhadap dia, saya mohon doa dari semua.


-Ridzuan-



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

From: Anonymous <noreply-comment@blogger.com>
Date: Wed, 13 Oct 2010 23:00:04 -0700 (PDT)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on F....

Anonymous has left a new comment on your post "Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on F...":

Perlu saya tegaskan, saya bukan anonynous yang pertama komen tentang bala semua tu !!!

Jika anda sudi mendengar nasihat :
Hadis yang berkaitan hal menutup aurat :
Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).


Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.


Tiada siapa yang berhak mengaku orang ini masuk syurga, orang ini masuk neraka. So, tak perlu perli orang-orang yang memberikan nasihat sebagai ahli syurga atau ahli neraka.Cuma sebagai suami....bimbinglah isteri anda supaya menutup aurat atau setidak-tidaknya jangan mempamirkan auratnya untuk tatapan semua orang, kerana andalah yang menanggung dosanya bila merestuinya berbuat begitu. Kalau tak silap saya anda seorang Engineer lelaki (saya agak anda ini bijak - sebab orang bijak saja mampu buat thermodynamic, fluid flow atau theory reactor, material strength dsb)....dan anda memalukan golongan Engineer muslim jika terus bersikap begini.

Saya tahu lepas ni penyokong kuat anda mesti mempertahankan anda. Ingatlah.....kebenaran bukan berdasarkan ramainya penyokong....tetapi apakah perbuatan kita itu selari dengan kehendak Al Quran dan hadis.Dan jangan risau.....ini adalah komen terakhir saya.

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 2:00 PM

Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on Fw: [walk on wings,tread in air] New comment on W....




Baru saya tau yang tidak mudah menjadi seseorang yang dikenali kerana apa yang kita buat tak semuanya disukai. Diana pernah menunjukkan komen-komen sebegini kepada saya sebelum ini tapi saya hanya menasihatinya 'kalau awak rasa ia tak mengganggu hidup awak, teruskan'.

Tapi bila saya sendiri yang membaca komen-komen ini sebelum Diana membacanya, saya dapat rasakan betapa isteri saya sememangnya cekal dan tak mengambil pusing apa yang orang (yang tak mengenalinya) anggap terhadapnya selain dari keluarga dan kawan-kawan rapatnya sendiri.

Kepada Anonymous ini, teruskanlah nasihat-nasihat anda. Kami ucapkan terima kasih atas keperihatinan anda agar kami juga menjadi ahli syurga seperti anda di akhirat nanti.

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk - kesakitan, kefakiran, kesusahan hati dan juga kehilangan orang/benda yang kita sayang.

Namun, ada antara kita kurang menyedari bahawa ujian terbesar dari Allah adelah ketidaktenteraman hati.

Jika Anonymous ini begitu yakin dengan situasi Diana sekarang adelah bala dari Tuhan, saya juga amat yakin hati anda yang tidak tenteram, tak pernah puas dan penuh prasangka terhadap orang yang anda kenali hanya melalui pembacaan juga adelah satu bala dari Tuhan.

Semoga anda juga dapat menerima nasihat dan pandangan saya dengan berkata 'Insyallah aku akan cuba buat untuk masa hadapan'.


-Ridzuan-



Update :

Dokter akan decide langkah seterusnya Isnin ini memandangkan Diana tak menunjukkan perubahan yang baik dari segi urine reading dan blood pressure. Tapi kaki dan muka sudah tidak bengkak. Baby bergerak seperti biasa. Terima kasih atas doa semua.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


From: Anonymous <noreply-comment@blogger.com>
Date: Wed, 13 Oct 2010 20:10:46 -0700 (PDT)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on W....

Anonymous has left a new comment on your post "Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on W...":

Jangan marah bila orang bagi nasihat.Orang tu nasihat benda yang baik.....kenapa nak marah??? Para penyokong pulak, kenapa nak sokong membuta tuli??? ......bila orang beri nasihat untuk kebaikan, katakanlah.....insyaallah aku akan cuba buat pada masa hadapan....sekarang aku belum mampu lagi.... Itu lebih baik.

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 11:10 AM

2010-10-13

Terima kasih All

ASW semua,

Diana here lintas lansung dari atas katil dan bantal keras.

En Wan mintak aku sendiri update condition aku sebab dia kata ramai benar yang tanya. Terima kasih sebab concern pasal aku kat sini.

Firstly nak mintak maaf, sms-sms semua aku dapat baca tapi aku tak dibenarkan reply sebab En Wan taknak aku ter-engage dengan conversation yang berlanjutan sebab dia taknak aku stress. Tapi sebenarnya memang aku dah sedia stress dah ni sebab makanan kat sini sangattttttt lah berkhasiat sampai garam pun takde. Apa nak buat, sendiri carik penyakit. Masa ni jugaklah tekak aku terbayang betapa lazatnya french fries kalau singgah dalam mulut. Oh! Dem.

Dokter kata keadaan aku tak ok, tapi dia heran kenapa aku tak tunjuk any simptom yang tak sihat pada fizikal. Disebabkan simptom tu takde maka dorang susah nak decide apa nak buat. Disebabkan simptom tak keluar sangat, so dorang mintak aku bertahan sebab nak panjangkan usia baby dalam perut.

Alhamdulillah, jantung baby ok, baby dah start moving dengan banyak. Mak dia je yang dah macam zombie, dengan kaki mula bengkak, muka bengkak sikit (padahal gemuk), bibir dah pecah-pecah (letak vaseline pun takde efek), dizzy, pandangan pun dah start kabur. Tapi dokter kata memang ini semua expected simptom. Lagi banyak simptom keluar, lagi senang dorang nak buat decision.

Tapiiiii alhamdulillah, selera makan aku tak sangkut. Itu penting untuk baby. Aku ni apa aje la yang tak selera kan. Dalam pada takde garam pun, aku jugak yang abiskan makanan dulu. Abis tu, nak harap makanan apa lagi. orang lain siap bwkkan bini Mister Potato la, Twisties...aku ni hadap je la apa yang dia bagi.

Jap tadi specialist datang check dia cakap HPT and urine aku fluctuates balik. Macam tak berapa respond sangat dengan diet and ubat. So dia mintak ku bertahan sampai next Monday (tu pun kalau aku boleh bertahan la..). Tapi ventilator tetap dah stanby untuk aku. Aku pun tak tau la sape yang masuk dalam ventilator ni sok, aku ke baby. Gaya-gaya macam aku je bakal masuk ni.

Kalau nak ikutkan badan, memang tak kuat. Tapi aku kuatkan jugak hati untuk bagi baby strong.

Again, terima kasih kepada semua yang mendoakan aku and baby. Mintak maaf, aku tak boleh menerima sebarang visitor selain dari family members sebab aku rasa aku perlu rehat and aku tak cukup kuat berdepan dengan kawan-kawan. Nanti aku kejap-kejap menangis.

Bila dokter bagitau 'don't put too much hope...' airmata aku memang tak boleh stop. Tapi dokter ada pesan yang bond ibu dan baby boleh mengubah segalanya. Maybe itu je kekuatan aku sekarang.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-12

Diana today



Dalam bahasa paling simple, keadaaan Diana : uri, anak dan ibu tak serasi.

Hypertension : unstable
Urine reading : ada improvement tapi belum betul- betul ok.

Simptom dah mula keluar pukul 3am tadi - loya, dizzy, tak selesa ulu hati.

Muka dah start bengkak merah-merah. Kaki dah start bengkak.

But baby dah start moving dengan kerap.

Dokter masih nak tunggu at least sampai Isnin depan untuk buat next scan. Sekarang cuma kena monitor ibu sebab condition ibu yang tak berapa stabil.

Simptom-simptom tu memang dokter expect akan terjadi. Kalau keadaan makin teruk memang ikhtiar akhir adelah operation.


-Ridzuan-

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-11

Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on Warded.






Terima kasih atas komen dari Anonymous ini.

Satu saja pesan saya, walaupun besar mana dosa isteri saya terhadap saya, saya telah ampunkan. Bagaimana pula dengan dosa anda terhadap dia? Fikir-fikirkan lah, Diana melalui tahap kritikal, dia sudahpun memohon maaf kepada semua secara terang-terangan. Terpulang pada semua untuk menilai dan memaafkannya. Tetapi kepada Anonymous ini, sekiranya Diana tidak panjang usia, sanggupkah kamu merangkak mencarinya di akhirat kelak?

Sakit adalah satu ujian, bukan musibah semata-mata. Kita sendiri tidak tau ujian ini dimana rahmat dan hikmahnya. Yang pasti ujian itu adelah salah satu cabang penghapus dosa.

Sekiranya ini caranya untuk Tuhan menghapus dosanya, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tau Tuhan sayangkan isteri saya dan tidak mahu dia dibebani dengan seksaan yang lebih lama di alam barzakh kelak.

Cuma saya terkilan betapa yakinnya Anonymous ini bahawa beliau adalah antara yang dirahmati Allah kerana tidak ditimpakan musibah?

Bertaubatlah.


-Ridzuan-






Pesanan :

Saya terpaksa membalas komen ini kerana merasakan isteri saya tidak perlu membaca komen dangkal seperti ini dan saya sebagai suami lebih mengenalinya.

Kepada kawan-kawan UNIMAS, terima kasih atas sms yang diberi. Saya sengaja tidak memberi keizinan untuk Diana membalas sms tersebut kerana dia perlukan rehat dan ketenangan buat masa sekarang.

Diana masih lagi menunggu keputusan specialist kerana dia tidak menunjukkan sebarang simptom tidak sihat pada fizikal tetapi tekanan darah semakin tinggi dan keadaan urine yang tidak memuaskan. Dokter sedang cuba melambatkan proses kelahiran demi memanjangkan usia bayi dalam kandungan ibu kerana dikhuatiri ventilator tidak memberi support sebaik badan ibu. Tetapi, sekiranya urine masih keadaan teruk dan hypertension berlanjutan, Doktor tiada pilihan lain selain melakukan pembedahan untuk menyelamatkan ibu kerana khuatir ada kerosakan pada ginjal ibu.

Walaupun kami berharap miracle berlaku tetapi kami sudah sama-sama berjanji untuk menerima apa saja qada-qadar Allah. Saya dengan jujurnya akui saya tidak kuat menerima keputusan yang tidak berpihak pada kami, namun Diana yang saya kenal memang seorang wanita yang cekal walaupun dalam setiap solatnya saya melihat dia menitiskan airmata.

Doa-doa dari semua kami hargai.

Wassalam.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


From: Anonymous <noreply-comment@blogger.com>
Date: Mon, 11 Oct 2010 03:00:22 -0700 (PDT)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Warded.

Anonymous has left a new comment on your post "Warded":

sudah sampai masa untuk cermin diri & muhasabah diri. kena fikir2kan, berbagai2 cubaan datang menimpa, uri dibawah & keadaan sekarang mungkin kerana dosa2 yang dilakukan. cuba2lah ubah diri & jalani cara hidup sebagai seorang wanita islam yang telah bersuami, tinggalkan gaya hidup tanpa batasan seperti sebelum ini. memadaikah memohon maaf pada suami dipagi 1 syawal, walhal selepas tu balik ke tingkah laku asal. jangan sampai rezeki yang murahkan & nikmat keluarga bahagia ditarik jua nanti

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 6:00 PM

2010-10-10

Warded



Tak sangka betul aku kena masuk wad hari ni. Padahal semalam aku ada lagi kat Penang siap pi attend wedding lagi kat Alor Star.
Tapi pagi semalam aku dah noticed yang baby tak gerak sangat. Bila tanya En Wan, biasa la kannnnn. Laki aku kan buat job sampingan jadi dokter, so dia replied 'Ala, baby tido tu'. Pastu dia sambung tido balik. Settle.
Kebetulan semalam memang hari routine checkup, so balik je dari Kedah, straight jumpa gynae, lagipun aku demam kat Penang, ingat nak ambik ubat ngan gynae. Bila dia check, BP high. 4 kali check still high jugak and kencing kotor sikit.
Tapi dia scan baby ok, heartbeat baby ok, siap la aku buat 3D scan tengok muka baby segala. Everything seems fine. Dokter kata ini rare sangat sebab out of nowhere aku nyer blood naik padahal baby ok, kaki aku tak bengkak, tak sakit ulu ati and tak pening muntah. So Dr suruh aku balik but kena datang balik utk ambik blood pressure this morning.
Tadi ambik pressure still consider high tapi better dari semalam. Kencing still ada albumin. Memula dokter dah nak bagi aku balik sebab dia tengok aku ok je until aku bgtau yang perut aku mengeras dari malam tadi. Memang tak nyenyak tido, tido bersandar sebab keras gila perut.
Bila dia scan baru nampak absent distolic. Terus dia refer dengan the other 3 pakar. Konfem absent diastolic, dia terus refer ke hospital kerajaan sebab dia jamin 99% aku akan dioperate dalam masa 48 jam. Bila aku tanya apesal kena masuk hospital kerajaan? Dia cakap sebab tempat dia takde ventilator so nnt nak letak baby kat mana kan. Kalau nak refer kat SJMC bukan tak boleh, tapi dia yakin hospital kerajaan yang dia suggest ni caring and lengkap. So, ok la.
Tadi kat wad kecemasan, memang menambahkan cemas aku. Dah la wad dia open area. Macam-macam bunyik aku leh dengar, dengan bunyik orang menjerit sakit, bunyik machine yang macam motobot, ini maciammmm blood pressure aku bukan makin turun dowhhhhh.
Lama gak la tunggu. Last-last specialist memang konfemkan yang aku kena masuk wad. Tapi seblom tu dia bagi aku satu injek kat bontot untuk matangkan paru-paru baby sebab aku baru 7 mths. At least kalau baby kuar esok biarla strong sikit walaupun berat baby skarang baru 1.1kg. Redza yang kuar berat 3.1kg tu pun aku terkial-kial nak pegang, inikan 1.1kg.
Ya Allah!
Tuhan je yang tau how sakitnya injektion tu. Memang nurse tu dah sound 'Sakit ni ye, Puan'. Aku ni main 'Ok' je. Sekaliiiiiiiiiiii...terangkat bontot aku okkk. Airmata terus keluar. Aku ingatkan injektion masa nak kuarkan Redza tu dah habis sakit rupanya yang ni memang sakit. Aku ambik masa 5 minit jugak nak alihkan kaki. Lepas injek tu badan aku jadi keras kejang tahan sakit, satu anggota badan tak mampu nak gerak. Airmata je keluar. Dah la sorang-sorang kat dalam.
Ni kang kul 12mlm kang dia nak bagi satu lagi injek. Menangis sorang lagi la jawabnya.
Cuma tu la, bila Dr kata prepare for the worst sebab dia kata baby boleh meninggal samada dalam perut tau lepas bersalin. Aku betul- betul tak boleh nak cakap apa. Blank. Memang meleleh je airmata bila Dr cakap macam tu.
Aku tak tau if aku cukup kuat nak terima apa je lepas ni.
Doakan baby aku selamat ye.
And aku tak sre if aku sempat update blog or FB lagi lepas ni. Dalam masa 24 hours lagi aku akan dioperate.
Aku nak mintak maaf kat semua kalau aku ada buat salah, menyinggung hati readers yang kenal aku thru this blog. And to those yang kenal aku in and out, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-08

Dah tua tapi....

Bengang betul aku dengan satu MAKCIK yang lagi tua dari Mak Aji. Makcik ni betul-betul buatkan aku percaya yang tak semua orang tua lebih makan garam dari orang muda. Mungkin terlebih makan garam sampai jadi bengap.

Ko imagine eh, kat tahlil orang meninggal, dia leh sok sek sok sek pasal si mati. Ok tu satu hal la. Benda ni sumtimes biasa kita tengok. Dah dipesan kalau pi funeral tu takyah la cerita yang bukan-bukan pasal si mati, jaga la sikit hati sedara-mara yang masih hidup. Kalau mulut dah rabak sangat, kau balik je rumah. Ha pastu nak bercerita pun cerita lah.

Tapiiii this makcik lagi pelik okkk. Si mati ni mati bersalin.

Tengah-tengah tahlil tu dia leh cakap ngan member sebelah-menyebelah 'Orang cakap kalau mati beranak sok sok jadi pontianak'.

Pukimak tak?????

Yang patut jadik pontianak tu kau! Dah tua kedarah nak mampos pun percaya sangat ngan hantu-hantu. Kalau pun betul, tak boleh ke kau beradap sket?????

Kalau dah kampung tu memang kampung jugak la!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2010-10-07

Nak buat apa tu?



Caller : Helo, ni Diana ke?

Aku : Ye, saya. Siapa ni?

Caller : Nizam.

Aku : Nizam mana ye?

Caller : Nizam UPM.

Aku : Err...UPM? Faculty apa ye?

Caller : ********* (rahsia)

Aku : Aaaaa...(sebab faculty ni takde kena-mengena dengan bisnes aku so aku pelik apesal dia ni call, tapi aku layan jugak). Okkkkk....saya tak boleh recall apa-apa setakat ni. Boleh saya bantu apa-apa?

Caller : Amboi...formalnya cakap.

Aku : Sorry la kalau formal sangat sebab saya tengah dok mengingat ni Nizam yang mana satu.

Caller : Yang kita cakap tu hari jadik tak? Sebab saya nak book bilik ni.

Aku : (Oh! Shit!! Ni yang aku bengang kalau dok rumah lama-lama. Aku jadi bengap sampai takleh ingat appointment aku dengan customer). Ya Allah! Sorry. Saya betul-betul tak ingat ni. Projek apa ye ni? Booth utk BioMalaysia ke?

Caller : Ha?? BioMalaysia apa pulak niiiii. Awak ada dengan siapa ni??? Cakap pun takut-takut!

Aku : Huh?? Actually saya kat rumah ni. Laptop saya pulak takleh guna buat masa sekarang so semua app saya save dalam tu.

Caller : Berapa banyak appointment awak ada ni sampai benda yang kita bincang kelmarin pun awak tak boleh ingat?

Aku : Sorry sangat-sangat. Boleh tak saya tau pasal apa sebenarnya ni?

Caller : Kan kita dah set esok nak pergi. Saya nak book bilik. Hari tu dia yang beria-ia kata ok. Hari ni lupa. Ni mesti ada sesaper kat sana. Apesal ada kat rumah pulak hari ni? Takde class?


Ok, masa ni aku dah boleh rasa dia salah nombor.
Tapi nama sama?? Mustahil!


Aku : Ok, kejap-kejap. Boleh tak saya tau awak nak cakap dengan siapa sebenarnya ni? Saya rasa macam salah nombor je ni.

Caller : Tut..tut..tut...tut...(terus letak)


Lepas tu kan dah tak masuk-masuk dah nombor dia.
Nombor ada lagi aku pegang ni. Kangggg..kangggg...wakakakaka.

Aku rasa maybe aku yang silap dengar kot, sebab aku memang ada penyakit pekak.

Maybe dia nak cakap dengan Liyana? Ziana? Yana?

Ada sesape di UPM dengan nama seperti di atas?
Apa ko nak buat esok ngan Nizam ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Wakakakkaka.

Opss...bersangka lah baik.

2010-10-06

Dirogol suami?



Aku terbaca satu artikel pasal kes rogol. (uishhh, kalau bab rogol memang takde istilah TERBACA okkk, KONFEM baca!)

Tetiba aku teringat satu cerita kat Majalah Mingguan Wanita satu masa dulu, masa aku still kat UNIMAS lagi. Time tu aku rajin beli Mingguan Wanita ni. Konon nak mencegah dari terjebak dengan lelaki/balak saiko, tapi aku dapattttt jugak yang saiko. Tu la dia kan, lagi kau avoid, lagi kau dapat.

Ada satu kes tu dia cerita pasal DIROGOL SUAMI SENDIRI.

Wahhh, biasa la tengah bujang kan. Bab-bab cerita rogol ni memang laju je baca.

Tolong bagitau aku sikit memang ada ke istilah dirogol suami sendiri ni?
Aku ni memang bab-bab agama takde la bijak mana. Dari segi sivil pun aku tak pandai (read : tak kuasa ambik tau).

Tapi setahu aku, bukankah isteri hak suami? Kalau suami mintak dilayan tu, kau kena layan kan. Maka ada kah istilah dirogol suami? Aduiyaiiii, suami saperla yang rajin merogol bini ni. Laki aku ni toksah kata nak rogol, aku telanjang bulat sebelah dia pun dia boleh pandang je. Mentang-mentang la perut aku besar skang ni, buat nak tak nak je memandang.

Cuma yang si tuan punya kote ni pun agak-agak la sama. Kalau keadaan isteri kau tak mengizinkan, kau hold la dulu kote kau tu. Jangan la gelojoh macam tak penah dapat. Perempuan pun ada mood swing jugak. Ada time dia malas layan tu, kau jangan la berkeras hati nak jugak. Sabo-sabo le. Ntah dia period ke, baru kena lempang ngan bos ke...

But, seingat aku, artikel yang aku baca tu, takde pulak sebut pasal bini dia period ke apa ke. Masih lagi status suami isteri yang sah tapi saya dirogol suami saya. Apekah???

Atau adekah term DIROGOL SUAMI SENDIRI yang dipakai oleh pompuan ni adelah bermaksud SAYA DIJIMAK DENGAN SECARA RAKUS SEHINGGA COLI BERTERBANGAN KE RUMAH SEBELAH?

Eh, apa ni???

Aku tak paham okkkk.

Berjimat itu lebih baik - statement orang takde duit.


Last Saturday nak pi carik kasut Redza for graduation. Kena pakai kasut putih. Terus kitorang pi beli siap-siap kasut skolah untuk masuk Darjah Satu tahun depan, siap ngan kapur kasut sekali. Ntah sape yang nak mengapur pun aku tak tau la. Sorry la aku nak buat keje-keje ni. Zaman aku kapur kasut dah berlalu. Dulu time skolah aku la manusia paling liattttttt nak kapur kasut. Sebab tu aku berusaha untuk dipilih menjadi pemawas, sebab pemawas pakai kasut hitam.

Kasut hitam adelah best sebab aku tak payah risau nak basuh kasut. Sebab tak nampak kotor. Tak basuh dua bulan pun takpe. Tetiba naik bau je....
Tapi tu la, kau kena rajin spray kan perfume kat dalam kasut tu. Aku tak main la guna spray kasut untuk hilangkan bau okkk. Aku kan orang ada-ada. Jadi, aku guna perfume. Bukan calang-calang perfume okkk. Tu ha jenama POISON Christian Dior tu aku belasah spray kat kasut. Mak Aji punya. Tapi disebabkan perfume POISON tu bau memang kuat, so Mak Aji boleh detect aku sebat perfume dia bubuh kat kasut. Malam Ahad tu dia bagi aku dia punya version of POISON - 3 das!! Esok Isnin pi skolah berbirat lengan aku.
.........Dan bermula sejak hari itulah aku berjinak-jinak pakai baju kurung pi skolah. Dah taknak pakai pinnafore dah, sebab satu skolah dapat tengok pangkat Sarjan aku dapat.

Selain dari tu, kau tak payah risau ada orang pijak kasut skolah.
Baru hari Selasa, dah ada orang terpijak kasut kau. Hangin tak??? Dah la nak membasuh satu hal. Nak tunggu kering lagi. Mak mengapur lagi. Tu belum kalau weekend lepas hujan. Aku kena letak kasut aku bawak esbok nak keringkan. Tau-tau esok pi skolah, ada budak pijak kasut aku. Kau ada rasa nak siku muka budak tu tak?

Jadi, beruasahalah menjadi pemawas.
Boleh pakai kasut hitam.


Perut dah besar, jadi duduk pun dah terkangkang tersiat. Ni pun dah kira habis rapat aku susun peha aku, kalau kat rumah lagi lebar aku mengangkang. Sebab tu la wanita mengandung dinasihatkan supaya tak pakai skirt, kang ilangkan nak nampak vogue, masyarakat sekeliling boleh nampak bulatttttt je kat celah tu.



Walaupun tumit dah merekah, aku tetap tak sadar diri. Nak pakai sandal yang bertumit tinggi jugak. Pastu malam-malam menyusahkan laki kena urut.
Kali ni aku macam takde mood nak bershopping barang baby. Kalau time Redza dulu sampai kena sound dek Mak Aji. Awal-awal aku dah readykan barang.
Kali ni tak. Aku cam rasa jap lagi aku masuk OT, kau kuar la kejap pi beli baju baby, tak boleh ke?

Lagi satu kan, dulu masa time Redza aku poyo gila. Semua benda nak beli yang branded je. Baju basahan pun nak yang stylo-milo.
Stroller selamba je aku ambik yang harga RM1K++. Tapi pakainya tak.
Maklom le, tunggu anak sampai 3 tahun baru keluar. Bila dah keluar, masing-masing gelupur asik nak dokong and meriba anak, mana ada masa nak letak dalam stroller kan. So stroller tu ada la kot dalam sembilan kali aku guna, last-last parking dalam stor.

Same goes to baby car seat and baycot, bukannya guna. Penyudahnya, baby car seat tu jadi tempat letak teddy bear Redza.

Pakkal la baju-baju Redza semua aku dah bagi kat orang, kalau ada lagi lam simpanan, memang aku recycle balik. Konfem.



Last-last ni je aku beli.

Ada Baby Fair kat IOI Mall Sabtu lepas. So En Wan paksa beli barang jugak.
Kira mencipta sejarah tersendiri jugak la. Selalunya shopping mesti sorong troli, kali ni aku pakai bakul je. Punyala takde selera nak shopping. Tu pun tak penuh. Aku main sambar je apa dapat. Eiiii, series punya takde mood. Risau pulak aku ni apehal ntah.
Mungkin sebab takde duit kot. Haha.
Kali ni aku pilih baju kat bakul longgok-longgok tu je, sebab kat situ tak ramai orang. Apesal ntah. Padahal ok je baju-baju kat situ aku tengok. Aku kiraikan lebih kurang, agak-agak baju tu takde tetas, takde koyak, terus masukkan dalam bakul. Settle!
Kalau dulu gila cerewet okkk. Nak beli baju pun boleh jadi bergaduh ngan En Wan. Dia nak yang ini, aku nak yang tu. Siap berpecah pastu bila jumpa balik, susunkan baju sebelah-menyebelah tengok saper punya taste lagi ok. Cam lahanat je bila ingat-ingatkan balik.
Kali ni takde deeee. Aku ikut je mana En Wan pegi, dia kata 'Ni ok?'.
'Okkkkkk'.
Settle.


Ni bapaknya yang excited sampai je rumah terus lipat and susun baju baby. Walaupun cara dia melipat baju tu adelah serupa macam spender yang baru lepas diguna - bergulungggg je, tapi aku diamkan je. Sukati kau la bang, janji kau ada effort nak tolong.


Mengapakah En Wan tidak pernah serik untuk bergamba sebelah adik aku????




Anyone nak carik keje?



Kami (kami ni bukan aku, aku tolong iklankan je) mencari seorang staf untuk bekerja di Butik DeZahra, Shah Alam, Selangor

Alamat Premis
1-10-1 PRECINT ALAMI
WORLDWIDE BUSINESS CENTRE 2
PERSIARAN AKUATIK
SEKSYEN 13
40100 SHAH ALAM
SELANGOR

(dekat dengan tesco Shah Alam, jalan kaki pun sampai)


Gaji = RM800


Waktu Bekerja = Isnin hingga Jumaat , 10 pagi - 6 petang sahaja


untuk pertanyaan sila hubungi

Pn. Zilla
019-2271752


boleh review kat sini

2010-10-05

Concert


Ahad lepas Redza ada graduation concert kat Dewan Seri Endon, Putrajaya.
Rasa macam pi wedding anak load-load okkkk.
Jakun kejap aku masuk dewan gempak-gempak ni.

Oh yes, citer pasal wedding.
Ramai gak eh yang tak puas hati pasal bab hantaran tu.
Actually benda yang aku post tu ada kena-mengena dengan apa yang jadik kat diri aku la. Tapi bukan adik aku, err..ada laaaaaaaa.

Benda-benda macam ni nak argue lebih-lebih pun payah. Semua ada pendapat masing-masing.
Cuma yang aku takleh tahan tu bila alasan mak pompuan yang mintak sampai 15K tu adelah kerana 'Memang anak saya tak blaja tinggi, tapi anak saya bukan duduk je kat rumah. Dia mengemas, tau menjahit, menyulam, memasak, bla bla bla..'

Makcikkkkkkkkkk....abis anak dara orang lain tak tau masak keeeeeeeeeeeeeeeee??
Masakan apa yang spesel sangat anak makcik pandai buat tu sampai macam tu sekali letak harga? Nak gak aku tumpang rasa. Aku bab-bab food testing ni memang sukaaaaaaaaaaaaa.

Ok la makcik, bab menyulam tu memang la saya tak tau.
Tapi of cos la anak makcik kena ambik tau menyulam segala sebab dia dok rumah je, tak keje. Saya ni bekeja, jadi saya blaja kompite. Tak sempat nak blaja menyulam. Jadi, bolehkan mak saya meletak harga 15K jugak dengan alasan saya tau kompite??

Wakakakaka.
Ok, tak kelakar.

Time klorga En Wan meminang aku dulu, bila bab pihak sana tanya hantaran, Mak Aji boleh pesan kat tukang cakap tu yang 'Anak pompuan saya tak ramai. Dua orang je. Jadi saya taknak hantaran, saya cuma mintak pihak klorga laki and bakal suami tolong jaga anak pompuan saya baik-baik. Tu je saya mintak'.

Tapi Mak Aji bagi statement kat salah worang okkkk.
Dapat kat En Wan lak tu.

Ohhhhhh, dan-dan dia letak harga sendiri.
Lagi 2 minggu nak kawen aku tanya En Wan :

Aku : Eh, berapa hantaran abang bagi Di ha?

En Wan : Abang bagi sempena tarik kita bersanding, RM5,520.01. (siap ada sen kauuuu).

Aku : Oh ye ke?

En Wan : Takpe ke? Mama kesah tak?

Aku : Kan mama tak mintak pun.

En Wan : Ke Di nak abang bagi ikut tarikh kita nikah - 4/5/2001?


Ewahhhhhhhhhhhhhhh.
Cantek mukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Kalau bab nak mengurangkan bajet tu memang kasik je la kat dia ni okkkk.

Yang lagi aku tak tahan, bila malam bersanding tu aku bagi album yang ada duit hantaran tu Kat Mak Aji, tapi Mak Aji pulangkan balik. Dia kata ambik je la buat belanja nak mula hidup baru.

Dengan pantasnya En Wan bagi cadangan 'Apa kata, kita gunakan duit ni bawak keluar kereta Prelude abang kat kastam?'

Memang beruntung okkkkkkkkkkkkk dia ni kawen ngan aku.
Dah la free, siap dia pulak yang mengaturkan duit hantaran tu nak kuarkan keta dia.
Hampagas!!

Tapi takpelah.
Janji aku kawen.
(desperate gila bunyiknya)



Ok, citer konsert Redza..

Tahun ni Redza menari tarian Tamil. Baju dia ok. Cantek. Kulit pun dah sepadan dah...tang selendang tu yang aku tak tahan. Aku siap ajar lagi anak aku buat cam Rajni - zas zas zasssssssssss!!! Tinggal spek itam je yang takde.


Mak buyung yang tombam siap tapau roti sampai 7 jenis dari Baker's Cottage.



Gabungan concert 2 cawangan



Ni baru graduation tadika. Agaknya REAL School swasta tu punya graduation bapak grand macamana lagi dewan dia letak.


Another shot of Mak Buyung. 2 jam aku terlepak dalam ni semata-mata nak cop front seat.



Siapa yang paling pendek??


See anak aku...sikit punya hentak okeh.






Semua mother kena iring anak-anak yang graduate.





Cantik kan budak pompuan sebelah anak aku ni? Kejelitaannya menyerlahkan lagi betapa belengasnya anak aku.


Siapa lagi kembang?

2010-10-01

Kawen


Ada satu masaelah. (Baca style ahlil nujum dalam cerita Nujum Pak Belalang).

Situasi adelah di mana satu couple ni nak kawen. Yang lakinya baru start keje. Yang pompuan tak bekeja. Kira lepas SPM dok umah tolong mak jaga adik.
Maka dorang ni dijadikan cerita bercouple. Sekali, klorga pompuan kata kau asik bawak anak dara aku kehulu hilir, aku nak kau kawen ngan anak aku ASAP, kalau takkkk, jangan harap kau nak bawak anak aku kuar dating.
So laki ni pi pinang.
Klorga pompuan mintak RM15K sebagai hantaran.
Mak lelaki gila terperanjat la kan apekejadah kau mintak sampai 15K. Anak dara kau blaja pun sangkut. Hantaran mengalahkan orang yang ada masters.

Mak lelaki mintak kurang atas alasan anak laki dia baru start keje, kalau nak 15K boleh, tapiiiii kawen lagi 5 tahun, not now.
Soalan aku :
Adekah harga hantaran skang ikut berapa banyak sijil kau ada?

Mak pompuan pun hanginnnn. Dia kata tak boleh tawar-tawar. Tinggi ke rendah ke blaja itu satu cerita lain. Yang penting dia dah jaga anak dara dia elok-elok, bagi makan sedap-sedap dari kecik sampai besar maka dia nak biar calon suami boleh jaga sebaik dia jaga. Kalau 15K pun takde, wadehellllll nak anak aku!

Mak laki pun bidas. Dia kata jangan la mata duitan sangat. Duit bukan segala-galanya. Kalau nak jugak 15K ni boleh, tapi laki ni terpaksa berhutang. Sanggup ke anak dara dia telan air liur tak boleh beli itu ini sebab suami nak perabiskan hutang dulu?

Mak pompuan balas, memangla duit bukan segalanya, tapiiii segala-galanya perlukan duit sekarang cik kiah oiiiiiiii!

Ok, skarang aku dah pening pikir.
Seb baik aku dah kawen.

Yang laki pun satu halllll, dah tau kote gatal nak bercinta, apesal tak kumpul duit nak kawen? 
Tapi 15K tu agak berat sket la kan nak-nak lagi kalau baru 6 bulan start keje..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone