2010-10-22

Ada sesape dokter kat sini?



Aku nak mintak pandangan pada sesape yang tau pasal masalah aku ni.

Cenggini....

Aku tanya dokter uric acid yang increasing tu datangkan masalah pada baby tak?
Dia jawab YES.

So aku tanya sekarang ni uric acid reading aku dah 374.
Dokter kata aku tak sepatutnya melebihi 350.

So, now aku dah melebihi.
Tadi dia kata kalau uric acid meningkat akan mudaratkan baby.
So apesal dia taknak do sumthing?

Balik-balik jawapan dia 'Nak monitor you'.
Aku tak tau apabenda yang dia nak monitor.
Dah jelas dah uric acid tu akan menyebabkan baby dalam keadaan bahaya, tapi lagiiiiiiiiii kau nak simpan dalam perut aku.

Well, memang la, selagi boleh, baby tu nak dikekalkan dalam perut ibu.
Tapi, kalau dalam perut ibu pun tak selamat, apa motif kau nak simpan? Baik kau letakkan je dalam ventilator.

Bila aku tanya apa yang perlu I buat untuk reducekan uric acid and albumin dalam urine?
Dia jawab nuthing. Sebab semuanya disebabkan uri.
Uri keluarkan some sort of racun yang menyebakan aku dapat HPT.
Disebabkan HPT tu la maka urine aku ada albumin.

Ok, fine.
Takat situ aku paham.
Yang aku tak pahamnya, kau dah tau uri adelah penyebabnya, maka lojik akal adelahhhhhh.....kalau uri tu dikeluarkan, semua masalah ni akan hilang kan?
Soooooooooooooo, keluarkan lah baby niiiiiiiii.

Hari tu kata nak tunggu baby at least 1.2kg.
Now baby dah cecah 1.2kg, dia kata selagi mak boleh bertahan, dia nak simpan baby dalam perut. Tunggu sampai 1.5kg pulak.
Ok..ok...ok.

Mak memang setakat ni boleh bertahan.
Tapi kalau keadaan mak dah boleh memudaratkan baby, kau nak tunggu sampai baby lemas baru nak keluarkan????

Sometimes aku tak paham apa masalah dorang ni.
Sepatutnya kalau pesakit tanya soklan tu, bagitau biar jelas la.
Nak pulak dapat pesakit yang bengap macam aku ni kan.
Aku memang payah sikit la nak terima jawapan like 'Kita nak monitor'.

Nak monitor apa???

Sampai bila nak monitor??

What's your plan now?

Semua takde jawapan yang memuaskan hati aku.

Paling hebat pun jawapan dia 'Kita kena tanya pakar'.

Well, kalau hanya pakar yang boleh decision, sila bawak pakar tu tengok aku.
Kalau kau takleh buat decision, tolong jangan menyemak kat katil aku tetiap pagi.

Hangin gila dah aku ni.
Esok genap 2 minggu aku melepak kat sini but all they did hanya monitor kencing aku hari-hari when they know kencing aku tu takkan clear sebab aku ada HPT.
And in my case HPT tu hanya datang masa pregnant.
Once baby dah keluar HPT hilang.
So..???????????????????????

Aku takut apa-apa jadik kat baby aku..