2010-10-14

Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on Fw: [walk on wings,tread in air] New comment on W....




Baru saya tau yang tidak mudah menjadi seseorang yang dikenali kerana apa yang kita buat tak semuanya disukai. Diana pernah menunjukkan komen-komen sebegini kepada saya sebelum ini tapi saya hanya menasihatinya 'kalau awak rasa ia tak mengganggu hidup awak, teruskan'.

Tapi bila saya sendiri yang membaca komen-komen ini sebelum Diana membacanya, saya dapat rasakan betapa isteri saya sememangnya cekal dan tak mengambil pusing apa yang orang (yang tak mengenalinya) anggap terhadapnya selain dari keluarga dan kawan-kawan rapatnya sendiri.

Kepada Anonymous ini, teruskanlah nasihat-nasihat anda. Kami ucapkan terima kasih atas keperihatinan anda agar kami juga menjadi ahli syurga seperti anda di akhirat nanti.

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk - kesakitan, kefakiran, kesusahan hati dan juga kehilangan orang/benda yang kita sayang.

Namun, ada antara kita kurang menyedari bahawa ujian terbesar dari Allah adelah ketidaktenteraman hati.

Jika Anonymous ini begitu yakin dengan situasi Diana sekarang adelah bala dari Tuhan, saya juga amat yakin hati anda yang tidak tenteram, tak pernah puas dan penuh prasangka terhadap orang yang anda kenali hanya melalui pembacaan juga adelah satu bala dari Tuhan.

Semoga anda juga dapat menerima nasihat dan pandangan saya dengan berkata 'Insyallah aku akan cuba buat untuk masa hadapan'.


-Ridzuan-



Update :

Dokter akan decide langkah seterusnya Isnin ini memandangkan Diana tak menunjukkan perubahan yang baik dari segi urine reading dan blood pressure. Tapi kaki dan muka sudah tidak bengkak. Baby bergerak seperti biasa. Terima kasih atas doa semua.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


From: Anonymous <noreply-comment@blogger.com>
Date: Wed, 13 Oct 2010 20:10:46 -0700 (PDT)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on W....

Anonymous has left a new comment on your post "Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on W...":

Jangan marah bila orang bagi nasihat.Orang tu nasihat benda yang baik.....kenapa nak marah??? Para penyokong pulak, kenapa nak sokong membuta tuli??? ......bila orang beri nasihat untuk kebaikan, katakanlah.....insyaallah aku akan cuba buat pada masa hadapan....sekarang aku belum mampu lagi.... Itu lebih baik.

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 11:10 AM