walk on wings, tread in air: Mengapa ye?? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Mengapa ye??
2010-10-19
Ni namanya gatalllll.
Dah ada laptop tapi nak update guna BB. Ni bukan apa ni..saje belagak nak orang tau dia ada Blackberry, orang lain ada Stroberi jeeeeeeee.

Aku dah nak tido ni, tapi nak jugak merepek kat sini.

Tadi kan, aku terpikir sesuatu.
Apsal aku leh tahan dok spital sampai 10 hari?? Dulu time skolah asrama, nak tunggu setengah hari pun hazab. Nak sampaikan ke hari yang ke-10 tu kuar masuk bilik warden jawabnya. Macam-macam pe'el aku buat supaya aku ditendang keluar. Yang tak lojik tak lojik aku buat like kuar outing tiru sign warden, lepak sick bay dengan cipta sendiri surat akuan dari cikgu disiplin (kau ada???), mengupah kawan aku call Mak Aji bagitau yang aku histeria (macamana la orang tua tu tak darah tinggi ngan aku) serta tak buat final exam (tapi aku attend exammmm, cuma paper tu aku biar kosong je).

Tapi kat spital ni nak pulak aku terlepak sampai 10 hari eh?
Ni cara-cara semua dokter pompuan, kalau ada dokter laki, aku sendiri yang cadangkan supaya aku ditahan lagi doploh tiga hari.

Nak kata hospital ni ada laki pembangkit selera, memang takde la. Nama pun wad bersalin, jaga pun pompuan ok?

Same goes to skolah aku dulu, semua pompuan, takde laki pun. Tapi aku menggelenyar nak balik rumah. Tetiap hari aku call makpak aku suruh kuarkan aku dari kem tahanan kanak-kanak ni. Sampai ugut bunuh diri la apa la...drama gila. Tu yang asal Mak Aji datang visit je, aku dapat pelempang dia.

Nak kata hospital ni ada TV, memang haram.

At least time skolah dulu walaupun takleh tengok tv (tv ada, cuma kakak senior conquer. Dah nak SPM pun sibuk nak tengok tv), boleh la jugak nak outing seminggu sekali. Kat sini jangan harap nak outing, nak keluar dari wad pun tak boleh.

But, alhamdulillah.
Aku masih boleh bertahan.
Pelik.

Maybe sebab dulu aku masuk asrama yang semuanya budak bijak-bijak, aku je yang bengap, so sangat stress. Semua budak kat situ bangsa pegi dining hall pun bawak buku. Aku?? Bawak majalah Gila-Gila.

Kat hospital ni walaupun takde pertandingan sape paling bijak, tapi aku paling seniorrrrrrr!! Jadi mungkin kekuatan aku kat situ.
(Nak jugak menang)

Aku harap senioriti aku ni tak lama la. Tadi dokter kata dia nak tahan aku sampai bersalin. Tapi maybe bersalin awal, aku tak tau la bila. Aku tadah je la perut aku ni...

Eh tapi kan, tadi masa dorang check jantung baby, ada la sorang dokter laki melayu lak tu join sekali. Adoiiiiii, sangat tak selesa la okkk. Dah la dia sama naik tengok perut aku yang sama besar ngan beras Faiza Herba Poni ni, pastu dokter yang meraba perut aku ni pi turunkan kain aku betul-betul atas sikittttt je dari Big Apple aku (wahhhh, ada perubahan. Dah tak mencarut sangat). Masa ni aku rasa macam nak pakai spek itam je. Tetiba aku segan gila.

Apesal aku tetiba nak segan eh?
Adekah ini simptom-simptom biasa bagi wanita yang lama berjauhan dari suami?

Ataukah dalam diam aku syok kat dokter tu?


PANGGGGGGGGG sedas!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

posted by aveo757 @ 10:58 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER