walk on wings, tread in air: Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on Warded. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Fw: [walk on wings, tread in air] New comment on Warded.
2010-10-11





Terima kasih atas komen dari Anonymous ini.

Satu saja pesan saya, walaupun besar mana dosa isteri saya terhadap saya, saya telah ampunkan. Bagaimana pula dengan dosa anda terhadap dia? Fikir-fikirkan lah, Diana melalui tahap kritikal, dia sudahpun memohon maaf kepada semua secara terang-terangan. Terpulang pada semua untuk menilai dan memaafkannya. Tetapi kepada Anonymous ini, sekiranya Diana tidak panjang usia, sanggupkah kamu merangkak mencarinya di akhirat kelak?

Sakit adalah satu ujian, bukan musibah semata-mata. Kita sendiri tidak tau ujian ini dimana rahmat dan hikmahnya. Yang pasti ujian itu adelah salah satu cabang penghapus dosa.

Sekiranya ini caranya untuk Tuhan menghapus dosanya, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tau Tuhan sayangkan isteri saya dan tidak mahu dia dibebani dengan seksaan yang lebih lama di alam barzakh kelak.

Cuma saya terkilan betapa yakinnya Anonymous ini bahawa beliau adalah antara yang dirahmati Allah kerana tidak ditimpakan musibah?

Bertaubatlah.


-Ridzuan-






Pesanan :

Saya terpaksa membalas komen ini kerana merasakan isteri saya tidak perlu membaca komen dangkal seperti ini dan saya sebagai suami lebih mengenalinya.

Kepada kawan-kawan UNIMAS, terima kasih atas sms yang diberi. Saya sengaja tidak memberi keizinan untuk Diana membalas sms tersebut kerana dia perlukan rehat dan ketenangan buat masa sekarang.

Diana masih lagi menunggu keputusan specialist kerana dia tidak menunjukkan sebarang simptom tidak sihat pada fizikal tetapi tekanan darah semakin tinggi dan keadaan urine yang tidak memuaskan. Dokter sedang cuba melambatkan proses kelahiran demi memanjangkan usia bayi dalam kandungan ibu kerana dikhuatiri ventilator tidak memberi support sebaik badan ibu. Tetapi, sekiranya urine masih keadaan teruk dan hypertension berlanjutan, Doktor tiada pilihan lain selain melakukan pembedahan untuk menyelamatkan ibu kerana khuatir ada kerosakan pada ginjal ibu.

Walaupun kami berharap miracle berlaku tetapi kami sudah sama-sama berjanji untuk menerima apa saja qada-qadar Allah. Saya dengan jujurnya akui saya tidak kuat menerima keputusan yang tidak berpihak pada kami, namun Diana yang saya kenal memang seorang wanita yang cekal walaupun dalam setiap solatnya saya melihat dia menitiskan airmata.

Doa-doa dari semua kami hargai.

Wassalam.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


From: Anonymous <noreply-comment@blogger.com>
Date: Mon, 11 Oct 2010 03:00:22 -0700 (PDT)
To: <aveo757@yahoo.com>
Subject: [walk on wings, tread in air] New comment on Warded.

Anonymous has left a new comment on your post "Warded":

sudah sampai masa untuk cermin diri & muhasabah diri. kena fikir2kan, berbagai2 cubaan datang menimpa, uri dibawah & keadaan sekarang mungkin kerana dosa2 yang dilakukan. cuba2lah ubah diri & jalani cara hidup sebagai seorang wanita islam yang telah bersuami, tinggalkan gaya hidup tanpa batasan seperti sebelum ini. memadaikah memohon maaf pada suami dipagi 1 syawal, walhal selepas tu balik ke tingkah laku asal. jangan sampai rezeki yang murahkan & nikmat keluarga bahagia ditarik jua nanti

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to walk on wings, tread in air at 6:00 PM
posted by aveo757 @ 6:36 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER