walk on wings, tread in air: Day 7 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Day 7
2010-10-16


Inilah sebenarnya ubat penghilang stress - LAPTOP. Sorok-sorok je aku mintak En Wan seludup menatang ni. Padahal takde wifi access pun, tapi aku nak buat quotation je. Lepas tu aku transferkan segalanya dalam BB then email from BB. Dari aku tak buat apa, baik aku buat keje opis kan? Orang kiri kanan aku ni semua sibuk menetek anak, aku nak menetekkan sape agak-agak? Kalau dapat duduk single room boleh gak la aku menetekkan laki aku tu, ni kena share ward, baik la aku alihkan perhatian kat laptop.
Dan seperti yang aku jangka, hilang stress aku!! Selama ni aku dok baca email-email customer dengan rasa serba-salah je sebab sorang pun tak tau aku dah tersadai kat sini. Tak kosser aku nak bagitau dorang aku dah admitted. Dah la duduk sini balik-balik aku membuta, dah naik lemau bontot aku parking atas katil ni. At least dapat buat keje opis sikit-sikit tenang sket jiwa aku.




Tadi aku teringin gilaaaaaa nak makan KFC, so aku call En Wan suruh beli. Dia boleh kata 'NO!!'.
Ohhhhhhh betapa beraninya dia menolak arahan aku skarang ye?? Ni bukan apa ni, ni mesti Mak Aji ada kat sebelah dia ni hasut jangan beli KFC untuk aku.
So aku cakap 'Fine!!! Tak beli KFC, jangan datang melawat Di!'.
Padahal cuak gak kalau dia tak melawat. Laki aku ni sumtimes lurus sikit. Aku cakap takyah kang betul-betul dia buat gila dia tak datang lansung, aku jugakkkkk yang terdampar kegersangan kat sini.
Aku kuar bilik air tengok-tengok ehhhhh, sekotak KFC sudah ada atas meja sambil dia angkat-angkat kening kat aku. Habis suspen la tu konon????
Rindu gila dapat tengok budak masam. Seminggu tak dapat tengok dia, memang aku gomol habis-habisan. Masa ni kalau bapak dia bogel pun aku konfem tak pandang. Jeling je la mungkin. Wakakaka.
Dan seperti dijangka, dia buat katil tu macam katil dia. Makan pun atas katil, siap pastu baring sambil layan Otromen kat YouTube. Dia ingat mak dia duduk sini bersantai agaknya. Bila aku tanya 'Ija datang tengok Mama ke?'.
'Ha'ah, Ija suka datang makan-makan kat sini'.
Adekah menjawab soklan??


Muka yang tembam itu janganlah ditenung lama-lama ye, kelak meracun diri...




Macamana anak tak ikut perangai kan??? Sebab bapak dia pun sama naik buat katil spital macam katil sendiri dengan alasan 'Abang tak biasa baca sokabar sambil duduk, mesti kena baring'.
Cakap je la kau memang pantang tengok katilllllll.
Dah lama tak tengok En Wan baring macam ni. Selalunya kalau dia landing baca sokabar, mesti aku duduk atas peha dia sambil kelebet berita kat page depan. Nak gak buat camtu tadi, kang tetiba ada orang terselak langsir nampak position aku duduk atas En Wan cam tu kangggggg, satu ward stim. So kita hold dulu.

Esok ada satu hari lagi untuk aku tengok Redza and bersantai-santai bersama En Wan, pastu Isnin aku tak pasti apa akan jadik kat aku. Samada aku dibenarkan balik, atau aku kena disembelih dulu baru boleh balik.
Harap-harap aku and baby masing-masing dapat bertahan sampai Isnin. Sekarang ni baby masih bergerak dengan banyak, alhamdulillah. Cuma dokter kata keadaan dalaman badan aku mungkin boleh buatkan segalanya huru-hara balik.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
posted by aveo757 @ 9:29 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER