2010-10-15

Takde keje la pulak aku ni

Ni namanya dah tak jadi keje la pulak sampai kejap-kejap aku main game, kejap-kejap aku layan YouTube, tapi sms tidak dilayan ye :).

En Wan telah membenarkan aku blogging sebab aku perlu bercakap dan menghilangkan stress. So dia bagi kelonggaran untuk aku berblogging asalkan aku tak stress. Cehhhh!!! Blogging mana ada stress okkk. Inilah medium terbaik untuk menghilangkan tekanan. Selain dari kita boleh merepek, kita juga boleh bertukar-tukar pandangan malah kita juga boleh menyorokkan identiti kita dengan memaki hamun dan mengeji tanpa orang tau siapa kita (eh, apesal ayat aku dah jadi macam En Wan?).

Hari ni aku dah buat 2 lagi kawan baru. Hari-hari aku ada kawan okkk, dan hari-hari kawan-kawan aku tu balik, aku jugak yang tinggal tak balik-balik. Semua kat wad ni masuk 2 hari, lusa balik bawak anak. Aku je masuk dari Ahad lepas, Ahad ni belum tentu balik lagi. Tapi takpeeeeeeee. Dia suruh aku rehat, maka kita rehat. Kang esok dah sihat boleh la kita berkuntau balik.

Semalam aku sempat YM tapi secara invi. Budak tu tanya aku tak stress ke Anony maki-maki aku.

Adik-adikku sekalian....meh sini akak nak bagi petua.

Dulu masa adik-adik sekalian kecik-kecik, penah tak mak-mak korang nasihatkan 'Jangan ikut orang yang tak kenal naik keta!'. Or 'Jangan dengar cakap orang yang kita tak kenal!'.

Pernah??

Haaaaa, aku pegang kat situ je. Settle masalah.
Siapa pun boleh bercakap, tapi sukati la aku nak dengar ke tak kan? Fair tak agak-agak?

FAIRRRRRRRRRRRR. (Sendiri jawab).

Ala, rilek la.
Aku ni dah 33, at this age ko boleh bajet orang tu nasihatkan kau ke, or dia tarbiyahkan kau ke, or dia bajet alim ke, or dia ada personal interest ke, or dia sebenarnya nak puaskan hati sendiri je sebab dia tau selagi dia diam, dia sakit hati. So, kita bagi je la dia puaskan hati sendiri. Kira macam bagi chance dia syok sendiri la macam dia dah menang dapat maki kita tapi kita rilek je tak terjejas pun.

Aku ada terbaca satu komen dari sape ntah yang kata kenapa Anony tak berani nak letak nama sebenar siap email/IC/ no HP.

Of cos laaaaaaaaa.
Sebab dia pun tak berapa yakin dengan apa yang dia tulis. Kang takut terpalit kat diri sendiri pulak, malu hokeyyyy. So haruslah kita sorok identiti. Kalau kena batang idung sok takde orang tau apa....standard la.

Alah, dah. Dah. Jangan gaduh-gaduh. Benda ni small matter je. Takat orang mengata, apa sangat pun. Dia penat dia diam. Tak penat kalu, sila bercakap lagi. Tak turun pun gaji kau kalau dia mengata. Dia puji pun gaji kau tak naik. So....? *smile*

Ok lah, dokter aku dah datang.
Aku nak pi tanya berapa bulan lagi dia nak aku jadi maskot kat ward ni.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone