2010-10-06

Berjimat itu lebih baik - statement orang takde duit.


Last Saturday nak pi carik kasut Redza for graduation. Kena pakai kasut putih. Terus kitorang pi beli siap-siap kasut skolah untuk masuk Darjah Satu tahun depan, siap ngan kapur kasut sekali. Ntah sape yang nak mengapur pun aku tak tau la. Sorry la aku nak buat keje-keje ni. Zaman aku kapur kasut dah berlalu. Dulu time skolah aku la manusia paling liattttttt nak kapur kasut. Sebab tu aku berusaha untuk dipilih menjadi pemawas, sebab pemawas pakai kasut hitam.

Kasut hitam adelah best sebab aku tak payah risau nak basuh kasut. Sebab tak nampak kotor. Tak basuh dua bulan pun takpe. Tetiba naik bau je....
Tapi tu la, kau kena rajin spray kan perfume kat dalam kasut tu. Aku tak main la guna spray kasut untuk hilangkan bau okkk. Aku kan orang ada-ada. Jadi, aku guna perfume. Bukan calang-calang perfume okkk. Tu ha jenama POISON Christian Dior tu aku belasah spray kat kasut. Mak Aji punya. Tapi disebabkan perfume POISON tu bau memang kuat, so Mak Aji boleh detect aku sebat perfume dia bubuh kat kasut. Malam Ahad tu dia bagi aku dia punya version of POISON - 3 das!! Esok Isnin pi skolah berbirat lengan aku.
.........Dan bermula sejak hari itulah aku berjinak-jinak pakai baju kurung pi skolah. Dah taknak pakai pinnafore dah, sebab satu skolah dapat tengok pangkat Sarjan aku dapat.

Selain dari tu, kau tak payah risau ada orang pijak kasut skolah.
Baru hari Selasa, dah ada orang terpijak kasut kau. Hangin tak??? Dah la nak membasuh satu hal. Nak tunggu kering lagi. Mak mengapur lagi. Tu belum kalau weekend lepas hujan. Aku kena letak kasut aku bawak esbok nak keringkan. Tau-tau esok pi skolah, ada budak pijak kasut aku. Kau ada rasa nak siku muka budak tu tak?

Jadi, beruasahalah menjadi pemawas.
Boleh pakai kasut hitam.


Perut dah besar, jadi duduk pun dah terkangkang tersiat. Ni pun dah kira habis rapat aku susun peha aku, kalau kat rumah lagi lebar aku mengangkang. Sebab tu la wanita mengandung dinasihatkan supaya tak pakai skirt, kang ilangkan nak nampak vogue, masyarakat sekeliling boleh nampak bulatttttt je kat celah tu.



Walaupun tumit dah merekah, aku tetap tak sadar diri. Nak pakai sandal yang bertumit tinggi jugak. Pastu malam-malam menyusahkan laki kena urut.
Kali ni aku macam takde mood nak bershopping barang baby. Kalau time Redza dulu sampai kena sound dek Mak Aji. Awal-awal aku dah readykan barang.
Kali ni tak. Aku cam rasa jap lagi aku masuk OT, kau kuar la kejap pi beli baju baby, tak boleh ke?

Lagi satu kan, dulu masa time Redza aku poyo gila. Semua benda nak beli yang branded je. Baju basahan pun nak yang stylo-milo.
Stroller selamba je aku ambik yang harga RM1K++. Tapi pakainya tak.
Maklom le, tunggu anak sampai 3 tahun baru keluar. Bila dah keluar, masing-masing gelupur asik nak dokong and meriba anak, mana ada masa nak letak dalam stroller kan. So stroller tu ada la kot dalam sembilan kali aku guna, last-last parking dalam stor.

Same goes to baby car seat and baycot, bukannya guna. Penyudahnya, baby car seat tu jadi tempat letak teddy bear Redza.

Pakkal la baju-baju Redza semua aku dah bagi kat orang, kalau ada lagi lam simpanan, memang aku recycle balik. Konfem.



Last-last ni je aku beli.

Ada Baby Fair kat IOI Mall Sabtu lepas. So En Wan paksa beli barang jugak.
Kira mencipta sejarah tersendiri jugak la. Selalunya shopping mesti sorong troli, kali ni aku pakai bakul je. Punyala takde selera nak shopping. Tu pun tak penuh. Aku main sambar je apa dapat. Eiiii, series punya takde mood. Risau pulak aku ni apehal ntah.
Mungkin sebab takde duit kot. Haha.
Kali ni aku pilih baju kat bakul longgok-longgok tu je, sebab kat situ tak ramai orang. Apesal ntah. Padahal ok je baju-baju kat situ aku tengok. Aku kiraikan lebih kurang, agak-agak baju tu takde tetas, takde koyak, terus masukkan dalam bakul. Settle!
Kalau dulu gila cerewet okkk. Nak beli baju pun boleh jadi bergaduh ngan En Wan. Dia nak yang ini, aku nak yang tu. Siap berpecah pastu bila jumpa balik, susunkan baju sebelah-menyebelah tengok saper punya taste lagi ok. Cam lahanat je bila ingat-ingatkan balik.
Kali ni takde deeee. Aku ikut je mana En Wan pegi, dia kata 'Ni ok?'.
'Okkkkkk'.
Settle.


Ni bapaknya yang excited sampai je rumah terus lipat and susun baju baby. Walaupun cara dia melipat baju tu adelah serupa macam spender yang baru lepas diguna - bergulungggg je, tapi aku diamkan je. Sukati kau la bang, janji kau ada effort nak tolong.


Mengapakah En Wan tidak pernah serik untuk bergamba sebelah adik aku????