walk on wings, tread in air: Warded <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Warded
2010-10-10


Tak sangka betul aku kena masuk wad hari ni. Padahal semalam aku ada lagi kat Penang siap pi attend wedding lagi kat Alor Star.
Tapi pagi semalam aku dah noticed yang baby tak gerak sangat. Bila tanya En Wan, biasa la kannnnn. Laki aku kan buat job sampingan jadi dokter, so dia replied 'Ala, baby tido tu'. Pastu dia sambung tido balik. Settle.
Kebetulan semalam memang hari routine checkup, so balik je dari Kedah, straight jumpa gynae, lagipun aku demam kat Penang, ingat nak ambik ubat ngan gynae. Bila dia check, BP high. 4 kali check still high jugak and kencing kotor sikit.
Tapi dia scan baby ok, heartbeat baby ok, siap la aku buat 3D scan tengok muka baby segala. Everything seems fine. Dokter kata ini rare sangat sebab out of nowhere aku nyer blood naik padahal baby ok, kaki aku tak bengkak, tak sakit ulu ati and tak pening muntah. So Dr suruh aku balik but kena datang balik utk ambik blood pressure this morning.
Tadi ambik pressure still consider high tapi better dari semalam. Kencing still ada albumin. Memula dokter dah nak bagi aku balik sebab dia tengok aku ok je until aku bgtau yang perut aku mengeras dari malam tadi. Memang tak nyenyak tido, tido bersandar sebab keras gila perut.
Bila dia scan baru nampak absent distolic. Terus dia refer dengan the other 3 pakar. Konfem absent diastolic, dia terus refer ke hospital kerajaan sebab dia jamin 99% aku akan dioperate dalam masa 48 jam. Bila aku tanya apesal kena masuk hospital kerajaan? Dia cakap sebab tempat dia takde ventilator so nnt nak letak baby kat mana kan. Kalau nak refer kat SJMC bukan tak boleh, tapi dia yakin hospital kerajaan yang dia suggest ni caring and lengkap. So, ok la.
Tadi kat wad kecemasan, memang menambahkan cemas aku. Dah la wad dia open area. Macam-macam bunyik aku leh dengar, dengan bunyik orang menjerit sakit, bunyik machine yang macam motobot, ini maciammmm blood pressure aku bukan makin turun dowhhhhh.
Lama gak la tunggu. Last-last specialist memang konfemkan yang aku kena masuk wad. Tapi seblom tu dia bagi aku satu injek kat bontot untuk matangkan paru-paru baby sebab aku baru 7 mths. At least kalau baby kuar esok biarla strong sikit walaupun berat baby skarang baru 1.1kg. Redza yang kuar berat 3.1kg tu pun aku terkial-kial nak pegang, inikan 1.1kg.
Ya Allah!
Tuhan je yang tau how sakitnya injektion tu. Memang nurse tu dah sound 'Sakit ni ye, Puan'. Aku ni main 'Ok' je. Sekaliiiiiiiiiiii...terangkat bontot aku okkk. Airmata terus keluar. Aku ingatkan injektion masa nak kuarkan Redza tu dah habis sakit rupanya yang ni memang sakit. Aku ambik masa 5 minit jugak nak alihkan kaki. Lepas injek tu badan aku jadi keras kejang tahan sakit, satu anggota badan tak mampu nak gerak. Airmata je keluar. Dah la sorang-sorang kat dalam.
Ni kang kul 12mlm kang dia nak bagi satu lagi injek. Menangis sorang lagi la jawabnya.
Cuma tu la, bila Dr kata prepare for the worst sebab dia kata baby boleh meninggal samada dalam perut tau lepas bersalin. Aku betul- betul tak boleh nak cakap apa. Blank. Memang meleleh je airmata bila Dr cakap macam tu.
Aku tak tau if aku cukup kuat nak terima apa je lepas ni.
Doakan baby aku selamat ye.
And aku tak sre if aku sempat update blog or FB lagi lepas ni. Dalam masa 24 hours lagi aku akan dioperate.
Aku nak mintak maaf kat semua kalau aku ada buat salah, menyinggung hati readers yang kenal aku thru this blog. And to those yang kenal aku in and out, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
posted by aveo757 @ 7:51 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER