2010-10-20

All in one.

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Ni je gamba yang ada dalam henfon aku.
Yang lain semua dalam kamera En Wan.
Konon henfon aku ambik tak cantik la, nak jugakkkk pakai kamera dia. Last-last begitu jugak gamba tu berkepap dalam kamera kau sebab aku dah tersadai kat sini sampai ......... (dokter, sila isikan tempat kosong).

Actually aku ada keje kat Penang Jumaat 9/10 lepas.
Memandangkan aku tak dibenarkan drive, En Wan willing ambik cuti untuk bawakkan aku ke Penang. Lagipun the next day wedding kawan dia kat Alor Star, so sekali harung la.

Stay kat Equatorial Hotel, supaya dekat dengan USM.

Pandangan lobi dari tingkat 5 (floor yang aku duduk).

Masa ni takde orang sangat. Kira kalau buat parti liar lam bilik atau beraksi liar, sumpah takde orang dengar.

Harga ok, sebab masa tu bukan peak season so, harga dari RM500+ jadi RM270 saje. Tapi without breakfast. Kalau nak breakfast situ, tambah lagi another RM52++ for adults. Memandangkan En Wan kata nak ronda-ronda Penang pagi tu, so takyah ambik breakfast.

Ingatkan dia nak bawak la aku pi makan mana-mana kan, walaupun aku muskil gak. Aku yang tetiap bulan naik Penang pun tak tau mana tempat makan yang best, pehal dia ni lak tetiba nak bawak aku ronda?

Last-last....makan kat Mamak Nasik Kandar.

Habis gempak la eh??????? Macam kat rumah kau takde mamak kan?

Kebetulan hari tu jugak la aku ni sibuk nak demam, batuk, selsema segala so pergerakan pun terbatas. Tapi sebab bawak Redza, and En Wan mana reti dok dalam bilik, dia mesti nak keluar punya. Tu yang petang tu aku sibuk tanya kat FB mana seafood best kat Penang sebab si tua ni sibuk nak makan seafood.

Orang demam tapi kuat makan.


Redza yang memang tak penah nak duduk sebelah aku, mesti ngan bapak dia jugak.


Last-last pi Teluk Tempoyak.
Tapiiiiiiiiiii, tak banyak choice pulak malam tu. Sotong takde, crab pun takde.
Yang ada cuma kerang, ikan siakap, and udang.
Jadi aku sapu semua.
Tambah ngan kailan and tomyam.
Dalam pada demam-demam tu, aku jugak yang prabiskan semua.

Kira aku ni spesial kes la.
Orang lain tunggu baik demam baru ada selera. Aku demam ke, tak demam ke, sama je imput dia. Konfem tiada pembaziran. Air kelapa sampai 2 bijik aku belasah sorang. Konon nak kasik panas demam keluar la.
Nan ado.

Di saat-saat berjauhan begini, dapat tengok badan laki aku separa bogel macam ni pun rasa besar rahmat dah!



Aku jakun okkk, padahal ada 4 lift lain. But 2 lift je yang berkaca. Punyala aku taknak naik lift lain, sanggup aku biarkan lift lain terkangkang. Aku nak jugakkkkkk tunggu lift ni walaupun aku dok betul-betul depan pintu lift tu je, tak berani dok tepi kaca. Konon terapi la...





Surat untuk dokter...

Dokter,

Kenapakah dokter menggeleng-gelengkan kepala bila baca HPT reading and urine test saya pagi tadi?

Saya dah minum air banyak dokter, cakap je la air apa.
Air masak, air panas, air bali suam, sampai air masak katil depan yang takde orang ni pun saya belasah ambik semata-mata nak bagi kencing saya clear dari albumin.
Punnnnnn tetap urin saya 3+ gak.
Abis nak buat camneeeeeeee.

Saya rasa kan Dokter sepatutnya bagi saya balik.
Bila saya balik, saya tak stress.
Bila takde hypertension maka urine saya konfem clear.
Tak caya, dokter bukak balik buku Biologi time matrik dulu.

Esok dah la nak kena ambik darah lagi.
Cuba dokter tanya junior dokter kat sini apekejadahnya ambik darah saya sambil menggoyang-goyangkan jarum yang sudah ada dalam tangan saya??
Menggigil ke apa?

Kau nampak ini LEBAMMMMM???


Hari tu dokter kata dokter nak bagi saya satu lagi injek Dexa kat bontot sebab injektion Ahad lepas terlalu awal.
Tengkorak dokter lahhhhhhhhhhhhhhhhh.

Dokter ingat Dexa tu injektion taraf-taraf BCG ke?
Kalau taraf BCG, dokter cucuk sekali 6 jarum pun takpe okkkk.
Ini gila babs punya sakit sampai terangkat bontot saya malam tu. Mak saya belasah saya ngan batang mop pun tak sakit macam ni.

Baiklah....
Saya ikut nasihat dokter.
Dokter nak simpan saya sampai berkepam kat spital ni pun takpe.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...tolong betulkan flush lam toilet tu.
Zaman jahiliah punya jamban pun tak hazab macam ni.
Flush sampai 4 kali pun belum tentu air keluar. Kalau keluar pun alahaiiii..laju lagi air kencing saya.





Inilah julung-julung kalinya aku check in kat spital siap bawak lotion tangan, lotion muka siap ngan perapi lurus rambut lagi. Ntah sape nak tengok aku ntah yang siap nak cantikkan rambut bagai.


Semalam En Wan hantar laptop siap dengan DVD sekali, punyala taknak bagi bini dia stress sebab bini dia kalau stress memang macam kena bipolar je gaya dia. Malam ni boleh lah aku start marathon. Agak-agak tak menghilangkan tensi, aku bukak porn kat YouTube. Eh.

Kalau kena tahan lagi minggu depan, aku surun En Wan bawak DVD player terossss.





Gamba belah kiri adelah gamba mangsa sebelum kejadian, iaitu 2 bulan lepas. Gamba belah kanan itu adelah gamba mangsa setelah dibelasah oleh majikannya..



Bibik aku lagi senonoh muka okkkkkkkkkkkkkkk.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!