2014-11-30

Sihir Pemisah



Aku taknak elaborate pasal rumahtangga dorang. Benda dah lepas and dah berbaik dah pun, alhamdulillah. Yang aku bengkek ni bila rupanya kes ni ada membabitkan kes sihir-menyihir. Nak ambik laki orang tu satu hal. Siap pakai sihir bagai, ni dah gila terdesak punya kes ni.
Ni la dia manusia. Blaja la tinggi mana pun, keje la gaji besar mana pun, cantik la macamana pun, kalau dah terdesak sangat, ujung-ujung pakai bomoh jugak. Betul la kemuliaan itu terletak pada keimanan dan takwanya. Bukan pada kecantikan, kebijaksaan dan kekayaan. Takleh terima dek akal lansung! Zaman Facebook. Zaman Instagram. Zaman Clash of Clan. Masih lagi ada yang pakai sihir?? Oh my...

Sihir pemisah.

Sedangkan kita tau iblis dengan syaitan memang sentiasa berusaha nak memisahkan suami isteri.
Jadi aku anggap orang yang hantar sihir pemisah ni takde beza dengan setan.
Cuma setan tak semestinya dia. Tapi dia konfem setan.

Sihir pemisah ni tak semestinya dihantar untuk pisahkan suami dan isteri.
Sihir ni nama je sihir pemisah, tapi dalam ertikata yang lain ni adelah sihir pembenci.
Jadi, boleh jugak dihantar untuk datangkan kebencian kepada rakan kongsi dalam perniagaan, pisahkan bapak dengan anak, pisahkan kawan baik, etc. Tteiba je tak tau ujung pangkal kau rasa menyampah dengan member kau. Tiba-tiba je. Bila dah datang benci secara tiba-tiba ni, perkara yang takde pun diada-adakan. Silapnya sikit je. Tapi dah jadi gaduh besar macam tak munasabah.
Tapi selalunya sihir pemisah ni nak bagi pisah suami isteri la

Aku tak sure ini adelah orang yang sama email pada aku, dimana dalam email tu dia cakap suami dia takde marah-marah dia pun, cuma suami dia macam taknak bercakap. Pandang pun taknak. Tapi kalau dia nak mintak salam, suami dia hulur tangan. Cuma relation tu macam beku semacam.
Aku penah sembang ngan mak mertua aku pasal sihir pemisah ni.
Mak aku cakap, sihir pemisah ni bukan semestinya nak bagi laki bini bertekak siang malam.
Ada yang just nak bagi relation tu beku. Kalau bergesel kulit dengan pasangan pun takde rasa apa. Senang kata, relation ni jadi kejung, takde feeling lansung.
Aku syak reader aku tu terkena sihir jenis ni. Bukan la nak bagi dia takut, tapi kalau dia baca entry ni, maybe boleh cuba-cuba tanya kat ustaz/ustazah. Check la mana tau kan kot memang ada.

Dan ada juga guna sihir tak bagi zuriat.
Ni pun salah satu sihir pemisah gak. Aku lupa macamana aku tau pasal sihir taknak bagi zuriat ni. Samada mak mertua aku cerita ataupun email dari reader. Tapi memang aku penah dengar salah satu sihir pemisah ni adelah dengan hantar sihir supaya pasangan tu tak berzuriat. Eh tapi jangan lah pulak sesiapa yang belum berzuriat syak ini perbuatan sihir. Mungkin ada masalah kesihatan juga. Mungkin juga belum masanya lagi. Allah Maha Mengetahui. Tapi kalau nak bertanya-tanya pada ustaz/ustazah, silakan.

Dulu aku penah cerita pasal Pak Aji tetiba muntah ada darah, kejap-kejap rebah sampai sehari suntuh tak boleh bangun jalan berpapah. Salah satu masa yang Pak Aji kena attack dengan 'penyakit' ni time aku buat open house tahun 2012. Masa tu tengah ramai orang datang. Ramai jugak la jadi saksi camana Pak Aji kena attack. Mula-mula ingatkan vertigo. Pegi jumpa dokter, dokter kata ok. Pastu aku suspek mata. Mana la tau kan power dia berkurang yang menyebabkan dia pening. Check mata pulak kat dokter mata, dokter kata ok. Check jantung check glukos, semua benda kitorang gi check sampai satu masa rasa macam tak lojik pulak nak buat segala tok nenek test ni tapi takpelah, check je dulu. But dokter tak dapat trace apa-apa yang abnormal. Sikit pun tak terlintas dalam kepala kitorang kemungkinan kena sihir. Bukan kata tak percaya, tapi agaknya memang keturunan kita tak diajar untuk percaya benda-benda khurafat macam ni, jadi sorang pun tak ter-register kat kepala pasal sihir.

Bila dah jumpa ustaz, dia kata memang ada benda. Tak salah aku Mak Aji cakap 18 ekor.
Jangan tanya aku la menatang apa. Aku taknak ambik tau. Mungkin jin.
Tapi dah namanya ustaz kan, dia tak bagitau siapa yang hantar. Dia cakap dah buang tu kira tutup je la kes. Pak Aji pun jenis yang malas nak korek-korek. Janji dah sihat. Biasa la kan, orang tua-tua. Mood nak marah pun dah berkurang. Tak macam kita. Agaknya kalau kena kat kebanyakkan kita ni, mau sampai ke lubang cacing kita carik sape musibat yang hantar.

Tapi yang bestnya, ustaz tu ada tanya Pak Aji "Anak Haji yang sulong tu sakit ya? Bawak sini saya ubatkan"

Uihhh.
Tanjat ai. Berderau darah tetiba bila Mak Aji bagitau ustaz tu tanyakan aku.
Aku cakap mana aku ada sakit. Tapi ada la kejap-kejap rebah, kejap-kejap pitam.
Aku suspek low blood je. Tapi cara ustaz tu cakap seolah-olah macam ada benda melekat jugak kat aku ni. Tapi ntah la, aku malas sikit sebenarnya nak ambik tau benda-benda macam ni. Sebab kalau aku dah start ambik tau, aku akan ambik taun sampai habis. Aku malas nak syak wasangka and serabutkan fikiran. Insyallah, takde apa-apa. Aku pun so far ok je alhamdulillah. Cuma kalau ustaz tu nak pulihkan aku mungkin boleh pulihkan 'sakit otak' aku ni. Biar datang keinsafan sikit.



EPHYRA PROMO
 

2014-11-29

Nama



Kasihan saya melihat luahan Cik Felicia dalam screenshoot ini.‎ Satu realiti yang sampai sekarang masih belum dimurnikan.

‎Sebabnya mudah, tak faham dan pengamalan pelik serta norma masyarakat dalam isu nama individu selepas memilih Islam kembali sebagai cara hidup.

Saya pernah sebut, kita ni kadang-kadang lebih lebai daripada tempatnya, terbalik kita ni‎, yang mudah disusahkan, yang susah dimudahkan.

Bila seseorang individu kembali memilih Islam sebagai agamanya, isu pertukaran nama lebih-lebih lagi memBin atau memBinti kepada Abdullah seolah-olah merupakan kemestian.

Perbuatan ini merencatkan keindahan agama Islam dan ‎"menggangu" kemurnian hati, hati tercalar dengan perbuatan ini terutamanya kepada ibu bapa individu tersebut. Anak yang dinamakan beliau, ada salaliah beliau ditukar terus dengan sesuatu yang lain.

Perbuatan ini seolah-olah membuang salasilah keluarga dan rasanya, Malaysia saja ada budaya seperti itu.

Ada beribu bangsa dan bahasa di dunia ni, dan Islam bukan untuk orang Melayu sahaja. Tahukah kita di Negara China bilangan orang Islam ialah 30 juta orang? Sama dengan jumlah penduduk di Malaysia!

‎Secara dasar, ada beberapa nama yang wajar ditukar jika seseorang itu memeluk Islam dikategorikan seperti berikut:

1) Nama ALLAH atau Maha Perkasa, Maha Pencipta, perlu ditukar. Kalau seseorang itu lahir dan diberi nama 'ALLAH', atau "MahaPerkasa', tukarlah kepada Abdullah atau Abdul Aziz (Abdul Aziz itu, Hamba kepada Maha Perkasa)
2) Nama asal orang itu adalah nama Tuhan atau dewa bagi agama asal seperti Murugan, Ramayana dsb.
3) Nama asal membawa maksud yang buruk dalam mana2 bahasa yang dia tahu seperti Bodoh, Sundal dsb.
4) Nama asal bermaksud kotor dan kejijikan dalam mana2 bahasa yang dia tahu seperti Najis, Longkang dsb.
45 Nama asal ‎merupakan nama kejahatan, seperti Firaun, Syaitan, Iblis dan sebagainya.

Adapun nama2 lain, sama ada membawa makna atau tidak, selagi tidak tergolong dalam kategori di atas, teruskanlah memakainya.

Seperti Mariah Carey, pakailah terus nama tu selepas Islam, tak perlu tukar kepada Mariam Karim Binti Abdullah.

Seperti Selena Gomez, toksah tukar kepada Nursalena Gemas binti Abdullah, pakai terus nama asal.

Seperti Lin Dan, toksah tukar kepada Roslin Hamdan bin Abdullah, pakai je Lin Dan.

Seperti Maria Sharapova, Anna Kournikova, Jacky Chan, ‎Tom Cruise, Elena De La Vega, Lee Chong Wei, Chen Long, Lee Lam Thye, Ong Ka Ting, Storm, Cyclops, Wolverine, Clark Kent, Peter Parker, Sylvester Stallone, Arnold Swarzenegger, Hulk Hogan, Undertaker, Ben Ten, Princess Alexa, Spongebob, Michael Owen, The Rock, Van Persie, Van Nestelrooy, Didier Drogba, semua jenis tu boleh pakai belaka.

Tak perlu tukar.

Dan bukan menjadi amalan sebenar meletakkan bin atau binti Abdullah kepada Saudara Baru. Ia amalan yang tidak murni.

Zaman Nabi dulu, semua Sahabat belum memeluk Islam, kenapa Nabi tak tukar semua nama sahabat berbin atau berbintikan Abdullah selepas masuk Islam?

Kan? Kita yang lebih-lebih.

Nabi cuma akan tukar jika ada kes "tidak sesuai" seperti yang disebutkan dalam sejarah.

Kepada Cik Felicia, maafkan saya, semoga Allah merahmati anda. Maafkan juga semua orang Melayu ni.

Sekian, wallahu'alam.

Wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana

2014-11-28

Ephyra : Promo : Runtuh 3.0 & SLE Disease yang nak ambik Ephyra



Sesiapa yang ada di Korea and nak carik duit extra selama 2 hari, boleh call nombor dalam email yang aku printscreen kat atas.



Ha, berdebar tak tengok promo ni?

*motif nak berdebar?*

Kali ni HQ nak bagi free Ephyra Skin Bar.
Ephyra Skin Bar ni adelah facial bar untuk korang cuci-cuci muka.
Ephyra HQ ada bagi trial Ephyra skin bar ni masa expo Jom Heboh yang dulu and from there dorang dah received overwhelming response dan banyak testimoni yang kata skin bar ni bagus. Those yang ada masalah kulit boleh cuba minum Ephyra at the same time apply skin bar ni kat muka. Takde yang complicated sangat pun skin bar ni. Just macam pakai facial soap. Kalau nak tanggalkan mekap pun boleh pakai.

Setiap pembelian sekotak Ephyra (30 sachet), akan dapat free Ephyra Skin Bar.
Harga sekotak RM197 (harga normal). Tapi skin bar ni limited. Ni konsep siapa cepat bayar, dia dapat. Kalau tak, korang just dapat Ephyra je diiringi senyuman mesra dari aku.

Yang dalam kotak bertulisan biru tu adelah promo dari aku pulak.
Macam biasa setiap hujung tahun aku akan buat Promo Runtuh. So ini kali RUNTUH 3.0.
Sehingga Isnin saja ya. Promo aku ni sehingga Isnin depan sahaja.

Promo DI-scount Card masih lagi berlansung sebab respond bagus. Ada yang dah start guna discount number. Jadi, aku akan kekalkan promo DI-scount Card ni. Nak tau apa itu promo DI-scount Card boleh KLIK SINI.

Korang boleh buat pilihan nak pakej yang mana, di bawah. Semua pun dapat skin bar. Next time takde dah ya. Next time kena beli RM30/seketul :



Name:
Email Address:
I would like to purchase Ephyra 1 box (30 sachets) + skin bar + woven bag + shaker + gift, RM197 (Peninsular)
Ephyra 1 box (30 sachets) + skin bar + woven bag + shaker + gift, RM207 (Sabah/Sarawak)
RUNTUH 3.0 : Ephyra 3 box (90 sachets) + skin bar + woven bag + shaker, RM500 (Peninsular)
RUNTUH 3.0 : Ephyra 3 box (90 sachets) + skin bar + woven bag + shaker, RM530 (Sabah/Sarawak)
DI-SCOUNT CARD : Ephyra 3 box (90 sachets) + skin bar + woven bag + shaker + gift, RM540 (Peninsular)
DI-SCOUNT CARD : Ephyra 3 box (90 sachets) + skin bar + woven bag + shaker + gift, RM570 (Sabah/Sarawak)
Quantity
My address
Contact Number
Remarks


Oh yes, last week aku dapat 2 email dari reader yang nak mencuba Ephyra tapi dorang ada SLE.
Those yang ada SLE aku tak recommend untuk ambik Ephyra ya, melainkan kalau dokter korang allow. Sebab SLE ni salah satu dari penyakit kolagen vaskular (autoimmune disease). Badan pesakit SLE susah nak bezakan mana satu healthy tissue mana satu bukan, yang menyebabkan badan akan mistakenly attack body's healty tissue. Sometimes, normal proteins pun dia attack. Maksudnya kat sini badan pesakit SLE akan hasilkan antibodi untuk attack antigen badan sendiri instead of antigen luar. Dia takleh nak identify mana satu yang perlu di-attack. Punca kenapa badan pesakit SLE boleh attack tissue-tissue ni aku pun tak tau. Bukan aku je, dokter pun pening.

Memandangkan autoimmune problems often attack collagen, jadi aku tak berapa berani nak bagi pesakit SLE ambik Ephyra. Sorry ya.


2014-11-27

Sentimental


Korang ada tak benda atau perkara yang korang akan bawa kemana-mana, tak boleh tinggal?
Dah try untuk tinggalkan tapi bila kau tinggalkan, kau macam tak jumpa diri kau. Bila kau kutip balik benda/perkara tu kau rasa macam 'Ok, this is me!'. Ataupun kalau kau buang benda/perkara tu, kau akan jadi 'homesick' ala-ala kerinduan yang tak tertanggung.

1. Surat cinta pertama.

Surat ni tak sama dengan surat-surat yang aku dapat dari En Wan.
Yang aku simpan ni surat cinta pertama yang aku dapat lepas first time berjumpa.
Surat ni aku simpan dalam purse semenjak aku dapat tahun 1998, sampai la skarang. Dia punya tahap tak boleh tinggal tu sampaikan tak boleh dibawak keluar dari purse. Aku pernah tukar purse, terlupa nak pindahkan surat tu dalam purse baru. Terus emo sepanjang hari, keluar berjalan pun takde mood macam bengong semacam padahal yang membagi surat tu ada je kat sebelah. But dia punya feeling lain. Seolah-olah macam surat tu la yang teman aku selama En Wan ada kat Jepun jadi aku tak sampai hati nak tinggalkan surat tu 'sorang-sorang' kat rumah. Gituuuu. En Wan kata aku sakai dengan surat pun nak rindu.

2. Perfume Elizabeth Arden Pretty.

Cuba check Pretty ni bila release.
Tak salah aku masa ni aku dah ada Redza. Tapi ni la satu-satunya botol perfume yang masih aku simpan. Sampaikan perfume dia pun aku tak abiskan. Ada lagi sikit. Dah basi agaknya perfume ni tapi still wangi lagi cuma aku tak pakai lagi. Aku sayang. Aku sayang perfume ni sebab ni lah perfume yang aku beli dalam keadaan takde duit. Asal lalu depan kaunter perfume je aku akan pegi Elizabeth Arden untuk bau Pretty. Padahal tau dah perfume tu wangi tapi nak gak bau-bau lagi. Nak beli takde duit. Balik-balik pusing kaunter je la keje aku. Bila duit dah cukup (padahal harga dia berapa je kan, tapi berzaman aku nak kumpul duit), dapat beli perfume sekali dengan free tote beg kaler pink. Ya Allah dia punya perasaan dapat beli Pretty macamkan kau dah dapat beli satu mall. Nak pakai pun sayang. Sembur pun macam sembur tak seberapa nak sembur je. Sebab tu la agaknya perfume lain aku boleh let go easily, sebab hati tu takde. Beli bukan dengan hati. Beli sebab sabit nak bershopping. Pretty masih ada lagi dalam laci aku. Sayang nak buang walaupun sebenarnya ni dah kategori sampah.

3. Kuali

Aku ada satu kuali kecik tapi bangsa kuali zaman dulu yang berat tu. Kuali ni gila berat ok. Kalau terhempas kena kat ibu jari kaki kau konfem kuku tertanggal. Kuali ni adelah kuali arwah atuk hadiahkan kat Mak Aji sempena Mak Aji kawen. Orang dulu-dulu kan kalau anak dah kawen dia akan bekalkan dengan barang-barang kelengkapan masak supaya anak dia keluar rumah (pindah ke rumah sendiri) tak keluar berlenggang. At least kelengkapan masak atau kelengkapan tido dibawak sekali. So this kuali kecik yang berat, ada dengan aku. Bila aku kawen, Mak Aji pass pulak kat aku. Of cos bukan buta-buta ni je Mak Aji bekalkan. Ada la set Arcopal and set bilik tido but kuali ni aku sayang. Selain disebabkan Mak Aji bagi, kuali ni jugak adelah dari arwah atuk. Anything to do with arwah atuk, aku sayang. Biar tak pakai pun, nama nak buang no way.

4. Lagu

Kereta aku boleh read mp3 takat 1G je. Lagu aku beribu kot. Jadi aku kena pecahkan kepada a few pendrive. Tapi dalam setiap pendrive akan ada 10-20 lagu yang sama sebab lagu-lagu ni sedap je kat telinga aku. Bila ada lagu-lagu ni baru listening list tu akan jadi best. Kebanyakkan lagu-lagu dalam list aku harus yang slow number, kalau fast number payah nak digest. Antara 10-20 lagu yang wajib ada dalam setiap pendrive tu ada kenangan tersendiri :



Lagu ni buatkan aku teringat kampung (Tampin), arwah atuk and arwah nenek. Memori lepak kampung memang the best. Pegi la sepuluh jenis Disneyland pun takkan sama dengan seronok lepak with arwah atuk and nenek. Nak pulak skarang dah takde apa nak carik kat kampung. Sejak arwah nenek duduk KL, rumah kat kampung tu kitorang buat sewa. Hari tu masa balik untuk ziarah Pak Unggal meninggal pun aku naik sebak tengok rumah kampung. Tak tau la sedih sebab Pak Unggal meninggal atau sedih sebab menengokkan rumah arwah nenek jadi macam tu. Tau je la kan bila bagi orang sewa, macam nak taknak je dia jaga. Tak paham aku jenis manusia macam ni. Padahal yang duduk tido baring kat situ pun kau jugak, bukan orang lain. Kau kemas la halaman tu hendaknya. Takkkkkk. Nama dia nak tebas rumput ke apa ke, memang takde. Dinding rumah sampai berdano warna pun takde hati dia nak cat baru. Kalau kau mintak kitorang belikan cat pun aku boleh bagi duit la. Tapi dah dasar pemalas kan. Pakkal rumah tu nama Mak Aji. Aku peratikannnn je. Tunggu esok Mak Aji nak perturunkan rumah pusaka tu kat aku, tau la aku kejekan.



Lagu ni buat aku ingatkan arwah atuk so so much! Sebab masa ni aku tengah gila main rekorder. Tibai rekorder Pak Aji. Masa ni baru blaja-blaja baca note muzik. Adatla kan kalau baru nak blaja baca note kita akan selalu test test test. Pakai rekorder je pulak tu so agak memekak sikit. Kalau main kat rumah memang sengaja carik gaduh ngan Mak Aji namanya sebab mak aku tak suka bingit-bingit ni semua. Cuti sekolah terakhir sebelum atuk meninggal, kitorang lepak kampung (as ussual). Aku bawak rekorder ni. Pastu kat TV ada tayang cerita Abang (version Rahim Razali). Aku dengar lagu Simfoni Kasih ni, eh macam boleh main je ni. Aku tiup tiup tiup untuk cari note. Akhirnya dapat main satu lagu! Biasa la kan bila dah dapat main satu lagu penuh, ko takkan jumpa aku main lagu lain punya. Balik-balik main lagu ni je. Nampak la terer sikit. Padahal tau main satu lagu je. Arwah atuk perasan aku pandai main. Satu pagi tu dia nak bercukur (atuk akan cukur janggut kat porch), dia panggil aku duduk sebelah suruh aku main lagu Simfoni Kasih. 2-3 bulan lepas tu arwah atuk meninggal. Until now lagu ni aku ingat and wajib ada dalam setiap pendrive.



Lagu ni tak memberi apa-apa memori cuma melodi dia sedap and aku kagum sebab penyanyi dia OKU. Aku rasa ni je la pun album dia tapi lagu ni sangat popular around 1985-1986. Aku umur 8-9 tahun. Now dah nak masuk 40 tahun still lagi tak jemu dengar. En Wan macam nak bernanah dengar lagu ni. Aku kisah apa kan. Kereta aku kot. So pandai-pandai la makan ubat tahan pening kalau rasa nak muntah dengar lagu-lagu macam ni.



Ok lagu ni aku selalu nyanyi every time menyapu laman rumah arwah nenek. Feeling okeh. terasa sangat kedesaan. Zaman skarang mana nak jumpa lagu pesen gini. Aku rasa sambil main farm ville sambil layan lagu ni best gak. Mesti maju kebun korang. Ce test.

Kembali


Apabila sampai masa kesedaran mengetuk pintu hati kita, tandanya sapaan Allah kepada kita untuk mengajak kita kembali kepada Dia, kembali kepada fitrah dan bersedia untuk balik ke kampung akhirat dalam keadaan diredaiNya.

Semua salah kita kepada Allah, mohonlah ampun dan taubat, dengan keazaman untuk tidak melakukan dosa yang sama lagi, menyesal akan dosa dan kelalaian tersebut dan meninggalkan serta merta tanpa soal.

Apabila turun ayat Al Quran tentang pengharaman arak, dengan linangan air mata, semua sahabat Nabi SAW pada ketika itu, memecahkan semua tempayan arak di rumah masing-masing dan bersungguh-sungguh menyesal serta tidak lagi menyentuhnya.

Sahabat-sahabat Nabi, semuanya patuh kepada perintah Ilahi, tanpa soal dan tanpa pertimbangan kedua, pada saat dan ketika itu juga, mereka meninggalkan apa yang dilarang. Begitu kuat sekali kepatuhan mereka kepada seruan Allah.

Mohon ampun kepada Allah dengan bertaubat, ambillah wuduk yang terbaik yang kita faham, memakai pakaian suci dan ‎bersolat taubatlah, "usolli sunnatan taubat, roka'ataini, lillahi ta'ala", dengan 2 rakaat itu, anggaplah ia solat terakhir kita sebelum meninggalkan dunia ini.

Beristighfar dan memohon ampun, menyatakan dosa-dosa kita di depan Allah sepanjang yang kita ingat, satu persatu, sehingga habis semuanya ketika berdoa sesudahnya.‎ Ini perlu dilakukan, walaupun Allah Maha Mengetahui apa yang kita buat. Ulangilah sehingga rasa habis semua dosa kita setakat yang kita ingat.

‎Seperkara penting, janganlah dihebahkan dosa-dosa kita kepada sesiapapun, simpanlah ia, kerana Allah juga menyembunyikan ia daripada pengetahuan umum, kenapa kita perlu membukanya?

‎Ini khas untuk ‎menyucikan diri kita, daripada dosa-dosa kita, yang menzalimi diri kita sendiri yang melibatkan kita dengan Tuhan kita.

Adapun dosa-dosa kita sesama manusia, tiadalah jalan keampunan melainkan perlu meminta maaf kepada orang yang kita dosakan.

Perbuatan kita kepadanya pada zaman jahiliah kita sebelum ini, perlu diberitahu kepada tuan punya badan, dan memohon kemaafan atas kezaliman kita yang dulu-dulu. Andai perlu diselesaikan dengan harta benda dan wang ringgit, wajib diberikan jika itu yang diminta.

Kemudian kembali kepada Allah dengan bertaubat seperti yang dimaklumkan tadi.

Perlu ada usaha untuk mencari semula orang yang kita zalimkan itu, seboleh daya, jika tiada ia atas kematian atau seumpamanya, carilah warisnya.

Andai tak juga bertemu, teruslah memohon kepada Allah agar dipermudahkan, dan diampunkan. Malah perlu berazam untuk terus berusaha mencari, sehingga kita meninggal dunia.

Mudah-mudahan kita akan dikira sebagai orang yang berusaha membersihkan diri.

Allah Maha Halus untuk mempertimbangkan hal sedemikian.

Hidup di dunia, janganlah sakiti orang, baik dengan perbuatan atau perkataan. Cakaplah yang baik-baik, jika tiada diamlah sahaja. Ia lebih selamat.

Di zaman moden ini pula, jauhkan diri dari menulis benda yang tidak membawa faedah, di FB ke, di WA ke, di Insta ke, di Blog ke, di Tweeter ke, di mana2 sahaja, diam lebih baik dari mencetus dosa rangkaian yang menjadi penyebab "jariah maksiat" yang berpunca daripada keseronokan kita yang sementara itu.

Berhati-hati dalam memanjangkan info yang kita dapat, lebih baik diam dan simpankan sahaja, jangan disebar melainkan sohih dan benda berfaedah.

Demi Allah, semua itu akan dikira oleh Tuhan Yang Maha Halus.

‎Kita bimbang, selaput kegelapan menyelaputi hati dan mata kita, sehingga kita tidak berasa apa-apa dengan dosa.

Mohonlah kepada Allah untuk diberi kekuatan untuk kembali kepadaNya, kerana Dia punca semua kekuatan.

Muslim, berurusan terus dengan Allah, tak ada perantaraan, tak ada kiriman, mana ada agama yang menawarkan keampunan sebegini, selain dari apa yang ditawarkan dalam Islam.

Yang penting, memohon akan taubat itu daripadaNya, sungguh, Dia Maha Pengampun.

Wallahu'alam, wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.

2014-11-26

#thecollectivebyreniandfriends



Ok ladies and gentleman.
Ni aku nak war-warkan program cooking for homeless yang diconduct oleh Reni Diana (founder of KREE, dulu co-founder Ephyra). Nama group ni adelah #thecollectivebyreniandfriends.
Ni kerja sukarela - cooking for homeless.
Aku tau ramai yang nak menyumbang pada keje-keje kebajikan macam ni cuma tak semua orang diberikan kelebihan dari segi masa dan tenaga. Pada yang berminat nak membantu, this is your opportunity.

Reni and friends memerlukan sumbangan seikhlas hati untuk projek ni terus berjalan.
Tapi, projek ni TIADA PUBLISITI ya. Ni kerja-kerja yang Reni buat sendiri suka-suka, but slowly dah ada 100 volunteers, alhamdulillah. Masak-memasak akan diketuai oleh Reni sendiri di rumahnya, dan selepas tu barulah makanan di-distribute ke area-area yang dah ditetapkan.

Korang yang berminat boleh masukkan sumbangan seikhlas hati kat akaun yang ada kat atas tu. Tu akaun adik dia. No worries, Reni boleh dipercayai.



Baca tak tu?
Now dia tengah cari fund untuk program birthday celebration dengan OKU.
Terus-terang, they plan untuk sediakan KFC for 150pax. Celebration ni will be on 27th Disember 2014. Kita ada masa lebih kurang sebulan to make this happen. Tak banyak, 150pax je.

And lagi satu, kalau ada yang willing to sediakan candy booth untuk event ni sangat-sangat diucapkan terima kasih. Tapi macam yang aku cakapkan tadi, projek ni adelah projek sukarela. TIADA PUBLISITI. Tapi, di sini aku dengan rendah dirinya offer medium aku (blog ni) untuk bagi publisiti bagi sesiapa yang nak offer candy booth. Kalau korang rasa blog aku ni boleh dijadikan medium untuk expand your crowd, aku bersedia untuk naikkan iklan and bagi publisiti. Kalau ada sesiapa yang willing untuk provide candy booth bagi event birthday celebration for OKU ni, boleh bincang dengan Reni Diana (follow IG dia). Kalau dah ada persetujuan, korang boleh email aku pulak untuk provide details bisnes/product supaya aku boleh iklankan di blog, FOC.


Ni aktiviti #thecollectivebyreniandfriends bagi bulan December.
Boleh bagi sumbangan wang, boleh bagi sumbangan tenaga dan boleh juga bagi sumbangan props (kalau diperlukan).



Cantik tak casing henfon aku ni? Custommade u'olllsss...
Dengan baik hatinya reader aku Hazwan buatkan. Tapi masa ni url blog aku masih lagi panjang. Elok je benda ni sampai kat aku, url aku dah pun bertukar. Tapi seb baik url ni aku direct pi www.dianaisahak.com. Secara lojiknya, url lama masih lagi boleh pakai.

Aku tak tau berapa harga untuk sebijik ni. Korang boleh pegi view hasil kerja Hazwan kat Instagram @oracarec_gallery. Tak salah aku dia ada buat untuk botol air aluminium sport flask sekali. Sedang elok la kalau korang nak tempah botol air custommade untuk anak-anak nak naik skolah nanti. Gamba Upin Ipin ke, gamba Princess Elsa ke, gamba Otromen ke...semua boleh. Tak pun ko mintak dia combine gamba anak-anak kau dengan katun feveret dorang. Mesti dorang suka silap-silap esok mati-mati nak pegi skolah jugak sabitkan nak bawak botol air baru. Ni kalau buatkan kat Redza bagus ni. Botol air manjang je hilang. Kalau dah letak muka sendiri pun boleh hilang jugak aku tak tau la nak cakap apa.



@oracarec_gallery pun ada offer design 3D. Cun la sikit kan.
Takyah susah-payah nak berondoh-randah satu family pi kedai dia. Korang whatsapp je 3-4 gamba and @oracarec_gallery akan designkan semua macam yang korang nak. Cakap je nak suruh buat apa - combine gamba, tukar background, tukar color - NO PROBLEMO.

Follow IG @oracarec_gallery for more photos and stories.
Tu ada phone number sekali kat gamba, boleh call terus.

2014-11-25

Konsert


Hola Hola Holaaa!!!!

Baru berkesempatan nak update blog.
Ni pun out of town tapi kugagahi juga mengupdate. Cewah, macamkan ada yang takleh buat keje kalau tak baca blog aku ni gayanya. Mbahahahaha.

Sabtu and Ahad quite full jugak.
Pagi Sabtu tu plan asalnya nak cari baju melayu untuk ahli klorga for reception Ibal nanti.
Tapi si Redza dok menyanyi-menyanyi kat telinga aku mintak belikan hadiah.
Memang macam ni la. Asal hadiah yang dia dapat dari orang lain tak best, aku jugak yang jadi mangsa nak kena 'gantikan' dengan hadiah yang best. Dia dapat hadiah buku tulis enam bijik dari sekolah masa penyampaian hadiah hari tu, sentap. Payah betul budak-budak ni. Standard kot dapat hadiah buku tulis. Aku dulu kalau dapat naik pentas hujung tahun memang hadiahnya takde lain balik-balik buku. Kadang-kadang buku cerita sebijik, kadang-kadang buku tulis, kadang-kadang botol air. Apa ko ingat banyak sangat duit skolah nak bagi kau hadiah LEGO??

Kalau dah nama masuk Toys R Us memang jawabnya paling kejap sejam kat dalam tu.
Dia nak pilih hadiah sendiri pun masalah. Terkibai-kibai sampai sepluh kali pusing tak jumpa-jumpa. Sebab dah banyak sangat benda kat dalam tu kan. Rambang mata. Last-last aku capai je, bayar. Settle. Kau suka ke, kau tak suka, silakan hadap. Kensel plan nak pi carik baju hari tu sebab kul 12 noon nak gerak ke Kuala Selangor pulak menghantar cousin En Wan kawen.

Balik rumah dah nak asar. Dah penat nak pi carik baju. Tido jugak yang paling best.

Esoknya, pagi-pagi dah keluar ke Putrajaya for konsert Rayyan.
Memang dari awal aku cakap kat En Wan aku tak expect high kat Rayyan ni. Kalau dia tak buat hal kat atas pentas dah cukup bagus. Dia ni bukan macam Redza. Redza ni walau malu-malu tapi dia enjoy bab-bab konsert ni. Bersungguh dia prektis. Si Rayyan ni sampai dah hari konsert pun aku tak tau apa bijik butir dia nyanyi, lagikan nak paham step menari dia. Cuma dia selalu nyanyi lagu baz baz biz biz baz be bi..so aku syak dia ni jadi lebah. Eh sekali betul. 


Redza dulu tadika kat CEC.
Kalau CEC, convo ni dia bagi last sekali.
Dia ada mulakan dengan pesembahan budak umur 4 tahun dulu sebab dia taknak budak age 4 boring tunggu turn lama sangat. Nanti ada yang meragam. Lagipun budak umur 4 ada yang masih ber-pampers, jadi biar cepat-cepat settlekan show so that parents boleh collect anak, kalau nak balik terus pun dia allow. Macam Genius Aulad mulakan dengan convo. Kendian baru show. Show pun tak ikut age. Macam show Rayyan hari tu tengah-tengah, selepas age 5 punya show.


Cantik cikgu-cikgu GA semua pakai jubah ala-ala jubah trend online shop now - yang ada sequin kat tangan. Pastu pakai flower crown. Sweet sangat.

Si Rayyan boleh la pulak buat hal nangis taknak pegi kat cikgu dia. Menghempas-hempas.
Bukan apa ni, sebab nampak mak bapak nenek semua ada kan, maka dia pun buat la perangai dia yang cantik tu. Dia ingat aku nak ambik? gasak kau nak melalak kat situ. Aku letak, aku blah. Buat hati kering.



Lebah tanpa sesungut.
Sebab dahi dah cukup ke depan, so takyah pakai sesungut la.

Seperti yang dijangka la, anak aku ni akan kejung atas pentas.
Walaupun dia kat rumah berpencak macam tak cukup tanah, tapi dia alergik kalau orang bagi tumpuan kat dia. Sebab tu kalau aku nak ambik video dia kena sorok-sorok. Kalau dia nampak aku ambik video dia, jam-jam tu gak dia stop.

Kat pentas hari tu alahaiiiii sopan sesopan sopannya anak aku. Kat rumah kemain lagi kau kejap-kejap let it go let it go. Kat konsert hari tu ada lagu Let It Go pun kau tegak macam kayu. Ada la goyang kiri kanan kiri kanan tapi lagi banyak tak goyang dari goyang la.


Ni namanya exercise.
Parents dipertontonkan daily excercise budak-budak kat GA.
Biasa la kan budak-budak, ada yang enjoy, ada yang kejung. Yang kejung tu anak aku la.



Aku tak ambik gamba lansung.
Ni semua kamera En Wan.
Aku malas nak ambik gamba sebab Rayyan pun macam nak taknak je menari. Aku pun jadik malas.
Macam Redza dulu wuiiii kemain. Dengan aku aku sekali terpekik bersorak.

Tapi maybe kekdah pembelajaran antara CEC and GA berbeza. Masing-masing ada kelebihan and kekurangan. Macam CEC, sekolah tadika campuran. Semua bangsa ada. Untuk Muslim dia ada bagi option kelas agam sebagai subjek tambahan, tapi dia lagi fokuskan kepada subjek-subjek lain.
Macam GA, hanya orang Islam saja yang hantar anak bersekolah kat sini. Dia pun ada pelbagai subjek tapi aku nampak dia lebih tekankan elemen keagamaan. Macam Redza di CEC dulu reading, drawing, writing, public speaking memang superb. Age 4 dia dah boleh habiskan 2 jenis buku (reading book at school). Tapi mengaji tak pandai mana, doa harian pun tak banyak yang dia tahu. Banding ngan Rayyan, age 4 - doa makan, doa masuk kenderaan, doa for parents, even Al-fatihah, zikir semua dia tau. Walaupun mula-mula tu hazab aku nak memahamkan apa bijik butir dia cakap but at least hawa-hawa tu ada. Tapi walapun tang tu dia excel but reading slow, huruf tak kenal. Maybe jugak faktor anak aku yang malas. Rayyan ni memang banyak main sikit banding ngan abang dia. Abang dia dulu balik skolah kalau takde apa nak buat, dia kaler buku, dia lukis....si Rayyan ni asal balik rumah je punggah kotak Ephyra. Tu je la keje dia. 

Kalau konsert CEC aku memang looking forward. Sebab teruja nak tengok apa sebenarnya yang anak aku nak perform. Kat rumah kemain lagi dia menari kejap macam tarian india, kejap macam tarian Beyonce, kejap kang macam tarian wel-wel. At least aku dah dapat gambaran apa yang Redza bakal perform. Si Rayyan ni hampeh aku takleh detect lansung apa dia nak buat. Bila aku tanya "Adik menari ke nanti?"

"Tak. Adik minum"

Hoh??

Patutla dia kata dia minum.
Rupanya masa konsert hari tu dia jadi lebah yang mebawak botol madu.
Pftttt.



Kau tengok si Redza.
Aku ada kat depan dia pun dia nak buat perangai terkangkang tersiat kat tangga.
Macamana tak selalu kena tibai ngan aku.


Kalau bab-bab main plastik bag ni memang cukup pandai la dia. Takyah disuruh-suruh. Mamam-macam improvisasi dia buat kat plastik ni. Kejap jadi tutup kepala, kejap jadi layang-layang, last-last ikat kat leher jadi Let It Gooooooo.........
Ok tang tu dia memang pakar.


Teacher Rayyan - Azwa.

Oh yes. Seblom konsert start, dorang pasangkan slide aktiviti sepanjang tahun.
Masa aktiviti sukan aku perasan gamba-gamba sukan ni macam aku kenal. Pastu tetiba ada gamba En Wan tengah dukung Rayyan main sukan. Bila jumpa cikgu Azwa, dia tanya "Kak Di tak perasan ke saya ambik gamba kat blog Kak Di?"
Baiklah, lepas ni aku akan ambik gamba banyak-banyak untuk rujukan cikgu-cikgu GA di masa hadapan.



Ok ni patutnya naik semalam.
Tapi semalam aku full sikit schedule, jadi tak dapat nak tumpu kat blog.
SOFINA shawl (both oblong and butterfly) promo. Yang ni adik aku Ima akan handle. Sila berurusan dengan dia ya. Aku tak tau apa warna yang masih lagi ada. Boleh tanya dia, email : fleurcloset[at]xzizbiotech[dot]com
atau KLIK SINI
 

p/s : aku ada banyak advert penting nak kena naikkan. So plis bersabar, kena tunggu turn ya. Aku akan cuba update blog sebanyak mungkin (auto-publish) sementara aku out of town ni.

2014-11-24

Update


1. Ephyra semua dah pos.

2. Shawl semua dah pos.

Tu je nak cakap.
Tak sempat nak hantar tracking number sebab one whole day aku meeting kat merata-rata. Esok to Penang and Perlis. Malam kang update.


2014-11-22

Diari


Sabtu lepas masa sessi memunggah barang-barang lama kat rumah Mak Aji, selain dari jumpa buku setem aku tu, aku jumpa diari arwah atuk (bapak kepada Mak Aji) and surat Ima.
Surat ni kalau dibaca pada tahun 1988, akan rasa sedih.
Tapi bila aku baca balik tahun 2014, aku tak boleh tahan ngan dia punya bahasa. Bukan nangis sedih. Tapi gelak sampai nangis!




Cerpen singkat luahan perasaan, siap ada sign kat bawah ntah apa motif ntah aku tak paham.
Masa arwah atuk meninggal Ima baru darjah 3. Kira terer la darjah 3 dah boleh buat cerpen gini. Bajet sedih sangat ni.

Aku and Ima memang close dengan arwah atuk.
Sebab waktu tu memang kitorang dua orang je cucu yang boleh dikatakan kategori 'dah besar' kat Malaysia. Kalau kat Singapore waktu tu ada 2 orang yang lebih kurang baya kitorang. Tapi sebab dorang jauh, jadi balik kampung tak sekerap kitorang. Kitorang berdua ni asal ada cuti je terpacak kat kampung. Kalau dah takde tempat sangat nak melepak hujung minggu memang balik Tampin la kejenya. Walaupun just balik kampung, tapi kitorang seronok gila. Selalunya balik kampung Sabtu, lepas Mak Aji balik dari keje (Sabtu half day). Esoknya Ahad mesti follow arwah atuk ngan arwah nenek ke pasar Alor Gajah. Pi pasar je pun. Tapi seronok sebab dapat berjalan. Petang lepas balik dari pasar, atuk akan ajak Pak Aji bawak pi Tampin pulak. Pi pasaraya Tampin Store. Memang tu je la pun mini market paling gah kat town Tampin. MINI MARKET. MINI ya. Walaupun mini, tapi dia paling gah. Boleh imagine tak betapa takde bendanya town Tampin dulu nak banding ngan skarang.

Ikut pi Tampin Store ni kitorang suka. Sebab nenek akan shopping groceries. Arwah atuk akan bagi green lite untuk kitorang ambik apa je. Kalau boleh memang nak sambar mainan. Tapi setiap kali arwah atuk bagi green lite, akan disusuli dengan jelingan Mak Aji kat blakang atuk, jadi kitorang settled ngan cokelat je la. Arwah atuk akan sauk segala macam jajan untuk kitorang.

SAUK ya.
Aku tak tipu. Memang arwah atuk akan main sauk je cokelat, eskrim, cheese, air kotak, air vitagen, twisties...segala tok nenek makanan yang sedap-sedap. Untuk dibawak bekal balik Bangi katanya. Tapi selalunya kat kampung jugak benda ni semua selesai. I tell you, arwah atuk kalau beli cheese bukan satu macam je. Yang keping, yang tiga segi, yang macam stick....kitorang makan cheese macam makan nasik. Maklumlah, jakun. Nak dapat makanan gempak-gempak macam ni memang time balik kampung je. Masa tu aku rasa apesal atuk ngan nenek lagi kaya dari makbapak aku?

Disebabkan waktu tu kitorang kerap balik kampung and dikategorikan sebagai cucu yang boleh diharap (sebab yang lain kecik-kecik lagi), memang arwah atuk and nenek tunggu kitorang duduk kampung setiap kali cuti sekolah. Bayangkan umur aku 9 tahun, Ima 7 tahun, arwah atuk percaya kat kitorang mengecat dinding rumah.
Tu belum lagi diajar pegang cangkul and sabit kebas dusun. Aku sendiri tak berani nak bagi Redza pegang kitchen scissor. Tapi arwah atuk selamba percaya kitorang pegang sabit.

Arwah atuk ada habit.
Apa-apa dia buat dia akan tulis kat diary.
Kalau dia pegi pasar beli apa pun dia akan tulis siap dengan harga sekali.
Kalau anak-anak dia bagi duit bulan, pun dia akan catat.
Mungkin jatuh sikit la habit atuk ni kat aku. Cuma aku tulis kat blog. Merepek.



Salah satu diary atuk.
Tahun 1990 Ima sambung the diary...tapi kau tengok la dia tulis apa.
Mula-mula tulis je dah ada unsur-unsur sakit hati.
Bapak pinjam gunting pun sampai nak kena masukkan dalam diari reminder untuk mintak balik esok. Ntah apa-apa. Aku lempang kang saje je budak ni.

Diary atuk yang terakhir warna biru.
Last sekali dia tulis 'Dahlia pulang ke Bangi jam .... "
Anak dia balik ke Bangi semula pun dia tulis. And itulah update terakhir arwah atuk sebab esoknya pukul 10am atuk meninggal. Diaryn ni Mak Aji simpan.

Sejak dari tu la aku azam nak tulis diary and catit perkara-perkara penting.
Tapi masa sekolah rendah aku takde duit nak beli diary. Toksah kata diary la, buku otograf pun takde beb. Start dari matrik aku ada diari. Seronok bila ada diari ni. Boring-boring tak tau nak buat apa aku selak balik diari aku baca balik apa yang aku tulis. Nota kelas taknak baca, tapi diari sampai naik hafal aku dok ulang-ulang baca. Aku stop tulis diary year 1999 sebab troma bila ternampak nota tulisan exbf aku dalam diari aku. Ko penah tengok cerita kat filem tak kau nak larikan diri dari saiko tapi bila kau masuk bilik kau nampak nota atas meja "I will find you!"

Gila scary bodo.

Tu la punca aku stop tulis diary.
Sebab terbayang-bayang je lagi kat mata aku selak-selak diari nampak exbf aku tulis nota ugutan.
So now aku buat life jurnal secara online je lah. Tempat untuk aku merepek meraban.

2014-11-21

Iklan : MUA


Terima kasih kepada 4 orang reader blog ni yang sudi bekerjasama dengan aku untuk shooting new shawl Fleur by Mrs Him Sabtu lepas.

2 orang MUA.
2 orang reader yang sudi nak jadi model.

Memang aku terima email dari MUA-MUA lain, tapi takkan nak pakai semua serentak padahal keperluan tu belum ada lagi buat masa sekarang. Insyallah, new product akan siap December nanti aku akan invite MUA lain pulak ya.


MUA 1 : Anne.

FB : KLIK SINI : Ainul Anne
Contact : +6016 279 6964
Instagram : www.instagram.com/annekayra or @annekayra

First time aku jumpa Anne tahun 1 Jan 2013.
Tapi aku tak tau dia ni MUA.
Kadang-kadang nampak gamba dia mekap diri sendiri kat FB.
Admire sangat cara dia mekap mata.


Ini Anne.
Cantik kan dia mekap, especially tang mata. So glamour look.


Ni model yang Anne mekapkan Sabtu lepas.
Kiri : Before
Kanan : After


Ni pakej yang Anne offer.
Boleh tengok-tengok, kalau nak tanya lebih lanjut call Anne.
Nombor ada aku letak kat atas tadi.


MUA 2 : Shae Taib

FB/ IG: Shae Taib search #touchbyshaetaib
Contact: 0122141810
Email: funkycrazh83@gmail.com

First time jumpa Shae kat Plaza PKNS.
Aku tengah carik baju raya kalau tak salah.
Dengan konfidennya aku berbual padahal kepala aku blur ni budak mana satu ni.
Seb baik dia pun sedia maklum aku blur.


Ni antara model yang Shae mekapkan.
Aku curik kat FB dia.


Ni model yang Shae mekapkan Sabtu lepas.
Kiri : Before
Kanan : After
Sesiapa interested nak tau pakej yang Shae offer, boleh contact dia terus ya.

Yang kat bawah ni pulak model-model yang boleh korang contact kalau berminat nak gunakan their service.


Nama : Jasmine
Email : melurjasmine11@gmail.com 


Nama : Ummi Shairah
Email : ummi_shairah@yahoo.com

Because it's Friday!


Nah!
Kali ni Happy Day untuk shawl pulak.
Tapi selected color aje. Tak aci la buat Happy Day untuk semua kaler kan. Shawl baru up minggu ni kot. Agak-agak la wei.



Musibatun dak Mizzy ni.
Mentang-mentang la muka aku kembang cam loyang, dan-dan aku jadik KAKAK.
Kasik chan la aku mempoyo dengan tenang weii. Ingat senang ke nak jadi model. Kat produk sendiri je boleh feeling macam ni. Produk orang lain belum tentu nak pakai muka aku. Wakakakaka.

Sebenarnya snap yang pertama hari tu aku buat muka sardin sebab membayangkan nak kena shoot 20 helai shawl, ni kalau aku senyum sampai 20-30 snap mau renggang tulang rahang aku. Pastu fotografer tu sound aku suruh senyum. Dah la suruh aku senyum, dia suruh aku ingat cara senyum ni pulak supaya semua shawl ni dapat pose and senyum yang sama. Wohoiiiiii, sengsara aku nak abiskan 20 color ni. Gila hazab nak menten senyum. Pastu fotografer tu cakap ada sorang model shawl ni nama dia apa ntah Mikako ke apa ntah lupa aku, kalau pose dia dari mula cam gitu, sampai ke sudah cam gituuuuuu je muka dia and senyuman dia. Macam robot. Aku tak perasan pulak Mikako ni yang mana. Tapi I tell you, buat produk catalogue tak senang macam yang disangka. Selama ni kemain lagi aku arahkan model buat pose camni camtu gini gitu. Sekali sendiri kena duduk depan kamera, insaf.

Ok, malas tulis panjang.
So ini lah Happy Day yang pertama untuk shawl.
SELECTED ITEMS je ya.
Jangan mintak lebih dari apa yang ada dalam gamba ni.
Sila refer pada nombor-nombor untuk pembelian.





Name:
Email Address:
Number No. 1 : Halfmoon Hawa - Lavender, RM34.00
No. 2 : Halfmoon Hawa - Yellow Green, RM34.00
No. 3 : Halfmoon Hawa - Slate Grey, RM34.00
No. 4 : Long shawl Arana - Yellow, RM34.00
No. 5 : Long shawl Arana - Peach, RM34.00
No. 4 : Long shawl Arana - Turquoise, RM34.00
Quantity
Delivery Address
Contact Number
Remarks


2014-11-20

Debu dan Kepelikkan Langit


Sehari dua ni isu alam sekitar di Mekah dan Madinah dibincangkan. Malah semalam masuk akhbar yang memperincikan secara ilmiah fenomena itu. Angin merah debu dan cuaca luar kebiasaan mengundang pelbagai perbincangan. Akhbar memilih untuk menulisnya sebagai fenomena biasa menjelang musim sejuk di Timur Tengah.

Setengahnya pula terus membincangkan tanda-tanda kiamat, angin merah yang menyelaputi meninggalkan kita untuk merancakkan perbincangan.

Garisnya, janganlah keterlaluan. ‎Setinggi mana pun faham kita, alangkah baiknya jika mengambil langkah menghormati. Kalau timbul kerisauan di hati, ambillah langkah taubat dan insaf, ambillah peringatan.

Kalau rasa rilek saja, ‎kerana dikatakan fenomena biasa, janganlah pula mengutuk member yang dipancing keinsafan tadi, biarkanlah dia. Cara Allah mengajar hambaNya tidak sama setiap orang.

Mereka yang berasa risau dengan keadaan ini mungkin atas sebab-sebab tertentu. Mereka yang tak rasa apa, mungkin jugak ada sebab tersendiri.

Tapi bagi saya yang tak ada kelulusan ni, molek jika ada sedikit keinsafan meletus di hati. Walaupun dikata orang fenomena biasa tahunan, ambillah sikap Nabi, ketika muncul awan hitam di langit sebagai panduan.

Aisyah RA mengkhabarkan katanya, "Nabi SAW kalau melihat awan gelap di langit, beliau menghadap, membelakang, masuk dan keluar dan berubah wajah Baginda. Dan kalau turun hujan dari langit, barulah Baginda gembira (tenang kembali)". ( HR Bukhari)

Kerisauan melihat keadaan langit yang bukan normal, adalah juga reaksi Nabi SAW. Maka kita ni, janganlah rilek sangat‎ bila melihat benda yang bukan kebiasaan harian, bimbang tercabut risau, dan seterusnya meremehkan keinsafan.

‎Bagi yang terpanggil hatinya, sebutlah dengan tawaduk dan penuh penghayatan:

"Robbana, ma kholaqta haza bathila, subhanaka faqina 'azabannar..."

"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau dan peliharalah kami dari 'azab api neraka".

Amiin.

Wallahu'alam, Wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana

2014-11-19

Fleur by Mrs Him : Arekay : Re-shoot


Sepatutntya now aku dah ada kat USM Penang dah.
Tetiba je pagi ni aku ada kat studio.
Tadah muka sendiri untuk jadi model.

Puncanya gamba yang shoot Sabtu lepas tak meet requirement Lazada. Kena ambik balik semula.
Dah kalau namanya weekdays macam ni mana la nak jumpa model yang free. Aku terpaksa mem-free-kan diri.
Cam hape je rasa aku sorang je pompuan dalam studio tu bersama 2 orang fotografer lelaki. Pastu sendiri pakai, sendiri lipat, sendiri gantung, sendiri adjust. Seb baik mekap je yang tak sendiri.

Thank you to our official MUA - Sukma yang sanggup ambik half day untuk kejer adhoc aku ni.
Perkara yang paling best aku nak bagitau adelah, hari ni aku pakai 20 helai shawl dalam masa sejam saja. Betapa simple tak simple-nya cara ikatan shawl aku. Sila try. Rujuk tutorial lepas. Aku malas buat tutorial lagi.


Before (kiri) and after (kanan)
Sesiapa berminat untuk dapatkan khidmat MUA Sukma boleh KLIK SINI
See?? See...?? Bibir ai karer pink without lipstik okeh. Berkat minum Ephyra. Mbahahahah.


Ok, shawl yang aku pakai ni sama macam shawl yang aku up 2-3 hari lepas.
Cuma aku terpaksa re-shoot sebab Lazada mintak snap balik semula. Ada requirement yang aku tak meet.

Material : Chiffon georgette
Size : 170 x 65cm
Pattern : Halfmoon with sulaman

Tak panas.
Lilit macam aku pakai, konfem tak jarang punya.

*iklan-iklan lain aku akan publish lepas ni*














Name:
Email Address:
Color RM44 : Lavender
RM44 : Dark Red
RM44 : Parakeet Green
RM44 : Light Orange
RM44 : Slate Grey
RM44 : Pale Pink
RM44 : Grey
RM44 : Turquoise
RM44 : Mustard
RM44 : Yellow Green
RM44 : Midnight Blue
RM44 : Deep Pink
RM44 : Walnut
RM44 : Dusty Pink
RM44 : Black
RM44 : Rosy Brown
RM44 : Medium Sea Green
RM44 : Green
RM44 : Sand
RM44 : Sea Green
Quantity
Delivery Address
Contact Number
Remarks


2014-11-18

Mah


Udoh-udoh le share pasal cerita laki si Mah yang mengote dengan orang lain tu.
Yang mintak aku bagi respon, ya, aku dah baca cerita tu semalam.
Tapi nak bagi respon ni pun sebenarnya serba salah.
Sebab cerita tu macam nak dekat sama je dengan email yang aku dapat dari reader bulan-bulan lepas.
Tapi yang aku dapat tu luahan hati isteri.
Husband dia mengaku pada dia (wife) yang selama ni dia (suami) memang ada skandal ngan perempuan lain. Tapi email ni rasanya dah 3-4 bulan lepas kot. Bila aku baca cerita laki si Mah semalam, aku macam eh si Mah ni reader aku ke apa. Lebih kurang je cerita dia.
Cuma aku harap cerita Mah ni cerita rekaan semata-mata je.
Mungkin rekaan cerita dari lelaki yang nak para isteri lebih menjaga penampilan selepas berkahwin.
Biasa la kan, kebanyakkan pompuan kan takut kalau laki kena kebas. Jadi cerita-cerita macam ni je yang mampu menginsafkan para isteri dan mula work out untuk membentukkan badan seperti Kim Kardashian.

Kisah rumahtangga ni payah kita orang nak luar nak judge.
Sebab yang merasainya saja yang tau camana nak handle.
Ada yang bagi komen Mah ni bodoh sebab maafkan suami dia.
Eh kau pulak yang susah. Biar la dia nak maafkan laki dia. Tu maknanya dia menerima kelebihan dan kekurangan suami.

Seorang isteri takkan semudah tu nak maafkan suami melainkan dia sedar dia jugak bersalah.
Si Mah tu maafkan suami sebab dia tau apa yang laki dia cakap betul.
Mungkin betul dia tak jaga badan, dia berbau, rambut busuk, kuku kecut...bla bla bla.
Atas sebab itu maka dia maafkan sebab dia pun tau dia tak menjaga diri dia macam dulu.

Ada yang question kenapa dari awal lagi tak sound si Mah ni supaya cantikkan diri.
Eh, mana ko nak tau dia tak sound?
Entah-entah dia penah bagi hint tapi si Mah ni je yang tak ambik port.
Sebab aku pun seorang isteri jugak. Aku paham sangat la perangai isteri-isteri ni.
Kalau dah malas tu kan memang banyak je alasan.

Contohnya diri aku sendiri la.
Kalau balik keje petang tu terus bersilat kat dapur. By the time laki aku balik, aku baru nak naik ke bilik. Dari balik keje tadi tak sempat-sempat nak naik bilik sendiri.
En Wan kadang-kadang tegur "Ni apesal dah nak Maghrib tak mandi lagi ni?"

Sebab aku penat, maka aku jawab "Di balik tadi baju pun tak sempat bukak tau. Terus pi dapur masak sebab abang balik nak makan. Abang tu kalau boleh tunggu sampai pukul 9 baru makan takpelah jugak. Ni before Maghrib nak makan nasik. Mana sempat orang nak mandi semua".

Haaaa...gitu jawapan sedepa aku bagi. Sila jangan contohi.

Aku tau teguran En Wan tu sebenarnya nak kasitau "Kau ni kenapa selekeh masam sangat ni?"

Bukan aku tak paham, aku paham.
Tapi sengaja kan, jangan kan tidak nak menjawab.
Ha, jangan ingat aku tak tau la si Mah ni pun agaknya macam tu gak.
Bukan laki dia tak tegur, tapi dia yang malas ambik port teguran/hint suami.

Suami pun kena ada consideration.
Nak isteri bercantik 24/7, tolong sediakan orang gaji tiga orang.
Supaya aku boleh menggentel kau doplohpatjam.

Cuma tak boleh salahkan suami jugak bila suami mementingkan kecantikan isteri 24/7.
Dah itu bini dia. Hari-hari dia nak mengadap orang yang sama sampai ke mati. Of cos kalau boleh dia nak bini dia sentiasa menyelerakan.
Kecantikan tu kan subjektif orang kata.
Ada lelaki yang memandang kecantikan tu dari sudut fizikal.
Ada yang memandang kecantikan tu dari hatinya.
Nak buat camana kalau dah laki si Mah tu memandang kecantikan luaran. Kan manusia tu berbeza-beza kehendaknya. Kalau semua lelaki tak kisah pada kecantikan rugilah aku jual Ephyra takde sape nak beli. Kah Kah Kah *tetiba*.

Aku suka bila ada reader lelaki email aku "Kak, boleh tak akak wrap Ephyra ni and letak kad, ni untuk isteri saya".

Suami mana yang nak isteri selebet?
Semua suami kalau boleh nak isteri dia nampak berseri.
Fitrah manusia memang sukakan kecantikan. Takyah nak kata sangat lah kecantikan hati lebih penting. Sama je pentingnya. Sebab selalunya bila kita cantik di luar baru ada orang yang nak hampiri kita untuk kenal hati budi kita pulak.

Ada suami yang tak kisah badan isteri dia gemuk.
Asalkan dia jaga m akan minum keluarga.
Tak salah.
Itu pilihan dia.

Ada suami yang nak isteri dia stay gojes sampai ke tua.
Tido malam pun kena pakai lipstik.
Pun tak salah.

Yang salah cuma bila kau nak isteri kau cantik tapi kau tak bagi duit untuk dia mencantikkan diri.
Kau nak bini kau melayan kau dengan hebat tapi kau biarkan dia kepenatan uruskan rumah macam orang gaji.

Aku suka point laki si Mah tu kata "Abang bagi duit tapi Mah habiskan untuk beli perhiasan rumah and barang kemas".

Benda ni selalu terjadi. 
Suami bagi duit kat wife tapi wife buat beli henbeg, kasut, new henfon...
Bak kata Ustaz Kazim, bukan kau nak pakai henbeg tu dalam rumah pun.

Kes si Mah ni, ramai yang kata tak boleh terima alasan suami dia berzina hanya kerana isteri dah tak cantik macam dulu. Tak lojik katanya.

Kenapa pulak tak lojik?
Tak percaya hanya disebabkan isteri hilang kecantikan maka lelaki berskandal dengan perempuan lain?

Selain dari faktor lelaki tu sendiri yang mata keranjang, atau mereka ada masalah rumahtangga yang orang lain tak tau, adelah sesuatu yang boleh diterima akal bila suami berskandal dengan orang lain sebab isteri dah kurang cantik.

Sebab 80% kes suami kawen lain pun ko ingat sebab nak membela kebajikan wanita ke.
Nan ado.
Bukan ramai sangat yang kawen lebih dari satu tu berkahwin sebab nak membela kebajikan wanita.
Ramai kawen ngan anak dara muda belia bergetah jugak.
Isteri kedua tu selalunya lebih cantik, lebih muda dari isteri pertama.
Tak semua, tapi selalunya macam tu lah.
Menunjukkan betapa kecantikkan luaran tu sememangnya mainkan peranan.

Yang aku tak suka kes si Mah ni bukan sebab alasan berzina tu.
Aku tak suka bila dia memainkan hati si janda tu.
Dalam kes ni kita anggap je la janda tu wanita yang baik. Maksudnya dia jadi janda bukan sebab perangai dia gatal.
Kesian janda tu bila dijadikan stok persinggahan untuk laki si Mah ni lepaskan nafsu.
Mentang-mentang la orang tu pun janda, tak luak katanya.
Kalau betul nak, buatla cara yang betul.

Apa-apa pun bak kata pepatah "Trust is like a paper. Once it's crumpled, it can't be perfect"

2014-11-17

Setem


Sabtu lepas aku balik Bangi sekali Mak Aji bawak keluar harta-benda yang tersorok selama ni. Dia pun baru jumpa setelah bertahun-tahun. Anak nak kawen kan, jadi dorang buatla gotong-royong sikit. Seb baik aku tak duduk sekali. Kalau tak ngan aku-aku sekali kena kerah. Konfem.

Aku jumpa buku setem aku masa Darjah Ompek!

Aku memang suka kumpul setem.
Cerita dia cenggini.
Mak Aji pun memang kumpul setem. Aku tak tau la sejak bila dia ada hobi ni tapi aku syak sejak dia keje kat UKM. Sebab dia keje bahagian Pejabat Pendaftar, deal dengan student-student/lecturer yang sambung blaja ke overseas. Jadi agaknya time ni la dia kumpul setem sebab dulu-dulu kan surat je la medium perhubungan yang ada. Email mana ada masa ni.

Setem Mak Aji gila banyakkkkkkkkkkkkkkkk.
Merata-raya negara ada.
Aku kagum gila time ni. Hari-hari aku selak buku setem dia.
Lama-lama aku pun nak kumpul setem gak.
Tapi, aku tak penah dapat surat. Camana nak kumpul setem oii?
Takpe..takpe..kita mulakan dengan surat-surat Pak Aji and Mak Aji dulu.
Asal surat dorang sampai je, aku koyakkan setem dulu. By the time dorang balik keje nak baca surat, kat tepi sampul dah rompong kena gunting dek aku.

Tapi lama-lama rasa tak best sebab semua setem Malaysia.
Dulu pulak setem sepesen je. Gamba kelapa sawit, gamba padi, gamba nenas. Alahaiii.
Pastu aku decide aku ambik setem yang Mak Aji dah kumpul. Aku jadikan hak aku pulak. Ala, dia bukan kisah sangat pun setem-setem ni. Sabitkan setem tu kebetulan dia dapat. Bukan orang hantar surat kat dia pun. Orang hantar kat pejabat dia je. Kah Kah Kah. *sedapkan hati sendiri*

Setem Mak Aji lawa-lawa.
Ada yang bentuk bulat, ada yang bentuk segitiga.
Pernah masa aku tusyen darjah 5, cikgu tusyen tu kata esok dia nak buat kuiz matematik. Siapa dapat jawab, hadiah dia setem. Sempoi je budak dulu-dulu kan. Cikgu nak bagi hadiah setem pun excited. Setem dah guna lak tu. Pun dah suka gila. Ce skarang kau offer anak murid kau "Dapat jawab soklan, cikgu bagi setem".
Cikgu jawab sendiri la cikgu, dia kata. Hahahahah.


Buku setem aku.
Tulisan aku.
Siap tulis 'Yang Membeli' siapa.
Bangga arwah atuk ngan arwah nenek aku kalau tau ni. 
Sampai skarang habit aku kalau beli buku, akan tulis nama, and tarikh beli. Tapi takyah la tulis sape beli kan, dah sah-sah aku je yang beli buku sendiri skarang.


First page je dah 'Negara Tak Tau'
Kau ada?

Abis tu nak wat camana kan, asik kumpul setem Malaysia je. Sampaikan aku tak tau nama negara-negara lain. Sebab tu kalau main game Nama Negara Buah Binatang, sampai bab negara tu aku senang nak kantoi. Pengetahuan tentang negara tu tak banyak. Balik-balik tu je la aku tulis.


Jepun ngan Nippon tu lain negara okehhh.
Pffttttt!


Ha ni best.
Pilipinas.
Carik la sampai jumpa.


Lady Diana aku kenal.
Negara dia aku tak kenal.


Ok, tolong ingatkan aku POSTA ni negara apa sebenarnya.


Masa Darjah 6, aku cuba nak banyakkan lagi setem.
Aku try hantar gamba kat Dewan Pelajar ruangan berkenalan. Dengan harapan dapat banyak surat.
Dapat banyak surat?
Kau rasa???
Masa tu naif sangat. Hantar gamba kat Dewan Pelajar dengan harapan dapat kenalan, boleh kumpul setem. Gamba tu tak pilih-pilih. Asal ada gamba je terus hantar. Nasib kau lah kan pastu. Memang takde yang nak kenal ngan aku pun. Mbahahaha.

Pastu dah slow sikit hobi ni sebab boring balik-balik setem Malaysia.
Tapi hobi ni berlanjutan sampai aku kenal ngan pakwe Jepun. Asal surat dia sampai je benda pertama aku kopek adelah setem dia dulu, pastu baru baca surat. Now dah tua ni, hobi pun dah bertukar ke baca buku, membuta, baca buku, membuta. Hujung minggu merayap. Tu je la.




Ni aku tepek muka aku pakai shawl Hawa pulak.
Sebab aku tengok ada warna yang kurang menyerlah bila dalam studio. Patutnya gamba studio lagi cantik. Ni aku ambik pagi tadi before gi keje, guna cahaya matahari tepi tingkap je tapi warna dia jadi sangat hampir kepada warna in realiti. Tak tau la camana model-model ni boleh tahan pakai sampai 10 helai sorang. Aku pakai 4 ni je dah penat. Boleh cuba comparekan warna shawl ni dengan warna dalam gamba entry semalam ya. KLIK SINI

Nanti esok-esok aku pakai lain color pulak.
By the way shawl ni boleh dipakai ikut style korang sendiri.
Contohnya today aku selimpangkan je ke bahu, tak lilit-lilit pun :


 Cukup labuh untuk cover dada.