2025-11-30

GreenAard: Craving wujud sebab badan kita carry memori genetik nenek moyang dulu.


Ada someone tanya aku pasal craving. Dia tanya camana nak stopkan craving. Dia terlampau banyak craving. Pizza, aiskrim, cookies, basically comfort food. Baru makan, tiba-tiba rasa nak mengunyah. Tak lapar, tapi nak mengudap. Pernah cuba tak nak layan, tapishe end up rasa gelisah takleh fokus kat kerja. Mood pun spoil. Actually craving ni bukan selalunya tentang self-control atau “foodie”. Some craving wujud sebab badan kita carry memori genetik nenek moyang dulu.

Dulu, manusia takde food security macam sekarang. Mana ada supermarket, GrabFood, 7-11, or kabinet dapur penuh makanan. Nenek moyang kita dulu hidup dalam keadaan tak pasti esok ada makanan nak dimakan ke tak. Dulu kebun pun takde. Tak tahu nak expect apa. Buah bukan ada sepanjang tahun. Bukan semua tempat ada binatang nak diburu. Tak semua tempat ada garam. Tak semua kawasan ada air bersih. Maknanya, manusia zaman dulu hidup dalam mode survival 24 jam. So bila dorang jumpa makanan especially garam, lemak and gula, otak automatik assumes that’s the most precious thing ever. Sebab apa? Sebab tiga benda ni adalah bahan bahan untuk kekal hidup.

Kalau musim sejuk, makanan cepat habis. Kalau banjir, makanan hilang and cepat rosak. Kalau terlalu banyak pemangsa, manusia tak boleh keluar berburu. Jadi, bila dapat lemak especially lemak haiwan, badan akan simpan sehabis baik sebab lemak bagi tenaga paling tinggi. Badan akan guna lemak bila badan kebuluran (lama tak makan). Itu sebab sampai ke hari ini, kita cenderung craving makanan berlemak everytime stress, penat atau dalam keadaan kita rasa tak selamat (anxiety). Memori genetik tu membuatkan badan masih ikut cara lama.

Dulu, gula bukan macam sekarang. Sekarang gula macam-macam bentuk. Aiskrim, boba, kek, coklat, donut, pastries, soft drinks and of cos table sugar. Sumber gula nenek moyang kita dulu cuma madu dengan buah-buah hutan. Itu pun bukan selalu ada. Jadi, bila gula muncul di zaman sekarang, it gives quick energy. Gula adalah mode boost paling cepat. That's why bila kita stress, kita cari coklat, dessert, air manis. Sebab otak kita bagi signai kita dalam keadaan bahaya yang perlukan energy segera. Padahal bukan bahaya apa sangat, cuma stress buat kerja office.

Garam pun sama. Garam ni stabilkan sistem saraf. Orang zaman dulu tak tahu nak buat garam dari laut. Dorang bergantung kat daging, darah, atau mineral semulajadi je. Badan kita sebenarnya lagi perlu garam dari gula. Gula boleh skip, garam jangan. Tapi tak bolehlah too much. Sebab apa takleh kurang garam? Sebab garam yang gerakkan saraf dan otot. Kalau kurang garam, boleh dapat sawan and boleh tiba-tiba collapse. That's why askar, atlet, pelari marathon semua kena electrolyte. Jadi bila badan kita craving masin, itu sebenarnya petanda badan stress, atau saraf tegang. Badan perlu garam untuk tenangkan sistem.

Tapi tu lah, now kita bukan dalam survival mode macam nenek moyang dulu tapi otak masih hidup seolah-olah kita dalam survival mode. Sikit-sikit craving. Padahal makanan ada 24 jam, gula bersepah, garam ada dalam semua makanan proses, lemak pun banyak dalam makanan. Tapi otak kita tak evolve lagi. Jadi everytime stress, otak masih mintak gula, mintak garam, mintak lemak. Otak masih tak boleh beza antara “stres kerja” dengan “ancaman hidup”.

Bila kita dah faham root cause craving, kita boleh faham kenapa yang makan GC Plus dan Maaltyd boleh buatkan kurang craving dan lapar.

GC Plus & Maaltyd bukan produk weight loss yang fokus pada burn fat. Ini produk yang stabilkan sistem badan terlebih dulu, kendian baru datang weight loss. Dua produk ni lebih kepada stabilize badan dulu, turunkan cravings dan balancekan mood supaya hormon kortisol berkurang (akan kurangkan stress internal). Sebab cravings datang dari stress dan hormon imbalance, bukan sebab kita kuat makan.

GC Plus stabilkan blood sugar dulu. Bila blood sugar stabil, otak tak masuk survival mode untuk cari energy boost. Tapi jangan pulak kau ingat GC Plus ni ubat diabetis, ya. BUKAN. Bila blood sugar stabil, rasa kenyang lebih cepat. Bila kenyang, emotional eating pun berkurang, jadi kuranglah craving. Sebab itu GC Plus stabilkan sistem badan dulu. Dia tak tuju terus ke pecahkan lemak. Bila blood sugar stabil, otak kau tak kacau. Lebih tenang, kurang stress. Bila kurang stress, kau lebih rasional, takdelah nak mengunyah je. Ini semua berbalik kepada konsep asal. Kalau sistem badan stabil, cravings akan hilang sendiri.

Maaltyd pula lebih kepada meal replacement. Dia rendah kalori yang ada high fiber so that bagi rasa kenyang lebih lama. Maaltyd replace makanan proses yang tinggi gula, tinggi garam and tinggi lemak. Maksudnya, dia cut sumber craving dari root cause. So that bila ambil Maaltyd, blood sugar stabil, energy stabil, kurang rasa mengantuk lepas makan, tak craving manis-manis, tak craving makanan berminyak and eventually mood lebih baik. Dan disebabkan dia bagi kenyang lama, maka otak tak aktif cari comfort food selepas ambil Maaltyd.

Aku boleh katakan yang gabungan GC Plus + Maaltyd, boleh turunkan craving around 80%. Sebab dua produk ni kurangkan stress, boleh stabilkan gula darah, panjangkan rasa kenyang and reset survival mode (melalui pembebasan serotonin oleh GC Plus). Bila serotonin keluar, otak tak lagi rasa kita dalam bahaya. Otak dah rasa badan tenang jadi tak perlu keluarkan hormon kortisol banyak-banyak. Bila hormon kortisol rendah, craving takde. That's why apa-apa pun, sistem badan kena distabilkan dulu. Bila badan stabil, cravings hilang. Bila cravings takde, kita makan dengan lebih terkawal. Eventually berat badan berkurang. Ini biologi.

Craving ni bukan masalah takde disiplin, tapi masalah sistem badan. Ramai ingat nak hilangkan craving kena kuat semangat atau paksa diri. Padahal ni bukan masalah nak atau tak nak, tapi masalah biologi + hormon + survival instinct. Kita kena reset sistem badan so that cravings turun natural tanpa dipaksa. Badan kita masih membawa memori genetik survival nenek moyang. Kita kena guide badan kita untuk tahu cara macamana nak lose weight.

Dari testimoni aku sendiri yang guna dua-dua produk ni, benda pertama yang aku nampak bukan weight lost, tapi lebih kenyang and lambat lapar. Pastu craving berkurang. Mood lebih baik. Tidur lebih nyenyak. Hujung-hujung baru nampak how semua ni affect weight lost.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.
  


2025-11-29

Medical Card: Takde siapa nak guna medical card. Kalau boleh semua nak sihat.


Semalam aku penat menangis mengadu kat kawan sekolah, Nurul. Berwhatsapp-whatsapp dengan Nurul sampai menitik-nitik airmata kat phone screen. Takleh call nanti satu apa aku takleh bercakap.

Aku ada sorang kawan yang dapat kanser. Ini isteri kepada boss En Wan sekarang. Aku kenal isterinya tahun 2022. Baru 3 tahun kenal tapi disebabkan aku always teman En Wan ke banyak event, kitorang berdua selalunya dapat jumpa and sembang-sembang, eventually jadi kawan. Dia baca blog aku juga.

En Wan always dapat reward toppers treat (makan-makan). Boleh dikatakan sejak En Wan jadi agen, muka aku memang ada je kat majlis makan-makan sebab laki aku always dapat 2 seat. Dan setiap kali attend makan-makan aku tanya dulu En Wan, wife boss ada sekali tak? Kalau ada baru aku join sebab seganlah yang lain lelaki. Selalunya bos akan bawa wife. Jadi boleh dikatakan every month memang kitorang berdua dapat berjumpa.

Setiap kali makan-makan, bila tiba waktu solat kitorang solat sama sebab berdua je perempuan. Makan pun di meja yang sama. Masa kat Paris, jalan sama-sama, mengopi sama, shopping pun sama. Kat Melbourne baru-baru ni boss tak join, jadi aku and En Wan "jagakan" wife dia. Makan sama, solat sama, shopping sama. 

Last year her first umrah. Masa kat Madinah period aku belum kering. Dia gigih cari mutawwif minta ikhtiarkan supaya period aku stop. Alhamdulillah aku dapat solat dalam Raudah, sebelah-menyebelah dengan dia.

7 October lepas kitorang makan-makan. Masa tu dia demam. Ingatkan influenza. Tak lama lepas tu dia bagitau dapat stage 2 breast cancer. Allah terkejut aku. Hari pertama dia buat treatment di hospital, aku and En Wan datang. Masa tu dia belum start treatment, tengah tunggu doktor datang. Kat katil hospital masih dengan laptop, buat kerja. Masih lagi bagi semangat kat team. Aku konfiden the treatment akan bagi positif result looking at her energy.

2 weeks after treatment, boss bagitahu she is now at stage 4 dengan liver function tinggal 10% saja. Terdiam kejap aku. Macamana secepat ni? Padahal 2 minggu lepas masih di stage yang ok. Esoknya terus ajak En Wan gi jumpa. Dia masih lagi boleh berjalan, bersembang, gelak-gelak, cuma muka nampak pucat sikit. She is trying to be strong, sebab itu sahaja yang ada now. Tapi sesekali bersembang, air mata tu keluar juga. Aku tahan-tahan je airmata. Aku takleh, kalau aku dah start nangis nanti takleh stop.

She is a very good person. Pergi mana-mana mesti bawa buah tangan. Datang open house rumah aku last year "Sorry I tak sempat nak beli apa-apa". Dia punya tak sempat tu nah kau sejambak besar carla lily. Sama macam Nurul, suka bagi bunga.

Sebenarnya last week selepas treatment doktor nak terus tahan dia kat wad bila result not so good, tapi dia mintak balik kejap nak uruskan banyak benda - savings, TH, ASB, insurance, property, etc. Bila dia kata "I dah bagi semua password-password I kat boss", luluhnya hati aku.

"I wake up this morning, I thanked Allah for another day. That is something yang I lupa nak cakap selama ni. Dengar azan pagi-pagi now I menikmati sangat suara azan. Bukak pintu dengar suara burung, priceless"

Aku rasa nak meraung bila dia cakap macam tu.

Dia dulu cikgu selepas tu quit untuk jadi agen takaful full time, for 27 years.

"Dulu kita permudahkan urusan orang lain, tolong orang buat claim, tolong orang dapatkan good treatment, but now I yang buat treatment untuk diri sendiri. The feeling tu..lain Diana. Susahnya nak manage emosi"

27 tahun ada medical card, tak sangka di tahun ke-27 dapat kanser. Inilah yang kadang aku sakit hati bila baca post-post orang kata "Rugi je bayar tiap-tiap bulan tapi tak guna". Kau try duduk kat tempat kawan aku kalau nak guna sangat kad tu. Nak??

Hakikatnya takde siapa nak guna medical card. Kalau boleh semua nak sihat. Tapi sakit tu datang takde signal. Sebab itu kita prepare medical card sebagai financial protection sekiranya jatuh sakit. Like kawan aku ni, baru je 2 bulan lepas gi Melbourne sama-sama, balik dari Melbourne ada event kat Langkawi. Segalanya berjalan macam hari-hari biasa. Tup-tup stage 2. Padahal sihat bertenaga, takde lansung tanda-tanda sakit. Tau-tau dapat demam 2 minggu tak kebah-kebah. Rupanya kanser.

Kita bayar medical card untuk kes-kes macam ni. Bukan bayar dengan harapan one day akan sakit supaya boleh guna. Kita buat sebagai persediaan just in case perlu guna, bendanya dah ada. Kawan aku ni sendiri cakap kat aku hari tu "Luckily ada medical card, at least tak risau pasal treatment, so I can focus on spiritual healing". This is exactly the same aku pernah tulis dulu.

Ramai orang salah faham konsep medical card. Dorang ingat medical card ni macam investment. Kalau tak claim, rugi. Padahal medical card bukan investment. It is a protection. Kita bayar untuk elakkan beban yang lebih besar kalau tiba-tiba jatuh sakit. Bila dah ada, at least satu bab dah settle. Kalau tiba-tiba sakit, accident, atau perlu treatment segera, takyah serabut fikir “mampu ke tak mampu bayar?”. Kos hospital sekarang bukan murah. Satu malam warded pun dah boleh cecah 4 angka. Bayangkan tengah sakit, dalam masa yang sama otak kena fikir pasal duit.

Kawan aku buat treatment kat KPJ. Hari tu masa visit, ok juga bilik dia, selesa. Doktor kata kalau boleh kena ada orang temankan sebab treatment ni buatkan patient lemah, drowsy and nausea. Perlu bantuan. Kalau ada orang teman, lebih baik. Nak orang teman tu pun kena pikir juga keselesaan. Kalau tempat tak selesa, tukang teman pun boleh jatuh sikit sebab stress dengan enviroenment.

Tolong doakan Aireen kembali sihat, ya. Semoga ada keajaiban.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  


2025-11-28

Thank you for allowing us to love you tapi cepat-cepatlah kawen. Semaklah aku dengan fitnah gay ni.


Menggeletis betul aku nak tulis apa berlaku kat Weibo. Tapi sebelum tu aku nak respond pada beberapa orang yang tanya "Kak, Chen Zheyuen datang Malaysia wakil iQIYI. Ramai flex kat Thread dapat invitation dari iQIYI"

Biarlah mereka bergembira. Bukan selalu CZY datang Malaysia. Kasiklah chan. Dak-dak Thread tak tahu CZY kena hencap teruk kat China. Kat Weibo iQIYI tak mention lansung pasal CZY ke Malaysia. Maybe iQIYI update kat international platform je.

Hari ni kat Weibo lagi bising pasal Johnny. Biasalah, birthday Johnny hari Ahad ni. Macam tahun-tahun sudah, asal dekat dengan birthday je, rancaklah babi-babi sondol-menyondol. Nak-nak pulak semalam a few mall dah start launch slide muka Johnny dengan birthday wish, panaslah pungkok masing-masing. Semalam Yifu spend letak muka Johnny sepanjang laluan subway with birthday wish. Bengkak la mata haters yang lalu subway tu. Subway tu dahlah panjang. Nak tak nak silakan hadap muka Johnny sepanjang laluan, ya. Siapa suruh jadi haters. Kalau aku, aku tido terus kat subway tu. Kahkahkah.

Hari ni dah start dorang keluarkan balik cerita Johnny gay. Puncanya, sebab Natural High keluarkan clip video kat lokasi Natural High di Milan hari tu. Dalam clip tu ada game Johnny buat catwalk and pose sexy, pastu ada clip Johnny cakap "Wo xihuan ni" (I like you) kat brother Shen Teng, then ada clip Johnny landing kat bahu Wang Anyu sebab mengantuk. Itupunnnn jadi modal dorang mengkaji kononnya Johnny memang gay. Dorang kata Johnny kalau bab-bab ni sangat natural sekali, macam itu adalah dirinya.

Ohhh, tang Johnny melentuk kat bahu, buat pose sexy, kau kata dia natural gay. Tang dia main Jiu-jitsu, tang dia bergasak dalam cerita polis, tang dia bawak karakter army, takde pulak kau nak kata dia macho straight guy? Bongok.

Yang benaunya bukan apa. Nak kondem Johnny bab acting macam tak kena sebab terang-terang acting Johnny diperakui. So, kondemlah bab private life. Create naratif supaya orang percaya Johnny memang gay supaya Johnny di-banned terus dari industry. Itu sebenarnya yang dorang nak. Sebab pada pikiran dorang, kalau Johnny takde barulah director and production nampak idol dorang. Bangang, kan? Padahal kalau idol korang bagus, dah lama idol korang dapat job non-stop mama Johnny. Masalahnya idol korang kayu. Berlakon jadi CEO and boifren green flag je bolehlah. Lain dari tu, hancusss.

Aku jumpa balik video clip ni. Ini video clip lama tahun 2023, masa drama Bright Eyes tengah tayang. Drama tu belum habis tayang lagi dah dapat banyak feedback positive dari netizen kat Weibo. Nilaikan sendiri how chinese China respond pada drama Johnny and drama Yang Yang:



Disebabkan kena hencap ni la Yang Yang terus hiatus 2 tahun sampai tahun ni. Bila ditanya kenapa senyapkan diri dia jawab "Sebab orang tak sukakan saya"

LEMBIK!

Baru kena hencap pasal lakonan dah merajuk. Cuba duduk kat tempat Johnny, baru kau tahu. Kena hencap, kena fitnah, kena banned, kena boikot. Kalau Yang Yang kena SATU je dari apa yang Johnny kena, aku rasa bunuh diri dah dia ni. Dah memang lakonan kau hauk nak buat camana. Sampai netizen sana sendiri komen kau berlakon tengan baring pun kayu. Kahkahkah. Matilanakkk baring pun stiff. Camana boleh jadi pelakon tak tahulah.

Tapi ye lah, kekuatan dia pada muka hensem. Tengoklah video tadi kata apa. Beza betul lakonan Johnny and Yang Yang padahal sama-sama jadi firefighter. Johnny dengan muka berselipat, dia dengan muka camera-ready. Setiap angle kamera mesti menampakkan sisi hensem seorang Yang Yang. Memang betul pun, kalau tengok drama tu Yang Yang asyik nak nampak cantik je. Memang tergoda betullah masyarakat nak jadi ahli bomba kalau tengok Yang Yang berlakon sebab tak berlengas lansung.

Tapi aku respect dengan netizen China sebab dorang ni jenis yang kalau actor tu berlakon hauk, memang dorang kritik cukup-cukup. Contoh macam video tadi, dorang can go up to that extend compare setiap scene and pergerakan sampai se-detail-detailnya. Kalau tak cukup kuat, konfem givap. Tapi dari sudut lain, kalau kau nak improve, itulah caranya kau improve dengan senang sebab dah clear nampak kekurangan kat mana. Nak kekal relevan tak perlu jadi lebih baik dari sesiapa, cuma kena jadi lebih baik dari your previous drama je.

Dan paling penting, tak payah nak tapau semua. Kenalpasti kekuatan kau kat mana. Kalau kau tak sesuai berlakon period drama, jangan ambik. Kalau tak sesuai berlakon military, jangan ambik. Tapi bila kau ambik, kau kena study betul-betullah karakter tu. Jangan pulak kau ambik tapi lepas tu tak buat homework. Nak jadi firefighter tapi muka bersih. Nak jadi askar tapi badan sekeping.

Dalam drama yang aku share sekarang, The First Shot, director bagitahuada beberapa scene yang pada asalnya dia gambarkan lain, tapi Johnny datang kat dia untuk bagi pandangan kenapa dia merasakan dia perlu berlakon macam ni and macam tu. Maknanya dia taknak ikut arahan director. Direktor kata Johnny sangat study watak. Hasilnya, watak Zheng Bei tu berjaya buat dia nominated dalam Top 5 CMG Award. Dia kalah, tapi nominated pun dah besar rahmat. China produce 5000 drama setahun, ya. Kau dapat masuk Top 5 dah achievement gila.

Kalau tengok list nomination, sorang pun bukan traffic actor, kan? Tu pasak aku cakap actor-actor yang hype kat international platform ni, tak hebat mana pun kat negara sendiri. I tell you, The First Shot memang best! Lakonan Johnny natural and real. Selayaknya dia Top 5 and drama tu menang Best Drama of the Year 2024.

Minggu ni dah start people countdown birthday Johnny 30 Nov. Ramai bloggers dah start buat appreciation post. Tapi tu la, Johnny dijangka tak celebrate birthday sebab semalam dia fly dari lokasi drama WINNER ke Guilin untuk sambung shooting Natural High. Aku ingatkan balik dari Milan hari tu dah habis season. Rupanya dorang pause kejap sebab Johnny and Shen Teng sama-sama ada projek drama. Esok sambung balik shoot Natural High. Aku ada banyakkkkk video Natural High nak share, tapi nantilah ya. Layan video apprecuation ni dulu.



Thank you pada Ocean Alice (bukan Alice fanclub Dilreba tu), yang compilekan perjalanan journey Johnny dari zaman dia jadi runway model sampailah ke program Natural High baru-baru ni. Biar orang nampak how good his acting skill. Macam-macam genre dia carry and he did it very well.

Sedih aku masa clip video Jia Bing cakap "Aku tak nak jadi Huang Jingyu, sangat exhausting"

Exhaustingnya menjadi Huang Jingyu. 9 years of nonstop rumours, slander, and people trying to tear him down. But he never breaks. People attack, he delivers results. The way he keeps walking his path no matter how loud the world gets.

He’s not here to explain himself.
He’s here to outlast everyone.

HAPPY BIRTHDAY IN ADVANCE JOHNNY, dengan ucapan thank you for allowing us to love you tapi cepat-cepatlah kawen. Semaklah aku dengan fitnah gay ni.

2025-11-27

GreenAard: Tak ada produk yang boleh besarkan breast secara real.


GreenAard hari ni pulun blasting pada customer untuk guna point. Sebab hari ni last day untuk redeem point serendah 350 point. Kalau tak, kau kena ada minimum 600 point baru boleh redeem. Siapa yang baca ni yang belum terima whatsapp, silakan whatsapp 013-7557424 untuk semak baki akaun.

Disebabkan ada point redemption ni ramai yang nak beli Gloei, sebab boleh redeem sampai RM20 diskaun. Just nicelah nak beli Gloei. Then ada sorang customer nak repeat Gloei. Reasonnya dia kata breast dia jadi firm and besar sikit lepas makan Gloei. Garu kepala kejap aku. Bukan apa, aku kena explain dari sudut sains supaya takde misleading.

Sebelum apa-apa, sebelum aku kaitkan dengan Gloei, aku nak bagi fahamkan dulu breast tu apa ada dalam.

Breast ada:

1. Tisu lemak (fat tissue)
2. Kelenjar susu (glandular tissue)
3. Saluran susu (ducts)
4. Tisu penghubung (connective tissue)
5. Saraf & saluran darah

Dan breast kita sangat sensitif dengan hormon, especially estrogen, progesterone and growth hormone. So bila hormone berubah, breast pun boleh berubah. Contohnya, masa period breast rasa penuh. Macam bengkak sikit. Dan rasa sakit sikit. Lagi satu masa mengandung. Time ni breast memang membesar. Pastu time menyusu. Kalau berat badan kau naik, breast pun naik sebab lemak bertambah. Maka bila berat kau turun, breast akan mengecil.

So ceritanya kat sini, breast memang boleh berubah. Tapi persoalan boleh ke suplemen atau topical produk membesarkan breast, aku kena explain panjang sikit.

Biasanya suplemen yang claim produk dia boleh besarkan atau firmkan breast akan mention guna bahan-bahan yang ada phytoestrogen. Dalam Gloei pun ada phytoestrogen sebab ada extract soya. Estrogen memang ada impak pada breast tapi phytoestrogen walaupun menyerupai estrogen, nak membesarkan dan meng-firmkan breast adalah agak MUSTAHIL.

Dia senang cerita macam ni la. Salah satu makanan harian kita yang ada phytoestrogen adalah soya. Bermakna makanan like tempe and tauhu ada phytoestrogen. Kalau suplemen yang ada phytoestrogen dikatakan boleh naikkan breast, maksudnya yang makan tempe and tauhu hari-hari, breastnya kekal firmlah. Tapi pernah ke nampak orang makan tofu hari-hari breast membesar? Tak, kan? Sebab suplemen ber-phytoestrogen biasanya TAK cukup kuat untuk membesarkan breast.

Customer Gloei yang kata breastnya tegang sikit sejak ambil Gloei, MUNGKIN perubahan tu berlaku sikit tapi bagi dia itu perubahan yang besar. Maybe dia sejenis yang perhatikan breast jadi dia nampak kesan tu. Tapi aku boleh cakap yang perubahan tu mungkin dari segi rasa full (again, RASA), rasa tegang, rasa naik sikit (sangat minimal). Tapi itu bukan pembesaran tisu sebenar. Lebih kepada hormon shift dan fullness yang sementara. Rasa ni akan hilang bila stop Gloei.

Sebab phytoestrogen terlalu lemah untuk stimulate breast tissue growth macam estrogen perempuan muda. Lagi satu kalau phytoestrogen kuat sangat, boleh kacau kitaran period dan naikkan risiko breast cysts. So kalau produk yang katanya khusus untuk naikkan breast, yang makan 2-3 kali dah nampak perubahan breast, maybe phytoestrogen-nya kuat. Jenis produk gini patutnya kena klasifikasi under taraf ubat hormon, bukan suplemen.

Orang perempuan kena faham, untuk breast membesar secara real, tiga benda MESTI berlaku. 

Yang pertama, lemak bertambah di kawasan breast. Nak tambahkan lemak kat breask maknanya kau kena tambah berat badanlah. Tapi suplemen tak boleh pilih tempat lemak naik. Kalau naik, naik satu badan, bukan breast je. Jadi, secara sains, point pertama ni mana-mana produk membesarkan breast tak boleh buat.

Yang kedua, tisu glandular kena bertambah. Tisu ni hanya bertambah bila kau mengandung, masa menyusu atau guna ubat hormon. Mana-mana suplemen tak boleh induce fenomena ni. Jadi, point kedua ni pun mana-mana suplemen tak boleh buat.

Yang ketiga, estrogen tinggi dan stabil boleh besarkan breast. Yang ini boleh buat, tapi bahaya sebab kau tambahkan estrogen tinggi dalam badan. Jangan buat sembarangan, ya.

What about topical product?

Berpuluh-puluh krim kata boleh melancarkan darah ke breast supaya breast besar, boleh stimulate estrogen, boleh tambah lemak kat tetek, boleh naikkan isi breast, etc.

Whateverlah. Yang penting, sains kata kulit hanya serap molekul tertentu. Untuk estrogen sampai ke tisu dalam breast adalah MUSTAHIL sebab molekul estrogen terlalu besar untuk tembus kulit. Jadi krim yang claim ada “estrogen semulajadi”, ini 100% marketing.

Krim mungkin boleh bagi breast nampak plump sekejap sebab hydration. Dia bagi tegang sekejap sebab effect lotion. Tapi tak boleh tambah tisu breast, tak boleh tambah lemak breast, tak boleh trigger hormon dan tak boleh besarkan cup size. Sama macam Gloei, tak boleh besarkan breast. Tapi, Gloei boleh tambahkan susu badan. Ini confirm.

Ada beza breast enlargement vs lactation. Susu badan kita dikawal oleh hormon prolaktin. Bila prolaktin tinggi, susu jadi banyak. Dalam Gloei ada ekstrak bahan aktif yang bantu stimulate milk production. Bahan-bahan ni tak besarkan breast, tapi bantu milk let-down and prolaktin activity, membuatkan susu jadi lebih banyak. Jadi kesan “susu banyak” ni mempengaruhi size breast. Breast terasa full sebab susu banyak, jadi nampak lebih besar sikit.

Tapi untuk orang tak mengandung, bila makan Gloei, kelenjar susu takde signal hormonal untuk berkembang. Jadi susu takkan dihasilkan, atau maybe sangat minimal. Breast mungkin terasa full sekejap sebab placebo atau water retention, bukan sebab glandular tissue bertambah. Maybe inilah yang customer Gloei rasa tu.

Kebanyakan yang makan suplemen atau topical product untuk besarkan breast, adalah kerana water retention (air berkumpul). Breast jadi penuh, nampak besar, tapi sementara. Keduanya, peningkatan blood flow yang gives fullness effect. Padahal breast tak membesar secara real. Hanya temporary. Effect ni tak konsisten, tak besar dan tak kekal. And honestly, kalau breast naik 0.3 cm, kita nak percaya.

Nak besarkan breast secara kekal, gi buat fat transfer. Pindahkan lemak dari perut atau paha ke breast. Tak cukup lemak meh ambik lemak aku sekali. Tapi yang paling konsisten, buat breast implant. Takde suplemen atau krim yang boleh beat prosedur ni.

Tapi ye lah, cakaplah apa pun dari sudut sains, market breast enhancement ni laku keras. Sebab ramai perempuan insecure dan suka shortcut. Bila demand tinggi, maka marketing jadi berani. Tu pasal dorang berani claim bukan-bukan.

Kadang-kadang bila koita dah educate dari sudut sains pun, orang tetap nak beli juga sebab “What if it works?”

Ahh, gasak kaulah. Duit kau.

Walaupun orang kata "makan Gloei breast saya macam besar sikit", aku as founder tetap kata secara saintifik, TIDAK. Secara logik, TAK MASUK AKAL. Dan secara realiti, ITU EFFECT SEMENTARA.

Tak ada produk yang boleh besarkan breast secara real. Yang korang rasa tegang dan besar tu semua temporary effect saja. Breast hanya boleh membesar secara nyata bila hormon betul-betul berubah. Bila tisu bertambah. Bila lemak meningkat. Atau bila buat surgery. Suplemen dan krim tak cukup kuat untuk buat semua ni. Kalau bagi fullness sementara, logik. Kalau bagi hydrate kulit, boleh. Kalau bagi harapan manis, laaaaaagi boleh. Sometimes harapan tu lebih kuat dari logik.

Nak bagi breast nampak firm and healthy, just gain healthy weight. Posture kena betul (ini banyak membantu). Pakai bra fitting yang tepat. Ramai salah size bra. Atau kalau serius, buat je lah fat transfer. Tak pun, konfiden je lah dengan apa yang ada. Tak semua breast perlu besar. Yang penting bendanya ada and proportioned dengan badan sendiri.

Gloei tak boleh besarkan breast. Tapi Gloei boleh tambahkan susu badan dan boleh tambahkan kolagen. Bila kolagen bertambah, skin jadi lebih healty. Bila skin healty, kawasan kulit sekeliling breast jadi lebih kuat yang boleh kurangkan sagging, tapi tak boleh firm atau besarkan breast.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-11-26

Siapa minat Chen Zheyuen (CZY) mari merapat.


Berita dari Weibo. Siapa minat Chen Zheyuen (CZY) mari merapat.

Katanya kerjaya CZY berada di ambang kejatuhan. 2 drama dia tahun ni iaitu Olive White Tree and the latest one Fated Heart kena kritik kaw-kaw kat China oleh netizen, media, and bloggers. Menangis lagilah nampaknya dak CZY ni karang. The thing is, dua-dua drama ni trending bagai nak rak kat international platform. Kat Netflix No. 1 terus! Tapi kat negara sendiri flop. Tu yang aku cakap hari tu, drama yang hype bagai nak gila kat Netflix belum tentu dapat respond yang sama kat negaranya sendiri. Standard entertainment sana sangat high.

Kalau tengok China, apa bidang je yang dia tak letak high standard? Sports, technology, sains, innovation, buildings — semua standard tinggi-tinggi. Even nak masuk universiti pun ada exam khas yang orang gelarkan “The China IB”. So tak peliklah kalau dalam entertainment pun standard yang dorang letakkan sangat tinggi. Ditambah dengan penduduknya 1.4 billion, bermakna competition is very high. Kalau kau berlakon sembrono, tak lamalah jawabnya dalam industry.

Dari semalam trending kat Weibo isu CZY. Aku terkejut juga, seriuslah kerjaya dia dah start goyah? Sebab aku tak ambik tahu sangat retis lain. Kita fokus kat retis kita jewww.

Rupanya drama latest (masih ada kat Netflix) tajuk Fated Hearts kena hentam teruk. Drama tu dorang kata ok, cuma lakonan CZY yang hauk. Dorang kondem muka CZY pun pelik semacam dengan mekap yang terlampau. Lakonan pun kejung tak match dengan Li Qin (female lead).

Tu yang aku cakap, traffic actor selalunya main light-light drama je. Itupun kadang terkehel. Hari tu CZY cuba berlakon military dalam Olive White Tree — gagal. Pastu Fated Heard — gagal. Padahal dia dikatakan breakthrough actor selepas Hidden Love, Mr Bad and Our Secret.

Aku tengok banyak dah drama CZY termasuk Detective Chinatown and Handsome Siblings. Bagi aku dia BOLEH berlakon, bukan tak boleh. Takde issue, cuma light-light genre je lah. Comedy boleh. Nak jump ke heavy acting nampak macam belum ada kebolehan lagi. 

Dia ni strength-nya pada muka yang handsome, jadi dia suit kat genre tertentu je. Genre imej youthful, innocent romance, dan warm boy archetype bolehlah. Olive White Tree and Fated Heart are adaptasi novel. Emosi dua-dua drama ni heavy. Pacing kena mantap. Need more than sekadar bergantung kepada kekuatan skrip. Tak tahulah dia yang tak leh carry watak-watak tu atau director yang bangang tak pandai guide.

Kat China drama yang adaptasi IP (intelectual property) is very competitive. Kalau drama tu tak capai standard imaginasi pembaca, bersedialah menangis kena kritik kaw-kaw. Salah satu sebab terbesar kenapa drama Addicted (Johnny’s first debut) success adalah sebab both Johnny and Timmy potray watak gay tu real sama macam yang pembaca imaginekan. Walaupun drama tu low budget, pengarahnya bagus. Dia cari bakat baru untuk carry watak Gu Hai. Dia tak sauk actor yang sedia ada semata-mata nak jalankan projek.

Waktu tu, tahun 2016, Timmy was already a star. Tapi untuk carry watak Gu Hai perlukan someone yang ada “bad-boy vibe”. Ketika tu takde lagi actor yang match imagination director untillah director buat audition and found Johnny. Johnny masa tu atlet Jiu-Jitsu Shanghai. Dia dah nak bertanding kat Tokyo, tapi kawan dia beria nak dia pi audition sebab bayarannya 20,000 yuan. Waktu tu Johnny perlu duit sebab atok dia sakit. So Johnny try, terus dapat. Berbelah bagi pada awalnya samada nak accept the offer atau fly ke Tokyo untuk match Jiu-Jitsu. Berlakon tak pernah ada dalam plan dia. Tapi disebabkan nakkan 20,000 yuan, dia pilih berlakon. 20,000 yuan tu cuma USD2,800 je. 17 episod untuk USD2,800 je. Punyalah low budgetnya.

Selepas drama Addicted, dia plan nak balik menjadi atlet. Tapi impak Addicted sangat besar. Sebelum drama tu habis tayang, dah viral internationally. Dia punya lakonan sangat real as Gu Hai. Dia punya real tu sampai drama kena banned terus. Dulu orang bayar dia 20,000 yuan. Now satu drama orang bayar dia USD4-5 million.

Aku rasa dalam kes CZY ni benaunya penonton mengharap CZY kekal dalam genre yang dia boleh carry saja. Muka comel macam tu tak sesuai dengan banyak watak. Dengan badan kau yang kerempeng tu manalah nak match dengan watak yang heavy? Agency pun bangang. Patutnya carilah skrip yang sesuai. Jangan nak acah-acah breakthrough acting moment tapi talent kau takleh carry watak heavy. Yang kena bash nanti talent kau jugak.

Yang CZY pun kalau nak ubah angin ke watak-watak yang lebih heavy, kau kenalah be the character. Ini tak. Berlakon as army, tapi keding. Cubalah masuk gym buat body. Wang Tian Chen pulak lagi menyerlah dalam drama tu. Tian Chen pulak yang beria buat body dari kau yang male lead.

However current situation tak bermaksud karier CZY dah mati, cuma maybe ini fasa kritikal. Dia kena ada manager yang boleh guide untuk pilih projek yang betul. Patutnya bila ada kelebihan as traffic actor, duduklah dengan fanclub tanya pandangan mereka tentang pemilihan genre and peranan yang sesuai. Itulah gunanya ada fanclub. Bukannya memekik-mekik pegang banner tunggu nyanyi happy birthday je.

Sayang kalau tak guna kelebihan as traffic actor. Traffic actor ni bukan saja agency sediakan fanclub, tapi ada blogger khas untuk hype-kan artis. Tapi tu la, blogger khas pun takde function. Patutnya blogger bagilah perspektif and gambaran watak-watak and jalan cerita yang sesuai untuk CZY carry. Dah dibayar jadi blogger pun bangang. Johnny tu pakkal bukan traffic actor, kalau tak, lagi BOOM dia pergi. Kau konfem tenggelam terus.

Semalam aku up Episod 2 The First Shot, pagi ni dapat feedback “Naturalnya Johnny berlakon”.

Ya, sebab dia adalah method actor. Tu sebab lakonan dia real and natural. Director sanggup tunggu jadual dia free walaupun perlu tunggu sampai 4 tahun, sebab director tak nak pass watak tu pada orang lain. Method actor ni dorang BE THE CHARACTER selagi mana shooting masih berlansung. Kalau 90 hari, 90 harilah karakter dia stays macam tu in and out of screen.

Tadi ada satu DM cakap “Apesal macam berkahak je suara Johnny?” (dalam drama The First Shot).

Itulah namanya method actor. Selama 112 hari shooting kat Halan, the whole 32 episod dia bercakap pakai dialek Halan (northern). Tu pasal suara dia macam berkahak. Dia jadi orang Halan kejap.

Dalam Operation Red Sea, 3 bulan before shooting dia masuk navy camp, berlatih jadi sniper dengan real sniper. Rambut pun sanggup potong recruit cut. Biar gonjeng.

Dalam Formed Police Unit, dia masuk kem untuk jadi UN Police Force. Dah macam polis betul dah sampai polis pun panggil dia Huang Sir.

Itulah namanya method actor. He become the character. Sebab itu Johnny sangat sesuai bawak watak heavy and emotional. Dia boleh keluarkan airmata, tak payah guna glycerin tears. Itulah kekuatan method actor. Dorang mampu gunakan method pengalaman hidup untuk keluarkan emosi. And that explains kenapa lakonan dia natural.

Nak tengok tak beza method actor dengan script actor?

Contohnya Xukai. Kau tengok Xukai dalam drama Arsenal Military Academy. Nama je military genre tapi ce tengok rambut dia.

Paler hangguk dia rambut askar berjurai macam ni?

Inilah bezanya. Script actor TAKKAN go deep sampai sanggup kuruskan badan, atau gemukkan badan, atau potong rambut demi lakonan. Dorang nak jaga imej. Hanya method actor je berani lawan arus.

Johnny in The Lost Identity

Johnny in Operation Red Sea

Johnny in Ace Troops

Johnny in Formed Police Unit

Bila layan drama Johnny, rasa puas. Sebab feel tu sampai dari segi visual, karakter and skrip. Selari. Bila dah banyak layan drama Johnny, try layan drama actor lain rasa tak best. Rasa kejung and lembap je. Especially traffic actor punya drama. Muka semua jenis nak maintain floles. Rambut on point 24/7. Letih!

Game method actor and traffic actor berbeza. Traffic actor ni time kau muda oklah main idol drama. Tapi sampai bila kau nak main idol drama? Umur 35 je dah out. Masa tu kalau baru nak try different genre dah lambatlah. 

Method actor takde image nak dijaga. 80% dari semua lakonan dorang semua bare face tanpa mekap. Kekuatan dorang adalah pada acting skill which last longer. Cuma method actor ni takdelah famous internationally. Tapi dorang famous dalam negara. Orang dalam industry saja tahu strength dorang kat mana. Method actor selalu dapat nomination kat prestige award. Traffic actor pulak jenis yang selalu mengungguli award kat Anugerah Bintang Popular Berita Harian.


2025-11-25

Medical Card: Kenapa caruman PruBSN naik tiap-tiap tahun?


Semalam aku respond pada post atas sebelah tadi. Aku dah letih baca post yang sama ulang-ulang every year.

“Kenapa caruman PruBSN naik tiap-tiap tahun?”

“Kenapa takaful lain tak naik macam ni?”

“Dulu RM180, sekarang RM300 lebih!”

Bila baca je claim macam ni, aku dah boleh agak ini mesti kes pelan step-up.

Ramai orang masa mula-mula ambil takaful, yang dorang nampak cuma satu benda iaitu NAK MURAH. Tak tengok betul-betul struktur pelan, tak tanya jenis pelan yang dia ambik. tak mintak agen explain pasal kenaikan, tak ambik tahu langsung macamana mekanisme step-up plan tu berfungsi. Yang penting masa tu cuma nak bayar murah. Memang ada pelan yang murah tapi kenaikkannya setiap tahun.

Kenaikan caruman adalah bergantung kepada Bank Negara. Kalau Bank Negara kata kos perubatan naik, maka caruman takaful akan naik. Ini selalunya 2-3 tahun sekali. Yang naik setiap tahun tu adalah pelan berbeza yang kenaikannya tak tunggu arahan Bank Negara. Kenaikannya dah dinyatakan dalam pelan tu sendiri.

Kalau nak murah, boleh ambil pelan ni. Tapi kenaikkannya setiap tahun sampailah follow standard caruman semasa. Konsep pelan jenis ni taknak bagi kau terbeban awal-awal dah bayar mahal. Tapi selalunya client terkejut kemudianlah sebab setiap tahun ada kenaikan. En Wan tak nak offer lansung pelan murah ni sebab dia taknak sakit kepala melayan karenah client. Bukan apa, selalunya client yang nak murah nilah yang akan bagi headache kendian hari. Masa dia mintak murah dulu dia tak ingat. Bila kenaikan setiap tahun, dia meroyan.

Pelan murah macam step-up plan memang dicipta khas untuk orang yang baru nak mula takaful, yang bajetnya ketat, tapi nak ada medical card. Takaful wujudkan pelan jenis ni supaya client ada PILIHAN. Contoh. mula-mula RM180, then naik jadi RM200, lepas tu RM220, sekarang dah RM264, tahun depan RM287. Kenaikan cuma RM20-40 saja tapi sebab every year naik maka kau pun hangin. Padahal naik tak banyak mana. Itu sebenarnya dah cukup baik sebab takaful bagi masa untuk kita bertenang-tenang bayar. Tak terbeban.

“Step-up Plan vs Level Plan”

Ramai orang tak tahu beza dua ni, sebab masa sign up dulu, maybe agen tak jelaskan.

Step-up plan maksudnya bayaran caruman akan naik MENGIKUT UMUR. Every time umur kau masuk kategori baru, caruman akan naik sebab risiko kesihatan meningkat.

Level plan adalah caruman tetap dari awal sampai akhir (selagi tak Bank Negara tak announce inflasi perubatan). Tapi pelan macam ni dari awal dah mahal sikit sebab syarikat takaful dah ambil kira risiko jangka panjang.

Kalau umur 25 ambil pelan step-up, memanglah murah gila sebab masa tu kau muda, risiko rendah. Bila dah masuk 30-an, 40-an, 50-an, caruman akan berubah sebab risiko meningkat.
“Tapi kawan aku punya takaful tak naik selaju ni.”

Membongak!

Semua takaful berada di bawah Bank Negara. Kalau Bank Negara keluarkan statement inflasi perubatan, SEMUA TAKAFUL akan naikkan caruman. Bezanya adalah pada pelan mana kau ambil. Ada syarikat yang bagi pelan level dari awal, ada yang guna sistem hybrid (gabung level dan step-up), ada yang strictly step-up. Kau tak boleh compare dari segi harga caruman. Kena tengok jenis pelan.

Sama juga dengan plan booster, rider tambahan, limit tahunan, jenis bilik hospital. Ini semua boleh buat harga caruman berbeza. Kadang pelan orang lain nampak murah sebab dia tak ambil booster tambahan. Tapi bila masuk wad, barulah menyesal sebab limit tahunan kecik.

Kenapa aku kata tak logik baru 6 tahun dah sampai RM311? Sebab aku sendiri umur 48 tahun, dah lama dengan PruBSN, dan pelan aku siap ada Medic Booster RM1 juta setahun (maksudnya every year aku ada limit RM1 juta) pun baru RM350. Nak banding dengan orang yang baru 6 tahun pakai medical card tapi caruman dah RM311, of cos la aku rasa macam pelik kat situ. Aku syak polisi yang dia ambil step-up plan sebab kenaikan setiap tahun.

Kalau aku yang umur nak masuk 50 pun bayar RM350, kau baru pegang 6 tahun dah RM311, sah-sah pelan kau bukan level-up plan. Itu yang aku suruh semak balik, tengok betul-betul plan code, tanya agen asal, atau call terus HQ. Jangan main assume pastu nak melahar mencilakan orang. Semua orang tak naik macam kau.

Hari tu En Wan visit sorang client. This client baru ambil medical card. Tak sampai 1 tahun, kena kanser. Medical card takleh guna untuk rawatan critical illness kalau belum cukup 2 tahun. Jadi this client pakai medical card company tapi dah habis limit. Now pakai duit sendiri. En Wan jumpa dia baru-baru ni untuk tengok apa yang boleh dibantu. Client ni cakap dia ada another polisi takaful PruBSN tapi “saving”. En Wan kata pelik pulak polisi saving. Apa benda yang saving? So En Wan checkkan polisi tu. Rupanya hibah! Agen polisi hibah ni dah tak wujud.

En Wan check polisi hibah tu ada sekali dengan critical illness. Maksudnya sekiranya berlaku critical illness (tak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit), hibah tu boleh dikeluarkan. Terus petang tu juga En Wan uruskan dengan hospital. Now tengah dalam proses. Aku suruh En Wan follow up laju-laju biar dapat hibah tu cepat. Kesian, rawatan cancer tak murah, ya. At least dapat hibah tu nanti boleh guna duit. Korang yang dah ada hibah, cuba tambahkan Critical Illness dalam tu. At least manalah tahu kalau jatuh sakit, hibah tu boleh dikeluarkan.

Khamis lepas aku gi ziarah colleague En Wan. Baru kena kanser. Luckily dia agen yang of course ada medical card. Rawatan buat kat KPJ Damansara. Alhamdulillah, masuk hari ni, lusa dah start 1st cycle. Masa aku ziarah, dia boleh mengadap laptop lagi buat kerja. Risau memang risau siapa tak risau bila jatuh sakit, kan. Tapi aku nampak at least dia tak serabut sebab medical card dia boleh cover rawatan. Kat situ at least dah takyah pikir. Bukan nak kata medical card tu boleh menyembuhkan tapi sekurang-kurangnya bab treatment dah settle takyah pikir.

Ok berbalik pada post orang tadi, dia kata dah revise banyak kali pun tetap naik juga.

Memanglah. Sebab kau revise dalam pelan yang sama. Kau boleh revise coverage, kurangkan rider, tapi kalau struktur pelan asal masih step-up, dia tetap akan naik ikut umur. Nak stopkan kenaikan ni kena tukar jenis pelan, daripada step-up ke level-up. Tapi bila tukar, caruman pun berubahlah. Bulanan tinggi sikit daripada yang lama tapi at least tak naik every year.

Ini bukan salah syarikat, tapi salah mindset kita masa mula ambik. Ramai tak suka dengar statement ni, tapi honestly this issue bukan sebab kita sendiri pilih pelan yang memang direka untuk naik every year. Bila dah rasa terbeban, baru nak marah.

Syarikat takaful operate atas prinsip risiko dan umur. Lagi tua, lagi tinggi risiko claim, lagi tinggi caruman. Itu logik insurans dan takaful kat mana-mana negara pun. Takde syarikat yang boleh kekalkan harga RM180 sebulan untuk coverage ratus ribu ringgit sampai umur 60. Bu keneng!

So nak buat camana? Surrender polisi?

JANGAN.

Surrender bukan jalan terbaik kecuali kau memang dah ada pelan baru yang lebih sesuai dan lulus underwritten. Kalau kau stop terus tanpa replacement, nanti bila dah sakit baru nak apply balik, masa tu susah. Jadi sebelum buat decision, check dulu option. Aku suggest tukar pelan, restructure coverage, atau jumpa agen lain untuk second opinion.

Kalau ada budget tambah medic booster RM1 juta, maksudnya every year had tahunan kau direnew ke RM1 million. Jadi overall limit jadi UNLIMITED. Bukan seumur hidup ya tapi setiap tahun di-reset balik. Contoh tahun ni kau dah guna RM800K, tahun depan dia reset balik ke 1 juta.

Kenapa aku suggest medic booster?

Sebab kos rawatan sekarang bukan macam dulu. Now masuk hospital, cecah puluh ribu. Kalau ada limit kecik, cepat habis. Tapi dengan booster, every year dapat semula full limit RM1 juta. Ini option kalu ada budjet. Ini option tambahan saja.

Jangan salah faham konsep “murah”. Murah bukan semestinya berbaloi. Dalam takaful, murah selalunya bermaksud kurang coverage atau struktur pelan yang akan naik every year. Macam beli rumah. Kau boleh pilih sewa RM800 tapi tiap tahun tuan rumah naikkan RM100, atau kau pilih beli rumah dan bayar RM1000 tapi fixed untuk 20 tahun. Pilihan ada di tangan kita cuma jangan salahkan tuan rumah bila dia ikut kontrak yang kau sendiri sign dulu.

Sebelum nak marah syarikat atau post panjang-panjang merentan kat media sosial, semak dulu pelan sendiri. Fahamkan betul-betul jenis plan yang diambil. Bila agen explain, dengar betul-betul. Jangan terus potong cakap, “Saya nak yang murah”. Murah tu la yang buat kau pening kepala lima enam tahun kendian.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)  


2025-11-24

KRU The Grand Finale: One More Time

Apa kau ingat aku dah pegi GenKRU tak datang The Grand Finale??

Datang hokeh!!

Kali ni datang dengan roommate. Bersopan sikit kali ni. Aku pakai blouse and palazzo jeans. Hari tu dengan DPT pakai ala-ala rapper pencen. Dengan T Shirt jersey, cargo jeans dengan windbreaker siap. Dasyat. Tak padan dengan di ambang menopos. Sorang member se-tetek pink sekali join Sabtu lepas. Sebab hari tu dia tak datang GenKRU.

Aku and En Wan gerak pukul 5.15 pm. Park kereta kat LRT Putra Heights, naik LRT turun Bukit Jalil. Sampai stadium hoki around 6 pm. Redeem wrist band dulu pastu beratur beli merchandize.

Wrist band The Grand Finale tak best macam GenKRU. Tapi, kali ni dia bagi LED light stick. Kat luar ramai orang jual kipas tangan. Sebab stadium takde aircond. Kat Axiata hari tu beraircond. Boleh tahan gak panas dalam stadium. Camana la geng-geng bola lepak stadium selama ni, kan? Nasib baik ada kipas tangan, legalah sikit. Dan nasib baik juga kali ni aku pakai blouse je. Aku dah agak dah sure kali ni panas sebab outdoor, jadi aku tak beria sangat ber-OOTD. Aku tengok ada yang pakai overall jeans, jacket kulit, baju berlapis tebal-tebal. Tak lecak ke apa ketiak masing-masing?

Port bergambar and booth merchandize memang panjang queue. Masa GenKRU pun sama. Memandangkan En Wan nak gak beli merhandize, merasalah aku melekat beratur panjang. Takpe, tiket dia belanja jadi kita layankan je.

Rata-rata kat TikTok ramai komplen toilet jauh and surau sempit. Halah halahhhh. Nama pun kat stadium. Selama ni tak pernah nampak ke abang-abang kita solat kat luar stadium everytime ada game? Memang takkan muat surau nak tampung semua. Dah tahu nak datang stadium, kencing siap-siap kat toilet LRT. Bawak sejadah kecik dari rumah. Ambil wuduk awal. Jaga wuduk. Masuk je waktu, bentang sejadah kat koridor, solat. Benda boleh adjust, jangan buat teruk.

Ada yang guna alasan “Most fans KRU ni dah berumur, jauh nak cari toilet”

Dah tahu berumur, duduk rumah dendiam! Tengok cerita Korea. Senang. Satu hal pulak disebabkan dah berumur dorang nak sediakan macam-macam pulak untuk kau.

Hari tu masa kat Axiata disediakan ruang solat terbuka kat tingkat atas. Elok je haihhh. Yang benaunya bukan apa. Masing-masing dah kepanasan dek baju yang berlapis-lapis demi nak dapat vibe KRU. Pastu menggelupur komplen macam-macam.

Seating. Ni satu perjuangan, ya. Ramai salah seating. Sebab ada 2 set of nombor kat kerusi. Tak tahu nak refer mana satu. Refer nombor row je. Part nombor kerusi lepak je duduk dulu, kalau salah karang tukar. Masalahnya yang datang pun level acik-acik, semua pun salah. Hahaha.

“Mintak maaf ya, salah duduk. Maklumlah mata pun tak berapa terang dah, tak nampak nombor” 🤣

Nasib baik semua pun level acik-acik. Semua paham. Tukar seat salah pun tenang, gelak-gelak sama sendiri. Yelah acik-acik. Tenaga nak bertekak dah tak banyak. Darah dah sejuk.

Aku punya seat area Ohh La La. Dari plan yang dorang tunjuk masa booking hari tu macam just nice je dari stage. Sengaja tak nak duduk row depan sangat takut too close nanti nampak tepi je. Rupanya seating Ohh La La jauh juga tapi sebab ada big screen, ok je lah. Screen-wise, lagi best Axiata sebab besar. Sound system ada yang kata ok, ada yang kata tak ok. Maybe tengok seating area juga kot. Dari seating aku macam ok je. Or maybe aku jenis tak kesahhhhh.



Rata-rata kat TikTok ramai komplen kenapa takde lirik papar kat skrin. Ni lagi satu. Kalau kena letak lirik baru boleh nyanyi sama, maknanya awak bukan fans KRU. Tu je. Simple. Fans KRU boleh je nyanyi semua lagu without skrin lirik. Lagu cina pun aku hafal, lagikan KRU.

Ada yang komplen kenapa buat kat stadium. Panas katanya. Ada sebab KRU buat kat stadium. Nama pun THE GRAND FINALE. Mestilah dia nak buat 1 day saja. Kalau buat kat Axiata karang mahu kena drag sampai 4 hari macam hari tu. Stadium hoki ni jauh lebih besar dari Axiata, sesuailah one-shot buat konsert finale.

Juliana Banos 👍🏻
Rabbani 👍🏻
Adam 👍🏻
ELITE ada tapi backup singer KRU je. Tak nyanyi lagu sendiri. Cuma aku confius kenapa ada Linda Rafar? Bukan hari tu dia umum keluar ELITE? Buat u-turn ke camne.

KRU punya energy memang 👍🏻👍🏻👍🏻. Segan dengan abang long Norman masih boleh rap tanpa mengah at his age. Aku rap Mengerti je dah semput.

KRU je lah satu-satunya konsert yang aku boleh pergi tanpa merasa bersalah. Sebab rata-rata yang pergi muka umur 40-50an. Sebaya je semua. Takdelah nampak macam buang tebiat sangat pi konsert.

KRU memang di level yang tersendiri. Mana ada artis Malaysia yang buat 5 konsert setahun? Dorang je. Sebenarnya kita pergi bukan sebab obses dengan KRU. Kita pergi sebab KRU mengembalikan nostalgia zaman remaja. Kita nak fulfill our teenage dreams. Dulu zaman KRU meledak, masih belajar. Duit nak beli kaset pun takde, lagikan nak ke konsert. Now baru dapat layan konsert KRU. Just nicelah anak dah besar, masa pun dah ada, duit nak beli tiket pun ada. Cuma balik dari konsert kena telan panadol siap-siap nak mengelakkan sakit urat esok pagi. Faktor usia.

En Wan terkesima tengok bininya macam kesurupan semalam. Aku tak pedulik dah dia kat sebelah. Masuk je lagu Fanatik, aku terus kerasukan. Aku cakap kat dia ini cara-cara KRU tau. Kalau Beyond kat depan, aku duduk kat tangga stage tu terus.

Penutup konsert semalam meriah dengan bunga api. Berapa das dia tembak aku tak tahulah. Banyak. Dah macam sambut new year. Aku tak tunggu habis bunga api. Laju-laju keluar nak kejarkan train. Macam nak putus napas aku berlari kejar LRT. Alhamdulillah sampai rumah around 12.30 am. Mandi, isyak, makan dan tido at 1.30 am.

Terima kasih kat blog readers yang tegur semalam. Aku lansung tak guna henfon sepanjang di stadium. Jadi gambar yang ada ni ihsan henfon En Wan. Yang ambil gamba dengan henfon sendiri tu sharelah ya gambar kita.

Gambar boleh refer sini: Facebook

2025-11-23

Education fund


Hari tu ada komen pada Thread someone. Ramai rupanya dari kalangan followers di IG yang nampak reply aku tu and kemudian DM tanya education fund plan apa yang aku ambil.

Bagus bila ramai yang berminat nak buat education savings untuk anak-anak. Bukan apa, kalau bukan kita start, anak-anak kita akan ulang pattern sama. Zaman sekarang belanja belajar tak macam zaman aku dulu. Dulu apply loan semua orang pun dapat. Janji bayar balik. Now, jangankan kata nak dapat, apply pun dah difilter-filter. Bukan semua orang layak apply. 

Bersyukurlah zaman aku belajar dulu semua bumi layak apply tak kira pendapatan keluarga. Yang kaya, yang tak kaya semua dapat bantuan pelajaran yang sama. Bezanya nanti di hujung. Siapa score good result boleh convert ke scholarship. Itu je bezanya. Now, tinggal harapan sajalah nak memohon kalau parents berduit. 

Kawan-kawan setetek pink, anak-anak dorang semua tak layak apply PTPTN. Sebab mak bapaknya semua T20. Masalahnya, umur-umur kitorang ni memang logik sangatlah dah T20. Bukan sebab kaya tapi sebab dah lama kerja. Umur 48 tahun memang patut sangatlah T20. Tapi tu lah, nak buat macamana. Sekarang pesennya kalau kau T20, walaupun anak kau 7, be ready dengan education savings untuk anak-anak ya. Sebab anak kau takkan layak apply bantuan pelajaran. Now katanya mohon scholarship pun tengok pendapatan mak bapak. 

Betul kata tuan punya Thread tu. Bila kita sebut tentang comparison antara kaum, chinese memang awal-awal dah prepare duit untuk anak belajar. Jangankan kata education plan, medical card pun dorang apply awal-awal sekali. Colleague En Wan chinese. Dia kata kebanyakan clientnya adalah dari client yang sama. Asal beranak je, terus apply. Nanti anak dorang kawen dan beranak, cucu pulak apply. 

Orang kita mintak maaf cakap, masih lagi kuat berpegang pada konsep setiap anak datang dengan rezeki. Maka tak payah persediaan, tunggu je nanti rezeki anak adalah tu. Aaa gitu dia punya konsep.

Hari tu aku sembang dengan En Wan. En Wan tanya nak gi tengok Redza ke? Aku cakap bagi dia duit untuk balik sini jelah. Apa yang kita nak cari kat sana pun, dah pergi sekali cukuplah tu. En Wan kata, sementara anak ada kata sanalah ada reason nak pergi, esok dia dah balik takde reason nak pergi dah.

Hmm..betul juga. Bila pikir-pikir balik, dulu masa Redza kat Langkawi, setahun 2 kali aku jejak Langkawi. Padahal takde apa nak dicari pun kat sana. Tapi disebabkan anak ada kat sana, sampai juga rezeki aku ke Langkawi every year. 

Elok je Redza habis belajar, terus sampai sekarang aku tak jejak Langkawi. Tu menunjukkan aku ke Langkawi setiap tahun dulu bukan sebab berduit tapi sebab menumpang rezeki anak. Anak punya rezeki dapat belajar sana, maka aku dapat ke sana juga. Kalau tak, haram aku nak pi sana tetiap tahun. Apa yang nak dicari, betul tak?

That's why, setiap anak memang datang dengan rezekinya TETAPI rezeki tu kena diusahakan, tak jatuh berdebab depan muka. Rezeki memang masing-masing. Tapi planning tu tetap tanggungjawab kita. Kalau kita tak sediakan apa-apa, macam mana rezeki tu nak sampai dengan cara yang betul,ye tak? 

Sama juga dengan pendidikan anak-anak. Education fund bukan benda boleh start bila anak dah masuk uni, itu kena mula dari sekarang. Sebab kos pendidikan makin naik. Kalau kita takde simpanan, anak yang kena tanggung beban tu nanti. Jangan tunggu ada lebih baru simpan. Reality check, takkan pernah ada lebih kalau kita tak buat ruang untuk lebih tu. Rezeki anak memang dah tertulis, tapi cara kita merancang tu menentukan samada rezeki tu cukup atau tersekat tengah jalan. So yes, doa penting, tapi planning is part of the doa too.

Bila anak bangsa lain cukup umur 18 tahun, ramai parents dah ada education fund, investment account, atau at least simpanan yang cukup untuk cover university atau modal awal. Ada yang puluh ribu, ada yang ratus ribu. Bukan sebab parents dorang kaya tapi sebab dorang start awal dan consistent. Sementara some of us, jangankan kata preparation, waktu isi borang apply UPU tu pun masih takde planning menyimpan lagi.

This topic always triggers people. The moment you talk about planning, savings, or being financially smart, someone will say, "kasut kita tak sama". Aku malas nak argue kalau dorang dah masuk bab kasut kasut kasut ni. Padahal takde siapa pun cakap orang miskin salah, atau orang kaya betul. Isunya bukan kaya atau miskin, tapi mindset. Kalau mindset masih nak guna alasan tak mampu untuk justify tak nak berubah, sampai bila pun takkan mampu. 

Yang peliknya, bila orang ajak belajar cara simpan, cara plan, cara manage duit, dikatanya “senanglah cakap, kau banyak duit.” Tapi dia lupa, orang yang banyak duit tu pun bermula dari kosong. Cuma bezanya, dorang buat keputusan untuk ubah nasib, bukan ulang alasan yang sama. So when people with money get bashed for talking about financial responsibility…nak buat camana. Diam je lah. Sebab selalunya yang marah tu bukan sebab tak faham, tapi sebab dia tahu dia dah salah planning.

Kebanyakan kita-kita bila dapat baby, lebih excited beli baju baby, stroller mahal, set feeding yang ergonomic, atau photoshoot newborn. Sangat sikit yang terfikir nak bukak akaun education saving untuk anak. Padahal waktu ni lah paling crucial. Kalau dari baby umur setahun kita dah start simpan RM100 sebulan, dalam 18 tahun, insyallah lebih kurang RM20K+ (belum campur dividen kalau simpan dalam ASB). Kalau RM200 sebulan, dah jadi lebih RM40K. Kalau letak dalam fund yang bagi pulangan 4-5%, the figure boleh naik lagi.

Seronok bila ada orang lain buat the same thing macam aku. Aku mencarum untuk Redza and Rayyan bersekali dengan medical card. Kalau korang dah ada medical card company, berasa macam tak perlu ambil medical card untuk anak lagi sebab company tanggung, boleh je apply polisi education fund saja. 

Redza punya edu plan bersekali dengan medical card. Selepas tempoh matang dapat RM20K+. Kalau hanya edu plan aku rasa lebih banyak lagi boleh dapat. Memandangkan dia dapat scholar jadi edu fund ni tak berusik. Terus masukkan dalam ASB. 

Ramai akan kata, “duit tak cukuplah,” “banyak komitmen lain,” “baru nak stabil”. Yes, I understand. Sebab aku pun beranak umur 20-an macam orang lain. Zaman tu kita baru nak hidup. Baru nak kumpul harta. Disebabkan tak berharta sangatlah maka aku and En Wan decided untuk apply education fund untuk anak (masa tu ada Redza only). Nak kata berduit sangat tu taklah sebab masing-masing masih new parents dan baru nak membina keluarga. Tapi kalau tunggu “stabil” tu datang, kadang takkan datang pun. Sebab setiap kali income bertambah, lifestyle pun berubah sama. Jadi nak tak nak kena start je terus.

Dulu aku ingatkan edu plan ni plan mengada-ngada. Sebab takde orang bersembang pasal ni dengan aku. Bila dengar chinese colleague sembang pasal medical card and education fund, aku pun bagitahulah anak aku pun ada education fund. Terkejut dorang. Sebab zaman tu chinese je buat education plan. 

Dulu orang melayu yang buat education fund ni nampak macam mengada-ngada sebab kita boleh apply MARA katanya. Seiring zaman berubah, ada PTPTN pulak. Now semua pun dah tak valid nak apply. Nasib baik ada ambil polisi "mengada-ngada" tu. At least adalah standby sikit fund.

Bangsa lain especially chinese, dorang treat saving tu macam bil wajib. Sama penting macam bayar sewa rumah atau loan kereta. Bila anak dah besar, anak tu bukan membebankan sebab dorang dah ready fund untuk anak move on dengan hidup sendiri. Ada simpanan, ada medical protection, ada option nak pilih jalan sendiri. Kita pula terlalu ikut konsep “rezeki anak ada” tapi lupa bahawa kitalah tools untuk rezeki anak tu sampai. Rezeki takkan jatuh dari langit kalau kita tak create salurannya.

Tak semua mampu simpan banyak, betul. Tapi semua orang mampu untuk start. RM50 pun cukup as long as consistent. Masalahnya, ramai yang tak nak start sebab nampak value RM50 tu kecik. Bila tengok dalam akaun baru ada RM300, rasa macam tak berbaloi. Lepas tu berhenti. Nak menyimpan terus nilai besar. Tu pasal berasa berat nak start. 

Padahal benda ni compound. Jangan tengok now. Tengok balik 10 tahun kendian. Nescaya kau akan bersyukur sebab dulu kau tak stop. Samalah macam apa aku rasa masa dapat withdraw duit Redza dari edu fund. Bulan-bulan bayar medical card berapa je. After 18 years, nampak nilai savings puluh ribu rasa ohhh banyak juga. That’s what I mean by planning pays off.

The real reason, gap ekonomi makin besar. Kadang kita suka blame sistem, blame peluang, blame nasib. Tapi realitinya banyak benda datang dari mindset. Bila kaum lain nampak saving dan investment as tanggungjawab jangka panjang, kita pulak treat saving as duit lebihan. Bila ada extra baru simpan. Bila tak cukup, cut saving. Hari tu siapa ntah tanya aku macamana nak start saving. Aku cakap jangan start besar. Start small. Sebab tak nak rasa terbeban. Jangan terlampau nak menyimpan sampaikan tak boleh enjoy your hard earn money pulak. Enjoy tu enjoy juga.

Education sekarang tak murah. IPTA dah penuh. IPTS banyak, tapi mahal. But ignorance is more expensive.

Sekarang masuk universiti bukan murah. Yuran, laptop, makan minum, semua naik. Kalau anak dapat loan atau biasiswa pun tetap modal awalnya kena keluar duit sendiri. Redza hari tu visa saja RM20K. Keluar duit sendiri, kendian baru MARA bayar balik. Makna kata, pusing kot mana pun, dapat scholar ke tak dapat je, modal kena standby. Itu tanggungjawab kita as parents. 

Kalau dari kecil dah ada edu fund, insyallah takdelah kalut sangat. At least modal awal tu dah boleh cover. Boleh guna untuk yuran, atau preparation sebelum masuk uni. Atau kalau anak tak nak sambung belajar, boleh jadikan modal untuk dia mula kerja. The point is, the money will always find its purpose. Tapi kalau takde langsung simpanan, masa tu baru nak fikir, memang konfem terasa berat and terbeban.

Jangan compare siapa punya savings lagi banyak. Tu tak penting. Yang penting konsisten. Kalau simpan RM50 every month tanpa miss, itu lebih hebat daripada simpan RM500 sekali, lepas tu senyap setahun. Consistency tu yang akan build habit. Bila kau dah biasa tengok akaun anak bertambah sikit demi sikit, rasa puas. Lama-lama, saving tu jadi macam addiction. Bila kita ada disiplin menyimpan, walaupun income naik, insyallah kita tak terjebak dengan lifestyle tak tentu hala.

It’s not too late. Kalau sekarang anak dah umur 10 tahun, 12 tahun, takpe. Start hari ni. Simpan ASB konsisten, atau SSPN, atau education fund (takaful). Ikutlah kemampuan dan knowledge korang. Yang penting, start. Jangan tunggu perfect time, sebab perfect time tu takkan datang. Kalau anak now umur 15 tahun tapi baru nak start, that’s still 3 years of saving. RM100 sebulan pun dah boleh melegakan masa daftar uni nanti. 

Kita orang Melayu ni bukan tak pandai. Kita cuma terlalu biasa hidup “cukup-cukup”. Kita jarang fikir long term sebab hidup kita banyak kali diajar survive, bukan sustain. Tapi kita boleh ubah pattern tu sekarang.

Kalau korang nak apply education fund dari takaful pun boleh. Takyah ambil bersekali medical card. Contoh katakan company korang cover medical anak-anak, kau ambil education plan saja pun dah cukup. Sebab company kau takkan tanggung education anak. Tak salah aku edu fund takaful ni dalam RM100-120 je sebulan. Tanyalah En Wan berapa rate now (ikut umur anak).


2025-11-22

Hibah: Hibah client En Wan LULUS dengan nilai lebih dari jangkaan


Happynya aku and En Wan pagi ni. Masuk-masuk ofis En Wan dapat email yang ada attachment ni:

Ingat tak client hibah dia yang dia uruskan hari tu? Alhamdulillah, duit dah pun released. Amountnya melebihi dari jangkaan.

Hibah dia hampir-hampir di-declined.

Kisahnya, client ni ambil hibah bulan December 2024. Masa tu ada promo hibah RM250K. Hibah yang standard mininum 350K. Tahun lepas sempena YES agaknya, Prudential buat promo hibah RM250K. Maknanya caruman bulanan jadi lebih rendah sebab nilai hibah rendah. This client sign up dengan En Wan. Dia letakkan suaminya as person covered, tapi dia yang bayar caruman bulan-bulan. Ditakdirkan suaminya meninggal accident 3 bulan selepas tu. Baru 3 bulan bayar caruman hibah.

Mula-mula ingatkan kes ni falls under kematian accident. Bila En Wan ambil medical report dari hospital, rupanya suaminya pernah ada rekod hypertension. Tapi sekali tu je la. Takde ambil ubat pun. Tapi bila dah ada rekod bertulis, medical underwriter mesti nak siasat. Sebab boleh jadi accident tu disebabkan blood pressure naik ke, atau heart attack ke. Lama juga nak uruskan kes ni. Segala macam report and requirement En Wan kena mintak doktor fill up. Berulang-alik dia ke hospital.

Medical underwriter kata ada possibility hibah ini declined sebab syarat ambil hibah mestilah ZERO MEDICAL HISTORY. Kalau ada, MESTI DECLARE. Tapi this client tak declare. Maybe suaminya pun terlupa pasal rekod hypertension ni sebab tak pernah ambil ubat dan tak pernah ada follow up. Itu je lah sekali. 

So based on that fakta En Wan appeal dengan medical underwriter. Kalau tak dapat RM500K pun, at least 250K jadilah, asalkan jangan decline terus. Sebab kalau nak ikutkan, meninggal disebabkan accident akan dapat double nilai hibah. Alhamdulillah, dorang release more than RM250K!

That day masa aku jumpa this client (she in my blog reader), aku sebak bila dia peluk aku. Hilang suami ni takkan sama dengan nilai hibah yang dia dapat. Takde gantinya. Beban menanggung hidup bila suami meninggal ni hanya yang memikul je faham. As agen, En Wan hanya bantu mana yang boleh untuk hilangkan sikit beban. At least nilai yang dia dapat ni boleh settlekan beban-beban lain. Ringan sikit mudah-mudahan.

Hibah ni real, bukan scam. Kes macam client ni lah bukti paling jelas. Ini kes client En Wan sendiri, bukan cerita atas cerita orang lain. Ramai ingat hibah ni macam “kalau nasib baik dapat, kalau tak… hangus.”

Eh bingai, apa yang "nasib baik"? Nasib baik laki mati, gitu? Nak ke laki kau mati so that kau boleh merasa duit hibah tu?

Hibah ni akan membantu bila betul-betul diperlukan. Waktu orang paling lemah, paling hilang arah, inilah yang menyelamatkan keluarga. Ini perlindungan kewangan, yang tugasnya menggantikan rezeki yang hilang bila yang mencari rezeki dah takde. Waktu suami masih hidup, bil dia bayar. Rumah dia bayar. Anak-anak dia bayar. Nafkah dia bayar. Barang dapur dia bayar. Kereta dia bayar. Tapi bila dia dah takde, semua tu KITA yang kena bayar. Beban menjadi ketua keluarga tu pun dah cukup berat, belum lagi dengan bills, dengan hutang, dengan nak melayan emosi anak-anak, diri sendiri. Sometimes si isteri tak dapat nak grive properly, nak menangis pun tak sempat sebab perlu jadi kuat banyak benda nak kena handle.

Hibah ni memang takkan hidupkan orang yang dah mati, tapi membuang separuh beban yang jatuh atas bahu isteri. Sebab realitinya, bila suami pergi, air mata kita takkan boleh bayar bil. Sedih kita takkan boleh bayar rumah. Rindu kita takkan boleh buat beli susu anak. Trauma kita takkan settlekan hutang. Hidup kita tetap berjalan walaupun separuh jiwa kita dah hilang. Kat sinilah nanti hibah tunjukkan nilai sebenar dia. Nilainya muncul pada hari paling gelap dalam hidup seorang isteri. Hari yang tiba-tiba isteri kena jadi ibu, ayah, ketua keluarga, dan tempat anak-anak berpaut. Tetap kena berdiri walaupun lutut dah tak kuat.

Hibah tak hilangkan sakitnya hilang orang yang kita sayang. Tapi menghilangkan ketakutan “Macam mana aku nak teruskan hidup lepas ni?”

It gives breathing room. It gives time to grieve. It gives space to heal.

Alhamdulillah, this hibah news honestly made my Friday morning feel extra beautiful today.

Poster atas ni adalah THE EXACT same offer yang client tu ambil dengan En Wan tahun lepas. Kali ni Prudential keluarkan lebih awal and tarikh tutupnya 30 November ini. Korang kalau nak signup please contact En Wan cepat-cepat. Nilanya murah, 250K. Bermakna bulan-bulan bayar rendah. Kalau tak, korang kena ambil RM350K which lebih besar caruman bulanannya. Biarlah hibah rendah sikit, janji ada, daripada takde.

Untuk pertanyaan tentang medical card dan hibah, contact:
(MDRT 2024, 2025, 2026)    


2025-11-21

Aku percaya pada prinsip kalau niat orang tu tak salah, jangan cari salah.


Semalam aku belajar satu benda yang agak kelakar. Actually bermula dengan satu post Thread yang santai-santai je. This lelaki buat post negara-negara yang dia dah pergi. Typical list orang yang suka travel. Then dia tanya public “Korang pulak dah pernah pergi negara mana?”

Simple je post tu. Soalan harmless. Aku pun balas la dengan list negara yang aku pernah pergi. Aku rasa that’s the whole point of his post pun, sharing pengalaman travel, nothing more. Rupanya tak, ya. Lupa pulak kita sedang berada dalam dunia media sosial tahun 2025, yang mana sekecil-kecil dan se-simple-simple post boleh jadi issue besar kalau orang rasa “terpanggil” nak betulkan dunia.

Ada satu komen reply kepada komen aku to that post. This man tulis “Mamat ni takde ke Mekah pun, sangat mengecewakan”

Ingatkan dia silap reply sebab dia mention "mamat", padahal profile aku terang-terang gambar aku bertudung kot. Tapi bila aku tengok balik semua komen kepada post orang tu, rupanya dia sengaja reply kat komen aku sebab nak sindir si lelaki yang buat post asal tu. Sebab lelaki tu dalam senarai negara dia, takde Mekah and Madinah. Aku punya list ada. Apparently ramai juga kat bawah thread tu yang triggered dengan issue sama. Kecewalah konon mamat tu dah pergi banyak negara, tapi Mekah tak pergi lagi? Duniawi katanya.

"Negara lain dah sampai, Mekah tak sampai lagi. Dah jatuh hukum haram!"

Honestly…letih! Penat tengok manusia suka mencari ruang untuk judge benda yang langsung tak perlukan judgement. Like, come on. Dia cuma tanya negara mana korang dah pergi. Dia tak tanya, “Siapa dah buat umrah?” Dia cuma nak sembang pasal travel. Apa yang triggered sangat? 

Entahlah, bak kata kawan setetek aku, "Diana ni dari dulu sampai sekarang bodoh, percaya je kat orang"

Maybe aku memang by default macam tu. Apa yang orang tunjuk, aku percaya. Apa yang orang tulis, aku fokus pada isi yang dituliskan. Bila orang tulis pasal negara yang dia dah pergi, aku fokus kat apa yang dia maksudkan saja. Lansung tak terpikir pasal "Kau ni pergi merata, tapi Mekah tak sampai lagi". Macamana ada orang boleh terpikir nak mengkaji sampai ke tahap tu? Memang semua post orang kau cari salah ke camana? So that you feel good?

Zaman sekarang aku nampak ramai yang lapar nak tunjuk dia lebih baik dari orang lain. Everything has to be measured by someone else’s iman. Padahal yang bercakap tu pun belum tentu dah sampai. Acah-acah je. Sebab orang yang dah sampai Mekah takkan judge siapa yang belum sampai. Orang yang dah sampai dia encourage people untuk pergi, tapi NEVER judge sebab dia tahu journey di sana berbeza.

Can we not just let people be happy about something as simple as travelling? Tak semua benda kena dikaitkan dengan agama, dosa, pahala segala. Some people just want to share experiences, memories, or maybe escape sekejap dari rutin. Tapi tu lah. Mesti ada yang nak judge, nak rasa dia lebih baik. Pelik kenapa orang senang sangat triggered dengan benda yang tak kacau hidup dia?

Aku tak since when kita jadi terlampau sensitif sampai setiap benda orang buat kena diukur dengan nilai “kerohanian” as if nak tunjuk walaupun kita kaya, berjaya, kita masih dekat dengan Tuhan. Tu pasal nowadays ramai kena scam dengan ustaz/ustazah wannabe. Sebab kita always anggap yang nampak macam baik tu memang baik.

Banyak komen-komen macam ni kat media sosial. Like, kau tak penat ke setiap benda nak cari makna tersembunyi pasal agama? Orang post makan sedap-sedap, kau komen "lebih baik simpan je gambar ni, kesian yang tak mampu kalau tengok terliur dia". Orang post perfume bersusun dalam lemari, kau komen "Jangan berlebihan, nanti semua ni akan dihisab". Orang tu beli sebab dia pakai. Bukannya beli untuk jadikan perhiasan. Ngok!

Semua benda nak tazkirah. Aku kadang terfikir, some people memang ada difficulties nak faham context ke camana? Orang tulis pasal makanan, kau sembanglah pasal makanan. Orang tengah cerita travel, kau sembanglah pasal travel. Bengap nau tak paham konteks dah kenapa?

Benda ni bukan apa tau, dah jadi semacam culture. Culture “aku lagi baik dari kau”. Inilah masalah utama zaman sekarang. It’s like no one can just appreciate something anymore without making it a moral issue. Kalau someone pergi 10 negara, kita tak boleh sekadar cakap “Wow, seronoknya dah sampai banyak tempat.” Kita mesti nak tambah “tapi dah pergi umrah belum?” As if kalau belum pergi, semua tempat yang dia pergi tu takde makna.

Sebab tu orang yang komen “Mamat ni takde tulis ke Mekah pun, sangat mengecewakan”, it’s lowkey funny to me. Like, apa yang mengecewakan kau sebenarnya? Kecewa sebab dalam kepala kau, Mekah tu wajib dalam checklist travel semua orang Islam? Gitu?

Not everyone’s life path looks the same. Some people travel for work, some for healing, some for curiosity. Mekah is not a travel goal, it’s a spiritual calling, and that happens when the situation align, not when someone else thinks it should. Faham? 

Aku bukan nak sebelahkan orang yang travel banyak negara tapi Mekah belum sampai. Aku cuma nak cakap yang rezeki, masa, dan journey masing-masing berbeza. Ada orang mampu dari segi duit, tapi belum dijentik hatinya.

Some people memang dah sampai ke banyak negara tapi budget tak besar mana. Duduk hotel biasa-biasa, makan biasa-biasa, pergi tourist attraction yang tak berbayar. Dia bukan spend kat luxury hotel, dia tak spend duit kat tempat mahal-mahal, dia makan yang simple-simple, kadang makan pek Kembara je sepanjang bercuti. Kalau pi Mekah, kita stay di tempat tu tempoh yang lama. Maka tempat tinggal nak kena selesa sebab duduk lama. Berulang-alik 5 waktu di masjid. Mesti nak duduk hotel dekat, tapi yang dekat tu mahal. Nak yang murah, jauh pulak. Mungkin ini yang buatkan dia belum ready.

Manusia memang pandai cari kelemahan orang lain untuk bagi diri sendiri rasa lebih baik. Tapi bila kita judge orang kerana hal-hal macam ni, truth is, we are just projecting our own ego. Kita bukan risau dia tak pergi Mekah benaunya. Kita cuma nak tunjuk kita terpaling ingat Mekah, kononnya kita lebih sedar soal akhirat. Padahal, kalau betul niat nak ajak orang buat baik, cara bercakap tu takkan bunyi macam judge. Cara kita akan lebih lembut, bukan “sangat mengecewakan”. Ayat tu sendiri dah bunyi sombong.

Aku pernah baca satu quote.

“Religious arrogance is still arrogance”

Aku rasa that really fits the way some netizens act these days. Dah tak boleh beza antara nak berdakwah dengan nak feel superior. Actually ramai je yang matang, yang tahu bila masa nak bercakap and bila masa nak diam. Tapi jenis yang suka cari salah ni la yang selalu memekak tak tentu arah.

Sekarang makin ramai guna agama as weapon untuk tunjuk pandai. Aku sumpah menyampah dengan komen yang "Cantiknya awak, kalau bertudung lagi cantik". Aku yang bertudung pun menyampah baca lagikan yang tak bertudung. Tak, bukan apa. Bagi aku, tak kena masa dan gayalah kau nak komen macam tu. Tahu, niat baik tapi cara tak kena. Perlu ke everytime nampak orang happy-happy kau nak cucuk dengan tazkirah?

Kalau kau rasa kalau kau komen "Cantiknya awak" akan buatkan dia terus-terusan begitu, then jangan komen! Komen pasal lain. Aku kalau komen kat gambar-gambar perempuan yang free hair, walaupun aku tahu dia memang cantik begitu, aku risau juga kalau dia carried away dengan komen-komen yang memuji, karang aku pulak yang macam menggalakkan dia terus free hair. Jadi, aku komen hal lain like "You look good in that red blouse!" Kan boleh kau komen gitu? Tapi tak, kan? Kau nak jugak bitter.

Just because someone’s happy doesn’t mean they are doing something bad. Tak semua benda kena ditafsir secara rohani. Ada masa, benda tu cuma simple joy. Kau nampak orang share pasal makanan, dia mungkin cuma nak kongsi rasa puas. Kau nampak orang list negara-negara yang dia dah sampai, dia mungkin cuma nak celebrate his small achievements. Sebab tu aku kata aku penat. Letih dengan budaya always offended ni. Everything offends someone. Korang ni dah lupa macam mana nak chill ke?

Some people can’t function without conflict, kan? Ketenangan will always feels foreign to them. Ramai netizen kita macam tu. Kalau takde isu nak kecoh, rasa tak lengkap. Sebab tu walaupun benda tu harmless, dia always cari angle untuk jadikan moral debate. Padahal benda tu boleh jadi perbualan yang positif. 

Kita boleh tanya, “Best ke pergi sana?” atau “Kalau travel ke Jepun, tempat mana paling best?” Tapi sebab kita dah dibesarkan dengan budaya nak menang and orang lain takleh lebih dari kita, tu pasal post simple pun boleh jadi viral tak tentu arah.

Aku percaya pada prinsip kalau niat orang tu tak salah, jangan cari salah. Kalau kau nak sangat orang lain ingat Tuhan, tunjukkan dengan akhlak. Takyah tunjuk dengan komen yang menjatuhkan maruah orang lain.


2025-11-20

Bila dipikir-pikir balik, bukan 100% salah perempuan, tapi PUNCA kepada ketoksikan tu belum diselesaikan lagi.

Lately ni kat Thread banyak sangat vibe negatif. Aku tak sure lah ini memang penyakit orang perempuan atau sememangnya ramai perempuan ada masalah dalam rumahtangga.

Bermula dengan isu suami provider, pastu ke isu mak mertua toksik, then ipar-duai toksik, pastu expenses 50-50. Dengan isu hantaran tinggi tak sudah-sudah. Pastu semalam naik pulak isu nak guna aircond kena minta izin suami. Berlambak-lambak betul masalah rumahtangga kat Thread. Sampaikan aku terpaksa komen kat Thread omputih sebab nak lari dari algorithm netizen Malaysia. Macam dah takde topik lain masing-masing. 

Bila dipikir-pikir balik, bukan 100% salah perempuan, tapi PUNCA kepada ketoksikan tu belum diselesaikan lagi. Bukan kerana aku perempuan maka aku sebelahkan perempuan. Sebab aku punya logik simple. Takde orang yang akan merentan tanpa sebab. Kalau isteri tu bitter dengan mertua, ipar duai, atau suami, mesti ada sebab. Selagi roots tak settle, selagi tu la isu ni akan selalu ada.

Aku pernah sembang dengan En Wan pasal ni. Aku tanya dia "Perasan tak Di tak pernah ambil tahu berapa gaji abang, berapa bonus, apa abang beli, siapa apa bagi? Walaupun gaji abang bertambah every year sejak dulu sampai sekarang, expenses abang tak bertambah sebab makanan dan barang dapur tetap aku handle".

Dia angguk setuju. 

Apa yang aku cuba explain here is, when household needs are not taken care of, stress starts to build up. 

Isteri marah bila keperluan kat rumah tak settle tapi suami hulur duit kat mak and adik-beradik. Isteri stress bila tak dapat apa-apa reward tapi suami belikan orang lain hadiah. Bagi aku this is not the wife’s fault, and not the husband’s fault either. The real issue is, household responsibilities are not balanced yet.

Bukan suami tak boleh bantu mak and adik-beradik, tapi bila urusan dalam rumah tak settle, itu yang jadi punca isteri bengkak. Aku jamin, kalau apa yang suami kena provide telah dilunaskan, mana-mana isteri takkan question suami spend duit kat siapa dan kat mana. 

Tengok je la mak-mak datin yang tak kisah lakinya kawen lagi satu. Gasak kau dia kata. Why? Sebab dia dah dapat lebih dari cukup. Suami dah provide segalanya. The datins can go shopping bila-bila masa. Tak perlu kerja. Boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan. Expenses suami settlekan. Takde yang kurang.

Umpama kita di ofis. Buat kerja macam nak mati pulun sales. Dapat komisyen gedabak. Puas hati. Dalam meeting kena lempar report kat muka dek boss pun kau takkan resign sebab tahu di situ kau dapat reward seperti yang kau nak (kisah benar). 

Samalah macam isteri. Kerja penat-penat cari duit nak bantu suami, boleh pulak suami hulur duit gaji ke mak bapak dan adik-beradik sedangkan tanggungjawab dia di rumah isteri yang support. 

Bagi duit kat family tak salah, tapi dalam keadaan suami belum mampu provide segala yang basic, yang sepatutnya suami beri maka sangat tak tepat duit tu dibagi pada orang lain. Sangat tak tepat. Maybe inilah punca kenapa isteri-isteri merentan kat Thread. Isteri merasa macam dia pulak yang kena berkorban bantu keluarga suami. Keutamaan tu dah salah tempat.

Perempuan tak merentan tanpa sebab. Bila perempuan merentan, itu adalah signal sistem rumah tangga belum seimbang.

“Rumah kita belum balance, bang. I need your attention and a solution!” Aa gitu dalam bahasa lembutnya. 

Maybe ada yang kata isteri kena sama-sama memahami situasi suami. Ya, betul. Hidup berumahtangga memang kena saling memahami. Suami pun kena faham apa yang isteri rasa. Bila keperluan rumah settle, gasaklah nak buat apa dengan duit kau tu. Takkan jadi isu kalau nak hulur pada ahli keluarga lain. Tapi kalau rumah sendiri pun bercatu, percayalah cakap aku, setiap sen yang keluar dari tangan suami akan jadi trigger.

Berumah tangga ni bukan tentang siapa betul siapa salah, but about balancing the load and each other’s emotions. Kalau satu pihak penat, tapi pihak lain tak sedar atau tak ambil port, tension will build up. Understanding each other is not just about words. Memerlukan action. Tindakan yang konsisten.

Masalah mak mertua and ipar-duai toksik ni bukan perkara baru. Dari observation aku, this problem RARELY starts with the wife herself. Isteri yang nampak macam red flag sebab melabel mertau toksik tu sebenarnya dah SUFFOCATED dengan perangai suami. 

Si suami nak tunjuk kononnya dia anak yang baik padahal isteri terpaksa berkorban. Kebanyakan orang tak nampak hakikat ni. Setiap kali suami tolong keluarganya, ada pengorbanan isteri yang orang luar tak nampak. Trust me.

Dulu pun aku macam tu. Zaman-zaman kitorang share expenses. Setiap kali balik kampung, aku bayar tol, En Wan bayar minyak. Padahal balik kampung dia. Tapi aku tong-tong bayar supaya dia tak stress. Ingat tak pakai banyak duit ke balik Tganu?

Setiap kali balik, bawak buah tangan. Kau rasa orang lelaki terpikir ke nak bawak buah tangan? Harammmm. Maka isteri yang keluarkan duit beli kek, beli kuih untuk jadikan buah tangan supaya apa? Ya, supaya tak nampak macam menantu melenggang balik kampung nak perabiskan beras semata. 

Dulu masa mok masih di Tganu, kerusi makan and sofa mok dah teruk sangat. Mok pesan kalau nak beli meja makan, nak kerusi 8. En Wan dah serabut. Balik kampung bukan sikit-sikit duit, ni tiba-tiba nak kena belikan sofa and meja makan pulak. Tambah serabut laki aku. Boleh je aku nak biarkan dia serabut sorang-sorang, tapi kalau dia perabiskan duit untuk beli unplanned purchase like this, maknanya ada expenses yang aku kena tanggung next month. 

Jadi, aku share. Takpelah sofa aku sponsor. Meja makan dia bayar sebab lagi mahal. Hahaha. Itu yang aku kata tadi. Di sebalik kebaikan suami pada keluarganya, ada isteri yang berkorban. Tak kisahlah berkorban duit atau perasaan. Namanya tetap berkorban. Dan ini kebanyakan orang tak tahu, kan?

Orang perempuan ni PALING MUDAH NAK DITIPU. Kena ayat sikit dah cair. Jadi, kalau kau dah tahu nak isteri bayarkan sikit expenses rumah tu, apa salahnya ayat sikit bini tu. 

"Takpelah awak dah tolong bayarkan bil letrik bulan ni, biar 2 minggu ni abang masak dinner". 

Konfem tak mengungkit bini kau. 

Kitorang punya RFID semua register kat Touch N Go apps aku. Maknanya duit TnGO aku isikan. Dia drive kereta free tol, ya. Dia langgar je RFID tu dengan senyuman sebab TnGO apps sentiasa ada duit. Padahal dia yang banyak gerak sana sini jumpa client dari hujung je hujung. Tapi disebabkan dia basuh baju, sidai baju, sapu laman, isi minyak kereta and handle semua expenses, aku pejamkan mata je lah bab tol TnGo tu. Sebulan RM400 tak lari tol dia sorang. Bahagia hidup dia, kan?

Jadi kalau isteri sampai merentan kat Thread, itu maknanya isteri dah exhausted dengan sikap suami. Kalau seorang isteri already exhausted managing the house, the kids, the kitchen, the finances, tapi suami masih takde perubahan, entahlah ya. I mean, I’m not in that situation myself, but as a wife, I feel like it’s just not fair to her. Isteri dah carry workload dan beban so much, and if her efforts at home are not recognized or supported, it just adds unnecessary stress. Dari stress, mudah timbul perasaan bitter, marah, dan akhirnya nampak toksik.

Hari tu aku buat post kat Thread. Aku cerita dulu masa mula-mula kawen, aku willingly contribute duit gaji. Siapa baca blog aku dari awal memang tahu aku bagi SEMUA duit gaji termasuk komisyen cheque pada En Wan. Dan En Wan akan bagi aku RM50 seminggu untuk belanja makan gi kerja. 

Biggest reason kenapa aku trust him will all my gaji and komisyen adalah sebab aku nak kehidupan yang selesa. Kalau nak harap pada dia sorang, maybe keselesaan tu datang lambat sebab semua dia kena tanggung. Jadi, untuk aku rasa selesa yang cepat, aku berkongsi gaji. 

Another reason, aku nak kita sama-sama tenang. Segalanya pakai duit. Apa yang bestnya kalau duit aku adalah duit aku, dan duit suami semua habis pada keperluan rumah sampai tak dapat spend untuk diri dia sendiri. Nak ajak jalan-jalan pun dia takde duit dah. Nak ajak makan luar pun dia takde duit juga. Ujung-ujung kau jugak keluarkan duit sendiri untuk berjalan. Lebih baiklah aku kongsi sikit gaji so that hari-hari kita tenang berjemaah. 

Nasib aku maybe baik. Setiap tahun En Wan naik gaji, dia akan ambil satu per satu tanggungjawab expenses rumah dari aku. Sampailah semuanya dia pegang, except barang dapur. 

Pastu ada sorang ni komen kat post aku tu. Dia kata bukan semua beruntung macam aku suami berusaha untuk ambil balik expenses yang aku pegang selama ni. Kebanyakannya selesa bila isteri ambil tanggungjawab membayar itu ini sampai ke sudah takde usaha nak ambil balik tanggungjawab tu. Siap spend duit kat orang yang tak sepatutnya.

Ok, that komen is valid too. Betapa senangnya isteri terbeban sorang-sorang, especially kalau suami takde effort nak pegang balik tanggungjawab yang sepatutnya suami pegang. Maybe inilah yang isteri-isteri kat Thread harapkan. Dorang harapkan suami ambil balik the tanggungjawab. 

Bila gaji naik tahun ni, ambik balik 1 expenses dari isteri. Tahun depan, gaji naik lagi, ambil balik 1 expenses lagi. Maybe tahun lepas isteri bayar bil internet, tahun ni suami naik gaji, ambil tanggungjawab ni. Tahun depan gaji naik lagi, ambil pulak tanggungjawab bayar bil van anak. Percayalah, isteri akan merasa beban dia berkurang. Kalau suami tak naikkan nafkah pun, insyallah isteri tak merungut sebab duit isteri sekarang ada lebihan. Bila tanggungjawab masing-masing jelas dan diselesaikan, rasanya isu 50-50 takkan jadi trigger lagi.