2007-03-28

It is easier to forgive an enemy than to forgive a friend


Life for me is a game.
Sometimes you're on the top of the world, nothing can bring you down, then the next day everything collapses around you and you feel like you're at rock bottom.

Life sometimes can be so beautiful, sometimes a complete bitch.Life can be cool with you sometimes, but then a complete fucker.Life is full of assholes that keep bugging you that ruin your fun.
Life is funner when you're with friends and get good hugs.

But life really sucks when you have wannabe-insane-idiot pigs who talk bad things behind your back, and deliver hurtful words yet claim you're one of their good friends.

Boleh pegi mampos tak?

2007-03-27

Selamat datang kasut baru. Oppsss silap. Selamat datang kasutssss baru :D


Hubby aku seperti biasa kalau malam-malam time orang dah nak tidur tu dia pun bukak la folder hikmat dia. Aku dah biasa dah tengok saat dan ketika ini. Kalau dia bukak folder biru, maknanya dia sedang menjadik seorang akauntan. Kalau dia bukak beg dia yang kaler grey-yellow tu dia sedang menjadi seorang arkitek cum interior designer. Kalau dia tot tet tot tet tekan HP tu dia sedang menjadi seorang engineer yang sedang mengeluarkan arahan kepada operator di kilang.

Oh, no..no! Laki aku konfem takde apa-apa skandal okkkk? Takyah nak susah-susah jadik batu api.

**selingan**
Hari tu laki aku cerita dengan sejujurnya kat aku ada sorang janda anak 2 kat opis dia and sorang anak dara syok kat dia. Heboh sekilang. Si janda ni siap bagi-bagi email lagi. Hampassssssssss. Aku tanya 'Abang reply ke email dia?' Dia jawab 'Reply'. Aku pandanggggggggggg je. Pastu dia senyum-senyum kat aku. Jenaka habis la tu?

Kak Laily kat opis dia tu penah bagitau aku budak-budak kat kilang tu asal orang bagitau ada officer baru masuk je, diorang tanya dulu 'ada tak boleh lawan handsome Encik Wan?'. Kalau informer tu kata 'tak', diorang taknak ambik tau pun saper officer baru tu.

Hambooiiiiiiiiiiiiiiiii! Sajaknya masing-masing skodeng laki orang. Encik Wan itu dah 31 . Kertu dah pun. Dan kerempeng okkkk? Peluk konfem tak best. Rasa tulang. Bini dia pulak ada sawan. Kalau datang sawan dia mampos korang semua jadik babi dia kejerkan. Jadi jangan dekati Encik Wan, ada kemungkinan besar dia juga akan menyawan.
**selingan tamat**

Ok sambung.
Tapi semalam dia cuma pegang sehelai kertas putih je, pegang pen sambil duduk kat sofa lam bilik tengok aku tengah siapkan keje opis.

Tetiba dia tanya 'Di nak beli apa bulan ni? Kasut ye? Glass baru?'
Hoh???
Adekah pertanyaan itu datangnya dari suara suamiku?
Atau suara itu kepunyaan hantu belaannya?
Aku teramat konfius lalu berkata 'sila ulang suara'.
'Di nak beli kasut kan bulan ni?'

Uiksss?? Kalau aku yang nak beli kasut apesal ko yang susah hati?
Adekah dia susah hati kalau aku beli kasut?
Atau adekah dia susah hati aku tak mintak dia belikan kasut itu?
Ngahnghangahngah.

Aku pun gi dekat dia, 'Kenapa abang tanya? Abang prepare list apa ni?'Sambil dongak senyum kat aku (masa ni aku berdiri tepi sofa sambil rapatkan pinggang aku kat pipi dia), 'La, kan Di nak beli kasut bulan ni, so abang tulis la, nanti abang lupa'.

'Kasut je? Tulisla sekali eyeshadow baru'. ---------->> ni sempat sampai kat anak tekak je, pastu masuk dalam perut balik.

Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!Sungguh aku amat menghitung hari bilakah harinya gaji dia masuk. Sebelom ni aku tak penah ambik tau bila gaji dia masuk, bila bonus dia, berapa dia dapat bonus and all. Tapi, demi kasut terchenta, aku akan ingat hari gaji dia bulan ni. Kalau dia tak ingat, aku ingatkan. Kalau dia buat-buat lupa, aku akan buat-buat tak tau bila dia tanya apesal tetiba duit kat wallet dia kurang.

2007-03-25

Ko nak celen aku punya jiwang Syana??


My day today...not a good start but to the end of the day macam ok laaaa.
Aku skang ada banyak problem. Nak kena isolate satu-satu baru boleh define apa sebenarnya masalah utama and how to deal with it. Memandangkan background blog ini adelah warna ceria ditambah dengan lagu-lagu happy mood, so macam tak sesuai untuk meluahkan masalah kat sini. Nanti aku bukak satu lagi blog - THE OTHER SIDE OF O-PALOMA-BLANCA? (sambil pandang Kahuna, macam meniru je kan?). Apa-apa pun masalah keje, aku dah luahkan kat email to COO. So, we will see what's gonna happen next Monday. Either aku atau dia yang resign. Mintak-mintak aku tak layah resign tapi dia beg aku suruh stay sambil suruh aku tulis berapa gaji aku nak. Berangan...

Kol 5.30am lagi aku dah bangun buat keje. Laki aku pun heran apesal lately aku asik keje siang malam. Baik aku jadik penoreh. Dah tentu ada sebab nak kena bangun pagi-poagi buta. Ni apa kes aku yang keje kat opis kena bangun hari SABTU, kol 5.30 pagi lak tu? Apa kessss?

Menu breakfast today ialah kepok lekor. Aku rasa orang Trengganu pun tak makan kepok pagi-pagi. Aku punya aura Trengganu ade terlebih sket dari orang lain. Memang inilah satu-satunya makanan kategori 'kuih' yang aku boleh telan untuk breakfast. Kalau takde mee goreng, nasik goreng, nasik lemak or roti canai, sorry aku takkan breakfast. Kalau kena makan kuih pagi-pagi like karipap or kuih lain, aku rela tak makan pagi. Tak tau apesal, kalau kuih mind aku dah set 'hanya untuk minum petang'. Kalau pagi tu dia set kepada 'heavy breakfast'. Kalau tengahari set kepada 'nasik or sup'. Kalau malam set kepada 'nasik and ratah lauk lebih'. Kalau tengah sengkek dia set kepada 'puasa'.

So skang ni aku tengah nak start buat final proposal aku. Final okkkk. Huhuuuuuuu. Bersengkang mata aku sejak the past few weeks mengadap keje. Harap malam ni aku dapat settlekan semua so that next week aku bleh outstation dengan tenang.

Next week adik aku berangkat ke Jepun. So this morning parents and adik laki aku semua gerak ke Johor nak jumpa dia sebab tak dapat send her off kat Changi Airport. Rindunya aku dengan aktiviti sok-sek-sok-sek kalau dia takde. Itu la sorang adik pompuan, dengan dia je la aku nak ajak mengumpat pun. Kalau dah takde benda nak mengumpat sangat, kitorang mengumpat laki masing-masing. Ngehehehehe.

Ah, lupa nak bagitau. Semalam kan aku gi Jelebu kan. Tau aku buat apa? Aku race beb. Dan hasilnya aku menang lawan Honda Accord! Tapi aku rasa mamat tu kasik aku chance kot sebab dia tengok Aveo ni macam tak stabil je. Masa tu aku kat exit Cyberjaya/Dengkil, hubby aku call tanya nak lunch sama tak. Dia dah nak kuar opis dah time tu. Ofs dia cuma dalam 10 minit drive dari rumah. Aku kata aku kat Cyberjaya exit, so dia kata dia balik umah nanti aku fkena fetch dia then gi makan sesama. Aku suruh dia terus tunggu kat mamak je. (gila eksyen ni) Lu tau ka....hasil tekan minyak 140km/h, aku sampai kat kedai mamak tu 15 minits je. Dari exit Cyberjaya ke Putra Height siap parking depan mamak cantik-cantik okkkk. Siap parkingggg. Sampai kat car park, hubby aku dah pandang aku semacam. Dia ni kan asik nak marah aku je. Dia dah dapat agak aku mesti pecut punya. Sebenarnya 140 tu tak la laju mana pun, tapi sebab aku pakai Aveo, so macam tak stabil. Bergegar stereng aku. Bodo punya keta. Sememangnya hanya layak untuk dibawa bersia-siar di pasar malam. Patutla asal gi pasar malam je mesti bawak keta aku. Dan adela jugak orang tu yang kata keta aku tak pickup. Bla!!

2007-03-24

Pakwe lama masih bertahta di hati...Maafkan aku menduakan cintamu, berat rasa hatiku tinggalkan dirinya....




Ok, 13may. Ni la desktop aku.
Hensem tak arjuna yang tengah posing kat desktop aku tu?
Itulah chenta hati beta, Leslie Cheung. Dia ni ex-bf aku dulu. Kitorang break sebab dia tak dapat menerima hakikat bahwa ramai yang nak goda aku. So takpela, aku let go.

Dulu desktop aku gambar laki aku. Tapi bila aku tanya laki aku 'desktop abang gambar apa?'
Dia jawab 'Gambar Windows'.
Terosssssssssssss esoknya aku tukar ke gambar Leslie. Toksah kata gambo, dengan lagu-lagunya sekali aku pasang kalau tengah wat keje.
Walaupun sepatah haram aku tak paham apa dia nyanyi, tapi aku tetap hafalkan lirik dia pastu nyanyi kat opis kuat-kuat biar semorang tau aku paham cakap cina.

Actually aku taknak citer pasal desktop.
Aku nak maki orang sebenarnya.
Bismillah....

Makian ini ditujukan khas kepada bacul di luar sana yang takde keje lain selain dari membambu blog aku dan rakan-rakan.

Hoih babi!
Ko takyah buat-buat baik dengan aku la.
Apa ko ingat aku takleh trace ke ko ni saper? Setakat babun yang takde nilai komersial cam ko ni senang sangat aku nak trace.
Tak cukup ngan blog aku, ko pi balun lak bloggers yang ada kat link aku ni. Ko pe citer beb? Ko tertekan ke laki ko tak belikan ko apa-apa barang panties selai?
Yang ko tak puas hati laki dia belikan dia macam-macam pesal?
Sendiri ada laki kan? Kalau rasa teringin sangat, pi mintak kat laki ko la.
Kalau laki ko tak mampu, jangan lepaskan bengang kat orang lain. Siapa suruh kawen laki sengkek!! Bangang.

Kalau ko tak suka orang tu, jangan masuk blog dia. Akai ada?
Lain kali otak letak kat kepala okkk. Jangan letak kat bontot. Tapi tak tau la kot-kot Tuhan jadikan ko istimewa sket dari orang lain, otak kat bontot.
Kalau rasa-rasa tak suka ngan entry orang tu, ko jangan nak menwelcomekan diri sendiri pi tabur segala komen cibailahanat ko kat blog orang. Ko masuk, baca, rasa-rasa tak suka, pi brambos.

Ada hati nak bambu blog orang tapi pakai anonymous. Letak la ID kalau berani sangat. Kalau nak ajak aku gaduh, lain kali letak ID, senang aku nak kontek ko ajak jumpa. Ini tak, pengecut. Tapi nak carik pasal ngan orang. Aku tak reti la begaduh ngan spesies bacul cam ko. Ni semua jenis yang macam bagusssss. Takut tonjolkan diri sendiri tapi nak tunjuk hebat. Kalau ko rasa life ko tak happening sangat, pi gantung diri la.


2007-03-23

Aku nak benti keje la, jual nasik lemak, ader sesaper nak order?


Kol 7.30am aku dah ada kat highway KLIA heading to Jelebu. Kali ni tak boring perjalanan aku sebab malam tadi aku dah burn CD untuk 320 buah lagu MP3, so dalam keta tadi aku turn volume sampai 23 (ni nenek aku punya level pendengaran), aku nak jadikan keta aku tu disco bergerak. Gila besttttttt!! Terpekik-pekik aku sorang dalam tu. Heaven.

Tadi customer aku tanya apesal susah sangat nak carik aku skang ni. Asik takde je kat opis je.

Habis? Dah aku sorang je yang kena run sana sini. Bengang dah aku ni. Laki aku pun dah ala-ala nak hangin sama. Ye la, pagi keje sampai malam baru balik. Lepas makan, layan dia jap, layan Redza, pastu aku mengadap laptop balik sampai kol 2-3 pagi. Manager tak wat keje camni la. Manager seharusnya tunjuk-tunjuk, sign-sign, lepak-lepak minum teh tarik kat mamak dan berpeleseran di mall pada pukul 10 pagi. (ye ke??)

Customer aku pun tanya 'awak handle life science market satu Mesia ni ke? Takde staff lain?'. Hambik ko. Apa aku nak jawab?
Sampai customer aku cakap 'You kena suruh KM carik staff lagi la, u dah tak payah jalan-jalan lagi dah. I pun senang nak carik you. Let the new sales buat keje'. Pandai kan customer aku bagi cadangan? Masalahnya cadangan tu jugak la aku dah suarakan kat boss aku, tapi alasan dia, kita kena kurangkan man power tapi keje all out. Aku ni toksah kata nak all out, aku rasa macam nak terus get OUT of the company.

Aku dah kata jangan ambik budak takde Bio background. Nak ambik jugakkkkk. Dah bukan masanya skang kita nak buat magic, nak jadikkan budak sastera terer buat Biotech. Boleh tu boleh la, aku rasa ambik masa 2 tahun baru boleh proof kot. Pastu tiap-tiap hari tanya sales target hit ke tak hit, dah tu ambik budak art camno nak hit? Benda ni byukan semorang boleh buat, melibatkan technical. mana boleh sapu sebarang orang je?

Takkan aku sorang nak kena buat sampai 2M? Sorry la beb, aku pun nak gak berpoya-poya, takkan nak mengadap muka customer je hari-hari. Yang budak ni pulak toksah kata nak pi jumpa customer, email customer pun tak. Nak kena hambat suruh call customer baru nak buat. Ingat aku jaga kobau aper hari-hari nak perambat? Kalau rasa nak mengangkang depan PC tot tet tot tet tekan keyboard 24/7, toksah offer diri jadik sales. Jadik coordinator la. Orang offer jadik sales, gelupur nak jadik sales, tapi taknak kuar jumpa customer. Apa ko ingat banyakkkkkkkk cantek muka ko customer nak carik ko pulak? Kang kalau aku tinggi sore kang, mula la buat muka sentap. Stress aku camni. Dengan penuh semangatnya, aku nak tulis resume!

Jadi, soalan seterusnya, apabila kita stress apekah pendekatan terbaik untuk menanganinya?
Apa kata anda?

Tido?
Aku baru lepas makan, takleh tido. Tunggu lagi sejam.

Makan?
Berapa kali nak makan la? Makan, makan, makan. Pastu sibuk mentekedarah jamu tak sudah-sudah.

Chatting?
Aku tengah chatting la ni, tapi chatter yang sorang ni menambahkan stress aku lagi ada.

Beromen?
Laki aku lom balik lagi.

Tengok citer blue?
Yesserrrrrrrrrrrrrr.
Pilihan terakhir ini sungguh mengujakan sekali.
Jom tolong saya geledah laci spender suami saya. Saya pasti semua vcd blue zaman bujang dulu dia sorok celah spender dia untuk menambahkan kesan erotik.
Ayuh berporno bersama saya.

p/s : slamat datang ke blog baru aku. Layout lama, URL je yang baru :D

2007-03-21

Cabut bulu...Kenangan Terindah


Nampak objek yang difokuskan?
Anda kenal objek itu?
Huruf M, N, K, B dan E telah diberikan percuma.
Sebarang permintaan untuk menambah huruf adelah tidak dilayan.
Dalam seploh minit, sila selesaikan teka kata di bawah :

_ E N _ _ B _ _ B _ _ _ K E _ _ _ K



Yeaaahhhhhhhhh, betul! Jawapannya PENCABUT BULU KETIAK!!!
Ini lah aset paling berharga bagi aku dan member serumah masa kat U dulu. 8 orang satu rumah masa matrik dulu, semua bertauliah dalam mencabut bulu ketiak. Cuma 3 orang je yang berjaya ke level ketagih bulu ketiak member. Mereka yang mempunyai ciri luar biasa ini adelah aku, Rozie ngan Apeng. Siap berebut volunteer cabutkan bulu ketiak orang okkkk. Ni yang dikatakan teman sejati! Ada member korang yang nak mengadap ketiak korang sejam jadik pencacai cabut bulu? Tak dapekkkkkkkkk.

Perghhh..korang tak tau masa bulu-bulu itu dicabutkan dia punya feeling memang satu macam. Syurga dunia! Aku boleh tetido. Cabut sendiri tak best, sakit paler terteleng-teleng ni. Nak lagi nikmat? Ha, tunggu time ko tenyeh deodorant. Aku cakap ko...dia punya nikmat sampai ko kepit tapak tangan kat ketiak ko rapat-rapat sebab PEDIH NAK MAMPOSS! Pastu dalam masa setengah jam macam tu tangan korang pun macam berkepak sikit sebab ketiak pedih.

Setakat ni, Apeng masih mendahului carta dengan kutipan bulu paling banyak. Kalau ada AFUNDI BULU_Apeng, konfem dia ni 10 minggu NO. 1. Apeng kalau cabut bulu aku, memula dia sapu ketiak aku dulu, gosok-gosok sket, pastu nanti dia regangkan kulit ketiak aku and cabut tepi-tepi dulu slow-slow, pastu kalau ada bulu-bulu yang macam nak tumbuh tapi still bawah kulit lagi, dia kuis pelan-pelan kasik kuar sikit pastu cabut. Memang togel ketiak aku dia kejerkan.

Kalau Rozie yang cabutkan, nak pulak kat bulu yang baru nak tumbuh tu, dia korek sampai melecet. Berdarah pun penah. Tapi takpe, aku ampunkan dosa dia. Selalu kalau Apeng takde, baru aku pilih dia ni untuk meneruskan misi.

Masa aku baru bertunang dulu, hubby aku ikut aku balik Sarawak, saje nak tengok U aku macamana. So, sebab aku stay kat hostel, takleh nak tumpangkan dia kat hostel lelaki, sebab warden kerek. So, aku letakkan dia kat rumah satu budak laki ni. Satu malam tu we all lepak-lepak kat umah tu, then tetiba aku rasa cam nak suruh Apeng cabutkan bulu aku. So masa tengah cabut bulu tu hubby aku ni masuk jap bilik nak tanya something kat aku. Dia perati je apa Apeng perlakukan ke atas diriku ini. Muka dia berkerut semacam. Apa? Nak try ke?

Aku suruh dia baring, pastu aku try cabut satu satu. Dalam seploh minit camtu aku tanya sakit tak?
'Tak'.
Tapi aku nampak airmata meleleh kat tepi.
HUAHAUAHUAHAUAHAUAH. Oooooo..tak sakit ye? Macho la kan. Takkan nak cakap sakit kottttttt. Macam nak mati aku guling-guling gelak. Terus aku stop cabut bulu dia.

Malam tadi, bila aku terpandang pencabut ni, tetiba aku rendhooooooooooooo the good old days. Peng, bila ko nak datang umah aku, kita mulakan OPS BULU, gerakan pembersihan secara besar-basaran. Laki aku mana reti cabut bulu ni semua. Bulu ketiak dia tu kalau boleh merayap tempat lain dah sampai pusat aku rasa. Kalau aku tak suruh cukur tak cukur. Pastu asikla tenyeh ketiak kat muka aku.

2007-03-20

6 weird things


Sorry Sumie, aku terlupa betul ko tag aku untuk 6 weird things ni.
La, 6 je? Ko tak tau ke aku ada 6 UNWEIRD things, yang the rest semua konfem weird. Tapi ko nak 6 je kan.
Jap aku pikir...

1. Suka cakap and gelak sorang-sorang
Ni memang penyakit tahap kronik extravaganza. Bukan aku sorang je yang perasan. Penyakit ni sampai mak bapak aku pun naik menyampah. Dari kecik lagi aku memang suka cakap and gelak sorang-sorang. Kalau aku dah start buat perangai ni, adik-adik aku mesti pandang aku dengan muka tertekan. Siapa yang kenal aku sure tau aku memang happy-go-lucky, suka bercakap and gelak. So, kalau takde member sekalipun aku masih mampu gelak and cakap sorang diri. Sebab tu dalam keadaan tertekan sekalipun insyaallah aku boleh atasi lagi. Ni semua hasil kurniaan penyakit istimewa. Percaya tak kalau aku cakap, kadang-kadang kalau aku tengah dok sebelah laki aku lam keta, memula senyap...pastu tetiba je aku gelak. Bukan sikit-sikit punya gelak, ni stok yang terbahak-bahak sampai kuar airmata punya. Tapi disebabkan aku dah tunjuk perangai cantik ni seblom kawen lagi, so kalau tetiba aku tergelak macam pompuan gila tu, dia dah malas nak tanya apa dah. Sukati la Di..
Ada satu time dulu aku tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Part gila kelakar, tapi aku nangis! Nangis sampai pi toilet hembus hingus dulu pastu sambung tengok tv. Sebab tu la aku malas nak pi tengok live show ke, teater ke. Tak pasal kang aku terbahak-bahak bila orang tu perform lagu slow number. Aku rasa penyakit ni ada kaitan dengan kuat berangan and imaginasi tinggi.

2. Susah nak marah orang.
Kalau kat blog aku nampak macam suka marah and maki orang kan? Sebenarnya kat dunia realiti aku tak macam tu. Kalau kat luar aku hanya suka carutkan orang dalam hati je. Aku hanya boleh marah gila babi kat orang yang aku sayang. Kalau aku sayang orang tu memang aku boleh tengking siap berlepak lepuk aku bagi. Tapi kalau orang tu jenis yang sedang-sedang saja (sila guna suara sengau Iwan), kalau aku bengang macam mana pun, aku takkan tunjuk. Aku akan buat dekkkkk je. Secara otomatik aku akan set kepala otak aku orang yang buat aku bengang tu ada mental disorder, so that aku boleh teruskan buat keje macam biasa tanpa rasa sakit hati.

3. Pantang orang bawak keta laju.Ok ni memang series aku bagi warning, barang siapa yang mempelawa aku naik sekereta dengannya, jika anda bawak laju lebih dari 100km/h pastu siap cilok-cilok and brek mengejut, haruslah anda prepare apa-apa padding letak la kat pehan ke, kat perut ke, kat lengan ke. Sebab aku pasti anda tidak akan terlepas dari kena pelempang and tumbukan aku. Salah sorang yang tak terlepas dari tamparan wanita ini adelah laki aku. Sebab dia ni racer. Kawan-kawan Jepun dia dulu bagitau dia ni jenis berani mati punya driver. Kalau dia bawak keta, memang aku tabik. Laju memang laju. Cekap alhamdulillah, setakat ni memang cekap. Tapi tolong turunkan aku dulu boleh? Aku ni banyak dosa, blom rasa nak mati lagi. Sebab tu kalau balik Tganu, konfem aku bergaduh dalam keta. Aku bengang dia bawak laju, dia pulak bengang aku selalu tampar peha and lengan dia. Ada sesaper nak ambik berkat penampar aku?

4. Suka betulkan tali bra kat public.Yang ni aku rasa kawan-kawan U aku memang amat laaaaaa paham trademark yang satu ni. Tak tau pesal, maybe sebab aku jenis yang terlampau selamba and tak penah kisah ada orang pandang aku ke, apa ke, sebab aku rasa macam takde siapa pun nak pandang aku pun, so sukati la aku nak betulkan tali bra ke, tali g-string ke. Tapi aku takle buat depan-depan orang yang baru aku jumpa. Kalau orang tu memang tahap cemolot punya member, memang aku tak segan silu nak betulkan tali bra depan dia regardless dia laki or pompuan. Takde de aku nak 'excuse me, may i go to the toilet to betulkan tali bra?' Kem salammmmmmmmmmmmm. Kengkadang tak cukup ngan betulkan tali je, siap adjust kedudukan payudara lagi. Macam sial je kan? Tapi itula aku, sorry la beb, aku memang tak reti nak pretend. I just wanna be me. Jangan salah sangka okkkk, aku betulkan tali bra dan kedudukannya isinya sekali dengan keadaan masih berbaju lengkap! Ko ingat aku nak telanjang depan dorang sambil selamba tapir betulkan bra? Apa ko nak mamposssssssss???

5. Tak pakai face cleanser.Macam menipu je bunyiknya kan? Tapi kalau tengok muka aku sure orang kata 'patutla muka ko camni..tak pakai cleanser rupanya'. Ngahngahngahngah.
Aku rasa boleh kira ngan jari berapa kali aku beli face cleanser dari start umur aku 18 tahun. Aku slalu pakai sabun mandi je. Ikutla, kalau LUX, aku bantai LUX, skang aku pakai DOVE, itu jugak la cleanser aku. Bedal je, janji bersabun. Boleh? Pastu aku memang liat nak guna krim kaki la, krim tangan la bagai. Malassssssss. Kalau geledah handbag aku, korang tak jumpa apa pun. Tak caya tanya Ann. Dia sendiri terperanjat tengok beg aku besar je lebih tapi kat dalam ada purse (ni harus ada la), lipstik seketul, compact powder, tisu 2 paket, pad and panties (emergency), pantyliner, buku zikir and tahlil, HP, sample DNA extraction kit (memang aku akan bawak ke mana-mana), namecard, ubat resdung, jamu, bam gamat. Entah hape-hape. Perfume, eyeshadow, blusher and bla bla bla mintak mahap, aku simpan kat umah je. Kalau lepas solat kat opis tu aku tepek bedak je pastu lipstik abis citer. Tak kosser aku nak pakai eyeshadow balik.

6. Tak boleh bau coffee.Sorry ye, aku takkan menerima sebarang jemputan Starbuck ke, Coffee Bean ke, anything yang ada bau coffee. Sendawa kopi pun aku tak boleh bau. Hari anda bermula dengan Nescafe? Try la...hari anda akan bermula dengan penerajang kalau minum Nescafe depan aku. Bos aku kalau panggil aku masuk bilik, dia akan cuci mug coffee dia dulu. So siapa yang bos skang? ngohngehngohngeh. Milo and hot choc pun aku takleh bau. Seriess...aku akan muntah punya. Don't try me, uhh. Sebab tu kalau kat opis diorang buat besday bash beli choc cake or offer cokelat ke, aku tak kecik ati kalau diorang terlupa nak jemput aku sekali. Nak berada dalam lingkungan bau cokelat and coffe pun aku tak nak. Aku minum teh je. Kat umah aku pun aku readykan teh saje. Jangan nak berangan mintak aku buatkan kopi ke, nescafe ke, sadaappppppp you! Jadi, andaikata kita berlepak-lepak suatu hari nanti, korang minum la dulu kopi kat umah buat pelepas gian.

2007-03-19

Hepi Besday Hanif!


hanif (3/18/2007 11:50:53 PM): :)
diana (3/18/2007 11:51:00 PM): ye sayangggg....
diana (3/18/2007 11:51:10 PM): seriuss beb, sy baru teringat awak
hanif (3/18/2007 11:51:50 PM): uhh...
hanif (3/18/2007 11:51:57 PM): teringat pasal apa
diana (3/18/2007 11:52:10 PM): takde, teringat dulu saya selalu borak2 ngan awak, skang masing-masing sibuk

hanif (3/18/2007 11:52:45 PM): i still can spend some time if u want to meet up 4 chat

hanif (3/18/2007 11:52:57 PM): even i bizi
diana (3/18/2007 11:56:32 PM): ala...ye la tu, nak mengeji saya sebab saya takde masa nak chat ngan dia la tu

hanif (3/18/2007 11:56:50 PM): xde la serious
diana (3/18/2007 11:56:56 PM): abis, ni kat opis lagi ke?
hanif (3/18/2007 11:57:17 PM): no ler..kat umah...tadi kije kat cyber ...ada server upgrade

diana (3/18/2007 11:57:44 PM): saya pun tgh wat keje ni, tapi esok cuti so boleh belasah wat keje sampai subuh

diana (3/18/2007 11:57:52 PM): bila nak bermamak nih??
hanif (3/18/2007 11:58:02 PM): next week la
diana (3/18/2007 11:58:22 PM): next week...hmm..maybe saya takde, saya nak gi Bintulu and Kuching. Awak takde dah pi Swak ke?

hanif (3/18/2007 11:58:42 PM): xde ..my project dah settle
diana (3/18/2007 11:58:49 PM): NTV7?
hanif (3/18/2007 11:59:12 PM): xde...if u nak lepak bleh la next week
hanif (3/18/2007 11:59:26 PM): i can just come over somewhere there
diana (3/18/2007 11:59:36 PM): hmm..nanti la sy arrange schedule dulu, belanja kan??? wokehhhhh!

hanif (3/19/2007 12:00:03 AM): :P
diana (3/19/2007 12:00:46 AM): takde show mana2 dah ke?
hanif (3/19/2007 12:01:15 AM): ada ..next week budak2 nih nak main band competition
diana (3/19/2007 12:01:52 AM): bz ngan keje, pastu ngan band...takyah kawen la Nip..
hanif (3/19/2007 12:02:14 AM): hee...now i dah add 1 more
hanif (3/19/2007 12:02:23 AM): work, band & ...badminton
hanif (3/19/2007 12:02:26 AM): everyweek
diana (3/19/2007 12:02:36 AM): badminton? lu boleh smash ke????
hanif (3/19/2007 12:02:48 AM): org main single la....
hanif (3/19/2007 12:02:51 AM): tak pancit pun
diana (3/19/2007 12:03:01 AM): main mana?
hanif (3/19/2007 12:03:10 AM): ampang sports planet
diana (3/19/2007 12:03:26 AM): tolong la Nip.....kawen dulu pastu main badminton boleh???

hanif (3/19/2007 12:03:38 AM): heee...
hanif (3/19/2007 12:03:45 AM): just to tell u today is my birthday
hanif (3/19/2007 12:03:51 AM): 18/3/2007
diana (3/19/2007 12:04:04 AM): HAHAHAHAHHAHAHAHHHAA.....aiseymannnnnnnnnnnnn!!!! SORRY!!!!!!!

diana (3/19/2007 12:04:33 AM): Hepi besday to yuuuuu...Hepi besday to yuuuu..Hepi besday to my laling Hanif...Hepi besday tu yuuuuuuuuu!!!
hanif (3/19/2007 12:04:51 AM): TQ TQ Thank uuuuuuuuu
hanif (3/19/2007 12:04:58 AM): so sweet
hanif (3/19/2007 12:05:15 AM): bila nak lunch ni?


Bedebahnya akuuuuuuuuuu!
Besday kawan sendiri pun boleh lupa.

Hanif...yup, one of my close frens.
Dia ni bengong macam aku, tapi BEST! Kalau aku gayut ngan dia kat phone, sure makan jam-jam punya. Tapi skang tak boleh dah. Sebab dari aku spend gayut ngan dia jam-jam, baik aku buat taik mata ke, bersenggama ngan laki aku ke. Dulu-dulu, selalu dia main gitar nyanyi lagu Eternal Flame, sore memang best, cuma aku rasa lagi best kalau dia tak tonjolkan diri. Jadi bintang radio je dah la Nip. Ngehngehngeh.

Aku memang tunggu je dia ni kawen. Bila nak kawen ntah. Laki aku cakap orang yang terover success cam dia ni payah sket nak lekat. Mana taknya, asal aku chat je ngan dia, dia kata esok nak pi Sydney la, Bangkok la, US la, Uganda la...blablabla. Pastu kalau chat ngan aku asik la mengeluh sampai skang blom ada calon lagi. Cariknya tak, tau-tau nak calon. Aku lempang nak?

Tadi saya sebenarnya telah berkepergian ke Midvalley. Hajat di hati ingin membeli kasut. Tapi apakan daya kasut semua tak cun. Jadi saya telah mendapat satu akal. Apa kata kita mengusha skirt dulu? Saya ini adelah amat gilakan skirt. Lagi pendek lagi bagus. Kalau tak pendek, skirt itu haruslah ada belah-belah. Macam la kaki cun kan nak tayang kat orang. Tapi takpe, sebab yang kata kaki aku cun cuma laki aku sorang, orang lain keji pun wa no hallllll.

Akhirnya dapat gak skirt tu. Dari hujung tahun lepas aku carik okk. Baru tadi aku jumpa. Masa aku nampak skirt tu terlompat-terlompat siap kuak-kuakkan tangan lagi. Petanda seronok gila la tu. Siap jerit 'I found it!!! I found it!! Ya Allah..ni la skirt tu banggg!!!'. Macam kemaruk je kan? Promoter tu sure ingat aku jakun mana ntah terlepas. Tapi itulah perasaannya kalau ko carik satu barang dari tahun lepas, pastu tetiba dengan tak plannya nak beli tadi tapi benda tu ada depan mata. Apekah kau harus mengabaikannya???

Laki aku pun berkata, 'Nak beli skirt pulak? Tadi kata nak beli kasut ngan perfume je'. Pilih, kalau beli skirt, cut perfume or kasut.'

Lihatlah dunia, betapa bengisnya laki aku kalau sampai part bershopping. Dia ni dulu nak jadik akauntan, tapi sebab kak ngah dia dah ambik, so bapak dia suruh jadik engineer. Sebab kempunan nak jadik akauntan la tu aku dijadikkan mangsa skang ni. Asal apa benda aku nak beli je, dia calculatekan dulu. Laki aku you don't play play wehhh, every resit GIANT pun dia simpan. Hobi saye adelah mengumpul resit okkkkkk. Kalau lepas balik dari beli apa-apa sekalipun, dia akan check resit dulu. Macam pesuruhjaya sumpah pun ada, cuma dia je yang layak mensahkan bahawa resit itu adelah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka.

Bila dah beli skirt, macam tak cukup syarat kalau tak beli blouse kan? Hmmm....nak beli ke tak ni? Kang kalau bagitau aku nak beli baju siren dia bunyik pulak. Siren tu kalau berpada-pada takpe jugak, ini makin aku cakap 'takpela, takyah beli ssekarang' makin kuat lak siren dia. Aku pun mendapat satu lagi akal. Aku ni macam MacGyver tau, di dalam kesempitan, pasti ada jalan penyelesaian. Pasti!! Aku pun buat-buatla nak try satu baju yang aku sebenarnya dah aim dari tadi.

'Bang, jap. Nak tengok baju ni ok ke tak. Tak beli, dun worry'. Ecehhh...tektik la ni.

Lepas try, aku tunjuk kat dia. Sambil sengaja tak butang baju tu. HAHAHHAHA...keji gila kan????? Mesti mau tau la kelemahan suami sendiri kan.

'Hmm...cantik jugak,' dia kata. Apa yang dia refer as cantik pun aku tak tau. Baju tu biasa je.
'Kalau bekenan beli la.'

Eishhhhhhhhhh. Saper kata aku tak bekenan?? Bekenan la sangat sangatttttttttttttt.

So, skang aku dah ada satu skirt idaman, dan satu blouse yang tak la cun mana tapi bila aku pakai PASTI cun. HUAHUAHUAHUAHUAH.

Sebenarnya, skirt ngan baju tu aku pakai duit aku. Tapi tak tau naper, dari mula kawen lagi, apa-apa aku nak beli walaupun duit aku sendiri, aku akan tanya laki aku dulu boleh ke tak. Kalau dia tak bagi, konfem aku takkan beli walaupun hati aku bengkak gila ngan dia. Percaya atau tak, sampai skang aku macam budak sekolah. Nak pi keje, mintak kat laki aku duit. Laki aku akan bagi aku duit every Isnin. Dia bagi untuk seminggu, itu pun cukup-cukup aku makan tengahari and kot-kot aku sesat mana-mana ke nak guna cash money. Tak percaya???? Ye, aku pun tak percaya sebenarnya laki aku sampai skang dok pegang ATM card aku!!!!!!!
Kenapakah nasib ku begini????
Kenapa mesti aku yang diduga sehebat ini?

Tapi bagus gak sebenarnya. Sebab kalau ATM tu kat tangan aku, nescaya, figura di dalamnya akan meruncing tak sampai 3 hari. Tapi laki aku pun tak le kejam sangat, petrol semua dia isi beb. Aku hanya tekan minyak je. Agak-agak aku nak carik pasal ngan dia, aku tekan minyak tu lebih sikit dari biasa. Aku ni kuat shopping gak dulu. Sejak kawen ni laki aku kontrol. Sampai no ATM aku pun aku lupa. Laki aku cakap, bila dah kawen, kita kena pandai salurkan duit tu ke mana. Ye la..AI AI CHIEP!!

Pastu time nak balik, tetiba laki aku cakap, 'jom beli perfume'.
Aku ingatkan dia nak beli untuk dia. Rupanya dia nak belikan untuk aku. Dengar tak ni hoihhh! Untuk aku!!!!!!!
Dia kata dia tensen bila aku memekak kata perfume dah nak abis, padahal ada 3 botol lagi.
Syorga!! Syorga okk? Betul kata Belinda Carlisle - HEAVEN IS A PLACE ON EARTH! Perfume apa takyah bagitau la kan. Macam la aku sorang je yang reti pakai perfume.

So today, hati aku amat gumbira.
So, now mood nak wat keje suda mari.

2007-03-18

Spek


Yesserrrrrrrr.
Itu namanya spek baru.


Aku ni korang jangan tak tau, aku ni rabun.
Bukan rabun manja lagi dah, memang tahap meraban punya.
Aku start pakai glass umur 12 tahun. Tapi aku rasa aku rabun sejak umur 11 lagi.
Ingat lagi time tu kan tetiap 6 bulan ada je spital bergerak datang opis, so masa tu rasanya time nak BCG. Seblom kena inject tu nurse ni buatla eye test sket. Bila dia tunjuk huruf 'E" tu aku nampak lagi. Yang line kedua tu pun pass lagi. Masuk line ketiga je terus aku tekebil-kebil. Nurse tu ingat aku buat-buat rabun, siap tinggikan suara 'Ni takkan tak nampakk?'.

Ambooooooooooiii, sajaknya ko menengking aku. Apa ko ingat menjadi rabun itu adelah satu style? Kalau pakai braces walaupun gigi dah tersusun cantik, tu maybe stylo la. Tapi kalau buat-buat rabun itu bangang namanya. Takde keje de aku nak pretend jadik rabun.

Ada satu malam tu aku follow parents aku gi kenduri rumah member dia. So, dia bagi lauk hidang. Jarak antara aku dengan pinggan lauk tak la jauh mana, kurang dari 100cm pembaris panjang kaler kuning tu je, tapi aku nampak sambal tempoyak sebijik cam ayam masak merah. Tu rabun ke macamana?

Dengan konfidennya aku mintak makcik sebelah hulurkan sambal tempoyak yang aku sangka ayam masak merah. Kenapa la aku tak mintak 'Makcik, tolong hulurkan ayam masak merah tu?'. Instead bertanya, aku terus kata 'Makcik, boleh hulurkan lauk tu tak?'. Bila lauk tu aku dah pegang, ape ke heyyyy lembik semacam je ayam ni. Aku tekan-tekan takde pulak rasa tulang. pastu aku dengar makcik tu kata 'Pandainya budak ni, kecik-kecik dah tau makan tempoyak'.Tempoyak tu menatang apa? Hambik ko. Terjuih-juih mulut aku nak tahan muntah.

Sorry la beb, aku memang anti durian. Bau durian pun tak leh lalu depan rumah aku. Aku pun tak tau apa dosa si durian ni sampai bau pun aku takleh terima. Kalau laki aku nak makan durian, sila balik umah mak dia, atau makan kat umah mak aku. Makan kat sana sampai abis, toksah berangan nak tapau bawak balik. Aku hempok kang. Woiiiii,kalau mak aku la, tau je menantu dia ni nak balik, siap sorokkan durian tu letak kat blakang. Apa dia ingat deria bau aku dah out of season? Kat gate lagi I CAN SMELL WHAT THE ROCK IS COOKING!!!!!!!!!! Aku tak tunggu dia perabis durian tu, time dia tengah makan tu la aku gigih spray air freshner kat keliling dia.

Adoi la..ngantuk aaaa. Macam nak rabak mulut aku menguap dari tadi. Tapi keje banyak ni.
Semalam aku tido kol 6.30pagi okk.
Boleh lagi ke nak tido kalau dah pukul 6.30 pagi?

Setan pun berkata, "Bolehhhhhhhhhhh".

Eh, boleh tak aku nak tanya sket.
Soalan ini ditujukan kepada silent readers aku yang berada jauh di Denver la, UK la, Egypt, Taiwan, Brunei, Singapore, Sepang International Circuit, UIA, MMU, UTM, UiTM, Nottingham Uni dan bla bla bla. Aku dapat detect korang kat system radar aku.

Mengapakah anda ini semua tidak mahu mengomen entry saya tetapi rajin menyinggah.
Kenapakah?
Kenapakah anda seolah-seolah menjauhkan diri?
Adekah saya ini berpenyakit?
Jangan risau, penyakit mental saya adelah tidak berjangkit, cuma mempengaruhi anda sahaja.

Jangan la begitu sedara. Tak baik menghalimunankan diri. Adelah lebih baik jika kita berkenalan sambil merapatkan hubungan yang jauh, kita dekat-dekatkan. Mana la tau kot-kot aku tercampak kat US ke UK tahun depan, bleh gak tumpang umah korang.
Yang dok UIA, UiTM ni semua, tau tak aku tetiap minggu datang sana? Tu la, kalau tak boleh lepak mamak sesama. Dah la aku ni asal pi mana je mesti sesat dulu. Kot ada korang-korang ni boleh la aku calling-calling tanyakan jalan.

Tapi, apa-apa pun time kasih la sebab korang-korang ni rajin baca blog aku.

Time kaseeeeyyyyyyyy! (style alleycat plis)

2007-03-16

HIDUP secara keseluruhannya adalah satu dugaan


Masa aku memula kawen dulu, after 3 mths je, hubby aku ajak pindah umah.
Dia kata aku manja sangat kalau duduk dengan parents, masak pun tak sempat sebab semua mak aku buatkan.
So, after 3 mths, pindahla kitorang laki bini ke USJ sebab dekat ngan kilang hubby aku.
Dah la lepas kawen aku pun gatal benti keje sebab nak wat Masters.
Sian Encik Wang terpaksa tanggung expenses rumah sorang-sorang siap tanggung expenses aku lagi nak pi blaja. Ni namanya birahhh. Tau birah tu apa?
Kalau mak long aku punya version Nogori dia akan cakap 'gatal pantekkk'.

Disebabkan aku tau parents aku sure hangin punya kalau kitorang kuar dari rumah, so kitorang plan bergerak secara rawak tetapi senyap-senyap.

Sebut pasal 'rawak' ni aku ingat lagi masa aku skolah dulu, cikgu Kimia aku ni memang suka benar pedajal aku dalam kelas.
So bila sampai bab 'Zarah-zarah Gas', adela satu kawan aku yang aku pun tak tau apesal hari tu dia bengap sangat, zarah-zarah gas pun tak tau apadia.
Yang cikgu ni pulak, siap bagi contoh "zarah-zarah gas bergerak secara rawak sebab dia mempunyai keluasan yang tidak terhad. Contohnya kalau kawan awak yang kat belakang tu (sambil point kat aku) kentut senyap-senyap, tak sampai 30 saat saya dah bau kat depan ni. Itu adelah satu contoh pergerakan rawak zarah-zarah gas".

Cibai betul.
Apesal dalam 45 orang kat kelas tu aku yang kat blakang sekali ni dia jadikkan role model? Bukannya aku bising pun, aku cuma buat muka poyo je bila dia mengajar.
Siapa suruh tak hensem. Lain kali gi make over dulu. Konfem aku dok depan sekali.

Ok, sambung.

Kitorang dok apartment je kat USJ tu sebab kawasan Subang ni mahal nak mampos, baru-baru kawen mana la ada duit sangat, dengan aku yang dah benti keje time tu.
Hubby aku pulak belum setahun keje.
Sewa dah la RM800++, dengan takde gym, takde swimming FOOL, guard tua-tua belaka, kalau post guard tu tebakar aku rasa tok guard ni terkial-kial nak lepaskan diri.
Parking dah la untuk satu keta je, nak beli parking lot extra pun tak boleh.
Disebabkan dulu keta aku kancil je, so dengan segala hormatnya keta itu park kat luar.
Keta laki aku dengan sejahteranya berada kat dalam.

The day kitorang nak pindah tu barulah susun ayat cantek-cantek nak bagitau kat parents aku.
Kecik ati jugakla orang tua tu.
Bukan taknak dok ngan mama la, orang nak berdikari.
Ooooo....nak berdikari ye??

Kitorang pindah 31 Disember 2001, tapi malam tu still tido umah parents aku lagi.
The next day, 1 Jan 2002, ambik berkat New Year, kitorang dah start dah pi Giant beli segala baldi, berus, penyapu, cabinet kecik nak letak dapur, beli dapur yang 2 stove tu dalam RM48 hengget je and bla bla bla....
Teruja la konon nak kemas umah ni. Malam tu dua -dua orang sapu Yoko-Yoko.
Sakit badan dan sengal-sengal otot okeh?

Seb baik laki aku dah beli home theater set masa blaja dulu, so takde la malam tu aku mengadap muka laki aku je.
Kalau takde tv, panjang citenya kang.
Pastu seb baik mak aku belikan bedroom set masa kawen, takde la aku tido atas tilam..tilam..tilam lamaaa ganti baru...

So, rumah dah kemas, tv dah sambung kabel, bilik tido dah siap, baju dah susun, so now masak. Masakkkkk??????? Ahhh sudah!
Bukan aku tak reti masak. Buleh la sket-sket tapi kalau Chef Wan ada time tu sah-sah dia kata 'FAIL!!!' kat aku.
Apa taknya, malam tu la first time aku guna stove yang bunyi ketang ketung ketang ketung time nak nyalakan api. Terkial-kial gak kitorang laki bini nak putar bendalah tu.

Ok, api dah nyala.
Apa yang ko nak masak ni hoih? Fridge pun tarak. Nak simpan lauk kat ner?
Last-last pecahkan telur dua bijik, buat sambal tumis, bentang sokkabar atas lantai.....Allahuma bariklana...seploh minit kemudian...BURPPPPPPP!

Macam nak nangis aku makan malam tu.
Takdela teruk sangat sebenarnya, sebab macam pinggan mangkuk mak aku dah belikan, rice cooker, kitchen utensils semua present masa kawen, so dah save kat situ.
Cuma yang aku sedih tu bila aku serve laki aku hanya telur goreng ngan sambal tumis, makan atas sokkabar pulak.
Sedih masa tengok laki aku makan.
Dah la siang tu penat-penat kemas rumah, malam makan macam tu je.
Taknak makan luar sebab nak jimat.
Ni banyak lagi benda nak kena beli pasni so takleh riang ria sangat makan luar.

Esok lusanya baru la kusi meja, fridge, dah segalanya sampai. Barula bernafas sket.
Tapi tu la, sebab laki aku sorang je yang keje time tu, aku gatal nak blaja lagi saper suruh, everytime dia dapat gaji, dia akan draw semua duit gaji dia and ketepikan siap-siap.
Ni duit rumah, ni duit bil api air, ni duit tepon, ni nak belanja barang-barang dapur, ni pulak duit Di nak belanja time blaja nanti, duit nak simpan, bagi mak dia lagi.
Sedihnya aku tengok, sampai ada satu time tu aku tengok dia lipat duit RM50 dua keping masuk dalam wallet.
Aku tanya itu duit belanja abang sebulan ke? Dia senyum and angguk.
Duduk Subang Jaya dengan duit RM100 sebulan? Mana nak cukup.
Masa tu aku rasa Giant tu dah cukup mahal barang-barang.
Kalau boleh nak beli kat kedai runcit depan umah ni je.

Everytime dia bawak aku gi jalan-jalan hujung minggu, dia mesti tanya "Di nak apa? Nak baju?"
Memang aku nak sangat, tapi tak terkeluar perkataan 'NAK' tu bila terbayang nanti dia kat opis makan apa kalau duit tu dah buat beli baju aku?

Kan aku dah nak nangis dah..ni yang malas flash back ni.

Ada satu time tu, aku pun tak tau pesal apa kitorang (bukan kitorang, laki aku saje) short of money. Ada sumthing jadik kot time tu yang buatkan kitorang guna duit lebih dari bulan-bulan lain.
Punyala nak jimat, aku puasa siang, so hanya makan waktu malam.
Laki aku pun sampai skang tak tau yang aku penah puasa lebih dari seminggu semata-mata nak jimatkan barang dapur.

There was one nite, aku cuma masak sambal tumis, just sambal je, pastu rebus telur sebijik tapi belah dua.
Makan la kitorang laki bini telur sorang separuh.
Elok je lepas makan, mak aku call tanya makan apa.
Aku terpaksa la senaraikan segala menu-menu hebat kat restoran Thai depan umah semata-mata nak jaga air muka hubby aku.
Malu dia nanti kalau mak metua dia tau dia bagi bini dia makan telur je.

Well, those were the days...sometimes, aku dengan hubby aku menangis dalam pelukan masing-masing.
Kami akhirnya temui sesuatu yang kami cari dan perlukan hari ini.
And our journey continues...



2007-03-14

Sorryla beb, aku penat, entry pun macam sampah je


Rajinnya korang-korang ni hapdet blog tetiap hari. Blog aku ni naik bersawang dah.

Okkkkk...I am back!! Aku sebenarnya balik dah from Tganu Senin lepas, tapi dek kerana tuntutan kerja yang sungguh dengki akan masa senggang aku, jadi terpaksa la aku perabihkan kejer-kejer yang menimbun. Pun tak siap-siap lagi sampai skang. Tak buat pun menimbun, buat pun makin menimbun, so baik aku hapdet blog lagi banyak pahala.

Sepatutnya esok aku kena gi Melaka, tapi macam MALAS sebab keje skang pun takleh nak settle, ada hati nak pi jalan tempat lain? Pastu tadi bos aku cakap dia gantikan orang lain untuk pi Brunei next week. Sukurrrrrrrrrrrrrrrr nikmat!! Aku sebenarnya macam suam-suam kuku nak pegi bila terima arahan last week. Kang kalau aku kata taknak kang, panjang lak aku pidato lam bilik CEO, so aku main hangguk je la. Aku memang dah cara-cara nak guna jari kaki je buat keje ni. Seb baikkkkkkk.

So, now aku nak siapkan keje dulu. Keje yang pertama.....TIDO!

Partner aku dah standby dah ni, dok pandang-pandang aku. Seblom dia bagi nasihat 'toksah balik la Di, tido je kat opis buat keje, esok abang belikan TOTO' baik aku off laptop dulu.



Ini adelah kami suami isteri yang dikurniakan Tuhan keceriaan mental yang berlipat ganda.
See, muka aku muka letih gila kan?
Cau cin cau!



2007-03-09

Saje aku tulis entry panjang sebab aku takkan hapdet blog ni sampai Rabu depan wokeh?


----- Original Message -----

From: M
To: Diana
Sent: Thursday, March 08, 2007 3:25 PM
Subject: Book1.xls

D,
Just to share with you the target that has been set to for **nama kompeni** and your division. This actually ties up to the commision scheme as well. For the pass 2 months, kita tak reach target pun. So, we need to find compensation in the coming months. I also need to understand from you, how is your distribution of workload between you and the rest. Also there will be some changes in the pricing calculation soon. I am currently gathering information from PMP and will infrom you this later. Will you be in the office esok Friday morning for a discussion? Say at 930am?

M


Sorry, esok saya adelah ke sana kemari untuk appointment dan presentation, dan malam ini saya akan bergerak ke Tganu sampai Selasa, balik dari Tganu saya akan ke Melaka pulak.
Lepas itu saya akan ke Brunei, dari Brunei terus ke timur tengah kerana ditugaskan menjadi duta keamanan ke Iraq selama beberapa bulan.
Pulang dari Iraq saya akan kembali ke Mesia untuk menonton Konsert Akhir Akademi Fantasia 5 sebelum menyertai Taliban untuk 5 hari dan selepas itu menunaikan umrah, bla bla bla bla....

STRESS!

2 jam lebih aku pung pang pung pang dalam bilik bos.
Mana nak cari RM2.2M tahun ni wehhh?
Dengan nak capai ex-gratia lagi May ni.
Dengan appointment bersepah-sepah.
Sejak masuk tahun ni, aku sendiri macam lost.
Tak tau apakejadahnya yang aku tengah buat ni.
Terlampau banyak sangat dengan kejer yang aku harap boleh dibantu oleh orang lain tapi akhirnya aku jugak yang macam babi buat keje sorang-sorang.

Bos : I tengok u sorang je yang busy. I tak suka macam ni. Sepatutnya diorang lagi bz dari you.

Aku : Habis macam mana, bukan saya tak distribute workload, diorang yang taknak buat. Saya ni jenis kalau taknak buat, saya cakap sekali tak dengar, saya ambik balik task tu, saya buat. Habis cerita. Payah la KM, saya jenis yang kalau orang bagi keje, pandai-pandai nak siapkan, tak tau tanya. Tapi ada orang yang kita bagi keje, dia tak tau, dia kata tau. Tapi kalau dah tau, keje tak buat-buat jugak. Bila saya tanya 'u tau tak benda ni kena buat macam ni?'. Dia jawab 'saya tau'. So?

Bos : You kena change your attitude. You need to marah them. I tak suka diorang overrule. Diorang keep on sending me the reports. Sepatutnya reports tu diorang hantar kat u. U jangan baik sangat dengan diorang. Nanti diorang pijak u.

Aku : Saya bukan taknak marah diorang KM, saya kalau boleh taknak bekerja dalam suasana stress. Saya taknak bila saya marah, diorang end up taknak buat keje lansung, resign, masam muka and all.

Bos : You have to! You are the Manager. Tak salah u buat macam tu. I tengok kat database, balik-balik u je yang buat semua benda. I tengok budak-budak ni nampak macam bz tapi kat database tak nampak nama diorang pun siapkan mana-mana quotation.

Aku : Itu la yang saya pelik. Bila saya bagi task, asik la kata 'banyaknya keje'. Saya tak tau apa definisi 'banyak keje' dorang tu.

Bos : Takpe, I will talk to them, from now onwards, no more reports or whatever masuk ke bilik i. Only you saja yang boleh report to me. The rest have to report to you. Ask them by Monday morning before 10am, all reports must be given to you so that you can report to me. Email me their areas. BTW, I am planning to get more staffs.


Staff lagi?? Yang skang pun aku tak terhandle. Mau tambah?
Aku heran la budak-budak aku ni. Asal aku tanya je semua tau.
Ni termasuk la budak yang 'AKU TAU' tu.
Sampai bos aku pun perasan perangai dia ni.
Siap pesan lagi, dia ni sebenarnya satu benda pun tak tau.

Payah kalau budak bukan biotech background kena keje melibatkan bidang biotech.
Aku dah bagitau bos aku dulu, jangan ambik sebarang budak.
Tak semua budak boleh adapt dengan bidang yang bukan bidang dorang.
Ada sesetengah tu willing nak belajar, tapi yang aku dapat ni semua yang pemalas nak belajar, takde inisiatif nak belajar benda baru tapi BERLAGAK semua benda tau.
By the time we discover dia memang takleh masuk line ni, the kompeni dah make lost.
Like last time, melambak-lambak underquote.
Pastu hujung tahun takde profit maka semorang takyah dapat bonus. Increment pun macam ado.

Takpe, takpe.
Semalam aku dah luahkan everything kat bos, tak cukup ngan tu aku mengadu kat laki aku lagi. Semalam, aku tido kol 3am siapkan rangka kerja baru untuk next week sampai hujung tahun.
Betul kata bos aku, aku kena tukar attitude aku dulu.
Takde dah nak baik baik ni semua.
Aku kata buat, ko kena buat. Ko tak buat, aku terajang.

Malam ni sampai Selasa depan aku ada kat Tganu outstation, lepas tu ke Melaka.
Balik dari Melaka, I will be the new KAK DIANA (tittle kat opis). Siap korang!
Tapi aku akan tetap kekalkan identiti DIANA ISHAK yang sebenar-benarnya yang sewel all the time.

Sekian.

Tadikan, aku kemas-kemas lemari. Pastu aku nampak gambar-gambar ni.




::kat Sekolah Voka S/Alam lapor diri. Aku la yang pakai baju kurung berspek tebal tu::



::This is where kitorang berkumpul, siap tido lam khemah untuk practice and perform the next day. Aku yang tengah pegang tin Coke tu. Sebelah kiri budak chubby tu wakil Wilayah Persekutuan, sebelah aku yang tengah toleh tu wakil Perlis, Indian depan aku tu aku lupa wakil mana, budak pompuan sebelah Indian tu wakil Melaka::



::We all lepas performance. Aku yang pakai baju melayu pink karre tu (karer kegemaran). Itu sebenarnya baju Putri Perak, tapi selendang ntah mana aku campak ntah. Pakai rambut sampel lagi nak cucuk sanggul punya pasal::



::Lam katerbang. Laki aku siap keji muka aku time ni dia kata, 'Kalau abang join masa ni, sure abang tak pandang awak sebelah mata pun'. Keji betul. Buruk sangat ke aku ni??? Memang buruk pun aku tau. Yang dua-dua kat blakang tu wakil Tganu::


Sungguh kesian aku tengok keadaan aku dulu.
Ha, tu adelah gambar masa aku gi Jepun umur 12 tahun.
Masa tu aku terpilih antara 40 orang students kat Mesia (atas dasar apa pun aku no idea) jadi Junior Ambassador Malaysia ke Fukuoka, untuk 'Asian Pacific Children Convention (APCC)'.
Kat sana 50 buah negara with masing-masing punya duta kecil berkumpul.

Sebenarnya best, tapi sebab itula kali pertama aku jauh diri dari family, so jejak je kaki kat Fukuoka, aku dah nangis nak balik. Bodoh kan?
Tapi kejap je aku nangis, saje nak cari publisiti kat airport.

Rasa macam artis pun ada, apa taknya before we all berlepas tu pun press kumpul dah kat Subang Airport, sampai kat Fukuoka pun press tunggu gak.
Aku macam blur pesal la semua nak ambik gambar bagai ni?
Bayangkan, hanya 2 hari je kelas intensif Nihongo, tau-tau dah sampai Jepun. Tak gabra?
Dah la aku tak sempat nak hafal banyak, terpaksa la aku jadik macam orang pekak dan bisu, guna isyarat tangan.
Siap aku buat macam teka ayat kat rancangan 'SINGER...menawan keluarga bahagia'. Satu perkataan, dua suku kata, suku kata pertama.....

2 minggu kitorang kat Fukuoka, macam-macam benda kena buat, siap kena bagi presentation kat Fukuoka Tower tu.
Bersembur-sembur masing-masing spekong Inggeris.
Tak tau la si Jepun ni paham ke tak.
Aku tengok angguk-angguk je, paham la kot.
Tapi yang tak bestnya, MOE takde budget kot, we all pegi sana pakai baju skolah je.
Masa kat airport Fukuoka, aku tengok delegasi from Brunei siap pakai blazer merah, seluar/kain putih, Australia siap pakai blazer dark blue and hat putih.
Kitorang turun dari katerbang, pakai baju skolah sambil sorang-sorang bawak bendera Mesia.
Betul-betul macam kanak-kanak 'Tolong kami..bantu kami..anak-anak yatim piatu'.

Tahun 2000 aku terpilih lagi sekali gi Fukuoka oleh MOE, kali ni as Peace Ambassador.
Siap kena buat speech pasal world peace depan Menteri Pertahanan. Speech siap, Visa dah buat. Sebab?

Sebab aku gatal.
Laki aku balik bercuti kebetulan jadi aku taknak pi Jepun nanti tak dapat jumpa laki. Hahaha. Birahnya la hai!

Sian Cik Noraini MOE tu, menangis dia takut kena buang keje sebab wakil Malaysia tak jadi pegi. Akhirnya, speech tu aku pos kat MOE, sorang budak Chinese tak salah aku yang dapat gi.
Tapi sian budak tu, newsletter APCC sampai, still nama aku as Peace Ambassador.

Teringat satu insiden masa aku 2nd year. Meh sini nak ngumpat.
Masa aku second year, aku terpilih untuk wakil Uni ke sesi berdialog bersama PM kat MINT Hotel, KL.
So, masa tu kebetulan exam week.
Lecturer lain semua kasik aku ambik paper awal.
Satu lecturer brengset ni, sangat-sangat la menggelupur baru dapat tittle Dr katakan.
Dia sudah jaki sama aku, taknak kasik aku ambik paper dia.
Bayangkan, tiket dah dapat, nama dah hantar, siap HEP call dia explain yang aku kena pi jugak KL esoknya, dia boleh taknak lepaskan aku gak. Apa punya bangkai la.

Dr perasan hensem : Awak pandai ye, awak lapor kat HEP, now kaki tangan saya dah diikat. Awak ingat saya takut ke?

Aku : Bukan saya sengaja nak laporkan pasal Dr tak bagi pelepasan, tapi saya kena inform diorang kalau betul saya tak boleh pergi. Tiket dah beli masalahnya.

Dr perasan hensem : Awak ni kemaruk sangat nak pegi KL sampai taknak ambik exam.

Aku : (Hek elehhhh...hoih! Setakat KL tu dah macam kampung aku la beb. Ko ni ingat aku asal mana? Ulu banat?) Bukan saya nak sangat ke KL, saya jadik wakil ke sana.

Dr perasan hensem : Esok pagi awak datang bilik saya untuk ambik exam, kalau saya ada. Kalau saya takde, awak kena attend exam kat hall jugak la.

Aku : Angguk.

Dr perasan bagus : Dengar tak ni? Kalau saya ada tau. (sambil buat muka babi)


Dan seperti yang dijangka, memang si hamlau ni takde kat bilik dia pagi tu.
Aku memang bengang gila babas dengan musibat sorang ni.
Sampai skang aku dendam.
Aku terpaksa call HEP say sorry, lepas exam aku terus cabut ke airport beli tiket sendiri untuk attend meeting tu.
Aku rasa Dr ni memang ada masalah mental kot. Belagak tak kena tempat.
Semester tu half of the class kena repeat paper. Aku antara yang terselamat.
And dalam sejarah aku kat U, paper dia la aku dapat mark paling bodoh sekali - C+.
Tak pernah hayat aku dapat C. kat sana.
Aku bawak paper ni gi jumpa Head of Biotech suruh dia check.


Head of Bio : Awak bayar RM30 and mintak Dr P checkkan.

Aku : No, Dr. Saya cuma nak Dr tengok-tengok je jawapan saya tu, adekah saya layak dapat C+?

Head of Bio : (check dalam 15 minit). No, u sepatutnya dapat markah jauh lebih baik. Pergi hantar kat Dr P, biar dia semak.

Aku : No need. Saya cuma nak confirmation je.

Head of Bio : Eh! Bayar je RM30, awak shud dapat better than this. Pointer awak jatuh nanti just because of this paper.

Aku : Takpe, Dr. Saya tak nak keruhkan keadaan. 


Aku bukan apa.
Aku malas nak kena panggil dengan dia lagi.
Dia tu sawan.
Karang tak pasal dia panggil aku hadap dia lagi pastu ugut-ugut macamkan dia victim.
Aku dah malas nak tengok muka dia lagi.
Dah lulus ni pun dah besar rahmat,
Ramai lagi yang kena hadap muka dia next sem sebab repeat.

Dan disebabkan kedegilan dan kebodohan dan keegoan sendiri, C+ ni telah mencacatkan transcript aku. Mampos la.
Aku malas nak handle orang sakit otak macam dia.

Masa aku present thesis, dia ni ada sekali. Saje je la tu.
Padahal takde kena-mengena pun, saje nak tengok aku present dengan harapan dapat membambu aku la.
Tak dapek lah.
Sebab aku tau dia satu hapah pun tak paham.
Dah la sepanjang-panjang aku present tu mata tenung aku semacam. Ingat aku gabra la tu?
Macam sialll.

Habis je present aku kuar bilik, dia ada kat koridor senyum kat aku.
What the ****??
Aku rasa macam nak pijak je telor dia.
Sampai skang aku takleh lupa kemusibatan dia pedajal aku. Dendam kesumat okk?


2007-03-07

Mari tipu customer


----- Original Message -----

From : rahsia
To : secret

Cc : Diana
Sent: Monday, March 05, 2007 12:36 PM
Subject: RE: Dairei

Dear All

We will not accept a half functioning freezer. Better get a new one and send the damage one back
It will be much faster.

Dr. RC



Sket punya panjang email aku kat dia, seharian aku carik idea nak kasik bentuk ayat cun-cun biar dia tak temper, beginikah balasannya????
Kalau aku tau dia nak reply cinonet macam ni, baik aku hantar sms je.

Ni skang aper nak wat ni?
Lalu aku pun mengadu domba ke engineer.


----- Original Message -----

From : ********
To : Diana
Cc : *****, *******, #^%$#^$
Sent: Monday, March 05, 2007 11:13 PM
Subject: Re: Fw: Dairei


Kak Diana ,

Changing a new unit will take more time and extra costs. Have u informed them that we are exchanging the dented part ? Shall we keep this from them at this moment coz they surely insist for a complete new unit rather than changing the part . I have yet to receive the replacement cost... will rush them again.

Thanks


Aku sebenarnya dah bagitau dorang we are going to change the door instead of getting a new unit. Bodohnya aku.

Betul kata laki aku, aku ni tak layak berbisnes, sebab tak reti menipu.
Arwah pak metua aku bisnesman, dia siap bagi nasihat lagi, kalau boleh jangan la join bisnes, orang berbisnes ni susah nak jujur. Ye ke??

In a way betul la kot.
Aku ni payah sket nak kelentong customer lelebih.
Setakat kalau customer call 'Diana, boleh tak datang sini ajar camne nak guna bendalah ni?'.
Kot masa tu aku maleh, aku jawab 'Esok boleh? I tengah meeting'.
Padahal aku sedang enak mengangkang depan tv tengok ulangan Konsert Akademi Fantasia sambil kunyah kepok lekor.
Takat tu je la kalau aku nak tipu customer pun.

Agaknya sebab tu la tahun lepas aku tak banyak buat profit, sebab kalau ada barang damage je, aku mesti dengan senang hati nak replace.
Habis tu kalau dah sah-sah salah kita (bukan salah aku, salah tukang pack), takkan taknak mengaku? Dah salah tu mengaku je la. Susah sangat ke?

Dulu kalau time Awal Muharram, aku mesti berazam taknak menipu tahun ni dah.
Sejak aku involve dalam sales ni, rasa sia-sia je azam aku tu.
Seb baik aku niat 'saya berazam'.
Kalau aku niat 'saya bersumpah'...mampos kena makan dek sumpah.
Terus jadik tugu. Tugu gemuk dan itam.

Tapi masa aku skool dulu aku rasa aku terer gila menipu.
Time aku kat Maahad Hamidiah (aku penah jadik budak Maahad okkk. Tak caya?? Ye, aku pun tak percaya hantu macam aku boleh masuk sini), aku homesick.
So, aku selalu benar nangis je, padahal skolah tu kat Kajang je, sekangkang kera je ngan rumah aku. Senior dalam dorm tu nak pedajal aku agaknya, dia pi sorok glass aku.
Boleh tak kalau nak berjenaka ngan aku tu biar yang kelakar sikit?
Sorokkan spec aku sangat-sangat tak kelakar la.
Aku ni dah la rabun tahap semi-buta.
2 hari aku meraban-raban. Pergi skolah pun kena pimpin tangan orang.
Bukan la tak nampak lansung, melampau la kalau sampai tak nampak.
Kalau tak nampak sangat, dah lama aku apply masuk skolah buta. Rabun yang teruk jugak la.

Hari ketiga tu, aku jumpa balik spec aku.
Tapi disebabkan aku homesick and benci sangat nak dok situ, maka aku tipu semorang, aku tak jumpa lagi spek tu.
Aku ngadu kat parents aku, aku nak keluar sebab diorang semua ragging aku.
So, selang 2 hari, aku bebas dari kem tahanan kanak-kanak itu.
Penipuan berhasil. Jadi, aku hanya di Maahad Hamidiah selama seminggu saje. HOHOHO.

Kat skolah tu masa assembly, aku kena tahan ngan satu senior ni sebab tak pakai kain dalam.
Aku macam...kain dalam?
Aku tak tau pun kalau pakai baju kurung kena pakai kain dalam.
Dah la aku pakai pinafore masa skolah rendah. Kain dalam pekehey nya?
Kalau suar dalam tu memang aku tak penah miss pakai punya.

So, kakak tu kata "Naik dorm, pakai kain dalam".
Aku nak carik mana kain dalam ni? Aiseyman.
Last-last aku sarung kain batik.
Dah la nak ikat kain batik ni pun satu punya seksa.
Lipat sana, selit sini, lilit situ, jadikk la. Ok, siap. Turun.

"Tengok kain awak".

Senior tu selak kain aku.
Bila dia nampak aku pakai kain batik kat dalam, dia pandang muka aku, diam.

Apa pandang-pandang? Tak puas hati aku pakai kain batik? Aku tumbuk kang.

"Jarang lagi ke kak?" aku perli dia balik.

Dan hari itu, kain skolah aku la yang paling kembang ala-ala Cinderella, sebab kain batik aku kat dalam tu belum jahit tepi lagi, so memang panjang ya amat la.
Lilit lilit lilit, ada gak sampai 4 kali lilit kot. Mana tak kembang.

Tak paham aku.
Aku dah pakai tudung labuh gila, baju kurung pun diorang suruh buat labuh sampai bawah lutut, lagi nak suruh aku pakai kain dalam.
Saper yang nak selak kain aku ntah. Takde logika lansung.

Lepas kat Maahad ni aku masuk TKC pulak.
Tapi bukan terus masuk la, skolah dulu kat SMBBB tu.

Ohhhhhhh...di TKC laaaaaaaaaaaaaaagi banyak aku menipu segala cikgu cikgi sekalian.
Banyak betul aku buat hal. Maleh citer la. Citer basi.

Skang aku dah baik, hormat orang tua, beriman....lalalalalala.

Dah..dah..merepek dah ni.
Laki aku nak balik dah jap lagi. Nak mandi. Pastu nak pi makan kat mamak.

'Mamakkkkk, coke kurang manis satu!"


2007-03-03

Sat lagi aku nak masak sambal ketam...lazarttttttt!!


Aku tengah berdebar-debar bagai genderang mau pulang ni.
Semalam kebetulan customer aku yang beli freezer tu takdak kat lab, so selamaaaaaattt.
Ada la reason aku explain kat dia guna email.


----- Original Message -----
From : Diana
To : Rahsia, nanti competitor tau lubuk emas aku.
Sent: Friday, March 02, 2007 6:17 PM
Subject: Dairei

Dear **********,

After an exterior inspection of the freezer, our guy decided to test the operating condition.
They found out that the dented area is the location of the temperature and settings control of the freezer. After switching the freezer on, the LCD gave no display. This is because the LCD cable has been damaged and cut, and is mostly likely been affected by the damage described earlier. The earthing cable has also been slightly cut, but this has no effect on the operation of the freezer. The door cannot be sealed tightly, because the lock has insufficient grip on the chasis. This is caused by the misshaped chasis of the freezer.

The main issue is that the temperature and settings control are malfunctional because of a broken cable. The temperature of the chamber after leaving on for 30 minutes seems normal and very cold. So, there appears to be no problems with the compressor or any other major components.

The manufacturer replied that the replacement of the door and the damaged part will only be ready in 2 months time. Since the compressor appears to be allright, we suggest you to use this unit first while waiting for the replacement.



Amacam?
Agak-agak mendidih hingga ke 100C tak kalau customer aku baca email aku yang cukup berbudi bahasa tinggi ni?
Tak sabar nak tunggu kena bantai Monday ni.

Tadi lepas balik dari appointment ngan customer, aku sediakan kolam Redza.
Dulu dah beli dah kolam yang kena pam angin tu tapi bocor pulak.
Bibik aku yang dulu pi sidai kolam tu kat pagar.
Dulu, pagar aku yang dawai tu.
So bijak laksana sangat, pi sidai atas tu mana tak bocor. S
o, smalam aku ngan hubby pi beli kolam baru.
Senang, tak payah aku nak satu keje mengepam kolam.
Yang ni, main curah je air kat dalam. Done.

So, lepas kolam dia dah ready, aku kejutkan dia tido. Tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Terpisat-pisat tengok kolam dah penuh ngan air. Siap jerit "Ma, banjir!", sambil tunjuk kolam.

Anak aku ni sejak berita banjir kat Johor dulu, asal ada air bertakung je 'banjir'.
Balik Tganu last month, lalu depan sungai pun "Ma, banjir".
Puas aku kata "Bukan, itu river".
Oh, takmo dengar ni, ikut cakap dia jugak. Siap naikkan jari telunjuk "No, banjir!".
Ye laa, sukati.








TOYOL ITAM


Dalam sejam gak la aku dok terlentang kat tepi tu mengadap dia tengah bersiram.

Aku : Redza, dah ke belum? Mama nak buat keje ni.

Redza : Ala, Redza bacuh loyi ni. (Redza basuh lori ni) ---> nampak lori korek dia tu?

After 10 minits.

Aku : Jom masuk. Nanti papa balik tengok Redza belum pakai baju, papa marah.

Redza : No. Ayowan! (No, I dont want!)

After 5 minits.

Redza : Ma, ayuh. Redza ciap. (Ayuh, Redza dah siap).


Aku macam....AYUH????? 

Sah, anak aku dah jadik warganegara Indon.

p/s : Tajuk takde kena mengena ngan entry, tapi ada kena mengena ngan resipi tengahari ni. Ok, Chef Diva nak masuk dapur jap.


2007-03-01

Banyak sangat sendiri bikin punya prosedur. Pastu sendiri menggelabah. Sendiri mau ingatla. Dah, biarkan aku sendiri.


Macam-macam ada kat kapla hotak aku skang ni.
Keje tu sah la tak penah abis, nak kena pikir camne nak kuruskan badan lagi, ngan bakal bibik baru yang akan datang tengah bulan ni, masalah ketidaksuksesan kami untuk mendapat baby lagi.

Today adelah kecelakaan juga apabila satu upright freezer 80C berharga RM35K yang dua bulan pending akhirnya sampai, TETAPI berkecelakaan.
Dan cilake bodoh ini disebabkan oleh operation team kompeni aku.

Common sense la kan, kalau barang sampai someone kena check barang in good condition baru sign DO.
Tapi 'kebijaksanaan' Head of Engineering Dept amat terserlah sampai aku malu nak mengaku Si Project Manager cum Engineer ini adelah sekompeni ngan aku. Siowwwwah!!!


Project Manager : Semua engineer takde, buat installation.

Bos aku : Habis u bukan engineer jugak ke? Apesal u tak turun tengok the machine? U memang all the time ada kat opis kan? U tak keluar pi mana-mana rite?

Project Manager : Our policy (ayat mukadimah biasa untuk selamatkan diri), the 4 engineers saje yang akan buat testing and receive goods.

Bos aku : Abis keje u apa? Kalau engineer takde, you or your bos tak boleh accept ke? You all kan engineering dept?

Project Manager : No, we can't. This is our policy, they have to wait until our engineers come back.

Bos aku : Habis kalau semua engineer kebetulan takde, outstation?

Project Manager : Too bad la, the forwarder kena bawak barang tu balik. *gelak-gelak* ---> ko ingat bos aku tengah wat jenaka?


Ko ingat barang yang DHL hantar tu ringan, boleh main kuis ngan kaki je? 500 kilo okk?
Nak turunkan freezer tu pun satu hal, boleh buasir mamat-mamat DHL tu, ko sesedap rasa je nak suruh diorang pi usung balik dalam lori. Gila.

Orang kalau terlebih pandai ni pelik sket, benda-benda simple macam ni pun takleh pikir.
Setakat nak buat physical checking pun nak kena tunggu engineer balik ke?
Ko bukak je la packing tu tengok ada scratch ke, dented mana-mana ke, tu pun nak orang ajar ke bang? Simple beb.
Takat tengok bahagian luar je dah la, pastu sign DO tu.
Then kalau engineer buat testing tetiba microprocessor pulak rosak ke, itu boleh claim kat manufacturer.
Ini body pun tak check, alih-alih sign DO bodoh je, ko nak claim kat saper? DO dah sign?
Nak suruh kitorang bear the cost? Meh sini aku sepak telor ko sket.


Aku ni yang kena mengadap customer ni sok!!!
Berputar kapla aku dari petang tadi apekah ayat trbaik yang aku nak bagi kat customer.
Apekah ayat power yang aku nak bagi ni oiii! Dengar tak nih?

Dah la engineer aku masa pi ukur aisle kat lab customer, dia siap bagitau barang tu akan dihantar minggu ni.
Masa dia pi ukur tu dia belum bukak pun lagi the packing, tau-tau bagi confirmation nak hantar this week.

This week?
This week bukan tinggal esok je ke lagi hari bekerja?
Kalau customer call aku nak kelentong haper?

Nak cakap "Suddenly we found out the freezer tu damaged?"
Nampak sangat la kebangangan kompeni aku pi hantar engineer buat ukur tapi barang tak testing lagi.

Tak payah angkat phone?
"I left my hp at home?"
Bacul sangat cara tu. Macam la dia takleh sms aku kan?

Kalau dia call opis? Nak cakap kat recep jangan transfer line?
Ni lagi bodoh.

Tak boleh, tak boleh.

Kalau dia tetiba terpacul depan opis?
Haaaa...ni la yang aku ngeri ni.
Ini la masanya aku rasa cam nak terkencet on the spot.

Dah la CEO dia jenis sore tak pakai hailer pun takpe. Kuat dia, Tuhan je yang tau.
Macam la aku ni pekak badak.
Nak je aku sound "Lu boleh kasik slow lu punya tone ka? Wa punya tingkap bujur blom expired lagi okk?"

Last month masa aku gi sana nak explain delivery status freezer ni, dia punya sore tahap rempit. Macam nak pecah tulang osikel aku.
Siap angkat-angkat tangan lagi masa sound tu.
Karam Singh Walia memang takleh carik makan la, konfem.

Yang si RA kat dalam lab tu, semua pakat toleh tengok aku kena marah.
Tak payah pandang aku boleh tak? Buat-buat la pandang PC ke, tutup bukak lemari, lap2 bikar ke, macam la aku tak tau korang sebenarnya tengah tekun mendengar bijik butir CEO ko maki hamun aku.
Tapi kalau korang pasang telinga sambil belakon buat keje takde la aku rasa cam budak bodoh kat situ.
Ni tak, tak cukup dengan toleh, siap betulkan kerusi nak mengadap aku kena maki ni. Taik.

Aku masa sekolah dulu pun tak penah kena marah camni, paling hebat pun usung kerusi makmal yang tinggi tu keliling blok.
Itu pun sebab tertinggal buku teks.
Lalu depan kelas junior yang selalu aku denda sebab tak pakai lencana pulak tu.
Budak tu sure terbahak-bahak tepuk lantai gelakkan aku.
Ni dah tua-tua bangka pun kena marah lagi.

Bukan salah aku laa!
Barang tu lambat sampai bukan salah aku.
Dorang yang buat ordering lambat!
Barang tu damaged bukan sebab aku.
Yang accept barang tapi tak check pun bukan aku!!!!

Bukan salah aku..
Retak semua ini..
Berpunca darimu..
Bertikam lidah lalu punah...

Pandai-pandai la korang abiskan lagu ni. Aku nak tido. Mintak-mintak esok demam.