2013-10-31

Mimpi

Aku kerap mimpi bersembang dengan sorang lelaki.
Everytime aku mimpi, aku hanya boleh dengar suara dia je. Muka dia macam tak jelas. So aku selalu imagine yang lelaki tu adelah En Wan.

Tapi karakter dia lain.
Lelaki yang aku mimpi ni sangat soft suara dia. Cara dia cakap ngan aku pun berlembut je.

Malam tadi, aku mimpi jumpa sorang lelaki. Walaupun aku tak penah nampak muka lelaki tu, tapi bila aku bercakap dengan dia aku macam tau itu lelaki yang sama yang selalu aku sembang. Yang scary tu kan dalam mimpi tu seolah-olah aku ni baru kawen dengan dia tapi aku blom kenal dia lagi. Sebab aku sempat tanya "You lagi tua ke dari I?".

Dia senyum and replied "Of cos I lagi tua. You kan memang nak husband yang lagi tua dari u"

Siap tunjuk IC and aku terperasan tarikh dia 6 November.

Pastu terus tersedar sebab jam aku bunyi kul 5.45am.
Macam blur je aku bangun pagi ni sebab aku try ingat muka dia tapi tak berapa clear.
Takut la pulak mimpi macam ni.
Ye la sebab bukan first time, everytime aku mimpi dia, mesti suara yang sama.
Cuma kali ni je dah nampak muka.
Jadi laki aku lak tu. Gila.

Try gugel tafsir mimpi Ibnu Sirin :

"Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya"

Ok.
Ni first time aku dengar 'musuh yang disukai'.
In my case, aku suka dengan pemuda yang aku jumpa dalam mimpi.
Ok kepada si musuh, sila la ke depan berjumpa aku.
Kalau takut jumpa, PM pun bolehhhhh.
Guwa tak makan orang punya.

Tapi yang aku perasan, setiap kali aku mimpi this lelaki mesti selepas aku bangun tengah malam.
Tetiba teringat Pak Aji yang kerap mimpi ada benda nak dekat dengan dia tapi tak dapat.
Bila dia jumpa ustaz, ustaz tu kata ada sesetengah jin yang bukan dihantar oleh manusia, tapi dia sendiri nak dekat dengan kita sebab nak uji kita.
Oh plis man, jangan la aku diuji dengan jin.
Aku ni ngan kucing pun takut apetah lagi jin.
Baik aku jumpa musuh beb dari aku jumpa jin yang pelik-pelik ni.

Ni kategori mimpi yang best and scary at the same time.
Best sebab finally aku nampak muka lelaki tu. Sweet okeh muka dia. Hahahah.
Tapi kan, aku pernah mimpi bersembang dengan dia, diwaktu tu dia dengar bacaan Al-Fatihah aku.

Series pelik mimpi ni.

Ada lagi 2 mimpi yang aku ingat sampai skarang.
But tak melibatkan lelaki ni la. Ni kes lain lak.

Yang pertama, before aku bertudung dulu, aku kerap mimpi disimbah dengan tsunami and air yang deras. The way aku berdepan dengan tsunami tu sangatlah real. Nasib aku tak terkencing atas katil je. But memang bila terjaga tu seolah-olah aku memang disimbah sebab aku berpeluh-peluh! Gila kau tak takut? Tsunami kot.

Makin dekat aku nak bertudung, makin kerap aku dibagi mimpi kena simbah dengan tsunami ni.
Ada satu mimpi tu aku ingat lagi aku nampak clear tsunami tu dari bangunan yang tinggi. Aku dah istighfar and aku ingat dalam mimpi tu aku siap mengaji sebab terlalu takut nampak air tu menuju ke aku. Tapi everytime aku disimbah, aku akan dapat berpaut kat mana-mana tempat. Tiang ke, tebing ke....Tapi the hentaman tsunami tu memang real la beb. Ngeri.

Until kemuncak dia, aku mimpi aku tercampak ke dalam sungai yang sangat deras.
Dalam sungai tu aku dah ready nak mati, tetiba ada tangan capai baju aku dari belakang and tarik aku campak ke tebing. Bila aku toleh aku nampak sorang lelaki tinggi, tegap, pakai jubah putih, serban and rambut dia panjang sampai bahu. Aku tak ingat muka dia. Tapi the situasi tu aku boleh rasa sampai sekarang. 

Yang kedua ni, aku mimpi aku ambik wudu' kat dataran tawaf.
Waktu ni aku belum pi umrah lagi.
Tapi aku tak ambik port sangat la mimpi ni until aku ke sana.

Di sana, aku tak pernah berwudu' kat dataran tawaf. Aku akan pastikan aku berwudu' dari hotel and aku akan jaga wudu' tu sampai habis saie. Even kat Tanaaim pun aku tak ambik wudu'. Aku dah wudu' siap-siap kat hotel. Until malam akhir aku buat umrah yang time En Wan nak sangat cium Hajar Aswad tu. Kan aku pun berhimpit-himpit sama. Jadi lepas tu aku nak berwudu' semula. Aku ambik wudu' kat dataran tawaf. Masa berwudu' tu aku rasa macam dejavu. The moment aku ambik bekas cawan untuk basuh kaki, masa tu baru aku teringat memang macam ni la aku mimpi dulu. Aku ingat lagi how aku mimpi ambik bekas cawan tu.
Agaknya aku dah "dibawak" ke sana sebelum aku benar-benar ke sana. Balik dari umrah, malam pertama aku tido kat rumah, aku mimpi aku berwudu' di tempat yang sama. Yang kali ni aku tak tau la samada aku rindu nak ke sana atau petanda aku akan ke sana lagi. Mudah-mudahan Tuhan permudahkan.

2013-10-30

Sihir


Kelmarin citer pasal Kak Lang.
Semalam, mak mertua aku bukak cerita sihir lak.
Ni gara-gara dia melayan citer apa ntah aku tak tau la. Dia kata petang semalam dia ngan bibik tengok citer Nora Danish kena sihir.

Dia kata kat kampung (Manir) pun penah gak jadi kisah sihir macam ni.
Jadi kat bau-bau bacang gak.
Mak kata orang tu hantar sihir melalui angin.
Jadi dalam 15-20 tahun lepas.
20 tahun lepas dah tahun 1993. Dah moden dah kot. Tak sangka ada lagi orang nak pakai sihir segala kan?

Mak kata lelaki tu (bau-bau bacang) kawen lama dah dekat 10 tahun tapi takde anak.
Jadi, dia nikah lagi satu tanpa pengetahuan isteri pertama.
Dengan bini kedua alhamdulillah dapat anak lelaki sorang.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu bini pertama demam, jadi laki ni duduk la rumah bini pertama ni 2 hari. Dia nak balik rumah bini kedua kang apa pulak kata bini pertama. Dah la aku sakit, ko pulak nak tinggalkan rumah. Bini pertama kan tak tau laki dia kawen lain. So this lelaki nak tunggu sampai bini pertama ni sihat sikit. Dulu 90s henfon masih belum satu keperluan lagi. Jadi takde la nak call ke apa ke. Orang kampung time tu mana heran henfon-henfon segala.

So this bini kedua agaknya bengang laki dia tak balik-balik, waktu laki bini tu tengah tido, tetiba datang macam api (or maybe macam cahaya) masuk ikut bumbung rumah and jatuh atas badan isteri pertama. Terus isteri pertama tu kejang, mata terbeliak. Suami dia ni macam tau je itu sihir dari wife kedua, terus dia cakap "Yela..yela...aku balik. Aku balik". Elok je laki dia keluar dari rumah tu, bini pertama sihat.

Ngeri kan bila dengar benda-benda macam ni.
Aku takleh nak brain la. Apa la perasaan orang yang main ngan sihir-sihir ni. Ko tak takut mati ke hape. Macam best kot play God, eh?

Mak cakap benda-benda macam ni ada 2 sebab je.
Samada orang marah kat kita atau orang nak kat pasangan kita.
Mak kata orang kampung dia banyak dah yang terkena sihir sebab suami ada affair dengan perempuan lain. So the sihir tu dihantar oleh skandal si suami ni tadi untuk buatkan isteri tu jadi vege.
Itu satu.
Yang satu lagi kalau ada orang sakit hati kat kita.
Ok yang ni aku boleh relate la kan. Dia sakit hati kat kita, so dia hantar benda bukan-bukan. Ok tu benda biasa dengar.

But kalau kau dah ambik laki orang, apa lagi ko nak?
Ko dah dapat pun laki orang tu. Biar la laki tu nak balik kejap rumah bini pertama. Yang ko sakit ati pesal. Bukan dia ceraikan kau pun. Dia balik kejap je.
Tapi yang lagi pelik, laki yang mak aku cerita tu dah tau bini kedua dia yang hantar sihir kat bini pertama but boleh lagi kau nak sehidup semati ngan bini kedua tu. Ni mesti kes dah kena nasik dagang kangkang.

Mak cakap orang dulu-dulu kat kampung memang senang nak kena sihir ni sebab rumah masih-masing tak berpagar, jadi orang boleh ambik spender and baju dalam kat ampaian untuk buat guna-guna. Kadang-kadang pintu dapur tak bertutup rapat, selamba je orang masuk capai baju dalam yang belum berbasuh. Pastu zaman dulu mana ada sistem lori sampah ni kan. Bangsa yang main campak je sampah kat belakang rumah. Esok lusa baru la bakar, tak pun kambus. Sementara nak tunggu besok tu, dah selamat dah orang korek pad kau.

Mak kata ada orang kampung sana (ngeri pulak aku ngan orang kampung En Wan ni) yang pernah disihir guna pad. Pad dia agaknya tak bungkus elok-elok. Orang pi ambik pad tu and sihir dengan air. Bomoh tu alirkan air paip kat pad yang kotor tu, hasilnya sampai bertahun-tahun perempuan tu haid tak kering-kering. Asik period manjang. Bila tak kering, konfem la laki dia carik bini lain kan.

Kesian kan orang-orang yang suka guna sihir ni.
Aku tak faham apesal ko opt for sihir.
Best ke perasaan menang dengan cara yang kotor?
Nampak sangat jenis ni memang loser.
Jenis yang kalau aku tak guna sihir mampus sampai ke mati aku tak berlaki.
Kalau tak sihir sampai sudah asik dia je berjaya, aku tak.
Seriesly???

Sedih.



2013-10-29

Kak Lang


Kat kampung En Wan, Manir, now tengah kecoh pasal langsuir merayap.
Mak aku balik Tganu baru-baru ni tak pulak bercerita. Sebab dia pun jenis tak percaya sangat hantu-hantu ni semua. Until keluar kat Berita Harian last week. Berita Harian kottt. Mana BH layan citer-citer hantu segala ni kan. Jarang la nak nampak citer macam ni kat BH. Tapi bila dah keluar artikel tu macam surprise la jugak. Saje la pastu kitorang tanya mak, betul ke tengah kecoh kat sana pasal langsuir. Mak tanya kitorang balik, mana tau? Bila kata keluar kat paper barulah dia cerita.

Mak kata dia pun baru je tau balik Tganu baru-baru ni.
Ada sorang orang kampung sana, lelaki, dia ni memang rapat dengan family kitorang.
Kira dia ni set-set belia yang boleh diharap la.
Dulu masa mak duduk sana sorang-sorang, kalau mak nak mintak tolong belikan gas ke, tukar mentol ke, mesti mak call je dia ni. Laju je sampai. Now mak dah duduk ngan kitorang, asal balik ke sana, mesti dia datang carik mak mertua aku ajak bersembang.

So this guy baru-baru ni datang rumah mak bagitau jangan keluar malam kat area Padang Macang. Dah ada orang (sape ntah nama dia tapi orang kampung En Wan gak) baru-baru ni eksiden sampai kena operate masukkan besi dalam rahang dek kerana kereta terbabas nampak langsuir melekat kat cermin belakang. Budak yang eksiden ni bagitau, actually tu kali kedua. Dia ni keje shift, around 2am dia akan lalu situ. Port yang dikenalpasti langsuir ni bertenggek is kat wakaf. En Wan kata memang dia tau kat situ ada satu wakaf. So malam pertama tu laki ni lalu situ dia nampak ada orang duduk kat wakaf. Kul 2 pagi kot. Jadahharam apekah bersidai kat luar pukul 2 pagi kan. Tapi disebabkan Manir tak pernah lagi dengar kes-kes hantu, so this laki tak terfikir lansung pasal hantu. Tapi malam tu dia tak kena kacau. Cuma dia pelik la sape yang duduk kat wakaf tu.

Malam kedua tu masa dia melintas wakaf, dia perasan ada kelibat orang duduk jugak. Dia tergerak nak toleh. Sekali toleh-toleh nampak langsuir siap bertaring bagai kat cermin belakang. Terus terbabas.

Ada sorang lagi orang kampung kena.
Yang ni naik motor.
Elok je dia melintas, langsuir tu terbang bertenggek belakang dia.
Terus terbabas jugak.
Mak kata hari tu mak lalu kawasan tu, motor mamat tu ada lagi terbaring dalam parit.

Mak ngan Kak Long buat-buat rajin la bersembang ngan orang Padang Macang nak tau apa kisah langsuir ni. Ada sorang ustazah tu cakap memang dia pun penah nampak tapi ustazah kan. Takde la menggelupur jumpa hantu. Lainla aku. Ustazah tu kata orang situ dah sedia maklum dulu ada sorang perempuan ni membela. Tapi antara nak percaya ngan tidak je. Lepas dia mati, belaan dia mencari tuan baru. So dorang suspek betul la kot perempuan tu memang membela. Wakaf tu pulak dengan dengan kawasan kubur. Agaknya dia menunggu tuan dia 'bangun' la tu kot. Tu yang manjang je bertenggek kat wakaf.

En Wan rajin gak lalu area situ kalau nak balik ke rumah mak. Especially kalau kitorang pi 7-11 Manir tu, selalunya malas nak patah balik. Dia akan terus ikut jalan Padang Macang untuk balik rumah. Tapi aku memang perasan la everytime lalu area tu macam spooky je. Just nice la dia nak jadikan port dia bertenggek.

But langsuir ni bukan baru-baru ni jadi.
Kiranya dulu before kematian tu berlaku ada orang pernah nampak gak la. Cuma tak berleluasa. Now gamaknya tak bertuan, tu yang kecoh. Tetiba aku terus teringat last year, yang asal senja je aku terbau busuk dalam bilik En Wan. Kesian Redza kena jerkah ngan aku sebab aku ingat dia berak dalam seluar. Everytime lepas azan Maghrib bau tu hilang. Ayoh De (orang kampung sana) pulak penah bagitau mak dia penah nampak 2-3 kali lembaga pakai baju putih rambut panjang, duduk tunduk atas buaian kat porch rumah mak. Entah-entah tu langsuir tu.

Tapi nasib baik gak aku baru tau now.
Raya tahun ni kitorang tido hall je. Malas tido bilik. Berani tak beraninya aku, eventho bibik Kak Ngah penah nampak ada 'orang' tengah duduk kat sofa living hall atas, aku tetap berani kul 3.30am naik atas sorang-sorang. Gi toilet la, baca buku la. Tapi masa tu memikirkan bulan puasa, so kurang la sikit ketakutan tu. Dalam pada buat-buat berani tu, time masuk bilik air mata aku tetap melilau pandang setiap lubang-lubang angin kat dinding. Rumah batu zaman 70an kan suka pakai batu-batu yang ada lubang angin tu kan. Lubang angin tak besar tak sah. Ko boleh passing botol coke yang besar tu lalu kat lubang tu. Bila lubang angin tu besar dah memang macam-macam la pemandangan aku nampak kat luar tu kan. Dah la tepi tu hutan. Kang tak pasal aku nampak langsuir bertenggek kat pokok, "Mandi ke kak ....."

Ni dah keluar cerita langsuir memang sorry la nak tengok aku mandi sorang. Takde deee.

Memang jawabnya aku heret En Wan jemaah dengan aku.
Kencing pun angkut sekali masuk. Aku tak kira. Kalau nampak hantu biar nampak sama-sama. Pengsan sama-sama.

Sambil sembang pasal hantu sambil la si Redza tunjuk aku gamba muka aku kena edit-edit. Tapi bukan gamba ni la, dia pakai gamba lain. Tapi bila dia ajar application mana nak donlod, aku try la adjust muka aku pulak. Hah kauuuuu.


Kusss semangat.
Tengok petang-petang tak takut la okeh.
Ce bukak balik blog ni malam kang.
Aku sendiri takut tengok muka aku. Mariani kalau tengok muka aku ni memang dia takleh carik makan la.
Tapi application ni keji sangat la. Arwah nenek aku pun tak kedut macam ni tau.


Peh nenekkkk.
Eyeshadow tak menahan!

Tapi yang ni gila takut kan?
Aku seram tengok nenek-nenek tua muka kedut seribu pastu ada hati nak kasik renungan sambil senyum meleret.
Ko ingat ko Che Ta ke?
Memang aku lalu tepi takkan bagi salam la. Aku blah terus.

Kalau lagi 40 tahun sok ko nampak aku pakai eyeshadow glitter plis lempang okeh.


2013-10-28

Mengabang





Sape penah makan sotong ni?
Ni namanya sotong menggabang/mengabang. Tak sure camana sebutan dia tapi pusing-pusing gitu la bunyiknya.
Sotong ni aku kenal menjak aku bertunang dengan En Wan.
Masa En Wan bawak aku balik Tganu lepas bertunang, mak mertua aku jamu aku ngan sotong ni. Sejak dari tu, aku dah tersangkut. Sotong ni lagi best dari sotong putih yang biasa jual kat pasar tu. Sotong ni tak kecut. Camana rupa dia before goreng, camtu la rupa dia lepas goreng. Tak kecut lansung. Dah la sedap gila. Tapi sotong ni jarang-jarang dapat. Ni baru-baru ni mak aku balik Tganu dapat bawak balik 3 kilo je. Paling banyak aku borong pun 5 kilo. Kalau la ada sesape pulak nak supply sotong mengabang ni, dipersilakan. Akan aku upload kat blog and war-war kat FB sepanjang masa.

Oh yes, aku tak sempat nak bagitau stok udang dah ada.
Entrah-entah dah habis pun by now.
Last week tokey udang datang hantar stok udang kertas and udang galah kat rumah. Baru semalam aku rasmikan udang kertas. Bibik aku ni takut nak masak udang besar-besar kalau aku takde kat rumah. Gamaknya kalau stok udang sampai time aku pi umrah hari tu, mau keras kejung udang aku 2 minggu dalam freezer tak bersentuh.

Puas gila makan udang kertas semalam. Mak aku masak kerutup lak tu.
Kebetulan Kak Long aku anak beranak datang sebab anak sedara En Wan yang dokter tu grad semalam. Makan ramai-ramai kan dia punya kesedapan tu macam ada extra sikit. Memang belasah kaw-kaw.


Aku datang lambat time konvo ni sebab penat gila.
Hari ni letih pun tak hilang lagi.
Ingatkan nak bantai tido sampai tengahari, tapi macam tak sampai hati lak bila customer punya whatsapp asik masuk je. Maka bangkitlah dikauuu.



Lepas konvo, pi pekena JM Beriani before balik PH.
Time makan ni aku dah nak tido sangat-sangatnya.
Pinggan depan mata dah nampak 2-3 je.

Sampai rumah salin baju kaftan, bappppppp. Pengsan.
Tapi tak lama.
Si Rayyan boleh pi berak dalam bilik aku.
Dah la aku pasang aircond. Ko berak sambil main iPAD macam takde rasa apa je.
Memang bersengak bau taik satu bilik.
Dek kerana kebusukan yang melampau, aku sampai boleh terjaga dari tido. Gila tak penangan berak Rayyan?

Aku toleh sebelah, bapak dia rilek je terlentang cam takde apa je.
Muka tenang je tido siap comforter tarik sampai ke dada.

Yang best tu bila Rayyan nampak aku dah terjaga dia pegi dekat tepi katil sebelah aku, halakan bontot dia ke aku suruh aku check "Ma, biyak ke?"

Hoih.
Sendiri punya pantat sendiri tak sure berak ke tak.
Apa jenis kah ini?



Ini saje lah buah tangan hasil rembatan.
Tu pun merembat kat duty free shop.
Duty free shop LCCT lak tu.
Aku rasa pasni aku kumpul miniature je la. Jimat.

Yang mana buat payment Ephyra waktu aku takde last week, aku akan pos semua esok, insyallah ya.
Today tak dapat la. Banyak benda aku nak settlekan kat opis. So kalau sape nak buat payment silakan today so that esok aku leh instruct for packing. Bulan 10-11 ni memang researcher sibuk nak habiskan grant so menggelepar sikit la aku nak siapkan keje. Tapi takpe, aku memang suka buat keje sampai tak menang tangan ni. Pastu nangis penat.

Shawl new design insyallah aku akan upload end of this week.

 
 Email 1


Untuk budak-budak takde sukatan tertentu. Tetap 1 sachet dalam 200ml air.
Guna air sejuk.
Takyah hari-hari pun takpe.

Macam Rayyan aku bagi ikut teringat.
Dulu aku bagi hari-hari sebab dia ada bijik-bijik air kat tapak kaki. Kesian, gatal-gatal. Puas pi makan ubat la, sapu krim, kalau hydrocort 1% tu dah bertiub-tiub aku sapu. Alhamdullillah, lepas ambik Ephyra slowly hilang and now memang takde lansung. Bila dia dah ok, aku selang-selangkan pengambilan. Now ni rasanya dia lagi banyak ambik Ephyra dari aku. Lawan tokei. Aku pun kadang-kadang terlajak 2-3 hari tak minum. Lupa.


Email 2

 

Ada yang tanya camana nak order Ephyra sebab link form aku tu tak jumpa dah.
Ha'ah, memang hari tu aku deletekan form tu sempena promo RM500 tu.
Pastu now aku sendiri tak jumpa mana form tu. Blur gila.
Takpe, kalau nak order email kat sini dulu : health[at]xzizbiotech[dot]com

Kendian ada masa free, aku letak balik form ya.


2013-10-25

Siapa kata...


Tak tau la apesal tak dapat check FB kat sini. Streaming budget 2014 ok je. Tang nak check FB ke laut. 

Oh yes, aku bukan pi Dubai la. Aku kat China ni. Pi Dubai tu insyallah Mac 2014. Tapi hotel nak kena book awal sebab waktu tu ada event Arablab2014. Tu pasal aku menggelupur carik hotel. Tu pun dah kira lambat sebab partner aku kat China ni dah book dari July lagi. Patut aku pi Pittcon sekali tahun ni (Chicago). Tapi aku risau kang blom cecah Chicago, aku dah berbuih-buih dalam flight. Cukup-cukuplah dulu kot tahun. Dah pencapaian hebat dah ni banyak kali naik katebang. Berani kan aku? Wahkhakakah. Puiiiii. 

Aku ni dari kul 4 tadi dah tersadai dalam hotel. Selsemaaaaaaaa. Tensi betul. Sengau sendiri je suara aku now. Makan pun tak rasa apa. Tapi tetap habis. Tu cara-cara takde rasa apa. Ce kalau berasa. Petang tadi aku dinner nasik goreng with kambing masak kicap. Mahbeles! 

Bilik aku ni best. 
Siap ada desktop okeh. Siap bagi headphone gabak bagai. Dah ngalahkan Farah Fauzana lak aku. Tapi aku tak pakai-pakai lagi desktop ni. Main check email ka henfon je. 

Pastu tak main la masak air lam cerek letrik. Dia bagi terus water dispenser. Kemain jakun lagi aku macam tak penah minum air. Kejap-kejap aku tekan. Kejap-kejap aku tekan. Kesian hotel ni dapat customer cam aku. 

Oh ok nak bagitau. 
Sesiapa yang beli ephyra yang aku dah bagi tracking number dari Rabu, sorry sangat. Tadi aku check rupanya semalam pos laju tak collect. Baru collect petang tadi. So  insyallah esok la kot dapat. Kalau tak terima boleh email aku. Insyallah kalau email aku leh check cuma cepat atau lambat je reply. 

Baru teringat malam ni ada Super Spontan, apakan daya takde channel tu pulak kat Malaysia TV Pro. Jadi, marilah tido. 

Diana Ishak
Sent from Samsung Mobile

2013-10-23

Sekuntum mawar merah sebuah puisi




See???
Berpekdah jugak ada henfon canggih ni.
Takyah korang merempan kalau stuck kat jem.
Buleh aje tengok tv tidak kira dimana jua anda berada.

Aku selalu nampak ramai nau yang meroyan kat newsfeed kalau stuck dalam jem tak dapat tengok Mr Arrogant. Hentikan kemeroyanan mu. Aku memang tak layan sangat drama pukul 7 ke, kul 9 ke, kul 11 ke. Aku suka tengok cerita yang habis takde sambung-sambung. Sesape yang layan drama series, silakan ambik application ni. BB pun boleh. Dulu masa aku pakai BB, aku penah try downlod tapi asik hang je. Last-last aku buang balik.

Ada cerita sedih.
Menangis aku semalam.
Tak pasal je En Wan kena denda bawak aku dinner kat SR.
Padahal dia tak salah apa-apa pun.
Tapi sebab dia orang Tganu, dan akak tu orang Tganu jugak. Aku tak dapat maki akak tu, jadi aku denda En Wan.

Kan aku ada tempah 2 helai baju untuk pakai raya puasa tahun ni kat Tganu kan.
Tapi siap sehelai je. Tu pun gedobos gila dia buat.
Pastu balik raya haji ni aku mintak mak mertua aku tolong ambikkan. Aku bagitau mak aku baju aku tu kain dia hijau, baju kaler merah hati and aku mintak letak batu-batu macam crystal tu.
Ok, fine. Mak aku gi ambikkan.

Ahad lepas, mak aku call tanya betul ke baju aku camni camni camni *dia describe sikit*
Aku iya kan la sebab kaler yang mak aku describe tu betul dah.
Semalam, aku gi fetch mak aku, dalam kereta mak aku aku cakap "Mok ambik doh baju Diana. Tapi bakpe darat sangat? Kak Long kata macam dop caye je Diana tempoh gitu"

Oh my myyyyyyyyyyyy.
Baju apa yang mak aku ambik ni??

Bila sampai rumah, mak aku huluq kat aku.....



Ketar badan aku tengok baju aku jadik gini.
Aku tension sampai nangis!
Nak dijadikan ceritanya, semalam patut En Wan yang gi ambik mak macam selalu.
Tapi mak call aku bagitau dia dah sampai stesen tapi call call En Wan tak berangkat.
Aku call pun tak angkat.
Last-last aku cakap takpelah, dah pukul 5.15pm dah ni, memang aku nak balik rumah dah pun. Biar aku ambik. Rupanya En Wan boleh terlupa yang mak dia sampai semalam. Boleh?
Gila busy sampai phone tak berangkat.
En Wan kata dia dah sampai depan Proton, baru teringat mak balik PH petang tu. Terus dia call aku just nak make sure kot-kot la aku ambik mak.
Silap time la ko call aku time tu kan.
Aku tengah mengongoi-ngongoi nangis pasal baju tetiba kau call.
Memang macam petir la suara aku.
Tetiba je aku nak memetir kat dia.
Aku geram gila!!!!

Dah la masa aku explain suruh buat gitu gini kau tak ambik note.
Pastu aku suruh kau letak batu-batu crystal kaler turquoise, kau pi letak pearls kaler merah pink biru siap ada bunga ros merah menyala *what the................??????????*
Kalau kau letak kat hujung lengan and kaki baju like aku suruh tu takpelah, aku tahan lagi.
Ni tetiba memandai-mandai tak tau hujung pangkal pi letak sulam pearls and bunga ros segala kat tengah-tengah baju. Aku suruh keeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

En Wan pujuk "Jangan la nangis. Bukan Di takde baju. Baju melambak sampai lupa nak pakai. Apa salahnya hilang satu. Dia pun nak try jadi designer jugak"

Ni lagi sorang.
Ni pujuk aku ke, perli aku?
Kot ye pun nak test design baju, test lah kat kain kau.
Jangan lah test kat kain akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
RM170 upah jahit baju and segala tok nenek ros.
Kain aku beli asing, RM100.
RM270 gone macam tu je.
Murah memang murah. Kalau nak consider pearls dia yang sarat tu, kira harga tu murah la.
Tapi aku tak mintak pearls-pearls ni semuaaaaaa.
Aduiii letih.

Ni la akibatnya suka nau try-mentry.
Aku ni pantang je orang suggest, aku mesti nak cuba.
Bila mak aku cakap tailor ni jahit boleh tahan, murah, aku pun try la.
Bukan satu baju jahanam ye. Dua-dua sekali out.
Cuma tak gamak je aku nak publish nama tailor kat sini. Biar korang pun terkena gak. Hahahaha.


 I am wearing Shawl Code BD8 (dah habis, ni aku punya)


Ni gamba baju dia.
Aku sengaja beli kain and baju sama kaler macam design peplum beriben aku tu.
Sebab aku suka combination kaler ni, jadi aku nak buat satu baju kurung pulak.
Kebetulan raya sana, so tempah je sana, balik raya boleh collect terus.
Rupanya tak dan nak pakai.
Tapi syukurlah tak sempat siap.
Gamaknya kalau siap and rupa dia gini, boleh terbatal puasa aku maki hamun tailor tu.
Memang rezeki dia la nak dapat duit upah jahit ni sebab mak aku yang tolong ambikkan.
Kalau aku yang datang collect, memang aku tak ambik baju ni rasanya. Silap-silap aku lempar.

Aku tak tau la apa nasib baju ni.
Memang dalam lemari aku je la jawabnya.
Kalau ada sesape yang rasa baju ni cantik di mata, silakan lah beli dari aku.
Kalau tak, maybe aku pass kat bibik Lenny je la.

Baju ni bukan tak cantik.
Cantik.
Cuma aku tak mintak gini design dia.
Aku mintak letak crystal turquoise and aku dah atur camana harus batu tu disusun.
Last-last ai dapat sepi sekuntum mawar merah. Gitu.



Aku kat opis, bibik call cakap barang aku dah sampai.
Perfume yang aku order tu la - Chloe.
Kali ni aku dah pandai dah, beli yang 50ml je. Tak beli dah 100ml.
Dah berbotol-botol beli baru nak pandai. Lama betul hidup dalam kebangangan aku ni.

Bau Chloe ni mengingatkan aku kat arwah nenek.
Terbau-bau akan-akan bau lemari nenek aku.
Nenek aku ni rajin berwangi-wangi.
Bedak dia je St Micheal okeh.
Aku pun pakai bedak Johnson and Johnson je. Tu pun kalau teringat. Selalunya main blah macam tu je tak pakai bedak pun.

Bila bibik kata barang sampai, sanggup aku balik rumah kejap semata-mata nak bau.
Bau dia hmmm...maybe sebab mengingatkan pada nenek aku so otomatik kepala aku cakap bau dia macam bau nenek-nenek. Perfume ni antara perfume yang dilistkan terbaik sebab tu aku nak try. Rupanya tak serasi ngan hidung aku. Maka, sesape nak beli, silakan lah email aku. Aku beli RM290 (50ml). Aku nak let go RM230. Postage takyah. Kalau takde sape nak, maka aku simpan je la.

Ok, guwe nak pi jumpa customer.

2013-10-22

Challenge


Aku tengah men-challenge diri sendiri mengatasi ketakutan terhadap flight.
Cam bangang je kan.
Padahal itu la kenderaan yang aku ada pun selama aku study kat UNIMAS dulu.
Seb baik takde pilihan. Kalau tongkang Indon tu boleh naik, dah lama aku naik.

Padahal dulu kan aku la yang sexited sangat kalau dapat naik katebang.
Masa aku dapat pi Fukuoka 1989 dulu, padahal aku jenis yang homesick. Jauh sikit dari makbapak je aku dah melalak. Tapi memikirkan nak naik katebang maka aku accept offer tu. Aku tak sure la if flight yang aku naik tu tak gegar. Aku rasa bergegar juga sebab aku remember aku muntah dalam flight tu. Tapi takde pun rasa takut ke apa ke. Cam best je siap boleh mintak pakau kat parmugara nak main ngan member-member.

Menjak aku tengok Miracle Landing :



Based on true story ya anak-anakkkk.
Camana la ahkak tak gelabah.
Dari skolah dah tengok cerita ni membawak sampai ke tua fobia dia.
Cihibs punya movie. Nyesal aku tengok!

So now aku nak challenge diri aku untuk beranikan diri naik katebang.
Walaupun aku tau sawan itu akan muncul juga tapi takpelah. Naik jugak. Pandai-pandai la sape duduk sebelah nanti. Nasib kau la.

So this Friday aku akan fly again.
Dari minggu lepas la aku dok check weather forecast.
Dah satu keje kejap-kejap aku refresh nak tengok cuaca camne. Macam la effect cuaca je yang kena consider kan. Tapi belasah la, janji aku check and puaskan hati sendiri.
Doakan aku ya.



Dalam pada kata nak jual perfume lama, aku beli gak new perfume. Ni pun atas suggestion sorang reader. Dia kata perfume ni best. Yes, bau dia best tapi kalau ikut hidung aku, aku klasifikasikan ni sebagai quite strong. Tapi takde la sampai menyengat. Tapi tu la kan, beli, sembur 2-3 kali, pastu done. Insyallah today sampai new one, kasik aku try dulu pastu aku kasitau bau dia camana.

Yang ni aku beli dari Shoppaholic (link ada kat sidebar belah kiri). Sape nak, boleh beli sana. 



Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Keseronokkan terkini.
Tapi blom masuk kategori ketagihan lagi.
Baru 2 hari lepas donlod.
Dia macam Sudoku jugak tapi ni bentuk color. Identify color tone.
Mula-mula tu cam easy peasy, bila dah lama-lama tu cam haram sikit la siap ada piramid la apa la. But bagus, sebab dia check tahap kebutaan kita terhadap warna sebab warna dia ada yang hampir-hampir sama, pastu kita latih diri kita nak blend color-color tu supaya sampai ke color yang hujung.

Boleh pilih nak main step simple, medium or advance.
For now aku gilir-gilir main simple and medium. Blom berani nak masuk advance sebab kang kalau satu step aku gagal, semua keje lain aku takleh buat selagi aku tak habiskan step advance tu. Try donlod BLENDOKU.





Ok yang ni bukan ketagihan. Ni namanya kejakunan.
Aku kan always lambat kalau bab-bab gajet ni kan.
So 2 hari lepas aku tetiba rajin nak mengkelebet application kat S4 ni, baru la jumpa macam-macam.
Tu pun baru 3 je benda yang aku donlod : Malaysia Pro TV, My Calendar and Blendoku. Yang lain macam tak penting sangat kot. Tapi kalau ada yang best-best bagitau la ya.

Ye ye je aku whatsapp sana sini bagitau dorang suruh donload Malaysia TV Pro ni.
Semua reply cam ..... "aku dah lama donlod laaaaa..."

Cam best je kan bila boleh streaming macam ni.
Macam tak sabar je nak fly Jumaat ni pastu nak test leh tengok TV3 tak kat sana. Hahahahahaha.
Nama pun streaming la bangang, memang la boleh *PANGGGGG sedas*

Hari tu aku keluar ngan En Wan pastu tunggu dia bayar apa ntah kat bank.
For the first time aku rasa seronok tunggu dalam kereta selama 20 minit sebab boleh layan Astro Ria cam biasa. Kalau tak, naik hafal aku dengan skrip Upin Ipin. Balik-balik ulang cerita yang sama je. So hari tu cam best je, Rayyan layan Upin, aku layan Astro.
Terasa cam apesal aku baru tau application ni???


 Next shawl is in the makinggggggg..:)
Model di atas bukanlah saya.


2013-10-18

Kesengsaraan


Adelah menjadi satu azab duniawi kalau menahan kencing.
Orang jarang masuk KL, tetiba tadi kena pi KL, lalu pulak area Ampang Park KLCC bagai. Kebetulan kena pulak time lunch orang tengah berjujuk keluar, memang saje tempah maut la kan.
Aku pulak kalau kejap-kejap keta terstop terstop ni, tangan aku mula la mencapai botol air. Sebab tu aku lagi suka time pi outstation ke mana-mana. Jalan straight je sampai aku lupa nak minum air, tau-tau rasa nak demam je sebab dry sangat. Macam dah jadi habit, asal stop kat traffic lite je, tangan aku mesti capai botol air. Apetah lagi kalau sangkut dalam jem. Padahal dah terasa-rasa macam nak kencing but still aku nak togok gak air tu. Tak sangka pulak jalan asik sangkut je. Tetiba je dia punya seru nak mengencing tu sampai. Ah sudahhhh. Destinasi jauh lagi ni. Tak nampak cara jalan nak clear. Kalau clear pun laju mana sangat aku boleh pecut kat tengah-tengah bandar KL ni kan.
Bersabar...bersabar...

Hari ni, tak pepasal, asal jumpa traffic lite mesti merah. Asik la kena stop. Gila punya dugaan la. Aku dah keluar peluh sejuk ni. Seb baik takde bumper. Kalau terlanggar satu bumper mau berderai dah kencing aku dalam keta. Masa tengah stop kat traffic lite ada satu akak ni melenggang lintas jalan lalu depan keta aku sambil jenjet plastik air sirap. Bergenang-genang je aku tengok air sirap tu. Terasa nak kencing jam-jam tu jugak.

Aku bukan boleh.
Masa keje kat KL dulu, aku dah rasa nak terkencing sangat. Yang si lift ni pulak rajin nau stop kat every level. Pastu tetiba ada satu amoi ni masuk jinjit teh ais. Menitik-nitik ais tu jatuh. Aku rasa nak nangis sambil kencing okeh. Aku ni kalau dah nak terkencing, ko takyah la susah-susah nak pedajal buat shhhhhhhhhh shhhhhhhhhhhh shhhhhhhhhhhh kat aku. Kau sebut word AIR je pun dah terkeluar sikit dah.

Tapi one thing aku suka bila dalam keadaan hazab macam ni, mesti aku macam efisien gila.
Bawak keta 160km/h dengan sebelah tangan pegang stereng sebelah lagi pegang cikpek, siap boleh mencilok-cilok cam takde apa je. Pastu sampai depan opis, boleh buat reverse parking dengan sebelah tangan je sebab tangan lagi sebelah tak free, maklomlah. Rasa macam wuiii terernya aku. Hahaha.

Masuk ofis dah macam perompak okeh.
Main tolak je pintu gedegangggggggggggg.
Pastu berlari masuk toilet hempas pintu gedeganggggggggggggg.
Pastu bunyi hempas tempat duduk jamban pappppppp.
Pastu senyap sepiiii.
Hanya kedengaran bunyik helaan nafas kelegaan.

Masa ni baru lah terfikir duit bukan segalanya.
Biar la pecah pintu opis pintu toilet ni sekalipun aku kejekan, takpe. Boleh repair.
Janji kencing ni kasik settle dulu.

Memang tak boleh blah la dia punya sakit tadi.
Gila wehh pundi penuh air.
Keluar peluh sejuk.
Rasa macam nak tertanggal stereng kereta aku genggam.

Sekali dulu pun masa kat KL gak.
Tak tau hujung pangkal tetiba sakit perut.
Like tetiba je datang sakit memulas.
Mula-mula boleh carry lagi.
Makin aku bersabar makin melampau lak que dia.
Habis la semua zikir istighfar keluar dari mulut aku.
Hah, baru la jam tu kau nak berzikir kan.
Berpeluh-peluh aku mengemut siap nak nangis sambil istighfar ampunkan aku ya Allah...tolong aku ya Allah...biar aku sampai toilet dulu ya Allah....
Bila ingat-ingat balik rasa nak lempang diri sendiri.

Masa tu toilet Shell yang berkerak pun aku layankan je.
Selalunya kalau masuk puclic toilet ni aku ambi masa sikit.
Pandang siling, pandang lantai, jirus dulu tepi-tepi, lap-lap sikit.
Oh kali ni tak. Tak sempat nak pandang-pandang apetah lagi nak jirus-menjirus.
Yang penting check dulu air ada ke tak.
Lain kendian-kendian check.
Fuhhhh...seb baik jumpa toilet. Hancing pering pun takpe. Janji aku tak melambak kat dalam kereta.
So far belum la lagi ada kejadian terkencet terkucil.
Janganlah terjadik macam tu.
Nitemare.



2013-10-17

Lagi ompek


Empat lagi warna shawl Code BD dah siap.
BD8 tu sepatutnya grey. Rasa macam aku pilih kaler grey, bila dah jadi shawl macam greenish pulak.
Tapi boleh je la, janji lain dari warna-warna yang lain. Gamba bawah cahaya memang lain. So untuk dapatkan kaler sebenar, tengok warna dalam kotak belah kiri bawah tu ya.

Kalau nak order, plis KLIK SINI


 BD7


  BD8


 BD9


 BD10


Raya Haji 2013


Cerita Isnin lepas tak abis lagi..

Isnin lepas, balik dari menghantar rakyat-rakyat aku ke Bangi, patah balik ke PH. Balik umah jap, pastu masuk opis sampai around 4pm camtu. Padahal raya haji je pun, tapi gila lengang parking area opis aku. Ye ye benau orang-orang ni kalau dapat balik raya. Pantang ada raya, belasah la raya apa pun, konfem kawasan ofis lengang. Tapi yang malasnya keje sehari before raya ni camnilah. Asal aku call officer sana, customer sini, semua takde. Semua dah cuti.

En Wan sampai rumah 6.30pm, terus masukkan beg dalam keta, and zasssssssssss......balik Bangi. *bajet cerita cam balik Tganu*
Best gila, orang lain update jalan jem menghala ke sana sini, aku cam takde apa-apa je. Hahaha.
Siap sempat buka puasa kat Bangi lagik.


 
Seperti yang kitorang plan, berbuka hari tu dengan lauk-pauk BBQ je. 
Tapi aku mintak Mak Aji buatkan tomyam sikit, kang tercekik lak bapak aku makan nasik kering-kering gitu. Dek kerana excited and kebulur pun ye gak, dah settle makan sendawa 3 kali, baru teringat tomyam tak hidang. 


Plannya nak angkut BBQ set aku ke Bangi, tapi set tu gabak, nak bukak pun payah. Last-last Mak Aji gunakan teknik kukus grill panggang je. Ayam ni suhu 200C for 30 minits. Gila cantik ayam dia. Bila aku puji ayam ni cantik, terus Mak Aji feeling-feeling Licence to Grill. Marinate simple je, with bawang putih, halia, bawang merah, lada hitam and madu.


Feveret salad aku.
Tofu salad.
Timun + tauhu goreng + tomato + bawang besar + bawang putih + lada hitam + perahan lemon. 
Perap dalam peti sejuk for at least 1 hour. Makan sejuk-sejuk.
Kalau nak lagi sedap, tambah pasta.


Sotong bakar sumbat sambal sikit.
Disebabkan Redza hantu sotong, jadi masa kitorang berbuka, sotong ni tinggal ompek je.


Kuah asam nak cicah-cicah


Mutton cross the road.
Beli 10 keping Australian lamb yang gabak-gabak tu, and marinate sama macam kepak ayam tadi cuma kambing ni ditambah BBQ sos.


Siakap bakor bersambal.
Ni aku dah tak larat nak sentuh sebab aku makan kambing beriya-iya.


Berbuka selain nasik putih, Mak Aji buat mee goreng sekali.
So malam tu semua berbuka mee goreng with panggang-panggang.
Nasik tak bersentuh, esok pagi buat nasik goreng.



Menu pagi raya yang sungguh malas sekali.
Semua ni beli tau.
Rendang dua-dua tu bukan kitorang buat, satu beli, satu orang kasi.
Kitorang memang kalau raya haji tak masak lodeh ketupat semua. 
Selalunya masak nasik-nasik je.
So Selasa lepas masak nasik merah (gamba nasik takde, tak sempat snap). Tapi sebab pakwe aku tu kan tak balik kampung dia tahun ni. Kampung dia kalau raya makan lemang. Jadi, kena la jugak sediakan lemang and rendang kasik dia gumbira sikit. Kang sentap satu hal pulak.

En Wan kata boring gila raya haji tahun ni sebab duduk kat rumah je.
Kalau balik kampung dia, siap beraya rumah orang bagai. Ada kuih raya lagik! Konfius aku.
Orang sini mana la beriya sangat kalau raya haji ni. Baju raya pun tak buat.



Oh yes, baju raya.
Aku boleh terlupa sepatutnya raya ni aku pakai baju kurung yang aku beli kat HCM hari tu.
Sampai boleh terlupa aku ada baju raya.
Sebab selama ni memang tak pernah berbaju raya time raya haji. Selaluya recycle baju raya puasa je. Tu la kan, benda yang bukan kebiasaan tetiba nak dibiasakan, last-last terlupa. Pasni jangan nak mengada beli baju raya untuk raya haji. Tak pernah dibuat tetiba nak buat. Last-last padan muka, tak pakai pun.

Baju yang aku beli kat HCM hari tu pun aku tak tau mana aku letak. Sebab lemari aku dah penuh baju, so aku tak gantung pun baju kurung baru tu. Masih ada dalam plastik lagi. Tu pasal masa packing baju aku tak teringat sebab tak nampak. Aku main sauk je jubah yang aku beli kat Madinah ni. Kebetulan, aku nak ambik gambar shawl baru Fleur so kalau pakai baju hitam lagi senang nak match la kot kan.

Shawl.
Thank you so much pada yang beli and sorry pada yang tak dapat.
Aku pun tak sangka shawl ni fully booked in less than 24 hours. Sebab design tu aku buat simple je. Tu pun design terdesak sebenarnya. Patutnya design lain, tapi bila dah siap satu sample, macam ada yang tak kena je. Memandangkan aku dah lama tinggalkan Fleur sebab tumpu pada keje-keje lain, jadi aku siapkan design yang simple supaya tak makan masa sangat untuk disiapkan. Alhamdulillah, siap jugak shawl ni walaupun sebenarnya aku target nak release before raya. Tak sempat aku nak gunakan model shawl aku. Sian model tu, aku dah janji nak shooting before raya. Kesian lagi Ibal, dia dah ready nak tolong shootkan model. Hahahah.

Buat masa skarang ni, 3 color dah sold out, lagi 3 color ada 3-4 orang belum buat payment lagi, kalau takde today, aku release pada waiting list. Now tengah siapkan next design, insyallah by end of Oct aku cuba release.


Muka Pak Aji tak selera nak bergamba sebab dia sebenarnya rush balik rumah semata nak salin baju and patah balik ke surau for korban. Aku ingatkan dia menyembelih ke apa ke. Rupanya tugas dia cuma jadi MC je. Takat pegang hailer announce "Lembu nombor dua......lembu nombor empat...." Hahahhaa. Jadikla....orang penting gak tu.


Masa ni Redza ikut Acu pi sembelih lembu.
Rayyan terbongkang sampai pukul 10am.
Jadi, sementara Rayyan belum bangun yang akan menyebabkan mekap aku cair, marilah bergamba.

2013-10-14

Fleur by Mrs Him : Luna


Setelah sekian lama aku menge-pause-kan shawl-shawl aku, ok now start balik.
Actually lepas raya hari tu sepatutnya aku launch shawl-shawl ni, tapi aku tak terkejar dengan benda-benda lain, jadi rilek brader brader rilek. So now, dah siap. Inipun tak semua color. Ada lagi 4 color insyallah sempat siap minggu ni, next week aku up gamba untuk 4 lagi color : sky blue, cocoa, khaki and grey.

Plannya nak mintak model pakai, tapi sebab ada 4 lagi color masih lagi dalam proses, so aku kena tunggu all baru boleh buat proper shooting. Memandangkan aku dah letak teaser shawl ni kat FB Fleur, jadi ada yang dah nak order. So ni aku up dulu supaya boleh place order. Kendian-kendian kita suruh model pakai.

This is high grade chiffon, jenis tak licin. Jadi jangan risau if dia melepek jatuh.
Gamba adelah berbeza bila disnap, jadi aku letak sekali actual color kat bawah kiri gambar.

Price : RM33/pc only (without transport)
Material : High grade chiffon
Size : 150 x 65cm (cukup labuh untuk tutup dada)

Postage untuk 1-3 helai adelah RM6 (Peninsular) and RM10 (Sabah/Sarawak).
Silalah beli sekali 3 untuk penjimatan berganda.
Kalau beli more than that nanti aku bagitau berapa postage ya.
Boleh isi form kat bawah :


 Code : BD1
SOLD OUT


 Code : BD2
  SOLD OUT


 Code : BD3
SOLD OUT


 Code : BD4
SOLD OUT


 Code : BD5
SOLD OUT


Code : BD6
SOLD OUT


   BD7
   SOLD OUT


  BD8
 SOLD OUT



 BD9
 SOLD OUT


 BD10
   SOLD OUT


 

Name:
Email Address:
I would like to purchase Code : BD1
Code : BD2
Code : BD3
Code : BD4
Code : BD5
Code : BD7
Code : BD8
Code : BD9
Code : BD10
Quantity
Address
Contact Number
Remarks

Selamat


 

Aku la yang paling lambat kalau bab-bab gajet and teknologi ni.
Orang lain dah nak masuk powerbank yang kelima, aku baru nak pakai. Tu pun free.
Sebenarnya aku tak tau menahu kewujudan power bank ni.
First aku ternampak perkataan power bank ni kat news feed juga. Sape ntah cakap pasal "nasib baik bawak power bank". Tapi cam biasa la kan, aku ni takkan ambik tau melainkan aku memerlukan.

Pastu aku penah tanya kawan aku apa tu power bank.
Kawan aku pun cerita la power backup.
Time tu aku tak rasa satu keperluan sebab kat rumah and ofis aku ada henfon charger, kat keta ada car charger, so bilakala aku nak guna power bank ni pun tak tau la. So, aku abaikan. Takde keperluan.

Until aku dapat free seketul.
Tu pun aku tak guna.
Aku dapat, bukak pakej, and simpan.

Until aku dah tukar ke S4, masa ni aku tak teringat pun pasal power bank ni, tapi aku macam perasan la S4 ni cepat nau makan bateri. Features dia menyebabkan sehari je bertahan kalau tak charge. Selama ni kan aku pakai BB. BB ni tak makan bateri sangat. Apa aje la yang ada kat BB tu kan. Lagipun aku just guna email and FB je. Lain-lain tu jarang sangat.

Masa kawen sedara aku baru-baru ni, aku banyak ambik gamba guna S4. Dah tak pandang dah Lumix Canon segala. Aku rasa camera S4 lagi cun. Tak sampai setengah hari, bateri dah tinggal 10%, maybe terlalu banyak sangat guna kamera pastu kejap-kejap aku update kat sedara-mara yang lain pasal nikah ni. Kebetulan lepas nikah aku bawak aunty-aunty sedara aku ronda semua. Memang masa ni henfon dah mati terus. Masuk je dalam kereta pukul 7pm, terus charge. Hah kauuuu. Berjujuk email and mesej masuk sampai jem kejap henfon aku.

Esoknya nak reception.
Aku dah risau, Ni mau kang sampai tengahari je bateri aku tahan. Abis tu pengantin berarak kang camne nak ambik gamba. Pastu baru aku teringat kat power bank ni. Malam tu aku charge power bank sampai full, esok aku tunggu je bateri aku tinggal nyawa-nyawa ikan dan dengan eksyennya aku charge. Wahhhhhhh best! Best! Best! Serta-merta rasa macam gajet savvy.



Now powerbank ni jadi harta perkongsian Redza and Rayyan.
Especially kalau dalam kereta.
Dorang ni semua main tablet selagi skrin tu tak malap dorang tak reti nak charge. Padahal 2-3 kali tab tu kasik warning, punnnnn tak paham-paham gak. Nanti bila kita semua dah masuk kereta barulah masing-masing "Ma, charge..". Seb baik powerbank ni ada 2 punat, dapatla aku sumbat dua-dua serentak. Kalau dulu keluar rumah mesti bawak purse and henfon. Now, powerbank pun wajib angkut sekali. Dibuatnya time nak makan tab habis bateri, konfem panglima aku berkuntau. Tercekik aku nak makan.

So far kalau aku guna hanya untuk S4 saje, aku can charge 3 kali.
Kalau guna serentak S4 and tab, aku boleh charge satu setengah kali S4 and 1 kali tab.
Kira ok la ni. Takkan kau nak depend kat powerbank semata-mata. Aku guna pun kalau betul-betul takde sumber aku nak charge henfon. Kalau dalam keta, aku still guna car charger. Kalau kat rumah, cucuk terus kat dinding. Kebanyakkan dari kita, paling-paling pun sehari suntuk kat luar rumah, pastu mesti akan balik ke rumah/hotel. Sempat kau nak charge powerbank tu semula. Sometimes aku charge sambil guna pun masih ada lagi around 69% kat powerbank tu. 



Yang aku guna ni tukang jualnya nama Emi.
Takyah nak adjust sangat la ya, Emi ni lelaki, bukan pompuan.
Tu details harga, specs and contact number. Semua color instock.
Sesape berminat, boleh terus contact dia.



Semalam, plannya pagi-pagi nak hantar mak mertua aku ke bus station Shah Alam. Mak aku nak balik raya haji. Kebetulan Kak Long aku datang sebab nak menghantar sorang lagi anak sedara En Wan mula bertugas Isnin (today) kat hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Jadi, mak ikut Kak Long je. Tapi disebabkan kitorang semua dah siap, so terus je la keluar pi breakfast. Disebabkan aku nak pi beli refill eyeliner aku kat Empire Subang, jadi kitorang decided pekena nasik dagang kat SS19 je.

Lepas breakfast terus pi Empire.
Shu Uemura belum bukak lagi. Pintu dia baru bukak half. Stress sales kat dalam tu aku dok berdiri depan pintu yang terbuykak sekerat tu. Lama-lama dia bukak terus. Takkan pi Empire beli refill eyeliner je kan. Terus kitorang jalan-jalan kat bawah. Aku ngan En Wan sebenarnya tak explore habis Empire ni. Masa En Wan kata "Jom la, pi Jaya", aku terus imagine Jaya Jusco (AEON). Aku macam laaa...takkan nak pi JJ lagi kot, baru semalam gi JJ borong bra Scarlet. Tapi malas nak cakap banyak, ikut je la. Rupanya Jaya Grocer.

Aku kan kejakunan tak penah masuk sini, terus rasa cam best gila nak memasak sebab sayur-sayur dia, ikan daging semua cantik-cantik, tersusun and macam semua benda ada. Paling best aku tengok Wagyu beef ada!!! Tapi sampai RM200+ sepeket la. Telan airliur je okeh.

 


Kat Jaya Grocer ni ada 2 restaurants.
Ada Japanese and Elfresco.
Tapi masa tu takde Ebi sushi, jadi aku pun pi Elfresco.
Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn meriahnya pandangan mata aku dengan food-food kat Elfresco ni, especially baked mashed potato dia. Aku beli beef lasagna, cheese pasta baked, fish finger and mashed potato satu cup. Salmon dia nampak sedap tapi aku tak berapa makan sangat salmon ni. One day aku nak try dine-in pulak.

Tapi agaknya aku makan cheese pasta baked tu dah petang, pastu tak reheat, so macam kureng sikit. Benda-benda yang melibatkan cheese ni elok makan masa panas, baru terangkat. Cheese sejuk tak berapa nak lalu. Tapi habis jugak. Cuma aku rasa lagi best cheese pasta baked Pizza Hut. Dah takde kot now. Yang ada cheese rice baked kalau tak salah.



Dia punya side order pun macam selera gila tengok. Aku ambik pasta.
Best!




Jadi inilah menu aku sahur tadi.
Tapi lasagna dia tak banyak beef. Lagi banyak beef dalam lasagna Mak Aji.
Tapi boleh je la makan kalau takat nak rasa-rasa tu.
Dapat gak aku sahur, kalau tak melopong tak tau nak makan apa. Aku kan pemalas nak masak.

Oh yes, aku nak ucapkan selamat berpuasa pada yang berpuasa and selamat Hari Raya Aidiladha untuk muslimin muslimat. Aku je la kot yang gigih lagi ada kat opis, korang dah ada kat kampung agaknya. Tapi now aku nak hantar rakyat-rakyat aku balik Bangi untuk tolong 'memeriahkan' rumah Mak Aji. Lagipun kambing untuk dibakar menu berbuka malam ni ada di tangan aku. Jadi, kena hantar kambing dulu. Pastu patah balik opis buat keje sambil dengar lagu raya.......*bajet kampung jauh sangat*

SELAMAT HARI RAYA.