2018-02-27

Cara


Salam from Bandung.

Ya, aku ada kat sini since pagi semalam lagi.
Biasalah kan, awal tahun je aku terpacak la kat sini untuk projek raya.

Hari ni (Selasa) aku bangun dikejutkan dengan whatsapp bertalu-talu dari kawan-kawan aku.

"Oi Diana, Sri Devi dah mati la"

Gitu berita tergempar aku pagi ni.
Little that I know rupanya kat Malaysia ada berita jauh lebih gempar.

Kes Neelofa buat product launching kat club.

Meriah PM and DM aku tanya bila aku nak update blog pasal Neelofa.

Eh, aku tengah busy kerja kat sini sampai tak sempat nak tengok tv kat bilik. Nak update status FB pun tak sempat lagikan nak update blog. Tapi sementara tunggu next meeting ni, aku update la sikit gune henfon. Mohon kalau ada typo abaikan.

Aku tak tau sangat kes cerita Neelofa ni.
Aku tau pun dari link-link yang follower bagi untuk aku baca.
Katanya dia buat majlis kat club malam sebab faktor logistik, bajet and tema.
Dan setahu aku melalui apa yang aku baca, club tu telah dichartered oleh team Neelofa khas untuk buat product launching.
Maknanya, tiada aktiviti kebiasaan kelab malam berlaku pada malam tu.
Cuma tempat je kelab malam.

Not sure kenapa tempat tu dipilih.
Mungkin ada kaitan dengan props dan tema yang dipilih.
Boleh jadi dia perlukan lampu-lampu neon yang kelip-kelip, boleh jadi dia perlukan stage seperti dalam kelab tu, boleh jadi kalau book hotel lebih banyak props and electrical accesorries yang nak diangkut yang akan merenyahkan kerja dan melibatkan bajet yang lebih besar.
Entah, I don't really know.
Jadi sebagai orang yang tak tau cerita sangat, aku beranggapan macam tu saja.

Pemilihan tempat memang kurang tepat.
Tapi sekiranya betul kelab itu disewa khas untuk majlis pelancaran dan segala aktiviti kebiasaan dihentikan untuk that night only, aku tak nampak kat mana yang salah.
Sedangkan ada sebuah bekas gereja di negara mana ntah aku lupa yang diubahsuai menjadi masjid.
Kalau boleh disamakan, club tu telah 'diubahsuai' for 1 night untuk majlis pelancaran produk Neelofa.

Yang jadi salah di mata aku adalah kerana ada aktiviti hiburan yang tak sepatutnya ada.
Kalau ikut dari video-video berdurasi 1 minit yang viral tu nampak macam ada tarian ala-ala tarian tiang.
Walaupun bukan Neelofa yang buat tapi yang menari ada wanita bertudung.
But again, mengikut kata salah seorang saksi di sana, itu bukanlah hiburan yang dirancang (yang dah melalui rehearsal berhari-hari).
Itu adalah video semasa pertandingan menari. Pertandingan.

Boleh jadi pihak pengurusan pun tak sangka pertandingan tu akan diparcipate oleh contestant yang betul-betul daring boleh menari.
Kalaulah ia betul pertandingan, aku agak team Neelofa mesti terkejut juga dengan ke-daring-an contestant.
Tapi kalau aktiviti menari terkinja-kinja tu memang dah direhearsal berhari-hari dan memang dah dirancang dalam program, itu dah tak betul. Apetah lagi untuk launch produk tudung.

Tapi apabila sesuatu yang kita buat tu dapat feedback yang negatif dari ramai orang, boleh jadi itu teguran dari Allah supaya kita perbaiki keadaan di masa depan.
Boleh jadi itu masalah yang Allah turunkan supaya kita terselamat dari buat perkara-perkara yang jauh lebih besar yang bagi mudarat pada dir dan mengundang kemurkaanNya.
Kadang-kadang kalau tak jadi macam ni, kita pun tak nampak samada kita di track yang betul atau sebaliknya.
Maka bertuahlah sesiapa yang menerima nasib yang sama, yang kemudiannya berfikir dan mencari hikmah disebalik ujian.

Dan sangat malang bagi sesiapa yang menggunakan musibah yang menimpa orag lain untuk kepentingan diri tanpa mahu berfikir dan mencari hikmah.
Jangan ingat ujian orang lain hanya untuk dia saja.
Kalau kita mahu berfikir, boleh jadi ujian dia adalah ujian untuk kita juga.

Minta maaf ya.
Tadi aku nampak ada sorang buat status "Kaya tapi tak berkah buat apa. Marketing pelik-pelik nak viralkan bisnes la tu. Sebab tu perangai makin lama pun makin pelik. Takpelah kalau bisnes aku tak rancak macam dia, janji berkat".

Amboiii, tau mana bisnes kita berkat ni.

Kita ni kan bila tengok orang kaya yang caranya tak selari dengan tuntutan Islam, mudahnya kita kata rezeki dia tak berkat. Istidraj.
Lalu kita anggap rezeki kita walaupun tak banyak tetapi berkat sebab kita tak buat perkara-perkara macam dia buat.

Senyum je aku baca.

Bukan apa, kita ni kalau bab evaluate orang memang cepat, tapi diri sendiri taknak evaluate.
Kalau bisnes dah 1-2 tahun, tapi masih gitu-gitu je hasilnya, masih lagi yakin itu berkat?
Pernah tak terfikir entah dosa apa yang kita dah buat sampai macam tu sekali Allah tahan rezeki kita?
Jangan ingat itu bukan petanda ya.
Boleh jadi itu juga satu petanda ada yang salah pada kita.

Boleh jadi hubungan kita dengan Allah yang ada salah.
Boleh jadi hubungan kita dengan manusia ada salah.
Boleh jadi hati kita ni yang banyak karat.

Samada bisnes kita gitu-gitu je, atau bisnes kita ada masalah atau rezeki kita sangkut-sangkut, pernah tak kita terfikir bagaimana hubungan kita dengan Allah?
Memanglah kita tak buat benda-benda pelik, tapi bukan kerana benda pelik-pelik je yang membuatkan kita jauh dari rahmat Allah.
Ada banyak benda yang boleh buatkan kita jauh dari rahmat Allah.
Hubungan dengan suami/isteri.
Hubungan dengan adik-beradik.
Hubungan dengan mak bapak dan mertua.
Hubungan dengan kawan-kawan.
Hubungan kita dengan rakan media sosial.

Analoginya gini je lah.
Kalau kerja kita tak pernah memuaskan, perangai menyakitkan hati dan hubungan dengan majikan pun tak smooth, agak-agak senang tak naik pangkat?
Begitu jugalah dengan bisnes/kerjaya/urusan dunia kita.

Kita selalu nampak yang tak betul pada orang tapi tak pernah perbaiki banyak yang tak betul yang ada pada kita.
Macamana nak perbaiki kalau rajin evaluate orang je kejenya?

Bukan tak boleh menasihati, tapi nak tegur orang ada cara.
Sebagaimana kita kata "niat tak menghalalkan cara", quote yang sama mesti diaplikasikan pada diri sendiri.
Betul ke cara kita menegur?
Betul ke cara kita menasihati?
Hukum yang kita sampaikan tu memang jelas betul. Hukum Allah.
Yang tak betulnya cara kita.
Sebagaimana kita kondem cara dia salah, cara kita menegur juga salah.
Musibah bukan untuk dia sorang tapi ada ujian untuk kita juga. Itu pun kalau kita mahu berfikir.

Dengan mata kasar kes Neelofa ni sangat mendukacitakan.
Tapi ada yang jauh lebih menyedihkan.
Yang paling sedih bila isu macam ni timbul, ada yang mengambil kesempatan untuk gunakannya for personal interest.

“Aku yang tak pergi umrah lagi pun tak buat macam tu. Ini bukti bukan semua yang pergi umrah tu balik jadi baik. Pergi sebab nak menunjuk je”.

“See? Pakai tudung pun terkinja-kinja masuk kelab. Lagi elok aku yang tak bertudung”.

Kalaulah begitu cara kita berfikir, maka sebenarnya kita dan orang yang kita kata tu, tak ada beza.
Kita ambil kesempatan dari situasi ini untuk merasa lega dan merasa selamat tak perlu berubah menjadi lebih baik.

Berapa ramai orang yang pergi umrah/haji tapi bila balik menjadi jauh lebih baik?
Berapa orang yang berhijrah menurup aurat dan menjadi semakin baik?
Kenapa taknak bandingkan diri kita dengan yang jauh lebih baik tapi membandingkan dengan yang kurang baik?
Bukan ke itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya yang tak mahu jadi lebih baik, dan happy pula bila ada orang lebih buruk dari kita so that kita akan nampak baik?

Nampaknya ujian macam ni pun belum mampu menjadikan kita berfikir.
Sedangkan kalau kita mahu mencari hikmah dari kejadian ini boleh saja kita fikir alangkan yang berusaha untuk taat (menurup aurat) lagikan diuji Allah, apetah lagi kita yang tak menutup aurat. Entah-entah kita ini sebenarnya sedang diuji.
Buktinya, terjadinya ujian sebegini tak sedikitpun membuatkan kita terfikir malah kita merasa lega pulak kita tak ‘sejahat’ dia.

Alangkan orang yang kerap ke Tanah Suci lagikan diuji, inikan kita yang masih tak ada usaha untuk ke sana.
Boleh jadi tertutupnya gerak hati kita untuk ke Tanah Suci (bertangguh-tangguh sedangkan mampu) juga merupakan ujian Allah.

Jadi jangan merasa lega bila terselamat dari aib begini.
Entah-entah ujian kita itu sebenarnya jauh lebih besar tanpa kita sedari.

Allah tegur kerana Dia peduli.
Tapi risaulah jika kita tak taat tapi kita bebas dari diuji Allah.
Boleh jadi Allah dah tak peduli.

Tepuklah dada tanyalah diri. Kita akan jumpa jawapannya.





p/s : Jangan lupa bulan ni ada 28 hari je so offer Basic Value Pack ada lagi OMPEK hari lagi. Jangan terlepas peluang nak grab double point and kod diskaun. KLIK SINI.


2018-02-26

RM10 off




Hari ni dah mula RM10 off untuk Basic Value Plus.
Dari 26 Feb hingga 3 Mac sahaja.
Offer ni tak ada di website. Kat website semua harga normal.

Apa yang korang bakal dapat :

1. RM10 off untuk Basic Value Pack.
2. Double point.
3. Kod diskaun valid sehingga 10 April 2018.

Ok ni aku nak cerita satu-satu ya.


DOUBLE POINT
Setiap kali aku buat double point, maknanya ada offer yang aku akan buat dengan point ni.
Apa ko ingat aku sesaje nak bagi free-free double point gitu? Hahaha.
Dulu aku pernah buat offer double point macam ni.
Nampak macam, "Ape benda la bagi point banyak-banyak ni nak buat apa?"
Tetiab tak lama lepas tu aku bukak offer redeem Cleansing Gel serendah 200 point, haaa menggelabah masing-masing check point. Rupanya point tak cukup.
Masa aku buat offer kumpul point macam ni taknak grab, pastu nanti bila aku buat offer redeem point rugilah kalau tak tak dapat join.
Sebab nak redeem diskaun RM10 kena burn 600 point.
Itu syarat redeem paling minimum.
Kecuali aku buat gila tetiba nak kasi korang redeem serendah 200-300 point, masa ni la untungnya point dah banyak.
Jadi, jangan lepaskan peluang grab point ni.
Baru last week kitorang contact those yang dah ada point 3000 ke atas untuk redeem RM70 diskaun dengan hanya tebus 2700 point je.
RM70 diskaun you alls.
Biasanya kena redeem sampai 4200 point okeh.


KOD DISKAUN
Ini paling best.
Yang dah pernah dapat kod diskaun masa YES yang lepas saja yang tau nikmatannya masih boleh beli dengan harga YES di bulan Februari.
So, untuk offer Basic Value Pack ni, korang jangan lepaskan peluang.
Sebab korang pasti akan save duit untuk purchase bulan Mac/April nanti.

Kat bawah ni ada form untuk korang isi.
Lepas hantar form tunggu, nanti staff GreenAard akan reply.
Ada 3 option kat sini.
Tapi hanya option Basic Value Pack saja ada kod diskaun.
Yang lagi 2 option, hanya dapat double point.

Kenapa aku letak option GC Plus dan Nutrijuice sedangkan dah ada Basic Value Pack yang jauh lebih murah?

Tujuannya nak bagi korang nampak, kalau beli Basic Value Pack lebih berbaloi.
Bukan saja lebih murah tapi dapat sample Cleansing Gel juga.
Buat pilihan yang tepat untuk masa depan, ok?




Nama
Email
Produk pilihan : 1 x Basic Value Pack, RM139 [dapat kod diskaun]
1 x GC Plus, RM90 [tiada kod diskaun]
1 x Nutrijuice, RM59 [tiada kod diskaun]
Alamat penuh beserta poskod
No Tel
Nota tambahan (jika ada)

2018-02-25

Nak jadi Abu Jahal ke?



Tadi selak-selak FB memories, nampak gambar ni.
Gambar masa wedding adik Tasha Shila. Masa ni aku tak pegi. Pak Aji ngan Mak Aji je pegi.
Pak Aji dah jatuh wajib pegi la sebab tu sedara-mara dia. Geng-geng Jawa Johor berkumpul sana.

Ada sorang follower aku komen "Tasha pakai macam tu ke gi wedding adik dia?"

Bukan soalan tu yang aku nak bincangkan tapi penilaian manusia.
If people could see inner beauty dah tentu penampilan kita orang tak heran.
But since we live in a physical world, jadi kita selalu jadikan penampilan seseorang sebagai sandaran.
Actually menilai manusia dari segi penampilan tu tak salah, tapi bila kita percaya dengan apa yang kita sendiri nilaikan, itu yang salah.

Bila aku tengok gaya Tasha ni, aku boleh relate dengan macamana orang anggap aku dulu.
Dulu aku tak rasa apa-apa pun pakai baju see thru pi wedding.
Asalkan baju tu baju kurung, aku yakin aku pakai sesuai dengan majlis.
See thru tak see thru hanyalah fesyen, yang penting aku hormat majlis pakai baju kurung.
Boleh paham tak agak-agak pemahaman aku dulu macamana?

Kalau jemputan ke open house atau akikah, aku akan pakai baju kurung.
Sebab pemahaman aku, kenduri-kenduri macam ni mesti pakai baju kurung.
Kalau see thru pun takpe, janji kurung.

Masa tu aku tak rasa pun pakaian aku menjolok mata sebab aku rasa aku masih 'menutup aurat' sebab tak mendedahkan tetek dan tak nampak cleavage.
Kalau pun baju tu adalah sejenis baju kurung yang berlubang kat lengan macam baju Tasha ni, aku tak rasa pun itu sexy pun sebab bahagian dada aku cover. Haaaa..gitu konsepnya.

Samalah macam orang pakai kebaya with kain belah depan sampai ke lutut.
Walaupun ada yang anggap seksi, tapi pada aku, itu adalah kebaya dan kebaya sesuai di bawa ke wedding. Aku tak fokus pakai belah kain, aku fokus pada konsep baju tu je.

Dulu, aku punya pemahaman tentang pakaian macam ni :

1. kalau pakai swimming suit kat pool takde yang pelik sebab memang itu pakaian yang sesuai. Sexy ke tak aku tak penah pikir. Yang aku tau aku pakai pakaian yang betul.

2. kalau pakai swimming suit masuk mall baru pelik sebab kejadahnya kau pakai swimming suit pi window shopping?

3. kalau pakai kenduri doa selamat mesti pakai selendang ataupun tudung sebab nak baca Yassin.

4. pakai skirt pendek pi opis takpe, sebab itu ofis attire.

5. kalau dalam opis bukak coat dan hanya pakai tube pun takpe, sebab ofismates are 'family'.

6. kalau balik Tganu jangan pakai baju see thru, jangan pakai sleeveless dan jangan pakai skirt pendek sebab kat sana takde orang pakai macam aku pakai so kena hormat tempat orang.

Aku punya pemahaman tentang pakaian tu banyak ikut hukum lojik bukan hukum Tuhan sebab aku jahil.
Tapi malangnya orang menilaikan aku sebagai jahat, bukan jahil.
Dan disebabkan pakaian aku, aku dihukum masuk neraka awal-awal lagi oleh manusia.

Masa tu orang sok sek sok sek "Laki dia tak marah ke bini pakai macam tu?"

Little that people know, bukan saja sebelum bersiap aku akan tanya En Wan "Ok tak pakai macam ni?", malah semua baju-baju yang aku beli mesti dapat approval En Wan dulu.
So secara teknikalnya, baju-baju aku semua dipilih oleh En Wan.
Pemahaman aku dulu, I obey my husband and that's noble. Kenapa kau pulak nak bising-bising?

Masa tu aku serious tak faham apesal orang nak kecam cara aku berpakaian?
Aku pakai swimming suit pun kat beach, bukan kat pasar malam.
Aku pakai baju kebaya kain belah pun kat kenduri kawen, bukan kat pub.
Aku pakai skirt pendek pun ke opis, bukan ke masjid.
Aku tak faham kat mana silap aku dan yang paling best, ramai tukang hentam dengan ayat-ayat agama dengan hukum segala bagai tapi takde sorang yang benar-benar ikhlas nak betulkan aku.

Aku always mintak please guide aku, dekatkan aku dengan orang-orang yang akan buatkan semakin dengan pada Dia.
Sebab aku jahil, aku tak tak tau yang mana satu betul.
Masa tu hanya obey suami. Apa En Wan suruh, aku buat. Apa En Wan nak aku pakai, aku ikut.
Jadi, kalau itu juga masih salah, tolong tunjuk aku jalan keluar yang betul.
Always aku mintak itu dalam doa aku.
Syukurlah, Allah makbulkan permintaan aku.

That's why aku menyampah tengok orang yang komen :

"Ya Allah, makin balik Mekah, makin teruk baju!".

"Awak tu dah Hajah, tudung makin singkat nampak?"

"Kesiannya laki kau dayus bini pakai macam ni. Tak cium bau syurga tau tak orang dayus!"

"Tak kesian ke bapak kau masuk neraka esok sebab kau pakai dedah-dedah macam ni?"

"Oi tak rasa malu ke pakai macam tu?"

Is that a nasihat?
Is that a teguran?

Tak.

Semua tu sebenarnya nak maki tapi gunakan ayat-ayat agama supaya nampak macam baik sikit.

Kamon, kalau orang tu tahu, dia takkan buat.
Tapi dia tak tahu.
Ilmu dia kurang.
Ilmu kau tinggi.
Tapi kalau betul ilmu kau tinggi, mesti kau tau cara paling berhemah untuk tegur, kan?
Malangnya cara kau tegur tak sesuai, jadi kau pun 2x5 je nampaknya.

Bagi aku orang-orang yang tegur macam ni adalah orang yang jahat.
Sebab dia menggunakan kebaikan yang sedikit pada diri dia untuk membuatkan orang lain nampak sangat jahat.

Umpama Aku Talib dan Abu Jahal.
Tau tak apa beza Aku Talib dan Abu Jahal?
Dua-dua sama-sama jahil.
Bezanya, Aku Talib jahil sahaja, tak jahat.
Tapi Abu Jahal jahil dan jahat.
Orang yang jahil, belum tentu jahat.
Tapi orang yang jahat, pasti jahil.
Kerana kalau dia baik, dia tau apa pendekatan yang terbaik untuk mengajak orang jahil ke jalan yang betul.


Cerminkan peribadi, bukan cerminkan muka.


"Saya nak cari perempuan yang sempurna untuk dijadikan isteri"

Nak sempurna yang macamana agak-agak tu.
Macam Khadijah?
Macam Aishah?
Macam Fatimah?

Khadijah.
Lemah lembut, keibuan, baik, kaya, tak sombong, memperjuangkan Islam.
Tapi 15 tahun lebih tua dari Rasulullah dan dia janda kerana pernah kawen dua kali sebelum kawen dengan Rasulullah.

Yakin boleh terima wanita tua 15 tahun untuk jadi isteri?

Aishah.
Cantik, aktif, bijak, ingatan bagus (hafal 40K hadis), sporty (boleh ajak main kejar-kejar), romantik (lepak dengan Rasulullah pipi berlaga pipi).
Tapi kuat cemburu. Kalau mengamuk sampai pecahkan pinggan. Pecahkan pinggan depan tetamu pulak tu.

Boleh sesabar Rasulullah dapat isteri yang baling pinggan depan tetamu?

Ke nak macam Fatimah?
Ali balik lambat, dia taknak bukak pintu. Ali tidur kat luar atas tanah sampai berdebu satu badan.

Sanggup sesekali kena tidur luar rumah?

Baik yang lelaki, baik yang perempuan.
Kalau sebut soleh/solehah je terus terbayang yang baik-baik.
Apa ingat orang yang soleh/solehah ni maksum ke tak ada rasa marah lansung ke.
Marah tu semua orang ada, yang beza cuma cara mengendalikan marah je.

Same goes to perempuan yang kalau ditanya tentang suami idaman, "Saya nak suami yang beriman".
Tapi bila ada ustaz-ustaz yang kawen lebih dari sorang, masing-masing mengata.
"Pelik kan ustaz-ustaz ni cakap pasal agama kemain lagi tapi tak reti kawal nafsu sendiri".

Jawapan tentang jodoh ni ada macam-macam bergantung pada siapa kita tanya.

Kalau tanya tentang jodoh pada orang yang masih single, jawapan dia spesis taknak kalah punya. Yang best-best je.
Yang lelaki, nak cari isteri cantik, sopan, solehah, taat, menghormati suami.
Yang perempuan nak cari yang beriman, yang rajin, yang sedap mata memandang, yang tak kedekut, yang loving, setia.
Nak perfect 10 kalau boleh.

Kalau tanya pasal jodoh kat orang yang dah ada bf/gf, dah tentu ciri-ciri yang dia sebut tu adalah ciri-ciri couple masing-masing la.
Of cos la kan, kalau tak, takkan dia pilih otang tu jadi bg/gf dia, ye tak?

Kalau tanya pasal jodoh kat orang yang baru broke up, atau baru bercerai, dia akan point out ciri-ciri yang dia tak mahu yang ada pada ex dia dulu.

"Tak cantik pun tak apa, asalkan mulut tak macam longkang".
Tu maknanya ex dia cun lah tu.

Tak pun "Tak keje besar pun takpe, asalkan rajin kerja".
Tu maknanya ex-husband dia pemalas la tu.

Masing-masing ada persepsi dan defnisi sendiri tentang jodoh.
Ada yang optimis.
Ada yang subjektif dalam memberi penilaian.
Ada yang pesimis.
Ada yang simple-simple je.
Semua depends on pengalaman lepas, current situation dan ilmu tentang jodoh.

Jodoh tu Allah ciptakan ada hubungan jiwa.
Allah yang tentukan jodoh, tapi Allah bagi kita clue tentang jodoh.
Salah satunya adalah perasaan.

Perasaan tak pernah menipu sebab perasaan tu Allah juga yang bagi.
Kita akan dapat sesuai dengan apa yang kita nak.
Kalau perasaan kita tu lebih sukakan wajah cantik, insyallah kita akan dapat yang cantik.
Kalau perasaan kita tu sukakan lelaki yang kerja besar, insyallah kita akan dapat itu.
Kerana apa yang kita rasa, akan dihantar ke otak.
Otak kita akan hantar mesej pada bahagian badan lain untuk bertindak.
Sebab itulah kalau kriteria yang kita utamakan adalah kecantikan, mata kita akan cenderung untuk 'scan' yang cantik-cantik.
Kalau kriteria utama kita nak cari yang beriman, dah tentu pandangan kita akan terarah pada ciri-ciri yang memenuhi kriteria tadi.
Jadi, kalau setelah berkahwin baru nak soalkan apesal bini aku malas solat, apesal laki aku culas bayar nafkah - tanya diri kita. Dulu, masa cari calon pasangan, apa sebenarnya kriteria yang kita cari dalam diri bakal suami/isteri.
Jawablah pada diri sendiri dengan jujur.

Clue kedua Allah bagi adalah An-Nur ayat 26.

"Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik".

Ayat ni sebenarnya untuk Aishah.
Tapi Allah clue ni untuk kita buat preparation.

Maksudnya, kalau setelah 5 tahun kahwin baru kita nak bangkitkan apesal laki aku macam ni, apesal isteri aku macam tu - refer balik ayat tu. Kerana jodoh adalah cerminan diri.
Ayat tu bukan untuk kita guna menilaikan orang lain ya, tapi diri sendiri.
That's why ustaz aku pernah pesan, kalau ada apa yang kita tak puas hati pada suami/isteri, kita kena buat solat taubat. Kerana pasti ada yang salah pada kita.

"Tapi saya solat, saya beramal"

Siapa kata 'salah' tu adalah pada ibadah?
'Salah' tu boleh jadi pada akhlak kita.

Hubungan kita dengan manusia ada salah.
Boleh jadi keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu dah tersasar.
Boleh jadi juga niat beribadah tu sendiri dah jauh menyimpang.
Kadang-kadang kita bagi hamper pada client pun niat dah salah.
Kadang-kadang kita buat status yang pelik-pelik katanya nak bagi kesedaran umum walhal niat sebenar nak jadikan viral, nak naikkan rating. Pun namanya salah.

Jodoh adalah cerminan diri, bukan cerminan wajah.
Kalau kita soleh dan dapat pulak isteri solehah, itu bukan balasan disebabkan kesolehan kita ya.
Itu cuma ujian level seterusnya saja, jadi jangan confuse.
Kerana balasan atas kesolehan kita di dunia, nanti kat syurga collect. Bukan collect kat dunia.
Kat dunia ni apa yang kita dapat, baik ujian, baik nikmat, semuanya masih lagi namanya ujian.

Dalam dunia ni tak ada pasangan yang sempurna untuk membalas kesolehahan kita.
Kalau kita baik dan dapat suami pun baik, itu hanya effect saja. Bukan kerana kita baik maka Allah bagi pasangan pun yang baik.
Sebab secara lojiknya, kalau kita baik, yang datang pada kita pun yang baik-baik. Jarang ada orang jahat nak berkawan dengan orang baik-baik.
Yang pasti jodoh kita tu tak jauh mana dengan peribadi kita.
Jangan expect psangan yang sempurna, sebab manusia takkan pernah sempurna termasuk lah kita.


2018-02-22

Taknak jadi baik sangat takpe, tapi cubalah jangan jadi jahat.


Tak tau lah kenapa, mengingat-ingat zaman lampau orang jadi satu keseronokan bagi sesetengah orang. Tak kiralah macamana baik pun orang tu sekarang, tetap zaman jahilnya yang disebut-sebut.
Jangankan orang-orang awam macam kita, ahli agama pun tetap dikorek sehabis boleh asalkan boleh jumpa 1 khilaf kecik, yang kecik tu la dijaja-jaja supaya nampak besar. Padahal dah jelas Hamba Allah tu dah berubah jauh lebih baik dari dulu tapi entah lah. Tak seronok agaknya cerita benda baik-baik. Cerita benda jahat jugak yang laku.

Sebenarnya tak apa kalau nak kritik sesiapa, tapi dalam menyampaikan kritikan, cadangan atau nasihat, kita masih perlu hormat orang yang kita kritik. Walaupun ia sejenis nasihat, perlu menyampaikannya dengan cara yang baik, berhemah dan lemah lembut.
Zaman sekarang, ramai yang tahu bercakap tapi tak tau adab bercakap.
Tau menegur tapi tak tau adab menegur.
Senang cerita, tak ada adab lah.

Kaji balik apa motif kita mengkritik.
Dan tanya balik apa yang kita dapat lepas membodohkan orang lain.
Selalunya orang yang suka kritik orang lain ni cuma nak cuba-cuba tonjolkan konsep diri sendiri je, bukannya ikhlas nak memperbetulkan keadaan pun.
Atau nak membuktikan bahawa kita lebih bijak daripada orang yang kita cari kesalahan dan kelemahannya.

Setiap kali ada orang yang sudah berubah menjadi lebih baik, mesti ada pihak yang suka 'tolong ingatkan' tentang zaman lampau Hamba Allah tu.

"Dia tu dulu lagi teruk dari aku"

"Kau tak tengok perangai dia dulu macamana"

"Eleh....dulu muka dia yang pertama sekali berjimba dalam club"

Tak tau kenapa bila ada orang yang dah berubah ke arah kebaikan, mesti ada orang yang suka ingat-ingat balik benda yang dah lepas. Dah terang lagi bersuluh Hamba Allah tu sedang memperbaiki diri, kalau belum bersedia nak join sekaki, cubalah jangan kacau hidup orang tu.

Aku personally feel orang-orang macam ni sebenarnya dia tak suka Hamba Allah tu jadi baik sebab nanti orang akan nampak dia jahat.
Kerana dia taknak berubah jadi lebih baik, maka dia cuba ingat-ingatkan tentang zaman-zaman jahat Hamba Allah tu.
Yang peliknya, kita semua nak diakui oleh semua orang bahawa kita ni orang yang baik, tapi kita taknak berusaha menjadi lebih baik.
Sebaliknya kita tak suka bila ada orang cuba untuk jadi lebih baik dari kita.
Dah tu macamana?
Kita taknak berubah, at the same time kita taknak orang lain pun berubah tapi kita nak orang akui kita orang baik-baik. Eh, apeni?

Daripada kita ingat-ingatkan semua orang bagaimana teruknya Hamba Allah tu dulu, why not kita buktikan dulu yang kita ni memang perfect.
Itu je jalannya.
Orang taknak dengar, orang nak tengok. Jadi buktikan.
Bukan cari bukti Hamba Allah tu memang teruk tapi buktikan pada diri sendiri bahawa kita memang jauh lebih baik, jauh lebih berjaya, jauh lebih hebat, jauh lebih sempurna daripada orang yang kita kutuk tu.
Tak payah buktikan pada semua orang, buktikan pada diri sendiri je.
Bila kita berjaya buktikan pada diri, masa tu tak payah penat-penat cari orang untuk jaja cerita.
Orang yang akan cari kita untuk dengar kita bercerita. You will be their reference.

Istilahnya, do not just be able to criticize atau cari-cari kesalahan orang.
Try to do ALL THINGS yang Hamba Allah tu buat.
Kita kritik dan kita cari salah pada cara dia menjaga auratnya.
Kita kritik dan kita cari salah pada bahan bacaannya.
Kita kritik dan cari salah pada jihad dakwahnya.
Kita kritik dan cari salah pada prinsipnya.
Fine.
Then please buat semua yang kita kritik tadi, then see the results we achieve.
Whether we achieve better than him/her, equal to him/her or worse than him/her?
And if it turns out we are able to do better than him/her, then be thankful. Bersyukur, tapi jangan sampai menjadikan kita ujub sehingga membuatkan kita terus mencari-cari salah orang lain.

To be fair, setiap kali kita lihat pendapat, perpective, gaya, gelagat, penampilan dan akhlak orang lain, it somehow indirectly affect our subconscious mind to judge. Dan kita mula bersangka-sangka.
Ini normal.
Yang menjadikannya tak normal bila kita dengan brutal dan harsh memperbetulkan kesalahan orang secara terang-terangan, in public.

Memang susah sebenarnya nak jaga telinga dari mendengar gossip dan menjaga mata dari melihat sesuatu yang boleh dijadikan bahan bergossip.
Tapi setidak-tidaknya cubalah jaga mulut dari berkata yang sia-sia.
Whoever can control himself surely he will be respected and appreciated by many.

Semua benda buruk yang dilalukan depan mata adalah satu petunjuk dari Allah supaya kita tak terjebak dengan kesalahan yang sama.
Bila kita mendengar gossip, itu menunjukkan kita sebenarnya memang suka bergosip atau suka mendengar gosip sehingga Allah mengutus penggossip ke kita sebagai ujian.

So conclusion is, hidup adalah cerminan diri.
If we see or hear bad things from other people, always think that Allah show bad thing to us untuk menyedarkan kita yang kita ni masih jauh dari BAIK.




p/s : Esok (23 Feb) last day Cleansing Gel promo untuk those yang ada point at least 300. Yang tak dapat invitation, please email aku diana[at]xzizbiotech[dot]com.

2018-02-21

Wali bukan juri.



"Sesungguhnya hati semua manusia itu berada di antara dua jari Allah. Allah memalingkan hati manusia mengikut kehendakNya" - (Muslim, 4798)

Jangan bayangkan jari Allah tu macam jari kita.
Maksudnya kat sini nak ubah hati manusia tu bagi Allah senang amat.
Contohnya, malam tadi elok je kita solat, mengaji, zikir.
Kalau Allah palingkan hati kita, terus malam karang terasa malas dah.
Tak mustahil, lusa nak solat fardu pun rasa berat.

Maka, jangan merasa apa kita buat hari ni adalah petanda kita dah semakin baik, atau Allah sayang, atau "I am blessed", atau apa saja.
Sebab apa yang kita berjaya dan terdaya buat hari ni semuanya kerana Allah yang mudahkan.
Kalau Allah palingkan hati kita untuk tinggalkan benda baik, there you go.
Sebab hati kita ni 100% dikuasai oleh Allah.
Jadi tak perlulah berusaha macam nak rak supaya orang lain suka atau impress kat kita.
Apetah lagi nak "fake-it-till-you-make-it" attitude.
Kalau kita berjaya tarik perhatian orang, good for you lah.
Tapi kalau tak, dapat letih je.

Sebab tu ada pepatah kata jangan terlampau suka sayang, nanti datang benci.
Memang ada betulnya, sebab kalau Allah nak pusingkan hati kita dari sayang kepada benci, senang je. Itu yang kadang-kadang benda kecik pun boleh jadi kecoh.
Sometimes punca bergaduh tu macam tak lojik lalau kita kata "Alah, benda kecik pun nak bergaduh, alasan je tu".
Nampak macam alasan tapi yang sebetulnya Allah dah bolak-balikkan hati, entah untuk tujuan lebih baik kita pun tak tau.

Ada juga yang sampai meludah punyalah bencinya. Last-last kawen.
Makcik-makcik bawang pun kata "Tu kena ubat pengasih la tu".
Yang betulnya, Allah yang palingkan hatinya.
Kalau kau jirus dia dengan minyak pengasih tapi kalau hatinya Allah tak ubah, tetap tak berubah.
Kau jirus je la minyak tu balik kat tok bomoh kau.

Usaha cari jodoh tu tak salah, tapi tak perlu sampai mengada-adakan sesuatu yang tak ada.
Nak tarik perhatian dengan gaya yang manja muncung-muncung bibir, silakan.
Nak tarik perhatian dengan penampilan yang mengagumkan, silakan.
Mungkin ada yang tertarik, tapi tiada keberkahan.

"So tak payah usaha lansung ke camne ceritanya ni?"

Usaha tu wajib! Tapi usaha yang disertai dengan pergantungan pada Allah.

Untuk perempuan, boleh usaha kenal-kenal, kawan-kawan dulu.
Tapi kalau masih tak nampak tanda-tanda nak berjaya, gunakan wali.
Kebanyakkan wali kita ni kerjanya jadi juri je.

"Kau dah ada calon ke?"
"Calon kau tu solat ke tak?"
"Calon kau tu keje ke tak?"

Pastu nanti bila kita dah kenalkan, dia jawab "Ayah tak setuju!".

Cakap kat ayah "Ayah, ayah bukan juri. Ayah tu wali. Tugas wali antaranya mencarikan jodoh yang soleh untuk anak perempuannya. Bukan jadi juri samada calon suami anak perempuannya soleh ke tak".

Berani cakap macam tu agak-agak? Hahaha.
Itu sekadar idea je. Kalau kena hempuk ngan bapak kau pandai-pandai lah elak.
Tapi cakaplah baik-baik, kadang-kadang bapak/abang/pakcik kita tak tahu itu adalah sebahagian dari tugas mereka.

Umar Al-Khattab dulu, masa anaknya Hafsah habis idah, dia terus jumpa Abu Bakar "Ya Abu Bakar, Hafsah sudah habis idahnya. Kau nak tak jadi menantu aku?"

Abu Bakar diam je tak jawab.

Pastu Umar tanya Uthman "Kau kan duda baru kematian isteri, Hafsah anak aku dah habis idah. Nak tak jadi menantu aku?"

Uthman mintak fikir dulu.
Lepas berfikir beberapa hari, Uthman kata dia belum ready.

Umar sedih. Sebab dia nak carikan suami untuk anak dia.
Pastu Rasulullah saw tanya kenapa sedih.
Umar cakap, "Aku tawarkan Hafsah kepada Uthman, tapi dia tak ready."
Pastu Rasulullah saw berkata "Semoga Allah memberikan Uthman wanita yang lebih baik dari Hafsah dan memberikan Hafsah lelaki yang lebih baik dari Uthman".

Rupanya tak lama pastu, Rasulullah nikahkan anaknya Umi dengan Uthman.
Betul pun Uthman dapat wanita yang lebih baik dari Hafsah.

After a while, Rasulullah saw jumpa Umar "Umar, bagaimana kalau aku sahaja yang menikah dengan Hafsah?"

Terus Umar panggil beberapa orang dan nikahkan time tu jugak "Aku nikahkan kau dengan anakku Hafsah dengan mahar terserah engkau".

Ternyata, Hafsah dapat yang lebih baik dari Uthman.
Done.

Ceritanya kat sini nak tunjuk betapa ayah (wali) mainkan peranan besar untuk menjaga maruah anak perempuan dan mencarikan jodoh anaknya.
Jadi, kalau kita dah usaha cari sendiri tapi nampaknya macam tak berapa terang je jalan tu, pegilah jumpa ayah, cakap "Ayah, kalau ayah pi masjid solat Jumaat minggu ni, ayah gi awal sikit, duduk saf depan. Pastu tengok kot-kot ada yang muda-muda kat saf depan tu gi lah tanya-tanya. Ajak le datang rumah makan".

Bunyiknya macam gatal sangat nak menikah, kan.
Eh takpelah, bukan kita gatal depan orang lain. Kita transparent dengan wali kita je.
Biar wali kita tau, dia mesti bertanggungjawab mencarikan jodoh bukan sekadar meluluskan jodoh.

Ok, nak jadi isteri kedua. *ambik napas dalam-dalam kejap*

Aku tak berani nak cakap samada boleh ke tak kawen suami orang atau silakanlah jadi isteri kedua.
Sebab cinta bukan perkara yang dilarang dalam Islam. Ini fitrah.
Everyone has a feeling of love in the heart. And it's normal.
Tapi, cinta tak perlu dilayan sebarang-sebarang.

Umpamanya, kalau kita belok ke kiri, itu pilihan. Kalau belok ke kanan, itu pun pilihan.
Tapi kalau urusan cinta, yang melibatkan hati dan perasaan, ini bukan pilihan.
Tapi jangan jadikannya alasan untuk bercinta dengan laki orang. Aku tak cerita habis lagi ni.

Yang jadi masalah sekarang ialah tindakan.
Dah nampak status lelaki tu "married", tapi masih lagi kau tekan "add friend", kau mintak dia approve request, selagi tak approve kau "poke-poke" dia - ok yang ini namanya pilihan.
Memilih untuk cari pasal namanya.
Benda yang sepatutnya kau boleh elak, tapi kau sengaja cari peluang.
Keyword kat sini - SENGAJA.

Tapi kalau ia terjadi juga (berkahwin dengan suami orang), maka kena belajar redha.
Sebab kawen dengan laki orang tak sama dengan seseronok bercinta dengan laki orang.
Belum tentu lagi kau dapat layanan yang sama masa kau bercinta dengan dia dulu.
Kalau rasa kawen dengan laki orang sebab nak cari bahagia, rentikanlah.
Rasulullah saw tu pun berdepan dengan masalah cemburu antara isteri-isteri dia.
Lagikan kita yang entah sape-sape.

Kalau boleh, elakkan lah.
Bukan sikit-sikit yang kawen dengan suami orang ni hidup benar-benar bahagia.
Ramainya hanya memendam rasa je.
Gunakan dulu khidmat wali. Try mintak dorang carikkan dulu.
Tapi kalau akhirnya jodoh tetap dengan suami orang, tak boleh buat apa. Terima dan redha.






p/s : Tarikh tutup special invitation untuk promo Cleansing Gel sehingga 23 Feb saja ya. Yang dah terima email tapi belum buat payment, jangan lupa buat payment. Yang tak terima email, please check spam folder. Yang benar-benar tak dapat email, please check akaun point cukup tak 300. Kalau cukup, please email aku : diana[at]xzizbiotech[dot]com. Yang tak cukup takyah email.


2018-02-20

La La La La La



Siapa dah tengok La La Land mesti faham entry aku hari ni.
Aku dah lama nak tulis pasal La La Land tapi asik lupa je, until 3 hari lepas aku tengok balik cerita ni kat HBO. Actually aku ada movie ni, tapi tetap gak nak tengok kat TV sebab cerita best sangat.
I'm not a fan of musical drama, tapi sebab ada Ryan Gosling so aku layankan je. Sambil cuci mata gitu.

La La Land ni aku boleh katakan kisah cinta yang real.
Takde anak orang kaya, takde kereta sport, takde pergi ke fancy places. Takde.
Ini kisah cinta nyata tentang budak perempuan (Mia) yang keje kat cafe, bumped into lelaki (Sebastian) yang keje sebagai pemuzik kat restoran.
Duduk pun kat apartment biasa je.
Mia bercita-cita nak jadi actress. Selalu join audition, tapi always rejected.
Sebastian pulak bercita-cita nak bukak jazz club tapi setiap kali dia mainkan lagu jazz, takde sambutan (aku pun tak minat jazz).

They met, they fall in love.
Tapi love story dorang ni penuh dengan struggle untuk capai cita-cita.
Apa yang dorang buat serba tak menjadi. Sampai masing-masing give up.
Tapi setiap kali salah seorang give up, yang sorang lagi akan support gila-gila.
Padahal diri sendiri tak terurus lagi tapi dorang sangat supportive to each other.
Masing-masing inspire each other untuk kejar impian masing-masing.

Cerita tu fast forward 5 tahun ke depan, akhirnya masing-masing capai impian.
Mia dapat jadi actress yang berjaya.
Sebastian akhirnya dapat buka own club. Jazz Club......but they are no longer together.
Boleh pulak aku menangis bila after 5 years, Mia terjumpa balik Sebastian dalam club Sebastian sendiri. Masa tu Mia dah kawen, Sebastian masih singgle.
Masa their eyes met tu, Allah, sedih gila. Nampak sangat they still have love towards each other, tapi inilah yang dikatakan the price that you have to pay bila terlampau mengejar cita-cita. Their relationship lost, tapi dorang berjaya capai impian masing-masing.

Sedih gila kisah cinta macam ni.
Aku suka tapi at the same time tak suka.
Aku suka sebab kisah cinta dorang ni penuh dengan membagi semangat to each other.
Kau support dia, dia support kau. Nak kata kawan tapi mesra, bukan. Memang bercinta tapi sebahagian besar kisah cinta tu penuh dengan kesungguhan nak tolong each other and nak tengok masing-masing berjaya.
Bila dah berjaya capai impian, takde hujung pangkal tau-tau masing-masing bawak haluan sendiri. Tak gaduh tak apa, tetiba habis gitu je.
Tak berakhir dengan perkahwinan tapi they have created a relationship built on support and trust.
Seolah-olah, dorang ni berjumpa sebab they need each other to get to this place. Tu je.

Orang kata life partner dengan soul mate tu sama.
Sebenarnya tak ya. Lain.

Soul mate tu someone yang serasi dengan jiwa kita.
But he/she doesn't have to be romantic partners.
Dalam kebanyakkan perkara memang ada persamaan.
Kita boleh bercakap apa je dengan dia, sebab dia faham kita.
Soul mate akan support cita-cita kita dan respect pandangan kita.
Dia yang yakinkan kita impian kita betul and always ambil tau tentang progress kita.
Ussually once lesson has been learnt, dua orang ni akan terpisah macam tu je sebab soul mate tak letakkan cinta di tempat pertama. Selalunya kerjaya dan cita-cita tempat pertama.

Life partner pulak dialah kawan, dia lah cinta, dia lah tempat kita bergantung.
And of cos he/she is someone that you are attracted to.
Boleh jadi dia adalan someone yang ada banyak persamaan dengan kita atau boleh jadi juga takde banyak persamaan. Tapi life partner letakkan cinta di tempat pertama.

Boleh jadi pasangan kita sekarang adalah kedua-duanya.
Tapi kalau bukan, tak apa. Kita boleh didik diri sendiri jadi kedua-duanya untuk dia.

Apa yang terjadi kat dunia ni semua ada alasan tersendiri.
Ada orang yang ditemukan dengan kita hanya untuk menginspirasikan kita saja, bukan untuk hidup bersama.
Jadi, jangan terlampau pikirkan benda yang dah hilang, tapi fokus pada apa yang kita ada sekarang.

Katanya "happy ever after" tu sweet ending.
Tapi ramai yang tak tau ada banyak benda berlaku lepas "happy ever after".
Yang specialnya bukan pada "happy ever after" tapi apabila 2 orang tak pernah putus mendoakan each other.
Jadi, kalau kita ada orang yang special dalam hidup, jangan simpan dia dalam hati.
Tapi simpanlah dalam doa sebab doa akan selalu ada dengan dia.
Doakan yang baik-baik untuk masa depan dia walaupun nanti kita bukanlah sebahagian dari masa depannya.

2018-02-19

Mampu bayar dengan mampus nak bayar adalah 2 benda berbeza.



Kalau ikut pada cerita reader ni, nampak macam kawan dia ni golongan middle class yang sanggup berhabisan (maybe half of the gaji?) untuk buying luxury.
Sebenarnya trend beli barang mewah ni dah lama dah, tapi makin menjadi-jadi sejak dua menjak ni.
Not sure apa yang trigger trend ni berkembang luar biasa pesat sampai sesak nafas menengok kegigihan masing-masing.
Yang pastinya kemunculan spesis ni semakin ramai, iaitu pembeli-pembeli dari kalangan yang pendapatannya tak cukup tinggi untuk menjadikan mereka pembeli mewah tapi ada taste yang tinggi.

Dulu, zaman aku kerja sales, aku jumpa ramai orang everyday. Most of them middle class people.
Di kalangan collague aku sendiri, ramai yang middle class.
Gaji dorang pun average aku je dulu, komisyen dia pun aku tau tak pernah dapat tetiap bulan pun.
Tapi rata-rata middle class ni yang habiskan sebahagian besar gaji untuk beli branded stuff.
Kebanyakannya, RM5000-6000 adalah jumlah pendapatan bersama (dengan spouse).
Aku tak faham how can they justify spending banyak duit untuk non-essential item.

Beli branded item tak salah, tapi beli dalam keadaan kita tau kita tak mampu dan tak perlu, ini yang salah.
Sebenarnya golongan ni tak sedar they can't afford the item.
Tapi dek kerana didedahkan (atau maybe mendedahkan diri) kepada sumber-sumber yang boleh memancing keinginan untuk miliki barangan mewah, akhirnya terjebak lama-lama jadi ketagihan.
Ada yang dapat atasi keadaan ni tapi ramai juga yang terperangkap dalam angan-angan menjadi orang kaya.
Silapnya, dorang ni berangan jadi orang kaya, bukan berangan untuk jadi kaya.

Jenis yang berangan jadi orang kaya ni sebenarnya they want to be seen.
Branded items boleh dikatakan last resort untuk nampak wealthy and powerful.
Benda-benda macam ni biasanya game plan competitor biotech everytime ada pembentangan proposal.
Datang dengan suit, dengan henbeg gempak, dengan rambut set, dengan gajet gempak, segalanya gempak, tak cukup sorang, angkut sampai 3 orang nak buat apa pun aku tak tau. Nak bagi competitor lain gabra agaknya. Last-last buat present tergagap-gagap sampai kena suruh stop.
Aku rasa kebanyakkan orang yang "takde apa" memang selalu gunakan gaya sebagai senjata untuk gain respect from others.

Bukan tak boleh bergaya. Tapi kenalpasti tujuannya.
Kalau sampai kau jadi kedana dek kerana nak menang gaya, buat apa?
Nak guna credit card, silakan. Tapi kalau asik bayar minimum je hujung bulan, itu namanya tak mampu.

Mampu adalah bila kita boleh set priorities.
Kalau kita rasa beli latest iPhone lebih penting dari bayar sewa rumah on time, that is how your priority goes.
Tak salah beli latest model kalau ada keperluan. Keadaan kewangan maybe takkan terganggu sangat tapi kat situ dah boleh nampak kita mampu atau tak mampu sebenarnya. Kalau mampu, mesti dua-dua kita can afford to pay on time.

Sebenarnya bila kita beli any branded item, we are often just paying for the brand name.
Yes, barangan branded tak dinafikan berkualiti tapi sebenarnya kita bayar lebih untuk brand name, bukan kualitinya.
Designer labels dah jadi simbol status. Selalunya bila kita ada designer labels ni, kita memberitahu diri sendiri dan the world that we are rich, atau ada sangkut-paut dengan kekayaan.
It seems that kita percaya bahawa bila kita ada banyak designer labels, kita lebih bahagia, dan ada kehidupan yang lebih baik daripada those yang takde designer labels.

Satu lagi arguments nak beli barang mahal ni - tahan lama katanya.
Betul lah tu, aku pun percaya barang yang mahal selalunya berkualiti dan tahan lama.
Tapi ini soal antara mampu bayar dengan macam nak mampus membayar.
Ada yang kemain lagi argue reason dia kena beli that henbeg yang harga RM10k adalah sebab tahan lama.

"I spent RM10k on this henbeg but it will last me 15 years!"

Korok mu.
Tak penah lagi hayat aku tengok orang simpan henbeg sampai 15 tahun.
Sebab henbeg ni adalah sejenis trend. Akan berubah dan akan ada yang lebih baru.
Most people grow tired wearing the same item after a year or 2.
Lagi 3-4 tahun kau jual balik henbeg tu. Takde maknanya kau nak pakai beg yang sama sampai 15 tahun. Takyah la nak argue pasal kualiti sangat. Sebenarnya kau beli sebab brand.

Dari zaman skolah lagi kita semua suka observe kawan-kawan pakai apa, bawak beg skolah apa, pensil case brand apa.
Kat sekolah aku dulu, selain dari cantik, those with best brands were more popular than budak-budak pandai. Shallow kan? But true.
Dari kecik lagi dah ditanamkan dalam diri bahawa pakaian dan aksesori sekolah yang bagus would make us happier, lebih konfiden dan senang dapat ramai kawan. Semua orang nak rapat dengan kita kalau ada benda-benda ni.

Some of us tak berpeluang nak dapat semua ni masa kecik dulu, so bila dah kerja kita start beli semua barang-barang yang kita nak tanpa kaji dulu sebenarnya perlu ke tak. Selalunya kita beli je. Macam lepas geram sebab dulu tak ada, now ada duit nak beli semua. Sanggup ikat perut catu makan asalkan boleh beli barang-barang branded ni.

Dulu ada sorang reader mintak pinjam RM1k sebab nak beli baby set ke apa ntah aku lupa, tapi untuk baby la. Dia kata dia memang tak mampu tapi untuk anak dia sanggup berhabis. Dia janji akan bayar sikit-sikit. Oh sorry, memang aku tak layan.
Ni jenis apa ni dah clearly tak mampu tapi nak jugak berhabis demi baby macamkan aku ni tak pernah ada anak pulak nak cakap macam tu. Barang yang dia nak beli tu pun aku tak pernah ada. Elok je ha anak aku membesar.
Kegilaan apekah ini time-time takde duit masih lagi terpikir nak beli luxury item?
Plus, the idea of 'paying it off later' never seems to work out. At least untuk kes-kes minjam duit aku ni, 90% menghilangkan diri.

Those yang tak mampu beli pulak selalunya akan rasa dengki atau tertanya-tanya macamana orang tu boleh mampu beli barang mahal.

Tak payah nak dengki, dan tak perlu juga spend time discussing camana orang tu mampu beli.
The truth is you also don't know if she can afford it.
Boleh jadi dia beli dengan hutang (credit card), boleh jadi itu hadiah, boleh jadi juga dia dah menyimpan bertahun-tahun.
Judgement about others akan buatkan kita tak tenang, akan timbul rasa hasad, dan yang lebih bahaya kita jadi tak bersyukur dengan life kita.

Ada orang rasa henbeg RM10k tu pelaburan, ada yang rasa itu pembaziran.
Semua benda ni bersifat relatif, bergantung kepada siapa kita, apa kita nak, what we are willing to do to get it, etc.
Kita berada dalam zaman di mana kita diyakinkan bahawa kita perlu something that perhaps we don't.
As long as kita faham antara keperluan, kehendak dan kemampuan, insyallah kita akan lebih rational dalam setiap tindakan.



p/s : Yang pernah beli Cleansing Gel pastikan check email ya dan whatsapp ya. Ada offer untuk anda. By invitation. Siapa rasa tak dapat email/whatsapp, please email aku directly : diana[at]xzizbiotech[dot]com








Bertuahnya dia.


Azmil Mustapha.

Since the day he passed away, aku dok terpikir pasal dia.
Dia adalah bukti bahawa hidayah itu milik Allah.
Dan Allah bagi pada sesiapa je Dia nak.
Tinggal lagi kita nak ambik atau tak.
Beruntungnya Azmil, dia ambil.
Bukan setakat gapai je, tapi dia pegang kuat sampai ke akhir hayat.

Aku pernah dengar ceramah dia.
Dia kata dulu dia minum arak, clubbing, tak solat, malah dia bersalin baju satu bilik dengan pelakon wanita pun takde hal.
Tapi pengakhiran hidup dia cukup cantik.
Yang aku kagum sangat dengan dia bila dia sanggup susah asalkan dapat cari redha Allah.

Point 1
Dalam satu interview dia kata "Saya ni biasa-biasa je. Kereta pun tak ada, nak ke mana-mana naik teksi. Kalau dekat-dekat saya jalan kaki je".

Point 2
Dalam interview yang berlainan dia kata cerita Ali Setan tu dia yang initiate. Tapi zaman tu takde kredit diberikan untuk lakon layar jadi orang tak tau filem tu dia yang olah. Dan dia kata tak kisah, janji kerja dia dibayar sudah. Tak letak nama pun takpe.


Dua point atas ni dah nampak 'lojik' kenapa hidayah Allah sampai pada dia.
Kerana hidup dia tak perlukan penilaian manusia.
Walaupun dia kata dia jahat di zaman muda, tapi jahat dia orang kata jahat sendiri-sendiri. Jahat kat diri sendiri.
Tapi hati dia ikhlas.
Boleh jadi sebab itu hidayah Allah sampai.

Ustaz aku pernah cakap, kalau hati kita ni ada Allah, maknanya kita ada segalanya.
Tak risau lansung pada apa yang kita tak ada, let alone nak kisah apa orang lain ada.
Sebab bila hati ada Allah, bermakna semua urusan Allah jaga.

Ada orang kereta tak ada, tapi disebabkan hatinya ada Allah, urusan dia nak ke mana-mana sangat dipermudahkan.
Sebab yang kita perlukan sebenarnya bukan kereta, tapi kemudahan untuk bergerak.
Orang macam aku ni pulak anggap kereta tu dah jadi benda wajib ada.
Sebab kalau takde kereta payah nak gerak katanya.
Bila letakkan kemudahan nak bergerak tu pada kereta, tu pasal bila kereta rosak mengeluh, kereta kena langgar mengeluh, tersekat dalam jem mengeluh, minyak mahal mengeluh, kena bayar roadtax mengeluh, bayar loan mengeluh, cari parking pun mengeluh. Macam-macam.
Bila jadi macam ni, aku selalu terfikir yang Allah tengah cakap kat aku "Kau kata kalau takde kereta susah nak bergerak kan, patah kaki, kan? Now aku nak tengok how 'mudahnya' hidup kau bila ada kereta".

Lagi satu tentang hidayah.
Bila orang pertikaikan dia guru agama tapi anak dia model (model muslimah).
Pastu dia jawab "Hidayah itu milik Allah. Saya sebagai ayah doakan saja".

Bak kata ustaz aku "Zaman sekarang ni orang berebut nak hantar anak blaja agama, hafal Quran tapi dia sendiri tak nak blaja agama, balaja Quran apetah lagi blaja menghafal".

Kata-kata ustaz yang aku boleh kaitkan dengan Azmil ni, dia tau hidayah milik Allah, jadi dia lebih fokus pada menjaga hidayah dengan memperbaiki diri sendiri seboleh mungkin. Dia equipped diri dia dengan ilmu, dia sendiri blaja Quran, dia sendiri blaja menghafal, selepas tu dia mengajar pula.
Dia tau dia tak mampu nak ubah orang, dan kalau dia tak mampu nak ubah, setidak-tidaknya dia dah mendoakan.
Yang kita ni pulak sibuk nak betulkan salah orang. Kecam orang sana, kecam orang sini.
Sedangkan diri kita tak baik mana pun lagi. Hanya lebih baik sikit je dari orang yang kita tegur. Nampak la beriman sikit kan, takyah blaja agama dah sebab iman dah tinggi.
Yang peliknya, taknak pulak bandingkan diri dengan ahli agama. Ye lah, nanti nampak sangat pulak diri tu tak sebaik mana.

Dan lagi, yang solatkan jenazah dia adalah Mufti Wilayah Persekutuan.
Dan Mufti tu kata Azmil adalah kawan baik dia sebab tu dia datang untuk 'berkhidmat' buat kali terakhir untuk kawan.
Kalau kita fikir balik, kat mana lojiknya seorang Azmil yang zaman mudanya buat macam-macam benda jahat (seperti yang dia akui), akhirnya akan bersahabat baik dengan seorang mufti? Mana lojiknya? Sangat tak masuk akal.
Tapi itulah dia, kalau bersungguh cari redha Allah, Allah akan datangkan orang baik-baik pada kita.
Tak payah nak ubah semua orang, cukup ubah diri sendiri, maka persekitaran kita akan berubah sama.
Walaupun hakikatnya kita tak meninggalkan kawan-kawan lama, tapi bila kita berubah menjadi lebih baik dengan sendirinya orang baik-baik akan hadir dalam hidup.
Boleh jadi, mereka tertarik dengan hijrah kita, atau kawan-kawan lama yang willing nak undur diri sebab rasa segan atau kurang selesa dengan hijrah kita.
Tak kisah lah mana-mana, yang penting kat situ Allah dah tunjuk bukti kalau kita datang pada Dia dengan merangkak, Dia datang pada kita dengan berlari.

Saat-saat dia nak meninggal, dia cakap kat anak dia "Kejap lagi ayah nak gi makan".

KEJAP LAGI.
Tak sampai 10 minit, dah meninggal.

Macamana pulak kita yang "See you tomorrow!"....?

Yang "kejap lagi" pun belum pasti. Apetah lagi tomorrow.

Al-fatihah untuk Azmil.
Semasa hidupnya, dia banyak habiskan masa untuk blaja dan mengajar agama.
Setelah dia mati pun, dia tinggalkan pengajaran buat kita yang mahu berfikir.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Disebabkan gambar dalam ENTRY NI, cuti CNY ni kami tak bercuti sangat rupanya sebab Whatsapp and Live Chat meriah dengan orang dok tanya pasal ni. Jadi, aku bukak satu lagi option untuk blog reader beli kat sini. Pilih option mana korang nak. Kalau pilih harga RM54 tu maknanya aku akan tolak point korang 300 baru boleh dapat beli dengan harga tu. Kalau rasa-rasa point tak cukup, beli option pertama je.



Nama
Email
Produk pilihan : 1 x Cleansing Gel, RM59
1 x Cleansing Gel, RM54 (tolak 300 point)
1 x Cleansing Gel, RM49 (tolak 500 point)
Quantity 1
2
Alamat penuh beserta poskod
No Tel
Nota tambahan (jika ada)


2018-02-15

Jangan asal boleh.


Semalam, aku dapat email dari sorang reader. Tapi dia tak kasik tepek email dia kat sini sebab ramai kenalan dia baca blog aku katanya.

Ceritanya dia ni dah around her 30s, masih single.
Pernah bercinta beberapa kali tapi takde jodoh.
Tak tahulah apa sebenarnya puncanya, tahun ni dia decide nak kawen, tak kisahlah dengan siapa pun, asalkan kawen sebab dah tak larat tiap kali berkumpul orang asik tanya bila nak kawen.
Now dia plan nak kawen dengan exbf yang dah 2 kali bercerai.

Cerai banyak kali tu mungkin dah bahagian dia kan.
Tapi, nak kena tengok juga apa sebabnya.
Maybe kita boleh check balik dulu apa puncanya kita berpisah dengan dia, adakah kerana masalah yang sama?

It's true, lebih baik kawen je tanpa cinta dari merendek 24 jam takde penghujungnya.
Tapi, janganlah kawen asalkan boleh je.
Make a habit everyday, tanya diri anda sendiri "What is my purpose today?" atau "What is the purpose of my life?".
Kalau kita boleh list kan apa tujuan kita nak dalam hidup ni, kata-kata orang dah jadi tak penting.

Perasaan (hati) kita ni adalah benda free yang paling best kita boleh bagi kat orang.
Tak boleh dicuri atau dipaksa. Takkan dapat dengan cara tu melainkan dengan kerelaan hati.
Jadi jangan senang-senang bagi hati kat sebarang-barang orang kecuali yang berhak.
Tak cinta tak apa, tapi niat kena betul.

Lagipun takde siapa nak kawen separuh jalan.
Kalau boleh biarlah kita ada persiapan sikit.
At least nak kena tau juga pasangan kita tu jenis boleh diharap ke tak.
Paling tak pun benda-benda basic nak kena pastikan boleh fulfill.

Aku dulu masa nak kat En Wan, purpose aku sebenarnya nak larikan diri dari masalah exbf.
Itu yang utama, aku nak selamatkan diri aku.
Tapi, takde lah aku terima dia bodoh-bodoh gitu je.
Kena la test dulu dia ni camana orangnya, background ok ke tak, ada history yang tak senonoh ke tak, family background camana pulak, etc.
Macam aku dulu lagi la payah, sebab dia tak always depan mata. Jumpa sekali-sekala.
Tapi bak kata pepatah nak seribu daya.
Walaupun jauh dan banyak hassle, redah aje.
Aku punya target dulu tak banyak, asalkan dia bukan jenis pukul pompuan, dah ok dah.
Yang lain-lain tu boleh la kot kawtim.

Tapiiiiiiii, nak hidup bersama tak cukup dengan kasih sayang dan budi pekerti semata-mata je ya.
Kalau aku, ada 2 benda basic yang aku ambik kira.

Duit yang pertama sekali kena ambik kira.
Ini bukan masalah mata duitan ke tak. Ini memang penting. Hukum atas dunia ni semua benda perlu duit, jadi kena ikut peraturan tu.
Tak boleh tidak, duit dah jadi perkara penting dalam marriage. Isteri memang boleh bantu, tapi suami kena mainkan peranan besar bab-bab duit ni.
Tak banyak duit takpe, yang penting tak kedekut keluar belanja rumah.
Jadi sebelum kawen kena pastikan bakal suami mesti ada kerja. Maknanya dia kena rajin. Kalau dah pemalas, sape yang nak ambik keje?
Gaji tak besar takpe, tapi mesti kerja.

Kedua, keluarga. Melainkan kau kawen dengan anak yatim.
Bila kahwin, bermakna kita menjemput keluarga baru masuk dalam hidup kita.
Jadi kena bersedia dengan tabiat yang baru, peel yang pelbagai dan karenah yang bertambah.
Dulu Pak Aji pesan kat anak-anak dia "Kalau nak cari pasangan, biarlah yang sepadan. Jangan sampai papa dan mama segan nak bersembang dengan besan".
Itu memang dah jadi antara point terpenting.

Masa aku kenal En Wan, dia tak pernah bagitau background keluarga dia dengan tepat.
Yang dia mention "Ayah saya meniaga kat kampung, mak saya surirumah. Saya tinggal kat Kampung Pulau Bahagia".
Aku baca (surat) pun lega.
Ok dia ni budak kampung, mak bapak biasa-biasa je ni meniaga kedai runcit kat kampung agaknya.
Jadi aku pun seronok sebab dia menepati kriteria aku.
Sebab aku sangat sensitif bab-bab mak bapak.
Aku pun tak seronok kalau tengok mak bapak aku segan-segan and rasa rendah diri bila berkumpul dengan besan kaya-raya. Nanti aku sedih.

Bila dah nak bertunang baru Mak Aji inform adik-beradik lain.
So masa bincang-bincang pasal prepration nak bertunang tu baru pakcik aku terperasan nama Wan Dagang (bapak En Wan). Dia kata macam kenal orang ni.

"Rumah dia ni rumah banglo besar tepi jalan ke?" pakcik aku tanya Mak Aji.

Mak Aji pandang aku. Aku cakap tak tau.
Of cos la tak tau, aku baru jumpa dia sekali je kot.
Mak bapak dia pun aku tak kenal, rumah dia pun aku tak tau mana.

Pastu pakcik aku sambung "Kalau betul lah ini Wan Dagang yang aku kenal, betul lah ni. Syarikat dia pembekal makanan kantin terbesar kat Tganu".

Mak Aji dah cuak. Aku lagi la cuak.
Masa tu aku nekad, kalau betul, aku taknak bertunang. Apa nak jadi, jadiklah.
Jenuh la En Wan explain kat aku malam tu call berejam dari Jepun semata-mata nak explain.

Point kat sini ialah, tak cinta pun takpe, tapi pastikan kenal background keluarga.
Tapi kalau jodoh tu pilihan mak bapak, insyallah bahagian keluarga ni dah settel sebab selalunya mak-mak ni pilih menantu akan pilih besan yang serasi dengan sorang.
Selalunya kalau menantu atas pilihan mak-mak ni akan jadi menantu kesayangan.
Actually tak jadi menantu emas pun takpe, asalkan jangan jadi menantu yang dibenci.
Bukan apa, esok kalau tengah mengandung anak pertama, sokongan keluarga sangat penting.
Sebab kita laki bini sama-sama tengah menggelabah waktu ni takde pengalaman, jadi kalau keluarga dua-dua pihak sama-sama baik, ini sangat membantu. At least takde la stress sangat.

Macam aku dulu bersalin Redza, Mak Aji masih bekerja.
Jadi dia hanya boleh cuti seminggu je.
Untunglah mak mertua baik, sanggup tinggalkan rumah untuk duduk jaga Redza walaupun masa tu dah ada bibik.
Ce imagine kalau mak sendiri kerja, mak mertua pulak takleh dibawak bincang, tak ke semua ni jadi punca bergaduh laki bini?

Apa yang kita lalui hari-hari ni, especially dengan siapa kita berjumpa, semuanya takkan kekal.
Ada yang muncul cuma setakat angkat-angkat kening dan hai-hai lebih kurang.
Ada yang sempat bersembang 2-3 kali then habis macam tu je. Samada dia yang hilang atau kita yang hilang.
Nanti oneday kita akan faham kenapa ada orang yang kita suka pergi dari hidup kita, dan ada orang yang suka pada kita tapi kita pulak tak boleh terima.

Kita tak boleh paksa hati orang untuk suka kita, begitu juga sebaliknya.
Tapi kita boleh buat baik.
Jangan ingat kalau dekat senang nak terpikat, kalau jauh nanti kena rembat.
Rumusnya tak macam tu.
Yang menulis entry ni dah alami dah.
Kalau dia tak ditakdirkan untuk kita, sedekat mana pun, Allah akan create reason untuk pisahkan.
Tapi kalau Allah dah takdirkan itu milik kita, tercampaklah ke lain benua pun, Allah akan create reason supaya kita dan dia bersatu.

If one day kita decide untuk fall in love, learn to love Allah first, then mak bapak, then diri sendiri.
Supaya kalau apa-apa berlaku kemudian hari, takkan membuatkan hati kita hancur sangat kalau he/she walks away.







Alhamduillah, serasi.
Insyallah kalau yang ada ekzema, rashes, jerawat, dan beberapa masalah kulit yang biasa, boleh try Cleansing Gel GreenAard.

Hari ni last day promo kod diskaun, so yang ada kod diskaun Cleansing Gel tu, sila redeem cepat.
Yang takde kod diskaun tapi nak beli, boleh whatsapp nombor di bawah.
Aku dah buat satu lagi nombor whatsapp so that tak terkial-kial sangat sorang nak mereply :

Whatsapp 1 : available from 8am-10pm
Whatsapp 2 : available from 9am-5.30pm
Selebihnya, sembang kat Live Chat pun boleh
.


2018-02-14

Takde kaitan dengan iman



Email kat atas ni sama macam whatsapp yang aku terima 2 hari lepas.
Kisah yang berbeza tapi masalah yang sama.

"Saya dah puasa sunat, saya solat, saya sedekah, tapi bisnes saya tetap susah nak berkembang. Apa lagi yang saya kena buat, kak? "

Tu ringkasan dari whatsapp sorang reader blog.

Selalunya, bila kita ada perasaan kecewa macam ni, sebenarnya kita sedang membandingkan nikmat kita dengan nikmat orang lain. Pihak lagi satu nampak gayanya macam tak beramal soleh dan takde etika tapi rezekinya lancar saja, betul tak?

Dulu ada gak orang tanya "Saya dah bertudung syari'i (labuh), hafal juzuk amma, tapi masih single. Tak adilnya rasanya bila orang yang terang-terang buat apa yang Allah larang dapat semua yang saya nak".

Jawapannya simple.
Kerana kita membandingkan nasib orang beriman dengan nasib orang tak beriman.
Padahal Allah tak berjanji apa pun tentang urusan dunia pada orang yang beriman.
Allah tak kata pun kalau kau buat apa yang Aku suruh, maka kau akan dapat habuan dunia.

Kalau nak buat perbandingan, bandingkanlah orang beriman dengan akhirat dan orang tak beriman dengan dunia.
Dia dapat apa kat dunia, kita pulak dapat apa kat akhirat.
Macam tu baru betul perbandingannya.
Rezeki tak ada kaitan dengan iman.
Dia pakai tudung ke, dia tak pakai ke, dia bodek ke, dia rasuah ke - semua ni tak ada kaitan dengan habuan dunia.
Kalau habuan dunia ada kaitan dengan iman, maknanya semua Nabi takkan terima ujian kesusahan.

Perbandingan yang lojik menurut iman adalah bila kita membandingkan orang beriman dapat apa di akhirat dengan apa orang tak beriman dapat di dunia. Ini baru comparison yang betul.

Dia punya analogi nak bagi senang faham macam ni lah.
Ada dua supplier yang sama-sama membentangkan proposal yang hebat.
Tapi Si A dapat projek sebab melobi dan under table, yang si B tak dapat projek sebab tak join rasuah.
Then Si B persoalkan, "Ya Allah, kenapa saya buat benda baik tapi tak dapat projek tu?"
Pertanyaan tu pun dah salah, memang konfem lah takkan ada jawapan.
Soalan yang sepatutnya, "Ya Allah, saya tak rasuah, apa habuan yang saya bakal dapat di akhirat nanti?"

Tiap-tiap Jumaat kita baca Al-Kahf kan?
Pernah tak baca terjemahan sekali?
Kalau tak pernah, cuba baca terjemahan sekali-sekali.
Soalan-soalan kat atas tu Allah dah bagi contoh dalam Al-Kahf.
Kisah pemilik 2 kebun (Al-Kahf : 32-44)

Cerita dua lelaki, dua-duanya adalah kawan.
Satu adalah orang yang beriman. Yang lagi satu tak beriman.
Dalam kisah ni, orang yang beriman Tuhan uji dengan kesempitan hidup.
Tapi Tuhan bagi rahmat terbesar, iaitu nikmat iman, keyakinan, dan berlapang dada dengan ketentuanNya.
Yang tak beriman pula Allah uji dengan rezeki yang luas.
Allah bagi banyak kekayaan dan material.
Tuhan uji nak tengok samada dia syukur atau kufur. Samada rendah diri atau berbangga.
Boleh sambung baca sendiri kat Al-Kahf and fahami apa yang nak disampaikan.

Satu perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah nikmat iman.
Rezeki dalam bentuk habuan dunia like jawatan, pangkat, duit - ini semua Allah bagi pada sesiapa saja samada Islam atau bukan Islam, samada penyangak atau orang baik-baik.
Tapi iman Allah bagi pada orang yang dikehendakiNya saja.
Mahal tak mahalnya nikmat iman ni, umpama kalau kita berusaha sedaya upaya supaya kawan kita jadi orang beriman, kalau Allah tak izinkan iman itu masuk, takkan masuk keimanan dalam hatinya.

Jangan sampai kita tertipu dengan habuan dunia sehinggakan kita abaikan nikmat tertinggi yang Allah berikan kepada kita iaitu iman.
Padahal manusia yang tak ada iman adalah petanda musibah terbesar dan bencana.
Kalau nak kaya, nak jawatan besar, nak kerja yang selesa, kena usaha. Takde kaitan dengan iman.
Tapi kerja sungguh-sungguh secara halal.
Sebab dunia ni ada hukum, jadi buatlah apa pun asalkan sesuai dengan hukum.



Kita kata kita suka dia, tapi kenapa tak cukup kuat nak suarakan apa yang terpendam dalam hati?
Apa salahnya kita tanya dia, biar berkali-kali pun tak apa. Asalkan apa yang kita nak menjadi.

Kita kata kita sakit hati dengan perangai dia, tapi kenapa tak cukup berani nak tinggalkan dia?
Sampai bila nak bertahan, umur kita bukan lama mana.

Kita kata kita pun nak bahagia macam orang lain, tapi kenapa kita tahan impian kita?
Bilanya nak merasa bahagia macam orang lain tu kalau kita sendiri hanya tunggu dan lihat.
Tanya je kat dia. Nak kat aku ke tak?
Kalau dia nak, dia ambik. Kalau taknak, kita cari orang lain. Mesti ada clear cut kat situ.

It's true jodoh ketentuan Tuhan.
Tapi kita kena usaha.
Salah satu bentuk usaha, bertanya.
Tanya pihak lagi satu sekarang ni kita apa cerita? Nak kawen ke tak? Kita bukannya budak skolah lagi nak cinta monyet. Dah besar panjang dah pun, nak tunggu apa lagi? Paling tak, bertunang dulu.
Kalau dah bertunang, otomatik perancangan majlis kahwin akan ada dalam list.
Ini bertunang pun tak lagi, memang payah lah nak merancang.

Memang manusia hanya boleh menyampaikan hasrat tapi yang sentuh hatinya adalah Allah.
Manusia hanya boleh usahakan apa yang boleh, tapi yang menjadikannya berhasil adalah Allah.
Salah satu ujian terbesar dalam hidup adalah ketika kita tak dapat apa yang kita usahakan dan doakan.
Tapi, kena yakin apa yang Dia akan beri adalah jauh lebih baik dari apa yang kita minta.

Melepaskan hubungan memang berat, tapi bertahan jauh lebih berat.
Nak bahagia atau nak terus bersedih, semuanya bergantung pada keputusan kita.
Pilihlah keputusan yang akan menjadikan hati kita tenang.
Kalau kuat, bertahan. Kalau tak, lepaskan.





2018-02-13

Mengenali spesis man-with-no-eggs (MaWiNoE)


Putus cinta.
Memang sakit.
Tapi kalau aku yang tinggalkan dia, namanya puas. Bukan sakit.

Tapi sebenarnya jauh lebih sakit kalau kau bercinta tapi macam tak bercinta.
Dia ada, tapi macam takde.
Dia boifren kau, tapi tak macam boifren.
No news is good news katanya.

Sometimes bila kita nakkan seseorang so badly, kita tend to ignore all the signs yang muncul depan mata. Kita nampak dah tanda-tanda seorang man-with-no-eggs (MaWiNoE) pada dia, tapi dek kerana nak sangat kat dia, kita ignore tanda-tanda tu.

Sebagai seorang yang ada pengalaman men-detect lelaki spesis gini, di sini makcik nak turunkan ilmu sikit sempena Hari Valentine esok supaya takde adik-adik kat sini yang 'menyerah diri' di malam Valentine.

1. Komitmen

Lelaki spesis MaWiNoE akan selalu mengelak bila kau cakap pasal komitmen. By right, kalau kita dah spent so much time dengan lelaki, kita ada hak untuk bertanya tentang halatuju relation. Sepatutnya tak akan jadi masalah kalau kita tanya tentang status hubungan. Kalau boifren kau asik mengelak bercakap tentang komitmen at all cost, please ladies, ini memang RED FLAG! Angkat kaki, jalan. Tak payah tunggu dah. Provided soalan tu kau tanya after 6 months bercinta lah. Kalau baru 7 hari bercinta dah nak bincang pasal kawen, nampak sangat kau yang gelabah. Karang dia syak kau mengandung nak jadikan dia pak sanggup pulak.

Of cos some lelaki takut dengan komitmen, tapi kalau dah lama bercinta tapi masih lagi nak mengelak bila ditanya pasal komitmen, that's not a good sign. Kalau dia taknak ada komitmen yang serius, you know he's up to no good. Mustahil sangat dah bercinta kemain lama tapi takde perancangan nak kawen, abis tu nak menggentel sampai bila? Definitely dia ada reason kenapa dia taknak settle down, cuma dia taknak bagitau. Very likely, dia cuma nak gunakan kau je. Maybe untuk tujuan kewangan, kemudahan  atau stok geli-geli...?


2. BFF tak suka boifren kau.

Ok ini penting untuk diambil kira ya. Aku dulu avoid nasihat dari kawan rapat, tu pasal terjebak dengan spesis MaWiNoE. BFF takkan pernah menipu. Kalau dia tak suka, dia cakap straight kat muka kau dia tak suka. Jadi, BFF adalah orang yang boleh dipercayai juga (dalam kebanyakkan kes). Girls biasanya cukup pandai spot tanda-tanda pada seorang lelaki kalau lelaki tu tak layak untuk kau. Kalau kawan kau cakap that lelaki sebenarnya hanya nak menggunakan kelebihan yang ada pada kau untuk kepentingan sendiri, please do yourself a favor and listen to their advice.

Bila kita bercinta, selalunya kita buta nak nampak benda-benda macam ni. Kadang tanda-tanda tu obvious sangat di mata orang lain, tapi kita tak sedar. Bak kata Hael, kita dah dijampi. Orang luar boleh nampak kalau kita dipergunakan. Kalau kita rasa BFF kita dengki, ok fine. See if ada orang lain berpendapat yang sama. Be brave untuk tanya pendapat orang lain tentang boifren kita. Kalau semua pun cakap lelaki ni trouble, so sendiri mau ingatlah.


3. Kau tak pernah jumpa keluarga and kawan-kawan dia.

Kalau bercinta dengan kawan se-opis atau se-kolej, point nombor 3 ni maybe a bit tricky sikit sebab kawan-kawan dia boleh jadi kawan-kawan kau jugak. Tapi, kalau boifren kau tu bukan dari kawan se-kolej, se-opis, se-sekolah, dan dia tak pernah nak kenalkan kau dengan kawan-kawan dia, itu maknanya dia tak take your relationship seriously at all. Atau boleh jadi ada something wrong pada boifren kau ni. Reason dia simple je. A real man selalunya proud nak tayang awek kat kawan-kawan sebab dia nak tunjuk kehebatan dia boleh ber-awek. Dan dia looking forward untuk kenalkan kau pada orang-orang penting dalam hidup dia (keluarga). Kalau loser memang always try his best untuk sorok kau dari pengetahuan umum. Kalau after 6 months bertenet kau masih tak kenal siapa kawan or keluarga dia, please girl, blah je. Dia tak nampak kau as a priority pun.


4. Balik-balik guna duit kau.

Lelaki yang dah berbulu atas bawah, sepatutnya bukan menjadi tanggungjawab wanita untuk menyara, apetah lagi bila takde komitmen secara sah. Sesekali keluar duit takpelah, kita pun jangan kedekut sangat. Tapi, kalau balik-balik kau je keluar duit everytime merendek, maybe boleh pikir semula apa yang kau harapkan dari spesis jenis ni in the first place. However kalau korang dah ada agreement, ok setiap kali keluar dia belanja makan dan kau akan keluar duit untuk movie, bowling and transport - ok fine. Asalkan dah ada agreement kat situ (kalau everytime keluar asik makan McD je memang tak aci lah). Tapi dikira masih ok lagi sebab well, sama-sama nak bertenet kan, so sama-sama lah keluar duit. But, kalau he relies on you untuk bayarkan bil henfon, setiap 2 bulan sekali kau bayarkan sewa rumah dia, asal beli groceries dia 'tumpang' sekali dalam troli kau - memang sah he's only with you for financial purposes. Baik mati membujang la dari terjebak dengan spesis gini.


5. Asyik mintak tolong.

Ya, aku tau tolong-menolong amalan mulia. Lebih-lebih lagi kalau in a relationship penting untuk do things for each other. Dah tentu sokongan kena datang dari dua-dua belah pihak. Tapi kalau sorang je yang asyik mintak tolong and he never returns the favor, ni namanya bertepuk sebelah tangan. Dalam perhubungan, kita perlukan someone yang sama-sama ada usaha untuk do things, bukan expect things manjang.


6. Tak reti nak tunjuk perasaan sayang

Apelah tujuan bercinta kalau tak reti nak tunjuk rasa cinta? Pegi bercinta dengan penyapu lah.
Kalau kau boifren tu tak pernah nak tunjuk rasa sayang, jangan haraplah kau nak dapat apa-apa selain tu. Nak tunjuk rasa sayang yang free tu pun tak mampu buat, kau rasa dia mampu nak bagi kau benda yang keluarkan duit? Nak tunjuk sayang bukan susah. Hantar whatsapp "How are you today?" pun dah seronok. Aku ni pompuan, aku tau sangat orang perempuan camana. Kalau dapat whatsapp dari orang yang dia sayang, simple mesej like "Dah breakfast?", dia punya seronok sampai ke petang okeh.

Relationship perlukan pernglibatan dua-dua pihak. Tak susah mana pun. Just keep the relationship warm dengan simple mesej dah memadai. Nak-nak lagi pompuan. They like to know that they are wanted. Ni biar aku pecahkan rahsia orang pompuan. Semua pompuan crave affection from guys we really like. Dia tak kisah pun kalau boifren dia tak hensem mana, sebab bila dah cinta, semua pun jadi indah. Gitewww. Cinta tu akan jadi bertambah indah kalau lelaki tunjuk perasaan sayang. No need hantar cekelat hari-hari kat opis, kau hantar gambar cokelat kat whatsapp "For you..", pun dia dah rasa kau cute gila!

Mesti pastu dia reply mesej kau "Klaka lah you ni. I suka orang klaka".

Kahkahkahkah.

Tapi kalau sepanjang bercinta asik hantar gamba cekelat je, itu tak klaka ya.


7. Kejap ada kejap takde.

Siapa sini yang tengah bercinta dengan lelaki yang sukati dia bila dia nak call, sukati dia bila dia taknak call, dia nak kau dia cari, dia taknak kau dia missing in action...? Ada?

Kalau ada, kesian.

This type, no doubt. Memang dia menggunakan kau.

Lelaki macam ni spesies penakut. Instead of being honest dan cakap tentang perasaan dia, dia pilih untuk jadi lame. Dia hanya akan munculkan diri bila dia rasa convinient pastu hilang semula bila dia dapat apa dia nak. Girl, dah lah. Kau berhak dapat lebih dari seorang lelaki yang hanya berani munculkan diri bila dia rasa keadaan tu fit him. Selalunya, bila tengah boring, time tu la dia cari kau. Dah habis boring dia, kau pun habis lah. Tunggulah nanti bila dia boring balik, dia buatlah kemunculan semula. Occasional appeareance gitu. Kiranya kau ni tempat pelepas boring dia je.


8. "Pinjam" barang

Orang kejap-kejap pinjam pensel kita pun, kita rasa bengang. Dah tau kejap-kejap nak guna takkan tak reti-reti beli sendiri, ya tak? Ini pulak jenis boifren yang kejap-kejap pinjam barang bernilai kita, contoh kereta. Manjang je pinjam kereta. Pastu tak reti jaga dengan baik. Until satu masa tu kunci kereta kita ada terus kat tangan dia dek kerap sangat pinjam. Kita pulak yang kena mintak balik kunci macamkan meminjam kereta dia pulak. Aku benci spesis macam ni. Ujung-ujung nanti kan, dia anggap harta kita macam harta dia. Bila dia nak, dia main ambik je. Tak bagitau pun. Dia rasa macam dia ada share.

Jangan biarkan boifren korang gunakan hak korang sesuka hati. Dia tu cuma boifren je. Bila-bila masa boleh habis macam tu je relation. So takyah nak berkongsi sangat lah segala benda. Biar berpada-pada. He should be able to require his own things. Sampai bila nak guna barang awek je. Kalau kau tolong bayarkan takpe gak, ini tau melanyak je. Jangan biar dia anggap our kindness is our weakness.


9. Muncul pada waktu-waktu yang pelik.

Ni paling senang nak detect. Kalau boifren kau hanya mesej kau pada waktu kerja sahaja atau semasa outstation saja atau masa tengah driving saja....haaaaa jeng jeng jengggg! Mungkin kau bercinta dengan laki orang atau mungkin dia ada 3-4 orang selain kau. Perhatikan waktu-waktu dia muncul (samada muncul depan-depan atau mesej). Kalau balik-balik kau hanya boleh jumpa/komunikasi dengan dia at odd times, bolehlah kot nak start upah PI.

Nothing good can come from that kalau kau tak boleh nak berjumpa atau berkomunikasi dengan dia pada waktu-waktu selain waktu tadi. Whatsapp on weekends pun tak bereply, call at night henfon off, weekend tak boleh jumpa. Eh, apeni?
Ni selfish namanya. Dia lansung tak lihat kau sebagai someone yang penting dan ada keperluan dalam hidup dia. Sangat tak matang.


10. Panggilan nama.

Trick paling senang nak tengok samada boifren kau sejenis penjual telur atau sejenis setia.
Ajar boifren panggil kau dengan nama khas. Lebih unik lebih bagus. Ce suruh dia panggil kau "pumpkin" ke, "apple" ke. Bukan apa, kalau panggil 'sayang' mungkin dengan yang lain pun dia guna panggilan yang sama. Kalau dia tersasul, susah nak detect. Ce tengok dia tersasul tak panggil kau dengan nama lain. Kalau dah biasa panggil Cutiepie sekali satu hari tu dia panggil Baby......TETTTTTTTTT!

Well, mungkin dia akan kata "apa salahnya sesekali panggil you Baby". Ha'ah, ye sangat lah tu. Takyah nak kona lipat sangat ya, dah setahun bercinta panggil aku 'cutiepie' tetiba hari tu kau panggil aku Baby? Jangan main-main ya, karang babi yang datang. Sorry, we don't buy.


p/s : MaWiNoe tu takyah gugel la. Takkan jumpa punya. Aku yang create untuk entry ni.






Hari ni bergasak-gasak orang guna kod diskaun YES sebab tarikh tutup Khamis ni.
Yang takde kod diskaun pun dah start whatsapp macamana nak dapat kod tu.
Kod tu kita bagi untuk yang beli masa promo YES di blog sahaja.
Yang beli kat website, FB and whaatsapp tak dapat.

Tapi takpe, korang boleh dapat harga yang sama macam diskaun kod YES.
Tapi terhad sehingga esok 14 Feb 2018, 11.30 malam.
2 hari je. Tak lebih.




Nama
Email
Produk pilihan : 1 x GC Plus, RM83
1 x Nutrijuice, RM54
1 x Cleansing Gel, RM54
1 x Makeup Remover 50ml, RM34
1 x Makeup Remover 125ml, RM60
Alamat penuh beserta poskod
No Tel
Nota tambahan (jika ada)

2018-02-12

Siapa sebenarnya yang ada masalah.


Hari ni aku nak merajinkan diri respond pada email-email kat bawah.
Intipatinya sama, tapi jalan cerita berbeza.
Aku tak sure if aku boleh respond pada semua cerita tapi #siscuba.



Kisah cinta reader ni adalah sejenis yang sama dengan kisah cinta aku.
Bercinta macam nak rak dengan orang lain, tup-tup bertunang dengan orang lain.
Masa Mak Aji call adik-beradik dia bagitau aku nak bertunang, semua pun "Oh, dengan budak Perak tu ke?"
Mak Aji dengan slow motion jawab "Tak...dengan orang lain".
Hah kau. Tanjat makcik-makcik aku semua.
Maunya tak. Segala kenduri kendara keluarga aku angkut exbf. Sampai dah tido baring kat rumah, kat kampung nenek, semua dah kenal, Tinggal tunggu rasmi je. Alih-alih balik Tganu rupanya aku.

Bercinta lama belum jadi penentu kita serasi.
Kalau nak salahkan "perkahwinan tanpa cinta" jadi punca masalah rumahtangga, then please explain kenapa kita break off dengan exbf?
Kalau cinta kita benar, mati hidup balik kita pertahankan walau ada halangan.
Jadi, ketidakserasian dalam hubungan bukan bergantung pada lama atau tak kita kenal each other tapi how well kita bertolak-ansur dengan perbezaan sikap.

To be fair to this reader, aku dengan En Wan awal-awal dulu jenuh juga nak faham each other.
Bercinta melalui email and surat, tak sama bila kita live together.
Nak pulak dulu aku main 'rembat' je apa yang datang, sebab nak larikan diri dari masalah dengan exbf.
Memang tak pikir panjang dah waktu tu, yang aku tau asalkan aku boleh keluar dari masalah ni, apa nak jadi pastu kendian aku pikir.

Aku bajet nak cipta keserasian tu tak susah mana sebab walaupun tak selalu jumpa at least kitorang aktif beremail/tulis surat.
Masa tu aku cuma pegang kat effort dia untuk keep the relationship warm.
Jarang nak jumpa lelaki yang sanggup spend time menulis surat, balas email everday.
Walaupun hati aku ada was-was and tak yakin if this relation works, tapi aku pegang pada usaha En Wan untuk menulis surat.
Waktu tu tak banyak benda yang aku nampak bagus pada En Wan berbanding exbf, tapi aku cuba cari sekecil-kecil kebaikan yang ada pada dia untuk aku yakinkan diri aku he is not that bad.

Bila dah kawen, 5 tahun pertama boleh dikatakan, kerap juga bertekak. Ada je benda yang aku tak berkenan kat dia.
Tapi I guess we love each other more.
Macamana bertekak pun, masing-masing akan cuba 'mengorat' balik each other.

Susah nak faham En Wan. Maybe aku pun susah nak difahami.
Kalau nak cerita pasal "susah nak ditegur", aku dan En Wan pun ada waktu-waktunya keras kepala juga.
Masing-masing ada prinsip (katanya). Masing-masing nak menang.
Padahal bukan pertahankan prinsip tapi masing-masing ego.
Ini benda biasa untuk 5 tahun yang pertama. Jangan kalut sangat kalau ada yang rasa semua benda tak jumpa keserasian.
Memang payah nak jumpa keserasian dalam tempoh 5 tahun sebab masa bercinta kita tak duduk serumah. Now dah tido sebantal, true colors semua dah nampak.
Just be fair to each other. Bagi peluang masing-masing cari keserasian dulu. Nanti lama-lama kita boleh nampak kat mana kelebihan dan kekurangan.

Kadang-kadang keserasian tu hanya timbul bila salah-seorang mengalah.
Reader tu cakap "dengan orang lain suami saya ok je".
En Wan pun susah nak mengalah dengan aku awal-awal dulu. Tapi dengan aku je la dia suka buat gini. Dengan orang lain elok je dia mengalah.
Mula-mula dulu aku menyirap gak, tapi lama-lama aku dah faham itu mungkin sejenis perangai suami yang tak boleh tunduk dengan isteri, so aku terima je lah.
Setakat nak mengalah aku dah biasa dah. Dari kecik biasa mengalah dengan asik-beradik, so takde hal sangat. Bagi je la dia menang, bukan dapat trofi pun.

Dalam masa yang sama, En Wan banyak tolak-ansur dengan perangai aku yang malas masak ni.
Mak mertua aku suri rumah. En Wan dulu masa kecik rumah dia ada 2 bibik. Gi skolah pun driver hantar. Jadi, bila dia kawen dengan aku yang malas masak, maybe dia pun rasa tak selesa. Dari kecik sampai ke besar mak siapkan makanan, alih-alih now asik kena tapau makanan kat luar. Hahahaha.
So kira fair la kan kat situ.
Aku tolak ansur dengan perangai dia yang tak boleh nak kalah tu.
Dia pulak tolak ansur dengan perangai aku yang malas masak ni.
Masing-masing ada kekurangan.

Jangan membayangkan seolah-olah kita akan hidup dengan kekurangan tu sepanjang hayat, tapi bayangkan kelebihan.
Kita nak hidup dengan kelebihan yang dia ada.
Cari kelebihan apa yang ada pada pasangan.
Kalau rasa-rasa kelebihan pasangan tu susah nak dapat kat orang lain, so stay. Buatlah apa yang patut untuk pertahankan relation.
Kalau rasa kelebihan yang ada kat pasangan tu boleh dapat kat orang lain, then that's your call.



Kau tengok soalan aku dapat. Bukan calang-calang tau. Tahap soalan Melodi ni.

Mana ada rumahtangga yang tak bergaduh? TAKDE.
Tapi bergaduh tak bermaksud sampai sepak terajang segala.
Merajuk tak bercakap-cakap pun namanya bergaduh juga.

Pergaduhan paling besar, entah. Tak ingat. Kalau ada pun rasanya perang mulut untuk reason yang kebudak-budakan. Biasalah, tengah muda.
Aku dah 17 tahun kahwin. Kalau nak cakap pasal ni aku bukan orang yang layak.
Orang yang paling layak adalah makbapak masing-masing.
Dorang lebih layak nak bagi tips rumahtangga.
Aku cuma boleh share sikit selama 17 tahun hidup sama.
Rasanya kalau gaduh teruk pun awal 5 tahun perkahwinan. Tempoh tu je la pun selalu gaduh. Masing-masing masih nak susun rentak keserasian. Biasa la tu.

Dah masuk belas-belas tahun ni macam yang aku cakap tadi, hal suami isteri memang jarang dah bertekak. Kalau nak bertekak sekarang pun hal ofis je.
Aku rasa salah satu sebab kenapa jarang bergaduh adalah sebab masing-masing dah mula faham karaktek pasangan dan sifat tolak-ansur pun dah semakin baik.

Tips yang aku and En Wan buat dulu setiap kali lepas bergaduh, we sit and talk about punca pergaduhan.
Kau nak sentap taknak bercakap-cakap, itu masa tengah bergaduh.
Tapi lepas berbaik, mesti kena berbincang. Jangan buat senyap and lupakan macam tu je. NEVER!
Bila korang berbincang tentang punca pergaduhan, at least masing-masing dah tau kenapa kita bertindak macam tu, kenapa kita tak setuju, and all.
Kerana masa bergaduh masing-masing guna emosi. Bila dah baik, baru masing-masing guna akal.
So waktu ni paling sesuai untuk bincang pasal punca pergaduhan.
Dari sini masing-masing tau apa yang perlu dan boleh dielakkan di masa hadapan.
Kalau isu macam ni timbul lagi, masing-masing dah tau better ways to handle.

Sekarang, kalau nak bertekak pun, hal ofis je. Lebih kepada urusan kerja.
Bila balik rumah semua jadi macam biasa balik.
Maybe duduk dengan mak mertua banyak bagi kelebihan untuk kitorang tak drag sentap-menyentap sampai berhari-hari.
Malu la kalau mak mertua nampak sorang tido bilik lain, sorang tido bilik lagi satu.
Mak mertua mesti boleh perasan kalau kitorang laki bini tak bercakap-cakap.
Jadi, nak tak nak masing-masing sentiasa cari peluang untuk mengalah.

En Wan kalau nak mengaku salah memang tak lah. Tapi kalau tetiba aku keluar bilik mandi nampak ada Starbuck tepi katil, tu petanda dia minta maaf la tu.
Aku kalau buat salah, straight away cakap "I'm sorry" kat dia. Kiss pipi dia satu kali, done.
Alah, dah masuk berbelas tahun ni, tak kuasa la nak bertekak lama-lama. Letih oiii. Bangun tido pun kadang-kadang letih, inikan nak bertekak. Malas lah.

Aku bukan jenis lepaskan marah. Aku jenis pendam, simpan, forgive but never forget.
Kalau aku jenis lepaskan marah, dah lama exbf aku tu aku sembelih.
Tapi memandangkan aku jenis riuh dan tak reti berhenti bercakap, jadi bila aku tiba-tiba senyap tak bercakap-cakap, haaaaaa....itu namanya disaster.
Tak tentu arah En Wan kalau aku tak bercakap-cakap.
Nanti kejap-kejap dia tepuk lantai konon ada semut, spray nyamuk, jatuhkan buku, tampar nyamuk. Banyak lah kerja dia buat nak trigger aku bercakap.
Kadang-kadang aku tergelak, terus baik.
Tapi kalau aku bertahan lama sikit, dapatlah Starbuck satu. Hahahaha.

Kalau dah habis idea nak pujuk aku, makanan lah jalan penyelesaiannnya.
Tapi nama dia nak mintak maaf memang tak.
Takpe, itu style dia. Aku dah boleh terima.



Takde apa yang kita boleh buat untuk mend damage yang dah berlaku di masa lepas.
Apa yang dah lepas, biarkan lepas.
Kita tak mahu hidup dengan masa lalu. Kita nak move forward.
Now, fokus untuk perbaiki diri and anak-anak.
Macam yang aku always cakap, nak ubah orang susah. Yang paling senang adalah ubah diri sendiri.

Karang kalau aku cakap, orang kata aku pandai cakap je.
Tapi sebenarnya apa yang aku cakap ni melalui pengalaman.
Dulu aku pun always salahkan mak bapak mertua aku sebab manjakan sangat En Wan sampai apa dia cakap semua kena iyakan je, tak boleh nak bangkang lansung. Kesannya, tak reti nak tolak ansur, asik dia je betul.

Itu dulu lah.

Meh aku ajar.
Caranya, bangun malam, buat solat taubat.
Rasa 'sakit hati' kita pada pasangan tu boleh jadi kerana dosa kita.
Itu cara Allah panggil kita untuk mencari Dia.
Bila kita rasa sakit hati, dan tak berdaya nak buat apa dah, dah tentu kita akan patah balik mencari Allah, betul tak?
Aku malas nak tulis panjang-panjang pasal ni, aku dah tulis kat status FB aku KAT SINI.

Apa saja benda yang buat kita tak senang adalah berpunca dari dosa kita.
Yang itu kita kena akui kita memang tak terlepas dari dosa.
Dosa kita mungkin tak besar mana, tapi Allah nak kita taubat.
Dia tunggu punya tunggu, kita tak taubat-taubat juga, jadi Dia turunkan sikit masalah supaya kita mencari Dia.
Boleh jadi masalah rumahtangga salah satu daripadanya.

Tak payah mengaku kat sesiapa dosa kita, sebab semua orang pun buat salah.
Bangun malam, buat solat taubat.
Mintak ampun dan doa aku dulu "Ya Allah, kalau bukan dia yang harus berubah, Kau ubahkanlah sikap aku supaya aku fahami dia".

Dengan Allah tak perlu ego.
Dia lebih tau siapa yang perlu berubah.
Kalau akhirnya Dia mengubah sikap kita sehinga kita boleh fahami dia, alhamdulillah.
Objektif kita untuk perbaiki diri, bukan untuk tengok siapa yang akan ditimpa malapetaka.

Macam kes aku dulu, aku anggap aku yang salah.
Dosa aku banyak kan, jadi Tuhan campakkan rasa 'sakit hati' aku terhadap suami kerana Dia nak aku taubat.
Aku tak rasa En Wan salah. Tapi itu saja cara yang paling senang nak buat aku mengadu padaNya. Agaknya lah.

Dalam kes reader ni aku tak rasa suami dia jahat, cuma jahil.
Orang yang jahil ni insyallah berkat kuasa doa seorang isteri, dia boleh berubah.
Kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah diri.
Kadang-kadang orang tu tak berubah jadi lebih baik pun, tapi Allah jadikan kita berlapang dada untuk terima kekurangan dan celebrate kelebihan supaya rumahtangga jadi aman damai.
Hidayah akan datang kemudian, insyallah.
Kita boleh berusaha tapi doa jangan pernah tinggal.



Aku senyum je baca ni.
Ni pertengkaran biasa suami isteri.
Aku baca perenggan pertama lagi aku dah nampak apa yang boleh diperbetulkan kat sini.

"Suami saya ni kalau dah bengang dia suka buat badak (senyap)".

Kat situ dah nampak isteri dah faham dah perangai suami dia macamana, so patut dah tahu apa nak buat.
Dah tau kan dia akan buat senyap. Maknanya, kena tanya lagi sekali, tapi kali ni dengan susunan ayat dan ton suara yang berbeza. Gunakan sentuhan juga (sentuh tangan dia bila bertanya).
Aku percaya hasilnya berbeza.

Macamana aku tau?
Sebab ini antara pengalaman aku. Hahahahaha.
Tapi En Wan takde la kasaq macam tu.
Tapi dia pun sejenis kalau bengang buat diam je. Macam aku jugak lah, kalau bengang aku tak bercakap.
Selalunya aku akan sentuh tangan En Wan (kalau dalam kereta), and tanya "Abang....boleh ke, bang?" dengan nada yang paling gedik aku boleh buat.
Dia mungkin takkan bercakap, tapi dia akan hulurkan henfon tu untuk aku waze sendiri.
Aku tau ramai yang rasa penat asik kena mengalah dengan suami. Tapi come to think or it, kita ni nak menang sentiasa untuk apa? Bukan ke menjadikan keadaan jauh lebih baik tu lagi bagus dari menang?
Kalau menang bertekak dapat apa?

En Wan tu kadang-kadang kalau bengang pun dia tetap tanya "Hah, abang nak pi pasar malam ni, nak kirim apa wasap!".

Huii...garang kemain.
Tak nak dengar aku pesan apa.
Tapi ambik gak order dari wasap. Kahkahkah.

This is marriage.
If you survive the first 5 years, kau akan gelak bila kenang balik benda-benda yang korang gaduh ni.
If you survive 10 years, kau akan rindu waktu-waktu merajuk macam dulu.
And one day, bila one of you pergi dulu, kau akan rindu and wish dia hidup lagi.
Waktu tu kau akan rasa kalau dia dihidupkan kembali hanya untuk bergaduh hari-hari pun tak apelah, as long as dia ada.






Ada 3 hari lagi untuk gunakan kod diskaun YES.
Ada lebih kurang 300 kod lagi belum bertebus.
Jangan lambat-lambat. Orang lain sibuk tanya ada diskaun ke tak, korang dah ada diskaun taknak guna. Rugi woooo.