2006-11-30
Mr. SMART
Kat KFC tadi Ann citer satu story hangaaaaaaaaaaaaat tak ingat punya today.
Ingat lagi tak aku penah citer pasal COO HR aku yg ado tu? Ha, today ada sorang lagi pi hantar email layang kat internal mail company. Tak semua boleh baca. Tapi member aku sorang tu memang kaw, siap print lagi. Aku pun sepantas kilat menfotostate.
Memang kena sebijik-sebijik atas batang hidung dia, walaupun hidung dia sebenarnya takde batang. Pesek semacam. So sila baca apa yang budak ni hantar kat email :
HOW TO BE Mr. SMART
S - Spell out / Say (Say / Spell out how good you are and not proof how good you are)
M - Multi Task / Master (Never master in what you do. Be MULTI TASK)
A - Always / Assume (Always assume you are the best)
R - Relation (Don't build good relation with your collegues)
T - Think / Talk (Don't think before you do anything coz you are the SMARTEST)
Here are a short story that I want to share and also a proof on how to be Mr. SMART!
One day, Mr.SMART join his brother in law's company. He started to SPELL OUT how good he is in front of everybody. But we he never know is, just by SPELLING it OUT loud he can't convince people. What we need are proof.
Things become worse when he implement MULTI TASK system. You are MULTI TASK coz you are not good at anything. You can't MASTER in what you are doing therefore you need to be MULTI TASK. We believe we are good in what we do. We even got a Degree, Masters or even Doctor.
Ha..ha..the most funny thing is he ALWAYS ASSUME he is the best. Never listen to people's opinion coz he is the best. Never build good RELATIONS with your collegues coz you'll be accused of trying to boicott the company. Nevermind if no one wants to join you for lunch coz you are the best.
Last but not least. Don't THINK before you do coz you are the SMARTEST.
That is what we see with our own eyes on how to be Mr. SMART, and BELIEVE us, it WORKS!
The moral behind this story is the SMARTEST move is to hide under your brother in law's shelter and guess what? Nobody dare to touch you. Always assume that people don't know what happen to you outside the shelter.
ps : pls keep to yourself we heard that contract at ASTRO not renew and resign from OCBC cos you dont get cooperation from staff.
Anyway, what we hear might not be true. If you are so ggod why not come out from the shelter and try to build your own career in the real world.
Oh GOD up there. Please see and understand what is happening. Please listen to our prayers and help us down here.
Mr. STUPID
Jap..jap..HUAHAUAHUAHAUAHAUAHUAHAUAHUAHAUAHA
Macam nak terkeluar anak tekak aku gelak. Tu la..implement lagi benda yang ntah hape hape kat opis. Ape ko ingat ko buat benda-benda tu semua benda-benda bijak dan memenuhi wawasan ke? Tolooooooooooong la. Kalau aku la jadik kau, sure anak aku dah cop aku bodoh.
Walaupun email makhluk halimunan ni agak broken inggelishnya di sana sini, tapi intipatinya aku sangat sangat sukeeeeeeeeee. Gembira membacanya. Tabik spring aku kat Mr. STUPID ni.
Sampai je opis tghri tadi aku baca email, si COO HR ni amik half day leave petang. Tu gi buat police report la tu. Lantak ko la. Kalau dulu parking lot dia kena letak kat tempat khas. Baru ada 'ong'. Bila dah jadik a few incidents, tau pulak rasa insecure. Terus pi alih keta betul2 depan pintu opis. Awat hang?? Mana pi ko punya 'ong' tu? Pastu siap boleh pesan kat receptionist tolong tengok-tengokkan keta dia. Kalau nampak orang duduk dekat-dekat ngan keta dia cepat2 bagitau. Hok olohhh orang tua ni. Ko ingat receptionist tu balaci ko? Banyak lagi keje dia nak buat. Kot takde keje sangat pun baik dia gayut kat tepon dari mengadap keta ko.
Tu la, nak sangat buat pembaharuan kat kompeni kan? Pembaharuan yang tak penting ko saje buat-buat. Baik ko gi 'baru'kan muka ko. Jadik cam muka Mike Myers pun dah kira alhamdulillah.
Bila aku baca balik apa halimunan ni tulis rasa betul gak. Dia ni umur baru 31 tapi dah penah keje kat macam2 company besar (kononnnnnn la). Ntah-ntah kelentong. Astro la, OCBC la. Keluar dari company besar masuk company kecik? Company yang bagi benefit 1 out of 10? Logik ke?
Yang si abang ipar ni pulak, dok bawak masuk segala kaum kerabat bini dia. Aku tunggu masa je dia umumkan nak bawak mak metua dia masuk. Kot boleh jadik tea lady ke.
Aku rasa big bos aku ni dah tension benda macam ni boleh jadik kat kompeni. Tapi nak buat camana kan, dah dia sendiri yang bawak masuk adik ipar tanpa sebarang interview. Takkan nak buang lak. Tak rugged la jilat ludah sendiri kan. Hambikkkk.
2006-11-29
Milik siapakah gadis ini? Menyemak je.
:: kau nampak tu? ::
:: oo..tak nampak. takpe. aku up lagi. nampak? ::
:: yeaaaaaaa... ::
Budak-budak opis termasuk la boss aku selalu tanya saper la gambar budak yang aku letak kat frame atas meja aku ni. Letak la gambar anak ke, gambar laki ke. Gambar laki? Laki yang mana? Huahuahhuahhuahhuah. Mana leh letak gambar hubby. Nanti orang tekel. Macam la hubby aku hensem sangat kan?
Tu la, aku pun konfius apesal gambar awek ni boleh ada kat atas meja aku selama 4 tahun. Weh..apesal gambar kau ada kat sini ni?
p/s : Zana, awak tak pecaya kan saya letak gambar awak atas meja. Ni la bukti kasih sayang tak berbelah bagi..:) Gambar One pun takde tempat atas meja ni. Atas meja awak gambar saper? SPEKEI kan? BLAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
Ha, semalam ada kejadian yang paling hina berlaku kat aku. Aku ada appointment ngan satu customer ni. Laki. Elok je aku tengah borak ngan dia, sekali dia tanya aku apesal semalam aku mms gambar aku kat dia? Malam pulak tu. Dah la mamat ni berbini.
Uikss?? Aku hantar gambar aku kat laki? Laki orang? Malam? Biar benar...Maka aku pun mengecheck 'sent folder' kat HP aku. Bedebah!! Memang betul ada. Siap sent 2 kali lagi gambar yang sama. Seb baik takde apa2 message. Ni takde orang lain. Mesti keje anak aku. Suka sangat picit2 HP. Seb baik skirt aku pendek semalam. Kalau aku pakai kain, aku tarik kain aku biar tutup muka. Malu gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
2006-11-28
How?
:: ni la sunnies gedabak aku yang baruuuuu..spek itam kaler pink ::
:: sesuai?? tak sesuai?? ::
Do I look cool or complete arse?
Do I look like an insect?
Does it suit the shape of my face?
Do I look like a pillock?
Whatever you say la guys, aku dah beli so aku kena pakai gak.
But, trust me, it'soooo comfortable.
2006-11-27
Working life sucks.
Got a HUGE problem with 'my boss' at work. He is a total wannabe! Wannabe kuasa duploh empat. He just joined in less than 6 months, but already started to implement all those stupid rules. Konon corporate la. Warning letter for minor issues. Apa kejadah ko? Nak mampos? Sometimes, I wonder why bad stuff happens to good people? I am not saying I'm good, but look here. Smart, hard-working souls who try to do a good job often end up getting walked over and beaten down. It happens here. All the good prospect people kejap je keje, pastu benti. Those yang macam sial; nasty, vindictive types often seem to have a fast-track ticket that allows them to rise straight to the top. Office politics! Seblom aku dicop sebagai 'macam sial-type, aku pun nak benti gak.
Si cilaka ni ntah haper kelulusan dia, umur baru 31, dah tukar 4-5 kali tempat keje. And the big boss said he is soooooo capable of doing lots of things. Ye la tu. Kalau capable sangat awat la ko asik lompat keje je? Takde common sense punya big boss. Before he came onto the scene we were a happy little family that got things done. He destroyed all.
To this wannabe, I know it is all about competition. People compete for budgets and opportunities to work on more exciting projects. But you compete only for promotions, recognitions and power. Ko ni memang bukit la. If I could kill him, I'll make him have rat poison in coffee, slow ass death, I would do it cuz he is an asshole.
2006-11-26
Sorry, I am too busy
I am too busy.
I have a son who still depends on me.
I have a brilliant husband who is too superb at managing things but can't manage to find his own underwear..(sometimes)
I am the second-man of the company, I expect myself to manage and observe people but too bad some of the staffs are still incompetent. So, aku jugaaaaakkkk yg kena buat keje.
I have a maid at home but then again have to do half of the house hold chores for the maid is still new and always come with the phrase 'saya enggak bisa.' (bisa aku lempang kau enggak?)
I am a busy woman but I like it that way.
I prefer having lots to do over having nothing to do.
But God, please never let me be too busy for you.
p/s : sorry guys, aku banyak keje ni.
2006-11-19
Dah la bodoh, malas pulak tu
Sial. Babi. Pukimak. Cibai. Lahanat. Bodoh. Bangang. Puki. Puki. Puki!!
Hambik ko.
Malam ni je abis segala kamus carutan dunia aku keluarkan. Siap boleh invent beberapa ayat makian tebaru. Ntah hapa-hapa aku sebut tadi, lupa dah.
Around 8pm tadi, mamat yang repair umah aku datang. Ceh...siap bawak BAPAK lagi. Ingat aku takut ngan BAPAK kau??? Nampak sangat takde telor. Dah tua bangka, nak pi serang rumah orang bawak bapak. Kote kecut!
Hujan2 tadi, hubby aku kuar gak tanya pehal. Hambooooii..dengan belagaknya 'Ni bapak saya'. So what? Ko ingat ko sorang je ada bapak? And bapak ko saper? Majistret? Hampasss...kalau bapak ko Karpal Singh pun belom tentu aku takut.
Yang bapaknya pulak macam nak tunjuk terer la konon. Siap cakap kenapa taknak bayar duit anak dia. Aku tak tau apa la anak dia dah kelentong bapak dia.
Hangin la aku ni. Memula hubby aku sound dah. Aku rasa cam tak cukup kuat je. So aku lak sound. Biar satu kawasan dengar. Pedulik apa aku. Bapak dia ni yang lebih, siap kata nak pecahkan balik la apa yang dia dah buat. Kalau aku gajikan orang lain, dia nak datang esok halang orang buat keje. Weh tua kutuk! Ko ni sawan ke apa? Yang ko nak halang orang lain buat keje pesal? Dah aku taknak gajikan anak ko, ko nak marah buat apa? Sukati aku la nak gajikan barua mana pun, duit aku. Dah la pakcik, gi ambik semayang, dok surau mengaji.
Ada ke dia mintak duit kat aku untuk bayar gaji budak bawah dia? Kepala pantat mak ko! Aku deal ngan ko sorang. Aku bayar gaji ko RM2500 untuk keje. Keje tu pun kalau ko masuk kol 8am habis kol 5pm, seploh hari dah boleh siap. RM250 sehari. Gaji aku pun tak banyak cam tu sehari. Lagi nak bising. Dasar pemalas.
Bapak dia lak macam sial, siap kata dia tak takut polis. Polis semua kenal dia. Ha, meh sini aku nak tengok polis mana kenal ko. Hubby aku call polis suruh datang sebab ada Indon buat kacau.
Polis datang, aku tukang explain. Aku tau kalau bab bagi expalanation ni hubby aku ade sikit gagal. Dia kalau dah bengang sangat tend tu lari dari topik. So aku explain la kat polis apa citer.
Polis : Ok, sekarang aku nak tanya, berapa kakak ni bayar ko?
Budak bodoh : RM2500.
Polis : Dia janji ngan ko apa?
Budak bodoh : Keje dulu, dah siap semua baru bayar.
Polis : Habis tu, ko dah ambik berapa?
Budak bodoh : Saya ambik RM750.
Polis : Gaji ko sehari berapa?
Budak bodoh : RM80.
Polis : Ko keje dah berapa hari?
Budak bodoh : 8 hari.
Polis : Habis ko nak apa lagi? Diorang kira dah bayar ko lebih dah ni.
Budak bodoh : Takde bang, gaji saya RM80 sehari, budak bawah saya, saya bagi Rm50 sehari. Pakcik yang sorang tu...
Polis : Laaa..diorang berjanji ngan ko sorang. Diorang upah ko. Lantakla ko nak bawak berapa orang pun, ko nak bayar diorang berapa pun itu dah kira lain. Itu dah hal ko ngan anak buah ko. Kakak ni cuma bayar ko sorang.
Kan dah kena. Len kali kalau nak bodoh pun cuba jangan bodoh sangat. Dah tau diri bodoh, payah nak dapat keje, kalau orang dah bagi keje tu, concentrate la.
Ini tak, main-main. Masuk kol 10am, rehat 2 jam, kol 4.30pm dah balik. Ko ingat ko sorang je boleh buat keje?
Ade ke dia boleh bagi alasan nak kena bayar gaji orang bawah dia. Nak mampos? Habis kalau satu hari ko bawak sampai seploh orang, setiap orang ko janji RM50 sehari, pastu lepas keje sehari esok semua lari, aku kena bayar untuk keje tak siap tu RM500?? Pukimak. Saper ajar ko? Aku berjanji ngan ko sorang. Ko nak bawak sekampung datang keje sukati ko la. Kalau ko berjanji ngan anak buah ko sehari RM100, seploh hari keje, aku kena bayar ko RM1000? Keje tak siap lak tu?
Buto.
Kalau dah bodoh tu memang bodoh la. Sampai polis tu dah terangkan 5-6 kali pun tak paham gak. Si bapak pulak sibuk nak masuk campur. Pakcik kalau tak tau hujung pangkal, jangan nak nasik tambah. Aku pelupuh tengkorak ko kang satu sen tak guna. Jangan kasik aku kuang ajar. Belum hayat aku tengking orang tua, kalau nak sangat aku kasik. Free lagi.
Sejam polis tu kasik penerangan kat si bangang tu, last-last hubby aku kata takpelah, dia malas nak bising2, dia bagila lagi RM200. Kira halal la. Hangin je aku. Baik bagi kat aku, leh aku rembat kasut lagi.
Yang aku kelakar tu si bapak ni la. Memula siap tunjuk macam bagus, kenal polis bagai. Bila polis datang siap meluru bersalam lagi, sengih-sengih. Polis tu blur je. Pehal lak pakcik ni mesra semacam. Biasa la..tektik orang merempat memang macam ni. Konon nak tunjuk kat aku la yang dia dah lama dok Mesia, boleh kaw tim ngan polis sini. Alahai pakcik, saya ni lagi lamaaaaaa dok mesia. 29 tahun lagi. Sikit tak menggelupur.
In between we all tengah berbalah-balah tu pakcik ni sibok nak cakap jugak kat anak dia. Cakap jawa lak tu. Konon taknak bagi idea-idea bernas dia difahami la. Sampai satu level polis tu pun hangin agaknya, dia boleh kata kat budak bodoh ni 'Ko pi cakap kat bapak ko ni tolong diam. Ko ingat aku tak penah pukul orang?'.
Ye la, tadi kata handal sangat. Polis kenal sangat ngan ko kan. Apesal ko taknak cakap depan polis? Cakap jawa pehal? Seb baik bapak aku takde. Ko ingat ko sorang je tau cakap jawa? Bapak aku pun terer la.
Memula si bodoh ni siap kata dia boleh pecahkan balik semua yang dia buat ni and pulangkan RM750 tu. Pantat puki babi! Ko nak pulangkan RM750, habis semua material aku beli, saper nak ganti? Ko nak bayar? Ada hati nak pulangkan RM750. Duit RM200 pun mintak kat aku, lagi nak belagak RM750 tu dia akan pulangkan. Aku pancung kote ko nak?
Masa hubby aku hulur RM200 tu, si bapak ni buat taik lagi. Siap cakap kat anak dia, jangan ambik, kita teruskan keje, nanti dapat duit lebih lagi. Aku nak tekentut-kentut tahan gelak. Hoih! Sape yang nak gajikan ko lagi ni? Suka-suka ko je nak suruh anak ko datang buat keje. Ni saper bos? Aku ke kau? Aku suruh pi balik mengaji taknak. Nak gak sibuk masuk campur. Pastu lari track. Ni yang aku malas kalau deal ngan warga emas ni. Aku hempok kang derhaka la pulak.
Tau pulak nak duit banyak. Dah tau kira duit ke hari ni? Pegi la keje kat hardware RM30 sehari tu. Before blah tu siap boleh bagi ala-ala peringatan kat kitorang 'bang, takde orang boleh buat keje ni'. Konfidennya ko. Kira ko pakar la ni? Kira rumah aku terbengkalai la kalau aku tak ambik ko keje? Taik la.
Lawak la spesis macam ni. Dah tau awak tu berdagang tempat orang, pandai-pandai la bawak diri. Dah kira bagus aku percaya kan ko orang luar untuk buat projek rumah aku. Aku nak bagi ko duit, ko belagak kan. Tu mesti dah takde duit la tu pi buat muka belacan mengadap aku nak sambung keje. Sorry la beb. Esok ada group baru nak start keje. Kali ni aku upah real kontraktor terus, biar bos dia monitor keje anak-anak buah dia.
Dah dah, banyak dosa aku mencarut hari ni. Semayang jap.
Ni citer Jumaat lepas.
Bukan senang nak tengok aku bangun kul 6am. Jaghang-jaghang bak kata Nujum Pak Belalang. Paling hebat pun 6.30am. Paling cilaka ialah bila aku akan semayang subuh kol 2pm. Pedih gila mata aku bangun pagi Jumaat lepas, kol 5.30 dah celik. Bila pikir-pikir balik camane zaman kat kem tahanan kanak-kanak dulu aku leh sanggup bangun kul 4.30am semata-mata nak cop shower. Time tu main sangkut je towel kat curtain shower, pastu tido balik. Sape nak mandi kena letak towel belakang towel aku. Kira queue la ni. Senior la yang invented cara keji ni. Aku as follower ikut je la. Kang tak ikut kena pijak paler beb.
Dah la bangun awal, mandi pun awal, 5.30am dulu aku dah mandi. Dengan takde heater. Pastu shower dia tak serupa shower. Seketul -seketul air kuar dari batang paip. Macam nak bocor kepala aku. Tu yang jadik benak tu. Eh! Pesal aku lari track ni?
Ok, so kol 7.30am aku dah terpacak depan opis sebab aku nak gi KLCC, ada Aqua seminar. Gi ngan staff lab, Fish Low. Elok la memang sesuai benar ko masuk line aquaculture ni, nama pun FISH. Dengan riaknya aku punch card. Hambik ko EZ, 7.30 aku dah sampai. Biar dia tau aku pun bleh datang awal la. Sekali, punch card takde ink nak print. Bodo. Bangunan besar boleh beli, tapi staff still pakai punch card! Dah la pakai punch, takde ink lak tu. Tepaksa tulis tangan. Petanda nak bankrupt la kot.
Aku dah kata, mana-mana aku pegi, mesti akan sesat dulu. Tak sesat pun, mesti ada je benda yang aku buat nak kasik tak perfect. And today, aku buat hal lagi. Aku boleh masuk salah simpang kat dalam cark park tu. Dah seploh kali masuk pun boleh bangang lagi. Puas la orang tu membebel kat aku - lepas ambik tiket, turun bawah and ambik kiri. Pun tak paham-paham gak. Aku boleh selamba gi straight, ambik kanan, masuk ruangan NO ENTRY. Padahal kat kepala aku terngiang-ngiang pesanan tu. Tapi atas sebab semangat explorace yang menebal di jiwa, maka aku telah pun membuat route sendiri. Hasilnya, aku menyongsang arah dan sikit lagi nak menyondol Nissan Sentra. Memang hangin mamat lam keta tu. Seb baik masa masuk basement aku lom sompek nak tanggalkan sunnies aku, so boleh gak la cover malu. Cis, pagi-pagi lagi dah bodoh.
Moral : Dah tau masuk tempat gelap, sila tanggalkan spek hitam anda. Kalau tak, mungkin mata anda akan 'hitam' sebelah.
Apa aku buat kat Aqua seminar ni pun aku tak tau. Gila punya blur. Sepatah haram omputih ni cakap aku tak paham. Ntah hapa-hapa punya jargons, Broodstock la, fries la. Aku tengok Fish dok angguk-angguk kepala. Paham la tu kot. Aku nak angguk apa pun tak tau. Hangguk betul la. Ni semua sebab gantikan bos la. Aku ingat kot dia nak bagi explanation on molecular parts ke, balik2 gambar commercial fish, fish breeding bla bla bla. Tapi kira orait la, dapat la gak aku kenal ikan. Kalau tak balik-balik dok tengok muka cencaru, tenggiri, kerisi, fish cake, fish ball.
Best part gi seminar ni, makanan adelah superb. Brunch je dah heavy. Cam tak pecaya aku makan chicken pie sampai empat. Pastu kek gulung tiga. Ingat nak ambik dim sum, macam tak reti lak nak makan. Itu pun perut aku dah belipat dua. Nak mampos makan lagi? Dan aku terus dengan misi untuk melipatkan tigakan perut aku dengan pi Burger King pulak. Dah mentekedarah baikkkkkk, pastu balik umah timbang. Oh! 47kg lagi.
Takpe. Buleh makan lagi. Senin depan aku pose.
2006-11-18
Hari cibai sedunia
Dah la tengah2 malam buta semalam aku betekak ngan someone.
Itu takpe lagi la.
Alih-alih pagi ni, budak yg renovate rumah aku tu tak datang. Sampai kul 10am tak nampak batang hidung lagi. Pastu dapat tau dia gi keje tempat lain. Bodoh punya orang. Aku bagi gaji RM90 sehari siapkan rumah aku, dia boleh pi keje kat hardware gaji RM30 sehari. Ape tak reti kira duit ke budak ni?
Hubby aku cool je. Tapi aku tau dia membara-bara kat dalam tu. Kalau tersilap sikit mau discrewdriverkan perot aku. So tengahari tadi, dia dah siap kemas-kemaskan alatan budak tu, kasik semak porch aku je. Dah la we all takleh park kat porch sebab porch cam tongkang Indon. Bengang je aku.
Aku dah budjet konfem plan nak gi shopping today kensel ni. Tak berani nak sound kat hubby jadik ke gi shopping today. Tetiba dia kata 'Di, siap la, kata nak gi beli barang'. HAHHHAHA..gumbira!! Sangat gumbira!!
So today, aku telah merembat sepasang kasut baru dan juga sunnies idaman!!!!!! Ngehngehngeh. Ingatkan nak sambar satu sandal kaler pink. Hubby aku pun dah bagi green light. Tetiba rasa cam malas pulak nak beli banyak2, kang lupa daratan pulak. Takpe, setakat sandal, aku boleh pakai selipar Tat Seng. No hal.
Bila hati sudah gumbira, makan pun adelah banyak dari kadar biasa. Dah la kat JJ td aku makan sepinggan terak nasik goreng seafood, balik umah tak sampai one hour, gi open house jiran depan. Makan soto ayam lak. Punya banyak aku ambik nasik impit, ada la dalam 7 ketul. Sungguh kurang sopan. Sebab dah makan banyak, aku pun buat la peramah ngan semua orang, nampak la sikit cam aku sedara mara tuan rumah. So, makan banyak pun orang tak kata. Nampak sikit macam aku tolong masak sama.
Ingat nak makan puding kastard ngan roti jala. Sate pun ada. Kang kalau aku bedal semua menu, nampak sangat lak buruk lantaknya. So kensel!
Tetiba hubby kata, jom balik. Budak yang keje rumah aku tu datang nak ambik barang and nak ambik balance duit dia. Seb baik la dia call...kalau tak, harus sambung duduk.
Hangin je aku bila nampak kelibat budak tu lepak depan umah aku.
Aku : Apa masalah awak ni? Apesal tak datang keje?
Budak : Macam ni kak, abang yang telipon kata tak payah datang keje dah.
Hubby : Ye la, dah pukul 10 ko tak datang, nak keje apa? Tak payah. (gila bengis laki aku ni)
Budak : Macam ni bang, saya dah keje tempat lain, jadi saya mintak abang saya gantikan. Dia datang kan semalam?
Hubby : Meh sini aku nak tunjuk keje abang ko. Ni apa ni..(sambil tunjuk kat gate)..apa ni semua tak rata. Ni nak kena pecah balik tau.
Budak : Kalau tak cantik takpe bang. Kita boleh pecah balik. (suka-suka ko je kan? aku pecahkan telor ko boleh?)
Hubby : Ooo..boleh pecah. Habis ko ingat pecah ni tak pakai duit ke? Semua barang aku kena beli balik. Siapa nak bayar? Ko nak bayar?
Budak : Ok bang. Sekarang ni saya nak tanya, abang nak suruh saya sambung ke, abang nak gaji orang lain?
Hubby : Dah. Tak payah. Aku dah panggil orang lain.
Budak : Kalau camtu, saya nak duit balance la.
Aku : Duit apa? Sekarang ni saya gajikan awak untuk siapkan rumah saya. Awak kata sepuluh hari boleh siap. Tak sampai seminggu keje, dah mintak RM500, ok takpe, saya kasik, pastu selang 3 hari mintak lagi RM100. Keje tak siap-siap. Lepas tu nak balance. Takde, saya taknak bayar.
Budak : Tak boleh kak. Budak bawah saya tu, saya gajikan dia RM50 sehari, jadi sekarang saya nak kena bayar gaji dia. Saya kesian kan dia kak. Dia susah. Saya nak bayar gaji abang saya lagi.
Hubby : Apa abang ko buat? Dia datang 2 kali je. Itu pun masuk kol 10, pastu kol 12 gi makan, kol 3 masuk balik, kol 4 kalau hujan dah balik. Itu ko nak kira gaji hari? Fuck! (Series...aku rasa lom penah dengar laki aku cakap word ni. Gila bengang ni)
Aku : Kalau awak kesiankan dia, nak bela sangat nasib dia, awak tak tinggal keje camni. Berapa awak nak gaji dia RM50 ke, RM70 ke, itu perjanjian awak dgn dia, saya berjanji dengan awak, keje siap, duit saya bayar. Ini keje tak siap, duit dah ambik. Lepas tu tinggal. Sekarang ni dah berapa hari dah keje ni drag? Keje bertangguh. Masuk lambat. Dah tau skang petang2 hujan, masuk la awal, kalau awak nak balik kol 4 pun saya tak marah.
Budak : (part ni aku rasa cam nak ambik bata hempok kat tulang rusuk dia) Laaa...kakak kan dah bagi keje tu kat saya, sukati saya la nak masuk pukul berapa, janji saya keje. (kepala buto ko!)
Hubby : Oo...sukati ko nak masuk kol berapa? Ok, sukati aku la nak bayar gaji ko ke tak. Aku boss. (meninggi diri sungguh nampak?). Ko nak repot polis? Ha, jom.
Hangin tak hubby aku? Jarang dia nak hangin macam ni. Ada gak la 2-3 jiran siap bukak pintu nak tengok apa jadik. Suara hubby aku macam pakai heller kuatnya.
Mak metua aku pun siap tanya aku pesal. Nak tanya anak dia, takut. Seb baik hubby aku dah sediakan plan B just in case contractor buat taik. Takpe. Masalah masih boleh dikawal dan diselesaikan. Tak sabor nak tabor 20 bijik ikan koi lam kolam ni. Silap-silap lepas 2-3 hari, ikan aku kat luar, anak aku lak dalam kolam tu. Bukan leh caya.
2006-11-17
Nothing
I was flipping thru my photo albums when I stumbled on this pic of him.
People say that first love's will always be with you. Hmm?
Yes, true that first love is hard to get over. There will always be something that triggers or makes you remember that person. It may be a good time that you remember and it could be something that your current boyfriend does that reminds you of your first love. In my case, at first it was normal to think about my first love, now it's weird if I think about him for even a second because he reminds me of something. Yes, I remember the hell!!
And my dear, stop worrying about stupid politics. It doesn't matter either way. Whoever got voted in would end up misleading the public in one way or another. There is no such thing as TRUST in politics, ok? So just go to bed, don't forget to set your alarm on coz I'm no longer your walking alarm.
2006-11-15
Bodoh ke orang cam aku ni?
Hari-hari ku semakin bz tahap gila babi.
Babi pun tak bz macam ni.
Pagi lagi aku dah kat PJ bagi explanation kat customer pasal satu bendalah ni. Punya la bebunga hati aku sebab 90% deal dalam tangan. Haa..terer tak aku menggoda customer? Keh keh keh.
Bebuih mulut aku bagi explanantion berdasarkan fakta dan 20% temberang. Aku tipu pun part yang logik la kan. Kira takleh place police report punya la kalau kantoi pun.
Tapi sat sat je tadi, customer aku sms, dia punya supervisor buat taik lak. Supervisor dia ni mmg dari first met lagi mmg cold semacam je. Cipan gondol.
Mentang-mentang la kat namecard aku tak tulis education background, grad ke tak, ke tahap SRP je. So peleceh aku la ni.
Ni lagi satu bodoh. Dah tau biotech tu very technical, ko ingat sesuka anak tekak bos aku je nak ambik sebarang orang keje ngan dia walaupun tukang jual barang? Kira low kelassss la tu jadik sales ni. Piraaaahhh...setakat keje lab tu, aku pun budak lab gak dulu. Disebabkan aku dah naik menyampah dengan bau bakteria makanya aku taknak jadik budak lab. Tak heran la kompeni kecik cam ko ni. Law Heng Deng tu dulu penah jadik bos aku, siap boleh angkat-angkat kening lagi kat lift.
Baru keje private lab cikeding cam tu dah belagak, agaknya kalau dapat keje ngan MOSTE tu sure lagi belagak gila. Sebab tu la hayat ko kat lab sekangkang kera tu je. Dah cukup bagus aku tak tulis education background aku kat namecard tu, kalau tak, ko yang malu sendiri. Jangaaaaaaannn...aku tulis kang.
Apesal ha? Dari 4 tahun lepas aku join as sales ni aku dok perasan, semua customer yang aku approach mesti mula2 belagak macam sial palis ngan ngan budak-budak sales. Apa ko ingat ko bagus sangat?
There's one case where aku ngan bos aku gi sales trip ke Sarawak + Sabah. So we visited one government agency somewhere in Kuching area. Dia punya director ok je. Yang telebih bangsat ni the kuli-kuli bertaraf officer. Siap suruh we all buat presentation. Macam la presentation tu satu masalah dunia kat kitorang. Ingat aku gabra la tu kena cakap on the spot without preparation. Kalau aku menggelupur, takde la aku berani join sales...buduh. So lepas presentation sikit lebih kurang, duduk la borak2. Then, ada satu officer pompuan jaki semacam ngan aku, siap suruh aku explain technic DNA fingerprinting la, tissue culture, cloning bla bla bla hakk tuihhhh. Aku pun explain je la kan, dah mmg itu aku blajo dulu.
Oooo...tak puas hati lagi ni.
Officer lagi satu pulak tanya bos aku sambil buat senyum berlagak 'Ok la, i nak tanya, u dulu grad apa?'
Amboooooooooooooii..sajaknya menyoal. Mentang2 la bos aku tu pakai agak selamba dan sungguh tak mencerminkan gaya seorang COO time tu.
'Graduate in Biotech la, from Manchester'.
Hambikkkkkkkkkkkkkk!!! Sape suruh tanya? Ko pulak grad mana? Seb baik aku tak tanya. Ringan dah mulut aku tu.
'Ooo..ye ke. Jauh u belajar ye.' Nak cover malu la tu. Cam aku tak tau ko tengah malu besar kan.
'Memangla saya dihantar belajar jauh-jauh..sebab IQ saya sangat tinggi bertingkat-tingkat, tak tercapai akalmu'. Ni aku reka je.
'Tak boleh jadik..apa kata kita kenakan budak poyo ni pulak' kata seorang lagi officer di dalam hati. 'So, u pulak grad bidang apa?'. Tanya aku la tu.
'Sama la...in Biotech specializing in molecular'. Jawab saya dengan hidung kembang dan rasa meninggi diri yang menebal di dada. Kalau boleh time tu aku nak bagi kembang lagi hidung aku biar dia tau, aku bukan saje nak tunjuk eksyen tapi jugak nak tunjuk betapa aku hangin!
'Ooo...budak DNA rupanya. Terror la cloning2 ni ye? Kitorang part DNA ni tak berapa pandai sangat.'
I pun takde le terror sangat, setakat nak tarik kuar satu kromosom bagi you terencat forever boleh la. Brengset. Dah tau terrer tak seberapa lagi nak test-test orang. Manusia macam ni la yang buat aku nak maki bekoyan-koyan. Apehal la dorang ni? Ni semua stok-stok yang rasa diri hebat. Dun judge a book by its cover la. Ingat keje sales ni main sapu je asal ada penganggur kat luar, marilah kita menjadik sales. Ko ingat aku jual minyak gamat ke?
Takpe...citer lama. Aku tekeluar topik sebenarnya ni. Yang aku nak citer is sales report aku. Since COO aku on maternity leave, so sebagai second man incharge, aku la kena ambik alih segala workload COO aku. Tu yang mereng kejap. Mana nak buat keje
aku lagi. Nak ngumpat pun tepaksa postpone Sabtu ni. So, every week each COO kena memberi ceramah dan diceramahkan oleh CEO. Since schedule aku sungguh tight this week, CEO aku tak berpeluang nak menceramah aku depan-depan. So we olls beremail-email saje.
Kul 11pm tadi, dengan debaran di hati aku bukak email. Guess what??
----- Original Message -----
From: EL Law
To: Diana
Cc: KM (bos aku la ni)
Sent: Tuesday, November 14, 2006 9:07 PM
Subject: Re: sales report
Diana,
Very good report. My comment in red as following:
Komen dia : You need to keep your department on float with >RM100k sales every month if you can. I know not so easy, but both KM and you need to think beyond the box to bring in more business for kompeni.
Komen aku : Ko tau tak yang bawak masuk duit dalam dept ni dulu 2 orang. Skang tinggal sorang. Ko nak aku berumahtangga kat carpark depan opis ni ke?
Komen dia : Try your best to grap as much sales possible while we could. (nama kompeni biarlah rahsia) sales before year end very much depending on you this
year.
Komen aku : Ni semua bos aku punya pasal la beranak hujung tahun. Tak pasal aku kena target. Aku nak beranak gak la.
Komen dia : You need to assist KM and kompeni to handle sales then. The rest should be more mobile and they should be brought to service some easy market. At least to show face (mentang2 la muka aku dah expired, suruh aku bawak freshies jumpa customer) and get inquiry or send quotes. Then, you can handle those tougher area. (ko ingat aku tough sangat ke nak handle tougher area? aku dah nak carik keje lain la)
Komen aku : Aku assist COO??? Iskk..ni yang buat aku gila kuasa karang.
Komen dia : I want to see how you do it..:)
Komen aku : Kalau aku boleh buat, aku nak parking space ko boleh?
Actually banyak lagi komen dia sebab aku pun listkan banyak sangat point kat dia. Malas la nak list pjg2 kang tepecah rahsia kompeni lak. Mana tau kot2 ada competitor baca entry ni. Nak lagi yg keje kat CWorks tu. Kabel gila besaaaaaaaaaaaaaarrr.
2006-11-14
I need a work-life balance. HELP!!
RED ALERT!
Things are spinning out of control.
I really need to change certain behaviors and learn new skills. What skill la?
Kaedah work smart?
Hell! I'm the only runner in the company now. Sejauh mana aku nak perform that work-smart skill?
Babi.
Yes, I am happy with my work.
I got up in the morning and glad to be heading out to another day of work.
I feel no burden at all.
I ended up my day invigorated from my day's accomplishments.
But that was before ok???
Sejak boss aku confinement leave ni, aku kena carry gila heavy workloads. Dari kul 9pm tadi aku dok mengadap laptop habiskan keje yang makin aku buat makin banyak pulak datang.
Ni kepala hotak aku cam nak pecah pikir mana nak buat report and mengadap big boss every week, report last week tak submit lagi ni, mana nak kejar appointments, mana nak pikir how to close deal, tu belum lagi kena maki ngan customer pasal product and delivery (ni si EZ punya anak buah yang selalu kasik aku sawan pagi-pagi), nak kena check anak buah buat keje ke tak, mana nak mentekedarah lagi. Belum lagi nak kena cope with difficult people at work. I tell you some people are harmful to your health. Kat opis ni boleh tahan la yang dah buat blood pressure aku naik turun.
Masuk hujung bulan, kalau cam ni gak conditionnnya, mau tetangkup aku kat tengah-tengah jalan. Gi opis pun dah tak semenggah. Gila. Aku benti keje kang.
I feel like I am doing the best I can at work. Yet, it is not enough. There are times my brain feels like "mush" and I have trouble concentrating. I sometimes have difficulty comprehending what people are saying. I guess I am so tired, very tired all the time. There are times when I feel that I don't have the energy to even care. Right now, I am having a really hard time handling my job and the stress. Ade sesaper supply pil kuda? Bak sepapan.
Mengapakah aku jadi begini??
Suatu waktu yang lampau, stress does'nt bother me, no axienty beb.
Ussually mon and tue are the better days at times, come wed I'm a bit down hill. But this time, down the hill SOKMO!
I often think about a job change but I dont think it will help me.
I am so stressed that I am about to break down.
HELPPPPPPPPPPPPP!!
2006-11-12
2006-11-08
V.A.I.N
Apekah tindakan yang harus diambil bila someone dengan sungguh tak sedar diri berkata :
a. Dia tu nampak je mcm pandai tapi sebenarnya bodoh. Dia tu tak boleh masuk dalam geng2 i sebab dia bukan BEAUTY with brain.
Tergamak kah korang mengaku korang beauty with brain? Ye, mungkin si anu tak bleh masuk geng kau sebab brain dia kat kepala, brain ko kat lutut.
b. Kalau i pegi mana-mana exhibition, i tak tau kenapa, mesti semua orang toleh2 kat i.
Ddorang toleh sebab terkesima apesal la muka ko cam tepung gomak. Perasan sgt kulit tu putih, pi pakai foundation kaler clear, terus jadik kelabu kulit.
c. Customer tu kalau jumpa i mesti borak2 pasal fashion, facial..ye la we all kan sama2 CUN.
Geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
d. Sebagai seorang yang berpengalaman dan BERJAYA, i nak bagitau u yang bla bla bla.
Mintak nyawa...mintak nyawaaaaaaaaaaaaa!!
e. I rasa i nampak lagi cun kalau pakai sunglass yang ni.
Sambil menyarungkan sunnies besar gedabak macam goggle pilot helikopter..series buruk oi
f. Kulit putih ni ada macam-macam jenis, ada yang putih kuning, putih merah. Macam kulit i ni putih kemerah-merahan.
Aku yang hitam ni pun lagi putih dari kau ok?
Dah la, aku malas nak tambah lagi point tu. Boleh kena kancing gigi dok opis ni lama-lama. Untuk wanita vain ni...toloooooooooooooong la jangan bagi aku bertiga sawan ok??? Sedar-sedar la diri tu. Kalau payah sangat nak sedar meh sini aku hempok kepala kau.
2006-11-04
STALK ME SOME MORE
You are so obsessed with me!!
You stalk me by reading my webpage. By sms. By phone calls. Soon what???
Wait for me at the gate?
If you have my webpage link, and know that I'm a YM member, obviously you have my email address then. Why not just comment to my blog or email me then??? Telor kecik is it?
I don't know you. But I think I know your frens. Your frens..and oso your bitch. I mean the bitch. Aha?? If you and your frens have problems with me maybe you guys should have come to me then, but maybe you're just chicken shit.
Berani kat blogland...sms..missed call.
Let me spell it out for you, we will never be frens!! Ko pun bukan nak bekawan dengan aku sebenarnya. Ko ada agenda kan? Like I'm so stupid like u la kan.
Don't you DARE ever make fun of me or what I'm doing or what I look like. I just wanna settle this crap with you.
I wish I had the time to be as obsessed and concerned over things like this like you are. I'm sorry that I work 5 days a week and go for shopping on weekends. My time is spent focusing on the present and what I am doing rather than stupids things.
You should really find something to do with all that spare time, maybe get a hobby or a life.
You stalk me by reading my webpage. By sms. By phone calls. Soon what???
Wait for me at the gate?
If you have my webpage link, and know that I'm a YM member, obviously you have my email address then. Why not just comment to my blog or email me then??? Telor kecik is it?
I don't know you. But I think I know your frens. Your frens..and oso your bitch. I mean the bitch. Aha?? If you and your frens have problems with me maybe you guys should have come to me then, but maybe you're just chicken shit.
Berani kat blogland...sms..missed call.
Let me spell it out for you, we will never be frens!! Ko pun bukan nak bekawan dengan aku sebenarnya. Ko ada agenda kan? Like I'm so stupid like u la kan.
Don't you DARE ever make fun of me or what I'm doing or what I look like. I just wanna settle this crap with you.
I wish I had the time to be as obsessed and concerned over things like this like you are. I'm sorry that I work 5 days a week and go for shopping on weekends. My time is spent focusing on the present and what I am doing rather than stupids things.
You should really find something to do with all that spare time, maybe get a hobby or a life.
2006-11-03
A dedication to my stalker
Dear Secret Stalker,
If you are reading this, congratulations, you are continuing to do a great job. I am flattered. You are just the shy silent type that resorts to high school methods such as passing notes through friends. I would like to get to know you better too and see if you grow on me (hoh!), but you prefer to play around huh? You really want to play kan? So, let's play. Please continue to stalk. It's comforting to know that someone is watching over me. Keep up the good work. And to show my greatest appreciation, the below steps might help you to be a real good stalker someday.
STEP 1:
Instead of 'lurking' around menggunakan henphone and nombor prepaid (aku letak no ko kat sini karang) dengan menggunakan kata-kata yang sungguh la ado like 'i betul-betul nak kenal you lebih dekat' (grrrrrrr), it will be nice and more intelligent-look if you use delivery services of a florist or gift shop to present me with messages. Aku suka white lily and ferrero roche ok??? Kalau nak bagi cokelat tu bagi lebih2 sikit, anak aku ramai.
STEP 2:
Kalau nak anonymous sgt, send anonymous messages through a secret admirer e-mail service la beb, such as SecretAdmirer.com or Lovingyou.com. Baru la meriah dan menggunakan otak sket. Ape ni pakai sms semua. Apesal ko tak call je? Suara ko sengau kan?
STEP 3:
Kot ye nak hantar msg pun, please make sure your messages are sweet, funny or light-hearted and create interest la. Ko punya sms memanggil-manggil aku untuk ke balai police buat repot je bang.
p/s : Len kali, kalau laki aku call tu angkat la. Dia pun nak berkenalan ngan ko gak. Baru mesraaaaaaaaaaaaaa.
Subscribe to:
Posts (Atom)