2008-11-29

Siapa boleh study pagi-pagi buta?

Dah dua malam En Wan ajak aku tido awal.
Pukul 2am aku dah takleh tido. Tapi paksa gak lelap mata, esok pagi aku bangun dengan rasa nak muntahnya sebab terlebih tido.

Semalam sama. Pukul 3 pagi terjaga tapi paksa mata lelap. Kol 4.10am terjaga lagi. Oh patutla asik terjaga, lom isyak rupanya.
Lepas solat terasa nak melepak depan laptop sambung buat keje but mana aku penah buat keje bangun tido mengadap laptop, let alone bangun tido mengadap buku???

Malam sangat sekejap ok, siang lama.
Baca buku siang hari tak boleh ke?

Memang tak boleh pun sebab siang hari pun aku belasah tido tak pun mengangkang depan tv.

Masa zaman skolah jangan harap la aku nak bangun malam-malam buta semata-mata nak study. Sebab tu ko jangan berharap nak nampak slip peksa aku straight As. Tak best la semua A, macam nerd okkk. Dulu-dulu saper yang pandai konfem jenis yang tak cun/hensem, mana yang tak pandai tu mesti yang cun-cun/hensem. Tol tak? Hahahah, mati aku kena tembak pasni.

Tu mula memasing mengaku zaman skolah dulu saya adelah tak cun. Kan?

Tapi kira ok jadi nerd takde partner pun at least ko masih jadi perhatian 'Gila sial budak ni 22A1', dari jadik loser cam aku. Dah la muka tu sedia maklum toksah kata nak ada pakwe, laki paling hodoh lam skolah pun sanggup lalu jalan lain semata-mata taknak selisih ngan aku. Bla lah ko. Dapat kena gossip ngan aku pun cukup baik ok. At least kalau orang tanya 'Ko ada experience puppy love?' takde la cam, 'Puppy Love tu apa eh?'. LOSER!!!! (tu sebenarnya statement untuk diri sendiri sebab aku pun takde pakwe time skolah sebab aku itam dan jongang). Skang pun itam jugak tapi skang orang tak sebut itam, orang sebut bronze (wahhhh) tapi jongang lagi, sikit.
Ada aku kesah???

Blaja pun kalau dapat nombor the first 20 pun dah alhamdulillah. Ayat biasa Mak Aji 'Baru nombor 24, kelas ko sampai 50 kan?'. Sangat sarcastik.

Aku adelah manusia yang paling tak suka blaja tengah-tengah malam.
Belajar dari malam bawak ke pagi is ok, nama aku dah tido nak bangun balik jangan harap. Walaupun ramai yang guna kekdah tu konon pagi-pagi adelah hening boleh ingat semua yang di baca, not for me lah. Lagi sunyi lagi sampai terbabas-babas imagination aku. Aku mana bleh sunyi-sunyi ni. Kang siap la segala citer hantu semua aku boleh teringat balik. Mula la pastu aku mandi tak tutup pintu. Buatnya anak aku tetiba terjah bilik air, ha kau, nampak bulattttttt je lam tu.

Aku jarang study sebab tu aku jarang pandai.
Kalau subject tu aku score maknanya lecturer tu hensem.
Ada satu lecturer Genetics gila babas kehenseman yang tak pernah aku bayangkan. Muka macam mix Fahrin + saper tu yang berlakon si Tanggang, bukan Jins Shamsudin la bodo + body and ketinggian cam Memed (menantu Effendi Norwawi laki Si Tiara). Memang la macam tak hensem like 'La, aku ingatkan hensem cam Johny Depp'. Sori ye, Johny Depp tu tak hensem kat mata aku.

Tapi masa tu kaki dia tempang injured main bola, bagi lecture pun pakai tongkat. Tempang pun tempang la bang, i tak pandang tu semua, yang penting hati. Wah, tetiba je..

Kalau selama ni aku dok blakang, if row paling hujung is luar dari dewan, tempat tu la aku duduk. Tapi every time lecture Genetics, aku dok depan, tapi tak la row pertama, takde saper gila nak mendongak dok depan sekali.
Aku dok row kedua tapi tak bawak kertas selai pun. Sebab aku bukan nak dengar dia bagi lecture, nak tengok muka dia je. Ye, aku gatal. Tapi masa tu dia lom kawen, aku pun belum, so ada masalah nak merenyam?? Masa ni aku feeling-feeling jadi student lam Adik Manja nak ngorat Dharma.

Pastu lepas lecture aku pun budget apa soklan nak tanya dia biar aku leh carik alasan nak jumpa dia kat bilik pulak. Biasa la, darah masih panas. Gatal lebih dari biasa tu dah pasti.

Tapi ada satu lecturer yang agak hensem muka cam Ako Mustapha (bajet muka cam artis je siapa nak jadik lecturer aku), tapi aku tak suka. Cakap omputih memang first class, set-set yang kalau sebut LIAR jadik LAIYERRRRRRRRRRRRRRRRRR. Apa? Layur? Exagerate, blah la kau.

Kan dah terbabas lagi. Padahal cerita pasal bangun malam je tadi.

Aku paling pantang orang tentukan masa untuk aku study sekian-sekian jam, masa untuk tido sekian-sekian jam pulak. Sebab tu aku tak suka dok asrama dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk fly malam. Walaupun kat tepi pagar asrama aku dulu ada lubang besar tapi takde saper berani fly ikut situ sebab tepi tu ada kubur. And ntah sesaper buat cerita turun-temurun nanti terserempak ngan Green Lady la, apa la, kat situ.

Masa kat SMBBB pun aku dah selalu fly-fly ni, tapi sebab tu skolah biasa so aku fly siang hari. Agak-agak aku takde mood nak masuk lab Fizik, aku balik rumah. Sebab aku adelah pemawas skolah so takde saper perasan aku balik rumah. Semua ingat aku kejar budak ponteng skolah. Padahal aku yang ponteng. Aku rasa cikgu Fizik tau aku tak suka dia. Bukan tak suka cikgu, saya ni bangang sket part nombor-nombor. Apa benda ni momentum, tenaga kinetik, tenaga mekanikal, series aku memang tak bertenaga kalau masuk kelas Fizik.

Masa nak SPM lagi la aku tak study kan, trial exam aku SAP dowhhh. Mak bapak aku dah tak larat nak nasihat dah. Janji aku lulus je. Lagi 2 bulan nak SPM baru la kesedaran tu timbul, terpisat-pisat nak pahamkan Janjang Arithmetic padahal itu Bab 1. Masa result keluar lagi horror sebab orang lain dapat result esok, aku dapat malam ni. Kengkawan bapak aku kat Kementerian cukup rajin volunteer tengokkan result aku. Kalau aku jenis yang bergeliga takpe okkk. Zaman bergeliga aku takat skolah rendah je. Mak aku sampai bernazar rupanya kalau aku dapat 1st Gred. Cam mustahil sangat gamaknya siap nak bernazar segala sebab trial aku SAP. Tapi jangan tanya la 1st Gred aku tu agregat berapa (ni mesti ada yang kata "mesti bodoh gila kan, sebab tu dia tak kasik tanya") Hahaha. Takde la pandai cam En Wan. Tapi sepandai-pandai dia ada gak bodohnya sebab boleh bercinta ngan orang bangang cam aku.

Aku cuma start beringat-ingat nak blaja masa kat U je. Sebab course aku takde matematik, takde fizik. Hanya ada bio and kimia. Which is my favourite subjects. Tapi tak score mana pun. Tak kisah la janji takde matematik. Memang bodoh gila kalau masuk bab kira-kira ni. Camne aku leh jump lam bisnes pun tak paham. Oh, agaknya aku dah pandai kot skarang.
Terbahak terbahak terbahak.

See, terbabas lagi.
Aku rasa dah betul dah tadi cerita bangun malam.
Nampak sangat bangun malam ke, bangun siang ke kalau dah jenis tak fokus tu memang sampai sudah terbabas.

2008-11-28

Edited entry, sebab malas nak buat entry baru

Kalau korang refresh-refresh blog aku tapi komen korang untuk entry semalam tak kuar-kuar jangan bersedih hati. Bukan aku lancarkan perang. Tapi masalah teknikal pada otak aku pagi ni.

Aku dah checked semua sekali tetiba tertekan REJECT.

Anggap je la aku buat lawak.



Eila@along menge-tag aku.
Thank you dik..(ahh, benci gila dengan salutation ni, terasa diri sangat tua. Tua ke aku NAHAR????????)

F.R.I.E.N.D.S.
And lovely are the blossoms
That are tended with great care,
By those who work unselfishly
To make the place more fair
And, like the garden blossoms,
Friendship's flower grows more sweet
When watched and tended carefully
By those we know and meet
And, if the seed of friendship
Is planted deep and true
And watched with understanding,
Friendship's flower will bloom for you


Rule :
Spread this tag to at least 7 friends

Ok guys, you've been tagged!

1. Rajinikanth - buat ye bang...
2. Datuk Shah Rukh Khan
3. Obama
4. Angelina Jolie - ko memang babi la ambik boifren aku.
5. Sofea Jane
6. ...
7. ...

Yang lagi dua dot dot dot tu aku tak nak letak. Sape rasa nak, sila buat.

p/s : To ODAH, thank you for the wedding invitation card, sorry dik, tak dapat nak datang, roommate akak dah book akak sepanjang hari esok. I'll give you my number, kita jumpa kalau free. SELAMAT PENGANTIN BARU.

2008-11-27

Aktiviti mengorek hari ni dibatalkan sebab aku malassss

Patutnya aku ada appointment ngan gynae for pap smear test, tapi sebab laki aku tak ikut so cam tak best nak gi sensorang. Aku bosan kalau pi buat check-up benda-benda yang melibatkan suami isteri, soalan wajib, 'Dah kawen?'. Walaupun aku tau itu prosedur biasa and dokter lebih tau apa yang dia tanya, tapi letihhhhhhh. Letih dengan perception orang.

Masa pepek aku buat hal dulu aku gi kiosk jamu tanya ada ubat untuk keputihan tak. First soalan akak tu 'Dah kawen ke ni?'

Kalau gaya menyoal tu tak sarcastic aku tak kisah.
Ni jenis yang siap ngan mulut ko terjongkit ke depan pandang aku dengan muka yang macam 'ni la dia budak-budak skang beromen je keje'.

Apa-apa je la kak.
Kalau saya tak sakit, akak takde bisnes hari ni okk. Kang saya terbalikkan gerai akak ni satu sen tak guna. Tak semestinya keputihan tu ada sangkut paut ngan sex. Pi google la.

Semalam aku gi Guardian, kedai kegemaranku.
Straight to the feminine hygiene area.
Ada la sepasang merpati tak berapa nak joli.
Yang laki muka cam mat paipon tangan tak lepas rangkul pinggang awek dia. Series muka cam 3 bulan tak dapat. Ni bukan takat rangkul yang biasa-biasa. Jenis yang dua-dua tangan peluk pinggang awek dia, sikit punya sauk sampai nak bejalan pun susah. Yang pompuan cam budak bawah umur, nak je aku mintak IC. Halo kici, boleh carik tempat yang class sket tak kot tak tahan sangat pun? Guardian ni ada CCTV okk. Kalau yang beromen tu Norman Hakim ngan Memey nak gak aku tunggu situ.

Pastu biasa la, ayat-ayat penggedikkan level one - saya budak baru belajar nak gedik.
Pegi angkut balak gi feminine hygiene area, kat tempat pad tu semua 'I pakai yang ni, lembut je'.

Yang si jantan 'Tak rimas ke you pakai benda ni? Camne pakai dia?..ehek ehek ehek..'

Bengkak telinga aku dengar.
Tapi takpela, kita bersangka baik.
Entah-entah jantan ni buta huruf tak tau baca instruction tu pasal dia tanya.
Bersangka baik okkk.

Masa ni dorang tak sedar aku ada kat belakang. Aku bergerak secara rawak tetapi senyap.

Pastu aku dengar 'I pakai ni tau. Best, wangiiiiiii. ..ehek ehek ehek..'
Tunjuk feminine wash.

'Eiiiiiii...bestnye ayang. Pakai hari-hari tau'

Aku tak tau nak muntah ke, nak gelak or harus ke aku jirus dua-dua ngan feminine wash tu?

To be fair to them, aku pun penah melalui zaman-zaman merenyam macam ni.
But plisssssssssss, carik la tompek yang senonoh sket kek Guardian pun jadikkkkk.
Yang aku heran tu, apekah dengan panty liner, pad, and Lactacyd boleh buat ko teransang????
Erghhhhhhhh!

But I force myself untuk bersangka baik 'Takpela, baru-baru kawen kot', walaupun sangat-sangat tak lojik orang baru kawen nak stim-stim kat Guardian.

Tapi tima kasih gak kat dorang sebab pastu aku jadik stim pulak tengok En Wan.
Muahahahahha.
Bodo.

Pernah dulu aku masuk Watson ngan sorang member laki.
Masa nak bayar tu ada macam promotion flyers untuk a few selected items dia display kat kaunter. Salah satunya panty liner.

So member aku ni tanya adik tu pasal panty liner. Sebenarnya aku tau ko nak ngorat budak tu.

'Ni pakai masa bila?'
Macam sial tanya soklan ni.

Budak tu cam malu-malu tapi maybe dia ingat aku adelah awek laki tu so dia jawab gak 'Ni pakai hari-hari pun takpe bang, pompuan kan kadang-kadang ada discharge kan kak (sambil pandang aku), so kalau pakai ni underwear tak kotor'.

Aku lak sepantas kilat sambung dengan muka paling takde efek 'Ha, see? Now you know kenapa I pakai panty liner kan?'

Tiga-tiga orang yang manned the kaunter terus mendongak pandang aku.
Aku like..pehal?

Only after a few seconds baru aku sedar jawapan aku tu sangat-sangat salah.

What??
Dah dia selalu teman aku gi beli barang, of course la hampir semua benda yang aku pakai dia tau. Tapi memang agak kurang sesuai jawapan aku like...apa-apa je la. People's perception, whateverrrrrrrr.

But believe me, aku leh pesan member aku beli pad lagi.

'Kotex dry, overnite wing, kan?

Pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiii kau.
I lav you la bebeh.

2008-11-26

Tengkorak korang la aku motivator

P.E da legend... :) said...

Ewahhh ewahhhh ko ni fleksibel betul la D. Kejap ko mcm mafia kejap ko mcm kaunselor ala2 ustazah siti norbaya.

Baruaaaaaaaaaaaaaaaa.

Itu bukan pakar motivasi or kaunselor okkk.
Itu bakat terpendam dulu kecik-kecik cita-cita nombor satu adelah menjadi cikgu pendidikan moral. Tapi sebab aku pun tak berapa nak moral, attendance pun tak penuh, klas pun manjang ponteng, tak pun malas nak dengar cikgu ni merepek ntah apa benda kat depan aku sapu minyak cap kapak kat kepala pastu buat-buat sakit kepala.

'Oh, migrain ke? Takpe, kamu rest kat blakang'.

Bergeliga tak aku?

Pastu masuk Maahad asik kena torture gi kuliah subuh, tetiba aku nak jadik penceramah bebas pulak. Tapi kalau aku berceramah asik nak ikut sedap anak tekak, nak nasihat aku nasihat, nak maki aku maki, nak mencarut pun boleh gak kengkadang so kensellll.

Anyways, tu cuma pandangan aku, kita share apa yang kita rasa boleh share.







Semalam lepas dinner kat Pizza Hut, kitorang gi Giant perabiskan duit. Biasa la kalau gaji dah masuk memasing mula la gatal poket, selagi duit tu dok lam wallet selagi tu tak senang duduk, jom kita abiskan.

Aku suka perati En Wan beli barang.
Sangat-sangat tak sangka dia berubah jadik macam ni.
Sampai mak dia tak percaya anak kesayangan dia yang nak bancuh air sirap sendiri pun tak reti now boleh pilih ikan kat pasar.

Kalau pi beli barang memang dia yang akan pegang troli or bakul and dia jugak yang akan pilih barang. Bukan aku.

Aku hanya tanya ni 'Boleh ambik ke tak?'
'Nak ni boleh bang?

Pastu dia tanya 'Yang kat rumah dah habis ke?'
'Tinggal lagi sikit tu sikit mana?'
'Penting ke tak nak beli ni?'.


Sakit hati okkk dengar soalan dia.
Selalunya aku akan hempas balik benda tu kat rack. Pastu menonong jalan ke depan sambil hentak-hentak kaki tanda protes. Pastu jap lagi aku jumpa benda yang aku suka, aku gostan balik ke belakang tanya dia.
Memang tak dapat la aku nak merajuk lama ngan laki aku ni. Sebab kad ATM ngan kad kredit aku dia pegang. Rugi okk carik pasal ngan orang yang ada kepentingan ni.

Bila aku tengok cara dia beli barang, sangat telitinya, siap ngan ingredients pun dia baca. Tu belum lagi kalau dia pilih ikan kat pasar. Siap selak-selak insang okk, picit-picit badan ikan, tengok sisik, sorry la aku sendiri tak penah buat, main tengok mata ikan je. Tu pun sebab aku nak makan mata dia so kena cari yang senonoh sket, kalau mata ikan tu aku tak makan mampos yang merah-merah tu pun aku belasah.

Seriously Mak Aji cukup tak berkenan ngan En Wan dulu.
Dah la rambut perang, dok overseas lak tu. (biasa la orang-orang tua, kalau jantan tu dok oversea, sure pernah minum air setan and beromen ngan pompuan kat sana).

Biar la kalau dia beromen pun. Boleh tak balas camtu?
Pastu sepantas kilat kang dia tanya aku balik 'Oh ko penah beromen ngan dia eh?'

Pelempanggggggggggggg!!!!

Aku pi tunjuk gamba-gamba cenggini kat Mak Aji, meloncat la orang tua tu kan. Masatu atak terfikir lansung gamba-gamba camni akan buatkan orang tua pikir ke lain.

'Ni yang ko nak buat jadik laki ni?? Tu ha bos mama berkenan sangat ngan kau, untuk Abang Saiful'

Patut la asal aku balik cuti je, bos dia datang rumah bawak kek, kang aku nak balik U kang dia bekalkan sambal ikan bilis pulak. Tapi memang aku suka makan sambal ikan bilis pun, tima kasih aunty!

Masa En Wan mula-mula jumpa aku, kesian aku tengok dia.
Ntah apa la si tungau tu racun mak bapak aku, ko imagine ek, En Wan kat ruang tamu dengan aku, parents aku dok depan kitorang tapi tak bercakap-cakap, siap dua-dua tu sabotaj baca paper.

Aku ni lagi la kan emo la pulak, kat situ jugak dah meleleh airmata aku.

Tapi En Wan pandai.
Dia tau dia yang masuk rumah orang so kena la pandai adjust diri sendiri.
Lagipun aku siang-siang dah bagitau feedback mungkin negatif.
Sempat buat homework lagi okkk.

So En Wan yang start tanya soklan-soklan bodoh like 'Lama dah pakcik dok rumah ni?'

Series soklan ko bodoh.

Aku cam 'Hoi, apesal? Ko nak beli rumah ni ke?'

Mak bapak aku pula buat la keras hati, sepatah tanya sepatah jawab.
Masa ni aku dah makin dendam gila babi ngan dak tungau. Ni takde orang lain, memang dia la cucuk mak bapak aku. Kalau dia melintas depan rumah aku hari tu memang aku hambat ngan besi mangga gate swirl ala-ala Nunchaku Michaelangelo.

Ala, bukannya sebab laki aku ni tak ok, tapi sebab nak sangat aku kawen ngan dak Saiful tu. Abang Saiful tu pun aku tak penah jumpa okkkkk. Entah-entah dia sebenarnya gay. Ngahaha.


Aku suami mithali....



But now aku tau Mak Aji sangat sangat dan sangat sayangkan En Wan.
Everytime balik Bangi aku akan biarkan laki aku terkapai-kapai tengok tv kat bawah, aku rilek je baring ngan Mak Aji kat bilik dia layan cerekarama.

Aku pulak yang asik kena marah 'Pegi la teman laki ko makan kat bawah kesian dia sorang-sorang. Yang ko nak berkepit celah kangkang aku ni kenapa?'

Aku tengah dalam agenda nak snap gamba laki aku pilih ikan, ayam, beli barang-barang dapur pastu letak kat FB biar kawan-kawan dia yang merempit sesama dulu tengok.

Kejam tak?
Ke keji?













2008-11-25

To ***

*** (11/25/2008 9:26:47 AM): aku nak tanya sket...harap ko tak amik ati.... mcm mana ko dpt keyakinan diri dan sapa jadi perunding imej ko??????

*** (11/25/2008 9:27:06 AM): aku kan dulu memang slalu anggap diri aku bodoh tak lawa

*** (11/25/2008 9:27:15 AM): tapi aku kagum la ngan ko

*** (11/25/2008 9:27:38 AM): camner ko leh berubah????

*** (11/25/2008 9:28:28 AM): ko slalu kata diri ko itam la pendek la...dll la...tapi pada aku skang ko lawa per..... camner nak jadik mcm tu???



Banyak ko punya perunding imej.
Gila buruk sial muka aku siap ada orang tanya aku pakai perunding imej mana.
Takpe..takpe..tak kecik ati. Dun werry.

Hmm...aku pun taktau apa nak jawab sebenarnya.
Nak kata aku buat facial treatment, ada la sekali, 2 hari before kawen. Tu je la pun.
Pegi spa, memang sekali je, pun before kawen.

Aku cakap aku itam sebab dah memang aku hitam takkan aku nak cakap aku putih merah kot? Kang korang cakap aku buta warna lak.

Senang citer macam ni la.
Cantik ni sebenarnya sangat-sangat subjektif (klise tak ayat aku???)

Frankly, aku tak rasa Siti Nurhaliza tu cantik rupanya. (tu jap lagi berderet komen pembacking-pembacking Siti masuk)

Lagi cantik Nur Fazura.

Tapi perlu diingat, itu hak aku untuk bagi pandangan.
Ko apehal nak marah?

Apa-apa pun, aku mengaku, Siti secara ZAHIRNYA peribadi dia cantik, that contributes to kecantikan keseluruhannya. Aku tak kata Fazura zahirnya tak cantik, but semua sedia maklum, dengan kes dia kuar masuk mahkamah, sedikit sebanyak orang dok mengata padahal kes belum selesai lagi. ‘Eleh, memang dah jahat, kuar masuk club je keje’
Biasa la kan, mulut orang. (padahal mulut aku...huah huah huah)

Pernah dengar orang buat statement 'Wife saya sangat cantik di mata saya’ padahal aku tengok sikit tak cantik.

Itu pandangan kita, pandangan kita berbeza dengan orang lain.
Tapi kan wife ex-bf aku series tak cantik okkkkkkkkkkk.
Wakakakakkaka.
Setan.

Tapi jangan la pulak dah orang kata ko tak cantik, ko pun ambik mudah ’Ala biar lah tak cantik pun’.

Bukan nak suruh diri kita jadik secantik Julia Rais.
(cantik ke dia nih?? Panggg kena penampar Tengku Mahkota).

Cuma jangan la selekeh sangat. (mesti ada yang kata ‘Look who’s talkingggggggggggg’).

Biar orang pun tak segan berjalan sebelah kita. Itu je, takyah susah-susah nak buat total make over. Melainkan ko ada duit, nak buat tu buat la.

Simple je benda ni kalau kita nak fikir.

Kalau nak cantik samada kita kuarkan duit yang banyak untuk beli segala tok nenek facial stuff mahupun buat secara tradisional, semua benda tu tetap memerlukan USAHA.
Usaha ni adelah dari segi kuarkan duit yang banyak atau usaha berpantang itu ini kalau ko buat cara tradiosional. So, apa ade hal dengan kita nak jeles-menjelesi orang tu pakai kosmetik mahal, aku pakai kosmetik kat Watson? Sama je, duit gak yang keluar, apa ko ingat aku beli kat Watson tu aku pakai air ludah? Ptuihhh kat kaunter dapat sebijik blusher. Ptuihhh lagi sedas dapat night cream. Pastu manager dia datang kat ko baik punya sedut hkerkhh kherkkk khhaaaaakkktuihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kat ko pulak.

Tapi memang kalau benda tu mahal, efek dia pun lebih sket.
Itu aku tak sangkal.
Cam Clinique, MAC, bla bla bla. Itu produk yang berkualiti, tapi depends gak (nak jugakkkk bangkang). Kalau dapat kat kulit yang sensitif tak jalan gak kan?

So, kalau ada duit and mampu, beli la kat kaunter-kaunter tu.
Kalau belum mampu nak beli mahal-mahal or tak kuasa nak menghabiskan duit meh join aku serang Guardian. Boleh kumpul-kumpul sticker.

green apple (11/25/2008 9:53:37 AM): apa yg ko rasa kurang kat diri ko?

*** (11/25/2008 9:57:12 AM): banyak

*** (11/25/2008 9:57:20 AM): aku gemuk

*** (11/25/2008 9:57:27 AM): muka berjerawat

green apple (11/25/2008 9:57:29 AM): berapa berat badan ko, tinggi?

*** (11/25/2008 9:57:40 AM): skang dh bersalin lagi la

*** (11/25/2008 9:57:46 AM): 73 kg

*** (11/25/2008 9:57:50 AM): 160cm


Aku pun penah gemuk.
Paling bangsat 54kg.
Paling perasan cun was 40-42kg.
Tapi sebenarnya buruk. Muka ko jadik tigasegi, tulang scapula timbul, tetek mengecut, bontot makin leper, kulit jadi semakin itam. (kalau ko itam la)

Memang kecik ati masa budak-budak laki ejek aku gemuk.
Tapi disebabkan kena ejek tu maka aku ada rasa nak improve.
Sebab tu aku tak suka ejek orang, sebab aku taknak dia improve.

Muahahahahahahha.

Ada sesetengah orang (aku lah orangnya), memang ko kena bagi wake up call ejek gila babi baru dia nak sedar.
Bagus jugak sebenarnya tapi yang tukang ejek pun agak-agak la.
Kalau yang kena ejek tu jenis yang boleh terima ejekan takpe. Dapat yang mental tau-tau terjun lombong, malam tu siap la ko.

Time ko nak tido tetiba dengar 'Bachokkkkkk..bachookkkkkk' (kalau nama ko bachok la, kalau nama ko bukan bachok pehal lak ko nak takut kan?)


*** (11/25/2008 10:04:34 AM): tapi aku kagum ngan make ober ko tu

*** (11/25/2008 10:04:57 AM): tabik spring aku

green apple (11/25/2008 10:05:05 AM): hahahaha

*** (11/25/2008 10:05:09 AM): pastu ko pandai

green apple (11/25/2008 10:05:16 AM): pandai amende la...

*** (11/25/2008 10:05:17 AM): aku tak

green apple (11/25/2008 10:06:37 AM): mana ko tau ko tak pandai?

*** (11/25/2008 10:08:59 AM): dr gaya perckapan ko

*** (11/25/2008 10:09:03 AM): pemikiran ko

*** (11/25/2008 10:09:09 AM): pastu siap ader master



Jangan labelkan kepandaian orang tu berdasarkan paper.
Certificate yang ada memudahkan ko dapat peluang pekerjaan lebih dari orang yang takde certificate. Tapi tak bermakna orang yang takde certificate tak dapat kejer, cuma peluang tu kurang. Stepping stone bak kata omputih.

And jangan perasan kalau sijil ko banyak, sijil ko straight A’s maka ko hebat. Ko mungkin pandai dari segi akademik, tapi belum tentu ko hebat di tempat kerja. Stress berkeja and belajar lain.

Ada sebab kenapa orang tu sambung belajar, ada sebab kenapa orang tu tak sambung belajar. Tak kira la dia hanya takat SPM ke, STPM ke, Diploma ke.

Dia tak sambung belajar bukan sebab dia tak pandai.
Mungkin sebab dia nak tolong keluarga.
Mungkin sebab dia kawen awal dah beranak pulak, laki soh dok umah jaga anak.
Mungkin sebab laki dia dah kaya so takyah susah-susah nak blaja tinggi-tinggi sebab nak dapat gaji besar, aku bagi ko ni ha duit sedebuk pi bukak kedai bunga.
Mungkin sebab dia takde duit nak sambung blaja, nak ambik loan kang bertambah lak hutang.
Mungkin sebab dia malas nak baca-baca buku ni semua, nak keje pulak.
Semua tu berkemungkinan TAPI bukan sebab dia tak pandai.


*** (11/25/2008 10:10:06 AM): aku tak lawa

*** (11/25/2008 10:10:11 AM): buruk

*** (11/25/2008 10:10:45 AM): pastu semua tak nak geng aku masa kat U

*** (11/25/2008 10:34:24 AM): kawan2 aku masa belajar dh ader keta

*** (11/25/2008 10:34:33 AM): pastu pakai baju branded

Hoih, apa pasal korang taknak geng ngan dia masa kat U????
Apehal??????
Belasah kangggggggg.

Benda ni korang kena paham.
Masa kat U, masa ni tengah peralihan zaman dari remaja nak ke dewasa.
Pertukaran hormon.
Masa ni hormon ke-genyelara-an dah timbul.
Remaja-remaja dah start nark menonjokkan diri masing-masing.
Selain dari tempat blaja, kat U tempat nak carik pasangan.
Remaja-remaja tend untuk dinotice.
Diorang tend untuk berada dalam kelompok yang noticeable.

Sebab tu kat skolah-skolah or kat U, situasi macam ni senang kita nampak.
Ada click yang pakai tudung labuh, ada click yang cun-cun, ada click yang pakai spek tebal kehulu hilir angkut ensiklopedia (grup ni selalu stresskan aku), ada click yang lepak-lepak kat beranda terbahak-bahak kuat-kuat pastu ada laki lalu ngan moto je pewit-pewit (ni grup ni saper ni hoih??? Saper ketua dia ni angkat tangan!).

Jangan terasa left out bila ko tak dapat masuk dalam grup yang cun, or grup yang pandai, or grup yang branded-branded.
Itu semua benda yang kita sendiri create.
Kita sendiri yang mark diorang as ‘Ni set-set budak-budak pandai.’
Asal dia lepak library budak pandai la.
Dia lepak library bukan sebab dia nak blaja kengkadang.
Sebab nak study ngan pakwe sekali dowhhhh. (ni aku la ni)

Oh terbabas pulak.
Sambung balik...

Aku pun sedar aku tak lawa.
Tapi aku tak kira, aku nak dinoticeable jugak.
So aku create satu grup.
Grup ‘Tak cun tapi konfem ada pakwe”.
Pastu tayang balak.
Malam-malam tenet tepi jalan-jalan utama macam jalan nak ke library, jalan nak ke cafe. Konfem orang nampak.

Nak lagi noticeable, carik balak gila cam aku.
Pastu dah kena hempuk sampai lebam sila bawak kes ke pihak atasan.
Pastu semua tau pasal kebodohan ko berpakwekan si drama queen.

Aku nak tanya, adekah bila kita berkawan dengan orang cun maka kita jadik cun?
Jangan perasan la okk kalau ko berkawan ngan Juliana Evans muka ko tetiba jadik Pan Asian. Kalau dah ada cop JAWA kat dahi tetap JAWA.

Advantagenya bekawan ngan grup cun ni, secara tak sengaja ko akan pandai bab-bab mencantikkan diri. Dah hari-hari ko tengok diorang mekap, sapu tu sapu ni, tak banyak pun at least sikit ko terikut gak. So, ada la perubahan sikit kat muka ko kan.

Adekah bila kita kawan ngan orang pandai maka kita jadik best student?
Ni lagi satu perception yang amat bangang.
Kalau ko tak study, boleh ke ko jawab paper?

Ada member aku dulu cam sial, makan ngan kitorang, melepak ngan kitorang tapi bila buat groupwork, tetiba nak masuk geng-geng Chinese. Konon Chinese ni kalau part blaja bersungguh sikit. Ada chance dapat A.

Pantek kau la.

Diorang memang suka la ko masuk grup diorang, boleh ko jadik pencacai.
Bangang kan budak ni?
Tapi dah ko nak sangat kan, pegi la.

Selalunya grup yang masuk jamban bawak buku ni diorang memang sentiasa fokus nak dapat Anugerah Dekan. Advantagenya berkawan ngan grup ni, sentiasa ada study grup, assigment tip top, pembelajaran tu nampak lebih sistematik. Kalau ko tengok jadual waktu harian dia 9-11 study, 11-12 makan, 12-2 tido, 2-5 study, 5-7 aktiviti senggang dan makan, 8-12 study.

Sori la aku nak buat jadual waktu.
Jadual tajuk lecture esok pun aku tanya orang.


And apekah kalau ko masuk grup branded-branded maka ko adelah orang kaya?
Seriesly kalau aku wannabe sekalipun, grup ni aku takkan masuk.
Menghabiskan duit aku je.
Lainla kalau ko nak berabis untuk aku.
Grup ni selalunya takde la se-cun grup yang cun-cun tu diorang ni pandai bergaya and balak-balak dorang selalunya tak hensem gak tapi jenis yang kaya, bergaya, paling bodoh pun ada TZM.

Tapi kira ok la dari balak aku dah la tak hensem, tak pandai, gila pulak tu.

Sila soal aku balik apesal aku boleh pilih pakwe camni?

Biasa la kan...grup 'Tak cun tapi konfem ada pakwe'.


*** (11/25/2008 10:18:17 AM): pastu kan skang semua kawan aku sibuk citer pasal gaji....gaji semua 2500 ke atas

*** (11/25/2008 10:18:27 AM): aku 2k pun tak cecah


Again, simple maths.
(ye ye je cakap Maths tu simple, padahal Maths aku bodoh okkk)
Banyak gaji, banyakla tanggungjawabnya.
It is just like pepatah orang tua-tua, besar periuk besar keraknya.

Takde orang yang nak bagi ko gaji besar tapi keje ko hanya sign-sign dokumen.
Filem Melayu je yang suka focus benda-benda mudah camni.
Asal keje bos je, ko masuk opis kol 11am, sign-sign dokumen, angkat 2-3 call, terbahak-terbahak-terbahak, pastu balik 'Kensel semua appointment saya ye’

Tu je la skripnya balik-balik.
Tu pasal aku suka tengok cerita Tamil.
Walaupun aku kena tipu hidup-hidup tengok hero kena tembak ngan bazooka still boleh bangun lagi, at least aku boleh gelak ngan kebodohan scene tu.

Memang semua orang nak gaji besar.
Tapi tak semua orang sedar yang bila gaji ko besar tanggungjawab ko besar.
Toksah kata ko nak balik keje awal.
Sila-silap ko bawak balik keje ke rumah.

Tapi bagus kalau ko ada rasa nak bergaji besar.
Itu tandanya ko ada semangat nak majukan diri, ada plan nak hidup senang, takde la takat 'Ala, apa yang ada ni jadik laaaaa. Syukurlah apa yang ada’.

Kang aku buat tazkirah kat sini ada lak yang kata belagak pandai.
Masing-masing bleh fikir la.

Memang some of us rasa jeles kenapa orang tu leh hari-hari makan luar, makan tempat sedap-sedap lak tu, beli designer dress, kosmetik mahal-mahal, bla bla bla.

Tapi boleh tak kita twist sikit cara minda kita berfikir.

Kita bukan tak mampu, tapi BELUM mampu.
Ada orang yang Tuhan dah tetapkan dia rezeki murah dari segi material.
Ada orang yang Tugan bagi rezeki dalam bentuk sihat tubuh badan and ketenangan hati.
Ada yang dapat rezeki dalam bentuk anak-anak.

So please la, jangan kecikkan minda kita dengan balik-balik ukur tahap kejayaan seseorang itu dengan material dia.
Walaupun kita tau bila orang tu bawak keta besar, orang gaji sampai empat, makan kat hotel manjang, dia adelah kaya.
Itu kita tau.
Tapi tak bermakna kita tak boleh sampai ke tahap tu.
Mungkin jalan kita nak sampai ke tahap tu tak semudah orang lain, tapi kita masih ada peluang yang sama.

Bak kata sumone to me "Yang penting jangan ada iri hati."

Statement ni betul.
Sifat iri hati yang berlebihan ni boleh menyebabkan kita simpan dendam. Bila dah ada dendam, seri Degawan naik ke muka. Tu yang ko tepek 8 tan lipstik pun tetap muka ko tetap cam Long Piah. Cuba ko tengok muka Long Piah, meka tebal pun muka cam setan gak kan?

Aku bagi tips ek.

Jangan sakitkan jiwaraga ko ngan mendengki orang.
If you can't beat them, join them.
Insyallah, rasa dengki tu hilang.
And seri wajah tu naik secara otomatiknya.

Maybe readers ada tips or pandangan lain??



p/s : Hari ni aku tak berapa nak seri sebab kes aku ngan Rizman lom settle.

Shit itu taik.

Call masuk, bluetooth aku time tu la dia nak membuto segala buat hal takleh connect pulak. So aku tengok no Rizman aku terus angkat. Aku suka angkat call and greet "Heyyyy" instead of "Hello?". Kalau kawan-kawan se-lahanat-an, aku angkat "Ha, apa?"

Since tadi tengah drive, keta banyak lak tu, bluetooth cam haram, tengok number Rizman keluar, aku pun terus "Heyyyyyy"

Sekali suara pompuan.

Ok, aku terkedu tapi tak pause.
Kalau aku pause konfem bini dia syak bukan-bukan.
Sori ye, aku takde masa nak gaduh pasal laki kau.

"Yes??? Ada apa?" aku tanya baik-baik. Walaupun sepatutnya aku cari ayat yang lagi baik dari tu. 'Ada apa' tu cam rude sangat bunyiknya. But WTF la, aku takkan lupa ko maki hamun aku dulu.

Dia tanya "You siapa?"

Aku cam apehal pompuan ni tanya aku saper?
Dulu bukan ko penah serang aku ke, takkan ko tak simpan nombor aku for future tracking kot. Come on lah.

Aku pun buat kuang ajar balik "You nak cakap ngan siapa?"

"Diana"

Selalunya aku akan biar orang tu respon dulu, tapi tadi kepala aku pun dah pening sebab walkathon dalam hujan, ngan bawak keta, kena on speaker phone, tangan kiri pegang wadeh (best gila kuih ni), so aku takleh concentrate sangat ngan apa benda ko nak cakap. So sebelum dia sembur aku biar aku tembak dia dulu.

"Ada apa-apa issue lagi yang tak settle between you and your husband yang you nak libatkan i?"

Wah, cam series je bunyiknya kan?
Padahal tangan tengah pegang wadeh siap plastik wadeh park celah peha.

Senyap.

Tapi line still on.
Aku tunggu dia cakap.

Ah, shit.
Terngiang-ngiang lagi suara pompuan tu.
Slow tapi jelas.

Dia tanya "Eh, Rizman dah kawen????"
Macam dia tak tau je.

Damnnnn!!
Aku punya shock gila babi tak tau apa efek yang telah berlaku tetiba aku nampak wadeh kat celah peha aku penyek.

Aku rasa aku pause lama sangat kot sampai pompuan tu tanya balik 'Rizman dah kawen ke??"

Gila gabra sial.
Aku terus off HP.
Sampai skang aku tak on.
Konfem kalau aku on ni berderet nombor Rizman masuk.

Lahabau la Rizman ni.
Nak pasang seploh pun delete la nombor aku dulu.
Ni konfem dia pi toilet awek dia check HP dia.
Bodoh!

Series. Tobat.
Aku tak suka la perasaan camni.
Macam aku lak yang buat salah.
Tapi memang salah pun.
Apesal la aku gatal sangat pi tunjuk terer tanya soklan direct cam tu?
Selalunya tak pulak.
Hari ni tetiba nak tunjuk samseng.
Skang ni aku dah tak tentu rasa.
Bukan takut.
Tapi cam gelabah sebab aku dah mungkin runtuhkan relation orang.

Tapi aku salah ke?
Dia yang gatal pasang lain.
Tapi maybe jugak Rizman jujur nak kawen ngan pompuan tu cuma dia BELOM berkesempatan nak cakap yang dia dah ada bini.
Tapi kelakar lak bunyiknya.

Shit!!!!
SHIT!!!!!!!!


Aku taknak terlibat dah okkkkkk.
Aku taknakkkkkkkkk.
Tolong jangan carik aku.

Aku tak kenal.
Aku tak kenal kau.

Bawak aku lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

Babi la.
Aku takleh tido malam ni rasanya.
Konfem mimpi Rizman.

2008-11-20

Aku



Bang,

Yang baju putih tu la Di.
Malas nak cerita panjang-panjang.

Nasib baik cinta itu buta kan bang?

Muahahahahahahahhahahaha.

2008-11-19

CRUSH

Shit!
Aku terserempak ngan mamat yang aku gila babi punya crush dulu.

Jap jap.
Sessi curang.

Hensem siallllllllllllllllll.

Boleh bayangkan tak camana muka kalau ko nak tahan diri dari rasa kegembiraan apabila balak yang ko damba-dambakan dulu ada depan mata???

Tak dapat bayangkan eh?

Meh aku bagitau.

Disebabkan mamat ni memang aku gilakan sangat dulu tapi takde sorang pun tau and dia of cos la takkan tau. Aku tak sure if dia perasan aku ke tak dulu. Tak kisah la kalau tak perasan pun.

Aku nak naik tingkat 7 tapi aku sama-sama ikut dia masuk lift yang nak turun ke basement pastu gabra tekan button 7 pat lima kali. Last-last dia cuit bahu aku, "Lift ni nak pegi cafe dulu"

Alahai cibainya statement kau.

Series aku malu cam haram.
Tapi adelah mencover jugak.

Apesal la aku masuk lift ni?
Konfem dia rasa samada aku nak ikut dia or aku tak penah naik lift.

Dah la bertiga je dalam tu. Dia ngan geng dia.
Yang aku pulak sebab dah malu, aku berdiri tegak mengadap button lift.
Tegak yang tak bergerak-gerak.

Terfikir gak nak pusing badan bersandar.
Tapi aku wat-wat malas nak pusing sebab kawan mamat ni sound "Tak baik tau membelakangkan bakal suami."

Tengkorak kau.


Sampai basement dia kuar.

"Sorry ye, kawan I ni gurau je tadi. Keje sini ke?"

Aku geleng.

Ewahhhh, cam anak dara pulak buat malu-malu.
Memang gatal ko Diana.

Aku ingatkan baik sangat, boleh pulak dah kuar patah balik bagi pesanan penaja "Lift ni tak boleh pergi bawah lagi tau, sini paling bawah. Dah boleh tekan tingkat 7"

Memang cibai.

Tapi kau la jejaka cibai yang paling kiutttttttttttttttttttttttttttttt selepas En Wan (tiba-tiba sudah sedar diri ini sudah bersuami).

2008-11-11

Tag lagi lagi lagi

Tag dari lindosh + hunny...

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.



1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Aku ni dari dulu sampai skarang bangang lagi rasanya kalau masuk bab-bab ni. Aku susah nak detect kalau dia sedang mem-betraykan aku. Tapi slowly benda tu aku akan dapat sensed dengan sendiri.

Prinsip aku senang je, kalau buat salah, and kalau orang tu dapat tau, ko mengaku je la. Tu je pun aku nak tau, sebab aku paling tak suka benda yang melibatkan aku, aku dengar dari orang lain. Kalau ko dah taknak aku lagi, aku nak tau apa salah aku je. Aku tak mintak ko datang balik kat aku, sebab bagi aku, kalau orang tu dah taknak and ko paksa-paksa gak, benda tu takkan jadik as enjoying as before, so buat apa paksa kan? Cuma ko bagitau WHY, tu je. Pas aku dah dengar ko blah la, apa ko ingat aku nak stalk-stalk ko ngan awek baru ko? Ko ingat banyak sangat masa aku nak ikut bontot ko? Aku ni spesis yang lebih rela mengalah daripada aku menang tapi sepanjang hayat aku sakit hati. Ko dah taknak aku kan? So selamat jalan. Tapi kalau ko datang balik kat aku or buat-buat mesra 'Hi, how are you? Care for lunch?'. Jawabnya PUKIMAK KAU LA BARUA!!

And aku paling pantang lover buat aku tergantung-gantung tak tau hujung pangkal tau-tau senyap. Gentle la sket beb, time nak menggentel pandai carik aku, bila dah boring lesap meruyup hilang ntah mana. Come on la brader, kalau pandai mengayat, pandai la jugak nak explain bila kantoi, ok?


2. If you can have a dream to come true, what would it be?
Aku nak kerjaya aku mengembang dengan sekelip mata.


3. Whose butt would you like to kick?
Eh, aku memang tetiap malam main sepak-sepak bontot ngan En Wan.


4. What would you do with a billion dollars?
Kasik aku dapat RM500 ribu dulu boleh tak, malas la nak ambitious sangat bayangkan billion-billion ni. Billion kat Kompleks PKNS tu aku tau la.


5. Will you fall in love with your bestfriend?
Tak dapatttt.
Bestfren yang chenta kat aku ada.

Wakakaka.
Nasib la kalau ada yang terasa.

Tapi aku boleh terima kalau ex-bf jadi bestfren dengan syarat aku lagi hebat dari bini dia.
Cuba korang tanya laki ko jap lagi siapa bestfren dia. Ada nama aku tak dalam senarai?

ahak ahak ahak ahak.

dush! dush! dush!
tendang perot sendiri.


6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Aku dah penat sayang orang sebab kalau aku sayang memang aku sayanggggggggg sangat sampai bf aku tu akan jadi cam takpela, dia memang sayang aku, so tak kisah la kalau aku tak call tak sms tak email sebab dia takde hal, dia mesti carik aku punya.

Ha, camtu la.

So, aku blaja sayangkan orang yang sangat sayangkan aku.
And it works, aku semakin sayang En Wan.

Ha, jangan ada sesaper nak blaja-blaja sayang laki aku.
Aku ajar ko kanggg.


7. How long do you intend to wait for someone you really love?
I've found mine..:)


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Good question, indeed!

Memang aku penah minat kat sorang mamat ni yang dah berpartner.
Nak menggatal dengan dia tu jangan harap la kan, lain la kalau dia yang tackle aku.

Muahahahahha.

Ok, ni pengalaman ye.

Ada sorang mamat ni yang aku sangat la berkenan. Tetiba je aku gatal pepek minat gila babi ngan mamat ni. Tapi aku tau dia dah kawen.
Nak lupakan je?
Apa ko ingat aku leh concentrate ngan keje kalau lupakan dia camtu je?
Nasihat bodoh tu ok.

So, aku try berkawan dengan dia dulu. Soklan favourite aku tanya is how's family, how's wife, kids, bla bla bla. Selalunya, laki yang tak horny dengan semua pompuan, dengan gumbiranya cerita pasal wife and anak-anak dia. Laki yang bak kata chics spesies 'pengote' ni selalunya masuk bab wife je mula la kata 'dia boring', 'i selalu gaduh dengan dia', 'dia tak respect i'.
Biasa la kan, nak jual kote.

Bila dah kenal dia, wife dia, anak-anak dia, slowly rasa crush bertukar jadi crack. Bukan sebab takde chemistry, tapi bila kita dah 'kenal' family dia, kita akan rasa benda tu macam tak patut je nak buat. So, baru la aku leh dengan tenang melakukan kerja-kerja seharian. Takde dah nak berangan bercinta ngan laki orang. Melainkan kalau ko yang nak bercinta ngan aku, akan aku pertimbangkan.

Pangggggggggg!!
Kena penampar En Wan.


9. What do you pray each day for your loved one?
Doa rahsia.
Nanti korang tiru doa aku.

Pangg!!!
Kena lempang lagi.

Mintak dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dipermudahkan segala usaha nak mencapai kejayaan, diringankan beban dalam mencari rezeki, dikurniakan rezeki yang murah lagi halal.......panjang doa aku siottt. Tengah-tengah doa, kawan aku selamba sound 'sikit-sikit dah laaaa'.

Cibai.

And setiap kali En Wan keluar rumah, aku orang yang paling takut kalau apa-apa jadi kat dia. Walaupun dia tu kengkadang menyakitkan hati, tapi dia tu jugak orang yang paling hampir dengan aku.

Walaupun aku tak berapa sayang dia, tapi dia tetap laki aku.
Boleh tak buat ayat camtu?


10. What takes you down the fastest?
Bila orang yang aku dah bagi peluang kedua still repeat the same mistake.
And dengan harapan aku bagi peluang ketiga.
Actually tak bagi peluang pun boleh sebab second chance selalunya won't be the same. Tapi tu la kan, aku kan bangang, senang benar nak kena tipu, so bagi la second chance.

Hasilnya sangat membabi.

So to that someone, kalau ko nak baik-baik ngan aku lagi, sorry la buto.


11. How would you see yourself in ten years time?
41 tahun tu.

Masa tu carrier pun dah makin ok, hopefully.
Aku kekal bahagia dengan keluarga aku skarang. Itupun dah cukup.

Sangat takut okkk, sebab for lelaki, life begins at 40!
Jangan aku nampak En Wan masuk kelab dangdut dah.


12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
Aku nak makan, sebab bau bibik masak lauk asam pedas.


13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Sengal lindosh ni.
Hunny, aku lom kenal sangat. Tapi readers aku baik-baik, aku tau.

Weh lindosh, aku datang penang ok hari tu, no phone ko aku takde.
Tapi aku dah sampai padang kota, merasa la apa itu pasembur.


14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Single and rich.

Kalau single and poor takpe dowhhhh, tak menyusahkan orang.
Tapi kalau married but poor, berat sket.

Kalau dah kawen, tanggungjawab tu bukan pada ko sorang je. Ada laki, ada anak, berapa mulut tu nak makan? Kalau dah susah, abis nak bagi anak ko makan apa? Nak kasik tetek sepanjang hari? Umur budak tu 2 tahun boleh la ko nak sumbat tetek, kalau budak dah 12 tahun pun ko still nak sumbatkan tetek jugak dah sumbang mahram namanya.

Kalau dah nama miskin takkan still nak letakkan tanggungjawab cari rezeki kat laki sorang. Dah nama pun susah, kena la sama-sama carik. Abis kalau dah sama-sama kena keje, anak ko nak letak kat mana pulak? Nak bagi bersepah? Semua ni kena pikir.

Aku cuma berdoa supaya aku tak jadik sesusah ni, sebab aku pernah lalui benda ni dulu. Cuma makbapak aku masih bekerja, boleh la takat nak masuk KFC 4 bulan sekali. Kang orang kata tak penah rasa pulak. Biasa la, orang-orang kita...


15. What’s the first thing you do when you wake up?
Tarik langsir, bukak tingkap.


16. What’s the character must have in your partner?

a. Funny
Sebab aku suka gelak so ko kena pandai buat kelakar. Kalau tak, biar aku buat lawak pastu aku gelak sendiri.

b. Responsible
Tak kisah la kalau ko nak make-up keta ko, janji apa yang ko patut sediakan kat anak bini ko buat.

c. Good looking

d. Good looking

e. Good looking
Korang buat-buat tak nampak je la point c-d ni, orang poyo memang penyakit dia camni.

f. Brilliant
Ko tak semestinya kena book smart, straight As, janji ko bijak.
Bijak buat keputusan, bijak handle keadaan, bijak tangani masalah rumahtangga and tempat keje, bijak memikat isteri, bijak..bijak..kita minom duluuuu!!

g. Considerate


17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
First, kena isolate.
Kenapa kita boleh minat dua-dua?
Adakah kita minat or kita sayang?

Pengalaman sendiri jugak.

Aku pernah minat someone masa aku dah bertunang dengan En Wan. (see? gatal tak?)
Dah ko jauh, aku perlukan perhatian, dia sangat memahami. (Ada macam bunyik Norman Hakim tak? Auwwwwww)

Memula aku rasa aku sayang dia.
Tapi aku sayang En Wan jugak.

Takpe, I gave it a try.

Aku keluar dengan dia time lunch hour.
Tapi aku bagitau siap-siap aku dah bertunang.
Tapi aku gatal jugak.

Dah keluar makan, keluar weekend, bergayut kat phone, emails, msgr, bla bla bla.
Last-last aku rasa ini bukan sayang, ni minat je. Luckily, masa aku keluar dengan dia tu aku tak jiwang-jiwang. So, takde hati yang terluka, I hope so..

So, kalau ada rasa terminat ngan laki aku tu, baik ko isolate.
Kalau tak pandai nak isolate, meh aku isolatekan isi-isi perut ko.


18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Aku rasa dah bagitau dah dulu, I do forgive but I do not forget.
Macam yang aku cakap earlier, kalaupun ada second chance it wont be the same anymore.


19. Do you prefer being single or having a relationship?
In a relationship.

Boring siott dok sensorang.
Kalau bertekak pun, bertekak ngan partner.
Kalau single, ko nak bertekak sorang-sorang?
Ke Tanjung Rambutan jawabnya.


20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
Bergantung pada apa yang aku nak buat.
Setakat ni lom lagi.







Tag dari hafiza illyana...

1. Sudah pukul berapa sekarang?
Jam aku cepat 10 minit, ko tengok la jam ko sendiri.

2. Apa mood sekarang?
Saya tiada berperasaan skarang.

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
Nak mandi. Berlendir ketiak aku, panas gila wehhh.

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
Nark kira duit yang tetiba je ada depan mata. Wah..tu diaaaa…pompuan pengikis punya statement, duitttttttttt manjang.

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
Aku tengah dok depan tv yang tak ber-on, tak kuasa nak tengok apa-apa cerita pun.

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
En Wan kat kilang, aku kat living room, Redza kat hall ngan bibik layan cartoon.

7. Apakah waktu makan sekarang? Sudah makan?
Makan pebenda lagi ko ni, baru kol 5!

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
Of course la dengan En Wan. Walaupun baru je tadi lunch ngan dia. Biasa la, aku sentiasa ada benda nak cerita kat dia.

9. Dan Dia/ Mereka sedang buat apa sekarang?
Ni saper la yang buat tag ni, redundant punya soklan. Tadi ko dah tanya ‘keluarga sedang buat apa’, ni ko tanya lagi. Aku silambam kang saje je.

10. Macam mana cuaca sekarang?
Is the very hot. Dah 2 hari aku dengar guruh gedegang gedegung tapi tak hujan-hujan gawk. Eksyen semata.

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
Tu yang tanya tu dengan harapan aku nak bagi ko sikit? Jangan harapppppp.

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
Aku tak berharap orang belikan aku souvenir sebab aku pun malas nak belikan orang apa-apa. Dari ko belikan aku barang baik ko belanja aku teh tarik.

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
Aku dah kata kan, aku takde perasaan skarang. Kang dari aku takde rasa apa, tetiba aku naik hantu kangggggg.

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
Tengok...dia tanya balik. Memang nak kena penampar dia ni.

2008-11-06

BARUA PENJUAL KOTE

samsul amir (sam) (11/6/2008 10:41:00 PM): hye dear..h r u

samsul amir (sam) (11/6/2008 11:09:48 PM): diana..u ni pemilih jgk ek..taste pon tinggi...maklomla u pikir diri u tu lawa kan..huhu (sebab awek ko semua buruk sebab tu muka macam aku pun ko kata lawa)

green apple (11/6/2008 11:10:08 PM): pehal lak ni?

samsul amir (sam) (11/6/2008 11:11:13 PM): haaaaaaaa..ingatkan i adressed kat org mati td..rupa2nye idop lg...keh3

green apple (11/6/2008 11:11:25 PM): i am busy

samsul amir (sam) (11/6/2008 11:11:59 PM): me too i am busy to an irrogant gurl but available to nice gal

green apple (11/6/2008 11:13:27 PM): yes please....


Malas la aku nak layan mamat desperate macam ni.
Laki kalau kote tak laku macam ni la jadiknya.

Pekena ntah mamat ni, bengkek pulak aku tak layan dia.
Apa kau ingat semua orang wajib reply mesej ko?
Kem salammmmmm.

Aku ni sedang berbusy buat keje.
Kalau aku online tu tak bermakna aku takde keje.

"am busy to an arrogant gurl but available to nice gal"
Aku ni considered nice la kan sebab tu ko mesej aku.
Bila aku tak reply, serta-merta aku jadi arrogant.

Tak ke barua tu?

Aku dah naik meluat ngan spesies laki macam ni yang PLASTIK.
Kalau mengayat tak nak kalah.
Kejap-kejap sayang, sat lagi kang dear pulak, pastu baby. Nama pompuan tu sedap-sedap taknak pulak ko sebut. Takut terkantoi sebut nama pompuan lain kan, banyak sangat spare. So to be on the safe side panggil je la Baby.

By the way, aku ni kategori NICE GAL okkk, sebab tu aku tak layan ko sebab aku NICE GAL.
NICE GAL
pun tau nak pilih NICE GUY jugak brader.





p/s : Odah, kad kawen hang dah sampai. Tima kasih la ye. Insyallah sampai la aku ke Ipoh tu. And to Fieza, bukan taknak carik hang kat Ipoh, nombor tepon pun takde camno????

Tetiba pulak banyak kawan kat Ipoh.

p/s : And aku sangat kagum dengan KFC TESCO korang yang ada wifi. KFC ada wifi tuuuu.

2008-11-04

Memo untuk skandal aku

Hoih Hafreze!!!!!

Waklu okkkkk.
Siap nak uncrop gamba aku.
Ko kalau nak tengok sangat aku bogel cakap beb.
Skarangggggggggg jugak aku datang bogel depan pintu umah ko.

Takde de aku nak uncrop-uncrop ni.
Apa yang ada tu tu je la gamba sebenar.

Aku balik Khamis, boleh la kita meneruskan aktiviti skandal kita.
SIBERSEK.

p/s : aku online kat hotel ni. Takleh lelama, sat lagi nak kuaq pekena mee udang.