2012-03-29

Readers, meh tolong budak ni nak blaja.

Ni sticky post sampai 2 April.
Kalau nak baca entry baru belah-belah bawah. Tu pun kalau ada :)



From: wilda khazis
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Thursday, March 29, 2012 1:45 PM
Subject: Nak minta bantuan akak war-warkan tentang questionnaire


Assalamualaikum kak, saya wildawati khazis, student part time mba dari unimap. 

saya perlu dapatkan 200++ respondent utk questionnaire saya ni, jadi saya harap akak boleh tolong iklankan di blog akak. Akak boleh tgk questionnairenya di link ni. saya ada letakkan cover letter sekali :)

Untuk memudahkan, akak x pyh karang apa2, just upload je gmbr2 ikut turutan a,b,c,d. gambar2 tu saya paksa diri lukis demi memujuk lebih ramai org menjawab. questionnaire ni valid instrument so x dpt saya pandai2 alter jadi pendek, jadi kepada sesiapa yg sudi jawab saya akan poskn sedikit saguhati..saya tahu bukan mudah nk habiskan questionnaire tu :)


tempoh questionnaire adalah harini sehingga 2 april (5 hari). saya cuba nasib je ni kak, kalo sempat akak letak di blog akak, alhamdulillah, kalau tak pun xpela saya pasrah. 


terima kasih kak!! :)
wildawati.









Shawl 9

Ok ni ada new shawl.
Macam biasa, silk.
Maybe sampai Sabtu (lusa) ni. Shawl ni tak banyak, so sila book dulu.
Kali ni aku takkan update berapa shawl yang dah di-booked. Sebab sometimes yang dah book lambat bayar tapi yang beria-ia nak beli shawl hari-hari tanya shawl ada lagi ke tak. Serba salah aku. Kang kalau aku jual kesian pulak kat yang dah book. Kang bila aku simpan si tukang book tak respond-respond.
Jadi, book dulu, bila shawl dah sampai aku akan respond ikut turutan email yang masuk.

Material : 100% silk
Style : Embroidery
Size : 170 x 50cm

Price : RM63/pcs
Bulk purchase price : RM57/pc (min purchase 5pcs or more)

Email me at aveo757[at]yahoo[dot]com.



JJ1-2
SOLD OUT


JJ1-3
SOLD OUT



JJ1-4
SOLD OUT



JJ1-5
SOLD OUT



JJ1-7
SOLD OUT


JJ1-8
SOLD OUT




JJ1-9
SOLD OUT





JJ9-1
SOLD OUT

Beza dia

Kepada yang order Shawl 7 (printed shawl), aku ada bagitau kepada yang berkenaan bahawa ada shawl kaler baru factory hantar kat aku sebab shawl F55 tak cukup 4 helai. Tapi aku tak sempat nak advertise, main ambik je gamba pastu tepek kat email. Ujung-ujung shawl tu dah tinggal sehelai.



Shawl dia kaler pink macam ni.
Same design macam shawl range F55, F54,... (butterfly) tapi kaler pink ni hari tu aku tak advertise kat blog sebab kaler ni belum ada. Shawl ni ada sehelai je lagi sebab sehelai aku dah pakai. Aku kan gila kaler pink. So, kalau ada yang berkenan this one, email aku ok? Tapi mungkin aku tak sempat nak deliver today sebab aku masuk opis kejap je ni, sat lagi aku dah nak outstation.



Yang ni pulak shawl dalam range SHAWL 8 yang masih ada.
Aku ambik gambar macam ni sebab gambar yang hari tu bila dah masuk laptop the blue shawls semua nampak macam kaler lebih kurang, apa kena ntah. So aku susun macam ni so that korang boleh tengok apa beza setiap kaler sebab ada budak beli shawl AD5 tanya apa beza AD5 dengan AD11. Padahal AD5 tu ada kaler hijau-hijau sikit and AD11 tu ada kaler purple sikit but bila ambik gamba semua nam pak biru. Kamera cap ayam betul. Bila dah atur macam ni baru nampak beza kaler dia.


Tapi kaler burgundy (4 dari kiri) baru je selesai 10 minit yang lepas.
AD7 (yang kaler purple and green) hari tu aku kira macam dah habis, malam tadi aku tengok ada lagi sehelai, so kepada yang request AD7 tapi aku kata dah sold out tu boleh la hantar request sekali lagi :)

Ok, nak buat keje.

2012-03-28

Fokus

Lukisan Redza malam tadi


Redza ada satu keajaiban.
Kalau dia lukis guna pensil, lukisan dia akan jadi macam lukisan mintak pelempang.
Nanti kejap-kejap dia padam, kejap-kejap dia padam.
Tapi kalau lukis guna pen, macam rilek je takde salah. Kalau ada salah pun nanti dia oter sikit-sikit sampai nampak macam takde salah.

Buatkan aku terfikir satu benda.

Manusia pun sebenarnya macam ni.
Kalau diberi pilihan (pensil, kertas and pemadam) mesti ada je benda yang kita akan tangguhkan, kita akan buat silap and buat sambil lewa. Tapi kalau dah takde pilihan (kertas and pen without pemadam/liquid paper), kita akan lebih fokus dan sedaya upaya untuk tidak buat silap sebab kita tau kita takde pilihan lain. Apa yang ada depan mata ni saje lah pilihan yang kita ada.

Macam aku ni la, bukan orang lain pun.
Kalau kena submit sales forecast, mesti macam lembab je. Padahal semua data ada je dalam laptop ni. Tapi bertangguh sebab aku tau data semua ada, anytime boleh buat. Sekali nak dijadikan cerita hari tu laptop aku buat pasal taknak on. Gabra la kan, principal aku dah set meeting lagi 4 jam, satu apa pun aku takde ni. Data semua dalam laptop. Sehelai kertas pasal sales pun aku tak simpan as hardcopy, semua main masuk laptop.
Masa tu pulak aku kat luar, iPAD tak bawak. Apa lagi la kan, tot tet tot tet kat blackberry je la. Gigih ok buat sales report guna blackberry. Itulah komputer, itulah excel, itulah calculator. Masa ni toksah kata nak stop makan ke minum, nak kentut pun tak sempat.

Tapi bila terdesak and takde pilihan, boleh la pulak siap keje aku. Dengan tools yang limited, aku managed to siapkan report aku. Toksah kata sales forecast, siap dengan sales post-mortem sekali aku buat. Rasa bersyukur gila ada blackberry. Walaupun kamera aku dah retak and blakberry ni ada kesan gigi Rayyan, aku kensel la nak tukar Galaxy Note. Berjasa sungguh BB ni.

Sebab tu la kita ni perlukan deadline gamaknya.
Takde deadline tak best ok.
Bila ada deadline baru best glabah-glabah buat keje.
The feeling of berdebar-debar kejap-kejap tengok jam, kejap-kejap tengok jam sometimes adelah perkara yang sangat best untuk dikenang dan digelakkan beramai-ramai satu hari nanti.


Bos aku yang dulu, suka bagi deadline.
And deadline lni memang gap besar. Ada sorang colleague aku ni suka buat keje last minit. Konon lebih produktif. Tapi dia lupa, bila bos tu bagi masa yang lama untuk kau siapkan satu keje, dia tak expect kau submit report setakat 5 helai. So this kawan kena buat sales report untuk instruments side, aku punya bahagian reagents and kits. Instruments lagi la ko kena tunjuk bukti demo, feedback, after-sales service, bla bla bla......sekali dia bentangkan 8 helai je. Bos aku kiraikan sehelai-sehelai report tu depan kitorang semua. Aku yang tengok pun rasa seriau gila. Kalau toreh tangan aku pun tak keluar darah agaknya. Pastu dia suruh kawan aku bentangkan report secara live, no paper and data apa-apa. Sebab dia kata, kalau kawan aku betul-betul ambik masa yang cukup untuk buat report, data-data tu akan ada dalam kepala dah. Pehhhhhhh!!! Aku yang nak terkencing. Cepat-cepat aku kira balik report aku berapa helai ada. Hahah.

Bos aku sengaja je drag-kan presentation tu sampai 4-5 jam. Padahal kawan aku kena fly pi Kuching pukul 6 lebih petang tu. 4.45pm still ada kat opis lagi! Padahal bos aku tau schedule kitorang semua, dia tau kawan aku kena pi Kuching. Kul 5.05pm macam tu kot baru dia lepaskan kawan aku keluar. Dah bengkak-bengkak mata amoi tu kena torture buat presentation. Bos aku cakap dia boleh je hantar aku je pegi Kuching petang tu (macamkan Kuching dengan Kelana Square tu sebelah-menyebelah kan?) tapi dia nak kawan aku pegi jugak sebab nak dia rasa sendiri akibatnya.

Since that day baru aku tau apa maksud deadline.
Deadline bukan sekadar tarikh akhir untuk ko buat submission but lebih dari tu.
Lepas-lepas dari tu everytime bos aku cakap deadline lagi 2 minggu, kitorang mesti mintak "Ala, deadline lusa je la". So that dia takleh expect banyak sebab masa pun singkat. Haha.

Semuanya dia nak tukar


Dulu masa aku kawen dengan En Wan, orang akan tanya "Laki kau orang Trengganu?????"

Sebab kebanyakkan yang aku jumpa, mesti kalau boleh nak elakkan kawen dengan orang pantai timur.
Tak tau kenapa.
Tapi hmm...sejak dah berbelas tahun kawen ni, kadang-kadang aku tau kenapa.
Tapi takyah la cerita kan.
Cuma apa yang boleh aku cakap, semua orang ada "kepelikkan" yang tersendiri. Bukan orang pantai timur saje, bukan orang utara saje, bukan orang selatan saje pun. Sebab "kepelikkan" ni semua atas diri kita sendiri. Kalau kita suka, semua benda jadi mudah.
Tapi kalau dah nama tak suka tu, ko buat la apa pun tetap orang tak suka.
Lama-lama aku dah malas nak argue and pikir pasal hal "kepelikkan" ni semua.

Tapi ada benda yang aku pelik kat En Wan.

Aku heran kenapa dia ni pekat sangat bunyik Trengganu-nya?
Aku tengok Ameng Spring ngan Saleem Iklim tu tang bercakap memang ada la hawa-hawa Trengganu, tapi time nyanyi elok je pun bunyi macam orang Kay El!
Eman Manan tu pun Ganu mari gak, tapi takde bau-bau Trengganu pun kalau bercakap.
Tapi En Wan ni, dia bernyanyi pun bunyi Tganu, dia berbisik pun bunyi Tganu, apetah lagi bercakap. Tidak syak lagi keterangganuannya.

En Wan gi Batam baru-baru ni.
So tadi dia tunjuk kat aku dia belikan T Shirt ni :




En Wan : Abang beli T Shirt untuk Redza ngan adik.


Aku : T Shirt apa?


En Wan : (tunjuk baju T shirt budak-budak kat aku).

Aku : Cute! Abang beli jugak ke?


En Wan : Ni abang punya (sambil tunjuk T shirt putih)


Aku : Hmm...ok.


Aku tak expect dia belikan aku baju sebab dia dah belikan telekung.
Eh, tau-tau ada jugak baju untuk aku.


En Wan : Ni Di punya (sambil keluarkan dari plastik and bukak lipatan baju). I LOVE BATANG!


I LOVE BATANG ok?

Apesal la laki aku ni pelat sangat Tganu dia?

Laki aku ni (aku tak tau la kalau orang Trengganu yang lain), kalau hujung dia takde G, dia gi tambah G.

Contoh : pinggan = pingganG


Kalau hujung ada G, dia hilangkan G tu.

Contoh : kupang = kupaN


Kalau hujung dia ada T, dia tukar jadi K

Contoh : speedmart = speedmarK
 

Kadang-kadang hujung P, dia tukar jadi K jugak.

Contoh : kicap = kicaK


Kalau hujung tu takde kena-mengena dengan huruf G pun sometimes dia akan oter word tu ikut sedap dia.

Contoh : demam = demaN


Kadang-kadang aku tension dengan dia ni.
Dah elok-elok dah perkataan tu kan, tapi dia nak jugakkkkk pi tukar ujung jadi bunyik lain.

Batang pun batang lah bang.
Janji aku paham sudah.
             

2012-03-27

Alert

From: Masitah Abdullah
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Monday, March 26, 2012 5:03 PM
Subject: Mewar-warkan Penipu Online


Salam Diana,
Peminat setia blog u :D, hari hari mesti baca.. (Mukadimah mesti mau upsss kan :D eh..tapi ikhlassss.. hari hari mesti baca....).


Just nk buat pesananan khidmat masyarakat, kalau Diana sudi, tolong war-warkan penipu online ni yang bergiat aktif di facebook:


FB ACCOUNTS: SET NONA ROGUY (But recently dia dah disable wall)


NAMA PENIPU: NOOR AMIRA BT MOHD OSMAN atau SITI HANISAH atau MYRA atau MIA.


Barang Jualan:
Set Nona Roguy, Bengkung, cocoa collagen..etc


Modus Operandi:
Mempromosikan barang secara PM, Mesej dengan menawarkan diskaun menarik, lebih rendah dari harga ahli, seperti set bersalin nona roguy RM280 free postage. Aktif didalam FB persatuan ibu hamil, mengandung, hospital bersalin, dan yang berkaitan dengan preganant lady dekat FB..dan mebi dekat lain lain forum juga...


Nama Samaran/Glemer:
Myra, Mia


Nama Didalam Akaun:
CIMB : NOOR AMIRA BINTI MOHD OSMAN
MAYBANK: SITI HANISAH
 

Pesanan:
Saya telah order set nona roguy dan bengkung dan membuat pembayaran sebanyak RM310 pada 8 Mac.. tapi sehingga ke hari ini, barang yg diorder masih belum terima.. saya PM dia , banyak dolak dalih, kata ada masalah dengan Pos Malaysia, dan janji akan pastikan barang saya sampai.. tapi masihh belum sampai juga hinggalah hari ini..saya ada mesej dia wall dan mendedahkan yg dia sedang menipu, tapi dia dah disablekan wall dia..


Sejak dari itu, saya PM dan share pasal ni dekat wall group FB berkaitan ibu mengandung, dan PM beberapa org yg hantar pesanan kat wall dia supaya takder org yg menjadi mangsa seterusnya.. ada yg memberi feedback ckp masih belum membeli (Thank God) but ada juga yg menjadi mangsa)
harap pesanan ni dapat membantu mommies kat luar sana supaya jangan terpedaya dengan penjual penipu nie.dah banyak org terkena... dan harap takkan ada lagi yang terkena lepas tersiarnya berita ni kat blog Diana.


saya attach kat sini antara conversation saya dengan perempuan tu: (sorry, file tak dapat nak upload. Tak tau apesal), dan bila dah kena tipu baru terjumpa link ini : mereka juga senasib dengan saya

link 1: _https://www.facebook.com/hospitalbersalin/posts/10150667392337786
Link2 :_https://www.facebook.com/hospitalbersalin/posts/10150643836852786


Harap tak akan ada mangsa seterusnya yg terpedaya lagi!!!
Thanks Diana sebab sudi membaca..
Sharing is caring :D


Biar la cerdik sikit

Ok anak-anak.
Makcik baru je balik dari JB ni.
Hari ni demam pulak. Belum masuk opis lagi ni.
Tengahari kang baru masuk opis check shawl.
Nanti dah confirm shawl cukup macam yang semua order (printed shawl), baru acik email mintak payment ok?
Kagum aku dengan budak-budak ni, sampai tanya bila boleh bayar.

 

Baru-baru ni aku gi Tutti Frutti, si Redza sibuk nak beku-bekukan anak tekak.
So aku masuklah Tutti Frutti kat Puchong.
Takde la penuh sangat kedai tu, ada satu family makan kat luar and orang brader makan kat dalam.

Masa aku masuk dalam kedai tu aku nampak sorang budak laki kat kaunter and tepi kaunter tu brader yang 2 orang tu duduk sambil bersembang dengan satu perempuan tengah berdiri. Tapi perempuan tu macam berdiri jauh sikit dari meja, macam nak blah je gayanya. Lepas ambik yogurt tu, aku pi la dekat kaunter buah-buah tu. Dapat la dengar sekali apa brader 2 orang tu sembangkan.

Hek eleh, patut la perempuan tu macam tak redho je berdiri kat tepi, rupanya brader tu tengah jual kote. Mamat kat kaunter tu pun buat muka meluat sambil jeling-jeling. Aku pun apa lagi la kan, berdiri lama-lama sikit kat kaunter tu buat-buat tengok apa lagi benda aku boleh cedok masuk dalam cawan. Tapi lama-lama aku pun nak muntah dengar penjual kote mempromosikan buah pelirnya.

Korang (especially ladies) pernah tak berada dalam situasi dimana ada brader muka dah la tak hensem, cakap pun macam orang mabuk todi, poyo, tapi gigih nak educate kita?

 
Lepas mentekedarah TF, gi lunch pulak kat Shazua d' Corner kat Putra Heights.
I'm wearing AD5


This brader (tapi yang poyo tu brader yang sorang je, yang sorang lagi tunduk makan tutti frutti) aku rasa dalam percubaan mengimpress the lady dengan ilmu-ilmu agama tapi tu la kan, takat "ilmu" je yang ada but tak guna otak buat apa. Kot ye pun nak berdakwah, biar la kena dengan tempatnya. Budak perempuan tu tengah keje kot. Pulak tu dalam kedai ada customer lain. Tak payah la kau nak bagi kuliah asar kat situ.

Aku rasa brader ni bukan paham sangat pun dengan apa dia ceramahkan tu, sabit nak tunjuk bagus je sebab kat dalam tu take orang, so kalau apa yang dia cakap tu salah pun takde orang nak tegur. Budak perempuan tu pun takkan tegur sebab brader tu customer kan, so iye kan ajelah apa dia kata.

Ada ke patut siap bagi pandangan suruh tukar kaler kedai sebab kaler ni suram, tak menarik perhatian customer?? Bodoh eh kau?
Kau tau tak benda ni franchise? Kejadah apa sesuka hati kau nak tukar kaler tema?
Perasaan dia tu macam dia sorang je la yang masuk kedai ni. Kalau dia tak masuk gamak bankrupt kedai ni.

Pastu siap cakap "Kedai ni orang Melayu punya, patut awak letak logo Halal sebab orang Melayu takut nak masuk kedai-kedai macam ni kalau takde logo Halal. Biar orang tau kedai ni Islam yang punya".

Apekah????


Orang yang bila aku tanya nak TF tak? Dia jawab tak. Tapi bila nampak aku terkial-kial nak abiskan TF, terus offer "Meh sini abang habiskan'. Padahal kau memang dari tadi nak kan??



Aku rasa dah ramai dah tau Tutti Frutti ni halal.
Sesetengah TF ada letak logo Halal, ada yang tak.
Tapi Tutti Frutti ni bukan benda baru, dah jadi fenomena dah pun dulu. Masa tu dah ramai dah pi verify-kan halal ke haram benda ni. And satu Malaysia tau TF ni halal. Takpela, brader ni kira bagusla sebab dia perihatin pasal halal haram. Tapi aku rasa kau kurang perihatin pasal isu semasa. Orang lain dah tau dah pasal TF ni halal. Brader ni perasan dia sorang je tau makan Tutti Frutti kot tu pasal kecoh lebih bagi tazkirah pasal halal haram.

Memula tu aku bersangka baik lagi.
Pastu aku tengok cam melalut-lalut cerita pasal isu haram ni sensitif, kalau boleh letakkan bahan-bahan buatan yogurt ni, bla bla bla bla.

Yang tak boleh bla ujung-ujung dia cakap "Lagi bagus kalau pelayan-pelayan TF yang perempuan ni pakai tudung. Bukan ke aurat tu kena tutup".

Wadehellllllllllllllllllllllllllll???

Fine!
Aku tau kau berdakwah.
And dakwah ni tak kira tempat.
Tapi perlulah guna otak sikit.
Disebabkan ramai yang berdakwah tak guna otak la maka ramai juga yang ada pesepsi negatif kat golongan yang suka "berdakwah" ni.
Aku kang kalau buat kuang ajar, mau je aku sound balik brader tu "Bang, time makan takleh bercakap. Dosa!".

Bodoh la pulak aku rasa kau sibuk cakap pasal agama tapi kau sendiri tak menunjukkan contoh. Sambil sumbat TF, sambik bercakap bersembur-sembur. Bagi backhand sekali baru tau.

Ni semua bukan apa ni.
Saje la kan, nak harap kat muka memang takde chan la, jadi kasik test ayat power la sikit.
Perempuan ni pulak semuanya asal tanya nak suami yang macamana mesti nak carik laki yang beriman aje (TDDMKA), so jantan-jantan berkerak ni apa lagi la kan, haruslah keluarkan ayat-ayat cam alim sikit kot-kot la perempuan ni boleh tersangkut. Nak jual telo pun tengok tempat la bro.
Ingat perempuan-perempuan yang keje kat kedai-kedai and restoran-restoran ni bangang sangat ke? Dorang pun ada taste. Dorang pun tau menilai samada kau ni bijak, buat-buat bijak atau bodoh tak boleh diajar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini gamba takde kena-mengena dengan cerita kat atas.
Ni dalam perjalanan ke JB baru-baru ni.
Disebabkan Rayyan dah jadi boss, dia tak kasik abang dia duduk blakang.
Aku skarang ada rasa macam nbak bawak rotan masuk kereta.
Biar senang aku libaskan dua-dua sekali.
Asik bergasak je blakang.
Sudahnya aku kena riba si Redza ni kat depan.



Tapi si Rayyan ni pulak dengki.
Dia pun nak duduk depan jugak.
Last-last, dari Subang Jaya sampai ke JB aku meriba 33 kilo bebanan.

I'm wearing AD10

2012-03-24

Ronda-ronda penatkan badan

Pagi ni buat keje gila.
Buang masa aku je.
Baik aku membuta lagi pekdah.

En Wan ni kalau buat keje adhoc memang hobi.
Asal-asalnya aku ajak dia pi pasar hari ni sebab nanti nak ke JB sampai Selasa, kalau tak gi pasar hari ni, minggu depan konfem me-mamak satu minggu. Tak larat aku. Tetiba je pagi ni ajak pi Putrajaya buat passport Rayyan and renew passport aku and Redza. Ni semua preparation nak masuk Singapore Jun nanti cousin aku kawen.

 
Budak ni skarang dah tak boleh ditinggalkan kat rumah. 
Pantang nampak aku pakai tudung je cewahhh dia pun siap-siap bangun jalan ke pintu. Konfiden je aku nak mengangkut dia sekali.



Padahal imegresen Shah Alam tu ada tapi dia nak pi Putrajaya gak, konon tak ramai orang and boleh biar Rayyan berjalan sebab kawasan lapang. Dah la kitorang memang tak pernah pegi imegresen Putrajaya. Yang si Putrajaya ni pun aku tak paham kenapa Jabatan Imegresen lain, tapi renew passport tempat lain? Bukan patutnya dalam bangunan yang sama ke?

Dua bangunan redah, last-last stop jap pi mamak Ali Tanjung (kot) kat Presinct 18.
Aku kan kalau tengah lapar pastu makanan pulak tak sedap, memang potong terus!
Aku tak paham tukang masak and tukang buat air kat mamak ni. Dari air ke roti telur semuanya tawar. Kot ye pun nak jimat tak payah la over sangat. Teh ais aku tu gamaknya dia letak susu just nak cukupkan syarat kaler jadik macam teh ais je. Rasa macam puki. Ktorang punya roti canai dengan roti telur semuanya tawar. Dah la roti tawar,kuah kari gila jernih sampai boleh nampak tray. En Wan bengang, dia pi mintak kuah kari lain. Kena bayar. Tapi tak kisah la janji aku makan sedap. Sekali kuah kari dia pun macam siapalis jugak. Yang aku heran ramai pulak yang makan situ tu. Sampai beratur tunggu nak bungkus. Konfius.


 



Lepas makan, kitorang redah balik carik tempat renew passport at Precint 15.
Punya la banyak kedai makan kat situ rupanya. Sesalllllllllllllll makan kat mamak.
Tutti Fruitti pun ada. Ingat nak singgah tapi tak bukak lagi. Padahal dah pukul 11.30am.

Rupanya tempat renew and buat passport dalam bangunan dewan.
Motif???

Kiranya kitorang hari ni macam aktiviti ukur jalan kat Putrajaya je la sebab penyudahnya tak buat pun passport sebab nombor dah habis. Aku pandangggggggggggg je muka En Wan. Malas nak sound. Kang kalau aku sound terus dia kensel plan nak makan Black Canyon kang. Panas je hati. Rasa macam nak terbakar tudung aku tahan bengang.


Suka la bergambar sebelah Redza, aku nampak putih. Kahhhhhhhhhh!!

I'm wearing Shawl AD3.
Ada 3 helai je lagi.
Laki aku kan sejak-menjak ni ada satu ketebiatan yang mengundang syak wasangka.
Asik la mengadap iPAD.
Macam khusyuk gila kalau mengadap iPAD.
Selalunya lepas dia layan iPAD tu aku akan check history. Setakat ni memang takde apa yang kantoi la.
Mana la tau kan kot layan porn ke apa ke.
Dulu kalau aku check mesti layan website Ganusoccer.
Dah seminggu dua ni aku tengok macam lain macam je sebab sambil layan iPAD sambil tekan calculator.

Hari tu aku check history...


Hmmmm.....nampaknya dia beria-ia suruh aku renew passport ni macam bukan sebab nak pi cousin aku kawen je ni. Bearing tu macam dah ke arah lain je.

Adoiii.

Aku malas la nak menadah diri naik kapal terbang berjam-jam ni.
Kalau la melancong sambil berjalan kaki ke Vietnam tu adelah satu benda yang dianggap siuman, dah lama aku jalan kaki je.

2012-03-23

Fleur by Mrs Him : Shawl 8

Sorry ye kepada yang email nak book shawl printed sebab semua dah fully booked.
Aku cuma bawak 80pcs je hari tu.
Insyallah shawl tu akan sampai today cuma tak tau la kejap lagi ke, petang ke. Depends la kat custom nak release cepat ke lambat.
Tapi kalau sampai today, aku akan pos Selasa insyallah sebab aku akan ada kat JB this week sampai Isnin.

Ok, ni ada new shawl, ready stock.
Tapi tak banyak.
Kalau nak, terus email aku and aku bagi bank details.


Material : 100% silk georgette 
(bukan polyester georgette ye)
Pattern : Plain
Size : 160 x 57cm

Price : RM33/pc

Email : aveo757[at]yahoo[dot]com



AD1
(maroon + yellow)
SOLD OUT



AD2
(brown + pink + cream)
SOLD OUT


AD3
(green apple + black + white)
SOLD OUT



AD4
(burgundy + vermilion)
SOLD OUT



AD5
(dodger blue +  blue)
SOLD OUT



AD6
(dark brown + light brown)
available 1



AD7
(cyan + violet)
SOLD OUT



AD8
(light blue + turquoise)
SOLD OUT



AD9
(olive green + green)
SOLD OUT



AD10
(tea green + camouflage green)
SOLD OUT




AD11
(royal blue + persian blue) 
SOLD OUT

2012-03-22

White

Awal bulan hari tu aku ada letak status ni kat FB.
Aku mimpi sorang laki yang rupa boleh tahan and aku macam kenal (asal muka hensem je dan-dan macam kenal), tapi tak tau sape. Selalunya kalau mimpi orang lelaki, aku payah nak ingat muka dia bila sedar. But this time aku ingat muka dia camana cuma aku tak tau siapa nama dia.

Dalam mimpi tu dia jadi laki aku.
Macam sweet je dia dengan aku (ewah gatal).
Dia pakai T Shirt putih and short basuh kereta. Siap baling-baling buih pancut-pancut air bagai. Yang aku pun kemain galak lagi menggeletisnya dalam mimpi tu. Bangun tido rasa nak terajang diri sendiri.


 


Puas la dok mikir sape la laki penuh bergaya tu.
Baru petang semalam aku kenal dia siapa.
Tu pun sebab aku melayan cerita-cerita kat YouTube. Sekali klik-klik ehhhh mamat ni????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Munif Isa nama dia.
Dia ada dalam citer BFF.
Tapi aku tak pernah tengok citer ni. Maybe terpandangkan promo kat TV kot tu yang sampai masuk mimpi.
Sweet jugak budak Munif ni (ewah sekali lagi gatal).

Kalau betul la dia ni macam apa yang aku mimpikan tu, maka silalah dengki khianat dengan aku.
Sebab dalam mimpi tu dia memang gila sweet. Gila romantik. Siap lari-lari peluk aku lagi. Hahahahhaha.
Ni kalau En Wan terbaca mau kensel aktiviti malam ni.

Tapi kan, aku selalu mimpi lelaki yang ada sangkut paut dengan 'putih'.

Masa aku mimpi berdating dengan sorang laki (before kawen) pun laki tu pakai baju and seluar putih.
Ada satu kali dulu aku pernah mimpi AC Mizal. Ni pun kategori putih gak ni. Cuma yang aku tak paham kenapa mesti AC Mizal? Aku lagi rela mimpi Man Belon.
Pastu ada satu masa dulu aku mimpi kena simbah dengan tsunami tapi ada sorang laki tinggi pakai baju putih tangkap aku and bawak aku ke darat. 
Yang kes baru-baru ni pulak Munif. Walaupun dia tak berapa nak putih tapi dalam mimpi tu dia pakai T Shirt putih.


Kenapa putih???
Perli aku ke apa?

Inferiority Complex

Kejadian plagiat yang baru-baru jadi ni buat aku seriau.
Masa jadi kes-kes yang sebelum ni takde rasa risau sangat sebab bila aku kantoikan dorang kat blog, esok sure dah meruyup hilang the blog. But this time, adoyainyepunnnnnnn. Sengkak kepala aku pikir.

Ada jugak aku tergerak hati nak disable right click dulu, tapi aku cuba untuk tidak menjadi poyo. Kang orang cakap baru 1-2 kali kena plagiat dah glabah nak disable right click, kau ingat blog kau hot?
But bila kali ni terkena, memang terus aku disable.
Tapi belum disable gambar lagi.
Kalau tak boleh, maybe kena letak watermark jugak la pasni.

Kagum aku ada orang yang gigih berusaha untuk jadik orang lain.
Tapi tu la kan, sayang. Nak plagiat pun takat blog aku je. Cuba ko plagiat blog Azwan Ali. Mesti lagi famous sekejapan. Silap-silap masuk Melodi terus.

Those yang dok plagiat-plagiat blog orang lain ni sebenarnya bukan saje low self esteem malah takde misi dalam hidup. Misi dia cuma takat nak jadi femes. Tu je la pun. Bak kata Azza "I don't mind. Janji popular".
Pftttt.

Kot ye pun nakkan limelight biar la dengan cara yang bermaruah sikit.
Tak pernah de aku tengok orang yang tiru orang lain ni akan kekal popular.
Contohnya Siti Nurhaliza (Dato'). Berapa ramai manusia yang ciplak suara dia dulu?
Mana pegi dorang tu semua skarang?

Ciplak menciplak ni sebenarnya keje separuh siap.

Macam kes Siti Nurhaliza, kau hanya boleh tiru suara dia. Tapi kau takkan boleh tiru kecantikkan dia, pekerti dia, hati dia. Tak boleh punya (eh baik pulak hati aku hari ni puji Siti. Haha)

Same goes to plagiat blog, kau hanya boleh tiru gaya penulisan. Tapi kau takkan boleh tiru cara pemikiran.
Jadi jangan buat la keje tiru-meniru ni. Dapat penat je nanti.
Baiklah ko applykan kegigihan tu kat tempat lain.
Tang gigih tu dah bagus dah.
Saluran tu je yang salah.


Kan ke lagi bagus kalau kegigihan yang sama tu kau applykan pada diri kau sendiri supaya kau menjadi special?
Masa jadi kes Zara dulu aku rasa macam budak ni sorang je yang saiko, takkan ada lain dah. Eh tau tau ada lagi. Pastu ada lagi, then ada lagi. Memang ramai betul yang sakit jiwa kat Malaysia ni.

Yang heran tu dorang boleh rilek je menipu orang lain macam takde apa-apa.
Macam la kalau kau ambik personaliti orang lain maka hidup kau akan jadi macam orang tu jugak. Takde de.
Sampai ke sudah la kau berangan. Orang yang kau tiru tu dah sampai ke mana-mana, yang kau dok situ tak gerak-gerak. Plis la ye anak-anak, jangan aniaya orang boleh tak?
Kot ye pun nak carik keseronokkan dunia biar la yang senonoh sikit.
Memang la benda ni tak se-berdosa tak pakai tudung (bak kata ada manusia tu la kan..), tapi dosa jugak kan kalau aniaya orang? Kalau orang tu tak maafkan ko sok, mau merangkak nak mintak ampun kang.

Dalam kes aku ni, since the blog dah pun di-delete-kan, maka aku takkan buat report.
Takyah la public apology, aku pun paham. Kalau dah sampai delete blog tu maknanya ko sedar la ko dah buat salah. Aku anggap settle je la sudah.
But itu cuma kes aku.
Yang kes model tu,pandai-pandai la ko settle dengan dia sebab she can use bukti-bukti yang ada dalam blog aku ni untuk buat report.

Tak susah sebenarnya nak settlekan isu-isu macam ni.
Kalau kita salah, kita mengaku.
Kalau taknak mengaku skarang pun, esok-esok di SANA kita kena mengaku jugak.

2012-03-21

I also can be jahat if you want...








You know what I hate, Darling?

LIARS.

Sehingga ke saat ini aku tak nampak apa motifnya watak Mischa ni kau wujudkan. Tak pasal je ada orang kena fitnah. Dah elok-elok aku sorang yang jadik mangsa, tetiba je dah jadi dua orang (walaupun aku tau ramai lagi mangsa yang tak tau dorang juga terlibat dalam ini gambar).
And yang paling aku tak paham kenapa kau beria-ia kata itu bukan blog kau sebab sehingga sekarang takde petunjuk yang menunjukkan blog tu bukan kau yang tulis.

Aku ni takde orang kenal.
So kalau kau curi personaliti aku pun maybe takde orang ambik port.
But this Mischa, kau bukan saje ambik identiti dia tapi kau dah fitnah dia. Tak pasal-pasal je kan?

So now, Mischa pun dah bersuara, jadi KONFEM "kawan" kau tu sebenarnya tak wujud.
Oh plis don't tell me "kawan" kau sebenarnya nama dia Rohani binti Abu tapi kat FB dia guna nama Mischa and jugak gamba Mischa. Plis, aku dah tak larat nak hadap isu budak-budak tak matang macam ni.

Kau tau apa yang harus kau buat.

Don't!!!!

Entry semalam tu aku takde la marah sangat sebenarnya.
Mungkin sebab dah banyak kali terkena.
Cuma aku nak warn je supaya tak payah la buat keje yang bangang-bangang macam ni.

Malam semalam, ramai yang email aku cakap that lady dah up-kan satu entry yang blog-nya telah di-hack.
Hmm..ok.
Eventho aku rasa a bit funny kat situ.

 

Yang ayat kaler kuning tu I pressume statement dari tukang hack yang telah membagitau dia (thru email?? sms???) yang tukang hack saje mengetest power meng-hack blog orang (blog dia).
And the red color tu pulak statement yang that lady tulis untuk membagitau blog dia telah kena hack.

Come-onnnnnnnnn.
Blog kena hack and you didn't even notice pun walaupun kejap-kejap kau update blog?? Seriesly???????

Oh by the way, baiknya tukang hack siap tukar sleng Tganu jadi sleng utara.
Siap tukar nama anak aku jadi nama anak kau kan.
Gila baik hati hackers ni.

Tetiba pagi ni check FB ada mesej dari that lady.



Ohhh kawan baik rupanya yang CREATE THE BLOG FOR HER and ADA PASSWORD (of course la "dia" ada password. Dah sah-sah "dia" yang create the blog).

Biar betul sikit kawan kau ni.
Rajin gila dari Dec 2010 buat blog and update-kan hari-hari untuk MEMALUKAN kau?
Hmm...interesting jugak.

But yang lagi interesting is when you claimed 'TAK TAU NAK CARIK EMAIL AWAK KAT MANA'.

Hello lady, you know you are in my frens list.
Kau boleh senang je nampak email aku kat INFO.
And mungkin jugak this lady terlupa yang sebenarnya dulu dia ada tanya pasal macaroni cheese and aku mintak dia masuk blog aku untuk tengok gamba. So you know my blog. I know you read my blog, otherwise mana kau tau aku up entry pasal plagiat?
Kat blog aku tu kalau click profile, tersergam indah email address aku. Boleh kata lagi tak pandai nak carik??

By the way, kalau betul "kawan" dia yang create the blog untuk malukan dia, so why the hell "kawan" dia pi delete semua entry yang di-plagiat? Why must "kawan" tu nak delete?
If betul "kawan" tu nak malukan kau, she should biarkan je entry tu kat situ so that kau lagi malu.

And kenapa mesti "kawan" tu create an entry bagitau blog kena hack???
Kalau aku buat blog untuk malukan orang lain, aku takkan susah-payah nak letak entry "Ohh, sorry ye. This blog has been hacked".

Wadehel nak buat macam tu?
Dah sah-sah aku nak malukan kau, lantak la kau kan.



And this link she gave me...???

This FB link milik MISCHA LUVRIELA.
Duduk kat Penang.
Asal JB.

Tapi kenapa eh aku rasa macam FB page ni di-create oleh someone untuk seek attention?
Sebab dalam gambar-gamba FB ni, semua gamba MISCHA alone yang mungkin dicilok dari mana-mana.
Tetiba aku teringat kes Zara Zarith a few years ago.
Kes macam ni la, guna gamba orang lain untuk tarik perhatian orang.
Siap berchat, bersms, bercall tapi tak sorang tak pernah jumpa dia.


And yang lagi funny, dalam FB ni, ada video MISCHA.
Terang-terang MISCHA ni kata "Hi, I am Mischa from PARIT BUNTAR".
So mana datang the JOHOR BHARU tu??



Tetiba je ada album anak dia dalam FB MISCHA ni.
Sayang gila kan Mischa dengan anak dia sampai takde gamba orang lain dalam FB dia melainkan anak budak ni. 
Tapi kata dah putus kawannnnnnnnnnnnnnnn. 
Takkan MISCHA ni nak simpan anything related to kau kot.

Oh maybe MISCHA ni sukakan budak-budak kecik agaknya.





Tapi aku jumpa ini!

This page also milik MISCHA LUVRIELA.
Akan tetapi ada peliknya kat sini.

This MISCHA, ejaan dia MISCHA LUVRIELLA (with two Ls).
And ini bukan FanPage but Personal Page.
Kawan-kawan dia pun belum sampai 5000. So why did she bukak another FB kalau fren yang ada skarang pun belum cecah 5000? Suka-suka eh?

I believe this LUVRIELLA (with 2 Ls) adelah page sebenar dengan orang yang sebenar.
The other Luvriela is poyo-poyo one.
You think someone with reputation ada keje nak buat blog jatuhkan orang? Rajin pulak tu update hari-hari.
I don't think so.
She has reputation nak jaga. She is a model. She's busy marketing herself. I don't think dia nak buat keje bodoh macam ni after all the hardwork yang dia dah usaha untuk jadikan dia terkenal. She doesn't need publisiti cikai.

By the way tadi aku search pasal Misha Luvriella ni and aku dapat bercakap dengan satu agency yang pernah shoot gamba dia. This agency yang bagi this link. Dia kata dia tak berani nak bagi aku her number so dia kata apa-apa aku boleh berurusan dengan Mischa kat FB.

:)

Please dear, jangan buat benda-benda macam ni.
Keje menipu ni keje yang berat.
Banyak benda ko kena pikir, banyak benda ko kena adjust sebelum kau menipu.
Silap haribulan makan diri.
Aku tak tau apa motif kau buat macam ni. Aku penat la layan benda-benda macam ni.
Aku harap kau bahagia je la.