2016-09-30

Azizan Osman jual air liur.


Ada orang tanya aku pasal kes (Dr?)Azizan Osman.
Hangat nau nau kes ni.
Aku pun baru tau semalam. Nampak berjujuk orang dok share statement UM tu kat newsfeed.
Lepas tu barulah aku tau rupanya orang dah lama berkisah tentang isu PhD dia, aku je tertinggal keretapi.

Aku pun sebenarnya dah tak tau apa isu sebenarnya yang masyarakat nak dia settlekan ni.
Adekah isu title Dr beli?
Ataupun isu kenapa seminar dia harga mahal?
Ataupun apa status rezeki dia adakah halal atau haram?

Konfius.
Macam dah bercabang-cabang pulak isunya sekarang.
Kalau nak ikut kefahaman aku, point asal adalah untuk pastikan title Dr dia tu asli atau tak je, kan?
Ok kalau macam tu kita fokus kat situ je lah.
Walaupun aku rasa macam isu ni akan merebak lebih daripada isu title.

Aku tak pernah bagitau kat blog rasanya yang aku adalah student (Dr?)Azizan.
Tapi aku baru pegi 3 kelas dia je.
Pastu aku stop sebab dah busy sangat.

Ok, kalau tentang isu title tu, rasanya by now dah clear UM, KLIUC and UKM dah buat statement yang nama dia takde dalam senarai.
Tetiba tadi nampak ada orang share yang diploma dia kat UiTM Lendu pun rupanya takde.
Katanya dia fail/kena buang. Entah aku lupa apa yang aku baca tadi. Boleh carik balik kalau rajin.

Jadi, bila universiti pun dah buat statement, rasanya kita pun dah boleh agak yang PhD dia tu tak pernah ada.

Mungkin dia dah tersilap langkah.
Dia pun mungkin tak sangka dia akan berada sampai ke tahap ini. Jutawan.
Agaknya dulu dia plan nak gunakan title Dr masa awal pembabitan dia nak berbisnes motivasi hanya untuk gather crowd.
Orang kita kan lebih pandang manusia ber-title.
Kalau yang takde title Dr, takde title Datuk, selalunya kurang sikit nak dapat perhatian.
Bila ada title Dr, orang percaya sikit.
Disebabkan manusia demand for tittle, jadi dia pun gunakan title untuk tarik crowd.
Tanpa dia duga bisnes dia boom, sehingga dia jadi famous dan disegani macam sekarang.
Nak patah balik, dah payah.
Jadi, dia teruskan.

Itu andaian aku lah.
Kalau andaian aku ni betul, maknanya itu kesilapan yang dia sendiri tak jangka.

Kesilapan sebenar dia adalah bila dia tak berhenti-henti dari buat 'PhD'.
Sepatutnya dia kekal dengan 1 'PhD' saje. Jangan ditambah-tambah.
Bila banyak sangat, orang akan start korek.
Nak jadi cerita, dia gi petik local uni pulak. Tu yang jadi hangat tu.

Menambahkan hangat bila universiti keluarkan statement.
Bukan 1 tapi 3
Rasanya kat situ je pun kita patut dah boleh 'puas' dengan pendedahan tu.
Cuma, biasalahkan.
Nak taknak, kita nak dia confess juga, mengaku depan-depan yang selama ni dia tipu title.

Ok, katakanlah lepas ni dia confess.
Boleh ke masing-masing move on atau akan ada suara-suara yang nak kaitkan pulak dia dengan isu-isu lain?
Sebab sepatutnya kalau dia dah confess, isu ni kira settle kerana dari awal pun memang itu point yang kita bangkitkan. Sepatutnya dah takde dakwa dakwi lagi dah pasni kalau dia confess.

Aku bukan apa.
Aku takut kalau dia dah confess, orang masih tak puas hati lagi.
Biasa lah, manusia. Selagi orang yang bersalah tu tak betul-betul dijatuhkan sampai tersembam menyambah bumi, selagi tu dia tak puas. Kalau boleh, nak bunuh terus. Baru lega.

First thing yang kena clear cut kat sini, penipuan tetap penipuan.
Aku as bekas pelajar dia rasa terkilan jugak dia tipu title.
Tapi personally, aku tak rugi apa-apa.
Apa yang dia ajar is good, aku takde masalah dengan content seminar dia.

Dan dia kena jugak say sorry bila dia kata "kelayakan akademi tinggi-tinggi tak penting", something like that. Sebab lain orang lain rezeki. Lain orang lain kemahuan. Tak perlu cakap macam tu.

Dan satu lagi yang aku tak suka cara dia 'paksa' orang attend course dia.
Dalam kelas terakhir dia yang aku attend, sebelum bersurai macam biasa dia akan promote next class.
Aku ni pulak bangsa kalau aku nak, aku nak.
Kalau aku taknak, kau jangan susah-susah lah paksa sebab aku memang takkan nak punya.

Jadi kat kelas tu dia tanya siapa yang tak boleh attend next class, angkat tangan.
Aku tak angkat sebab aku malas nak berdolak-dalik dengan dia. Aku act as if aku akan join padahal tak.

Ada yang jujur pi angkat tangan.
Ada sorang pompuan ni cakap kewangan tak mengizinkan, kena tanya suami dulu sebab kelas yang dia pergi sekarang pun pinjam duit suami, suami nak dia buktikan dulu berjaya baru boleh pergi next class.
Azizan cakap nak berjaya kena bertindak sekarang, kalau nak, kena usaha cari duit.
Masa tu aku dah rasa this is not right.
RM5K bukan mudah untuk semua orang.
Jangan sampai ada laki bini bergaduh sebab nak pegi seminar.
Tapi masa tu aku diam je la, sebab aku memang tau dah aku dah dapat apa aku nak, dan aku dah nampak apa aku nak buat.

Itu jela kot yang aku tak berkenan.
Tapi aku faham, dia orang bisnes.
Approach orang bisnes ni berbeza. Mungkin itu cara dia. Dan aku tak setuju dengan cara tu.

Sebenarnya, apa yang dia ajar kat seminar tu ada je dalam buku.
Cuma tau tak kat mana kebijaksanaan Azizan Osman ni?

Dia berjaya menjadikan masalah sebagai satu peluang.

Apa masalah orang kita?

Masalah orang kita adalah malas membaca.
Taunya baca tajuk dan buat andaian,
Suka tengok gambar je.
Caption pun kadang malas baca, lagikan nak baca isi.

Bila dia tau ramai yang malas baca, di situ dia wujudkan peluang untuk dia buat seminar.
Azizan Osman ni rajin membaca.
Jadi dia punya bisnes macam ni : Aku baca buku - aku pahamkan - aku ajar kau.
Itu je bisnes dia sebenarnya.

Masa aku masuk kelas pertama dia, aku skip satu sesi.
Aku balik rumah, tido.
Bukan sebab boring. Seminar dia tak pernah boring.
Aku skip sebab aku tau apa dia nak cakap. Sebab point yang dia nak highlite sesi malam tu aku dah pernah baca dan dah pernah apply pun (dia ada bagi buku masa registration, so kita boleh tau apa tajuk seterusnya).

Esok pagi, masa sesi seterusnya orang sebelah aku nampak page aku kosong (page yang belajar sesi malam). Dia tanya "Tak salin ke?". Aku jawab aku tak datang, sakit perut. Aku tengok member sebelah salin penuh sampai kat bawah-bawah penuh nota.

Honestly, tajuk yang dia ajar malam tu aku dah tau.
Sebab aku banyak baca buku bisnes and motivasi.
Sometimes ayat-ayat yang Azizan guna masa seminar aku dah biasa dengar/baca.

Itu kelebihan Azizan.
Dia tau identify masalah dan tukarkan masalah kepada peluang.

Selepas kelas ketiga, aku dah agak yakin untuk tak perlu datang ke seminar dia lagi.
Sebab tiga-tiga kelas dia aku attend, banyak point yang aku dah tau.
Cuma lebih bagus bila attend sebab boleh menambahkan kefahaman aku.
Sebab bila kita baca, kita baca sorang.
Bila kita dengar seminar, kita mendengar pulak macamana orang explain jadi dari situ kita boleh pastikan samada apa yang kita baca tu kita faham dengan betul atau tak.

Dalam seminar dia tu ada benda yang aku tak berkenan.
Ada pendapat dia yang aku tak terima.
Ada kata-kata dia yang aku rasa tak patut dia keluarkan.
Tapi itu biasa.
Sebab syarat menuntut ilmu, haruslah berlapang dada.
Aku pegang pada syarat tu. Ambik mana yang aku rasa aku boleh apply. Yang tak boleh jangan ambik.

Bodoh atau tak bodohnya aku attend seminar dia, sukati orang nak nilaikan apa.
Aku attend because aku nak tau apa yang dia nak sampaikan, aku attend sebab aku nak create network, aku attend sebab aku nak tengok aku di level mana berbanding orang lain.
Sometimes, bila kita berada di kelompok yang berjaya, kita akan terdorong untuk ke arah tu.
Takde lah kita bisnes syok sendiri.

Cuma pemahaman orang terhadap seminar dia pun salah sebenarnya.
Kebanyakkan yang datang mengharapkan miracle.
Ada sorang pompuan tu, masa aku attend kelas pertama, dia duduk sebelah aku.
Dia cakap dia dah kali ketiga attend kelas ni.
Aku tanya dah ambik 3 kelas, atau tiga-tiga kelas yang sama?
Dia cakap tiga-tiga kelas yang sama.

"Apesal ambik kelas yang sama sampai 3 kali?"

"Sebab nak fahamkan balik apa yang dia ajar"

Aku dengar macam hmmm...susah nau ke kelas si Azizan ni sampai 3 kali kau datang.
3 kali maknanya 3 tahun tau sebab setiap kelas keluar setahun je.
Bila aku dah habis kelas, aku faham kenapa ada yang datang berkali-kali.
Kebanyakkan yang datang berkali-kali tak faham apa perlu dia buat.

Kebanyakkan yang datang mengharapkan lepas join the seminar, bisnes kau akan meletup-letup kebabom.
Bila bisnes tak jalan, kau mula salahkan orang lain.
Kau cakap dia buat duit guna air liur semata-mata.
Of cos la dia guna air liur bang, dia bisnes buat seminar.
Kau bisnes apa? Kalau kau bisnes jual tudung takkan nak guna konsep jual airliur jugak. Bisnes tudung gunalah approch lain. Jadikan apa yang dia cakap tu sebagai panduan saja.

Sebab apa seminar dia mahal?

Sebab fitrah manusia takkan hargai benda free.
Bila seminar tu seminar free, kau akan tengok orang kejap-kejap keluar masuk keluar masuk dewan.
Sebab dia rasa dia tak rugi apa-apa.
Tapi kalau dia sedar dia bayar beribu, dia akan appreciate ilmu dan masa.
Sebab tu Azizan buat macam tu.

Azizan memang banyak tekankan tentang solat, puasa sunat, berbakti pada mak bapak.
Benda-benda biasa je.
"Aku pun tau benda macam tu"
Memang la tau. Tapi buat ke tak?
Tahu dan buat adalah 2 benda berbeza.
Kebanyakkannya hanya tahu, tapi tak buat.

Of cos blaja dengan ustaz, ustazah pun boleh dapat motivasi.
Isinya sama macam yang Azizan ajar. Murah pun murah.
Tapi persoalannya, kau pergi ke tak?
Ceramah agama penuh motivasi yang free kat YouTube pun orang taknak dengar.
Ustaz ni macai lah, ustazah tu macailah.

Sebab manusia ni penuh dengan alasan.
Free talk - "takde masa nak pergi".
Paid talk - "Siapa bagi talk? Tak terkenal pun?"
Speaker kelayakan biasa-biasa je, title Puan je - "Boleh percaya ke?"

Sentiasa ada excuses dan soalan yang perlu dijawab.
Jadi sebab itu Azizan letakkan harga. Supaya masing-masing appreciate duit masing-masing.

Jangan harapkan magic.
Magic takkan berlaku kalau kita tak bergerak.
Seminar dia tu hanyalah medium untuk orang yang malas membaca (no offense).
Jadi, Azizan 'bacakan' supaya korang takyah baca buku dah. Simple.
Tapi nak kaya kau kena gerak lah.

Tapi tak semua yang datang ke seminar dia jadi jutawan pun.
Itu menunjukkan semua kena ada usaha sendiri.
Bukan seminar dia yang jadikan korang jutawan, tapi dia tunjukkan jalan how to.
Selebihnya pandai-pandai sendiri.

Dulu pun aku ingat semua yang pergi seminar dia jadi jutawan.
Until aku dengar salah sorang peserta hot seat dia bagitau sales bulanan RM150K, aku macam huh?? RM150K je?
Ada yang lower dari tu, apa ntah satu brand tu, RM70K je sebulan.

Nampak macam hek elehhhhh. Takat RM70K.
Tapi entah-entah dulu 10K pun tak penah jejak alih-alih now dapat rasa RM70K. Tu dah kira pencapaian.

Aku tak kata semuanya berjaya kerana Azizan Osman. Memang bukan kerana dia pun.
Kita semua bila dah berjaya masing-masing kata itu usaha sendiri. Itu biasa lah.
Tapi aku akui dia berjaya sampaikan ilmu yang dia tahu melalui pembacaan dan pemerhatiannya dengan berkesan sehingga buatkan orang lain mahu berubah.

Deep down inside aku harap sangat Azizan Osman buat confession yang dia tipu title, that's it.
Penipuan tetap kena banteras.
Aku yang tak pernah buat PhD pun menangis-nangis buat research.
15 jam aku duduk lab extract DNA sekali masa run gel boleh la pulak black out. Macam nak bakar lab je rasa.
Jadi, aku faham kenapa those yang ada PhD bengang bila Azizan tipu title. The journey bukan mudah.

Dan penyokong-penyokong tegar Azizan Osman pun jangan lah tutup hati tu.
Benda yang salah cakap salah, yang betul kita akui betul.
Kalau dia mengaku pun bisnes dia takkan effect apa-apa. Silap-silap lagi boom.
Sebab database dia kurang-kurang dah ada 600,000 nama peserta.
Kalau dia jual database tu kat syarikat telekomunikasi pun kurang-kurang 20 juta dia boleh dapat.
Database aku baru 21,000. Kah Kah Kah.

Bila kes Azizan ni timbul, aku teringat Sang Nila Utama.
Masa dia nak ambik PhD, aku tanya dia apesal nak ambik PhD?
Dia dah ada title dan bisnes yang tak memerlukan dia ada PhD. Dia dah pakar dalam bidang dia tu.
Tapi dia cakap "I nak guna title Dr bila perlu".
Sebab dia kata ada some meeting yang dia attend, walaupun apa yang dia cakap tu betul, orang akan pandang lekeh dan sentiasa KIV-kan usul dia.
Kalau yang ada title Dr ni bagi pandangan yang ntah hape hape orang lain beria bagi tumpuan.
That's the only reason kenapa dia ambik PhD. Dia nak suara dia didengari.

Sang Nila Utama buat a few namecard.
Yang hanya Encik.
Yang hanya ada Ir.
Yang ada Ir Dr.
Dia keluarkan namecard ikut keperluan persekitaran.
Jarang dia pakai title Dr kecuali nak gertak orang. Hahaha.

Aku yakin itulah jugak reason kenapa Azizan Osman tipu title Dr.
Dia nak suara dia didengari.
Sebab walaumacamana sekalipun kita kata title tu tak penting, sebenarnya kita-kita ni jugaklah yang letakkan keyakinan yang lebih pada orang yang ada title.


2016-09-29

Honest


Semalam aku handle satu technical emquiry. Takde lah susah sangat soklan dia, tapi sebab staff aku tak berapa sure how to respond jadi aku ambik alih. This lady is and Indian lady yang interested dengan GreenAard GC Plus. Excuse my not so PBB-english-type :






Puas.

Walaupun secara zahirnya nampak macam aku hilang satu bakal pengguna GreenAard, tapi aku puas bila aku dapat educate dia not to worry about her current body weight. Lagipun, this lady tak dikira sebagai potential customer pun, sebab takde reason untuk dia beli GC Plus. Setakat excess 1kg, try stop makan sehari, insyallah kembali ke berat ideal. Happy bila dia appreciate kita tak paksa dia beli something yang dia tak perlukan.

Honest.

Inilah yang aku maksudkan dalam FB status aku yang lepas, tentang vacancy yang akan aku buka next year (insyallah). Aku perlukan orang yang boleh respond to this type of enquiry and yang penting honest with what you sell. Baik staff, mahupun agen, please, jangan semua benda kita tabur 'boleh'. Kalau dah dia tak perlu ambik, tak payah suggest untuk ambik.

Maybe ini jugaklah reason kenapa GreenAard tak pernah keluarkan statement pencarian agen "Jadilah agen GreenAard, you all boleh dapat sebulan RM3k minimum".
Aku taknak agen ramai tapi semuanya jual for the sake of making money only.
Sebab tu lah agaknya kalau aku duduk kat booth GreenAard, tak ramai yang berjaya beli.
Kalau aku tengok orang tu jatuh under kategori tak boleh beli, aku takkan bagi beli.

En Wan kata aku bisnes woman yang pelik sebab orang nak beli produk, aku tak kasik.

Bukan tak kasi beli.
Tapi buat apa dia beli kalau produk tu dia tak perlukan.
Sebab aku tau produk tu takkan beri kesan kat dia kalau dia guna pun nanti.

Dulu, walaupun aku handle sales and marketing yang ada monthly target, aku suka fight deal guna technical. Aku tak suka win deal dengan price fight. Menang sebab harga adalah tak puas. Macam tak menggunakan ilmu yang aku blaja bertahun-tahun pulak kalau menang sebab price fight.

Dek kerana lebih sedekad stuck dalam technical line, kadang-kadang aku terikut-ikut dengan kebiasaan membeli barang dengan bertanya tentang technical points. Sampai terlupa nak tanya harga.
Aku dah terkena sekali masa beli mosturiser SKII.
Menonong je aku pi kaunter cakap aku nak cari krim yang ada ni, yang boleh bagi skin aku macam ni, macam tu, macam ni, macam tu - lepas tu aku terus bawak pi kaunter. Sekali RM500+. Kah Kah Kah. Padan muka aku. Seb baik dalam bank ada duit oiii. Kalau tak, biru muka aku depan kaunter tu.

Ramai yang risau badan berisi.
Aku dah tak tau camana lagi nak explain yang BERISI itu adalah sama sekali tak sama dengan GEMUK.
Aku ni kalau nak ikutkan dah kategori berisi dah. Tapi tak gemuk pun sebab borderline aku 55kg.
Kau nak kurus melidi sampai melengkung badan kau nak buat apa? Ko nak jadi model ke. Kalau nak jadi model pun kau takkan boleh jadi melidi hanya dengan makan GC Plus. Sebab GC Plus ni untuk capai ideal weight je. Kalau kau nak melidi samada kau jangan makan lansung, atau pi buat exercise kaw-kaw. Tu pun belum tentu kau akan melidi. Sebab Kevin Zahari cakap "Bersenam belum tentu boleh kuruskan badan, tapi kawal makan memang akan kuruskan badan".

Kawal makan tu kawal yang macamana?

Meh sini aku tunjuk jadual menetekedarah aku :



Ce tengok, adekah aku menahan lapar?
Tak pun.
Hampir setiap meal aku mentekadarah kaw-kaw. Yang 22 Sept tu siap nasik lemak 2 servings lagi. Buruk lantak. Tapi nak kurus.
Yang mana aku tulis nasi, maknanya aku makan nasi. Yang takde tulis nasi, maknanya aku ratah lauk je. Tapi ratah sampai sendawa okeh. Hahahah.

Aku ambik healthy food.
Ada la satu dua meal aku ambik fast food and cekelat.
Tapi most of the time aku ambik healthy food. Aku tak ambik jajan-jajan sangat.
Kek-kek, eskrim, kuih-muih aku tak hadap hari-hari. Sebab konsepnya, kau jangan berlapar.
Kalau kau tak makan cekelat and eskerim, adakah kau akan lapar? Tak kan.

Makan bila perlu.
So, yang korang nak ikat perut tu dah kenapa?

Kebanyakkan yang ambik GC semua nak turun 10kg seminggu.

Halooooooooo!

Berat badan yang sihat cuma turun 400-900g seminggu je.
Tau tak apa jadi kalau berat badan kau turun mendadak?
Ia akan bagi efek kat kulit.
Kulit kau akan menggeleber. (ini aku akan cerita kat episod lain macamana dia jadi macam ni).
Bila berat badan kau turun slowly, badan kau akan ton lebih kemas.

Of cos berat akan ada turun naik.
Macam weight tracker aku ni pun, ada yang sampai naik nak kat 2kg.
Tapi jangan lah panik.
Of cos berat akan naik turun sebab kau bukan tak makan lansung. Kau makan hari-hari.
Macam aku, aku makan kaw-kaw, maka lojik lah kalau berat tak turun tak banyak. Tapi naik pun tak banyak. Tapi GC Plus bantu aku untuk maintain. Kalau nak ikut cara makan aku tu patutnya naik lagi banyak.
So marilah jangan panik sangat. Be realistik.

Macam berat aku ni memang payah nak turun kalau setakat makan GC Plus sebab aku dah memang kat healthy weight. Melainkan aku nak benar-benar slim macam zaman anak dara dulu, aku kena cut makan and do exercise kaw-kaw. Tapi, tak perlu. Malas.
That's why aku tak suggest kat Indian lady tu untuk ambil GC Plus.
Sebab aku tau produk tu takkan bagi efek sangat kat dia sebab dia dah memang range ideal weight.



Ni harga untuk booth esok di VSCO FESTIVAL KILANG BATERI JB.
Jumaat hingga Ahad.
En Wan and the boys ada kat sana.
Aku kat opis je ngan anak-anak dara.



Tadaaa!!!

Makeup Remover GreenAard akan di-launch kat VSCO FESTIVAL JB.
Siapa beli kat sana untung sebab dapat harga booth + harga introductory = RM35/botol.

Ini bukan liquid or oil based macam kebanyakkan makeup remover kat Guardian tu ya.
Yang ni foam based. Kalau nak bawak dalam henbeg, takde kebarangkalian untuk tertumpah.



Ni aku tunjuk demo dulu.
Kalau tangan terconteng pen, sometimes, lepas mandi walaupun dah bersabun, kita terperasan, eh, kesan pen ni still ada? Tapi kalau pakia MakeUp Remover ni, tak perlu genyeh kuat-kuat dengan kapas pun, kau gosok urut-urut kat situ, dah tanggal. Yang penting, tak berminyak.

Kalau nak beli secara online, kita open Selasa depan.
This week, hanya open utk VSCO FESTIVAL saja.



2016-09-28

Jangan takut untuk jadi berbeza


Semalam ada orang share status tentang isteri dia ditegur oleh seorang makcik kenapa solat tak pakai telekung. Makcik tu pulak pi rekod hamba Allah tu bersolat - agaknya nak tunjuk bukti macamana rupanya hamba Allah ni bersolat tak pakai telekung.

Ok, ada 2 kemungkinan kat sini :

1. Makcik tu beranggapan kalau nak solat mesti pakai telekung. Mungkin makcik ni belum sampai Mekah lagi sebab tu dia tak pernah nampak situasi 'pelik' macam tu.

2. Hamba Allah tu tak pakai pakaian bersolat yang betul. Mungkin menutup aurat tapi masih menampakkan bentuk badan, sebab tu makcik tu tegur.


To be fair to that makcik, ok aku rasa makcik tu adalah sezaman dengan nenek-nenek kita.

Orang sezaman nenek-nenek kita ni dilatarbelakangkan oleh keadaan orang-orang yang belum tersentuh oleh ’hijab’. Yang zaman mudanya siang malam pagi petang berkebaya. Jadi bila nak solat konfemlah kena carik telekung.

Majoriti wanita Islam kat Malaysia dulu belum kenal ’hijab’ atau pakaian syar'i yang diwajibkan dalam Islam. So, everytime nak solat, dorang 'cipta' pakaian baru yang boleh dipakai tanpa perlu tanggalkan pakaian harian. Maka lahirlah TELEKUNG yang disesuaikan dengan syariat - labuh sampai menutup kaki, longgar, tak menonjolkan lekuk badan, hanya nampak muka dan tapak tangan dan berwarna putih yang represent 'kesucian ibadah'.

Kebanyakkan orang (yang tua-tua especially) masih beranggapan kalau nak bersolat mesti kena pakai telekung.

Tapi takpe, kasik dia layan video UAI ke, MAZA ke, Ustaz Kazem ke, settle.

Yang payah nak settle adalah bila kita tak cukup ilmu, tapi kita buat sesuatu yang menampakkan kebodohan kita jelas lagi nyata.

Masa aku kerap outstation ke Penang dulu, ada satu kali tu aku stop solat kat Shell.
Depan aku ada 2 orang dah selesai solat.
Dia rekod orang kat hujung dinding bersolat.
Yang duduk sebelah perekod tu cakap "Syiah kot".

Asal nampak orang solat lain sikit dari kita, kita label dia wahabi lah, syiah lah.
Kalau kita betul takpe.
Kalau kita tak betul?
Pastu kita dengan bijaknya rekod video tu, untuk apa tujuannya aku tak pasti.
Padahal orang yang kat hujung dinding tu buat sujud sahwi.
Tak ke malu jadiknya kalau kita pi viralkan video tu.

Masa aku nak ke Bandung flight awal pagi pun dah terkena sekali.
Dilabel "Group jubah hitam memang pelik-pelik sikit" - hanya kerana aku bersolat tak pakai telekung, berjubah hitam dan berstokin. Solat pulak kat tepi dinding bukan dalam surau.

Bukan aku sengaja nak solat kat luar pun.
Paham je lah kan, surau airport kecik.
Waktu Subuh bukannya lama, jadi semua pun bersempit kat dalam tu nak bersolat.
Kebetulan aku dah pakai pakaian solat-ready, apa salahnya, aku kurangkan sempit tu dengan bersolat kat luar.
Tapi kalau itu dikatakan "pelik", takpe aku tak kisah. Tak kecik ati pun.
Mungkin dia belum biasa tengok. Esok-esok dah biasa nampak takde lah dia rasa pelik lagi.
One day harapnya situasi macam tu dah jadi satu pemandangan biasa kat Malaysia.

Masa mula-mula aku masuk RnR untuk bersolat dalam keadaan aku sorang je yang tak bertelekung, jangankan kata orang yang menengok aku, aku sendiri pun risau.
Risau memikirkan persepsi orang lain.
Persepsi manusia ni pelbagai.
Nanti ada yang kata "Itulah baju dia pakai pi toilet, itu lah baju dia nak pakai bersolat"
"Entah bersih ke tak jubah tu terseret kat pasir pastu nak bawak bersolat".
"Macam lah tak cukup telekung yang nak pakai jubah itu jugak!"

Lama-lama aku dah tak kisah.
Sebab aku rasa sebahagian besar penyebab kenapa kita senang give up dan susah nak istiqomah adalah kerana kita sibuk pikir persepsi orang terhadap kita.

Kena faham yang kita semua tak pernah hidup sorang-sorang.
Dengan siapa kita bersosial, apa yang kita baca, tengok, dan dengar, memiliki pengaruh besar terhadap perasaan dan cara kita berfikir.
Jadi, pandangan dan persepsi negatif tu memang expected. Memang akan ada.
Tinggal lagi kita ni yang kena adjust dengan segala persepsi negatif tu.
Kalau kita yakin apa kita buat betul, wat lek wat pis je sudah.

Kadang-kadang aku terfikir juga, buat benda yang betul is always more difficult berbanding buat benda salah.
Buat perkara yang tak biasa dibuat orang pun sometimes mengundang bad perception di mata orang.
Agaknya sebab itulah kenapa orang yang baik-baik semuanya hebat-hebat belaka.
Sebab dorang berjaya overcome the difficulty.


2016-09-27

Beranak bersama-sama.



Last week admin aku update status kat FB GreenAard tentang feedback sorang customer yang mengandung lepas ambil GC Plus. Dia kata maybe GC Plus ni yang buatkan dia subur. 
Aku pun share status tu kat FB aku. Eh, rupanya ada orang menyahut.
Tak sangka pulak ada orang-orang dalam list aku yang guna GC Plus and mengandung juga. Semua pun bagi feedback yang sama.





Excited jugak aku dengar.
Tapi aku nak warning jugak ni.
Jangan pulak ada nanti yang beli GC Plus semata-mata nak subur. Tu dah lain dah tujuannya.
Sepatutnya GC Plus ni tujuannya cuma nak dapatkan berat badan ideal.
Yang subur-subur ni cuma kesan positif sampingan je.

Sebab memang secara lojiknya pun, kalau berat badan kita berkurang, kesuburan kita akan bertambah. Itu memang simple maths.
Tapi memang aku tahu antara herbs yang aku gunakan dalam ni memang fungsinya bagi subur laki and perempuan.

Dalam GC ni ada pegaga.
Aku tau pegaga ni memang ada kaitan dengan kesuburan tapi lebih kepada kesuburan lelaki.
So kalau lelaki ambik GC insyallah boleh membantu sebab pegaga memang boleh tambah and sihatkan sperm.
Tapi kalau ko takde masalah berat badan, takyah la ambik GC ni. Pi beli jusn pegaga ke sudey.

Kalau untuk pompuan, herbs dalam GC Plus yang ada sangkut paut dengan kesuburan banyak.
Antaranya mengkudu and bawang putih.

Kalau korang nak buat sendiri jus mengkudu kat rumah pun boleh tapi kena pastikan buah tu betul-betul masak. Pastu buah tu kau bungkus dalam plastic and letak kat luar selama 7-8 minggu.
MINGGU tau. Bukan hari.
Sebab apa?
Sebab nak biar ada aktiviti fermentasi, so nanti jus tu keluar sendiri dari buah.
Pastu boleh simpan jus tu dalam botol. Ambik 2 sudu besar makan waktu pagi and malam.
Tapi tambah dengan bawang putih masa nak telan tu.

Tapi leceh kan?
Nak cari yang betul-betul masak.
Pastu nak fermentasi sampai 7-8 minggu.
Kena letak kat luar tau sebab bau dia boleh tahan kuat masa proses fermentasi ni.
Nak kena telan dengan bawang putih mentah lak tu.

Tapi kalau rasa jenuh nak tunggu mengkudu sampai 8 minggu, korang boleh je telan bawang putih 2-3 ulas tetiap pagi. Bawang putih mentah tau. Tak main lah goreng-goreng ni. Kalau takat bawang putih goreng aku pun suka. Tapi sebab mentah, jarang yang boleh telan.
So, cara paling mudah adalah, ambik GC Plus je lah.
Dalam GC Plus ni complete dengan mengkudu and bawang putih sekali.

Lagi satu ada habatussauda.
Habatussauda ni memang semua pun tau ubat segala penyakit kecuali mati.

Jadi, aku yakin GC Plus ni memang ada khasiat tambahan cuma aku tak suka nak war-warkan sangat khasiat dia walaupun secara teori-nya aku tau dia mampu bagi khasiat tu.
Biar tunggu testimoni je la.
Ada testimoni, baru aku share.
Tapi again, kalau nak ambik GC  Plus semata-mata nak mengandung, better don't.
Kalau nak turunkan berat sekali, boleh.



Yang menstrual cramps ni memang ramai dah bagi testimoni.
Aku pernah blog about this jugak rasanya, dulu.
So this is just another testimoni.
Tapi to some, takdelah sampai tak rasa sakit period lansung. Cuma takde lah berguling-guling dah senggugut.

Macam aku, kadang-kadang terasa juga. Cuma takde la sampai kena makan ponston.
Cuma aku punya period flow sekarang dah tak macam zaman muda-muda dulu.
Now, day 1-2 tu boleh pakai pantyliner lagi.
Start 3-5 memang heavy, kadang-kadang rasa denyut, kadang-kadang tak.
Tapi memang boleh rasa beza dulu and now. Now lebih tenang sikit. Kalau dulu, asiklah kena telan ponston.

Kalau nak buat home remedi sendiri kat rumah pun boleh.

Kalau nak guna halia

1. Makan halia mentah atau masak halis tu dalam bentuk biskut halia atau campurkan dalam bubur nasi. Bubur MekDi ada rebusan halia, Gi beli kalau tak reti masak bubur.

2. Atau rebus halia pastu campurkan air rebusan tu dengan madu and garam, pastu telan dua kali sehari.

3. Atau masukkan ½ sudu teh halia (sama ada serbuk kering atau parut) dalam secawan air mendidih pastu minum tiga kali sehari.


Kalau nak guna bawang putih  
Buat jus bawang putih. Tapi tak semua orang larat nak telan jus bawang putih sebab baunya tu, adoii tak tahan. Tapi boleh ubah suai dengan merebus 5-6 biji bawang putih dan minum bersama madu.


Kalau nak guna Kalonji Oil (Minyak habatussauda) 
Ambil Kalonji Oil ½ sudu teh, madu ½ sudu teh dan air panas 1 cawan. Campurkan semua pastu minum selama 40 hari berturut-turut, 2 kali sehari. Aku ada minyak habatussauda ni beli masa kat Mekah. Ya ampunnn, mak aku yang kuat makan benda pahit pun takleh boleh telan minyak ni. Patutlah dia suruh letak madu.

Tapi kalau malas, korang ada pilihan :

1. Boleh pilih untuk ambil GC Plus (ada bawang putih, halia dan kalonji oil)
2. Boleh pilih untuk ambil Nutrijuice (ada bawang putih, madu dan kalonji oil)

Settle.

2016-09-26

Bring back the kebaya



Last week ada news appear kat newspaper, orang promote BRING BACK THE KEBAYA.
Tak sangka pulak, kebetulan latest collection aku adalah kebaya. Just nice lah kan, ada orang tengah buat promosi pakai kebaya.

Cuma ada something yang aku tak berkenan sikit bila artikel tu sentuh tentang jubah.
Something like kenapa Malays slowly membudayakan pakaian jubah, seolah-olah culture Malaysia ni hilang dan Malaysia dipenuhi dengan budaya Arab. Kenapa sana-sini orang dok pakai and promote jubah. Kenapa dah takde orang pakai kebaya.

Lebih kurang macam tulah persoalannya.

Tak ada isu mengagungkan pakaian Arab pun sebenarnya.
Pakaian itu sendiri berevolusi dan berkembang mengikut perubahan persekitaran, keperluan dan gaya hidup.

Jubah ni pun orang yang ada keperluan je yang pakai.
Yang rasa dia tak perlu, dia tak pakai pun.
Kat kawasan opis aku ni, jarang aku nampak orang pakai jubah.
Balik-balik aku je.
Tu je pun dah bukti menunjukkan bahawa takde sape pun yang membudayakan pemakaian jubah.
Yang tak perlu, memag takkan pakai punya.
Jadi, kalau nak kata Melayu dah start membudayakan pakaian jubah tu rasanya kurang tepat.
Sebab kat sini aku tak nampak orang pakai jubah hari-hari pun. Takde keperluan agaknya untuk dia pakai hari-hari.

Nak suruh orang start berkebaya boleh.
Tapi nak harap orang pakai kebaya hari-hari memang tak lah.
Now fashion dah berkembang.
Kebaya dan kurung bukan lagi satu-satunya pilihan.
Dah ramai opt for pakaian yang lebih ringkas.
Blouse and pants lebih selesa pakai ke mana-mana.
Dan jubah adalah salah satu pakaian yang ringkas, sebab itulah ia jadi pilihan.
Aku takleh imagine aku pi mall dengan berkebaya nyonya kain sendat dengan nak mengejar si Rayyan. Samada aku tertangkup dek kerana kain yang ketat, aku aku buat tiger show dek kerana kain yang tersiat terkangkang.

Tak semua orang selesa nak berkebaya pi ofis kalau kerjanya jenis yang perlu kesana kemari. Jenuh la oii nak bercatwalk dengan kain sendat dalam opis. Kalau untuk ke majlis-majlis tu memang sesuai lah pakai kebaya. Sebab selalunya kalau ke majlis, kita duduk setempat je. Tak renyah nak ke sana kemari.

Lagipun tak semua orang selesa nak tunjuk babat 3 lapis tersentil kat pinggang.
Bukan bermakna kebaya ni orang slim-slim je boleh pakai. Nothing to do with 'kena slim dulu baru boleh pakai kebaya'. Cuma ada certain orang tak selesa bila yang tersentil-sentil tu ditunjukkan and kita kena respect that.

Dulu lain, nenek moyang kita ke mana-mana pun pakai kebaya, salah satu sebabnya adalah waktu tu, fashion belum berkembang kat Tanah Melayu. Keperluan pun takde untuk dorang mengubah corak pemakaian. Faktor kewangan pun satu hal lagi. Mungkin jugak orang dulu-dulu duduk rumah pun pakai kebaya sebab senang nak menetek anak (kot). Kalau pakai baju kurung karang nak kena selak dari bawah. Pakai kebaya senang, selak je dada dan terkeluar tetek. Maybe lah.

Orang Arab pun pakai jubah masa nak keluar rumah je.
Dalam rumah dia tak pakai jubah pun sebab takde keperluan untuk dia berjubah.
Jadi sebenarnya apa pun pakaian yang kita pakai, sebenarnya lebih kepada keperluan kenapa kita pilih pakaian tu. of course dalam bab pakaian selalunya lebih kepada 'kehendak' tapi maksudnya, kita beli sebab kita perlu pakai ke tempat-tempat tertentu.
Contoh, En Wan hanya ada 1 saja baju batik lelaki. Itupun beli 16 tahun lepas sebab wedding code kawan dia perlu berbaju batik. Kalau tak disebabkan keperluan untuk patuhi wedding code tu, konfem dia takkan pernah ada baju kemeja batik.

Tak dinafikan kebaya memang cantik.
Kalau yang badan cantik macam model aku ni, memang bertambah lah cantik kebaya tu nanti.
Tapi aku sendiri tak rasa ada orang nak pakai kebaya hari-hari.
Melainkan kau kejer pramugari MAS.

2016-09-24

Penuhkan ahli keluarga je kat opis


Semalam layan bersembang kat whatsapp ngan sorang reader/blogger.
Dia ni ada buat bisnes juga.
Dia bagitau dia ada masalah sikit dalam berniaga sebab staff dia semua di kalangan adik-beradik dan cousin.
Bila bekerja dengan ahli keluarga ada banyak benda yang dia terpaksa tutup sebelah mata sebab banyak hati nak dijaga.
Lama-lama dia cakap dapat penat je, untung tak seberapa.

Aku tanya dia, apa sebab kau ambik staff di kalangan ahli keluarga?
Sebab bajet ke?

Dia kata bukan.
Kebetulan adik-adik menganggur, so nak tolong dorang.

Inilah sebenarnya perkara yang awal-awal lagi kena fikir sebelum run bisnes.
Aku pernah blog about this dulu.
Share-partner dan dengan siapa kita bekerja adalah sangat penting.
Sebab kita akan habiskan banyak masa dalam 1 hari bersama-sama dorang.
Jadi pastikan yang bekerja tu boleh diharap.

Dalam berkerja, kita kena tahu yang kita dibayar untuk buat kerja.
Kita bukan dibayar sebab company tu bapak kita punya.
Walaupun in some cases ada anak orang kaya yang passkan jawatan syarikat pada anak, tapi anak itu masih perlu bekerja supaya syarikat akan terus hidup.
Bukannya buat keje macam duit syarikat tu kau punya sorang.

Bukan tak boleh ambil ahli keluarga bekerja.
Kalau boleh memang ahli keluarga lah yang kita nak work with sebab setidak-tidaknya masalah TRUST tu dah boleh settle.
Susah nak trust orang luar. Lega kalau boleh letakkan trust pada keluarga sendiri.
Tapi, dalam banyak keadaan, bila dah bersangkut-paut dengan duit, masalah akan timbul.

This lady bagitau, yang bekerja dengan dia adalah di kalangan adik-beradik.
Gaji jalan.
Tapi dalam masa yang sama adik-adik dia nak menjual produk jugak (jadi agen dia).
Ok fine, dia bagi jadi agen.
Tapi yang best tu, adik-adik dia nak beli dengan harga kos, taknak harga agen.
Harga kos okeh.
Jadi, kat mana syarikat nak untung?
Dah la gaji kau tetiap bulan jalan.
Pastu kau ambik stok dengan harga kos je.
Kalau tetiap hari kau ambik stok dengan harga kos, lama-lama celah mana nak cekau duit untuk bayar gaji kau hujung bulan?

Bila dia bagitau macam tu kat adik-beradik, semua adik sentap.
Ditambah lagi masalah bila mak bapak masuk campur.
"Kau ni dengan adik-adik pun nak berkira!"

Inilah sebenarnya masalah paling besar kau akan hadapi bila bawak keluarga masuk dalam bisnes.
Sebab hujung-hujung akan ada mainan emosi yang berlebihan.
Hujung-hujung, bisnes kau ni dah macam khidmat masyarakat.
Buat bisnes untuk bagi orang lain untung. Yang kita? Macam nak menggila carik sale sebab nak pastikan dapat 'tolong' lebih ramai orang.

Kadang-kadang kalau mak mertua or Mak Aji cerita pasal sedara tu takde keje, sedara ni menganggur, aku diam je. Tapi nama aku nak offer keje dalam company aku memang berat sikitlah.
Bukan aku berlagak, cuma aku taknak sesakkan kepala di kendian hari.

Bukan satu benda yang senang bila kita nak bagi arahan pada kaum keluarga.
Some people tak tau beza waktu bekerja dengan waktu tak bekerja.
Ada yang masuk keje ikut suka. Rehat ikut suka. Time keje nak keluar pi bank lah, pi bayar bil letrik lah.
Kang nak ditegur serba-salah. Ditegur kang sentap.
Macam kes lady ni tadi lah.
Bila ditegur, pi mengadu kat mak bapak pulak. Alahai comel nau.

Nak mintak stay back pun takut.
Kita pulak yang takut nak arah dia stay back.
Sebab nanti dia bagitau mak bapak dia aku suruh stayback.
Pastu mak bapak dia nanti call mak bapak aku pulak mengadu anak dia keje ngan aku asik kena balik lambat. Eh malas aku.

Lagi satu yang paling penting aku always cakap ngan En Wan kalau boleh elakkan ambik sedara-mara keje sebab apa-apa hal jadi kat kampung, kita dan dia konfem sama-sama kena balik kampung.
Dah kalau dalam opis tu penuh ngan sedara je, tak kena bila jadi hal kat kampung nanti, satu opis pun balik kampung?
Dah tu sape nak jaga opis?

Kadang-kadang mudah untuk orang lain cakap "Nama je ada bisnes, tapi taknak ambik sedara sendiri bekerja".

Biarlah.

Bagi aku, nak tolong orang ada banyak cara.
Kau nak aku tolong kau?
Meh jadi agen. Meh jadi dropshipper.
Aku boleh bagi kelonggaran kau ambik stok dulu dan bayar kendian. Tapi mesti beli dengan harga agen jugak.
Tapi, percayalah cakap aku.
Berapa kerat je yang nak ambik offer tu nanti. Taknak. Nak keje senang.
Lepas tu ada hati merungut sedara taknak tolong sedara. Eh tak kuasa aku.

Aku kan kalau boleh dalam company ni aku nak penuhkan ngan keluarga je.
Tapi bila aku pikir-pikir balik, susah.
Sebab kalau adik-beradik atau cousin kita sentap ngan kita sorang je takpe.
Ni karang tak pasal-pasal laki bini dorang pun ikut sentap dengan kita.
Padahal kita ni sefamili.
Dah tu macamana kita nak berjumpa sekeluarga dalam satu rumah kalau sentap-menyentap tu dibawak berpanjangan?

Eh, dah lah.
Aku lagi rela orang tuduh aku "Nak senang sorang-sorang" daripada kendian hari aku bermasam muka dengan ahli keluarga and sedara-mara.
Yang penting, kita tau apa kita buat.
Keluarga pun tahu kita tak aniaya dorang.
Keluarga tahu kita tolong dorang dalam cara yang lain.
Tu dah memadai.
Lain-lain hal mohon benarkan aku buat-buat pekak.

Siapa yang nak bawak family kerja sekali dalam syarikat, pikir habis-habis.
Kalau kau jenis hati kering, silakan.
Aku jenis yang tak sampai hati.
Jadi, sebelum aku makan hati, better aku jangan start apa-apa.



2016-09-23

Resepi special hanya 2 minit. Bukan masak maggi.


Ok, ni aku nak bagi resepi special.
Khas buat orang yang ada jerawat kat dahi.

Ni sebenarnya melalui email-email yang aku nampak admin aku reply.
Ada 3-4 orang cakap lepas guna GreenAard Cleansing Bar, jerawat kat pipi hilang. Tapi jerawat kat dahi tak hilang-hilang. Kenapa yang kat dahi ni degil sangat taknak hilang?

Pastu ada yang cakap, jerawat dah hilang, tapi macam ada kesan lebam/hitam kat kawasan jerawat tu.
Nak buat macamana?

Agak berpeluh jugak lah admin aku menjawab. Aku peratikan je.

So hari ni biar aku jawab sikit. Semoga ada pencerahan. Tidak hanya cerah di muka saja.

Ok, mula-mula kena tahu tak semua jerawat tu tumbuh disebabkan masalah kulit.
Jerawat boleh tumbuh atas sebab-sebab yang lain sama.
Especially kalau kau tengok jerawat kat tempat lain hilang, tapi kat certain area tak hilang-hilang. Dalam kes ni, kat dahi.
Kat situ je dah boleh pikir lojik. Kalau jerawat tu muncul sebab masalah kulit, patutnya satu hilang, maka semua pun hilang. Tapi ni tak. Dia main separuh hilang separuh tak hilang pulak. Acaner?




Sebelum aku cerita pasal resepi, kena pastikan point kat bawah ni korang settlekan dulu :


1. Liang tersumbat 

Ni memang 'jin aprit' punca utama jerawat!
Dahi kan kat T- Zone. Kawasan ni memang banyak pengeluaran minyak. Liang pada bahagian ni memang cenderung untuk tersumbat and menyebabkan jerawat. Tapi liang yang tersumbat ni boleh dikurangkan masalahnya dengan good CTM (Cleanse, Toning, Mosturize). Kalau rajin, tetiap bulan cuba gi buat steaming muka. Kalau rajin lah. Kalau aku memang malas. Tapi, buat sekali sebulan cukup dan setiap sesi tu jangan steam wajah lama-lama. Sebab muka berjerawat ni sensitif.


2. Kelemumur pada rambut 

Ntah kenapa tetiba masuk kelemumur lak ni, kan?
Tapi, kelemumur pada rambut boleh trigger jerawat kat dahi. Yang mana yang suka buat bangs tu, pastikan lah rambut takde kelemumur, kalau tak percuma je tempat bersemayam jerawat kat situ. Cuba untuk hilangkan kelemumur dulu.


3. Kulit kepala berminyak

Kalau kulit kepala berminyak, minyak tu cenderung untuk meresap dalam kulit dan buatkan liang tersumbat dan jerawat pun mula tumbuh. Kalau rambut jenis berminyak, pastikan korang cuci rambut 2 hari sekali untuk pastikan kulit kepala bebas minyak.


4. Ubat-ubatan 

Ubat macam birth control ada kecenderungan untuk jerawat tumbuh kat dahi (pada orang tertentu). Tanya doktor dulu setiap kali dia bagi korang apa-apa ubat yang berkaitan dengan hormon. Sebab pil hormon selalunya akan bagi kesan sampingan. At least korang tau what to expect so takde lah nanti bila jerawat tumbuh korang berhabis duit beli macam-macam nak hilangkan jerawat tapi tak hilang-hilang pastu mula salahkan produk. Padahal korang ada ambik pil hormon.


5. Masalah Penghadaman 

Macam takde kena-mengena dengan jerawat je kan?
Tapi masalah penghadaman ada kaitan kenapa jerawat tumbuh (bukan saja pada dahi). Just elakkan terlalu banyak rempah dalam makanan kalau korang dah sedia ada masalah jerawat. Sebab rempah yang 'panaskan' badan macam cili boleh trigger jerawat untuk tumbuh dengan lebih banyak. Pastu macam biasa, memang kena minum air yang cukup so that pergerakan usus jadi laju, dan toksin tak tersimpan lama dalam badan. Sebab itulah bila minum banyak air dan banyak makan sayuran/buah boleh buatkan kulit jadi cantik sebab buah dan sayur banyak serat yang akan lajukan pergerakan usus. Bila usus laju, toksin tak disimpan lama-lama dalam badan. Kalau toksin lama tersimpan dalam badan, itu yang buatkan toksin diserap balik dalam badan. Pastu jadiklah macam-macam penyakit termasuklah jerawat.


6. Produk rambut  

Produk rambut macam hair spray, serum rambut segala memang boleh trigger jerawat kat dahi. Siapa yang ada bangs (fesyen rambut berjuraian pada dahi), watchout lah.


7. Terlalu kerap guna scrub 

Kebanyakan orang yang kulit ada jerawat, kulitnya jenis sensitif.
Cuci muka dengan scrub memang baik untuk kulit sebab bantu buang sel-sel mati, tapi, kalau dah kerap sangat scrub, boleh buatkan kulit jadi terlalu tegang ssampai terasa rengsa kat kulit. Just gunakan scrub seminggu sekali je.


8. Memakai helmet

Kalau pakai helmet, make sure bersihkan helmet ni dua hari sekali just nak bagi kotoran/minyak tak melekat pada kulit (dahi).


9. Produk muka berubat 

Bila dah tahu korang ada kulit berjerawat, gunakanlah produk untuk kulit berjerawat. Jangan sibuk nak pakai produk macam orang lain yang takde masalah kulit. Elakkan apa-apa produk berasaskan minyak.


10. Hormon dan faktor genetik 

Yang ni paling susah sekali untuk orang terima. Salah seorang kawan aku memang akan dapat jerawat setiap kali period. Gunalah apa pun, asal waktu period je, jerawat tumbuh penuh kat muka. Walaupun faktor-faktor hormon dan genetik ni kita tak boleh nak buat apa, tapi kesan tu tetap boleh dikurangkan dengan cuba point-point kat atas tadi. Maknanya, apa yang kita boleh kurangkan, kita kurangkan dulu. Sometimes, dapat kurangkan dulu pun dah bagus.


Ok now baru aku nak bagi resepi special. Resepi termudah untuk hilangkan jerawat :


Guna tea tree oil

Tea tree oil ni bahan biasa untuk jerawat. Boleh je sapukan tea tree oil kat jerawat. Kalau nak campurkan tea tree oil ni dengan minyak zaitun atau aloevera pun boleh. Memang berkesan untuk jerawat and boleh kurangkan bengkak.

1. Sapukan beberapa titik minyak tea tree kat kawasan jerawat dengan guna kapas.
2. Biarkan selama 3 - 4 jam atau semalaman.
3. Ulangi tiap-tiap hari kalau nak cepat baik.


Lagi satu, boleh campurkan tea tree oil ni dengan aloevera.
Sebab aloevera boleh bunuh bakteria jerawat dan boleh legakan kulit. Sebab tu aloevera sesuai tenyeh kat kulit sebab memang dia ada anti-bakteria khas untuk bunuh jerawat.
Kalau nak campur aloevera dengan tea tree oil, guna resepi ni :

1. Campurkan beberapa titik tea tree oil ni dengan dua sudu aloevera gel.
2. Sapu kat kawasan jerawat.
3. Biarkan selama 3 - 4 jam atau semalaman. Bilas dengan air dan keringkan.


Minyak zaitun pun bagus jugak sebab ada anti-bakteria kulit. Lagi satu, minyak zaitun ni boleh keluarkan minyak dan lain-lain racun dari liang-liang kulit. Boleh lembabkan kulit jugak. Kalau nak campur tea tree oil dengan minyak zaitun boleh guna resepi ni :

1. Campurkan 3 titik tea tree oil dengan 2 sudu besar minyak zaitun.
2. Sapu kat kawasan jerawat. Biarkan selama 20 - 30 minit. Bilas dengan air sejuk dan keringkan.


Tapi kalau nak paling mudah, guna GreenAard Cleansing Bar je lah sebab dalam sabun ni ada tea tree oil, aloevera dan minyak zaitun sekaligus. Senang citer.


Guna epal

Ada juga home remedi guna epal. Tapi setakat kunyah epal takkan boleh hilangkan jerawat punya. Tapi, sebab epal ada kandungan vitamin tinggi untuk kulit, jadi epal boleh tolong buang jerawat. Tapi jangan salah faham pulak. Bukannya epal ni secara langsung melawan jerawat, cuma dia neutralkan bahan kimia pada kulit. So, bila bahan kimia dalam kulit jadi neutral, secara lojiknya, masalah kulit juga berkurangan. Macam tu lah lebih kurang bahasa paling mudah aku boleh cakap.


Guna madu

Madu mentah yang belum diproses sifatnya anti-bakteria, anti-radang dan anti-mikrob. Memang boleh hilangkan jerawat dan parut jerawat. Tapi pastikan guna madu mentah, bukan madu yang dah diproses. Kalau untuk makan boleh la pakai madu proses. Tapi nak tenyeh kat muka, pakai madu mentah. Pandai-pandai lah cari madu mentah.

Resepi untuk gunakan madu mentah :

1. Ambil sikit madu ke tapak tangan.
2. Guna jari atau kapas, sapukan madu ni pada jerawat. Nak sapu kat satu muka pun boleh.
3. Biarkan selama setengah jam.
4. Cuci dengan air suam. Kalau masalah jerawat korang serius, ulang langkah ini everyday.


Kalau nak guna campuran madu mentah dengan kayu manis pun boleh. Sebab kayu manis pun antibakteria, antioksidan dan anti-radang yang baik. Jadi, kalau korang gunakan dengan madu, boleh double the chances untuk hilangkan jerawat. Caranya :

1. Ambik madu 2 sudu besar dan serbuk kayu manis 1 sudu kecil. Campurkan.
2. Tepek campuran pada muka. Tepek lebih sikit kat kawasan jerawat.
3. Biarkan selama 15 minit. 4. Basuh. Ulang sekali atau dua kali sehari. Kalau banyak jerawat, boleh ulang dua kali seminggu.


Kalau nak guna campuran madu dan epal pun boleh. Caranya :

1. Ambil epal, buang biji. Kisar sampai halus.
2. Tambah madu 4-5 sudu besar dan gaul rata.
3. Tepek campuran ni pada muka (bahagian jerawat). Biarkan selama 10-15 minit.
4. Basuh dengan air suam. Ulang dua kali seminggu.


Kadang-kadang bila jerawat dah hilang, korang masih boleh nampak kawasan gelap kat muka (kawasan jerawat). Ini namanya parut jerawat. Parut jerawat ada macam-macam, ada yang memang bentuk parut, ada yang tinggalkan kulit berlubang, ada gak yang bagi kawasan tu hitam/lebam sikit warnanya. Kadang-kadang tompok kulit gelap ni jadi gelap sebab sel-sel kulit mati yang masih ada. Nak hilangkan ni, boleh campur madu mentah dengan minyak zaitun. Caranya :

1. Ambik madu 2 sudu besar dan minyak zaitun 2 sudu besar.
2. Campurkan madu dan minyak zaitun. Sapu pada kulit yang terjejas.
3. Urut perlahan-lahan kawasan tu selama kira-kira 3-4 minit.
4. Ambil tuala panas, dan letakkan tuala panas atas kawasan hitam tadi.
5. Bila kain dah sejuk, lap muka dengan kain tadi. Ulang 1 atau dua kali seminggu.


GreenAard Cleansing Bar ada ekstrak kayu manis dan minyak zaitun.
GreenAard Nutrijuice pulak ada madu dan epal.
Keompek-ompek bahan ni boleh guna untuk treat jerawat. Pilih nak yang sapu, atau nak yang telan punya.

Tapi kena bersabar lah bila guna bahan-bahan semuilajadi ni. Bahan semulajadi selalunya memang bagi kesan yang lebih lambat tapi hasilnya baik untuk jangkamasa panjang.

Nak guna lemon juice untuk jerawat pun boleh. Salah satu cara yang paling mudah untuk hilangkan jerawat adalah dengan jus lemon and madu. Caranya : 

1. Ambil setengah biji lemon dan sikit madu.
2. Kemudian gosok pada muka.
3. Jangan biarkan campuran tu pada muka lebih dari 5 minit.
4. Basuh muka dengan air sejuk.

Pastu telan Nutrijuice sebab dalam Nutrijuice ada dua-dua lemon dan madu. In and out kau cover.




Nak try kalu, boleh guna cara ni :

1. Kau tengok side bar belah kiri blog ni. Atas sekali. Ada nampak BUY BUTTON? Ok, pilih situ.

2. Whatsapp 012-7728976

3. Email health[at]xzizbiotech[dot]com

4. JANGAN PM FB PERSONAL AKU. Dah banyak kejadian sesape order situ aku akan lupa sebab aku jarang check PM.



2016-09-22

Brangelina


Brad Pitt and Angelina Jolie bercerai.
Semalam penuh newsfeed aku dengan macam-macam reaksi.
Baru aku tau dalam list aku ramai #TeamJen.
But I don't care pun. Hahaha.

Terbaca satu artikel tentang berita tu :

The world was shocked when Hollywood's power couple Brad Pitt and Angelina Jolie called it quits. The latter eventually filed a divorce. What we can learn from Brangelina split : 

1. There will never be a perfect relationship. Sometimes, what we see on their social media accounts is way the opposite of the real situation. 

2. Trust your instincts. It has been reported that Angelina has long been feeling that Brad is cheating on her. Then, she was right at the end. 

3. Being strong. Angelina was even the one who filed a divorce. She's so strong that even if it hurts, she has to do it. 

4. Be independent. Even if they will soon be on their separate ways, Angelina can stand because she earns a living. She doesn't depend on her husband. 

5. A cheater will always be a cheater. Brad has long been rumored to have multiple relationships even before he met Angelina. 

6. Some boys will fall out of love once you are no longer as dazzling as before. Remember that Angelina isn't getting any younger. She had cancer scares (her ovaries and Fallopian tube were remove). 

As what they say, life begins at 40. Haven't you noticed that a lot of men cheated on their wife at this age range? And their reason is that their wife can no longer satisfy them.

Kurang jelas?
Takpe, aku tukarkan ke bahasa Jawa.

Dunia terkejut apabila pasangan Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie berpisah. Mereka akhirnya memfailkan perceraian. Apa yang kita boleh belajar dari perpisahan Brangelina :

1. Tidak pernah wujud hubungan yang sempurna. Kadang-kadang apa yang kita lihat di media sosial adalah sesuatu yang berbeza dengan kehidupan realiti mereka.

Memang tak ada hubungan yang sempurna pun. Masyarakat je yang selalu menilai perhubungan itu sempurna atau tak. Dan selalunya penilaian samada best ke tak bestnya marriage/perhubungan seseorang tu adalah berdasarkan material. Kalau kejap-kejap pi holiday maknanya bahagia. Kalau everyweek husband and wife pi layan midnight movie maknanya romantik. Kalau husband buat surprise delivery ke ofis for wedding anniversary maknanya kau bertuah dapat lelaki penyayang.

Jangan salahkan orang yang muatnaik gambar-gambar bahagia mereka.
Itu bukan hipokrit.

Pikir lah lojik sikit.
Manusia mana yang nak share gambar dia tengah berselipat memberus longkang sambil mengendong anak kat pinggang?
Manusia mana yang nak post gambar tengah goreng ikan sepat guna kuali kemek dengan dapur berkecah macam nak rak?
Takkan kau expect dia nak post gambar tengah sentap ngan suami.
Tengah bertekak laki bini mana sempat nak ambik phone bergambar.
Ambik phone baling sempatlah.

Dorang post gambar bahagia laki bini gi melancong, gi candle lite dinner, gi shopping, semua tu adalah kerana fitrah manusia memang sukakan sesuatu yang bahagia. Bila sesekali scroll IG sendiri, rasa seronok sebab apa yang kita post tu semuanya yang bahagia-bahagia. Takde la balik-balik muka sendiri je. Kejap senget ke kanan, kejap senget ke kiri, kejap muncung, kejap kembung pipi.


2. Percaya kepada naluri anda. Dikatakan bahawa Angelina telah lama merasakan bahawa Brad menipu beliau. Dan, nalurinya betul.

Pernah dengar quote mat saleh yang berbunyi "A woman can see a blonde hair on her husband coat from ten meters, but she hits the garage door when she parks the car".

Betapa itu menunjukkan yang wanita memang bertindak dengan 80% emosi dan 20% akal. Naluri wanita memang kuat sebab dia banyak bermain dengan emosi. Apa benda yang dia lihat dia akan kaitkan dengan emosi. Sebab tu kalau seorang pompuan tengok pompuan lain senyap sedangkan selalunya dia tak macam tu, dia akan tegur "Ko kenapa beb? Ada problem ke?". Tapi kalau lelaki, harammmmmmmm. Lagi kita senyap lagi dia buat dek. Dari pagi santak ke malam aku senyap baru dia nak tanya "Awak kenapa senyap ni?". Ya ampunnnn, dah naik letih aku buat silent treatment sampai aku dah lupa apa yang aku sentapkan, last-last aku baik dengan sendiri je.


3. Kena kuat. Angelina adalah salah satu contoh betapa dia kuat (melawan emosi) kerana dia berani menfailkan perceraian. Walaupun ianya sesuatu yang menyakitkan, dia berani untuk bertindak.

Nak tau wanita tu kuat ke tak, try la sakitkan hati dia berulang-kali.
Sekali dua, ataupun kadang-kadang sampai 14 kali pun kalau sakit tu lite-lite, wanita masih boleh bertolak ansur sebenarnya. Sebab wanita ni emosi dia berlambak. 80% emosi. Kalau kau buat dia sentap waktu pagi, cuba hantar bunga waktu lunch karang. Takyah banyak, hantar sebatang je. Cair aku cakap kau. Konfem.

Senang je nak pujuk orang pompuan ni. Tapi, berpada-pada. Sampai satu tahap bila wanita tu cukup yakin dia boleh hidup tanpa kau, there you go. Kau takkan terfikir yang dia sebenarnya boleh jadi sekuat dan 'sekejam' tu untuk failkan penceraian. Kes Angelina ni aku percaya dia dah bersabar banyak kali, dan kali ni dia betul-betul tak tahan and that's it. Tapi itu omputih. Kalau orang melayu Islam ni masih ramai lagi yang bersabar walaupun laki buat perangai.


4. Berdikari. Beliau tidak bergantung kepada suaminya. 

Ni sebenarnya sangat sangat sangat penting.
Untuk wanita yeng bekerja, takde masalah, insyallah sebab dia ada duit sendiri.
Tapi untuk wanita yang tak bekerja, kalau suami tak izinkan berkerja, tak apa. Tapi pastikan kita ada simpanan.
Nafkah dah tentu wajib dapat kan? Ok good. So that nafkah simpan!
Sebab bila suami tak izinkan bekerja, secara lojiknya lain-lain perbelanjaan suami tanggung.
Duit yang kat tangan kita tu tolonglah simpan sebab inilah yang terjadi kat ramai wanita yang nasibnya lintang-pukang bila ditinggal suami atau suami meninggal.
At least kalau ada simpanan, boleh la kot nak mulakan bisnes kecil-kecilan.

Sedih bila aku tengok kes-kes suami meninggal, ada ibu yang terpaksa keluar rumah sebab tak dapat bayar sewa, angkut anak-anak tido kat tepi jalan. Allah. Kesian. Memang takdir tak dapat ditolak. Yang kaya sekarang pun belum tau esok lusa masih kaya atau tak. Tapi setidak-tidaknya buat sesuatu, simpan sikit duit. Bukan suruh melabur pun, just adakan simpanan untuk masa-masa terdesak. Paling tak pun bila terdesak, sementara nak tunggu bantuan lain sampai, kita masih boleh 'bernafas'.

Inilah juga yang selalu aku cakap kat diri sendiri.
Sayang macamana pun aku kat suami, apa yang aku boleh pegang, aku akan pegang.
Akaun bank takde share-share.
Nak share duit pi jenjalan, boleh. Tapi nak share akaun, no way.
Sementara tengah sayang memang semua pun nak bagi.
Tapi jangan sampai esok lusa bila dah takde apa-apa baru kita mengungkit segala apa yang kita bagi.
Sebab apa nak mengungkit?
Sebab masa tu kita tak ada apa-apa.
Dah terlambat sangat kalau nak mengungkit pun.


5. Kalau dah biasa menipu, akan sentiasa menjadi penipu. Brad telah lama dikhabarkan mempunyai pelbagai hubungan walaupun sebelum dia bertemu dengan Angelina lagi.

Yang ni aku payah nak komen.
Sebab kena melihat dari 2 sudut.
Sudut lelaki dan perempuan.
Macam En Wan cakap kat aku, orang perempuan selalu label lelaki sebagai penipu bila ada hubungan dengan orang lain. Tapi kalau lelaki bagitau terang-terang kita boleh terima ke?
Hmm...ada betulnya.
Tak bagitau salah, kang dibagitau tak pasal-pasal ada benda yang dikeratnya.
Apa-apa pun kena tau punca kenapa penipuan tu berlaku.
Adekah sebab lelaki itu memang womaniser atau ada perkara lain yang buatkan lelaki beralih arah?


6. Sesetengah lelaki akan jatuh cinta sekali (dengan orang lain) bila anda tidak lagi menarik seperti dulu. Dalam kes Angelina ini perlu diingat bahawa Angelina bukannya semakin muda. Dia juga ada kanser (ovari dan tiub fallopio dah dibuang). 

See?
Dalam banyak keadaan memang inilah puncanya. Sebab wanita itu tak lagi menarik di pandangan mata.
Benda ni memang menuntut kefahaman pihak suami. Kita sama-sama tua, bukan aku sorang je yang tua tapi kau tak. Cuma bezanya aku tak gamak nak bagitau yang kau pun dah tak hensem lagi.

Susah kalau nak cakap perkara yang libatkan hati dan perasaan ni.
Sebab kita hanya nampak apa yang kita nak nampak.
Dan kita percaya apa yang kita nak dengar.
Hakikatnya hal rumahtangga orang, hanya dorang yang tau.
Yang kita ni jangan emo lebih.

Tak dinafikan ada lelaki yang setia dengan seorang isteri.
Ramai yang seronok bila dengar cerita laki si anu tu setia orangnya.
Tapi menjadi setia belum tentu bahagia kalau takde tanggungjawab.
Dia setia ngan isteri sebab nak kedarah duit isteri. Mau tak setia? Konfem setia. Kah Kah Kah.

Ramai lelaki yang setia dengan sorang isteri hingga ke akhir hayat. Setia dan bertanggungawab.
Ramai.
Cuma cerita yang baik-baik ni jarang orang nak share sebab bila share nanti dikata riak, macam kau sorang je ada laki. Tapi kalau cerita tentang cerai-berai, laki kawen lain, laki ada skandal, kemain cepat dia share.


Entah sape la yang kata, tapi kata-kata "hidup bermula pada umur 40 (bagi lelaki)" sangat popular.
Ramai lelaki kalau nak buat hal pun dalam tara-tara umur ni lah.
Sebab waktu ni orang perempuan badan pun dah naik, tenaga dah kurang, kulit muka dah tak secantik dulu, dan selalunya umur macam ni, orang perempuan dah mula datang kesedaran.
Aurat dah mula tutup.
Tudung dah mula labuh.
Baju dah mula longgar.
Mekap pun dah tak berapa nak pakai.
Kesedaran dah timbul.
Bila penampilan pun tak semenarik dulu, ada saja lah yang menjadikannya alasan untuk pasang lagi satu.

Bak kata En Wan "Orang lelaki ni kata je dia tak kisah kalau bini dia gemuk. Sebab dia malas nak layan bini dia punya merajuk kalau dia cakap yang betul. Masalahnya, bini ni tak paham. Bila suami tak kisah, dia takde usaha nak kuruskan badan. Tapi bila kita komplen dia marah. Dah tu nak macamana?".

Jadi kesimpulannya, takde maknanya lelaki tak suka tengok pompuan cantik walau dah berkahwin.
Tengok tetap tengok.
So ladies, tak kisah lah ko nak bertutup litup pakai cadar size King pun bila keluar rumah, tak kisah. Yang penting depan suami kau pakai lah sesingkat yang mungkin, sama macamana kau pakai masa mengorat dia dulu.
Kalau dia tetap nak kawen lain, itu lain cerita.
Yang penting kita dah do our part.



2016-09-20

Salam kaut. Wajar ke tak wajar?


Aku ada terbaca artikel tentang salam kaut.

Sebenarnya trend salam kaut ni dah lama dah.
Dari zaman mak aku kawen lagi.
Cuma orang kampung dulu tak ramai yang hulur duit, tapi masing-masing bawak beras dari rumah.


Bakul sia (imej dari gugel)

Kalau orang Melaka nak pi rumah orang kawen memang bawak bakul sia ni.
Dulu kecik-kecik aku selalu lepak kampung, jadi everytime ada kenduri kawen aku akan follow arwah nenek aku. Nenek akan isi beras dalam bakul ni untuk bawak ke rumah orang kawen tu. Mula-mula aku tak tau yang dalam bakul ni isi beras. Aku dok ingatkan bakul ni untuk isi lauk barkat and telur orang kawen bagi kejap lagi (ye lah dulu kan mana ada goodie bag). Bila aku nampak nenek aku curah beras dalam ni, aku tanya dia kenapa nak kena bubuh beras.

Nenek cakap memang style orang sini (kampung tu) kalau pi kenduri, tetamu kena bawak beras.

Lagi satu istilah 'bertanam' (tak salah aku lah).

'Bertanam' ni contohnya, aku kawenkan anak.
Kau sponsor 100 biji telur.
Nanti esok kau kawenkan anak, aku kena balas jugak, selalunya benda yang sama.
Maknanya aku kena bagi 100 biji telur jugak.
Nenek aku cakap, kalau bertanam ni, dorang siap tulis buku tau, sebagai reminder esok lusa kalau aku kawenkan anak, aku akan ingatkan kau yang kau kena balas balik apa yang aku 'tanam' ni.
Aku syak buku hutang 555 tu wujud sebab bertanam ni agaknya.

Salam kaut ni lebih kurang sama je lah macam konsepnya bakul sia tu.
Cuma lebih ringkas kalau hulur je duit.
Kadang tu nak beli hadiah tak sempat, hulur je lah senang cerita.

Persoalannya wajar atau tak?

Ada yang kata, "Bukan ke kau yang jemput datang, kenapa nak kena hulur duit pulak?"

"Takkan aku bagi RM10 pun marah? Tu pun mujur aku bagi".

"Orang sekarang buat kenduri tak pakai musim sekolah. Tiap-tiap minggu ada je jemputan kawen. Kalau dah sehari sampai 3-4 biji rumah, tak ke bankrup semuanya nak menghulur. Gaji dah lah sikit. Kalau nak harap orang hulur duit, tak payahlah jemput!"

Wah, gitu. Marah nampak?

Oklah, takyah guna contoh salam kaut kenduri.
Kita guna contoh pi birthday party.

Kalau kawan kita jemput datang rumah dia sempena birthday party anak, agak-agak sedap tak rasa datang berlenggang je?
Kalau dia tak bagitau takpe. Ni dia dah bagitau itu birthday party. 
Dia tak suruh pun bawak hadiah.
Tapi kita sebagai orang yang dah dijemput dan dah dimaklumkan yang jemputan tu adalah birthday party, tanya balik diri kita wajar ke tak wajar kita datang berlenggang?

Sama macam kita ziarah orang sakit.
Boleh je nak datang ziarah macam tu je. Dia pun bukan suruh kau datang bawak macam-macam.
Tapi kalau datang bawak sesuatu dengan niat nak menggembirakan orang yang diziarahi, bukan ke tu lebih baik. Kadang-kadang kita bawak makanan kita tau bukan orang sakit tu boleh makan, tapi keluarga yang menjaga si sakit tu tadi boleh je makan. Apa salahnya.
Mesti yang menjaga tu happy. Rasa hilang letih menjaga orang sakit bila ada orang ziarah bawak buah tangan. Kan ke seronok dapat happy-kan orang.

Aku pernah datang melawat orang kat spital tak sempat nak beli buah tangan, pastu kebetulan kat parking ada makcik-makcik jaja keropok, aku beli je keropok tu. Janji aku bawak something. Rupanya yang menjaga orang sakit kat atas tu memang tengah lapar sebab tunggu turn orang lain jaga tapi orangnya tak muncul-muncul. Kan ke happy dapat buat macam tu?

Ada setengah orang, disebabkan dia sedar yang dalam ramai-ramai tu dia sorang je yang tak bawak hadiah, maka dia terasa diri. Padahal orang lain tak cakap apa pun. Tapi dia malu sendiri. Bila dah malu sendiri mulalah bangkitkan isu wajar ke tetamu bawak hadiah, wajar ke tetamu hulur duit, ini semua ikutan budaya kaum lain, bla bla bla bla....eh nak sentap pulak.

Sebenarnya kita sendiri yang create beban, bukan orang lain.
Kita sendiri yang menyusahkan diri sendiri nak beli hadiah yang best-best, nak bagi duit banyak, sebab nak jaga air muka. 
Nanti pengantin bukak hadiah, kita bagi dia mug 2 ketul je rupanya. Malu.
Kita sebenarnya nak orang nampak kita best bagi hadiah paling besar. Betul tak?
Kita yang pilih nak menyusahkan diri.

Sebenarnya kebanyakkan tuan rumah tak kisah pun kau datang bawak hadiah ke tak, bawak duit ke tak.

Aku tetiap tahun buat open house aku tau lah apa perasaan seorang tuan rumah.
Tuan rumah tak sempat kisah kau hulur ke tak hulur. 
Sebagai tuan rumah, dia sebenarnya lebih risau kalau majlis dia takde orang datang. 
Sape nanti yang nak perabiskan makanan ni semua.
Itu jauh lebih merisaukan banding kau hulur duit ke tak. 
Apetah lagi nak kelebet isi sampul tu berapa banyak kau hulur.

Tak kiralah apa juga majlis, be it kenduri kawen, akikah, birthday party, baby shower.....tuan rumah tak harap pun tetamu datang bawah hadiah bawak duit.
Dorang just nak korang datang supaya majlis tu menjadi.
Boleh imagine tak camana perasaan tuan rumah kalau buat majlis tapi orang tak datang.
Boleh ke sesuatu majlis tu dipanggil majlis kalau takde tetamu yang datang?

Jadi, tolong lah jangan insecure dan paranoid sangat.
Jangan kerana kita tak hulur duit macam orang lain maka kita salahkan tuan rumah seolah-olah tuan rumah ni buat kenduri sebab nak dapatkan modal balik.
Kalau rasa nak datang makan je, datanglah. Sebab menghadiri jemputan tu wajib kalau tak ada halangan. Dia pun jemput untuk ko datang kenduri, bukan share kenduri.
Tapi kalau nak datang sambil hulur, itu lebih baik. Niat sedekah nak tolong tuan rumah. 

Ada juga kes tuan rumah yang memang harap tetamu yang datang memberi sesuatu.
Contohnya kat satu majlis kawen aku pergi.
Ada satu meja tempat letak goodie bags.
Mak pengantin jaga meja tu.
Kalau sesape salam kaut dia, baru dia bagi goodie bag. Kalau tak salam kaut, dia tak bagi.
Nak dijadikan cerita, kena kat aku.
Majlis tu kawan En Wan.
En Wan kata takyah hulur lah, biar dia je hulur. Oklah, aku pun follow je dari belakang.
Bila aku salam mak dia kosong, mak dia tak bagi aku apa-apa. Aku pun tak kisah sebenarnya. Sebab aku tau goodie bag kawen ni selalunya akan berakhir ke tong sampah. 
Tapi bila En Wan salam kaut bapaknya, si bapak cakap "Eh bagi ni".
Masa tu baru aku tau kenapa aku tak dapat. Hahahah.

Setiap perkara yang berlaku ada sebabnya.
Kita yang jadi tetamu ni patutnya kena pandai bawak diri.
Tak patut kita persoalkan wajar ke tak wajar ada salam kaut.
Kita datang tempat orang kan.
Apa salahnya niat hulur sebab nak hormati majlis dan gembirakan tuan rumah.


2016-09-18

Siapa sini mak bapak dia ada gout?



Sporting tau pakcik ni bila anak dia ajak bergambar sebagai salah satu testimoni berjaya Nutrijuice.
Pakcik ni ada gout rupanya.
Jadi anak dia bagi try Nutrijuice.
Sebenarnya Nutrijuice ni khusus untuk rendahkan kolesterol tapi memang antara benefits dia mengurangkan sakit-sakit athritis.



Ini testimoni dari anak dia.
Good testimoni, alhamdulillah.

Sebenarnya kan, mak mertua aku pun gout and dia ambil Nutrijuice. 
Tapi aku malas nak up testimoni keluarga sendiri, itu kira macam point yang tak dikira. 
Bila dapat testimoni yang sama, ni lah masanya aku up-kan :)

Salah satu sebab kenapa Nutrijuice sesuai untuk legakan gout adalah sebab kandungan Safron kat dalam tu. Safron ni ada compound nama colchicine yang memang digunakan untuk treat athritis and gout. Even dalam perubatan tradisional cina pun, dorang guna safron untuk rawat gout. Aku rasa dalam ubat gout yang doktor bagi ada juga colchicine ni sebab ini bahan active. Tapi disebabkan dalam Nutrijuice kita ambil safron terus, jadi tak nampaklah celah mana Nutrijuice boleh legakan gout. Padahal active compund ada dalam safron tu sendiri.

Ni raya haji banyak makan daging kan, sesiapa yang ada Nutrijuice dalam rumah, pastikan ambil dengan rutin ya sebab daging semua ni kandungan uric acidnya moderately high. Kalau kau balun berkilo-kilo insyallah besar harapan boleh dapat gout. Lagi satu, sesape yang sakit gout, tolong minum banyak sikit air supaya buah pinggang boleh flush uric acid.

Kalau nak perahkan lemon dalam air kosong pun boleh. Sebab lemon pun bantu rawat gout jugak. Sebab lemon ni nanti akan pecahkan crystal uric acid. The reason Nutrijuice lebih cepat melegakan gout adalah sebab dalam Nutrijuice ada both safron and lemon. 



Ni best.
Ni follower FB aku ni.
Aku pun tak tau menahu dia ada beli Nutrijuice.
Kolesterol dari 8.2 turun ke 5.8.

Aku pun sebenarnya high cholesterol pada awalnya.
Aku tau kolesterol aku tinggi pun sebab saje gatal-gatal check darah.
Sekali baru tau kolesterol aku tinggi.
Patut la aku kerap kebas kaki. Duduk kejap dah kebas.
Kadang-kadang kaki aku tetiba je krem tak tau hujung pangkal.
Bila staff tu kata aku kena banyak minum air lemon, makan buah lemon, epal, kunyah bawang putih mentah 3 ulas everyday, makan itu, makan ini - eh tak kuasa lah aku.
Banyak lagi keje aku nak buat kot dari asik mengunyah je.

Maka timbullah idea nak buat Nutrijuice gunakan semua bahan semulajadi yang ada kaitan untuk turunkan kolesterol.
Macam biasa, sendiri jadi guinea pig.
Alhamdulillah, 2 minggu je, kolesterol aku dah turun.

Tapi aku tak naikkan testimoni sendiri sebab aku tak sure apa sebenarnya yang buatkan kolesterol aku turun. Adakah sebab Nutrijuice atau GC Plus. Sebab kalau kita dapat turunkan berat badan, maka kolesterol pun boleh turun sikit. Being overweight akan increase chances untuk kolesterol LDL (kolesterol jahat) increase juga. Jadi memandangkan aku memang on and off ambil GC Plus, jadi aku tak sure kolesterol aku ni turun sebab aku ambik Nutrijuice atau berat badan aku turun,

Good to receive feedback dari customer yang memang ambil Nutrijuice. Testimoni dari pengguna lebih strong berbanding testi founder, betul tak?



Disebabkan testimoni Puan Era tadi, maka masuk pulak testimoni gambar di atas ni.

Orang pompuan ni, rasanya antara masalah berat badan dan masalah period, madalah period lagi dorang concern.
Aku pun concern dengan period cycle berbanding berat badan.
Sebab kalau berat badan terlebih, sekurang-kurangnya aku tau nak buat apa.
Tapi kalau tetiba period 3 bulan tak datang, and kau tak mengandung, mesti kau pening sebab tak tau apa puncanya.

Kalau period tetiba datang dengan sakit yang teruk tahap menggigil-gigil menahan sakit - ini pun masalah dunia. Nak lagi kalau kena kat opis. Dengan sejuk aircond-nya, dengan nak fokus kat keje lagi, dengan kena duduk kat kerusi menambahkan lagi sakit pinggang - mak aiiiii. Hazab!

Alhamdulillah, terima feedback yang sama tentang period.

Period datang dengan smooth, kurang rasa sakit (ada yang tak rasa sakit lansung), ini je pun dah boleh buatkan mood kau semasa period bertambah baik 1 tangga carta. Serious tak tipu. Orang pompuan kalau period, cukuplah kalau ia datang dengan takde rasa sakit. Tu dah cukup membahagiakan. At least kurang satu malapetaka dalam rumah tu. Aku kalau period pain boleh bertukar menjadi Mambra kadang-kadang.

Kalau korang ada masalah period cramp, korang boleh minum air lemon panas.
Tak pun teh herba.
Tak pun teh halia.
Aku dulu minum teh Lipton je. Malas la nak tumbuk halia bagai.
Tapi kalau korang nak try Nutrijuice boleh jugak. Selain dapat turunkan kolesterol, boleh kurangkan period cramp sebab dalam Nutrijuice ada lemon, ada halia jugak.

Kalau rasa-rasa nak try, boleh tengok kat sidebar blog ni, belah kiri.
Ada BUY BUTTON untuk beli Nutrijuice.
Beli je kat situ, senang. Takyah masuk website.
Tak pun, whatsapp 012-7728976.


2016-09-17

Raya Haji 2016 Part 2



Walaupun katanya kampung laki aku ni tetiap tahun pun raya haji disambut meriah, tapi sebenarnya takde la meriah mana pun. Meriahnya cuma kat sini tetiap tahun pun buat korban. Tu je.
Suasana tu memang meriah berbanding kat Bangi.
Tapi orang macam aku punya istilah meriah tu lain.
Aku punya istilah meriah is dari segi preparation-nya, especially food (balik-balik cerita pasal makan).

Walaupun kat Bangi suasana raya tu tak ada, tapi preparation nak sambut raya tu tetap ada.
Macam biasa, solat raya tetap lengkap sepersalinan siap bersampin bagai.
Dari malam raya dah masak-memasak nasik impit and rendang.
Macam kat kampung En Wan, masak-memasak ni tak berapa difokuskan sangat.
Kalau nak tau, selama aku kawen ngan En Wan, pagi raya haji mesti makan kat rumah orang.
Walaupun makanan tu disponsor oleh mak nombor dua, tapi sebenarnya lebih bermakna kalau pagi raya tu kumpul makan kat rumah sendiri.
Macam tak best pulak rasanya lepas solat raya masing-masing berpusu-pusu keluar semata-mata nak pi makan kat rumah lain.

Tahun ni, dapat makan dalam rumah sendiri.
Lega.



Kanan tu Kak Long, sebelah Kak Long is mak nombor 2.
Depan yang berkepit tu adik En Wan (mak nombor 2) dengan laki dia.



Selalunya sembelih lembu akan dibuat kat kawasan rumah keluarga mak nombor 2.
Tapi tahun ni buat kat rumah sape pun aku tak tau.
Yang aku tau lembu ni dibeli awal tahun, kemudian upah orang ni untuk jaga.
Jadi, hari raya yang baru ni, buat korban kat kawasan rumah orang ni.

Punyalah baik orang ni, siap sediakan makanan raya lagi.
Makan bawah pokok.
Nasik minyak and laksa Tganu.
Tapi aku tengok je lah sebab takleh masuk perut dah, pagi tadi aku balun laksa johor 2 mangkuk.



Masa ni belum start sembelih lagi.
Semua tengah 'sembelih' tekak dengan nasik minyak.



Bapak mithali ini cukup perihatin terhadap anak yang kelaparan.
Sebab pagi raya tu aku tak sihat sikit, pulak tu berjemur bawah pokok nak tunggu korban, jadi aku migrain. Nak suap anak pun tak larat kauu. Melampau tak aku?



Aku tak tunggu sampai melapah pun.
Lepas sembelih je, En Wan hantar aku balik.
Tahun ni aku buat korban untuk Rayyan.



Esoknya, Selasa baru buat kenduri akikah cucu-cucu En Wan.
Untung kawen ngan anak bongsu ni, sempat aku merasa jadi nenek.

Si Rayyan dah ada bunga-bunga sentap bila nampak orang set up decoration untuk baby berendoi.
Terus tanya aku "Ma, adik dulu masa baby ada macam ni tak?"



Ada nakkkkkk.
Kau siap pelamin bagai mak kau buatkan.
Mujur mak ko ni ada blog tau. 
Terus aku gugel entry akikah Rayyan and tunjuk kat dia pelamin berendoi dia.
Dengan senyum bangga kembang kempis hidung pi tunjuk kat semorang dia pun ada dulu macam tu time baby. Allah Allahhhhhh. 



3 ketul baby kesemuanya.
Yang kat tepi belah kanan tu je yang tak cukup jambul.
Yang tu hujung tahun kang cukur kulit kote.



Malam tu ada persiapan nak sambut akikah besoknya.
Tapi geng-geng lelaki semua buat BBQ. Semua busy membakor kat depan.
Yang set-set pompuan bz masukkan bunga telur dalam beg.
Tetiba ada sorang lelaki kat tepi tu sama naik join masukkan bunga telur, kan?

Rayyan ni kalau takde pilihan, dia konfem akan join main asap BBQ kat luar.
Tapi sebab ada pilihan, dia memang akan pilih job-job macam ni.
Dia memang suka melibatkan diri dalam acara-acara macam ni dan selalunya kerja dia yang paling kemas sekali.
Dulu, masa nak siapkan goodie bags untuk kawen anak sedara En Wan, dia pi bongkar semula hat yang orang dah buat semata-mata sebab dia terperasankan towel and bekas bunga telur dalam beg tu tak sama kaler.
Kita ni memang sumbatkan je dalam beg tu, asalkan dalam beg ada towel and bunga telur dah kira lulus.
Rupanya dia tak.
Dia nak buat biar bunga telur and towel sama warna dengan warna beg!




Untunglah ada anak-anak sedara lelaki ramai.
Semuanya membesar serentak. Dah boleh harap lah kalau bab-bab membakor ni.
Kalau dulu apa-apa hal kena harap kat Pok Ayi dia ni.
Now takyah dah. Tau-tau je dah tersedia sepinggan ayam BBQ depan aku.



Yang paling win sekali ubi stela ni (aku tak reti camne nak eja).
Ya ampunnn punyalah manis.
Sayangnya En Wan beli 14 ketul je.
Ada ke 14 ketul?? Aku sorang je dah 2. Tu pun mujur aku dah kenyang. Selalunya 3.



Pagi besoknya, lepas Subuh dah terus siap-siap kemas rumah.
Sebab majlis akikah start 11am.
Mok aku cakap orang kampung sana bukan reti tengok jam.
Orang panggil kul 11am, kadang-kadang 10-15am dah ada orang sampai.
Jadi apa-apa hal kena siap awal jugak.

Makanan semua memang upah orang masak.
Lepas melapah daging semalam, terus tukang masak datang ambik daging bawak balik rumah dia untuk masak gulai for kenduri Selasa tu.
Jadi kitorang kat rumah ni takde masak-masak apa dah,
Cuma nak susun-susun kuih, potong buah, susun-susun pinggan mangkuk - eh tapi nampak macam takde apa je kan, padahal banyak keje gak.
Dah la dalam rumah tu penuh ngan rakyat jelata.
Kemas sini, sana sepah. Kemas sana, sini sepah.
Pakkal rumah orang. Kalau rumah aku, memang tinggi pitching aku bagi.

En Wan plan nak buat second round BBQ hari yang sama, tapi selepas majlis akikah.
Khas untuk family and kawan-kawan skolah dia.
Jadi, sendiri nak buat, sendiri la basuh ayam perap daging segala kan.
Dia tak berani nak mintak tolong aku punya.



Tapiiiiiiiiii, aku yang rimas tengok dia menyiang daging.
Lemas mata aku menengokkan.
Terkial-kial.
Last-last dia serender "Di, cuba tengokkan daging ni".
Aku sebenarnya memang nak tolong, tapi saje je aku biarkan nak tengok jauh mana dia nak menyiang daging-daging tu.
Padahal aku dah bersiap segala. 
Akhirnya, dengan ber-shawl bagai, aku siang daging. Kau mampu nak siang daging pakai shawl?



Model dah siap tayang muka kat depan rumah dengan kurta baru beliau.
Eh ramai pulakkkk yang tanya mana dia beli kurta ni.
Berjaya la marketing dia. 



Kumpulan berzanji dah sampai.
Masa ni aku dah terlepak dalam bilik sebab migrain.
Panas satu macam Tganu hari tu, berat kepala aku.
Terus flet.





Tahun lepas dua-dua ni kawen serentak, maka tahun ni beranak pun serentak.
Moga-moga esok anak-anak ni pun kawen serentak. Senang, sekali jalan.



Family En Wan.
Aku je yang takde. Sebab masa ni aku membuta dalam bilik.



Yang best tu, kumpulan berzanji tak ikut jadual.
Tak sure samada tak ikut jadual atau dorang tak dimaklumkan tentang jadual majlis.
Sepatutnya majlis bermula 11am sampai 12 noon untuk berzanji dan cukur jambul.
Kul 12 noon dah mula bacaan tahlil. Jadi, sementara lelaki baca tahlil, group berzanji tadi boleh la makan dulu. Which aku rasa itupun dah tak proper. Patutnya masa orang tahlil, semua pun kena turut serta, lebih baik macam tu.

Sekali, kul 12.40pm majlis cukur baru selesai.
Yang lelaki-lelaki nak bertahlil dah tunggu terlampau lama, ada yang dah balik.
Jadinya, lepas Zohor baru buat tahlil anak-beranak, dalam keadaan tetamu keluar masuk khemah menjamu selera. En Wan dah rasa tak selesa, sebab macam pelik la pulak, orang rumah bertahlil, tetamu kat luar ada yang selamba makan.



Lepas tu mula lagi satu situasi.
Kan tadi En Wan plan nak buat BBQ untuk kawan-kawan and sedara-mara kan?
Cadangnya lepas tetamu semua balik, baru start bakar-membakar.
Kak Long kata majlis patut habis 2.30pm.

Tapi bak kata Kak Long aku "Orang sini takleh buat kira, Diana. Cakap lah majlis habis pukul 3pm sekalipun, dia nak datang kul 5pm, dia datang jugak". Hahahaha.

Jadi, nak tak nak, En Wan terpaksa memulakan juga bakor-membakor dalam keadaan tetamu masih ada. Ada tetamu yang stay sebab nak tunggu ayam bakor. Jadinya, makin lambatlah tetamu bersurai. Makin lambat la majlis habis. Makin lemau lah semua melayan tetamu sampai pukul 7 malam. Hahahaha. Kelaka pulak aku rasa.

Tapi bak kata mak mertua aku, kalau buat kat kampung gini la.
Dorang memang tak ikut waktu. Terasa nak datang pukul 8 malam, dorang datang je.
Cuma tuan rumah la kepenatan sebab tetamu berkunjung tiba tak henti-henti sampai badan naik lemau.
Kadang-kadang bila buat majlis tuan rumah pun serba-salah.
Kalau buat proper sangat, orang kampung segan nak datang.
Kalau buat santai-santai sangat, gini pulak jadinya.
Takpelah, 5 tahun sekali.



Aku jarang up-kan progress berat badan sendiri sebab berat badan aku dah cecah ideal weight menjak bulan Ogos 2015 lagi. Lagipun aku pakai abaya jadi memang takkan nampak kurus punyalah.
Cuma now berat aku 52kg, naik 2kg dah. Tapi masih ideal weight.
Tapi amazingnya, walau berat aku now naik 2kg dari berat masa aku mula-mula launch GreenAard, tapi body fat percentage aku lebih rendah dari dulu.
Body fat aku now 25% berbanding 36% (dalam gambar kotak kecik, 58kg).
Even masa aku berat 50kg pun, body fat aku baru 29%.

Raya punya pasal, aku pakai baju berwarna sikit dan kecik sikit dari abaya.
So boleh la snap gambar sikit. Cuma En Wan tak kasik aku pakai baju ketat lagi dah, so mohon terima seadanya lah gambar terbaru ni.
Aku akan cerita pasal ni di lain entry.