2024-10-31

Apa perasaan bila korang tahu korang bukan yang pertama dicintai?


Hari tu kat Thread ada orang tanya "Apa perasaan bila korang tahu korang bukan yang pertama dicintai?". Aku jawab "Takde rasa apa. Teruskan saja."

Tak pernah terfikir pulak ada yang so concern dengan not being the first dicintai. Kenapa ada orang begitu insecure sekali? And what is so special menjadi orang pertama yang dicintai? Kalau aku, aku lebih pentingnya siapa yang paling last dia cinta. Dan semestinya kena lah aku orangnya, kan. Siapa sebelum aku, gasak dia.

Masa aku masih berkawan dengan En Wan, dia dah bagitahu dia pernah ada ex-gf. Dia cakap "Aku sayang gila dengan ex aku tapi apa nak buat, dia kat Malaysia. Hari-hari jumpa orang melayu. Pilihan banyak. Dia mintak break, aku lepaskan je lah" Wah, gitu. Aku layankan ajelah cerita sedih dia tu. En Wan share gambar ex dia kat aku. Zaman dulu berutus surat. Jadi, dia poskan gambar ex kat aku, lepas aku tengok nanti aku pos balik gambar tu kat dia. Percaya betul dia kat aku, kan? Hahaha.

Bila kitorang bertunang dan kawen, aku tak kuasa nak ungkit atau bertanya-tanya dah pasal tu. Nak tanya pun buat apa, nanti kita yang sakit hati. Lagi baik fokus on how to maintain relationship sekarang. Benda jadi longggg before dia kenal aku. Tak payah nak korek-korek dah. It is so unproductive to worry about “not being the first”.

Aku tak tahulah dengan orang lain. Tapi between aku dengan En Wan, aku rasa ada kebaikannya bila En Wan pernah ada relationship sebelum tu. His failed relationship menjadikan dia lebih matang and lebih tahu macamana nak handle second relationship. Contohnya, dia nekad bertunang dengan aku walaupun baru 1 kali jumpa. Maybe dia pernah kesal sebab tak buat benda yang sama dengan ex dia dulu. Reason ex dia minta break sebab tak tahan long distance. Dorang patutnya sama-sama sambung belajar Jepun. Tapi ex dia failed, jadi kena sambung belajar dalam negara. But they continued the relationship beberapa bulan lepas En Wan kat Jepun. Agaknya boring kot tak dapat dating, tak jumpa, call pun jarang. Dulu internet belum meluas, nak menulis surat bagai sangatlah hassle. Duduk dalam negara pulak tu, kiri kanan lelaki melayu ramai mengorat. Agaknya dia pun tak konfiden bila berjauhan En Wan boleh setia. Baik minta break awal-awal. Agaknya gitulah.

Maybe disebabkan itu, En Wan lebih matang and cepat bertindak bila dengan aku. Dia berani minta mok merisik and laju-laju ajak bertunang. Dan untuk itu aku bersyukur. His prior relationships shape who he becomes. Agaknya kalau akulah cinta pertama, mesti dia teragak-agak nak pursue. Pengalaman kecewa bercinta buatkan dia lebih hargai his emotional needs. So by the time dia jumpa aku, dia dah gone through experiences yang menjadikan dia lebih capable of choosing the right partner.

Patutnya bila kita dah berjaya bersama dia, tumpuan dah start on relationship kita dengan dia sahaja. Build the relationship. Focusing on the past or any sense of “competition” with their ex-es akan create unnecessary insecurity. Aku sangat percaya relationship yang strong, it’s because of the PRESENT connection, bukan membandingkan dengan someone yang dah takde lagi dalam hidup dia sekarang. Benda dah berlaku, sampai kiamat pun kau takkan jadi yang the first, so kenapa nak pening-pening kepala mikir? Kadang-kadang reason lelaki tu tak nak bagitau kau bukan yang pertama sebab dia tahu kau akan jadi ginilah. Sentap pada benda yang tak lojik nak disentapkan.

Tapi ye lah. Insecurity adalah sejenis penyakit. Orang yang dapat penyakit ni, perspektif dia berbeza. Menjadi orang "yang pertama" dalam hidup pasangan dorang adalah perkara sangat penting. Sebab orang yang ada penyakit insecurity, rasa yakin diri tu sangat rendah. Dia rasa kalau jadi yang pertama tu walaupun relationship kecundang, masih the best sebab orang yang pertama berjaya membuka pintu hati. Menjadi yang kedua dan seterusnya dah tak best lagi sebab sekadar mengisi tempat kosong. Lagi satu, dorang ada ketakutan nanti akan dibandingkan dengan ex. Selalunya orang yang insecure macam ni, bila dia tak dapat jadi yang pertama, dia akan pastikan segala hal yang pasangan dia akan buat selepas ni semuanya yang pertama kali. Contoh, bila suami ajak pi Genting, dia tanya "Dulu pernah ke pergi dengan ex?" Kalau pernah, very likely dia taknak pergi atau dia tak enjoy kalau pergi.

Bila suami bawa ke candle lite dinner, dia tanya "Biasa ke buat macam ni dulu?" Bila suami kata pernah, dia sentap. Nanti dia mulakan pikir suami nak mengimbau kenangan lama. Halah halahhhh. Kau jangan sampai laki tu betul-betul tinggalkan kau, ya. Banyak pulak cengkadak. Dengan perangai kau yang berpenyakit ni, mujurlah ada lelaki yang nak. Patutnya bersyukur dengan penyakit insecure kau, dengan low self-esteem kau, dengan cemburu buta kau, masih ada lelaki yang nak melayan. Kalau aku, selamat jalan. Mampus kau situ. Tak kuasa aku nak semakkan kepala.

Tak ada yang exclusive pun jadi "orang pertama". Kau je yang rasa special jadi orang pertama sebab mitos mengatakan first love payah nak lupa. Kalau payah nak lupa, takde de dia jatuh cinta kali kedua! Dah jatuh cinta second time maknanya yang first tu tinggal kenangan je. Standardlah semua orang ada memori yang dia masih ingat. Tapi tak bermakna dia masih mahukan apa yang dia dah hilang. Aku pun ada memori syok kat crush. Tapi bila crush tu confess, aku reject dengan baik because dah ada En Wan. Fokus saja pada yang dah ada, selagi yang ada ni tak menyakitkan hati 😆.


2024-10-30

Sebelum kawen lagi mesti ada plan apa nak buat selepas kawen.



Betul cakap Kak Tam. Kak Di di sini sokong sangat! Sebab aku pernah tengok pasangan pengantin yang takde plan selepas kawen. Dia cuma plan majlis kawen je. Kalau bab majis ni kemain lagi nak tema warna la, nak dulang girls la, nak begitu nak begini. Lepas kawen, anak dah berderet masih gitu juga hidupnya. Sebelum kawen, nak tinggal mana selepas kawen pun tak pikir. Nak kerja kat mana lepas kawen pun dia nak fikirkan selepas majlis kawen settle. Boleh?

"Nantilah lepas kawen baru pikir"

Halo, dik? Kawen tu kerja sehari dua. Meriahnya seminggu, tapi perjalanan selepas kawen ni kita nak hadap sampai ke tua. Patutnya sebelum kawen lagi dah ada plan apa nak buat selepas kawen. Bukan dah kawen baru nak pikir.

Sometimes orang tak faham konsep rezeki. Memanglah rezeki dah dijamin, tetapi rezeki itu luas, bukan semata-mata duit. Bila sebut "rezeki dah dijamin", duit tu takkan datang selepuk depan muka. Untuk dapat, kita disuruh berusaha. Tanpa usaha, mustahil duit tu berjalan depan kita. Malah kalau lapar sekalipun, makanan takkan masuk dalam mulut gitu-gitu je. Mesti gerakkan tangan dan mulut untuk bagi makanan tu masuk ke perut. Tu semua perlu usaha. Dapat tak dapat belakang cerita, janji mesti ada planning. Ini planning pun takde. Plan nak kerja kat mana pun tak pikir, plan nak duduk mana pun tak tahu.

Janganlah gamble life macam tu sekali. Esok lusa bila ahli keluarga bertanya, kita sentap. Mulalah kita kata keluarga tak support, keluarga tak bersatu hati. Padahal kita yang ambil mudah semua benda sampai menyusahkan orang lain.

At least sebelum kawen dah plan nanti nak duduk mana. Lainlah kau anak sorang. Usually anak sorang memang payah sikit parents nak suruh keluar rumah, especially anak lelaki. Sebab sah-sah rumah parents tu nanti jadi hak kau. Macam Ibal, punca dia tak dapat keluar dari rumah Mak Aji sebab rumah tu akan dapat kat dia. Aku and Ima, laki masing-masing dah sediakan rumah. Ibal je lah yang tinggal untuk ambil rumah Mak Aji. Tapi macam tu pun, Ibal tetap beli rumah lain. Disewakan.

Sebelum En Wan jumpa aku, dia plan balik dari Jepun nak kerja kat Kerteh - oil and gas. Lepas kenal aku, dia tukar plan untuk cari kerja di Selangor supaya aku tak jauh dari parents. Mujurlah Shah Alam tu bersepah kilang Jepun. Senang dia dapat kerja situ.

Ceritanya, aku nak cakap - BIAR ADA PLANNING. Tempat tinggal and kerja adalah 2 benda penting yang kau kena decide sebelum kawen. Dan lagi satu bak kata Kak Tam, sebelum kawen, ambik tahu kedudukan kewangan pasangan, especially bakal suami. Apa kerjanya, berapa pendapatannya, apa tanggungannya, ada hutang ke tak. Bab hutang ni kena ambil tahu. Karang tak pasal-pasal kau yang tak berhutang ni pulak kena menanggung hutang orang lain. Kadang-kadang tu memang bukan kita yang membayarkan hutang dia, tapi dek kerana gajinya habis buat bayar hutang maka perbelanjaan rumah kita terpaksa tanggung sampaikan bra pun berganti.

Make sure pasangan kita tak ada hutang sama sekali. Alhamdulillah masa aku and En Wan kawen, masing-masing takde hutang pelajaran dan hutang personal. Hutang kad kredit pun takde. Kawen terlampau awal. Tak sempat apply kad kredit.

Hutang pertama kitorang adalah hutang pada Mak Aji. Pinjam duit Mak Aji untuk bayar duit nak keluarkan kereta sport dia dari port. Bukan takde duit dalam bank. Tapi En Wan kata kalau dia keluarkan duit simpanan untuk keluarkan kereta, nescaya dia liat nak ganti balik duit simpanan. Jadi, dia pinjam duit Mak Aji supaya encourage diri untuk bayar balik hutang. Setiap bulan dia bayar RM980 pada Mak Aji, without failed. That explains kenapa hanya selepas 1 tahun berkawen barulah dapat pi honeymoon. Tu pun kat Cameron je. Nak bayar hutang punya pasal, honeymoon tertangguh setahun.

Hutang adalah perkara normal. Tapi hutang lapuk yang tak lunas-lunas adalah tak normal. Pasangan mesti clear cut bab ni sebelum kawen lagi kerana consequencesnya berat. It's good if you and your partner are quite open about this. Tapi mostly sanggup bergolok-bergadai demi nak kejar status sosial, akhirnya terbelit dengan hutang sendiri. Buat majlis kawen grand memang impian semua orang. Orang kata 'kawen hanya sekali, biarlah jadi kenangan'. Tapi janganlah sampai anak dah 3 orang, hutang kenduri kawen masih blom settle. Mana nak datang bahagia kalau hidup terbelit dengan hutang lapuk?

Beban hutang yang terlalu banyak selepas kawen akan jejaskan rumah tangga. Puncanya duit, tapi masalah menjadi meleret-leret ke hal lain. Padahal puncanya, hutang dan duit. Bila masing-masing terpaksa kerja keras untuk bayar balik hutang, sampai dah takde masa untuk enjoy kehidupan berkeluarga, this is when masalah timbul.

Berbincang hal kawen dengan berbincang tentang hutang adalah sama-sama penting. Kebanyakkan pasangan yang belum berkahwin malu nak berterus-terang dengan pasangan yang mereka ada hutang. Masing-masing fokus pada biar nampak mewah, sengsara kemudian takpe. Hutang jangan dibuat main-main. Kebanyakkan punca penceraian di awal 5 tahun perkahwinan adalah sebab duit, bukan sebab curang. Itu nak tunjuk yang walaupun duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit! Kau nak pegi kerja pakai duit. Nak start kereta pun kena pakai duit. Nak balik kampung pakai duit. Nak beli ubat pakai duit. Semua duit.

Jadi, komitmen kewangan mesti dibincangkan sebelum kawen. Aku memang benda ni aku ambil kira dulu. Bukan nak cari lelaki kaya, tapi jangan dapat yang menyusahkan kau. Hari tu kan viral kejap post aku pasal aku pilih laki yang boleh bagi aku 500K sebulan. Wahhh meriah sungguh orang tag FB aku pada post-post viral tu. Tak memasal ada je yang PM and DM aku cakap aku materialistiklah, apa lah. Eh kisah pulak aku.

Tapi tak kurang juga yang kata aku berani menjadi real.

"Kau memang real, kak. Berani cakap pilih lelaki yang boleh bagi duit"

😆😆😆

Like I said, I am being realistik. Kau tak suka, gasak kau. Yang penting aku tahu apa aku nak. Look. Yang pernah hidup dalam keadaan kurang je tahu macamana rasanya bila tak berduit. Nak melancong memang out of the storylah. Nak beli baju baru pun tunggu hari raya. Nak makan sedap kena ada special occasion. Disebabkan aku dah lalui benda-benda ni, aku memang picky bila bab pilih pasangan. Tak kaya tak apa, asal jangan menyusahkan aku. Kita sama-sama start dari scratch membina hidup, I'm ok with that. Tapi kalau nak suruh aku tanggung hutang-hutang yang kau buat tanpa pengetahuan aku, boleh jalan! Hidup nak bergaya, makan nak sedap, baju nak mahal, padahal duit takde. Apa yang ada? Bulu je ada.

Pastu dalam ramai-ramai yang komen kat post viral tu, ada satu komen ni, "Kenapa nak harap duit orang bagi? Kenapa tak usaha sendiri? I am an alpha woman. I tak kisah kalau husband I tak bagi duit. I boleh pakai duit sendiri"

Jenis pompuan macam ni la yang selalunya dapat biawak hidup. Lagi 3 tahun merentan kat pejabat agama.

Kalau setakat beli barang sendiri pakai duit sendiri, aku pun pakai duit sendiri. Tapi ni sekarang ceritanya bab nafkah. Bak kata Kak Tam, dulu hidup single sewa rumah bayar kongsi-kongsi dengan housemate. Bila dah kawen sewa rumah kau kena bayar sorang, laki kau tak kongsi bayar pun. Sanggup?

Mengaku diri alpha woman buatkan kau berpotensi jadi anak dara tua, ya sayang. Jangan bangga menjadi alpha woman. Alpha woman dengan independant woman ada bezanya. Alpha woman orangnya keras kepala, dan dominan. Independant woman, walaupun dia juga berdikari, tapi tak dominan. They are more open to cooperation and compromise in relationships. In other words, alpha woman sukar dikawal sebab sifatnya suka mendominasi. Independant woman lebih fleksibel. So, don't speak as if you know everything, because it will only highlight even more of your flaws.


2024-10-29

Stick with the guy that loves you, not the guy you love.

Makin banyak aku tengok quote-quote macam ni kat media sosial. Aku dah praktikkan benda ni sejak kenal En Wan 25 tahun lepas. Masa tu aku rasa aku macam gamble my life, rupanya sekarang dah menjadi satu nasihat, ya.

Like I said, aku pilih lelaki yang sayang aku lebih, berbanding lelaki yang aku sayang lebih. Sebab aku dah rasa macamana rasanya bila sayang sangat dengan lelaki tu, tapi respond yang aku dapat tak match lansung dengan energy yang aku bagi. The feeling sangat perit. Ni bukan untuk hasut orang lain, ya. Tapi sekadar bercerita pengalaman sendiri sebab aku tahu how kalau aku sayang orang.

Aku kalau sayang orang, sanggup berhabis dan buat kerja bodoh. Contohnya, menjadi posmen kepada crush selama bertahun-tahun. Dia ada masalah dengan gf, aku bagi nasihat, ya. AKU! Aku yang tak pernah ada boifren ni yang dia mintak nasihat. Dan aku ikhlas bagi nasihat. Aku tak ambil peluang untuk masuk line atau burukkan gf dia walaupun aku tahu perangai gf dia macamana. Biar dia tahu sendiri. Sampai dia dah kat Uni, setiap kali ada masalah dengan gf, dia akan call aku. Dan aku akan cuba baik-baikkan dorang semula. Padahal aku ni suka dia.

Bila aku dah ada En Wan, si crush pun confess yang dia suka aku. Kalau ikutkan rasa hati, memang harus aku melompat riang akhirnya crush nak kat aku. Tapi, walau masa tu aku takde rasa sayang kat En Wan, dan aku masih dalam confuse state, aku tetap pilih En Wan. Kalau ikut lojik, pilih crush lebih rendah risiko sebab aku dah kenal dia lama. Tapi masa ni aku nekad pilih En Wan sebab kalau aku pilih crush, dia takkan boleh match energy aku. Takkan boleh match. Aku risau bila bersama dia nanti, aku jadi stalker. Asyik nak mencari tahu dia buat apa, dia pergi mana, kelebet itu ini pada dia. Masa dia confess and pujuk aku untuk accept dia, aku happy. Tapi dah lah. Aku tak rasa aku larat dah nak buat kerja sayang orang beria ni. Aku nak rilek-rilek tengok effort orang pulak kat aku. Hahaha.

Maybe masa tu aku dah penat dengan ex-bf. Dengan ex-bf pun aku beria macam nak rak dulu. First time cinta terbalas kekdahnya. Berialah aku bercinta. Sanggup tak shopping untuk diri sendiri, segalanya berhabis untuk dia. Bila diri dia upgrade, dah pandai bergaya, penampilan makin ok, rupanya dia buat modal mengorat balik ex-gf diam-diam belakang aku. Bukan satu ya, tapi 2 orang sekaligus dia ngorat. Dan akulah ATM bergerak rupanya. Aku syak yang everytime balik bercuti purse aku hilang tu dia buat modal nak belanja ex la tu.

Satu perkara yang aku noticed bila bercinta dengan orang yang sayang kita lebih, kita punya expectation tu, less. Maybe itulah sebenarnya key point kenapa aku and En Wan boleh in long distance relationship. Punca terbesar adalah aku tak kisah apa-apa. Aku dah kering hati. Kalaulah aku sayang En Wan lebih, rasanya aku takkan betah long distance. Konfem aku jadi macam ex-gf dia dulu, minta break sebab stress tak dapat jumpa.

Tapi tak bermakna bila kawen dengan orang yang sayang kita lebih, relationship tu lebih kekal. Tak. Bukan macam tu. Tapi yang pasti, aku lebih rileks. Takde expectation sangat. Apa yang dia buat segalanya macam surprise. Sebab kita tak expect apa-apa dari dia. Bila dia buat something, even benda-benda biasa, kita macam wow! Contoh, masa aku kerja di MOSTI, know-know arrive bunga satu bouquet. Rupanya anniversary engagement! Barulah aku tahu engagement pun ada anniversarynya. Ye lah, orang lain bertunang 6 bulan terus kawen. Kau bertunang pastu meruyup 1 tahun 8 bulan tak balik-balik Malaysia, memanglah ada anniversary.

Sampai sekarang kitorang celebrate engagement anniversary. 
Kau yang start kan, siapa suruh. Memang aku tuntutlah jawabnya.

Ini pulak dia post tiket main bowling kat sana. Nak tunjuk bukti yang dia main bowling pakai nickname chat aku - Freeda.

Simple things macam ni aku tak expect pun. Tapi bila dia buat, rasa macam special. Padahal takde benda pun.

Bolehlah dikatakan aku takde luck dalam bercinta. Orang yang aku care gila-gila, tak sayang aku. Atau maybe expectation aku tinggi everytime aku suka someone. Sebab bagi aku, kalau aku boleh give you this much, kenapa kau tak boleh? Kalau aku boleh spend this much, kenapa kau tak boleh buat benda yang sama? Ujung-ujung aku dissapoinated sebab aku tak dapat the same energy yang aku bagi. 

Bila aku bagi full energy, dia pulang dengan half of that energy, bermakna energy aku tak replenish. Lama-lama aku jadi penat. Lama-lama energy aku makin drain sampailah satu tahap hati jadi kering. Dah takde hati nak buat apa-apa. Masa tu baru kau nak masuk??? Lambattttttt. Aku rela pilih orang yang aku takde rasa apa-apa. At least hati aku tak sakit.

Dalam quote tadi ada disebut "A woman can grow to love someone, but a man either loves you from the start of doesn't"

Teringat cerita Hum Dil De Chuke Sanam - Ajay Devgan, Aishwarya Rai dan Salman Khan. Macam nak rak cinta mati si Aishwarya Rai. Nak bunuh diri bagai kelar tangan sebab protes kena kawen dengan Ajay. Bila dah kawen dia mogok pulak. Ajay ni bawak dia pi cari boifren sampai ke Italy nun. Bila dah jumpa pakwe lama, baru dia realized, lelaki yang dia kawen tu adalah yang terbaik sebab laki tu sayang dia lebih dan sanggup penuhi permintaan dia untuk tengok dia bahagia. Boleh pun dia cinta suami dia. Walaupun itu hanya cerita, tapi ada kebenarannya kat situ.

Aku adalah living proof yang boleh sahkan statement tu. Perempuan memang boleh sayang sesiapa saja yang sayangkan dia, walaupun pada awalnya perempuan tu suka orang lain. So to all the single guys out there, just remember this. Love her a little more, put in more effort consistently, and she’ll be yours – loyal and committed. Jangan biar perempuan kering hati. Once dia kering hati, no amount of effort can soften her. She would sooner choose someone else, even if there is no love, just as long as it’s no longer you.



2024-10-28

C-Drama: Addicted



It's review time! Ini C-Drama yang released tahun 2016.

Kisah tentang student sekolah menengah, Bai Luo Yin (by Timmy Xu) dan Gu Hai (by Johnny Huang), yang pertama kali bertemu dalam kelas. their relationship gets off to a rocky start. Sikap kasar dan acuh tak acuh Bai Luo Yin selalu buat Gu Hai sakit hati. Jadi, Gu Hai nekad untuk balas balik dengan buat macam-macam prank yang provokatif kat Bai Luo Yin. However prank tu makin lama makin melampau. Lama-lama Bai Luo Yin balas balik pada Gu Hai.

Over time, dorang dua mula rapat apabila sebab masing-masing dah makin faham perangai each other. A turning point in their relationship adalah bila Bai Luo Yin dibuli kerana datang dari keluarga miskin. Gu Hai bela Bai Luo Yin dan belasah si pembuli kaw-kaw. Sejak dari hari tu Bai Luo Yin jadi lebih terbuka terhadap Gu Hai. Dorang spend banyak masa bersama, study sama, makan sama, pergi sekolah sama-sama, dan share kisah silam sama-sama.

However, keakraban dorang jadi lebih intense. Gu Hai selalu tido kat rumah Bai Luo Yin. Disebabkan Bai Luo Yin miskin, dia hanya ada 2 bilik je. Satu bilik bapaknya, satu bilik dia. Everytime Gu Hai datang, dorang tido sebilik. Banyak kali Gu Hai oversteps his boundaries. Bai Luo Yin tries to resist, tapi lama-lama dia jadi sayang dengan Gu Hai sebab Gu Hai ni walaupun mischievous, tapi sangat perihatin.

Apa yang dorang tak tahu, sebenarnya dorang adalah adik-beradik tiri. Mak Bai Luo Yin dah bercerai dengan ayahnya. Rupanya maknya kahwin dengan ayah Gu Hai yang kaya dan berpengaruh. Gu Hai pula marah bila ayahnya kawen baru. Dia keluar dari rumah and pindah ke sekolah di kawasan perkampungan tempat asal mak tirinya. Kat sekolah tu lah dia berkenalan Bai Luo Yin. Gu Hai sebenarnya plan nak kacau life ibu tiri dan keluarganya, not knowing that Bai Luo Yin sebenarnya adalah abang tiri dia.

Komen ikhlas dari aku, this drama is consistently entertaining. Plot jarang yang dull. You won't be bored by Addicted, and that explains kenapa di China, Addicted dikatakan satu masterpiece walaupun kena banned dengan government kat sana. The most engaging part is the volatile relationship between Bai Luo Yin and Gu Hai. Masing-masing dah pernah ada ex-gf, tapi disebabkan saling prank-memprank, lama-lama relationship dorang jadi close. Dorang pun tak sangka they will develop strong feelings to each other.

Drama ni sebenarnya drama low budget. The director adalah first-time director, dan actors pun semuanya new actors. Due to the low-budget, semua pelakon terpaksa mekap sendiri dan pakai baju sendiri for the filming. Tapi drama ni dapat liputan sangat meluas, walaupun pelakon-pelakonnya semua muka baru. Maybe sebab genre boys' love. First episode dah cecah 10 million views dalam tempoh 24 jam. In less than a month, the series reached over 100 million views. The main actors, Timmy Xu and Johnny Huang jadi sangat popular semalaman.

However, hnaya tinggal 3 episod sebelum drama ni berakhir, kerajaan banned the series due to gay and explicit content. Dan disebabkan 2 orang main lead actor ni bawa karakter tu dengan sangat real, goverment banned dorang berdua dari berlakon bersama atau berada di majlis yang sama. Semua realiti show yang melibatkan dorang berdua yang dirakam lebih awal tak pernah disiarkan dalam TV. Masa fan meeting kan Thailand, dorang berdua berselisih kejap je, terus kena tarik dengan security guard. It was their last public appearance together. Timmy Xu sangat dissapointed dengan keputusan kerajaan, dia tolak semua job selama beberapa tahun. Johnny Huang sebaliknya terus berlakon dan hingga sekarang sentiasa dapat tawaran demi tawaran, lebih-lebih lagi selepas menang award di Asia Film Awards tahun 2019.

Drama ni adaptasi novel. Dalam novel, Bai Luo Yin & Gu Hai kemudian terpisah selama 8 tahun sebelum bertemu semula. Interestingly, sejak 2 pelakon ni dibanned dari berlakon bersama, that was tahun 2016, and now dah 2024, bermakna dah 8 tahun dorang 'terpisah'. Now peminat tengah tunggu if government akan tamatkan 8 tahun banned tu untuk dorang berdua kembali bekerjasama. Lama dah kot, dari dua-dua ni bujang sampai dua-dua dah kawen and Timmy dah ada anak. Cukup-cukuplah.


2024-10-27

Testimoni GreenAard: Flare ekzema surut dengan Gloei

Another feedback ekzema dan Gloei. Alhamdulillah.

Again, aku nak tekankan kat sini Gloei BUKAN ubat untuk ekzema. Gloei adalah kategori makanan tambahan. Gloei TAK DA AKOLAGEN HAIWAN. Dalam Gloei ada phytosterol dan bahan aktif dari tumbuhan only. Hari tu masa aku up post pasal Gloei, ada yang tanya macamana dari tumbuhan boleh menjadi kolagen?

Tak, bukan tumbuhan tu yang bertukar jadi kolagen. Tapi, tindakbalas bahan aktif dalam tumbuhan tu yang merangsang badan hasilkan kolagen. Bahan aktif tu boleh stimulate sel fibroblas. Fibroblas inilah yang hasilkan kolagen dan elastin. Jadi, Gloei ni dicipta sebenarnya untuk stimulate sel fibroblas ni. Bila sel fibroblas ni terangsang, dia akan bekerja untuk keluarkan kolagen.

Fibroblas ni letaknya di lapisan dermis kulit. Pada pesakit ekzema, fungsi fibroblas sudah terganggu. Fibroblas dalam kulit dorang always bagi reaksi yang berlebihan kepada alergen atau bahan kimia. Bila pesakit ekzema kerap dapat flare, fungsi fibroblas semakin terjejas. This can cause insufficient collagen production and increase the risk of tissue damage. Sebab itu kulit pesakit ekzema mudah luka, mudah kering dan lukanya mudah merebak sebab tissue dah damage. Apa yang Gloei buat, dia bukan bertukar jadi kolagen bila kau makan tu. Tapi dia merangsang fibroblas, supaya sel tu jadi lebih strong. Bila sel fibroblas kuat, slowly keradangan dan iritasi berkurang.

Gloei juga ada phytosterol. Yang ni bantu untuk pulihkan skin barrier. Ini yang buatkan skin glow. Pesaki ekzema yang ambil Gloei, maybe nak nampak glow tu tak cepat sangatlah sebab dia ada masalah kulit. Tapi at least mengurangkan kemerahan dan gatal-gatal. This may explain kenapa si ibu tadi kata simptom ekzema anaknya cepat surut.

Generally, Gloei is safe untuk diambil oleh sesiapa sahaja, cuma perlu ikut dos. Jangan main togok gitu je. Kepada yang diabetic, dalam Gloei kita tak pakai gula putih. Kita ganti dengan mannitol. Mannitol is pemanis. Banyak makanan untuk pesakit kencing manis ada mannitol. Kita guna mannitol sebab ia kurang diserap oleh usus. Bila kurang diserap bermakna kurang peningkatan gula dalam darah.

Bila mannitol masuk dalam badan, hanya sebahagian sahaja diserap dari usus. Bermakna, sikit saja mannitol yang sampai ke usus besar. So, kalori yang dihasilkan pun sikit saja. Setiap gram manitol hanya 1.6 kalori, kurang daripada separuh nilai kalori gula putih (4.0 kcal/g). So that explains kenapa kenaikan blood sugar tak tinggi. However, CUBA dulu. Sebab sensitiviti pesakit diabetic terhadap pemanis berbeza-beza. Kalau after 2 hours taking Gloei, bacaan gula darah tak within normal range, please stop.

Masih ada 3 hari lagi untuk dapat ekstra 5 sachet bila beli sebotol Gloei. 5 sachet ni bernilai RM34.75. Maknanya, korang boleh jimat RM33.75.


2024-10-26

Testimoni GreenAard: Kuku dah cantik lepas ambil Gloei, tapi harganya kenapa mahal?

Terima kasih kepada pengguna Gloei yang sudi bagi feedback (gambar sebelah tadi). Hari ni aku taknak cakap pasal kemampuan Gloei sebab dah banyak orang guna and share good feedback. Hari ni nak cakap pasal harga seperti yang pengguna tu tulis. Ya, harga Gloei RM139 dengan 20 sachet memang nampak macam mahal. Inilah juga topik yang buat aku bertekak panjang dengan En Wan dulu. Aku letakkan risiko yang tinggi masa produce Gloei.

Yang pertama, tak pakai kolagen haiwan. Yang kedua, aku pakai premium active ingredients. Antaranya, chamomile extract dan saffron. Tau tak harga 1 kg saffron is RM32K? Dan untuk chamomile kita guna German Chamomile, bukan Roman Chamomile. Roman Chamomile untuk treat insomnia. Kalau German Chamomile untuk treat skin problems. Kalau extract dalam bentuk essential oil dalam RM3000 per kg. In our case, kita extract in more specific type, iaitu water-soluble. Harganya, jangan tanyalah kecuali nak tolong bayarkan.

Dan ada a few active ingredients lain yang kita pakai yang semuanya plant extract. Bila aku nak Gloei bertindak secara alami (tanpa bantuan kolagen haiwan), aku perlukan bahan-bahan active yang premium yang ada kemampuan untuk bagi optimum results. Dan harganya tak murah. Itu antara sebab aku letak 20 sachet sahaja, bukan 30. Kalau letak 30, lagi terkejut orang tengok harganya.

Aku punya plan dulu gini -- buat dulu 20 sachet. Biar orang rasai dulu how effectivenya Gloei. One day, bila ramai dah berpuas hati, aku akan naikkan ke 30 hari. Tetapi, setelah 6 tahun Gloei in the market, aku tak pernah lagi ubat packaging. Masih kekal 20 sachet. Sebab aku tak nak drastik sangat perubahan harga tu orang nampak nanti. Sebab itulah sometimes aku keluarkan offer free 5 sachet atau free 1 botol. 5 sachet tu pun dah RM34.75 harganya. So kalau dapat free 5 sachet, kira dah jimat banyak.

Sehingga 31 Okt (Khamis ini), kalau tambah RM1 saja lagi, korang dapat extra 5 sachet. Bolehlah beli hari ni. Mana-mana yang masih belum pakai voucher September, diingatkan untuk guna sebab validity voucher tu sehingga Khamis ini juga.


2024-10-25

Bukan merancang untuk mati cepat, tapi merancang untuk keselesaan waris.


Ada orang tanya En Wan "Tak rasa backwards ke dari engineer jadi agen insurans?"

Bila En Wan cerita kat aku, aku jawab dengan senyuman "Welcome to my world".

Selama ni aku sorang je rasa orang pandang rendah kerjaya sales, kan. Kali ni biar dia pulak rasa 😆. Aku cakap, "Apa saja kerja yang melibatkan sales, orang akan pandang rendah. Buktinya, awak. Orang anggap awak downgrading youself sebab awak pernah jadi engineer".

To me, En Wan bukan downgrade, tapi dia mencari environment yang baru. Dia dah puas 15 tahun jadi engineer. And dia buktikan dia success as engineer hingga naik pangkat jadi Assistant Manager. Bukan Assistant Manager company 50 orang, ya. Ini kilang Hitachi Chemical. Position dia dah sedap ketika dia resign untuk join aku. Dia resign sebab stress yang dia takleh nak bear. Jaga production kilang dengan kapasiti orang bawahan 400 orang, sangat buatkan dia drained setiap kali balik kerja. Enough as engineer katanya.

Jawatan as AGEN TAKAFUL maybe kelihatan seperti downgrade, tapi he is financially strong. Dari duli lagi dia lebih financially strong dari aku sebenarnya. Cuma dia memang suka buat muka sengkek tidak berdaya 🙄.

Aku happy tengok dia now. Sebab aku memang nak dia kerja berjumpa orang. Biar dia bergaul sikit dan pandai bersembang. Sebab dia ni pendiam yakmat dulu. Penat kerja as sales memang penat. Aku dah lalui buat kerja jumpa orang ni dulu. Tapi, seronok. Jumpa orang, bersembang, sambil-sambil share produk kita. Aku cakap kat dia, kerjaya baru dia ni akan bagi dia lebih dari sekadar sale. Network, confidence, motivation, knowledge - BANYAK. Aku dah lalui zaman jadi sales dulu. Besar benefit dia. Sebab tu aku pelik apesal budak-budak sekarang dengar post sales and marketing je gelabah. Dorang ingat aku suruh dia jual minyak urut tepi jalan ke hape?

Ramai yang kata nak tanya pasal medical card and hibah tapi tak nak whatsapp En Wan, segan katanya. Laaaa...nak segan apa. Whatsapp je. Dia takkan paksa kau beli punya. Kau sembang je dulu. Aku hanya boleh explain bab benefits, tapi produk yang sesuai dengan bajet, hanya dia saja tahu. Hari-hari orang tanya aku pasal medical card. Penyudahnya aku pulak yang kena menjawab and explain. Ni karang, aku pulak yang jadi agen. Kahkahkah.

Aku nak cerita tak pandai sangat. Tapi aku bolehlah explain sikit apa yang aku tahu sebab aku pun ada both med card and hibah. Aku and En wan sama-sama ambil hibah lama dah. Hibah memang untuk orang sihat walafiat je ambil. Yang sedang sakit tak lulus kalau apply. Alasannya mudah — kalau kau tengah sakit, sekali tahun depan meninggal disebabkan penyakit tu, rugilah company. Bayar baru setahun tapi hibah dapat RM350K selepuk. Hibah adalah HADIAH yang akan dibagi pada waris bila kau dah mati. Aku and En Wan sama-sama buat hibah. Kalau aku mati, hibah aku dapat kat dia.

Apa manfaatnya?

Dia boleh guna untuk bayar balance hutang-hutang yang tertinggal. Sekarang ni yang ada nama hutang cuma rumah. Kereta yang atas nama aku ada 2, both dah habis bayar. Kalau aku mati, maybe dia boleh guna untuk hal-hal lain. Hutang rumah maybe takkan guna duit hibahlah sebab dia bekerja. Ceritanya now, kalau suami mati dan isteri tak bekerja. Suami pulak meninggalkan hutang kereta, hutang rumah, hutang bank, anak-anak nak pakai duit untuk sekolah lagi. Hat ni yang pentingnya ada hibah.

Kalaulah aku mati esok, SEKIRANYA dia nak bayar loan rumah bahagian aku, dia boleh bayar lumpsum kat bank. Kat sini dah ringan beban sikit. Agen hibah aku dulu cakap nak ambil hibah sebaik-baiknya kira hutang yang masih berbaki dulu. Nilai hutang itulah kita ambil sebagai jumlah hibah. Kalau mati esok, waris tak terbeban menanggung hutang kita. Sebab nilai hibah yang dia dapat menyamai nilai hutang-hutang kita. Kalau ada lebih, boleh joli 😆.

Nak menunggu faraid settle dan segala tuntutan dan hutang disettlekan, jenuh wei. Hibah inilah yang akan bagi kelegaan sikit pada waris. Takde dakwa-dakwi. Takde siapa boleh tuntut. Memang bulat-bulat dapat kat kita. Sorang pun takleh mintak. Hibah tu nanti masa korang apply, boleh letak nama pasangan, atau anak-anak. En Wan kata semalam dia ada close satu kes. Dia suggest client letak 50% pasangan, 25% anak 1, another 25% anak nombor 2. Maksudnya, kalau tak nak bagi semua kat pasangan pun boleh. Tapi hibah En Wan untuk aku, aku suruh dia letak 100%. Bukan satu, tapi dua-dua hibah letak nama aku. Hahahaha.

Kalau medical card pulak, aku tahu ramai yang rasa tak penting. Boleh pakai gomen hospital je katanya. Atau boleh pakai medical card company. Company tanggung. Tak apa. Itu pilihan korang. Cuma kena beringat, esok kalau dah tak bekerja lagi dengan company, pastikan ada simpanan yang banyak. Sebab kalau sakit, dah tentu-tentu kena pakai duit sendiri. Takde siapa nak tanggung dah. Time ni umur pun dah banyak. Kalau time ni baru nak apply medical card, caruman bulanan dah tentu-tentu tinggi sebab faktor usia. So, pandai-pandailah adjust.

Tapi kalau hibah, aku suggest buatlah. Usahakn untuk ketepikan duit setiap bulan untuk hibah. Hibah ni tak mahal mana. Aku dulu buat umur awal 30-an. Now dah 47 tahun, caruman hibah aku kekal RM100/bulan je. Takde perubahan harga lansung. Kalau umur now baru nak ambik, nescaya tak dapat RM100/bulan tu. So korang yang muda-muda ni, buatlah hibah. Yang dah umur macam aku DAN masih sihat, cepat-cepat buat. Esok kalau penyakit darah tinggi tiba-tiba muncul, bye-bye hibahlah la jawabnya. Takde peluang nak buat.

Kita banyak dengar cerita-cerita pasangan meninggal mengejut, waris terkapai-kapai. Belum lagi kisah tuntutan faraid yang panjang. At least hibah ni bagi waris bernafas sikit. Bukan merancang untuk mati cepat, tapi merancang untuk keselesaan waris. Ok aku cerita takat sini je. Selebihnya boleh tanya En Wan. Be it hibah atau medical card, sila berurusan dengan dia.

Aku suggest AMBILLAH HIBAH. Tak mampu ambil banyak, ambil yang minimum. Ada calculationnya: En Wan tahu macamana nak kira. Gi lah sembang dengan dia. Jangan malu-malu kalau dia ajak jumpa. Jumpa je, biar dia explain kasi terang. Bila lagi kau nak dengar sleng ganu dia. Kahkahkah.

Tahun lepas dia Champion Nationwide. Sehingga Sept lepas, nampaknya masih kekal dalam carta Top 5. Insyallah ada rezeki, dapat Champion lagi. Tapi setakat ni En Wan masih pegang rekod agen yang paling banyak kes (polisi). Agen lain mostly target jual investment polisi. Satu polisi dah 400-500K TPC. Buat 10 polisi setahun pun dah ada peluang jadi champion.

En Wan tak promote lansung polisi investment. Sebab dia pun tak ambil polisi investment dari company takaful. Dia punya investment dari unit trust and ASB only. En Wan hanya fokus untuk meramaikan orang ada medical card and hibah sebab inilah benefit paling best dari company takaful sebenarnya. That’s why dia carry banyak kes. Disebabkan itu HQ always nak ambil dia as speaker untuk ajar agen-agen macamana nak close kes. Masalahnya dia yang takde masa. Sebab kes dia banyak. In other words client dia ramai. Mana ada masa nak mengajar pulak. Baik dia jaga client dia kata.

Malam semalam dia kena bagi sharing via zoom. Pukul 6 pm masa tengah dinner sama-sama dia tengok whatsapp pastu dia kata “Allah..poster dah keluar. Slide satu pun tak ready lagi”

“Poster apa?” aku tanya.

“Poster untuk program malam ni. Abang jadi speaker”

Aku dengar macam…FUH!!! Dah tinggi makam dia ni. Kalau dulu, 3 bulan sebelum presentation dah start buat slide untuk prektis cakap hari-hari. Now, malam nak bagi talk, petang slide tak ready lagi 😆.


2024-10-24

C-Movie: The Kid



Semalam aku mengemas lemari. Punggah lemari bawah tu sebab nak buang. Ingatkan kat bawah tu aku simpan buku-buku je, rupanya terselit banyak VCD, termasuklah VCD The Kid, by Leslie Cheung. Hanya satu kali aku tengok cerita ni. Semalam tengok lagi sekali dah alang-alang nampak. Saja je nak refresh balik, sebab dah lupa jalan cerita.
 
Rupanya bila kita tengok sesuatu movie time muda, dengan time umur sekarang, impaknya berbeza. Tiba-tiba aku sebak tengok cerita tu. The simplest things could bring back the most wonderful memories. Rindu zaman 90-an, zaman sekolah. Zaman menggila dengan Leslie and Beyond. Zaman gigih hafal lagu cina. Zaman sanggup tak balik kampung and rela tido sorang kat rumah semata-mata nak record cerita best-best masa CNY. Kerana Leslie, Beyond and Hacken Lee, aku simpan angan-angan nak ke Hong Kong. Tak pernah terfikir nak ke negara lain, selain Hong Kong. Betapa kuatnya impak Cantopop dulu. Masa ke Hong Kong dulu, nampam signage "Causeway Bay", rasa nak nangis. Teringat cerita Young and Dangerous. Nampam signage Tsim Sha Tsui, nangis. Nampak signage Lantau Island, nangis lagi. Nama-nama tempat ni dekat nau di hati aku. Apa taknya asyik melayan cerita cina je.

Bila En Wan bawa aku ke sana, jumpa pulak boifren kat Madamme Tussaud's, lagilah macam kena sampuk kejap. Pastu En Wan bawa aku lalu depan Bank of China. Nangis aku kau jumpa bank ni, sebab bank ni dulu lambang movie Hong Kong. Asal shooting kat town je, mesti ada building bank ni. Then En Wan bawa aku lalu depan Mandarin Oriental, tempat Leslie bunuh diri. Lagilahhhhh. Nasib ada Mak Aji je, kalau tak, aku cari spot tempat Leslie jatuh and telentang kat situ ambil gambar. Pastu En Wan bawa aku naik Mid-Levels Escalators. Halah halahhhh, terus terimagine akulah Faye Wong dalam Chungking Express. Begitulah seorang Diana. Diana dan cerita cina berpisah tiada. Masalahnya laki aku melayan pulak tu.

Ok berbalik pada The Kid, cerita ni tentang Wing (Leslie Cheung) a retired fund-manager yang kemurungan teruk lepas hilang semua aset dan duit in a financial mishap. Tapi hidup dia berubah bila dia terjumpa sorang baby lelaki yang ditinggalkan kat atas atas kapal dia (yatch). Masa tu dia belum jual kapal tu lagi. Wing decided untuk jaga baby tu as anak angkat. Walaupun ada masalah kewangan, dia rasa happy raise the baby. Tapi after a few years, mak kandung anak tu muncul nak ambil anaknya semula. Wing cuba halang sebab dia dah sayang sangat dengan budak tu. Tapi sad ending because last scene dia lepaskan juga anak angkat tu sebab mak budak tu ada financial yang lebih stabil. Scene Leslie tahan airmata last scene adoiiii, dengan aku-aku sekali merembes malam tadi. Dahlah anak tu tinggalkan dia. Pastu ditambah lagi dengan hakikat Leslie pun dah takde, macam disiat-siat hati.

Kalau sesiapa yang knew well of Leslie’s talent, role dia dalam The Kid ni adalah satu big impact. Boleh terlupa kejap yang dia adalah international star sebab dia immersed himself dalam karakter someone yang berada at the lowest point in life. Aku tak dapat bayangkan kalau karakter Wing ni orang lain bawak. Sebab tak semua orang boleh bawak crossbeam bicycle yet still reveal life as strongly and clearly as he could. Maybe sebab karakter ni sama nama macam dia - Wing, jadi mungkin sedikit sebanyak dia sedang menceritakan perjalanan hidup dia dulu.

Tadi aku search for details movie ni, and aku jumpa ni:

"As a result of the Asian financial crisis, Hong Kong’s movie industry fell to the lowest point. In 1999, twenty directors each raise their own funds, and find an actor and then make a high quality movie. They were to receive nominal remuneration in order to inject all the funds into the production, hoping that this method would boost up the market. However, at the end, almost all actors refused to participate, except for one person……”

...and this person was Cheung Kwok Wing (Leslie), and this movie was called “The Kid”.


Merembes terus aku depan laptop. Merembes teruk.
Dia berlakon filem ni tanpa bayaran, plus OST filem ni pun dia compose, juga tanpa bayaran.

I have never made a mistake in choosing my idol. 
You've gone too soon, Leslie.
 
Bang, jom kita pi Hong Kong lagi!


2024-10-23

Persepsi kita terhadap humble bragging atau showing off bergantung pada konteks sosial dan siapa yang mendengar.



Seronok aku tengok video ni. Sebenarnya ada maksud tersirat, itupun kalau kita nak cuba memahamilah. Video ni ajar kita untuk mencari crowd yang sekufu. Katakanlah kita ada kenalan yang super rich macam ni. Kalau tak sekufu, konfem apa yang dia cakap kita anggap dia sedang bragging. Padahal untuk yang sekufu, apa yang dia katakan semuanya biasa-biasa saja sebab lifestyle dorang juga begitu.

Hari tu masa aku bercerita pasal duit belanja Rayyan RM8 sehari, ada sorang follower ni komen "Banyaknya! Makan apa sampai RM8?"

Terkesima kejap aku. Bukan apa, masa Rayyan kat STAR, jauh lebih banyak duit belanja dia sehari. Sebab dia tak makan kat dining hall. Nasi lemak setiap malam selepas prep, RM9 sebungkus (ayam masak merah 2 ketul). Itu baru malam tau, belum siangnya lagi. Belum dengan kejap-kejap dia masuk ko-op beli eskrim dengan roti lagi. Now RM8/sehari tu kira dah jimat banyak dah. Lagipun dia beli masakan panas - nasi goreng yang diorder fresh, bukan yang dah siap masak. Harga RM7 sepinggan. Lagi RM1 beli air. Kadang-kadang tak habis pun RM1 tu.



Semalam aku nampak brader ni up pasal tukar duit RM1 & RM5 kat bank untuk belanja sekolah anak-anak. Siang RM6. Sekolah agama RM4. Fuhhh lega aku baca. Bukan apa, risau juga kot aku yang manjakan anak sangat. Rupanya tak, ya. RM7-10 sehari untuk belanja sekolah anak-anak adalah NORMAL di zaman ni. Untuk mak-mak yang tak rajin nak buatkan bekal anak, nilai duit belanja tu adalah berpatutan.

Jangan kata sekarang, zaman aku dulu tahun 1992 (Form 3), dah ada kawan sekelas yang duit belanjanya RM5/hari. Tahun 90-an, ya. Aku waktu tu masih RM1. Itupun kemut-kemut sebab itu jugalah duit nak buat belanja kalau ada aktiviti petang kat sekolah. Seksa betul nak mencukupkan sehari. Especially bila kawan-kawan ajak lepak makan ABC ke apa ke, aku selalu mengelak, atau buat alasan dah kenyang. Abis tu takkan nak mengelak je. Kenalah join juga sekali-sekali. Terpaksalah pakai alasan "dah kenyang".

Dulu aku jarang makan time rehat. Salah satu reason, kenyang sebab pagi dah breakfast kat rumah. Sesekali bila nampak member makan, teringinlah juga. Jadi, sesekali aku makanlah kat kantin. Kalau petang tu ada tusyen kat Kajang (kena naik bas), terpaksala aku tak makan time rehat. Kalau tak, mana nak cekau duit tambang bas. Mak bapak aku bukannya nak tambah duit belanja. Itulah RM1. Pandai-pandai kau adjust bagi cukup. 

Zaman tu kawan-kawan aku dah lepak McD sementara nak tunggu kelas start. Aku join them tapi tak makan pun. Masa tu pikir apesal kaya-kaya dorang ni? Belanja sehari RM5. Pastu petang ada kelas, mak bapak topup lagi duit belanja. Gap aku dengan dorang terlampau besar. Tapi one thing, aku payah nak jeles dengan orang. Aku seronok kalau dalam masuk dalam kelompok dorang ni. Kelompok orang berjaya, kelompok anak-anak orang kaya. Because vibe dorang berbeza. Mindset pun berbeza. Cara sembang pun berbeza. Apa yang disembangkan pun berbeza.

Bukan semua orang boleh terima ada orang lain lebih dari dia. Kadang tu aku takut nak share lebih-lebih. Contohnya, pi Europe hari tu. Aku tak berani nak share apa aku beli. Nak update cerita kat blog pun tak buat-buat lagi. Aku hanya update kat FB and IG seringkas-ringkasnya saja. Sometimes, kita beranggapan bahawa someone is humbly bragging or showing off bila dorang share their lifestyle. Tapi, pernah tak kita terfikir mungkin sebenarnya kita berada dalam crowd yang salah? Mungkin sebenarnya, the way they share those things is considered normal among them, sebab dorang semua berkongsi gaya hidup yang serupa.

Bila ada orang bercakap tentang achievement, mungkin niatnya hanya untuk berkongsi pengalaman, without the intention untuk merendahkan orang lain. Tapi bila kita berada dalam kalangan yang lifestyle berbeza, such a conversation diinterpretasikan as riak atau showing off. Contoh, someone bercerita tempat-tempat yang dia perg masa kat USA hari tu. Dan dia mention harga hotel berapa satu malam, harga pakej dinner berapa satu malam, share pulak barang-barang yang dia beli "Kat sini beg LV jimat banyak, RM18K only. Kat Malaysia RM20K!". Orang yang tak biasa dengan lifestyle macam tu may find it excessive. Tapi dalam crowd yang sama statusnya, hal tu lansung tak nampak negatif, but rather be considered a normal conversation.

Sebab tu agak seram bila share benda-benda macam ni kat media sosial. Bukan semua orang faham pada level yang sama. Macam kes Neelofa hari tulah. Tak memasal kena hencap. Padahal dia dengan kawan-kawan dia punya lifestyle begitulah - SEMUA suami tanggung. Orang macam kita rasa offended sebab kita tak terbiasa dengan suami tanggung semua. Dan orang macam dia pun pelik bila dengar ada isteri terpaksa 50-50 dengan suami. 

Ini menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap humble bragging atau showing off bergantung pada konteks sosial dan siapa yang mendengar. Maybe we don't fit in her crowd, or maybe we need to be more open and try to understand the context of the conversation without jumping to conclusions. Tak semua orang yang kongsi kejayaan dan lifestyle berniat untuk menunjuk-nunjuk. Sometimes it's just part of the way they live their lives or a way they feel valued by their circle. Walaupun some of them memang jenis suka menunjuk, kita sebenarnya boleh detect siapa yang just sharing, dan siapa yang showing off, kan?


2024-10-22

Teringin nak ada kawan lelaki as best friend, tapi boleh ke lelaki and perempuan jadi best friend?


Hari tu aku nampak kat Thread someone cakap dia teringin nak ada kawan lelaki as best friend, tapi boleh ke lelaki and perempuan jadi best friend?

Ada yang kata mustahil sebab lama-lama mesti ada perasaan lebih dari sekadar kawan. Tapi, ramai juga yang percaya it can happen kalau dua-dua matang dan faham batasan masing-masing.

Aku ada kawan lelaki yang ramai. Kawan lelaki aku tersangatlah ramai. Sebab tu kalau kau tengok aku post gambar dengan kawan perempuan yang balik-balik itu je. Kawan perempuan aku tak seramai kawan lelaki. Perempuan yang rapat dengan aku, konfem perangainya macam aku juga. Boleh dikatakan hampir tak pernah aku up gambar aku melepak dengan kawan-kawan lelaki. Dulu, zaman blog aku penuh dengan gambar, aku rajin letak. Siapa yang sempat tengok, sempatlah. Yang tak sempat tengok, takyahlah kelebet. Kebanyakan gambar semua aku dah delete sebab waktu tu aku masih free hair.

Now dah tak sekerap dulu melepak, tapi ada. Umur dah cecah 40an ni dah payah nak up gambar dengan kawan lelaki. Yang pertama, umur 40an masing-masing dah pegang jawatan besar. Dorang ada imej untuk dijaga. Karang staff atau client masing-masing ternampak gambar melepak dengan aku, dah satu hal pulak. Yang kedua, di zaman media sosial yang mana orang lebih percaya pada sekeping gambar dari cerita sebenar, lebih baik aku elakkan dari up gambar if any. Alangkan sekadar bercerita (menulis) pasal kawan-kawan lelaki pun ada yang meloncat pikir bukan-bukan, apetah lagi kalau up gambar. Terus dinerakatujuhkan aku.

Whatsapp ni kalau terlepas kat orang lain mesti konfius kenapa orang lelaki ni jemput aku datang majlis kawen dia tapi panggil aku 'sayang'? Aku skandal dia ke? Aaa gitu. Kawan aku yang ini, lepas bagi salam, terusssss masuk sampai ke dapur. Dia jenis tak reti stop kat hall, memang masuk dapur terus. Dari sekolah umur belasan tahun sampai ke 4 series ni, gitulah. We still talk like this. Ada 2-3 orang lagi yang macam ni.

Aku adalah salah sorang yang akan kata "Yes, lelaki dan perempuan boleh jadi kawan". Selalunya, kalau kau berkawan dari kecil, takde masalah. Tapi kalau kau dah kerja, dah kawen baru nak cari best fren lelaki, hat ni agak pelik. Sebab kau mencari. Kau sengaja mencari kawan lelaki. Agak bahaya di situ. Bukan tak boleh berlaku. Boleh. Tapi kena clear that the relationship is just friends, tanpa ada agenda tersembunyi. Sebab ada je orang yang lebih selesa bercerita atau dengar pendapat dengan kawan opposite sex sebab perspektif yang berbeza can help to see an issue from another angle.

Aku ada kawan-kawan baik lelaki yang kenal selepas kawen. Some of them adalah customer masa kerja dulu dan juga blog readers. Semua dah jadi kawan. Maknanya aku dah pernah melepak dan bersembang macam-macam cerita selain dari hal kerja dan blog. Dan semuanya pernah datang rumah dan sama ada En Wan pernah jumpa atau mak bapak aku pernah jumpa. Senang. Anytime kalau aku nak jumpa dorang ni, sebut je nama, laki aku tahu mana orangnya. Some of them kalau datang Bangi, singgah rumah Mak Aji tau. Ada yang call Mak Aji ajak minum petang kat luar. Padahal aku takde sekali. That's how close our friendship has become, even though we met after got married.

Dulu, En Wan terpaksa berlapang dada bila aku melepak dengan lelaki lain. Ada je yang senyap-senyap hantar gambar aku tengah melepak berdua dengan lelaki pada En Wan. Gigih pulak tu cari email ofis En Wan nak pass gambar. Disebabkan En Wan tahu aku kerja as sales memang always keluar dengan customer, selalunya dia akan tunjuk gambar yang dia dapat and konfemkan memang aku ada keluar jumpa customer atau tak. 

Dulu, customer aku prefer set appointment di luar. Sebab dorang pun takut kena gosip dengan aku. Aku punya pakaian dulu agak daring. Orang tu nak allow aku jumpa dia dalam ofis pun seram. Tak memasal kena gossip. Jadi, dorang always ajak aku lepak di luar. Nak ajak lepak kat cafe pejabat pun seram kalau staff and student nampak dan salah faham. Baik ajak aku minum kat luar terus. Tapi bila minum kat luar, akulah mangsanya pulak. Orang yang kenal aku ambil peluang nak spread hatred. Banyak gambar aku tersebar dulu. Tapi tu lah, setakat tersebar je. Takde sorang berani tanya aku depan-depan. Because sebenarnya dorang pun tahu aku jumpa customer tapi biasalah, nak jadikan bahan. Gasak kau lah.

Now, aku pula belajar berlapang dada bila everyday En Wan melepak dengan client, prospek and agen-agen di bawahnya. Most of client En Wan adalah perempuan. Kebanyakannya blog reader aku tapi this year dia dah ramai new client yang bukan crowd aku. That's why setiap kali jumpa client dia ambil gambar and whatsapp supaya aku tahu dengan siapa dia keluar. Aku ni pulak jenis yang tak berapa nak melayan rasa curiga. Malas nak berjinak-jinak dengan rasa curiga kat suami, karang satu kerja tak jadi. Dah satu hal aku nak stalk dia, nak spy, nak kelebet henfon, nak trace mana dia pergi. Sorry, aku tak larat nak buat kerja gitu. Jadual aku padat, ya. Aku punya habit tracker dah penuh dengan aktiviti lain, tak muat nak selit habit husband tracker 😆.


2024-10-21

Working culture chinese dengan malay


Best juga baca post orang ni pasal beza working culture chinese dengan malay.

Teringat on last day aku di ofis Devil Wears Prada, dia cakap "You are not like a typical malay". Masa tu aku agak menyirap juga. Walaupun sebenarnya dia compliment aku, as a Malay aku terasalah juga. Betapa orang melayu ni ada satu trademark, iaitu - kerja sambil lewa dan tak bersungguh. Sebenarnya bila dia cakap macam tu kat aku, aku agak bangga bila aku berjaya buktikan not all malay seperti yang dia sangka. Tak boleh salahkan dia juga. Mungkin dia ada bad experience dengan bangsa melayu. That explains kenapa sebelum aku masuk ke company tu, tak pernah ada pekerja melayu. 

Aku adalah staff pertama malay dalam company dia. Itupun sebab dia beli aku. Dia kata dia banyak dengar dari competitor lain pasal aku, jadi dia beranikan diri offer aku kerja di company dia. Agaknya kalau tak, dia tak pernah terfikir nak ambil pekerja melayu. And for that, aku rasa proud. Bukan proud achievement sendiri tapi proud bila aku boleh ubah perspektif dia tentang orang melayu. Now, company dia ada a few malays dah.

Sebenarnya ramai melayu yang rajin dan bersungguh serta tak berkira buat kerja lebih dari job scope. Sebab zaman sekarang, kerja susah nak dapat. Competition untuk kenaikan pangkat pun bukan calang-calang. Jadi, masing-masing perlu buktikan sesuatu. Kena rajin, kena skillful, kena proaktif, kena efisien. Dan ramai je bangsa lain yang pemalas dan berkira buat kerja. Perkara malas ni tak ikut bangsa, tapi ye lah, perspektif tu dah terpasak dari awal kan. Stereotaip bila melayu je, kerja malas. Kalau cina, workaholic. But it is important to remember that this perception ada sejarahnya. Kalau kita faham sejarah, kita akan tahu kenapa stereotype ni wujud.

Latar belakang budaya melayu dan cina berbeza. Dulu, orang melayu apa je kerjanya kalau bukan tanam padi dan berkebun. Life as pesawah and pekebun lebih tenang dan santai. Orang kampung katakan. Duduk kampung manalah ada keperluan bekerja dalam suasana yang tergesa-gesa. Kerja sawah padi, berkebun and tangkap ikan ni semua kerja yang ikut musim dan keadaan cuaca. Keadaan ni buatkan orang melayu terbiasa dengan banyak masa lapang dan lifestyle yang sederhana.

On the other hand, the Chinese datang ke Tanah Melayu sebagai imigran. Dorang masuk untuk kerja dalam sektor perdagangan dan perniagaan. Disebabkan dorang adalah pendatang, dorang takde pilihan melainkan kerja keras untuk bertahan hidup, untuk bina kekayaan, dan naikkan taraf hidup. Tradisi kerja keras ni is inherited by the next generation. That's why orang cina selalu nampak rajin dan workaholic.

Sejarahnya itulah. Banyak dibentuk oleh budaya dan tekanan sekeliling. Samalah macam kita kalau sorang melayu tercampak dalam company chinese, berani kau nak buat kepala? Macam aku dulu, satu-satunya melayu dalam company. Kena lempar sales report kat muka pun aku buat kejung. Bengang memang bengang. Tapi aku stay sebab aku taknak keluar bodoh-bodoh tanpa tinggalkan satu achievement. Lagipun, memang salah aku kot sales report macam haramjadah. Layaklah kena lempar kat muka. Tu mujur aku yang tak dilempar ke dinding.

Dari pengalaman aku kerja dengan bos chinese dan company yang ramai chinese, MOST of them memang bersungguh buat kerja. Ada la 2-3 yang hauk, tapi mostly yang aku work with, memang skillful. Jenis tak berkira. Kalau schedule lori company dah full untuk buat delivery, dorang sanggup angkut instrument masuk dalam kereta sendiri. Pastu tolak troli dari car park sampai ke fakulti untuk deliver barang. Sikit tak berkira. Masa aku kerja dengan team melayu, semuanya nak tunggu orang lain buatkan. Lori ofis dah penuh tak boleh hantar, sanggup dia queue walaupun giliran hanya akan dapat minggu depan. Dengan alasan "Biar team operation deliver. Jangan bagi dia makan gaji buta". Masa ni aku terikut-ikut sekali. Sampai pending kerja aku dibuatnya.

Bila jump masuk team yang mostly chinese, segalanya laju. Mula-mula tu aku stress apesal semua nak cepat ni. Sebab kita dah biasa kerja relax. Tapi bila tengok dorang kerja tak berkira and always dapat kejar sales, aku macam eh tak boleh jadi ni. Kena tiru cara dorang. Tu yang aku pun dah jadi macam delivery man. Tak tunggu lori dah. Semua delivery aku buat sendiri. Siap beli troli barang sendiri park dalam kereta. Anytime nak hantar barang ke customer, keluarkan troli. Kau imagine aku dengan low cut blouse, skirt pendek, high heels tapi tolak troli barang. Aku sendiri tergelak tengok diri sendiri masa tu. Ah, janji kerja aku settle and customer happy.

Dan bila aku run own company, aku jadi terbiasa bergerak sendiri. Hari ni Melaka, esok Penang, lusa KL. Letih? Stop saja di mana-mana sempat untuk tido. Selalunya stop tepi Shell. Kau tau tak aku pernah mandi kat RnR? Aku pun tak tahu apesal aku rileks sangat boleh berani mandi kat RnR. Tu belum lagi gi clearkan shipment kat kargo sendiri. Angkut berguni-guni barang dalam kereta. Bersusun lori and trailer beratur nak clear shipment tiba-tiba kat tengah ada seketul aveo hijau tengah queue juga. Setiap kali nak masuk kargo, orang lain semua hulur IC dari atas lori. Aku kena keluar dari kereta and menjengket hulur IC. Kahkahkah.

Rupanya aku boleh buat macam tu. Cuma selama ni aku berada dalam environment yang salah. Environment yang berkira buat kerja. Environment yang nak jaga standard penampilan. Jadi sales kena bergaya katanya. Tolak-tolak troli ni bukan dia lah. Dulu kereta aku kemas je. Bila join company chinese baru aku realize kereta sales penuh dengan sample produk, troli barang, free gifts, flyers, etc. Lama-lama kereta aku jadi macam ni.

Bila aku hire staff melayu, agak susah nak jumpa yang workaholic. Ada tu ada. Aku ada beberapa staff yang boleh. Tapi aku takut nak tekan lebih, nak-nak lagi di zaman media sosial ni. Karang famous aku.

Dalam budaya melayu, the main value is emphasizing balance. Time kerja, kerja. Time balik, balik. Time cuti, cuti. Masalahnya, time kerja pun ada yang tak bersungguh buat kerja. Buat kerja asal siap. Takde rasa nak buat lebih untuk diri sendiri. Sangat cepat berpuas hati dengan setakat dapat siapkan kerja. Takde rasa nak buat lebih untuk create satu achievement baru. Kau tengok video sebelah ni cakap apa:



Jenis ni ramaiiiiii dalam sales and marketing. Asal susah nak hit target, resign. Jump pi company lain. Kat sana pun kau tak hit target juga masalahnya. Pastu berani letak aku as reference. Memang masaklah kau.

Aku ada beberapa ex-colleague yang macam ni. Kat ofis sales tak pernah hit tapi terpalingggg banyak komplen. Kerja berkira, tapi hari-hari komplen pasal gaji sikit. Kutuk sana, kutuk sini. Tapi tak resign-resign juga. Sebab apa? Sebab cari kerja baru pun tak dapat-dapat. Company lain pun boleh nampak kau bukan someone yang boleh perform. Baik-baiklah. Ni tahun depan Feb 2025 dah nak start pelarasan gaji minimum. Kalau kau tak perform, ada risiko kena buang kerja. Majikan dah start merangka job scope baru untuk tahun depan. Mana yang tak perform, sadaqallah.


2024-10-20

Testimoni GreenAard: Breast dah makin kecil tapi pinggang masih besar.

Post aku semalam pasal lilitan pinggang 34 inci is considered as overweight, banyakkkkk respond dari readers. Ada yang kata berat normal tapi perut buncit jadi pinggang jadi 34 inci. Ya, that's why aku banyak kali cakap, jangan fokus pada penimbang berat, tapi fokus pada lilitan pinggang kerana di situlah lemal berkumpul. Kita nak kurangkan lemak, bukan semata-mata berat. Ni sebelah ni salah sorang bagitau masalah yang sama. Bahagian badan lain semua ok, tapi pinggang 34 inci.

Dia kata dulu pernah ambil GC Plus tapi stop sebab kerap sangat buang air besar. Ok, macam ni aku explain. Baca baik-baik naaa.

Kerap ke tandas selepas ambil GC Plus adalah disebabkan oleh bahan aktif utama GC Plus iautu, Hydroxycitric Acid (HCA). HCA ni berfungsi untuk halang enzim yang dipanggil yang bertanggungjawab menukarkan karbohidrat berlebihan kepada lemak. Jadi, bila proses ini dihalang oleh HCA, badan tak lagi simpan karbohidrat sebagai lemak. Badan akan memprosesnya dengan cara yang berbeza. Proses yang berbeza ni can cause increased bowel movements, especially kalau kau ambil banyak karbohidrat.

Sampai situ boleh faham, kan?

Ok, now aku explain further.

Bila HCA halang karbohidrat bertukar kepada lemak, karbohidrat tu akan disimpan sebagai glikogen. Sifat glikogen adalah menarik dan menyimpan air. Ini menyebabkan jumlah air dalam usus bertambah. So your body will respond by removing excess water through increased bowel movements. Bila banyak air di dalam usus, najis jadi lebih cair, dan kekerapan buang air besar bertambah. Inilah punca kenapa orang sembelit lebih lawas lepas makan GC Plus. Dan ini juga kenapa ada perubahan dalam tekstur najis.

Oleh kerana GC Plus buatkan badan lebih cekap menggunakan karbohidrat, those yang ambil banyak karbohidrat boleh menyebabkan proses pencernaan jadi lebih cepat. Pergerakan usus jadi lebih laju dan akhirnya lebih kerap ke tandas. So, aku suggest untuk kurangkan kekerapan ke tandas, kurangkan ambil karbohidrat. Memandangkan GC Plus elok makan pagi, elakka sarapan nasi lemak, nasi goreng, roti canai atau mee goreng. Basically apa-apa yang bertepung atau beras, elakkan atau kurangkan.

"Abis nak makan apa?"

I don't know. You decide. Aku tak makan breakfast lama dah. Sesekali je. Seminggu sekali pun kadang tak. Sejak ada Maaltyd, aku ambil Maaltyd. Kalau korang pengguna GC Plus, aku suggest pagi tu ambil 4 kapsul. Selepas 30 minit, ambil satu sachet Maaltyd then boleh ambil 3 biji telur separuh masak. Kalau teringin nak makan roti bakar, try ambil sekeping. Ambil cheese sekeping dua sekali. Tak tahulah korang, tapi kalau aku kenyang dah ni.

Bukan apa, sebab kita tahu mekanisme GC Plus dia halang karbohidrat dari bertukar jadi lemak. So makin banyak karbo kau makan, makin banyak karbo yang ditukar ke glikogen. Dan semakin keraplah kau ke tandas. Jadi cara paling lojik adalah kurangkan karbohidrat to offset the effect. Bila kurang karbohidrat dalam sistem, otomatik akan kurangkan aktiviti usus. Kalau kekerapan ke tandas is too disturbing, cuba kurangkan dos GC Plus. Ambil 2 kapsul je dulu. Slowly nanti naikkan ke 3 dan kemudian 4 bila badan mula terbiasa.

Tang tetek mengecil tapi pinggang masih besar, yang ni ada banyak faktor yang menyumbang, Tapi secara lojik, bila berat badan menyusut saiz breast pun menyusut sama. Sebab, breast terdiri daripada tisu lemak dan kelenjar. So bila badan hilang lemak, sebahagian daripada lemak yang hilang boleh datang dari breast menyebabkan breast jadi lebih kecil.

However, the effect varies depending on the individual. Ada yang nampak size breast mengecil dengan ketara, ada yang tak ada perubahan banyak. This depends on the composition of your breast tissue. Kalau breast lebih banyak tisu kelenjar berbanding lemak, perubahan saiz mungkin tak ketara. Lemak perut memang susah nak hilang. Perlu masa. Jadi, kalau bahagian lain dah menyusut tapi perut tak susut banyak, bersabar. Eventually akan menyusut cuma ambil masa. Perlu konsisten dengan diet. Jangan givap.


2024-10-19

Belanjawan the latest - kenaikan gaji minimum RM1700


Amacam semua, belanjawan semalam tengok ke tak? Dulu zaman makan gaji, tengok belanjawan sebab nak tengok kenaikan gaji. Now dah jadi majikan dengar belanjawan sebab nak tengok kenaikan gaji pekerja pulak.

Semalam kerajaan umumkan kenaikan gaji minimum kepada RM1,700. Ini boleh dianggap berita baik, especially the B40 group yang sangat perlukan pendapatan lebih tinggi untuk cover cost of living. Tetapi, macam yang kita semua tahu, setiap kali gaji naik, harga barang also tend untuk naik. Ni bukan satu assumption semata-mata, tapi realiti ekonomi yang berlaku every time kos operasi bisnes meningkat.

Bila kita bercakap pasal gaji pekerja naik, this does not only involve sektor perkhidmatan macam restoran atau supermarket. Kenaikan gaji minimum has an impact on all sectors, terutamanya kilang-kilang yang menggaji ramai pekerja. Bila gaji pekerja dinaikkan, kilang-kilang ni kena tampung kos tambahan untuk bayar pekerja sedia ada dengan gaji yang lebih tinggi. Dan untuk cover kos tersebut, dorang PASTI terpaksa menaikkan harga barang. 

Contohnya, kilang roti. Bila gaji pekerja naik, kos pengeluaran roti juga konfem naik. Kilang tak boleh terus jual roti dengan harga sama sebab margin keuntungan dorang now dah berkurang, so dorang terpaksa naikkan harga rotilah. Perkara yang sama akan berlaku kepada produk lain termasuk barang-barang harian yang kita semua guna. Aku dah berdebau tunggu kalau kilang cakap harga kos raw material naik.

Dari satu sudut lain pulak, kenaikan harga barang will indeed put pressure kepada pengguna, especially those with gaji rendah walaupun gaji minimum dah naik. Harga barang naik bermaksud kos hidup juga meningkat. Walaupun gaji naik, kalau harga barang pun naik, impaknya tak terasa sangat. In other words, kenaikan gaji minimum sekadar 'mencukupkan' untuk tampung kos sara hidup baru. Dalam bahasa mudahnya, SAMA JE. Gaji je berasa naik sikit, tapi pulang balik pulang balik gitu juga.

Yang terasa impak besar pada pandangan aku, adalah peniaga kecil. Contoh, peniaga pasar malam atau akak-aka yang yang jual nasi lemak tepi jalan. Bila harga bahan mentah macam beras, minyak masak, atau tepung, naik, dorang terpaksa naikkan harga makanan. Kalau tak naikkan, untung makin kurang. And this will affect kelangsungan bisnes dorang. Dahlah masyarakat semua benda nak murah. Takkan sebab nak maintain orang datang beli, dorang terpaksa rendahkan margin. Dorang pun nak beli barang mentah pakai duit juga. Inilah antara punca kenapa peniaga kecil terpaksa tutup bisnes. Sebab tak berbaloi setengah hari berniaga, jualan habis tapi untung tak seberapa sebab kena jual murah.

Yang tak berasa impak adalah orang yang target crowdnya adalah golongan berduit. Hat ni tak heran dengan harga kos sebab margin dorang memang dah sedia tinggi dan target crowdnya orang yang tak kisah keluarkan duit. Contohnya, orang yang jual tudung ratus ribuan. Dia tak kisah bab harga kos barang naik sebab dia punya crowd tak kisah berbelanja. Crowd sebegini adalah orang yang mahukan the product regardless berapa pun harganya. Sebab tu kadang kita tengok yang bisnes barang mahal ni payah nak junam bisnesnya sebab crowd dorang berbeza.

Crowd macam dorang ni bukannya yang manjang “PM harga”, pastu senyap. Atau yang “ada diskaun tak?”. Atau “ada free gift tak?”. Atau “kenapa saya order COD pun kena caj penghantaran?” 🤪. Tak ya, set-set ni memang jauhhhhhh lagi. Crowd dorang adalah jenis yang “aku tahu aku nak produk tu jugak”. Gasaklah berapa harganya. Bila produk tu dorang berkenan, atau servis bagus, atau produk tu work on them, dorang tetap continue beli. Geng-geng bisnes ni takkan terkesan kenaikan harga because they never play price fight.

However, if we look at it from a broader perspective, bila orang ada lebih banyak duit kat tangan, mungkin dorang lebih berani nak berbelanja. This can help stimulate the local economy. Sebab kita tahu, kenaikan gaji minimum ni untuk pastikan golongan berpendapatan rendah dapat hidup dengan lebih baik. Kesan harga barang naik tu is something yang kita tak dapat nak elak. 

Cuma apa yang boleh kita buat ialah, bersedia dari segi kewangan. Masa gaji dah naik sikit ni la patut dapat uruskan kewangan dengan lebih bijak. Jangan pula gaji naik RM200, nafsu kau berbebelanja sampai RM500. Lepas tu credit card asik bayar minimum ke tetiap bulan. Gini cara, kenaikan gaji RM2000 pun sampai bila-bila takkan cukup.

Dari sudut pengurusan perniagaan pulak, bila kos gaji bertambah, syarikat dah tentulah kena compensate for that in other ways. Salah satu caranya adalah dengan naikkan harga barang and set higher sales targets. Kau yang makan gaji tu jangan pulak mengeluh bila target tinggi atau job scope bertambah. Mana ada orang bagi gaji naik tapi job scope maintain. Naikkan harga barang je tak cukup. In business, one of the success factors is sales growth. Jadi, untuk tampung kos kenaikan gaji, syarikat terpaksa naikkan sales target. Makin tinggi gaji kau, makin tinggi sales target TETAPI, makin tinggi sales komisyen. 

Masa sales target aku mencecah ke RM300K sebulan, boss aku naikkan komisyen ke 1%. Maknanya, kalau aku hit sales target RM300K, komisyen aku bulan tu RM3000. Takde siapa nak bagi kau buta-buta komisyen RM3000 kalau kerjanya simple-simple. Ini other words, pekerja kena lebih proaktif dan efisien. Sales target yang lebih tinggi bermakna lebih banyak usaha kena buat untuk jual produk. Tak boleh ikut cara lama. Kena pikir jalan lain. 

This situation will probably cause pressure, tapi nak buat macamana, gaji dah naik, kerja pun bertambahlah. Perlu bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar. Kalau fail to meet the set targets, mungkin ada risiko diberhentikan kerja sebab prestasi tak memuaskan. Sebab itulah ramai pekerja berhenti atau diberhentikan. 

Selain dari kos, ramai juga yang tak dapat perform sebab demand dari company. Kalau sebelum ini, dengan gaji yang lebih rendah, sales target senang capai, now the situation has changed. Gaji yang lebih tinggi bermaksud syarikat mengharapkan pulangan yang lebih besar. Pekerja yang unable to adapt to these changes mungkin akan dapat masalah. So, bersedialah kita semua bila kenaikan gaji dimulakan nanti. Impaknya walau tak kena direct pada kita, lambat laun kita akan merasa juga.


2024-10-18

Betul ke kalau makan lauk pauk dulu sebelum makan nasi, blood sugar lebih rendah berbanding makan nasi dulu kendian baru lauk-pauk?


Ada orang tanya aku betul ke kalau makan lauk pauk dulu sebelum makan nasi, blood sugar lebih rendah berbanding makan nasi dulu kendian baru lauk-pauk?

Ya, betul. Kalau tak percaya, boleh buat blood sugar testing sendiri at home. Mula-mula kau makan nasi with lauk-pauk macam biasa. After 2 hours, check blood sugar. Then esoknya, kau makan lauk-pauk saja dulu, kendian baru makan nasi. Mesti nampak bezanya.

Sebab cara badan kita memproses makanan bergantung kepada urutan makanan yang kita makan. Bila kita ambil nasi dulu (karbohidrat), badan dengan cepat memecahkan karbohidrat kepada gula (glukosa). That's why ada lonjakan paras gula dalam darah. Tapi bila protein dan serat dimakan dulu, komponen protein and serat ni akan slowkan penyerapan karbohidrat, thereby reducing sudden rise in blood sugar.

Ok meh aku explain the flow. Aku bab explain flow makanan dan pemakanan ni memang cukup suka.

Bila kita makan karbohidrat macam nasi, roti, pasta, basically apa-apa yang dari beras dan tepung, makanan tersebut akan dipecahkan kepada glukosa. Glukosa ni nanti akan diserap ke dalam darah untuk digunakan oleh badan. Bila glukosa masuk dalam darah, menyebabkan paras gula darah meningkat. Untuk turunkan paras gula darah ke tahap normal, pankreas akan keluarkan hormon insulin, Hormon ini yang akan bawa glukosa masuk dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan sebagai lemak. However, kalau paras glukosa darah naik terlampau cepat, badan tak mampu nak hasilkan insulin dengan cukup untuk kawal paras gula. Ini yang buatkan berlaku lonjakan gula darah, yang tak baik terutamanya untuk pesakit diabetes.

Ok sampai sini faham, kan?

Protein dan serat boleh slow down-kan penyerapan karbohidrat. Bila kita makan protein dan serat dulu, makanan tersebut akan membentuk semacam "lapisan perlindungan" dalam sistem pencernaan kita. Lapisan perlindungan ni akan kurangkan pemecahan karbohidrat kepada glukosa. Jadi, badan kita diberikan masa yang lebih panjang untuk memproses karbohidrat secara perlahan-lahan, so that kenaikan gula darah yang lebih terkawal.

Protein tak menyebabkan lonjakan besar gula darah macam karbohidrat. Protein perlukan masa yang lebih lama untuk dicerna. So that glukosa dibeaskan lebih perlahan ke dalam darah. Ini dapat kurangkan risiko blood sugar spikes. Tapi jangan salah faham. Protein TAK ADA glukosa. Proteins are made up of amino acids ONLY. However, dalam keadaan badan sangat memerlukan (contohnya time puasa), hati boleh tukar asid amino daripada protein kepada glukosa. In other words, proteins themselves don't contain glucose, but under certain conditions, they can be used to create glucose by the body. Sayur and buah pun boleh lambatkan penyerapan karbohidrat sebab bila serat mauk badan, ia akan membentuk gel dalam usus yang memperlahankan pergerakan makanan, seterusnya mengurangkan kelajuan glukosa masuk dalam darah.

Siapa yang makan Maaltyd, atau paling tak pun selalu baca post-post aku pasal Maaltyd, mesti perasan aku ada sebut "bila Maaltyd masuk dalam badan, ia akan membentuk gel yang mengembang". Inilah konsep serat yang kita apply dalam Maaltyd. Tapi kita tak masukkan sayur. Kita pilih terus serat yang terbaik, yang kita tahu akan mengembang dengan sangat baik dalam perut/usus. That's why kita sangat konfiden bila kita kata Maaltyd is selamat untuk pesakit diabetis, malah bagus diambil oleh pesakit diabetis sebab ia mengurangkan penyerapan glukosa.

Macam yang aku tulis tadi, serat melambatkan pemecahan karbohidrat so that bila makan nasi, glukosa dilepaskan secara perlahan ke dalam darah. Maka, adalah lebih baik makan Maaltyd dulu. Selepas 15 minit, baru ambil proper meal. Kita tiru kesan urutan makanan yang aku sebutkan awal tadi so that Maaltyd boleh stabilkan paras gula darah SEPANJANG HARI. Ini bukan overclaim, tetapi FAKTA SAINS. Bila gula darah stabil, it can help reduce hunger dan craving untuk makan makanan manis.

Dalam Maaltyd ada 4 serat terpilih dan semua serat ini akan membentuk gel bila masuk dalam perut. Gel yang terbentuk ni akan melambatkan pergerakan makanan. Ini yang buatkan rasa kenyang lebih lama. Tapi, macam yang aku pernah bagitahu, LAPAR dan BERASA NAK MAKAN are 2 different things. Sometimes, kita tak lapar pun, tapi psikologi kita berasa nak mengunyah everytime tiba waktu makan. Hat ni la yang buat orang susah nak kuruih.

Kalau kita bandingkan Maaltyd dengan hidangan karbohidrat yang biasa (nasi atau mee), hidangan biasa memang akan naikkan paras gula darah dengan cepat sebab jenis karbohidrat tu dipecahkan menjadi glukosa dengan pantas. Walaupun kau makan nasi dengan protein and serat, jumlah karbohidrat yang tinggi masih boleh buatkan blood sugar spike. Berbeza dengan Maaltyd, it is formulated with low carbohydrates and high fiber, menjadikannya lebih efektif untuk kawal gula darah. Even if you take Maaltyd as supplement sebelum makan proper meal, it still can help lower blood sugar levels.

Tapi again aku nak ingatkan, Maaltyd BUKAN ubat diabetis. Jangan pulak kau buang ubat-ubat yang doktor bagi. Ubat tu makan. Kalau nak makan Maaltyd takde masalah. Siapa yang berminat nak try Maaltyd atau nak top up Maaltyd, boleh try bulan ni sebab bulan ni ada pakej deal untuk Maaltyd. 


2024-10-17

Kenapa orang terpelajar lebih banyak bercerai dari yang tak terpelajar?

Wow berani dia tanya soalan ni tengah-tengah panas isu rumah tangga lately. However, this is an interesting thing to discuss sebab kalau kita tengok sekarang, statistik penceraian are increasing dan ada satu trend yang nampak ketara, iaitu highly educated or highly professional couples lebih ramai bercerai berbanding couple yang mungkin tak berpendidikan tinggi. The question is, why did this happen?

Kalau nak bandingkan antara pasangan yang tak berpendidikan tinggi dan pasangan yang berpendidikan tinggi, ada banyak point yang kita boleh tengok. Pertama sekali, hopes and expectations masing-masing terhadap perkahwinan tu sendiri. Educated couple usually has more expectations. Dorang selalunya letakkan standard yang lebih tinggi dalam hidup. Dorang nak stable career, lifestyle yang selesa, and at the same time, dorang nak their partner boleh penuhi keperluan emosi, fizikal, dan intelektual.

Bab mencari yang intektual tu aku sokong. Bila kita bercakap pasal keperluan intelektual in a relationship, it does not necessarily refer bijak semata-mata. Ini termasuklah cara berfikir, kebolehan selesaikan masalah, boleh berkomunikasi atau berbincang dengan baik. Tak semestinya perlu lebih pandai atau ada tahap pendidikan yang sangat tinggi, tapi lebih kepada keserasian cara berfikir and how they can interact on the same intellectual level or sekurang-kurangnya saling memahami.

Aku suka deep conversation. Sembang-sembang pasal falsafah, sains, or deeper matters of life. Kalau pasangan aku takleh relate to these things, aku jem. Sah-sah aku takleh connect dengan dia on a deeper level. Korang pernah tak jumpa orang yang kau tak tahu nak sembang apa sebab bila kau start with one topic, dia takleh sambung? 

Takyah start dengan heavylah. Aku pernah terpilih wakil universiti ke Berdialog dengan PM (masa ni Tun masih PM). Dorang buat kat Mint Hotel. Around 20 selected students dari setiap universiti di Malaysia berkumpul kat situ. Adea sorang student lelaki nak ajak aku bersembang. Aku tanya belajar kat mana, dia jawab "Somewhere kat utara". Kau rasa?? Memanglah aku boleh berteka-teka sebab wakil utara cuma UUM, UPSI and USM. Antara 3 ni je. Tapi, soalan tu simple kot. Apa yang kau nak main teka teki. Kalau soalan sesimple tu dia boleh pusing-pusing, memang boleh terpusing kepala aku berkawan dengan dia esok. Nexttttt.

Gais, intellectual needs in a relationship sangat penting, ya. Kita nak hidup lama. Seharian kita mengadap dia esok. Kalau sembang pun takleh connect, baik aku bercinta dengan tiang TNB je. It is not just a matter of high IQ or level of education, but more about understanding each other's minds. Kesediaan untuk berfikir secara mendalam pun is a must. Sebab life is not easy. Kalau berfikir pun tak pandai, letih la kau.

Berbanding dengan couple yang uneducated, dorang lebih fokus kepada perkara asas. For them, as long as basic needs macam makanan, tempat tinggal, dan perhatian dipenuhi, itu sudah cukup. Dorang tak banyak demand atau expect too much daripada pasangan. Highly educated couples KEBIASAANNYA ada tekanan kerjaya. Pressure to succeed, pressure to get promoted, pressure to reach a certain level in their career, etc. Kadang-kadang disebabkan sibuk dengan kerja, masing-masing abaikan keperluan emosi dalam perkahwinan. Terlampau penat atau tertekan dengan kerja sampai tak ada masa nak luangkan dengan pasangan. Sedangkan pasangan yang mungkin tak berpendidikan tinggi, kebanyakannya kerja biasa-biasa, waktu kerja pun mungkin tak heavy, so they have more time together and build a strong relationship.

Aku rasa ada sedikit point yang aku bersetuju kat sini. Lately ni ramai pasangan yang bercerai di kalangan celebriti dan founder (or someone yang berbisnes). Kesibukan dengan kerjaya sebenarnya banyak menyumbang pada penceraian. Maybe sibuk, atau pressure untuk achieve sesuatu dah mengurangkan banyak emotional attachement dengan pasangan.

Bila bercakap tentang komunikasi tadi aku baru teringat satu point lagi. Educated couples may have more complex communication. Bukan sembang ringan-ringan. Heavy talk. Dorang boleh berhujah, pandai berdebat, dan kadang-kadang bila ada konflik, masing-masing nak menang dan buktikan dorang betul. Sedangkan pasangan yang lebih sederhana may be more compromising. Dorang lebih rela mengalah dan tak banyak bertekak sebab dorang tahu pentingnya kesederhanaan dalam hubungan. They don't need long arguments or complicated theories untuk selesaikan masalah. Dorang berpegang kepada prinsip mudah, iaitu hormat pasangan dan elakkan konflik.

Aku tak pasti dorang ni kalau betekak pada benda yang simple-simple saja atau sebaliknya. Bukan apa, kalau aku bertekak dengan En Wan selalunya perkara yang kompleks. Kalau setakat bertekak nak makan kat mana, nak baju raya tema apa, nak balik pukul berapa - ni semua aku tak kuasa nak bertekak. Kalau nak ajak aku bertekak mesti yang berbaloi. Yang buatkan common sense aku bergerak sama. Kalau setakat "Baju raya tahun ni tema apa?". Kau decide sorang pun boleh. Kalau tak jumpa kaler karang, aku selak je baju kurung dalam lemari. Asal kena sipi-sipi dengan warna tema, settle. Maksud aku, aku takkan boleh berpegang pada bersabar dan hormat pasangan buta-buta. Kalau aku rasa kau tak betul, aku bangkang. Benda tak puas hati, buat apa nak sabar.

Some couples especially kalau banyak kita peratikan yang tak educated sangat, they practice patience. Especially akak-akak yang duduk kampung, yang suaminya saja mencari rezeki. Dorang ni lebih banyak bersabar. Tak tahulah dorang ni memang sabar atau dorang takde pilihan lain melainkan sabar. Maybe kerana dorang dependant pada suami, so they believe that memaafkan and giving in is the best way to keep the relationship peaceful. 

Ada juga yang dorang mengalah bukan sebab sabarnya tinggi tapi kerana they do not have good communication tools. Ini berbalik pada isu educated and uneducated couples tadi. Those yang unedicated, dorang tak banyak input untuk berhujah dan berdebat, jadi bila ada konflik, dorang merasa lebih baik mengalah saja. Sebab nak melawan tak pandai. Tak pandai nak suarakan pandangan. Kesian juga gini. Dia punya ilham tu limited. Aku lain. Aku kalau hujah tak sampai, insyallah tapak kaki aku sampai. Aku guna apa yang ada dulu. Kahkahkah.

Financial factors plays a big role dalam mana-mana marriage sebenarnya. Educated couple selalunya has bigger salary, and thus, they have more options in life. Tapi, kelebihan ni boleh membawa kepada rasa independent yang kuat dalam diri masing-masing. Bila terbiasa berdikari, kurang rasa bergantung kepada pasangan and more likely to separate bila ada masalah. Tu yang aku cakap tadi, couples yang less educated, selalunya ada simpler lifestyle. Selalunya juga they depend more on each other to survive. Thats why marriage dorang bertahan lebih lama sebab masing-masing perlukan each other. Dorang lebih komited dengan rumah tangga. For them, marriage is a lifelong commitment. They do not easily give up sebab dorang faham itu adalah sebahagian daripada kehidupan. Tak cepat melatah untuk bercerai.

Compared to educated couples, dorang buka suka nak bercerai. Siapa la yang nak kawen 7-8 tahun hanya untuk bercerai akhirnya? Takde siapa. But sometimes dorang lebih cepat decide untuk berpisah because they have more options. Dorang berpelajaran, boleh cari kerja, boleh cari duit, boleh dapatkan connection. So they feel that they can start a new life without having to endure a marriage that they feel is no longer working. Yang ni to me sangat lojik. Kalau kau ada pilihan yang lebih baik untuk emosi dan mental health, kenapa nak bertahan, ye tak?

Lagi satu yang aku rasa maybe ramai terlepas pandang, but akhir-akhir ni dengan macam-macam isu, aku dapat notice satu perkara iaitu distraction dari social media. Social media boleh buatkan pasangan yang berpendidikan lebih cepat merasa tak puas hati. Kelompok ni yang banyak guna Instagram, Facebook, dan TikTo so dorang terdedah dengan kehidupan orang lain yang nampak lebih baik di media sosial, and this can lead to dissatisfaction with their own partner. Sedangkan pasangan yang mungkin hidupnya lebih sederhana, dorang lebih terasing daripada media distractions dan lebih fokus kepada daily life yang realistik. Dorang tak mudah terganggu dengan apa yang berlaku kat luar sebab life dorang tertumpu pada keperluan sendiri.

Pengaruh followers dan audiens media sosial pun satu hal gak aku peratikan. Bila kau ada terlalu ramai followers atau audiens di media sosial, your actions are evaluated by many people. This can be very stressful especially for newly divorced couples. Tak memasal ada keperluan untuk explain why this, why that. Hal yang peribadi macam tu dah jadi bahan gosip dan spekulasi among followers. Bila muncul team itu dan team ini, dah jadi macam a way to provoke or seek attention. 

Ya, aku faham, yang bercerai sedang melalui fasa emosi yang sukar. They feel that social media is a place to release stress or share feelings. Tapi ada yang mungkin tak sedar post-post dorang dah macam memprovokasi atau mencari perhatian. I understand they just want to express their hidden feelings dan berharap untuk dapat sokongan emosi daripada audience. However, when the story is shared too often or in a provocative tone, it can be seen as an attempt to gain validation or excessive empathy.

Tak dinafikan, ada yang menggunakan divorce sas a way to increase popularity or get more attention. Orang memang suka kisah kontroversi dari cerita-cerita biasa. Dalam tak sedar orang yang baru bercerai continue to share their story in a way that DELIBERATELY invites debate or attention, even though it may hurt their ex-partner or children's feeling. Kalau ada unsur domestic abuse lain cerita. Tapi kalau hal yang too private, rasanya settle sendiri dahlah.


2024-10-16

Dalam hati kecil seorang isteri, dia tak pernah nak jadi “lelaki” dalam rumah tangga.

Ya, betul. Memang kebanyakan punca ramai orang bercerai sekarang adalah sebab orang perempuan sekarang ramai yang dah bekerjaya dan pegang duit sendiri. Betul. Aku setuju.

However, this is an overly simplistic view. Hakikatnya, ini bukan sekadar perempuan berkerjaya dan ada duit sendiri.

Ok, let me explain. Semakin ramai perempuan ada kerjaya and able to generate their own income, sepatutnya ini menjadi kelebihan, bukan masalah. Isteri yang berkerjaya bukan je dapat bantu ringankan beban kewangan suami, tapi contribute dalam aspek lain. Sebaliknya, apa yang BANYAK berlaku sekarang adalah, ramai suami letakkan beban kewangan atas bahu isteri. Mentang-mentang bini bekerja, ada duit, dia letakkan sebahagian tanggungjawab men-cover perbelanjaan dalam rumah pada isteri. Macamana bini tu tak angkat kaki?

Dulu, bila isteri tak bekerja, tanggungjawab menanggung keluarga sepenuhnya terletak di bahu suami, seperti yang dituntut dalam agama. Tapi sejak ramai isteri mula bekerja, ramai pulak suami ambil kesempatan mintak isteri kongsi tanggungjawab perbelanjaan rumah tangga. Yang lebih teruk lagi, ada suami lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kat isteri. Ada suami ambil jalan mudah agih-agihkan tugas kau bayar rumah, aku bayar letrik. Kau bayar air, aku bayar internet. Kau bayar baju anak, aku bayar yuran anak. Eh dia pulak pandai-pandai agihkan tugas. Kalau bini tu yang willing, cerita lain.

Dahlah bini tu balik dari kerja kena sambung kerja-kerja kat rumah pulak. Kau kalau jenis ringan tulang takpe. Ini tak. Masuk je rumah, mengangkang depan TV. Nama nak menolong takde. Tolong masak lagilah jauh. Kalau mengote tak payah disuruh. Hilang penat-penat kau semua. Inilah punca isteri rasa terbeban. Duit gaji kena share, kerja rumah kena buat sorang, on top of that suami masih anggap dirinya ketua keluarga yang mesti ditaatkan, tapi tak jalankan tanggungjawab sebenar sebagai ketua. Kau rasa?? Pastu bila isteri mintak cerai, kau tuduh puncanya sebab bila isteri ada duit, berubah jadi sombong. Kau rasa kalau aku tonyoh muka kau berbaloi tak?

Kalau aku pun blah angkat kaki. Dah kenapa aku nak stay. Dahlah aku bayar half-half, on top of that kena buat kerja lebih masa, kena layan kau lagi, kena taat lagi, tak boleh melawan, tak boleh itu, tak boleh ini, nanti jatuh derhaka, jatuh nusyuz. Ah tak payahhh. So kau boleh faham tak punca-punca kenapa kes cerai-berai di kalangan wanita berkerjaya semakin meningkat? It is not because perempuan bila ada duit dah tak perlukan suami, tapi sikap suami tu sendiri yang buat semak!

Again aku ulang, orang perempuan kalau dah sayang, segalanya dia bagi. SEGALANYA. Setakat duit takde hal nak berkongsi. Cuma patut padanlah. Janganlah sampai dah jadi satu tanggungjawab pada dia pulak. Yang kau pun, bila isteri tu banyak berkongsi perbelanjaan, ringan-ringankanlah membantu. Sama-sama kerja cari duit, sama-samalah penat urus hal rumah juga. Kalau berasa malas nak menolong bini kat dapur, rajin-rajinkan beli makanan bawak balik untuk makan di rumah dengan isteri. 

Masalahnya, ramai suami tak bersedia untuk ubah mentaliti. Dorang masih anggap kerja rumah dan jaga anak adalah tanggungjawab isteri, walaupun isteri juga keluar bekerja dan penat macam dorang. Bila isteri membebel-bebel, kau marah. Dia penat tau tak. Nak urus rumah, nak masak, nak urus anak, nak urus laki benak macam kau lagi.

Jangan cakaplah "Sebab itu tugas isteri hanya di rumah. Jaga anak, bukan pergi bekerja". Ahh kau. Cakap lebat. Alangkan bini berkerja tong tong duit belanja pun tak cukup, lagikan harap kau sorang bekerja. Makan ikan kering cecah air sirap anak orang tu karang. Aku menyampah selalunya bila masuk bab ni, ujung-ujung ada yang cakap "Rezeki Allah yang beri, insyallah cukup". Ya ampun plis lah! Jangan bagi misleading statement boleh? Memanglah rezeki Allah bagi, tapi kena usaha. Ini tak. Usaha minimum, tapi nak rezeki maksimum. Pastu tak habis-habis suruh bini tu bersabar. Bersabar tu mesti bersekali dengan jalan usaha. Yang kau, bersabar takat kat bibir je.

Aku memang bersetuju ramai wanita berkerjaya suka minta cerai, tapi ada sebabnya. Sebab tak tahan dengan sikap suami. Hari tu ada someone respond kat post aku pasal isu kebanyakan isteri yang run business, bila dah berjaya jadi besar kepala.

Yang orang nampak itulah - bini berjaya, jadi berlagak dan minta cerai. Bini berjaya, tinggalkan suami. Bini berjaya, tak hormat suami. Bini tak kenang budi. Macam-macam. Kau kena faham satu perkara. Walau se-sukses mana pun seorang isteri, walau berapa banyak gaji dia bawa balik, walau sehebat mana dia di mata orang lain, dia tetap seorang perempuan. Dia tetap ada naluri lembut yang nak disayangi, dilindungi, dan dimanjakan suami. 

Dalam kebanyakan kes penceraian yang melibatkan isteri yang success in business, bila isteri berjaya, suami mula berasa selesa dan merasa tanggungjawab dia dah ringan sebab income isteri besar. Kerana suami tahu isterinya tak berkira dan willing berkongsi. Slowly, suami mula bergantung pada kejayaan isteri dan biarkan isteri tanggung sebahagian besar tanggungjawab mencari nafkah. Suami gunakan alasan, kononnya dia membantu kerja-kerja di rumah. We are even katanya.

Ya, betul. Isteri cari duit lebih, suami balancekan dengan membantu urusan rumah. Ok, fine. But you must remember, isteri masih perlukan suami yang berusaha. Ini yang ramai suami tak sedar. Isteri sebenarnya masih mahu suami berusaha lebih, walaupun dia dah berjaya. Dalam hati kecil seorang isteri, dia tak pernah nak jadi “lelaki” dalam rumah tangga. Takde isteri yang nak galas beban kewangan sorang diri atau ambil alih peranan sebagai ketua keluarga. Walaupun dia mampu, dia masih nak suami tunjukkan tanggungjawab. Tunjukkan bahawa dia masih lelaki yang boleh diharapkan. Faham?

Suami, kau tak boleh ambil sikap selesa and let your wife bear more of the burden. If  you do not show seriousness to keep trying or do not take the initiative, your wife will start to feel like she is fighting alone. Mungkin inilah punca ramai isteri yang berjaya akhirnya buat keputusan untuk bercerai. Bukan sebab dorang berlagak atau tak hormat suami, tapi kerana dorang merasa tak lagi dapat sokongan emosi dan moral daripada suami. Baiklah hidup sendiri. Takde beza pun hidup sorang atau berdua sebab ujung-ujung tetap kau yang kena buat lebih. At least kalau hidup single, duit kau hanya untuk kau sorang. Ini kena kongsi pulak dengan orang yang takde common sense. Eh letih.

Ini bukan soal duit semata-mata. Isteri bukan mintak suami to compete with her success, tapi dia nak suami masih ada di situ, menyokong, membantu, dan memahami. Seorang isteri hanya nak tahu walaupun dia mampu berdikari, her husband still plays the role of LEADER in the family.