Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

2026-07-15

Everytime perempuan mengadu penat, first reaction netizen mesti nak cari siapa yang patut dipersalahkan. Selalunya suamilah kena.


Tadi aku nampak satu post.

“Penatnya jadi perempuan. Semua benda kena buat. Masak. Mengemas. Beranak. Jaga anak. Weekend pun takde makna. Tak boleh berehat”

Lebih kurang ginilah dia tulis.

Pastu ada orang komen, “Suami akak tak tolong ke? Cacat ke?”

Pastu ada lagi “Nasib baik suami saya ringan tulang”

Aku faham maksud peng-komen tu. Tapi kan, sejak ada media sosial ni, everytime perempuan mengadu penat, first reaction netizen mesti nak cari siapa yang patut dipersalahka. Selalunya suamilah kena.

Kalau isteri penat…mesti suami tak tolong.
Kalau rumah bersepah…mesti suami malas.
Kalau anak bising…mesti suami tak function.

As if setiap masalah mesti ada sorang penyebabnya.

Aku bukan kata suami tak payah tolong. Of cos dapat suami yang ringan tulang, satu nikmat dunia. Apetah lagi dapat suami yang buat semua benda. Dia yang masak, dia yang mengemas, dia yang membasuh. Ada suami jenis ni.

Dan ada juga suami yang macam laki aku, dia tak banyak tahu pasal kerja rumah. Menggosok baju tak tahu. Memasak setahun sekali ada kot. Membasuh bilik air last 25 tahun lepas sebelum ada bibik. Menyapu, mengemop lagilah, out.

Ini bukan tentang suami siapa lebih green flag. Suami kita semua ada lebih dan kurang. Apa yang kurang kat dia, kita top up. Apa yang lebih pada dia, kita raikan.

Cuma aku tak setuju bila kita bercakap as if cuma ada SATU jalan untuk selesaikan beban isteri, iaitu suami mesti buat semua benda sama-sama. Sebenarnya ada alternatif lain. Cuma kita jarang bercakap tentang alternatif.

Contohnya, kalau penat memasak.

Adakah penyelesaiannya suami kena masuk dapur masak sama-sama?

Tak semestinya.

Boleh je makan kat luar. Boleh je order Grab. Boleh je beli ready-to-eat food. Boleh masak pukal seminggu sekali. Boleh beli frozen food.

Kalau penat mengemas rumah.

Adakah penyelesaiannya suami kena sama-sama pegang penyapu?

Tak semestinya.

Nowadays ada banyak cleaning service. Datang untuk 3-4 jam. Buat semua cleaning job. Selesai.

Kalau penat basuh baju?

Sekarang dah ada laundry service yang ambik, basuh, keringkan, lipat, gosok and hantar balik. Kau cuma tunggu depan rumah.

Kalau malas keluar beli barang dapur?

Ada personal shopper. Ada Grab Mart.

Kalau penat jaga anak?

Kalau mampu, bayar pengasuh. Tak pun, ambil maid. Boleh hantar taska. Bayar servis dari pagi sampai petang all-in. Boleh upah babysitter beberapa jam (apa ntah nama servis ni, lupa).

Alternatif tu wujud sebenarnya. Dalam banyak keadaan, alternatif kepada tenaga ialah duit. Sebab tu aku pernah cakap duit ni untuk memudahkan hidup, bukan memewahkan hidup. Yang boleh mewah tu kalau duit kau dah banyak sangat. Hat ni bolehlah mewah-mewah. Tapi kalau belum dapat bermewah-mewah, cukuplah kalau duit tu memudahkan hidup.

Ini prinsip aku dari awal kawen lagi. Ada duit, mudahkan hidup. Shopping and travel can wait. Janji hidup aku sehari-hari ni tak membebankan. Balik kerja tengok rumah bersih, rapi, anak senonoh, baju siap lipat siap gosok — TENANG! Sumpah, tenang. Barulah terasa macam rumahku syurgaku.

Balik kerja, boleh lepak-lepak golek-golek kejap dalam bilik. Pastu mandi berlama-lama dalam bilik air. Then lepas makan boleh berlingkar laki bini depan TV layan DVD (sebelum ada Netflix). Bila badan tak penat, balik rumah boleh rileks, terus hilang rasa stress. Tak payah kejap-kejap cuti nak healing. Aku rasa maybe inilah penyumbang kepada attendance yang tip-top time makan gaji dulu.

Aku jarang MC and EL. Aku tak kejap-kejap ambik AL. Selalunya aku punya AL ambil straight seminggu untuk travel. Seingat aku, tak pernah aku punya AL kena reject. Sebab aku sangatlah jarang cuti dan MC. Jadi bila time aku apply AL, komfem approve punya. Aku rasa inilah antara penyumbang tak burnout masa berkerja dulu. Because balik rumah aku really can berehat. Having a maid adalah antara decision terbaik aku pernah buat. Walaupun some maid tu hauk, itu masalah sikap. Tapi bab meringankan beban, having a helper adalah decision yang cenggini ha 👍🏻👍🏻.

Kalau ada duit lebih, spendlah kepada perkara yang memudahkan hidup dulu. Aku kadang tak tahulah nak cakap camana dengan dak-dak muda ni. Bab merentan nombor satu tapi berkiranya ya ampun!! Tapi hidup nak mewah. Duit dia hanya untuk dia saja. Hanya untuk spend kat items. Pastu merungut penat penat penat. Bila penat pikir nak healing. Spendddddd duit lagi. Kan ke lagi bagus dah tahu penat, cari penyelesaian untuk kurangkan beban penat tu dulu.

Like, kau dah tahu laki kau pemalas, dan kau tak larat nak buat semua, kau ada plihan samada:

(1) mintak suami duit untuk selesaikan masalah, atau
(2) pakai duit sendiri untuk selesaikan masalah, atau
(3) sama-sama jangan buat apa-apa. Lantakkan saja.

This is my unpopular opinion.

Aku tak nafikan tanggungjawab suami sediakan keperluan, TETAPI semampunya. Kalau suami punya kemampuan takat beli barang dapur, bayar rumah and utilities, takde extra untuk hire cleaning servis, apa salahnya kita belanja sebab kita yang taknak penat. Daripada bertekak isu yang sama, baiklah aku keluar duit hire tukang bersih.

Dalam rumahtangga, jangan terlampau rigid sampai semua benda nak kira “siapa wajib tanggung, siapa tak wajib tanggung”. Kalau kita ada duit lebih, kita pun dapat manfaat dari hire cleaning lady. Kita jugak yang dapat rehat. Kita jugak yang kurang stres.

Sometimes orang terlalu fokus pada “ini tanggungjawab suami”, sampai lupa rumahtangga bukan tentang siapa kena buat A, B, C dan D. Kalau suami mampu, baguslah. Dia tanggung semua. Tapi kalau memang belum mampu, sedangkan kita ada kemampuan, apa salahnya kita sama-sama ringankan beban? Sebab bagi aku kita kahwin supaya dua-dua hidup lebih mudah.

Aku tak rasa isteri yang bayar cleaning service tu rugi. Yang rugi tu bila dua-dua letih, pastu bergaduh every week, mengeluh kat Thread sebab penat rumah bersepah sedangkan masalah sebenar boleh diselesaikan dengan kerjasama. Bila kahwin, duit dia dan duit kita mungkin datang daripada poket yang berbeza, tapi kesan setiap decision yang kita buat semua orang dalam rumah tu akan merasa.

Menjak dulu lagi manusia memang guna duit untuk beli masa dan tenaga.

Kalau kita travel KL-Penang naik flight, kita membeli masa.

Kalau kita guna mesin basuh, kita membeli tenaga.

Kalau kita guna dryer, kita membeli masa.

Kalau kita panggil cleaning service, kita membeli tenaga orang lain supaya tenaga kita boleh digunakan untuk buat benda lain. Bukan sebab kita malas. Tapi sebab kita boleh gunakan tenaga untuk buat benda yang lebih baik, sesuai dengan kepakaran kita.

Tak tahulah sekarang ni macam everthing semua benda nak kena equal. Suami kena buat 50%. Isteri kena buat 50%. Logik ke?

Bukan semua rumah sesuai dengan formula tu.

Ada suami kerja 12 jam sehari.
Ada isteri work from home.

Ada suami kerja syif.
Ada isteri suri rumah.

Ada couple berniaga bersama.
Ada couple dua-dua doktor.
Ada couple dua-dua run own bisnes.

Macamana kau nak expect semua pakai the same formula?

Yang penting bukan siapa buat apa. Tapi samada beban tu berkurang or not?

Aku rasa zaman dah berubah kot. Tengok beberapa hari ni berita kata kelahiran dalam negara dah berkurang. Lagi 20 tahun negara ni ramai orang tua dari orang muda. Maybe juga lepas ni ramai yang tak kawen sebab masing-masing takut. Yang lelaki takut dapat isteri yang menghabiskan duit. Yang perempuan nak cari lelaki provide semua benda. Yang lelaki takut dapat isteri demanding. Yang perempuan takut kena 50/50.

Aku rasa zaman sekarang lain sangat. Zaman kita dulu, tak kisah berkongsi and start dari bawah sama-sama dengan suami. Zaman sekarang kenot. Dari bercinta lagi lelaki dah kena bagi nafkah bulan. Nak bercinta kena mampu tanggung her skincare. Aku macam …. dah kenapa skincare yang kau mampu beli sendiri sebelum kawen, suami kena tanggung lepas kawen?

Entanlah. Bukan zaman aku kot sekarang ni. Nasib baik.


2026-07-03

Media sosial ni cuma tunjuk apa yang orang nak kita tengok saja. Bukan keseluruhan hidup dia.


Sambungan post pasal 50/50, sebab ramai yang bertanya.

Someone bagitau kes cerai sekarang banyak berpunca dari media sosial. Dia tanya pendapat aku.

Betul. Kes cerai sekarang bukan sebab curang, tapi banyaknya kes melibatkan duit.
Bukan tak cukup duit, tapi tak pandai manage lifestyle.

Tu pasal aku cakap media sosial is so dangerous. Orang melihat apa yang ditunjukkan. Apa yang orang nampak, itulah yang dianggap bare minimum perlu ada dalam life. Kalau takde benda yang dia tengok tu, terasa hidup gagal. Tu pasal ramai perempuan sekarang mudah sangat minta cerai, sebab dia ingat apa yang perempuan lain dapat, dia pun mesti dapat. Tak dapat kalu, suami adalah biawak. Se-simple itu dia punya pemahaman. 

Aku bukan menyokong 50/50, walaupun aku dulu bermula dengan 50/50. Aku sangat setuju suami kena provide apa yang dia perlu provide. Tapi, aku tak setuju kalau suami ekan provide segala benda yang isteri nak, sedangkan bukan keperluan.

50/50 ni pun dah jadi masalah besar sangat kat media sosial, especially kat Thread. Merentan sungguh kalau kena keluar duit. Semua benda nak laki bayarkan and sediakan. Perkataan PROVIDER tu dah disalah faham. Kadang nak je aku cakap "Belajarlah english, dik. Fahamkan maksud PROVIDER tu apa. Jangan orang sebut, kau pun sebut tapi tak faham. BODOH!"

Haaa. Kan aku.

Masalah paling besar bukan pada perkataan 50/50. Tapi ramai dah salah faham maksud provider.

Bila sebut suami mesti jadi provider, ramai terbayang lelaki kena provide semua. Jangan berkira katanya. Jangan kedekut dengan isteri nanti rezeki sangkut katanya. Masalahnya, kalau duit memang takde, tapi kau suruh jugak sediakan, yang datang besok bukan rezeki, tapi BALA!

Rumah nak banglo. Area nak Elmina. Kereta nak SUV minimum. Bil semua laki bayar. Groceries Jaya Grocer. Beli barang pasar nak online siap siang siap basuh. Susu anak suami bayar. Pampers suami bayar. Netflix nak. Spotify nak. iPhone nak. Coffee RM20 everyday. Now dah naik pulak cadangan duit lunch isteri yang berkerja pun suami kena bagi. Eh pundeklah perangai. 

Mana datang pemahaman gini eh? 

Pastu bila orang laki kata perempuan gold digger, tahu pulak melenting. Masalahnya aku baca pun hangin. Kau rasa semudah itu ke Allah jadikan orang perempuan, apa nak semua dapat? Sekejam itu ke Allah letakkan beban pada bahu suami?

Provider ni bukan semua benda kau nak, kau dapat. Tak.

Provider bermaksud someone (suami) kena pastikan KEPERLUAN ASAS keluarga dipenuhi mengikut KEMAMPUANNYA. The key word here is NEEDS.

Kalau suami mampu sediakan tempat tinggal yang selesa, selamat, makanan sentiasa ada kat rumah, baju, bil, medication and keperluan asas keluarga disiapkan semampunya, wouldn't that already make him a provider?

Since when iPhone Pro Max jadi part of tanggungjawab provider? Since when handbag LV jadi part of nafkah? Kena tahu beza antara keperluan dan lifestyle. 

Perempuan kata duit dia is duit dia. Duit dia untuk beli apa yang dia nak untuk diri sendiri. Tak wajib share dengan husband. Yang basic necessities suami kena sediakan.

Ok, fine. Takde masalah.

Kau teruskan je lah pakai makeup YSL and Chanel tu. Pakailah beg Prada sebanyak mana yang kau nak. Belilah gelang sampai ke situ. Takde masalah. Duit kau, kan. Tapi, kalau suami letak kau kat flat awam, pakai Proton Saga tahun 1990, groceries beli kat kedai Aceh, kau kena terimalah. Sebab takat tu kemampuan suami. 

Percayalah cakap aku, kalau BASIC NECESSITIES kau tak match dengan gaya kau, apa yang kau pakai tetap nampak murah. I said what I said.

Kau nak hidup senang dan bergaya, tapi kau sorang-sorang je senang. Suami biar sengkek. Sebab tu kadang nampak, mak bukan main melaram macam model, tapi anak-anak and suami berselipat. Pastu anak-anak jenis kebulur pergi rumah and majlis orang macam tak pernah jumpa makanan. Kau tak rasa segan ke kau sorang je bergaya macam nak rak?

Kalau sebelum kahwin kau tinggal dengan parents di rumah teres, kenapa lepas kahwin tiba-tiba berasa suami gagal kalau hanya mampu sewa apartment? Kalau sebelum kahwin naik Myvi, kenapa lepas kahwin tiba-tiba rasa suami wajib belikan SUV?

Provider bukan bermaksud naikkan taraf hidup ikut kehendak kau. Provider bermaksud memastikan isteri and anak-anak hidup dengan baik ikut kemampuan pemberi. Dalam Islam sendiri, nafkah diukur berdasarkan kemampuan suami. Bukan ikut selera tekak kau, asal benda melintas kat TT or IG, semua kau nak. Kalau suami gaji RM5K, kita tak boleh letakkan standard nafkah macam orang gaji RM30K.

Ramai orang pandai sebut "provider", tapi lupa sebut "ikut kemampuan".

Imagine suami gaji RM4K. Isteri gaji RM8K. Suami dah bayar rumah, bil letrik & air, internet, barang dapur dan anak. Isteri pulak masih simpan almost all gajinya. Then one day isteri nak holiday ke Switzerland, nak duduk hotel 5 stars, naik business class.

Suami kata, "Abang tak mampu"

Does that mean he has failed as a provider?

Pada aku, tak. Dia cuma gagal penuhi kehendak, bukan gagal sediakan keperluan. Dua benda sangat berbeza. 

Sebab tu aku pelik bila ada orang marah sangat dengan konsep isteri tolong suami. Katanya jangan biasa-biasakan ambil tanggungjawab suami. Yes, aku setuju. Tapi kau pun takkan takde ihsan. Dah tahu laki kau tak mampu, kalau kau berkeras taknak share duit, paling tak, jangan meminta yang tidak-tidak. Dah tahu laki kau tahap gitu je gajinya, dengan kau pulak kedekut dengan marriage sendiri, maka selera kau tu jangan kayangan. Sedar diri sikit.

Contohnya ni ha:



Kalau aku cakap karang ada yang kata "Biarlah dia nak shopping, duit laki dia bukan laki kau"

Memanglah duit laki dia, tapi laki dia pun marah bini bershopping macamkan duit sentiasa ada kat tangan. Inilah point aku tadi. Jangan ingat semua benda kita nak, suami wajib sediakan. Walaupun itu suami kita, duit dia duit kita katanya, patut-padanlah sikit nak berbelanja. 

Ni perangai sebijik macam mak bapak yang anaknya gaji RM8K, bila anak bagi duit bulan RM500 dikatanya anak tu kedekut. Sebab dia rasa RM8K tu banyak, tak patut just bagi RM500. Dia tak pikir anak tu ada tanggungjawab lain. Kalau pun anak tu ada extra RM2K lepas habis tolak komitmen, budak tu tak payah savings ke? Dapat RM8K, habiskan RM8K jugak?

That's why aku willing 50/50 dulu-dulu. Membantu tak bermaksud suami lepas tangan. Membantu tak bermaksud nafkah jadi tanggungjawab isteri. Kita hidup berdasarkan keadaan sebenar. Ada masa suami lebih strong financially. Ada masa isteri lebih strong. Yang penting, dua-dua carry beban ke arah yang sama.

Gaji aku basic tak banyak. RM1600 je. Sales mana basic tinggi. Tapi aku pulun kat komisyen. Masa dapat lebih, aku share lebih. Kadang balik kampung aku belanja minyak and tol. Belanja mok sofa baru. Lepak Rantau Abang Resort. Benda yang aku nak enjoy, buat apa berkira.

Masa gaji aku dah RM5K, aku guna RM5K ni saja setiap bulan. Komisyen dapat berasingan, dalam bentuk cheque. Aku pass terus cheque tu kat En Wan. Dia yang simpankan dalam bank, dan dia kontrol money withdrawal. Memang aku tak sentuh duit komisyen. Masa buat kitchen kabinet sekarang, total semua RM48K. Duit komisyen yang dikumpul-kumpul tu la aku guna.

Gaji En Wan tahun 2010 around RM8K. Dia bayar rumah, bayar utilities, bayar anak, minyak, perbelanjaan lain, parents. Kau rasa sempat tak dia nak kumpul pukuh-puluh ribu? Tak sempat. Memandangkan aku dapur cantik, akulah keluar duit. 

Kita nak duduk di dapur yang selesa ikut selera kita, kita takleh kedekut dengan duit sendiri. Lainlah kalau laki kau memang ada duit. Kalau laki takde duit, kau pun kedekut, maka ikut sajalah setakat apa yang suami boleh provide.



Aku pernah dari tahun 2001 sampai 2004 berdapurkan stove RM49.90. Alhamdulillah, Allah jaga aku dari mengeluh. Dah itu je kemampuan suami pada waktu tu. Yang penting, barang nak masak sentiasa ada. 

Sebelum dapat kabinet dapur sekarang, aku pernah pakai kabinet rak kasut saja untuk letak stove and simpan pinggan mangkuk. Yang penting nak masak ada kuali, ada periuk. Nak makan ada pinggan mangkuk. Settle. 

Dia ceritanya, kalau kita hidup asik nak compare dengan orang lain, sampai mati kau takkan pernah rasa kau cukup. Compare sajalah dengan life kita yang dulu. 5 tahun dari sekarang, jangan sama macam 5 tahun lepas. Pastikan the next 5 tahun is better than now. Gitu cara compare. Dengan diri sendiri. Bukan dengan orang lain. 

Aku rasa media sosial is too obses dengan siapa bayar apa, siapa ada apa. Sampaikan semua benda nak berkira dengan suami. Kalau suami kau memang bangsa hauk, lain cerita. Ini suami tu dah nampak effortnya, cuma belum boleh memewahkan. Takkan nak expect dia terus berubah jadi perfect provider as soon as jadi suami?

Tu pasal orang lelaki pun, masa bercinta jangan beria sangat. Ini tak. Setiap kali date bagi bunga. Setiap kali date bawak makan tempat best. Setiap kali date belanja shopping. Siap bagi "nafkah" tetiap bulan. Kalau kau memang kaya, takpe. Jangan masa bercinta je bagai nak rak. Sekarang kau single. Takde komitmen besar. Esok dah kawen, segala benda atas kepala kau. 

Kalau kau dah invest bagai nak rak sebelum kawen demi nak dapatkan cinta dia, esok dah kawen kau takleh downgrade life kau. Sebab kau dah membiasakan dia dengan satu standard. Jangan kerana nak membuktikan cinta, kita create satu standard hidup yang sebenarnya kita sendiri tak mampu sustain dalam jangka panjang. Kalau perempuan tu merentan bila kau go below that standard selepas kawen, kau takleh cakap perempuan tu materialistik, sebab kau yang ajar dia untuk ada high expectation.

Manusia secara natural akan terbiasa dengan something. Kalau selama 2 tahun bercinta, every week pergi restoran mahal, every month dapat hadiah beratus ringgit, every masalah diselesaikan dengan duit, lama-lama itu akan jadi normal dalam fikiran pasangan kau. Esok bila kahwin, tiba-tiba financial lari sebab dah ada sewa rumah, kereta, bil, anak, komitmen lain, savings, kau tak dapat nak maintain lifestyle masa bercinta tu lagi. That perubahan akan terasa macam kehilangan. Padahal hidup korang tak teruk. Cuma standard yang berubah.

Bukan bermaksud kena kedekut, atau tak boleh belanja girlfren. Tapi biarlah ada balance between menunjukkan rasa cinta dengan menunjukkan realiti hidup. Because marriage is not about how much someone can provide when life is easy. It’s about how two people stand together when life gets difficult.

Perempuan kena ada common sense. Jangan asyik nak ikut apa orang lain ada. Tak semua yang orang lain ada tu kau pun kena ada. Sometimes kau bukan nak sangat apa orang lain ada, kau just nak make sure kau dalam level yang sama je. KAU INSECURE SEBENARNYA.

Aku pernah cakap pasal ni dulu. Kebanyakan kita bukan nak pakai apa yang orang lain pakai, kita cuma nak memiliki saja. Padahal tak pakai pun. Orang lain beli shades Prada, kau pun nak. Padahal kau bukan pakai sunglass kerana fungsinya, tapi pakai kerana brandnya.

Henbeg pun sama. Orang pakai Chanel, kau pun nak. Orang lain pakai betul-betul. Kau pakai sekali dua je. Sebab apa? Sayang. Maksudnya kau beli bukan sebab nak pakai sangat, tapi sebab orang lain pakai.

Janganlah terpedaya sangat dengan lifestyle yang kau nampak kat media sosial. Dah berlambak contoh kita tengok. Life macam kayangan sangat. Suaminya macam provider sangat. Tup-tup, bercerai. Rupanya suami biawak. Rupanya, scammer. Rupanya jual dadah. Rupanya semua benda pun sewa. Rupanya buat personal loan demi nak lifestyle T20.

Apa yang kita perlu dalam marriage sebenarnya tak banyak. Kita cuma perlu jadi teammate. Masing-masing share tanggungjawab, bukan sekadar nak nampak berjaya kat mata orang lain. Sometimes sibuk nak proofkan life kita ikut standard media sosial sampai lupa apa yang sebenarnya buat marriage bertahan.

Rumah besar tak menjamin perkahwinan bahagia. Kereta mahal tak menjamin pasangan tu setia. Holiday yang luxury tak menjamin kau dihargai. Semua tu hanya tambahan. 

Duit memang penting especially in marriage. Tapi ramai je yang nampak kaya, sedangkan hutang keliling pinggang. Dengan SPay Late-rnya, dengan Atome-nya, dengan credit card-nya, dengan personal loan-nya. Nampak mewah,hakikatnya hidup asyik stress sebab nak kekalkan imej. Nampak macam provider terbaik, tapi kat rumah lagi banyak menangis memendam rasa. Aku dah banyak dengar dah masalah-masalah macam ni, yang diceritakan sendiri pada aku.

Media sosial ni cuma tunjuk apa yang orang nak kita tengok saja. Bukan keseluruhan hidup dia. Bahaya kalau kita jadikan hidup orang lain benchmark untuk hidup kita sendiri. You don’t know the price they paid to have what they are showing. A lot of what you see online is just content created for attention.


2026-07-01

Setuju tak kalau aku kata lelaki yang nak 50/50 ni sebenarnya dia tak faham agama?

Aku nampak kat Threads.

"Setuju tak kalau aku kata lelaki yang nak 50/50 ni sebenarnya dia tak faham agama?"

Wow! Terlalu mudah ya zaman sekarang nak buat kesimpulan.

Dik, berapa tahun hidup agak-agak ni?

Tak semua benda boleh dijawab dengan satu statement yang simple, apetah lagi bila melibatkan agama, marriage, duit dan tanggungjawab.

Kalau bercakap dari sudut hukum, yes kita semua tahu nafkah isteri adalah tanggungjawab suami. Itu kekal. Tak kira isteri kaya ke, gaji lagi besar dari suami ke, lebih success daripada suami ke, kewajipan nafkah tetap pada suami. Hukum ni jelas. Setuju.

Tapi bila sebut "50/50", aku nak gak tahu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 50/50?

Sebab jaman now, istilah 50/50 dah too general.

Ada yang maksudkan 50/50 expenses rumah dibahagi dua.
Ada yang maksudkan 50/50 bayar rumah sama-sama.
Ada yang maksudkan 50/50 isteri bayar utilities, suami bayar rumah and groceries.
Ada yang maksudkan 50/50 semua benda kongsi sama rata.

Sebelum cop someone tak faham agama, kena faham yang tak semua couple bermula dengan keadaan yang sama.

Ada suami gajinya, RM2500. Ada yang RM5K. Ada yang RM20K.
Ada yang tinggal kat ceruk bandar, ada yang tinggal kat town.
Ada yang menyewa, ada yang duduk flat, ada yang duduk condo, ada yang duduk landed house.
Ada yang masih tinggal dengan parents.

Dalam Islam, nafkah bukan diukur berdasarkan apa orang lain dapat. 
Nafkah diukur berdasarkan KEMAMPUAN SUAMI.

Yang jadi masalah sekarang, ramai suka bandingkan life sendiri dengan life orang lain di media sosial.

Nampak influencer duduk rumah banglo dua tingkat, dia pun nak.
Nampak orang honeymoon dekat Switzerland, dia pun nak.
Nampak member pakai Alphard, dia pun nak.

Masing-masing rasa itulah life standard yang sepatutnya. Sedangkan kau tak tahu berapa pendapatan dorang. Kau tak tahu hutang dorang. Kau tak tahu maybe dorang dah kaya sebelum kahwin. Maybe dapat harta dan duit dari parents.

Zaman 80-an dulu, kalau rumah tu ada 2 biji kereta, dianggap mewah. Orang kaya.
Sekarang, pakai kereta Honda dah dianggap keperluan.

Dulu, rumah flat bersepah couple-couple muda duduk.
Sekarang ada rumah landed, gated and guarded, baru boleh kahwin.

Expectation dah berubah. Tapi, kemampuan tak semestinya berubah. That's where things start to fall apart. 

Aku bukan cakap perempuan salah. Dan lelaki bukan always betul. Aku cuma rasa ramai orang sibuk bercakap tentang hak tapi tak nak bercakap tentang kemampuan.

Kalau laki kau gaji RM3K, lepas tolak KWSP and SOCSO, maybe tinggal around RM2700. Sewa rumah RM900. Kereta RM600. Petrol RM250. Tol RM200. Telefon RM100. Belanja dapur RM600. Tu belum masuk bil letrik, air, internet, emergency. Sometimes belum minggu kedua, duit dah tak nampak bayang.

Bila orang kata, "Suami wajib sediakan rumah", yes aku setuju. Tapi rumah macamana yang kau boleh duduk?

Apartment, boleh?
Flat, boleh?
Rumah landed setingkat di kawasan mat rempit, mau?

Ke die-die nak kondo?
Or semi-D double storey?

Dekat mana?
PJ? Mont Kiara? Cyberjaya? Or mana-mana kawasan ikut kemampuan suami?

Sebab hukum kata suami wajib sediakan tempat tinggal. Hukum tak kata rumah tu mesti ada island kitchen, walk-in wardrobe, bathtub, and 5 bilik air. 

This is where I think many people get confused. Ramai menyamakan keperluan dengan life style. Sedangkan dua benda tu berbeza.

Tak nak duduk flat, tak salah. Everyone has dreams. Tapi kalau suami cuma mampu sewa flat buat sementara waktu, does that automatically make him a bad husband? Or is he simply doing his best within his means?

Aku start dengan apartment kat USJ21. Sewa RM820 sebulan. Tu harga tahun 2001. Gaji padahal RM2500 je. Tapi disebabkan En Wan pentingkan kawasan tempat tinggal, mahal pun mahallah. janji selamat dan selesa. Gated. Guarded. Good maintenance. Tak pernah ada masalah lift rosak. Clean. 

Bila duit dah habis kat sewa, maka yang lain kena biasa-biasa je lah. Makan biasa-biasa. Groceries kat kedai runcit. Barang basah kat pasar tani, kadang pasar malam. Jangan sebut Jaya Grocer, Village Grocer. Zaman tu Giant pun aku tak berani masuk.

Maksud aku kat sini, siapa je lah yang tak nak kemewahan? Tapi kenalah ujur baju di badan sendiri. Sometimes kita lupa, everyone starts from a different place. Ada orang umur 27 dah ada rumah sendiri. Ada orang umur 40 masih menyewa.

Marriage bukan competition siapa hidup paling gah. It's about two people helping each other, build a life together. Kalau dari awal sibuk berdebat pasal hak masing-masing, tapi tak pernah bercakap pasal kemampuan, susahlah. Because eventually, ego takes over.

Aku tak tahulah sekarang everytime lelaki cakap dia perlukan isteri yang boleh membantu (share expenses), ramai yang kata that lelaki tak layak kahwin. 

Kalau suami mintak isteri share belanja dapur for 2 years sebab nak kumpul duit beli rumah sendiri, does that mean he is not willing to provide? 

Aku rasa dalam most marriage yang bahagia, things like this happen through MUTUAL agreement. Bukan dipaksa. Because both of them understand that they are building something together.

Aku sampai sekarang pegang bab makan. Groceries, barang basah and Grab order. Kalau makan kat luar je En Wan take over. Memang sengaja aku nak pegang. Dia pegang the rest. Agaknya kalau aku confess ni kat Thread, mesti ramai yang mendayus dan menerakakan laki aku. Padahal aku yang willing to cover bab makan.

Semalam, ada sorang tanya "Kak Di tak pernah ada lauk hujung bulan ke? Hari-hari semua lauk sedap"

Kalau aku serah SEMUA atas kepala En Wan untuk cover semua, insyallah kau akan nampak ada lauk hujung bulan.

Bukan maksud laki aku tak mampu, tapi dah kalau semua benda suami nak tanggung sedangkan kemampuan dia tahap gitu-gitu, takkan boleh nak tampung selera kita, betul tak? Disebabkan aku enjoy good food, jadi aku pegang bab makan. Kalau serah kat En Wan, dia akan beli ikut apa yang dia makan saja. Takkan jumpalah jajan, coklat, susu, air gas, butter Lurpak, cream cheese spread, spageti, macaroni, meatball, frozen pizza, fries dalam rumah aku.

Hari tu aku nampak sorang ni tulis "Kalau isteri bekerja, duit lunch isteri makan kat ofis pun sebenarnya suami kena tanggung"

Aku la haiiiii. Nak je aku tepuk kepala yang bercakap tu.

Kau dah kenapa yang terlampau berkira sangat ni? Kau yang nak berkerja, kan. Macam budak-budak duit lunch nak mintak suami! Kalau suami bagi RM6 karang, merentan pulak kata tak provider. Tekak pulak selera besau, takkan nak makan nasi bajet. Selera macam neraka, pastu nak suami tanggung duit lunch bagai. Semak!!

Yang benaunya, bila dah kawen ni, yang penting komunikasi. But sadly, communication is the thing most people overlook before kahwin. Ramainya lebih berbincang pasal tema kahwin. Bincang honeymoon. Tapi takde siapa bincang kalau sorang hilang punca pendapatan, macam mana. Kalau dapat anak, macam mana. Apa backup plan.

Kebanyakan yang bergaduh pasal duit sebenarnya bukan sebab duit tak cukup, tapi gagal uruskan duit. 

Yang sorang nampak duit tu tujuan untuk enjoy life. 
Yang sorang lagi nampak duit as perlu cermat sebab banyak benda nak dibayar. 

Sorang rasa beli kopi RM20 tu membazir. 
Sorang lagi rasa itu reward untuk diri sendiri. 

Takde siapa salah pun. Yang salah tu bila kau nak hidup senang macam orang lain tapi kau tak nak keluar duit sendiri. Semua harap suami tanggung. Pastu tanya masyarakat "Korang yang dapat laki provider ni jumpa kat mana eh?"

Dik, suami yang provider tu pun reti memilih bini. Tak naknya dia dengan perempuan yang berkira, kedekut, kuat berangan and expect segala kehendak dituruti. Takde common sense punya orang.

Memang wujud lelaki yang lepas tangan bila isteri willing 50-50. Gaji dah naik pun masih nak 50-50 lagi. Tapi, tengoklah konteks.

Kalau selepas 10 tahun kawen masih 50-50 tetapi rumah dari flat jadi banglo, kereta dari Kancil jadi BMW, dari takde anak ke 3 anak, dari tak pernah bercuti jadi holiday overseas setahun sekali, dari shopping groceries kedai runcit jadi shopping groceries kat Village Grocer -- kalau tanya aku, aku ok if masih 50-50. Sebab dengan 50-50 tu lifestyle ada peningkatan, why not?

Lainlah kalau 10 tahun 50-50 tapi rumah masih menyewa, kereta buruk yang sama, berhutang tapi tak nampak barang, makan pun masih bercatu -- hat ni salah.

Dulu aku 50-50 juga. Tapi dengan 50-50 tu boleh beli rumah, barang rumah bertambah, boleh pakai bibik, boleh bercuti setahun sekali overseas, boleh tukar kereta, boleh renovate rumah -- maka aku tak nampak kat mana yang ruginya aku 50-50. Sebab ada peningkatan pada lifestyle. Kalau nak semua benda suami bayar at the same time dia provide lifestyle T20, silakan cari laki kaya.

Jangan berangan dapat ala-ala CEO menyamar kawen dengan cleaner opis, ya. Tu short drama cina bolehlah. In real life, laki kaya kebanyakannya cari partner yang setaraf dia. Because mak bapak dorang nak yang sekufu.

Kalau lelaki tu kata "Gaji saya RM3500. Saya mampu sediakan rumah sewa, makan dan keperluan asas. Tapi kalau awak nak kita duduk kawasan yang lebih baik atau nak beli rumah sendiri, saya perlukan kerjasama awak buat sementara"

Pada aku, situasi ni berbeza. 
Sebab dia bukan lari dari tanggungjawab. Dia tengah discuss tentang realiti hidup selepas kahwin.

Kita suka bercakap pasal hak, tapi lupa agama Islam pun banyak bercakap tentang ihsan. Kalau isteri rela hati tolong suami sebab dia nampak suaminya ada effort nak upgrade lifestyle bersama, itu namanya ihsan, bukan ditindas. 

The problem now, people spend so much time arguing about what they are entitled to, but hardly talk about what actually makes a relationship stronger.

Media sosial is so dangerous. Sebab dia membentuk expectation. Scroll TT lima minit, nampak rumah cantik. Kereta mahal. Hadiah handbag beribu-ribu. Holiday overseas. Dinner anniversary kat hotel. Ujung-ujung semua benda tu orang nampak macam normal. Macam satu standard. Kalau tak buat macam tu, kau bukan provider. Padahal that's only a small part of their life that they chose to share.

Contohnya semalam. Terkejut aku dapat soalan "Kak Di tak pernah ada lauk hujung bulan ke?"

Padahal aku tunjuk makanan yang aku masak je. Aku tak tunjuk lagi benda-benda yang aku beli selama ni. Aku tak tunjuk apa aku spend everytime gi overseas. Aku memang tak nak tunjuk. Hanya tunjuk apa yang aku masak. That shows how media sosial boleh bagi pengaruh. Orang akan anggap apa yang dia tengok adalah satu standard. Dia rasa kalau tak capai standard tu maknanya dia gagal.

Pernah sekejap hari tu aku post gambar En Wan tengah buat kerja kat ruang makan. Berjujuk orang tanya pasal rumah. Suruh buat tour rumah bagai. Terus aku delete post tu. Lain yang aku fokus, lain yang orang nampak. 

Aku memang nak post benda-benda bodo je. Gambar masakan. Gambar beli durian. Gambar pegi pasar borong.

Tapi kadang follower aku ni pandai juga. Tetiba nampak gelang aku bertambah dia tanya "Eh gelang baru?"

Nampak henbeg lain sikit "Kak Di beli henbeg baru?"

Dia macam ni. Kalau kau nampak, kau nampaklah. Tapi aku takkan cerita. Habis kat situ je. Aaa gitu.

Acik nak cakap, marriage is a journey untuk husband and wife sama-sama belajar jadi pasangan yang lebih baik every single day. No one perlukan formula 100/0 atau 50/50. Kita hanya perlu tolak-ansur.

Tengok life orang lain, boleh. Nak jadikan motivasi, boleh. Nak mintak tips, boleh. Tapi JANGAN MEMBANDINGKAN. Sebab nanti semua tu start jadi benchmark dalam kepala kau. Yang kau nampak tu hasil akhir saja. Kau tak nampak titik permulaan dia. Titik permulaan tu yang tak semua sanggup lalui. Maka, jalani saja hidup masing-masing. Buat cara kita, janji kita happy. 


2026-06-30

Yang reda tu suami dia. Yang panas hati tu, KAU. Pehal?


Bertangguh-tangguh aku nak tulis pasal isu konsert. Sebab banyak sangat post dalam batu jemala patik beratur nak keluar. Maklumlah seorang Diana kan banyak benda nak tulis.
 
Hari tu kat Thread ada seorang perempuan buat post. Suami dia bagi tengok konsert K-Pop. Suami duduk rumah jagakan anak. Teruk dia kena hentam. Aku baca komen-komen tu pun konfius.

Yang pergi tu bukannya pergi sorok-sorok. Bukannya tipu suami. Bukannya tinggal anak dekat jiran. Suami dia sendiri yang allow pergi. Yang reda tu suami dia. Yang panas hati tu, KAU. Pehal?

Lepas tu ramai pulak hantar link post tu mintak aku ulas. Sebab aku pergi fan screening Beyond. Pastu aku pergi GenKRU. So dorang nak dengar pandangan aku.

Aku rasa isu ni tak complicated. Kalau isunya pasal isteri tinggalkan anak untuk tengok K-Pop concert, rasanya dia dah mention suami allow dan suami willing jagakan anak.

Kalau isunya pasal konsert K-Pop tu sendiri, kau tanya orang yang memang tak pernah minat artis, jawapannya akan jadi, “Membazir. Buang masa”. Sebab itu perspektif dia.

Kalau isunya pasal hukum, konsert tu sendiri in general memang ada perkara yang haram, maka hukum tu terpakai kepada semua yang hadir. Tak kira bujang, dah kahwin, suami, isteri, lelaki atau perempuan. Bukan tiba-tiba jadi haram sebab seorang isteri pergi konsert, tinggalkan anak untuk suaminya jaga.

Yang peliknya, ramai bukan berhujah pasal hukum konsert. Tapi pasal suami tu yang benarkan dan si isteri tinggalkan anak untuk dijaga suami semata-mata kerana K-Pop. Terus si suami dilabel dayus.

Aku rasa kita kena be careful bila guna istilah yang berat macam tu. Jangan sampai every perkara yang kita tak setuju, terus label orang lain dayus.

Aku sebenarnya lebih berminat nak tahu, apa sebenarnya yang buat korang marah?

Sebab dia pergi konsert? Atau sebab suami dia tak menghalang?

Kalau tujuan kau betul-betul nak bincang hukum, bincanglah hukum. Tak payahlah serang rumah tangga orang yang kau tak kenal. Lagipun, dalam rumah tangga, banyak benda yang orang luar tak nampak. Maybe itulah satu-satunya hari dalam setahun si isteri mintak untuk diri dia. Dan suami dia izinkan.

Mungkin selama ni si isterilah yang jaga anak, urus rumah, korbankan macam-macam. Maybe minggu depan giliran si suami pulak keluar dengan kawan-kawan. Si isteri ambik turn jaga anak. Kita tak tahu.

Aku bukan nak berbahas hukum. Yang aku persoalkan, adakah kita benar-benar bercakap tentang hukum, atau kita menggunakan hukum untuk menghukum orang lain?

Sebab kadang-kadang aku tengok discussion dah lari. Ujung-ujung melabel. Senang sangat keluar perkataan dayus. Mendayuskan orang. Menerakakan orang.

Memang isu sebenar kau nak cakap pasal hukum agama ke? Atau ada yang rasa tak selesa sebab tak benarkan isteri masing-masing pergi, nampak macam tak sporting sedangkan suami orang lain boleh beri keizinan?

Bukan apa, sebab dalam media sosial, sometimes susah nak bezakan antara nasihat yang ikhlas dengan rasa nak menang berdebat.

Kalau tanya pandangan aku, bersedialah dengar unpopular opinion.

Aku memang minat Beyond dan Leslie Cheung sejak sekolah rendah. Bukan sebab trend. Aku membesar dengan lagu-lagu dorang. Dari zaman kaset ke zaman Spotify, everyday pasang lagu Beyond and Leslie. Tanyalah otai reader blog aku, wall paper laptop and background blog aku dulu gambar siapa. Bukan baru sekarang aku minat retis cina. Dari zaman korang masih jadi air kencing lagi aku dah minat.

Interview pun aku tengok. Berita dalam bahasa Cina pun aku sanggup translate. Sekarang zaman Weibo, aku melepak Weibo everyday. Jangan kata konsert. Kubur Wong Ka Kui pun memang ada dalam wishlist aku kalau aku pergi Hong Kong lagi nanti.

Bila tanya aku pasal konsert, memang jawapan aku tak sama dengan orang yang tak pernah ada minat macam ni.

Yang aku pelik, kenapa orang suka sangat decide hobi orang lain samada berfaedah atau tak?

Aku rasa ramai kecam ni sebenarnya bukan sebab konsert. Dorang nampak seorang isteri keluar enjoy seorang diri, tinggalkan anak dan suami demi retis yang dia minat. Itu je punca trigger. Ramai sebenarnya tak puas hati bila orang lain ada lifestyle yang berbeza daripada apa yang dorang pilih.

Bagi aku benda ni simple je. Kau takkan ambil kisah sangat pasal sesuatu kalau benda tu bukan yang kau nak dan tak mengganggu hidup kau.

Contoh, aku takut naik flight. Disebabkan aku takut, aku tak pernah berangan nak pi overseas. Paris, Milan, UK — ni semua tak pernah ada dalam wishlist aku. Sebab takde apa aku nak cari kat sana. Wishlist aku cuma satu tempat je, Hong Kong. Bila aku tak heran nak pi overseas, maka bila orang lain pergi, aku tak kisah. Aku tak dengki. Aku ok je tengok gambar dorang holiday. Aku ok je bila dengar orang bercerita. Sebab aku tak idam nak pergi. Bila aku tak rasa nak pergi maka aku tak perlu tulis 30 sebab kenapa holiday overseas tu tak berfaedah.

Aku tak minat luxury henbeg. Ada tu ada. Beli juga tapi bukanlah gila-gila punya collector. Tapi aku tak pernah rasa tergugat bila orang lain habiskan duit untuk beli and kumpul henbeg. Sebab itu pilihan dorang.

Bila kau triggered dengan pilihan orang lain yang langsung tak bagi kesan kepada hidup kau, biasanya isu tu bukan lagi pada apa yang dia buat. Isunya ialah kau rasa semua orang patut hidup ikut standard yang kau pilih sebab kau tak dapat apa yang dia dapat!

Yang bagi izin tu suami dia. Yang jaga anak tu suami dia. Yang beli tiket tu kemungkinan besar duit dia sendiri. Jadi apa sebenarnya yang kau nak marahkan?

Aku rasa media sosial sekarang ni memang suka buat benda macam ni. Bila nampak orang lain happy dengan cara yang kita tak pilih, kita rasa ada keperluan nak buktikan kenapa cara dia salah dan cara kita lebih betul.

Not everything in life has to have one right answer. Selagi benda tu dibuat dengan tanggungjawab dan dipersetujui rumah tangga DORANG, biarlah. Not every bit of someone else’s happiness needs the internet’s approval.

Lagi satu apesal ramai rasa lepas kahwin, seorang perempuan (isteri) kena buang semua benda yang dia suka sebelum kahwin?

Tak boleh ada me time.
Tak boleh keluar tanpa anak.
Kalau keluar, kena rasa bersalah.

Sedangkan kita ni hari-hari bercakap pasal mental health. Burnout. Self-care. Work-life balance. Tapi bila ada suami bagi space kat isteri, orang luar pulak yang tak boleh move on.

Aku lagi pelik bila ada orang cakap, “Kalau sayang family takkan pergi konsert.”

Apakebendanya ni?

Kalau aku pergi fan screening Beyond 3 jam, automatik aku tak sayang laki and anak-anak aku ke? Sedangkan everyday rutin aku ofis-rumah, ofis-rumah. Entah-entah aku lagi banyak memasak dari bini kau.

Nasib baik En Wan bukan jenis sekat minat aku. Dari sebelum kawen dia tau aku gila cina. Dan dia tahu aktiviti ke-cina-an aku ni tak pernah mengganggu urusan kerja dan layanan aku pada dia and anak-anak.

Dia sebenarnya gini. Tak semua benda kau boleh share. Sebab kat luar ramai orang depress. Kat rumah tak happy. Kat tempat kerja pun tak happy. Jadi ramai suka masuk campur hidup orang lain.

Aku banyak je aktiviti huhahuha dengan En Wan and kawan-kawan. Banyak je video berjoget, karaoke, gelak terbahak-bahak. Cuma tak share. Yang aku share tu sikitttttt sangat. Even kat fan screening hari tu ada gambar and video yang lagi havoc. Tapi aku simpan sebab aku tahu yang menengok ni lagi ramai haters dari followers.

Kat Thread tu lagilah open book. Sesiapa je boleh komen. Yang kelakor tu, kebanyakan yang mengecam ni bukan marah pasal konsert. Dia cuma jumpa peluang nak hentam je. Sekarang kan semua benda nak dijadikan isu berdebat.

Provider.
Gender.
Suami.
Isteri.
Feminist.

Aku simple je. Kalau aku suka something sampai sanggup spend banyak pergi konsert atau fan screening, dengan keizinan suami, tanpa abaikan tanggungjawab, aku tak nampak apa yang perlu dipertikaikan. Tak semua orang perlu faham kenapa aku minat Beyond. Kenapa aku gila kat Leslie. Kenapa aku support Johnny. Kenapa aku spend duit subscribe c-drama platform banyak sangat. Kenapa aku lepak Weibo. Yang penting aku happy dan tak kacau kau.


2026-06-23

Masalah rumah tangga orang kau takleh komen lebih-lebih sebab ujung-ujung kau yang nampak jahat.

Siapa follow kisah viral akak kerja McD ni?

Masa kes ni viral, ada orang mintak aku buat post. Dia kata kalau aku tulis memang sebijik-sebijik aku bagi. Dia nak tengok pandangan aku.

Betul. Aku kalau bagi memang sebijik. Hahaha.
Tapi aku dalam kes ni aku tak nak bagi sebijik kat lakinya, tapi bininya!

Aku tengok video dorang masa viral hari tu. Dari video pun dah tahu bukan sekali dua wife tu kena tengking. Dari cara anak tu menangis and takut-takut dengan bapaknya pun boleh tahu that’s not the first time bapak dia naik hantu.

Pastu berjujuk-jujuk netizen hencap si laki. Aku tak nampak netizen hencap bininya. 

Tup-tup keluar statement dari si wife, membacking suami. Hahahahaha.

Tu pasal aku cakap masalah rumah tangga orang kau takleh komen lebih-lebih sebab ujung-ujung kau yang nampak jahat. Dia sama dia elok je berbaik-baik lepas viral. Binawe.

Aku dah masak sangat dah. Zaman aku jadi Kak Sri Siantan kat blog, tempat orang mengadu hal rumahtangga dulu, berbuih aku nasihat orang yang mengadu hal suami. Eh ujung-ujung aku pulak nampak macam menghasut, dia sama dia berbaik balik. 

Dalam kebanyakan hal rumahtangga, perempuan yang dapat suami hauk memang always bertahan dengan marriage yang macam tu. Aku pun tak tahu kenapa. Maka, kau janganlah percaya post-post mengadu konon suaminya begitu begini. Takde maknanya dia bencikan suami. Ujung-ujung dia stay jugak. Pastu kau yang dikatakan meruntuhkan masjid. Kahkahkah.

Beria cerita laki dia malas kerja, panas baran, culas nafkah, curang, narsistik, manipulatif, takde tanggungjawab. Kita pulak jadi baran membaca. Tup-tup…”Saya maafkan dia sebab dia dah berjanji…” Hmmm pantatlah dua-dua.

Yang aku tak faham, buat apa kau mengadu, buat apa kau mengeluh kalau akhirnya tetap stay?

Kau dah canang satu dunia laki kau curang. Berepisod-episod kau punya merempan. Netizen pun dah terbakor. Cara bercerita tu macamkan benci sangat dah. Tak sampai seminggu rileks je dia kembali bersama. Siap dia katanya kita yang tak faham keadaan dia. Eh sia-sia kita bagi buah pikiran. Patutlah kejap-kejap laki kau buat hal balik, sebab kau pun takde pendirian. Eloklah tu sekufu. 

Manusia sangat kompleks makhluknya. Kadang dia sendiri tak tahu apa dia nak. Dia nak hidup happy and tenang. Dia tahu sumber keserabutan hidup dia adalah suami, tapi dia stay gak. 

Aku rasa sesiapa je yang ada masalah dalam relationship samada bercouple, bertunang atau berkahwin tahu apa yang patut dorang buat kalau betul-betul nak relationship yang healthy. Tadi aku baca sorang perempuan kata lagi 2 minggu nak kawen, dia putuskan tunang. Reasonnya, bakal suami terlepas cakap satu ayat yang dia takleh terima.

Ceritanya dorang tengah sembang-sembang pasal majlis yang nak berlansung tak lama lagi. Pastu si perempuan ni bagilah buah pikiran. Then si lelaki cakap “Rileks lah, you bukan contribute banyak pun yang nak bagi cadangan macam-macam”

Dia terus tersentap. That ayat hurts her so much. Dia kata alangkan belum kawen pun dah diperlekehkan bab contribution (money), seolah-olah kalau “aku bayar lebih, aku je boleh decide”. So dia dah nampak future lepas kawen nanti dia bakal takleh bersuara. Terus dia putuskan tunang and batalkan majlis.

Now that’s someone who truly knows what they want!

Tak kisahlah bercinta macam nak rak sekalipun, atau dah nak dekat sangat dengan tarikh kawen. Kalau dah rasa tak sedap hati, PLEASE JANGAN TERUSKAN.

Aku tahu decision ni berat. Selalunya kita akan fikir duit persiapan dah banyak habis, dah banyak masa and tenaga spent for this relationship, malas nak pikir dah. Better teeruskan je.

But darling, this is PERKAHWINAN. Komitmen ni sangat besar untuk diharungi sampai mati. Aku dulu kalau pikir pasal kesian, pikir masa dan tenaga, pikir “what if takde orang nak kat aku lepas ni?”, pikir “what if aku jumpa yang lebih teruk lepas ni?” — konfem aku teruskan je dengan si anu tu.

Aku ni orangnya jenis kuat bertahan. Dah endure macam-macam sejak kecil. Kalau setakat kena memendam sakit hati, telan rasa sedih, mengalah — ni semua aku dah immune. Sebab tu aku boleh bertahan dengan si anu walaupun 6 bulan pertama dah rasa tak selesa. I am glad dia pukul aku. I am glad dia tunjuk saiko dia. Sebab kalau aku tak kena hentak, mesti aku tak rasa perlu tinggalkan dia. 

Aku syak perempuan yang kena marah dek laki dia depan McD tu pun sama. Dah terbiasa dengan sikap suami suka marah-marah. Jadi bila suami tengking kat public, kita yang tengok ni terkejut sebab kita tak biasa dengan keadaan tu. Tapi dia siap boleh backing suami. Sebab? Sebab dia dah biasa bertahan.

That’s why aku suka dengan perempuan yang sanggup batalkan majlis kawen tadi. Dia tahu apa dia nak. Dia tak nak jadi slave dalam marriage. Sebelum apa-apa, baik blah.

Aku bila dah terkena dengan si anu, even dah bertunang dengan En Wan, aku masih mencari Mr Right lagi. Punyalah traumanya dengan si anu. Dia buatkan aku jadi terlampau berhati-hati.

Tapi logik kalau aku terlalu careful. Sebab bercinta depan mata, hari-hari jumpa pun, boleh kena tipu. Apetah lagi dengan En Wan yang tak sempat bercinta dan tak jumpa hari-hari. Lagilah aku kena berhati-hati, betul tak?

Dengan En Wan aku tak sempat bercinta normal macam orang lain. Pulak tu lepas bertunang, dia terus tak balik-balik Malaysia. So aku rasa aku perlu backup plan. Aku kena lebih berhati-hati. Manalah tau kalau yang ini pun hauk juga.

Aku bagi peluang diri kenal dengan orang lain. Tapi maybe dalam ramai-ramai tu En Wan juga better, so aku reject yang lain. Wahhhh gitu reject katanya!

Nak memilih pun takleh yang too perfect. Nak berlebih kurang pun biar yang kekurangannya kita boleh terima.

Antara yang aku kenal dulu, sorang lelaki asal Kuching, ex-UIA. Dia ada famili bisnes. Good looking. Muka dia ala-ala Danny X-Factor zaman muda. Bukanlah macam Danny X-Factor, tapi pesen muka gitulah, mix macam Pakistan-Arab. Tinggi. 

Aku malas dah nak cerita pasal ni. 
Aku nak cakap pasal memilih.

Masa tu aku dah bertunang, tapi still nak pilih yang paling sesuai untuk aku. Dari segi akademik, cara fikir, gaya, background family, rupa and common sense — tak banyak beza dengan En Wan. Dua-dua pun baik. Boleh je nak pilih mana-mana. Kahkahkah.

Bila dua-dua pun ok, maka pilihlah ikut apa yang baik untuk masa depan, walaupun sebenarnya kau takdelah sayang sangat. Aaaa gitu.

Sebab tu aku rasa bimbo-bimbo di luar sana adalah bijak. Dapat yang muatan lebih ala-ala maskot tayar Michelin pun takpe janji T20 pun takpe, baik untuk masa depan. Provided yang muatan lebih ni lelaki yang BAIK. 

Kau jangan nak jadi macam Sabariah bodo pilih Kassim Selamat. Padahal Dr Ismadi tu baik, hensem, kaya, pandai...apa kurang? Dia nak jugakkkk Kassim Selamat. Tak ke bodo menyusahkan diri?

Ini maksud aku tadi. 

Kalau ada 2 orang yang ok semua serbi, maka pilihlah yang baik untuk masa depan kau. Walaupun sebenarnya salah sorang tu kau idoklah sayang sangat. Macam Sabariah tu kan, dia sayang dua-dua tapi dia lebih sayang Kasim Selamat maybe 20% lebih. Dek kerana 20%, sanggup kau tido bawah kolong. Kalau aku, idok leeee. 

Masa aku final year stress dengan lab project, terperap 15 jam dalam lab DNA tak dapat-dapat, aku decided nak quit. Stress sangat masa tu. Stress sebab berbulan-bulan aku nak proofkan backteria tu ada X-factor yang buatkan dia bertahan dalam racun. Badan aku kalau lalu sebelah dah macam racun rumput! Punyalah berbulan mengkaji benda yang sama. 

Aku call En Wan nangis-nangis bagitau nak quit belajar. Masa tu dah bertunang. Aku mintak dia bawak aku ikut dia duduk Jepun. Aku nak kawen and duduk sana. 

Aku expect dia pujuk “Ok..okk. Saya book tiket awak datang sini”.

Tapi tak, gais.

“Kalau awak quit, tak rasa rugi ke belajar bertahun-tahun? Awak bukannya bodoh. Bukannya fail. Tak dapat lab result je. Awak cuma penat. Pergi mandi pastu tido. Esok pegi outing takyah masuk lab, takyah masuk kelas. Rehat. Dah ok baru masuk lab buat balik”

Gitu je dia hembus aku.

Maybe aku suka someone yang mencabar aku so that I can become better kot. 

Budak UIA tu very nice, sumpah nice tak tipu. Aku rasa kalau aku call dia, silap-silap dia kata "Takpe, saya book flight sekarang ambik awak!" Kahkahkah.

Jadi aku pun teruskanlah menunggu En Wan yang tak balik-balik Malaysia tu. Hmmm..
Dalam kes aku dengan budak UIA tu, pepatah “Awak terlalu baik untuk saya” adalah benar 😆.

Ceritanya, kalau someone buatkan kita kurang selesa, tak kiralah terlalu jahat atau terlalu baik, asalkan menyebabkan kita rasa kurang selesa, tinggalkan je lah. Baik boifren, tunang, suami, kawan, family. 

Sometimes bila dapat pasangan yang terlampau perfect, yang memanjakan, yang semua benda dia nak buatkan — boleh menjahanamkan diri kita juga. Bukan dia tak ok. Kita ni yang tak ok jadinya. 

Aku jenis yang makin dimanjakan, makin dipuji, makin diberikan segalanya, akan buat aku lembab.  Tapi janganlah sampai kau dapat pasangan yang bagi mental and emotional torture sepanjang masa. Jangan ingat relationship yang toksik tu kes pukul and dera je.

Kalau hari ni gaduh.
Esok menangis minta maaf.
Lusa berubah jadi too caring.
Seminggu baik, pastu gaduh balik.
Ghosting. 
Pastu baik semula...

The cycle berputar kat benda yang sama.

Bila dah biasa diselang-selikan dengan gaduh-baik-gaduh-baik, otak akan bagi respond saling tak tumpah macam orang ketagih dadah. Tak gaduh rasa tak lengkap. Tu pasal mangsa selalu cakap “Sebenarnya dia baik, kadang-kadang je dia berubah”

Kita orang luar tengok dia kena marah, kena tengking-tengking, jadi kesian sebab kita as orang luar cuma nampak bahagian buruk. Dia yang dalam marriage tu still ingat memori-memori yang sweet. That’s why dia bertahan.

Lagi satu, ramai perempuan di-brainwash-kan dengan kepercayaan isteri yang baik ialah isteri yang sabar. Diajar apa-apa pun kena taat, kena sabar. Mengadu hanya pada Allah, jangan pada manusia. Jangan bercerita nanti aib suami tersebar. Ujung-ujung keluar modal syurga di bawah reda suami.

Ya, betul. Taat, hormat, sabar. Semua betul. Tapi tengoklah konteks. Tak se-simple tu lah nak dapat syurga!

Tapi tu lah, dah dia yang nak bertahan dengan suami panas baran nak buat macamana, kan. Selagi dia tak mengadu atau mengeluh kat media sosial, kita peratikan saja drama dia. Aku kalau jenis yang tak mengeluh ni, ok lagi. Dia bertahan dalam diam. Bersabar dalam diam. 

Tapi yang jenis tak mampu bertahan, hari-hari mengeluh and bercerita buruk pasal suami, tapi kau masih lagi stay menggentel pelir yang sama, hat ni yang aku rasa nak .... eiiiiiii malas cakap.


2026-06-15

Aku TAK ENCOURAGE korang duduk sebumbung dengan parents sendiri atau mertua.


Aku ni bercerita pasal aku duduk dengan mertua BUKAN nak encourage sesiapa. 

Ramai pulak yang mintak tips macamana nak sabar duduk dengan mertua.

Dengar sini aku cakap.

Aku TAK ENCOURAGE korang duduk sebumbung dengan parents sendiri atau mertua. Kalau boleh elak, elak. Kalau boleh duduk asing, duduk asing. Kalau ada ruang untuk hire maid letak di kampung jaga mak, hirelah maid. Kalau perlu bawak mak tinggal sekali, usahakan hire maid yang boleh menjaga orang tua atau menjadi helper kau menguruskan hal-hal lain di rumah sementara kau uruskan mak.

Aku bercerita pasal duduk dengan mak mertua 15 tahun bukan nak share tips atau apa-apa. Aku cuma ceritakan pengalaman saja. Let alone nak encourage. 

Mok duduk dengan kitorang since Rayyan kecil. Masa tu kitorang ADA BIBIK. Aku tak letak anak aku kat mak buta-buta gitu. Aku hire bibik untuk jaga anak. Role mok cuma main and tido dengan cucu saja. Menguruskan baby — baik Rayyan mahupun Redza — adalah role bibik. Bibik yang mandikan, bagi makan, main, masakkan.

That's why aku less stress sebab aku ada helper. Dia tolong settlekan urusan di rumah. At the same time, aku tak perlu risau siapa jaga anak di rumah sebab mok ada sekali. Some people, dia burnout dan tertekan bila duduk dengan mertua bukan sebab mertua membebankan, tetapi dia yang rasa terbeban untuk buat semua benda. 

Aku faham, bila duduk dengan mertua, takkanlah kita balik kerja nak terlentang atas katil. Mesti nak kena masak-masak, mengemas apa semua. Karang mertua cakap apa pulak. Padahal suami kita tak kisah pun. Kalau penat, tapau. Tapi takkan nak tapau everyday, karang mertua cakap apa pulak. Tu yang rasa terbeban tu.

Aku ambil bibik sebab inilah. Walaupun ada mok, tetap pakai bibik. So that takde sebab untuk aku balik kerja nak menyapu, membasuh. Sebab semua bibik dah buat. Kalau aku nak terlentang ke, mengangkang ke, takde siapa boleh question. Because rumah dah terurus. Nak apa lagi?

Sejak Rayyan Darjah 1 barulah kitorang takde bibik. Kitorang tak ambil lagi bibik sebab mok yang tak kasi. Dia kata tak perlu sebab anak-anak dah besar. Masa Rayyan Darjah 1, Redza dah di Langkawi. Dah takde siapa kat rumah melainkan Rayyan saja. Memandangkan mok tak nak bibik, kitorang pun tak ambik dah.

Tapi, aku tetap hire weekly bibik untuk kemas-kemas rumah. Mok tak pernah mengelap-ngelap, mengemop, membasuh bilik air segala kat rumah aku. Memasak pun aku. Basically role mok memang nenek yang memanjakan cucu saja. Melainkan dia yang nak buat. Kadang-kadang dia sapu laman. Yang simple-simple. Rumah aku takde apa nak dikemaskan sangat. Tu pasal dulu masa mok tinggal sekali, habis semua baju tido aku digosoknya sebab takde kerja lain nak buat.

Last year bila mok dah start tak sihat barulah anak-anak pakat hire bibik. Actually sebelum mok pindah kampung lagi En Wan dah ada plan nak ambil bibik untuk jaga mok. En Wan tak nak aku terkejar-kejar balik kerja nak kena masak untuk mok. Lagipun tu mak dia. Dialah kena jaga patutnya. Ini dia yang kata eh, bukan aku kata.

Tapi, mok bila dengar kitorang nak carikan bibik, terus dia gagahkan diri. Berjalan laju-laju, buat kerja itu ini. Dia nak tunjuk yang dia sihat. Tak perlu bibik.

Mok pernah jatuh dari kerusi. Tulang kat pinggang patah. Masa follow up dengan doktor, doktor suruh dia berjalan saja nak tengok ok ke tak. En Wan kata mok bangun tegak and terus jalan laju-laju. Doktor terkejut sampai cakap “Makcik, pelan-pelan jangan laju”.

Punyalah nak buktikan dah sihat sebab tak nak kitorang ambil bibik. Ni kalau orang lain tengok mesti kata “Sampainya hati, mak dia patah pinggang masih suruh angkat baju kat ampaian”. Padahal orang tak tahu mok sendiri yang nak buat sebab nak buktikan dia sihat supaya anak tak letak bibik dalam rumah.

Tu yang aku kata, orang tua ni semua ada perangainya. Yang jaga orang tua je tahu. Tu pasal kalau Ibal mengadu pasal Mak Aji, aku percaya je. Sebab faham sangat perangai orang tua macamana. Kau kalau tak duduk serumah dengan orang tua, kau janganlah percaya dengan apa yang kau nampak sekali-sekala tu. Tu semua lakonan dia je.

Aku bersyukur En Wan walau kerja dia nak buat aku mendidih je everyday, tapi ada common sense. Dia tahu dia bawak mak duduk bersama, dia takkan bagi aku stress. Kalau ada sikit-sikit aku mengadu pasal mok, dia cepat-cepat settlekan.

Semalam, balik dari Melaka dah lewat petang. Aku pulak first day period. Aku cakap “Bang, tak laratlah nak masak. Kita beli satey nak tak?”

Ok beli.

Memang betul pun oi. Semalam pukul 9 malam aku dah ada atas katil. Rayyan habis tusyen pukul 10 malam masuk bilik aku nak letak buku, bilik aku dah gelap dia kata. 

Ya, mak kau penat and sakit perut, dik.

Aku tak tahu apa jadi kat bawah, anak makan ke tak, mok makan ke tak. Pandai-pandai korang cari sendiri makanan sebab satey aku dah beli.

Tadi aku turun bawah pukul 5.15am nak buat breakfast Rayyan, tengok dapur semua clear. Kemas. Licin. Dan wangi. Tong sampah clear. Ok bagus. Malam ni aku boleh tido awal lagi 🤣.

Kalau korang ada perasaan TERPAKSA menjaga mertua di rumah sendiri, bincanglah dengan suami. Korang tu suami isteri. Apa pun masalah, bincang antara korang. Jangan pendam-pendam sakit hati pastu mintak tips dari stranger. Pastu masalah tak settle-settle.

Please adress masalah pada orang yang betul. Kalau mertua sakit, mintak husband sediakan maid/nurse untuk uruskan parents dia. Kau as menantu takde keperluan menguruskan mertua, ya. Melainkan kau willing nak buat. Kalau tak willing, JANGAN BUAT.

Apa saja benda yang kita tak suka buat, JANGAN BUAT.

Kau tak suka kerja kau sekarang? Resign. Cari kerja lain.

Kau tak suka circle kau sekarang? Move! Cari circle lain.

Kau tak suka barang-barang dalam rumah kau? Buang!

Kau tak suka kawan kau? Buang! Block dia kat media sosial.

Apa je yang semakkan mental and emosi, BUANG! Jangan simpan.

Life is short. Jangan tolerate dengan benda yang kau tak boleh tolerate. Kalau boleh, takpe. Kalau buat-buat bertahan tapi sebenarnya tak happy, buat apa?

Kalau tak nak mertua duduk sekali, bagitau husband. Kalau keadaan memang tak boleh elak, macamana pun mertua kena duduk bersama juga, then carilah helper untuk ringankan tugas korang. At least kalau ada helper, kau tak perlu mengadap mertua 24/7. Biar helper buat kerja dia and helper boleh layan mertua bersembang. Kurang sikit kau punya stress.

Aku faham some just tak suka ada “orang luar” dalam rumah. Takde privacy. Nak pulak mertua jenis cerewet semua benda dia nak komplen. Hat ni pleaselah bincang dengan husband.

Aku pesan kat Redza and Rayyan, korang lepas kawen keluar dari rumah ni. Aku tak nak anak menantu aku tinggal sekali. Sebab mertua perempuan kalau duduk serumah dengan menantu, hujung-hujung jadi tak sebulu. Kalau menantu lelaki lain. Mertua perempuan tak kisah menantu lelaki duduk sekali. Tapi kalau menantu perempuan, lambat-laun akan ada kes. Jadi sebelum jadi kes, kau bawak bini kau keluar.

Anak lelaki, bagi aku kena keluar duduk asing. Tak kisahlah duduk rumah sendiri atau duduk rumah mertua. Tapi jangan rumah mak kau sendiri. Menantu lelaki duduk rumah mertua selalunya takde hal. Mertua lagi suka sebab anak perempuannya duduk bersekali. Tapi anak lelaki JANGAN DUDUK RUMAH MAK BAPAKNYA. Jadi hal nanti.

Aku pesan dah kat anak-anak aku. Korang dah kawen sok, OUT! Sesekali balik, boleh. Nama nak duduk sekali, NO. Aku nak relationship dengan menantu-menantu baik dan harmoni. Aku tak nak nampak apa yang aku tak suka nampak. Biar mental aku tenang. Aku nak esok aku boleh me time dengan menantu-menantu.

“Jom esok breakfast dengan mama kat Kenny Hills. Pastu kita tengok movie”

Aaaa gitu. This is the kind of relationship aku nak dengan menantu. But this kind of relationship takkan jadi kalau kau duduk sebumbung. Sebab bila hari-hari jumpa, akan bau taik. Bukan bau bunga.

Kalau terpaksa tinggal di rumah mertua, hire-lah bibik. At least bibik tu boleh basuhkan kain baju kau, jaga anak kau, masak untuk kau. Kalau hujung minggu nak bangun lewat pun takde masalah sebab bibik dah buatkan semua. Takdelah menyirap orang tua tu. Bila dia dah menyirap, mulalah nak naik darah. Mintak laki hire bibik. Dah dia yang nak stay kat rumah parents dia, at least keluarlah duit hire bibik.

Kita ni janganlah bendul sangat kata “Tapi mertua saya tak kisah, dia suka jaga cucu”

Hello? Dia bukan suka jaga. Dia takde pilihan sebab mengenangkan itu anak-anak kepada anak lelaki dia. Esok laki kau mati, takde makna dia nak jaga anak kau for free. Percayalah cakap aku. Melainkan kau bagi duit kat jagakan anak. 

Jangan anggap “Alahhh jaga cucu pun nak upah ke?”

Jaga anak kecil ni PENAT, ya! Walaupun orang tua kita boleh jagakan tapi sebenarnya kerja tu PENAT. Hulurlah duit biar ada budi bahasa.

Tu pasal walau mok duduk sekali, aku tetap pakai bibik (weekly bibik). Mok takyah buat apa-apa. Dia just melayan cucu saja. Masak, aku buat. Kalau berjalan, kitorang bawak sekali.

Semalam balik dari Melaka mok and bibik tengah bersantai kat laman, bibik kat kerusi, mok kat buai. Sembang-sembang sambil makan keropok. Bibik kata mok kat kampung, depan laman pun tak nak keluar. Kat sini mok boleh duduk lepak-lepak kat laman sambil makan-makan.

Aku rasa mok happier walaupun bukan duduk rumah sendiri kat kampung. Sebab now dia duduk serumah dengan cucu-cucu yang dia jaga dari kecil and anak lelaki kesayangan dia. Bibik pun ada sekali melayan sembang. Jadi, dia tak sunyi.

Aku cakap kat En Wan, mok ni kalau ikut logik hukum manusia, dia patut jadi orang yang takutkan umur panjang. Sebab dia tak kerja. Takde income. Suami meninggal awal. Adik-beradik semua dah meninggal. Kalau ikut logik, dia patut risau dengan kehidupan di hari tua.

Tapi at age 90 lebih, dia ada anak yang willing duduk serumah. Anak tak jadikan dia orang gaji menjaga cucu dan kemas rumah. Anak hire bibik untuk uruskan dia. Cucu-cucu membesar depan mata. Takde kencing manis, takde sakit jantung, takde darah tinggi. Semoga hari tua aku beruntung macam mok.

2026-06-08

Makin lama kau bertahan kat something yang kau tak suka, the more it costs you.


Post aku semalam pasal agen tu, ada yang kata aku garang dengan En Wan sampai ugut nak calarkan kereta. Hahaha.

Bukan garang, dik. Cuma tak nak semakkan otak dengan benda-benda yang tak perlu.

Aku memang macam ni dari dulu. Benda kalau buat semak, aku buang. Siapa follow aku dari dulu mesti tahu aku rajin buang barang. Baju, shawl, barang-barang rumah, etc. Apa yang buat semak kepala, aku buang. This applies to all. 

Manusia, kalau semakkan hidup aku, punnnnn aku buang. Takyah bising-bising, just angkat kaki, jalan. Tu pasal aku bagi kata dua dengan En Wan jangan ambil prospek yang serabutkan kepala. Sebab I observe people. I can tell right away jenis orang yang berserabut macam tu, eventually they will drag you into it. Nanti kau pun jadi serabut. Lepas tu menyusahkan aku. Ah, tak payah.

Dalam konteks yang berbeza, kenapa kita kena endure pain dengan something yang kita tak suka? Benda yang terang-terang akan menyusahkan hidup kau, kau masih nak teruskan. Why?

Kalau aku, the moment aku dah rasa hawa-hawa tak best, aku tinggalkan. Especially in sales, kalau awal-awal dah nampak customer tu difficlut customer, aku brake. Aku takkan teruskan. Tak dapat sales dari dia adalah lebih baik dari aku dapat sales dari dia tapi mental and emotional health aku kacau. Not every sale is worth it. Some customers don't just buy. They consume your time, your energy, your patience. Baik aku lepaskan je. Aman hidup.

Benda yang kita tak suka, jangan bertahan.
 
Benda yang buatkan everyday kau question why why why, jangan teruskan, especially yang melibatkan manusia.

Takde pilihan?

No, kita sentiasa ada pilihan. Cuma kadang-kadang kita tak suka pilihan yang ada. Itu je.

Ramai je yang kata dia bertahan, dia teruskan sebab takde pilihan. Selidik punya selidik, rupanya bukan takde pilihan. Tapi pilihan yang ada semuanya susah.

Nak berhenti kerja?
Boleh. Tapi takut tak jumpa kerja lain.

Nak start bisnes?
Boleh. Tapi takut rugi. Nak smooth running.

Nak sambung belajar?
Boleh. Tapi takut susah. Takut penat. Takut takleh carry stress.

Nampak tak? Masalahnya bukan takde pilihan. Tapi every pilihan comes with price. Most people prefer the pain they know over the uncertainty they don't. Sebab manusia suka something yang familiar. Walaupun benda tu menyakitkan. Rasa sakit yang dah biasa feels safer than the risk they don't. Tu pasal ada orang bertahan dalam kerja yang dia benci, for 20 tahun lamanya.

Everyday bangun pagi rasa malas nak pergi kerja. Every Ahad malam mula pikir apa alasan nak buat untuk tak datang ofis. Mulalah rasa tekak sakit, pening kepala, padahal sakit tu tak wujud tapi dimintak-mintak keluar supaya ada reason nak MC. Every time dapat gaji, happy 2-3 hari. Lepas tu repeat cycle yang sama. It’s not that they are unable to walk away. They are scared of what comes next.

Tapi yang aku takleh terima, isteri yang bertahan terus dengan suami yang menyakitkan hati. Sebab?

Tapi takut hidup alone. Takut kalau tinggalkan yang ini, nanti dapat yang lebih buruk.

Dah tu? Sanggup bertahan dengan yang ini walaupun menyakitkan hati semata-mata takut nanti dapat yang lebih teruk? Deyy! Yang sekarang ni MENYAKITKAN HATI. Itu keywordnya. Dah kenapa nak bertahan?

Bertahan dalam marriage yang dah takde rasa. Just surviving the marriage. Tak bahagia. Takde rasa cinta. Takde rasa hormat dah. Tapi still bertahan. Sebab takut apa orang kata. Takut menyesal. Takut tak jumpa orang lain. Jadi dia pilih untuk terus stay walaupun menyakitkan.

The thing is, makin lama kau bertahan kat something yang kau tak suka, the more it costs you. Tu pasal aku tak suka simpan something yang serabutkan kepala. Nak-nak lagi manusia. Aku lagi rela bergerak alone dari berramai-ramai, kalau ramai tu menyusahkan hidup. Kalau aku dah menyampah, aku withdraw. Takde explain panjang-panjang. Selalunya buat senyap and never look back. Biarlah kat luar bersampuk-haruk nak assume apa pun, gasak kau.

My mental health is very expensive. Protecting my mental health is not optional. It is a priority. Selagi aku boleh bertahan, aku takkan merungut. Tapi kalau aku tak tahan, aku tembak one shot pastu aku anggap kau dah tak wujud.

Aku ni orangnya mesra tau. Cepat mesra dengan orang yang baru kenal. Walaupun first time jumpa, aku can bersembang. Takde hal. Tapi kalau aku pernah rapat dengan kau, pernah baik, and one day aku withdraw diri dari kau, kau takyah nak play victim. Kau sebenarnya tahu apa kau dah buat.

Ramai orang nak bertahan, tapi memekak hari-hari. Mengeluh 24 jam. What's the point bertahan?

Aku kalau tak suka, aku direct bagitahu. Tanyalah En Wan. Dia sangat takut kalau aku tak puas hati dengan keluarga dia. Sebab dia tahu aku akan terus tembak. Dengan family aku pun kalau aku tak suka, aku sembur je, lagikan family orang. Tak payah nak berdramalah nak pendam, nak simpan dalam hati, nak berkorban. Hakikatnya kau terseksa. Eh apeni??

Kadang aku tengok kat Thread bini buat luahan pasal suami, aku kadang terpikir korang ni duduk serumah, tido bertindih sekatil, maknanya korang rapat. Apa yang payahnya nak berbincang? Apa yang susahnya nak sembur laki kau? Takut derhaka? Takut dosa? Abis yang kau meluah kat Thread tu apa bezanya? Baik kau sembur laki kau depan-depan, kurang-kurang mesej tu sampai.

Aku dengan En Wan kalau ada benda tak puas hati -- perang. Habis-habisan. Masa tu keluar kau-aku terus. Takde Di-Abang-Di-Abang. Aku terajang TV pun pernah. Nak terajang dia takut api melaka, jadi aku terajang TV. Settle bergaduh, tido. Tapi rules kitorang, walaupun rumah ni ada 6 bilik, macamana bergaduh pun, kena tido dalam bilik yang sama. Katil yang sama. Biarlah letak penghadang kat tengah pun, janji tido bersama.

Habis kuat pun 3 hari, lepas tu baik balik. Sebab kita meluah marah dan tak puas hati pada sumbernya. Mesej tu sampai. Ni kau meluah merentan kat media sosial, takkan settle punya. Kita ni kalau ada masalah, selagi boleh nak cari penyelesaian. Kau meluah kat media sosial tu nak cari penyelesaian ke nak cari attention and validation? 

Orang yang gunakan medial sosial untuk merentan masalah rumahtangga, dia sebenarnya tak nak apa-apa berubah. Dia nak stay dengan relationship yang sama. Because kalau dia nak things change, dia akan cari jalan keluar dengan senyap.

Ada orang tak bahagia dengan marriage, tapi dia tak bising kerana dia yang mahu bertahan. Dia hadapi dengan senyap, tenang and buat apa yang the best. Tapi ada orang lain, memekak bagai nak rak kat media sosial konon laki dia begitu begini, tapi masih dalam marriage tu jugak. Takde buat apa-apa untuk keluar dari relationship tu melainkan memekak. Ujung-ujung "Kami dah berdamai, saya bagi dia peluang sekali lagi". PANTAT.


2026-05-31

Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki

Hari tu nampak orang buat statement “Lelaki jangan jadi miskin kerana dunia jahat dengan lelaki”

Tak. 

Salah.

Semua orang jangan miskin. Tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira latar belakang, rupa, pendidikan. Kalau ada pilihan, janganlah pilih untuk hidup miskin.

Kasar bunyinya? Memang pun.

Miskin ni bukan sekadar takde duit. Dia datang sekali dengan limitations banyak benda. Bila miskin, kau tak boleh memilih, freedom kau limited, suara pun tak didengari. Banyak benda yang orang lain boleh ambil mudah tapi kau kena fikir berkali-kali. Nak makan apa, nak pergi mana, nak sakit pun kena fikir dulu mampu ke tak.

Masa kecil dulu, dapat pergi Langkawi. Jalan-jalan kat kedai, arwah nenek cakap "Pilihlah satu T Shirt". 

T Shirt Langkawi yang jual-jual tepi jalan tu. Yang warna putih with printed gambar kat depan. Basically T Shirt bodo la orang kata. 

Itu punnnnn aku ambik masa nak pilih. Sebab benda jarang dapat. Takde duit nak beli selalu. Jadi bila ada peluang, kena fikir boleh pakai ke mana aje kalau beli ni, boleh tahan lama ke tak, berapa kali boleh pakai in a week. Kalau boleh biar dapat maksimumkan pemakaian, janganlah setakat boleh pakai 3-4 kali je. Selalunya baju-baju aku warna putih je lah, sebab boleh pakai ke aktiviti sekolah dan boleh match dengan seluar apa-apa warna.

Dulu kalau beli baju kurung raya pun macam tu. Biar baju tu boleh dipakai berkali-kali, boleh pakai sesuai ke mana-mana majlis. Walaupun minat juga baju kurung moden, aku always ended up pilih baju kurung pesak biasa. Senang boleh masuk ke mana-mana majlis.

Itulah impak dari miskin. Benda simple pun jadi complicated.

En Wan ada satu sweater warna green neon. Masa dia beli tu aku cakap "Neon green? Berapa kali je boleh pakai ni?"

Bagi aku, baju jangan pilih yang terang-terang sangat sebab tak sesuai nak bawak ke semua tempat. Better beli warna-warna selamat.

Pastu En Wan jawab "Kenapa nak kena pakai banyak kali?"

Menung kejap aku digest statement dia. 

Lain betul mindset orang yang dari kecil dah berduit. Dorang tak perlu pikir nak memaksimumkan usage of baju. Pakai sekali dua jadiklah, gitu. Sedangkan baju-baju aku ada yang dibeli 10 tahun lepas, 15 tahun lepas. Masih aku pakai sampai sekarang. Begitu selamatnya warna-warna yang aku pilih. Merentasi zaman!

Tapi ada betulnya juga dengan statement "Lelaki jangan miskin". Sebab lelaki dari dulu dah diexpect untuk jadi provider, kena kuat, kena cekal, kena handal. Kalau tak, kau dilabel "lelaki tak guna”, “tak mampu jaga family”, "tak provider". That pressure is real.

Tapi, perempuan pun tak kurang struggle-nya. Perempuan maybe tak dibebankan dengan expectation yang sama, but they face a different set of challenges. Kena fight untuk dapat same treatment, kena buktikan kemampuan dua kali ganda, kena balance antara kerja + keluarga + expectation sosial yang tak masuk akal. 

And what happen kalau perempuan miskin? Double struggle. Orang tak pandang kau. Apetah lagi lelaki. Dorang pandang sebelah mata je kat kau.

Toksah beria la kata lelaki tak pandang rupa, yang penting hati. Pantek kaulah. Kalau takde rupa, mana mau kau datang dekat nak kenal-kenal hati dia? Takde pun. Jadi, perempuan tak perlu cantik semulajadi. Kau ada duit, otomatik boleh jadi cantik bergaya.

Sebab tu aku kata, jangan miskin. Bukan sebab materialistik, tapi sebab duit is a tool to survive. A tool to make choices. A tool to get out of stressful situations. And a tool to say NO when you need to.

Orang selalu kata "hidup sederhana itu lebih baik”

Ya, betul. Tapi jangan salah faham. Yang sederhana tu GAYA HIDUP saja, bukannya takpe kalau miskin. Salah dah pemahaman tu.

Cuba tanya orang yang tak cukup makan, yang kena kira setiap sen sebelum beli barang dapur, yang kena simpan rasa sakit sebab tak mampu jumpa doktor. Tanya dorang indah ke hidup dorang?

Aku bukan cakap semua orang yang miskin tu malas. Ramai je yang kerja keras gila-gila tapi masih struggle. Because systems, opportunities, and background all play a role. Tapi dalam apa pun keadaan, kalau ada peluang untuk keluar dari kemiskinan, kau kena fight. Jangan pasrah berserah, especially kalau kau lelaki. Sebab tanggungjawab kau tak kecik, ya. Hidup kau bukan takat survive hari ke hari, but also about improving your life and those who are counting on you. Kalau kau stop trying, kau dah musnahkan masa depan orang lain yang bergantung kat kau.

Kebanyakan lelaki kalau cakap pasal "Lelaki tak boleh miskin, dunia jahat pada lelaki miskin", benaunya dia nak tuju ke perempuan yang tinggalkan dia.

Hello? Takde maknanya perempuan yang dah hidup bersama dengan kau boleh tinggalkan kau bila kau miskin. Perempuan tu tinggalkan kau bukan sebab kau jatuh miskin, tapi sebab kau PEMALAS!

Perempuan tu penat bila tak nampak effort kau. Perempuan tak bodoh, ya. Dia takkan tinggalkan kau bodo-bodo gitu kalau takde sebab. Some lelaki bila dia tengok pasangan boleh cari duit, willing to share, dia rasa macam that perempuan selesa dengan cara tu selama-lamanya. Jadi si lelaki pun relax, kerja santai-santai, takde rasa nak pikul tanggungjawab. Until, perempuan tu bersuara dan tinggalkan dia, mulalah dia kata "Perempuan bila dah ada duit, berlagak".

Aku rasa ramai lelaki tak faham situasi ni. 

Perempuan kalau dah sayang, semuanya dia bagi. Sangat tak logik kalau kata perempuan berubah bila ada duit. Sebab perempuan bila takde duit pun dia akan bagi segalanya. 

Perempuan bukan berubah bila dah ada duit. Dia berubah bila dia sedar bukan dia yang patutnya pikul beban yang sepatutnya dipikul bersama. Dia 50-50 dengan kau pun dia ok. Yang jadi tak ok tu, bila dahlah dia contribute expenses 50-50 dengan kau, masak pun dia, urus anak pun dia, urus rumah pun dia. Time ni lah perempuan start naik hantu. Bila naik hantu memang semualah dia ungkit.

Ramai lelaki ingat perempuan kalau sudi berkongsi, sudi terima lelaki tu seadanya, bermakna sampai bila-bila perempuan tu akan bertahan walau apa pun berlaku.

Tak.

Many women stick around because they are holding on to hope. Hope that the husband will finally step up, pull their weight, and take responsibility. Tapi bila kau rileks santai goyang telur, jangan salahkan dialah kalau dia nak lari. 

Bila dia lari, jangan salahkan duit. She didn't leave because kau takde duit. She left because she got tired of waiting for someone who was comfortable letting her carry everything on her own!

Sebab itu jangan miskin. Bila kau ada duit, banyak benda berubah. Kau ada pilihan. Kau boleh pilih kerja yang kau nak, bukan sekadar kerja yang kau terpaksa ambik. Kau boleh pilih untuk keluar dari environment yang toksik. Kau boleh pilih untuk jaga diri kau. Kau boleh pilih untuk bagi kehidupan yang lebih baik pada orang yang kau sayang. 

Kalau takde duit, banyak pilihan tu hilang, termasuklah hilang bini.


2026-04-29

Berpisah memang tak mudah but at least it’s a step forward.


Aku tak akan berhenti bercakap pasal ni, ya. Dari zaman aku start berblogging 20 tahun lepas, aku sentiasa bercakap pasal ni. Pasal masalah perempuan stuck dengan boifren yang hauk.

Honestly, everytime baca confession macam ni, letih! Sebab cerita like this bukannya baru sekali dua. BANYAK KALI! Pattern sama je berulang-ulang. Lelaki dah tunjuk perangai hauk dari awal, kena maki hari-hari, always bawak masalah, tapi kau masih bertolak-ansur. Dia cari salah, effort tarak, TAPI kau masih lagi bertahan sebab "Aku sayang dia”

Tak, dik. Tak. Kau sebenarnya dah tak sayang dia. Kau sebenarnya dah ATTACH, bukan sayang.

Kau dah terbiasa ada dia. Kau mikir yang kau dah labur banyak masa, emosi, energy, duit, sampai kau confuse antara sayang dengan kebiasaan. That's why walaupun dia buat hal berkali-kali, kau tetap stay. Sebab otak kau dah wired dengan kebiasaan tu. Kau dah blend dengan sikap dia yang baran yang suka membabikan kau. Kau rasa that's only his character. Hakikatnya "Dia baik". 

Tengkorak kau. 

Eh dengar sini aku cakap. Itu bukan karakter dia. Itu PILIHAN dia. Baran, maki, itu bukan personality trait yang kita kena terima seadanya, ya. Itu behaviour yang dia pilih. Tahu sebab apa dia pilih kekal dengan behavior tu?

Sebab selama ni kau allow.

Setiap kali korang berbaik semula, kau maafkan. Kau yang reinforce benda tu. Kau ajar dia untuk rasa “Tak kisah macamana pun aku buat, dia always ada. Dia takkan tinggal aku”. So buat apa dia nak berubah dia kata. Takde sebab nak berubah. Sebab kau takkan lari. Habis kuat pun kau menangis, pastu kau menempel balik kat dia.

Kau bukan tak nampak salah dia. Kau nampak. Cuma kau berharap dia akan berubah. Dan kau pun sebenarnya takut nak lepaskan. Takut nak start balik. Takut what if kalau tinggalkan dia akan jumpa yang lagi teruk dari ni?

Dulu aku dalam the exact situation. Malas nak break sebab nanti kena start again dengan orang lain. Kena go thru the same process - kenal, dating, tulis surat, tunggu call, dating lagi, gaduh, baik, gaduh, baik. Tapi aku pikir balik, if aku stay dengan toksik relationship ni, kepala emosi perut aku semua jadi serabut. Tak tenang.

Masa tu terlintas juga what if kalau lepas ni dapat yang lagi teruk? Tapi bila aku pikir balik, baru bercouple kot. Baru bercuple. Apa yang payah sangat nak buat keputusan?

Kalau belum kawen pun dah serabut, tak sanggup aku nak stay for another 5-10 years. Maka aku cakap dengan diri sendiri takpelah. Yang future jangan pikir dulu. Yang sekarang ni aku kena settlekan. Apa-apa hal kena keluar dari relationship ni dulu. 

Tu pasal bila En Wan serah diri, aku tak tunggu dah. Padahal jumpa baru satu kali. Selebihnya bersembang dalam surat and chatting. Takpelah, dah dia je yang ada buat masa ni. Sebat dulu yang ni.

Ada gak terpikir, yang depan mata pun macam cilaka perangai, apetah lagi yang jauh di mata. Boleh ke aku percaya En Wan? Tapi tulah, keadaan terlalu serabut masa tu, aku takde masa nak pikir panjang. Tak kisahlah kalau orang kata keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Janji aku keluar dari kandang rimau ni dulu. Kalau esok katakanlah En Wan tu hauk, aku putuskan saja tunang. Apa susah. Gitulah aku berpikir dulu.

Dengarlah cakap aku, jangan tunggu orang berubah. Sebab orang takkan berubah hanya kerana kita tunggu. Dia berubah bila dia sendiri nak. Dan setakat ni, jelas boifren kau tak nak berubah. So kau yang kena MOVE!

Takyahlah cakap "masih sayang". Perasaan sayang tu bukan alasan yang valid untuk stay dalam relationship yang toksik. Tu cuma untuk justify kenapa kau tak berani keluar dari relationship je. Kau dah tak sayang sebenarnya, cuma kau stuck dengan memori lama masa tengah lovey-dovey dulu. Memori tu yang buatkan kau rasa kau masih sayang, padahal tak pun. Kau cuma sayang kat kenangan tu je.

Dahlah, jangan jadi bangang sangat. Belum kawen pun dah dibabi-babikan. Esok dah kawen, kaki dia atas badan kau. Masa tu lagi serabut nak berpisah. Pisah je lah sekarang sementara belum ada ikatan sah. Biarlah orang nak kata apa, biarlah dia nak memburukkan kau, biar. Selamatkan diri dulu.

Aku dulu pun apa je yang orang tak kata, yang dia tak kata. Orang luar memang akan berkata-kata especially bila kita yang meninggalkan. Orang akan tuduh kitalah yang jahat dan curang sebab kita meninggalkan dia. Pulak tu lepas je break, aku terus couple dengan En Wan. 

Aku couple tak senyap-senyap, ya. Memang sengaja aku bagi orang nampak. Sengaja aku main chat kat library. Bila ada orang singgah meja atau lalu belakang, aku tak cover monitor. Aku biar dorang nak baca. Yang tiba-tiba rajin menempal sebelah aku tu pun budak yang rajin chat juga. Dia nak spy la tu. Macamlah aku tak tahu. Memang aku sengaja nak tunjuk. Biar news tu tersebar.

Dalam bilik, aku letak gambar En Wan terang-terang dalam frame, atas meja study. Yang tak pernah-pernah nak bersembang dengan aku tertiba ketuk pintu bilik nak bersembang. Kau rasa? 

Aku tak bodoh, ya. Aku mark siapa yang sebenarnya spy si hamlau tu. Konon datang nak pinjam notes la apa la. Kau benaunya nak tengok siapa pakwe baru aku, kan? Aku bagiiii. Tengoklah puas-puas gambar tu pastu sebarkan cerita. Silakan.

Bila orang mula mengata aku tak kenang budi, lupa daratan, kejar lelaki kaya, perasan hot. Hahaha. SO?? Kau rasa aku jenis kisah orang nak cakap apa? Lambertttt lagi.

Masa tu aku pikir diri aku je. Dah malas dah aku nak sentimental pikir jasa baik dia, budi baik dia. Apa ingat aku tak pernah berbudi ke kat dia? Kalaupun kau sorang je yang berbudi, once kau buat taik, bye.

Aku tahu ramai perempuan yang stuck dengan lelaki gila sebab taknak dipandang serong. Taknak dicop jahat. Apa-apa pun biarlah aku yang ditinggalkan bukan aku yang meninggalkan. Gitu. Punyalah nak jaga reputasi wanita mithali. 

Eh sudah-sudahlah jadi bangang. Reputasi tu untuk siapa? Untuk orang luar yang tak tanggung hidup kau? Pastu kau yang kena hadap benda ni hari-hari? Sanggup nampak baik kat mata orang, tapi hidup kau hancur?

Orang akan tetap bercakap. Kau stay, orang cakap. Kau tinggalkan, orang tetap cakap. Lebih baik tinggalkan. Kalau kena kutuk pun at least berbaloi. Buat macam aku dulu. Pegi mampos siapa nak pandang slack, siapa nak kutuk, siapa nak keji. Janji aku bebas. Itu misinya. 

Masa tu ramai yang kata aku hancurkan masa depan si anu. Ye lah, sebab dia tunjuk dia punya teruknya "merana". Ada orang, bila "merana", tunjuk kat serata alam betapa merananya dia. Energy dia habis kat pikir camana nak berlakon merana yang real. Ada orang, bila merana dia diam-diam cari jalan keluar. Tau-tau je victory. Itu beza orang bijak dengan orang bangang. Faham?

Lagi satu, kau belum kawen, kejadah apa yang nak tolong masakkan makanan bagai? Ni la yang aku tulis hari tu, some people suka OVERDO. Benda yang tak patut buat, dia buat. Pastu mintak balasan. Mintak dikenang. Belum kahwin, tapi dah behave macam isteri sepenuh masa. Masak untuk dia. Prepare bahan. Nak bagi bekal. 

Halo?? Kau sedang melatih dia jadi raja. Tu pasal dia rasa dia boleh membabi-babikan kau, sebab kau tadah diri macam hamba.

Nak malu apa kalau tak jadi kawen?
Tahu tak apa lagi memalukan?

Kahwin, lepas tu hidup miserable. 
Everyday kena maki tapi depan orang try hard nak tunjuk sweet-sweet.

Ni bukan apa. Banyak sangat tengok cerita cina and korea yang romantik-romantik. Sebab dalam drama, lelaki bossy akan berubah bila cintakan perempuan. Pastu perempuan yang sabar akan menang akhirnya. Haktuihhhhh!

Itu drama, dik. Ini real life kau. Lelaki yang maki sebelum kahwin biasanya akan lagi selesa memaki lepas kahwin. Sebab now dia dah tahu kau takkan pergi. Dan perempuan yang overdo sebelum kahwin biasanya akan burnout lepas kahwin. Tak caya kau tengoklah.

Aku tak kata berpisah tu senang. Memang tak mudah. Tapi tu semua sementara. Yang tak sementara tu bila kau stay dalam relationship yang sama, hadap sakit yang sama, dengan pattern yang sama everyday sampai mampus. Itu pain takde ending, ya. 

Jangan ingat stay tu pilihan yang selamat. Sometimes itu pilihan yang paling memakan diri. Berpisah memang tak mudah but at least it’s a step forward.


2026-04-27

15 tahun MERAJAKAN suami. Last-last...?

Sedih ya, baca thread atas ni. 15 tahun MERAJAKAN suami. Last-last...?

Aku tahu topik ni sensitif. Ada yang percaya merajakan suami tu asas perkahwinan. Aku? To be honest, aku tak pernah percaya konsep merajakan suami. Sorry, nope.

Ini bukan tentang melawan suami. Cuma dari awal lagi, aku tak nampak perkahwinan macam kasta. Suami umpama raja. Isteri, orang suruhan. 

Aku nampak marriage as partnership, bukan hierarchy.

Dalam 25 tahun kahwin dengan En Wan, benda-benda macam makan kena berhidang, suami balik kerja kena hulur air, tunggu suami makan dulu baru boleh makan, sendukkan nasi, basuhkan pinggan — semua tu tak wujud dalam culture rumah aku. Sama-sama berkerja, jadi sama-sama ambil tanggungjawab di rumah sorang sikit. Tak payah nak mengangkang sangat, ya. Sama-sama put money on the table, sama-sama penat, maka sama-sama buat kerja di rumah.

Kalau aku tak bekerja pun, aku tetap takkan merajakan suami membuta-tuli. To me, money should not determine your worth or role in a marriage. Hanya kerana seorang perempuan tak bawak masuk duit, tak bermaksud dia kena merajakan suami. Kalau kita start to measure peranan dalam marriage purely berdasarkan siapa contribute duit, itu bukan perkahwinan.

Walaupun aku tak setuju the idea of merajakan suami, that doesn’t make me any less of a wife. Aku tahu ada orang akan kata, “Merajakan suami tanda hormatkan suami”

Look. Hormat datang dari cara kita treat each other everyday. Kalau isteri buat semua tu tapi dia sebenarnya penat, terpaksa, atau rasa macam berhutang pada suami, I think tu lebih kepada compliance, bukan hormat. Aku tak pernah nak hidup dalam marriage yang berasaskan compliance.

Daripada merajakan suami, aku lebih percaya pada konsep REDHA suami. Redha yang datang dari understanding dan mutual agreement. Redha suami yang lebih kepada "suami tahu apa aku buat, dia faham kenapa aku buat and dia ok dengan cara aku". 

Contohnya semalam. En Wan balik kerja lambat, aku dah lapar. Aku makan dulu. Bila dia balik, aku panaskan lauk pastu bagitahu yang aku dah makan. Dia kata "Ok, nanti abang ambik sendiri". Tak perlu hidang, tak perlu tunggu dia makan.

Nampak macam ...whatt?? Dahlah makan tak tunggu suami, pastu biar suami makan sendiri?

Itulah namanya REDHA, dik. Suami I approved.   

Kadang tu bila time makan, tanya "Bang, dah siap masak. Nak makan sekarang tak?"

"Ok abang datang"

Dia datang ke dapur, sementara aku cedok lauk, dia ambil 2 pinggan sendukkan nasi untuk aku and dia, letak atas meja.

Pastu dia ambil 2 mug, isi siap-siap air Coway, letak kat meja.

Check mangkuk lauk ada sudu ke tak. Kalau takde, dia ambil sudu dalam laci letak dalam mangkuk lauk.

Pastu sama-sama duduk, start makan. Tak pernah lagi dia mengarah "Mana sudu lauk ni? Mana nasi ni? Mana air?"

Kalau dia buat gitu, tengoklah meja makan tu aku terbalikkan.

Bunyinya macam biadap kat suami, kan? The thing is, kau jangan mulakan. Itu kuncinya. Sebab once kau normalize semua benda kena disuap, kena disediakan, kena dilayan, kau (isteri) sendiri yang create expectation tu. 

Expectation ni tak datang sekali dua. It builds up over time, day by day, through the small things. Hari ni kau hidangkan. Esok kau sendukkan. Lusa kau letak mangkuk basuh tangan. Pastu hari seterusnya kau dah terpaksa buat walaupun penat.

Lama-lama, benda yang asalnya pilihan dah jadi kewajipan. One day bila kau tak buat, terus nampak macam kurang ajar. Padahal kau cuma stop buat something yang sebenarnya tak wajib pun dari awal. Itu sebab aku kata, jangan mulakan kalau kau tak mampu sustain. Apa yang aku practice dalam marriage aku bukannya biadap. Aku cuma establish boundary dari awal. Dan En Wan REDHA dengan cara ni.

Dalam rumah ni, kita dua-dua adalah orang dewasa yang boleh urus diri sendiri. Aku tak treat En Wan aku macam raja. Tapi aku juga tak treat dia macam budak. Dia tahu ambil makanan, dia tahu ambil air, dia tahu cari sudu. Itu basic life skill, bukan privilege. Aku tak nak start buat something yang tak perlu pun. Hormat dan menghambakan diri tu benda yang berbeza, ya.

Aku bukan kata tak boleh layan suami langsung. Ada hari nak masak beria-ia, aku masak special. Ada hari rajin, lemari dia aku kemaskan. Time saka menggosok aku sampai, T Shirt bodo dia pun aku gosok. Itu namanya choice. Aku buat bila nak, bukan sebab terpaksa. En Wan pun tak expect benda tu sebagai standard. Bila aku buat, dia appreciate. Bila aku tak buat, dia faham.

Logiknya gini. Kalau dua-dua boleh urus diri sendiri, kenapa nak create situasi di mana sorang jadi dependent, sorang lagi terbeban? 

Marriage sepatutnya memudahkan hidup, bukan menambah beban yang tak perlu. Yang paling penting, bila kau tak train your partner untuk expect dilayan, kau sebenarnya train dia untuk respect kau as partner, bukan sebagai orang yang tugasnya melayan. You don’t need to lose yourself to show respect. It’s about treating each other with maturity and logic.

Maaf cakap, ya. Ramai perempuan nak perform role yang nampak baik di mata orang. Nak buat segala-galanya sampai dia tak sedar dia yang menghambakan diri. Bila suami cari lain, the cerita tu twist kepada suami merajakan diri. 

Ye ke suami yang merajakan diri? 
Atau sebenarnya dari awal lagi, isteri yang letakkan dia di tempat tu?

Bila terlalu sibuk nak jadi isteri perfect, you tend to overgive. Buat lebih dari yang perlu. Tak diminta pun kau sediakan semua. Lama-lama, itu jadi baseline. 

Manusia akan adapt dengan apa yang dia dapat. Kalau dari awal semua benda dah tersedia, semua benda dah disuap, kenapa dia nak question? Lepas tu bila relationship ada masalah, kita kata suami dah berubah. Maybe yes, ada kes macam tu. But in a lot of situations, right from the start, what expectations did we actually set? Did we teach them to respect us, or did we teach them to expect things from us?

Tak, aku tak kata kau tak boleh buat melayan suami. Cuma kau faham tak my point?

It’s about awareness.

Because overgiving doesn’t always come from a bad place. Selalunya overgiving datang dari rasa caring, nak ambil berat and the intention to make things easier for him. Last-last dia jadi seronok dan rasa itu kewajiban kau. Bila jadi hal, dia can always cakap "Aku tak suruh kau buat pun? Kau yang nak buat. Kenapa nak ungkit?" Sakit hati dengar, kan? But maybe he was right.

Kefahaman aku tentang marriage bukan siapa serve siapa. Tapi macam mana dua orang manusia berlainan upbringing manage untuk hidup bersama. Takde “ini kerja perempuan, itu kerja lelaki”. Takde. Not in my marriage. Semuanya kita adjust ikut keadaan, ikut kemampuan. Tak perlu expectation yang tak realistik.

25 tahun aku and En Wan operate guna sistem ni, tak menjadikan dia kurang “lelaki” dan tak menjadikan aku kurang “isteri”. In fact, I think that’s more mature. Sebab kita operate based on reality, bukan budaya lama yang tak lagi sesuai dengan kehidupan sekarang. 

Merajakan suami ni budaya zaman dulu, zaman Pak Malau. Dulu struktur hidup berbeza. Role lelaki dan perempuan lebih rigid, pilihan pun tak banyak and survival pun bergantung pada sistem yang sangat hierarchical. Jadi cara orang dulu bina rumahtangga pun ikut konteks zaman tu.

Now konteks hidup dah berubah. Perempuan dah educated, ada kerjaya. Tapi kita masih nak follow skrip lama yang tak relevan dengan zaman sekarang. Itu yang jadi masalah. Sebab bila culture dah tak align dengan realiti, ia akan jadi beban. 

Aku tahu ada orang rasa cara aku ni too modern atau tak ikut kebiasaan orang melayu. Tapi bagi aku, kebiasaan yang baik adalah kebiasaan yang masih relevan dan tak membebankan mana-mana pihak. Kalau kebiasaan tu buatkan satu pihak asyik kena sacrifice, we need to start questioning things. Sebab bukan semua yang lama tu salah. Tapi bukan semua yang lama tu betul untuk semua orang.

Aku bukan menolak hormatkan suami, tapi menolak IMBALANCE. Kalau anyone tetap pilih untuk merajakan suami dan bahagia dengan cara tu, silakan. Hak masing-masing.