2007-02-28

Laksamana Wan Muhammad Redza Farrel




Nampak itu panglima di atas?
Yeahhhhhh..
Itu panglima sudah kecundang sehingga mendapat 2 jahitan.
Bagus!!!

Ni semua Cartoon Network punya penangan.

That day, aku tengah sedap mengadap laptop, aku sempat dengar dia jerit, 'Osomennnnn!!' (Otromen), kejap je lagi aku dengar 'adoi, akitnya..'.
Slow je bunyik dia cakap sakit tu.
Tapi sebab seblom dia cakap 'adoi' tu aku dah dengar satu macam terhentak je bunyik, aku tengok darah dah memancut-mancut kuar dari dahi dia.
Dah la aku ni jenis cepat panik kalau tengok darah, sama naik aku menjerit berlawan-lawan ngan Redza.
Redza pulak bila nampak je darah kat tangan makin kuat dia pekik, nak je aku tampar sekali.
Lagi kuat dia jerit, lagi banyak darah kuar, lagi nak pitam aku rasa.
Kang anak tak apa-apa, aku lak yang kena usung pi spital.

Terus aku call hubby aku suruh balik sebab aku dah menggigil tengok darah.
Dah la kat klinik Dr tu suruh aku masuk sekali, alaahaiii...mintak nyawa sekejap.
Rasa lutut aku longgar semacam.
Kesiannya aku tengok Redza.
Tapi dia ni kejap je, masa Dr jahit tu terpekik-pekik la, auta karey betul.
Padahal Dr dah bagi bius.
Elok je Dr abis jahit, cehhhh, siap boleh terus duduk, ajak aku pi beli belon bagai.

Tu gamaknya denda sebab dia kena jahit la tu. Layann.

Aku ingat dah tobat dah.
Malam yang sama dia start bukak pencak silat balik.
Kali ni siap ada adegan terjun maut lagi. Seb baik takde apa-apa.

Tu la, anak aku ni hero okk?? Saper nak jadikan anak aku menantu angkat tangan!

2007-02-24

Feroz Qureshi's wedding.


Aku ni dah la bidan terjun, tak plan pun nak ikut sekali sebab aku dah inform awal-awal kata aku kat Ipoh paginya.
So, hubby aku kata takpela, hari tu Sabrina kawen kat Spore tak dapat datang, so this time kena pergi jugak.
Masa aku kawen terasa macam satu Singapore datang.
Tak baik la pulak kan kalau tak join.
Lagipun Abg Yoz (Feroz) ni dulu selalu lepak umah aku.
And his mum, Aunty Salmah (my mum's eldest sister) pun rapat ngan we all, kira jadik je la.

Masa sampai kat Sheraton, mak aku introduce aku kat abang sulung dia, Uncle Mad.
Sheikh something2 jugak tapi sebab nama masing-maisng panjang so aku tak kosser nak tanya lelebih.
Ini la satu-satunya uncle yang aku blom penah jumpa sepanjang aku hidup. Tak tau kenapa.
Tapi anak-anak dia aku penah gak la jumpa. Very the hensemm ok?? But all taken.



Abang Feroz aku yang cakap melayunya sangat bertabur



Bonda yang jadik orang kuat hari tu cam anak dia pulak yang nak menikah



Aunty Wan (kakak mak aku), tukang gubah hantaran



Aunty Siti (adik mak aku)




Baju merah tu Busu Noi (adik mak aku paling bongsu)

 Untuk menunjukkan tanda kemajmukan dalam famili, some pakai baju kurung, kebaya, punjab and jubah. Sebab klorga aku ni campur haduk rojak punya team. Mix of Pakistan, India, Arab, Jawa, Portugis and Malay. Details ni entah betul entah tidak la, yang bagitau pun atuk sedara aku. Tak kisah la, tapi kalau tengok muka mak aku and adik-beradik dia, memang ada possibility. Lantak, tak kosser nak tanya-tanya dah.






Pun adik mak aku gak, Mummy and tengah bertelipon tu Andak



Kembang gila muka aku, mak aku pun tak kembang sejambak cam aku.



Dengan adik Abang Feroz. Cun kan? Nak pulak yang si kembang tepi dia tu..laaaaaaagi cun. Tuii.


7 kereta je wakil pihak laki. Aku pulak tetiba je kena pegang dulang No. 4 iaitu jewellery. HOHOHOHO. Ambik berkatttttt. Mana tau ada rezeki aku nak pakai bendalah tu sok lusa. Aminnnnnn. Kebetulan semalam aku pakai baju kaler merah, jewellery tu pulak ada batu delima, iskkk memang sesuai benar la kalau aku yang pakai barang-barang tu. Sungguh serasi bersama!!

Port pertama kat rumah aunty kepada pengantin pompuan, tumpang sembayang Maghrib dulu. Makan-makan sket. Touch up lagi sket. Pastu baru gerak ke rumah perempuan. Masa kat rumah aunty dia ni, the husband borak-borak..oooo orang Tganu rupanya. Korek punya korek, hek eleeeehhh hubby aku tu waris dia rupanya. Takde orang lain ke yang aku jumpa? Balik-balik klorga jugak. Kecik dunia ni kan?



Uncle Zaaba aku ngan mak abang Feroz yang juga kakak mak aku, Aunty Salmah



Aku ngan sepupu, Nabila. Aku rasa budak ni available lagi..hihi






















Gedikan terakhir seorang fomfuan kembang bersama abang sedara



Parents Abang Feroz : Aunty Salmah and Uncle Haslam



Satu-satunya Thais dalam klorga aku, aunty Fatima



Aunty Munira ni gelak sepesen cam aku. Mengilai. Tapi dia punya version lagi scary la.

Majlis dia simple, sebab nikah je, takde pelamin pun kat rumah sebab reception dia buat tonite at Sheraton. Tapi still meriah sebab rumah tu penuh dengan kaler-kaler gold, fresh flower tak cukup kat tangga, kat dinding, siap gantung lagi kat siling. Macam kat Taman Firdausi pulak.
Yang jadi MC untuk pihak laki is Tuan (Hj?) Ishak, the bride's uncle. Aku rasa Ishak ni ayah kepada penyanyi Kamal. Ader sesaper ingat Kamal, also a singing lawyer tak salah aku yang dulu gossip ngan Shima penyanyi tu. Tak ingat? Takpe, tak penting. Aku nampak si Kamal ni pun sibuk jd photographer malam tu.

So, MC pihak laki, tak lain tak bukan dipersilakaaaaaaannnnn....bapak aku, also Hj Ishak. Tapi bapak aku bawak partner, Aunty Khadeja. Aunty Khadeja ni tolong ceritakan maksud hantaran-hantaran yang pihak laki bagi. Bapak aku pulak pembuka bicara la konon, sebab kawen ngan orang Mesia, so better wakil dari Mesia yang bercakap, kang tersentuh isu sensitip pulak.





Bapak aku tengah berdebar nak bercakap cam dia lak yang nak kena kawen. wakakakka. Yang menyengih ni Aunty Khadeja






Pantun pembuka kata from pihak kitorang :

Anak burung di tepi perigi,
Kupu-kupu terbang hinggap di dahan,
Izinkan kami memperkenalkan diri,
Salam Namaste dan Ahlan Wasahlan.

YEAAHHHHHHHHH!!! PHEWIITTTTTTT!!

Ni laaaaaaa pertama kali aku tengok majlis pernikahan yang bahasa perantaranya English.
Macam ada kat dunia lain pulak.
Sebabnya, Abang Yoz aku ni lemah tatabahasa Melayu, lagipun memang suku sakat mak aku ni English speaking, Singaporean katakan.
Akad nikah pun in English jugak. Jadikla...janji sah.
Dan memandangkan the group ada tempias-tempias Arab, so kitorang WAJIB make a lot of noise!

Aku rasa macam kat anugerah AIM pun ada gak semalam, siap bertepuk tangan tak hengat, tepuk dinding, lantai bagai. Arabian style katakan.
Masa nak iring Abg Yoz naik atas untuk sarung cincin, Abg Yoz aku siap sound, 'Ladies, make some noise!'.
Serentak dengan itu, we all pun 'WLOWLOWLOWLWOLWLOWLOWLOWLO'...hahahahahah. Nyaring gilaaaaaaaaaaa.

Aku yang join memekik pun macam nak pekak telinga sebab aunty-aunty aku punya sore lagi kuat. Seb baik aku tinggalkan Redza kat umah, kalau dia join, mesti dia mengucap panjang tengok mak dia bertempik macam tu.

Yang best, Kak Adila pun pakai kuti and long skirt sepesen ngan Abg Yoz yang pakai Punjab suit. Dia macam ni tau, kalau yang kawen tu is abang-abang mak aku, so the bride mesti pakai baju Arab. Macam kes Abg Yoz aku ni, walaupun aunty aku berdarah Arab tapi sebab husband dia Pakistan, so the tradition tu lebih kepada Pakistan sket.
That explains why Abg Yoz kena pakai Punjab suit semalam.



Cantiknya akak ni. Mana la Abang Yoz aku jumpa






Tapi..benda yang aku termiss was Mahendi (Henna) caremony. 
Aunty aku cakap that day diorang buat Mahendi kat satu club kat Spore yang strictly for women only and the party was TERBA-BO!!!! 
Semua aunty-aunty and cousin aku jadik penari gelek okkk?? 
Kalau aku join the gelek, dapekkk kurangkan 5 kilo.

Semalam, masa tengah makan-makan lepas nikah, sekali the singer sudah bukak lagu Hindi. 
Apa lagi, aunty-aunty aku start dia punya Banghra dance. 
Terkesima kejap hubby aku tengok. Macam nak pitam aku gelak. 
Aku rasa slowly the new besan akan dapat serasikan diri dengan 'suasana' baru ni.

Congrats Abg Yoz!


2007-02-23

IPOH, a day trip. Ni last aku buat keje gila camnih.


Letih!

Letih jadik kelendan hari ni.
Today kol 6.30am, aku ngan hubby dah on the way to Ipoh. Syiannn Encik Wang, susah payah ambik half day off morning sebab nak temankan aku gi Ipoh nak submit tender document. Tengkiu honey!!

Bodo punya agency. Ade ke hantar tender Khamis lepas, by the time sampai opis dah Jumaat. Orang semua dah sibuk nak cuti raya, dia sibuk suruh nak keluarkan tender. Dah la document sampai Jumaat lepas kol 2.30pm. Kol 3pm opis dah tutup kedai. Camno? Kena submit today lak tu walhal semalam opis aku baru je resume work.

Jadi apekah jalan penyelesaiannya? Ye, benerrrrr. Kita korbankan cuti kita demi kompeni tercinta. Bak kata cikgu aku dulu, 'raya tu kan setiap tahun ada, SPM cuma tahun ni je, tahun lain takde dah'. Berbekalkan kata-kata penuh semangat itu, maka aku pun menvolunteerkan diri menyiapkan tender demi appraisal tahun depan. Takpela, bukan raya aku pun. Kalau raya puasa dia suruh aku buat cenggini, bak sini advance 3 bulan gaji dulu. Berkira? Weyy, aku bukan buat charity okk? Musti berkira.

Seb baik hubby aku escort, kol 9.15am dah sampai Jelapang. Kalau haku la yang jadi pilot, SAH, SAHIH lagi NYATA dan BERSULUH aku akan sampai 30minit seblom kol 12. Aku ni sungguh bercirikan pemandu berhemah selaras dengan cogankata aku nampak kat highway to Ipoh tadi 'Kenang-kenang yang disayang, pandu perlahan'. Blom penah aku nampak nasihat menyentuh hati macam ni. Hubby aku, lagi aku bacakan quote ni, lagi mencanak naik speed dia. Rasanya baru 2-3 kali je aku pecut sampai 140 selama aku ada lesen ni. Selalunya 100, kalau tengah pasang lagu jiwang-jiwang, turun sket ke 80.




::Tanjung Malim area..lengang::



::Tangan aku la tu yang sedang dalam percubaan meraba-raba::




::Suami sayalah yang hensem ini (saper lagi nak puji kan?)::



::Bini dia lah yang gila ini. Jangan sengetkan kepala anda. Posisi saya adelah true positive::


On the way back home, Encik Wang sudah melencong ke Sungai Buloh. Untuk apekah??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




::Objek yang dikenalpasti : menonggeng di khalayak ramai::

Gila ikan lagi hubby aku ni.
Tak sudah-sudah nak mengabiskan duit penuhkan kolam dia ngan ikan koi.
Aku nak volunteer jadik ikan duyung taknak.
Tak keluar sesen pun kalau ambik aku jadik maskot kolam dia.
FREE TREATMENT lagi ku bagi. 




2007-02-22

Ye la, ko kan pandai, semua ko tau. Aku tak tau apa pun, aku makan gaji buta je kat sini.


Budak sorang ni memang betul-betul buat aku and the rest sakit hati dengan perangai dia.
Aku tak tau nak kategorikan dia dalam kumpulan apa.
Apa yang kita cakap, mesti dia konfem AKU TAU punya.
Tak pernah la AKU TAK TAHU.

Okla, mungkin aku underestimate kebolehan budak ni yang serba tau.
Tapi kalau nak tahu-menahu pun tolongla yang lojik-lojik sikit.
Semua orang tau ko memang konfem tak tau benda "A" ni sebab benda ni melibatkan technical part yang sah-sah ko tak pernah involve pun.
3-4 orang engineer dihantar pi training untuk study bendalah ni.
Alih-alih bila ada satu case melibatkan benda "A" ni, dia pulak yang bersuara lantang cakap AKU TAU LA BENDA NI. DULU PERNAH BLAJA.

Kelapa lutut ko! Benda ni technology terkini, baru tahun lepas launch.
Apa kes ko boleh tau time ko blaja dulu?
Dah la ko bukan budak science.
Budak engine pun tak blaja bendalah ni dulu, ko pulak yang lelebih tau.
Bila orang soal balik, U TAU KE BENDA NI CAMNE NAK OPERATE?
Dan-dan ko cakap 'ALA, DULU PENAH BLAJA. LUPA LA, DAH LAMA, TAPI MEMANG I TAU BENDA NI".

Berbulu je aku.

Ye, kitorang la yang bangang sebab boleh dibangangkan senang-senang oleh budak yang bangang tu. Kitorang pun jenis maleh nak panjangkan citer sebab masing-masing tau dah lagi macam-macam bidaah budak ni keluarkan kalau kitorang tanya panjang-panjang. So, diamkan je la.
Tapi tu la, makin aku diam, cewaahhhhh makin menjadik-jadik la KETAHUAN dia ni.

Last week, one of my collegue tanya pasal human cell line.

Member : Diana, mana nak carik cell line?

Aku : Cell line apa? Human? Microb? Virus?

Member : Oo, lain-lain agency ke?

AKU AMAT SERBA TAU : Ha'ahh, you kena tau la apa you nak carik. Semua tu lain-lain agency tau.

Member : Kalau human ambik kat mana?

Aku : Human u boleh ambik kat SC or BD.

AKU AMAT SERBA TAHU : Ha'aah. Dua agency tu ada benda-benda yang you nak carik. U baca aje la.

Time ni nak je aku suruh dia pi ambik catalogue SC ngan BD tu.
Sebab aku tau dia tak penah dengar pun dua-dua catalog ni sebab secondtier je yang pegang catalog ni semua. Mana aku tak bengang, konfiden je tunjuk lagak.

Member : Apesal kena carik kat dua tempat?

Aku : Sebab tu you kena tau cell line human jenis apa you nak carik. Breast cancer?

AKU AMAT SERBA TAU : Ha'aahh you ni pun, study la product dulu.


Amboi...sajaknya ko menyuruh orang study product.
Ko tu lagi blur sepatah haram pun ko tak tau. Sedar la diri tu sket.
Aku kalau sedarkan orang kena guna kaki.

Bebulu betul la aku dengan Professor Serba Tau sorang ni.
Aku pun satu, bebulu tapi taknak sound.

Nak aku sound boleh.
Tapi dia masih belum mencapai satu level di mana harus aku sound.
Aku malas nak ambik port sangat hal-hal yang tak berkaitan.
Kalau hal kerja tu memang lantang je la mulut aku menjerit.
Tapi kalau part dia kaki kencing ke, belagak bagus ke, pakwe dia anak raja Brunei ke, itu aku setakat dengar untuk menambahkan pengetahuan boleh la kot.
Nak ambik port lelebih ni kalau boleh dapat naik gaji nak gak aku jadik kepoci.

Kot dah bengang sangat,haa macam ni la. Habis aku maki dalam blog.
Kira oraitla kan dari aku maki blog orang. Kahkahkah.

Dah dah, penat menaip ni meluahkan dendam kesumat di hati.
I really need a place to get that off my chest.

Ok. Dah, puas. Boleh buat keje.



2007-02-20

Mari main api


Happy CNY all!!

Lambat la pulak aku mengewish semorang.
Ahad lepas, we all sefamili buat BBQ kat umah mak aku.
Bukan nak celebrate CNY pun, saje je suka-suka nak main api.
Kang aku main bungapi kang orang kata tebiat nak mampos lak dah tua-tua kedarah baru sibuk nak main.
So, kitorang main api besar sket.
Lagipun since adik aku ngan hubby dia nak pi Jepun dah next mth so, maybe lambat lagi la nak jumpa kan, jadi buat gathering sket la.
Tak disangka-sangka sedap pulak ayam panggang hasil pe'marinat'tan tangan aku.

Masa kat Tganu last time, kitorang eksyen, taknak pakai segala rempah melayu ni semua, pi beli Heinz, hasilnya sungguhla mencipankan anak tekak aku.
So, this time, aku gamble, segala kari daging, rempah kurma', kunyit, garlic, halia, bawang merah, serai, cili blend, jintan, lada hitam semua aku perap sekali.
Sambil-sabil gaul ngan ayam tu, aku berdoa la jugak jangan la ada orang yang cirit-birit lak lepas makan ni. Konfem semua maki aku.

Setelah ayam itu dipanggang...jawapannya ialah "PERGHHHH!!!!! ".
Sunggoh lazat menstimulate keghairahan hingga ke impak maksima!

Sampai skang aku terasa-rasa lagi sotong, udang, ayam, sate lam mulut aku.
Tak hengat yang aku tengah dalam azam nak berdiet.
Ohh! Sungguh dedikasi lagi setan-setan menghasut aku untuk makan dan makan lagi.
Sampai dah sedawa dua kali pun aku nak menyumbat makanan lagi.




::The food...yummylicious!!::



::Azrul tengah sibuk meminyakkan ayam-ayam aku, my kid bro (Ibal) tengah busy cucuk sotong, and Ima yang tak penah fail enterframe everytime aku snap gambar::



::gambar tanpa flash, kalau ada flash pun tak memberi sebarang perubahan besar ke atas kulit mereka..huahuhuahuaha. Nampak itu adik-adik ku? Aku lagi rendah dari adik pompuan aku okk? So, imagine betapa tingginya adik laki aku. Dia la manusia paling tak normal dalam rumah tu, ketinggian 6 kaki. Bapak aku pun 5'11" je.::



::With my dear Papa. Anak papa okk???::




::The menantus, dalam khemah. We all siap pasang khemah kat lawn. Takde keje sangat dah ni::



::Lihatla donia!! Betapa melekit dan belengasnya muka kami berdua lepas pasang khemah. Takpe, itu tak penting, janji rock. Jawa rules!::



::Err...no comment!::

The day before tu, bapak aku angkut semua anak menantu gi tengok cousin dia kat Kelana Jaya Medical Centre, cousin dari Bengkalis Sumatera.
Aku tak tau la pulak rupanya betul bapak aku keturunan belah sana.
Aku ingat bila mak aku cakap 'Papa tu keturunan Majapahit' semua hanya dongengan and raja lawak semata-mata.
Entah-entah aku ngan bibik blur aku ni bau-bau bacang.

At this very moment, aku tengah buat tender la ok? So takleh hapdet blog lama-lama.
Dah la hubby aku demam ni.
So keadaan di dalam rumah amat hening lagi memboringkan sebab hubby aku dah janji nak shopping today tapi sebab pilot terpeleot pulak, so segala shopping akan dibawa ake suatu waktu yang belum pasti. Cuma apa yang nak dishopping adelah sesuatu yang SUDAH PASTI!

2007-02-16

Aku dah beli Every Breath You Take


Semalam, aku beli buku Judith McNaught yg the latest walaupun aku rasa dalam minggu yang sama ni jugak aku dah buat confession selagi Wally Lamb tak habis, aku tak boleh beli buku baru.
Godaan MPH terlalu hebat.
Seblom masuk Giant semalam, aku dah baca pendinding supaya tak terjebak dengan godaan MPH, apakan daya, aku manusia biasa. Lemah dengan godaan.

So....tadaaaaaaaaaaaaa!!!!




Mula-mula memang nak beli sebijik je. Bila aku belek-belek shelf kat situ, baru aku teringat dulu, di suatu zaman yang lampau, aku ada pinjam The House ni from kawan aku, aku sempat baca half way je, lepas tu aku dah sibuk melayan asmara dan preparation nak kawen.
6 tahun lepas aku dok baca buku ni sampai skang tak tau apa endingnya.
So, semalam aku telah memberi mandat ke atas diri sendiri untuk meng'up'kan lagi sebijik.

Lepas dah beli, aku pun sms hubby aku "Di dah beli buku Judith tu, tapi Di beli lagi satu. Total semua RM54.00. Sila bayar sebab semalam abang cuma hadiahkan Di Ferrero je".




::Tengkiu abang! I LOF U!::


Semalam masa dating ngan girlfrens, member aku siap bawak perfume 100ml tu dalam handbag dia semata-mata nak tunjuk hadiah dari tunang dia.
Sket punya gedabak la ok?
Masa dia kuarkan perfume tu tunjuk kat aku, sebijik cam orang jual perfume murahan, "Belila cik, perfume ni tahan lama, murah saje, buy one free seven". HAHHAHAHA..sorry Azie.
Gurau beb. Tapi aku suka la bau perfume ko tu.
Apsal Meng beli satu je?

Ann, boifren hang kasik apa? (sambil buat muka series).

Saiful, gf u kasik haper? (sambil jeling kat malaikat mata)

Malaikat mata, bf u kasik aper? (sambil pandang Saiful)

Hmm..sejak kawen ni aku dah tak hirau sangat pasal V-day.
Dulu masa kapel ngan hubby aku pun tak pernah celebrate sebab every V-day, dia memang kat Jepun. Macam saje je taknak balik cuti kan?
Bagus la sistem semester break Jepun ni, asal V-day, besday aku, anniversarry mesti dia tengah exam. Bagus!!


Aku : Bang, kenapa kita tak celebrate V-day?

Hubby aku yang sentiasa ada idea nak menjawab : V-day ni untuk orang yang blom kawen je. Diorang jarang jumpa and dapat berdua-duaan. Kita nak wat aper celebrate, kita hari-hari jumpa, hari-hari dinner sama-sama, tgk vcd sama-sama. Diorang takat boleh candle lite ngan tgk movie je. Kita siap ngan pakej mandi bersama sekali on V-day.


Ya, dia memang sentiasa ada jawapan.


2007-02-15

Macam la ko sorang banyak duit


Ada satu makhluk kat sini yang sangat-sangat la belagak nak mampos.
Aku pun tak tau apa yang nak dibuktikan sebenarnya.
Hari-hari asik la bersembang pasal baju, kasut, handbag, sunnies bla bla bla hakk tuihhhhh!
Pastu kalau becakap tu taknak kalah dengan orang.
Sedar la sikit, kau tu tak le sehebat mana.

++ 'i beli baju ni kat bla bla bla, takde la mahal sangat, RM200 je'
Dia ingat dah habis hebat la tu beli baju setakat RM200? Orang lain RM200 tu boleh beli bra je.

++ 'tengok handbag baru i. Cuba teka berapa harga?' 
Aku paling benci main teka teki, so aku malas nak jawab. Tanya jawapannya pun tak. Tapi macam biasa la, takde orang jawab, akhirnya dia bagitau jugak. Hahaha. Nampak sangat perangai batak.

++ 'alaa, i punya eyeliner dah nak habis la, tak sempat nak pi Bobby Brown beli. Camne nak pi keje esok ni eyeliner takde?'
Tu sebenarnya nak pi canang kat sumerorang ko pakai makeup branded la kan. Kalau dah cun tu, ko pakai Silky Girl pun harusss jadik cover girl okk?

++ 'T Shirt Pangkor?? I tak pakai la baju macam tu'
Ko tau tak kenapa ko tak pakai baju-baju harga Pangkor, baju Langkawi murah-murah ni?
Sebab ko tu kalau bershopping harapkan swipe credit card manjang. Cash tak penah ada. Handbag ribu-ribu, tapi duit posen-posen!

++ 'I dah jual dah sunglass Burberry yg I beli last week. I beli DIOR pulak, RM1900'
Kesian, aku dah pakai DIOR tu 2 tahun sudah.


Aku cukup tak reti ngan perangai orang yang berlagak macam la dia sorang ada duit, macam la dia sorang beli barang harga ribu-ribu.
Come on la, kalau ko rasa nak belagak ngan harta benda ko yang macam mahal sangat tu, sila la show off kat budak-budak sekolah okk?
Kalau nak bercerita kat orang yang dah bekerja, yang dah pegang duit sendiri..jawapan dia, BUANG AIR LIUR!
Semua yang dah bekerja pun mampu nak beli barang-barang mahal.
Antara nak beli ngan taknak beli je.
So, jangan la perasan macam ko sorang je mampu pakai barang branded.

Kekadang aku tengok orang yang show off semacam ni, sebenarnya takde la hebat sangat. Disebabkan diorang komuniti yang tak hebat, so one of the cara nak menonjolkan diri adelah dengan berhabisan membeli barang-barang branded dengan harapan orang lain akan terkesima melihat. Contoh ade la budak tu, yang asikla kalau bercerita mesti bagitau siap ngan harga.
Pehhhh, tak main la beli ratus-ratus ni, riban-riban aje kuar dari mulut.
Tapi dalam riban-riban tu tak sampai satu per-ompek pun kuar dari poket dia.
Belagak bukan main, macam la duit dia yang kuar beli sumer tu.
Macam mana aku boleh tau? Sebab aku memang tau! Fullstop.

Contoh terdekat is makhluk gampang kat satu tempat ni (tempat sangat rahsia).
Dah la perasan semua orang suka dia, semua orang minat dia, semua orang jaki ngan dia.
Jaki haper kat ko???

Baju konfem mahal, kasut konfem mahal, handbag konfem ribu-ribu, tapi bawak keta Kancil!
Aku bukan nak mengeji la orang yang pakai keta Kancil ni, aku masa blaja dulu pun pakai keta Kancil je. Keta Kancil bukan topik utama dalam criter ni okk? Jangan salah faham.

Kalau ko bergaya macam nak rak, tapi pakai keta suam-suam kuku, kat RUMAH SEWA ko pun harap ada fridge yang kecik ngan TV 14 inch, ko rasa orang nak pecaya ke baju, handbag segala yang ko beli tu semua branded stuff?
Walaupun ko kata 'sumpah i beli', tapi ada orang nak pecaya ke? Ada?
Cuba ko pakai keta gempak RM150K++, ko pakai sunnies harga RM25 hengget pun orang nampak macam RM2500!

Ko ingat yang ko canang satu dunia ko beli tu beli ni, ada orang nak kesah?
 Kitorang sket tak kisah ko beli barang-barang mahal.
Cuma kesian tengok ko baru nak merasa pakai barang-barang mahal rupanya.

Aku penah la ada experience ngan satu makcik ni, ada tittle lagi.
Tittle sendiri dapat okkk, bukan tempias tittle laki dia.
Dia every 3 months pi Pasar Payang kat Tganu tu borong jewellery palsu.
Cincin harga RM35 tu kalau dah sarung kat jari dia, sebijik cam cincin mutiara Rafflesia.

Aku tak kata la 'marila membeli fake jewellery'.
Beli barang kemas ori ni pun mmg ada faedahnya. Pelaburan di masa depan.
Cuma nak beli apa pun belila, tapi jangan la buat macam orang lain tak mampu nak beli ok?

Selalunya orang yang berdegar-degar bagitau 'i beli barang ni cuma 5K je', 'i cuma beli baju kat Bernard Chandran je', 'i dah ada seploh beg Prada', 'i ada empat ploh pat Nine West', ni semua sebenarnya takle SEHEBAT mana.
Orang yang betul-betul hebat takkan tunjuk dia hebat dengan publisiti murahan sebegini.
Sebab bagi mereka yang konfem hebat ni, membeli barang harga riban-riban ni adelah satu benda yang biasa.
To those yang belagak cam kaya ni..maafkan la mereka.
Mereka budak baru blaja beli barang branded. Kalau salah tolong bubuh penampar.


2007-02-11

Bershopping la kamu sebelum barang yang kamu idamkan dishoppingkan oleh orang lain


Setelah Bali, kami mengulanginya semalam di IOI Mall.
Pencarian tepung gandum untuk dibuat cekodok udang petang ini telah berakhir dengan mengkayakan 2 orang apek di situ.
Akhirnya tepung gandum tak beli.
Bolehlah menggaulkan udang dengan 2 gadjet di atas kalau ada orang mintak aku buat cekodok udang petang karang.

Today pagi-pagi lagi aku dah perabiskan 2 RD aku yang bersawang tak berbaca since 2 bulan lepas. Reason??? Yeahhh..sebab aku nak start baca ini :




Buku ni aku dah beli tahun lepas lagi tak sentuh pun sebab aku dok perabiskan buku The Woman Story yang tebal nak mampos 1620m/s.
Dengan keje kuar pagi balik malam, nak melayan Redza lagi, melayan bapak Redza lagi, melayan anak 'kesayangan' aku from Indon tu lagi, baru la last month buku tu abis dibaca.
Tu pun aku baca lam keta masa tengah tunggu customer.

Dulu novel setakat 1000m/s ni kengkadang 4 hari dah habis.
Sampai satu time tu masa honeymoon 3 tahun before ada Redza, asik la dinner kat luar sebab aku takde mood nak masak bila dah baca novel-novel ni semua.
Apa taknya, Judith McNaught kan semua love-love story, so imaginasi aku ni terlebih sket.
Macam aku la heroin dalam citer tu.
Kalau kena part sedih konfem aku yang terlebih sentap sampai nak masak pun takde mood.
Kalau kena part happy tu kejap-kejap aku kiss laki aku, kejap-kejap aku gesel dia. Tebiat.

So lepas ada Redza aku dah tak sempat nak check new release in store.
Dua hari lepas aku check kat website, Judith dah released her new book, so laki aku bagi syarat, kalau nak beli, aku kena khatamkan dulu buku2 yang ada.
So, this week wajibulghunnah aku khatam Wally Lamb ni.




Buku ni pulak aku cilok dari bilik bos aku.
Bos aku rajin, dalam bilik dia ada banyak mags and buku2 ilmiah macam ni.
So, this is the only book yang aku cilok dari book shelf dia yang aku tak abis baca.
Not even half way.
Sampai kelepet-kelepet cover dia aku kejerkan. Reason?
Sebab I'm gonna do sales MY WAY.

Dan disebabkan 4 tahun I did it MY WAY, aku camni gak, tetap tak kayo-kayo.
Memandangkan dia tak perasan lagi buku ni lesap dari shelf dia, maka aku akan jadikkan aset.
Bila-bila free aku bukak walaupun aku tau takde de aku nak free.
Kot free pun, adelah lebih praktikal jika aku layan katil.

Setelah penat menghabiskan uwang, tiba-tiba kami mula sedar diri.
Megapa kami tak berupaya menahan godaan bershopping?
Mengapa kami begitu taksub dengan harta duniawi?
Mengapa kami begitu alpa dengan godaan mega, midi dan mini sales?

Jadi, selepas keluar saje dari parking IOI, kami telah menanamkan satu azam bahawasanya, kami perlu dietkan poket kami. Jadi, ini sajelah juadah dinner semalam.






Walaupun ia berjaya mendietkan poket suami (poket saya memang sentiasa diet), tapi ia mengagalkan usaha saya untuk mendietkan perut yang semakin berlipat tiga ini.




Masa nak balik tu lalu depan Bata.
Satu Marie Claire tu cunnnnnnnnnn nak mampos.
Waalupun harganya RM80 saje, tapi aku tak berani nak cakap kat laki aku.
Kang tak pasal dia menyinga kat situ, konfem aku balik naik bas.
Next week gaji masuk.
Akan ku ayat Encik Ridzuan lagi.
So, bulan Mac la aku start dietkan poket. Bulan ni tak jadik.