2023-12-27

Pernah tak kita tanya, apa yang Allah dah ambil dari dia?



Video atas ni. Dah tengok dan fahamkan apa dia cakap?
Dah? Ok, good.

Itulah perangai narcissist.
Narcissist boleh wujud dalam pelbagai perangai, tapi SATU perkara yang sama adalah, it’s all about them!
Walaupun dia yang cari pasal, tapi akhirnya dia declare diri dia victim.

Contohnya, orang yang bercakap buruk pasal kau.
Later kau dapat tahu dia bermuka-muka.
Kau juga ada bukti dia mengutuk kau.
Bila kau tunjukkan bukti tu, dia cari orang yang pecahkan rahsia tu sampai ke lubang cacing sebab dia anggap dia dianiaya!
Yang dia mengutuk kita tu dia lupa.
Dia fokus kat siapa yang betray dia.
Bila dah kehabisan idea, nak cover line punya pasal, ujung-ujung dia kata “Takpelah, satu hari nanti Allah akan balas”.
Hahahaha. Gila.
Padahal root cause adalah dia.
Tapi dia spin situasi seolah-olah orang aniaya dia.
Nanti sampai 3-4 tahun dia menjaja kisah orang aniaya dia ni.
Cerita yang dia cari pasal dengan orang tu dia peram.

Bulan December selalunya FB newsfeed aku meriah dengan gambar orang pergi bercuti.
Cuti sekolah katakan.
Bulan ni orang dapat bonus.
Memang sakanlah masing-masing holiday.

Jaga-jaga. Narcissist banyak bulan ni.
Ini common trait in narcissist. Why?
Because these people need constant attention.
Kalau kau tengah seronok-seronok bercuti, itu perkara yang dia takleh terima.
Because kegembiraan kau adalah threat to their own self-worth.
Dia tak suka orang lain, especially yang rapat dengan dia dapat attention lebih.
So kalau nak bereksperiman dengan diri sendiri sama ada kita ada ciri-ciri narcissist, masa ni lah.

Yang tak ke mana-mana, jagalah hati masing-masing.
Jangan ada rasa dengki dengan orang lain boleh bercuti sana sini.
Kalau tak boleh jaga hati, jagalah mata.
Elakkan dari bersidai lama-lama kat media sosial.
Karang nampak post kawan-kawan, terbit pula rasa jealous.
Benda boleh elak, buatlah.

Orang narsistic memang suka tanamkan rasa bersalah dan takut dalam diri orang yang dia dengkikan.
Dia bukan boleh nampak hidup orang lain senang sikit.
Nanti dia kata, “Janganlah tunjuk makan sedap. Kesian orang yang tak mampu terliur”.
Atau “Simpanlah sikit gambar holiday tu. Tak payah tunjuk semua. Biarlah ada privasi untuk diri sendiri”.
Eh, mana kau tau dia tunjuk semua?

Look. Toksahlah kita halang orang nak bergembira atau nak share bahagia dia.
Lantoklah dia nak post pi makan angin, pi makan sedap, laki dia belikan Habib Jewel, masak pakai Thermomix, etc. Biar.
Lainlah dia beli Thermomix tapi hutang kau RM90 tak bayar-bayar.
Selain dari itu, biar.
Takkanlah demi nak menjaga hati orang lain dia tak boleh share ke mana dia pergi?

Kadang aku tak faham dengan manusia.
Asyiklah suruh orang lain menjaga hati yang lain.
Yang benaunya nak suruh jaga hati dia supaya dia tak nampak loser sangat.
Macamlah aku tak tahu trick kau.

Bulan Dec tahun lepas, aku berumah-tangga sebulan kat hospital menjaga Rayyan.
SEBULAN, ya!
Sambut anniversary pun sekadar sepelaung dari hospital.
Kat Mardhiyyah Hotel (dulu Grand Bluewave).
Hotel ni belakang Avisena je.
Sikat tertinggal, En Wan jalan kaki je dari hotel ke Avisena ambil sikat. Punyalah dekat.
Masa tu aku layankan je scroll post-post korang kat FB.
Yang bercuti, yang sambut Krismas overseas, yang sambut New Year.
Aku? Jadi maskot Avisena.
Alhamdulillah, Allah lindung aku dari perasaan sakit hati tengok orang lain bahagia ke sana sini.

Aku happy dengan cara aku waktu tu.
Kawan-kawan silih berganti datang visit Rayyan, bawa coklat untuk aku (mbhahahah).
Starbucks dekat. Churros dekat. McD dekat. Tony Romas dekat.
Bilik Rayyan pun exec suite.
Makanan setiap hari untuk 2 orang lengkap dengan appetizer, main course and dessert.
Parking Avisena is the best, tak padat lansung!
Nak berulang-alik takde hal sebab parking always ada.
Doktor baik. Nurse baik-baik.
Makcik cleaner bersihkan toilet sehari 2 kali, kemain wangi.
CEO Avisena pun datang jenguk (blog reader rupanya).
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dalam kesulitan, masih terselit bahagia.

Toksahlah busuk hati dengan bahagia orang.
Time orang tu dalam kesulitan, ada kau tahu?

Baru-baru ni aku up celebrate anniversary makan King Crab.
Ada sorang ni cakap "Bestnya jadi Kak Di. Teringin nak makan je, dapat"

Jangan gitu. Aku makan ketam tu bukan hari-hari.
Tu lah first time, and maybe the last time sebab isinya kureng sikit.

Kita selalu nampak life orang lain lebih best.
Tengok orang tu hidup selesa, success, macam tak pernah susah.
Tapi pernah tak kita tanya, apa yang Allah dah ambil dari dia? Tak pernah tanya, kan?
The truth is, Allah tak pernah bagi semua.
Dia bagi banyak. Tapi ada yang Dia ambil balik. Fair.

Some people malas nak tunjuk apa yang dia dah hilang.
People assume dia ada segalanya.
Aku pernah tulis kat blog dulu, kalau Allah ambil segala ujian kita dan kemudian baling untuk kita ambil kembali, nescaya kita berebut ambil ujian masing-masing.
Takkan mahu kita ambil ujian orang lain.
So, everytime tengok life orang lain happy-happy, percayalah ada benda yang Allah dah ambil dari dia yang kau takkan mahu tanggung.
Aku, yes ada benda yang Allah ambil balik.
Tapi takpe, kita fokus apa yang masih ada.


2023-12-26

Kau nak provoke orang pun, tengoklah kau duduk mana, orang duduk mana.


Semalam kat FB lalu video Sheila Rusly memasak.
Nampak maid dia tengah kopek-kopek bawang.
Aku lupa dia masak apa.
Kat ruangan komen, pertama-pertama sekali dah ada komen bitter.
“Aku dah agak, dia mesti ada pembantu. Patutlah senang masak”.

Bitter sungguhlah kelompok-kelompok orang macam ni.
Tak, kalau dia ada pembantu pun kenapa?
Adakah kerana dia ada maid so kau boleh justify punca kau jarang masak?
Atau justify punca kau malas masak?
Atau justify punca kau masak tak sesedap Sheila?

Syukur Allah kurniakan aku rasa seronok tengok video memasak orang lain.
Seronok tengok orang pandai masak, pandai menghidang, masak bersih, hidangan kemas.
Rupanya tak semua orang Allah bagi rezeki rasa tenang tengok life orang lain.
Kesian pulak dengan orang-orang yang hal se-simple tu pun boleh buatkan dia tak tenang jiwa. Heh!

Kepada orang-orang yang always bitter dengan life orang lain, sini aku nak cakap.
Kalau kau nak kata kau lebih baik dan hebat sebab memasak tanpa ada bantuan maid, silakan ambil kemenangan tu.
Kalau kau rasa kau paling mithali sebab pandai siang ikan, silakan menang.
Kalau kau rasa kau terpaling serba boleh dalam urusan rumahtangga, dengan segala hormatnya claimlah kemenangan tu.
Honestly, orang-orang hebat macam Sheila tak teringin pun dinobatkan kemenangan tu.
Takde siapa nak bertanding dengan kau. Hambik semua.

You know what?
Orang-orang seperti Sheila tu misinya jauh lebih besar dari sekadar menang bab memasak.
People like her, memasak kerana hobi.
Dorang bukan memasak kerana nak jadi terpaling hebat kat dapur.

Same goes to perempuan yang kena kecam dalam Wanita Hari Ini sebab tak pandai siang ikan.
You think they care reti ke tak siang ikan?
Dorang punya life penuh dengan misi dan visi yang jauh lebih besar dari compete siang ikan dengan kau.
People like them MEMILIH untuk taknak siang ikan.
Orang macam tu shopping barang basah kat mall, beli fish fillet.
Bukan macam kita kekah kepala ikan, tulang ikan, ekor ikan, biji mata ikan pun makan (ok ni aku).
Kelompok-kelompok yang itu memasak bila free time atau bila dah muak makan luar.
Bukan macam kau, hari-hari kena masak sebab itu je pilihan yang kau ada.

Sometimes, orang yang merasa terpaling terer hal rumahtangga, itu ajelah achievement terbaik dia.
Nak compete bab lain macam takde harapan menang, jadi they create satu situasi yang boleh nampakkan dia jauh lebih baik.
Orang-orang macam ni rajin follow kau.
Dia perlu perhatikan celah mana kau kurang so that ada benda dia boleh jadikan isu.

Dulu aku pernah buat blog post share cara aku bahagikan masa untuk khatam Quran at least setiap 2 bulan.
Then, ada sorang ni PM aku di FB.
Dia tanya “Puan ada maid tak kat rumah?”.
Yang aku ni bendul. Ingatkan dia nak cari maid.
Sebab masa ni aku masih ada Lenny.
Kotlah nak tanya nombor agen.
Bila aku cakap "Ya, ada", dia reply “Patutlah Puan ada masa khatam Quran”.

Kau nampak cara fikir orang-orang macam ni?
Orang macam ni, dia bukan mencari waktu untuk dapat mengaji, tetapi mencari alasan untuk tidak mempunyai waktu mengaji.
Dia rasa lega bila aku ada maid.
As if “Patutlah boleh khatam Quran. Kalau ada maid, aku pun boleh!” Gitu.
This type or people sampai bila-bila pun dia takkan ada time untuk buat apa yang KONONNYA dia boleh buat.
Because they have this habit "menunggu masa yang sempurna" baru boleh buat.
The fact that when they eventually have the time, dia tak utilize pun masa tu dengan perkara yang KONONNYA dia boleh buat tadi.

Tak boleh ke kita rasa enjoy tengok life orang?
Tak boleh ke kita rasa seronok tengok video memasak orang?
Tak boleh ke kita clap bila orang lain achieve something yang kita belum dapat?
Yang pelik, kau gi follow orang yang kau tak suka. Kononlah tak suka.

Contoh macam pengkomen video Sheila tu.
Bila dia kata "Aku dah agak dah, mesti dia ada pembantu" -- ini maknanya dia follow video-video Sheila.
Kau follow untuk apa kalau nak mencari kekurangan orang?
Lebih baik kau unfollow. Hati kau pun tak sakit.
Tapi ye lah, nak buat macamana.
Memang ada orang dalam dunia ni yang hanya boleh rasa nikmat seronok bila dapat kondem orang lain.

Yang isu siang ikan tu lagilah lawak.
Aku walaupun reti siang ikan, everytime beli ikan, aku mintak brader jual ikan tu siangkan.
Especially siakap. Mintak potong tengah kangkangkan terus. Senang nak goreng.
Agak-agak brader tu taknak, aku beli kat mall.
Kat mall CONFIRM dorang siangkan walaupun ikan kecil.

Zaman sekarang orang tak kisah kau pandai siang ikan ke tak.
Yang orang kisahkan, makan ke tak.
Benda boleh order, buat apa nak susahkan diri.
Dia umpama macam perah santan.
Dulu masa sekolah,setiap kali nak guna santan, Mak Aji suruh aku gi kedai Kak Milah beli kelapa parut.
Nanti time masak dia perah santan sendiri.
 
Zaman ni kalau kau tulis kat FB "Ada lagi ke orang tak reti perah santan?", bersedialah kena maki.
Zaman sekarang orang pakai santan kotak dah.
Sebab bendanya dah ada. Dulu takde.
Gitulah juga dengan siang ikan.
Ikan boleh order online siap basuh, siap siang, siap hantar depan rumah.
Perlu ke nak pandai siang ikan?
Yang terpaling siang ikan ni, agak-agak ikan bilis beli yang belum kopek jugak ke apa?

Kau nak provoke orang pun, tengoklah kau duduk mana, orang duduk mana.
Orang yang jenis duduk kat Kenny Hill Heights tu bangsa beli barang basah kat Village Grocer, ya.
Ikan semua dalam plastik siap potong cantik dah.
Esok lusa orang have-have provoke "Ada lagi ke yang takde Thermomix kat rumah?", baru datang akai kau.


2023-12-21

Takyah nak jadi pejuang B40 sangatlah. Yang benaunya, kau bitter!


Semalam aku naikkan screenshot aku mereply komen sorang lady pasal sistem sekolah berasrama yang katanya T20 mengambil hak orang miskin.
Hmm...isu ni sorry to say, ya.
Yang selalu mengungkit isu ini bukannya orang B40, mahupun M40 atau T20.
Tetapi orang yang BITTER bila anak orang lain dapat masuk, anak dia tak dapat.
Takyah nak jadi pejuang B40 sangatlah.
Yang benaunya, kau bitter!

Tang mananya T20 ambil hak B40. Tang mana?
Yang beria cakap T20 ambil hak orang miskin OBVIOUSLY takde pengalaman anak-anaknya masuk SBP atau MRSM.
Kalau ada, mesti dia tahu, dalam tu lebih ramai B40 dan M40 daripada T20.

Dia gini lah, ya.
Kita kalau takde pengalaman berada dalam kelompok parents yang anak-anaknya di sekolah berasrama penuh atau MRSM, jangan bercakap seolah-olah kita tahu senario kat dalam tu.
Baik duduk diam-diam je.
Jangan bercakap ikut sedap anak tekak.
Sebab nampak benau bodohnya.

Orang always pertikaikan SBP elite macam TKC, MCKK, STAR, STF ni semua dimonopoli golongan T20.
Sebenarnya, tak.
Tahu tak kenapa dorang ni nampak macam ramai?
Sebab golongan T20 paling aktif dalam whatsapp group parents.
Disebabkan dorang berduit, dorang always nampak available dalam setiap program anak-anak di sekolah.
That's why orang always nampak geng-geng ni memonopoli sekolah-sekolah elite.

Aku tak payah ambil contoh orang lain.
Aku ambil contoh Redza.
Sepanjang 5 tahun dia kat sana, group parents yang aktif adalah dalam 10-15 orang.
Yang mengusahakan program anak-anak, dorang.
Yang volunteer untuk iring anak-anak balik bercuti dengan flight, dorang.
Yang willing berada di maktab sepanjang anak-anak exam untuk bagi support, dorang.
Yang rajin melawat anak, pun dorang.
Sebab? Sebab mereka berduit.
Sebab tu dorang nampak dominant.
Dan disebabkan dorang dominan, orang luar nampak macam "Wow! Ramainya T20 masuk MRSM"
Hakikatnya lebih ramai B40 dalam tu. 
Cuma mereka ni memilih untuk senyap. 
Maybe segan, atau maybe takde kemudahan atau ada kekangan untuk join dalam aktiviti and program-program yang parents anjurkan.

Ingat lagi masa kejadian PKP 2 tahun lepas.
Berdedai budak-budak Langkawi kena kosongkan sekolah, diarah balik.
Masa tu parents yang aktif-aktif ni lah yang paling busy cari jalan terbaik untuk mudahkan pengangkutan anak-anak untuk kurangkan risiko terdedah dengan covid.
Dapat chartered 1 flight.
Satu flight tu berapa ratus je, nakkkkk.
200 lebih student je muat.
Jumlah student kat maktab tu berapa pulak? Beribu!
Tapi dek kerana yang 200 orang ni naik chartered flight, macam nak kiamat Malaysia dengan parents-parents yang bitter ungkit MRSM dimonopoli T20. Katanyaaaaaa.
Alahaiii...singkat nau akal tu.
Yang 200 lebih naik flight tu pun bukan semuanya T20.
Ada juga M40 dan B40, ya.

Tak, yang aku pelik, apesal bitter sangat dengan T20 eh?
Kau ada troma apa dengan geng T20?

Dalam isu SBP/MRSM ni, kita semua faham kuota yang diberikan pada B40, M40, atau T20 adalah based on KELAYAKAN AKADEMIK.
Kalau kuota T20 tu dimansuhkan, if anak kau tak layak, tetap anak kau tak layak!
Janganlah perasan kalau kuota T20 dihapuskan, maka peluang anak kau dapat masuk tu tinggi.
Ingat sekolah berprestij ni buta-buta accept student tak tengok academic qualifications?
Dorang pun ada ranking nak kena jaga tau.

Yang benaunya, ada mak bapak yang feelingggg.
Feeling anak dia bijak sangat.
Dia sendiri yang tak nak pilih sekolah lain.
Nak apply elite school saja.
Tapi dia tak kaji keupayaan akademik anak dia tinggi mana.
Bila tak dapat, bitter.
Tuduh orang tu salah, orang ni salah.
Hakikatnya dia yang feeling tak tentu arah.

Dari zaman Redza, sampai ke zaman Rayyan, setiap kali bermulanya exam anak-anak untuk pemilihan ke SBP/MRSM, wakil-wakil MRSM dan KPM selalu nasihatkan "PILIH SEKOLAH YANG SETARA DENGAN KELAYAKAN ANAK".
Maksudnya, dalam tempoh 2 tahun terakhir di sekolah rendah anak kita tunjukkan prestasi akademik dan koko yang cemerlang, dan kita yakin dapat bersaing dengan sihat untuk ke sekolah elite, silakan apply sekolah elite.
Kalau pencapaian anak suam-suam, kau applylah sekolah lain.
Jangan kau tibai jugak apply elite school.
Bila tak dapat, merempan salahkan T20.

Padahal kuota T20 sikitttt sangat.
Anak-anak T20 yang dapat masuk tu kau tengok achievement power mana.
Sebab kuota dorang sikit sangat.
Jadi yang dapat masuk tu memang cream gila budaknya.

Aku ada pengalaman anak di MRSM dan SBP Elite School, jadi penceritaan aku ni maybe orang boleh agak I am referring to sekolah mana.
Tapi aku taknak sebut which one.
Dari pengalaman aku, kelompok parents B40 ada yang terlalu insecure.
Tak semua, tapi ada.
Dia punya tahap insecure tu, sampaikan nak buat makan-makan atau chip in duit pun kena consider kemampuan orang lain sama.

Aku tak tahulah dia nak orang consider kemampuan orang lain atau kemampuan dia.
Mak bapak yang aku kenal semuanya tak kisah nak chip in lebih.
Tapi dia asyiklah question kenapa nak bagi banyak ni, kenapa nak chip in, kenapa taknak tetapkan jumlah sumbangan.
 
Kau dah kenapa?
Nama pun sumbangan.
Kalau sumbangan pun nak consider semua orang, ujung-ujung semua bagi RM20 seorang.
Cukup ke nak beli barang-barang and makanan kalau setakat banyak tu sorang sumbang?
Biarlah kalau ada orang nak sumbang lebih.
Nama pun sumbangan, bukannya orang lain tahu siapa bagi banyak siapa bagi sikit.
Insecure tak tentu arah!
Yang benaunya diri sendiri rasa rendah diri.
Jenis tak boleh tengok orang lain ada lebih.

Aku ingat lagi masa Rayyan kat STAR, aku bawa dia shopping barang makan kat Jaya Grocer Ipoh Parade.
Terserempak 2-3 orang kawan dia kat situ.
Kesian sorang budak ni jalan sorang-sorang jinjit bakul berpusing-pusing kat lorong biskut and coklat.
Pegang, lepas. Pegang, lepas.
Aku tanya Rayyan itu kawan dia ke.
Dia kata ya, satu dorm tapi lain kelas.
Aku minta Rayyan sembang dengan kawan dia tanya dia plan nak beli apa.

"Ma, kawan adik nak beli biskut Gary cheese and biskut Tiger. Adik kata tak payah beli sebab adik dah beli. Nanti makan sama"

Yang anak aku ni pun perangai.
Aku mintak dia tanya kawan nak beli apa, so that aku boleh belikan.
Dia pegi offer kawannya tak payah beli apa-apa, dia dah beli 🙄.
Memang kenduri sungguh katanya minggu tu.

Punyalah banyak dia order. Aku layankan sebab mikirkan dia jauh masa ni.
Rupanya dia open table, gaissss.
Lepas tu dia rewang lagi dengan Coffe Beans & Tea Leaf, gaisss.
Dia kendurikan duit aku kaw-kaw.
Tapi takpelah, dia belanja kawan-kawan.

Aku tak consider diri aku T20.
Sekadar memberi penjelasan bagi pihak T20 saja.
Cuma aku nak emphasize kat sini, bila kita masukkan anak kita ke SBP, MRSM atau Elite School, be prepared untuk anak-anak kita terdedah dengan persekitaran yang baru.
Jangan kerana kita B40, maka kita nak kekalkan ke-B40-an kita sampai bila-bila sampai halang orang yang lebih mampu untuk berbelanja atau menyumbang lebih hanya kerana kita tak mampu.
Biarlah anak-anak tu terdedah dengan satu dunia yang berbeza dari kebiasaan.
Satu masa nanti perubahan tu akan berlaku juga.

Janganlah kita takut sangat anak-anak T20 mengubah gaya hidup anak kita.
Anak dia nak makan sedap, anak T20 yang disalahkan.
Anak dia nak beli baju baru, anak T20 yang disalahkan.
Daripada kau salahkan anak-anak T20, baik kau bawak anak kau keluar belajar sekolah tepi rumah je.
Senang kau nak pantau.
Pastu bila anak-anak kau tak berkembang dan hanya berkisarkan environment yang sama, kau salahkan kerajaan, kau salahkan sistem, kau salahkan takdir.

Salah sorang cikgu dari sekolah anak-anak aku, yang juga blog reader, pernah bagitau, "Anak-anak T20 jauh lebih polite dan beradap, Kak Di".
Dia bagitau aku ni masa dulu kecoh-kecoh orang kata anak-anak T20 bagi pengaruh tak baik di sekolah berasrama.
Cikgu ni tak maksudkan budak-budak yang bukan dari background T20 tu tak polite.
Cuma dia bagi pandangan referring to isu masa tu.
Itu dari pandangan cikgu. Takde personal interest.

Zaman aku dulu, zaman mak bapak aku B40, aku as anak B40 terdorong nak berkawan dengan T20 sebab nak berjaya macam dorang.
Dan mak bapak aku as B40, tak pernah pulak aku dengar mengata geng-geng kaya.
Malah mak aku proud bila aku bagitau aku sekelas dengan anak Prof itu, anak Prof ini.
Dia seronok anak dia berkawan dengan anak-anak bijak dan berjaya.
Biar minda tu terbuka sikit katanya.

Masa kat TKC adalah beberapa orang dalam dorm aku tu anak orang have-have.
Bawa mini compo lagi.
Tapi most of us dalam dorm tu anak B40!

Kat kelas, sebelah aku namanya Haslina. Budak Kelantan.
Dia punya ke-B40-an sampai alamat rumah pun takde.
Surat semua sampai kat kedai katanya.
Offer letter ke TKC tu pun sampai kat kedai.
Bapak dia nelayan.

Depan aku, Hasnita Diana, budak Penang.
Sebelah Hasnita tu Afidah, budak Kedah.
Afidah ni anak Dato.

Hujung meja sana ada sorang budak Melaka, lupa namanya.
Bapak dia kerja buruh buat jalan raya.

Percayalah cakap aku, SBP and MRSM ni dari dulu sampai sekarang lagi ramai B40 dari T20.
Yang buat kau nampak macam T20 lebih ramai adalah sebab mak bapak T20 ni lebih berani bersuara, lebih aktif dan rajin melawat anak tiap-tiap minggu.
Keta besar-besar pulak tu.
Jadi nampaklah macam sekolah tu didominasi oleh geng-geng T20.
Yang bitter-bitter tu aku cadangkan, buat persediaan pada anak sampai dia boleh layak ke MRSM and SBP.
Lepas tu kau tengok betul tak apa aku cakap tentang senario sebenar dalam tu.
Lagi ramai B40 atau T20.


2023-12-19

Habuan dunia


Sejak akhir-akhir ni macam-macam kisah tentang how double standardnya layanan marhaen vs layanan kayangan.
Aku cuba juga pandang dari pelbagai sudut untuk mencari sekecil-kecil point yang boleh memenangkan pihak marhaen tapi macam cerita Tamil juga.
Selalunya yang marhaen sama ada kena berpuas hati apa yang ada, atau redha sajalah hal yang tak menyebelahi mereka.

Kuncinya, betapa pentingnya menjadi ORANG PENTING.
Orang penting biasanya adalah somebody.
Boleh jadi orang kaya, orang terpandang, orang terhormat.
Ada nama, kedudukan, gelaran atau jawatan penting.
Ada pengaruh. Ada kuasa. Ada duit.

Orang Tak Penting biasanya bukan siapa-siapa.
Maybe orang miskin, orang biasa-biasa, yang tak dipandang dan tak tergolong orang terhormat.
Orang penting dan orang tak penting dah wujud lama, cuma kita tak perasan.
Boleh jadi kita pun pernah practice double standard juga.

1. Orang Penting vs Orang Tak Penting. Isu kahwinkan anak.

Biasanya kalau dapat invitation ke wedding anak-anak dari keluarga kaya atau terhormat, agak-agaknya berapa duit salam yang kita masukkan dalam envelope sebagai hadiah?
RM20? Paling tak, RM50.
Segan pula rasanya nak datang berlenggang tak bawa hadiah ke majlis orang-orang kaya.
Maka berangkutlah hadiah yang besar dan pastinya ‘ada harga’.
Dah bagi hadiah, time nak balik hulur juga salam kaut.

Di lain waktu, dapat undangan majlis nikah anak orang biasa-biasa.
Berapa duit kita masuk dalam envelope?
Entah-entah bagi RM20 pun dah rasa besar.
Kalau bawa hadiah pun sekadar biar tak dikata orang.
Tu pun mujur bawa. Ada yang lansung tak bawa apa-apa.
Alasannya, “Kita datang memenuhi jemputan. Bukan dia minta bawak hadiah atau bagi duit”, kata si Leman yang datang dengan perut kosong angkut isteri dan 7 orang anaknya.

Tu belum lagi yang datang majlis dengan baju asal boleh.
Mentang-mentang majlis orang tak penting, sekadar buat tepi jalan depan rumah, dia datang dengan selenga sungguh.
At least pakailah kemeja lengan pendek.
Majlis, kan. Biarlah semenggah.
Dahlah kau datang bawak perut semata.
Kalau pi majlis orang penting bukan main lagi.
Seminggu sebelum majlis dah siap plan nak pakai apa.

Makcik aku punya mak mertua (arwah), aku panggil Opah.
Opah pernah datang open house rumah aku.
Masa tu aku buat house warming baru pindah rumah.
Masa salam Opah, dia selit kat tangan aku RM2, “Ni hadiah pindah rumah”.
Sebak aku. Tingginya common sense Opah.
Walaupun aku tak harap orang datang bawa apa-apa, tapi cara Opah menyantuni tuan rumah tu bukan semua orang ada pemikiran macam tu.

Bukan nak cakap apalah.
Ada di antara kenalan aku, pergi kenduri kawen member sendiri, melenggang.
Padahal tu majlis kawan kau.
Bawak hadiah tak, hulur duit kat mak bapak pengantin pun tak.
Pastu bangga cakap “Aku kalau gi wedding, memang datang makan je”.
Hah, kau tunggu esok anak kau kawen orang buat macam tu.

Makin penting seseorang, makin tinggi nilai yang dia dapat sebagai hadiah.
Makin tinggi juga penghormatan dan kekaguman orang padanya.
Lumrah manusia menilai success dari material.
Takkan level orang kayangan nak bagi hadiah nilai kecil, ye dok?
Rasa macam tak kena pulak sebab ini bukan orang kecil.

Gitulah dengan orang tak penting.
Makin tak penting seseorang, makin tak ada beban bila memberi dengan nilai kecil.
Sebab orangnya pun "kecil".
Bagi RM20 je dah laaaa. Katanya.

2. Orang Penting vs Orang Tak Penting. Isu menerima tetamu

Guest yang biasa-biasa (orang tak penting) selalunya disambut dengan cara biasa-biasa juga.
Makan apa yang ada.
Hidang pakai pinggan mangkuk yang biasa guna hari-hari.
Sebaliknya, guest yang dianggap orang penting (kaya atau terhormat), disambut dengan spesial.
Makanan kena special and luar biasa.
Pinggan mangkuk pun guna yang guna 5 tahun sekali. Punyalah special!
Padahal yang have-have bukan kisah pun kau guna pinggan mangkuk jenama apa.
Jenama yang kau ada tu dia ada 7 kat rumah!

Nasib baik aku pilih pakai polisrerine je sudeyyy.
Siapa nak makan pakai pinggan kaca, sila ambil kat dapur dan jangan lupa basuh sekali.



Video Simon Sinek ni sangat tepat!
Gitulah sebenarnya realiti hidup.
Kita dianggap penting dan istimewa bukanlah kerana diri kita.
Tapi kerana apa yang kita ada pada ketika tu — jawatan, kedudukan, status sosial, dan pangkat.
Kalau takde habuan ni semua jangan harap orang nak pandang.
Macam pakcik-pakcik pencen kat area rumah Pak Aji.
Pakai baju Pagoda dengan seluar track sapu laman ramai-ramai kat depan.
Sekali lalu nampak macam pakcik jaga kebun.
Padahal pencen Profesor, pencen Mejar, pencen Kapten.

Teringat a few years back seorang tuan rumah arahkan anaknya bawak masuk (simpan kat dapur) kek raya yang dah sedia hidang atas meja.
Alasannya, kek tu nanti untuk keluarga Dato and Datin yang nak datang petang nanti.
Orang biasa-biasa tak reti makan kek katanya, pandai makan kuih-kuih biasa je.
Sekali, si Dato Datin tak jadi datang sebab stuck lama sangat kat majlis orang lain. Padan muka.
Si Dato Datin tu pun tahu memilih majlis tau!
Dia pun tahu majlis mana yang lebih penting nak kena pegi.
Ingat dia hadap sangat nak datang rumah kau?
Hah, cekik la kek kau tu sorang-sorang sampai lebam.

Ohh ada lagi satu cerita.
Lepas majlis open house, lauk-pauk balance majlis ada sikit lagi.
Si perasan kaya sengaja asingkan ayam yang dah hancur dari ayam yang masih cantik.
Sebenarnya takdelah hancur mana pun. Daging ayam tu luruh sikit je.

Bila ditanya ayam yang hancur ni nak dibuang ke?
Dia kata, “Jangan. Boleh bagi kat guard”.
Kita tanya balik apesal nak bagi yang hancur?
Kan ayam yang cantik masih ada.
Oh tak bolehhhh.
Yang cantik ni simpan untuk orang yang belum sampai lagi.

Pantang betul aku perangai gini.
Aku cakap “Guard tu pun orang. Kalau nak bagi orang, bagilah yang senonoh. Nak simpan untuk orang yang belum tentu sampai nak buat apa. Kalau dia sampai nanti, kita hidang je lah apa yang ada. Siapa suruh lambat”.

Maka terpinga-pingalah pihak yang disound direct oleh aku tu.
Dan tak lama lepas tu nama aku meniti dari bibir ke bibir makcik-makcik bawang. Kahkahkah.
Biasalah tu. Kisah pulak aku khennnn.
Sangkaan aku betul rupanya.
Orang yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai.
Gitulah dia. Hadaplah ayam tu sorang-sorang sampai terbelahak.

Aku punya style kalau buat makan-makan, akan ada satu dua makanan ringan-ringan as contingency plan.
Hat ni simpan. Jangan bawa keluar.
Habiskan apa yang dihidan dulu.
Kalau makanan yang dihidang ada lagi, alhamdulillah.
Kalau habis, baru bawa keluar satu makanan baru tadi.
Aku tak berapa syok nak simpan sikit makanan yang dah jadi lauk hidang.
Biar hidang bagi habis.
Maksudnya, kalau perlu top up, top up.
Jangan disimpan-simpan sebab guest masih ada di depan.
Yang lambat tu nanti kita bagi makanan ringan yang kita standby.
Siapa suruh kau lembab sangat datang? Ah gitu.
Kalau adik-beradik, aku simpankan sikit if they said they wanna come.
Tapi kalau selain dari tu, sorryyyyyy.
Kau makan apa yang tinggal.

3. Orang Penting vs Orang Tak Penting. Isu menunggu

Seronok jadi orang penting.
Orang penting akan ditunggu dengan sabar.
Persiapan bukan calang-calang.
Sedangkan orang tak penting kena sabar menunggu. Dialah yang menunggu tuan rumah, dialah yang menunggu setiap kali bertemu janji, dialah yang kena menunggu giliran, dialah menunggu itu dan ini.
Takpe, orang biasa-biasa boleh menunggu.
Dorang bukan ada keje pun nak buat, khennnn.

Lain kisahnya bila orang yang menunggu adalah orang penting.
Maka tuan rumah/tuan punya syarikat beria-ia say sorry sebab dah buat orang penting menunggu.
Gitulah dia.
Semakin penting seseorang, semakin sungguh-sungguh disambut dan dilayani.
Bila kau tak penting, maka biasa-biasalah pula sambutan dan layanannya.
Sometimes, dek kerana tak pentingnya orang tu, whatsapp pun dia bagi blue tick je 😆.

Kalau kau bukan priority, kau tunggu jap naaaa.
Tunggu dia free baru dia layan kau.
Tunggu dia betul-betul free baru dia reply text kau.
Yang kau pun menunggulah husnuzon agaknya si anu busy.
Yang benaunya bukan busy, tapi kau tak penting bagi dia!
Cuba kalau kau penting, berdesup dia reply.

Itulah agaknya kenapa ramai orang kejar habuan dunia.
Berebut nak jadi famous. Berebut nak jadi kaya.
Berebut nak ada title Dato’. Berebut beli title Dr.
Berebut nak jadi terpaling.
Kerana realiti hidup di zaman sekarang, itulah yang orang pandang.
Bak kata CEO MJA, “Habuan dunia ni kalau dapat, ambil. Tapi guna di tempat yang betul dengan cara yang betul. Tak payahlah jumpa orang kampung pun kau nak angkut title Dato Sri Prof Dr tu”.

Benar, penghargaan bukan milik semua orang.
Tetapi semua orang berhak dihormati dan dilayani dengan baik.
Kalau nak double standard sangat, tolonglah jangan obvious.
Pandai-pandailah simpan.
But dari sudut positif, marilah kita jadi orang penting kerana that is the game they play.
Itulah permainan dunia.
Tapi kita boleh tukar game tu biar kita jadi orang penting, atau orang berkedudukan, atau orang berpengaruh, atau orang terhormat yang ada hati perut!


2023-12-14

Penyakit jealous bukan masalah kita (orang yang dijealouskan), tetapi masalah dorang sendiri (orang yang jealous pada kita)


"Kak Di, bila nak update blog?"

Laju-laju aku bukak blog nak tengok bila last aku update.

14 DISEMBER.
Baru 2 hari lepas, ya. Bukannya 2 minggu.
Tapi ye lah, sebagai seorang Diana yang dulu update blog sehari 2 kali, bila tak update blog 2 hari adalah sesuatu.

Tak, takdelah busy mana.
Just kerja-kerja biasa je.
Cuma, sejak post aku yang ada orang kutuk aku tu, banyak gila DM yang merespond kat post tu.
Rata-rata tanya apa aku buat selepas tu.
Ada yang share kisah masing-masing juga.
Ada juga yang tanya apesal orang-orang macam ni perangainya mental.
Sampai ke pagi ni ada email masuk respond pada post tu.

Itu tandanya, manusia adalah semakin mental.
Kejadian-kejadian macam tu dah bukan luar biasa.
Dah biasa sangat terjadi.
Bezanya, sama ada kau kantoi atau tak je 😆.

Ok, kita jawab satu-satu.

Yang tanya apa aku buat lepas dapat tahu orang kutuk and fitnah aku?
Takde apa yang aku buat, cuma aku cari geng untuk gelak secara berjemaah.
Gengnya dah tentulah CEO MJA.
Sebab dia perlu tahu ada orang sakit hati dan mengutuk program yang company dia keluarkan.
Walaupun dia sejenis kering hati juga dan tak melayan benda-benda low IQ macam ni, tapi saja je la aku nak keep him updated.

Selain dari tu, aku tak buat apa-apa pun.
Sebab di anu yang PM aku tu pun kata "Ada orang sakit hati".
Maknanya, aku tak buat benda yang salah.
Makhluk tu je yang tersakiti sorang-sorang.

Selalunya, orang yang sakit hati dan mengutuk kita kat belakang ni, dia takde point yang jelas nak hencap kita.
Sebab dia tahu kita tak buat salah pun.
Cuma dia bengkek for no reason.
Sebab tu dia kutuk kat belakang. Kalau dia berada di tempat yang benar, dia akan terus face to face dengan kita.
Tapi tak berlaku macam tu, kan?
Itu tandanya dia tahu dia takde solid reason.
Dia cuma sakit hati.
Maybe dia nampak kita berjaya.
Atau dia nampak kita achieve apa yang dia tak dapat.
Atau dia sakit hati kita teammate dengan big player. I don't know.

Dalam apa juga situasi, orang yang ada masalah hati ni, dia bukan nak apa yang kita ada.
They just don't want you to have it.
Emosi dorang ni terlalu kompleks.
Tak tahulah apa troma yang dorang dah lalui.
But people like this always rasa insecure yang maybe berpunca daripada pernah dibanding-bandingkan, direndah-rendahkan, atau dikritik sebagai tak cukup bagus.
Atau mungkin dorang memang tidak sebagus orang lain dalam banyak perkara.
Contohnya, rumahtangga tak harmoni, pasangan yang tak supportive, keluarga yang tidak bersatu hati, anak-anak bermasalah, pencapaian kerjaya yang tak memberangsangkan, tidak sebulu dengan ramai orang, etc.
Disebabkan masalah-masalah sendiri yang mereka tak dapat selesaikan, they tend to create issue pada orang lain.

Maksudnya, disebabkan dorang tak dapat jadi bagus, dorang halang orang lain dari menjadi bagus.
Their motivation is simply be to prevent us from enjoying our own successes or happiness. People like this have internal struggle.
Bila dia tengok someone yang dia kenal ada hawa-hawa nak success, otomatik dia merasa tak selamat.
Daripada mengubah diri menjadi lebih bagus, dorang pilih untuk menghalang kita dari jadi bagus.
Nak memajukan diri tu kerja berat.
Maka dia ambik kerja yang ringan sikit, iaitu jatuhkan dorang.
Tapi satu yang dorang tak sedar adalah, kalau pun berjaya menjatuhkan orang, diri mereka tetap tak naik-naik.
Sedangkan yang jatuh tu anytime boleh naik balik.

That's why penyakit jealous bukan masalah kita (orang yang dijealouskan), tetapi masalah dorang sendiri (orang yang jealous pada kita).
It's about the insecurities of the person.
Nothing to do with us.
Kau tak payah buat apa-apa dengan orang macam ni. Biarkan je.
Because sooner or later they will reap what they sow.

Orang-orang macam ni hanya mampu cakap-cakap belakang saja.
Kalau kau berdepan dengan dia "Apa masalah kau mengutuk aku kat belakang? Ada masalah?".
Aku berani kerat jari, they have no answer for that.
Takde! Dia cuma jealous tak tahu kehala.

Kebanyakan yang terjadi di zaman media sosial ni gitulah.
Beria kutuk macam-macam.
Bila ditanya, kenapa kau sakit hati sangat? Mesti takde jawapan.
Yang sebenarnya jelaous sebab Hamba Allah tu cantik, pandai, kaya, suami hensem, kawan-kawan sporting, mertua baik, rumah cantik, kereta besor, anak pandai, kerja bagus, pandai masak, selalu makan tempat sedap, suami romantik -- ini je pun puncanya.

Another reason kenapa seseorang boleh jadi tersangat jealous, adalah reaction to the fear of being left behind or overlooked.
Takut orang terlepas pandangkan dia.
Takut orang tak sedar kewujudan dia.

In friendship sebagai contoh, seseorang akan merasa terancam bila kawannya ada new friendships atau social circle yang baru.
Dia takut kawan tu akan lupakan dia.
Dan dia juga takut kalau si kawan ni jadi better dalam circle yang baru.

Some people suka kawannya berada di takuk lama sebab dia tak mahu berubah.
Jadi dia peram kita supaya jangan berubah.
Ada juga yang tak mahu kita jadi better sebab tak mahu kita overshadow dia.
Bila kita berubah menjadi lebih bagus, dia akan play victim.
Nanti dia katakan yang kita hanya berkawan dengan orang yang best-best je.
Orang luar yang bodoh-bodoh ni pulak jenis yang percaya buta-buta apa dia cakap.
Maka tersebarlah cerita kononnya kita ni lupa kawan.
Kita ni gila kuasa.
Kita ni lupa diri.
Ini kisah benar seorang "KITA", iaitu aku.
Kisah dulu.
Nasib baik KITA tu hati kering. Jalan terussssss.

Ok dah. Takleh tulis panjang.
Aku ada zoom at 5pm. Nak Asar jap. Bye.

p/s: Yang beli planner today dan minta sign, alhamdulillah aku sempat masuk opis untuk sign. Takyah tunggu senin untuk pos. Tadi dorang dah pos. Tq!


2023-12-12

KISAH BENAR. Fresh from oven


Tadi kat FB aku tepek gambar ni.
Itu cuma mukadimahnya saja.
Ok now baru datang mood nak menulis.

Oh bye the way sebelum sebelum aku terlupa, Khamis and Jumaat ni aku cuti.
Jadi kalaulah sesiapa yang minta aku sign planner, aku hanya boleh sign Sabtu.
Next Monday baru dapat pos, boleh ke?

Jom berbalik pada post FB pagi tadi.
Ini adalah KISAH BENAR. Fresh from oven. Hahahaha.
Sebelum cerita gelak dulu. Sebab kelako.

Cerita dia gini.
Berlaku pada aku recently.
Kalau yang buat taik kat aku ni sedang membaca, nasib kaulah.
Orang kalau insecure memang selalunya akan stalk apa kita buat.

Kisahnya, aku and team Mega Jati Academy (MJA) tengah busy full swing pengambilan calon untuk cycle tahun depan.
Bulan ni memang masuk gear 5 masing-masing.
Aku dengan GreenAard lagi, dengan test new product lagi, dengan MJA lagi.
Oh by the way, GreenAard punya new product is coming soon.
Aku akan edarkan sample dulu, insyallah.
Jadi sekarang memang busy sikit.
Bila kita busy, kita takde masa nak ambil tahu hal orang.
Rupanya, ada orang free time sungguh mengutuk aku kat belakang tentang program OTHM MJA ni.

Yang aku ni tak tahu cerita apa-apa, just buat kerja macam biasa.
Korang yang follow aku dari dulu pun tahu aku jenis malas ambil tahu banyak benda.
Tup-tup ada sorang Hamba Allah ni PM aku.
Aku tak kenal tau orang ni.
Orang ni bagitau ada orang tak suka aku promote program akademik OTHM kat group FB.
Aku jadi peliklah.
Dah kenapa tak boleh tepek poster kat group tu, sedangkan admin yang approvedkan.
Kot aku tersilap ke, aku pun tanya "Tak boleh promote iklan ke?"
Dia kata "Bukan tak boleh, tapi ada orang sakit hati"

Aku terus terfikir MJA, sebab program tu under MJA.
Aku syak maybe ada orang tak suka MJA sebab MJA ni successful.
Banyak award dorang dapat.
Dan CEO dia pun bukan cikai-cikai punya orang.
So aku agak mesti orang ni sakit hati dengan MJA.

RUPANYA BUKAN!
MAKHLUK TU SAKIT HATI DENGAN AKU, WOIII!
Kahkahkahkahkah.

Hamba Allah ni dengan murah hatinya pass screenshot conversation dia dengan si makhluk tu untuk aku baca.
Conversation tu adalah dari whatsapp.
Maknanya they both kenal each other, la kan?
Aku tak sure lah dorang ni kawan baik atau sekadar kenalan kerja.
Whatever their relationship is, yang paling malang sekali dalam cerita ni adalah makhluk yang sakit hati dengan aku tu.
Sebab, kawan sendiri share conversation dia mengutuk aku kepada aku, sedangkan aku tak kenal kawan dia tu.
Kau boleh imagine tak betapa sedihnya hidup makhluk tu bila kawan sendiri tak suka dia?

Dalam conversation tu, yang aku faham adalah, makhluk tu ajak kawan dia mengumpat program aku tu.
Katanya program aku tu takde kepentingan untuk diambil.
Hajat di hati tu nak orang lain mengkondem samalah agaknya.
Tapiiii, silap besarrrrr.
Sebab?
Kawan dia tu pun bukan calang-calang orang juga. Orang terpelajar.
Jarang orang terpelajar nak ada shallow mindset, apetah lagi nak kondem program akademik yang certified by OTHM.
Sebab kawan dia pun tahu OTHM adalah versi MQA di Malaysia.
All academic program kat UK kena dapat kelulusan OTHM baru sijil akademik tu sah diguna.
Jadi bila program aku dapat kelulusan OTHM, this is a valid certificate.

Si kawan ni tak bersetuju dengan maklhluk tu, malah bersetuju yang program MJA adalah valid.
Ingat senang program dari Malaysia nak dapat kelulusan OTHM, UK?
Perangai omputih boleh tahan kerek, ya.
Dia takkan bagi kelulusan sewenang-wenangnya.
Plus, program OTHM ni adalah module YANG SAMA dengan program yang aku buat di UPSI.
Bezanya, tidak ada modul UPSI dalam program OTHM ni.
Kita tak masukkan module UPSI sebab itu UPSI punya.
Dalam erti kata lain, module yang aku prepare untuk program OTHM ni telah diluluskan oleh Senat Universiti UPSI terlebih dahulu.
Kau ingat senang Senat Universiti nak bagi kelulusan?
2 bulan dorang meeting nak check module aku hari tu.

Jadi, bila makhluk tu tak dapat nak ajak kawan dia kondem program aku ni, dia tukar strategi.
Dia pi REKA CERITA bahawa kononnya di ruangan komen aku telah mendelete komen-komen yang aku tak berkenan.
Kononnya ada komen yang bash program aku dan aku telah mendelete komen-komen tu.
Ya ampunnn, sampai macam tu sekali orang kalau pendengki, kan?
Dah la ada hasad, penipu dan menfitnah pulak tu.
Pehhh, tak takut mati punya orang.
Kawan yang share whatsapp screenshot ni tanya aku "You ada delete apa-apa komen ke?"
Hell no. Kejadah apa aku nak delete sebab memang takde orang kondem pun.
Makhluk tu je yang berimaginasi konon ada orang lain kondem.

Rupanya gitu deritanya orang yang ada penyakit hati.
Dahlah ajak orang lain kondem.
Bila orang tak bersetuju dengan dia, dia pi reka cerita pulak untuk memburukkan aku.
Seriouslah penyakit?
Terpikir kejap apa la agaknya rupa life dia sehari-hari ya sampai bitter sangat dengan achievement orang lain. Kesian.

Tapi tulah, dah la kesian ada perangai gitu.
Tanpa dia sedar rupanya orang yang diajak mengkondem aku pun rupanya tak suka dia. Double kesian. Mbhahahah.
Betullah ada quote cakap "Bila kita suka mengumpat orang, jangan ingat orang tak mengumpat kita"
Kita dok bercakap buruk pasal orang sana sini, yang sebenarnya buruk kita lebih banyak orang nampak.
Kat belakang, orang-orang tu dok mengata kau juga sebenarnya.
Kau je feeling orang suka kau.
Buktinya macam si makhluk ni la.
Orang yang aku tak kenal dengan willingnya share whatsapp screenshot dengan aku. Sesuatu, kan?

But indirectly from what happened, aku jadi semakin faham tak semua orang suka bila kita achieve sesuatu, especially yang wayyyyy better than them.
Bak kata CEO MJA kat aku, "Because you've reached a milestone that they can't achieve".

Masa aku start program ni, aku takde pikir jauh sangat pun.
Aku aim nak produce module yang bagus seperti yang CEO nak, iaitu module untuk working adults for their career progression.
 
Dalam tempoh 3 tahun prepare module OTHM ni, aku sempat habiskan 2 tahun Postgraduate Certificate dengan Wageningen University (WUR).
Sengaja aku enrolled program postgraduate tu sebab WUR is ada good Food & Nutrition course.
Aku nak belajar apa yang aku boleh tambah dalam module aku nanti.

Bila our program dapat kelulusan Senat UPSI, barulah CEO MJA cuba-cuba bawa ke OTHM UK untuk dapatkan kelulusan.
Lulus Senat. Lulus OTHM.
Tak cukup lagi ke bukti bahawa program ini bagus dan valid, yang sampai kau beria kondem tu?
Power betul seorang Diana.
Patutlah ada orang bengkek. Mbahahahaha.

Orang kata "Never seek revenge. Rotten fruit will fall by itself".
Dalam kes aku ni, aku tak sempat nak revenge pun, dia dah fall.
Sebab member sendiri yang pecah lobang.
Kalau akulah, hmmm sedih.
Orang yang kawan dengan kita pun tak suka kita, bolehkah kita expect strangers akan suka? 
Lamberttttt lagi.

Korang, hati-hatilah.
Ramai je yang peratikan korang tu.
Dorang perhati sambil berharap korang takkan boleh lebih dari dia.
Once kau lebih je, kau merasalah macam apa yang berlaku kat aku ni.
Tapi luckily makhluk ni bukan dalam circle aku.
Maybe dia berangan nak masuk circle aku.



 By the way, jemput join


2023-12-05

Not worth it


"If you are giving more than you are getting back, it's not worth it".

Maksudnya, in various parts of life, macam friendships, relationship, or work, things should be fair and balanced.

Kalau tanya aku, aku ada pecahan-pecahannya.

Bab CINTA dan SAYANG, aku always bagi lebih.
Tak payah suruh-suruh untuk aku buat surprise ke, celebration ke, atau beli hadiah.
Susunan tempat duduk dalam kelas Tingkatan 3 pun aku ingat sampai sekarang, apetah lagi hal-hal yang jauh lebih special.

Tapi tu la, kadang tu aku punya "always bagi lebih", tu melebih-lebih sampai jadi bodoh.
Padahal dah tahu dah pattern-nya akan always sama.
Time dia, aku ingat. Time aku, dia make bodo.
Tapi takpelah, kita tutup kisah kebodohan kita yang lampau.

En Wan akui I am a great lover.
Kalau aku dah sayang, memang tak berkira dari segi duit, masa dan tenaga.
Kadang masa aku sendiri suntuk dengan nak menyiapkan kerja ofis, kerja rumah, uruskan study Rayyan, tapi bila En Wan mintak tolong buat apa-apa, aku stop semua kerja aku.
I can always make time untuk hal aku.
Tapi dia maybe tak boleh.
Jadi, aku settlekan hal dia dulu.

Kalau bab hati dan perasaan ni, boleh dikatakan aku all out.
Walaupun nampak macam ini soemthing yang bagus, tapi sebenarnya tak bagus, ya.
Bila kau always ada untuk orang lain, ada kebarangkalian untuk kau always dipergunakan, boleh juga diperbodohkan, dan barangkali disia-siakan.
Sebab dah tentu kita harap orang lain do the same sebagaiman effort kita letakkan dia as priority, betul tak?
Tapi meletak harapan kat manusia adalah perkara paling bodoh.
Maybe kat sinilah bodohnya aku dulu.
Mujurlah dengan En Wan ada jodoh, jadi idok le nampak sia-sia pengorbanan tu.

Kalau sesiapa yang jenis beria-ia dalam perhubungan, please take a step back, untuk berfikir sejenak.
In a romantic relationships, both people should contribute equally.
Contoh, kalau sorang je yang beria plan itu ini, dan sorang lagi kejung kayu, biarkanlah dia terus menjadi kayu.
Kalau perempuan mengayu, maybe boleh diterimalah kot.
Tapi kalau lelaki mengayu, I is kenot.
Jenis yang bila kita tanya:

"Nak makan apa?"
"Ikut awaklah"

"Kita nak ke mana today?"
"Ikut awaklah"

"Kita nak beli apa untuk party rumah dia?"
"Ikut awaklah"


I IS KENOTTTTTT!!!

I want contribution.
Aku suka ada perbincangan.
Aku suka ada participation.

Maybe some people merasa lega bila segalanya diserahkan bulat-bulat, so that takde perbalahan.
Merasa dapat full control.
It's not wrong, cuma untuk aku, I don't like it.

Ada orang merasa "Kalau aku bagi idea pun, last-last ikut cakap kau jugak".
But at least you participate. Idok lah mengayu je.
Sometimes kita nak some idea.
Bagi idea tak wajib bersetuju, tapi setidak-tidaknya, ada buah fikiran lain selain dari idea kita saja.

Masa bercinta dulu (dengan si anu), balik-balik "Terpulanglah kat awak", "Saya ikut je", "Ladies first" 🙄.
Bunyinya macam sporting.
Sekali dua, nampaklah macam sporting.
Masuk kali 7-8, eh letih mak, nak.
Tak fair lansung. Asik aku je mikir.

In friendships pun sama.
Kalau sorang je yang always tolong, yang sorang lagi menadah je, the friendship can turn sour.
Nak lagi dapat member yang asal makan sama je, kau keluar duit. Dia harammmm.
Makan nak sama. Makan nak sedap.
Tapi bayar kau sorang.
Bila bersuara karang, kita pulak dikatanya tak ikhlas.
Untunglah kalau gitu.
Tak boleh ditegur lansung, karang kita yang nampak tak ikhlas katanya.
Pastu jaja merata kita tak ikhlas.
Yang dia kedekut taik hidung masin tu dia tak cerita pulak.

Bab masa, pun sama.
Aku spesis yang sanggup cancelkan appointment anytime dengan customer kalau someone important perlukan aku.
Tu pasal Mak Aji kalau ada benda-benda penting and besar terjadi kat rumah tu, dia tak nak bagitau sebab dia tahu kalau dia call, aku tinggalkan kerja dan zassss sampai.

Masa En Wan kerja kilang dulu, kawan dia call bagitau En Wan collapse and dah ada kat SALAM Medical Center.
Waktu tu aku baru sampai MARDI untuk appointment dengan customer.
Apa lagi, terus start enjin and bagitau customer aku kena balik.
Padahal itu new customer.
Punyalah lama aku cari jalan nak jumpa dia, bila dah dapat, aku pulak ada emergency.
Perangai aku ni kadang-kadang boleh menjahanamkan kerjaya sebab aku sanggup hold kerja untuk perkara lain.

En Wan berbeza, dia sejenis yang apa-apa pun kerja dia kena settlekan dulu.
Masa pergi Mangala Resort hari tu, perjalanan ke Gambang tu patut less than 3 hours je, tapi jadi 5 jam!
Kejap-kejap berhenti tepi, jawab call.
Berhenti lagi, balas whatsapp client.
Berhenti lagi, bukak iPad nak tengok result medical underwriter approve ke tak polisi client.
Aku lahhhhh.
Nasib baik dia bagi rasuah. Senyap aku.

Semalam client dia call tengah-tengah malam bagitau nak admit ke hospital.
Dia punya angkat call tu terus duduk, ya.
Aku macam, yang kau beria duduk tegak macam client tu ada depan kau, dah kenapa 🤣.
Bercakap sambil baring takleh?

Bab duit pula, it depends on who the concerned person.
Dulu aku memang tak berkira.
Yang rapat, yang tak rapat, yang kenal, yang tak dikenali - semua aku belasah share duit.
Ada sikit bagi sikit. Ada banyak bagi banyak.
Masalahnya dengan some people, bila kita bagi sikit (kurang dari nilai yang dia minta), dia rasa pemberian tu too small sampai tak payah bayar balik pun takpe.
Bila kita bagi banyak, dia rasa kita berlebih duit, maka tak payah bayar balik pun takpe.
Gitu mindsetnya. Poor mindset.

Bila kita tagih balik duit, panjang betul tazkirahnya.
Aku pernah diceramahkan oleh someone yang meminjam duit aku.
Dia kata "Kau mintak sampai kiamat pun aku takde duit nak bayar balik. Kau patut bersyukur hidup kau tak susah macam aku, bukan menyusahkan aku".

Aik?? Jem kejap.

Tapi one thing aku belajar tentang duit, tak kiralah orang tu nampak baik, nampak jahat, sedara, bukan sedara, kawan, bukan kawan - kalau dah namanya duit, boleh nampak true colors sorang-sorang.
Sahabat Rasulullah saw pernah cakap "Kau tak akan benar-benar mengenali seseorang sehingga kau bermusafir dengannya".
Rasanya di zaman sekarang dah boleh sambung ayat tu "Kita tak akan benar-benar kenali seseorang sehingga kita bagi dia pinjam duit".

Dari pinjaman duit boleh nampak amanah atau tak, buruk atau baik perangai seseorang.
And this applies to semua jenis pinjaman, baik pinjam dengan member, pinjam dengan bank atau pinjam PTPTN.
Pinjam reti, bayar taknak.
Pastu berguling-guling.

Secara ringkas, the idea is that in all parts of life, things should be fair and equal.
Kalau satu pihak je beria, pihak lain kayu, eh PENAT!