2013-05-31

Fleur by Mrs Him : May



Me at ofis today, wearing shawl FCA3.
Material chiffon.
Size : 160 x 50cm


  SOLD OUT


   SOLD OUT


SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT




Gambar semalam, wearing shawl FC2.
Material chiffon.
Size : 160 x 50cm
Aku suka pencahayaan kat bilik Redza. Hahaha.



SOLD OUT

SOLD OUT


SOLD OUT

SOLD OUT


SOLD OUT




Name:
Email Address:
I would like to purchase FCA1, RM27.00
FCA2, RM27.00
FCA3, RM27.00
FCA4, RM27.00
FCA5, RM27.00
FCA6, RM27.00
FC1, RM29.00
FC2, RM29.00
FC3, RM29.00
FC4, RM29.00
FC5, RM29.00
Quantity
Address
Contact Number
Remarks

2013-05-30

Mengigau

Semalam En Wan lagi sekali mengigau.
Dia memang macam tu la kan sejak dari malam pertama kawen sampai la umur nak masuk 40 ni dia punya tebiat mengigau tak penah hilang. Aku rasa sape yang follow blog aku memang sedia maklum En WAn ni kaki ngigau. And sape follow FB aku mesti tau apa yang En Wan ngigaukan semalam. Cuma lately ni aku rasa dia takde la buat keje tetiba bangkit dari tido terus berdiri, melompat dari katil tepuk dinding, bangun terus menjerit, bla bla bla. Dah takde dah ngigau macam tu.

Dulu rajin gak dia melompat dari katil. Tetiba je berlari tarik langsir. Tak pun berlari bukak almari. Kadang-kadang merepek cakap pasal file la, pasal komputer la. Stress keje gamaknya. Aku suka gak melayan. Kalau time dia tanya pasal file tu aku tanya balik file apa, eh jawab pulak tu.

Slowly dia berubah ke ngigau lite-lite. Nanti tetiba malam dia bangun usap-usap kepala aku. Tak pun tetiba bangun urut kaki aku. Mungkin dia punya mengigau skarang tema kasih-sayang kot. Ada satu kali tu tetiba je tengah-tengah sedap membuta tetiba dia kejut 'Di..Di..nak air?'
Kejadahnya tetiba offer aku air ni?
Tapi aku bangkit la jugak dalam keadaan blur-blur tu aku pun terpikir gak aku ni haus ke? Bila masa aku mintak air?
Disebabkan aku blur, so aku syak aku tak sedar aku mintak dia air. So aku pun iyekan je lah.

Aku : Ha'ah. Nak air.

En Wan : Pergilah turun. Abang tak haus.

Hoih!!!
Aku tengah sedap membuta kau kejut tanya aku nak air ke tak, aku ingatkan kau dah pegang air. Bila aku cakap nak, kau suruh aku ambik sendiri. Lawak apekah tengah-tengah malam buta macam ni?? Sumpah tak selera nak gelak. Kalau katil ni ringan dah lama aku terbalikkan.

Tapi pengigauan dia malam tadi aku rasa dah masuk fasa mengigau tema keinsafan kot. Ada ke kul 4 pagi kejut aku 'Di..Di..bangun. Buka. Buka'

Aku : Buka apa?

En Wan : Buka puasa.

Aku : Bukak puasa hapenya puasa pun tak!!

Hah! Kannnnnn.
Kan aku dah terpekik tengah-tengah malam.
Hangin betul aku. Kot ye pun nak berjenaka tak boleh tunggu esok siang ke yang tengah-tengah malam buta ni jugak dia nak bergurau-senda ngan aku. Lepas kena sergah tu dia elok je tarik selimut sambung tido. Siap berdengkur bagai. Yang kita ni sampai ke subuh dok terkebil-kebil tak boleh tido balik.

Ada orang cakap orang yang kuat mengigau ni ada sangkut-paut dengan saka. Wallahualam. Mak cakap En Wan ni dari kecik lagi dah mengigau so dorang satu famili dah tak heran. Dulu masa skolah rendah mak kata lagi teruk, sampai sleep walking. Rumah dia 2 tingkat. Dia mengigau siap boleh turun tangga jalan sampai ke hall. Takut aku dengar. Aku rasa aku lagi takut tengok orang sleep walking dari tengok hantu. Hantu tu kita memang dah tau la sedia pelik. Tapi bila manusia tido sambil berjalan macam ngeri je aku rasa. Macam dia kena rasuk hantu.

Actually masa aku bercouple dengan En Wan, mas dia balik untuk bertunang, dia lepak rumah Mak Aji. Tido baring situ. Ada satu malam tu aku, En Wan ngan Ibal tengah tengok tv kat hall. Dia tetido. Tengah-tengah syok aku ngan Ibal layan tv tetiba dia meggelupur. Tanjat ai. Mau tak. Dah la ko tido betul-betul tepi aku pastu tak tau ujung pangkal menggelupur. Seb baik aku tak melatah. Kalau tak memang dia dah makan siku malam tu. Tapi pastu aku cover line la malu dengan Ibal kan bakal suami tido ngigau so aku cakap 'Agaknya abang wan penat sangat ni. Dia kat Jepun selalu keje sampai 1-2 pagi'.

Aku ingatkan habis kat situ je.
First nite pun ngigau!
Dah la ko terpekik kan. Konfius sedara-mara aku awat pengantin laki pulak yang menjerit ni. Tebal je muka aku turun breakfast pagi tu. Puiii.

Rupanya sampai la skarang dia mengigau. Kira mengigau ni dah macam acara wajib tiap-tiap hari. Cuma sejak dah tua ni dah kurang la sikit. Dulu time muda aku terpaksa bukak silat kunci kekuda bagai. Now takde dah. Kalau dia menggelupur aku dah malas nak nak lock silat dia, aku pekik je terus diam tido balik. Settle.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2013-05-28

Gores & Menang


 
Random 1



Kalau sesiapa berminat dengan beg-beg ni, nak tanya lebih lanjut if the bags datang dengan card, dustbag, box, etc, silakan email direct to her ya.

 
 
Random 2

Email dari reader :



Reply dari kawan :



 
Random 3



Sindiket gores & menang ni hidup lagi eh?
Aku rasa dari zaman aku blom kawen sampai skarang, si gores & menang ni macam makin maju pulak. Ntah bila nak melingkup pun aku tak tau la.
Kalau orang biz cakap - ada demand, ada supply.
So adekah gores & menang ni banyak demand??
Atau adekah kita ni jenis yang mudah tertarik dengan benda murah dan free?

Aku penah ada peluang kena dengan gores & menang ni.
Tapi tak terkena la, cuma aku berpengalaman berdepan dengan situasi tu.
Masa tu aku blom kawen, tapi dah keje. Time tu Mak Aji ngan Pak Aji keje, aku ngan Ima je ada kat rumah. Aku ingat lagi masa tu hari Jumaat, dalam lepas orang solat Jumaat macam tu, ada sorang perempuan cina rambut panjang pakai baju kurung datang rumah cakap dia ada tawaran gitu gini gitu gini.

Mukadimah dia memang tak menampakkan yang dia menjual barang.
Dia cakap dia ni pekerja sukarela yang digajikan oleh satu syarikat. Syarikat ni nak buat survey sebab nak bina mall kat Bandar Baru Bangi. So aku pun layankan je. Dia kata takyah isi borang, cuma dia nak tanya aku beberapa soalan je. Bila dah sebut "beberapa" soalan tu aku bajet memang akan jadi lama la kan, aku pun malas nak berdiri so aku ajak masuk rumah.

Dia tanya soalan pasal berapa lama dah duduk Bangi, mak bapak kerja apa, selalu membeli-belah kat mana, perbelanjaan rumah sebulan berapa, bla bla bla. Walaupun aku rasa macam benda ni akan jadi meleret tapi soalan yang dia tanya tu masih dalam ada sangkut-paut dengan pembinaan mall tadi.
Pastu dah habis tanya soalan semua dia kata syarikat ada bagi a token of appreaciation la sebab aku sudi bekerjasama dalam survey tadi. So dia keluarkan 3-4 kertas gores tu and suruh aku pilih. Dia kata semua pun ada hadiah, antara besar ngan tak besar je hadiah tu. Hadiah paling murah pun RM50 voucher membeli-belah. Aku pun ambik la satu. 

Dia suruh aku gores. Bila aku gores tu terpampang lah kat kertas tu "Hadiah sebuah kereta Kancil".
Gila kauuuuuuu.
Kancil tuuuu.
Masa tu pulak baru start keje, dapat pulak menang keta memang dah kira mahvelles abis.
Tapi kesilapan dia adelah EKZEJERETand TOO EXCITED.
Macam over pun ada, padahal aku yang menang tapi kau yang terlompat-lompat terpekik-pekik kat hall rumah aku. Aku ngan Ima pandang je tebiat dia. Kau pehal ni? Ni sape yang dapat kereta ni, kau ke aku?

The way dia "gembira" tu fake nak mampus.
Like kejadah kau nak terpekik kat dalam rumah aku "OMIGODDDDDDD OMIGODDDDDDD YOU ARE SO LUCKYYYYY!!!!! I MUST CALL MY BOSS NOW! OMIGODDDDDD OMIGODDDDDDDDDDDD"

Macam lanch.

Pastu buat-buat call bos dia terjerit pekik "THIS CUSTOMER WON KANCIL!! OMIGODDDDD. SHE CAN COME AND COLLECT NOW RIGHT? JUST TAKE THE CAR LIKE THAT RIGHT? OMIGODDDDDD"

Kejadah???

Beria-ia bagitau dia dari pagi round satu Bangi paling tinggi hadiah so far is hamper bernilai RM250, kira aku ni gila punya luckyyyyyyyyy.
Puiiiii.

Dia bagitau kereta tu dorang park kat dalam kawasan Balai Polis area Puchong.
Lojik kah???
Tapi masa tu aku tak berminat nak tanya sebab aku rasa kalau dah masuk bab-bab kereta ni harus kena tanya mak bapak aku dulu. Time tu aku blom kawen kot. Of cos la semua benda kena tanya makbapak dulu.

Dia kata actually aku kena bayar RM5000 ONLY untuk dapatkan Kancil.
RM5000 tu sebenarnya untuk urusan documentation bla bla bla bla ntah apa dia merepek aku dah tak berminat nak dengar dah time ni. Sebab kepala aku cuma paham FREE means FREE.
Nama pun GORES DAN MENANG.
Lain la kalau nama dia GORES DAN MENANG TAPI BAYARLA DULU SIKIT.

Pastu aku cakap la aku taknak la hadiah ni lagipun masa tu aku dah ada Kancil.
Nak but apa banyak-banyak. Bukan aku ada lesen pun time tu.
Bayangkan dari mula dia terpekik aku menang kereta sampai la dia keluar dari rumah Mak Aji dengan kecewa, sejam setengah!
Dia ambik masa sejam nak persuade aku supaya bayar RM5000 tu.
Siap nak teman aku pi bank keluarkan duit bagai.
Kemaruk dowh.

Bila aku cakap aku taknak hadiah tu, dia cakap "Betul you taknak? Kalau u taknak I ambik lah. Takpe ke? Takpe ke I ambik?"
Konon nak saiko-saiko aku la.
Dia tak tau aku dah ada pengalaman dengan bapak saiko lagi seblom tu.
Boleh jalan ngan kau punya saiko.

En Wan pun pernah berpengalaman dengan gores & menang. Kat rumah lama kitorang, Putra Heights jugak. Chinese guy, pakai spek. Aku tak tau kisahnya yang dia datang untuk gores & menang. Aku just duduk dalam rumah. Tetiba aku dengar suara lelaki terpekik WAWOAWAOWOWOAOWOA lebih kurang la camtu.
En Wan kata kekdahnya sama la.
Buat-buat terperanjat and excited macam beruk, call bos bagitau ada pemenang hadiah utama, terlompat-lompat kat depan macamkan kau yang menang.
Kononnya En Wan menang 7 barangan elektrik. Semua barang elektrik tu dari Jepun.
Memang silap besar kau lah nak kencing orang yang 7 tahun duduk Jepun.
Pulak tu En Wan baruuuuu je balik dari keje kat Jepun, so dia kata dia tak pernah pun nama brand-brand yang budak laki tu bagitau.
Kung kuang kuang. Kantoi kaw-kaw.
Kena tengking ngan En Wan terus tak nampak-nampak dah kelibat dia pastu.

Aku rasa gores & menang ni salah satu sebab kenapa dia masih berleluasa adelah sebab dia tau takde orang yang tak suka barang free. Second, takde orang yang tak suka barang murah.
Macam yang En Wan tu, dia offer 7 barang letrik dengan harga cuma RM4000.
Barang letrik bukan calang-calang.
Home teater, vacuum cleaner yang pakai kat hotel-hotel lobby tu, mesin basuh, mesin jahit, pastu ntah apa menatang lagi at only RM4K. Mau tak buta mata kau kejap?
Padahal barang yang dorang offer tu semua bangsa yang belum tekan punat, mesin dah jem.

Now aku rasa dorang dah mula guna taktik pukau-memukau pulak.
Kalau dah sampai ke tahap ni dah memang setan sangat la.
Gila sengkek sampai nak kena pukau orang baru boleh bagi anak bini mak bapak kau makan.
Aku rasa dulu penah keluar kot kat TV pasal gores & menang.
Tapi tak tau la apesal, macam takde efek je dorang ni.
Lagi kita highlite pasal ni, lagi dia pulun. Dah kita ni macam bagi free marketing pulak kat dorang.

So readers, kita sama-sama hati-hati ya.





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-05-27

Beauty


Aku suka tau kalau jalan-jalan kat mall lalu depan beauty salon. Tak kira la hair salon ke, nail salon ke, janji yang ada sangkut-paut dengan penjagaan kechantekkan. Salah satu sebab aku suka is tempat-tempat macam ni wangi and mendamaikan. Macam bila kau masuk area tu ko rasa macam kau sihat, kau bersih, kau cantik. Everytime kau keluar dari salon otomatik kau akan rasa kau lah manusia paling gojes di atas muka bumi biarpun kau potong rambut ala-ala rambut cendawan, tetappppp feeling gojes. Tapi memang betul. Everytime lepas buat manicure or hair treatment or bodyspa, kau akan melangkah keluar dengan penuh keyakinan sebab rasa diri sangat 'I'm ready to face the world'.

Walaupun begitu aku tetap tak tergolong dalam golongan itu. Tapi aku suka gila tengok pompuan-pompuan yang macam tu. Pompuan yang jenis ada jadual buat hair treatment, ada jadual nak pi body massage, ada jadual nak buat foot spa, ada jadual nak buat kuku, nak buat facial, etc. Aku rasa dorang ni hidupnya sangat organize. Sebab sebelum dia meng-organized-kan benda lain, beliau telah meng-organized-kan diri sendiri dulu.

Aku pernah baca satu artikel ada sorang model ni yang tak akan keluar rumah kalau kuku dia tak cantik. Biar muka berselepet tak bermekap, janji kuku berkilau. Bagi dia, kecantikkan seseorang terletak pada kuku. Well, that's true. Tapi, hmmmm....sapekah dia yang sempat nak mengekelebet kuku aku kalau aku berjalan?
Oh, lupa pulak. Kau bukan model, Diana.
Memang kau berjalan pulang balik pulang balik pun takde sape nak kisah.
Jangan mimpi, Diana. Jangan mimpi.
Tapi kalau model-model aku rasa memang dorang kisah.
First, sebab dorang memang dah di-trained untuk menjadi begitu. Of cos la kan, diri dorang adelah produk dorang. Of cos kena jaga kecantikkan dan penampilan kan.
Second, kalau dah nama orang cantik, tak payah disuruh-suruh. Memang orang akan tenung kau atas bawah, jadi penampilan diri dan kecantikkan tu memang perlu dijaga.

Aku pernah tau gatal-gatal nak jadikan diri sendiri like them. Try la nak buat manicure konon. Letak kat jadual sekian-sekian haribulan, mesti pegi buat manicure pedicure and foot massage. Sekian-sekian tarikh pi buat body spa. Blaja-blaja pakai body lotion before tido. Blaja-blaja pakai krim and sembur perfume before tido.

NAN ADO!

Kejap je kegatalbijikkan itu.
Memang tak lama pun.
Sempat la buat manicure 2 kali pastu kuku aku kemana, tumit aku kemana.
Moh le kita ketip kuku kat rumah alas sokabar je sudah.




Foot massage?

Sebenarnya aku tak penah pun nak kisah tumit aku apa jadik. Dulu tumit aku cam keras and kering sampai pecah-pecah menggelupas. Aku tak perasan lansung, until satu hari tu kaki aku kejang. Masa tu aku outstation tido sebilik ngan member aku. Member aku yang urut kaki aku menjerit bila pegang tumit aku dia kata tumir aku cam kayu. Pastu aku rasa tumit dia mak aiiiiii lichennnn. Aku pegang tapak tangan dia halus je. Takde lansung kedut-kedut urat. Dia cakap dia rajin pakai lotion and buat foot spa. Pastu aku pun try la join foot spa. Pun 2 kali jugak. Pastu malas la. Aku just tak reti duduk diam. Aku rasa penat la nak tunggu orang siapkan kuku tangan tumit kaki kepala aku semua. Last-last aku foot spa guna berus sabut je. Lagi lichennn. Aku genyeh kaw-kaw terus tak berani dia nak kematu-kematu segala.




Facial.

Actually aku tak berapa paham bila orang kata dia buat facial sebulan sekali.
Buat facial tu sebenarnya camana?
Aku rasa aku hari-hari pun cuci muka, 2 hari sekali aku scrub, seminggu 2 kali pakai mask, hari-hari tepek mosturiser. Tu bukan kategori 'buat facial' ke?
Ke kalau buat facial tu dia bagi rawatan khas?

Tapi seriesly aku kagum la tengok orang-orang yang beauty conscious macam tu. Orang-orang jenis ni kau boleh nampak dia camne. Tengok muka pun dah boleh bajet muka jenis pegi buat facial, buat treatment satu badan, selalu pi massage semua. And aku selalu ada satu pandangan yang tinggi kat kelompok-kelompok ni. Aku rasa dorang ni duduk dalam kelas yang tersendiri. Kalau kelas tu ada 4 tingkat, aku memang kat ground floor la.

Aku suka tapi aku tak buat.
Sebab aku jenis yang malas.
Nak kata malas jaga diri tu tak jugak. Cuma aku malas nak membelai diri. Rasa cam aduiii lambatnya siap kuku aku niiii. Kalau buat sendiri dah lama siap. Kalau ikut perangai aku, aku suka ambik yang basic.

Janji kuku berpotong.
Janji rambut bershampoo.
Janji kulit tak berkerak.
Janji muka tak bersememeh.

Tapi tak janji la boleh jadi lawa cam Erra Fazira.
Dah kau taknak membelai diri kan.
So takyah berangan nak jadi jelita sangat okeh?

Tapi aku tetap suka tengok orang yang dalam kelompok beauty conscious and stylish. Rasa segan je nak bergaul dengan dorang. Kang dorang bukak cerita pasal lotion body terfamous, pasal skin essence, pasal rawatan muka serbuk emas, pasal warna kuku terkini, abis aku nak cakap pasal apa? Nak cakap pasal aku beli ketip kuku kat mana eh?
Pftttt.

Dulu aku pernah la terfikir nak buat Brazillian wax.
Tetiba datang kekuatan nak mencantikkan diri la konon.
Segala benda aku nak cukur.
Tapi aku tengok gamba Brazillian wax tu macam separuh nyawa je. Takde yang cantik muka. Semua herot-berot tahan sakit. Tengok pun dah ngeri. Pastu membayangkan kalau tetiba masa dia sentap wax tu tersiat sekali dengan kulit aku. Tak ke satu hal terkangkang-kangkang aku berjalan balik rumah dah macam rupa kongkang je dari jauh.
Takpelah.
Biarlah aku settlekan kat rumah je.
Cabut bulu ketiak pun sambil meleleh-leleh airmata, inikannnnnnnnnn.
Uiii selisih.

But aku always nak blaja-blaja membelai diri. Cuma tak pernah lekat. Manjang je halfway. Maybe aku sendiri bukan jenis yang macam tu kot, sebab tu tak penah menjadik kalau nak membelai diri. Berangan je lebih. Bayar membership je la keje aku. Peginya tak penah.
Or maybe aku pun takde kawan-kawan yang dalam kategori beauty conscious so takde geng yang bagi support. Kalau ada kawan-kawan yang buat benda yang sama ada la jugak harapan nak istiqomah kan.

Maybe untuk permulaan ni aku kena start berkawan dulu dengan Kak Ton.
Mungkin akan ada perubahan.




Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here

Sunday


Kebetulan Ima balik Bangi this week so dapatlah aku memenuhkan 'percutian' aku yang sangap ni.
Besday Ima 4 Jun tapi disebabkan aku boring so aku celebrate besday dia awal sikit.
Eh sukati aku la kan.
Lagipun Ima akan duduk kat Bangi sampai bulan puasa, insyallah. Jadi kalau nak celebrate 4 Jun maybe laki dia takde kat sini, tak best la pulak kan takde laki dia. So kitorang celebrate semalam. Takde celebrate apa sangat pun, dah tua dah. Takat ada makanan je cukuplah.

Pagi semalam reporter yang buat cover pasal blog/online shop aku mesej yang pagi tu aku keluar kat Saffiya TV9, 11am.

Ok, gabra.

Sebab aku tau apa yang terjadi sewaktu interview tu dan the level of 'kayu-ness' masa aku menjawab soklan-soklan. So aku taknak tengok.
Tapi En Wan sangat sexited rupanya dia pi rekod kat atas.
Tapi tu la kan, rekod pun alahaiiii....guna tablet.
Kesian kan, beli Beyond tapi tak beli recorder. Maka abaikan lah suara Redza terpekik kat dalam tu.




Wahhh...kemain kembang lagi aku.
Takde sape nak bagi aku try produk peruncing muka? Aku rela jadi bahan testimoni.

Halfway, aku masuk bilik.
Aku tengok sambil tutup telinga. Rasa cam tak sanggup je dengar suara sendiri.
Pastu Ima ngan Ibal mesej cakap dialog aku cam cilaka sebab sopan sangat. Dorang kata seumur hidup aku tak penah bertatasusila macam tu. Bodo punya adik. Abis tu takkan nak suruh aku gelak macam setan time interview kot. Satu Malaysia heart attack dengar aku gelak kang.

Yang penting dialog aku sebelum interview "Bang, taknak bukak lampu ke? Taknampak saya kang"

Abang kameraman tu "Nampakkkk. Clear ni"

Mungkin maksud dia clear nampak kaler kulit kot. Ngagagaga.

Lepas habis Saffiya, terus siap-siap balik Bangi.
Aku dah tak tahan melepek kat rumah.
Padahal kat Bangi pun sah-sa dalam rumah jugak kan, but at least ada ramai orang. So aku boleh melepak-lepak sambil ngumpat-ngumpat.



Kek besday Ima
Aku ingat nak beli red velvet cuppies kat Little White Cafe tapi Aunty Faizah (owner) sms bagitau cuppies ada ompek je. Terus tak jadi. Singgah SR beli kek. Ni pun En Wan yang pilihkan sebab kalau aku yang pilih memang konfem takde lain melainkan Blueberry Cheese Cake.  

 
Tajuk dia Marshmallow Berry Cheese Cake (kalau tak salah) Boleh tahan kek dia, sebab ada rasa masam-masam so dia potong muak.



Aku suruh Mak Aji buat mee goreng. Mee goreng Mak Aji ni memang takleh buat untuk jual sebab versi permintaan aku mee tu harus ada fishcake, fishball, sotong, udang siap kopekkan kulit, togeh jangan letak, sawi letak 3 batang je. Gitu
 
 
 
Permintaan Mak Aji suruh aku belikan cornish a.k.a karipap omputih.
Semalam takde yang original, so aku beli yang spicy. Memang takde la aku makan. Yang original pun dah pedas. Tapi cornish ni sedap, cumanya semalam aku takde selera nak makan sebab nak blasah mee goreng 2 pinggan.



Tapi ini jugak yang paling laku.
Memang kalau dah tekak melayu tu kan, tercampak kat mana pun dia tetap akan back to basic. Makanan melayu jugak dia akan carik. Begitulah akan adanya suami saya. Beli 20 keping. Dia sorang je 5 keping.



Cewahhh.
Orang lain semua tengah leka kecoh-kecoh nak siapkan meja makan si kenit ni hampir hampirrrrrrr mencepuhkan tangan dia atas kek ni. Seb baik mak dia sangat efisien dalam bab pekik-memekik.



Sekali aku pekik terus sopan duduk.
Tu dia tengah pandang muka aku yang sedang men'sound' dia. 





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-05-25

Glow


Berangan kan aku nak pi holiday bagai.
Rupanya ada orang tu tak book pun hotel.
Cam bangang-bangang je aku bajet this week pi holiday.
Rupanya dia ingat aku book, aku ingat dia book. Ujung-ujung dua-dua sangap kat rumah.
Nak book last minit jangan harapla. Orang Malaysia ni semua kaya-kaya. Semua hotel fully booked. Berbulu je aku.

Plannya nak gi stay kat Philea Spa Resort Melaka.
Semalam dah kecewa ni tetap call jugak nekad la kot-kot la suite available. Blasah la suit pun suite walaupun ketaq jugak nak membayor ni. Rakyat aku mana cukup takat satu bilik je. Kurang-kurang nak dua. Tapi, nan ado. Dari semurah-murah bilik sampai ke mahal-mahal bilik semuanya tak available. Takplah, memang suruh aku duduk rumah je kot cuti panjang ni. Len kali je la bercuti.

Kecewa punya pasal pikir jugak mana nak pegi. Janji keluar dari rumah.
Nak shopping malas. Tak tenteram nak membeli belah kalau bawak laksamana tu.
Last-last, gi Summit je la makan sushi.



Aksi Redza tu adelah aksi biasa kalau kamera dihalakan pada dia.



Ni eksyen je untuk bertujuan bergamba. Makan tak pun.



Kitorang tunggu 20 minit depan pintu masuk semata-mata nak makan sushi. Mula-mula aku dah malas. Gila ramai manusia makan sushi semalam. Pastu aku datang kebetulan memang time makan so jangan harap la ada orang nak keluar awal. Aku ajak En Wan pi Black Canyon je sudah. Rupanya En Wan memahami perangai bini dia yang suka mengungkit kalau tak dapat makan apa yang dia nak. Dia kata dia tau sangat kalau aku dah kata nak makan A tapi akhirnya makan B, selalunya besok tu jugak kena patah balik untuk makan A jugak-jugak sampai dapat. Selagi tak dapat selagi tu aku dok nyanyi-nyanyikan kat tepi telinga dia.



Panorama biasa seorang blogger.
Dengan oren juice pun nak ambik gamba.
 


Of cos aku punya. Aku tau makan ni je pun.
Tapi dia punya craving nak makan sushi macamkan tau makan semua jenis sushi.
 

 
Pun aku punya jugak.
Tapi biasa la kan, time aku order tu cakap membazir la takde sape makan la apa semua.
Bila time aku nak makan tau-tau dah tinggal seketul je.



Redza punya.
 


Ni pun aku punya.
En Wan makan benda ni elok je masuk kat mulut.
Time aku makan tak tau pesal bendalah ni asik nak bergolek jatuh kat pinggan. Nampak jakun nau aku semalam.
 


En WanG punya




Hari ni pagi-pagi masih dah blur tak tau nak buat apa.
Aku ni kalau kepala dah set nak bercuti memang payah nak gostan untuk buat benda lain. Semua benda akan jadi tak menjadi. So pagi-pagi lepas makan nasik lomak Pak Abu kat Shah Alam, kitorang gi Empire Subang sebab aku nak carik barang sikit.






Gambar ni semua mukadimah je.
Aku nak bagi free review kat Shu Uemura ni.
Aku pun baru tau je pasal ni, tu yang nak share kat korang kot-kot ada yang blom tau.
Asalnya aku nak beli pencuci muka je.
Tapi sales kat sini memang semuanya puaka-puaka.
Dorang macam tak puas hati tau aku keluar bawak satu barang je lantas dorang cakap 'Eh, kulit muka you sangat bagusssss. I bagi u try satu compact powder, u try tengok dia bagi kulit you lagi glow'

Kemain kan, gaya seorang sales yang menanti pemangsa.
Puji aku melangit.
Tapi kira yang ni ok lagi.
Kelmarin ada reader ambik Ephyra kat rumah, dia tunggu kat hall.
Aku turun dari bilik, the moment dia nampak aku "Kak Di ni tipulah. Selalu kata kat blog Kak Di hitam. Mana ada hitam. Ya Allah, Kak Di putih!"

Pehhhhh.
Aku PUTIH you olllllsssssssss.
Silap je tadi tak rekod pujian budak tu. Kalau tak boleh aku jadikan testimoni. Wakakkaka.

Tadi masa sales tu kata kulit muka aku ok la apa la aku pun iye kan je la.
Kebetulan En Wan merayap so aku tak rush, jadi aku tadah je la muka aku.
Dalam hati cakap jangan harap la aku nak terpedaya.

Gambar di bawah adelah lakonan semula di rumah sebab tadi kat kedai takde sape nak snapkan gamba aku.



Wajah before.
Kulit muka aku bersihkan guna mekap remover pastu letak toner.


 
Wajah after.
Sapu mosturiser sikit and terus tepek compact powder sahaja.
 
 
Amacam?
Macam licin je kan?
Oh ini bukan edit ya, ini memang benar-benar kejadian.
 
Kalau bedak ni boleh tutup wrinkle bawah mata aku tu lagi bagus.
Tapi apekan daya. Dah tua buat cara tua kan. Redho je lah.
Tapi aku macam kagum gila tengok just dengan bedak tu je takyah pakai foundation bagai boleh nampak lichennnnn muka ai.
 
Sales tu kata product Shu Uemura ni banyak guna mineral-mineral. So powder ni dia serap minyak pastu dia bagi muka nampak radiant bla bla bla bla. Aku tak dengar sangat dah masa ni sebab aku busy kelebet muka aku cam tak caya dia leh jadi licin.
 
 
 
Sape nak try, boleh la beli tajuk dia 'Dual Fit Pressed Powder'
Harga dia RM210.
Kalau refill RM140.
Yang belah kanan tu mascara tajuk 'Length and waterproof'.
Yang ni pun aku baru je beli tadi sebab kebetulan L'oreal aku dah habis so dah alang-alang kat situ aku rembat je la. Tak sure la ok ke tak untuk aku. Tak try lagi. Agak-agak tak ok aku jual kat blog nanti.
 
 

 
En Wan pesan, sesape yang order T shirt (untuk pakej beli dengan jeans), jangan lupa tulis size T Shirt kat ruangan Remarks. Dia kata ramai yang tak bagitau. Maybe terlupa.
 
Hadiah kat atas ni dia suruh tunjuk pada si peng-request. Ni bukti dia balutkan.
 
Aku cam kenalllllll je pembalut hadiah ni kan.
Aku rasa macam pembalut ni aku stanby beli untuk customer aku.
Time aku beli wrapping paper wah kemain lagi 'Eh apa ni beli pembalut hadiah sampai RM2.50?'
 
Kann???
Tapi ujung-ujung dia yang guna.
Sardin je pulak ambik tak bagitau. Cis.



Gift for Ephyra yang terbaru.
Tempat letak henfon :)
Tak pun letak la syiling ke, ubat-ubat ke, pad ke.





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-05-23

Penat


 
Aku pun tak berapa nak paham apa aku tulis


Ni schedule aku bulan ni.
Abaikan contengan di belah kanan planner. Paham-paham je la kan sape punya keje.

Some ada yang hantar email 3 kali dalam masa sejam, maybe sebab tunggu respon aku tak dapat-dapat so dia hantar banyak-banyak kali. Aku faham korang tunggu respon but I'm sorry tapi schedule aku quite pack. Kalau tak keluar jumpa client lain cerita, sambil buat keje sambil reply email. Tapi kalau aku out of ofis, memang slow sikit aku respond. Sebab masa aku habis kat atas jalan, pastu jumpa orang. Kadang-kadang mata customer aku pun menjeling-jeling je phone aku asik blinking email masuk. Aku lagi la terasa-rasa nak check time time tu jugak. Tapi apekan daya.

Kalau email berbentuk enquiry like Ephyra, baju, kukis and advert, insyallah aku respond dalam masa 24 jam. Kalau dapat respond cepat, aku buat cepat, sebab at the same time enquiry customer company aku pun masuk jugak. So, aku cuba sehabis baik untuk juggle. Kalau email mintak pandangan and pendapat be it kat email atau kat FB, aku memang baca cuma aku perlu dapatkan mood Kak Sri Siantan supaya boleh bertenang-tenang reply email.

Today rasa diri sangat penat.

Balik driving tadi sambil nangis. Nangis sebab mengantuk and penat sangat tapi takleh tido. Rasa cam apesal lembab sangat keta ni gerak. Kang aku benti tepi tido jap takut kena sodok ngan lori pulak.

Sape penah driving sambil nangis sebab too tired?
Aku jarang tapi ada la jugak 3-4 kali.
Nangis sambil masak penah? Hahah.
Yang ni pun aku penah.
Sambil goreng ikan sambil nangis sebab penat sangat tapi mulut nak makan. Nak keluar makan nanti kena tunggu lama, kena beratur. Malas. Habis tu takkan nak belapar kan. Terpaksa la masak. Goreng ikan masin je pun tapi mengongoi nangis sebab ikan ni lambat sangat masak.

Penah masak sambil duduk atas kerusi?
Yang ni pun aku penah.
Tu yang En Wan menyampah layan aku tu. Dia tak tahan dengan aku punya drama.
Kau suruh aku masak aku memang tak tolak punya. Aku tetap masak. Tapi akan ada drama sikit la.
Masak sambil duduk atas kerusi sebab penat sangat tak larat nak diri.
Masak sambil nangis sebab lauk lambat sangat masak, aku dah penat cmpur lapar ni.
Kopek ikan bilis sambil pejam mata pun penah.
Pejam mata bukan sebab terer sangat kopek ikan bilis pejam mata pun boleh. Bukan yang tu ya.
Tapi yang ni kopek ikan bilis sambil pejam mata sebab sambil kopek sambil tido-tido ayam.

Kadang-kadang aku dah penat tapi tekak tetap nak makan lauk special-special and lauk tu tak jumpa kat mana-mana kedai. So terpaksa buat jugak. Takde paksaan dari sesape pun. Aku nak buat. Tapi sambil buat sambil nangis. Tapi now dah ada mak, agak susah aku nak buat drama airmata aku ni. Kadang-kadang merembes jugak. Tapi cover la dengan kain. Aku kan kalau masak macam nak pergi berperang bertutup litup lengan-lengan semua, kadang-kadang tutup muka sekali tinggal nampak mata je. So kalau aku nangis tu mak aku tak perasan sangat. Cuma dia mesti terpikir apeke teruk benor menantu aku ni masak. Kalau buat telo bistik tahan la jugak. Ni goreng telo mata je tapi preparation macam nak pi angkasa lepas. Satu badan cover.

Now aku baru sampai rumah.
Taknak singgah opis.
Aku nak tido sebenarnya ni tapi macam dah petang sangat. Sat gi nak hantar Redza gi tusyen pulak.
Maka tadi aku pun tergerak hati nak check email En Wan.
Oh, En Wan sangat telus. Password email dia semua dia bagi aku.
Aku punya password sorry la nak bagi kau. Ngahahaha.



Wah wah wahhhhhhhhhhhh.
Kemain meriah nampak email, bang??
 





Ephyra Best Buy Deal : Click here and fill up the form
Contest Hari Ibu Ephyra : Click here
Mak Aji's Cookies : Click here

2013-05-22

Button


Lawan tokey sangat laki aku ni.
Aku sibuk produce baju untuk raya dia pun sama sibuk dalam senyap-senyap tau-tau dia bagi aku slide ni untuk tepek kat blog. Patut la malam-malam bertapa kat bilik Redza sampai 3-4 jam siap kunci pintu bagai punyalah P&C la konon. Taknak kasik competitor dia ni tau plan dia nak publish promo for raya. Puiii.

Tadi masa dia explain kat aku nak buat gitu gini gitu gini aku terpandangkan slide excel dia.
Gilerrrrrrrrrrrrr. Member buat sales forecast siap ada pie chart Superdry kauuuuu.
Uihhh, takut aku. Kang silap-silap kompeni aku pun dia ambik alih. Wakakakaka.

Now dia takde, dia keluar pi stadium tengok bola. Tak tau la sape lawan. Tganu la kot kan.
So seblom keluar tadi dia dah berjanji nak rasuah aku meatball Abang Burn kalau aku publishkan entry dia ni. Meatball punya pasal, laju-laju aku update blog.

Sebenarnya nak bagitau jeans Superdry yang ditunggu-tunggu sudah sampai last week. Tapi aku pack sangat tak sompek nak masukkan slot entry Superdry dia ni. Kali ni En Wan bawak masuk 3 guni terus. 3 guni dengan 3 design yang berlainan. Kali ni En Wan bawak size yang lebih vary. Tapi aku tak sure berapa helai setiap size setiap design, so sape cepat dia punyo. Sila refer offer dia di bawah :



Seluar memang dah ada, kalau nak beli terus boleh je.
Cuma dia cakap kot kot la ada sesape nak book dulu and post kendian-kendian especially nak mintak post dekat-dekat raya ke kan. So kalau nak book, cuma RM20 je. Nanti dia simpan la untuk kau. Tapi booking hanya sehingga 7 Jun je. Full payment kena buat sebelum 21 July.

Kau boleh beli jeans sehelai.

Kalau nak beli jeans 2 helai, jeans yang kedua dapat RM10 off.

Kalau nak beli 3 helai, jeans kedua dan ketiga off RM10....dan seterusnya.

Agak-agak lepas beli jeans nak beli T Shirt, kau boleh dapat T Shirt dengan harga RM15 off dari harga asal. T Shirt ni adelah T Shirt yang dah publish dulu-dulu, masih ada a few helai lagi in stock. Ada 7 design je, yang lain semua dah sold out.

Kalau ada apa-apa kemuskilan nak tanya, boleh email wuw757@yahoo.com (ni email En Wan, bukan email aku. Selalu En Wan kata orang mukadimah kat email "ASW Kak Di").

Kali ni En Wan bawak masuk tema dia "Superdry Jeans Button" :



Kalau tengok kat gamba jeans SDJ-005 ni, ada tulisan SUPERDRY kat belakang. Yang ni smart sikit aku tengok. Sebab En Wan pakai satu.



SDJ-007 : Yang ni kaler dia lagi faded dari SDJ-005



SDJ-009 : Dalam dia mcm ada stripe

Ok yang ni T Shirt yang dapat RM15 off.
Dia ada tulis situ berapa kuantiti je lagi tinggal untuk setiap size.
Yang lain semua yilekkk.

Baiklah, itu saje kali ini. Saya nak tengok tv.
Kalau En Wan balik kang dia tak bawak meatball aku, siap dia. Esok aku delete entry ni. Huahuahuah.
Sape yang nak beli 2nd jeans atau T Shirt sila nyatakan size kat ruangan Remarks.
Seperti biasa, FREE POSTAGE.



Name:
Email Address:
Jeans : SDJ-005 : RM130.00
SDJ-007 : RM120.00
SDJ-009 : RM120.00
Size : 29
30
31
32
33
34
36
38
My second jeans (if any) SDJ-005
SDJ-007
SDJ-009
None
My T Shirt (if any). T Shirt A : RM45.00
T Shirt B : RM45.00
T Shirt C : RM45.00
T Shirt E : RM45.00
T Shirt G : RM45.00
None
Quantity
Address
Phone number
Remarks (if any)