Untuk bacaan bersama.
Dari email yang dihantar kepada saya (wah, tetiba 'saya') :
Dulu sewaktu baru siapkan sebuah projek, dalam tempoh kecacatan ada tertulis satu kecacatan yang biasa kita jumpa:
"Aircond TIDAK sejuk"
Kita pun mengarahkan kontraktor dan membuat siasatan berhubung kecacatan itu, mungkin kena servis semula dan uji semula. Akhirnya selesai. Pihak pemilik bangunan pun diberitahu kecacatan sudah diperbaiki untuk di update dalam senarai kecacatan pada bulan hadapan.
Bila lihat senarai pada bulan hadapan, memang kecacatan itu sudah hilang, timbul kecacatan baru:
"Aircond TERLALU sejuk"
....
Manusia ni, comfort level kita berbeza. Ada orang dah terlalu sejuk siap berstokin dalam masa sama sorang lagi rilek saja tak pakai apa2, eh!
Tu satu bab, satu bab lagi ialah untuk memenuhi nafsu dan selera semua orang adalah mustahil.
Lazimnya, orang yang banyak peminat, banyak orang kenal maka dia banyak musuh juga.
Buatla apa pun kebaikan, kebajikan, tetap ada musuh membalas sinikal atau sakastikal.
Bagaimana baik pun orang itu, tetap ada orang tak suka.
Contoh artis perempuan, waktu jd artis muda belia, tidak pakai tudung, orang kata kat dia:
"Macam mana cari makan aurat terdedah macam tu?"
Kemudian bila terbuka hati atas sesuatu sebab, mula teringin memakai tudung, mula keluar dengan imej bertudung, orang kata juga juga, sebab pakai tudung pulak:
"Pakai tudung pun tak guna kalau masih jadi artis!"
Orang yang sama juga kata.
Kemudian bila si artis tadi dah tak keja sebagai artis sebaliknya mula meniaga:
"Ah nak meniaga apa modal semua datang daripada duit nyanyi tak bertudung dulu"
Ke situ pulak?
Kemudian bila berenti meniaga semua duk rumah jaga rumahtangga dikata pulak:
"Tu duk rumah pasal tak boleh buat apa la tu, kena bala la tu!"
Semua orang buat salah. Dia saja betul. Begini cara kita dengan saudara seagama kita?
Tambah kalau saudara kita tu seorang ustaz, tok guru, lagi besar ujiannya sekarang.
Kalau kita pun selalu kena uji begini, antara ubat penawarnya ialah menghayati sepotong doa yang ada dalam qunut setiap kali solat subuh, maksudnya;
"Tidak akan mulia orang yang Allah hina, tidak akan hina orang yang Allah mulia"
Nabi SAW sewaktu kecil dikenali sgt baik, sgt amanah, sgt jujur, tak pernah berbohong walau sekali, sgt berkaliber, sgt hebat akhlak dan peribadi. Baginda di gelar Al Amin.
Nabi SAW juga sgt cantik, kacak, elok perangai, sgt bertimbangrasa, sgt tolak ansur, sgt pemurah. Baginda disifatkan demikian oleh semua orang, termasuk Abu Lahab, Abu Jahal yang sangat menyayangi anak saudara mereka itu, ketika itu.
Dengan semua sifat dan kehebatan akhlak Nabi mulia ini, selepas sahaja Baginda menyeru kepada agama pada usia 40 tahun, Baginda mula dicaci, dihina, dituduh macam2, dipulau, dipukul, disakiti mental dan fizikal, dilempar najis, diancam dan dirancang bunuh! Abu Lahab dan Abu Jahal juga yang menjadi antara mastermindnya.
Sejak itu Baginda diperbuat demikian malah hingga sekarang, oleh segelintir anak didik Abu Lahab dan Abu Jahal yang masih hidup.
Mereka tiada hujah, mereka cuma membebel dan melepaskan marah dan anggapan. Kita minta satu sahajapun hujah, mereka takkan mampu bagi.
Sebab mereka memang tiada hujah!
Mereka tak akan dapat lari, kematian ada di depan mereka!
Nabi Muhammad itu tetap mulia dan berduyun-duyun orang memeluk agama mulia yang benar ini di seluruh dunia sehari-hari.
Allahhumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
Wallahu'alam, wassalam.
2011-05-30
Share
2011-05-27
Does nipple color matter?
Ada orang tag aku dengan cream penge-pink nipple.
Aku macam...kau dah takde benda lain lagi ke yang nak diproduce sampaikan benda-benda kecik like kaler nipple ko nak kecohkan?
Aku tak kisah yang menjual.
Tapi aku wonder kenapakah nak pink-kan nipple.
Kalau dark brown tak cantik ke? (eh, macam terbagitau pulak kaler nipple sendiri)
Kat saper je la yang ko nak tunjukkan nipple tu yang ko concern sangat pasal kaler?
Aku penah tanya En Wan dulu, pasal ni.
Aku : Bang, omputih nipple dia pink-pink kan?
En Wan : Kulit dia putih.
Aku : Kalau abang, suka kaler apa? (Dah seploh tahun kawen baru teringat nak tanya kan? Dah selamat dah pun dia balun).
En Wan : Rasa dia lain-lain ke?
Aku : Mana ada lain? Tapi Di baca-baca ada gak yang concern pasal kaler nipple.
En Wan : Agaknya kalau pink tu nampak cam fresh. Kalau hitam tu macam kotor sikit.
Amboi bang.
Ni sebenarnya bagi pendapat ke, perli aku??
Aku suruh isap tetek sendiri pasni kang.
Tapi nampak tak apa sebenarnya yang tersirat disebalik jawapan En Wan tu?
Dari jawapan dia tu aku rasa kebanyakkan lelaki kesah apa kaler nipple kau??
Tak tau la kalau ada yang kisah siap nak komplen apesal puting susu kau kaler koko.
Tapi aku rasa lelaki takde de fussy sampai macam tu sekali nak kelebet apa kaler puting kau. They're probably just happy to be seeing boobs.
Lain la saiz tetek. Maybe itu ada sikit kisah.
Tak pun tetiba tengok nipple kau kaler green apple. Haa, kauuu. Baru melompat. Silap-silap kejang.
Tapi kalau ye kisah, aku nak gak tau apa sebab pink lagi didambakan dari dark color.
Setau aku, nipple color ni has something to do with skin ton, tak pun hormon.
Kalau kaler dia pucat pun maybe ada sangkut paut dengan petanda cancer.
But to pink-kan puting susu yang berkaler koko adelah persoalan di situ.
Mengapakah nak beli cream pink-kan nipple???
2011-05-26
Business info
This is another option untuk slim dengan kadar segera.
Nama dia SPANX, bukan SPANK.
Kalau nak SPANX, boleh klik SINI
Kalau nak SPANK tunggu malam-malam kang.
Bak kata tokeynya, si Khairiah, spanx ini adalah untuk kontrol bahagian-bahagian yang kita rasa tak perlu ditunjuk kat orang ramai seperi peha yang menggeleber, perut yang terbuai-buai, bontot yang leper dan tetek yang hidup segan mati tak mahu.
Pendek kata, SPANX ni ala-ala PB. Cuma SPANX ni memang untuk instant shaper, PB tu tujuannya pelbagai.
Nak kecikkan peha?
Nak leperkan perut?
Nak montokkan bontot?
Nak besarkan buah dada?
Sila kontek kerryblogshop@yahoo.com atau klik link kat atas.
Untuk mereka-mereka yang suka hias rumah and collect barang-barang cute-cute dan colourful, boleh ke SINI
Nama kedai ni The Cage Deco dekat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Kalau jauh, beli je online thru website dia.
Barang-barang dia memang barang keperluan rumah cuma fokus dia adelah kepada elemen-elemen cute, cozy and simple but nice.
Boleh email ke tuan punya kedai watie_rose@yahoo.com or link kat atas. Pandai-pandai korang la.
Tuan punya kedai ini yang gunakan nama Lexthary Dalova terus-terang cakap online shop dia masih baru. Dia baru berjinak-jinak nak buat bisnes online, so barang pun tak banyak lagi, website pun belum ada. Jangan nanti ada lagi anony-anony yang tak sayang mulut bagi komen 'Blog macam ni pun Kak Di nak promote ke?'. Bior le orang baru nak bisnes, takkan nak masukkan stok berpukal-pukal. Kalau ada demand, korang support, insyallah esok sape tau dia bukak kedai sebelah Jakel. Hambik kau.
Aku suka jumpsut ni. Tapi takat suka je la. Cara-cara badan aku kalau sarungkan dalam jumpsuit ni insyallah macam nangka.
Boleh ke SINI or email dia : mlestary_weirdo@hotmail.com
Kalau ada sesiapa yang nak tukar selera tudung, boleh la check-check kat SINI
Azryn nama tuan punya bisnes.
Memang banyak tudung-tudung budak ni jual, macam-macam kaler and kalau yang looking for tudung yang labuh cover dada but still look good, kat sini ada banyak. Yang gamba aku tunjuk kat bawah ni sebahagian je. Each of the tudung kat dalam gamba ni datang dengan various kaler.
Interested kalu, boleh click link atas or boleh call 012-6898840 (Azryn).
Ni mesti feveret semuaorang yang pemalas macam aku nak pi sauna.
Beli sendiri dan mandi waplah kamu setiap hari sukati nak wap berapa lama pun sampai terbako pun boleh.
Go to http://www.saunamu.com/kalau nak information lebih tepat and contact number.
Tak sompek
To those yang hantar email untuk promote bisnes/barang, aku mintak maaf sangat-sangat. Memang selalu tak sempat (read : procrastinate). SORRY. Aku try today. But bagi aku settlekan apoointment dulu ok?
Dan bagaimanakah harus aku explain lagi yang bukannya aku taknak accept fren request, tapi celah mana aku nak accept kalau yang ada ni pun aku belum accept lagi.
Wa bukan Ipoh mali, tapi wa pun tatak sombong munye olang.
Jadi sila sod ba ro. Boleh ok?
Later.
2011-05-24
Step 1 done.
Ok tetiba FB box aku dah macam ruangan Kak Sri Siantan.
Ramai tanya pasal PB. Ni mesti lepas aku buat entry pasal PB tu.
Ada yang tanya pasal penipuan, harga mahal melampau, MLM cekik darah and all.
Tang tu aku rasa aku tak berani nak sentuh.
Sila jangan tersasar dari mesej ye anak-anak.
Aku cerita pasal PB je.
Kalau korang nak sangkut-pautkan dengan klik FB dapat RM100, susu IgG, air mineral ajaib, bla bla bla....itu boleh la buat kajian sendiri. Aku cerita pasal PB sebab itu aku dah guna.
Apa benda yang kau buat secara constant and disiplin memang akan ada hasil.
Contoh paling senang (tetiba aku menyampah guna word PALING), kaum pribumi yang telinga panjang, leher panjang, etc. Tu semua sebab dia constant pakai pemberat. Rakyat Cina dulu-dulu bentukkan kaki anak-anak pompuan dengan pakai kasut apa eh, lupa lak. tapi kasut tu kecik la, bagi kaki terbentuk comel je. So tak mustahil kalau korang pakai PB ni sok-sok lagi 4-5 tahun ke, tak pakai korset pun badan dah boleh ada shape. Please bear in mind, apa yang kita usahakan tak semestinya nampak hasil sekelip mata, so jangan meroyan ye.
Pasal kurus ke tak tu aku dah explain dari sudut pandangan aku. Tapi aku nak bagitau awal-awal la. Kalau BMI kau dah within range, kau nak turunkan berat badan kau akan ambik masa. Sebab BMI dah ok. Apekebendanya nak diet lagi wehhhh. Maintain boleh, insyallah.
Ok, tukar topik.
Ofis baru hampir siap :)
Aku jejak ofis 2 kali je selama dia renovate ni.
Memang En Wan yang memandorkan bagi pihak aku.
Ni namanya penjimatan kos. Dia la engineer, dia la cleaner.
Dia jugak adelah budak angkut barang. Padahal dah upah orang, dia tetappppppp nak enterprem.
Aku dulu cukup menyampah kalau dari dalam bilik bos boleh nampak staf keje kat luar. Alih-alih En Wan designkan bilik aku ada tempered glass.
First phase sudah siap....
Pintu bilik pun tak pasang lagi.
Ada ke memula En Wan nak design letak tempered glass kat dinding antara bilik aku and meeting room. Gila ape? Baik takyah letak dinding terus.
Sedih je aku tengok bilik aku ni still kosong. En Wan suggest hujung minggu ni beli sofa bed and letak TV siap pasang Astro.
Perlu ke DVD player sekali dan alat bantuan yang lain?
Kalau nak beraktiviti-sofabed, blind pasang dulu plis.
I need a cupboard, magnetic dry-erase board, projector, bla bla bla bla bla pinjam duit?
Aku cakap kau, kalau aku la staff kat sini, inilah spot yang akan aku cop dulu. Gila best dowhhh spot ni. Boleh nampak bilik bos, boleh nampak orang lain lalu lalang, dan boleh juga update blog sepanjang hari.
2011-05-23
Kasih ibu
*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*
Redza minggu ni exam week.
Sabtu lepas bapak dia buat pre-exam kat rumah.
Aku senyapkan diri gtaknak masuk campur. En Wan kalau dah start jadi cikgu, kalah cikgu disiplin.
Aku senyapkan diri duduk atas katil baca buku.
Masa ni En Wan tengah semak jawapan Redza.
Tetiba Redza kena marah...
En Wan : Apesal salah ni? Paham ke tak apa buku ni tanya? Baca balik Papa nak dengar.
Redza : Bulatkan objek yang paling berat.
En Wan : Ok, mana yang paling berat?
Dalam kertas jawapan tu ada gamba batu besar, buku tebal, kayu, kapas, bantal, pen and apa ntah lagi. Tapi memang untuk level Darjah Satu, gamba-gamba tu a bit confusing. So Redza bulatkan batu and kayu.
Redza : Ni dua (suara slowwwwwwwwwwwwwww gila)
En Wan : Mana?????
Redza : Yang ni dua (bertambah slow suara anak aku)
En Wan : PALING! PALING! Memang la ni dua berat tapi mana satu PALING??
Aku rasa Redza tau PALING tu apa, but gamba dalam buku tu memang confuse gila. Tu dah bagus la Redza bulatkan dua je. Kalau aku mau 4-5 bijik aku bulatkan.
En Wan : Tau tak PALING tu apa??
Redza : (senyap)
En Wan : Memang la yang ni berat. Tapi PALING berat tu maknanya yang sangat-sangat berat.
Redza : (senyap)
En Wan : Contohnya dalam rumah ni siapa yang hitam? Jawapan dia Redza and mama. Tapi yang paling hitam sape?
Redza : Mama.
Kuang hajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!
Yang si bapak, aku yang dijadikkan contoh????
Yang si anak pulak konfiden je dengan jawapan.
Yang paling tak boleh blah, lepas Redza bagi jawapan, En Wan cakap 'Ha, pandai pun'.
Berbuluuuuuuuuuuu je aku.
Tu cara-cara aku ada dalam bilik yang sama.
Kalau aku takde aku tak tau la apa contoh lagi laki aku nak pakai.
Tapi takpelah, aku anggap je la pengorbanan aku ni tanda kasih ibu kepada anak.
Nak jadikan aku contoh pun tak kisah la. Janji anak aku faham.
Tapi En Wan, you watch outtttttttttttttttttttttttttt!
Oh yes, dah 2 minggu dah pun Mother's Day.
Aku memang jarang la nak bagi hadiah untuk Hari Ibu.
Kalau makan-makan tu ada la. Bankrupsi aku kalau semua benda nak bagi hadiah.
Dah la kitorang sefamili ni sangat memprektikkan celebration like :
Anniversary Mak Aji (konfem semua bagi hadiah)
Anniversary aku and Ima (konfem Mak Aji bagi, kalau ko nak hadiah best-best ko hint-hint je)
Besday cucu-cucu dan anak sedara (bagi jugak tapi selalunya aku delaykan)
Besday Mak Aji (bagi present)
Besday Pak Aji (bagi present)
Besday Ibal (belanja makan je, kalau nak buat dek pun boleh)
Besday Ima (selalunya aku abaikan. sape suruh kau duduk jauh?)
Besday aku (2 hari sebelum hari kejadian aku dah ingatkan semorang)
Kalau Hari Omak, Hari Apak semuo nak dibagi, kopak den.
Tahun ni masa mother's day, Ibal pi Johor jadi pengapit kawan dia. Dia ni aku rasa kalau bukak kedai baju Melayu dah buleh setanding ngan Den Wahab. Asal jadi pengapit je, dapat baju melayu sepasang. Dah la kejenya asik jadi pengapit je. Memandangkan dia takde, Ima lak sah-sah kat JB, aku je la yang mewakilkan kehadiran di Hari Ibu. Macam Ima, awal-awal lagi dia dah tempahkan spa treatment untuk Mak Aji. Dia takpela, dia jauh. Aku yang dekat ni takkan nak tempahkan spa gak. Nampak nau mengelatnya nak balik Bangi.
Memandangkan mak mertua ada sekali, so aku (aku je yang plan, anak laki dia hampeh tak penah ingat Hari Ibu) decided nak buat celebrate dua-dua serentak. Sian mak mertua aku, toksahkan nak merasa celebrate, tak penah tau pun ada Hari Ibu. Hamlau tak anak jantan dia?
Plan pun stok-stok adhoc.
So pepaham je la kan kalau semua benda last minit.
Masa ni kan kitorang duduk betenggek kat depan bank sebab nak monitor pintu Baskin n Robbin. Aku tau BnR ni mesti jadi tumpuan. Walaupun En wan kata, takyah gi awal sebab orang lain mesti dah booking kek awal-awal so mesti ada lebihan kek punya untuk anak-anak tak mengenang budi cam kitorang ni.
Sekali kauuuuu. Nampak tu kereta yang bersusun double park?
Tu semua stok-stok menggelupur carik eskrim kek untuk mak masing-masing.
En Wan suruh aku gi jenjalan tempat lain dulu la, apa la, konon yang duduk dalam keta tu semua tunggu parking.
Seb baik aku tak ikut cakap dia.
Elok je pintu BnR ni terbukak meluru semua kuar dari kereta.
You dun la saiko saiko me. I know la this people also like you. Always forgot-forgot mother's day.
Tetapi aku berjaya melayakkan diri ke depan pintu sebelum orang lain masuk.
The moment aku nampak adik BnR tu lap cermin pintu, aku dah tercegat kat depan pegang handle pintu siap-siap.
Masa ni dalam kereta, belum simpan bunga kat boot lagi. Singgah kedai sebab En Wan turun gi carik hadiah untuk mak dia. Jadi aku kalau dah sensorang, memang tebiat dia satu macam sikit. Ada la 5-6 keping gamba macam ni dalam henfon aku.
Sampai-sampai je Bangi, dah sejam kek aku dalam boot. Asik menyinggah sana-sini. Benti beli hadiah la, benti isi minyak la, benti topup TnGo la.
Masuk-masuk je rumah terus bukak kek. Takut cair sebab BnR tak bagi coolbox pun this time, dia maijn lambakkan dry ice tu je kat tepi-tepi kek. Seb baik kek aku tak benyek.
Mak Aji dapat bunga je from aku. Takyah belikan hadiah sebab Ima dah bagi pakej spa.
Rayyan berkata 'Hmm..lazattttttt'
2011-05-21
PB from my point of view (cakap omputih kauuuuu)
Sejak Bro Aidid publish entry pasal PB, kemain lagi reader-reader blog Green Apple ni nakkan feedback dari aku. Musibat kan korang? Saje je. Ok, takpe...takpe...
Aku nak buat semalam tapi aku rasa baik aku publish pasal beg aku dulu.
So now aku nak beri PENDAPAT aku tentang PB setelah guna dalam lebih kurang 2-3 bulan (lama mana dah guna pun lupa. Nampak nau takde disiplin pakai PB).
Ok now where to start?
Sebab kat kepala aku input pasal PB ni tengah bergasak-gasak nak keluar.
Memula aku nak buat statement yang ni bukan serang balas kepada entry Aidid.
In fact, aku ada email Bro Aidid sendiri and tanya a few things about PB. Tapi takyah la aku tepek reply dia kat sini. Dia dah tulis segalanya kat blog dia. Aku hormati apa yang dia tulis. So apa yang aku nak tulis ni adelah dari sisi pandangan aku pulak.
Ni lebih kepada pendapat aku sebagai pen-try PB.
Dan aku takkan bias dalam bagi pendapat ni sebab aku rasa semua orang berhak tau pasal PB sebelum beli. PB is not cheap I tell you. RM2400-2900 for one set, yang entah betul ke tak boleh turunkan berat badan.
'Tapi beli beg sekali 3 boleh pulak???'
'Shadap youuuuuuu!'
Aku rasa aku tak sepandai mana nak explain pasal tindakbalas kimia dari PB. So aku ada mintak pandanga a fren yang juga seorang engineer yang bidangnya ada sangkut-paut dengan energy.
1. Scientific issues
Ok, teori fundamental THERMODYNAMICS mengatakan bahawa tiada energy boleh dihasilkan tanpa sumber kuasa - this is basic. Bioceramic material akan menghasilkan FIR apabila ianya dipanaskan kpd suhu dalam 200-300 darjah Celcius.
Part ni aku taknak touch sebab aku tak pandai. So aku malas nak memandai-mandai. Akan tetapi this engineer ada bagitau yang bioceramic pada pemahaman dia mungkin ada tindakbalas seperti magnet yang mana wave dia sentiasa ada walaupun takde tekanan dikenakan ke atasnya. Maknanya kat sini dia tak memerlukan tekanan yang tinggi untuk menjana FIR.
That is pemahaman the engineer.
PB claimed that bioceramic ni dijahit pada benang-benang korset PB. Wallahualam.
Bioceramic tu akan ambik heat dari badan untuk menjana FIR. Heat dari badan bukanlah sesuatu yang tinggi mana pun. So kalau pemahaman engineer itu betul, maknanya konsep PB adelah benar.
This FIR boleh trasmit and penetrate the skin.
Katakan lah betul bio-ceramic ni memang perlukan suhu yang tinggi untuk hasilkan FIR yang tak mungkin dapat dihasilkan hanya dengan suhu badan, how FIR tu nak dihasilkan?
Yang ni memang aku perlukan someone yang arif dengan bio-ceramic untuk bagi penjelasan.
Tapi, melalui reading, bioceramic ni dah pun digunapakai dalam healthcare product longggggggggggg before PB ni wujud. Itu cara-cara dulu tau. Tak mustahil now, penggunaan bioceramic ni dah berevolusi dengan tak perlu ada heat ratus-ratus celcius untuk jana FIR. Mungkin cukup sekadar body heat. Biasala kan, teknologi cepat berkembang.
Contohnya, 25 tahun dulu kita layan Star Trek (ke Star Wars? Eh tak sama eh dua-dua ni?), perasan tak dorang berkomunikasi dengan geng-geng dia tak kira kat mana saje hanya dengan guna jam kat tangan? Sikit-sikit picit jam untuk bercakap. Masa tu kita rasa pehhhhh tak lojik gila boleh cakap ngan member takat picit-picit menatang kat tangan.
Ada sumber mengatakan sejarah pembuatan henfon adelah dari inspirasi cerita tu. Wallahualam.
Sepuloh tahun dulu orang tak penah terfikir boleh tengok TV kat henfon. Now, dah boleh tengok TV dengan Blackberry. Pernah sangka tak?
So apa yang aku nak cakap kat sini, teknologi berkembang. Adelah tak mustahil jugak bioceramic ni boleh jana FIR hanya dengan body heat.
2. Kesan PB terhadap weight loss
Since FIR ada kebolehan untuk penetrate, body kita pulak memang boleh absorb this FIR.
So berbalik kepada bioceramic kat atas tadi, ada lojiknya bioceramic tu di jahit pada korset (tak kisah la dijahit ke, ditepek ke), this bioceramic bertindakbalas dengan body heat and hasilkan FIR yang boleh menembusi skin dan diabsorb oleh tissue and cell.
But to be frank, aku sebagai pengguna PB tak sure if PB ni penyebab kau kurus.
Sebab aku ada buat testing.
First dulu, aku pakai PB sambil on diet. Diet merepek aku tu la, makan biskut hi-fibre and teh O je. Malam ratah sayur. No nasik at all. Memang segala tok nenek jajan, cheese cake, lasagna semua NEHIII!!
Seminggu turun 2kg.
Good.
Pastu aku pakai PB tapi melantak macam biasa. Sehari 2 kali ambik nasi. Kadang-kadang tiga sebab pagi makan nasik lemak. In between tu aku mengunyah kerepek la, mamee la, kejap-kejap American Brownies, asal En Wan pi Giant kang aku kirim blueberry cheese cake. Tu belum campur lagi kul 1am tengah-tengah buat keje aku turun bawah buat teh tarik ngan makan twisties. Habis twiesties, aku pun tido. Tak ke badak namanya?
Seminggu naik 3kg.
Hambikkk.
Nak eksperimen lah sangattt.
So, aku come into a conclusion that PB bukan penyebab kau kurus. But MEMBANTU kau jadi kurus. Sebab FIR ni stimulate blood circulation hence increase metabolism. Bila metabolisme kau tinggi, pembakaran lemak menjadi lebih cepat. Jadi babat-babat kau dibakar. Kau pun kurus.
Tapiiiiii kalau kau mentekedarah macam bela hantu raya 8 ekor, kau ingat kau sarung PB tu sesaje je boleh kurus?
Nan adooooooo.
Konsepnya, kalau kau pakai PB, kau takkan mampu makan banyak.
Sebab perut kau dah disarung dengan korset ketat.
Toksah cakap pasal saintifik la. Kita cakap pasal lojik.
Jangankan korset, kalau kau pakai jeans muat-muat saiz pinggang, pastu kau pi makan.
Mesti kau rasa senak kan?
Masuk keta tanggalkan satu butang, arghhhhhhhhhhhhh lega sialllll.
Macam tu la konsep si PB ni tadi.
Dia mengecikkan ruang tembolok kau yang asik ingat nak melantak tu.
Ditambah lagi dengan adanya FIR kat dalam korset, menambahkan potensi untuk kau kembali slim. And ussually orang yang pakai PB ni adelah orang yang sanggup berhabis untuk kurus, Jadi, secara psychologically-nya dia bertekad nak kuruskan badan dengan cepat maka secara tak lansung dia ada drive untuk kurangkan makan.
Actually tanpa PB pun kau boleh kurus.
Sebab tu aku cakap PB ni MEMBANTU untuk kau kurus, bukan PENYEBAB kau kurus.
Kalau kau pemalas exercise macam aku, kau boleh je makan biskut ngan teh O hari-hari. Tak pun kita ambik balik konsep piramid makanan. Makan lebih sayur dan buah-buahan. Sebab ini serat. Selain melawaskan apa-apa yang tak lawas, ia juga bagi ko rasa kenyang.
Konfem beb, sebulan paling bangsat pun kau turun 5kg. Tu pun kalau kau sanggup nak hadap orang belasah Spicy Chicken McDeluxe depan kau hari-hari.
Kalau aku tak sanggupppppppppppp.
Silap-silap orang tu yang aku belasah.
3. Fahami konsep PB
Kebanyakkan orang yang beli PB ni sebenarnya tak memahami konsep pakai PB.
Dorang cuma aim beli PB nak kurus, pakai PB boleh kurus, tapi kau mentekedarah macam takde besok. Camne nak kurus ngong.
PB ni adelah sejenis KORSET.
Korset tu fungsinya adelah untuk memberi shape pada badan.
Bukan untuk kuruskan badan.
Tetapi PB ni adelah korset special sebab dia ada FIR. Maka membantu kau kurus jugak.
PB = KORSET.
KORSET = INSTANT SHAPER
Sebab tu kau pakai PB kau nampak slim.
Sebab memang fungsi dia nak bagi bentuk pada badan kau.
Bukan purposely nak kasi kurus semata-mata.
Kalau nak kurus mesti ada usaha. Bukan usaha menternak lemak.
Ada orang tanya kalau pakai korset Wacoal tak ok ke?
Ok. Sape kata tak ok.
Boleh aje kalau ko nak invest kat korset Wacoal.
Aku sendiri pakai Wacoal je dulu. RM50 je.
Sama je fungsinya, untuk bagi shape. At the same time dia ketat, secara tak lansung ko jadi tak selera nak makan or makan pun seciput.
Cuma, selling point PB is korset tu selain dia claim ada FIR (dia kata), dia jugak datang dengan waist nipper.
So now, this PB not only bagi shape, membantu untuk kurus, tapi juga membetulkan postur.
Aku tak pasti dengan fungsi waist nipper. Kalau ikut sales PB, dia kata waist nipper ni untuk betulkan postur badan.
Bila aku pakai, yes, aku rasa bila aku pakai, badan aku jadi menegak.
Mendada pun ada gak.
Sebab somehow dia akan menyebabkan kau tak membongkok. So maybe eventually dia akan membentuk postur kita. Kalaupun bukan disebabkan waist nipper, setidak-tidaknya bila kita selalu pakai waist niper tu, kita melatih diri kita untuk tak membongkok. Lama-lama jadi kebiasaan.
Lojik?
3. Harga
Ok, aku rasa aku faham apa sebenarnya semua orang yang anti-MLM nak sampaikan.
Kalau korang baca entry-entry Bro Aidid, dia sebenarnya bukan mendebatkan keberkesanan produk MLM, tapi isu penipuan produk dari segi sains perubatan dan isu harga.
Terang-terang aku cakap bab sains perubatan ni aku memang tak berapa arif. Aku belajar pun biotech, subjek biomedic yang aku ambik pun cuma immunology. So, aku serahkan pada yang lebih arif.
Harga.
Memang betul harga semua produk MLM ni boleh dikategorikan dalam kategori melampau.
Macam tak lojik pun ada.
Harga ni lah yang sebenarnya jadi isu kenapa orang menyampah dengan MLM selain dari salesnya (most, not all) yang desperate nak komisyen.
Aku sendiri pernah cakap aku tak berminat nak beli barang MLM.
Tapi PB yang aku pakai ni, dan juga iklan-iklan MLM kat sidebar aku ni adelah kerana aku tolong orang. Kalau aku tak tepek the iklan pun, dorang boleh run the bisnes dah, tapi dah diorang tanya if boleh ke advertise kat blog aku, apa salahnya aku tepek. PB yang aku guna ni pun Syana yang bagi sebab dia mintak kalau aku boleh tolong promotekan and buat testimonial kat blog. So aku just being fair to them. Bak kata pepatah (aku sendiri buat pepatah ni), kau taknak beli barang MLM, tu hak kau. Tapi jangan halang orang nak buat bisnes.
Harga barang MLM ni ada sebab kenapa dia mahal.
Contohnya yang dikatakan korset PB boleh dibeli dengan bulk purchase at USD36 per set.
Katakan la 1000pcs.
(((USD36 x 1000 x 3.5)/0.9)+5000)/1000 = RM185
* 1000 = jumlah korset
* 3.5 = forex yang disengajakan ambik tinggi just to be safe kot2 esok lusa USD naik mencanak
* 0.1 = 90% profit margin
* 5000 = handling charges, shipping cost, custom tax, misc charges
Kalau ikut kan harga satu set korset cuma RM185.
Tapi perlu diingat ini adelah MLM.
Konsep MLM ni sendiri menjanjikan komisyen yang besar.
Nama pun MULTI LEVEL. Semua level tak kira CEO, DCM, intermediate level, beginner level semua merasa komisyen setiap kali korset tu dijual.
Kalau jual RM185 terus kepada kita, ko ingat setakat 90% margin tu boleh ke nak bagi komisyen kat semua level?
Jawapannya boleh.
Tapi tak boleh kaya sekejapan.
Konsep MLM adelah kau kaya sekelip mata.
Jadi how to kaya sekelip mata?
Haruslah dengan jual mahal.
Tu je. Simple.
Contohnya macam bisnes aku skarang ni.
Pengiraan yang sama macam kat atas.
Aku jual kat setiap end user (customer) dengan harga RM185.
Tapi kalau aku jual kat dealer, dealer akan jual kat customer at least 30% on top of harga yang aku bagi. So, customer beli RM264 instead of RM185.
Itu kalau sorang dealer.
Kalau dealer yang beli dari aku tu jual to another dealer? Ha, kira sendiri. Aku ni kalau dah panjang sangat pengiraan terus jadi blank.
Tu aku bagi contoh dari segi harga.
4. KOMISYEN
Dari segi komisyen pulak, MLM janjikan nilai yang besar.
Orang akan cakap CEO MLM goyang kaki tak buat apa.
Aku bagi contoh diri aku sendiri la.
Aku start run this bisnes dah nak masuk empat tahun.
Baru tahun lepas aku rasa selesa dan sedap makan profit.
Masa mula-mula start, perit gila.
Produk yang aku carry masih baru in the market, so aku kena buat banyak keje. Aku ketuk every potential lab utk promote produk aku, jumpa potential customer, buat workshop, seminar, travel sana sini just to make sure produk aku bertapak in the market.
After 3 years, alhamdulillah, aku dah boleh kurangkan travel. Sekali sekala je aku visit customer, selebihnya aku berkomunikasi dengan email and phone calls.
Insyallah siapa tau lagi 10 tahun akan datang, aku dah tak perlu masuk ofis lansung.
Sebab masa tu mungkin aku dah ada manager yang boleh runkan the bisnes and ada 30 pekerja yang boleh ke sana sini buat sales jual produk aku.
Selain dari makan gaji dengan aku, setiap sales yang dorang buat, aku bagi komisyen. Cuma komisyen aku tak besar la. Manager pun dapat komisyen sebab manager pun ada sales target. Dia hit the target dia dapat imbuhan.
(berangan.....)
Konsep yang sama diaplikasikan dalam MLM.
Memang nampak macam CEO dia mengangkang atas kerusi tak buat apa.
Tapi mana kau tau dia tak buat keje? Kalau doran tak buat keje, macamana produk ni dulu masuk dalam Malaysian market kalau bukan dari dorang?
Kita tak nampak how dulu diorang bekerja. Entah-entah sama macam aku. Travel sana sini untuk promote produk, meeting beberapa kali untuk nego price, bla bla bla.
Kalaupun dorang tak buat sales one to one dengan customer, still dorang kena train the pekerja (downline). Itu pun satu effort juga. Dah kalau dorang tak train, tak bagi talk, camana budak-budak tu nak buat sales?
Jadi, bila dah ramai pekerja yang boleh buatkan keje untuk dia, apehal nak suruh dia turun padang gak. Kalau aku pun esok dah ada 30 orang pekerja, aku just datang sekali sekala untuk monitor sikit lebih kurang, check akaun, sesekali bagi motivation talk ke apa ke. Hujung tahun aku kira profit. Dah itu bisnes aku, of cos la aku yang paling kaya antara 30 orang tu. Melainkan dorang pecah amanah la...oii selisih!
MLM is also doing the same cumaaaaaaaaaaaaaa komisyen dia besar.
Dah kalau komisyen pun dah besar, of cos la harga barang pun mahal.
5. Kenapa beli PB
Takde sape kata korset Wacoal tak bagus.
Aku pakai Wacoal. Ok je.
Setakat nak bagi shape takde masalah.
Nak kuruskan badan bukan keje selip mata baiii.
Makan bulan.
Boleh je kalau kau nak beli Wacoal.
Takde sape marah.
Tapi kenapa beli PB?
First : Kau ada duit.
Kalau kau ada duit, semua barang jadi murah.
Second : Kau desperate.
Bila kita berada dalam keadaan yang terdesak nak kuruskan badan, kita akan cuba selagi ada produk untuk kurus.
Third : Kau tak boleh elak.
Bukan tertipu ye, but tak boleh elak.
Ada sesetengah pembeli takleh nak elak and tak tau nak say NO lantas beli.
Fourth : Keselesaan.
Bagi pengguna Wacoal macam aku, kalau nak suruh aku compare antara Wacoal and PB, memang PB lagi selesa. Material dia kalaupun hanya kain biasa, tapi kalau compare dengan Wacoal, lagi selesa PB.
Tapi tak bermakna Wacoal tak bagus.
Ini pilihan untuk keselesaan. Kau rasa PB lagi selesa, kau beli. Kalau kau rasa tak selesa takyah beli. Simple.
Contohnya aircond.
Kenapa kau beli aircond sedangkan kau boleh beli kipas?
Sebab kau nakkan keselesaan.
Dan semestinya keselesaan itu bukan murah. You buy comfort.
Lagi selesa lagi mahal.
Lagi mahal lagi sedap.
Lagi sedap lagi hari-hari mau. Eh.
6. It's you call
MLM memang mahal.
Sebab tu aku cakap aku tak beli barang MLM. Tapi tak beli tak semestinya kita mesti buat dek ngan orang yang promote barang MLM. Selagi kau tak mendesak aku, aku layan. Once kau dah push-push, kau siappp.
Apa yang Bro Aidid dan anti MLM-ers concernkan ialah produk yang MLM offer ni juga boleh didapati di tempat lain dengan harga yang lebih murah. So their question is kenapa mesti beli yang mahal.
Bagi aku, it's your call.
Kau ada duit, kau nak beli kau beli.
Tapi kalau beli mahal-mahal tak mendatangkan hasil macam kau harapkan, jangan pulak ujung-ujung bukak cerita "I tertipu".
Hak membeli di tangan anda.
Dorang hanya boleh push kau beli je.
Kau ada hak untuk buat dek dan tak membeli.
Kau jugak ada hak untuk halau dorang dari rumah kau kalau dorang tak paham bahasa.
Dan kau jugak boleh angkat bontot dan blah kalau agak-agak taknak dengar apa yang dorang promotekan. Mudah.
Bab MLM yang dikatakan menipu.
Barang murah jual mahal.
Konsep simple tapi diputarbelitkan dengan formula kimia yang tak lojik.
Menggunakan hadith, ayat Quran untuk memancing perhatian dan simpati pembeli.
Well, kita boleh cakap ini semua strategi menipu.
But kalau betul la MLM ni semua menipu, maka dorang hanya boleh menipu.
Tapi sape suruh kau percaya?
Kau yang bangang.
Sehingga it is proven yang MLM ni memang stok-stok penipu, aku taknak cakap apa-apa. Yang aku boleh cakap is aku memang tak suka beli barang MLM. Haha.
Bagi aku la, semua ni terpulang pada kita.
HAK MEMBELI DI TANGAN ANDA.
2011-05-20
Adikku Ayam
Dia ni memang tak berapa nak center sket.
Mesej
Hamlau betul korang kan.
Beramai-ramai suruh aku buat entry pasal PB.
Ye..ye..akan aku buat.
Tapi aku nak meroyan pasal hal lain dulu.
Ada anonymous komen kat entry beg aku something like this "Beg you tu original ke? Kenapa murah? Dia dapat kat mana tu sebab murah la".
Ok, entry kali ni secara tak lansung aku nak mendidik anony-anony yang lembab tak reti nak decipher simple mesej like this.
Kang tak pasal jadi macam kes entry tudung tu.
Entry aku simple je, nak tanya apa bezanya satu statement yang sama dikeluarkan oleh 2 individu berbeza?
Tu je.
Ni ntah mana punya meraban siap bagi komen "kau tak pakai tudung", "kau kebal akhirat", "laki kau masuk neraka". Apekajadah laaaaaa.
Serupa la kalau mak kau tanya "Eh, ni mana kau pergi dah pukul 2 pagi baru balik?"
Kau jawab "Kawan ajak keluar".
Menjawab soklan tak?
Memang nampak macam menjawab sebab mak kau boleh pikir yang kau balik lambat sebab keluar jumpa kawan.
Tapi apesal kau pilih untuk jawab macam tu?
Apesal kau tak jawab "Saya keluar jumpa kawan".
Instead kau twist "Kawan ajak keluar".
Awat?
Sebab kau tak nak share the kesalahan!
Kau nak biar mak kau nampak salah tu pada kawan kau.
Bukan pada kau.
Ok, I rest my case.
Sukatilah nak cakap apa.
Blog aku ni pantang tulis yang heavy sikit.
Ada je la yang bagi pendapat bodoh terlajak.
Tu belum cara-cara aku buat entry ala-ala Aidid Muaddib lagi. Eh, sensitif.
Ok, berbalik pada entry asal.
Terbabas-babas pulak.
Untuk entry ni, meh aku bagitau cara nak memahamkan teks eh?
Anony tu bagi komen : "Beg you tu original ke? Kenapa murah? Dia dapat kat mana tu sebab murah la".
Maksud tersurat :
Dia nak tau if beg aku ori ke ciplak.
Dia nak tau kat mana boleh dapat supplier beg Coach murah tetapi ori macam ni.
Maksud tersirat : (pikir sendiri)
First of all, mana dia tau beg yang aku beli tu murah?
Aku ada cerita ke berapa harga beg tu semua?
Takde kan?
So, mana dia tau harga aku beli tu?
Of cos la dia tanya Cheq.
Hanya Cheq je yang tau harga beg tu sebab Cheq yang quotekan the price.
So, logicallyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, kalau kau tanya Cheq about the harga, then apakejadah kau tanya aku "Beg you ori ke tak? Mana dia dapat beg murah macam tu? I just nak tau of the bags authentic ke tak."
Motif?
Sah-sah kau susah payah gi tanya Cheq berapa harga beg-beg aku, apesal kau tak tanya sekali kat mana dia beli beg MURAH macam tu. Or if beg tu ori or not? Kenapa nak kena tanya aku pulak. Aku lagi la tak ambik tau kat mana Cheq beli.
Got the mesej?
Dah boleh pikir apa maksud tersirat?
Ok la, aku bersangka baik la.
Konon-konon kau tak tau menahu pasal beg ni.
Kau betul-betul nak tanya if beg tu ori ke tak.
Kalau tanya aku of cos aku cakap ori sebab aku memang mintak yang ori.
Kalau kau tanya "Kat mana you beli beg tu?"
Aku akan jawab "I beli kat Cheq"
Kalau kau tanya "Mana dia dapat beg-beg tu"
Aku akan jawab "Dia ada kawan kat USA yang carikkan the bags".
Tapi kau TERsilap karang ayat.
Kau TERtanya "Kat mana dia dapat beg Coach murah".
Tak ke pelik bila kau tanya soklan tu kat pembeli?
Contoh kalau kawan tanya aku :
Kawan : Diana, kasut kau cantik la, beli kat mana?
Aku : Bata.
Kawan : Bata mana?
Aku : Bata Kajang.
Kawan : Bata Kajang yang area mana.
Aku : Bata depan Billion (belasah je ni, jangan korang carik lak kedai Bata depan Billion. Depan Billion ada kedai ke tak pun aku tak pasti)
Kawan : Oh....Bata tu memang murah kan dari kedai-kedai lain? Dia dapat dari mana eh?
Bangang tak agak-agak soklan tu?
Paling-paling pun aku leh jawab "Entah. Dia curik kot".
Same goes with beg-beg aku ni.
Kau tanya aku mana dia dapat, of cos la aku tak tau.
Tapi disebabkan kau tanya "Mana dia dapat beg tu, murah lah", kat situ aku macam terpikir, mana kau tau the harga?
Of cos la kau geledah kat Cheq.
Dah ko tau dari Cheq, lojik tak ko boleh tak tertanya mana dia dapat the bags?
Ok, got the mesej?
Dah boleh pikir maksud tersirat?
Untuk pengetahuan anony, aku mintak quotation dari 3 orang.
Satu dari Cheq, satu dari Azuddin (reader blog ni jugak) and satu lagi dari saper ntah aku lupa tapi dia ada buat bisnes ni jugak.
Harga tiga-tiga ni memang lebih kurang je, beza RM60-70 je. So harga yang kau dapat dari Cheq tu adelah harga standard.
Kalau kau rasa beg yang aku beli ni MURAH sangat, That's good for you what. Pasni ko leh beli dengan Cheq. Dia bagi good price.
But the way ko bertanya tu bukan macam kau nak tanya where-can-I-get-those-bags sebab sah-sah kau tau kat mana aku beli. And kau dah pun bertanya dengan tuan punya kedai.
But, kau sebenarnya nak cakap "Ohhh, patut la beli sekali 3. Rupanya beg you murah gila! Entah-entah cap ayam".
Heyyy, I dont mind la kalau kau nak kata beg aku cap ayam sekalipun.
Kau rasa aku kesah ke?
Tapi kalau ikut lojik akal orang yang ada doploh tiga bijik Coach agak-agak nak kesah ke takat aku yang beli 3 bijik ni? Kalau aku lah, tak kosserrrrrrrrrrrrrrrrr!
Hanya orang yang rasa dia sorang je boleh beli Coach yang ada pemikiran macam ni.
Orang yang ada 1 beg Coach je yang dengki dengan orang yang ada lebih dari satu.
Orang yang rasa dia lebih kaya dari semorang je yang selalu ingat orang lain tak mampu.
Hello, takde istilah tak mampu dalam dunia sekarang ni ok?
Hanya ada istilah BELUM MAMPU.
Oh btw, Coach ni takde la class A sangat punnnnn. Lain la Birkin. So jangan perasan hebat kalau setakat ada Coach dalam lemari. Semua skarang mampu beli Coach, antara nak beli ngan taknak je. Sebab now USD dah 2.9 beb.
(cepat semua berlari ke butik Coach berdekatan!!)
Senang cerita, kalau kau dengki dengan aku, kau cakap je direct.
Gua takde hal.
Sebab yang sakit hati tu pun adelah lu, bukan gua.
Tapi kalau kau punya intention bertanya "Authentic ke tak" adelah untuk bagi aku berfikir if kawan aku sudah kencing aku, lu silap besar.
Kawan-kawan aku tak reti buat benda-benda bangkai macam ni.
Mulut dorang je memerlukan insuran tinggi.
Tapi perangai-wise, aku kenal dorang.
So plis eh, kalau nak dengki, just cakap. Takyah berlapik-lapik.
Sebab makin kau berlapik, makin nampak bangang.
Ni kang ada lak yang kata aku bengang orang kata aku beli beg murah.
Tolong jangan jadi bangang ok.
I'm not ranting about price kat sini.
Sini aku lebih kepada heran bin ajaib apa motif orang ni hantar komen kurang bijak.
Aku dah biasa pakai beg murah so apa ade hal kalau nak pakai beg cap ayam sekalipun.
Tapi sebab kau tak puas hati sangat, tu baca tu apa Cheq cakap.
Dia ABSORB duit shipping. Sebab tu murah.
Puas hati?
Ke jeles lagi?
Ha, tu la.
Hidup jangan mendengki-dengki ngan orang.
Nanti kau yang rugi.
Aku rasa kalau anony ni tau kau pakai beg apa Cheq, memang skarang jugak dia tadah diri dia atas rel ketapi.
2011-05-18
Uhuk uhuk uhuk
Danielle has left a new comment on your post "Isu yang tak payah dibincangkan nanti kena tembak....":
Wow..semua penyokong kak d je yang bagi komen ni ye..korang apa nak kesah kak nak pakai tudung ke..nak terbogel ke, tu hak dia..biar jela laki dia yang berjawab dgn tuhan, dia dah prepare awal2,dia kebal beb azab akhirat tuu..kang kalo tegur laki dia lak yang komen kang.. Jgn marah eh kak d, nasihat kasar ni. Leh terima kan?rilek kak d, rilek ;)
Publish
Delete
Mark as spam
Moderate comments for this blog.
Senang je kalau nak tengok siapa yang makan cili.
Again, tang mana la yang aku cakap aku taknak bertudung tu.
Alahai...kalau lah aku boleh filter blog ni hanya boleh dibaca oleh yang bijak-bijak saje. If only..haishhh.
BTW, siapa yang tak boleh terima sebenarnya ni? *wink*
Biar yang bijak sikit boleh?
Haisssssshhh.
Ada jugak yang tak faham dengan apa yang aku maksudkan dengan entry sebelum ni.
Ada ke kata aku dengan orang kafir takde beza sebab aku kutuk orang bertudung.
Gila ke apa.
Eh len kali sebelum bagi pendapat kasi polish otak tu sikit boleh? Berkarat benau aku tengok. Simple mesej macam tu siap dengan explanation panjang lebar pun payah nak faham. Penat aku type sampai kul 1 pagi. Pun benak jugak.
Ke taknak cuba memahami sebab al maklom la, pendapat tu datang dari orang macam aku.
Senang citer macam ni la.
Kalau tak puas hati sangat, ko highlitekan kat mana ayat aku or maksud dari penulisan aku yang mengatakan aku menghina/mengutuk orang bertudung?
Ko carik sebaris je cukup lah. Pastu saman aku.
Aku belum gila lagi la nak kutuk orang bertudung.
Mak aku pun pakai tudung. Mak aku pun bukan pakai tudung labuh, tudung instant lagi.
Ada ke aku kutuk orang yang pakai tudung singkat? Ada?
Kang aku buat sumpah laknat kang, over la pulak.
Malas aku nak layan IQ-IQ tak berapa nak tinggi ni. Baik aku jual kain.
ni antara gmbr2nya.
nama kain ni Sutera Jacob Exclusive
harganya :
xde diamond : RM280
ada diamond : RM350
klo ada berkenan boleh la emel ke suterabatikt4@gmail.com.
setakat ni ada 5 pasang je. klo nk jenis kain sutera yang lain boleh request pihak kami cuba dptkan.
trima kasih kak :-)
Aku suka yang ni tapi kalau aku beli kang, satu hal aku nak sorok. Malas nak nak main hide n seek ngan En Wan lagi.
Isu yang tak payah dibincangkan nanti kena tembak. Diana, ko nak kena tembak ke?
Semalam tweet dengan salah sorang follower, dia bagi aku satu link.
So aku baca.
Hmm...isu yang aku rasa dah banyak orang buat entry - isu bertudung.
Masa tu aku baca skali imbas je, aku tak betul-betul fahamkan the intipati but lebih kepada nak recall sape blogger ni sebab ada antara sentence-sentence yang dia tulis tu macam penah aku dengar sebelum ni. Sebab lepas aku buat entry pasal tudung ala Hana Tajima tu aku penah bertweet dengan satu budak yang buat lawak pasal tudung saji. I mean bukan make fun of orang yang bertudung tapi kitorang gelak-gelak pasal part tudung saji.
Then only aku teringat yang this is the same girl yang aku gelak-gelak kat tweet tu (nampak nau tak kenal orang, tapi kat Twit kalau sembang macamkan aku kenal semorang). This girl pun rajin singgah blog ni and leave komen. Cuma aku je yang blur, manjang je tak ingat orang.
Hari ni aku baca her entry again tapi guna laptop.
Jelas lagi terang.
From the comments yang this girl dapat, hmmmm....kesian pulak aku tengok dia kena hentam. Tapi aku yakin dia dah boleh bajet the feedback and bersedia terima apa jugak respond.
From her entry, aku dapat tangkap mesej sebenar yang dia nak sampaikan. Cuma mungkin cara dia sampaikan tu a bit harsh to certain people. Tapi entah lah, mungkin dia tujukan the entry to someone yang ada direct contact dengan dia but too bad, orang lain terasa sama. Mungkin sebelum dia tulis the entry tu, kawan dia yang bertudung dok kutuk-kutuk cara pemakaian dia ke, or bagi tazkirah free dengan cara yang menyakitkan hati ke, mana tau kan?
Balik rumah, dia pun lepaskan kemarahan pada blog. The intention was to pulangkan paku buah keras to that person tapi dia terlupa ada orang lain mungkin terasa.
Sama macam kes aku mengutuk 'kawan baik' aku tu la.
Orang yang tak memahamkan isi cerita mungkin bengang gak ngan tulisan aku. Mungkin orang akan kata 'Ala, kau yang dengki sebab dia boleh beli beg 8K, ko takde'.
Well, memang nampak macam dengki.
Tapi kalau korang berada di tempat aku yang kena hadap dengan tebiat gila dia, mungkin korang akan ada pandangan yang sama.
Baru-baru ni ada anonymous yang nak hentak aku (sangatttttt) pasal entry high beam and hon tu. Sesetengah reader yang baca entry aku tu berpendapat entry tu bersifat umum. And aku sendiri pun tak nampak tang mana yang dia tak puas hati dengan aku tulis, but kenapa dia bengang?
Sebab dia adelah salah sorang yang buat!
That's why dia tak boleh terima.
Adatlah, kita memang suka dengar sesuatu yang kita nak dengar.
Kalau benda tu kita taknak dengar memang kita akan bangkang habis-habislah no matter how lojik issue tu.
So aku rasa apa yang this lady blogger dapat (the comments) adelah feedback dari those yang seperti apa yang dia blog-kan (yang bertudung pendek, bersanggul tinggi, etc.). Yang hentam dia ni mesti yang ada dalam kategori tudung singkat, sanggul tinggi, tudung ala rahib, tudung pakai baby T. Tapi aku akui la bahasa the lady blogger tu agak ___________ (sila isikan tempat kosong dengan apa saje yang korang nak isi) jadi faktor orang panas adelah sebab cara penyampaian dia jugak.
Tapi the situation yang aku nak cakap ni macam ni tau...
Contohnya, selama ni Aminah pakai tudung singkat with sanggul tinggi.
All this while takde saper komen pasal tudung singkat, let alone nak timbulkan isu sanggul tinggi.
Aku jamin tak ramai yang aware pasal isu sanggul and tudung singkat ni pun, sebab kita sangat sinonim dengan statement 'Janji aku bertudung' (Ok, sebagai wanita yang masih togel, aku terima alasan tu dengan rasa rendah diri).
But recently banyak artikel-artikel pasal isu tudung singkat, tudung ala rahib and sanggul tinggi. Artikel-artikel tu pulak adelah dari sumber yang dipercayai. Walaupun ianya dari sumber yang dipercayai of cos si Aminah ni walaupun tak banyak, sikit mesti melenting.
Paling tak, dia akan terasa.
Ye la, selama ni dia dah selesa dengan fashion tudung singkat and sanggul tinggi alih-alih orang dok pertikaikan isu sanggul bla bla bla (walaupun isu ni disebut dalam hadith).
Ok itu dari sudut pandangan Aminah.
Now sudut si Zaiton pulak.
Zaiton adelah yang jenis pakai tudung labuh tutup dada, berbaju longgar.
Adekah Zaiton akan terasa bila orang sebarkan artikel tudung singkat?
Adekah Zaiton akan melenting bila orang bincangkan isu bertudung tapi pakai baby T?
Of cos tak.
Sebab she's not in the group.
Jadi aku rasa selain dari bengang dengan cara the lady blogger tu menulis, pengomen-pengomen tu sebenarnya bengang tak boleh terima the point itself (sanggul tinggi, tudung singkat, etc) sebab diorang masih nak berfashion begitu. Aku tak kata fashion begitu salah, sebab aku sendiri masih jahil so aku tak berapa pasti tentang hukum dia. Cuma yang aku dapat rasakan is yang maki hamun dia tu bukan saje bengang dengan the blogger tapi jugak bengang sebab the point-point yang blogger tu highlitekan. Aku paham korang bukan taknak berubah but belum bersedia untuk berubah lagi sebab perubahan memang payah, kena step by step. But malang sekali yang berhujah pasal isu bertudung ni adelah makhluk free hair, memang tunggu time nak kena maki je la.
But what if kalau si Zaiton yang bertudung labuh berbaju longgar pulak berhujah pasal isu tudung singkat and sanggul tinggi? Ko rasa si Aminah akan melenting tak?
Aku bet tak.
Sebab?
Sebab si Zaiton menampilkan contoh yang lebih baik dari Aminah.
Padahal point yang Zaiton ngan lady blogger ni highlitekan serupa je. Cuma respond yang bakal diterima lain sebab tukang bagi ceramah yang satu bagi contoh yang baik, yang sorang lagi kurang (bukan tak baik, but tak kena).
Jadi kesimpulannya kat sini, kalau kau free hair tak payah la create issue pasal bertudung sebab kau (aku jugak) sendiri tak betul. Macamana betul pendapat kau pun, baik kau diam je. Bukan kau takde hak nak bagi pendapat, tapi pendapat kau kurang laku. Sama la macam entry aku ni ha, konfem tak laku.
And kepada yang bertudung, kalau nak orang yang tak betul berubah menjadi seperti kau, cakap lah baik-baik. Yang kau pun nak maki hamun sama kenapa la.
Korang (yang bertudung) tau tak, kitorang yang tak bertudung ni sebenarnya sentiasa ada pandangan yang tinggi pada orang yang bertudung. Ingat kitorang tak rasa segan ke dengan orang yang bertudung? Kitorang rasa rendah diri tau. Rasa malu pun ada. Bila yang bertudung tegur kita baik-baik, memang terkesan. But bila golongan yang kami pandang tinggi ni perangai lebih kurang aku je, rasa macam...entah la.
Tolonglah bantu kitorang yang tak betul ni menjadi betul dengan cara berhemah.
And kepada yang tak bertudung, kalau taknak bertudung pun, tolonglah jangan secara terang-terangan mengaku taknak pakai hanya kerana tak boleh terima teguran orang.
2011-05-17
Masih dibuka macam biasa
Yang tanya if order lasagna and macaroni cheese bakar still on, yes, masih lagi on.
Cuma aku malas nak advertise je sebab Ibal yang take over the job.
Gamba-gamba ni pun aku ambik dari FB Ibal.
Kalau nak order, area-area Bangi-Kajang-Putrajaya tu boleh la contact Ibal : sixth6th_in_line@yahoo.com
Kalau area-area Subang Jaya-Puchong-Shah Alam tu kalau nak ambik kat rumah aku pun boleh : aveo757@yahoo.com
Dulu kan time-time aku keje kat MOSTI, kalau meeting ke apa ke mesti mee goreng, nasi lemak, sandwich tuna, and nasik putih and lauk-pauk. Tapi masa Mak Aji jaga aku time mengandung dulu, pukul 5 pagi dia penah preparekan satu tong nasik kuah spagetti and Pak Aji toskan spageti gila banyak. Aku tanya ni saper nak makan pagi-pagi spageti meatball?
Mak Aji jawab 'Orang UKM order untuk meeting pagi'.
Aku macam 'Wohooooooo. Gila aaa skarang punya meeting. Spageti meatball okkk. For brunch lagi. Bukan brunch makan lite-lite ke?'
Tapi takpela, order lah lagi.
Oh yes, the meatballs tu Mak Aji gentel sendiri, tak main beli frozen.
Macaroni cheese
Yang ni memang Mak Aji punya specialities. Sepanjang aku kat UNIMAS, asal balik dari bercuti je, kawan-kawan aku dah get ready menyambut macaroni cheese ni. Bukan sambut aku balik tau. Sambut makanan.
Lasagna
Siapa penah makan lasagna kat Little White Cafe kat Bangi tu? This is exactly the same recipe but cheaper la of cos. Hehe.